Risiko Pelajar Bandar

  • Uploaded by: SK BATU KURAU
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Risiko Pelajar Bandar as PDF for free.

More details

  • Words: 634
  • Pages: 3
Disediakan oleh NOR HAFIZAH BINTI MAT DESA, Moderator Zon Simpang Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama

Artikel daripada http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20090518104028/ Article/indexv_html Isnin – 18.05.2009 “KAJIAN mendapati bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik dalam tempoh yang lama di luar rumah atau sekolah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang sakit jantung.” KAJIAN mendapati bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik dalam tempoh yang lama di luar rumah atau sekolah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang sakit jantung. Hasil kajian penyelidik Sweden itu pastinya memberi kesan kepada pelajar sekolah di bandar yang sentiasa terdedah kepada fenomena itu setiap hari. Kajian itu turut mendedahkan mereka yang menghadapi kebisingan jalan raya pada tahap 50 desibel secara kerap mempunyai risiko mendapat serangan jantung sebanyak 40 peratus. Selain itu, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati seseorang yang terdedah kepada paras bunyi melebihi 90 dBA secara berterusan selama lapan jam setiap hari, mungkin hilang pendengaran seperti pekerja kilang yang menggunakan mesin dan mendengar muzik di disko. Jika kajian itu diambil kira, pelajar yang bersekolah di kawasan bandar memang

mempunyai risiko mendapat malapetaka itu. Sepatutnya, sekolah ditempatkan di kawasan yang lebih selamat dan tidak terdedah kepada pencemaran bunyi bagi mengelak pelajar menderita dalam tempoh jangka panjang. Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPSM), Mohd Nordin Awang, berkata pihaknya menerima baik kajian itu, tetapi hanya Kementerian Pelajaran boleh mengambil sebarang keputusan. Beliau berkata, pembinaan sekolah di tengah bandar dan di kawasan yang sibuk tidak dapat dielakkan berikutan pembangunan yang semakin pesat. "Sebagai bapa, saya risau dengan kajian penyelidik Sweden itu lebih-lebih lagi mempunyai anak bersekolah di kawasan sibuk dan punya penduduk yang padat. "Namun, kita tidak punya pilihan lain kerana dengan kawasan yang cukup terhad di tengah bandar ini, sukar untuk mendapatkan lokasi sesuai menempatkan sekolah jauh dari kesibukan. "Sesebuah sekolah di bina berdasarkan kepadatan penduduk di kawasan terbabit. Jadi, masalah kesibukan dan pencemaran bunyi tidak dapat dielakkan," katanya. Dengan keputusan kajian itu, satu langkah yang mungkin bermain di fikiran semua masyarakat terutama ibu bapa adalah dengan menutup sekolah di tengah bandar dan memindahkan ke kawasan yang lebih tenang serta selamat. Namun, itu adalah mustahil kerana menurut Nordin pemindahan dan pembinaan sesebuah sekolah bukan kerja mudah selain tiada tempat yang sesuai. "Andai, semua sekolah di tengah bandar ini dipindahkan, di mana serta adakah lokasi yang sesuai. Ini kerana, kawasan untuk dijadikan padang sekolah saja tidak ada, inikan pula membina bangunan sekolah baru. "Jika ada tempat, lokasinya pula sangat jauh dan menyusahkan ibu bapa terutama golongan miskin kerana terpaksa mengeluarkan belanja lebih bagi mengambil serta menghantar anak ke sekolah," katanya. Kos pemindahan dan pembinaan sesebuah sekolah juga memerlukan perbelanjaan yang banyak dan ia akan menjejaskan waktu persekolahan pelajar. Dengan jangka masa pembinaan yang panjang, ia akan menjejaskan waktu persekolahan. Mereka pasti tidak mempunyai tempat untuk belajar berikutan sekolah tempat yang terhad. Bagaimanapun, Nordin berkata walaupun tidak punya pilihan lain, itu tidak bermakna

kita hanya bersikap tunggu dan lihat saja. "Memang kita tidak boleh memindahkan dan menutup sekolah di tengah bandar walaupun mengetahui risiko dihadapi pelajar, tetapi kita perlu memikirkan kaedah terbaik bagi membantu mereka. "Sepatutnya pakar dalam bidang pembinaan dan alam sekitar bekerjasama mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan risiko yang dihadapi pelajar di sekolah tengah bandar. "Mungkin ada teknologi yang yang mampu mengurangkan pencemaran bunyi sekali gus mengelak pelajar di sekolah menghidap penyakit jantung di usia muda," katanya. Sementara itu, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Rosley Osman, berkata memang sukar melakukan apa-apa untuk memindahkan sekolah, tetapi pihak berkuasa mungkin boleh memikirkan mengelak pencemaran bunyi atau kesibukan yang ketara. "Ibu bapa yang menghantar serta mengambil anak di sekolah perlu mempunyai kesedaran sivik dan bertimbang rasa. "Ada ibu bapa yang menghalang lalu lintas serta tidak bertimbang rasa menyebabkan keadaan lebih parah. "Sikap mereka menyebabkan punca kesesakan dan mengundang pencemaran bunyi," katanya.Keadaan sesak turut mengundang bahaya kepada pelajar yang melintas jalan.

Related Documents

Risiko Pelajar Bandar
May 2020 14
Risiko
May 2020 44
Risiko
April 2020 43
Pelajar
October 2019 56
Peranan Bandar
November 2019 37

More Documents from ""