RISALAH AT-TAQWA EDISI JUMAAT 2 ZULHIJJAH 1430 20 NOVEMBER 2009 UNIT DAKWAH & TARBIYAH MTP
Imam Al-ghazali: Carilah hatimu dalam 3 tempat: Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-quran. Jika kau tidak temui carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
ya Allah..tetapkanlah hatiku,keluargaku,sahabat2 ku..serta semua kaum muslimin dan muslimat di dalam agama MU..
Ya Allah aku ingin menjadi pemburu kasihMU, maghfirah dan keredhaanMu, walau ku tahu, aku sering menghabiskan umurku kearah murkaMu, tapi..izinkan aku menjauhi NERAKA-MU…kerana ku tidak sanggup ke situ…bantulah aku mendidik hatiku… 10 TANDA HATI KITA MATI : Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah : 1.
Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
2.
Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3.
Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4.
Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5.
Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6.
Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7.
Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8.
Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9.
Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya