REPTILIA Reptilia selalu dianggap sisa baki zaman dinosaur yang telah pupus, tetapi sebenarnya, ia adalah haiwan yang sentiasa berevolusi. Reptilia moden adalah hasil proses evolusi sejak 300 juta tahun yang lalu. Reptilia ialah haiwan kumpulan vertebrat dengan kulit bersisik yang membantu mengekalkan kelembapan badan tetapi tidak membantu mengawal suhu badannya. Reptilia bergantung pada sekitarannya untuk mendapatkan haba. Oleh itu, reptilia dikenali sebagai haiwan berdarah sejuk. Sesetengahnya mempunyai cangkerang seperti kura-kura dan penyu serta mempunyai dua pasang kaki. Ular ialah reptilia yang tidak berkaki dan bergerak dengan cara menyusur. Kumpulan haiwan ini biasanya bertelur dan cangkerang telurnya keras. Seperti mamalia, reptilia bernafas melalui paru-paru. Spesies reptilia ditemui di dalam pelbagai habitat termasuk padang pasir dan gurun tetapi tidak ditemui di Antartika dan puncak gunung. Reptilia membiak dengan bertelur di atas darat. Tempoh pengeraman berbeza bergantung pada spesies dan dipengaruhi oleh cuaca. Anak yang menetas daripada telur kelihatan serupa dengan induknya, manakala kumpulan haiwan lain mempunyai rupa fizikal yang berbeza dengan induk pada peringkat awal dan hanya kelihatan seperti induknya apabila dewasa, setelah mengalami perubahan fizikal dalam perkembangannya. BUAYA Buaya ialah spesies yang tergolong dalam famili Crocodylidae. Buaya merupakan reptilia akuatik yang besar yang hidup di seluruh kawasan tropika di Afrika, Asia, Amerika, dan Australia. Buaya suka berkumpul di dalam habitat air tawar seperti sungai, tasik, paya, dan kadangkala di dalam air payau. Buaya makan kebanyakannya vertebrat seperti ikan, reptilia dan mamalia dan kadangkadang invertebrat seperti moluska dan krustasia, bergantung pada spesies. Buaya mempunyai keturunan kuno, dan dipercayai hanya berubah sedikit sejak
zaman dinosaur. Buaya dipercayai berusia 200 juta tahun sementara dinosaur mula pupus 65 juta tahun yang lalu; buaya dapat hidup semasa kejadian pemupusan yang besar yang lalu. Ciri fizikal buaya membolehkannya menjadi pemangsa yang berjaya. Mereka mempunyai tubuh yang menggaris arus yang membolehkannya berenang dengan laju. Buaya juga melipatkan kakinya ke sisi semasa berenang, yang membuatkan pergerakannya lebih pantas dengan mengurangkan kerintangan air. Mereka mempunyai kaki berselaput, yang digunakan untuk memacu haiwan tersebut menerusi air, tetapi membolehkannya memusing dengan cepat dan secara tiba-tiba di dalam air atau untuk mula berenang. Kaki berkulit mempunyai kelebihan di dalam air cetek dengan membantu haiwan tersebut berjalan. Buaya amat pantas dalam jarak dekat, walaupun di luar air. Mereka mempunyai rahang yang kuat yang boleh menggigit dengan daya yang amat kuat, yang setakat ini memberikan gigitan paling kuat oleh mana-mana haiwan. Mereka mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyakkan dan memegang daging mangsa, tetapi tidak boleh membuka mulutnya sekiranya telah menutupnya. Buaya merupakan pemangsa yang menyerang hendap, menunggu ikan atau haiwan daratan untuk menghampirinya, kemudian menerpa dan menyerang. Sebagai pemangsa berdarah sejuk, mereka adalah haiwan yang lembap, dengan itu, boleh hidup dalam tempoh yang lama tanpa makanan, dan jarangjarang perlu memburu secara aktif. Saiznya amat berbeza-beza bergantung pada spesies, daripada buaya kerdil kepada buaya air masin yang besar. Spesies palaeosuchus dan osteolaemus membesar kepada saiz dewasa sehingga 1 hingga 1.5 meter panjang sahaja. Spesies yang lebih besar boleh mencapai sehingga lebih 5 meter panjang (16 kaki) dan beratnya lebih 1200 kg (2640 lb). Buaya menunjukkan dwimorfisme seks yang ketara dengan yang jantan lebih besar dan membesar dengan lebih cepat daripada yang betina.
CICAK Cicak merupakan satu kumpulan reptilia yang besar dan tersebar luas daripada order Squamata, dengan hampir 5000 spesies terdapat di semua benua kecuali Antartika. Kebanyakan cicak mempunyai kulit bersisik, empat anggota badan (kaki dan tangan), telinga luar, satu ekor yang panjang, dan merupakan insektivor (pemakan serangga). Banyak daripadanya boleh menanggalkan ekor untuk menyelamatkan diri daripada pemangsa walaupun ciri ini bukanlah secara universal (umum). Penglihatan, termasuk penglihatan warna, berkembang dengan amat baik pada cicak, dan kebanyakannya berkomunikasi dengan isyarat tubuh atau warna yang terang pada tubuhnya dan juga melalui feromon. Hampir kesemua cicak adalah karnivor. Walaupun kebanyakannya bersaiz terlalu kecil, serangga merupakan makanan utamanya. Walaubagaimanapun, beberapa spesies adalah omnivor atau herbivor dan yang selebihnya perlu membesar bagi membolehkan mereka makan vertebrata lain. Banyak cicak merupakan pemanjat yang baik atau pelari yang pantas. Kebanyakan cicak boleh menyamar dengan amat baik dan boleh berdiam diri sehinggalah pemangsa telah berlalu. Mengkarung, terutamanya amat dikenali kerana keupayaanya untuk mengubah warna menyerupai persekitarannya. Cicak mempraktikkan pelbagai kaedah dalam berkomunikasi. Seperti kebanyakan haiwan lain, mereka mempunyai deria bau yang kuat membolehkannya mengesan bau mangsa atau feromon cicak lain. Organ bau utama pada cicak ialah organ ‘vomeronasal’ pada lelangit mulut dan cicak mengumpul bau dengan menjulurkan lidah, kemudian menariknya semula dan menghantar molekul-molekul bau mangsa yang ditangkap ke organ ini. Sesetengah cicak karnivor yang besar seperti ‘tegus’ dan cicak monitor, mempunyai lidah bercabang seperti ular untuk memanfaatkan organ ini dengan lebih baik. Oleh itu, banyak cicak jantan mempunyai liang yang lebih besar di bahagian bawah pehanya untuk digosok pada objek bertujuan menandakan wilayahnya.
ULAR Ular ialah sejenis reptilia dengan tubuh yang panjang daripada suborder Serpentes. Seperti semua reptilia, kulit ular dilitupi dengan sisik. Untuk menyesuaikan dengan tubuh ular yang sempit, organ berpasangan (seperti buah pinggang) terdapat satu di depan dan satu dibelakang dan bukannya bersebelahan. Ular merupakan haiwan yang paling ditakuti kerana kaitannya dengan perkara jahat dan pandangan umum yang salah bahawa semua ular adalah berbisa. Ular digambarkan sebagai makhluk yang jahat. Hanya sedikit spesies ular yang berbisa, sesetengahnya mempunyai racun berbisa yang boleh mengakibatkan kecederaan yang menyakitkan atau kematian manusia. Walaubagaimanapun, racun ular digunakan terutamanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa dan bukannya untuk pertahanan diri. Semua ular adalah karnivor, makan haiwan kecil termasuk cicak, ular lain, mamalia kecil, burung, telur, ikan, siput, atau serangga. Oleh sebab ular tidak boleh menggigit atau mengoyakkan makanan kepada cebisan kecil, mangsa mesti ditelan keseluruhannya. Saiz tubuh ular terutamanya amat mempengaruhi tabiat makannya. Ular yang lebih kecil makan mangsa yang lebih kecil. Rahang ular merupakan rahang yang paling unik dalam alam haiwan. Ular sebenarnya mempunyai rahang bawah yang amat fleksibel, dengan dua bahagian daripadanya tidak terlekat secara ketat, dan banyak sendi lain di dalam tengkoraknya, yang membolehkannya membuka mulutnya seluas mungkin untuk menelan keseluruhan mangsanya, walaupun diameter (ukur lilit) mangsa tersebut lebih besar ukurannya daripada ular itu sendiri. Selepas makan, ular menjadi dorman sementara proses pencernaan berlaku. Pencernaan merupakan suatu aktiviti yang amat giat, terutamanya selepas makan mangsa yang amat besar. Oleh itu, ular yang diganggu selepas baru lepas makan biasanya akan memuntahkan mangsanya untuk membolehkannya melarikan diri daripada ancaman. Proses pencernaan adalah sangat efisyen dengan enzim pencernaan ular yang melarutkan dan menyerap semuanya melainkan rambut dan kuku cengkam mangsa, yang dikeluarkan bersama-sama bahan buangan.
PENYU DAN KURA-KURA Penyu, kura-kura, dan labi-labi (order Testudines) tergolong dalam suatu divisi reptilia yang dikenali sebagai Chelonia. Amnya, penyu hidup di dalam atau berdekatan dengan air dan telah diubahsuai untuk berenang dengan menahan nafas di dalam air. Kura-kura hidup terutamanya di dalam kawasan gersang (kontang), boleh menyimpan bekalan airnya sendiri dan berjalan di atas tanah berpasir. Penyu boleh hidup di dalam air tawar, laut, atau kolam air payau dan kawasan paya. Kaki depannya, berkemungkinan berbentuk sirip atau semata-mata jari kaki berselaput kulit dengan kaki belakang yang berjalur mengikut arus untuk membantu mereka berenang. Penyu mempunyai belakang yang lebih leper daripada kura-kura, dan boleh menghabiskan keseluruhan hidup mereka di dalam air. Mereka mengawan dan bertelur di dalam air atau di pantai. Sesetengah penyu berjemur di atas kayu, batu, atau pesisir yang berpasir. Semasa musim sejuk, mereka menyorok di dalam lumpur dan berubah ke keadaan torpor (lesu), suatu keadaan yang serupa dengan hibernasi. Penyu laut berhijrah ke tempat yang amat jauh. Mereka biasanya omnivor, makan tumbuhtumbuhan, serangga dan ikan. Hidup kura-kura keseluruhannya di darat, hanya masuk ke dalam sungai untuk membersihkan diri atau minum. Malahan, mereka boleh lemas di dalam air yang dalam atau arus yang kuat. Kakinya keras, bersisik, dan berbonjol supaya ia boleh merangkak di atas batu tajam dan pasir. Kura-kura selalunya mempunyai cakar untuk mengorek lubang, yang didudukinya apabila cuaca panas atau untuk tidur. Kebanyakan kura-kura adalah herbivor, makan kaktus, pokok renek, dan tumbuh-tumbuhan lain yang mempunyai lembapan yang banyak. Mereka jarangjarang sekali berhijrah. Cangkerangnya berbentuk kubah bulat, membolehkan anggota dan kepala kura-kura masuk ke dalam untuk berlindung. Penyu dan kura-kura merupakan satu-satunya vertebrata yang mempunyai lilitan
pelvis dan pectoral di dalam cangkerang yang membentuk tulang rusuk yang bertaup dengan tulang. Fosil pertama menunjukkan aliran ini adalah usia Trias, 200 juta tahun lalu, apabila dinosaur menguasai bumi. Sejak itu reka bentuk cangkerang telah melalui banyak pengubahsuaian.