Report Raven.docx

  • Uploaded by: Safuan Jaafar
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Report Raven.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,649
  • Pages: 26
LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 KELAB RAGBI KPMBP RAVEN

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR November 15, 2017 Authored by: Setiausaha Kelab Ragbi KPMBP Raven

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 KELAB RAGBI KPMBP RAVEN Pengenalan

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Kelab Ragbi KPMBP Raven (KRKR) telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan Mei 2012, diasaskan oleh seramai lebih kurang 20 orang pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) yang meminati sukan ragbi. Pada asasnya, kelab ini telah lebih awal ditubuhkan iaitu semenjak penubuhan KPMBP pada tahun 2008. Dikenali dengan nama KPMBP Rookies Cookies Rugby Club, kelab ini telah melalui fasa penjenamaan semula pada tahun 2012. Ini kerana perkataan ‘Rookies’ tidak lagi sesuai digunakan memandangkan kelab ini sudah mula dikenali di sekitar Johor, secara amnya.

1

Logo kelab di awal penubuhan

Bermula dengan sebuah pasukan yang kerdil dan kurang dikenali, KRKR telah mengorak langkah untuk membentuk sebuah pasukan yang lebih baik dari tahun ke tahun. Hanya menyertai 2 kejohanan setiap tahun bermula dari tahun 2008, kelab ini telah mula menyertai lebih banyak kejohanan dan mula mencipta kejayaan demi kejayaan dalam kejohanan yang disertai. Sehingga sekarang, kelab ini telah menyertai sekurang-kurangnya 5 kejohanan dalam setahun, termasuklah kejohanan ragbi di seberang tambak. Berikut adalah pencapaian kelab sejak penubuhan:            

2010 - Kejohanan Ragbi Inter KPM/KM 10 Sebelah (Johan Bowl) 2011 – Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA (Johan Plate) 2012 – Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA (Johan Plate) 2013 – Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA (Johan Plate) 2014 – Kejohanan Ragbi UiTM Segamat-Canterbury 10’s (Johan Bowl) 2014 – Kejohanan Ragbi Typhoon 10’s (Johan Plate) 2014 – Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA (Naib Johan Cup) 2015 – Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA (Johan Bowl) 2016 – Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA (Naib Johan Bowl) 2016 – Straits Rugby Challenge 7-a-side (Ketiga Cup) 2017 – Phoenix Rugby Challenge 7-a-side (Keempat Cup) 2017 – Kejohanan Ragbi Tertutup Negeri Sembilan (Johan Bowl)

Aktiviti Kelab Sepanjang tahun 2016 dan 2017, Kelab Ragbi KPMBP Raven telah menyertai banyak kejohanan tempatan dan antarabangsa, serta mengadakan banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan ragbi tempatan dan antarabangsa.

Ladies Fun Touch Tournament 2016 Ironiknya, kejohanan pertama yang disertai oleh Kelab Ragbi KPMBP Raven adalah kejohanan ragbi sentuh wanita, UDA Ladies Fun Touch Tournament, yang telah diadakan pada 2 April 2016 di tempat letak kereta Plaza Angsana, Tampoi, Johor. Kejohanan ini telah disertai oleh 8 pasukan ragbi sentuh wanita seluruh Johor dan merupakan kejohanan ragbi sentuh wanita pertama yang disertai oleh kelab ini.

Pasukan ragbi sentuh wanita yang baru saja ditubuhkan pada bulan Januari 2016, telah mendapat peluang untuk menunjukkan hasil latihan 2 kali seminggu mereka dengan menyertai kejohanan ini. Paling mengejutkan, pasukan ini telah menjadi surprise package di dalam kejohanan ini apabila berjaya menewaskan pasukan pilihan sebelum berjaya ke peringkat akhir. Walaubagaimanapun, kisah fantasi pasukan ini ditamatkan oleh pasukan ragbi wanita UDA apabila tewas 2-1 di perlawanan akhir.

Kapten pasukan, Shahirah binti Shahiran menerima hamper dari pengarah kejohanan, Encik Lokman

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Pasukan ragbi sentuh wanita KPMBP Raven

2

Kejohanan Ragbi Beranang 10’s 2016 Pada 2 hingga 3 April 2016, kelab ini telah menghantar pasukan ke kejohanan ragbi Beranang 10’s yang telah dianjurkan oleh Kolej Profesional MARA Beranang dan diadakan di padang kolej tersebut. Kejohanan yang lebih kepada pendedahan dan penyesuaian pemain di dalam pasukan ini, telah menyaksikan KPMBP Raven hanya mencatatkan satu kemenangan di sepanjang kejohanan. Kekurangan pemain serta persediaan pasukan yang kurang rapi menyebabkan pasukan ini hanya layak ke peringkat separuh akhir Spoon. Walaubagaimanapun, kejohanan ini telah memberi pengalaman yang cukup berharga untuk pasukan bagi menghadapi kejohanankejohanan lain di sepanjang tahun 2016.

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Barisan pemain yang mewakili KPMBP Raven dalam kejohanan ragbi Beranang 10’s

3

Kejohanan Ragbi PGL 10’s 2016 Setelah beberapa bulan tidak menyertai sebarang kejohanan ragbi, Kelab Ragbi KPMBP Raven telah kembali mewarnai arena ragbi tempatan dengan menyertai kejohanan ragbi anjuran Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTML) pada 27 hingga 28 Ogos 2016 bertempat di padang ragbi KKTML. Kejohanan yang telah disertai sebanyak 32 pasukan ragbi dari seluruh negara ini merupakan kejohanan ragbi pertama anjuran KKTML. Kejohanan ini telah digunakan oleh kelab untuk mempersiapkan pasukan untuk ke Kejohanan Piala Ketua Pengarah MARA 2016.

Tanpa meletakkan sebarang sasaran untuk kejohanan ini, yang mana ia lebih kepada kejohanan pendedahan, pasukan ini telah menunjukkan pencapaian yang memberansangkan apabila layak ke pusingan kedua kategori Cup/Plate setelah menjadi naib juara kumpulan pada hari pertama. 

Keputusan hari pertama PGL 10’s 2016 (Peringkat kumpulan) o KPMBP Raven vs X-Wolves 12-0 o KPMBP Raven vs Uniten Rhinos 0-5 o KPMBP Raven vs Felda Unicorn 0-0

Pada hari kedua kejohanan, pasukan KPMBP Raven telah diundi untuk bermain di pusingan kedua kategori Cup/Plate menentang Kaminari Arashi RC. Kekurangan pengalaman dalam kejohanan serta faktor pemain baru yang sedang menyesuaikan diri dengan pasukan menyebabkan pasukan ini telah tewas dan seterusnya bermain dalam peringkat suku akhir Plate menentang JRRC. Pasukan ini akhirnya akur untuk pulang awal apabila ditunjukkan jalan keluar oleh JRRC setelah tewas dalam masa tambahan sudden death. Keputusan hari kedua PGL 10’s 2016 (Peringkat kalah singkir) o Pusingan kedua Cup/Plate: KPMBP Raven vs Kaminari Arashi RC 5-7 o Suku Akhir Plate: KPMBP Raven vs JRRC 0-5 (Masa tambahan sudden death)

Jadual hari kedua kejohanan ragbi PGL 10’s 2016

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



4

Kejohanan Ragbi SAJOHA 10’s 2016 2 bulan berselang, Kelab Ragbi KPMBP Raven telah menyertai kejohanan ketiga pada tahun 2016 apabila dijemput menyertai kejohanan ragbi SAJOHA 10’s bertempat di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Alumni Sains Johor ini telah diadakan pada 1 hingga 2 Oktober 2016 dan telah dibahagikan kepada 3 kategori; kelab terbuka, sekolah bawah 16 tahun dan otai atas 35 tahun. Secara keseluruhan, kejohanan ini telah disertai 32 pasukan ragbi seluruh negara.

Senarai pasukan yang menyertai kejohanan SAJOHA 10’s 2016

Diundi di dalam kumpulan A, yang turut disertai pasukan pilihan iaitu SAJOHA, KPMBP Raven telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sebelum mencatatkan keputusan 1 kemenangan dan 2 kekalahan.

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



5

Keputusan hari pertama SAJOHA 10’s 2016 (Peringkat kumpulan) o KPMBP Raven vs SAJOHA 0-25 o KPMBP Raven vs Mammoth RC 12-5 o KPMBP Raven vs BP Jokers 12-14

Pada hari kedua kejohanan, pasukan KPMBP Raven telah diundi untuk bertemu pasukan Persatuan Ragbi Kota Tinggi (PRKT) dalam peringkat suku akhir Bowl/Shield. Berjaya mencatat kemenangan, akhirnya KPMBP Raven akur kepada kekalahan kepada Rhino RC dalam separuh akhir Bowl. Faktor kecederaan beberapa pemain utama telah menyukarkan gameplay pasukan dan akhirnya kesilapan pertahanan membawa padah dan tersingkir daripada kejohanan. 

Keputusan hari kedua SAJOHA 10’s 2016 (Peringkat kalah singkir) o Suku Akhir Bowl/Shield: KPMBP Raven vs PRKT 7-0 o Separuh Akhir Bowl: KPMBP Raven vs Rhino RC 0-7

Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA 2016 Kejohanan tahunan Piala Ketua Pengarah MARA 2016 yang melibatkan 10 pasukan dari Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA serta 6 pasukan jemputan. Kejohanan ragbi 10 sebelah ini yang dianjurkan oleh Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) sebagai tuan rumah merupakan kejohanan edisi keenam semenjak ia diperkenalkan pada 2011 di Kolej MARA Kuala Nerang. Kejohanan kali ini menampilkan 6 pasukan jemputan termasuk Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau (KKTMR), Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTML) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan.



Antara pemain yang mewakili KPMBP Raven dalam PKPM 2016

Keputusan hari pertama Piala Ketua Pengarah MARA 2016 (Peringkat kumpulan) o KPMBP Raven vs KMB 5-5 o KPMBP Raven vs KPMB 0-7 o KPMBP Raven vs KKTMR 45-0

Pada hari kedua kejohanan pula, pasukan ini telah mendapat suntikan semangat dan menunjukkan permainan yang menarik apabila membelasah pasukan Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) dan Kolej MARA Kulim (KMK) pada peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum tewas tipis kepada Kolej MARA Seremban (KMS) pada perlawanan akhir peringkat Bowl. 

Keputusan hari kedua Piala Ketua Pengarah MARA 2016 (peringkat kalah singkir) o Suku Akhir Bowl/Shield: KPMBP Raven vs KMKN 36-0 o Separuh Akhir Bowl: KPMBP Raven vs KMK 26-0 o Akhir Bowl: KPMBP Raven vs KMS 5-7

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

KPMBP Raven telah diundi bersama pasukan pilihan Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB), juara 2 kali, Kolej MARA Banting (KMB) dan pasukan jemputan KKTMR. KPMBP Raven telah mencatatkan keputusan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah dan mendapat tempat ketiga dalam kumpulan atas perbezaan skor.

6

Kejohanan The Straits Rugby Trophy 2016 (Under-18) Hubungan baik yang telah dibina diantara Kolej Profesional MARA Bandar Penawar dengan Marlborough College Malaysia (MCM) telah membolehkan pasukan ragbi KPMBP Raven dijemput untuk menyertai kejohanan jemputan The Straits Rugby Trophy 2016 untuk peringkat bawah 18 tahun. Kejohanan ini disertai oleh sekolah dan kolej antarabangsa di sekitar Malaysia dan negara jiran, Singapura dan hanya dijalankan untuk satu hari sahaja iaitu pada 10 Disember 2016 di MCM, Iskandar Puteri.

KPMBP Raven telah diundi di dalam kumpulan A bersama Tanglin Trust School (TTS) (Singapura), Australian International School (AIS) (Singapore) dan United World College East (UWCE) (Singapura). Kejayaan mengejutkan telah dicipta oleh KPMBP Raven dalam peringkat kumpulan apabila berjaya memenangi semua perlawanan dan mara ke peringkat separuh akhir bertemu KL Lions (Malaysia). Perlawanan separuh akhir yang sengit menyaksikan kekalahan tipis kepada KL Lions sebelum akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga kejohanan setelah mengalahkan pasukan yang telah dikalahkan di peringkat kumpulan, United World College East.

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



7

Keputusan The Straits Rugby Trophy 2016 (Under-18) o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs TTS 28-0 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs AIS 35-0 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs UWCE 26-7 o Separuh akhir: KPMBP Raven vs KL Lions 17-19 o Tempat ketiga/keempat: KPMBP Raven vs UWCE 28-0

Pemain KPMBP Raven bergambar bersama juara, MCM dan naib juara, KL Lions

Kejohanan Ragbi Jemputan UWCD Phoenix 7’s 2017 (Under -18)

Pada peringkat kumpulan, KPMBP Raven telah mengejutkan penontonpenonton di Singapura dengan persembahan memukau dan memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Kejayaan menjuarai kumpulan membolehkan KPMBP Raven layan ke peringkat separuh akhir dan bertemu MCM. Mendahului 2 try Keputusan perlawanan peringkat kumpulan A pada awal perlawanan, KPMBP Raven gagal mengekalkan rentak sebelum tewas tipis di tangan MCM, yang muncul sebagai johan kejohanan. Moral pemain yang telah jatuh akibat kekalahan tipis di separuh akhir gagal di bangitkan apabila tewas di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di tangan pasukan tuan rumah, UWCD ‘A’.

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Atas persembahan yang menarik sepanjang The Straits Rugby Trophy 2016 di Marlborough College Malaysia, pasukan KPMBP Raven telah menerima jemputan untuk menyertai kejohanan Phoenix 7’s 2017 anjuran United World College Dover (UWCD), Dover Rd, Singapura. Kejohanan ini telah dijalankan di padang ragbi UWCD di Singapura. Kejohanan ini telah disertai 8 Barisan pemain yang ke Singapura untuk kejohanan Phoenix Rugby 7’s pasukan jemputan yang terdiri daripada sekolah dan kolej antarabangsa di serata Malaysia dan Singapura. Antara pasukan yang mengambil bahagian adalah Marlborough College Malaysia (MCM) dan Lycée Français de Singapour (LFS).

8



Keputusan Phoenix Rugby 7’s Invitational 2017 (Under-18) o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs UWCD ‘B’ 42-0 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs UWCE ‘A’ 19-12 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs UWCD ‘A’ 15-14 o Separuh akhir: KPMBP Raven vs MCM 12-17 o Tempat ketiga/keempat: KPMBP Raven vs UWCD ‘A’ 0-24

Kejohanan Ragbi Tertutup Negeri Sembilan 7 Sebelah 2017

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Kejohanan kedua yang disertai oleh KPMBP Raven pada tahun 2017 adalah Kejohanan Ragbi Tertutup Negeri Sembilan anjuran Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (NSRU) pada 8 Julai Barisan pemain KPMBP Raven untuk NS Closed 2017 2017 di padang ragbi SMK King George V, Seremban. Kejohanan ini telah dipecahkan kepada 2 kategori iaitu senior dan bawah 20 tahun, di mana KPMBP Raven telah menyertai kategori bawah 20 tahun. Kejohanan ini digunakan oleh NSRU untuk memilih pemain bagi mewakili pasukan Negeri Sembilan dalam Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan.

9

KPMBP Raven telah diundi di dalam kumpulan X bersama-sama Lanjuh RC, HOW Jr, Bison Jr dan Lions RC Jr. Menggunakan kejohanan ini sebagai penyesuaian pemain baru dan lama, tiada sasaran diletakkan dan semua pemain termasuk simpanan telah diberi peluang menunjukkan cara permainan masing-masing. KPMBP Raven telah mendapat tempat ketiga kumpulan, dengan mencatatkan 2 kemenangan dan 2 kekalahan. Dalam peringkat kalah singkir, KPMBP Raven telah melayakkan diri ke peringkat akhir kategori Bowl dan berjaya menyingkirkan cabaran Highlanders RC untuk menjuarai kategori tersebut. 

Keputusan Kejohanan Ragbi Tertutup Negeri Sembilan 7 Sebelah 2017 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Bison RC 12-0 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs HOW Jr 5-19 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Lanjuh RC 12-5 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Lions Jr RC 12-19 o Akhir Bowl: KPMBP Raven vs Highlanders RC 15-7

Kejohanan Ragbi Kajang X 2017 Sebagai persiapan menghadapi Karnival Sukan Institusi Pendidikan MARA (SUKIPMa) 2017, kelab telah menghantar pasukan ke Kejohanan Ragbi Kajang X 2017 pada 7 hingga 8 Oktober 2017 bertempat di SMK Pemain yang mewakili KPMBP Raven untuk Kejohanan Kajang X 2017 Precint 8, Putrajaya. Kejohanan yang bertujuan lebih kepada pendedahan kepada pemain-pemain ini telah disertai oleh pasukanpasukan ragbi tersohor dari seluruh negara termasuk pasukan tuan rumah, Kajang RAMS. Pasukan KPMBP Raven telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Bowl sebelum tewas kepada pasukan Kelleys Reborn yang ditunjangi oleh bekas pemain bawah 20 tahun negara. Keputusan Kejohanan Ragbi Kajang X 2017 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Cap Ayam RC 0-5 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Storms RC 7-10 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Kajang RAMS 0-10 o Suku akhir Bowl/Shield: KPMBP Raven vs Titanium RC 12-0 o Separuh akhir Bowl: KPMBP Raven vs Kelleys Reborn 0-10

Karnival Sukan Institusi Pendidikan MARA 2017 Karnival Sukan Institusi Pendidikan MARA (SUKIPMa) telah pertama kali diperkenalkan pada tahun ini bagi memberi peluang kepada para atlit dari semua institusi pendidikan MARA di seluruh negara untuk berentap dan Bergambar kenangan bersama Pengarah KPMBP, Dr Hajah Rosnah

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



10

membuktikan kehebatan masing-masing. Salah satu sukan yang disertai oleh KPM Bandar Penawar adalah ragbi. Dengan meletakkan objektif sekurang-kurangnya layak ke peringkat suku akhir, pasukan KPMBP Raven telah mengejutkan ramai pihak dengan melayakkan diri ke perlawanan akhir sebelum tewas tipis di tangan pasukan pilihan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Kejayaan mendapat pingat perak telah membuka mata ramai pihak tentang kehebatan pemain-pemain KPMBP Raven dan telah membuka ruang kepada pasukan untuk mewakili kontinjen Kolej Profesional MARA pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang akan dating. 

Keputusan SUKIPMa 2017 (ragbi): o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Institut Kemahiran MARA 21-0 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs UniKL 0-5 o Suku akhir: KPMBP Raven vs Kolej Kemahiran Tinggi MARA 5-0 o Separuh akhir: KPMBP Raven vs German Malaysian Institute 31-0 o Akhir: KPMBP Raven vs UniKL 7-12

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Kejohanan Ragbi PGL 10’s 2017

11

Masih segar dengan kejayaan di SUKIPMa, pasukan KPMBP Raven tidak menunggu lama untuk menyertai kejohanan seterusnya, kali ini di Kolej Kemahiran Tinggi Ledang (KKTML) untuk Kejohanan Ragbi PGL 10’s 2017 pada 28 dan 29 Oktober 2017. Kecederaan yang melanda beberapa pemain telah menyebabkan pasukan hanya menyertai kategori Terbuka. Ini telah Barisan pemain KPMBP Raven untuk PGL 10’s 2017 memberi peluang kepada beberapa muka baru untuk dimasukkan ke dalam skuad dan mendapat pendedahan yang sepatutnya. Keputusan akhir adalah tidak mengecewakan di mana pasukan telah layak ke peringkat separuh akhir Bowl. 

Keputusan Kejohanan Ragbi PGL 10’s 2017: o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Mammoth A 5-0 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs NMIT Sailors 12-14 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs UDA RC 12-7 o Pusingan kedua: KPMBP Raven vs Gunners RC 7-24 o Suku akhir Bowl/Shield: KPMBP Raven vs NMIT Sailors 10-7 o Separuh akhir Bowl: KPMBP Raven vs Panchor Warriors 7-17

Kejohanan Ragbi Saints 7’s 2017

Barisan pemain yang membanggakan KPMBP dan seluruh IPMa secara amnya



Keputusan Kejohanan Ragbi Saints 7’s 2017 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Anglo-Chinese Junior College 12-7 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Lycee Francais de Singapour 12-21 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Boon Lay Secondary School 27-0 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Marlborough College Malaysia 21-0 o Peringkat kumpulan: KPMBP Raven vs Stamford American International Sch 24-0 o Separuh akhir: KPMBP Raven vs United World College SEA 5-19

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Pihak kelab sangat berbesar hati apabila menerima jemputan dari seberang tambak untuk menyertai Kejohanan Ragbi Saints 7’s 2017 di St Andrew’s Junior College, Singapura. Kejohanan antarabangsa yang telah diadakan pada 11 dan 12 November ini telah disertai oleh pasukan-pasukan dari 3 negara, Singapura, Malaysia dan Thailand. Menentang pasukan yang bersaiz fizikal jauh lebih besar, KPMBP Raven telah menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi sebelum dikecewakan di peringkat separuh akhir Cup dan seterusnya mendapat tempat ketiga keseluruhan di belakang pasukan Lycee Francais de Singapour dan United World College SEA dari Singapura, dan pasukan Vajiravudh College dari Thailand yang mendapat tempat keempat.

12

Perlawanan persahabatan Sepanjang tahun 2017, KPMBP Raven telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di sekitar Johor untuk menambah baik persiapan pasukan menghadapi kejohanan-kejohanan ragbi sepanjang tahun.

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



13

Menentang Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)

SSTMI merupakan sparring partner utama bagi KPMBP Raven memandangkan jarak di antara dua institusi yang hampir. Perlawanan persahabatan yang diadakan pada bulan Januari sebagai persiapan menghadapi Phoenix Rugby 7’s Invitational di United World College Dover serta perlawanan persahabatan yang diadakan pada bulan Ogos untuk menguji corak permainan Pemain KPMBP Raven dan SSTMI selepas tamat sparring session pemain-pemain baru telah berjaya member pendedahan yang berguna kepada pasukan, apatah lagi bermain dengan pemain-pemain kebangsaan dan negeri.  Keputusan perlawanan persahabatan dengan SSTMI o 7 sebelah: 5-32 o 10 sebelah: 7-24 

Menentang KKTM Ledang Mammoth RC Pada 22 Julai 2017, KPMBP Raven telah bertandang ke KKTM Ledang untuk satu sesi perlawanan persahabatan menentang pasukan tuan rumah, yang juga merupakan naib johan Cup dalam kejohanan ragbi Battle of Seven Side (BOSS) peringkat kebangsaan 2017. Perlawanan persahabatan ini Pemain KPMBP Raven dan KKTML Mammoth RC

telah diadakan dalam format 15 sebelah dan 10 sebelah dan bertujuan menguji tahap permainan pemain pasukan masing-masing. Ia juga menambahbaik hubungan kedua-dua pasukan yang telah sama-sama menaikkan pasukan institut pendidikan MARA (IpMA) di negeri Johor.  Keputusan perlawanan persabahatan dengan KKTML Mammoth o 15 sebelah: 5-5 o 10 sebelah: 30-10 Menentang Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) Rhinos RC

Perlawanan persahabatan 10 sebelah ini telah diadakan di padang ragbi KVTP pada 27 Julai 2017. Pasukan KVTP Rhinos yang baru sahaja pulang dari kejohanan ragbi Voktek Kebangsaan di Perak, di mana KVTP berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan, merupakan Pemain KPMBP Raven selepas perlawanan dengan KVTP Rhinos lawan yang baik untuk KPMBP Raven bagi melihat keberkesanan program latihan dan corak permainan yang telah diterapkan. Walaupun kebanyakan pemain KVTP terdiri dari pelajar sekolah yang berumur di bawah 18 tahun, permainan pasukan ini cukup matang dan dapat member pengalaman berguna kepada pemain-pemain KPMBP Raven.  Keputusan perlawanan persahabatan dengan KVTP Rhinos o 15 sebelah: 10-5



Menentang MRSM Muar Predators RC MRSM Muar merupakan destinasi terakhir dalam siri jelajah KPMBP Raven untuk tahun 2017. MRSM Muar Predators merupakan pasukan yang mendapat tempat ketiga Cup dalam kejohanan MRSM Pemain KPMBP Raven dan MRSM Muar Predators bergambar bersama

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



14

Kebangsaan di bawah 18 tahun dan juga merupakan pasukan tempat ketiga dalam Sirkit Ragbi Johor bawah 16 tahun. Pasukan ini mempunyai asas ragbi yang kuat dan merupakan lawan yang sangat sesuai untuk KPMBP Raven untuk membentuk pasukan yang baik. Perlawanan ini telah diadakan dalam format 10 sebelah pada 10 September 2017 di padang ragbi MRSM Muar.  Keputusan perlawanan persahabatan dengan MRSM Muar o



10 sebelah: 20-10

Menentang Kolej Vokasional Kota Tinggi (KVKT) Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi membantu pembangunan ragbi di KVKT memandangkan kolej tersebut baru sahaja menubuhkan pasukan ragbi bagi menghadapi kejohanan Voktek Zon Selatan. Perlawanan ini telah diadakan pada 15 Mac di padang ragbi sintetik Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Pemain KPMBP Raven, KVKT dan SSTMI selepas perlawanan





Keputusan perlawanan persahabatan dengan KVKT o 10 sebelah: 25-0

Menentang St Andrew Junior College Singapore

Bergambar kenangan bersama pemain SAJC

15

Pihak KPMBP Raven telah menerima kunjungan dari St Andrew Junior College (SAJC), Singapore10 Mac 2017 dalam rangka jelajah

pasukan kolej seberang tambak ini ke Johor dan Melaka. Perlawanan yang melibatkan format ragbi 15 sebelah ini telah dilangsungkan di padang ragbi sintetik SSTMI dan telah diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Pengadil Ragbi Negeri Johor (JRRA), En Nabil. Perlawanan ini banyak member pendedahan kepada pemain kedua-dua pasukan. Ia juga dapat mengeratkan hubungan pihak KPMBP Raven dengan pasukan dari Singapura. Setelah tamat perlawanan, pihak KPMBP Raven telah mengadakan jamuan ringkas di café pelajar KPMBP bagi menghargai kehadiran pasukan SAJC.  Keputusan perlawanan persahabatan dengan SAJC o 15 sebelah: 10-17 Menentang SMK Pasir Gudang 3

Pihak kelab dapat melihat bakatbakat yang ada dalam pasukan SMK Pasir Gudang 3, termasuk 5 orang pemain mereka yang dipilih mewakili pasukan Akademi Ragbi Johor (JRA) bawah 18 tahun. Pemain KPMBP Raven dan SMK PG3 selepas perlawanan Lantas, penasihat kelab dengan kerjasama unit kokurikulum kolej telah mengadakan beberapa siri lawatan ke sekolah tersebut dengan beberapa siri program yang telah diatur. Ini termasuk perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah tersebut yang diadakan di padang ragbi SSTMI pada 12 Ogos 2017. Perlawanan ini lebih kepada mengeratkan silaturrahim di antara pemain kedua-dua pasukan.  Keputusan perlawanan persahabatan dengan SMK PG 3 o 10 sebelah: 7-12

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



16

Program keusahawanan

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Bagi meringankan beban kewangan pihak kolej dan menambah kantung kelab, pihak kelab telah menjalankan perniagaan sendiri dengan kos modal yang rendah. Pihak kelab telah memilih untuk menjual aiskrim goreng, satu perniagaan yang mudah dan berkesan bagi membantu medapatkan dana untuk aktiviti kelab sepanjang tahun 2017. Mensasarkan golongan pelajar, perniagaan ini telah berjaya sedikit sebanyak membantu menambah dana kelab dengan mengutip keuntungan kasar sebanyak RM220 sepanjang perniagaan dijalankan. Perniagaan yang dijalankan telah menggunakan sepenuhnya aset kelab sedia ada serta menggunakan tenaga kerja daripada kalangan ahli kelab sendiri. Kelab juga telah membuka gerai jualan pada Konvensyen Siswa Niaga 2017 yang telah diadakan di KPM Bandar Penawar. Program ini juga telah berjaya membina semangat keusahawanan di kalangan ahli kelab seperti yang dikehendaki oleh pihak MARA sendiri.

17

Sesi memasak aiskrim goring yang dijalankan di hadapan bilik operasi Kelab Ragbi KPMBP Raven

Khidmat Masyarakat Tidak hanya tertumpu kepada aktiviti di dalam padang, pihak kelab juga telah melibatkan diri di dalam beberapa aktiviti khidmat masyarakat bagi mendekatkan kelab dengan masyarakat setempat serta mendidik ahli-ahli kelab untuk menjadi lebih prihatin dan bertanggungjawab. 

Bengkel SPM Khas (Matematik dan Bahasa Inggeris) bersama pelajarpelajar SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Kota Masai 2

Pelajar SMK PG3 bergambar bersama pensyarah Matematik, Puan Norashikin

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Kerjasama yang baik antara pihak kolej dengan SMK Pasir Gudang 3 diteruskan dengan Bengkel SPM Khas (Matematik dan Bahasa Inggeris) yang telah diadakan selama 2 hari bermula dari 12 hingga 13 Ogos 2017 bertempat di KPMBP. Bengkel ini bukan sahaja menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan November, malahan juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ini tentang suasana pembelajaran dan persekitaran di KPMBP. Dengan bantuan 3 orang pensyarah Matematik dan seorang pensyarah Bahasa Inggeris, bengkel ini telah berjaya diadakan dan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar ini memperbaiki penguasaan dalam keduadua mata pelajaran penting ini.

18



Sesi ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada pemain ragbi Pengerang RC yang ditimpa kemalangan

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Pada 25 September 2016, komuniti ragbi Johor amnya, dan Pengerang khasnya, telah dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa salah seorang aktivitis ragbi Pengerang, yang juga bekas pemain SUKMA Johor 2014, En Nadzrin atau lebih dikenali dengan nama Yien. Beliau ditimpa kemalangan dalam Yien (5 dari kiri) bersama ahli kelab yang datang menziarah perjalanan pulang dari bekerja di Balai Polis Penawar dan mengalami kecederaan parah di kepala. Beliau berada dalam keadaan koma selama 3 hari di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Ahli-ahli kelab telah mengambil inisiatif untuk mengutip sumbangan bagi membantu saudara Yien dan keluarga mengurangkan beban yang mereka hadapi. Satu sesi ziarah dan menyampaikan sumbangan telah diadakan di rumah saudara Yien pada 3 Oktober dengan kehadiran lebih kurang 10 orang ahli kelab.

19

Pencapaian Ahli Kelab Liga Ragbi Johor 2017



Senarai pemain yang bermain untuk Pengerang RC o Shahrul Hakimee bin Azman PDL 1701029 o Muhammad Shamir bin Mohd Izan PDL 1607086 o Muhammad Hazanul bin Shamsudin PDA 1607041 o Muhammad Hanif bin Zainal Abidin PDL 1607103 o Muhammad Azeeb bin Azizan PDL 1607081 o Muhammad Syukran bin Wahed PDL 1607089 o Muhammad Shahdam bin Husein PDA 1601025 o Muhammad Aeiman bin Rahmat PDL 1607057 o Muhammad Fitri bin Ismail PDL 1607039

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Bermula pada bulan pertengahan bulan April 2017, Kesatuan Ragbi Johor (JRU) telah menganjurkan kejohanan Liga Ragbi Johor 2017 dengan menghimpunkan pasukan-pasukan ragbi terbaik di seluruh Johor. 9 orang pemain ragbi Pemain Pengerang RC selepas perlawan liga menentang UTM Pirates KPMBP Raven telah dipilih untuk mewakili pasukan Pengerang RC yang bermain dalam Divisyen Selatan A dan berjaya mendapatkan tempat kedua di dalam kumpulan selepas mencatatkan 2 kemenangan dan 1 kekalahan. Pasukan Pengerang RC telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir di mana kejohanan ini akan bersambung pada bulan Oktober 2017.

20

Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan Dalam sesi pemilihan yang dilakukan pada kejohanan ragbi Tertutup Negeri Sembilan 2017 pada 8 Julai 2017, 2 orang pemain dari KPMBP Raven telah terpilih mewakili pasukan bawah 20 tahun Negeri Sembilan dalam Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan yang telah diadakan pada 16 hingga 17 September 2017 di Padang Ipoh, Perak. Pasukan bawah 20 tahun Negeri Sembilan berjaya melaykkan diri ke peringkat separuh akhir kategori Plate sebelum tewas di tangan pasukan bawah 20 tahun Terengganu.

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



21

Senarai pemain yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan U20 o Muhammad Nadzha bin Roslan PDA 1705033 o Md Izzainur Ariff bin Md Bakhtiar PDL 1705023

Nadzha (duduk, 4 dari kiri) dan Izzainur (duduk, 3 dari kanan) bersama barisan pemain Negeri Sembilan

Kejohanan Ragbi Antarabangsa Royal Sevens 2017 Pada 30 September hingga 1 Oktober 2017, bertempat di padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan, telah diadakan kejohanan ragbi antarabangsa Royal Sevens 2017. Seorang pemain KPMBP Raven telah terpilih untuk bermain dengan pasukan bawah 20 tahun Negeri Sembilan (NS U20) dan telah berjaya mendapat tempat kedua kategori Plate setelah tewas di tangan pasukan COBRA. Senarai pemain yang bermain untuk pasukan NS U20 o Muhammad Nadzha bin Roslan PDA 1705033

Nadzha (duduk, 3 dari kanan) bersama pemain pasukan NS U20

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



22

Lain-lain pencapaian 

Anugerah Kadet Terbaik Wataniah Rejimen 501 Kem Tebrau 2016  Muhamad Aizuddin bin Aziz PDA 1501032

Aizuddin (paling kanan) bersama penerima anugerah



Pingat Gangsa Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan 2017 (50m Pistol)  Hazeq Haqeem bin R.

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Azmi PDL 1705043

23

Hazeq sedang beraksi dalam acara 50m pistol

Perancangan Aktiviti Kejohanan yang bakal disertai Bagi menambah pengalaman dan mendapatkan pendedahan, Kelab Ragbi KPMBP Raven akan menyertai beberapa kejohanan di sekitar Johor dan Lembah Kelang di sepanjang tahun 2017. Kejohanan yang bakal disertai sepanjang 2017 dan 2018

o o o

Straits Rugby Trophy 2017 (kategori bawah 19 tahun) 9 Disember 2017 Marlborough College Malaysia, Iskandar Puteri

o o o

Kejohanan Ragbi Phoenix 7’s (kategori bawah 19 tahun) 13 Januari 2018 United World College SEA Campus, Dover Rd, Singapura

o o o

Karnival Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 10 – 18 Februari 2018 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

o o o

Karnival Sukan KPM/KM 2018 September/Oktober 2018 Kolej MARA Banting

o o o

Kejohanan Ragbi Labuan 10’s 2018 September/Oktober 2018 Wilayah Persekutuan Labuan

o o o

Kejohanan Ragbi Saints 7’s 2018 (kategori bawah 19 tahun) November 2018 St Andrew’s Junior College, Singapura

o o o

Straits Rugby Trophy 2018 (kategori bawah 19 tahun) Disember 2018 Marlborough College Malaysia, Iskandar Puteri

o o o

Perlawanan persahabatan Ogos/September 2018 Vajiravudh College, Bangkok

o

dan 4 kejohanan ragbi tempatan lain sepanjang 2018

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017



24

LAPORAN TAHUNAN 2016-2017 | 11/15/2017

Sinopsis Aktiviti Kelab Sepanjang Tahun 2016 dan 2017

25

Related Documents

Report
April 2020 26
Report
July 2020 18
Report
June 2020 21
Report
November 2019 42
Report
May 2020 25

More Documents from ""

Report Raven.docx
June 2020 6
Senarai Keperluan.docx
November 2019 23
Kemahiran Belajar.docx
November 2019 29
Modul Pemimpin.docx
November 2019 25
Teks Bacaan Doa.docx
November 2019 24