SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANING, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
KOLOKIUM PENDIDIKAN (KAJIAN TINDAKAN) PKPSM TAJUK KAJIAN : Meningkatkan Peratus Lulus Mata Pelajaran Matematik PMR Bagi Murid Berpotensi Rendah Dengan Menggunakan Kaedah Pengajaran Secara Berkumpulan ( ‘Team Teaching’) NAMA PENGKAJI Tn Hj. Zulkapli bin Othman (Pengetua SMKN) Pn. Hamsidah Abu Hassan (Guru Matematik Tingkatan 3)
KEKUATAN SMK Naning terletak di kawasan luar
bandar. Suasana sekolah sangat kondusif dan bebas daripada sebarang gangguan hirukpikuk kota. Guru tidak bersikap lemah semangat terhadap murid yang berpotensi rendah dan tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
KELEMAHAN Segelintir murid tidak menumpukan
perhatian semasa guru sedang mengajar Pelajar bergantung 100% kepada program sekolah. Kurang 5% calon pelajar PMR dan SPM menghadiri kelas tambahan diluar.
KESAN Keputusan peperiksaan murid berpotensi rendah semakin
merosot. Keputusan percubaan PMR 2008 bagi mata pelajaran matematik ialah 21.1 % sahaja. Penyumbang utama keputusan yang tidak memuaskan ini adalah daripada 2 kumpulan murid yang berpotensi rendah iaitu tingkatan 3 BETA dan 3 GAMA 2008. Ini amat membimbangkan semua pihak terutama pengetua dan guru mata pelajaran matematik. Tambahan pula murid yang cemerlang amat kurang sekali dan hanya segelintir sahaja murid yang lulus.
Satu pendekatan telah cuba
digunakan iaitu pendekatan pengajaran secara berkumpulan (team teaching) bagi murid berpotensi rendah ini. Guru matematik bagi kedua-dua kelas ini telah menjadikan dua kelas murid tingkatan 3 ini kepada 1 kumpulan dan melaksanakan pendekatan pengajaran secara berkumpulan.
FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah bagi mengatasi masalah yang disebut di atas dan seterusnya dapat meningkatkan penumpuan murid di dalam kelas.
Beberapa punca murid tidak menumpukan perhatian juga telah dikenal pasti oleh guru. Antaranya adalah seperti berikut: Murid kerap bercakap-cakap semasa guru mengajar. Murid tidak menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru
atas alasan matapelajaran matematik adalah sukar. Murid tidak menumpukan perhatian semasa guru matamatik mengajar kerana pada pandangan mereka matematik adalah mata pelajaran yang sukar dipelajari. Murid berangan-angan dan termenung di dalam kelas Murid bergurau senda bersama-sama kawan sebelah Murid mengganggu murid yang ingin menumpukan perhatian pada pengajaran Sikap malas dan tidak membawa alat tulis ke sekolah dan tabiat suka menconteng meja dan kerusi
OBJEKTIF KAJIAN 1)
Objektif Umum
Meningkatkan nilai GPS sekolah dengan peningkatan 100% peratus kelulusan Matematik PMR 2) Objektif Khusus : i. Membantu murid yang kurang tumpuan di dalam kelas dengan mencuba pendekatan pengajaran (team teaching) yang baru dalam P & P. ii. Membantu murid meningkatkan kemahiran matematik mereka. iii. Membantu murid dalam pembelajaran terutama yang sukar menyiapkan kerja rumah. iv. Meningkatkan peratus lulus Matematik PMR bagi kumpulan murid berpotensi rendah ini.
KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 2 kumpulan murid
tingkatan 3 yang berpotensi rendah matematik. Bilangan murid di dalam kumpulan berpotensi
rendah ini adalah seperti berikut: 1. kelas 3 BETA - seramai 34 orang 2. kelas 3 GAMMA-seramai 30 orang
STRATEGI YANG DICADANGKAN i) Tinjauan Awal Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 28 ogos 2008
melibatkan dua kumpulan murid. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas daripada murid. Jadual Tindakan telah dibuat untuk mendapatkan data awal kajian ini. Data tinjauan awal yang dikumpul adalah melalui pemerhatian, soal selidik dan temubual. Beberapa pendekatan telah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini selepas tinjauan awal dilakukan.
ii) Selepas Tinjauan Awal Hasil dapatan dari tinjauan awal dan
perbincangan dengan guru–guru yang lain, didapati bahawa satu pendekatan pengajaran yang sesuai perlu dilakukan bagi menangani masalah yang telah dikenalpasti berlaku dikalangan murid di dalam kumpulan berpotensi rendah ini. Pendekatan yang dicadangkan ialah kaedah pengajaran secara berkumpulan ( team teaching).
Kaedah pengajaran secara berkumpulan
melibatkan kerjasama dua orang guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran terhadap sekumpulan murid bagi mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan. Guru menyediakan sukatan pengajaran yang sama dan mengajar kumpulan yang sama secara bergilir-gilir. Semasa guru A mengajar, guru B memantau kerja pelajar disamping membuat pembetulan secara spontan terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Guru juga berkongsi idea dan saling memberi pendapat bagi menambahbaik pengajaran setiap kali selepas P & P dijalankan . Kaedah pengajaran ini dilakukan bagi kumpulan murid berpotensi rendah.
Langkah-langkah pengajaran yang digunakan adalah seperti berikut
Guru melaksanakan tugas mengajar matematik secara berkumpulan (seramai 2 orang guru). Guru mengajar secara bergilir-gilir mengikut pembahagian topik Semasa guru pertama mengajar, guru kedua akan membuat pemantauan. Jika terdapat murid yang tidak menyiapkan kerja rumah, kedua-dua guru akan bertindak sebagai fasilitator , bagi memastikan setiap murid menyiapkan kerja rumah dan diawasi oleh guru. Semasa proses pengukuhan kedua-dua orang guru yang terlibat akan memastikan semua murid membuat latihan dan mendapatkan jawapan dengan menggunakan kemahiran yang betul. Soalan yang diberikan adalah berbentuk soalan berfokus peperiksaan PMR yang sebenar Murid akan membuat latihan dengan dibantu oleh guru Akhir sekali, guru akan membincangkan jawapan kepada soalan yang telah diberikan dengan memberi bantuan dan bimbingan
Secara ringkasnya 8 konsep asas dilaksanakan
oleh guru ialah 2P 2K 2M 2F :
1. Persediaan & Penambahbaikan- persediaan
dibuat sebelum kelas dan penambahbaikan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. 2. Kerjasama & Kawalan- wujud kerjasama di antara guru semasa P&P dan keadaan kelas adalah lebih terkawal 3. Mahir & Minat - kemahiran matematik diutamakan semasa P&P agar pelajar lebih berminat mempelajari mata pelajaran matematik 4. Fokus & Faham– murid fokus terhadap pengajaran guru dan seterusnya pelajar akan faham apa yang diajar oleh guru.
Bil
Aktiviti
Tarikh Pelaksanaan
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal (keputusan percubaan PMR)
28 Ogos 08
2 Menulis kertas cadangan
1 september 08
3 Merancang tindakan
2 september 08
4 Melaksanakan tindakan 1 I. Latih tubi soalan berfokus – setiap hari mengikut jadual yang telah disediakan II. Group Teaching – 2 kali seminggu ( sesi pagi)
8 -10 Oktober 08
5 Melaksanakan tindakan 2 10 september Klinik PMR secara Group Teaching -10 oktober 08 3.00 hingga 4.15 petang– 2 kali seminggu ( sesi petang) 6 Peperiksaan PMR
13 oktober 08
KEPUTUSAN PERLAKSANAAN TINDAKAN Sebelum Tindakan Semasa peperiksaan percubaan PMR 2008 keputusan bagi mata pelajaran matematik bagi kumpulan murid cemerlang ialah 3.2% manakala murid lulus hanyalah 21.1 % sahaja Selepas Tindakan Semasa peperiksaan PMR 2008 keputusan bagi mata pelajaran matematik telah menunjukkan keputusan kumpulan murid cemerlang meningkat kepada 7.3% manakala murid lulus meningkat kepada 84.4%.
SAMPEL MARKAH 20 ORANG MURID DARI KUMPULAN BERPOTENSI RENDAH KEPUTUSAN PELAKSANAAN TINDAKAN BIL
NAMA
KEPUTUSAN SEBELUM TINDAKAN
KEPUTUSAN SELEPAS TINDAKAN
MOCK UP 2
PERCUBAAN PMR
KEPUTUSAN MATEMATIK PMR 2008
KEPUTUSAN KESELURUHAN PMR 2008
1.
NUR ATASYA FADZIL
25 (E)
22 (E)
C
5B 3C
2
NURHIDAYAH NAWAWI
28 (E)
27 (E)
C
3A3B2C
3
NURUL NADIA AHMAD
24(E)
29(E)
C
2A 3B 3C
4
MUHD SHAZE MOHD ROSLAN
20(E)
21(E)
C
3B 3C
5
MUHD ZASLIE ABD RAHIM
18( E)
17( E)
C
1A 1B 3C 3D
6
ANITHA GANESAN
28 (E)
20 (E)
B
2B 5C 1D
7
NADERAH ROSLAN
24 (E)
17(E)
C
2B 2C 3D 1E
8
NUR AIDA AMRAN
18(E)
23(E)
C
2A 4B 2C
9
NURASYIKIN JAAFAR
22(E)
24(E)
C
1A 3B 3C 1E
10
SITI NURAZIZAH ISMAIL
18(E)
22 (E)
C
1A 2B 4C 1E
KEPUTUSAN PELAKSANAAN TINDAKAN
KEPUTUSAN SEBELUM TINDAKAN
KEPUTUSAN SELEPAS TINDAKAN
11
SHARIZAN BIN HAMDAN
20 (E)
17 (E)
C
2B2C4D
12
MOHD SHAHIDDAN BIN NORDIN
16 (E)
19 (E)
C
2B1C4D1E
13
NORSHAHIRAH ABD RASHID
18(E)
20(E)
C
1B2C4D1E
14
MOHD ILHAM NORAISAN
20(E)
16(E)
C
3B1C4D
15
NURASYIKIN JAAFAR
18( E)
29( E)
C
1A3B3C1D
16
NORSHAHIRAH SULAIMAN
20 (E)
7(E)
C
3B4C1D
17
MALARVELI A/P MUNUSAMY
18(E)
10(E)
C
3C5D
18
AZIZI ABD TALIB
16(E)
13(E)
C
1A1B1C4D1E
19
ABDUL MALIK BIN BAHARIN
20(E)
16(E)
C
4C3D1E
20
MOHD IZZAD AMIRUL BIN YUSOF
20(E)
20(E)
C
3B1C4D
Kaedah program ‘team teaching’ telah dapat
menyelesaikan masalah murid berpotensi rendah yang tidak menumpukan pelajaran dengan meningkatnya peratus lulus diperingkat PMR. Semasa peperiksaan PMR 2008 keputusan lulus bagi mata pelajaran matematik telah menunjukkan peningkatan yang mendadak daripada 21.1 % kepada 84.4%. Guru berasa lebih yakin kerana dapat
mengurangkan bilangan murid yang tidak menumpukan perhatian dan tidak menyiapkan latihan yang dibekalkan oleh guru. Selepas kajian ini didapati, murid-murid mula menunjukkan minat terhadap mata pelajaran matematik.
Melalui sesi temu bual yang dibuat, murid-murid
dapat menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu guru dapat mengetahui punca– punca kurang tumpuan semasa sesi P & P dan tidak menyiapkan kerja rumah. Melalui soal selidik guru dapat mengumpul satu data yang terperinci disamping dapat mengenalpasti perasaan murid-murid semasa P&P. Masalah lokasi dan ruang P & P yang terhad bagi menempatkan 64 orang murid berpotensi rendah ini dapat diatasi hasil perbincangan dengan pihak pentadbir. Maka makmal sains digunakan kerana ia lebih luas dan bilangan kerusi yang disediakan juga bersesuaian.
Pada akhir tindakan ini, guru berpuas hati kerana
berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak didiknya. Namun begitu, oleh kerana masih terdapat pelajar yang ponteng sekolah di saat-saat akhir PMR menjelang maka keputusan 100% tidak dapat dicapai. Guru amat yakin bahawa sekiranya pelajar hadir dan mengikuti pengajaran dengan sebaiknya, dipercayai bahawa kelulusan 100% akan dicapai. Guru juga bercadang untuk meneruskan tindakantindakan ini dan membuat penambahbaikan amalan pengajaran guru pada masa akan datang agar mencapai tahap P & P yang lebih berkesan.
Cadangan juga diberikan kepada pihak jadual
waktu sekolah agar membuat jadual waktu mata pelajaran matematik pada masa yang sama dengan 2 orang guru yang berbeza bagi kedua-dua kelas yang lemah ini agar kaedah pengajaran secara berkumpulan ini dapat dilaksanakan apabila sukatan pelajaran telah dihabiskan. Ia bukan sahaja boleh di jalankan bagi kelas peperiksaan sahaja malahan kelas bukan peperiksaan juga sebagai persediaan awal murid bagi menghadapi peperiksaan.
PENUTUP Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran secara team-teaching dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran matematik bagi murid berpotensi rendah. Kaedah ini dapat meningkatkan penumpuan dan prestasi murid dengan lebih baik. Perkara ini dilihat relevan kerana pelaksanaan P & P dengan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang dan menyeluruh.
Justeru, keadah pengajaran secara berkumpulan
bagi murid berpotensi rendah wajar difikirkan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah.
Secara keseluruhannya, didapati pendekatan ini
merupakan suatu pendekatan yang baik dan dapat memastikan murid- murid yang bermasalah penumpuan pembelajaran dapat belajar dengan gembira, seronok tanpa berasa bosan dan mendapat sokongan yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran .
Dengan membantu murid semasa proses P &
P dijalankan maka adalah diharapkan dapat menyelesaikan masalah penumpuan mereka. Keadaan ini sudah pasti akan meningkatkan tahap pencapaian mereka didalam mata pelajaran matematik yang sememangnya diketahui merupakan matapelajaran yang sukar dikuasai oleh murid yang berpotensi rendah
Jika dilihat dari sudut latar belakang keluarga
murid pula, kebanyakan murid adalah terdiri daripada golongan sederhana dan mempunyai masalah keluarga yang tersendiri. Namun begitu, ia bukanlah halangan bagi mereka untuk mencapai kejayaan. Murid berpotensi rendah ini telah dapat menunjukkan keputusan yang baik dengan bantuan guru-guru dan berkat usaha mereka sendiri .