Refleksi Fiqh.docx

  • Uploaded by: Khairul Hanan
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi Fiqh.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 436
  • Pages: 2
REFLEKSI Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat saya dan rakan sekumpulan telah berjaya mnyelesaikan tugasan bagi kerja kursus Fiqh Kekeluargaan Islam (FKIK3013) ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada pensyarah subjek fiqh kekeluargaan islam bagi kelas saya iaitu Encik Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam usaha kami untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Daripada temubual yang telah saya laksanakan bersama dengan wakil daripada Jabatan Agama Islam Daerah Besut, pelbagai input dan pengetahuan baru yang sangat berharga berkaitan dengan institusi kekeluargaan islam telah saya perolehi. Sebagai contohnya saya telah didedahkan dengan banyak maklumat mengenai proses perkahwinan dan penceraian di Malaysia seperti kaedah permohonan kahwin, permohonan penceraian dan juga perkara-perkara penting dalam urusan rumahtangga sepeti talak, iddah, serta rujuk. Malah, bukan itu sahaja, saya juga turut didedahkan dengan pelbagai isu-isu berkaitan rumahtangga yang berlaku di negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat saya jadikan pengajaran dan iktibar kepada saya pada masa akan datang. Selain itu, pengalaman yang saya perolehi sepanjang berurusan dengan pihak Jabatan Agama Islam juga sesuatu yang sangat berharga kepada saya. Sepanjang berurusan tersebut dalam pada masa yang sama saya dapat melihat bagaimanakah institusi agama berfungsi di Malaysia dalam usaha untuk menjaga kemaslahatan perkahwinan keluarga-keluarga islam di negara kita. Sebagai contohnya, setiap jabatan agama daerah mempunyai pakar perunding keluarga yang menyediakan khidmat nasihat kepada keluarga-keluarga yang mempunyai masalah. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan betapa islam menjaga ikatan perkahwinan yang dibina agar kekal dan tidak terputus tanpa alasan yang kukuh. Dari segi cabaran sepanjang melaksanakan tugasan ini adalah, saya dan rakan-rakan mempunyai sedikit kekangan dari segi masa. Hal ini kerana, pada minggu terakhir sebelum Tarikh penyerahan tugasan. Kami perlu mengikuti program Internship di sekolah selama sebulan. Hal ini menyebabkan jadual kami setiap hari menjadi sedikit pada dan menyebabkan masa yang ada untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini sangat terhad. Selain itu, kekangan yang kami hadapi disebabkan internship ini juga adalah setiap daripada ahli kumpulan saya manjalankan program di sekolah-sekolah yang berlainan. Maka, agak sukar untuk kami membuat perbincangan semasa berada di sekolah. Hal ini menyebabkan kami terpaksa menyiapkan tugasan agak lewat pada setiap hari. Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang kekeluargaan islam. Selepas ini, segala

kemahiran dan input yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini.

Disediakan Oleh :

………………………………………….... (Muhammad Khairul Hanan bin Khalid) 8 PISMP Sains

Related Documents

Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30
Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44
Refleksi...sup
April 2020 47
Andalas Refleksi
August 2019 29

More Documents from ""