Saranan Bagi Mengurangkan Masalah Penceraian Di Malaysia.docx

  • Uploaded by: Khairul Hanan
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Saranan Bagi Mengurangkan Masalah Penceraian Di Malaysia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 688
  • Pages: 4
SARANAN BAGI MENGURANGKAN MASALAH PENCERAIAN DI MALAYSIA

Perceraian merupakan jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Dari segi istilah agama islam, penceraian bermaksud talak ataupun cerai. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes. Oleh yang demikian, berdasarkan temuramah yang telah kami jalankan bersama Jabatan Agama Islam Daerah Besut, terdapat beberapa saranan yang telah diberikan bagi mengurangkan masalah penceraian di negara kita. Antara perkara yang paling penting perlu ditekankan adalah suami isteri perlu mempunyai ilmu yang cukup berkaitan agama islam dan juga rumahtangga. Hal ini kerana, menurut kajian yang telah dijalankan di Selangor pada tahun 2015, di dapati bahawa punca utama kepada berlaku masalah penceraian adalah disebabkan oleh pengabaian tanggungjawab sama ada oleh suami mahupun isteri itu sendiri. Menurut kajian tersebut, sebanyak 10,799 aduan telah dikemukakan bermula tahun 2011 hingga tahun 2015 berkaitan dengan kes penceraian disebabkan pengabaian tanggungjawab.

Jadual : Aduan Rumah Tangga Di Negeri Selangor Dari 2011 - 2015

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Tanggungjawab merupakan sesuatu yang sangat penting dalam rumah tangga sama ada tanggungjawab seorang suami terhadap isteri, begitu juga sebaliknya tanggungjawab isteri terhadap suaminya.Oleh yang demikian, dengan adanya ilmu yang cukup berkaitan dengan agama dan juga rumahtangga, sudah pasti seseorang itu akan melaksanakan tanggungjawab yang wajib dijalankan sebagai suami ataupun isteri. Perkara ini didapati sangat berkesan untuk mengurangkan masalah penceraian di Malaysia kerana ianya lebih berbentuk kepada pencegahan sebelum berlakunya krisis rumahtangga. Selain itu, saranan lain yang boleh digunapakai untuk mengurangkan kes penceraian di Malaysia adalah pasangan yang ingin berkahwin perlulah membuat persediaan yang lebih awal terutamanya dari segi persediaan kewangan. Hal ini kerana, seperti yang diketahui umum, antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi selepas perkahwinan merupakan cabaran dari segi masalah kewangan. Menurut sebuah laporan di dalam akhbar Utusan Online (2017) lebih 20 peratus pasangan Islam mengalami masalah kewangan dalam usia lima tahun perkahwinan yang sekali gus menjurus kepada trend berlakunya perceraian di usia awal perkahwinan khususnya dalam kalangan pasangan muda. Hal ini sudah pastinya akan dapat dielakkan sekiranya pasangan-pasangan tersebut mempunyai perancangan kewangan yang kukuh sebagai bekalan untuk menempuh masa depan. Sekiranya masalah tersebut berlaku juga di dalam rumahtangga, suami isteri perlu memilih jalan yang lebih untuk menyelesaikan perkara tersebut. kebanyakan pasangan muda memilih untuk berpisah selepas mereka gagal menangani krisis kewangan dengan baik. Seharusnya sebagai pasangan yang berpendidikan mereka perlu bijak menyelesaikan masalah kewangan secara bersama termasuk merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman.

Akhir sekali, bagi mengurangkan berlaku kes penceraian di Malaysia juga pasangan suami isteri yang telah berkahwin perlulah memupuk sikap bertolak ansur antara suami isteri yang lebih tinggi dalam diri mereka. Hal ini kerana, antara perkara utama yang sangat penting selepas berkahwin adalah memupuk persefahaman antara suami isteri. Sekiranya tiada persefahaman antara mereka, isu-isu kecil yang timbul dalam rumahtangga akan menjadi sesuatu yang besar dan mengakibatkan mereka menunding jari antara satu sama lain. Hal ini sekiranya dibiarkan berterusan akan menyebabkan berlakunya penceraian. Menurut Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memetik daripada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, kebanyakan kes penceraian yang difailkan oleh pasangan itu adalah atas faktor yang remeh seperti isteri suka mengikuti rombongan beramairamai, isteri suka membasuh baju pada waktu malam, suami tidak suka isteri makan di dalam kereta dan suami tidur berdengkur. Kes penceraian disebabkan perkara-perkara remah ini sudah pasti akan dapat dielakkan sekiranya setiap pasangan suami isteri di Malaysia boleh bertolak ansur dengan baik dan saling memahami antara satu sama lain.

Rajah: Statistik Punca Penceraian Usia Perkahwinan 5 Tahun Kebawah Wilayah Persekutuan

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu memberi tumpuan serius terhadap isu perceraian dalam kalangan pasangan suami dan isteri yang terus meningkat ini. Pendedahan khusus perlu diberikan terhadap usaha penyaluran ilmu pengetahuan terutama ilmu agama, ilmu komunikasi rumah tangga, ilmu psikologi dalam rumah tangga serta pendidikan anak-anak bagi pasangan suami dan isteri. Pengamalan serta meningkatkan amal ibadah yang betul

adalah merupakan salah satu kaedah efektif bagi membendung timbulnya masalah dalam rumah tangga sekaligus perceraian dalam kalangan pasangan suami dan isteri.

Related Documents


More Documents from "fairus"