Rancangan Strategik Peningkatan Akademik (pspa) Tahun Semasa

  • Uploaded by: ismi
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rancangan Strategik Peningkatan Akademik (pspa) Tahun Semasa as PDF for free.

More details

  • Words: 1,047
  • Pages: 7
Manual Pengurusan Kurikulu

PPDBS

PERANCANGAN STRATEGIK PENINGKATAN AKADEMIK TAHUN ____________ PENGENALAN Pengurusan strategik merupakan satu proses formulasi, pelaksanaan dan penilaian tindakan-tindakan yang akan memastikan organisasi berupaya mencapai objektifnya (David, 1986). Perancangan strategik pula sebagai proses merancang hala tuju organisasi . Empat soalan strategik utama adalah: Di manakan kita sekarang ? Ke mana hendak ditujui ? Bagaimanakah cara mencapai tujuan/objektif ? Bagaimanakah kita tahu kita telah mencapai ? Di peringkat sekolah, Perancangan Strategik Peningkatan Akademik 5 Tahun (PSPA) telah disediakan dari tahun 2006 hingga 2010. Dokumen PSPA ini perlu sentiasa dirujuk dalam perancangan peningkatan akademik tahun semasa. Pelan tindakan yang dirancang perlu dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran masing-masing dan pengawalan dan penilaian keberkesanan program dan aktiviti mestilah dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah.Walau bagaimana pun , perancangan strategik semasa terutamanya pelan tindakan mungkin berubah daripada pelan asal kerana sumber manusia dan sistem berubah mengikut masa. Oleh itu, panitia mata pelajaran dicadangkan membina satu perancangan strategik peningkatan akademik yang lebih komprehensif mengikut kesesuaian perubahan semasa. Di bawah ini disertakan contoh kerangka penulisan PSPA semasa untuk rujukan panitia mata pelajaran.

KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pendahuluan Visi Misi Panitia Objektif Ahli Jawatankuasa Sasaran Pencapaian UPSR/PMR/SPM/STPM 7. Isu-isu Stratetgik 8. Analisis SWOT 9. Matlamat Strategik 10. Strategi,Pelan Taktikal dan Pelan Operasi 11. Pelan Kontigensi

1

Manual Pengurusan Kurikulu

PPDBS

1.0 PENDAHULUAN

• • •

PSPA semasa merupakan satu proses lanjutan dan berterusan dalam tahun semasa yang dipetik daripada PSPA lima tahun (2006-2010) PSPA semasa lebih berorientasikan sasaran pencapaian tahun semasa Strategi yang dirangka mengambil kira tindakan dinamik dan berfokus berasaskan analisis kendiri tahun semasa.

2.0 . VISI • •

Satu impian atau hasrat yang ingin dibawa oleh pemimpin organisasi untuk menggerakkan warganya supaya memikirkan apa yang perlu dicapai oleh organisasi pada masa hadapan. Merupakan satu pandangan masa depan yang realistik, boleh dipercayai dan menarik

CIRI-CIRI VISI • •



Berasaskan realiti semasa Berupaya mendorong,memberikan inspirasi kepada semua warga untuk bekerjasama mencapai matlamat Bermakna, jelas,realistik ,boleh dicapai dan mudah difahami CONTOH VISI Y adalah sebuah sekolah cemerlang di daerah Z pada tahun 2010

3.0 . MISI • • •

Merupakan langkah atau usaha yang disusun untuk mencapai visi Lebih merujuk kepada soalan bagaimana untuk mencapai visi? Bersifat padu dan mampu menjana ke arah merealisasikan visi CIRI-CIRI MISI

• • • •

Ringkas,jelas, mudah diingati dan difahami. Menjawab persoalan 5W + 1H Boleh dicapai dan realistik Boleh dibudayakan oleh warga organisasi CONTOH MISI



Misi Panitia Sains ialah memastikan murid dapat menguasai konsep sains dalam bahasa Inggeris dengan kukuh,memberi penekanan kepada fakta dan istilah sains di samping memantapkan kemahiran proses sains serta mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan harian

2

Manual Pengurusan Kurikulu

PPDBS

4.0 OBJEKTIF •

Merupakan sasaran yang lebih spesifik berkaitan dengan apa-apa yang dinyatakan dalam visi dan misi CIRI-CIRI OBJEKTIF

• • • • • •

Harus memenuhi ciri-ciri SMART S – Specific ( Khusus ) M - Measurable ( boleh diukur ) A - Attainable ( Boleh dicapai ) R – realistic ( Realistik ) T – Timebound ( mempunyai jangkamasa tertentu ) CONTOH – CONTOH OBJEKTIF



• •

Meningkatkan peratus kelulusan daripada 90.1 % kepada 93.7 % Meningkatkan kualiti pelajar yang memperolehi kepujian A1 seramai 20 orang Meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam penulisan dan pemahaman

5.0 AHLI JAWATANKUASA

• • • • •

Penasihat : Pengetua / Guru Besar/ PK/GKMP Pengerusi : Ketua Panitia Mata pelajaran Naib Pengerusi : Penolong Ketua Panitia Setiausaha : Dilantik dalam kalangan ahli panitia AJK : Semua guru mata pelajaran

** Senaraikan semua nama guru panitia mata pelajaran 6.0 SASARAN PENCAPAIAN DAN PENGUNJURAN SEMASA • • •

Pencapaian ialah peratus kelulusan yang dicapai dalam mata pelajaran tahun sebelumnya. Pengunjuran ialah peratus kelulusan yang disasar dalam mata pelajaran tahun semasa. Pengunjuran sewajarnya menunjukkan peningkatan pencapaian daripada tahun sebelumnya

** Gunakan data daripada HC1-HC6 ( Headcount yang disediakan oleh panitia matapelajaran )

3

Manual Pengurusan Kurikulu

PPDBS

7.0. ISU-ISU STRATEGIK • • • •

Faktor kritikal untuk mencapai kejayaan. Dengan andaian 20% isu ini diselesaikan dapat menyumbang 80% kepada penyelesaian masalah berkaitan dengan pencapian Contoh: Isu guru Bahasa Inggeris Ting. 1 kurang kompetensi dari segi pedagogi Menyusun isu tersebut mengikut keutamaan bagi mencapai misi

8.0. ANALISIS SWOT

• • •

Menyenaraikan semua faktor kekuatan (Strengths)(S), kelemahan (weaknesses) (W) , peluang(Opportunities)(O), ancaman (Threats) (T) Membuat analisis berdasarkan jadual matriks Contoh penggunaan Jadual Matriks

Peluang ( O ) Senaraikan peluang 1. 2. Ancaman ( T ) Senaraikan ancaman 1. 2.

Kekuatan ( S ) Senaraikan kekuatan 1. 2.

Kelemahan ( W ) Senaraikan kelemahan 1. 2.

Strategi ( SO ) Gunakan kekuatan untuk merebut peluang

Strategi ( WO ) Atasi kelemahan dengan mengambil peluang yang ada

Strategi ( ST ) Gunakan kekuatan bagi menghadapi ancaman (jika ada)

Strategi ( WT ) Cuba minimumkan kelemahan dan elakkan ancaman

MATLAMAT STRATEGIK • •



Sasaran umum jangka panjang dan pendek untuk mencapai misi Pernyataan matlamat strategik menggambarkan huraian terperinci dalam bentuk tindakan atau pelan strategi Contoh : Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian guru dalam bilik darjah

4

Manual Pengurusan Kurikulu

PPDBS

10.STRATEGI, PELAN TAKTIKAL, PELAN OPERASI DAN PELAN KONTIGENSI Strategi • •

• •

Cara atau program yang dirancang untuk mencapai objektif Memerlukan sistem yang teratur dan cekap dalam tempoh yang ditetapkan Kenalpasti siapa yang melaksanakan strategi dan siapa yang memantau perkembangannya Sediakan Carta Gantt pelaksanaan perancangan strategik peningkatan akademik panitia semasa Pelan Taktikal (Rujuk Lampiran 1 ) Ciri-ciri pelan taktikal •



mengambilkira pelan strategik, tahap pencapaian semasa ( TOV ), peningkatan sasaran operasi ( OTI ) dan sasaran hasil jangkaan ( ETR ) wujud mekanisme pemantauan dan penilaian program

Pelan Operasi ( Rujuk Lampiran 2 ) Ciri-ciri pelan operasi • • • • • • • • • •

mengambilkira pelan strategik dan pelan taktikal mempunyai objektif yang jelas menentukan kumpulan sasaran menentukan strategi perlaksanaan menentukan masa dan tempoh perlaksanaan menentukan pelaksana menentukan sumber yang diperlukan mengenalpasti kekangan dan halangan menentukan mekanisme pemantauan dan penilaian menentukan mekanisme penambahbaikan

11. Pelan Kontigensi •

• Catatan

Halangan yang mungkin dihadapi dan cara mengatasinya Sekiranya pelan taktikal itu didapati tidak berkesan lagi ,apakan pelan tindakan alternatif lain yang sesuai dan dapat dilaksanakan ?

: Tindakan di sekolah semasa hanya mengeluarkan pelan tindakan daripada PSPA 5 tahun untuk dilaksanakan oleh panitia. Adalah dicadangkan panitia

5

Manual Pengurusan Kurikulu

PPDBS

mata pelajaran membina PSPA panitia yang lebih lengkap.

6

Manual Pengurusan Kurikulu

PPDBS

7

Related Documents


More Documents from ""

Lampiran D1
May 2020 31
Lampiran E2
May 2020 30
Graf Prestasi Murid
May 2020 26
Brg Pm 2
May 2020 27
Kajian_geog_tmptan
May 2020 23
Post Mortem
May 2020 31