SK. ISKANDAR PERDANA BANDAR BARU SERI ISKANADR 32610 SERI ISKANDAR
Tajuk : “Adik Boleh Membaca”
Tarikh Masa Tempat
: : :
3 Mac – 3 Oktober 2017 15 minit setiap hari Kelas Prasekolah Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun
PROGRAM AKADEMIK PRASEKOLAH “ Adik Boleh Membaca” Tajuk : Adik Boleh Membaca Tarikh : Mac Hingga Oktober 2017 Masa : 15 minit setiap hari Tempat : Kelas Prasekolah
Rasional. Program ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan secara terperinci tentang bunyi dan bentuk huruf seterusnya dapat membaca suku kata, perkataan dan ayat mudah. Matlamat. 1. Memberi bimbingan berterusan kepada pelajar lemah dan kurang mengenal huruf. 2. Menaik dan meningkatkan
minat pelajar untuk mengenal huruf dan
membaca. 3. Meninggalkan kesan yang mendalam. Supaya pelajar dapat mengingati setiap apa yang diajar. Objektif. 1. Program ini diharapkan dapat membolehkan pelajar dapat membaca sebelum masuk ke Tahun 1. 2. Mendorong pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk membaca. 3. Menarik perhatian pelajar untuk membaca.
Kumpulan Sasaran. Pelajar yang belum mengenal huruf dan pelajar yang tidak dapat membaca suku kata.
Perlaksanaan. Program dijalankan selama 15 minit selepas waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas setiap hari selepas waktu persekolahan. :Cara dijalankan : 1. Mengecam huruf dan bunyi.
Huruf di bentuk dengan plastisin
Huruf ditulis di atas pasir
Huruf dicat di atas kertas lukisan
Huruf dibentuk dengan tali dan lidi.
Huruf dibentuk dengan tubuh badan.
2. Mengecam bentuk huruf kecil dan besar.:
Pilih huruf kecil didalam sebuah kotak yang dicampur dengan huruf besar. ( sebaliknya )
Menulis huruf besar/kecil yang disebut oleh guru.
3. Membunyikan huruf vokal :
Lagu pak mamat ada kebun
Lagu-lagu versi Didi and freinds
4. Mengecam dan membunyikan huruf konsonan. 5. Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan vokal. 6. Mencantum dua suku kata terbuka ( vkv )
Cth: bu + ku buku 7. Membaca suku kata terbuka ( vkv ) Cth : ibu ( guna kad cantuman ) 8. Membaca suku kata tertutup ( kvk ) Cth : bas, pen, jam ( permainan huruf yang dicantum ) 9. Membaca dua suku kata. a) ( kv + kvk ) cth : pokok b) ( kvk + kv ) cth : lampu c) ( kvk + kvk ) cth : pensel 10.Latih tubi membaca 11.Membuat aktiviti latih tubi membaca secara berulang sampai murid boleh menguasai. Rumusan. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar yang amat lemah dalam perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang amat penting untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu 2018 nanti.
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
………………………………………
…………………………………
(SARINAH BINTI MADJIT)
(AZLI BIN HASHIM,PPT)
Guru Prasekolah
Guru Besar