Ram A Ad Ah

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ram A Ad Ah as PDF for free.

More details

  • Words: 310
  • Pages: 1
Alhamdulillah, kita telah memasuki pertengahan bulan Ramadhan. Bagaimakakah agaknya bahagian pertama daripada Ramadan kita? Apakah kita memperolehi seperti yang disebutkan dalam hadith Rasulullah s.a.w, ”permulaan ramadhan itu Rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dibebaskan daripada api neraka”. Semoga ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk meraih visi TAQWA. Jadikanlah seluruh aktiviti di bulan puasa ini sebagai proses mendidik kita menjadi oring yang bertaqwa iaitu yang paling hampir di sisi Allah, paling diredhai Allah, dirahmati dan diberkati. Jangan sampai ramadhan yang kita lalui ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan pada diri dan amal kita. Apa khabar bacaan Al Quran kita? Apa khabar Tarawikh kita? Apa khabar amal fardhu ain kita? Apa khabar qiamullail kita? Apa khabar puasa kita? Apakah semua ini semakin hebat dan rancak kita laksanakan? Tepuk dada Tanya iman kita? Inilah persoalan yang perlu kita kemukakan. Malang bagi kita, bila ramadhan menjelang, bukan soalansoalan di atas yang kita tanyakan, yang kita selalu Tanya ialah bila waktu untuk berbuka? Nak makan apa petang nanti? Dodol dah kacau? Kuih raya dah tempah? Baju raya dah buat ke belum? Apakah kita lupa hadith Rasulullah yang bermaksud: “…telah datang kepada kamu bulan Ramadan di mana Allah mengurniakan di dalamnya keberkartan menurunkan rahmat, mengampunkan dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolahi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan para malaikat. Maka tunjuklah kepada Allah kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah orang yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini” Ramadan dan beribadat pada bulannya perlu kita buru sungguh-sungguh supaya kita beroleh ganjaran taqwa. Paling tidak pun, lebih baik daripada tahun lalu. Jangan biarkan ramadhan berlalu tanpa apa-apa peningkatan amalan. Jangan kita biarkan ramadan berlalu tanpa kita mendapat rahmat dan keampunan Allah. Bayangkan inilah Ramadan terrakhir buat kita. Marilah kita semarakkan ramadan pada kali ini. Sekian, jumpa lagi

[email protected] Istiqamah Dalam Perjuangan

Related Documents

Ram A Ad Ah
November 2019 24
Ram A Ad Vikram
May 2020 2
Camp Ram Ah
May 2020 8
Ram Ad An
April 2020 8
Ram Ad An
May 2020 5
Ram Ad An
May 2020 4

More Documents from "pericoelde5113"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31