Rahsia Internet Marketing # 1 Dalam Bahasa Malaysia

  • Uploaded by: Samsul Rizal
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rahsia Internet Marketing # 1 Dalam Bahasa Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 418
  • Pages: 1
Rahsia Internet Marketing # 1 : Optimasi Enjin Carian (SEO) Ini merupakan perkara paling penting dalam menentukan kejayaan penjualan produk atau perkhidmatan anda. SEO bermula dengan cara anda membina laman web anda daripada pemilihan nama domain, tajuk, kata kunci (keyword) dan juga isi kandungan. Pemilihan nama domain mestilah mencerminkan perniagaan anda. Jika perniagaan anda belum diketahui umum jenamanya, adalah lebih baik memilih nama domain yang ada menceritakan perniagaan anda. Contohnya sekiranya anda berniaga dalam bidang percetakan, eloklah nama domain anda www.percetakan.com berbanding anda memilih nama perniagaan anda yang sebenar. Lain ceritanya jika anda mempunyai jenama yang memang telah diketahui ramai seperti MPH, McDonald dan sebagainya. Tajuk yang dapat menarik perhatian pengunjung tidaklah sesukar mana untuk dicipta. Gunakan ayat yang ringkas dan padat dan juga mencerminkan perniagaan anda. Contohnya, “Ketahui Rahsia Bagaimana Membina Laman Web Dengan 3 Langkah Mudah”. Lihat contoh ini, saya memberitahu pengunjung tentang bagaimana untuk membina laman web dan yang tambah menarik perhatian pengunjung adalah dengan 3 langkah mudah sahaja. Pengunjung akan tahu apa yang bakal mereka perolehi apabila mendapatkan produk anda. Pemilihan kata kunci yang betul dan tepat boleh menambahkan lagi kebarangkalian laman web anda akan terpapar pada 10 tangga teratas dalam mana-mana enjin carian. Elakkan menggunakan perkataaan percuma atau free. Penggunaan kata kunci ini boleh menambahkan bilangan pengunjung tetapi ingat, mereka hanya mahukan perkara yang percuma sahaja dan bukannya hendak membeli produk anda. Tetapi kata kunci ini boleh digunakan jika anda benar-benar menawarkan sesuatu yang percuma, contohnya tip-tip percuma yang digunakan untuk mendapatkan nama, alamat email dan nombor telefon pengunjung dan dimasukkan ke dalam mailing list anda. Isi kandungan yang lengkap juga boleh membantu menaikkan tangga paparan di enjin carian. Ini kerana apa juga yang anda masukkan ke dalam isi kandungan dapat dicari oleh pengunjung. Luangkan lebih masa untuk menulis laman web yang lengkap. Contohnya jika anda menjual buku, jangan lupa untuk memasukkan segala isi kandungan buku tersebut termasuklah sedikit huraiannya. Ini kerana ada pengunjung yang hanya berminat pada satu atau dua isi kandungan buku tersebut. Akhir sekali langkah yang paling penting adalah menghantar URL laman web anda ke laman web enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN, Exact Seek dan sebagainya. Proses ini akan mempercepatkan proses mengindex oleh enjin carian berbanding tidak menghantar URL anda. Elakkan menggunakan perisian penghantar URL kerana kadang-kadang proses ini tidak dapat diterima oleh sebahagian besar enjin carian. Hantarlah URL anda secara manual. Anda boleh menghantar URL anda contohnya seperti www.percetakan.com jika anda memiliki nama domain tersebut.

Untuk informasi lanjut barkaitan Rahsia Internet Marketing dalam Bahasa Malaysia sila ke www.RahsiaInternetMarketing.com

Related Documents


More Documents from ""