10 Hadis Daripada 300 Hadis Bimbingan - Ustaz Zahazan

  • Uploaded by: Samsul Rizal
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 10 Hadis Daripada 300 Hadis Bimbingan - Ustaz Zahazan as PDF for free.

More details

  • Words: 299
  • Pages: 1
10 HADIS DARIPADA 300 HADIS BIMBINGAN 1. Kewajipan Menyampaikan Ilmu Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.” - Riwayat al-Bukhari 2. Tiada Pengecualian Menuntut Ilmu Daripada Ania bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.” - Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la 3. Allah s.w.t Bersama Jemaah Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Pertolongan Allah bersama jemaah.” - Riwayat al-Tirmizi 4. Mesti Mengamalkan Islam Walaupun Dalam Keadaan Terasing Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing.” - Riwayat Muslim 5. Rasulullah s.a.w. Penghulu Manusia Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Akulah penghulu manusia pada hari kiamat.” - Riwayat al-Bukhari dan Muslim 6. Tiada Perbezaan Darjat Antara Umat Rasulullah Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Perumpamaan umatku adalah seperti hujan; tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik.” - Riwayat al-Tirmizi 7. Hikmah Berkasih Sayang Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang itu adalah bersama dengan orang yang ia kasihi.” - Riwayat al-Bukhari dan Muslim 8. Mukmin Sebenar Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya , ia adalah Mukmin.” - Riwayat Ahmad dan al-Hakim 9. Amalan Pertama Dihisab Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yangdihisab pada hari kiamat ialah solatnya.” - Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi 10. Tempat Yang Disukai Dan Dibenci Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar.” - Riwayat Muslim Untuk mengetahui keseluruhan 300 Hadis Bimbingan, sila dapatkan secara online di www.nasyid.com.my/hadis.

Related Documents

Hadis Bki.docx
December 2019 46
Hadis Mansukh
November 2019 50
Hadis Muthahharah
May 2020 45
Kirk Hadis
June 2020 26
Hadis Wanita
June 2020 28

More Documents from ""