Bahasa Malaysia

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bahasa Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 433
  • Pages: 2
Pembatalan Larangan Menjual Minyak Kepada Kenderaan Asing Rugikan

Rakyat

Pembatalan larangan penjualan minyak Petrol dan diesel kepada kenderaan asing dikawasan sejauh 50 km dari sempadan oleh Kerajaan BN merupakan suatu langkah yang tidak bijak. Dengan kenaikkan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol dan RM 1 bagi diesel seharusnya pihak kerajaan perlulah menjimatkan simpanan minyak negara dengan menghadkan penggunaannya kepada rakyat Malaysia sahaja. Kita harus bersedia dengan isu kenaikkan harga minyak yang berpunca dari kurangnya bekalan minyak dunia. Seharusnya stok yang kita ada disimpan dan tidak dijual sewenang-wenangnya kepada warganegara asing disempadan. Tindakkan sebelum ini, iaitu melarang penjualan di kawasan 50 km adalah suatu langkah yang baik dan sewajarnya diteruskan walaupun harga minyak telah naik. Kita tidak mahu pada masa akan datang harga minyak naik disebabkan terlalu banyak stok dikeluarkan yang mana negara kita menjadi pembekal pula dikawasan sempadan bagi warganegara asing. Bila stok simpanan berkurangan, kita mahu tidak mahu akan membeli lagi dari negara luar pada kadar yang tinggi. Soal Kerajaan memberikan rebet pada rakyat bukanlah alasan yang boleh diguna pakai kerana nilainya terlalu kecil jika dibandingkan dengan kadar kenaikkan. Bagi rakyat yang mengunakan motosikal, kerajaan akan bayar semula sebanyak RM 150 setahun sebagai insentif. Anggaran pengunaan sehari bagi mereka yang bekerja adalah 1 liter yang berharga RM 2.70. Dari RM 150 itu purata sehari yang direbetkan hanyalah sebanyak 42 sen bermakna rakyat masih kena keluar sebanyak 26 sen sebagai bayaran tambahan. Harga dan nilai rebet itu mungkin akan berubah jika stok minyak kita berkurangan. Oleh itu, Kerajaan harus fikir tentang masalah 27 juta rakyat dinegara ini yang mana ekonomi negara turut dipengaruhi oleh pasaran minyak. Mungkin syarikat stesen minyak dikawasan sempadan akan mengalami kekurangan pelanggan, tapi adakah kerana mereka nak cari untung, kepentingan 27 juta warganegara kita diabaikan.

Isu minyak pada hari ini mungkin tidak dipandang sebagai satu aset yang berhubung kait dengan soal kedaulatan sebagai mana kes Batu Putih. Tetapi kita harus berfikir panjang bahawa keperluan dan juga hak rakyat sebagai pemilik asal stok minyak itu perlu dijaga. Kita tidak mahu, permintaan minyak yang tinggi dalam negara dipengaruhi dan ditokok tambah oleh permintaan sampingan dari warganegara asing. Dalam pengiraan indeks harga pengguna dan juga pasaran kita hanya ambil kira berdasarkan jumlah penduduk Malaysia bukan dari kalangan warganegara asing yang sering keluar masuk dikawasan sempadan. Tapi kalau keadaan ini berterusan maka, pemintaan minyak disempadan oleh warganegara asing akan menjadi penyebab kepada tingginya permintaan dan harga minyak di masa depan. Oleh itu, desakkan bagi Kerajaan melanjutkan larangan berkenaan adalah perlu dilakukan sebagai satu tuntutan kita terhadap soal kedaulatan dan hak rakyat dalam memperoleh minyak pada kadar yang sewajarnya pada masa akan datang.

Related Documents

Bahasa Malaysia
April 2020 24
Bahasa Malaysia
October 2019 27