P.vokasional - Menservis Peralatan Elektrik Domestik

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Menservis Peralatan Elektrik Domestik as PDF for free.

More details

  • Words: 868
  • Pages: 8
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii

sukatan pelajaran menservisn peralatan elektrik domestik kbsm

PENDAHULUAN Menservis Peralatan Elektrik Domestik ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai kemahiran asas membaiki peralatan elektrik domestik dengan aplikasi teori asas yang berkenaan. Menservis Peralatan Elektrik Domestik merupakan kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam industri elektrik elektronik. Dalam mata pelajaran ini, murid dilatih menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian dengan menekankan langkah keselamatan dan cara yang betul serta berkesan. Dengan mengaplikasikan prinsip asas kendalian litar, mereka melakukan kerja amali menguji, mengesan dan mengenal pasti kerosakan peralatan elektrik domestik. Selanjutnya, kemahiran murid dipertingkatkan kepada peringkat baik pulih dan penyenggaraan pelbagai perkakas elektrik di rumah seperti loceng pintu, mesin pengisar, kipas, pembakar roti, seterika, cerek elektrik, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderongan dalam kerja menservis peralatan elektrik domestik. Prospek kerjaya murid termasuk menjalankan perniagaan sendiri, membaiki dan membekal alat elektrik atau bekerja sebagai pekerja mahir di kilang elektrik dan elektronik.

MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran membaik pulih dan menyenggara peralatan elektrik domestik dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam bidang perkakasan elektrik.

1

sukatan pelajaran menservisn peralatan elektrik domestik kbsm

OBJEKTIF Kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk membolehkan murid : 1.

Menyenggara peralatan elektrik domestik

2.

Mencari dan mengesan kerosakan peralatan elektrik domestik

3.

Melakukan kerja pengujian peralatan elektrik domestik

4.

Mengganti komponen dan membaik pulih peralatan elektrik domestik

5.

Mengenal pasti dan mengesan litar bekalan kuasa dan sistem kawalan dalam peralatan elektrik domestik

6.

Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian dengan cara yang betul dan berkesan serta menyenggara peralatan bengkel

7. 8.

Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas jika perlu semasa menservis peralatan elektrik domestik Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti bekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan berkesan

9.

Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik diolah dalam tiga bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam tiga bidang pembelajaran adalah seperti berikut :

1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik Dalam bidang pembelajaran ini murid didedahkan kepada pengenalan asas menservis peralatan elektrik domestik, pengendalian peralatan ujian, komponen peralatan elektrik dan sistem litar yang terdiri daripada bekalan, kawalan dan beban kuasa.

2

sukatan pelajaran menservisn peralatan elektrik domestik kbsm

1.1

1.2

1.3

1.4

1.5

Pengenalan

a.

Perkembangan teknologi semasa

b.

Prospek kerjaya

c.

Kepentingan amalan keselamatan

d.

Peraturan dan undang-undang kerja Etika dan budaya kerja

Peralatan ujian

a.

Pena ujian

b.

Meter pelbagai

c.

Penguji tebatan

Komponen asas elektrik

a.

Fungsi

b.

Penggunaan

c.

Pengujian komponen

Litar bekalan kuasa

a.

Arus ulang alik (AC)

b.

Arus terus (DC)

Sistem kawalan

a.

Manual

b.

Automatik

3

sukatan pelajaran menservisn peralatan elektrik domestik kbsm

1.6 Beban a.

Pemanas

b.

Motor

c.

Transduser

d.

Injap solenoid

e.

Mentol atau lampu

2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik Kemahiran asas menservis peralatan elektrik domestik dilanjutkan dalam bidang pembelajaran ini. Murid mempelajari kendalian litar, bagaimana mengesan kerosakan dan seterusnya membaik pulih pelbagai peralatan elektrik domestik. Di samping itu, murid mempelajari kemahiran mengurus dan penstoran.

2.1

2.2

Asas kendalian peralatan elektrik domestik a.

Pengendalian peralatan

b.

Binaan

c.

Manual

Mengesan kerosakan dan baik pulih

a.

Simptom kerosakan

b.

Langkah mengesan kerosakan

c.

Menganalisis dapatan kerosakan

d.

Prosedur baik pulih

4

sukatan pelajaran menservisn peralatan elektrik domestik kbsm

2.3

Penyenggaraan peralatan elektrik a.

Cara perolehan

b.

Sistem penstoran

c.

Penyenggaraan

3. Keusahawanan Dalam bidang pembelajaran ini murid didedahkan dengan cara berkomunikasi yang berkesan dan membuat keputusan. Mereka mempelajari cara menyediakan rancangan perniagaan, bantuan perniagaan dan pemasaran.

3.1

Kemahiran berkomunikasi

3.2

Kemahiran membuat keputusan

3.3

Rancangan perniagaan

3.4

Agensi yang membantu usahawan

3.5

Pemasaran

5

Related Documents


More Documents from "berayuk"

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35