P.vokasional - Membuat Perabot

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Membuat Perabot as PDF for free.

More details

  • Words: 1,220
  • Pages: 11
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

MEMBUAT PERABOT

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii

sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

PENDAHULUAN Membuat Perabot ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini digubal untuk membolehkan murid mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot. Membuat Perabot adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam industri pembuatan. Dalam mata pelajaran ini, murid menguasai kemahiran menghasilkan perabot melalui projek sepanjang pembelajaran. Antara produk yang dihasilkan ialah kerusi, rak, meja dan almari. Murid dapat menjana idea dalam mereka bentuk dan menghasilkan perabot dengan merujuk kepada majalah, buku dan internet. Di samping menghasil dan membaik pulih perabot, murid juga memperolehi kemahiran dalam penggunaan, penyenggaraan alat tangan dan mesin serta penghasilan pelbagai jenis tanggam. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderongan dalam membuat perabot. Peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh murid termasuk mengusahakan perniagaan sendiri atau bekerja di industri pembuatan perabot.

4

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Membuat Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembuatan perabot.

1

sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

OBJEKTIF Kurikulum Membuat Perabot adalah untuk membolehkan murid : 1.

Membuat perabot mengikut lukisan projek

2.

Melakar dan mentafsir lukisan projek

3.

Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja perabot

4.

Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja perabot

5.

Membuat kerja kemasan

6.

Mereka bentuk dan menghasilkan perabot rekaan sendiri serta membuat anggaran kos

7.

Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja

8.

Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Membuat Perabot diolah dalam empat bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut :

1.

Pengurusan Tempat Kerja Dalam bidang pembelajaran ini, murid mengamalkan peraturan dan keselamatan di tempat kerja, etika kerja, pengurusan bengkel dan penyenggaraan peralatan. Murid mengenal, mengguna dan menyenggara alatan tangan dan mesin. Mereka juga didedahkan kepada jenis bahan dan kelengkapan serta kaedah penyimpanan bahan membuat perabot. Peraturan dan undang-undang kerja serta aspek pemeliharaan alam sekitar dalam industri pembuatan perabot juga diperkenalkan.

2

sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

1.1

1.2

1.3

1.4

Organisasi bengkel a.

Peraturan dan langkah keselamatan

b.

Rawatan kecemasan

c.

Memadam kebakaran

d.

Etika dan budaya kerja

e.

Peraturan dan undang-undang kerja

f.

Pemeliharaan alam sekitar dalam industri perabot

Penggunaan dan penyenggaraan alatan a.

Alatan tangan

b.

Mesin mudah alih

c.

Mesin pegun

Penyediaan, penggunaan dan penyimpanan bahan kerja perabot a.

Kayu

b.

Papan komposit

c.

Barang logam dan kelengkapan

Kemasiapan projek a.

Bahan

b.

Proses kemasan

c.

Teknik kemasan

3

sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

2.

Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot Melalui bidang pembelajaran ini, murid didedahkan kepada pelbagai kemahiran dan pengetahuan berkenaan membuat dan membaik pulih perabot.

2.1

Penyangkut baju a.

Penyediaan kayu Lakaran projek

b.

Mentafsir lukisan projek

c.

Pembinaan tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap

d.

Membentuk dan melubang

e.

Kemasan

2.2

2.3

Meja serba guna a.

Penyediaan kayu

b.

Lakaran projek

c.

Mentafsir lukisan projek

d.

Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam temu

e.

Pemasangan plat siku

f.

Kemasan

Meja tulis a. Penyediaan kayu b. Lakaran projek c.

Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu

4

sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

e. Melurah dan melurah buntu f.

Pemasangan bungkah segitiga pada kerangka meja

g. Pemasangan engsel dan skru h. Kemasan

2.4

Kotak kecemasan a. Penyediaan kayu b. Lakaran projek c.

Mentafsir lukisan projek

d. Membentuk e. Pemasangan bahagian projek menggunakan skru dan glu f.

Pemasangan engsel sembunyi dan tombol

g. Kemasan

2.5

Rak pamer a. Penyediaan kayu b.

Lakaran projek

c.

Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam bajang tembus e. Memotong lengkok f.

Memasang rak, kumai dan lekapan

g. Kemasan

5

sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

2.6

Tiang lampu meja berlarik a. Penyediaan kayu b. Lakaran projek c.

Melarik silinder dan piring

d. Melelas e. Memasang f.

2.7

Kemasan

Kerusi a. Penyediaan kayu b. Lakaran projek c.

Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang terhenti, tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam lubang dan puting bahu sebelah e. Membentuk dan mengumai f.

Kemasan

g. Memotong dan memasang span dan fabrik

2.8

Rak kasut a. Penyediaan kayu b. Lakaran projek c.

Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam temu e. Melurah dan mengumai f.

Pembinaan laci

6

sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

g. Pemasangan bahagian rak kasut h. Kemasan

2.9

Almari sisi a. Lakaran projek b. Mentafsir lukisan projek c.

Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang, dan tanggam temu

d. Mengumai dan memotong lengkok e. Pembinaan laci f.

Pemasangan bahagian sisi almari, engsel, tombol, penetap, rel laci dan pintu

g. Kemasan

2.10

Baik pulih perabot a. Jenis kerosakan b. Prosedur baik pulih perabot

3.

Reka Bentuk dan Penghasilan Perabot Murid diberi peluang mereka bentuk dan membina projek perabot individu. Mereka didedahkan kepada kaedah dan susunan kerja yang perlu diambil kira semasa proses reka bentuk. Proses ini merangkumi menterjemah idea; membuat perancangan, lakaran dan lukisan projek; mengenal pasti kaedah pembinaan, bahan dan mesin yang diperlukan; dan membuat anggaran kos. Mereka digalakkan membuat rujukan dari media cetak dan internet serta membuat kajian atau tinjauan industri pembuatan perabot bagi mendapat pengalaman dan idea mengenai kaedah pembuatan perabot terkini di pasaran.

7

sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

4.

3.1

Mereka bentuk dan melakar projek

3.2

Penyediaan bahan dan anggaran kos

3.3

Memotong komponen

3.4

Pemasangan komponen dan barang logam

3.5

Kemasan

Keusahawanan Dalam bidang pembelajaran ini, murid didedahkan dengan cara berkomunikasi yang berkesan dan membuat keputusan. Di samping itu, murid mempelajari cara menyediakan rancangan perniagaan, mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan dan pemasaran. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri pembuatan perabot.

4.1

Kemahiran berkomunikasi

4.2

Kemahiran membuat keputusan

4.3

Rancangan perniagaan

4.4

Agensi yang membantu usahawan

4.5

Pemasaran

4.6

Peluang kerjaya di industri pembuatan perabot

8

Related Documents


More Documents from ""

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35