P.vokasional - Membuat Perabot - Ting. 4 Dan 5

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Membuat Perabot - Ting. 4 Dan 5 as PDF for free.

More details

  • Words: 6,548
  • Pages: 57
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MEMBUAT PERABOT TINGKATAN EMPAT dan LIMA

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut :KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian

ii

.$1'81*$1  3HQGDKXOXDQ



0DWODPDW



2EMHNWLI



2UJDQLVDVL.DQGXQJDQ



3HQGHNDWDQ'DQ3HQHNDQDQ



3HPHWDDQ.DQGXQJDQ



)RUPDW+XUDLDQ



+XUDLDQ7LQJNDWDQ(PSDW



+XUDLDQ7LQJNDWDQ/LPD



iii



KATA PENGANTAR

Para 1 (kosong)

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Para 3 (kosong)

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysi

iv

kepada kemahiran dalam kerja mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot. Perabot yang dihasilkan termasuk almari, kotak kecemasan, tiang lampu, kerusi dan beberapa jenis meja serta rak.

PENDAHULUAN

Apakah Mata Pelajaran Membuat Perabot?

Membuat Perabot adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Murid juga digalakkan merebut peluang kerjaya dalam industri pembuatan perabot. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

MATLAMAT

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang perabot.

Matlamat Mata Pelajaran Membuat Perabot

Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

Matlamat mata pelajaran Membuat Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembuatan perabot.

OBJEKTIF Objektif Mata Pelajaran Membuat Perabot

Dalam kurikulum Membuat Perabot tumpuan diberi

1

Kurikulum Membuat membolehkan murid : 1.

Perabot

adalah

Membuat perabot mengikut lukisan projek

untuk

2.

Melakar dan mentafsir lukisan projek

3.

Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja perabot

4.

Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja perabot

5.

Membuat kerja kemasan

6.

Mereka bentuk dan menghasilkan perabot rekaan sendiri serta membuat anggaran kos

7.

8.

RANGKA KONSEP

Pengurusan Tempat Kerja

Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja

Penyangkut baju Meja serba guna Meja tulis KEM AHIRAN KEM AHIRAN Kotak kecemasan MEMBUAT MEMBUAT Rak pamer PERABOT Kerusi PERABOT Rak kasut Almari sisi Kerja baik pulih perabot

Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunisaki dengan berkesan

ORGANISASI KANDUNGAN

Rangka Konsep

Mata pelajaran ini terbahagi kepada empat bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

REKA BENTUK dan MENGHASILKAN PERABOT

2

KEUSAHAWANAN dan KOMUNIKASI

3.

Deskripsi empat bidang pembelajaran bagi Membuat Perabot adalah seperti berikut:

Dalam bidang pembelajaran ini kreativiti murid dicungkil. Mereka diberi peluang mereka bentuk dan menghasilkan perabot mengikut idea dan kreativiti sendiri. Murid mengumpul maklumat terkini mengenai reka bentuk dan penghasilan perabot dengan melayari internet atau merujuk media cetak. Aspek yang tumpukan termasuk penterjemahan idea, perancangan, lakaran dan lukisan projek, bahan dan mesin yang diperlukan, anggaran kos dan kaedah pembinaan.

1. Pengurusan Tempat Kerja Murid sentiasa mematuhi dan mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja amali dengan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam pekerjaan, rawatan kecemasan dan memadam kebakaran. Di samping itu juga murid dilatih menguruskan tempat kerja secara berkesan dengan menitikberatkan kebersihan dan penyenggaraan alatan yang berkaitan.

4. 2.

Reka Bentuk dan Penghasilan Perabot

Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot

Keusahawanan

Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri pembuatan perabot.

Dalam bidang pembelajaran ini murid menjalankan latihan amali yang disepadukan dengan teori berkaitan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran yang dikuasai termasuk mengenali bahan, mesin dan alatan tangan; merancang tanda; membina pelbagai tanggam; membuat kerja kemasan; menguji projek; dan baik pulih perabot. Kemahiran ini diperolehi melalui pembinaan sembilan projek perabot yang reka bentuknya telah ditentukan. Seterusnya kemahiran ini diaplikasikan untuk membaik pulih perabot.

3

diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja, kesedaran tentang kos setiap projek serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

PENDEKATAN DAN PENEKANAN

Kemahiran melalui Latihan Amali

Kemahiran yang Relevan

Nilai Murni

Membuat Perabot adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya diserap secara tidak langsung semasa menjalankan kerja amali. Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara lakaran, lukisan, teori dan amali. Bidang pembelajaran Keusahawanan perlu digabungkan dengan bidang pembelajaran Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri pembuatan perabot.

Saiz Kelas

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pembuatan perabot dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.

Alatan Audio Video

Keselamatan dan Pengendalian Bengkel

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga

4

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Membuat Perabot mestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.

Alatan audio video perlu disediakan di bengkel Pembinaan Domestik bagi membantu murid memahami proses pembuatan semasa melakukan kerja amali.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di bengkel membuat perabot. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh murid bagi menambahkan pengalaman, semangat

bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat kepimpinan mereka.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Tunjuk Cara

Modul Pembelajaran

PEMETAAN KANDUNGAN

Pemetaan Kandungan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini di bidang industri pembuatan perabot seperti reka bentuk fizikal, bahan yang digunakan, sumber bagi mendapatkan bahan terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik. Rujukan buku dan majalah profesional juga digalakkan.

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Pembinaan Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Bilangan Masa pengajaran mata pelajaran Membuat Perabot Waktu ialah dua belas waktu seminggu yang mana setiap Seminggu waktu ialah empat puluh minit.

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.

5

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Membuat Perabot

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 1.

Pengurusan Tempat Kerja 1.1

1.2

1.3

TINGKATAN 4 (minggu)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

TINGKATAN 5 (minggu)

1.4

(4)

TINGKATAN 4 (minggu)

b. Papan komposit

9

c. Barang loga, dan kelengkapan

9

Kemasiapan projek

1

a. Bahan

9

Organisasi bengkel

1

b. Proses kemasan

9

a. Peraturan dan langkah keselamatan

9

c. Teknik kemasan

9

b. Rawatan kecemasan

9

c. Memadam kebakaran

9

d. Etika dan budaya kerja

2.

Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot

( 31)

Penyangkut baju

5

9

a. Penyediaan kayu

9

e. Peraturan dan undang-undang kerja

9

b. Lakaran projek

9

f. Pememliharaan alam sekitar dalam industri perabot

c. Mentafsir lukisan projek

9

9

d. Pembinaan tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap

9

e. Membentuk dan melubang

9

f. Kemasan

9

Meja serba guna

5

a. Penyediaan kayu

9

b. Lakaran projek

9

c. Mentafsir lukisan projek

9

Penggunaan dan penyenggaraan alatan

1

a. Alatan tangan

9

b. Mesin mudah alih

9

c. Mesin pegun

9

Penyediaan, penggunaan dan penyimpanan bahan kerja perabot

1

a. Kayu

9

2.1

2.2

6

TINGKATAN 5 (minggu)

( 25 )

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

2.3

2.4

TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

TINGKATAN 4 (minggu)

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam temu

9

e. Pemasangan bahagian projek menggunakan skru dan glu

9

e. Pemasangan plat siku

9

f. Pemasangan engsel sembunyi dan tombol

9

f. Kemasan

9

g. Kemasan

9

Meja tulis

6

Rak pamer

5

a. Penyediaan kayu

9

a. Penyediaan kayu

9

b. Lakaran projek

9

b. Lakaran projek

9

c. Mentafsir lukisan projek 9

9

c. Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam bajang tembus

9

e. Memotong lengkok

9

f. Memasang rak, kumai dan lekapan

9

g. Kemasan

9

Tiang lampu meja berlarik

4

a. Penyediaan kayu

9

b. Lakaran projek

9

c. Melarik silinder dan piring

9

2.5

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu

9

e. Pemasangan engsel dan skru

9

f. Kemasan

9

Kotak kecemasan

6

a. Penyediaan kayu

9

b. Lakaran projek

9

d. Melelas

9

c. Mentafsir lukisan projek

9

e. Memasang

9

d. Membentuk

9

f. Kemasan

9

2.6

7

TINGKATAN 5 (minggu)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 2.7

2.8

TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

Kerusi

7

g. Pemasangan bahagian rak kasut

9

a. Penyediaan kayu

9

h. Kemasan

9

b. Lakaran projek

9

Almari sisi

6

c. Mentafsir lukisan projek

9

a. Penyediaan kayu

9

b. Lakaran projek

9

c. Mentafsir lukisan projek

9 9

2.9

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang terhenti, tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam lubang dan puting bahu sebelah

9

e. Membentuk dan mengumai

9

d. Pembinaan tanggam lubang dan putingberjanjang, dan tanggam temu

f. Kemasan

9

e. Mengumai dan memotong lengkok

9

g. Memotong dan memasang span dan fabrik

9

f. Pembinaan laci

9

Rak kasut

6

9

a. Penyediaan kayu

9

g. Pemasangan bahagian sisi almari, engsel, tombol, penetap, rel laci dan pintu

b. Lakaran projek

9

h. Kemasan

9

c. Mentafsir lukisan projek

9

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam temu

9

e. Melurah dan mengumai

9

f. Pembinaan laci

9

2.10 Baik pulih perabot

3.

8

a. Jenis kerosakan

9

b. Prosedur baik pulih perabot

9

Reka Bentuk dan Penghasilan Perabot 3.1

6

Mereka bentuk dan melakar projek

(8) 9

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

4.

TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

3.2

Penyediaan bahan dan anggaran kos

9

3.3

Memotong komponen

9

3.4

Pemasangan komponen dan barang logam

9

3.5

Kemasan

9

Keusahawanan

Bidang, Unit dan Tajuk Pembelajaran

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Hasil Pembelajaran

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

(2)

4.1

Kemahiran berkomunikasi

9

4.2

Kemahiran membuat keputusan

9

4.3

Rancangan perniagaan

9

4.4

Agensi yang membantu usahawan

9

4.5

Pemasaran

9

4.6

Peluang kerjaya di industri pembuatan perabot

9

JUMLAH

35 minggu

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

35 minggu

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka. Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

FORMAT HURAIAN

Tiga lajur

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

9

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MEMBUAT PERABOT TINGKATAN EMPAT

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 1. PengurusanTempat Kerja

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

( Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu ) 1.1 Organisasi bengkel ( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )

x Mengamalkan langkah keselamatan

a. Peraturan dan langkah keselamatan

Tayangan video atau slaid tentang kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja. Perbincangan kumpulan untuk mengenal pasti punca berlaku kemalangan. Mengamalkan aktiviti 4M iaitu membersih, menyusun atur, menilai dan mendisiplin. NOTA: Amalan 4M ini perlu dipraktikkan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran Membersih seperti membersih diri dari; aspek fizikal dan minda Menyusun atur seperti menyediakan jadual tugasan dan melaksanakan sistem penyimpanan alatan dan bahan Menilai seperti menilai sendiri tentang diri, hasil kerja dan tempat kerja Mendisiplin seperti mempraktik peraturan keselamatan dan mematuhi arahan.

10

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN b. Rawatan kecemasan

HASIL PEMBELAJARAN x

Melakukan rawatan asas pertolongan cemas

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Menunjuk cara rawatan pertolongan cemas dan merawat kecederaan ringan. Guru boleh menggunakan tayangan video, slaid atau carta pertolongan cemas serta keselamatan bagi memberikan kesedaran kepada murid.

c. Memadam kebakaran

x

Menyatakan pelbagai punca kebakaran dan cara mencegah kebakaran

Menyenaraikan empat punca kebakaran yang dikenalpasti melalui aktiviti sumbangsaran. Murid dan guru membuat latihan memadam kebakaran(fire drill ). Tunjuk cara memadam kebakaran.

11

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Etika dan budaya kerja i. Pengurusan masa dan kebersihan

x

Menepati masa dan sentiasa berusaha memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur

Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan. Guru memberikan helaian tugasan dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan tugasan yang diberi.

ii. Kualiti kerja

x Menyiapkan kerja yang berkualiti Murid sentiasa diingatkan agar mematuhi tahap kualiti hasil kerja yang telah ditetapkan. dalam masa yang ditetapkan Guru mempamerkan contoh perabot yang berkualiti dan tidak berkualiti untuk banding beza murid.

12

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN x Mengamalkan etika dan budaya kerja

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Membuat penilaian menggunakan senarai semak untuk menilai amalan etika dan budaya kerja rakan semasa melaksanakan sesuatu projek. Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati waktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa menjalankan kerja. Budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

13

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN iii. Pengurusan stok

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Mengkelaskan stok dan merekod stok Aktiviti menyimpan rekod stok wajar dijalankan oleh murid sebelum memulakan secara sistematik tajuk pengajaran yang baru.

14

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN e. Peraturan dan undang-undang kerja

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyenarai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu kerja atau projek membuat perabot

Perbincangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu tugas.

x Menyatakan akta dan undangundang yang berkaitan dengan pekerja

Perbincangan mengenai akta dan undangundang yang berkaitan dengan bidang pembuatan perabot. Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

x Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan undang-undang kerja di industri pembuatan perabot

15

Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet.

f.

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN Pemeliharaan alam sekitar dalam industri perabot

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menerangkan kepentingan memelihara alam sekitar dalam industri perabot

Guru dan murid berkerjasama menganjurkan ceramah oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitar di sekolah atau mengadakan lawatan.

x Menyenaraikan peranan industri perabot dalam melindungi alam sekitar

Perbincangan mengenai cara memelihara alam sekitar dalam konteks industri perabot.

16

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 1.2 Pengunaan dan penyenggaraan alatan

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu ) a. Alatan tangan

x Menggunakan dan menyenggara alatan tangan mengikut fungsi

Mengenal jenis alatan tangan dan fungsi. Tunjuk cara menggunakan alatan tangan.

i. ii. iii. iv.

Alat memotong Alat pelubang Alat meraut dan menatal Alat mengukur dan menanda v. Alat memukul dan memutar vi. Alat mengapit dan menyangga

Mencanai dan mengasah mata ketam dan pahat. Tunjuk cara menajamkan mata gergaji.

17

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN b. Mesin mudah alih i. Mesin memotong ii. Mesin menebuk iii. Mesin mengetam iv. Mesin melelas v. Mesin mengumai vi. Mesin mencanai vii. Mesin trimmer viii. Mesin pneumatik

HASIL PEMBELAJARAN

x Mengguna dan menyenggara mesin mudah alih

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Mengenal jenis mesin mudah alih dan fungsi. Tunjuk cara mengguna dan menyenggara mesin mudah alih seperti gergaji jig, gergaji rencong, gerudi tangan, gerudi tangan tanpa kabel, pengetam, pelelas, pengumai, pencanai, mesin trimmer dan mesin pneumatik.

c. Mesin pegun i. ii.

Mesin mengetam Mesin membelah dan memotong iii. Mesin menebuk dan melubang iv. Mesin membentuk v. Mesin melelas vi. Mesin pemampat udara

x Mengguna dan menyenggara mesin pegun

Penerangan langkah keselamatan penggunaan mesin pegun. Mengenal jenis mesin pegun dan fungsi. Tunjuk cara menggunakan mesin pegun seperti gergaji lengan, gergaji piring, pengetam, gerudi meja, pelarik, pemampat udara dan pencanai meja.

18

1.3

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN Penyediaan, penggunaan dan penyimpanan bahan kerja perabot

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu ) a.

Kayu

b. Papan komposit

x Mengenal pasti pelbagai jenis kayu tempatan

Mengenali pelbagai jenis kayu dari sampel Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

x Membezakan kayu yang baik dan yang cacat

Mengenal kecacatan kayu. Memahami bahawa kayu yang mempunyai kandungan kelembapan (moisture content atau singkatan MC) yang rendah adalah kayu yang baik.

x Mengenal pasti penyimpanan kayu

Tunjuk cara menyimpan kayu.

x Menyediakan kayu untuk projek perabot

Menyediakan bahan untuk pembinaan projek dari aspek kejituan ukuran dan kerataan permukaan.

x Mengenali pelbagai jenis papan komposit

19

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

c. Barang logam dan kelengkapan

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyediakan papan komposit untuk projek perabot

Tunjuk cara memotong, membentuk dan mengumai papan komposit.

x Mengenal pasti cara menyimpan papan komposit

Tunjuk cara menyimpan papan komposit.

x

Tunjuk cara jenis barang logam dan kelengkapan yang digunakan seperti engsel, tombol, kunci dan selak.

Mengenal pasti pelbagai jenis barang logam dan kelengkapan kerja perabot

x Menentukan kesesuaian barang logam dalam pembinaan perabot

20

Membincang kesesuaian barang logam dan kelengkapan dalam pembuatan perabot.

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 1.3

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Kemasiapan Projek

( Cadangan peruntukan masa ialah ialah 1 minggu ) a. Bahan

x Mengenal pasti bahan kemasan

Pengenalan bahan kemasan seperti penyumbat, pengikis, kertas las, bungkah, syelek, varnis, cat, lekar, wax, pewarna dan pencair.

b. Proses kemasan

x Mengenal pasti proses kemasan

Tunjuk cara membuat kemasan.

c. Teknik kemasan

x Mengenal pasti teknik kemasan

Tunjuk cara teknik kemasan iaitu cara menyapu dan cara semburan.

2. Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot 2.1 Penyangkut baju ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu )

21

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN a. Penyediaan kayu

HASIL PEMBELAJARAN x Menyedia kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut : - mengukur dan menanda - mengetam - menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek Penyangkut Baju :  Tunjuk cara penggunaan alatan lukisan tekinik  tunjuk cara melakar projek (isometrik) menggunakan kertas gred  tunjuk cara lakaran projek dalam pandangan perspektif.

c. Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap

x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan penyangkut baju.

x Menentukan cara pembinaan penyangkut baju

Merumuskan perincian pembinaan.

x Membuat tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap

Pengenalan pelbagai jenis tanggam mengikut kategori seperti tanggam memanjang, tanggam melebar, tanggam pemidang atau kerangka dan tanggam siku.

22

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Tunjuk cara membuat tanggam temu, tanggam parit, tanggam lubang dan puting, dan tanggam penetap. Latihan merancang tanda tanggam tersebut. Murid membina tanggam tersebut dengan menggunakan alat tangan.

e. Membentuk dan melubang

x Memotong lengkok dan menebuk lubang mengikut lukisan

Menyediakan tatah tanda potongan mengikut bentuk yang dikehendaki. Tatah tanda dibuat daripada papan lapis atau kad manila. Tunjuk cara memotong dan melubang. Latihan memotong dan menebuk lubang pada kayu reja.

f. Kemasan

x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan. Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai jenis penyumbat, pengikis, kertas las dan bongkah.

23

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Membuat kerja menyedia permukaan pada projek penyangkut baju. Membuat kemasan warna (staining) pada projek.

2.2 Meja serba guna ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu ) a. Penyediaan kayu

x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut: - mengukur dan menanda - mengetam - menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek Meja Serba Guna.

c. Mentafsir lukisan projek

x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan meja serba guna.

x Menentukan cara pembinaan meja serba guna

24

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam temu

HASIL PEMBELAJARAN x Membuat tanggam lubang dan puting terhenti dan tanggam temu

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Tunjuk cara merancang tanda tanggam lubang dan puting terhenti dan tanggam temu. Memotong, meraut dan melubang tanggam lubang dan puting terhenti. Tunjuk cara memastikan kepersegian tepi papan meja untuk tanggam temu.

Kerja mengglu, mengapit dan memasang projek. e. Pemasangan plat siku

x Memasang muka meja pada apron dengan menggunakan plat siku

Mengenal pasti plat siku dan menentukan kedudukannya mengikut lukisan projek. Tunjuk cara menskru plat siku.

f. Kemasan

x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan. Membuat kerja menyedia permukaan pada projek Meja Serba Guna. Membuat kemasan warna (staining) pada projek.

25

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 2.3 Meja tulis

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu ) a. Penyediaan kayu

x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut : -mengukur, menanda dan mengetam -menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek Meja Tulis.

c. Mentafsir lukisan projek

x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek x Menentukan cara pembinaan meja tulis

26

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan meja tulis.

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN d. Pembinaan tanggam lubang dan puting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Membuat tanggam lubang dan putting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu

Tunjuk cara pembinaan tanggam lubang dan puting kembar berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam temu. Menerangkan dan menunjukkan cara merancang tanda tanggam tersebut. Latihan merancang tanda tanggam pada kayu reja. Membina tanggam tersebut untuk projek Meja Tulis.

e. Melurah dan melurah buntu

x Membuat lurah mengikut lukisan perabot

Kerja melurah pada tepi atas permukaan meja untuk tempat alat tulis.

f. Pemasangan bungkah segitiga pada kerangka meja

x Memasang bungkah pada sudut kerangka kaki meja

Memotong bungkah segitiga. Tunjuk cara memasang menggunakan paku panel dan mengglu.

27

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN g. Pemasangan engsel dan skru meja

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Memasang engsel dan skru mengikut lukisan perabot

Mengenal pelbagai jenis skru seperti skru kepala leper,skru kepala benam, skru kepala timbul dan skru kepala phillip.

x Memasang bahagian kotak pada kerangka kaki meja x Memasang bahagian penapak kaki pada kerangka kaki meja

Mengenal dan tahu menggunakan pelbagai jenis engsel dan skru seperti engsel sembunyi, engsel piano dan engsel tumpu. Tunjuk cara pemasangan engsel temu. Memasang engsel dan skru pada projek.

h. Kemasan

x Melaksanakan kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyediakan permukaan. Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai jenis penyumbat, pengikis, kertas las dan bongkah. Membuat kerja permukaan pada projek Meja Tulis.

Membuat kerja kemasan warna (staining) pada projek.

28

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.4 Kotak kecemasan ( Masa yang dicadangkan masa ialah 6 minggu ) a. Penyediaan kayu

x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Papan MDF (medium density fibre) pada bahagian tepi, atas, bawah dan pembahagi rak. Penekanan diberi kepada kerja berikut : -mengukur dan menanda -mengetam -menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek Kotak Kecemasan. Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

c. Mentafsir lukisan projek

d. Membentuk

x Menganggarkan keperluan bahan dan Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian peralatan daripada lukisan projek pembinaan kotak kecemasan. x Menentukan cara pembinaan kotak kecemasan x Memotong bentuk mengikut lukisan

Kerja menyedia tatah tanda. Memotong bentuk mengikut tatah tanda dengan menggunakan mesin gergaji jig.

29

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN e. Pemasangan bahagian projek menggunakan skru dan glu

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Memasang bahagian kerangka

Memasang bahagian projek menggunakan skru dan glu.

x Membina dan memasang pintu

Tunjuk cara pembinaan pintu. Membina pintu rata mengikut lukisan. Membibir pada pintu rata.

f. Pemasangan engsel sembunyi dan tombol

x Memasang engsel sembunyi dan tombol mengikut lukisan projek

Mengenal pelbagai jenis engsel sembunyi dan tombol. Tunjuk cara pemasangan engsel sembunyi. Latihan pemasangan engsel pada kayu reja.

g. Kemasan

x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan. Membuat kerja menyedia permukaan pada projek kotak kecemasan.

x Membuat kerja kemasan

Pengenalan bahan kemasan permukaan iaitu syelek dan laker. Tunjuk cara kerja kemasan.

30

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Membuat kemasan dengan menggunakan syelek atau membuat kemasan lutsinar dengan menggunakan laker.

2.5.

Rak pamer ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu ) a. Penyediaan kayu

x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut : - mengukur dan menanda - mengetam - menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

c. Mentafsir lukisan projek

x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan serta perincian pembinaan rak pamer.

x Menentukan cara pembinaan rak pamer d. Pembinaan tanggam bajang tembus

x Membina tanggam bajang tembus

Tunjuk cara merancang tanda pin dan soket. Merancang tanda pada plat contoh. Memotong plat tanda.

31

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Latihan merancang tanda pada kayu reja. Merancang tanda dan membina tanggam bajang tembus mengikut lukisan.

e. Memotong lengkok

x Memotong lengkok mengikut lukisan

Penyediaan potongan lengkok pada tatah tanda. Memotong lengkok berpandukan tatah tanda.

f. Memasang rak, kumai dan lekapan

x Memasang rak, kumai dan lekapan

Memasang tanggam temu bahagian atas dan tanggam bajang tembus di bahagian bawah. Memasang rak menggunakan skru. Memasang papan lapis belakang. Merancang tanda potongan rencong pada kumai.

g. Kemasan

x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Memotong rencong pada kumai. Memasang lekapan plat gantung pada projek. Tunjuk cara menyedia permukaan.

32

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai gred kertas las, pelbagai jenis penyumbat, pengikis dan bongkah.

Murid dikehendaki membuat kerja penyediaan permukaan pada projek rak pamer. Membuat kemasan dengan menggunakan gel kayu. 2.5 Tiang Lampu Meja Berlarik ( Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu ) a. Penyediaan kayu

x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut : -mengukur dan menanda -mengetam -menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek tiang lampu meja berlarik. Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

33

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN c. Melarik silinder dan piring

HASIL PEMBELAJARAN x Memasang benda kerja pada mesin larik untuk melarik silinder dan piring

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Mengenal bahagian dan fungsi mesin larik. Tunjuk cara melarik dengan menggunakan pelbagai jenis pahat pelarik untuk melarik silinder, melarik piring. Merancang tanda bentuk. Melarik bentuk mengikut lukisan.

d. Melelas

x Membuat kerja melelas pada benda kerja

Tunjuk cara melelas dengan menggunakan pelbagai gred kertas las. Melelas benda kerja sehingga licin.

e. Memasang

x Menyambung larik silinder dengan larik piring

Tunjuk cara memasang penetap. Menyambung kedua bahagian dengan menggunakan penetap.

34

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN f. Kemasan

HASIL PEMBELAJARAN x Membuat kerja kemasan lutsinar

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Tunjuk cara menyedia permukaan. Murid dikehendaki membuat kerja menyediakan permukaan pada projek larik. Membuat kerja kemasan warna (staining) pada projek dan membuat kemasan lutsinar menggunakan lekar.

35

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MEMBUAT PERABOT TINGKATAN LIMA

36

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN 2. Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

2.7 Kerusi (Cadangan peruntukan masa ialah 7 minggu) a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek berpandukan kepada lukisan perabot. Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

c. Mentafsir lukisan projek x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek

37

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan kerusi.

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

d.

e.

f.

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pembinaan tanggam lubang x Membuat tanggam lubang dan puting dan puting berjanjang terhenti, berjanjang terhenti, lubang dan puting tanggam lubang dan puting terhenti dan lubang dan puting bahu terhenti, dan tanggam lubang sebelah dan puting bahu sebelah

Tunjuk cara merancang tanda tanggam.

Membentuk dan mengumai

x Membuat kerja membentuk dan mengumai

Merancang tanda untuk tatah tanda.

x Memasang bahagian kerusi

Mengetam dan memotong bentuk mengikut tatah tanda.

Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara menyedia permukaan.

Kemasan

Membina tanggam. Mengetam bahagian selepas membuat tanggam.

Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai gred kertas las, pelbagai jenis penyumbat, pengikis dan bongkah. Membuat kerja menyediakan permukaan pada projek kerusi. Membuat kerja kemasan cat dengan menyembur cat alas diikuti dengan cat kemasan akhir.

38

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN g. Memotong dan memasang span dan fabrik

HASIL PEMBELAJARAN x Memotong serta memasang span dan fabrik

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Merancang tanda pemotongan span dan fabrik mengikut ukuran. Memperekat span pada papan kerusi. Membalut span dengan menggunakan fabrik dan dilekat dengan menggunakan dawai kokot. Menskru papan kerusi ke kerangka kerusi.

2.8.

Rak kasut (Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu) a. Penyediaan kayu

x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja berikut : - mengukur dan menanda - mengetam - menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek berpandukan kepada lukisan perabot. Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik.

39

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

c. Mentafsir lukisan projek

HASIL PEMBELAJARAN

x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek x Menentukan cara pembinaan ak kasut

40

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukakan serta perincian pembinaan rak kasut.

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti, dan tanggam temu

x Membuat tanggam lubang dan puting terhenti dan tanggam temu

Membina tanggam lubang dan puting terhenti dan tanggam temu.

e. Melurah dan mengumai

x Membuat kerja melurah dan mengumai

Tunjuk cara merancang tanda bahagian perabot yang hendak dikumaikan. Menanda bahagian yang hendak dilurah dan dikumai. Mengetam lurah dan memotong kumai.

f. Pembinaan laci

x Membuat laci mengikut lukisan perabot

Memotong bahagian laci mengikut ukuran seperti sisi laci, belakang dan hadapan laci dan papan lapis dasar laci. Memasang bahagian laci dengan menggunakan skru dan glu.

g. Pemasangan bahagian rak kasut

x Memasang bahagian rak kasut mengikut lukisan perabot

Memasang kerangka sisi dan rak menggunakan tanggam lubang dan putting. Memasang papan lapis rak atas dan rak bawah. Memasang tombol laci.

41

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN h. Kemasan

HASIL PEMBELAJARAN x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Tunjuk cara menyedia permukaan. Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai gred kertas las, pelbagai jenis penyumbat, pengikis dan bongkah. Membuat kerja penyediaan permukaan pada projek rak kasut. Membuat kerja kemasan warna (staining) pada projek atau membuat kemasan lutsinar menggunakan laker.

42

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.9 Almari sisi (Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu) a. Penyediaan kayu

x Menyediakan kayu mengikut spesifikasi yang dikehendaki

Semasa menyediakan kayu penekanan diberi kepada kerja : - mengukur dan menanda - mengetam - menguji kerataan dan kepersegian.

b. Lakaran projek

x Melakarkan projek dalam pandangan perspektif atau isometrik

Melakarkan projek berpandukan kepada lukisan perabot.

43

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Lakaran merangkumi lakaran projek dalam pandangan perspektif atau isometrik. Melukis lukisan terperinci bahagian tanggam dan lakaran pemasangan barang logam. Perbincangan kumpulan tentang bahan dan peralatan yang diperlukan serta perincian pembinaan almari sisi.

c. Mentafsir lukisan projek

x Menganggarkan keperluan bahan dan peralatan daripada lukisan projek x Menentukan cara pembinaan almari sisi

44

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang, dan tanggam temu

x Membuat tanggam lubang dan puting berjanjang dan tanggam temu

Membina tanggam lubang dan puting berjanjang dan tanggam temu.

e. Mengumai dan memotong lengkok

x Membuat kumai dan memotong lengkok

Merancang tanda untuk plat contoh Memotong kumai dan lengkok mengikut plat contoh.

f. Pembinaan laci

x Membuat laci mengikut lukisan perabot

Memotong bahagian mengikut ukuran sisi laci, belakang laci, hadapan laci dan papan lapis dasar laci. Memasang kerangka kotak almari sisi dan tetapak

45

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

g.

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Pemasangan bahagian sisi x Memasang bahagian almari sisi, almari, engsel, tombol, penetap, engsel, tombol, penetap, pelari laci rel laci dan pintu dan pintu. h. Kemasan

x Membuat kerja penyediaan permukaan untuk kemasan

Tunjuk cara penyediaan permukaan. Pengenalan bahan kemasan permukaan seperti pelbagai gred kertas las, pelbagai jenis penyumbat, pengikis dan bongkah. Membuat kerja penyediaan permukaan pada projek almari sisi. Membuat kerja kemasan warna (staining) pada projek dan membuat kemasan lutsinar menggunakan laker.

46

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

2.10 Baik pulih perabot (Cadangan peruntukakan masa ialah 6 minggu) a. Jenis kerosakan

x Mengenal pasti kerosakan pada perabot seperti: - kecacatan atau kerosakan biasa - kerosakan tanggam - kerosakan permukaan

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru menerangkan: - kerosakan biasa seperti perabot yang longgar dan bergoyang - kerosakan tanggam seperti sambungan laci yang terbuka - kerosakan permukaan seperti permukaan menggelembong.

Membuat pemeriksaan pada perabot yang rosak. Menyenaraikan bahan yang perlu diganti. b. Prosedur baik pulih perabot

x Membuat kerja baik pulih mengikut prosedur

Menyediakan bahan untuk mengganti bahagian yang rosa. Membuka atau menanggalkan bahagian yang rosak. Membuat kerja pemasangan pada bahagian yang rosak. Membuat kemasan semula.

47

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN 3.

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Reka Bentuk dan Penghasilan Perabot ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu) 3.1 Mereka bentuk dan melakar projek

x Menjana idea reka bentuk perabot

Penjanaan idea dengan merujuk media cetak, internet atau melalui perbincangan. Membuat kajian atau tinjauan industri pembuatan perabot untuk mendapat idea dan pengalaman mengenai kaedah pembuatan terkini seperti pemasangan penetap dan Allen key.

x Menterjemah idea dalam bentuk lakaran

Perbincangan unsur ergonomik dan estetika dalam projek.

x Melukis dan mendimensi lukisan projek

Melukis lukisan projek perabot dalam lukisan ortografik. (Lukisan ortografik berskala boleh dihasilkan). Sekiranya ada kemudahan, tunjuk cara melukis projek perabot dengan perisian reka bentuk bantuan komputer (CAD). Cadangan projek ialah seperti kabinet dapur, kabinet pejabat, rak dan almari.

3.2 Penyediaan bahan dan anggaran anggaran kos

x

Menyediakan senarai bahan dan anggaran kos

x Menyediakan bahan yang hendak digunakan

48

Menyenaraikan bahan, saiz dan kuantiti yang diperlukan. Mengira kos bahan, kos upah dan kos sampingan.

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN 3.3

4.

Memotong komponen

HASIL PEMBELAJARAN x

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Memotong komponen mengikut spesifikasi lukisan

3.4 Pemasangan komponen dan barang logam

x Memasang komponen dan barang logam

3.5 Kemasan

x Membuat kemasan

Mengaplikasikan kemasan yang telah dipelajari.

x Menyatakan maksud komunikasi

Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

x Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan menonton video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan perabot.

Keusahawanan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) 4.1 Kemahiran berkomunikasi

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga dan skim bayaran, kualiti, ketahanan, estetika, ergonomik, saiz, reka bentuk, warna, trend terkini, tempoh serahan dan perkhidmatan selepas jualan.

49

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan (networking) dalam konteks perniagaan perabot. Menjalin perhubungan antara rakan untuk melaksanakan satu projek usahasama.

4.2 Kemahiran membuat keputusan

x Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam perniagaan perabot

Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula. Contoh masalah adalah seperti ketiadaan bahan yang dikehendaki untuk membuat perabot, kekurangan modal untuk perniagaan perabot dan tawar menawar harga perabot. Aktiviti sumbangsaran, main peranan atau perbincangan. Perbincangan kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingan membuat keputusan yang sesuai.

4.3 Rancangan perniagaan

x Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan

Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

x Menyediakan rancangan perniagaan mudah mengikut format

Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek perabot mengikut format.

50

BIDANG PELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

4.4 Agensi yang membantu usahawan

x Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawan

Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat. Contohnya bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, perlesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan (MKT), infrastruktur oleh UDA dan kewangan oleh bank.

4.5 Pemasaran

x Mengenal pasti unsur pemasaran

Unsur menjayakan pemasaran ialah tempat, harga, promosi dan produk.

x Mempromosi perabot yang dihasilkan

Simulasi atau main peranan mempromosikakn produk perabot atau perkhidmatan baik pulih perabot.

4.6 Peluang kerjaya di industri pembuatan perabot

x Mengenal pasti peluang kerjaya di industri pembuatan perabot

Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasasn Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998. Lawatan kilang perabot atau Ekspo Perabot.

51

Related Documents


More Documents from ""

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35