P.vokasional - Katering Dan Penyajian

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Katering Dan Penyajian as PDF for free.

More details

  • Words: 832
  • Pages: 8
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

KATERING DAN PENYAJIAN

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii

Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm

PENDAHULUAN Katering dan Penyajian ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini membekalkan murid dengan kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan. Diharapkan daripada kemahiran yang dikuasai dapat melahirkan murid yang berketrampilan dalam bidang ini. Katering dan Penyajian adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam minat murid dalam bidang keusahawanan, penyajian dan katering. Mata pelajaran ini merangkumi dua unsur utama iaitu katering dan penyajian. Dalam katering, murid mempraktikkan kemahiran menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan. Dalam penyajian, murid menggunakan peralatan menghidang yang sesuai, menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan hubungan pramusaji dengan pelanggan serta prosedur melayan pelanggan. Daya kreativiti murid juga diberi penekanan dalam bidang katering dan penyajian. Di samping itu aspek pengiraan kos juga diambil kira semasa murid menjalankan amali. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderongan dan minat menceburkan diri dalam industri makanan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri, bekerja sebagai tukang masak, pramusaji atau pembantu katerer selepas tamat persekolahan.

1

Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Katering dan Penyajian adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri makanan.

OBJEKTIF Kurikulum Katering dan Penyajian adalah untuk membolehkan murid: 1.

Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan

2.

Merancang menu untuk jualan makanan dan sambutan majlis perayaan

3.

Membuat pengiraan kos dalam penyediaan makanan

4.

Merancang prosedur kerja semasa menyedia dan memasak dalam projek kerjaya

5.

Mengguna peralatan memasak, menghidang dan mengepek makanan

6.

Menyusun atur kelengkapan perabot penyajian dan peranggu meja serta melayan pelanggan

7.

Mengamalkan etika kerja dalam penyediaan dan perkhidmatan penyajian makanan

8.

Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

2

Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Katering dan Penyajian diolah dalam tiga bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam tiga bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut :

1.

Penyediaan Makanan Murid menguasai kemahiran menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan hidangan asas dan hidangan lengkap yang seimbang. Murid juga membuat pengiraan kos.

1.1

1.2

Hidangan asas a.

Minuman

b.

Kuih tempatan

c.

Hasil bijirin

d.

Biskut

e.

Pastri

f.

Bijirin

g.

Sayur-sayuran

h.

Ikan dan karangan laut

i.

Ayam dan daging

j.

Kek dan hiasan

Hidangan lengkap yang seimbang a.

Hidangan harian

b.

Hidangan keraian

3

Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm 2.

Perkhidmatan Penyajian Makanan Murid mengenal pasti dan berkemahiran menggunakan peralatan penyajian, menyediakan peranggu meja dan melipat napkin. Mereka juga mempraktikkan hubungan pramusaji dengan pelanggan, prosedur melayan pelanggan dan memberi perkhidmatan penyajian.

2.1

Peralatan penyajian a.

Perabot penyajian

b.

Kutleri dan pinggan mangkuk

c.

Alas meja dan napkin

2.2 Sahsiah dan tanggungjawab pramusaji a.

Hubungan pramusaji dengan pelanggan

b.

Prosedur melayan pelanggan

2.3 Jenis Perkhidmatan

3.

a.

Layan diri

b.

Plate service

Pengurusan dan Keusahawanan Murid mengurus kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan. Mereka menyediakan rancangan perniagaan yang mudah serta menonjolkan daya kreativiti melalui projek jualan makanan tanpa tempahan dan jualan makanan secara tempahan. 3.1

Pengurusan di tempat kerja a.

Pengurusan yang baik

b.

Etika dan budaya kerja

c.

Peraturan dan undang-undang kerja

d.

Pemeliharaan alam sekitar dalam pengendalian makanan dan penyajian

4

Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm

3.2

Keusahawanan a. Kemahiran berkomunikasI b. Kemahiran membuat keputusan c. Rancangan perniagaan d. Agensi yang membantu usahawan e. Pemasaran f.

3.3

Peluang kerjaya dalam bidang katering dan penyajian

Projek kerjaya a. Jualan makanan tanpa tempahan b. Jualan makanan secara tempahan C. Sambutan Majlis Perayaan

5

Related Documents


More Documents from ""

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35