Pulut Kuning Bahan-bahan: 4 cawan beras pulut 3 cawan pati santan garam secukup rasa Cara memasak: 1. Beras pulut direndam semalaman bersama sedikit kunyit dan asam keping. 2. Campurkan garam ke dalam santan. 3. Basuh beras yang telah direndam itu bersih-bersih, buang asam keping kemudian dikukus. 4. Bila beras telah empuk dan lembut, keluarkan dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas. 5. Curahkan santan sedikit demi sedikit ke atas beras yang telah dikukus tadi sambil digaul hingga sebati. Sedia untuk dimakan.
Pulut kuning sedap dimakan bersama rendang atau kari ayam/daging.