COSNA4
PROSIDING
PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 CONFERENCE ON STRENGTHENING NATIONHOOD 4 :
13-15 MAC 2016 KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Penganjur
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) 2016
ISBN 978-967-2084-17-4 Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim Perak. 2016
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) 2016 KANDUNGAN ISBN 978-967-2084-17-4 KEINGIN-SEMPURNAAN DALAM KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT (PCB) Abdul Razak Bin Ismath Unoon, Grace Annammal Piragasam
1
TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN APLIKASI DAN PENGINTEGRASIAN ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR Ahmad Nazari Ismail, Norazilawati Abdullah, Mohd Nazir Md Zabit
12
MENCAKNA PEMIKIRAN PELAJAR DALAM MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK MELALUI AKTIVITI BERSTRUKTUR (BUKU AKTIVITI HE) Fazilah Idris , Rozita Ibrahim, Najah Nadiah Amran
22
THE USE OF COMICS IN READING COMPREHENSION AND IN THE DISSEMINATION OF NATIONHOOD AND PATRIOTISM AMONG THE YOUNG GENERATION Ajurun Begum Ahamed, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Intan Suria Hamzah, Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar
28
PENGESAHAN INSTRUMEN PENILAIAN INPUT IPG TERHADAP PENCAPAIAN KRITERIA STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) Alias Hussain, Sabri Ahmad
36
PENAAKULAN MORAL MURID INDIA BERMASALAH DISIPLIN: KAJIAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH Ashotha Krishnan, Nadarajan Thambu
46
PEMBANGUNAN MODUL PETA PEMIKIRAN I-THINK BAGI MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 5 SEKOLAH RENDAH Azlili binti Murad, Norazilawati binti Abdullah
58
KONSEP MELAYU DALAM PERADABAN: SATU KAJIAN AWAL Adibah Sulaiman@Mohamad, Ezad Azraai Jamsari dan Noorsafuan Che Noh
66
KESAN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUMPULAN TERHADAP KUALITI PERHUBUNGAN PELAJAR DI UNIVERSITI Arfah Ab. Majid, Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit Singh Darshan Singh, Zaid Ahmad
76
POLA SOKONGAN PENGUNDI SELANGOR TERHADAP TOKOH PEMIMPIN MENJELANG PRU14 Mohd Mahadee Ismail, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, Arvin Tajari
84
KAEDAH PENGURUSAN PERPECAHAN BERTERASKAN ISLAM: ANALISIS PERPECAHAN PASCA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN Mohd Shukri Hanapi
100
KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH Norazilawati Abdullah, Muhammad Firdaus Omar, Mahizer Hamzah
110
PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PERMULAAN : KEPENTINGAN HUBUNGAN INTERPERSONAL BERASASKAN KOMUNIKASI GURU CEMERLANG Norliza Abdul Majid
119
PENGAJARAN TERANCANG KARANGAN JENIS PERIBAHASA Normala binti Haji Hasan
124
NILAI ESTETIKA DALAM TEROMBA Normala binti Haji Hasan
130
MENARIK KEHADIRAN DAN MINAT MURID ORANG ASLI KE SEKOLAH : KAJIAN KES DI TAPAH PERAK Norwaliza Abdul Wahab, Ridzuan Jaafar, Ramlee Mustapha
135
PERPADUAN BERPAKSIKAN TITIK KESAMAAN FUNGSI PELBAGAI AGAMA DENGAN MENGAMBILKIRA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA Nur Azuki Yusuff, Tan Hong Cheng, Kevin Fernandez, Yohan Kurniawan
141
SEJARAH GERAKAN ISLAMISASI ILMU DALAM RUANG SOSIAL MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI NUSANTARA Nurulwahidah Fauzi, Nor Adina Abd Kadir
153
SEMANGAT PATRIOTISME: ISU DAN CABARAN DI MALAYSIA Siti Noranizahhafizah Boyman, Nafisah Ilham Hussin, Marshelayanti Mohd Razali
161
PERKEMBANGAN DAN PERMASALAHAN SOSIAL, EKONOMI DAN POLITIKS DALAM CERPEN-CERPEN (PILIHAN) SINGAPURA DARI 1965-2014 Subari bin Sukaini
168
MEMPERTAJAMKAN PENGUKUHAN NEGARA BANGSA; PENAHAPAN PATRIOTISME SERTA HUBUNGAN SOSIAL DARI VERSI PERSPEKTIF SOLIDARITI. SATU PEMERHATIAN DI UNIVERSITI AWAM BERALIRAN TEKNIKAL (UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) Ku Hasnan Bin Ku Halim
193
KONOTASI NILAI DALAM PEMILIHAN KEPIMPINAN POLITIK Hairol Anuar Mak Din, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd Azmir Mohd Nizah, Md Akbal Abdullah, Afi Roshezry Abu Bakar
209
PEMIKIRAN MOHD YUSOF OTHMAN TENTANG PENGISLAMAN SAINS KE ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI Hazwani Bt Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim
216
MODENISASI KETENTERAAN CHINA: PERTIMBANGAN UNTUK MENANGANI ANCAMAN KESELAMATAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA Herlin Anak Aman, D.Ravichandran K.Dhakshinamoorthy & Nor Azizan Idris
222
MIGRASI DAN ANCAMAN KESELAMATAN MALAYSIA: ANALISA TERHADAP ETNIK ROHINGYA Intan Suria Hamzah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar, Sity Daud
229
KESAN PERSEKITARAN BUDAYA SEKOLAH TERHADAP KEBERHASILAN DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL PELAJAR DARI PELBAGAI JENIS SEKOLAH Irwan Fariza Bin Sidik, Mohd Mahzan Bin Awang, Abdul Razaq Bin Ahmad
239
KEMAHIRAN SOSIAL DAN AKTIVITI MENUNGGU GILIRAN (TURN-TAKING) Kamala A/P Ratnam
255
PENGESAHAN INSTRUMEN TOLERANSI SOSIO AGAMA DI MALAYSIA: ANALISIS FAKTOR PENGESAHAN Khadijah Muda, Fazilah Idris, Khairul Anwar Mastor
259
KOMUNITI PERANAKAN ARAB DI MALAYSIA: ANALISIS DARI PERSPEKTIF GENEALOGI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL Latifah Abdul Latiff, Mashitah Sulaiman
270
PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN SEJARAH DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA Norhayati Ishak, Fathilah Akmal Ismail, Fiqkha Akma Mohd Hussein, Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad
284
PELAKSANAAN KERJA SECARA BERPASUKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI AWAM SEBAGAI MEKANISME PENGUKUHAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Mashitah Sulaiman, Zawiah Mat, Siti Norbaya Mat Yacob, Faridah Che Hussain
292
DINAMIKA KESEPADUAN POLITIK MELAYU-ISLAM: ANALISIS HUBUNGAN UMNO-PAS 2010-2015 Mohammad Tawfik bin Yaakub, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd Azri Ibrahim
302
SIKAP POLITIK URBAN MELAYU Mohd Azmir Mohd Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Afi Roshezry Abu Bakar, Hairol Mak Din
311
ANALISIS ISU DOMINAN DALAM PILIHANRAYA KECIL DUN SUNGAI LIMAU Mohd Azri Ibrahim, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohammad Tawfik Yaakub
320
PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DI SEBUAH SEKOLAH DI NEGERI PERAK Mohd Faiz Bin Mohd Yaakob, Jamal@Nordin Bin Yunus
326
ISU PELARIAN ROHINGYA DAN KESELAMATAN INSAN Mohd Kamal Omar, Bakri Bin Mat, Zarina Othman
332
TRANSISI POLITIK MELAYU-ISLAM DI KEDAH: ANALISIS 2008-2016 Mohammad Tawfik Yaakub, Ali Boerhanuddin, Mohamad Abu Bakar, Muhammad Uzair bin Azizan, Mohd Azri Ibrahim, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis
344
PERSEPSI PRESTASI KERAJAAN MENJELANG PRU-14: ANALISIS SEGMEN B40 DI SELANGOR Muhammad Shamshinor Abd Azzis, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Mahadee Hj. Ismail, Arvin Tajari, Najiha Zainuddin
351
STEREOTAIP ANTARA ETNIK; MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA TERHADAP MASYARAKAT CINA Nasruddin Yunos, Fazilah Idris, Khalim Zainal, Siti Nor Baya Mat Yacob, Abdul Aziz Mat Isa
359
PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH: PRINSIP DAN PELAKSANAAN Nor Hasnida Che Md Ghazali
366
STRATEGI KELANGSUNGAN HIDUP MYANMAR: DARI PERSPEKTIF HUBUNGAN ANTARABANGSA Nor Azizan Idris, Zarina Othman dan Aini Fatihah Roslam
377
KESEDIAAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DI DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR Norhayati Misran, Norazilawati Abdullah, Eftah Moh@Abdullah
389
DUNIA MELAYU ASIA TENGGARA PENERUS DAULAH ISLAMIAH: PERADABAN MELAYU BUKAN CALANG-CALANG, PERADABAN MELAYU PERADABAN GEMILANG Norman Suratman, Muhd Rizal Mohd Yaakub
401
KREATIVITI GURU DALAM MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: SATU KEPERLUAN Norsaliza Sabu, Noraini Mohamed Noh, Che Nidzam Che Ahmad
415
SUMBANGAN KHALIJAH SALLEH MELALUI PROSES PENGISLAMAN ILMU DALAM MEMANTAPKAN JATI DIRI Nur Asyikin Hamdan, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim
424
AKSES KEPADA KEADILAN DALAM KOMUNITI PELBAGAI AGAMA Faridah Jalil, Rohizan Halim
432
PENGGUNAAN KIT HB&K BAGI MEMUPUK KERJASAMA KUMPULAN DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP-PJJ Mohd Richard Neles Abdullah
440
KESAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN B BAGI TAJUK LITAR ELEKTRIK LENGKAP Sabariah Md Nor, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yusof
453
PEMIKIRAN PEMBANGUNAN MANUSIA NEOKLASIK DAN ISLAM Sahawati Binti Harun, Sity Daud, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Intan Suria Hamzah, Ajurun Begum Ahamed
463
PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN DALAM KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA Sitti Hasnah binti Bandu, Mohd Mahzan bin Awang, Abdul Razaq bin Ahmad
473
PEDAGOGI ABAD 21 BERBASISKAN RANGKAIAN SOSIAL GOOGLE PLUS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Siti Salwah Bt Atan
483
INTERVENSI KEFUNGSIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT YANG BERPENCAPAIAN DI BAWAH TAHAP (UNDERACHIEVER) Thavamani a/p Selvan, Grace Annammal Piragasam
491
PENERIMAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN GURU Wan Mohd Syahrul Wan Md Zain, Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah
496
SYIAH DAN KESELAMATAN NEGARA : SATU TINJAUAN AWAL Zarina Binti Othman, Nor Azizan Bin Idris, Bakri Bin Mat, Abdul Halim Bin Daud
503
PERANAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH KE ARAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH Zunaida Zakaria, Abdul Razak Ahmad, Mohd. Mahzan Awang
513
PENDEKATAN MOOC UNTUK MELESTARIKAN KESEPADUAN SOSIAL DALAM KALANGAN GENERASI-Y Fazilah Idris, Rozita Ibrahim, Rozmel Abdul Latiff, Ahmad Zamri Mansor, Hasanah Abd Khafidz, Nasruddin Yunos & Nazri Muslim
524
DETERMINING TEACHING METHODS FOR MALAYSIAN NATIONHOOD: TOWARDS INCREASING STUDENT PATRIOTISM Murni Wan Mohd Nor, Zatul Himmah Adnan, Ku Hasnita Ku Samsu, Mohd Mahadee Ismail
532
PERUNTUKAN ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF PERPADUAN Fairojibanu Zainal Abidin, Nazri Muslim
538
PELAKSANAAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI MALAYA Faridah Che Husain, Faezah Kassim, Zamre Abu Hassan, Mohd. Syariefudin Abdullah
551
PEMIKIRAN MOHD YUSOF OTHMAN TENTANG PENGISLAMAN SAINS KE ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI Hazwani Bt Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim
562
INTEGRASI RUHIYYAH DAN EKOLOGI BUDAYA DALAM PENDIDIKAN ORANG ASLI DI MALAYSIA Mazzlida bt Mat Deli, Salbiah bt Mohamed Salleh, Ruhizan bt Mohammad Yasin
568
PENILAIAN KENDIRI AKHLAK : SATU ALTERNATIF PEMBANGUNAN MODAL INSAN GURU Salbiah bt Mohamed Salleh @ Salleh, Mazzlida bt Mat Deli, Jamil bin Ahmad, Mohd Aderi bin Che Noh
576
PENGURUSAN KONFLIK DI SELATAN THAILAND: ANTARA ISU DAN TRANSFORMASI Che Mohd Aziz Bin Yaacob, Rusdi Omar, Dr. Bakri Mat
583
PENGARUH PENTADBIR TERHADAP TAHAP PENERIMAAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA DI SEKOLAH Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, Mahizer Hamzah & Wong Kung Teck
604
SIMBOL KEKUATAN ORANG MELAYU DALAM NOVEL MALAISIE (NURANI TANAH MELAYU) KARYA HENRI FAUCONNIER Ani Binti Haji Omar
610
KESEDARAN DAN PENERIMAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA OLEH MAHASISWA IBAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Samsudin Suhaili dan Setiri Simba
622
KAEDAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF MAHASISWA Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd. Mahadee
632
PENILAIAN PROGRAM GURU PENYAYANG DI KALANGAN MURID ORANG ASLI BAGI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH TAPAH PERAK Hasniza Binti Othman, Eftah Binti Moh @ Hj. Abdullah
640
PERSEPSI PRESTASI KERAJAAN MENJELANG PRU-14: ANALISIS SEGMEN B40 DI SELANGOR Muhammad Shamshinor Abd Azzis, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Mahadee Hj. Ismail, Arvin Tajari, 7Najiha Zainuddin
653
PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN SEJARAH DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA Norhayati Ishak, Fathilah Akmal Ismail, Fiqkha Akma Mohd Hussein, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq Ahmad
661
PENDEKATAN EKLEKTIK DALAM MEMAHAMI KEPELBAGAIAN, ETNISITI DAN BUDAYA KORPORAT DI SYARIKAT AUTOMOTIF NASIONAL Azlina Abdullah
669
PEMELIHARAAN DIGITAL BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: MEREALISASI IMPIAN MENJADI KENYATAAN Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan & Shamsul Amri Baharuddin
677
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KEINGIN-SEMPURNAAN DALAM KANAK- KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT (PCB) Abdul Razak Bin Ismath Unoon
[email protected] Grace Annammal Piragasam Jabatan Pendidikan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris
[email protected] Abstrak Personaliti keingin-sempurnaan pelajar pintar dan berbakat (PCB) merupakan aspek perkembangan yang sering disalah anggap oleh pelbagai pihak. Kanak-kanak PCB mengalami keingin-sempurnaan yang lebih tinggi berbanding rakan sebaya dan keadaan tersebut adalah satu cabaran kepada ibu bapa dan guru. Faktor penglibatan ibu bapa adalah penyebab utama terbentuknya sifat keingin- sempurnaan kanak-kanak PCB. Ciri-ciri keingin-sempurnaan dibezakan dari segi aspek negatif dan positif. Walau bagaimanapun teori dan kajian terdahulu mengatakan pelajar PCB lebih bersifat adaptif walaupun mengalami sifat keingin- sempurnaan. Oleh yang demikian prestasi pencapaian akademik kanak-kanak PCB adalah cemerlang namun masalah emosisosial masih ketara. Analisis kajian literatur mendapati nilai dan kepercayaan ibu bapa yang dikenakakan terhadap anak mempengaruhi keupayaan sebenar kanak-kanak PCB khususnya dalam pencapaian akademik. Pihak ibu bapa memainkan peranan utama supaya mengelak daripada kawalan psikologi terhadap pemikiran anak yang ternyata menjejaskan perkembangan kanak-kanak PCB. Kata kunci: Pelajar PCB dan berbakat, keingin-sempurnaan, perkembangan psikososial, maladaptif.
PENGENALAN Pada masa kini pelajar pintar cerdas dan berbakat (PCB) dilabel sebagai bersifat ‘perfectionist’, ‘underachievers’, ‘introvert’ dan lain-lain lagi. Kepercayaan bahawa pelajar (PCB) tidak memerlukan bantuan kerana mereka boleh melakukan terbaik, popular, gembira dengan pencapaian, dan boleh menyesuaikan diri di sekolah ternyata salah (Bashiron et al., 2014). Pemikiran pelajar PCB yang merasakan bahawa mereka hebat dalam bidang akademik mahupun bukan akademik menyebabkan mereka berhadapan dengan masalah perkembangan emosi dan sosial seperti putus asa, kemurungan, kecewa, marah dan lain-lain lagi. Hal ini menunjukkan golongan ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri sama seperti manusia biasa yang lain. Sejak kebelakangan ini banyak kajian dilakukan untuk membongkar mitos keingin-sempurnaan dan kesannya kepada pelajar PCB (Fong & Yuen, 2014). Di Malaysia, artikel mengenai keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB masih kurang berbanding dengan negara luar. Tindakan melabel pelajar PCB sebagai ‘perfectionist’ tidak membantu kita memahami apa yang dialami oleh mereka. Justeru itu, artikel ini ditulis bertujuan untuk mendalami definisi, ciri-ciri, faktor-faktor, dan kesan-kesan mengenai keinginan sempurnaan dalam pelajar PCB supaya rahsia dan misteri mereka dapat difahami dengan lebih mendalam. Tujuan terakhir adalah untuk mengenal pasti peranan ibu bapa, keluarga, guru dan pihak sekolah supaya keingin-sempurnaan dalam diri pelajar PCB ditangani dengan cara yang baik.
8
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PANDANGAN BERBEZA TENTANG KEINGIN-SEMPURNAAN Keingin-sempurnaan adalah sukar untuk didefinisikan kerana terdapat banyak definisi yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai keingin-sempurnaan dalam bidang psikologi dan pendidikan. Percubaan untuk mencapai standard yang terlalu tinggi adalah definisi yang paling mudah untuk keingin-sempurnaan (Rule & Montgomery, 2013). Fong dan Yuen (2014) mentakrifkan keingin-sempurnaan bermaksud satu usaha yang tidak terkawal (compulsive) untuk mencapai standard tinggi, bersama-sama dengan kecenderungan menilai harga diri seseorang terhadap keupayaan mencapai standard tersebut. Kebanyakan masyarakat memandang keingin-sempurnaan sebagai sikap yang negatif atau masalah yang dihadapi oleh pelajar PCB. Tetapi, sebenarnya keingin-sempurnaan perlu dilihat dari segi aspek positif dan negatif. Sebagi contoh, ahli sains, pemimpin tinggi negara, mahupun pemain hoki terhandal atau sesiapa sahaja yang telah berada di puncak kejayaan dalam bidang mereka melalui dedikasi tinggi dan kerja keras akan berusaha ke arah keingin-sempurnaan bagi memastikan kejayaan mereka sentiasa kekal di puncak tertinggi. Sama juga dengan pelajar PCB yang mendapat A dalam semua mata pelajaran PMR ingin memperoleh A dalam semua mata pelajaran SPM. Pengkaji-pengkaji telah mengiktiraf bahawa keingin-sempurnaan boleh membantu pelajar untuk menjadi individu berjaya (Rule Montgomery, 2013). Berbeza dengan kajian baru-baru ini mendapati sikap mementingkan kesempurnaan boleh menyebabkan gejala kemurungan (Sullivan et al., 2015). Gejala kemurungan dan kebimbangan yang teruk juga boleh berlaku apabila kanak-kanak yang mementingkan keinginsempurnaan menganggap diri mereka sebagai gagal mencapai matlamat yang tidak realistik (Sullivan et al., 2015). Hal ini menunjukkan keingin-sempurnaan juga boleh dilihat dari segi aspek negatif di mana seseorang yang mementingkan keingin-sempurnaan akan menyalahkan diri sendiri dan sukar menerima kegagalan yang dialami sehingga boleh menjejaskan emosi. Tan dan Chun ( 2014) dalam kajian merumuskan dapatan Burns (1980) tentang keinginsempurnaan sebagai penilaian diri yang negatif, tingkah laku yang merugikan diri sendiri dan suatu penerimaan diri yang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Para pengkaji juga sering membincangkan keingin-sempurnaan sebagai penyesuaian diri yang sihat dan positif. Tingkah laku keingin-sempurnaan yang positif meliputi standard peribadi, orientasi kendiri dan organisasi. Trait keingin-sempurnaan yang negatif dirujuk sebagai kesukaran untuk menyesuaikan diri atau maladaptif. Pelajar PCB dilihat mempamerkan tingkah laku negatif seperti kebimbangan terhadap kesilapan, keraguan mengenai tindakan dan kekeliruan serta keadaan neurotik (Fletcher & Neumeister, 2012). Keingin-sempurnaan lazimnya dimanifestasikan oleh ciri-ciri usaha berterusan dalam menyiapkan tugasan untuk mencapai kecemerlangan, sedangkan keingin-sempurnaan neurotik mempunyai ciri-ciri usaha dan tingkah laku yang tidak terkawal dalam mengejar kejayaan. Keingin-sempurnaan boleh dilihat apabila seseorang berasa seronok dengan pencapaian dan sanggup membiarkan diri mereka gagal dan untuk menjadi tidak sempurna. Keingin-sempurnaan neurotik pula boleh dilihat apabila seseorang sentiasa mengelakkan kesilapan dan tidak pernah merasa bahawa usaha mereka adalah cukup bagus (Chan, 2012; Tan & Chun, 2014). Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis keinginan kesempurnaan di kalangan pelajar PCB berdasarkan pandangan daripada pengkaji-pengkaji yang lepas. Jadual 1:Jenis-jenis keingin-sempurnaan yang dibezakan dari segi aspek positif dan negatif di kalangan pelajar PCB
Positif Normal Adaptif Sihat Tidak sihat Pelbagai dimensi
Negatif Neurotik Maladaptif
Satu Dimensi 9
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
MENGENALI CIRI- CIRI KEINGIN-SEMPURNAAN DALAM PELAJAR PCB Pelajar PCB pengenalpastian awal ciri-ciri keingin-sempurnaan dalam bilik darjah ada;ah penting (Bashiron et al., 2014). Hal ini membolehkan langkah alternatif dapat diambil supaya dapat mengubah keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB jika sikap tersebut memberikan masalah kepada mereka. Apabila ibu bapa pelajar PCB mendapatkan nasihat daripada ahli psikologi yang kurang pengetahuan tentang ciri- ciri keingin-sempurnaan dalam diri pelajar PCB, maka mereka kadang-kadang akan percaya bahawa keingin-sempurnaan adalah suatu ciri yang negatif. Sama seperti pendapat mengenai definisi keingin-sempurnaan yang berbezabeza, ciri-ciri keingin-sempurnaan dalam diri kanak- kanak pintar cerdas yang dikemukakan pengkaji -pengkaji yang lepas adalah berbeza-beza. Ciri-ciri keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB dibezakan kepada ciri-ciri adaptif dan ciri-ciri maladaptif. a. Ciri-ciri Adaptif 1. Mementingkan turutan dan organisasi Pelajar PCB yang mempunyai sikap keingin-sempurnaan dalam diri mereka akan memastikan setiap tugasan yang dilakukan mengikut urutan dan organisasi. Mereka akan susun tugas -tugas mereka mengikut keutamaan. Sikap mementingkan turutan dan organisasi ini merupakan salah satu ciri daripada enam ciri yang dikemukakan oleh beliau. Contoh yang mudah adalah, apabila menjawab soalan peperiksaan atau kerja rumah, pelajar PCB akan memastikan supaya setiap soalan dijawab secara berurutan walaupun mereka menghadapi masalah dalam menjawab soalan tertentu. Mereka akan berusaha mencari jawapan sedaya upaya supaya dapat jawab soalan tersebut tanpa melangkau ke soalan seterusnya. 2. Menunjukkan dan menerima kesilapan diri tanpa rasa malu Pelajar PCB berani mencuba sesuatu perkara tanpa merasakan akan menemui kegagalan. Mereka sanggup mencuba sesuatu semata-mata ingin mengejar kejayaan yang sempurna. Meski pun mereka melakukan kesilapan, mereka boleh menerima kegagalan tersebut dan cuba untuk melakukan perkara tersebut sehingga berjaya. Situasi ini berlaku apabila ibu bapa pelajar PCB memberikan kebebasan melakukan kesilapan kepada anak-anak mereka supaya berani melakukan sesuatu tugas dan menjadi cemerlang (Cross & Cross, 2015). 3. Tahu cara positif hadapi keingin-sempurnaan Pelajar PCB yang memiliki ciri ini akan menetapkan harapan yang tinggi terhadap diri sendiri (Tan & Chun, 2014) dan berasa yakin apabila membuat sesuatu keputusan. Mereka juga akan menguruskan masa dan persekitaran sekolah dan rumah dengan cara yang baik (Rule & Montgomery, 2013). Mereka bijak menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di sekolah dan ahli keluarga di rumah. Hal ini akan memastikan mereka dapat mengekalkan standard tinggi mereka dan menjadi seorang yang sempurna. 4. Sukakan harapan tinggi dari ibu bapa Pelajar PCB ini faham bahawa ibu bapa mereka meletakkan harapan yang terhadap mereka dan sanggup menerima kritikan dari ibu bapa mereka (Speirs Neumeister et al., 2015). Mereka tidak berfikir ibu bapa memaksa mereka untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang malah berasa seronok dalam mengejar kecemerlangan. Oleh yang demikian, tindakan ibu bapa yang terlalu mendesak juga tidak disedari sehingga boleh menjejaskan kemampuan pelajar PCB untuk menyempurnakan kehendak tersebut. 5. Bermotivasi tinggi untuk berjaya Pelajar-pelajar PCB akan bekerja keras, rajin, berfikir secara kritis, memiliki kemahiran kendiri yang tinggi dan lain-lain lagi. Keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB akan menjadikan 10
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mereka bermotivasi tinggi akan cuba melakukan terbaik untuk membuktikan kehebatan mereka. Pelajar-pelajar seperti ini biasanya berfikir jauh ke hadapan tentang masa depan mereka dan merasai kepuasan hidup. Perilaku bermotivasi tinggi yang dipamerkan pelajar PCB adalah salah teknik adaptasi diri kepada cabaran yang dihadapi (Rule & Montgomery, 2013). 6. Memberi inspirasi kepada orang lainuntuk berjaya Pelajar PCB sering menjadi pemimpin pasukan yang baik dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk memperoleh pencapaian yang tinggi sama seperti mereka (Bieling et al., 2004). Pelajar PCB yang memiliki ciri ini sanggup membuat perancangan terbaik untuk membantu orang lain mencapai kejayaan sama seperti mereka. Pelajar PCB yang mempunyai ciri keinginsempurnaan biasanya menjadi contoh model kepada rakan mereka. b. Ciri-ciri Maladaptif 1. Berasa bimbang akan melakukan kesilapan Kebimbangan melakukan kesilapan adalah ciri utama yang dikemukakan oleh ramai pengkaji (Cross & Cross, 2015; Greenspon, 2012; Tan & Chun, 2014; Speirs Neumeister et al., 2015), Pelajar PCB yang bimbang akan berasa tertekan, takut, dan tidak boleh menghadapi kegagalan. Pelajar PCB yang memiliki ciri ini akan berusaha untuk menjaga imej dan nama baik. Mereka mahukan orang lain menganggap mereka mempunyai standard yang tinggi. Oleh itu, mereka bimbang menemui kegagalan dan kesilapan yang boleh menjatuhkan reputasi mereka. 2. Tidak merasai kepuasan hidup dan merasai kekurangan diri Pelajar PCB yang mempunyai keingin-sempurnaan merasakan seolah-olah tidak puas hati terhadap kerja yang mereka melakukan (Cross & Cross, 2015;Greenspon, 2012). Sebagai contoh, seorang pelajar PCB yang membina istana menggunakan pasir di tepi pantai mungkin akan menghancurkan istana tersebut secara tiba-tiba disebabkan dia berasa istana tersebut kurang sempurna. Selain daripada itu, terdapat kanak-kanak sanggup lukis kali- kali sesuatu lukisan sehingga mereka merasakan lukisan yang dilukis adalah sempurna pada pandangan mereka. 3. Meletakkan harapan tinggi terhadap orang lain Pelajar yang mempunyai keingin-sempurnaan negatif sering meletakkan harapan dan standard yang tidak realistik terhadap orang lain. Mereka mahukan orang lain pun menjadi sempurna seperti mereka. Keadaan ini akan menyebabkan mereka menjadi marah dan kecewa apabila orang lain tidak mengikut arahan seperti yang dirancang. Hal ini menyebabkan mereka tidak sukakan kerja secara kumpulan dan lebih suka melakukan sesuatu kerja dengan bersendirian (Basak, 2012). Ciri ini jelas menunjukkan individu keingin-sempurnaan tidak boleh bertolak ansur dengan ketidaksempurnaan orang lain. 4. Melengah-lengahkan masa untuk memulakan kerja Pelajar PCB percaya bahawa orang lain menerima mereka disebabkan prestasi sempurna mereka dan malu serta rasa bersalah apabila prestasi mereka menurun (Rule & Montgomery, 2013). Hal ini akan menyebabkan mereka sukar untuk memulakan dan melengkapkan sesuatu kerja (Basak, 2012). Ini menunjukkan tanda-tanda takut mengambil risiko. Beberapa tingkah laku dipamerkan antaranya panik jika tidak mempunyai bahan-bahan dan data yang cukup untuk melakukan kerja tersebut dan akhirnya kecewa serta berhenti melakukan kerja tersebut. Dalam sesetengah situasi, mereka boleh menarik diri daripada melakukan sesuatu tugas. Situasi ini boleh dipadankan dengan slogan yang dikatakan oleh Egan et al., (2007) iaitu “all or nothing”.
11
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
5. Cemburu terhadap orang lain Perasaan cemburu ini timbul apabila orang lain sesuatu perkara lebih baik berbanding dengan mereka (Basak, 2012). Masalah ini timbul apabila mereka tidak yakin dengan keputusan diri sendiri sehingga bimbang melakukan kesilapan. Hal ini kerana mereka bahawa orang lain akan melakukan lebih baik berbanding dengan mereka. Apabila mereka membandingkan diri mereka dengan orang lain, mereka akan menjadi sedih dan akhirnya cemburu terhadap pencapaian orang lain. 6. Mengharapkan persetujuan dan perhatian dari orang lain Ciri ini menonjol apabila mereka meragui keputusan sendiri dan memerlukan orang lain memberi jaminan bahawa kualiti kerja mereka adalah sempurna dan terbaik (Basak, 2012). Sebagai contoh, seorang pelajar pintar cerdas akan melakukan kerja rumah yang diberi oleh guru secara berulang kali sehingga mendapat pujian dari cikgu. Kanak-kanak seperti ini tidak akan berhenti melakukan sesuatu perkara sehingga orang lain memuji dan memberi pendapat bahawa mereka telah melakukan yang terbaik. FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEINGIN-SEMPURNAAN Kebanyakan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa faktor ibu bapa, faktor keluarga, budaya, dan faktor sekolah, guru, serta rakan sebaya menyebabkan keingin-sempurnaan wujud dalam diri pelajar PCB. a. Ibu bapa Kebanyakan ibu bapa yang memiliki pelajar PCB memaksa anak-anak mereka untuk memperoleh pencapaian dan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan ciri-ciri keingin-sempurnaan dalam diri anak-anak mereka. Pelajar PCB sebenarnya “dibentuk” dan disuruh supaya menjadi seorang individu yang sempurna, dan bukannya dilahirkan dengan sikap ini. Maklum balas secara berterusan antara ibu bapa dengan guru-guru mengenai prestasi pencapaian anak-anak mereka menyebabkan pelajar PCB memberi fokus kepada pencapaian peperiksaan berbanding proses pembelajaran. Ibu bapa tidak sedar bahawa mereka melakukan kesilapan yang besar sehingga boleh memberikan tekanan kepada anak mereka sendiri. Terdapat tiga jenis gaya keibubapaan (Bashiron et al. 2014) : permisif (mengizinkan), autoritarian (berkuasa), dan berwibawa. Ibu bapa permisif tidak memberi hukuman, menerima kehendak anak-anak mereka dan menjadi inspirasi terhadap tingkah laku anak-anak mereka. Ibu bapa autoritarian cuba untuk membentuk, mengawal, menilai tingkah laku dan sikap anakanak berdasarkan set standard tingkah laku yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Sementara itu, ibu atau bapa yang berwibawa pula menggunakan pendekatan rasional dalam mengawal aktiviti anak-anak. Kajian lepas mendapati wujud hubungan antara gaya keibubapaan dan kecenderungan keingin-sempurnaan pada kanak-kanak. Ciri-ciri kesempurnaan maladaptif telah terbukti dikaitkan dengan gaya keibubapaan autoritarian secara kasar (Besharat et al., 2011). Kadang-kadang jika ibu bapa memiliki ciriciri keingin-sempurnaan, kemungkinan anak-anak juga akan mengikuti ciri tersebut (Cross & Cross, 2015). Kajian juga menunjukkan bahawa ibu autoritarian kurang menyediakan persekitaran rumah yang kondusif untuk kreativiti, dan tetapi mewujudkan persekitaran yang ketat yang boleh menghalang kebebasan dan mengharapkan anak-anak tidak melakukan kesilapan (Miller et al., 2012). Jika ibu mempunyai tahap keingin-sempurnaan yang tinggi, anak-anak boleh memahami bahawa ibu bapa meletakkan harapan tinggi terhadap mereka. Sejak kecil lagi, ibu mungkin mendidik anak-anak mereka tentang kesan daripada melakukan kesilapan, kepentingan menarik perhatian orang lain, masa depan yang cerah jika mendapat markah tertinggi dan lain -lain sejak dari kecil lagi. Kita sebagai seorang anak pastinya ingin melakukan terbaik dan menjadi sempurna supaya dapat gembirakan hati seorang ibu. 12
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
b. Keluarga Faktor keluarga juga mungkin penyebab keingin-sempurnaan. Selain ibu bapa, kadang-kadang ahli keluarga yang terdiri daripada adik-beradik, datuk, sepupu juga boleh menyebabkan wujudnya keingin-sempurnaan dalam seorang pelajar PCB. Kerjaya dan taraf pendidikan yang tinggi dalam kalangan adik-beradik dan saudara mara mendorong sifat keingin-sempurnaan disebabkan pelajar PCB membesar dalam persekitaran keluarga yang mementingkan standard tinggi. Keingin-sempurnaan juga boleh terbentuk sebagai tindak balas apabila kanak-kanak terdedah terhadap persekitaran keluarga yang kurang baik seperti penderaan fizikal atau tekanan psikologi disebabkan oleh kekurangan kasih sayang, pengalaman malu, kawalan kebebasan yang ketat, konflik atau huru-hara (Sullivan et al., 2015).Apabila pelajar PCB membesar dalam persekitaran seperti ini mereka akan mengelakkan pergaulan dengan rakan-rakan kurangkan aktiviti sosial disebabkan perasaan malu akan diejek oleh rakan-rakan dan ingin menutupi imej keluarga buruk. Pelajar PCB cenderung untuk mengekalkan standard tinggi mereka di mata masyarakat sekeliling dengan menjadi seorang yang sempurna. c. Sekolah, guru dan rakan sebaya Kebanyakan sekolah ingin mengekalkan nama baik dengan menjaga prestasi pencapaian yang tinggi khususnya di kalangan pelajar pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas perlu berusaha kuat untuk memastikan pencapaian kekal tinggi dan bersaing dengan pelajar-pelajar yang lain. Di sinilah akan wujud keingin-sempurnaan dalam pelajar-pelajar pintar. Kadang-kadang pelajar PCB ini percaya bahawa selain keluarga, guru - guru (Rule dan Montgomery, 2013) dan rakan sebaya juga mengharapkan keingin-sempurnaan dari mereka. Sebagai contoh, apabila guru memberikan masa yang singkat untuk menyiapkan tugasan dan meletakkan harapan tinggi bahawa pelajar PCB akan menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberikan, pastinya pelajar PCB akan berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut bagi menuruti perintah guru dan mengekalkan standard pencapaian mereka. Selain itu, kebanyakan guru pada masa kini terlampau mementingkan pencapaian akhir semata-mata dan tidak menghargai usaha atau proses pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar (Rule dan Montgomery, 2013). Sekali lagi, di sinilah akan wujud keingin-sempurnaan di kalangan pelajar-pelajar pintar kerana ingin menjadi pelajar terbaik dan menonjol dalam kelas. Selain itu, sikap rakan yang suka mengejek dan menghina boleh menyebabkan keinginan sempurnaan terbentuk dalam diri pelajar PCB. Apabila rakan-rakan sebaya memiliki sikap negatif tersebut sudah pastinya sebagai seorang pelajar pintar cerdas ingin mencapai kecemerlangan untuk membuktikan standard tinggi mereka dengan menjadi seorang yang sempurna. Tetapi dalam sesetengah keadaan rakan sebaya juga boleh mewujudkan sikap keingin-sempurnaan positif dalam diri pelajar PCB. Rakan sebaya yang mempunyai pencapaian tertinggi akan menjadi role modal dan memberikan motivasi kepada pelajar -pelajar pintar cerdas sehingga memperoleh pencapaian tertinggi. Dengan itu, keingin-sempurnaan akan wujud dalam diri pelajar - pelajar pintar cerdas supaya dapat mencapai kejayaan seperti rakan sebaya mereka. d. Budaya Budaya juga boleh mempengaruhi keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB (Fong dan Yuen, 2014). Budaya di negara China mementingkan pembelajaran sepanjang hayat, keharmonian sosial, kebijaksanaan, patuh kepada ibu bapa dan pentadbir negara, hormat- menghormati ibu bapa dan keluarga dan pencapaian peribadi. Kesemua nilai murni tersebut terkandung dalam ajaran Confucius mereka dan dididik sejak kecil lagi. Kanak-kanak Cina diajar untuk menjadi terbaik dengan belajar refleksi diri, penilaian diri, dan berusaha keras yang merupakan kunci kejayaan mereka (Fong dan Yuen, 2014).
13
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESAN - KESAN KEINGIN-SEMPURNAAN Ramai ibu dan guru-guru akan berfikir, ‘adakah kesempurnaan adalah sesuatu keinginan yang baik atau tidak baik kepada anak-anak dan pelajar-pelajar mereka?’ dan ‘adakah kesempurnaan memberikan kesan signifikan sehingga boleh menjejaskan kehidupan harian mereka?’Kebanyakan kajian lepas mendapati keinginan sempurnaan dalam kalangan pelajar PCB boleh memberikan kesan terhadap prestasi pencapaian (Speirs Neumeister et al., 2015) dan masalah emosi - sosial (Blaas, 2014). Kesan positif dari keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB ini dikaitkan dengan keinginsempurnaan jenis SOP iaitu “Self-Orientation Perfectionism” atau keingin-sempurnaan berorientasikan diri yang didorong oleh matlamat mencapai kejayaan (Speirs Neumeister et al., 2015). Hal ini menunjukkan usaha pelajar PCB untuk menjadi sempurna tidak semestinya berakhir dengan kekecewaan, tetapi juga menyebabkan mereka memperoleh pencapaian yang cemerlang. Selain itu, keinginan kesempurnaan dalam pelajar PCB memberikan mereka semangat dan motivasi akademik (Fletcher dan Neumeister, 2012) untuk mengekalkan standard pencapaian tertinggi mereka sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Elliot (1999, lihat Speirs Neumeister et al., 2015) telah mengemukakan rangka kerja 2 × 2 berdasarkan kecekapan dan kecenderungan pendekatan atau pengelakan yang menghasilkan empat orientasi pencapaian yang berbeza. Orientasi pencapaian yang dikemukakan oleh beliau adalah pertama, mastery approch atau kebolehan untuk mencapai matlamat tetap (misalnya mendapat straight A’s dalam peperiksaan awam), kedua, mastery avoidance atau kebolehan mengelakkan (mengelakkan kehilangan nama dalam senarai dekan), perfomance approch atau pendekatan pencapaian prestasi (keinginan untuk menjadi hebat berbanding orang lain) dan perfomance avoidance atau pengelakan penurunan prestasi (keinginan untuk mengelakkan kehilangan peluang masuk ke kolej yang sama dengan rakan-rakan yang lain). Di sini jelas menunjukkan pelajar pintar cerdas yang mempunyai keingin-sempurnaan positif seperti bermotivasi tinggi, tidak suka pada kegagalan, disiplin diri yang tinggi dan lain-lain lagi akan memberi kesan kepada peningkatan prestasi pencapaian mereka. Kesan negatif dari keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB ini dikaitkan dengan keinginsempurnaan jenis SPP iaitu “Socially Prescribed Perfectionism” atau Keingin-sempurnaan orientasikan sosial (Speirs Neumeister et al. 2015) yang akan berakhir dengan masalah emosi seperti ketakutan, tekanan, dan kebimbangan (Lamont, 2012). Kajian yang dilakukan oleh Flett et al. (2012) juga menunjukkan terdapat korelasi positif antara kebimbangan dengan keingin-sempurnaan. Kadang-kadang kebimbangan yang melampau terhadap kesilapan yang memberikan kegagalan kepada pelajar PCB akan memberikan mereka tekanan emosi. Pada masa kini, pelajar PCB hidup dalam budaya yang menghargai kecemerlangan, dan percaya bahawa melakukan sesuatu kerja dengan sempurna akan membawa kepada kejayaan. Apabila pelajar PCB dibebani dengan terlalu banyak kerja pada satu- satu masa, mereka akan bertungkus-lumus untuk menyiapkan tepat pada waktu. Kegagalan menyiapkan kerja seolaholah satu kekurangan dalam rutin harian mereka dan berakhir dengan gejala bunuh diri. Dalam sesetengah keadaan, ahli profesional mendakwa bahawa ciri-ciri individu berbakat seperti keingin-sempurnaan boleh menyebabkan gejala bunuh diri (Delisle, 1986; lihat Cross dan Cross, 2015). Ciri-ciri keingin-sempurnaan negatif dalam pelajar PCB seperti mengadili orang lain, tidak boleh menerima kritikan terhadap diri sendiri, menolak orang lain disebabkan orang lain tidak sempurna akan mengurangkan interaksi sosial mereka. Apabila keadaan ini berlaku, pelajar PCB mungkin boleh kehilangan rakan-rakan sebaya atau orang yang dekat dengan mereka. Baru-baru ini, Fong dan Yuen (2014) telah membincangkan kesan dari segi perkembangan emosi - sosial terhadap pelajar-pelajar cina yang mementingkan keingin-sempurnaan. Hébert dan Speirs Neumeister (2002; lihat Fong dan Yuen, 2014) mendapati antara masalah sosial di kalangan pelajar pintar cerdas ialah masalah kesepian atau kemurungan (kerana kurangnya 14
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
memahami pemikiran sahabat). Kesepian ini berlaku disebabkan pelajar-pelajar pintar kurang terlibat dengan aktiviti sosial untuk sembunyikan kelemahan diri mereka. Hal ini disebabkan sesetengah kanak-kanak pintas cerdas akan mengelak risiko dengan tidak melibatkan diri dengan aktiviti sosial supaya tidak menemui kegagalan. Pergaulan sosial juga boleh terbatas atau tersekat kerana mereka mempunyai jadual waktu yang padat untuk mengejar kesempurnaan atas desakan ibu bapa yang mengharapkan prestasi cemerlang. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI KEINGIN-SEMPURNAAN Mengajar pelajar PCB untuk menguruskan keingin-sempurnaan secara baik tanpa adalah penting supaya mereka tidak menghadapi masalah emosi-sosial. Ia tidak boleh diubati disebabkan ia adalah ciri yang ditunjukkan oleh pelajar PCB secara berterusan. Justeru itu, strategi yang berkesan perlu diambil oleh ibu bapa, guru dan pakar kaunseling untuk menangani keinginsempurnaan dalam pelajar PCB. a. Ibu bapa Kajian lepas telah membuktikan bahawa perkembangan ciri keingin-sempurnaan dalam anakanak adalah disebabkan gaya keibubapaan autoritarian mereka (Besharat et al. 2011). Oleh itu, ibu bapa tidak boleh meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap pencapaian anakanak mereka sehinggakan mereka menjadi takut untuk berdepan dengan kegagalan. Ibu bapa perlu memahami usaha keras mereka dan memuji setiap usaha yang dilakukan oleh anak-anak walaupun anak-anak tidak mendapat keputusan yang diharapkan oleh ibu bapa. Ibu bapa boleh memahami keingin-sempurnaan anak-anak mereka dengan memberikan peluang kepada anakanak untuk meluahkan perasaan tentang masalah yang dihadapi dalam bidang akademik mahu pun bukan akademik Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak untuk melakukan aktiviti riadah seperti bermain badminton, menonton television, masak bersama-sama dan lain-lain lagi. Apabila mereka melakukan aktiviti bersama, secara tidak langsung ibu bapa boleh mengajar anak-anak cara menghadapi risiko, menyelesaikan masalah yang timbul dan menghadapi kegagalan. Selain itu, ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka cara mengawal emosi jika melakukan kesilapan dan mengendalikan keingin-sempurnaan dengan cara yang baik. Ibu bapa perlu menceritakan atau menggalakkan anak-anak membaca buku kisah teladan yang mengandungi watak menemui kegagalan untuk membantu anak-anak memahami bahawa tidak ada manusia yang boleh menjadi sempurna. Terdapat banyak buku yang boleh dibaca oleh pelajar PCB untuk menangani ciri keingin-sempurnaan mereka seperti cerita ‘kurakura dan arnab ’, ‘sang kancil dan buaya’, dan lain-lain lagi. Cerita -cerita ini akan fahamkan anak-anak bahawa melakukan kesilapan dan kegagalan sebagai ‘belajar daripada pengalaman’. Ibu bapa juga perlu menggembirakan anak-anak dengan membuat jenaka atau menonton cerita komedi bersama dengan mereka. Ketawa bersama dengan anak-anak dapat membantu anak-anak melupakan tekanan yang dihadapi di sekolah dan merupakan terapi semula jadi. Dengan cara ini kesan daripada ciri keingin-sempurnaan negatif dapat ditangani dengan cara yang baik. Ibu bapa perlu menerangkan anak-anak tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan tidak membiarkan pembelajaran anak-anak mengganggu pola makan dan tidur. Di samping itu ibu bapa tidak boleh membandingkan kemampuan antara adik-beradik atau rakan-rakan pelajar PCB yang lain. Hal ini akan mewujudkan perasaan cemburu dan lemah semangat untuk berusaha lengan lebih baik. Ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka yang mempunyai keupayaan aptitud yang tinggi untuk melakukan kerja amal dan berkhidmat kepada masyarakat. Cara ini akan menerangkan kepentingan nilai murni seperti rasa belas kasihan dan membantu orang yang kurang mampu (Lamont, 2012) dan seterusnya memahamkan mereka erti kesusahan dan kesedihan. Jadi, mereka tidak akan rasa bimbang untuk menemui cabaran atau kegagalan. Sebagai langkah terakhir, ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka untuk berjumpa pakar 15
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kaunseling jika anak-anak menolak melakukan sesuatu perkara disebabkan takut menghadapi kegagalan akibat keingin-sempurnaan mereka. b. Peranan guru Jika ibu bapa dan keluarga masih gagal memahami keinginan anak-anak pintar cerdas mereka, guru boleh menjadi wakil dalam memahami hati dan perasaan pelajar PCB yang memiliki ciri keingin-sempurnaan. Guru perlu memuji usaha keras pelajar berbanding dengan tengok pencapaian mereka semata- mata dan memahamkan pelajar bahawa melakukan kesilapan membolehkan belajar daripada pengalaman. Guru perlu mengajar pelajar cara menguruskan risiko dan menggalakkan pelajar untuk mencuba pengalaman yang baru, berbeza, dan mencabar (Rule dan Montgomery, 2013). Guru perlu menyedarkan pelajar bahawa cabaran adalah sesuatu yang menarik dan bukan menakutkan. Kedua, guru perlu mengajar kemahiran menyusun tugas mengikut keutamaan dan pengurusan masa. Hal ini dapat membantu pelajar PCB yang mementingkan keinginsempurnaan mengetahui cara bertindak secara terkawal dan teratur. Ketiga, guru perlu mengajar kemahiran menyelesaikan masalah. Pelajar pintar cerdas perlu memiliki kemahiran menyelesaikan masalah untuk menghadapi tekanan yang lebih kerap berbanding pelajar bukan kategori pintar cerdas (Lamont, 2012). Di samping itu, guru perlu bantu pelajar membahagikan tugas-tugas yang berat kepada segmen - segmen yang kecil dan memberikan mereka masa yang cukup untuk menyiapkan tugas tersebut. Jika pelajar melakukan kesilapan, guru perlu memberikan peluang untuk mencuba kali kedua. Guru juga perlu menekankan proses pembelajaran dan semakan lebih daripada pencapaian peperiksaan akhir (Rule dan Montgomery, 2013). Guru juga boleh berkongsi pengalaman mereka menyemak semula kertas murid berulang-kali untuk menerangkan bahawa semua murid ada melakukan kesilapan. Guru boleh menceritakan pengalaman guru sendiri pernah melakukan kesilapan pada masa lalu dalam bentuk cerita lucu kepada pelajar PCB. Ruang papan buletin lucu juga boleh disediakan dengan menampalkan kartun lucu yang berbeza setiap hari. Semasa sesi pembelajaran, guru boleh berbincang mengenai perwatakan yang tidak sempurna dalam cerita kartun tersebut. Pendekatan menganalisis kartun lucu digunakan oleh (Rule dan Montgomery, 2013) kepada pelajar PCB yang memiliki keingin-sempurnaan. Tafsiran kartun lucu adalah strategi pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir dan motivasi pelajar. Konsep umum keingin-sempurnaan adaptif (positif) dan maladaptif (negatif) keingin-sempurnaan juga boleh difahamkan kepada pelajar pintar cerdas melalui cerita kartun lucu khas yang direka oleh sekumpulan pelajar siswazah di dalam kajian beliau. Kartun lucu khas yang direka boleh digunakan oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas sebagai inspirasi kepada pelajar PCB yang memiliki keingin-sempurnaan dan meliputi topik pendidikan seperti buli, kepimpinan, dan penetapan matlamat. c. Khidmat kaunseling Apabila individu pintar cerdas dan berbakat telah mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi, kaunseling diperlukan jika mereka tidak dapat menangani keingin-sempurnaan mereka dengan cara yang baik (Cross & Cross, 2015). Disebabkan mereka memiliki kebolehan yang luar biasa berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain, pelajar PCB mungkin akan menghadapi tekanan daripada orang lain apabila mereka mencuba menjadi sempurna. Kadang-kadang kanak-kanak akan meluahkan perasaan mereka kepada pakar kaunseling berbanding dengan ibu bapa atau guru. Pelajar PCB tahu bahawa ibu bapa meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap kebolehan mereka, dan mereka tidak akan meluahkan ketidakupayaan mereka kepada ibu bapa kerana takut akan dimarahi atau diberi hukuman. Pakar kaunseling boleh berunding dengan kanak-kanak ini untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan yang dihadapi oleh mereka. Pakar kaunseling boleh menganjurkan kursus atau program pembangunan sosial yang menekankan konsep motivasi, perkenalkan 16
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
diri dengan dengan pelajar-pelajar yang memiliki keingin-sempurnaan yang lain, kemahiran menyelesaikan masalah, mengenal pasti masalah peribadi dan lain-lain lagi supaya pelajar PCB ini mencapai kejayaan seperti yang mereka inginkan. KESIMPULAN Kesimpulannya, konsep keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB, berbakat dan kreativiti perlu meliputi aspek definisi, ciri-ciri, faktor-faktor,kesan-kesan dan langkah-langkah untuk menangani keingin-sempurnaan tersebut. Penulisan manuskrip ini telah mendalami kesemua aspek di atas. Sama ada keingin-sempurnaan dalam pelajar PCB diambil kira secara positif atau negatif oleh masyarakat sekeliling, yang penting adalah ibu bapa, guru, pihak sekolah dan kaunselor mengambil berat tentang perkembangan dan pencapaian mereka dari masa ke semasa. RUJUKAN Afshar, H., Roohafza, H., Sadeghi, M., Saadat, S., Salehi, M., Motamedi, M., …, Asadollahi, G. (2011). Positive and negative perfectionism and their relationship with anxiety and depression in Iranian school students. Journal of Research in Medical Sciences: The Official Journal of Isfahan University of Medical Sciences, 16(1), 79-86. Dimuat turun melalui http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3063422/ Basak, R. (2012). Perfectionist Attitudes of Artistically Talented Students in the Art Classroom. Procedia Social and Behavioral Sciences, 46, 5010 – 5014. Dimuat turun melalui http:// www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042812021131 Basirion, Z., Abd Majid, R., & Mohd Jelas, Z. (2014). Big Five Personality Factors, Perceived Parenting Styles, and Perfectionism among Academically Gifted Students. Asian Social Science, 10, 4 (8). DOI: 10.5539/ass.v10n4p8. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost. com.ezpustaka.upsi.edu.my/ Besharat, M. A., Azizi, K., & Poursharifi, H. (2011). The relationship between parenting styles and children’s perfectionism in a sample of Iranian families. Procedia Social and Behavioral Sciences, 15, 1276-1279. Dimuat turun melalui http://www.sciencedirect.com/ science/article/pii/S1877042811004551 Blaas, S. (2014). The Relationship Between Social - Emotional Difficulties and Underachievement of Gifted Students. Australian Journal of Guidance and Counselling, 24(2), 243–255. doi 10.1017/jgc.2014.1. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu. my/ Chan, D. W. (2012). Life Satisfaction, Happiness, and the Growth Mindset of Healthy and Unhealthy Perfectionists Among Hong Kong Chinese Gifted Students. Hong Kong Chinese Gifted Students. Roeper Review, 34(224–233). DOI: 10.1080/02783193.2012.715333. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/ Cross, J. R., & Cross, T. L. (2015). Clinical and Mental Health Issues in Counseling the Gifted Individual. Journal of Counseling & Development, 93, 163-172. DOI: 10.1002/j.15566676.2015.00192.x. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu. my/ Fletcher, K. L., & Speirs Neumeister, K. L. (2012). Research on Perfectionism and Achievement Motivation: Implications for Gifted Students. Psychology in the Schools, 49(7), 668 - 677. doi: 10.1002/pits. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu. my/ Fong, R. W., & Yuen, M. (2014). Perfectionism and Chinese Gifted Learners. Roeper Review, 36, 81–91. doi: 10.1080/02783193.2014.884202. Dimuat turun melalui http:// web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/ 17
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Flett, G. L., Panico, T., & Hewitt, P. L. (2011). Perfectionism, Type A Behavior, and SelfEfficacy in Depression and Health Symptoms among Adolescents. Current Psychology, 30, 105–116. DOI 10.1007/s12144-011-9103-4. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost. com.ezpustaka.upsi.edu.my/ Lamont, R. T. (2012). The Fears and Anxieties of Gifted Learners: Tips for Parents and Educators. Gifted Child Today, 35(4), 271-276. DOI; 10,1177/1076217512455479.Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/ Miller, A. L., Lambert, A. D., & SpeirsNeumeister, K. L. (2012). Parenting Style, Perfectionism, and Creativity in HighAbility and HighAchieving Young Adults. Journal for the Education of the Gifted, 35(4), 344–365. DOI: 10.1177/0162353212459257. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/ Rule, A. O., & Montgomery, S. E. (2013). Using Cartoons to Teach About Perfectionism: Supporting Gifted Students’ Social-Emotional Development. Gifted Child Today, 36(4), 255 - 262. doi: 10.1177/1076217513497574. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost. com.ezpustaka.upsi.edu.my/ SpeirsNeumeister, K. L., Fletcher, K. L., & Burney, V. H. (2015). Perfectionism and Achievement Motivation in High-Ability Students: An Examination of the 2 × 2 Model of Perfectionism. Journal for the Education of the Gifted, 38(3), 215–232. DOI: 10.1177/0162353215592502. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/ Sullivan, P. J., Keller, M., Paternostro, J., & Friedberg, R. D. (2015). Treating Emotionally Dysregulated and Perfectionistic Youth with Transdiagnostic Cognitive Behavioral Procedures. J Contemp Psychother, 45, 151–158. DOI 10.1007/s10879-014-9293-9. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/ Tan, L. S., & Chun, K. Y. N. (2014). Perfectionism and Academic Emotions of Gifted Adolescent Girls. Asia-Pacific Education Research, 23(3), 389–401. doi: 10.1007/s40299-013-01149. Dimuat turun melalui http://web.b.ebscohost.com.ezpustaka.upsi.edu.my/
18
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN APLIKASI DAN PENGINTEGRASIAN ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR Ahmad Nazari Ismail , 2Norazilawati Abdullah, 3Mohd Nazir Md Zabit 1,2 ,3 Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris
1
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan aplikasi dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Kuala Langat, Selangor. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan kajian tinjauan. Sampel kajian melibatkan 152 orang guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Kuala Langat, Selangor. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpulkan maklumat tentang kemahiran penggunaan aplikasi dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu di daerah Kuala Langat, Selangor. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan taburan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai, manakala statistik melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikan p < 0.05.Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran ICT adalah pada tahap mahir. Bagi pengintegrasian ICT pula, guruguru Bahasa Melayu pada tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran (asas ICT, persembahan elektronik (Power Point) dan Internet), manakala terdapatnya perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran (Pemprosesan perkataan (Word) dan Hamparan elektronik (Excel)). Berdasarkan hasil kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran dan pengintegrasian ICT bagi guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah khasnya dan semua guru Bahasa Melayu amnya. Kata kunci:
ICT, tahap kemahiran ICT, penggunaan aplikasi, pengintegrasian ICT.
PENGENALAN Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini telah digunakan secara global dan holistik. Revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Kemajuan ini telah membawa kepada pelbagai perubahan tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, inisiatif mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah amat tepat dan penting. Kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan kepada penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran, pengurusan pengajaran iaitu ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi serta dalam aplikasi pembelajaran iaitu sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Melalui integrasi ICT, beberapa perubahan berlaku dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusat pelajar. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar ini membenarkan pelajar mengambil peranan yang lebih proaktif, bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan bahan-bahan pembelajaran pelbagai serta melalui pengalaman belajar dan kemahiran menilai yang boleh dimanfaatkan sepanjang hayat mereka. Cara ini akan menjadikan pelajar lebih fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya “Business @ 12
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
The Speed of Thought” menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan “hands on” dan menggunakan sepenuhnya segala persoalan yang ada dalam diri pelajar. Teknologi maklumat dan komunikasi sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban manusia pada zaman ini. Menurut Hokanson dan Hooper (2004) penggunaan ICT secara efektif mengikut keperluan teknologi yang semakin bertambah dan juga melihat cara guru menggunakan teknologi sangat dituntut dalam dunia pendidikan. Di negara ini, tiga dasar penting yang menjadi panduan yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan ICT secara komprehensif di semua sekolah awam. Dasar ini ialah memberi tumpuan kepada penguasaan ICT dalam murid, penggunaan ICT sebagai kurikulum dan pengupayaan pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan ICT. Selaras dengan dasar tesebut, guru-guru dan murid disediakan secara berperingkat dengan pelbagai teknologi termasuklah infrastuktur, perkakasan dan perisian serta kursus dan latihan ICT. Proses ini dapat melengkapkan matlamat dasar ini iaitu membudayakan penggunaan ICT dalam amalan pengajaran dan pembelajaran seterusnya menghasilkan masyarakat berkompetensi teknologi yang semakin pesat era ini. Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokkan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Rusmini Ku Ahmad (2004) menyatakan ICT boleh diimplementasikan sebagai tutor dan alat demonstrasi dalam pengajaran manakala ICT dalam pembelajaran dianggap sebagai tutorial, penerokaan dan komunikasi dalam bidang masing-masing. Melalui ICT juga beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku antaranya perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid. ICT juga dapat merangsang minda kreatif murid dan membenarkan penuntut melakukan eksperimen dan mencari pelbagai maklumat berguna dalam usaha mereka menerokai perkara dipelajari dalam bilik darjah dan secara tidak langsung dapat menyemai minat tinggi dalam bidang teknologi (Hizral Tazzif Hisham, 2004) TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan aplikasi dan pengintegrasian ICT guru Bahasa Melayu sekolah rendah. . Ia dapat menerangkan sama ada tahap kemahiran guru Bahasa Melayu adalah sederhana mahir, mahir ataupun sangat mahir sebelum ia dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan aplikasi ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu merangkumi: a) Pengoperasian komputer; b) Pemprosesan perkataan; c) Hamparan elektronik; d) Persembahan elektronik; dan e) Internet. 2. Menentukan tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). 3. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kemahiran penggunaan aplikasi ICT mengikut jantina dan umur. KAEDAH KAJIAN Kajian tinjauan dijalankan bertujuan mengenalpasti beberapa konstruk seperti sikap, kebolehpercayaan, nilai tingkahlaku, keinginan, pendapat, demografi. Tujuan kajian ini adalah 13
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai tahap kemahiran penggunaan aplikasi dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Populasi kajian ini terdiri daripada 253 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu sekolah rendah manakala saiz sampel melibatkan 152 guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam daerah Kuala Langat, Selangor berdasarkan kaedah Krejcie, R.V dan Morgan, D.W (1970). Kajian yang dijalankan merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik yang diubahsuai daripada kajian Rosnaini Mahmud, Mohd Arif dan Jalalludin Ibrahim (2011). Ia adalah sebagai alat kajian utama untuk mengumpulkan maklumat mengenai tahap kemahiran dan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat latar belakang responden), Bahagian B (Tahap kemahiran ICT) dan Bahagian C (Tahap pengintegrasian ICT). Bahagian A terdiri daripada enam item yang meliputi aspek jantina, umur, pengalaman mengajar, ikhtisas, kehadiran kursus ICT dan status. Bahagian B terdiri daripada 25 item yang mengukur tahap kemahiran asas ICT guru berdasarkan lima jenis aplikasi iaitu pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik (Power Point), hamparan elektronik (Excel), dan Internet. Bahagian C terdiri daripada tujuh item yang mengukur penggunaan aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengukur tahap kemahiran penggunaan aplikasi ICT guru, skala Likert empat mata digunakan iaitu: 1= tidak mahir (tidak dapat menggunakan aplikasi), 2= kurang mahir (dapat menggunakan aplikasi dengan bantuan orang lain), 3= mahir (dapat menggunakan aplikasi dengan baik) dan 4= sangat mahir (dapat mengajar orang lain menggunakan aplikasi). Data yang dikumpul dianalisis secara diskriptif dengan melihat min dan peratus serta analisis inferens iaitu ujian-t. HASIL KAJIAN Seramai 152 orang guru telah menghantar semula borang soal selidik yang telah dilengkapkan. Daripada jumlah tersebut, seramai 95 responden terdiri daripada perempuan yang mewakili 62.5%, manakala selebihnya iaitu 57 responden lagi terdiri daripada kalangan lelaki (37.5%). Seramai 54 orang responden iaitu (35.5%) diwakili oleh responden dalam kalangan umur kurang dari 25 tahun yang menunjukkan ramai guru yang agak muda dalam perkhidmatan pendidikan. Seramai 57 responden iaitu (37.5%) diwakili responden yang berumur 26 hingga 35 tahun. Responden yang berumur 36 sehingga 45 tahun pula adalah sebanyak 31 orang iaitu (20.4%). Responden yang berumur lebih dari 46 tahun pula adalah jumlah yang paling sedikit iaitu 10 orang sahaja iaitu (6.6%). Pengalaman mengajar responden yang paling tinggi ialah 1 hingga 5 tahun mangajar iaitu seramai 66 orang responden iaitu (43.4%). Guru yang telah mengajar sekitar 6 hingga 10 tahun pula ialah sebanyak 33 orang responden iaitu (21.7%). Pengalaman mengajar sekitar 16 hingga 20 tahun pula adalah sebanyak 20 orang responden iaitu (13.2%). Hal ini ditunjukkan berdasarkan Rajah 1 di bawah.
Rajah 1: Pengalaman Menjadi Guru
14
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dapatan kajian kelulusan ikhtisas menunjukkan seramai 24 orang dari lulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) iaitu sebanyak (15.8%) seperti dalam Rajah 2. Kebanyakan responden daripada Sarjana Muda Pendidikan iaitu sebanyak 54 orang iaitu mewakili (35.5%). Responden daripada Sijil Perguruan pula sebanyak 26 orang responden iaitu (17.1%).seramai 31 orang responden berkelulusan Diploma Perguruan iaitu mewakili (20.4%) dan hanya 17 orang responden dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) iaitu sebanyak (11.2 %) sahaja. Hal ini ditunjukkan berdasarkan Rajah 2 di bawah.
Rajah 2: Kelulusan Ikhtisas Responden
Manakala Rajah 3 pula menunjukkan bahawa kebanyakan responden pernah ke kursus ICT iaitu sebanyak 121 orang responden pernah pergi ke kursus iaitu sebanyak (79.6%). Manakala seramai 31 orang responden belum pernah pergi ke kursus ICT iaitu sebanyak (20.4%) sahaja.
Rajah 3: Kehadiran Kursus ICT
Tahap kemahiran penggunaan aplikasi asas ICT Tahap kemahiran asas ICT diukur berdasarkan lima kategori aplikasi ICT. Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan guru sangat mahir (m=3.17, sp=.70) dalam mengendalikan pengoperasian asas komputer seperti menggunakan perkakasan, mengurus fail, mencetak dokumen serta mengimbas (scan) virus. Bagi aplikasi pemprosesan perkataan didapati guru 15
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
berada pada tahap tinggi (sangat mahir) menggunakan perisian Word (m=3.43, sp=.64). Mereka boleh menggunakan perisian tersebut termasuk mengedit teks, mengimport grafik dan jadual. Guru juga didapati mahir (m=2.96, sp=.88) menggunakan aplikasi hamparan elektronik seperti memasuk dan mengedit data, membina jadual, mengguna formula serta menganalisis data. Selain itu, guru didapati mahir menggunakan perisian PowerPoint (m=2.97, sp=.78) di mana mereka boleh menghasilkan slaid serta memasukkan elemen multimedia (audio, grafik, animasi, teks & video) dan hyperlink. Bagi aplikasi Internet, guru didapati sangat mahir (m=3.25, sp=.72) menggunakan emel, melayari laman web, muat naik dan turun bahan serta berkomunikasi secara segerak (synchronized). Jadual 1 Tahap Kemahiran Asas ICT Kemahiran Asas ICT
Min
Sisihan
Tahap Kemahiran
Pengoperasian computer
3.19
0.7
(Tinggi) Sangat mahir
Pemprosesan perkataan
3.43
0.64
(Tinggi) Sangat mahir
Hamparan elektronik
2.96
0.88
(Sederhana) Mahir
Persembahan elektronik
2.97
0.78
(Sederhana) Mahir
Internet
3.25
0.72
(Tinggi) Sangat mahir
Keseluruhan
3.16
0.74
(Tinggi) Sangat mahir
Tahap Pengintegrasian ICT Dalam konteks kajian ini, pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Berdasarkan kepada Jadual 2, seramai 4 orang sahaja yang yang tidak pernah menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menyediakan surat, kertas ujian, nota dan latihan iaitu 2.6%. Seramai 21 orang guru iaitu sebanyak 13.8% guru jarang-jarang menyediakan surat, kertas ujian, nota dan latihan. Manakala seramai 68 orang iaitu 44.7% kadang-kadang menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menyediakan surat, kertas ujian, nota dan latihan. Seramai 59 orang iaitu 38.8% kerap menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menyediakan surat, kertas ujian, nota dan latihan. Bagi menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, seramai 10 orang iaitu 6.6% tidak pernah menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Seramai 34 orang iaitu 22.4% jarang-jarang menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Seramai 69 orang sebanyak 45.5% kadang-kadang sahaja menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan 41 orang iaitu 27% sahaja kerap menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi item menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, seramai 35 orang kerap menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak 23%. Seramai 73 responden iaitu 48% kadang-kadang menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hanya 34 orang responden iaitu 22.4% jarang-jarang menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hanya segelintir responden iaitu 10 orang iaitu 6.6% tidak pernah menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi item menggunakan CD coursewear yang disediakan oleh KPM, seramai 16 orang iaitu 10.6% tidak pernah menggunakan CD coursewear yang disediakan oleh KPM. Seramai 53 orang responden iaitu 34.9% sahaja jarang-jarang menggunakannya. Kadang-kadang sahaja responden menggunakan CD coursewear yang disediakan oleh KPM iaitu 60 responden atau 39.5%. seramai 23 orang responden atau 15.1% kerap menggunakan CD coursewear yang disediakan oleh KPM. Bagi item yang ke lima iaitu berkomunikasi dengan pelajar menggunakan emel berkaitan kerja sekolah menunjukkan jumlah guru yang tidak pernah berkomunikasi dengan 16
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pelajar menggunakan emel berkaitan kerja sekolah ialah sebanyak 24 responden iaitu hanya 15.8% sahaja. Seramai 42 orang responden iaitu sebanyak 27.6% jarang-jarang berkomunikasi dengan pelajar menggunakan emel berkaitan kerja sekolah. Kajian juga mendapati bahawa 58 responden kadang- kadang menggunakan emel berkaitan kerja sekolah iaitu sebanyak 38.2% sahaja. Sebanyak 28 orang sahaja yang kerap menggunakan emel berkaitan kerja sekolah iaitu mewakili 18.4%. Bagi item yang terakhir iaitu tentang mencari informasi di World Wide Web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, hanya 10 orang tidak pernah mencari informasi di World Wide Web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Jadual 2: Taburan kekerapan dan peratus tahap pengintegrasian ICT Bil
Pengintegrasian
1.
1
2
3
4
N
%
N
%
N
%
Menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menyediakan surat, kertas ujian, nota dan latihan
4
2.6%
21
13.8%
68
44.7%
2.
Menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
10
6.6%
32
21.1%
69
45.5%
41
27%
3.
Menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
10
6.6%
34
22.4%
73
48%
35
23%
4.
Menggunakan CD coursewear yang disediakan oleh KPM.
16
10.5%
53
34.9%
60
39.5%
23
15.1%
5.
Berkomunikasi dengan pelajar menggunakan emel berkaitan kerja sekolah.
24
15.8%
42
27.6%
58
38.2%
28
18.4%
6.
Mencari informasi di World Wide Web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
10
6.6%
32
21.1%
46
30.3%
64
42.1%
7.
Berkongsi data dengan guru lain melalui Internet.
11
24.3%
58
38.2%
45
29.6%
7.2%
37
N 59
% 38.8%
Nota: 1 (tidak pernah), 2 (jarang-jarang), 3 (kadang-kadang), 4 (kerap) Jadual 3 menerangkan tentang taburan skor min dan sisihan piawai bagi tahap pengintegrasian ICT dalam kalangan guru bahasa melayu. Analisis keseluruhan daripada jadual tersebut menunjukkan bahawa pengintegrasian ICT adalah pada tahap mahir dengan nilai skor min 2.87 dan 0.85 sisihan piawai. 17
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 3: Taburan skor min dan sisihan piawai tahap pengintegrasian ICT Bil.
Tahap pengintegrasian ICT dalam pengajara dan pembelajaran
Skor min
Sisihan Piawai (sp)
Tahap
1.
Menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan untuk menyediakan surat, kertas ujian, nota dan latihan.
3.19
0.77
Sangat mahir
2.
Menggunakan aplikasi hamparan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2.92
0.71
Mahir
3.
Saya boleh memuat turun dokumen yang diperlukan.
2.87
0.84
Mahir
4.
Menggunakan aplikasi persembahan elektronik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2.59
0.87
Mahir
5.
Berkomunikasi dengan pelajar menggunakan emel berkaitan kerja sekolah.
2.59
0.96
Mahir
6.
Mencari informasi di World Wide Web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Berkongsi data dengan guru lain melalui Internet.
3.07
0.94
Sangat mahir
2.90
0.91
Mahir
2.87
0.85
Mahir
7.
KESELURUHAN
Perbezaan Jantina terhadap Tahap Kemahiran Penggunaan Aplikasi Asas ICT Jadual 4 menunjukkan hasil ujian-t yang dilakukan untuk menunjukkan sama ada terdapatnya perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek jantina guru terhadapp kemahiran penggunaan aplikasi ICT (pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan elektronik dan internet). Merujuk kepada Jadual 4, apabila diuji dengan ujian-t, kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik dan jantina, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina guru dengan pengoperasian komputer, persembahan elektronik dan internet.
Jadual 4: Ujian-t berdasarkan aspek jantina guru terhadap tahap kemahiran penggunaan aplikasi asas ICT Pembolehubah Nilai F Sig Jantina Pengoperasian computer -0.295 0.395 0.048 Pemprosesan perkataan -1.713 0.021 Hamparan elektronik -0.220 Persembahan elektronik -0.827 0.478 Internet -0.997 0.207
Signifikan pada tahap p<0.05
18
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERBINCANGAN Tahap Kemahiran Penggunaan Aplikasi Asas Pengoperasian ICT Melalui kajian ini, didapati keseluruhan kemahiran termasuklah pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik (Power Point), hamparan elektronik (Excel), dan internet. Semua kemahiran menunjukkan nilai yang tinggi. Kemahiran bagi tahap pengoperasian komputer pada tahap sangat mahir iaitu min skor (3.19). Tahap bagi kemahiran pemprosesan perkataan (Word) juga pada menunjukkan responden sangat mahir menggunakan perisian Word. Hal ini keranakebanyakan guru banyak membuat kerja berkaitan seperti menyediakan jadual, kertas ujian, minit mesyuarat, kertas kerja dan sebagainya. Jadi, guru-guru menjadikan perisian yang kerap digunakan. Namun demikian, tahap kemahiran bagi persembahan elektronik (Power Point), hamparan elektronik (Excel) hanya pada tahap mahir, iaitu masing-masing (2.97) dan (2.96). Nilai ini menunjukkan guru-guru jarang menggunakan kedua-dua perisian tersebut. Bagi kemahiran penggunaan internet nilai skor min (3.25) menunjukkan responden pada tahap sangat mahir. Ini menyangkal dapatan kajian oleh Ashinida et al, 2004; Nor Azilah dan Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002;Abd Rahman, 2000; dan Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999 yang menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang rendah. Tahap Kemahiran Pengintegrasian ICT Bagi pengitegrasian ICT, guru-guru juga dilihat mempunyai tahap pengintegrasian ICT yang sangat tinggi. Perkara ini juga menunjukkan perkembangan yang positif terhadap penggunaan ICT oleh guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sekolah rendah di daerah Kuala Langat, Selangor. Perkara ini ditunjukkan dengan nilai skor min iaitu 2.87 iaitu pada tahap tinggi. Guru-guru masa kini peka dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran untuk meringankan beban guru disamping menarik minat murid untuk pembelajaran yang lebih aktif dan berkesan. Hasil kajian ini juga dapat menyangkal beberapa kajian yang menunjukkan guru sangat lemah dalam pengintegrasian ICT seperti kajian Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah (2010) dan Padraig & Mark (2007) yang mendapati bahawa terdapat 35% - 40% guru sekolah menengah mengakui mereka langsung tidak pernah menggunakan komputer sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Perbezaan Tahap Kemahiran Antara Jantina Rumusan tahap kemahiran antara jantina daripada kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran (asas ICT, persembahan elektronik dan internet). Manakala wujud keputusan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran (pemprosesan elektronik dan hamparan elektronik). Keputusan ini sejajar dengan kajian oleh Howard (1986), Badrul Hisham (2000) dan Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa (2006) yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap penggunaan komputer. KESIMPULAN Penggunaan ICT dalam PdP pada masa kini amatlah penting memandangkan ianya mampu meningkatkan kualiti pengajaran (Gulbahar & Given, 2008), meningkatkan daya ingatan (Abdul Wahab, Kamiliah & Hasrina, 2006), memotivasikan murid (Leask & Panchler, 2005) dan murid boleh berinteraktif secara aktif dan kreatif (Volman dan Eck, 2001). Penekanan menggunakan ICT turut dititik beratkan terutamanya oleh KPM menerusi anjakan ketujuh dalam PPPM 2013 – 2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Namun begitu, penggunaan ICT dalam PdP Bahasa Melayu masih belum digunakan secara meluas. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan perisian dan CD 19
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
coursewear yang boleh digunakan oleh guru dalam PdP serta fasiliti yang masih belum tersedia baik dalam skop kelas di sekolah, umpamanya projektor LCD dan kelajuan internet. Namun begitu, penggunaan ICT secara berkesan dalam PdP Bahasa Melayu tidak seharusnya dipinggirkan memandangkan penggunaannya mampu memberi impak positif kepada mata pelajaran Bahasa Melayu (Nor Ilyani, Ahmad Fauzi & Fadzilah, 2012), Abu Seileek & Rabab’ah, 2007) dan Yahya Othman & Dayang Rini, 2011). Dapatan kajian telah menunjukkan tahap kemahiran yang guru Bahasa Melayu sekolah rendah telah mempunyai tahap sangat mahir dalam pengoperasian asas komputer dengan nilai skor 3.19, begitu juga dengan penggunaan perisian Microsoft Word (nilai skor 3.43 serta penggunaan Internet yang efektif dengan nilai skor 3.25. Dapatan ini selari dengan kajian Irfan Naufal & Mohamad Tarmizi (2013) dan Department of Education and Training, Western Australia (2006) yang menunjukkan penggunaan yang sangat tinggi iaitu setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membuat bahan bantu mengajar untuk pelajar seperti lembaran kerja. Oleh itu, pihak sekolah terutamanya pentadbir perlu bekerjasama mencari langkah terbaik bagi mencapai penggunaan optimum Internet sebagai medium utama dalam PdP. Namun masalah yang wujud kini ialah tahap capaian Internet yang tidak konsisten terutamanya bagi mereka yang jauh dari bandar. Kelajuan capaian Internet akan menjadi faktor penting penggunaan ICT dalam PdP kelas dengan lebih efektif. RUJUKAN Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1-2): 203-225. Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 609-623. Abu Seileek, A.F. & Rabab’ah, G.A. (2007). The effect of computer-based grammar instruction on the acquisition of verb tenses in an EFL context. The JALT CALL Journal, 3 (1-2): 5980. Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Online Journal of Language Studies (GEMA). (dalam talian) http://www.fpbahasa.ukm.my/journal/20040101.html (26 Januari 2005). Badrul Hisham. (2000). Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah Menengah, Ipoh: Maktab Perguruan Ipoh. Bahagian Teknologi Pendidikan. (1999). Laporan Tahunan 1999. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Department of Education and Training, Western Australia. (2006). Teacher ICT Skills: Evaluation of the Information and Communication Technology (ICT) Knowledge and Skill Levels of Western Australian Government School Teachers. http://www.det.wa.edu. au/accountability/detcms/education/evaluation-and accountability/binary-files/evaluationreports/. Gulbahar, Y. & Guven, I. (2008). A survey on ICT usage and the perceptions of social studies teachers in Turkey. Educational Technology & Society, 11 (3): 37-51. Hizral Tazzif Hisham. (2004). ICT rangsang kreativiti pengajaran-pembelajaran. Berita Harian. 14 April. Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Levels Of Teaching: A Taxonomy For Instructional Design. Educational Technology, 44(6), 14-22. Howard, G.S. (1986). Computer Anxiety and the Use of Microcomputer in Management, Ann Arbor: UMI Research Press. 20
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Irfan Naufal Umar, Mohamad Tarmizi Mohd Yusoff. (2014). A study on Malaysian teachers’ level of ICT skills and practices, and its impact on teaching and learning. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 116, 979 – 984. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Leask, M. & Pachler, N. (2006). Learning to teach using ICT in the secondary school-a companion to school experience. Routledge: Taylor & Francis Group. Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolahsekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 59-65. Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Ismail & Norsiati Razali. (2003). Tahap kesediaan penggunaan perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 16, 372-380. Nor Azilah Ngah & Mona Masood. (2004). Penilaian berterusan mengenai kedudukan pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 17, 59-64. Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd.Ayub, & Fadzilah Ab.Rahman. (2012). Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). pp. 31-42. Padraig Wims & Mark Lawler. (2007). Investing in ICTs in educational in developing countries: An evaluation of their impact in Kenya. International Journal of Education and Development using Information and Communication Technology (IJEDICT) Vol.3, Issue 1, pp.5- 22. Robiah Sidin, Juhana Salim & Nor Sakinah Mohamed. (2003). Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan pelajar Melayu dalam arus globalisasi. Laporan Akhir Penyelidikan Arus Perdana II. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim. (2011). Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT Di Kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, No 1. Rusmini Ku Ahmad. (2004). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Retrieved 14 July 2008, from http://www.sazlie.com/component/ option,com_docman/task.doc Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari@ Ashaari & Hazura Mohamed. (2002). Kajian perbandingan kesedaran, pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan guru-guru sekolah bandar dan luar bandar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, 1, 150-158. Volman, M & Van, Eck. E. (2001). Gender equity and information technology in education. The second decade. The Review of Educational Research, 71, 613-631. Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011). Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
21
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
MENCAKNA PEMIKIRAN PELAJAR DALAM MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK MELALUI AKTIVITI BERSTRUKTUR (BUKU AKTIVITI HE) Fazilah Idris1, Rozita Ibrahim1&Najah Nadiah Amran2 1 Pusat Citra Universiti &2Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Mahasiswa berperanan dalam mengekalkan keharmonian negara yang telah dibentuk hasil penat lelah dan usaha mereka yang terdahulu. Kefahaman yang jelas tentang kesepaduan sosial menjadi fokus utama dalam membentuk mahasiswa yang berjati diri kebangsaan. Oleh itu, kursus Hubungan Etnik (HE) telah diperkenalkan di peringkat universiti untuk memupuk, menyubur serta memantapkan kesedaran sosial dan semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar. Antara cabaran utama proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kursus HEpada masa kini adalah untuk memilih pendekatan yang paling efektif dan inovatif bagi memenuhi keperluan objektif kursus dengan latar belakang pelajar dari kelompok Generasi Y dan Generasi Z. Kertas ini membincangkan mengenai salah satu kaedah P&P iaitu penggunaan Buku Aktiviti Modul Hubungan Etnik (BAMHE). Perbincangan kertas ini ditumpukan kepada peranan buku aktiviti dalam proses P&P yang terancang, pengisian BAMHE serta respon para pelajar dan tenaga pengajar yang menggunakan BAMHE. Akhirnya, beberapa kesimpulan dan rancangan penambahbaikan untuk BAMHE turut dikemukakan. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, para pengajar haruslah merancang aktiviti dengan lebih sistematik dan menggunapakai isu terkini di dalam mengupas topik-topik yang diliputi di dalam kursus HE. Kata kunci:
aktiviti berstruktur, hubungan etnik, pengajaran dan pembelajaran.
PENGENALAN Dunia pendidikan hari ini semakin mencabar.Selain dari aspek budaya kreatif dan inovatif yang ingin dipupuk dalam kalangan pelajar, tuntutan objektif kursus secara khusus dan jangkaan keberhasilan graduan yang berkompeten dan menguasai bidang pengajian masingmasing juga turut ditekankan. Antara cabaran utama proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) hari ini adalah untuk memilih pendekatan yang paling efektif dan inovatif bagi memenuhi keperluan objektif kursus dengan latar belakang pelajar dari kelompok Generasi Y dan Generasi Z. Kertas ini akan membincangkan mengenai salah satu kaedah P&P bagi kursus Hubungan Etnik (HE).Kursus HE adalah kursus wajib bagi semua pelajar universiti awam tanpa mengira fakulti dan bidang pengkhususan. Kursus HE bertujuan untuk membina pelajar yang mempunyai jati diri kebangsaan serta memahami sejarah dan komposisi kepelbagaian etnik di negara ini. Lebih penting lagi, kursus ini berhasrat untuk menerapkan perspektif kesepaduan sosial dalam memahami situasi hubungan etnik di Malaysia. Sebagai kursus wajib, bilangan pelajar bagi kursus HE bagi setiap semester adalah tinggi. Misalnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, sekitar 2000 orang pelajar mengambil kursus HE pada setiap semester di bawah pengendalian lebih kurang 20 orang tenaga pengajar. Jumlah pelajar yang ramai dan pelbagai bidang pengkhususanmemberikan satu bentuk cabaran baru kepada proses P&P kursus HE. Tambahan lagi, keperluan dan kehendak pelajar Generasi Y dan Generasi Z adalah berbeza daripada generasi terdahulu kerana mereka lebih terdedah dengan teknologi ICT dan lambakan maklumat secara atas talian. Selain itu, gaya pembelajaran berbeza antara pelajar turut menuntut perhatian dalam merangka strategi P&P yang bermakna dan efektif. 22
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Oleh yang demikian, penyediaan bahan-bahan P&P dalam pelbagai bentuk merupakan agenda penting dalam pemantapan kursus HE. Pada masa kini, P&P kursus HE menggunakan modul standard (Shamsul Amri Baharuddin, 2012. Modul Hubungan Etnik -Edisi Kedua. UKM Bangi: Institut Kajian Etnik) serta Buku Aktiviti Modul Hubungan Etnik (BAMHE) dan pembelajaran online secaraMassive Open Online Course (MOOC) di platformopenlearning. com. Perbincangan kertas ini akan ditumpukan kepada salah satu kaedah P&P iaitu penggunaan Buku Aktiviti Modul Hubungan Etnik (BAMHE). Fokus perbincangan termasuklah peranan buku aktiviti dalam proses P&P yang terancang, pengisian BAMHE serta respon para pelajar dan tenaga pengajar yang menggunakan BAMHE. Akhirnya, beberapa kesimpulan dan rancangan penambahbaikan untuk BAMHE turut dikemukakan. Penggunaan Buku Aktiviti Untuk P&P Yang Terancang Penggunaan buku kerja ataupun material tambahan untuk aktiviti dalam kelas/kuliah merupakan sebahagian perancangan pengajaran. Merancang pengajaran sangat penting kerana ia menentukan sama ada objektif kursus berjaya dicapai ataupun tidak. Ini kerana, tanpa modul/aktiviti yang terancang, persembahan pengajar dalam memastikan proses P&P selesai dengan sempurna dan efektif mudah diragui (Shrawder & Warner, 2009). Perancangan modul/aktiviti yang baik akan membantu pengajar mengendalikan aktiviti pembelajaran yang dirangka, berobjektif, efektif lagi berimpak (Shrawder & Warner 2009). Meskipun ada pengajar yang boleh mengendalikan kelas/kuliah tanpa perancangan teliti, kesan jangka panjang terhadap pelajar adalah tidak baik kerana boleh merendahkan motivasi, minat dan penglibatan aktif di kelas. Pelajar akan mudah hilang minat dan motivasi untuk mengambil bahagian dalam aktiviti P&Papabila mendapati pengajar tidak menunjukkan kesungguhan dalam merekabentuk pembelajaran bermakna untuk mereka (Shrawder & Warner 2009). Biggs (1989) menjelaskan empat komponen penting yang diperlukan bagi memastikan pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman bermakna semasa belajar.Empat komponen tersebut adalah; pertama, motivasi dalaman iaitu pelajar dapat mengaitkan objektif mereka belajar dan kerelevanan mereka belajar subjek tertentu. Dengan kata lain, mereka dapat menghubungkan objektif kursus ataupun subjek dengan pengalaman dan keperluan mereka seharian. Kedua, aktiviti pelajar.Komponen ini sangat penting kerana pembelajaran mestilah aktif melalui tugasan ataupun aktiviti samada aktiviti yang diselesaikan secara individu ataupun berpasukan. Menurut Biggs (1989),‘deep learning is associated with doing rather than passively receiving’. Pembelajaran bermakna sangat berkait rapat dengan aktiviti atau melaksanakan tugasan secara aktif dan bukannya dengan hanya mendengar atau menerima ilmu semata-mata. Komponen ketiga adalah interaksi dengan orang lain semasa belajar contohnya pelajar berbincang dengan rakan mereka dengan menjelaskan pandangan. Ini akan melatih dan meningkatkan lagi kebolehan berfikir. Komponen terakhir adalah pengetahuan yang disusun dengan perancangan yang rapi. Camosun (t.t.) menegaskan bahawa rekabentuk sesuatu aktiviti pembelajaran mestilah mengambil kira dua faktor penting iaitu (1) kaitan di antara aktiviti pembelajaran dan hasil pembelajaran yang ditetapkan, dan (2) menggalakkan penglibatan dan minat pelajar. Tambahan dari itu, Biggs dan Tangs (2007) menjelaskan bahawa, secara umumnya kaedah pembelajaran melibatkan aktiviti terbahagi kepada dua iaitu kaedah biasa (surface approach) semata-mata melibatkan aktiviti menghafal sehingga faham dan kaedah mendalam (deep approach) iaitu pelajar mencapai dan mendalami objektif pembelajaran sehingga mendorong mereka untuk membuat refleksi, hipotesis, mengaplikasikan teori ke realiti dan begitulah seterusnya. Biggs berpendirian bahawa kaedah pembelajaran seumpama dua ini bukan termasuk dalam tret personaliti pelajar.Kaedah ini boleh diterapkan dan didapati melalui didikan bergantung kepada usaha dan suasana yang direka bentuk oleh pengajar mereka. Selain itu, faktor gaya pembelajaran pelajar juga merupakan elemen penting yang perlu diambil kira dalam merancang dan membangunkan bahan P&P. Menurut Kolb (1981), terdapat empat gaya pembelajaran iaitu (1) diverging – feeling and watching, (2) assimilating 23
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
– watching and thinking, (3) converging – doing and thinking, dan (4) accomodating – doing and feeling. Kajian-kajian lepas seperti yang dinyatakan di atas merupakan panduan penting dalam pembangunan BAMHE supaya ianya dapat digunakan untuk membantu pengajar mewujudkan suasana pembelajaran bermakna bagi pelajar-pelajar mereka. BAMHE adalah bahan tambahan yang penting untuk membantu memantapkan kefahaman kognitif para pelajar serta menjadi alat bantu mengajar bagi pengajar. Bahan-bahan yang disediakan di dalam BAMHE boleh digunakan pengajar dalam kelas ataupun sebagai bahan kerja rumah serta pembelajaran kendiri untuk para pelajar. Pengisian Buku Aktiviti Modul Hubungan Etnik (BAMHE) BAMHE disediakan dan disusun berdasarkan kandungan Modul Hubungan Etnik(2012) dan ini meliputi sembilan bab yang merangkumi keperluan hasil pembelajaran kursus HE. BAMHE berperanan sebagai sumber sokongan untuk pengajar bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang interaktif. Terdapat soalansoalan yang spesifik bagi setiap bahagian dan dengan menjawab soalan tersebut membantu pelajar memahami konsep-konsep penting serta persoalan dan isu berkaitan Hubungan Etnik di Malaysia. Buku Kerja ini akan melorongkan pelajar menjawab dan menyelesaikan aktiviti terarah sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Aktiviti-aktiviti bagi setiap satu tajuk dalam Buku Kerja Hubungan Etnik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu (1) Terjah Minda; (2) Eksplorasi dan Uji Minda; dan (3) Terokai Minda. Bahagian pertama, Terjah Minda mengandungi pelbagai aktiviti yang membolehkan pelajar menilai kefahaman dan pengetahuan sedia ada mereka terhadap tajuk-tajuk dalam Modul Hubungan Etnik.Antara aktiviti bahagian ini termasuklah menonton video, membaca teks, melakukan diskusi terpandu dan lain-lain lagi.Setiap aktiviti ini disertakan dengan soalan-soalan atau arahan-arahan untuk pelajar selesaikan secara individu ataupun berkumpulan sebelum atau semasa di dalam kelas.Bahagian kedua iaitu Eksplorasi dan Uji Minda membantu pelajar dari aspek kognitif dengan memahami konsep-konsep dalam modul HE dan menghubungkannya dengan situasi yang berkaitan.Pelajar dilatih untuk mensintesis konsep dengan maklumat ataupun pengalaman harian yang berkaitan. Dengan kata lain, pelajar mengaitkan konsep-konsep dalam kursus HE dengan pengalaman diri mereka dan orang lain. Akhir sekali, bahagian ketiga iaitu Terokai Minda membantu mengasah pelajar untuk berfikir secara kritikal dan berhujah dengan penuh melalui aktivitiaktiviti seperti perbahasan, mesyuarat, forum dan lain-lain lagi.Pelajar terdedah dengan aspek-aspek yang lebih luas tentang soalan-soalan yang diberikan seperti aspek sosial, politik, ekonomi, fakta dan data empirikal.Aktiviti ini menjadikan pembelajaran lebih berpusatkan pelajar kerana mereka melakukan aktiviti untuk memahami sesuatu topik bukan bergantung sepenuhnya kepada pengajar ataupun mendengar syarahan pengajar semata-mata.
24
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Contoh 1: Aktiviti Terjah Minda
Contoh 2: Aktiviti Eksplorasi dan Uji Minda
25
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Contoh 3: Aktiviti Terokai Minda Maklum Balas Pelajar Dan Pengajar Hasil dari temubual kumpulan fokus bersama para pelajar yang menggunakan BAMHE, beberapa maklumbalas penting didapati. Rata-rata pelajar merasakan pembelajaran mereka lebih menarik dengan adanya aktiviti-aktiviti dari BAMHE. Mereka dapat mengaitkan perbincangan tentang teori dan konsep dari Modul HE dengan realiti sebenar melalui aktiviti-aktiviti yang dipilih oleh pensyarah dari BAMHE. Selain itu, tarikan utama BAMHE terletak pada gaya persembahan yang banyak menggunakan gambar, rajah dan infografik berbanding teks atau tulisan semata-mata. Hal ini menjadi pelengkap kepada Modul HE yang berorientasikan buku akademik dengan persembahan yang penuh dengan perkataan. Pelajar-pelajar juga mencadangkan supaya lebih banyak lagi gambar-gambar disediakan di dalam BAMHE selain menyediakan bahan-bahan video dalam bentuk CD atau DVD supaya mereka tidak perlu mencapainya melalui internet. Bagi pihak pengajar pula, BAMHE banyak membantu di dalam memberikan idea untuk aktiviti di kelas. Selain itu, bahan-bahan dari BAMHE boleh digunakan untuk pengajaran secara teradun dan flipped learning di mana pelajar diberikan latihan lebih dahulu melalui platform online dan perbincangan dilakukan di kelas bagi memantapkan kefahaman. Selain itu, pengajar juga memberikan cadangan supaya bahan-bahan yang dipersembahkan di dalam BAMHE dimantapkan lagi supaya dapat memupuk perbincangan yang lebih mendalam serta membina kemahiran berfikir aras tinggi. Latihan yang diberikan selain dari mengukuhkan aspek kognitif, perlu juga mengambil kira aspek afektif yang melibatkan penghayatan nilai dan pembinaan sikap yang positif dan melambangkan jati diri kebangsaan. KESIMPULAN Kursus HE sebagai kursus wajib universiti yang membawa agenda penting dalam membina jatidiri kebangsaan haruslah dipandang serius oleh semua pihak yang terlibat terutama para pengajar. Bagi memastikan agenda dan hasil pembelajaran kursus tercapai, P&P yang terancang dan relevan dengan kehendak dan keperluan para pelajar sangatlah penting untuk dititikberatkan. Kertas ini membincangkan satu daripada bahan P&P kursus HE iaitu BAMHE. Penggunaan BAMHE memberikan impak positif ke arah pemantapan P&P HE menurut pandangan pelajar dan pengajar. Demi meneruskan impak positif ini, penambahbaikan berterusan bagi BAMHE mestilah dilakukan dari masa ke semasa.
26
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Biggs, J. & Tang, C. 2007. Teaching for Quality Learning at University (3rd Edition). Society for Research into Higher Education & Open Learning Press: McGraw Hill. Centre for Excellence in Teaching & Learning (CAMOSUN). n.d. Designing Learning Activities. http://web.camosun.ca/cetl/content/designing-learning-activities. Kolb, D.A. 1981. Learning styles and disciplinary differences, in The Modern American College: Responding to the New Realities of Diverse Students and a Chaning Society. California & London: Jossey-Bass Inc. Publishers. Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor). 2012. Modul Hubungan Etnik (Edisi Kedua). Bangi: Institut Kajian Etnik, UKM. Shrawder, J.H.& Warner, D. 2009. Planning A Successful Module. Pentronics Publishing. https://www.marin.edu/WORD-PPT/TFS_HowtoPlanLearningModule.pdf. Retrieved 10 March 2016.
27
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
THE USE OF COMICS IN READING COMPREHENSION AND IN THE DISSEMINATION OF NATIONHOOD AND PATRIOTISM AMONG THE YOUNG GENERATION Ajurun Begum Ahamed, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3Intan Suria Hamzah, 4 Mohd Azmir Mohd Nizah, 5Afi Roshezry Abu Bakar 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor, 3 Universiti Kebangsaan Malaysia, 4Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, Jabatan Kewartawanan, 5Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman 1
Abstract Instilling the knowledge and value of nationhood has been conducted most of the time using linear form of writing in the National Language. The National Language is utilized because it is a language to be mastered by all the citizens of Malaysia. However there should be a diversity in the types of materials in dispersing nationhood and patriotism among the young generation. Nationhood and patriotism values should also be imparted through materials such as the comics. Materials regarding nationhood of Malaysia are also present in abundance in English. Hence the second language should also be used to inculcate nationhood and patriotism. It would contribute greater to the knowledge in history of Malaysia. The incapability in comprehending the materials read on nationhood and patriotism would hinder the students from obtaining knowledge and values of nationhood. The study focused on enhancing reading comprehension among the secondary school students in the notion of enabling them to read and understand nationhood reading materials regardless of types of text and language used. Keywords:
comics, reading comprehension, nationhood
BACKGROUND OF THE STUDY The fundamental element of nation building and its progress is the young generations’ self-development. Patriotism is a prime and dominant element which is significant in the construction and development of the young generations’ identity specifically the adolescents in the schools. Nevertheless, the reality of the fortitude in patriotism is still debatable. Although the government has made the nationhood based subject a compulsory subject to instill patriotism and nation hood values, the interest and attentiveness towards this subject is deteriorating. The impact is evident through a study conducted among the university students which revealed that majority of the students perceive that the current education system has failed to impart the understanding of the social contract (Nazri Muslim 2014) which is the fundamental constituent in the formation of this nation. This scenario should have instigated the concern of the society since education is presumed to be a dominant instigator to patriotism (Pronina 2012). Hence, this paper, focuses on the transformation of reading materials used in imparting nationhood and patriotism among the young generation utilizing not only Bahasa Malaysia but the second language too which is English. The reason being, to enable the students to extract knowledge and information present in abundance in English reading materials.. This two-pronged strategy which is to enhance reading comprehension of English materials using the comics in order to enable the students to read English comics on nationhood, would add fortune to the national education policy. 28
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
English has been widely accepted as the language for progress of a nation, especially in the field of science and technology, in the spread and acquisition of knowledge itself and in the boost of economy of a nation apart from being one of the languages spoken widely in the world. It was perceived as having great influence in the world through the “relentless hold the language has in the running of the world today” (Doshi, 2012). However the issue regarding language specifically the national language still persisted being an issue of contention with non-Malay elites predominantly favouring English or English and Malay Language to be the National Language and the Malay nationalist of UMNO favouring Malay Language only(Graham.B, 2005). Therefore the aims of the government are to elevate the English language to be the “international communication” and the Bahasa Malaysia as the official language of the country internally. (Baskaran, 2005). However, English is still perceived as an important language and as the second most important language after the National Language. The importance of being proficient in English to acquire knowledge in the field of Science and Technology (Bernadette Foo & Cynthia Richards, 2004) could not be revoked too. Henceforth, English language has been accepted as the second language in Malaysia and undoubtedly been given a lot of emphasize. The teaching of English Language and the materials used in the classroom by the teachers, has transformed parallel to the latest method of teaching which is the communicative method. The advent in the technology has contributed to the transformation of teaching aids utilizing the latest technology such as the internet, website, software and others pertaining to the digital world. The aim of this transformation is to enhance the mastery of the language including comprehension of the gist of the lesson taught in the English classroom. One of the important element in learning any language including English is the comprehension of text or materials used. The materials or the reading instruction specifically , should enhance students’ comprehension, and suitable for the students due to the fact that the content of the reading instruction, its quality and its difficulty would contribute to the meaning making process (Pardo, 2004) which contributes to understanding of any reading materials read. Issues in Comprehending Reading Materials It is a fact that the learners in school especially, fail to master English language even though they have learned the language throughout their schooling years. It was found that the ‘main problem’ (Maryam Sabbah, 2013) of year 5 students who participated in a research administered in the northern part of Malaysia is comprehending the English text read, apart from other problems such as lack of vocabulary and grammar knowledge. Lack of vocabulary will hinder comprehension because the reader would not be able to understand the text itself. This leads to students not ‘understanding the overall meaning of a text’. (Maryam Sabbah, 2013). This includes reading of nationhood materials which normally convey hefty issues of nation and nation building values. Without understanding what is being read, reading becomes meaningless. Similarly, the problem exist among tertiary level students in Malaysia who also face problems such as unable to comprehend long sentences or sentences containing difficult words in English. (Ahmad Mazli Muhammad, 2007; Nambiar, 2007; Zaira Abu Hassan, 2008; Normazidah Che Musa, Koo Yiew Lee & Hazita Azman, 2012). Rigorous steps need to be taken to overcome the problem of comprehending what is read especially in the secondary level in order to eliminate the problem in the future. At present, with the internet, we have students or teenagers who are ‘digital natives (Prensky,2001 in Yuan 2011). They grew in the era of cell phones, digital camera, digital technologies and fast spreading technology of information spreading platform. They spend most of their time in front of the internet. Teachers should take advantage of this scenario to provide materials that would attract students to read and the focus should be on enhancing language learners’ 29
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
comprehension. Types of materials used in the classroom has a great impact as stressed by Fletcher(2006) that the quality of comprehension is determined by the material given to be read while Pearson and Hamm (2005) in Fletcher(2006) indicated that format of reading materials have influence in reading comprehension of a text. It was found in the west especially the United States that comics is effective in enhancing students comprehension in the English Language and is utilized widely by the educators there regardless of the levels of their students. Lehman and Witty’s large scaled study as early as 1927 revealed that students aged 8-15 years old of both gender were interested in reading comics. (Maryam Sabbah, 2013). Thus it is only proper for teachers to utilize this interest in comics to enhance students understanding in reading a text especially in English as a second language since input that is understood will increase the mastery of a language. However teachers in Malaysia rarely use comics in the classroom since there is a perception that comics are just used to create fun and humor for leisure. It is not regarded as a teaching material that can be improvised to be used in the classrooms of English Language. Based on these factors, the researcher utilized the comics as materials in the English reading comprehension classroom. Through the methods suggested, the researcher anticipate that students’ interest could be engaged and their comprehension of what is read would be enhanced since adolescents spend most of their time in front of the internet even to read. This fact was accentuated by Serafini (2011) that at present adolescents interact very highly with texts containing elaborated visual images apart from websites, expository texts, picture books and graphic novels. Comics is categorized as a multimedia material. The term ‘multimedia’ invokes variety of definitions. However, Mayer (2009), defines multimedia as presentation of materials utilizing both words(such as spoken text or printed text) and pictures (such as illustrations, photos, animation, or video). The comics utilized in this study consist of picture and words displayed on screen of the computer. Being able to create mental image of what is read or visualize, enhances comprehension (Pressley,2002) as cited by Dymock and Nicholson (2010). Hence diagram or visuals help students to visualize the text in their minds when reading (Dorn and Soffos, 2005). Furthermore, pictures and words which are also present in the comics utilized, contain unique and individual attributes as methods of delivering information since pictures are representations of things which are concrete (Paige Free, 2004). Words and images aid maximization of meaning and therefore using teaching materials that include pictures can assist meaning making Gambrell and Jawitz (1993) as cited in Paige Free (2004). Therefore, the use of pictures and words in the form of comics would enhance students’ comprehension of the reading materials read including materials or comics in nationhood. Issues Regarding Nationhood The next focus is the issues on nationhood subjects. The prime aim of the nationhood education is to inculcate the sense of loyalty and love for the nation. Malaysia has implemented the teaching of several subjects at the higher level of education such as Malaysian Studies and Ethnic Relations and History as a subject in the secondary and lower level to educate students with national values, patriotism and belongingness to the country. However, past empirical evidence show that many students lack interest to learn such subject. Four main factors have been identified. The factors include the suitability and interest in syllabus, types of enjoyable activities and interest in teaching aids (Awang et al., 2013). Therefore, it is apparent that teaching aids or the reading materials regarding this subject would influence the interest of the students to learn the subject and absorb the nationhood values. Malaysia is one of the nation that contains deep vertical cleavages due to differences in race, religion, culture, language and in order to integrate these diverse groups to build and sustain unity is still a continuous effort (Saad & Jacob, 2012). The young generations’ 30
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
knowledge and passion towards the country is vital to ensure the sustainability of peace and prosperous of the country which could only be achieved through the instilling of nationhood values among the Young Generation. LITERATURE REVIEW Multimedia and comprehension A number of concurrent studies have been administered to investigate the effects of multimedia on comprehension. Studies were conducted to investigate the use of pictures to foster comprehension and answering of comprehension questions of expository texts as explained by Baggett and Graesser (1995) and Larkin and Simon (1987) as cited in Otero et al.(2002). Studies also supported the notion that the use of multimedia such as the graphic novels which are also comics, in secondary classrooms improved readers’ comprehension skills such as making inference (Brenna, 2013). Relatively, in a previous study conducted by Plass, Chun, Mayer, and Leutner (1998) students understood the story better when they looked up both visual and verbal annotations compared to those who only referred to visual or verbal explanations. Similarly, Yoshii and Flaitz (2002) found that learners using a combination of text and pictures performed significantly better compared to groups using pictorial annotations or only text annotations. Both the studies were cited in Abraham (2007). The use of sound, pictures, video and animated pictures have shown that they facilitate second language reading comprehension (Chun and Plass, 2005). Research conducted by Whiting and Granoff (2010) to examine the effects of multimedia input on the comprehension of a short story concluded that aural and visual components assist in comprehension.Formerly, Son (2003) as cited in Alkhasawneh, Rahman, Ayub, and Daud (2012), investigated the effect of multimedia and non-multimedia text on comprehension of a text and the result showed that multimedia text contributed to higher comprehension. In a more recent research by Kuo, Yang and Kuo (2010) as cited in Alkhasawneh et al. (2012) who investigated the effect of multimedia on elementary students’ reading comprehension, concluded that students’ reading comprehension is enhanced by multimedia integrated text. This is due to the combination of textual and visual images which assisted students to achieve better comprehension through greater understanding of keywords in the reading material (Sabbah, Masood, & Iranmanesh, 2013). Comics In Education Comics evoke meanings and exist in a unique medium since it is viable. It allows innovations on presentation of dry materials in variety fields and is also categorized as a form of art (AlTabaa, 2014). Comics is also defined as comprising of a distinctive art form and do not belong to the print form (R. T. Cook and Meskin, 2015).Comics are referred to as a sequential art Eisner (1995) while ScottMc Cloud (1994) refers to comics as “juxtaposed pictorial and other images in deliberate sequence, intended to convey information and/or produce an aesthetic response in the viewer.as as cited in Vassilikopoulou et al. (2011). The fame of comics can be traced back to year 1930s. Sones (1944) reports that between 1935 and 1944, more than a hundred critical articles were published in educational and nonprofessional publications (Hammond ,2009) as cited by Sabbah et al. (2013). The 1930s and 1940s were seen as the “Golden Age” for the comics book publication and their use as educational material (Rifas,1988) as cited by Kneller (2009). It was reported that in 1943 six thousand schools were utilizing comics in the classroom as supplementary texts and Sones (1944) stated that over 100 articles were published in academic journals between 1935-1944 (Kneller, 2009). For the past ten years, it has been observed that comics books in the form of digital or digital comics has earned high demands and the their use have increased tremendously.(Lombard-Cook, 2015). Apart from that, the comics industry flourished through as valuable teaching tools to illustrate potential new pedagogical avenues for the history classroom (Decker & Castro, 2012). 31
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
The comics later delved into more important topics such as stories on war, economic and crime and ventured into the readers mind transporting them into visual and textual settings of the text and became the entrée of the adolescents into the adults’ world (Tilley, 2013). Furthermore, the rise of formal comics studies in visual arts- related and literary fields resulted in increase of comics use in the post-secondary classrooms due to their interdisciplinary nature of merging of text and images which also enhances the meaning making process in the text (Al-Tabaa, 2014). This include text in nationhood and patriotism. The educational potential of comics is described as assisting students in retaining information, incorporating the content into the body of knowledge held by the students including the facts and elements of evidence and events. Illustration in the comics assist them to understand easier and clearer because comics are pictures or images and words that have been arranged in such a way so that it would be able to convey a story. It can also be perceived as an idea being dramatized Eisner (1985) as cited in Maldonado Editor and Yuan, (2011). Some large-scaled studies using comics in the traditional classroom were conducted. One study was by Hutchinson (1949) who conducted a survey among over two thousand teachers on the use of comics in the classroom. The result indicated that comics could foster reading skills among the students (Kneller, 2009). In a study conducted among 45 students chosen randomly and given comics to read and answer a quiz, the students concluded that the comics assisted them in clearly and accurately summarizing the main points found in the text read (Engler, Hoskins, & Sylvan, 2008). Besides that, the pictorial images in the comics are found to assist students in attaining meanings of expository texts (Evans, 2003) as cited in (Engler et al., 2008) and guide students in making connections of the information between the verbal and the visual representation found in the text (Engler et al., 2008). Therefore, when images and words are combined, comprehension is increased (Chute,2008) as cited in Ching and Fook (2013).Henceforth, using of comics will also help teachers to increase students’ interest by varying the strategies and techniques in teaching comprehension (Nesamalar, Saratha, & Teh, 2005). It would also assist students in reading other materials in English including materials on nationhood and patriotism. In Malaysia, comics has paved its way from the historical path initiated through the use of comics by cartoonist Lat to promote unity, diversity and uniqueness need to be preserved by all Malaysians. Lat’s cartoon books in the 1950’s and 1960’s have been translated into many languages and made him popular with fans around the world (Tju, 2009) . His comic has disseminated and spread the nationhood values and patriotism by preserving the culture and the recognition towards the national or local values in instilling love for the country.Hence, comics has contributed on the revolution of the education itself and therefore it is not impossible to utilize comics as maximum as possible in Malaysia. The components of the comics are panels, gutters, balloons and captions Saraceni (2003) as cited in Tiemensma (2009). Based on the positive effect of comics in education, it is anticipated that the comics would evoke all the positive elements in assisting students to comprehend reading materials specifically reading materials on nationhood and patriotism found in English. Comics In Nationhood Reading Materials In accordance with that, comics has also established its position as a tool possessing the ability to instill patriotism values among the students. The dynamics in comics in the form of illustration enhances the readers’ understanding of the text specifically the materials on nationhood and patriotism. Among the comics found in the Malaysian context is the comic on the history of Malaysia as illustrated here.
32
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Figure 1 Figure 1 displays the content found in the comics titled 1 Malaysia. The comics explains the events and illustrates the scenes during the Malay States including the Malacca Sultanate and the narration is continued towards the struggle during the British occupation. The comics consist of fifteen chapters. The narration contains illustrations ,dialogues and explanation of scenes as exhibited in Figure 2.
Figure 2 33
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
CONCLUSION Hence, it is proposed that the relevant authorities adopt initiatives to provide opportunities to access reading materials in the form of comics for nationhood in English too, with the prime notion of inculcating the interest towards nationhood and patriotism among young generations. In the discussed scope, the secondary students learn history as a subject and therefore, the utilization of comics as one of the materials that could be accessed in the classrooms and their homes would be an opportunity to enhance their knowledge in nationhood . Despite being a ‘light’ type of reading comics bear a vintage role in disseminating the values of nationhood, patriotism and sense of belonging in the form of illustrations which is close to the students heart. BIBLIOGRAPHY Alkhasawneh, S., Rahman, F. A., Ayub, A. F. M., & Daud, S. M. (2012). Developing multimedia text for reading comprehension based on Cognitive Theory of Multimedia Teaching. International Journal of Innovative Ideas, 12(November), 11–19. Al-Tabaa, N. (2014). TEACHING!POW!COMICS!BAM!: Pedagogical approaches to comics in post-secondary classrooms. Image Text:Interdisciplinary Comic Studies, 7(3). Awang, M. M., Ahmad, A. R., Bakar, N. A., Ghani, S. A., Yunus, A. N. M., Ibrahim, M. A. H., Rahman, M. J. A. (2013). Students’ attitudes and their academic performance in nationhood education. International Education Studies, 6(11), 21–28. http://doi.org/10.5539/ies.v6n11p21 Brenna, B. (2013). How graphic novels support reading comprehension strategy development in children. Literacy, 47(2), 88–94. http://doi.org/10.1111/j.1741-4369.2011.00655.x Ching, H. S., & Fook, F. S. (2013). Effects of multimedia-based graphic novel presentation on critical thinking among students of different learning. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 12(4), 56–66. Chun, D. M., & Plass, J. L. (2005). Research on text comprehension in multimedia environments. Language Learning and Technology, 1(1), 1–19. Cook, R. T., & Meskin, A. (2015). Comics , prints , and multiplicity. The Journal Aesthetics and Art Criticism, 73(1), 57–67. http://doi.org/doi/10.1111/jaac.12138/pdf Decker, A. C., & Castro, M. (2012). Teaching History with Comic Books: A Case Study of Violence. War, and the Graphic Novel. History Teacher, 45(2), 169–188. Retrieved from https://libdatabase.newpaltz.edu/login?url=http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct =true&db=a9h&AN=72954400&site=ehost-live Dittmer, J., & Latham, A. (2014). The Rut and the Gutter: Space and Time in Graphic Narrative. Cultural Geographies, 22(3), 1–18. http://doi.org/10.1177/1474474014536518 Dorn, L. J., & Soffos, C. (2005). Teaching for Deep Comprehension : A Reading Workshop Approach. Portland: Stenhouse Publishers. Dymock, S., & Nicholson, T. (2010). “High 5!” Strategies to Enhance Comprehension of Expository Text. The Reading Teacher, 64(3), 166–178. http://doi.org/10.1598/RT.64.3.2 Engler, S., Hoskins, C., & Sylvan, P. (2008). Computer-Produced Comics. International Jounal of Pedagogies &Learning, 4(4), 19–33. Graham.B. (2005). Making Ethnic Citizens: The Politics and Practise of Education in Malaysia. University of Oxford. Jacobs, D. (2014). Webcomics,mutimodality and information literacy. Image Text:Interdisciplinary Comic Studies, 7(3). Kneller, M. F. (2009). The use of Comics-Based Cases in Anchored Instruction. Northern Illinois University.
34
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Lombard-Cook, K. (2015). Jason Shiga’s Meanwhile and digital adaptability of non-traditional narratives in comics. Journal of Graphic Novels and Comics, 6(1), 15–30. http://doi.org/10.1080/21504857.2014.943410 Maldonado Editor, N., & Yuan, T. (2011). Technology in the Classroom:From Ponyo to ” My Garfield Story ”: Using Digital Comics as an Alternative Pathway to Literary Composition. Childhood Education, 87(4), 297–301. http://doi.org/10.1080/00094056.2011.10523197 Mayer, R. E. (2009). Multimedia Learning (Second Edi). Cambridge,U.K: Cambridge University Press. Nesamalar, C., Saratha, S., & Teh, S. C. (2005). Elt methodology: Principles and practice. Shah Alam: Oxford Fajar. Pardo, L. S. (2004). What every teacher needs to know about comprehension. The Reading Teacher, 58(3), 272–280. http://doi.org/10.1598/RT.58.3.5 Saad, S., & Jacob, R. I. (2012). Managing ethnic conflict for nation building: A comparative study between Malaysia and Nigeria. Asian Social Science, 8(7), 69–76. http://doi.org/10.5539/ass.v8n7p69 Sabbah, M., Masood, M., & Iranmanesh, M. (2013). Effects of graphic novels on reading comprehension in Malaysian year 5 students. Journal of Graphic Novels & Comics, 4(1), 146–160. http://doi.org/10.1080/21504857.2012.757246 Sean, F., Houp, T., & Taylor, L. (2004). Webcomics: The influence and continuation of the comix revolution. Image Text: Interdisciplinary Comic Studies, 1(2). Retrieved from http:// www.engl.ufl.edu/imagetext Serafini, F. (2011). Expanding perspectives for comprehending visual images in multimodal texts. Journal of Adolescent & Adult Literacy, 54(February), 342–350. http://doi.org/10.1598/JA Steirer, G. (2014). No more bags and boards: collecting culture and the digital comics marketplace. Journal of Graphic Novels & Comics, (June), 1–15. http://doi.org/10.1080/21504857.2014.913646 Tilley, C. L. (2013). “Superman Says, ‘Read!’” National Comics and Reading Promotion. Childrens Literature in Education, 44(3), 251–263. http://doi.org/10.1007/s10583-012193-0 Tju, L. C. (2009). Lest we forget:The importance of history in Singapore and Malaysia comics studies. Retrieved from http://imrc.jp/ Vassilikopoulou, M., Retalis, S. ., Nezi, M., & Boloudakis, M. (2011). Pilot use of digital educational comics in language teaching. Educational Media International, 48(2), 115– 126. http://doi.org/10.1080/09523987.2011.576522.
35
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENGESAHAN INSTRUMEN PENILAIAN INPUT IPG TERHADAP PENCAPAIAN KRITERIA STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) Alias Hussain, Sabri Ahmad Abstrak Makalah ini bertujuan untuk menentusahkan indikator-indikator yang menyumbang serta signifikan terhadap pembolehubah input program IPG (pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum dan kemudahan) dan pembolehubah SGM (SGM1, SGM2 dan SGM3) bagi menilai tahap pencapaian kriteria SGM guru pra-perkhidmatan setelah mengikuti program latihan perguruan selama 8 semester di Institut Pendidikan Guru (IPG).Borang soal selidik ( 82 item ) dengan menggunakan skala Likert 7 mata telah diedarkan kepada 123 orang guru pra-perkhidmatan di IPG Kampus Kota Bharu.Analisis faktor pengesahan (CFA) digunakan untuk mengesahkan setiap model pengukuran bagi Input IPG dan SGM.Kesimpulannya, semua pembolehubah iaitu pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan , SGM1, SGM2 dan SGM3 telah mematuhi syarat eka-dimensi, kesahan dan kebolehpercayaan.Sebanyak 48 item yang signifikan terhadap keseluruhan pembolehubah bagi penilaian Input IPG dan SGM bagi guru pra-perkhidmatan. Kata kunci : penilaian, input IPG, standard guru malaysia, analisis faktor pengesahan. Abstract This paper aims to verify indicators that contribute significantly to the input variables IPG program (lecturers teaching, pedagogy, practice, facilities) anda variable SGM (SGM1, SGM2 and SGM3) criteria for assessing the performance of pre-service teacher SGM after the program teacher training during the 8th semesterat the Institute of Teacher Education (IPG). Questionnaire (82 items) using a Likert scale of 7 points was distributed to 123 pre-service teachers in IPG Kampus Kota Bharu. Confirmatory Factor Analysis(CFA) was used to confirm measurement model for each Input IPG and SGM. Result of research that, all variables that lecturers teaching, pedagogy, practice, facilities, SGM1, SGM2 and SGM3 have complied with eka-dimensional, validity andreliability. The total of 48 items are significant tothe overall of the variables Input IPG and SGM for pre-service teachers.
PENGENALAN IPGM merupakan salah satu agensi yang terlibat secara langsung melatih guru praperkhidmatan (guru pelatih) perlu memastikan program yang dilaksanakan akan dapat mencapai kriteria standard yang telah ditetapkan oleh SGM.Pencapaian kriteria SGM ini akan dinilai terhadap pelajar tahun akhir program PISMP.Penilaian ini dapat diukur dengan menilai tahap kompetensi pelajar serta penilaian tahap pencapaian kendiri pelajar terhadap tiga kriteria SGM yang perlu dicapai. Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan berikut: a) mengenal pasti tahap kompetensi guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.b)Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institut latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.( SGM, KPM). 36
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Model Standard Guru Malaysia (SGM) adalah suatu standard yang dapat menjadi penanda aras bagi para guru dan bakal guru di Malaysia dalam melahirkan guru yang berkualiti. Pelancaran buku SGM telah dilaksanakan pada 16 Mei 2009 bersempena Hari Guru peringkat kebangsaan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberikan jawapan terhadap persoalan para guru mengenai Model Standard Guru Malaysia (SGM) ini semasa beliau merasmikan pelancaran buku SGM tersebut. Beliau berkata: “Bagi guru yang sering bertanya mengenai ‘berkualiti’, apa standard yang mereka perlu ada, maka Standard Guru Malaysia adalah petunjuknya.Walaupun pembikinan SGM berasaskan negara luar namun penanda arasnya dibangunkan dalam konteks dan budaya serta amalan nilai-nilai masyarakat negara ini.” (Utusan Malaysia, 14 Mei 2009) Model CIPP yang diperkenalkan oleh Stufflebeam (1967) diguna untuk menilai bagaimana program yang dirancang di IPG bagi guru pra-perkhidmatan dapat menepati keperluan untuk mencapai tahap kriteria SGM yang ditetapkan. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 14 Tahun 1994, penilaian program wajib dijalankan dibawah Sistem Belanjawan Diubahsuai ( Perbendaharaan Malaysia, 2002).Penilaian program juga ditekan dalam Kod Amalan Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia ( 2005). Ia merupakan satu mekanisme dibawah aspek standard ketujuh iaitu Pemantauan dan Semakan Semula Program yang bertujuan menambah baik program berdasarkan data sahih dan boleh dipercayai. Model teori penilaian CIPP ( context, input,process, product) mula diperkenalkan di Ohio University untuk menilai ESEA ( the Elementary and Secondry Education Act). Model ini terbahagi kepada penilaian ke atas empat aspek sesuatu program iaitu terdiri daripada konteks, input, proses dan produk.Menurut Stufflebeam(1967),penilaian boleh dilakukan terhadap sesuatu program dengan menggunakan keempat-empat aspek tersebut atau menggunakan salah satu daripadanya bergantung kepada matlamat program. Asas Model Penilaian Input IPG TerhadapPencapaian Kriteria SGM IPGM telah menganugerah Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian kepada 6 kumpulan pelatih iaitu bermula 2010,2011,2012, 2013,2014 dan 2015. Namun begitu, tiada kajian ilmiah ataupun laporan tentang penilaian terhadap tahap pencapaian kriteria Standard Guru Malaysia bagi guru dari program PISMP sebelum atau selepas posting dilaksanakan.Oleh itu sejauhmanakah input program IPGM berkesan melahirkan guru sekolah rendah yang berkompeten dan mencapai tahap SGM masih lagi menimbul persoalan.Bagi menilai sejauhmana keberkesanan program IPG, satu model penilaian yang berkesan perlu dilaksanakan dengan menggunakan model CIPP dan Model Anstin dan dimodelkan dalam bentuk Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Model CIPP telah mula dibentuk pada tahun 1971 oleh Stufflebeam bagi tujuan memenuhi proses penilaian yang berorentasikan objektif (Azizi Yahaya, 2001). Model kemudiannya diperkemaskan oleh Stufflebeam dan Shinhfield (1985), Stufflebeam (2003) dan sekali lagi dikemaskini oleh Stufflebeam dan Shinkfield (2007). Penilaian model ini terdiri dari empat aspek utama iaitu penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
37
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1 : Model CIPP
Penilaian konteks ialah mengenalpasti samada objektif program selaras dengan kehendak yang menerima program.Penilaian input berfokus kepada semua aktiviti yang dilaksanakan, faktor yang mempengaruhi program, faktor yang membantu pelaksanaan program seperti kemudahan, sumber manusia, persekitaran dan sebagainya.Penilaian proses merupakan semakan berterusan dalam pelaksanaan.Penilaian produk pula bertindak sebagai pengukur dan pentafsir terhadap tahap pencapaian objektif sesuatu program. Astin (1991) telah mempersembahkan model yang hampir sama dengan Model CIPP, iaitu Model Anstin I-E-O seperti yang ditunjukan dalam rajah 2.Model ini telah diguna dalam banyak penyelidikan diinstitusi pengajian tinggi dandianggap sebagai salah satu model kajian yang paling diiktiraf serta ia merupakan penyelidikan secara menyeluruh kepada program pendidikan. Model ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: a) Input Variables (Kriteria – kriteria pengajian yang disediakan dalam program), b) Enviroment variables (medium atau aktiviti yang terlibat dalam melaksanakan program), c) Out Variables (produk atau hasil yang hendak dicapai daripada program ). Enviroment
Input
Output
Rajah 2 : Model Astin I-E-O
Berdasarkan model CIPP dan Model Anstin, kedua-dua model akan diguna pakai dalam proses mengenalpasti dan menilai keberkesanan program PISMP di IPG terhadap melahirkan guru pra-perkhidmatan yang berkompeten dan memenuhi kriteria SGM. Model Astin digunakan untuk mengenalpasti komponen-komponen yang memberi kesan kepada program PISMP dan bagaimana komponen-komponen ini beroperasi seterusnya kompetensi dan kriteria dikategorikan sebagai komponen output atau produk daripada program PISMP. Manakala model penilaian CIPP Stufflebeam diguna sebagai panduan untuk mentukan komponen-komponen yang terlibat dalam penilaian keberkesanan program PISMP terhadap melahirkan guru pra-perkhidmatan yang kompeten dan mencapai kriteria 38
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SGM.Dalam kajian ini pengkaji mengguna pakai tiga langkah sahaja dari model CIPP iaitu input , proses dan out put.Penilaian yang dilaksanakan dalam kajian ini ialah menilai tanggapan pelajar terhadap komponen input dalam program dan penilaian tahap kendiri pelajar pencapaian kriteria SGM. Model CIPP dan Model Astin’s di adaptasi kepada Model Persamaan Berstruktur seperti Rajah 3 bagi menilai tahap pencapaian kriteria standard guru malaysia bagi guru pra perkhidmatan program PISMP, pengkaji telah membina satu model struktur yang menggambarkan hubungan diantara input program IPG terhadap pencapaian tahap standard guru malaysia berdasarkan kajian literatur sebelum ini.Komponen konstruk yang terlibat dalam input program IPG ialah praktikum, kemudahan, pedagogi dan keadah pengajaran pembelajaran.Manakala komponen konstruk standard guru malaysia ialah terdiri daripada amalan nilai profesional(SGM1), pengetahuan dan kefahaman(SGM2) dan kemahiran pengajaran pembelajaran ( SGM3). Model struktur merupakan model yang dibentuk daripada pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas yang merupakan pembolehubah pendam dan indikatornya (Chua, 2014).Model struktur dibentuk daripada gabungan beberapa model pengukuran yang dibentuk berdasarkan teori.Menurut Hair et al., (2006) menyatakan selepas model ukuran telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menentukan model struktur dengan memberi hubungan antara pembolehubah model yang dicadangkan.Keputusan anggaran model struktur disemak untuk melihat anggaran yang menyimpang ( Hair et al., 2006).
Rajah 3: Model Struktur
KAEDAH KAJIAN Populasi kajian ialah guru pra-perkhidmatan setelah mengikuti program latihan perguruan selama 8 semester di Institut Pendidikan Guru (IPG).Borang soal selidik ( 82 item ) dengan menggunakan skala Likert 7 mata telah diedarkan kepada 123 orang guru pra-perkhidmatan di IPG Kampus Kota Bharu secara persampelan mudah.Penetapan jumlah sampel kajian berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970) yang telah menetapkan jumlah sampel berdasarkan jumlah populasi, walaupun persampelan bukan kebarangkalian digunakan dalam kajian ini.Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 22.0 dan AMOS 22.0 bagi tujuan pemodelan. Kaedah analisis pengesahan faktor (CFA) digunakan untuk menentusahkan item-item soalselidik yang signifikan bagi setiap pembolehubah( konstruk). Perkara yang dilakukan ialah melaksanakan analisis faktor pengesahan (CFA) terhadap item yang terlibat dalam instrumen kajian bagi mengesahkan eka-dimensi, kesahan dan kebolehpercayaan. Joreskog dan Sorbon (1998) menyatakan bahawa CFA digunakan untuk menguji eka-dimensi, kesahan dan kebolehpercayaan model pengukuran konstruk yang tidak dapat diukur secara langsung. Menurut Byrne (2010) pula, CFA pula hanya memfokus kepada hubungan antara faktor 39
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dan item-item dalam soalselidik yang dikenali sebagai model pengukuran. Ia mengukur sejauhmana item-item yang ada dalam soalselidik mengukur pembolehubah yang telah ditetapkan ( Hair et al.,2010). Menurut Zainudin (2012), terdapat tiga aspek yang perlu dipatuhi dalam proses menentukan kebolehpercayaan iaitu pertamanya ialah kebolehpercayaan dalaman yang ditentukan dengan menggunakan nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.60, kedua ialah kebolehpercayaan konstruk (CR) dengan nilai yang melebihi 0.60 dan akhir sekali ialah kriteria purata varian terekstrak (AVE) yang melebihi 0.50. CFA bertujuan untuk mengesah model pengukuran yang dibentuk berdasarkan teori dan dilaksanakan dengan menggunakan perisian AMO 22.0. DAPATAN KAJIAN Jadual 1 mengambarkan pekali kebolehpercayaaan pembolehubah berdasarkan tahap penilaian kriteria Standard Guru Malaysia terhadap guru praperkhidmatan program PISMP dalam kajian rintis.Dapatan menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi setiap pembolehubah yang diterima. Ini menunjukkan instrumen kajian yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang signifikan untuk semua pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini dimana nilai Alpha Cronbach bagi setiap pembolehubah melebihi nilai 0.7. Jadual 1: Pekali Kebolehpercayaan berdasarkan pemboleh ubah Pembolehubah Alpha Cronbach Pengajaran pensyarah 0.94 Praktikum 0.94 Kemudahan IPG 0.89 Pedagogi 0.94 SGM1 0.93 SGM2 0.96 SGM3 0.95
Nilai pekali kebolehpercayaan melebihi 0.70 menunjukkan pembolehubah mempunyai kesahan yang tinggi dan boleh diterima (Sekaran 2000; Hair et al. 2010 & Mohd Majid 2009). Seterusnya , CFA dilakukan untuk mengesahkan atau menguji setiap model pengukuran yang dibina. CFA melibatkan pengesahan bagi setiap item yang terlibat dalam pembolehubah penting dalam model pengukuran sebelum menguji signifikan hubungan diantara dua pembolehubah dalam model struktur. Fornell dan Larcker (1981) menegaskan bahawa sebelum menguji kesignifikan hubungan dalam model struktur, model pengukuran perlu mematuhi tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang telah ditetapkan serta telah memuaskan indek kesepadanan. Statistik padanan bagi setiap model pengukuran adalah seperti Jadual 2. Hasil kajian menunjukkan model pengukuran pengajaran pensyarah,pedagogi, praktikum, SGM1, SGM 2 dan SGM 3 telah telah memenuhi syarat kesepadan model.Semua indikator yang terlibat dalam model pengukuran yang telah sepadan dengan data kajian, ia merupakan indikator yang signifikan bagi konstruk masing-masing. Bagi model pengukuran kemudahan, indek kesepadan tidak dipatuhi Bagi menentukan kesepadan model pengukuran tersebut akan dijanakan sekali lagi dalam model pengukuran bergabung ( pooled measurement model).
40
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 2: Keputusan Analisis Faktor Pengesahan(CFA) Model Pengukuran Setiap Konstruk Pembolehubah/Konstruk
Statistik Padanan ChiSq
df
CMIN/DF
CFI
RMSEA
Pengajaran Pensyarah
38.9
26
1.465
0.981
0.062
Pedagogi
55.036
32
1.720
0.977
0.077
Praktikum
34.724
24
1.447
0.987
0.061
Kemudahan
3.231
1
3.231
0.992
0.135
SGM1
6.185
4
1.546
0.995
0.067
SGM 2
14.327
12
1.194
0.997
0.040
SGM 3
2.712
2
1.356
0.998
0.054
Jadual 2 menunjukkan keputusan analisis pengesahan faktor model pengukuran bagi setiap konstruk. CFA bagi model pengukuran ini dilaksanakan bagi menentukan indikator yang signifikan terhadap konstruk yang terlibat.Kesignifikanan indikator ini boleh dinilai berdasarkan indek padanan yang dipilih. Hasil kajian rintis ini, didapati model pengukuran pengajaran pensyarah,pedagogi, praktikum, SGM1, SGM 2 dan SGM 3 telah telah memenuhi syarat kesepadan model.Semua indikator yang terlibat dalam model pengukuran yang telah sepadan dengan data kajian, ia merupakan indikator yang signifikan bagi konstruk masing-masing.Bagi model pengukuran kemudahan, indek kesepadan tidak dipatuhi. Bagi menentukan kesepadan model pengukuran tersebut akan dijanakan sekali lagi dalam model pengukuran penuh ( pooled measurement model). Hair et al. (2010) menegaskan bahawa keputusan CFA bagi model pengukuran bercantum dengan ujian ujian bagi kesahan konstruk akan memberi penjelasan yang lebih baik terhadap kualiti ukuran yang digunakan. Fornell dan Larcker (1981) menegaskan bahawa sebelum menguji kesignifikan hubungan dalam model struktur, model pengukuran perlu mematuhi tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang telah ditetapkan serta telah memuaskan indek kesepadanan. Menurut Zainudin (2012),terdapat tiga aspek yang perlu dipatuhi dalam proses menentukan kebolehpercayaan iaitu pertamanya ialah kebolehpercayaan dalaman yang ditentukan dengan menggunakan nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.60,kedua ialah kebolehpercayaan konstruk ( CR) dengan nilai yang melebihi 0.60 dan akhir sekali ialah kriteria purata varian terekstrak (AVE) yang melebihi 0.50. Jadual 3 : Kebolehpercayaan dalaman, kebolehpercayaan konstruk (CR) dan AVE Item
Faktor Beban
Alpha Cronbach (>0.70)
AVE >0.50
CR >0.60
Pengajaran Pensyarah
B2,B3,B4,B5,B6 ,B7,B8,B9,B10
0.59-0.80
0.94
0.51
0.90
Pedagogi
C1,C2,C3,C4,C5 C6,C7,C8,C9,C10
0.70-0.84
0.94
0.51
0.90
Praktikum
D1,D2,D3,D4,D5,D6,D11 D12,D13
0.65-0.86
0.94
0.71
0.93
Kemudahan
E3,E4,E5,E6
0.65-1.02
0.89
0.60
0.85
SGM1
F1,F2,F3,F5,F8
0.69-0.92
0.93
0.72
0.61
41
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SGM2
G3,G4,G5,G7, G9,G13 ,G15
0.80-0.85
0.96
0.70
0.94
SGM3
H10,H12,H13,H14
0.80-0.84
0.95
0.66
0.89
Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian bagi semua pembolehubah memenuhi kriteria kebolehpercayaan dalaman ( Alpha Cronbach) yang melebihi 0.70, nilai AVE yang melebihi 0.50 dan nilai kebolehpercayaan konstruk (CR) melebihi 0.60. Bagi menguji kesahan pembezalayan (Discriminant Validity) nilai pepenjuru iaitu punca kuasa dua AVE mestilah lebih besar dengan korelasi antara semua pemboleh yang diuji. Fornell dan Larcker (1981) menyatakan bahawa menguji kesahan pembezalayan, nilai punca kuasa dua bagi AVE perlu lebih besar dari korelasi diantara semua konstruk yang diuji bagi setiap konstruk. Korelasi adalah varians yang dikongsi secara bersama diantara konstruk tersebut. Jadual 4: Kesahan Pembeza Layan Pembolehubah/konstruk Kemudahan,E Pengajaran Pensyarah,B
E
B
C
D
SGM 1
SGM 2
SGM 3
0.78 0.32
0.71
Pedagogi,C
-0.02
0.44
0.81
Praktikum,D
-0.03
0.51
0.80
0.84
SGM 1,F
0.00
0.43
0.63
0.73
0.85
SGM 2,G
0.00
0.46
0.72
0.83
0.83
0.84
SGM 3,H
-0.03
0.44
0.62
0.78
0.77
0.81
0.81
Jadual 4 menunjukkan kesahan pembezalayan dalam kajian. Berdasarkan hasil kajian, syarat kesahan telah dipenuhi iaitu semua nilai korelasi bagi pembolehubah yang diuji adalah lebih kecil nilai punca kuasa dua AVE bagi konstruk tersebut. Ini menunjukkan bahawa semua nilai pepenjuru adalah lebih besar dari nilai dibawahnya. Semua konstruk yang terlibat dalam kajian telah telah memenuhi syarat bagi kesahan pembezalayan. Bagi menggambarkan kesepadan model dengan data kajian, terdapat pelbagai padanan statistik yang boleh digunakan. Terdapat tiga indek padanan statistik yang biasa digunakan iaitu indek padanan mutlak (absolute fit indices; RMSEA, GFI dan Chisq), indek padanan tokokan (Incremental fi indices ; AGFI,CFI,TLI dan NFI) dan indek parsimoni (parsimony fit indice; Chisq/df) (Byrne, 2010; Hair et al, 2010). Menurut Hair et al. (2010) sesuatu model dikatakan memenuhi ciri model yang sepadan sekiranya ia memenuhi sekurang-kurangnya satu ukuran dari setiap kategori. Dalam kajian ini statistik padanan yang digunakan ialah statistik Chisq/df, CFI dan RMSEA. Ketiga-tiga ukuran penyuaian ini juga dipanggil sebagai indek padan anggaran (Kline, 2011). Rajah 4 menunjukkan model pengukuran bercantum (pooled measurement model) bagi model pengukuran tahap penilaian SGM. Model ini menggabungkan semua model pengukuran bersama dan seterusnya melaksana prosedur analisis pengesahan faktor. Namun begitu dalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan terlebih dahulu CFA terhadap semua konstruk, seterusnya mengabungkan semua model pengukuran yang telah mencapai syarat kesepadanan termasuk model pengukuran bagi konstruk kemudahan yang masih lagi belum mencapai tahap kesepadanan. Pooled Measurement Model ini dilaksanakan bagi membuat pengesahan sekali lagi terhadap kesepadan model bagi semua konstruk. 42
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Faktor beban bagi setiap konstruk adalah melebihi 0.50 iaitu berada diantara julat 0.59 hingga 0.86.Mengikut Hair et al.(2006), faktor beban yang melebihi 0.50 diperlukan untuk memastikan bahawa sesuatu item mengukur apa yang sepatutnya yang hendak diukur. Analisis korelasi antara konstruk telah dijalankan untuk memeriksa hubungan antara faktor pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM 1, SGM 2 dan SGM dimana pekali korelasi adalah kurang daripada 0.85 ( Hair et al., 2010). Ini menunjukkan setiap dimensi mengukur perkara yang sepatutnya diukur dan hubungan antara faktor adalah secara positif. Merujuk kepada indek kesepadanan yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah iaitu CMIN/DF=1.378 < 5 ( mematuhi ), CFI = 0.923 > 0,.90 (mematuhi) dan RMSEA =0.056 < 0.08 (mematuhi). Semua indek kesepadan pooled model telah dipatuhi, pooled model pengukuran bagi semua pembolehubah yang dibentuk berdasarkan teori adalah sepadan dengan data kajian.Ini jelas menunjukkan data soal selidik adalah menepati ciri kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Seterusnya dapat disimpulkan bahawa konstruk pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM 1, SGM 2 dan SGM 3 merupakan pembolehubah yang signifikan bagi model penilaian tahap SGM.
Rajah 4: Model Pengukuran Bercantum
43
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESIMPULAN Kajian ini dijalankan bagi menentusahkan item yang signifikan terhadap setiap konstruk dan seterusnya mengesahkan konstruk pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM1, SGM2 dan SGM3 setiap konstruk mengukur perkara yang berbeza. Berdasarkan analisis faktor pengesahan (CFA) yang telah dilakukan untuk mengesahkan keboleh percayaan instrumen kajian, sebanyak 48 item yang signifikan terhadap konstruk pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM 1, SGM 2 dan SGM 3. Analisis korelasi antara konstruk telah dijalankan untuk memeriksa kewujudan hubungan antara konstruk dan didapati bahawa semua nilai korelasinya adalah kurang daripada 0.85. Ini membuktikan bahawa setiap konstruk mengukur perkara yang berbeza (Hair et al. 2010). Dapat dirumuskan bahawa item dan semua model pengukuran pengajaran pensyarah, pedagogi, praktikum, kemudahan, SGM1, SGM2 dan SGM3 menepati ciri-ciri kesepadan model bagi menilai model struktur penilaian terhadap kesan Input IPG terhadap pencapaian kriteria SGM guru praperkhidmatan. Walaubagaimanapun, kajian ini masih lagi boleh dapat ditambah baik pada masa akan datang dengan mengambil kira beberapa aspek lain yang terlibat dalam Input IPG. RUJUKAN Anderson R. E., Tatham R. L. & Black W. C. 2010. Multivariate data analysis. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Anderson, J. C., & Gerbing, D.W. 1988. Structural equation modeling in practice: A review and recommended two-step approach. Psychological Bulletin, 103 (3), 411–423 Anderson, J., & Gerbing, D. W. (1988). Structural equation modeling in practice: A review and recommended two-step approach. Psychological Bulletin, 103, 411-423. Bagozzi, R. P., & Yi, Y.(1988) .On the evaluation of structural equation models. Journal of the Academy of Marketing Science, 16, 74-94. Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Manual Kualiti. Kementerian Pelajaran Malaysia. (Februari). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2006). Laporan Tahunan 2006. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (1995). Kajian keberkesanan kurikulum Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut/Maktab Perguruan Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Balkisnah S., & Norhasni Z. A. (2009). Tinjauan faktor-faktor pendorong dan penghalang pemindahan latihan: konteks Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan. 2(1), 107-124. Byrne, B. M. (2001). Structural equation modeling with AMOS: Basic concepts, applications, and programming. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Byrne, B.M. (2010). Structural Equation Modeling with AMOS. Edisi ke-2. New York: Taylor & Francis Group. Chua Y. P. (2009). Statistik penyelidikan lanjutan. Kaedah dan statistik penyelidikan. Buku 5. Mc Graw Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd. Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Pendidikan, buku 1 Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Cronbach, L. J. (1951). Coefficient Alpha and the Internal Structural of Tests. Psychometrica, 16 (3), 297-334. Fornell, C., & Larcker, D. (1981). Structural equation models with unobservable variables and measurement error. Journal of Marketing Research, 18(1), 39-50. Hair, J. F., Tatham, R. L., Anderson, R. E., & Black, W. (2010). Multivariate Data Analysis (7th. ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. 44
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Joreskog, K. G. (1966). Testing a simple structure hypothesis in factor analysis. Psychometrika, 31, 165-178. Joreskog, K. G., & Sorbom, D. (2000). LISREL 8: Structural equation modeling with the SIMPLIS command language. Chicago: Scientific Software. Kline R. B. (2011). Principles and Practice of Structural Equation Modeling. New York, NY: The Guilford Press. Krejcie, R.Y., & D.R., Morgan. (1970). Determining sample size for research activities edu-cational &psychological measurement. Journal of Educational and Psychological Measurement (30), 607- 610. Mohd Najib Abdul Ghaffar. 2003. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbitan UTM. Ros Ayu, A., Mohd Lazim A., Wan Salihin Wong A., Mohd Rashid A. H. (2013). Pengesahan instrumen penerimaan pembelajaran-e. Journal of Quality Measurement and Analysis, 9 (2). pp. 1-10. Schumacker, R. E., & Lomax, R. G. (2004). A beginner’s guide to Structural Equation Modeling (2nd ed.). Mahwah, New Jersey, London: Lawrence Erlbaum.
45
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENAAKULAN MORAL MURID INDIA BERMASALAH DISIPLIN: KAJIAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH Ashotha Krishnan, 2Nadarajan Thambu 1 SMK Seksyen 4, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor 2 Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris 1
Abstrak Pendidikan Moral di Malaysia mempunyai matlamat untuk melahirkan murid bermoral dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan tindakan moral. Justeru, program Pendidikan Moral berusaha untuk mendidik murid untuk menaakul, berfikir dengan logik dan membuat pertimbangan yang teliti sebelum mengambil sesuatu tindakan atau keputusan moral. Aspek penaakulan moral (moral reasoning) penting kerana kemampuan menaakul dengan memberikan sebab-musabab dalam sesuatu dilema moral membolehkan mereka bertindak rasional untuk mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis perkembangan penaakulan moral pelajar India yang mempunyai masalah disiplin di sekolah menengah. Seramai 10 orang pelajar india (5 pelajar perempuan dan 5 pelajar lelaki) digunakan sebagai peserta kajian. Kajian kualitatif ini menggunakan alat terpiawai “The Sociomoral Reflection Measure-Short Form” (SRM-SF) hasil kajian Gibbs, Basinger, dan Fuller (1992) sebagai instrumen primer di samping kaedah temu bual, pemerhatian dan pengumpulan dokumen untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 60 peratus menaakul pada tingkat penaakulan moral matang dan 40 peratus yang lain menaakul pada tingkat penaakulan moral kurang matang. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa keadaan sosioekonomi keluarga dan tingkah laku rakan sebaya mempengaruhi perkembangan penaakulan moral mereka. Kata kunci:
Penaakulan moral, Sosioekonomi, Sociomoral Reflection Measure- Short Form, Pendidikan Moral, disiplin.
PENGENALAN Dalam kehidupan, seseorang individu perlu melalui pelbagai proses perkembangan diri sehingga matang. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Mengikut Berk (1989), proses perkembangan moral melibatkan tiga komponen kendiri moral iaitu penaakulan moral (moral reasoning), emosi moral (moral feelings) dan tingkah laku moral (moral behavior). Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan berasa salah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. Kajian penaakulan moral dalam kalangan pelajar India bermasalah ini menggunakan definisi yang diutarakan oleh Gibbs, Basinger, dan Fuller (1992). Mereka telah mendefinisikan penaakulan moral sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral. Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan (Abdulaah Sani Yahaya, 2005). Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar.Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut pada masa yang sama, supaya perlakuan ini adalah bersifat moral dan bukan 46
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
hanya mengikut “perintah” atau “arahan” daripada penaakulannya, yakni penaakulan ini mungkin dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penaakulan yang tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak bermoral, kerana tindakan atau tingkah lakunya mungkin bertentangan dengan haluannya. Mengambil fenomena di atas dan mengaitkannya dengan psikologi moral, kemoralan dapat dilihat menerusi tiga komponen iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Ketiga-tiga komponen moral ini saling berkait dan berhubungan yang akhirnya diterjemahkan dalam tingkah laku moral. Justeru kajian ini berfokus untuk memperihal pembentukan penaakulan moral pelajar India secara komprehensif. LATAR BELAKANG KAJIAN Pengawasan terhadap masalah disiplin pelajar sentiasa diberi perhatian oleh semua pihak baik oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri mahupun oleh pihak sekolah. Pengetua atau guru besar sentiasa mengambil tindakan yang perlu dalam usaha membendung masalah disiplin pelajar (Laporan Salah Laku Pelajar, 1994/95). Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran menjadi panduan semasa melaksanakan pengawasan disiplin (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Menurut Zahri Zainuddin (2005) dalam artikelnya yang dibentangkan oleh pasukan khas Kementerian Pelajaran untuk menghadapi masalah pelajar pada bulan April (2004), lebih 670 panggilan dirakamkan daripada pelajar membabitkan 202 aduan ingkar disiplin dan salah laku, 337 aduan terhadap pengurusan sekolah dan 135 soal jawab serta pandangan daripada orang ramai. Kes-kes keruntuhan akhlak yang dilaporkan oleh media dan perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berwajib menggambarkan wujudnya krisis moral dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. fenomena ‘kemerosotan moral’(moral decline)‘dekadensi moral’(moral decadence) dan juga ketidakpastian moral(moral uncertainty) (Smith, 2000). Suasana ini sangat berkait rapat dengan penaakulan moral. Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata 2 %, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03%. Antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vandalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ini isu yang perlu ditangani secara serius (Berita Harian, 28 Julai 2008). Data Kementerian Pelajaran tahun 2008 menunjukkan 21,060 pelajar dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar terlibat pada tahun sebelumnya (Utusan Online, 28 Jun 2009). Masalah disiplin yang berturutan dapat dijadikan petunjuk kepada keperluan untuk mengumpul maklumat terperinci konflik susutan nilai dalam proses penaakulan moral dalam kalangan pelajar di Malaysia. Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Hal ini demikian kerana penaakulan moral merupakan satu aktiviti kognitif yang melibatkan pertimbangan moral untuk mencapai keputusan moral. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia pada tahun 2004, jumlah tahanan juvana dan pelajar India di atas pelbagai kesalahan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2004 adalah 9.65% dan 6.2% masingmasing. 47
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 1: Penahanan Juvana / Pelajar yang Terlibat dalam Jenayah (Jan – Okt 2004) (berusia antara 7 – 18 tahun) Subjek
Juvana
Peratus
Pelajar
Peratus
Melayu
3,205
68.6
1,929
80.8
Cina
455
9.7
172
7.2
India
451
9.7
149
6.2
Lain-lain
563
12.0
137
5.8
Jumlah
4,674
100
2,377
100
Sumber. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (2004)
Isu penaakulan moral ini harus dikaji memandangkan meningkatnya masalah-masalah keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat India khususnya golongan pelajar di Malaysia pada masa ini. Justeru itu kita perlu memahami apakah tahap penaakulan moral pelajar India agar kita dapat mengenal pasti punca dan akibatnya kelak. Yang lebih penting kita juga perlu mempunyai cara menilai pemikiran moral pelajar India agar corak penaakulan moral itu dapat diukur dengan lebih tepat. PERNYATAAN MASALAH Kajian untuk menentukan corak penaakulan moral pelajar India amat wajar dilakukan. Isu penaakulan moral ini harus dikaji memandangkan meningkatnya masalah-masalah keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat India khususnya golongan pelajar di Malaysia pada masa ini (Ramanathan, 2000). Tavecchio, Stams, Brugman, dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs, & Basinger, 1994). Justeru itu kita perlu memahami tahap penaakulan moral oleh pelajar India kini agar kita dapat mengenal pasti punca dan akibatnya kelak. Yang lebih penting kita juga perlu mempunyai cara menilai penaakulan moral pelajar India agar corak penaakulan moral dapat diukur dengan lebih tepat. Justeru, kajian dilakukan perlu mengambil kira pembentukan penaakulan moral melalui latar belakang keluarga dan salah satu aktiviti sosial iaitu interaksi dengan rakan sebaya. Menurut Kohlberg (1975), sikap moral bukan sahaja hasil daripada sosialisasi tapi juga dari kebiasaan dan kebudayaan. Perkembangan moral kanak-kanak mempunyai hubungan dengan latar belakang keluarga, perbentukan peribadi, pendidikan dan aktiviti sosial. Kolhberg berpendapat tahap perkembangan moral kanak-kanak adalah sama dalam semua masyarakat. Kebudayaan dapat mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak. Rangsangan dan pendedahan yang diterima oleh kanak-kanak akan menentukan lambat atau cepatnya perkembangan moral kanak-kanak itu. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini dilakukan adalah seperti berikut: 1) Mengetahui tahap penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin. 2) Menganalisis perkembangan penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin melalui keadaan sosioekonomi keluarga. 3) Menganalisis perkembangan penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin melalui tingkah laku rakan sebaya.
48
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERSOALAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa persoalan utama seperti berikut: 1) Apakah tahap penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin? 2) Bagaimanakah perkembangan penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin dipengaruhi oleh keadaan sosioekonomi keluarga? 3) Bagaimanakah perkembangan penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin dipengaruhi oleh rakan sebaya? KEPENTINGAN KAJIAN Salah satu tumpuan utama mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah adalah kepada perkembangan penaakulan moral pelajar. Satu kajian mengenai tahap penaakulan moral pelajar India patut dilakukan berbanding dengan masalah disiplin dalam kalangan mereka. Kajian ini merupakan satu usaha yang menyahut cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa tumpuan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral adalah kepada penyelesaian masalah yang berkaitan dengan isu dan situasi moral yang memerlukan pertimbangan rasional oleh pelajar sebelum membuat sesuatu keputusan diambil terhadap isu dan situasi yang dikemukakan. Kohlberg (1975) mengakui bahawa pendidikan moral mempunyai asas dalam merangsangkan pemikiran aktif seseorang ketika dia membuat keputusan terhadap isu-isu moral. Isu kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar yang selalu dibicarakan perlu dicari jalan penyelesaian segera. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia melibatkan banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan terutamanya kepada diri remaja, agama dan negara. Tanggungjawab membanteras masalah disiplin pelajar sekolah bukan sahaja tanggungjawab kerajaan malah harus dipikul oleh semua pihak. Ini kerana pelajar merupakan aset negara paling berharga yang akan menentukan masa depan masyarakat dan negara. Penaakulan moral merupakan sesuatu yang sering dikaji di Barat tetapi di Malaysia, kajian dalam bidang ini masih kurang. Maka adalah menjadi harapan pengkaji supaya hasil dan dapatan kajian ini dapat memberi sedikit sumbangan yang baru. Juga diharapkan bahawa kajian ini dapat menimbulkan minat terhadap penyelidikan yang lanjut dalam bidang ini. METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Bissex dan Bullock (1987) menegaskan “because of its focus on the activities of individual writers and learners, case-study analysis is arguably the most valid form of research into the highly individual and idiosyncratic processes of writing and learning to write” (pp.23). Justeru, kajian penaakulan moral pelajar India bermasalah ini lebih sesuai digunakan kaedah secara kualitatif kajian kes kerana dapat menghuraikan dan menjelaskan proses penaakulan pelajar dengan lebih dekat dan mendalam. Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar India tingkatan empat yang belajar Pendidikan Moral. Mereka ini dipilih dari sekolah harian biasa di daerah Petaling, negeri Selangor dimana pengkaji bertugas. Rasional pengkaji memilih pelajar tingkatan empat sahaja adalah kerana pengkaji tidak bertujuan untuk membuat perbandingan mengikut umur. Pengkaji ingin melihat terperinci peringkat penaakulan moral pelajar dan faktorfaktor yang mempengaruhi pembentukan penaakulan moral pelajar iaitu keadaan sosioekonomi keluarga dan rakan sebaya. Pengkaji hanya memilih pelajar tingkatan empat kerana mereka merupakan kumpulan yang sesuai diukur tahap perkembangan penaakulan moral. Ini adalah 49
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
memandangkan pelajar tingkatan empat telah melalui sekurang-sekurangnya tiga tahun persekolahan menengah dan cukup terdedah kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam KBSM. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memberi suatu penilaian yang adil dan objektif. Mereka juga dipilih sebagai sampel kajian kerana jika didapati mereka tidak mencapai tahap penaakulan yang sepatutnya, masih terdapat setahun lagi di Tingkatan lima untuk para guru memperbaiki situasi mereka tamat persekolahan menengah. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan empat cara untuk mengumpul data . Cara pertama Soal Selidik Penaakulan Moral (SRM-SF), cara kedua dengan menggunakan soalan temu bual, cara ketiga pemerhatian oleh penyelidik dan cara keempat ialah pengumpulan dokumendokumen mengenai pelajar. Tahap penaakulan moral pelajar diukur dengan menggunakan alat terpiawai “The Sociomoral Reflection Measure-Short Form” (SRM-SF) hasil kajian Gibbs, Basinger, dan Fuller (1992). Alat tersebut telahpun diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh pengkaji sebelum ini supaya dapat ditadbir dalam kalangan pelajar subjek kajian yang lebih menggunakan Bahasa Melayu. SRM-SF ini terdiri daripada 11 soalan. Lima unsur yang diuji adalah Perjanjian dan Kebenaran, Hubungan (dengan ibu bapa dan kawan), Nyawa, Hak Milik dan Undang-undang serta Keadilan Perudangan. Pembahagian bilangan soalan mengikut setiap unsur. Rujuk Jadual 2. Sociomoral Reflection Maturity score (SRMS) adalah skor yang menentukan tahap penaakulan moral subjek kajian. SRM-SF tersebar dari nilai 1 (Peringkat 1) ke nilai 4 (Peringkat 4). Di antara setiap peringkat juga terdapat transisinya. Mengikut Gibbs, Basinger dan Fuller (1992), pembahagian skor dalam SRM-SF secara terperinci adalah seperti yang tercatat dalam Jadual 3. Jadual 2: Pembahagian Soalan Mengikut SRM-SF
Nombor Soalan
Unsur Kajian Perjanjian dan Kebenaran
1
Perjanjian dengan kawan
2
Perjanjian dengan sesiapa sahaja
3
Perjanjian dengan kanak-kanak
4
Bercakap benar Hubungan
5
Hubungan dengan ibu bapa
6
Hubungan dengan kawan Nyawa
7
Menyelamat nyawa sesiapa sahaja
8
Nyawa sendiri Hak milik dan perundangan
9
Menjaga harta benda orang lain
10
Mematuhi undang-undang Keadilan perudangan
11
Menghukum pesalah
50
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 3: Peringkat Penaakulan Moral Dan Skor-skornya TINGKAT Tingkat Matang
Tingkat Kurang Matang
PERINGKAT Peringkat IV Transisi 6 Transisi 5 Peringkat III Transisi 4 Transisi 3 Peringkat II Transisi 2 Transisi 1 Peringkat 1
SKOR 3.75-4.00 3.50-3.74 3.26-3.49 2.75-3.25 2.50-2.74 2.26-2.49 1.75-2.25 1.50-1.74 1.26-1.49 1.00-1.25
Pengumpulan data adalah tidak lengkap tanpa pemerhatian. Ini disebabkan temu bual hanyalah merupakan pengumpulan laporan kendiri individu atau kumpulan individu tertentu (Marohaini Yusuf 2001). Dengan itu, adalah penting bagi seseorang penyelidik untuk membuat triangulasi maklumat yang dikumpulkan dengan pemerhatian. Kaedah pemerhatian juga merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan sumber data dan bahan bukti dalam menjalankan kajian kes. Dalam penyelidikan, pemerhatian digunakan untuk memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian sistematik, rakaman, penerangan,analisis dan interpretasi kelakuan manusia (Saunders et al., 2003). Terdapat dua jenis pemerhatian yang boleh dijalankan iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian penglibatan (participant observation) atau pemerhatian kurang berstruktur (Cano, 2000; Saunders et al, 2003). Menurut Marohaini Yusoff (2001), temu bual boleh dijalankan secara berfokus ataupun dengan tidak berfokus. Pengkaji menggunakan kedua-duanya. 10 orang pelajar India bermasalah telah ditemubual berdasarkan satu set panduan soalan dalam kajian ini. Setiap sesi dirakamkan demi membantu analisis data kemudian. Di samping mendapatkan data daripada temu bual dan pemerhatian, maklumat dalam bentuk dokumen adalah satu sumber bukti penting dalam penyelidikan kajian kes. Untuk kajian ini, penyelidik akan mengumpulkan dokumen-dokumen seperti profil pelajar, keputusan peperiksaan dan analisis peperiksaan, latar belakang sosioekonomi pelajar, rekod disiplin pelajar (SSDM), catatan buku kawalan kelas, komen daripada guru dan sebagainya. DAPATAN KAJIAN Penaakulan Moral Pelajar India Bermasalah Disiplin Jadual 4: Melaporkan Taburan Responden Mengikut Tingkat Penaakulan Moral Jenis Tingkat Skor Bilangan Peratusan Tingkat Matang Peringkat IV Transisi 6 Transisi 5
3.75-4.00 3.50-3.74 3.26-3.49
1 -
10% -
Peringkat III Transisi 4
2.75-3.25 2.50-2.74
3 2
30% 20%
51
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Tingkat Kurang Matang Transisi 3
2.26-2.49
3
30%
Peringkat II Transisi 2 Transisi 1
1.75-2.25 1.50-1.74 1.26-1.49
1 -
10% -
Peringkat I
1.00-1.25
-
-
10
100%
Jumlah
Mengikut Gibbs, tahap penaakulan moral boleh dibahagikan kepada dua tingkat, iaitu tingkat kurang matang dan tingkat matang. Tingkat kurang matang terdiri daripada peringkat I dan peringkat II. Tingkat matang pula terdiri daripada peringkat III dan peringkat IV. Semakin tinggi peringkat, semakin matang penaakulan moral responden kajian. Daripada analisis terdapat enam responden berada di tingkat matang dan baki empat responden berada di tingkat kurang matang. Ini menunjukkan majoriti pelajar India yang bermasalah disiplin iaitu 60 peratus mempunyai tahap penaakulan yang baik. Walau bagaimanapun tidak ada responden yang mencapai peringkat yang tertinggi dalam tingkat kematangan penaakulan moral individu iaitu peringkat IV yang dinamakan sistem dan piawai (Systemic and standard). Tetapi terdapat seorang pelajar berada di transisi 6 iaitu menuju ke peringkat IV dengan skornya antara 3.50-3.74. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat tiga orang responden yang berada di peringkat III iaitu saling bergantung dan prososial (Mutual and prosocial) dengan skornya antara 2.75-3.25. Dua responden mempunyai skornya antara 2.50-2.74 berada di transisi 4 iaitu menuju ke peringkat III. Manakala empat responden berada di tingkat kurang matang iaitu tiga responden berada di transisi 3 dengan skornya antara 2.26-2.49. Seorang responden lagi berada di peringkat II yang dikatakan pertukaran dan instrumental (Exchanging and instrumental). Perbezaan skor antara empat responden ini bukan jauh perbezaan. Kesimpulanya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa antara sepuluh orang responden 60 peratus menaakul pada tingkat penaakulan moral matang dan 40 peratus yang lain menaakul pada tingkat penaakulan moral kurang matang. Peringkat III adalah peringkat paling dominan sekali. Pengaruh Sosioekonomi Keluarga Ke Atas Penaakulan Moral Persoalan kajian kedua merungkai keadaan sosioekonomi keluarga pelajar India bermasalah disiplin yang mempengaruhi penaakulan moral mereka. Bandura (1963) mengatakan fungsi kognitif dalaman memainkan peranan penting dalam mempengaruhi individu melakukan tingkah laku yang diingini. Beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu pendapatan isi rumah, pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, bilangan anak, saiz isi rumah, urutan kelahiran, struktur keluarga, suasana rumah, sikap ibu bapa, pengambilan makanan, serta status pemakanan dan kesihatan (Azizi 2005; Kordas, 2004). Jadi, penyelidik telah mengambil kira semua perkara di atas dan akhirnya menganalisis status sosioekonomi keluarga berdasarkan aspek berikut : i. Tanggungjawab antara ibu bapa dan anak. ii. Pengabaian dan diskriminasi dalam memberikan kasih sayang oleh ibu bapa. iii. Tingkah laku dan komunikasi agresif oleh ibu bapa. iv. Pendapatan, tahap pelajaran dan pemilihan kerjaya ibu bapa.
52
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kompenen konteks keluarga berperanan penting dalam sesebuah keluarga. Keluarga merupakan persekitaraan pertama anak-anak. Sejak dilahirkan, sehingga berkembang dan membesar, anak-anak mengadaptasi persekitaraan pertama mereka bersama keluarga. Teori Bronfenbrenner (1979, 1986, 1992) menyatakan dengan jelas tentang persekitaran keluarga dan kekuatan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan diri anak-anak. Ia adalah satu proses dan mengambil masa yang lama serta melibatkan ibu bapa yang berperanan sebagai mentor. Seharusnya ibu bapa faham akan tanggungjawab mereka tidak semudah menyediakan keperluan asas sahaja. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak amat kurang. Ini disebabkan oleh komitmen ibu bapa lebih tertumpu kepada kerjaya dan tuntutan ekonomi keluarga berbanding dengan keperluan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan anak-anak. Tambahan pula anak-anak di tahap menengah dianggap lebih berdikari dan dipantau pada tahap yang paling minimum memandangkan ibu bapa lebih bersikap memberi kelonggaran berbanding ketika anak-anak berada di tahap pra-sekolah dan sekolah rendah (Lindey & Nye, 2000) Tanggungjawab seorang bapa amat penting dalam perkembangan kognitif kanakkanak. Kajian menunjukkan semakin banyak masa yang diluangkan oleh bapa bersama anak lelaki dalam proses pembesaran, semakin banyak tingkah laku bapa akan ditiru terutamanya dalam cara berfikir dan menyelesaikan masalah (Radin, 1981). Dalam kajian ini bapa kepada anak-anak ini jarang meluangkan masa dengan mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak lelaki juga didapati ada hubungan dengan kekerapan bapa bersama anak tersebut. Kewujudan bapa secara kerap boleh membentuk konsep pemikiran analitik dan bebas dalam kalangan anak-anak. Dapatan kajian juga menunjukkan ibu bapa melepaskan tanggungjawab mereka kepada Pusat Asuhan Kanak-kanak, di mana anak-anak ini dibesarkan di pusat ini selama enam tahun. Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa memasuki Pusat Asuhan Kanak-kanak yang berkualiti rendah berkait rapat dengan tahap tingkah laku bermasalah yang tinggi. Menurut Belsky dan Steinberg (1990) jika seseorang kanak-kanak daripada persekitaraan yang memberangsangkan dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-kanak yang berkualiti rendah, kesan-kesan negatif akan timbul. Interaksi dan komunikasi yang rapat antara ibu bapa dan anak memberi peluang kepada ahli-ahli keluarga berbincang tentang banyak perkara, antara lain adalah isu moral. Ini pasti dapat membantu menajanakan kebolehan penaakulan moral kanak-kanak yang membesar dalam keluarga sebegini. Senario tersebut mungkin juga berlaku dalam keluarga berstatus sosioekonomi sederhana dan tidak semestinya wujud di keluarga berstatus sosioekonomi tinggi. Ini mungkin adalah salah satu sebab kenapa dalam kajian ini, peringkat penaakulan moral pelajar dari keluarga berstatus sosioekonomi sederhana memperolehi skor penaakulan moral yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar dari keluarga berstatus sosioekonomi tinggi. Kohlberg mengatakan bahawa seseorang yang berpendidikan tinggi akan mempunyai penaakulan yang tinggi dan sentiasa melibatkan diri dengan masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan ibu bapa berpelajaran rendah sahaja dan tidak mengambil berat dalam pelajaran anak di sekolah. Kepentingan pendidikan memerlukan keupayaan ibu bapa menguasai kemahiran dan pengetahuan yang sewajarnya. Kajian lalu jelas menunjukkan bahawa tahap kemahiran dan pengetahuan ibu bapa memberi kesan kepada kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran (Green et al., 2007; Hoover-Dempsey & Sandler, 1995, 1997, 2005). Model Proses Penglibatan Ibu Bapa (Hoover-Dempsey & Sandler, 1995) menjelaskan bahawa bentuk dan penglibatan ibu bapa dipengaruhi oleh pengkhususan daripada pengetahuan dan kemahiran yang ada pada ibu bapa. Ini disokong pula oleh Model Keteguhan Keluarga (DeFrain & Asay, 1999) yang menjelaskan berkaitan sikap ibu bapa yang sentiasa mengambil tahu akan perkembangan kognitif anak-anak. 53
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pengaruh Rakan Sebaya Ke Atas Perkembangan Penaakulan Moral Pengaruh tingkah laku rakan sebaya ini boleh dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu : i. Penolakan rakan sebaya. ii. Penerimaan rakan sebaya berkebolehan pemikiran kognitif yang tidak seimbang. iii. Perhubungan rakan sebaya yang mempunyai masalah tingkah laku. Piaget dan Kohlberg percaya bahawa interaksi dengan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam menerbitkan bentuk-bentuk pemikiran moral yang lebih canggih. Mereka juga berpendapat bahawa jika kanak-kanak dibiarkan mengalami pelbagai konflik semasa berinteraksi dengan rakan, lama-kelamaan mereka akan jadi mahir dalam menghadapi dilema iaitu mempunyai cara penaakulan yang lebih berkesan dan kompleks. Penolakan rakan sebaya juga berkait rapat dengan masalah disiplin. Huggins (2001) mengatakan terdapat kajian yang membuktikan penolakan rakan sebaya mendorong berlakunya tingkah laku agresif seperti keganasan. Mereka yang tidak agresif akan menjadi agresif apabila rakan tidak menerima mereka. Bilderaya (2004) mengatakan pengasingan iaitu tersisih dari rakan sebaya, perhubungan rakan sebaya yang lemah, kebolehan pemikiran kognitif yang tidak seimbang dan berhubung rapat dengan rakan yang mempunyai masalah tingkahlaku berkait rapat dengan faktor risiko tingkahlaku. Dapatan kajian didapati penolakan rakan sebaya berlaku antara kaum. Senario pelajar berlainan kaum menjalankan aktiviti di sekolah bersama-sama dengan kaum yang lain adalah jarang, mereka lebih cendurung berinteraksi dan melakukan aktiviti bersamasama kaum yang sama. Selain itu, sikap prejudis dan stereotaip dalam kalangan pelajar berbilang kaum di peringkat sekolah menengah di luar bandar juga boleh mendorong kepada keregangan hubungan antara kaum. Justeru itu, kajian ini juga telah meninjau kewujudan sikap perjudis dan stereotaip dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berlainan kaum. Apa yang menarik di sini ialah kajian-kajian silang budaya tentang penaakulan moral mendapati bahawa penaakulan moral tahap post-konvensional hanya wujud di negaranegara barat yang rata-rata mengamalkan demokrasi. Sebaliknya, kebanyakan penduduk di negara-negara yang sedang membangun begitu sukar untuk mencapai penaakulan moral post-konvensional. Dapatan kajian juga menunjukkan rakan subjek agresif mereka kurang popular berbanding dengan subjek yang tidak agresif. Subjek yang agresif akan menjadikan subjeksubjek agresif lain sebagai kumpulan rakan mereka. Subjek yang agresif ini bertindak sebagai “Sorting Feature” dalam proses memilih rakan sebaya (Dishion & Owen, 2002). Keadaan ini menunjukkan subjek agresif yang tidak diterima oleh kumpulan rakan sebaya akan bergabung dengan subjek agresif lain. Menurut Abdullah Al-Hadi Muhamed (1992), rakan sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan memberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat kumpulan rakan sebaya boleh digunakan secara konstruktif untuk membentuk tingkah laku positif dalam kalangan mereka. Menurut Samsudin (1992), nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar sejak kanak-kanak mungkin tidak mempunyai kesan banyak pengaruh terhadap tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya. Dengan itu, remaja perlu mempunyai tanggapan kemujaraban kendiri (selfefficacy) yang tinggi. Kemujaraban kendiri melibatkan sejauh mana seseorang itu menganggap dirinya berupaya menyusun pelaksanaan kemahiran kognitif sosial dan tingkahlaku (Bandura, 1983). 54
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERBINCANGAN Kajian ini telah meninjau penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin di sekolah menengah. Adalah diharapkan bahawa kajian ini telah sedikit sebanyak dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin yang dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi keluarga dan faktor tingkah laku rakan sebaya. Keremajaan ialah proses transisi daripada kanak-kanak ke alam dewasa. Remaja sebenarnya memerlukan bimbingan dan panduan dalam mencari identiti sebenar diri mereka. Di sinilah, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar sebagai panduan dalam membentuk identiti dan jati diri remaja. Oleh sebab itulah kajian ini dijalankan bagi menyelami dan mengenal pasti penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin yang dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi keluarga dan tingkah laku rakan sebaya. Kajian mendapati ibu bapa responden dalam kajian ini kurang bertanggungjawab terhadap anak, mengabaikan dan diskriminasi kasih sayang oleh ibu bapa, ibu bapa bertingkah laku dan komunikasi agresif dan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku rakan sebaya pula responden mengalami penolakan persahabatan oleh rakan sebaya, penerimaan rakan sebaya berkebolehan pemikiran kognitif yang tidak seimbang dan perhubungan rakan sebaya yang mempunyai masalah tingkah laku. Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah memainkan peranan masing-masing dengan sewajarnya kerana didikan yang berteraskan kasih sayang adalah lebih baik. Tanggungjawab ibu bapa perlulah dilaksanakan demi melahirkan anak-anak yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Demi merealisasikan misi dalam memupuk dan memelihara pembangunan keluarga bahagia ke arah pembinaan dan pengukuhan Malaysia yang dinamik lagi progresif. Keluarga terutamanya ibu bapa adalah agen yang terbaik untuk membentuk masyarakat yang berbudi pekerti mulia. Masyarakat yang berkualiti dan berpendidikan juga boleh dihasilkan oleh keluarga yang bahagia dengan mengamalkan gaya keibubapaan yang berkualiti. KESIMPULAN Kajian ini telah meninjau penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin di sekolah menengah. Adalah diharapkan bahawa kajian ini telah sedikit sebanyak dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin yang dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi keluarga dan faktor tingkah laku rakan sebaya. Keremajaan ialah proses transisi daripada kanak-kanak ke alam dewasa. Remaja sebenarnya memerlukan bimbingan dan panduan dalam mencari identiti sebenar diri mereka. Di sinilah, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar sebagai panduan dalam membentuk identiti dan jati diri remaja. Oleh sebab itulah kajian ini dijalankan bagi menyelami dan mengenal pasti penaakulan moral pelajar India bermasalah disiplin yang dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi keluarga dan tingkah laku rakan sebaya. Kajian mendapati ibu bapa responden dalam kajian ini kurang bertanggungjawab terhadap anak, mengabaikan dan diskriminasi kasih sayang oleh ibu bapa, ibu bapa bertingkah laku dan komunikasi agresif dan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku rakan sebaya pula responden mengalami penolakan persahabatan oleh rakan sebaya, penerimaan rakan sebaya berkebolehan pemikiran kognitif yang tidak seimbang dan perhubungan rakan sebaya yang mempunyai masalah tingkah laku. Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah memainkan peranan masing-masing dengan sewajarnya kerana didikan yang berteraskan kasih sayang adalah lebih baik. Tanggungjawab ibu bapa perlulah dilaksanakan demi melahirkan anak-anak yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Demi merealisasikan misi dalam memupuk dan memelihara pembangunan keluarga bahagia ke arah pembinaan dan pengukuhan Malaysia yang dinamik lagi progresif. Keluarga 55
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
terutamanya ibu bapa adalah agen yang terbaik untuk membentuk masyarakat yang berbudi pekerti mulia. Masyarakat yang berkualiti dan berpendidikan juga boleh dihasilkan oleh keluarga yang bahagia dengan mengamalkan gaya keibubapaan yang berkualiti. RUJUKAN Abdullah Al-Hadi Mohamed. (1993). Faktor-faktor Keluarga dan Tingkah Laku Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Perbandingan Antara Penyelahgunaan Dadah dan Bukan Penyalahgunaan Dadah. Journal of Science and Humanities, Vol 1, 41-45. Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus disiplin pelajar. Bentong, Pahang: PTS. Azizi Yahaya. (2005). Psikologi social-alam remaja. Pahang : PTS. Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim, &Yusof Boon, (2005). Psikologi sosial: Alam remaja. Bentong, Pahang: PTS. Bandura, A., & Walters, R. H. (1963). Social Learning and personality development. New York, NY: Holt, Rinehart, & Winston. Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. Baumrind, D. (1991). The influence parenting style on adolesent competence and substance use. Journal, of Early Adolescence. Bee, H., & Boyd, D. (2000). Life span developmental. Boston, MA: Allyn & Bacon. Bronfenbrenner, U. (1992). Ecological systems theory. In R. Vasta (Ed), Six theories of child development: Revised formulations and current issues. Londan: Jessica Kingsley. Bronfenbrenner, U. (1986). Ecology of the family as a context for human development: Research perspectives. Developmental Psychology, 22, 723-742. Gibbs, J. C., Basinger, K. S., & Fuller, D. (1992). Moral maturity, measuring the development of sociomoral reflection. Mahwah, NJ: Erlbaum. Gibbs, J. C., & Widaman, K. F. (1982). Social intelligence: Measuring the development of socio moral reflection. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. Green, C. L., & Hoover-Dempsey, K. V (2007). Why do parents home-school? A systematic examination of parental involvement. Education and Urban Society, 39, 264 – 285. Green, C. L., Walker, J. M. T., Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (2007). Parents’ motivations for involvement in children’s education: An empirical test of a theoretical model of parental involvement. Journal of Education Psychology, 99(3), 532-544. Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1995). Parental involment in children’s education: Why does it make a difference? Teachers College Record,97, 310 – 331. Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1997). Why do parents become involved in their children’s education. Review of Educational Research, 61(3), 3-42. Hoover-Dempsey, K. V., Walker, J. M. T., & Sandler, H. M., Whetsel, D., Green, C. L., Wilkins, A. S., & Closson, K. (2005). Why do parents become involved? Research findings and implications. Elementary School Journal, 106(2), 105 – 130. Huggins, C. E. (2001). Rejection by peers may lead to violent behavior. Dimuat turun dartipada http://www.rense.com Kementerian Pendidikan Malaysia. (1976). Minit Mesyuarat jawatankuasa pusat kurikulum. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1979). Laporan jawatankuasa cabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan BahasaPustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Pukal latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: DBP Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 4. Kuala Lumpur: DBP. 56
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Malaysia: Kementeriaan Pendidikan Malaysia. Kohlberg, L. (1969). Stage and sequence: The cognitive developmental approach in socialization. In D. Goslin (Ed.), The handbook of socialization theory and research. Chicago, IL: Rand McNally. Kohlberg, L. (1975). The cognitive-developmental approach to Moral Education. Phi DeltaKappan, 56(10), 670- 677. Kohlberg L. (1976). Moral stages and moralization: The cognitive-developmental approach. Dlm. T. Lickona (Ed.), Handbook of socialization theory and research (hh.347- 480). Chicago: Rand McNally. Kohlberg, L. (1984). The psychology of moral development: essays on moral development:Vol II. San Francisco, CA: Harper & Row. Kohlberg, L., & Candee, D. (1984). ‘The relationship of moral reasoning to moral action’. In W.M. Kurtines & J. L. Gewirtz (Eds.), Morality, moral behavior, and moral development, 52-73. New York Holt, Rinehart, & Winston. Marohaini Yusoff (2001). Penyelidikan Kualitatif. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Tavecchio, L. W. C., Stams, G. J. J. M, Brugman, D., & Thomeer-Bouwens, M. A. E. (1999). Moral judgement and delinquency in homeless youth. Journal of Moral Education, 28(1), 63-77. Zainal Madon, & Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Panduan mengurus remaja moden. Bentong, Pahang: PTS Professional. Zarin Ismail. (1990). Kajian tentang tanggapan mengenai masalah pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Tingkatan 1 di sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
57
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEMBANGUNAN MODUL PETA PEMIKIRAN I-THINK BAGI MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 5 SEKOLAH RENDAH Azlili binti Murad, Norazilawati binti Abdullah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Modul Peta Pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah. Modul ini adalah sebagai rujukan dan panduan bagi memudahkan guru menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah. Model ADDIE dijadikan panduan pembinaan modul ini yang mempunyai 5 peringkat iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Modul Peta Pemikiran i-Think ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu maklumat mengenai i-Think, maklumat mengenai 8 peta pemikiran, rancangan pengajian harian (RPH) dan lembaran kerja berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Modul yang dihasilkan ini dinilai oleh guru-guru Sains, jurulatih utama i-Think dan pensyarah dengan menggunakan instrumen senarai semak dan temubual. Penambahbaikan modul dilakukan setelah peringkat penilaian selesai. Dijangkakan dengan adanya modul ini dapat mengurangkan beban guru untuk menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah. Selain itu, dengan penggunaan lembaran kerja berasaskan KBAT, diharapkan ianya dapat meningkatkan penguasaan murid di dalam mata pelajaran Sains. Kata kunci: modul pengajaran, peta pemikiran i-think, kemahiran berfikir, sains sekolah rendah.
PENGENALAN Peta minda sangat sinonim dengan pelajar sekolah menengah tetapi jarang diketengahkan untuk murid sekolah rendah. Ini adalah kerana guru-guru beranggapan penghasilan peta minda merupakan aras tinggi untuk murid sekolah rendah. Kebanyakan guru menyediakan peta minda untuk kegunaan murid-murid dan tidak menggalakkan mereka menghasilkannya sendiri. Tony Buzan (2003) menyatakan bahawa manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat. Bermula tahun 1995, Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) diperkenalkan dan Malaysia telah menyertainya sejak tahun 1999. Purata skor TIMSS pada tahun 1999 dan 2003 menunjukkan peningkatan iaitu daripada skor 492 kepada 510 dalam pencapaian pelajar Malaysia tetapi pada tahun 2007, pencapaian Malaysia telah menurun secara drastik dari skor 510 kepada 471 (Zabani Darus, 2012). Program for International Student Assessment (PISA) pula dilakukan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2009. Malaysia telah berjaya menduduki tempat ke-52 berbanding 74 negara yang menyertai PISA. Ia bukan merupakan kedudukan yang boleh dibanggakan oleh negara (Zabani Darus, 2012). Kesimpulannya, pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS dan PISA adalah kurang memuaskan. Menurut laporan kajian Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA) mendapati pemikiran aras tinggi guru dan murid Malaysia amat rendah (PPPM, KPM 2012) Untuk meningkatkan pencapaian dalam Sains dan Matematik, kerajaan telah memperkenalkan Program i-Think. Ia merupakan kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia. Penggunaan thinking maps atau peta pemikiran telah digunakan di 10 sekolah rintis di seluruh Malaysia bermula tahun 2012. Laporan Kajian Kestrel Education (UK) dan 21st Century School (USA) mendapati pemikiran aras tinggi guru dan murid Malaysia amat rendah (BPK, 2012).Pada tahun 2014 pula, ia telah diwajibkan di semua sekolah di seluruh 58
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Malaysia. Penggunaan istilah ‘peta minda’ yang biasa digunakan telah ditukar menjadi ‘peta pemikiran i-THINK’. Walaupun istilah yang digunakan berlainan, hakikatnya ia membawa maksud yang sama (PPPM, KPM, 2012). Penggunaan peta pemikiran i-Think dikatakan membebankan guru dan masih ramai guru belum menguasai penggunaan 8 peta pemikiran i-Think. Di dalam Laporan Program Bimbingan Penyeliaan dalam KBAT dan Lawatan Konsultasi di bawah PPPM 20132025 di Kuala Terengganu (16 Ogos 2014), hasil pemantauan JNJK mendapati bahawa berlaku kekeliruan dan kecelaruan tentang penggunaan peta pemikiran dalam kalangan murid dan guru. Pembudayaan penggunaan 8 peta pemikiran juga masih perlu ditingkatkan kerana terdapat guru yang masih kurang menggunakannya. Selain itu, guru kurang mahir dalam teknik penyoalan dan kurang mahir menggunakan 8 peta pemikiran i-Think. Aspek yang perlu penambahbaikan adalah dari segi sikap kurang positif sebahagian guru yang melaksanakan program i-Think atas arahan semata-mata. Penulisan RPH juga perlu dikemaskini dan elemen penggunaan peta pemikiran dan pembudayaan KBAT perlu dimasukkan. Justeru itu, modul perlu dibina untuk dijadikan rujukan dan panduan untuk guru-guru dan ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru. OBJEKTIF KAJIAN Objektif bagi kajian ini adalah 1. Membangunkan modul peta pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains tahun 5 Kerangka Konseptual Penyelidikan Dalam kajian ini, gabungan teori konstruktivisme dan peta pemikiran i-Think dipilih untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 5. Hal ini disokong oleh Harkirat et al. (2010), yang mengatakan secara umumnya, gabungan peta minda dan teori moden konstruktivisme dalam pembelajaran adalah sesuai. Ini kerana pembelajaran menerusi teori konstruktivisme memberi penekanan terhadap penglibatan aktif murid yang memanfaatkan struktur pengetahuan sedia ada dan mengkonstruk pengetahuan baru yang diperoleh dengan mengabungjalinkan antara keduanya dalam ingatan mereka. Selain itu juga, pembelajaran menerusi teori konstruktivisme menggalakkan murid belajar secara koperatif dan kolaboratif yang dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains (Yahya & Othman, 2012) Teori Konstruktivise
Pengetahuan Sedia Ada Murid
Lembaran Kerja Peta Pemikiran i-Think
Kumpulan Sasaran (murid)
Meningkatkan pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains
Rajah 1
59
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Peta Pemikiran i-Think
Modul Peta Pemikiran i-Think
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Berdasarkan Rajah 1, kumpulan sasaran diajarkan maklumat baharu oleh guru menggunakan teori konstruktivisme dengan menggunakan modul peta pemikiran i-Think dan juga penggunaan lembaran kerja untuk murid. Dengan pengetahuan sedia ada murid dan peta pemikiran i-Think, ianya dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana pengkaji akan bergantung kepada pembangunan modul dan senarai semak yang disediakan. Kajian ini melibatkan pembangunan modul di mana ianya akan dinilai oleh guru Sains, jurulatih i-Think dan penyarah UPSI. Pemilihan penilai adalah berdasarkan pengalaman di dalam bidang sains dan pencapaian mereka di dalam pedagogi Sains. Selain itu, mereka juga mempunyai pendedahan secara meluas di dalam penggunaan peta pemikiran i-Think. Mereka akan diberikan senarai semak dan hasilnya akan dianalisis oleh pengkaji. Ini adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul. Model ADDIE
Analisis Rekabentuk Pembangunan Perlaksanaan Penilaian Rajah 2
Model ADDIE akan digunakan sebagai panduan dalam kajian ini kerana menurut Jamalluddin (2001) model ini merupakan asas kepada model-model rekabentuk intruksi lain yang mempunyai beberapa kelebihan tersendiri. Di antara kelebihan model ini adalah ia mengandungi 5 fasa asas kepada rekabentuk pengajaran. Fasa-fasa ini mempunyai pengertian tersendiri yang boleh dirujuk dalam mengatur langkah kerja semasa menjalankan proses pembinaan modul perisian multimedia. Rajah 4 menunjukkan carta aliran bagi kajian ini dengan menggunakan 5 komponen yang terdapat dalam Model ADDIE (Jamalluddin, 2001). Fasa Analisis Pada peringkat awal kajian, analisis akan dibuat untuk mengenalpasti masalah yang timbul, menentukan matlamat dan objektif pembangunan modul, rasional penghasilan modul, skop modul dan pengguna sasaran yang akan menggunakan modul peta pemikiran i-Think ini. Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, punca dan faktor terjadinya masalah tersebut akan ditentukan untuk memastikan modul yang akan dihasilkan menepati keperluan pengguna secara umumnya. Murid yang terlibat adalah murid tahun 5 sekolah rendah. Analisis juga perlu dilakukan kepada guru sekolah rendah yang terlibat dalam penggunaan modul pembelajaran i-Think bagi mata pelajaran Sains. 60
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Fasa Reka bentuk Fasa reka bentuk dilaksanakan selepas fasa analisis selesai dilaksanakan. Fasa ini merangkumi pandangan keseluruhan tentang rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran dan jenis media yang akan terlibat. Selain itu, objektif pembelajaran yang sesuai dan boleh dicapai oleh murid perlu ditentukan. Kaedah penyampaian sesuatu maklumat juga perlu ditentukan sama ada mudah difahami serta bersesuaian dengan pengguna atau pun tidak. Fasa Pembangunan Selepas fasa reka bentuk selesai, fasa pembangunan akan dilaksanakan. Dalam fasa ini, pengkaji akan menghasilkan modul menggunakan semua elemen yang telah dipilih berdasarkan kepada reka bentuk yang telah ditetapkan. Pembangunan merujuk kepada proses membangun atau menghasilkan modul peta pemikiran i-Think termasuklah rancangan pengajaran harian, templat peta pemikiran, latihan untuk murid dan sebagainya. Selain itu, fasa ini memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan. Ini adalah kerana banyak perkara atau elemen penting harus dititikberatkan sepanjang proses pembangunan agar menepati kandungan pembelajaran dan ianya boleh diterima serta difahami oleh guru dan murid. Fasa Pelaksanaan Dalam fasa ini, modul yang telah siap dihasilkan akan digunakan atau dipersembahkan kepada beberapa orang guru sains dan pensyarah untuk menguji keberkesanannya serta melihat masalah-masalah yang tidak disedari semasa fasa rekabentuk dan pembangunan yang mungkin wujud. Seterusnya, jika mempunyai masalah, proses pembaikan akan dilaksanakan sebelum modul ini digunakan secara rasmi. Fasa Penilaian Penilaian terbahagi kepada dua iatu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dilakukan pada semua fasa untuk memastikan keberkesanannya. Penilaian sumatif pula berlaku di peringkat akhir penghasilan modul. Ia melibatkan maklum balas daripada pengguna terhadap isi kandungan, strategi, gaya persembahan, penggunaan bahasa dan sebagainya melalui penyeliaan, soal selidik, temubual dan sebagainya untuk memastikan ianya sesuai atau pun tidak. DAPATAN KAJIAN Rajah 3 merupakan muka depan Modul Peta Pemikiran i-Think Sains Tahun 5 yang telah siap dihasilkan. Pada mukasurat terawal modul ini mengandungi isi kandungan yang membolehkan pengguna untuk merujuk mana-mana subtopik dalam modul ini dengan cepat dan mudah. Selain itu, muka surat yang pertama juga menceritakan tentang modul ini yang mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian 1, 2, 3 dan 4.
61
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 3 : Paparan muka depan modul
BAHAGIAN 1 – Bahagian ini memberi gambaran secara jelas tentang membudayakan kemahiran berfikir agar dapat membantu guru dan murid untuk memahami secara mendalam tentang program i-THINK. Selain itu ia juga mempunyai maklumat mengenai kemahiran berfikir dan cara untuk membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid (rujuk rajah 4).
Rajah 4: Maklumat mengenai program i-Think
BAHAGIAN 2 - Bahagian ini memperkenalkan lapan Peta Pemikiran yang digunakan dalam program i-THINK. Setiap peta disertakan dengan proses pemikiran dan langkah penggunaannya. Satu penerangan tentang penggunaan Bingkai Rujukan turut disertakan. Penerangan mengenai Peta Pemikiran merujuk kepada Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps Incorporated dan nota yang dibekalkan oleh Kestrel Education (UK). Templat bagi 8 peta i-Think juga disediakan untuk kegunaan guru di dalam bilik darjah (Rujuk rajah5). 62
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 5: 8 Peta Pemikiran i-Think
BAHAGIAN 3 – Bahagian ini mengandungi rancangan pengajian harian (RPH) yang telah dibuat berdasarkan rancangan pengajian tahunan (RPT) yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP). Setiap RPH akan disertakan sekali dengan peta pemikiran i-THINK yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Rujuk rajah 6).
Rajah 6: Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 63
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
BAHAGIAN 4 – Lembaran Kerja i-Think yang boleh digunakan oleh murid sebagai latihan di dalam kelas atau di luar kelas. Ia juga boleh dijadikan sebagai instrumen pentaksiran di akhir pembelajaran setiap topik. Setiap soalan merupakan soalan KBAT dan boleh membantu murid untuk menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Rujuk rajah 7).
Rajah 7: Lembaran Kerja i-Think PERBINCANGAN DAN CADANGAN Setelah Modul Peta Pemikiran i-Think diteliti oleh guru Sains, jurulatih i-Think dan pensyarah, ianya telah melalui peringkat pembetulan di mana semua kelemahan telah dibaiki dan ditambahbaik untuk mengoptimumkan keberkesanan modul ini. Modul ini telah melalui 5 fasa ADDIE yang membolehkan ianya dibangunkan dengan jayanya menepati ciriciri sebuah modul yang menggunakan teori konstruktivisme dalam pengajaran. Rancangan Pengajian Harian (RPH) yang disediakan menepati kehendak kurikulum kebangsaan iaitu KSSR selaras dengan 5 fasa Needham yang dijadikan teras dalam pembangunan RPH tersebut. Selain itu, penerangan mengenai i-Think yang telah dijelaskan secara terperinci di dalam modul boleh membantu guru dalam memahami kesemua 8 peta pemikiran i-Think dan cara menggunakannya dengan betul. Lembaran kerja yang disediakan juga menepati kriteria kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta mudah digunakan oleh murid. Ketelitian dalam menghasilkan modul ini dititikberatkan terutamanya di bahagian penghasilan RPH dimana ianya perlu mencapai tahap tertentu agar pengajaran oleh guru berkualiti. Guru-guru bebas menggunakan RPH ini sama ada ingin menggunakannya secara terus atau mengubahnya berdasarkan senario sekolah masing-masing. Modul ini juga menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berbentuk peta pemikiran i-Think yang mana boleh membantu guru untuk menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih berkesan. Guru boleh menggunakan BBM tersebut di dalam kelas atau menjadikannya sebagai nota kepada murid. Lembaran kerja juga dihasilkan dengan menitikberatkan penelitian terhadap tahap pemikiran murid tahun 5 dan ianya boleh diubahsuai mengikut keperluan dan tahap penguasaan seseorang murid. Selain dijadikan latihan, peta pemikiran tersebut boleh dijadikan nota setelah ianya selesai dijawab oleh murid. Kelebihan penggunaan Modul Peta Pemikiran i-Think sendiri ialah boleh menjadi panduan kepada guru dalam menggunakan i-Think di dalam bilik darjah. Selain itu, ia 64
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
boleh mengurangkan beban guru sekaligus menjadikan i-Think sebagai bahan utama dalam membantu murid dalam menguasai mata pelajaran Sains. Modul ini juga mesra pengguna kerana ianya dibina mengikut susunan topik yang ada di dalam buku teks dan menepati Rancangan Pengajian Tahunan (RPT). KESIMPULAN Pembangunan modul ini berjaya membangunkan satu modul Peta Pemikiran i-Think yang berasaskan teori konstruktivisme serta penggunaan 5 fasa Needham dalam Rancangan Pengajian Harian. Ia juga mempunyai Bahan Bantu Mengajar yang boleh mengurangkan beban guru dalam penyediaan RPH. Diharapkan dengan adanya modul ini, guru mempunyai motivasi untuk menggunakan i-Think di dalam bilik darjah. Lembaran Kerja i-Think juga dibangunkan agar murid-murid boleh didedahkan dengan solan-soalan i-Think dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Panduan Program i-Think. Kementerian Pelajaran Malaysia.Diperolehi pada 18 November 2015 daripada http://www.ithink. org.my Buzan, T. (2003). Mind Maps for Kids – the shortcut to success at school. Thorsons HarperCollins Publisher, London. Harkirat, S.D., Makarimi Kasim & Anderson, O.R. (2010). Constructivist-mind map teaching approach and the quality of students’ cognitive structures. Journal Science Education and Technology (2011) 20:186 - 200.doi: 10.1007/s10956-010-9245-4 Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking maps incorporated. NorthCarolina; Thinking Maps. Inc. Jamalluddin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Thasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia – Satu pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajulddin Muhammad. Overview Program Bimbingan Penyeliaan dalam KBAT dan Lawatan Konsultasi di bawah PPPM 2013-2025. Diperolehi pada 20 Januari 2016 daripada http://www.slideshare.net/TajulddinMuhammad/overview-program Yahya Othman & Azmey Hj Othman (2012). Keberkesanan Penggunaan Peta minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam. Brunei. Universiti Brunei Darussalam. Zabani Darus (2012). Status Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dan PISA:Satu Refleksi. Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.
65
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KONSEP MELAYU DALAM PERADABAN: SATU KAJIAN AWAL Adibah
[email protected], Ezad Azraai Jamsari3 dan Noorsafuan Che Noh4 1 Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia 2 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia 3 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 4 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Perkataan Melayu menjadi satu polemik dan perdebatan yang mencetus dan menghasilkan pelbagai pandangan dalam kalangan ilmuwan dan pengkaji berkenaan konsep Melayu. Konsep ini berkait rapat dengan etimologi perkataan Melayu dan bangsa Melayu sendiri. Makalah ini bertujuan untuk menjelas dan membincangkan tentang konsep Melayu dari pelbagai sumber dan perspektif. Makalah ini turut mengkaji pemikiran dan pandangan golongan sarjana tentang asal-usul bangsa Melayu yang berkait secara langsung dengan konsep Melayu. Kajian awal tentang konsep Melayu ini menggunakan metode berbentuk kualitatif. Ia dilakukan menerusi pendekatan analisis sejarah terhadap dokumen, bahan dan teks sejarah berkenaan Melayu dan Tanah Melayu bagi meneliti sumber berkaitan konsep Melayu bagi memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa definisi konsep Melayu yang jelas dan kukuh masih memerlukan kajian lanjutan untuk menerangkan maksud Melayu terutama dalam konteks Malaysia hari ini. Kata kunci:
Nusantara, Melayu, Malaysia.
PENGENALAN Melayu merupakan satu bangsa yang diiktiraf kewujudannya di seluruh dunia. Bahkan terdapat tempat yang dinamakan sebagai Kepulauan Tanah Melayu yang merujuk kepada lokasi penempatan bangsa ini. Namun Ahmad Jelani (2008: ix) menyatakan tidak ada definisi yang jelas bagi menjelaskan mereka yang dapat dikategorikan ke dalam golongan bangsa Melayu. Dakwaan ini diperkukuhkan melalui pandangan beberapa orang sarjana yang gagal mendefinisikan ‘Melayu’, antaranya ialah Ariffin Omar (1993), R.O. Winstedt (1981), Lah Husny (1975: 7) dan J. Crawford (1971: 249). Malah catatan orang Barat sejak abad ke-16 seperti Tome Pires, William Dampier, J.A. Pope dalam A.C. Milner (1982: 3) telah menunjukkan kekaburan dalam menentukan mereka yang dikenali sebagai orang Melayu. Justeru, makalah ini menjelaskan etimologi Melayu, definisi bangsa Melayu dan asal usul mereka yang dibincangkan oleh pelbagai pihak berhubung konsep Melayu. ETIMOLOGI MELAYU Terdapat pelbagai pandangan dan penulisan berhubung etimologi perkataan ‘Melayu’ antaranya: 1. Menurut Werndly dalam Ismail (1991: 1), perkataan Melayu berasal daripada ‘Melaju’. Perkataan ini berasal daripada kata dasar ‘laju’ yang bermakna cepat, deras, dan tangkas. Perkataan ‘melaju’ ini memberi pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas dan cerdas, iaitu segala tindak tanduk mereka adalah cepat dan deras. 2. Manakala Van Der Tuuk, seperti dipetik oleh Ismail (1991), berpendapat perkataan ‘Melayu’ bererti ‘Penyeberang’. Pendapat ini membawa pengertian bahawa orang Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam. 3. Penggunaan istilah ‘Melayu’ dikatakan muncul buat pertama kali kira-kira pada tahun 100150 Masihi dalam karya M. Ptolemy berjudul, Geographike Sintaxis. Beliau menggunakan 66
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
istilah ‘Maleu-Kolon’ yang dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘Malayakom’ atau ‘Malaikurram’ (Gerini, 1974). Ia dikatakan oleh G.E.Gerini sebagai merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia manakala Roland Bradell merujuk kepada Tanjung Penyabung (Anon, 2016a). 4. Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada istilah ‘Malaya Dvipa’, iaitu ‘Dvipa’ bermaksud ‘tanah yang dikelilingi air’ dan ‘Malaya Dvipa’ ialah Pulau Sumatera. Ia adalah sebagaimana tertulis dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi (Grag, 1992). 5. Selain ‘Malaya Dvipa’, perkataan Melayu dikatakan merujuk kepada istilah ‘Mo-lo-yu’ yang tertulis dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji secara sepakat berpendapat bahawa perkataan ‘Mo-lo-yo’ yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi, Sumatera dan Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang. Dalam sejarah Yuan, istilah Melayu ialah Ma la-yu atau Ma li yi er (Obaidellah, 1993). 6. Perkataan Melayu juga dikatakan merujuk kepada istilah ‘Ma-lo-yu’ yang telah ditemui dalam catatan rahib Buddha China bernama I-Tsing. Catatan itu dibuat semasa beliau melawat rantau ini pada 674 Masihi. Istilah ‘Ma-lo-yu’ merujuk kepada dua buah kerajaan yang dilawatinya iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang (Asmah 1983: 37). 7. Dalam bahasa Sanskrit, perkataan ‘Malaya’ yang bermaksud ‘bukit’ ataupun tanah tinggi merujuk kepada Sungai Melayu. Dikatakan bahawa sumber sejarah menyebut bahawa perkataan ‘Melayu’ atau ‘Malayu’ berasal daripada ‘Sungai Melayu’ di Jambi, di mana terdapat sebuah kerajaan yang berpusat di muaranya. Kerajaan Malayu ini wujud pada abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I-Tsing pada tahun 671M. Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini dipercayai berasal daripada nama Sungai Malayu yang terletak di situ. Dalam hal ini, buku Sejarah Melayu ada mengaitkan perkataan Melayu dengan nama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Kerajaan Melayu tersebut dipercayai wujud di situ sekitar 1500 tahun dahulu iaitu sebelum atau semasa pemerintahan Kerajaan Srivijaya. 8. Sumber-sumber tulisan watan seperti oleh Nagaratargama (1365) menyatakan ‘Melayu’ ialah nama sebuah tempat di Palembang. Tempat tersebut menyokong catatan dalam Sejarah Melayu sepertimana dinyatakan sebelum ini. 9. Menurut satu catatan lain, perkataan ‘Malaya’ atau ‘Melayu’ pada bahagian belakang sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M adalah asal usul istilah Melayu. 10. Istilah Melayu, menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari (2006), berasal daripada perkataan ‘Himalaya’ yang disingkatkan kepada ‘Malaya’ dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan ‘Himalaya’ berasal daripada perkataan ‘hima’ bererti salji atau salju dan ‘alaya’ pula bererti tempat. Dalam kata lain, ‘Himalaya’ bermaksud tempat sejuk seperti di puncak gunung yang tinggi. 11. Istilah Melayu turut dikatakan berasal daripada perkataan Malayapura yang bermaksud ‘Kota Melayu’ atau ‘Kerajaan Melayu’ atau perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang bererti ‘Kota Malaiyur’ atau kota gunung. Perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat melahirkan perkataan ‘Malaiyur’, ‘Malaiyu’, ‘Malayu’ dan ‘Melayu’. 12. Selain itu, asal usul istilah Melayu termasuklah perkataan bahasa Jawa kuno, ‘Melayu’, yang bermaksud ‘mengembara’ atau ‘pergi ke mana-mana’ (Anon, 2016b). 13. Terdapat juga pandangan bahawa perkataan Melayu dikatakan berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Jawa Baru, iaitu ‘Mlaya’ dan ‘Mlayu’ yang bererti ‘lari’. 14. Harun (1966: 4) menyatakan perkataan ‘Melayu’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘Malaya’ atau daripada perkataan Tamil iaitu ‘Malai’ yang bererti bukit atau tanah tinggi. Orang Portugis menyebutnya sebagai ‘Malayo’. 67
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
15. Manakala Omar Amir Husin, dalam Ismail (1991), menjelaskan perkataan ‘Melayu’ berasal daripada satu daerah yang bernama ‘Mahaluyah’. Penduduk Mahaluyah telah mengembara ke sebelah Asia Tenggara lalu menetap di Sumatera dan kepulauan sekitarnya dengan membawa bersama mereka pengaruh kebudayaan Persia. Pengaruh tersebut dapat dilihat dalam kesusasteraan Melayu. Menurutnya, perkataan ‘Melayu’ mungkin juga berasal daripada guru-guru yang digelar ‘Mulaya’. Mereka dikatakan memainkan peranan penting dalam menyuburkan kebudayaan Melayu. 16. Darus, dalam Ismail (1991), menyatakan perkataan ‘Melayu diambil sempena nama sejenis pohon yang harum baunya iaitu pohon gaharu. Hal ini kerana orang India pada masa silam memanggil Semenanjung Tanah Melayu sebagai Negara Gaharu. 17. Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa asal-usul istilah Melayu adalah daripada perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa serangan Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi ke atas sempadan Sumatera Barat. Pamalayu bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan penguasaan ke atas negeri Malayu. Prasasti Amoghapasa dibina di situ sebagai peringatan tentang ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur ke daerah Malayu pada tahun 1286. 18. Perkataan Melayu dikatakan sebagai bahasa dan bangsa yang baru wujud, terutama setelah Kerajaan Melayu Melaka didirikan. Penulisan orang Cina pada zaman awal tentang peristiwa yang berlaku di Timur termasuk di Asia Tenggara menyatakan bahawa penduduk di Asia Tenggara dikenali sebagai bangsa ‘Kun L’un’ dan berbahasa Kun L’un. Menurut Liang Liji, nama Kun L’un diambil daripada perkataan ‘gunung’ dalam bahasa Cina kerana orang Cina yang belayar ke Laut China Selatan telah singgah di tempat yang didiami oleh orang Kun L’un dan terdapat gunung-ganang seperti Gunung Daik, Gunung Jerai, Bukit Siguntang, Santubung, gunung-gunung di Pulau Jawa, Sabah, Filipina, dan lain-lain di tempat tersebut. Semua orang yang datang dari selatan, berbahasa dan berkebudayaan yang sama dengan penduduk di Kun L’un juga dipanggil sebagai Kun L’un. Dalam teori lain, istilah Kun L’un dikatakan berasal daripada perkataan Kundur, iaitu nama sebuah pulau di Sungai Mekong di Vietnam Selatan. Pulau Kundur atau biasa dieja Pulo Condor dalam tulisan orang Barat disebut oleh orang Cina sebagai Kun L’un, iaitu bunyi pelat orang Cina. Orang Melayu pernah menduduki pulau ini dan juga beberapa tempat lain di pantai Vietnam Selatan hingga ke Vietnam Tengah seperti di Pandurangga, Dharawati dan Phanrang. Mereka belayar di kawasan Asia Tenggara, terutama di kawasan kepulauan dan juga di pantaipantai daratan Asia Tenggara. Orang Cina yang datang dari utara telah menemui kumpulan orang Melayu ini di Pulo Condor dan menamakan mereka sebagai Kundur atau pelatnya Kun L’un. Nama Kun L’un bukan sahaja diberikan kepada penduduk Pulau Kundur, bahkan juga kepada mereka yang datang dari Selatan, terutama kepulauan Asia Tenggara. Hal ini kerana bahasa, kebudayaan dan adat resam mereka adalah sama. Dalam kata lain panggilan Kun L’un merujuk kepada orang Melayu keseluruhannya dan panggilan ini telah wujud sejak zamanzaman selepas tarikh Masihi. DEFINISI BANGSA MELAYU Makna yang tepat untuk menjelaskan identiti sebenar orang Melayu agak sukar kerana definisi Melayu sentiasa berubah dan berkembang. Perkembangan ini bergantung kepada keadaan dan kepentingannya. Menurut Wan Hashim (2012), Stamford Raffles mencatat takrifan bangsa Melayu berdasar pemerhatian dan pengalaman berdamping dengan orang Melayu sebagaimana berikut, “I cannot but consider the Malay nation as one people, speaking one language though spread over so wide a space, preserving the character and customs, in all the maritime states, lying between Sulu Seas and Southern Oceans.” 68
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dari segi lahiriah, iaitu fizikal dan rupa paras, orang Melayu lazimnya didefinisikan sebagai mereka yang berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah-lembut serta berbudi bahasa. Dari konteks yang berbeza-beza, istilah Melayu mempunyai pelbagai makna. Definisi Melayu dari sudut sosial dan budaya tidak membataskan istilah tersebut kepada mereka yang tinggal di Semenanjung sahaja tetapi turut membabitkan mereka yang berada dalam lingkungan Kepulauan Melayu, meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan beribu-ribu pulau yang membentuk Republik Indonesia dan Filipina pada hari ini (Syed Husin, 2008: 1). Oleh itu, dari aspek budaya dan geografi, definisi Melayu meliputi penduduk kawasan yang lebih luas, iaitu gugusan pulau-pulau Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. Pembahagian Melayu mengikut sempadan geografi bermula pada era kolonialisme yang memperkenalkan sempadan politik baru yang membahagikan orang Melayu kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk membentuk negara bangsa yang baru (Syed Husin, 2008: 2). Selain daripada definisi Melayu berasaskan negara, terdapat juga definisi Melayu yang didasarkan kepada daerah atau negeri seperti orang Melayu Johor, orang Melayu Kelantan, orang Melayu Kedah dan sebagainya. Definisi Melayu yang didasarkan kepada daerah atau negeri seperti Melayu Johor, Melayu Kelantan, Melayu Kedah dan sebagainya dianggap paling sempit. Berpandukan definisi sempit yang diberikan terhadap orang Melayu mengikut negeri atau daerah, berlaku pengkategorian Melayu yang lebih luas apabila definisi itu dikaitkan dengan beberapa suku tertentu. Hal ini dapat dilihat daripada kelahiran definisi Melayu seperti suku Indonesia, orang Melayu keturunan Arab dan orang Melayu keturunan Keling dan lain-lain bangsa yang memeluk agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Definisi ini bersifat lebih luas kerana ia merangkumi etnik-etnik yang mendiami luar kawasan sempadan Malaysia seperti Minangkabau, Jawa, Bugis, Banjar, Mendaleng dan sebagainya. Dalam konteks hari ini, menurut Wan Hashim (2008), perkataan Melayu mempunyai beberapa pengertian dan dalam konteks yang berbeza (Wan Hashim, 2008). Pengertian pertama digunakan dalam konteks di Indonesia, iaitu Melayu sebagai satu daripada beberapa suku bangsa atau etnik seperti orang Jawa, Acheh, Bugis, Bali, Mandailing, Batak, Banjar, Minangkabau, Boyan, Patani dan sebagainya. Pengertian ini masih digunakan di Indonesia dengan merujuk kepada mereka yang mendiami Kepulauan Riau dan pantai timur Sumatera serta bertutur dalam bahasa Melayu Riau sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda. Bahasa ini dijadikan bahasa nasional Negara-bangsa Indonesia pada tahun 1928. Di Malaysia, gerakan nasionalisme Melayu pada tahun 30-an dan 40-an telah menolak pemisahan suku bangsa dan etnik dengan mewujudkan bangsa Melayu. Pengertian kedua adalah kesan daripada gerakan nasionalisme di mana Melayu adalah merujuk kepada perkara yang termaktub dalam Fasal 160, Perlembagaan Malaysia, iaitu Melayu sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, mengamalkan adat resam yang biasa dipraktikkan oleh orang Melayu, dan “(a) lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada Hari Merdeka ia adalah berdominasi di Persekutuan atau di Singapura atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.” Konsep Melayu ini bersifat terbuka. Ia membolehkan mereka yang asalnya bukan orang Melayu menjadi orang Melayu jika memenuhi ketiga-tiga ciri tersebut dan mengaku diri sebagai orang Melayu. Menurut Syed Husin (2008), istilah Melayu menjadi lebih kompleks dari konteks definisi perundangan. Secara teori, takrifan perundangan menunjukkan orang Melayu ialah sesiapa sahaja daripada mana-mana keturunan selagi beliau ialah seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, jika seseorang yang bukan Melayu memeluk agama Islam, berkahwin dengan orang Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dengan isteri dan anaknya, serta mempraktikkan budaya 69
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Melayu boleh dianggap sebagai orang Melayu dalam konteks kedudukan perundangan. Tambahan lagi, jika seorang Melayu tidak bertutur atau tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, kedudukannya sebagai orang Melayu boleh dipertikai (Syed Husin, 2008). Menurut Ahmad Jelani (2008), definisi Melayu seperti yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia dianggap sebagai satu definisi yang tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang orang Melayu.Terdapat pelbagai persoalan lain yang perlu dijawab untuk menjelaskan definisi orang Melayu yang sebenar. Jika seorang Cina atau India mengamalkan budaya Melayu, adakah beliau boleh dikategorikan sebagai orang Melayu? Begitupun, mereka yang yang tidak beragama Islam tidak dianggap sebagai Melayu walaupun bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ringkasnya, Syed Husin (2008) menjelaskan terdapat perbezaan dari segi definisi Melayu berdasarkan definisi perlembagaan dan undang-undang, serta definisi sejarah dan sosio-budaya. Hal ini berkait rapat dengan penggubalannya kesan daripada politik pada zaman tersebut. Definisi Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, secara sedar atau tidak, telah membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi Melayu dengan syarat beliau memeluk agama Islam, pandai berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat orang Melayu. Oleh itu, bangsa-bangsa lain yang menganut agama Islam dikatakan sebagai ‘masuk Melayu’ (Ismail 1989). Manakala pengertian Melayu yang ketiga bermaksud satu kelompok bangsa yang besar atau ras atau rumpun bangsa dengan merujuk kepada penduduk asal di Semenanjung dan Gugusan Pulau-pulau yang dikenali sebagai Alam Melayu pada hari ini. Pengertian ini tidak menjadikan agama Islam sebagai satu daripada takrifan Melayu. Oleh itu, etnik Batak atau Bali, etnik Cham dan suku asal di Semenanjung Indo-China (Vietnam dan Kemboja), etnik Melayu Patani di Thailand, penduduk asal di Pulau Taiwan, suku bangsa Merina di Pulau Madagascar dan penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei dikategorikan sebagai rumpun Melayu. Satu daripada elemen persamaan antara mereka ialah bertutur dalam bahasa daripada cabang atau rumpun induk Austronesia atau Melayu-Polinesia. Bangsa Polinesia yang tersebar di Kepulauan Pasifik hingga ke Pulau Hawaii, New Zealand dan lain-lain dipercayai berasal dari Alam Melayu dan berkingsi akar bahasa yang sama iaitu Austronesia. ASAL USUL BANGSA MELAYU Para sarjana mempunyai pandangan yang pelbagai tentang asal-usul bangsa Melayu. Mereka, sama ada sarjana tempatan dan antarabangsa, mengutarakan pandangan berasaskan teori berikut: 1. Teori Yunnan iaitu bangsa Melayu dipercayai berasal dari kawasan Asia Tengah khususnya bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur selatan China (Champa dan Kampuchea) dan Burma. Mereka dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan yang telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara. Teori ini menjelaskan tentang perkara berikut: i. Terdapat suku-suku penduduk asli yang berkemungkinan nenek moyang Orang Asli di wilayah Alam Melayu atau Asia Tenggara kini pada sekitar tahun 3,500 – 3,000 SM yang lalu, iaitu sekitar 5,000 tahun yang lalu dan sebelum penghijrahan nenek moyang rumpun atau ras Melayu. Mereka dikenali sebagai orang Vedda. Sebelum itu, ras Australoid, Negroid dan Melanesoid telah berhijrah dari utara ke selatan pada sekitar 40,000 tahun lebih awal. Tekanan pendatang yang baru tiba dari utara menyebabkan mereka terpaksa bergerak lebih jauh ke selatan (Wan Hashim, 2012). Orang Negrito dikatakan merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan, mereka dikatakan telah wujud di Kepulauan Melayu sejak tahun 10,000 SM. Genetik orang Negrito telah diperturunkan kepada orang Semang dengan ciri-ciri fizikal tertentu iaitu kulit 70
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
gelap, rambut kerinting, mata bundar, hidung lebar, bibir penuh dan saiz badan yang pendek. ii. Melayu-Proto, menurut catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976) dalam A History of Malaysia and Singapore, adalah kelompok pertama sampai ke Nusantara. Bangsa ini berpindah dan berhijrah dari selatan Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Asia Tenggara dan menduduki Nusantara pada Zaman Batu Baru iaitu antara tahun 2500 SM - 2000 SM. Keturunan Melayu-Proto adalah orang asli yang merangkumi kaum Jakun, Mah Meri, Jahut, Temuan, Biduanda di Semenanjung Malaysia sekarang, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Mereka tinggal di tepi-tepi laut dan sungai, mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian, berperadaban rendah dan berada pada tahap kebudayaan batu lama dan pertengahan. Penghijrahan gelombang kedua Melayu Deutro yang membuka penempatan di tepi laut dan sepanjang tebing sungai menyebabkan kumpulan Melayu Proto ke gunung dan hutan rimba (Abdullah, 1980; Wan Hashim, 2012). iii. Orang Melayu Deutro telah menggantikan orang Melayu Proto dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia. Mereka berpindah ke Nusantara pada Zaman Logam kira-kira pada tahun 1500 SM – 300 SM. Berbeza dengan Melayu Proto, mereka dikatakan lebih bijak, mempunyai peradaban yang lebih tinggi dan mahir dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan MelayuDeutro adalah lebih ramai daripada Melayu Proto. Keturunan mereka menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara dan di Malaysia secara khusus.
Teori ini adalah berasaskan kepada saranan dua orang sarjana etnografi iaitu P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892-1893 (Wan Hashim, 2012). Teori Yunnan disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slamet Muljana dan Asmah Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: i. Penemuan Kapak Tua atau beliung batu bersegi empat di Kepulauan Melayu yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah menunjukkan berlaku perpindahan dan penghijrahan penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. ii. Penemuan beberapa buah gendang dongsong di Semenanjung Melayu dengan bilangannya lebih banyak di wilayah Alam Melayuatau Semenanjung Indo-China. Gendang dongsong menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam aspek seni ukiran tangan dan seni kraf daripada tembaga. Ia dipercayai dibuat di sebuah perkampungan di daerah Dong Song, utara Vietnam kini, yang merupakan Kerajaan Melayu Champa satu ketika dahulu. iii. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam yang terletak berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar. iv. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa yang digunakan di Kemboja (Champa). Penduduk Kemboja dikatakan menyusuri Sungai Mekong dari Dataran Yunnan yang mewujudkan perhubungan antara bangsa Melayu dan bangsa Kemboja, sekaligus menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunnan.
Ringkasnya teori Yunnan merupakan teori yang popular dan diterima umum iaitu ‘nenek moyang’ orang Melayu berasal dari Yunnan. Berdasarkan teori ini, orang Melayu dikatakan datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama dan ditandai dengan perpindahan orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Walaupun teori ini popular, teori migrasi rumpun Melayu dari utara ke selatan masih dianggap bersifat spekulatif. Hal ini kerana tidak ada bukti secara empirikal dan etnografi untuk menunjukkan bahawa rumpuan atau ras Melayu adalah berasal dari Yunnan. Malah zaman migrasi, iaitu 3,500 SM, adalah amat baru jika dibandingkan dengan dapatan cari gali arkelogi. Ia menjelaskan bahawa nenek moyang rumpun Melayu telah tinggal menetap lebih daripada 15,000 tahun yang lalu (Wan Hashim, 2012). 71
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
2. Teori Taiwan yang dipelopori Peter Belwood. Teori ini tidak jauh berbeza dengan Teori Yunnan iaitu migrasi berlaku dari utara ke selatan. Generasi awal rumpun MelayuPolinesia yang merupakan penutur bahasa Austronesia dikatakan telah berhijrah dari Tanah Besar China ke Taiwan dan kemudiannya melakukan migrasi ke selatan dengan memasuki Alam Melayu. Sebahagian mereka yang dikenali sebagai rumpun Polinesia telah berhijrah ke wilayah Kepulauan Pasifik. Rumpun ini telah menyebabkan penduduk lebih tua dan awal di Alam Melayu seperi ras Australoid, Negroid dan Melanesian terpaksa bermigrasi jauh ke selatan hingga ke benua Australia dan kepulauan sekitarnya. Manakala kumpulan penghijrah dari utara yang lebih tua kekal menetap di daerah pedalaman Semenanjung dan Kepulauan Melayu. Pada hari ini, mereka ini dikenali sebagai orang Asli (Wan Hashim, 2012). 3. Teori Nusantara menjelaskan bahawa orang Melayu, berdasarkan bukti geografi, berasal dari Nusantara. Antara bukti yang jelas ialah bahasa Melayu berasal dari rumpun Austronesia. Teori ini turut diperkukuhkan dengan beberapa bukti lain antaranya ialah: i. Penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia. ii. Kajian arkeologi mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J. Crawford, K. Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf dengan alasan-alasan berikut: i. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Keadaan ini hanya dapat dicapai oleh satu perkembangan budaya yang telah melalui tempoh yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari luar Nusantara tetapi berasal dan berkembang di Nusantara semata-mata. ii. Pandangan bahawa bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa Champa adalah tidak benar kerana persamaan yang ada antara kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ‘ambilan’. iii. Terdapat manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini menjelaskan bahawa orang Melayu berkemungkinan merupakan keturunan manusia kuno tersebut yakni berasal dari Jawa dan ada tamadun tersendiri. iv. Rumpun bahasa di Nusantara iaitu bahasa Austronesia mempunyai perbezaan yang sangat ketara dengan bahasa di Asia Tengah iaitu bahasa Indo-Eropah. Kedua-dua bangsa Melayu dan Jawa yang dibincangkan di atas dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang adalah sub-rumpun bahasa Austronesia. Dari sudut asal-usul bangsa Melayu, tafsiran Melayu mengikut pengertian ras adalah merangkumi penduduk seluruh Nusantara. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa yang tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada satu rumpun bangsa yang besar. Kajian tentang asal-usul orang Melayu bersifat sangat luas kerana terdapat pelbagai etnik bangsa Melayu di Malaysia (Ahmad Jelani, 2008). Kajian bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia sejak Januari 2006 mendapati terdapat pelbagai corak DNA dalam masyarakat Melayu moden hari ini kerana percampuran mereka dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Dapatan kajian ini menyokong fakta sejarah bahawa Kerajaan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan entrepot. Kedatangan pedagang dari China, India dan Arab membawa kepada perkahwinan campur (Ahmad Jelani, 2008). Kajian tersebut turut menunjukkan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu: i. Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan, ii. Melayu Yunnan di Terengganu, iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan, iv. Melayu Aceh di Perak, 72
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv.
Melayu Mandailing di Perak, Melayu Rawa di Perak, Melayu Riau di Johor, Melayu Bugis di Johor, Melayu Kerinci di Selangor, Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan, Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak, Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang, dan Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak.
Kepelbagaian pendapat berkenaan asal-usul bangsa Melayu menunjukkan bangsa ini sudah lama wujud di Alam Melayu iaitu sebelum Masihi lagi. Namun Anwar (2011) menyatakan semua teori tersebut merupakan spekulasi semata-mata. Menurutnya, pencarian asal-usul bangsa Melayu tidak boleh ditelusuri oleh bahasa purba (Austronesia dan Austroasia), bahan arkeologi, bahan antropologi, rupa-fizikal, fosil dan genetik sahaja. Sebaliknya, pencarian asal-usul bangsa Melayu perlu berasaskan sumber sejarah iaitu sebagaimana penjelasan berikut: i. Catatan Ptolemy dianggap sudah memadai kerana beliau merupakan sejarawan yang terdidik dengan metode penulisan sejarah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh sebagaimana pernyataan berikut (Anwar, 2011): “Di atas segala-segala sumber yang ada, selewat-lewatnya sejak abad ke-2 Masihi sudah wujud entiti ‘Melayu’ iaitu seperti mana dicatatkan oleh Ptolemy yang menyebut disebut Malayu-Kulon.” Catatan ini sekali gus sudah memadai dijadikan bukti bagi menunjukkan rumpun penutur bahasa Austronesia telah mengidentitikan diri mereka sebagai Melayu sejak zaman purba. Kewujudan tersebut menunjukkan entiti Melayu itu adalah berakar daripada manusia-manusia penutur bahasa Austronesia. Ini kerana tidak mungkin entiti tersebut muncul secara tiba-tiba pada abad tersebut. Pastilah ia sudah muncul daripada akumulasi perkembangan-perkembangan pada abad-abad sebelum itu… Lagi pun catatan Ptolemy itu adalah sumber bertulis. Tentulah seseorang yang dilatih dalam disiplin ilmu, terutamanya dalam bidang arkaeologi, sejarah dan antropologi, akan menyatakan bahawa secara bandingannya sumber bertulis lebih tepat daripada dialek, artifak, fosil dan sumber-sumber lain bukan-tulisan.” ii. Catatan pengembaraan sarjana I-Tsing turut mengukuhkan pandangan bahawa sumber sejarah dapat membuktikan kewujudan entiti bangsa Melayu. Catatan beliau tentang persinggahannya ke negeri Melayu menunjukkan terdapat nama bahasa yang digunakan oleh bangsa Melayu iaitu Kunlun dan Kulon sebagaimana petikan di bawah (Anwar, 2011): “Entiti Melayu itu wujud secara berterusan. Ini dapat dibuktikan dengan catatan I-Tsing (Yijing) (abad ke-7 Masihi) - suatu catatan yang sudah begitu popular dalam kalangan pengkaji moden - yang singgah di Sumatera pada tahun 644 Masihi dan 661 Masihi dalam perjalanan ke dan dari India. Di samping itu, mencatatkan nama Sriwijaya di Palembang, beliau juga mencatatkan nama “negeri Molo-yui” di daerah Jambi. Palembang disebut dalam sumber sebagai Sribhoja atau Bhoja atau Shih-li-foshih. Manakala Melayu disebut Mo-lo-you atau Molo-yui. Betul-betul pada ketika beliau pulang dari India, beliau mencatatkan bahawa “sekarang Melayu menjadi Srivijaya.” Catatan beliau ini merupakan bukti selewat-lewatnya sejak abad ke-6 Masihi sudah wujud sebuah entiti yang dinamakan Sriwijaya-Melayu di wilayah Palembang dan Jambi. Ini kerana keberadaan entiti tersebut pada abad tersebut tidak mungkin muncul secara tiba-tiba, pastilah ianya akumulasi perkembangan-perkembangan daripada abadabad sebelum itu. Berdasarkan catatan beliau itu juga, pada abad ke-7 itu Melayu dan 73
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Sriwijaya bersatu sebagai satu entiti. Agak menariknya, I-Tsing juga mencatatkan bahasa yang digunakan dalam empayar Kerajaan Melayu-Sriwijaya dengan menyebutnya sebagai bahasa Kun-lun, sangat mirip dengan penyebutan Ptolemy beberapa abad sebelum itu. Selain itu, I-Tsing mencatatkan juga bahawa kerajaan Sriwijaya-Melayu itu mempunyai jajahan takluk yang luas. Kerajaan Sriwijaya-Melayu secara berkesinambungan kerana ia dalam Batu Bersurat Chola bertarikh 1030 Masihi yang menyebut sebagai “Malaiyur” (Tibbets 1979: 43). Ia terus dicatat oleh pelawat Arab, seperti oleh Edrisi pada tahun 1150 sebagai “kepulauan Malai yang besar.” Ia dicatatkan oleh pelawat China pada tahun 1273 yang menyebut “The Siamese had long been at war with the Maliyi, or Maliurh, but both nations laid aside their feud and submitted to China.” Ia dicatatkan oleh Marco Polo - tokoh tersohor dunia itu - yang tiba di utara Sumatera pada tahun 1292 yang menyebut “You come to an Island which forms a kingdom, and is called Malaiur. The people have a king of their own, and a peculiar language. The city is a fine and noble one, and there is a great trade carried on there. All kínds of spicery are to be found there.” Ia terus dicatatkan dalam sumber-sumber peribumi abad ke-15 seperti Nagarakertagama dan Pararaton. Dan ia dicatatkan oleh para penakluk Portugis seperti Alfonso De Albuquerque (1511), Tome Pires (1512) dan Anon. (eds. 1824). iii. Bukti lain tentang asal-usul Melayu ialah catatan batu bersurat. Kebanyakan batu bersurat memaparkan tentang kerajaan Sriwijaya-Melayu yang berpusat di daerah Palembang dan Jambi. Hal tersebut, menurut Anwar (2011), adalah seperti pernyataan di bawah: “Berdasarkan sejumlah besar batu bersurat yang dijumpai di sekitar Palembang dan Jambi, iaitu Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang bertarikh 683 Masihi), batu bersurat Sabokingking (berhampiran Telaga Batu di Palembang, tidak bertarikh), batu bersurat Talang Tuwo (Palembang, 684 Masihi), batu bersurat Karang Brahi (di hulu sungai Batang Hari di Jambi, tidak bertarikh), batu bersurat Kota Kapur (Bangka, 686 Masihi), batu bersurat Palas Pasemah (Lampung, tidak bertarikh), dan batu bersurat Boom Baru (Palembang, tidak bertarikh), para sarjana berwibawa seperti Coedes dan Wolters yang melakukan kajian secara langsung terhadap sumber-sumber tersebut, pusat Kerajaan Sriwijaya-Melayu adalah dalam daerah Palembang dan Jambi. Berdasarkan jumpaan inskripsi tembaga di Laguna (Bulakan, Filipina), patung Bodhissattva Avalokitesvar (yang begitu identikal dengan Sriwijaya) di selatan Thailand dan batu bersurat Ligor (775 Masihi) juga di selatan Thailand, Kerajaan Sriwijaya-Melayu adalah sebuah empayar besar. Sempadan empayarnya adalah dari selatan Thailand hingga ke selatan Filipina dan meliputi Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Kalimantan (termasuk Brunei) dan kepulauan Riau-Lingga. Agak menariknya, seperti telah dicatatkan oleh I-Tsing, bahasa yang digunakan dalam empayar Kerajaan MelayuSriwijaya itu adalah bahasa Kun-lun, suatu penyebutan yang sangat mirip dengan penyebutan (Malayu-Kulon) oleh Ptolemy beberapa abad sebelum itu.” iv. Sumber-sumber penulisan klasik peribumi tulisan Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Pasai turut menjelaskan tentang asal-usul Melayu. Selain itu, terdapat juga tulisan para sarjana luar yang datang atau pernah mendiami di Tanah Melayu seperti mana petikan di bawah (Anwar, 2011): “Walau bagaimanapun, berdasarkan sumber-sumber klasik peribumi (seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, syair Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Pasai, Tuhfat alNafis, Hikayat Melayu/Siak, catatan Portugis (seperti oleh Tome Pires, Alfonso De Albuquerque dan Anon. eds. 1824) dan British (seperti Marsden, Stamford Raffles, Cruwford, Logan), dihujahkan bahawa orang Melayu sebagai satu kesatuan identiti yang disebut ‘bangsa Melayu’ dengan sifat-sifat yang ada pada hari ini (lihat di atas) adalah satu ‘bangsa jadian’ (invented-nation) yang hanya muncul pada abad ke-18 hasil pengembangan imagine communities berasaskan identiti Melayu yang pada mulanya, iaitu sebelum abad ke-17, hanya terbatas dalam kalangan kelompok kerabat raja pengasas Kesultanan Melayu Melaka (termasuk semasa pemerintahannya di Johor) - yang berakar 74
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
umbi daripada Kerajaan Melayu Sriwijaya-Jambi. Berdasarkan sumber-sumber tersebut, pengembangan imagine communities pada abad ke-18 itu berlaku setelah terputusnya ikatan identiti tersebut daripada kelompok raja Melaka itu dan seterusnya menjadi identiti masyarakat massa dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik. Pengembangan identiti massa sejak abad tersebutlah masih berlaku pada hari ini.” KESIMPULAN Secara tuntas, istilah Melayu masih menjadi satu polemik yang memerlukan kajian dan penilaian dari segenap aspek oleh para sarjana, pengkaji, penggubal undang-undang dan mereka yang berautoriti. Hal ini kerana peredaran masa menuntut kepada makna yang jelas dan tepat untuk mendefinisikan konsep Melayu. Definisi konsep Melayu yang jelas sangat penting untuk menjelaskan maksud Melayu yang sebenar terutama dalam konteks Malaysia hari ini. Kesamaran definisi boleh menyukarkan keputusan untuk menentukan mereka yang boleh dikategorikan ke dalam golongan bangsa Melayu dan seterusnya menjelaskan kedudukan mereka sebagai golongan yang boleh mendapat hak dan keistimewaan Melayu. RUJUKAN Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain. 2006. Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Anon. 2016a. Etnik Melayu. http://tinyurl.com/z2m74ma. Diakses pada 17 Februari 2016. Anon. 2016b. Asal-usul Bahasa Melayu. http://tinyurl.com/hbq634z.Diakses pada 17 Februari 2016. Anwar Din. 2007. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismail Noor dan Muhammad Azaham. 2000. Takkan Melayu Hilang di Dunia. Selangor: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Gerini, G.E..1974. Researches on Ptolemy’s Geography of Eastern Asia (further India and Indo-Malay Archipelago). New Delhi: Munshiram Manoharlal Publishers. Garg, Ganga Ram (pnyt.). 1992. Encyclopaedia of the Hindu World. Jilid 1. Missouri: South Asia Books. Harun Aminurrashid. 1966. Kajian Sejarah Perkembangan bahasa Melayu. Singapura : Pustaka Melayu. Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Obaidellah Mohamad. 1993. Catatan tentang Negeri-negeri Melayu dalam Bahan Sejarah China: Satu Tinjauan Umum. Dlm. Ismail Hussein A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman al-Ahmadi (pngr.). Tamadun Melayu. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Husin Ali. 2008. The Malays: The Problems and Future. Kuala Lumpur: The Other Press. Wan Hashim Wan Teh. 2012. Rumpun Melayu: Teori Migrasi dan Diaspora. Siri Syarahan Umum. Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM.
75
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESAN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUMPULAN TERHADAP KUALITI PERHUBUNGAN PELAJAR DI UNIVERSITI Arfah Ab. Majid, Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit Singh Darshan Singh, Zaid Ahmad Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Abstrak Walaupun kepelbagaian etnik, agama dan budaya merupakan satu kebanggaan, Malaysia tidak pernah sunyi daripada isu-isu etnik dan agama yang sensitif. Terkini isu pergaduhan etnik di Plaza Low Yat telah menimbulkan persoalan adakah hubungan antara etnik di Malaysia semakin rapuh? Jika benar, apakah mekanisme untuk memperbaiki hubungan ini? Menurut Teori Perhubungan (Contact Theory) yang diperkenalkan oleh Gordon Allport (1954), hubungan antara etnik dapat diperbaiki sekiranya sesuatu perhubungan itu memenuhi empat syarat iaitu persamaan status, persamaan matlamat, keizinan pihak berkuasa dan interaksi yang melibatkan kerjasama. Justeru, kajian ini adalah satu percubaan untuk mengaplikasikan Teori Perhubungan ini dalam aktiviti pelajar di universiti dengan memberikan tumpuan pada aspek kerjasama. Untuk tujuan ini, sebuah eksperimen telah dijalankan di kalangan pelajar yang mengambil kursus (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) TITAS dan Hubungan Etnik. Pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Setiap kumpulan eksperimen telah diberikan tugasan yang mempunyai sifat dan tahap kerjasama yang berbeza. Menurut hasil analisis ANOVA, tahap integrasi yang tinggi dan kerjasama antara pelajar yang berbilang etnik mempunyai kesan terhadap kualiti perhubungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sesuatu perhubungan yang berkualiti dan baik itu perlu disertai dengan empat elemen yang dicadangkan dan sebaliknya akan berlaku jika sesuatu perhubungan itu tidak disertai empat elemen tersebut. Kata kunci:
hubungan etnik, teori perhubungan, kerjasama
PENGENALAN Kajian ini berlatar-belakangkan realiti hubungan antara agama dan etnik di Malaysia yang masih lagi dibelenggu sikap prejudis. Menurut Sidanius dan Pratto (1999) jaminan ekonomi, penguasaan politik dan peluang untuk perkembangan sosial membentuk perbezaan realiti sosial antara kumpulan majoriti dan minoriti dalam sesebuah negara yang akhirnya membentuk matlamat dan perjuangan yang berbeza (Demoulin, Leyens, & Dovidio, in press). Perjuangan kumpulan majoriti didorong oleh keperluan mereka untuk mengekalkan dan menyokong sistem sosial sedia ada yang memanfaatkan mereka, perjunagan kumpulan minoroti pula didorong oleh hasrat mereka untuk perubahan sosial (Sidanius, & Pratto, 1999; Tajfel & Turner, 1979). Dalam konteks Malaysia, kebanyakan dasar yang diwujudkan oleh kerajaan termasuklah dasar pendidikan dan kebudayaan dilihat sebagai menindas hak golongan minoriti. Perkara ini telah menyebabkan rasa kurang berpuas hati dalam kalangaan mereka. Tidak terkecuali adalah dasar Islamisasi yang diperkenalkan sekitar tahun 80an. Dasar yang berupaya mengembangkan syi’ar Islam dan budaya Melayu ini dilihat sebagai satu ancaman kepada agama dan budaya lain di negara ini. Pada masa yang sama, masyarakat Melayu Islam pula dibelenggu oleh masalah ekonomi yang terhad kepada pertanian dan perikanan. Mereka melihat penguasaan ekonomi masyarakat minoriti sebagai satu ancaman. Perbezaan persepsi terhadap ketidaksamarataan dari aspek budaya, agama dan ekonomi ini telah merangsang sikap prejudis. Hakikatnya, disebalik slogan “1 Malaysia” yang 76
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dicanangkan, masih lagi tersemat bibit-bibit prejudis dalam kalangan masyarakat minoriti dan majoriti di Malaysia memandangkan sikap negatif ini tidak pernah ditangani sebaiknya. Menurut Ani Arope (2009), di negara ini sebarang isu atau masalah yang berkaitan dengan sikap prejudis telah disembunyikan dari pengetahuan umum dan akhirnya masyarakat hidup dalam penafian (self-denial) (“Enhancing tolerance,” 2009). Sebuah kajian yang dijalankan oleh Abdul Rahman Embong pada tahun 2001, telah memberikan gambaran tentang realiti kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Salah seorang daripada informan mengakui bahawa keharmonian dan perpaduan yang dikecapi pada hari ini adalah semata-mata kerana keperluan untuk kelangsungan hidup dan bukannya perpaduan yang sebenar dan ikhlas (Abdul Rahman Embong, 2001) Berdasarkan kenyataan ini, tidak hairanlah sekiranya kita kerap mendengar isu-isu etnik dan agama di negara ini seperti isu pergaduhan etnik di Low Yat. Jika isu-isu seumpama ini tidak ditangani dengan baik, ia akan memperkukuhkan prejudis yang sedia ada dan dikhuatiri akan mencetuskan rusuhan seperti tragedi 13 May, 1969. Peranan prejudis sebagai penyumbang kepada rusuhan kaum telah dibuktikan melalui hasil kajian yang dijalankan oleh Sri Rahayu Ismail, Zaid Ahmad, Haslinda Abdullah and Norbaya Ahmad (2009). Sebelum tercetusnya tragedi yang sama, tindakan sewajarnya perlu diambil untuk mencegah sikap yang berbahaya ini. MEKANISME MENANGANI PREJUDIS Berdasarkan beberapa kajian terperinci, sesetengah penyelidik telah mencadangkan beberapa pendekatan atau mekanisme untuk mencegah sikap prejudis. Ini termasuklah kerjasama dalam pembelajaran, hiburan, latihan lintas/silang-budaya, pegkategorian sosial dab latihan kepelbagaian. Kesemua pendekatan yang disenaraikan ini, telah mengaplikasikan sebuah teori yang dikenali sebagai Teori Perhubungan (Contact Theory) yang diperkenalkan oleh Gordon Allport pada tahun 1954. Teori Perhubungan (Contact Theory) Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, perhubungan antara kumpulan yang berlainan telah terbukti membantu dalam mengurangkan bias (Gaertner, Dovidio, & Bachman, 1996) dan memperbaiki hubungan (Brown & Mistry, 2005). Gordon Allport (1954) telah menyatakan empat syarat untuk memastikan sesebuah perhubungan itu dapat memberikan kesan yang positif. 1. Persamaan status 2. Persamaan matlamat 3. Kerjasama dalam interaksi 4. Sokongan atau keizinan pihak berkuasa Sebuah ujian meta-analytic telah mengukuhkan lagi peranan teori perhubungan dalam mengurangkan prejudis dan menghasilkan kesan yang positif terhadap hubungan antara kaum. Hasil meta-analytic daripada 696 sampel menunjukkan lebih banyak perhubungan lebih rendah prejudis (Pettigrew & Tropp, 2006). Pengetahuan tentang kaum lain yang diperolehi melalui perhubungan akan meningkatkan kefahaman dan menjelaskan segala salah faham yang berlaku. Kefahaman yang wujud akan melahirkan sikap yang lebih menyenangkan antara kaum yang berbeza. Sebuah kajian telah membuktikan bahawa sekolah yang tinggi tahap integrasi kaumnya dapat menggalakkan kefahaman antara satu sama lain dan akhirnya dapat mengekang stereotaip dan bias. Kajian yang sama menunjukkan sekolah yang kurang integrasi menyebabkan proses pembelajaran dan kefahaman antara kaum lebih sukar berlaku. Penyampaian maklumat tentang kaum lain melalui medium pengajaran biasa dan tiada perhubungan antara kaum secara 77
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
langsung kurang menunjukkan kesan terhadap sikap pelajar (Aboud & Amato, 2001). Wood dan Sonleitner (1996) juga menegaskan bahawa murid-murid dari sekolah yang terdiri dari kaum yang sama sukar untuk memperolehi pengetahuan dan empati tentang kaum lain. Hasil kajian yang lain melaporkan murid-murid dari sekolah yang tinggi tahap integrasi kaum berasa lebih selesa apabila berada dalam kalangan kaum lain berbanding murid-murid dari sekolah yang tiada integrasi (Kurlaender & Yun, 2007). Di sekolah yang tiada integrasi, sikap negatif lebih mudah terbentuk kerana fakta yang tidak tepat dan stereotaip yang disebabkan oleh kurangnya perhubungan dan interaksi dengan kaum lain (Turner, R.N., Tam, T., Hewstone, M., Kenworthy, J. & Cairns, E., 2013). Kerjasama sebagai Syarat Utama dalam Perhubungan Keempat-empat syarat perhubungan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini saling berkaitan antara satu sama lain, yang mana ketiadaan salah satu syarat akan mempengrahi keberkesanan syarat-syarat yang lain. Sebagai contoh, persamaan matlamat merupakan satu factor atau syarat yang penting (Chu & Griffey, 1985), tetapi, kepentingannya akan berkurangan apabila ia tidak hadir sekali dengan kerjasama (Gaertner, Dovidio, Rust, Nier, Banker & Ward, 1999). Hasil beberapa kajian berkaitan dengan teori perhubungan menunjukkan saling kebergantungan dalam bentuk kerjasama adalah penting untuk mengurangkan konflik antara kaum dan prejudis (Brewer, 1996). Ini disebabkan kerana kerjasama antara kumpulan kaum yang berbeza menghasilkan perasaan pembentukan satu kumpulan (Gaertner, Dovidio, Bachman, 1996). KAEDAH KAJIAN Reka Bentuk Kajian Untuk menguji kesan teori perhubungan terutamanya elemen kerjasama, sebuah eksperimen telah dijalankan. Peserta telah dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.Selain dua kumpulan ini, dua buah kumpulan perbandingan juga telah diwujudkan untuk melihat perbezaan kerjasama dalam kumpulan yang tinggi tahap integrasi dan kumpulan yang rendah tahap integrasi. Sampel Populasi Pengagihan secara Rawak Dalam kajian ini, 50 pelajar tahun pertama dari Fakulti Perubatan Veterinar yang mendaftar untuk kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia dari Universiti Putra Malaysia (Tamadun Islam dan Asia) telah dibahagikan kepada dua kumpulan menggunakan kaedah sampel rawak mudah dengan 25 orang setiap satu kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada peserta yang terlibat dalam aktiviti berkumpulan yang melibatkan kerjasama antara pelajar (iaitu kumpulan eksperimen) manakala yang lain terdiri daripada pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam program ini, iaitu kumpulan kawalan. Antara pembolehubah kawalan yang telah diketengahkan dalam kajian ini ialah jantina (lelaki atau perempuan), bangsa (Melayu, Cina, India dan peribumi Sabah dan Sarawak), umur (bermula dari 19 ke 20) dan agama (Islam, Kristian, Buddha dan Hindu). Sebagai contoh, seorang pelajar lelaki Melayu Islam, berusia 20 tahun dari Fakulti Perubatan Veterinar dipasangkan dengan pelajar lain dengan ciri-ciri yang sama. Bagi setiap kumpulan terdapat 13 perempuan Melayu Muslim, 5 perempuan Cina Buddha, 3 perempuan India Hindu, 2 lelaki Melayu Muslim, 1 perempuan Cina Kristian dan 1 perempuan Bugis Muslim. Kedua-dua kumpulan juga telah mendaftar dan belajar dalam kumpulan kuliah yang berbeza. Kumpulan eksperimen mendaftar dalam kumpulan 15 dan kumpulan kawalan mendaftar dalam kumpulan 16. Kedua-dua kumpulan adalah sangat tinggi tahap integrasi di mana mereka terdiri daripada pelajar dari latar belakang etnik dan agama yang berbeza. Dalam 78
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kumpulan 15 misalnya terdapat 25 Melayu Islam, 15 Cina Buddha, 5 India Hindu, 1 Cina Kristian, 2 Cina Tao, 1 India Kristian, 1 Dusun Kristian, 1 Iban / Kadazan Kristian, 1 Siam Buddha, 1 India / Cina Kristian dan 1 Bugis / Sungai Islam. Kumpulan Perbandingan Selain daripada kumpulan eksperimen dan kawalan, kajian ini juga mengukur dua kumpulan pelajar yang mengikuti kursus Hubungan Etnik dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Kedua-dua kumpulan pada dasarnya adalah homogen iaitu majoriti pelajar yang mendaftar adalah Melayu Islam. Setiap satu daripada kumpulan perbandingan terdiri daripada 25 orang peserta. Salah satu kumpulan perbandingan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat mengandungi 8 Lelaki Melayu Islam, 3 lelaki Cina Buddha, 11 perempuan Melayu Muslim, 1 perempuan Cina Buddha, 1 perempuan Iban Kristian dan 1 perempuan Cina Kristian manakala kumpulan perbandingan yang lain dari Fakulti Pendidikan termasuk 21 Melayu perempuan Muslim, 1 perempuan Cina Kristian dan 3 Lelaki Melayu Muslim. Pelajar-pelajar ini telah dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar untuk kumpulan terlibat. Kumpulan perbandingan telah diwujudkan untuk menguji jika kesan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan itu boleh dikaitkan dengan tahap integrasi kaum dan agama. Selain daripada bersifat homogen, kedua-dua kumpulan perbandingan ini juga dilibatkan dengan unsur kerjasama yang kurang berbanding kumpulan eksperimen. Prosedur Pengumpulan Data Penilaian Kumpulan Eksperimen Jangka masa pengumpulan data untuk kajian ini merangkumi satu semester (Semester 1 sesi 2014/2015) memandangkan pelajar perlu menganjurkan beberapa buah program. Program pertama yang dilaksanakan ialah lawatan ke rumah ibadat. Lawatan itu meliputi dua kawasan (iaitu Kuala Lumpur dan Melaka). Di Kuala Lumpur, terdapat tiga tempat yang dilawati seperti Gurdwara Tatt Khalsa, Kuil Batu Caves Sri Subramaniam dan Kuil Fo Guang Shan Dong Zen manakala di Melaka tempat yang dipilih adalah Gereja St. Francis Xavier. Lawatan ke Kuala Lumpur telah diadakan pada 2 November 2014 dan lawatan Melaka telah dijalankan pada 9 November 2014. Kumpulan yang bertanggungjawab untuk lawatan adalah kumpulan 6 dari Fakulti Pengajian Pendidikan. Program seterusnya dan yang terbesar di bawah penyelidikan ini ialah Inter-cultural Exhibition and Dialogue atau Iced 2014. Program ini terdiri daripada pameran antara budaya pada siang hari dan forum dialog antara agama yang telah dijalankan kemudian pada waktu malam. Acara ini merupakan kerjasama antara kumpulan 25 dari Fakulti Sains Komputer dan kumpulan 15 dari Fakulti Perubatan Veterinar. Dengan berakhirnya acara itu menandakan berakhirnya kerjasama di kalangan pelajar dan acara ini meruapakan pencapaian terbesar mereka. Program Inter-cultural Exhibition and Dialogue atau Iced 2014 ini telah dijalankan pada 12 Disember 2014. Ia adalah minggu ke-13 pengajaran. Alat komunikasi utama di kalangan pelajar dalam menganjurkan acara ini adalah aplikasi mudah alih “Whats App”. Sebarang perbincangan atau keputusan berlangsung di aplikasi ini. Selepas semester berakhir pada minggu ke-14 pengajaran, proses pengumpulan data juga telah berakhir. Sebagai responden dan subjek eksperimen ini, ketiga-tiga kumpulan pelajar telah diberikan set soal selidik selepas peperiksaan akhir mereka. Satu sesi khas telah dianjurkan untuk ketiga-tiga kumpulan sebagai majlis penghargaan dan sesi untuk menjawab soal selidik. Soal selidik telah diedarkan bersama-sama dengan “Arahan-arahan untuk Peserta”, “Gambaran Keseluruhan Penyelidikan” dan “Maklumat dan Persetujuan Peserta” kepada peserta untuk dibaca dan ditandatangani. Peserta dalam kumpulan ini juga telah diberikan masa sebanyak yang mereka perlukan untuk melengkapkan soal selidik tersebut 79
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Penilaian Kumpulan Kawalan Pada satu kesempatan yang lain, peserta dalam kumpulan kawalan (kumpulan 16 dari Fakulti Perubatan Veterinar) telah diberikan set borang soal selidik yang sama. Pelajar diberi masa sebanyak yang diperlukan untuk melengkapkan soal selidik tersebut. KESAN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUMPULAN TERHADAP KUALITI PERHUBUNGAN Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan perbandingan 1; dan kumpulan eksperimen dan kumpulan perbandingan 2 dalam kualiti hubungan. Perbezaan dalam kualiti hubungan mungkin dipengaruhi oleh sifat kumpulan-kumpulan ini yang berbeza dari segi komposisi etnik dan agama dan sifat program sendiri yang didedahkan kepada kumpulan-kumpulan ini. Seperti yang disebut sebelum ini, kumpulan eksperimen terdiri daripada pelajar dari Fakulti Perubatan Veterinar yang mendaftar dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di bawah kumpulan kuliah 15 manakala kumpulan kawalan juga terdiri daripada pelajar dari Fakulti Perubatan Veterinar yang mendaftar dalam kursus yang sama tetapi dalam kumpulan kuliah 16. Kedua-dua kumpulan terdiri daripada pelajar dari latar belakang etnik dan agama yang berbeza. Dua kumpulan yang lain (iaitu kumpulan perbandingan 1 dan kumpulan perbandingan 2), terdiri daripada pelajar-pelajar yang kurang kepelbagaian dari segi komposisi etnik dan agama. Majoriti pelajar dalam kumpulan perbandingan 1 adalah perempuan Melayu Islam (40 pelajar) dan hanya 1 perempuan Cina Kristian dan 1 perempuan Cina Buddha. Majoriti pelajar dalam kumpulan perbandingan 2 pula adalah lelaki Melayu Islam (16 pelajar) dan perempuan Melayu Islam (13 pelajar). Pelajar lain ialah 1 perempuan Cina Kristian, 3 lelaki Cina Buddha dan 1 perempuan Cina Buddha. Keputusan ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen (integrasi tinggi) dan dua kumpulan perbandingan (integrasi rendah) dalam kualiti hubungan. Ini bermakna bahawa kepelbagaian dan program berbentuk kerjasama mempunyai kesan ke atas kualiti hubungan. Selain daripada komposisi etnik dan agama yang berbeza dia antara kumpulan-kumpulan ini, sifat dan bentuk kerjasama yang berbeza dalam aktiviti berkumpulan mungkin mempunyai pengaruh ke atas kualiti hubungan. Pelajar dalam kumpulan eksperimen diarah untuk membahagikan diri mereka ke dalam kumpulan-kumpulan kecil yang berbeza (contoh: Kumpulan yang bertanggungjawab bagi protokol, makanan, teknikal dan penceramah) yang terdiri daripada latar belakang etnik dan agama yang pelbagai. Pelajar-pelajar telah diminta untuk menganjurkan forum dialog antara agama. Sama seperti mana-mana forum lain, forum ini melibatkan penceramah jemputan dan penonton. Oleh itu, ia memerlukan komitmen yang tinggi dan keazaman untuk melaksanakan program ini. Walaupun pelajar-pelajar ini bermula dengan kumpulan kecil yang berasingan, kerjasama semakin ketara antara mereka apabila tarikh forum semakin hampir. Kumpulan perbandingan 1 telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan lawatan ke tempat-tempat ibadat. Seperti kumpulan eksperimen, pelajar dalam kumpulan ini juga diminta untuk membahagikan diri mereka ke dalam beberapa kumpulan kecil. Antara kumpulan-kumpulan tersebut adalah: 1) Kumpulan yang bertanggungjawab untuk mengatur perjalanan di tempat-tempat ibadat di sekitar Kuala Lumpur (iaitu untuk Gurdwara Tatt Khalsa, Kuil Batu Caves Sri Subramaniam dan Kuil Fo Guang Shan Dong Zen); 2) Kumpulan yang bertanggungjawab mengatur perjalanan di tempat-tempat ibadat sekitar Melaka (iaitu St Francis Xavier Church) dan kumpulan yang bertanggungjawab mengatur perjalanan di tempat-tempat ibadat di sekitar Pulau Pinang (iaitu Masjid Kapitan Kling). Perjalanan ke Pulau Pinang bagaimanapun dibatalkan kerana beberapa masalah teknikal di saat akhir. Walau bagaimanapun, kumpulan Pulau Pinang tersebut telah ditugaskan untuk perjalanan yang lain di sekitar Selangor. 80
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Terdapat kira-kira 15 pelajar dalam setiap kumpulan ini dan mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil seperti kumpulan yang bertanggungjawab bagi keselamatan, makanan, perhubungan awam dan pengangkutan. Bentuk aktiviti seumpama ini tidak begitu memerlukan interaksi dan kerjasama yang tinggi antara ketiga-tiga kumpulan kerana mereka yang bertanggungjawab bagi perjalanan yang berbeza. Matlamat Sifat program ini berbeza daripada kumpulan eksperimen yang mana mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu menganjurkan forum yang sama. Kumpulan perbandingan 1 pula tidak berteraskan matlamat yang sama misalnya terdapat satu kumpulan bagi perjalanan Kuala Lumpur dan terdapat satu kumpulan bagi perjalanan Melaka. Begitu juga dengan kumpulan perbandingan 2. Sifat program itu sendiri tidak membawa kepada tahap kerjasama yang tinggi dalam kalangan pelajar. Tema bagi kumpulan ini adalah pameran. Oleh itu, pelajar telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil seperti kumpulan yang bertanggungjawab dalam pameran seni mempertahankan diri, makanan, kaligrafi, muzik tradisional dan perubatan tradisional. Terdapat kira-kira lima hingga enam orang pelajar dalam satu kumpulan. Sama seperti kumpulan perbandingan 1, kumpulan perbandingan 2 juga tidak memfokuskan pada matlamat yang sama. Setiap kumpulan hanya melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pameran mereka sendiri. Oleh yang demikian, tidak wujud interaksi yang aktif dan kerjasama dalam kalangan kumpulan pameran. Secara ringkasnya, kualiti hubungan boleh diperbaiki melalui interaksi dalam bentuk kerjasama antara kumpulan etnik dan agama yang pelbagai. Satu lagi penemuan penting bagi kajian ini adalah kepentingan kerjasama antara kumpulan yang tinggi tahap integrasi ke arah kualiti hubungan. Kajian ini membuktikan bahawa, kualiti hubungan, hanya dapat diperbaiki jika terdapat unsur kerjasama dalam sesebuah perhubungan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, untuk mendapatkan manfaat daripada hubungan antara kaum, kesemua empat syarat hubungan yang dicadangkan mesti wujud bersama-sama dan kerjasama adalah salah satu elemen yang sangat penting. Peranan kerjasama dalam hubungan disokong oleh beberapa penyelidik seperti Brewer (1996) dan; Gaertner, Dovidio dan Bachman (1996). KESIMPULAN Walaupun Malaysia adalah negara yang pelbagai etnik, agama dan budaya namun kepelbagaian ini kurang diuruskan dengan baik. Ini dapat dibuktikan dengan terdapatnya isu-isu sensitif yang berkaitan etnik dan agama dari masa ke masa. Melalui kajian ini, dapat difahami bahawa sesuatu hubungan yang terjalin tidak akan bermakna jika tidak memenuhi empat syarat yang dikemukakan oleh Gordon Allport terutamanya elemen kerjasama antara kaum. Dalam erti kata lain, hubungan yang sekadar terjalin di sekolah, tempat kerja mahupun pasar raya tidak mempunyai nilai dan kualiti yang tinggi sekiranya empat syarat tersebut tidak dapat dipenuhi. Selain interaksi yang memerlukan kerjasama, tahap integrasi yang tinggi juga dapat memastikan kualiti hubungan yang baik. Masyarakat yang homogen dan tidak pelbagai akan kurang interaksi dengan etnik atau penganut agama lain lantas sukar untuk memperbaiki hubungan. RUJUKAN Abdul Rahman Embong. (2001). The Culture and practice of pluralism in post-colonial Malaysia in R. W. Hefner (ed), The politics of multiculturalism: pluralism and citizenship in Malaysia, Singapore, and Indonesia (pp. 59-87). University of Hawai’i Press. Aboud, F. E., & Amato, M. (2001). Developmental and socialization influences on intergroup bias. In R. Brown & S.L. Gaertner (Eds.), Blackwell handbook of social psychology: intergroup processes (pp. 65-85). Oxford: Blackwell. Adorno, T. W., Frenkel-Brunswik, E., Levinson, D. J., & Sanford, R. N. (1950). The authoritarian personality. New York: Harper & Brothers. 81
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Allport, G.W. (1954). The nature of prejudice. Cambridge, Mass: Addison-Wesley. Allport, G.W. (1979). The nature of prejudice: Unabridged, forwarded by Thomas Pettigrew, Reading: Addison-Wesley. American Psychological Association. (2001). Declaration for the UN world conference against racism, racial discrimination, xenophobia, and related intolerance. Retrieved October 10, 2011. http://wwwapaorg/pi/oema/racismdeclarationpdf Arfah Ab. Majid. (2013). Inter-religious Dialogue in Malaysia: A Study of the Dialogue Designs and Their Effects on Level of Prejudice and Understanding. Unpublished doctoral thesis. International Islamic Universiti Malaysia. Azizan Baharudin. (2008). Peranan dialog peradaban di dalam wacana “Tamadun Malaysia” [The role of civilizational dialogue in the discourse of “Malaysia Civilization]. Jurnal peradaban. Vol. 1, 1-14. Brewer, M. B. & Miller, N. (1984). Beyond the contact hypothesis: Theoretical perspectives on desegregation. In N. Miller & M. B. Brewer (Eds), Groups in contact: The psychology of desegregation (pp. 281-302). Orlando, FL: Academic Press. Brown., A & Mistry., T. (2005). Group work with “mixed membership” groups: Issues of race and gender. Social Work with groups. 28 (3/4), 133-148. Demoulin, S., Leyens, J. P., & Dovidio, J. F. (Eds.). (in press). Intergroup misunderstandings: Impact of divergent social realities. Philadelphia: Psychology Press. Dessel, A., Rogge, M., & Garlington, S. (2006). Using intergroup dialogue to promote social justice and change. Social work, 51(4), 303-315. Enhancing tolerance in Malaysia. (2009). Retrieved 28 February 2010. http://www.heraldmalaysia.com/news/storydetails.php/Enhancing-Tolerance-in Malaysia Gaertner, S. L., Dovidio, J. F., & Bachman, B. A. (1996). Revisiting the contact hypothesis: The induction of a common in-group identity. International Journal of Intercultural Relations,20 (3 & 4), 271-290. Special Issue: International Congress on Prejudice, Discrimination and Conflict, Jerusalem, Israel. Ghazali Basri (2005), Dialog antara Agama di Malaysia [Inter-religious dialogue in Malaysia]. Kuala Lumpur. Pusat Dialog Peradaban. UM. ´IsmÉÑÊl RÉjÊ al-FÉrËqÊ. (1992). Islam and Christianity: Diatribe or dialogue. In L. Swidler (Ed.). Muslims in dialogue: The evolution of a dialogue (pp. 1-35) Lewiston,NY: The Edwin Mellen Press. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2005). Interaksi dan dialog agama (Dialog peradaban): Satu paparan [Interaction and religious dialogue (Dialogue of civilisations): An overview]. In Azizan Baharuddin (ed.). Islam dan dialog peradaban: Satu perspektif (pp. 91-121). Universiti Malaya: Pusat Dialog Peradaban. Khairulnizam Mat Karim & Suzy Aziziyana Saili. (2012, September). The role of interfaith dialogue in societal development: Malaysian experience. Paper presented at World Conference on Islamic Thought 2012: Contemporary Challenges and Realities organized by Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak. Michal Kurlaender and John T. Yun, “Measuring School Racial Composition and Student Outcomes in a Multiracial Society,” American Journal of Education (2007). v113 n2 p213243 Feb 2007, University of Chicago Press. Muhammad Farid Muhammmad Shahran. (2008, January). Dialog antara Agama dan peradaban: Perspektif agama dan tamadun [Inter-religious and inter-civilizational dialogue: Religious and civilizational perspectives]. Paper presented at Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban organized by Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. Nagda, B., Gurin, P., & Zuniga, X. (2008). A multi-university evaluation of the educational effects of inter-group dialogue. Retrieved February. 23, 2010. http://depts.washington.edu/ sswweb/resweb/project.php?id61. 82
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Osman Bakar. (2008). Malaysian Islam in the twenty-first century: The promise of a democratic transformation?. In J. L. Esposito, J. O. Voll and B. Osman (Eds.) Asian Islam in the 21st century (pp 81-108), Oxford University Press. Paluck, E. L., & Green, D. P. (2009). Prejudice reduction: What works? A Review and assessment of research and practice. Annual review of psychology, 60. 339-367 Peter B. Wood and Nancy Sonleitner, “The Effect of Childhood Interracial Contact on Adult Antiblack Prejudice,” Journal of Intercultural Relations 20, no. 1 (1996): 1-17. Pettigrew, T. F. (1998). Inter-group contact theory. Annual review of psychology, 49, 65–85. Pettigrew., T.F & Tropp., L.R. (2006). A meta-analytic test of intergroup contact theory. Journal of Personality and Social Psychology, 90, 751-783. Rohaini Amin, Ayu Nor Azilah Mohamad & Nor Azlina Binti Endut (2011, December). Dialog dan keterbukaan: Kepentingannya kepada perpaduan di dalam peradaban di Malaysia[Dialogue and openness: Its importance towards unity in Malaysian civilization]. Paper presented at Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional organized by Majlis Professor Negara, Kuala Lumpur. Schoem, D., Hurtado, S., Sevig, T., Chesler, M. & Sumida, S. H. (2001). Intergroup dialogue: Democracy at work in theory and practice. In D., Schoem. & S, Hurtado (Eds.). Intergroup dialogue: Deliberative democracy in school, college, community and workplace (pp.1-21). Ann Arbor: University of Michigan Press. Sidanius, J. & Pratto, F. (1999). Social dominance: An inter-group theory of social hierarchy and oppression. New York: Cambridge University Press. Sri Rahayu Ismail, Zaid Ahmad, Haslinda Abdullah & Norbaya Ahmad. (2009). The sociopsychological dimension of ethnic relations in Malaysia. European journal of social sciences. 12 (1). 76-82. Stephan, W. G. & Stephan, C. W. (1993). Cognition and affect in stereotyping: Parallel interactive networks. In D. M. Mackie and D. L. Hamilton (eds.), Affect, cognition and stereotyping: Interactive processes in group perception. (pp. 111-136). Orlando, FL: Academic Press. Stephan, W. G. & Stephan., C.W. (2000). An Integrated threat theory of prejudice. In C. Oskamp, S. (Ed.). Reducing prejudice and discrimination. (pp. 23-46). Mahwah, New Jersey London: Lawrence Erlbaum Associates. Sternberg., R.J. (2003). A duplex theory of hate: Development and application to terrorism massacres and genocide. Review of general psychology, 7(3). 299-328. Tajfel, H. & Turner, J. C. (1979). An integrative theory of inter-group conflict. In W. G. Austin & S. Worchel (eds.), The social psychology of inter-group relations (pp. 33-48). Monterey, CA: Brooks/Cole. Tan, S. K. (2011). Public confidence in state of ethnic relations decline. Retrieved July 22, 2012. www.merdeka.org Turner, R.N., Tam, T., Hewstone, M., Kenworthy, J. & Cairns, E. (2013). Contact between Catholic and Protestant schoolchildren in Northern Ireland. Journal of Applied Social Psychology, 43, E216-E228.
83
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
POLA SOKONGAN PENGUNDI SELANGOR TERHADAP TOKOH PEMIMPIN MENJELANG PRU14 Mohd Mahadee Ismail, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, Arvin Tajari Abstrak Makalah ini membincangkan tentang pola sokongan pengundi Selangor terhadap tokoh kepimpinan peringkat negeri dan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Sepertimana yang diketahui umum, dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Pakatan Rakyat telah berjaya mempertahankan kekuasaan mereka di Selangor. Salah satu faktor yang dikenal pasti adalah keyakinan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang telah berjaya menjana pendapatan negeri dengan lebih kukuh dan membawa beberapa perubahan yang diharapkan. Akan tetapi, teraju kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dapat bertahan ekoran pengenalan ‘Langkah Kajang’ pada bulan September 2014 dengan tujuan untuk menggantikan jawatan Menteri Besar kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Krisis tersebut menjadi pencetus kepada pergolakan dalam Pakatan Rakyat apabila PAS cuba mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim manakala PKR dan DAP menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar yang baharu. Setelah gagal mengangkat Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, akhirnya Dato’ Seri Azmin Ali telah dilantik ke jawatan tersebut. Begitu juga dengan apa yang berlaku di peringkat nasional apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tun Dr Mahathir Mohamad telah melontarkan pelbagai kritikan dan mendesak agar Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Rentetan dari itu, kegagalan dalam penyelesaian isu 1MDB dan sumbangan derma bernilai 2.6 billion ringgit sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu mula mempertikaikan kredibiliti Dato’ Seri Najib Tun Razak. Akibatnya, berlaku rombakan kabinet di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Dato’ Seri Shafie Apdal selaku Naib Presiden UMNO telah digugurkan dari menganggotai kabinet baru. Krisis kepimpinan yang berlaku di peringkat negeri Selangor dan di peringkat nasional sudah pasti membawa satu persepsi baru dalam kalangan pengundi. Sehubungan dengan itu, satu kajian khusus telah dijalankan dalam kalangan pengundi di Selangor untuk melihat sokongan terhadap tokoh pemimpin khususnya menjelang PRU14 nanti. Kajian ini melibatkan seramai 393 orang responden yang terdiri daripada pengundi berdaftar yang telah diedarkan di lapan kawasan Parlimen di negeri Selangor.
PENGENALAN Pola sokongan pengundi terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri boleh berubah dari masa ke semasa. Perubahan pola sokongan yang berlaku sama ada meningkat, menurun atau statik bergantung kepada banyak faktor merangkumi personaliti, parti, isu-isu semasa dan pelbagai lagi. Dalam keadaan biasa tanpa isu-isu yang panas, sokongan terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik mungkin statik dan mungkin juga meningkat. Tetapi, berdasarkan kepada generalisasi umum, boleh kita katakan pola sokongan terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik mungkin menurun sekiranya wujud isu-isu panas yang tidak dapat diselesaikan dengan sempurna atau tidak menyebelahi kehendak rakyat. Adakah generalisasi tersebut tepat dalam melihat pola sokongan pengundi khususnya dalam persekitaran yang masih jauh dari pilihan raya umum akan datang? Atau mungkin 84
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sebaliknya yang akan berlaku. Bagi mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan tersebut, satu kajian khusus telah dilaksanakan dalam kalangan pengundi Selangor untuk melihat dinamika pola sokongan pengundi terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik di peringkat pusat dan juga peringkat negeri. Kajian ini walaupun dijalankan dalam tempoh waktu yang agak singkat, tetapi telah memberikan suatu gambaran awal yang bersifat kontemporari tentang persepsi pengundi yang sentiasa menjadi pemerhati setia terhadap perkembangan politik tanah air. Persepsi mereka perlu dinilai dengan telus dan terbuka supaya tidak condong kepada manamana pihak yang berkepentingan. SOROTAN KEMELUT KEPIMPINAN POLITIK Kepimpinan di Selangor telah dikuasai oleh pemimpin dari Pakatan Rakyat semenjak PRU12 dan penguasaan mereka semakin kukuh selepas PRU13. Berdasarkan kepada pola sokongan pengundi melalui kedua-dua pilihan raya umum tersebut, sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin kuat dan semakin mendapat tempat di hati para pengundi. Dengan kata lain, walaupun Barisan Nasional berjaya mengekalkan kekuasaan di peringkat nasional, tetapi di Selangor sokongan pengundi semakin merosot. Kepimpinan dan tokohtokoh popular Barisan Nasional tidak lagi diberi mandat oleh pengundi. Dari itu, timbul pelbagai persoalan kenapa suasana ini berlaku, apakah faktor-faktor yang mendorong berlakunya perubahan yang cukup dramatik terhadap pemerintahan Barisan Nasional yang menerajui kepimpinan negara sejak merdeka hingga ke saat ini. Adakah ini suatu petanda perubahan masyarakat yang giat berlaku kesan dari modenisasi, perkembangan teknologi, globalisasi, migrasi dan pelbagai lagi yang membawa impak langsung pada perkembangan politik Malaysia? Selain itu, adakah pola sokongan pengundi ini akan kekal menjelang PRU14 nanti? Perkembangan politik Malaysia mutakhir ini nampak semakin kusut dan bercelaru terutamanya selepas wujud pelbagai isu di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri, perpecahan dalam parti mahupun perpecahan kerjasama antara parti. Perkembanganperkembangan sedemikian dijangkakan akan mempengaruhi pola sokongan semasa pengundi yang dilihat semakin matang dan sentiasa mengikuti perkembangan politik arus perdana. Sekiranya dilihat dari sudut isu, di peringkat nasional wujud pelbagai isu yang telah mengegarkan politik Malaysia seperti isu 1MDB, sumbangan derma bernilai 2.6 billion ringgit yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, pengenalan Good and Service Tax (GST), kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar baru tol, kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup, masalah rasuah, peningkatan kadar jenayah dan pelbagai lagi. Sebahagian daripada isu-isu tersebut gagal dijelaskan dengan baik kepada rakyat yang sekian hari menuntut keadilan, ketelusan dan integriti dalam kepimpinan negara. Tambahan lagi rakyat mula mempertikaikan kredibiliti kepimpinan negara apabila terdapat jemaah menteri yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengguris hati rakyat. Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional terus mendapat tamparan hebat apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tun Dr Mahathir Mohamad telah melontarkan pelbagai kritikan, mempertikaikan pelbagai keputusan kerajaan dan mula mendesak agar Dato’ Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Rentetan dari itu, kegagalan dalam penyelesaian isu 1MDB dan sumbangan derma bernilai 2.6 billion ringgit sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu mula mempertikaikan kredibiliti Dato’ Seri Najib Tun Razak. Akibatnya, berlaku rombakan kabinet di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Dato’ Seri Shafie Apdal selaku Naib Presiden UMNO telah digugurkan dari menganggotai kabinet baru. Tindakan tersebut bukan sahaja mencetuskan perpecahan dalam UMNO malah membawa satu persepsi negatif dalam kalangan rakyat jelata. 85
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dalam pada itu, pentadbiran kerajaan negeri Selangor juga turut dilanda krisis yang hebat dan isu-isu dalaman. Antara krisis utama yang berlaku di Selangor ialah krisis jawatan Menteri Besar selepas pengenalan ‘Langkah Kajang’ (September 2014) yang bertujuan untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Krisis tersebut menjadi pencetus kepada pergolakan dalam Pakatan Rakyat apabila PAS cuba mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim manakala PKR dan DAP menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar yang baharu. Setelah gagal mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS kemudiannya telah menyokong Dato’ Seri Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu dan menolak pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail atas alasan wanita tidak sesuai memegang jawatan yang besar tersebut. Akhirnya Dato’ Seri Azmin Ali telah dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu. Selain itu, pentadbiran kerajaan negeri Selangor turut dilanda pelbagai kontroversi lain seperti isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), projek lebuhraya KIDEX, pengurusan air, pengurusan sampah dan pelbagai lagi. Pergolakan dalam Pakatan Rakyat semakin retak apabila PAS cuba membentang pelaksanaan Enakmen Hukum Kanun Jenayah Syariah II (Kelantan) di Parlimen. Usul tersebut telah ditentang sekeras-kerasnya oleh DAP dan tidak mendapat sokongan daripada PKR. Isu tersebut bukan sahaja membawa keretakan dalam hubungan kerjasama Pakatan Rakyat tetapi telah mencetuskan perpecahan dalaman PAS. PAS dilanda krisis serius selepas Muktamar pada bulan Jun 2015 yang membawa kepada penubuhan Parti Amanah Nasional (PAN) pada September 2015 di mana sebilangan pemimpin popular PAS telah berhijrah ke PAN. Penubuhan PAN telah mendorong kepada penubuhan Pakatan Harapan yang melibatkan kerjasama di antara DAP, PKR dan PAN. Namun begitu, dalam konteks Selangor, kerjasama melalui Pakatan Rakyat di antara PKR dan PAS masih lagi dikekalkan. Perkembangan sedemikian telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat khususnya pengundi Selangor yang tidak pasti haluan sebenar dan bentuk integrasi politik yang sedang berlaku. Isu-isu yang wujud di peringkat nasional yang banyak melibatkan Barisan Nasional dan isu-isu di peringkat negeri yang banyak melibatkan Pakatan Rakyat serta Pakatan Harapan secara langsung mahupun tidak langsung dijangka mempengaruhi persepsi dan seterusnya pola sokongan pengundi. Parti mana yang dapat mengambil manfaat dan parti mana yang terkesan daripada isu-isu yang wujud tersebut bergantung sepenuhnya kepada bentuk pendekatan dan penyelesaian yang diambil oleh parti-parti yang terlibat. Dari itu wujud persoalan apakah reaksi penduduk di Selangor terhadap isu-isu yang wujud di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri? Apakah pola sokongan mereka terhadap tokoh-tokoh kepimpinan politik di peringkat nasional dan juga di peringkat negeri? RANGKUMAN KONSEP KEPIMPINAN POLITIK Umumnya, kepimpinan wujud dari perkataan pemimpin. Pemimpin merujuk kepada seseorang individu yang memiliki kemampuan tertentu untuk mempengaruhi perlakuan orang lain melalui pemikiran, kata-kata, kedudukan, tindakan dan perbuatan (Shamsul, 1990: 100). Pemimpin dan kepimpinan wujud dalam pelbagai bentuk persekitaran, peringkat mahupun budaya. Persekitaran, peringkat dan budaya yang berbeza menjadi penentu kepada kepimpinan yang berbeza-beza. Walau apapun keadaannya, aspek kepimpinan ini sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan yang dilalui oleh sesebuah masyarakat. Begitu juga dengan konsep kepimpinan turut berubah dan berkembang mengikut apa yang dilalui oleh masyarakat (Chek Mat, 2007). Akan tetapi, cara gaya kepimpinan yang ideal akan terus terpelihara meskipun persekitaran masyarakat telah berubah. Perkara yang sama juga turut berlaku dalam takrifan kepimpinan. Suatu masa dahulu, kepimpinan ditakrifkan sebagai “kesanggupan menggerakkan sekelompok manusia ke arah tujuan bersama dengan menggunakan daya fizikal dan kerohanian yang ada dalam kelompok tersebut” (Chek Mat, 2007: 24). Kemudiannya kepimpinan ditakrifkan 86
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sebagai “setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat” (Chek Mat, 2007: 24). Merujuk kepada Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam (2009: 58), kepimpinan boleh ditakrifkan sebagai “sifat pentadbir yang mengurus sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat tertentu”. Bagi Heywood (2013) pula, kepimpinan boleh difahami sebagai satu corak tingkah laku atau sifat peribadi individu. Kepimpinan sebagai satu corak tingkah laku individu melibatkan elemen pengaruh-mempengaruhi orang lain atau pengaruh sesebuah perkumpulan ke atas perkumpulan yang lebih besar untuk menganjurkan atau mengarahkan usaha ke arah mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan (Heywood, 2013). Di samping itu, kepimpinan sebagai sifat peribadi merujuk kepada sifat-sifat watak atau karakter tertentu yang membolehkan pemimpin untuk mempengaruhi orang lain (Heywood, 2013). Walaupun apapun takrifan tentang kepimpinan, elemen yang melahirkan kepimpinan adalah pengikut. Tanpa pengikut maka tidak akan wujud pemimpin dan seseorang pemimpin tidak boleh untuk menanam pengaruh mereka. Maka tidak akan lahir elemen kepimpinan. Kepimpinan politik pula merujuk kepada “gaya kepimpinan seseorang ketua dalam bidang politik yang mencakupi ketua kerajaan, presiden parti atau pemimpin pembangkang di mana kedudukan mereka sangat penting dalam masyarakat” (Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam, 2009: 59). Mereka mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam mempengaruhi masyarakat melalui interaksi yang berlaku secara langsung mahupun tidak langsung. Bagi Piege (1977), kepimpinan politik wujud dengan lahirnya interaksi antara individu, adanya organisasi, perlunya peranan tertentu dimainkan, ada nilai dan latar tertentu yang berkaitan dengan aktor politik. Kepimpinan politik dipilih bagi mewakili perkumpulan tertentu dalam menunaikan tanggungjawab khususnya dalam hal untuk menyusun dan mengurus perkumpulan berkenaan (Keesing, 1989). Elemen yang menjadi teras dalam konteks kepimpinan ini ialah politik. Dimensi yang paling dominan dalam mengupas konsep kepimpinan politik ialah pengaruh. Seseorang pemimpin politik akan cuba mempengaruhi orang lain untuk patuh kepada mereka, memberikan kesetiaan yang tinggi dan menguasai pemikiran mereka. Lagi tinggi autoriti yang ada pada mereka, maka lagi kuatlah pengaruh yang boleh ditanam. Dimensi kedua ialah kekuasaan. Pemimpin politik biasanya mempunyai autoriti atau kuasa tertentu yang sukar dicabar mahupun digugat. Mereka memperolehi kuasa secara sah melalui unit politik yang diwakilinya (Herman, 1977). Dengan kuasa yang ada, pemimpin politik mampu mengarah dan mengawal tindakan individu lain (Jamaie, 2006). Pendekatan seseorang pemimpin dalam mengarah, mengawal, mempengaruhi orang lain secara prinsipnya bukanlah dilakukan dengan tujuan menunjukkan autoriti yang ada pada mereka tetapi lebih kepada untuk mencapai matlamat tertentu yang disasarkan (Jamaie, 2006). Dimensi ketiga ialah ideologi yang dibawa oleh pemimpin. Ideologi yang dibawa akan mempunyai impak langsung ke atas matlamat yang hendak dicapai. Bagaimana seseorang pemimpin mengetengahkan ideologi yang dipegang bergantung kepada kreativiti, kepintaran dan strategi yang disusun dalam meyakinkan para pengikutnya. Dalam konteks ini akan melibatkan keupayaan pemimpin untuk mengurus, menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran semasa yang wujud. Keberkesanan gaya kepimpinan politik seseorang pemimpin pula bergantung kepada beberapa faktor kepimpinan seperti latar belakang individu, pengalaman personal, pendidikan yang diperolehi dan kualiti peribadi (Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam, 2009). Selain itu, ia juga turut dipengaruhi oleh dominasi etnik yang diwakilinya (Jamaie, 2006). METODOLOGI KAJIAN Dalam sesebuah penyelidikan, terdapat beberapa bentuk pilihan metodologi sama ada kualitatif, kauntitatif atau gabungan di antara kualitatif dengan kuantitatif. Setiap pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Oleh kerana kajian ini memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerikal, maka penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai metod utama. Asasnya, penyelidikan kuantitatif menjana statistik melalui pendekatan kajian tinjauan bersaiz sampel besar yang pada kebiasaannya menggunakan kaedah seperti 87
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
borang soal selidik atau temu bual berstruktur. Pemilihan metodologi penyelidikan kuantitatif ini memberi kesempatan kepada pasukan kajian untuk memahami secara statistikal sesuatu pola yang wujud dalam menjelaskan fenomena yang sedang berlangsung melalui pengumpulan data empirikal. Di samping itu, penyelidikan ini turut mengaplikasi pendekatan kualitatif bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam tentang isu-isu politik yang wujud dalam persekitaran masyarakat yang dikaji. Secara spesifiknya, kaedah penyelidikan yang telah digunakan ialah pendekatan kuantitatif yang disokong oleh pendekatan kualitatif. Pendekatan kuantitatif telah mengaplikasikan teknik survey menggunakan borang soalselidik manakala pendekatan kualitatif telah menggunakan teknik Perbincangan Meja Bulat (Round Table Discussion). Penyelidikan ini telah mengaplikasi pendekatan Perbincangan Meja Bulat (RTD) yang lebih bersifat perbincangan dua hala. Bentuk perbincangan meja bulat yang diaplikasi dalam penyelidikan ini dipecahkan kepada dua pendekatan utama iaitu; (i) RTD bersama pimpinan parti peringkat grassroot di mana perbincangan dibuat dalam kumpulan-kumpulan kecil. Melalui pendekatan ini, RTD berjaya dilaksanakan dengan parti UMNO, PKR, DAP, PAN; dan (ii) RTD bersama pimpinan tertinggi parti politik. RTD ini lebih bersifat focus group discussion yang telah berjaya dilaksanakan dengan pimpinan tertinggi UMNO dan PAS di Selangor. Melalui RTD yang telah dilaksanakan, pasukan kajian telah berjaya mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci terhadap sesuatu isu yang wujud dalam parti, mendapatkan maklumat semasa tentang perkembangan parti dan menilai kekuatan serta kelemahan semasa parti politik. Penggunaan kedua-dua kaedah ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan terperinci dari pelbagai sudut dan pandangan tentang pola sokongan pengundi serta perkembangan politik semasa di Selangor. Populasi kajian ini adalah terlalu besar melibatkan semua pengundi berdaftar bagi negeri Selangor. Dengan kata lain, populasi kajian adalah golongan yang berumur 21 tahun ke atas dan telah mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Kriteria tersebut telah dijadikan elemen utama dalam mentakrifkan populasi kajian ini. Berdasarkan kepada laporan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya, jumlah pemilih berdaftar bagi negeri Selangor sehingga tahun 2015 ialah sebanyak 2,068,987 orang. Jumlah populasi tersebut telah dijadikan asas dalam penentuan kerangka persampelan kajian ini. Unit persampelan merupakan elemen atau satu set elemen yang dipertimbangkan untuk dipilih sebagai sampel dalam sesebuah kajian. Dalam penentuan sampel kajian, kajian ini memusatkan kepada semua ahli dalam populasi yang telah ditakrifkan. Memandangkan ahli populasi yang ditakrifkan adalah terlalu besar, kajian ini telah menggunakan pendekatan yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) dalam penentuan saiz sampel sesebuah populasi. Populasi keseluruhan bagi negeri Selangor adalah melebihi 100,000 sepertimana yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) memerlukan saiz sampel sekurangkurangnya 384 responden. Oleh itu, kajian ini telah mensasarkan saiz sampel sebanyak 400 responden pengundi Selangor. Berdasarkan kepada dapatan borang soal selidik yang berjaya diperolehi, jumlah keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 393 orang responden. Jumlah tersebut telah memenuhi kriteria asas yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Satu lagi prosedur yang dipatuhi dalam penentuan sampel kajian ialah jenis-jenis persampelan. Kajian ini telah mengaplikasi jenis persampelan kebarangkalian rawak mudah di mana kumpulan sasar responden kajian adalah kumpulan yang boleh mengundi. Setiap elemen dalam populasi yang dikaji mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Oleh itu, jenis persampelan kebarangkalian rawak mudah amat bertepatan digunakan bagi kajian ini memandangkan populasi adalah terlalu besar. Namun begitu, walaupun kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah, pemilihan responden berdasarkan kepada jantina dan kumpulan etnik tetap diberikan perhatian utama dalam menggambarkan kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat dan kawasan kajian. 88
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dari segi lokasi kajian, kajian ini memberikan tumpuan terhadap negeri Selangor yang menjadi tumpuan utama parti Barisan Nasional khususnya untuk mengambil alih teraju pemerintahan negeri. Berdasarkan kepada statistik pilihan raya umum ke-13, sebanyak 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang telah dipertandingkan di negeri Selangor (Harian Metro, 2013). Daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan tersebut, sebanyak lima kerusi Parlimen dimenangi oleh Barisan Nasional, empat kerusi Parlimen dimenangi oleh PAS, 11 kerusi Parlimen dimenangi oleh PKR dan empat kerusi Parlimen dimenangi oleh DAP. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula, sebanyak 12 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional, 15 kerusi masing-masing dimenangi oleh PAS dan DAP, serta 14 kerusi dimenangi oleh PKR. Dengan jumlah sebanyak 44 kerusi Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat telah berjaya mengekalkan pemerintahan di Selangor (Harian Metro, 2013). Dari senario yang dipaparkan tersebut, kajian ini hanya memfokuskan lapan kawasan Parlimen di negeri Selangor sebagai lokasi kajian. Kawasan kajian yang dimaksudkan tersebut merangkumi; (i) Dua kawasan yang telah di Barisan Nasional iaitu Kuala Selangor dan Tanjong Karang; (ii) Dua kawasan yang telah dimenangi oleh PAS iaitu Hulu Langat dan Shah Alam; (iii) Dua kawasan yang telah dimenangi oleh PKR iaitu Subang dan Ampang; dan (iv) Dua kawasan yang telah dimenangi oleh DAP iaitu Puchong dan Petaling Jaya Utara. Bagi kawasan Parlimen Kuala Selangor, ia melibatkan tiga DUN iaitu Bukit Melawati, Ijok dan Jeram, sementara itu bagi kawasan Parlimen Tanjong Karang, ia melibatkan DUN Sungai Burong dan DUN Permatang. Kawasan Parlimen Hulu Langat melibatkan tiga DUN iaitu Dusun Tua, Semenyih dan Kajang manakala kawasan Parlimen Shah Alam pula merangkumi DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga. Bagi kawasan Parlimen Subang, ia melibatkan DUN Bukit Lanjan, Paya Jaras dan Kota Damansara manakala kawasan Parlimen Ampang, merangkumi dua DUN iaitu Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya. Kawasan Parlimen Puchong pula melibatkan dua DUN iaitu Seri Serdang dan Kinrara serta kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara merangkumi DUN Kampung Tunku dan Damansara Utama. Pemilihan lokasi kajian sepertimana yang dipaparkan di atas dapat menjelaskan situasi semasa perkembangan politik di Selangor. Kawasan kajian yang dipilih tidak hanya tertumpu di kawasan yang dimenangi oleh satu pihak sahaja tetapi melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam situasi yang berbeza. Di satu pihak, Barisan Nasional membentuk kerajaan di peringkat nasional dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang. Manakala di pihak yang lain pula, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dan Barisan Nasional menjadi pembangkang. Situasi ini memaparkan fenomena sokongan yang berperingkat-peringkat dan pemilihan lokasi dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang adalah penting dalam mengambarkan keadaan semasa politik di Selangor. PROFIL RESPONDEN Daripada 393 orang responden yang mengambil bahagian, 60.7 peratus adalah lelaki dan 39.3 peratus adalah responden wanita. Kebanyakan responden masih berada dalam ketegori umur 21-29 tahun, iaitu sebanyak 41.5 peratus. Kategori umur 30-39 tahun sebanyak 27.5 peratus, kategori umur 40-59 tahun sebanyak 16.8 peratus, kategori 50-59 sebanyak 10.2 peratus dan kategori 60 tahun dan ke atas sebanyak 4.1 ke atas. Secara ringkas, dari segi umur didapati responden dalam kajian ini terdiri daripada golongan muda (41.5 peratus).
89
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 1.1: Profil Responden Selangor KATEGORI UMUR JANTINA ETNIK KELAYAKAN AKADEMIK SEKTOR PERKERJAAN PENDAPATAN (RM)
PERATUS (%) 21-29 41.5
30-39 27.5
40-49 16.8
Lelaki 60.7 Melayu 72.6 Sek. Rendah & Menengah 27.1
60 ke atas 4.1
Perempuan 39.3
Cina 12.8 Sijil Kemahiran 3.6
India 11.5
Bumiputera 2.6
Lain-lain 0.5
Diploma 32
Ijazah 34.3
Lain-lain 3.1
Kerajaan 26.5 3000 ke bawah 57
50-59 10.2
Swasta 73.5
3001-6000 29
6001-9000 5.5
9001 ke atas 8.5
Dari segi etnik, pengundi Melayu merupakan 72.6 peratus, pengundi Cina sebanyak 12.8, India sebanyak 11.5 peratus, Bumiputera (Sabah dan Sarawak) sebanyak 2.6 peratus dan lain-lain sebanyak 0.5 peratus. Dari segi kelayakkan akademik, sebanyak 34.3 peratus memiliki Ijazah, sebanyak 32 peratus memiliki Diploma, sebanyak 3.6 peratus memiliki sijil kemahiran, 27.1 peratus terdiri daripada lepasan sekolah rendah dan menengah dan 3.1 peratus lain-lain. Dari segi sektor pekerjaan pula, majoriti responden iaitu sebanyak 73.5 peratus bekerja di sektor swasta dan selebihnya iaitu sebanyak 26.5 peratus bekerja disektor kerajaan. Dari segi pendapatan, majoriti responden iaitu sebanyak 57 peratus berpendapatan bawah RM3000 sebulan. Sebanyak 29 peratus berpendapatan antara RM3001 hingga RM6000 sebulan, sebanyak 5.5 peratus dan 8.5 peratus lagi berpendapatan antara RM6001 hingga RM9000 sebulan dan melebihi RM9001 sebulan. PERSEPSI TERHADAP PRESTASI KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI Rajah 1.2 di bawah menunjukkan persepsi responden terhadap prestasi kerajaan pusat. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 65.1 peratus responden menyatakan prestasi kerajaan pusat tidak berkesan. Dengan erti kata lain, kerajaan pusat dilihat gagal menyelesaikan masalah utama yang dihadapi oleh rakyat, khususnya dalam mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih baik, memastikan kos hidup tidak meningkat, kenaikan harga barangan dapat dikawal dengan sistematik dan tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan dengan sewenangwenangnya.
Rajah 1.2: Persepsi Terhadap Prestasi Kerajaan Pusat
90
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1.3 pula menunjukkan penilaian responden terhadap prestasi kerajaan negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 66.2 peratus responden berpendapat kerajaan negeri telah berjaya menunjukkan prestasi semasa yang efektif. Data ini menunjukkan bahawa, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dilihat positif dan mempunyai polisi yang diyakini oleh rakyat umumnya. Perkembangan sedemikian memberikan gambaran bahawa para pengundi Selangor lebih percaya dan yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan pusat.
Rajah 1.3: Persepsi Terhadap Prestasi Kerajaan Negeri
PENILAIAN TERHADAP PERINGKAT NEGERI
ISU
SEMASA
PERINGKAT
NASIONAL
DAN
Rajah 1.4 menunjukkan penilaian responden terhadap isu-isu semasa peringkat nasional. Didapati bahawa majoriti responden tidak puas hati dengan isu kenaikan harga barang (93.9 peratus), perlaksanaan GST (92.8 peratus), kejatuhan nilai ringgit (81.6 peratus), situasi rasuah (79.7 peratus), pekerja asing (74.5 peratus), kadar jenayah (69.1 peratus), masalah jerubu (67.9 peratus), rumah mampu milik (65.5 peratus), peluang pekerjaan (62.1 peratus) dan perpaduan kaum (57.5 peratus). Tiga isu utama yang menjadi intipati penting rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat ialah berkaitan dengan kedudukan ekonomi semasa. Kerajaan pusat dilihat gagal mengimplementasi dasar pengurusan ekonomi dengan lebih cekap, sistematik dan efektif yang akhirnya telah membebankan rakyat. Kos sara hidup rakyat dikatakan meningkat dari masa ke semasa.
Rajah 1.4: Penilaian Terhadap Isu Semasa Peringkat Nasional
91
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1.5: Penilaian Terhadap Isu Semasa Peringkat Negeri
Rajah 1.5 pula menunjukkan penilaian responden terhadap isu-isu semasa yang dikaitkan dengan kerajaan negeri. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden, iaitu sebanyak 55.7 peratus responden tidak puas hati dengan usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Sementara itu, terdapat juga pelbagai isu lain yang melahirkan rasa tidak puas hati responden, tetapi jumlahnya di bawah paras 50 peratus. Antara isu-isu yang mendapat perhatian responden merangkumi masalah perumahan rakyat, pengurusan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), layanan terhad terhadap aduan rakyat, kebajikan terhadap golongan miskin, tindakan mengawal penyakit, pengurusan kewangan, layanan jentera kerajaan, isu pengurusan air dan pengurusan sampah yang kurang efisyen. Isu-isu semasa yang bermain dalam kalangan pengundi Selangor lebih kepada isu kesejahteraan sosial berbanding dengan isu ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan pusat. Berdasarkan kepada peratusan bagi kedua-dua peringkat pusat dan peringkat negeri, pengundi Selangor melahirkan rasa tidak puas hati yang lebih tinggi terhadap kerajaan pusat berbanding dengan kerajaan negeri. Perkembangan ini memberi gambaran bahawa pola sokongan pengundi Selangor terhadap kerajaan pusat semakin merosot kerana kegagalan menjalankan tadbir urus ekonomi dengan lebih baik. PERASAAN TERHADAP ADUN, PENILAIAN PRESTASI ADUN DAN PARTI YANG AKAN DI UNDI PERINGKAT DUN
Rajah 1.6: Perasaan Terhadap ADUN
Rajah 1.6 menunjukkan perasaan responden terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili kawasan mereka sekarang. Kajian mendapati bahawa majoriti 64.3 peratus responden menyatakan mereka ‘suka’ dengan ADUN yang mewakili mereka pada hari ini. Sementara itu, sebanyak 35.7 peratus lagi menyatakan mereka ‘tidak suka’ terhadap ADUN 92
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mereka. Dengan kata lain, sebahagian besar responden masih menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap ADUN yang mewakili mereka. Memandangkan kerusi DUN secara majoritinya disandang oleh PKR, DAP dan PAS di Selangor, dapatan kajian ini menunjukkan responden masih berminat dan memberikan sokongan terhadap penguasaan ADUN PKR, DAP dan PAS pada peringkat negeri Selangor. Dalam pada itu, rajah 1.7 pula menunjukkan penilaian responden terhadap ADUN di Selangor. Didapati bahawa majoriti 78.4 peratus responden berpendapat ADUN yang ada tidak sombong, ada kebolehan (73.8 peratus), amanah (73.4 peratus), tegas (72.6 peratus), menghargai perbezaan pendapat (72.1 peratus), peka pada kehendak rakyat (71.2 peratus), adil (70.2 peratus), rajin turun padang (67.3 peratus), tepat dalam membuat keputusan (65.8 peratus) dan menunaikan janji (62.9 peratus). Ciri-ciri yang diukur tersebut dapat menggambarkan ciri-ciri kepimpinan seseorang ADUN yang dikehendaki oleh rakyat. Dapatan rajah 1.7 ini menyokong dapatan rajah 1.6 di mana sebahagian besar responden senang hati dengan kepimpinan peringkat DUN Selangor.
Rajah 1.7: Penilaian Terhadap Prestasi ADUN
Rajah 1.8 menunjukkan parti mana yang akan diundi oleh responden pada PRU ke-14 kelak. Kajian mendapati hampir sebahagian besar pegundi iaitu sebanyak 42.2 peratus masih belum membuat keputusan dengan memberi jawapan tidak pasti. Bagi responden yang telah membuat keputusan, didapati 21.4 peratus menyatakan mereka akan mengundi Pakatan Harapan, 19.8 peratus menyatakan akan mengundi Barisan Nasional dan 16.6 peratus akan mengundi PAS. Berdasarkan kepada dapatan ini, boleh dinyatakan bahawa jumlah pengundi atas pagar adalah besar dan kumpulan ini akan menjadi penentu kepada parti mana yang akan memenangi PRU ke-14 nanti.
Rajah 1.8: Parti Yang Akan Diundi Peringkat DUN
93
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERASAN TERHADAP AHLI PARLIMEN, PENILAIAN TERHADAP AHLI PARLIMEN DAN PARTI YANG AKAN DIUNDI PERINGKAT PARLIMEN Rajah 1.9 di sebelah menunjukkan perasaan responden terhadap ahli parlimen yang mewakili kawasan mereka sekarang. Kajian mendapati bahawa sebanyak 62.4 peratus responden menyatakan perasaan ‘suka’ terhadap wakil parlimen mereka sekarang di negeri Selangor. Manakala hanya 37.6 peratus sahaja responden menyatakan ‘tidak suka’ dengan ahli parlimen mereka.
Rajah 1.9: Perasaan Terhadap Ahli Parlimen
Sementara itu, rajah 1.10 di bawah menunjukkan penilaian responden terhadap prestasi ahli parlimen di kawasan mereka. Didapati bahawa majoriti 74.5 peratus responden menyatakan wakil rakyat mereka tidak sombong (74.5 peratus), tegas (72.9 peratus), amanah (72.4 peratus), kompeten (71.4 peratus), menghargai perbezaan pendapat (69.7 peratus), rajin turun padang (68.7 peratus), peka dengan kehendak rakyat (67.2 peratus), adil dalam tindakan yang diambil (66.8 peratus), tunai janji (62.5 peratus) dan tepat dalam membuat keputusan (61.3 peratus). Dapatan bagi rajah 1.10 ini menyokong dapatan di rajah 1.9 di mana dengan ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh ahli parlimen, mereka mendapat sokongan dari pengundi.
Rajah 1.10: Penilaian Terhadap Prestasi Ahli Parlimen
Rajah 1.11 di sebelah pula menunjukkan parti yang akan diundi pada peringkat parlimen oleh responden bagi PRU ke-14 kelak. Didapati bahawa sebahagin besar responden iaitu sebanyak 42.7 peratus masih belum membuat keputusan. Bagi yang telah membuat keputusan didapati sebanyak 22.5 peratus menyatakan mereka akan mengundi Pakatan Harapan, sebanyak 18.6 peratus akan mengundi Barisan Nasional dan sebanyak 16.2 peratus akan mengundi PAS. Pola keputusan pengundian pada peringkat parlimen ini hanpir sama dengan pola pada peringkat DUN (rajah 1.8). Perkembangan ini menunjukkan bahawa masih ramai pengundi atas pagar yang belum membuat keputusan. Dalam pada itu, bagi pengundi yang sudah membuat keputusan, mereka lebih cenderung untuk memilih ahli parlimen yang mewakili Pakatan Harapan pada PRU ke-14 nanti. 94
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1.11: Parti Yang Akan Diundi Peringkat Parlimen
PERASAAN TERHADAP MENTERI BESAR DAN KEPEMIMPINAN NEGERI Rajah 1.12 di bawah menunjukkan perasaan responden terhadap Menteri Besar Selangor, iaitu Dato’ Seri Azmin Ali. Didapati bahawa majoriti responden iaitu sebanyak 67.7 peratus menyatakan perasaan ‘suka’ terhadap pentadbiran dan kepimpinan Dato’ Seri Azmin Ali, manakala hanya sebanyak 32.3 peratus responden menyatakan sebaliknya. Dapatan ini menggambarkan bahawa pentadbiran dan kepimpinan Menteri Besar dari Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan masih mendapat mandat yang kuat dari rata-rata pengundi Selangor.
Rajah 1.12: Perasaan Terhadap Menteri Besar
Rajah 1.13 di sebelah menunjukkan perasaan ‘suka’ atau ‘tidak suka’ responden terhadap pemimpin parti pada peringkat negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (mantan Menteri Besar), Dato’ Seri Azmin Ali (Menteri Besar sekarang) dan Abdul Aziz Bari merupakan antara tiga pemimpin negeri yang disukai oleh para responden. Sementara itu, Dato’ Seri Noh Omar dan Teng Chang Kim merupakan antara pemimpin peringkat negeri yang kurang diminati oleh responden. Dari data yang diperolehi tersebut, kajian mendapati tokoh kepimpinan dari Pakatan Harapan lebih mendapat tempat di hati para pengundi Selangor berbanding dengan tokoh kepimpinan dari Barisan Nasional. Keadaan ini dapat memberikan gambaran awal tentang tokoh-tokoh yang akan diundi pada PRU ke-14 nanti.
95
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1.13: Perasaan Terhadap Pemimpin Negeri
PERASAAN DAN KEYAKINAN TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA Rajah 1.14 di bawah menunjukkan perasaan responden terhadap tokoh kepimpinan pada peringkat negara. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan antara tokoh pemimpin yang disukai oleh responden kajian. Sementara itu, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Dato’ Seri Najib Razak dan Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi antara tokoh pemimpin yang kurang diminati oleh pengundi Selangor.
Rajah 1.14: Perasaan Terhadap Pemimpin Negara
Rajah 1.15 di sebelah menunjukkan keyakinan responden terhadap pemimpin yang mampu menguruskan ekonomi Malaysia dengan baik. Didapati bahawa, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah antara tokoh pemimpin yang dilihat mampu menguruskan ekonomi Malaysia dengan lebih baik. Sementara itu, Dato’ Seri Najib Razak antara pemimpin yang dilihat kurang mampu dalam pengurusan ekonomi negara. Hal ini menunjukkan bahawa para responden telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan dan pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negara.
96
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1.15: Keyakinan Terhadap Pemimpin Yang Mampu Urus Ekonomi Malaysia
PERBINCANGAN Kajian ini telah dijalankan di antara bulan September 2015 hinggalah sekitar akhir bulan November 2015. Pada ketika kajian dijalankan, negara sedang hangat dilanda beberapa isu besar seperti wang derma RM2.6b yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, isu 1MDB, kenaikan harga barang, rakyat masih lagi kurang selesa dengan pelaksanaan GST,kejatuhan nilai semasa ringgit, kenaikan harga tol dan pelbagai isu lagi. Kebanyakan isu-isu tersebut berkait rapat dengan tokoh kepimpinan dan pentadbiran kerajaan pusat. Banyak isu-isu yang wujud di peringkat nasional ini gagal urus tadbir dan diselesaikan dengan baik. Antara intipati penting yang melahirkan rasa tidak puas hati kebanyakan rakyat Selangor ialah berkaitan dengan kedudukan ekonomi semasa di mana pihak kerajaan pusat dilihat telah gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Kegagalan pengurusan ekonomi dengan cekap dan efektif telah menambah bebanan pada rakyat. Kos sara hidup rakyat dikatakan semakin hari semakin meningkat. Perkembangan tersebut secara langsung mahupun tidak langsung telah menjejaskan sokongan rakyat Selangor terhadap tokoh kepimpinan kerajaan pusat. Oleh itu tidak menghairankan mengapa pengundi Selangor telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dari segi pengurusan ekonomi negara. Alternatif terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak, pengundi Selangor melihat dua tokoh kepimpinan lain yang mampu menguruskan ekonomi negara dengan baik iaitu Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kedua-dua pemimpin tersebut adalah pemimpin dari pihak pembangkang. Ini bermakna, pola sokongan semasa pengundi Selangor lebih cenderung kepada pimpinan pembangkang dalam konteks untuk mencapai pengurusan ekonomi dengan lebih baik. Dalam konteks kepimpinan politik secara umumnya, pengundi Selangor lebih berminat dengan tokoh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Nama Tan Sri Muhyiddin Yassin melonjak naik kerana dilihat sebagai pemimpin yang mencari kebenaran terhadap isu-isu yang dikaitkan dengan nama Perdana Menteri seperti isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6b. Dalam hal ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin diandaikan mendapat undi simpati kerana menjadi mangsa yang cuba memperjuangkan kebenaran dan bukannya sebagai tokoh kepimpinan dalam UMNO atau Barisan Nasional. Ini terbukti apabila namanama tokoh pimpinan utama UMNO dan Barisan Nasional seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak serta Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi menjadi tokoh pemimpin yang kurang diminati oleh pengundi Selangor. Berbanding dengan nama-nama tokoh pemimpin pembangkang seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang lebih mendapat tempat di hati pengundi Selangor. Pola sokongan ini menggambarkan bahawa tokoh kepimpinan dari UMNO dan Barisan Nasional semakin kurang mendapat tempat dalam kalangan pengundi Selangor. Pola sokongan pengundi Selangor terhadap kepimpinan peringkat negeri pula menunjukkan pola sokongan yang agak positif. Walaupun wujud pelbagai bentuk isu 97
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
terhadap kepimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri, tetapi isu-isu tersebut lebih berkisar kepada isu kesejahteraan sosial berbanding dengan isu ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan pusat. Antara isu-isu utama yang dihadapi oleh kerajaan negeri Selangor ialah masalah kesesakan lalu lintas, pengurusan Darul Ehsan Investment Group (DEIG),masalah perumahan rakyat, layanan terhad terhadap aduan rakyat, kebajikan terhadap golongan miskin, tindakan mengawal penyakit seperti denggi, pengurusan kewangan, layanan jentera kerajaan, isu pengurusan air dan pengurusan sampah yang kurang efisyen. Wujudnya isu-isu sedemikian tidak menjejaskan secara langsung kepimpinan kerajaan negeri. Hal ini terbukti di mana sebahagian besar responden masih menaruh minat dan meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan Dato’ Seri Azmin Ali. Walaupun beliau masih lagi baru dalam menerajui kepimpinan di Selangor, tetapi sokongan terhadap kepimpinan beliau semakin kuat dan disegani. Begitu juga dengan tokoh-tokoh kepimpinan pembangkang yang lain seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Abdul Aziz Bari, Shukor Idrus dan Nik Nazdmi semakin mendapat tempat dan semakin digemari di Selangor. Penerimaan terhadap tokoh kepimpinan di pihak pembangkang secara langsung mahupun tidak langsung telah menunjukkan penolakan terhadap tokoh kepimpinan di pihak kerajaan seperti nama Dato’ Seri Noh Omar yang semakin hilang populariti dalam kalangan pengundi Selangor. Perkembangan sedemikian menggambarkan bahawa tokoh kepimpinan dari Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat lebih mendapat tempat di hati para pengundi Selangor berbanding dengan tokoh kepimpinan dari Barisan Nasional. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian ini berkaitan dengan ciri-ciri kepimpinan yang diterima dan disukai oleh rakyat Selangor khususnya dan mungkin rakyat Malaysia secara amnya. Antara ciri-ciri tersebut ialah; (i) Tidak sombong dan mudah didekati oleh rakyat; (ii) Seorang yang tegas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab pada rakyat dan negara; (iii) Seorang yang cekap dan berkebolehan dalam pentadbiran; (iv) Seorang pemimpin perlu menghargai perbezaan pendapat; (v) Rajin turun padang dan peka pada kehendak rakyat; (vi) Berlaku adil dalam setiap tindakan yang diambil; serta (vii) Menunaikan janji dan tepat dalam membuat keputusan. Ciri-ciri kepimpinan sepertimana yang disenaraikan tersebut menjadi kayu ukur dalam menentukan prestasi semasa seseorang pemimpin sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun parlimen. RUMUSAN Daripada penemuan kajian ini, beberapa rumusan dapat dibuat. Pengundi di Selangor melihat keadaan ekonomi Malaysia tidak memberansangkan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan pendapatan negara berikutan dengan kejatuhan harga minyak yang begitu mendadak di pasaran antarabangsa. Kerajaan pusat dilihat tidak berkesan dalam menguruskan pentadbiran negara dan pengurusan ekonomi. Kegagalan kerajaan pusat tersebut telah menjejaskan sokongan pengundi Selangor terhadap tokoh kepimpinan di peringkat pusat. Berbeza dengan persepsi kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang dilihat berjaya menguruskan pentadbiran negeri dengan baik. Hal ini menyebabkan sokongan pengundi Selangor terhadap tokoh kepimpinan negeri masih lagi kuat. Akan tetapi, kajian ini turut mendapati sebahagian besar pengundi masih belum membuat keputusan parti mana yang akan mereka undi pada peringkat DUN dan parlimen bagi PRU ke-14 nanti. Dari itu, pengundi atas pagar akan menjadi penentu parti mana yang akan menerajui kepimpinan negara serta kepimpinan negeri Selangor kelak. Mana-mana pihak yang berjaya menarik sokongan pengundi atas pagar pasti akan mendapat manfaat yang baik memandangkan golongan ini merupakan kelompok terbesar dalam kalangan pengundi Selangor. 98
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Chek Mat. 2007. Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Harian Metro. 2013. Analisis Pilihan Raya Umum 2013. Selasa, 7 Mei. Herman, M. G. 1977. Introduction: A Statement of Issues. Dlm. Herman, M. G. (edt.). Psychological Examination of Political Leaders. New York: Free Press. Heywood, A. 2013. Politics. New York: Palgrave Macmillan. Jamaie Hamil. 2006. Dinamika Kepimpinan Politik UMNO. Dlm. Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman (pnyt.). Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Sains Politik Pentadbiran Awam. 2009. Siri Kamus Istilah MABBIM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Keesing, R. M. 1989. Antropologi Budaya: Suatu Perspektif Kontemporer. Terj. Samuel Gunawan. Jakarta: Erlanga. Piege, C. D. 1977. The Scientific Study of Political Leadership. New York: Free Press. Shamsul Amri Baharuddin. 1990. Kepimpinan Melayu: Jenis, Pola dan Peranan. Dlm. Masyarakat Malaysia yang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
99
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KAEDAH PENGURUSAN PERPECAHAN BERTERASKAN ISLAM: ANALISIS PERPECAHAN PASCA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN Mohd Shukri Hanapi Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang Abstrak Perpecahan terjadi apabila kepentingan atau matlamat dua atau lebih individu sudah tidak sehaluan. Dalam hal ini, wujud konflik, pertembungan kepentingan, nilai, tindakan, status, hala tuju dan berbagai keinginan. Sebagai akibatnya berlakulah perpecahan. Paling tidak terdapat dua tahap perpecahan, iaitu al-iftiraq al-sughra (perpecahan kecil) dan al-iftiraq al-kubra (perpecahan besar). Tidak kira sama ada perpecahan itu kecil atau besar, ia perlu diuruskan dengan menggunakan kaedah yang berteraskan Islam bagi mengelakkan keutuhan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran Negara terjejas. Persoalannya, apakah kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam? Bagi menjawab persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam berdasarkan pengajaran daripada sejarah perpecahan umat Islam pasca Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan; dan kedua, menganalisis elemen-elemen kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam. Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan ini mendapati kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam mempunyai beberapa elemen iaitu berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah; menggunakan kebolehan, kemahiran dan kepakaran dengan bertunjangkan keikhlasan; berwaspada dengan musuh; istiqamah; mengetepikan penglibatan pihak luar; dan menyelidiki sesuatu maklumat yang disebarkan. Kata kunci:
strategi, pengurusan, perpecahan, berteraskan Islam
PENDAHULUAN Perpecahan merupakan suatu perkara yang bertentangan dengan penyatuan atau perpaduan (al-Zuhaili, 1991:26). Ia bermaksud saling berpecah (al-mufaraqah), terpisah (al-mufasalah), terputus (al-inqita‘), bergolong-golongan (al-insyi‘ab), dan menyimpang dari barisan (alsyuzuz) (Mas‘ud, 1986:1115). Secara umumnya, perpecahan itu berlaku apabila kepentingan atau matlamat dua atau lebih individu sudah tidak sehaluan. Dalam hal ini, wujud konflik, pertembungan kepentingan, nilai, tindakan, status, hala tuju dan berbagai keinginan. Dengan itu, perpecahan mulai berlaku. Perpecahan yang berlaku itu pula paling tidak terbahagi kepada dua tahap, iaitu aliftiraq al-sughra (perpecahan kecil) dan al-iftiraq al-kubra (perpecahan besar). Perpecahan kecil seperti yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan, ahli jawatankuasa masjid, syarikat perniagaan, organisasi, institusi dan sebagainya. Meskipun ia perpecahan kecil dan tidak menggugat kestabilan serta keamanan negara, namun jika tidak diuruskan dengan baik, maka sudah pasti ia akan merebak dan makin parah. Hal ini berbeza pula dengan perpecahan besar seperti perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Melayu-Islam dan antara kumpulan parti pemerintah sesebuah negara kerana ia sama sekali boleh menjejaskan keutuhan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara. Jika perpecahan kecil pun tidak boleh dibiarkan terus berlaku, apatah lagi perpecahan besar sebegini, ia sudah semestinya perlu diuruskan dengan lebih tersusun dan berstrategi. Jelas di sini bahawa, perpecahan itu adalah sesuatu yang sentiasa berlaku, cuma tahapnya sahaja yang berbeza bergantung kepada sejauh mana berlakunya pertembungan 100
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kepentingan, matlamat, tindakan, hala tuju dan keinginan antara dua atau lebih individu serta kumpulan yang berkaitan. Tidak kira sama ada perpecahan itu kecil atau besar, ia perlu diuruskan dengan menggunakan kaedah yang berteraskan Islam bagi menjamin keutuhan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran Negara terpelihara. Persoalannya, apakah kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam? Bagi menjawab persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam berdasarkan pengajaran daripada sejarah perpecahan umat Islam pasca Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan; dan kedua, menganalisis elemen-elemen kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam. DEFINISI KAEDAH PENGURUSAN Perbincangan berkaitan definisi kaedah pengurusan boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, definisi kaedah pengurusan yang hanya melibatkan hal-hal fizikal atau material. Misalnya, Standingford (1967:544) dan Warner (1996:652) yang mendefinisikan kaedah pengurusan sebagai cara, proses, prosedur atau peraturan yang bersistematik untuk melaksanakan aktiviti pengurusan demi mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut Amstrong (1993), semua cara, proses, prosedur atau peraturan itu mestilah bersifat objektif, saintifik dan kuantitatif. Kedua, definisi kaedah pengurusan yang mengambil kira kedua-dua aspek iaitu fizikal dan spiritual. Misalnya, Carroll (1973:577) yang berpandangan sesuatu kaedah pengurusan mestilah mengambil kira elemen fizikal dan mental. Hal ini juga ditekankan oleh Mohd Affandi Hassan (1992:70) bahawa elemen spiritual merupakan elemen yang sangat penting dalam kaedah pengurusan, lebih-lebih yang diuruskan itu pula adalah manusia. Menurut Mustapha Hj. Mohd. Jar (1986:17) dan Wan Azhar Wan Ahmad (2014), manusia sebagai suatu komposit yang terdiri daripada unsur-unsur fizikal, roh, akal dan nafsu. Aspek fizikal itu sebagai diri haywaniyyah (haiwan), manakala aspek roh itu sebagai diri natiqah (rasional). Simbiosis antara kedua aspek inilah menjadikan manusia itu manusia. Kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain untuk memberi makna kepada kehidupan. Sekiranya salah satunya tiada atau kepentingan salah satunya terabai, maka manusia tidak lagi menjadi manusia. Kaedah pengurusan yang digunakan dalam kertas kerja ini merujuk kepada cara, proses, prosedur atau peraturan dalam mengurus perpecahan yang berlaku untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurusan perpecahan ini pula mengambil kira aspek fizikal dan spiritual pengurusan secara bersepadu. PERPECAHAN UMAT ISLAM PASCA KHALIFAH ‘UTHMAN BIN ‘AFFAN Jika disoroti sejarah perpecahan umat Islam, khususnya pada pasca Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a., didapati faktor politik merupakan faktor yang paling dominan membawa kepada perpecahan. Hal ini kerana dalam berpolitik setiap pihak mempunyai kepentingan, matlamat, hala tuju dan keinginan masing-masing. Apabila bertembung semua perkara ini, maka perpecahan pun berlaku. Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan faktor politik merupakan sumber perpecahan umat Islam yang paling dominan. Namun hal ini telah diakui oleh alSyahrastani (t.th:13) dengan mengatakan: “Perpecahan terbesar antara umat ialah perpecahan mengenai imamah (kepemimpinan), kerana tidak pernah pedang dihunus dalam Islam atas alasan agama sebagaimana (sesering) dihunus pedang karena imamah pada setiap zaman”. Jelas di sini bahawa masalah imamah adalah masalah politik. Ia merupakan masalah menentukan seseorang pemimpin yang akan memimpin umat (Fikri Mahmud, t.th). Walaupun 101
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
perbalahan mengenai imamah itu sudah bermula sejak kewafatan Rasulullah SAW, terutama antara golongan Muhajirin dengan Ansar, tetapi ia dapat diuruskan dengan baik sehingga kedua-dua pihak bersetuju melantik Abu Bakar al-Siddiq r.a. sebagai khalifah Islam yang pertama. Dengan itu keadaan menjadi tenang dan tiada sebarang pertumpahan darah berlaku (Mahmud Syakir, 1991: 49-56). Sejak peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. (tahun 35 H) sehingga ke hari ini, umat Islam tidak lagi memiliki pemimpin yang dipersetujui sepenuhnya oleh semua pihak. Setiap kelompok mempunyai pemimpinnya yang tersendiri dan tidak mengakui pemimpin dari kelompok yang lain. Sebenarnya, peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. itu juga ada kaitan dengan masalah politik. Kelompok pemberontak yang tidak senang dengan para gabenor yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. menuntut agar Khalifah ketiga itu meletakkan jawatan, tetapi ‘Uthman bin ‘Affan r.a. enggan berbuat demikian. Keengganan ‘Uthman bin ‘Affan r.a. meletak jawatan membuatkan kelompok pemberontak marah dan akhirnya ‘Uthman bin ‘Affan r.a. mati dibunuh (Abu Zahrah, 1996:26-29; Ahmad Jilli, 1988:30-45; al-Syakah, 1994:101). Kematian ‘Uthman bin ‘Affan r.a. menjadi titik tolak perpecahan umat Islam. Al-Baghdadiy (1997:24) mengatakan: “Setelah terbunuhnya (‘Uthman bin ‘Affan r.a.), mereka (para shahabat) bertelagah mengenai orang-orang yang telah membunuhnya dan membiarkannya terbunuh. Perselisihan ini kekal (berbekas) sampai ke hari ini (zaman sekarang)”. Sebagai akibat daripada pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a. itu, perang saudara pun mulai tercetus. Perang yang pertama terjadi ialah Perang Jamal (Unta) pada tahun 36H. Dalam peperangan ini, kelompok yang dipimpin oleh Sayyidatina A’isyah r.ah menuntut bela atas kematian ‘Uthman bin ‘Affan r.a. terhadap kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. yang dilantik menjadi khalifah sesudah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Setelah membunuh ‘Uthman bin ‘Affan r.a., kelompok pemberontak bergabung dengan ‘Ali bin Abi Talib r.a. Sebab itulah kelompok A’isyah r.ah. dan kelompok Mu‘awiyah bin Abi Sufyan r.a. menuntut agar ‘Ali bin Abi Talib r.a. menjatuhkan hukuman terhadap kelompok pemberontak. Namun, ‘Ali bin Abi Talib r.a. tidak dapat melaksanakan tuntutan itu. Hal ini menyebabkan konflik politik yang berpanjangan. Konflik politik yang berlaku ini merupakan al-Fitnah al-Kubra (bencana besar) dalam kalangan umat Islam. Sebagai akibatnya, umat Islam berpecah kepada tiga kelompok. Pertama, kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a.; kedua, kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan; dan ketiga, kelompok moderat (neutral) yang tidak memihak kepada mana-mana kelompok tersebut (al-Syahrastaniy, t.th:136-137). Dua kelompok pertama memiliki pengikut yang ramai, sedangkan kelompok moderat jumlah pengikutnya tidak diketahui kerana mereka tidak masuk campur dalam masalah politik. Walau bagaimanapun, kelompok moderat ini merupakan majoriti umat. Antara para sahabat yang bergabung dalam kelompok moderat ini ialah Abdullah bin Umar r.a. (Ibn Umar), Sa‘ad bin Malik r.a, Sa‘ad bin Abi Waqqas r.a, Muhammad bin Maslamah r.a, Usamah bin Zaid r.a, dan lain-lain (al-Syahrastaniy, t.th:136-137). Pertentangan antara kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dengan ‘Ali bin Abi Talib r.a. semakin meruncing dan membawa kepada berlakunya Peperangan Siffin pada tahun 37H. Ada pelbagai riwayat tentang tragedi perang saudara ini. Secara ringkasnya, Perang Siffin memperlihatkan perbezaan pandangan berhubung bagaimana menangani peristiwa pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a. oleh pemberontak yang terdiri daripada golongan fasik dan munafik pada masa itu. ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan para sahabat yang bersama beliau berpandangan bahawa kukuhkan terlebih dahulu pemerintahan Islam dan kedudukan kaum Muslimin sebelum mencari, menghukum dan melemahkan kedudukan pemberontak dan pembunuh ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Sementara itu, Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan para 102
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sahabat yang bersamanya pula berpandangan sebaliknya. Akhirnya berlakulah peperangan antara dua kelompok sahabat ini di tempat yang bernama Siffin sebagai akibat daripada kesilapan memahami maklumat yang sampai (Abu Zahrah, 1996:26-29; Ahmad Jilli, 1988:48; al-Syahrastaniy, t.th:106; al-Syakah, 1994:103; al-Maghribiy, 1995:170). Setelah kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan hampir kalah, mereka mengajak kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. untuk bertahkim (berunding) bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang berlaku. Majlis Tahkim ini diadakan di Da‘umah al-Jandal pada bulan Ramadan tahun 37H. Dalam Majlis Tahkim ini, kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan r.a. diwakili oleh ‘Amru bin al-‘As r.a. dan kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. diwakili oleh Abu Musa al-Asy‘ari r.a. Kedua-duanya individu ini berperanan sebagai hakim dari kelompok masingmasing. Dalam Majlis Tahkim tersebut, ‘Amru bin al-‘As r.a. berpandangan bahawa konflik yang terjadi adalah disebabkan oleh dua orang, iaitu ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan r.a. Bagi tujuan perdamaian, ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan patut ketepikan dan kemudian urusan pemilihan khalifah baru diserahkan kepada umat Islam. ‘Amru bin al-‘As r.a. terlebih dahulu memberi ruang kepada Abu Musa al-Asy‘ari r.a. untuk naik mimbar bagi mengumumkan pemecatan Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a. Sesudah itu, ‘Amru bin al-‘As r.a. pula naik ke atas mimbar bagi mengetepikan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan r.a. Namun, ‘Amru bin al-‘As r.a. tidak mengetepikan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan r.a., sebaliknya menerima pemecatan ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan terus melantik Mu‘awiyah bin Abu Sufyan sebagai khalifah umat Islam kerana ‘Ali bin Abi Talib r.a. sudah dipecat daripada jawatan khalifah. Hal menyebabkan kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. tidak puas hati (Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy & Mohd Mauli Azli Abu Bakar, 2006)1. Perundingan tersebut bukan sahaja tidak menyelesaikan konflik, malah menimbulkan kelompok baru. Kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. berpecah dua. Pertama, kelompok yang taat setia kepadanya (pada ketika ini dikenali sebagai golongan Syiah); kedua, kelompok yang 1 Maulana Muhammad Ali (1951:302) menolak cerita ini dengan beberapa alasan. Pertama, selepas
berlakunya MajlisTahkim didapati kedua-dua pemimpin(‘Ali dan Mu‘awiyah) masih terus kekal berkuasa ke atas wilayah masing-masing; kedua, jika yang dimaksudkan dengan ‘al-amr’ ialah kuasa kepimpinan umumdan kuasa sebagai amir al-mu’minin, maka Mu‘awiyah semasa Majlis Tahkim belum lagi menjadi imam (khalifah) hingga mendorong ‘Amr bin al-‘Asuntuk menetapkannya sebagai khalifah; ketiga, punca kekeliruan cerita ini adalah kejahilan mengenai hakikat sebenarbahawa Mu‘awiyah pada masa itu masih belum menjadi khalifah dan beliaujuga tidak mendakwa dirinya sebagai khalifah hingga mendorong ‘Amr bin al-‘Asuntuk melucutkannya daripada jawatan khalifah. Perkara yang telahdisepakati oleh Abu Musa alAsy‘ari dan ‘Amr bin al-‘Asadalahmenyerahkan urusan pelantikan khalifah kepada para sahabat Rasulullah SAW yang terkemuka dan diredai oleh baginda sehingga akhir hayatnya. Olehitu, persetujuan Tahkim tidak melibatkan Mu‘awiyah kerana beliau belummenjadi khalifah dan beliau tidak berperang kerana menuntut jawatankhalifah, bahkan beliau menuntut hukuman qisas ke atas mereka yangmembunuh Sayyidina ‘Uthman bin ‘Affan. Apabila kedua-dua wakil tersebut bersetuju untukmenyerahkan urusan pelantikan khalifah kepada tokoh dan sahabatRasulullah SAW yang utama, maka MajlisTahkim hanya menyentuh satu perkara sahajaiaitu ‘al-imamah’ atau kepimpinan umat; dan keempat, selain itu, Mu‘awiyah juga tidak mendakwa dirinya sebagai khalifah kecualisetelah Sayyidina al-Hasan bin‘Alimemberikan baiah kepadanya sebagaikhalifah pada tahun 41 H. Selepas peristiwa itu, barulah Mu‘awiyah memakaigelaran amir al-mu’minin. Selain itu, Marzuki Hj Mahmood (1994) menolak sekeras-kerasnya cerita ini. Beliaumengatakan bahawa perkara yang diketengahkan oleh sejarah mengenai keputusan kedua-dua hakim memecat ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan Mu‘awiyah daripada jawatan masing-masing adalahsesuatu yang amat palsu kerana dua sebab. Pertama, peristiwa pemecatan ‘Ali bin Abi Talib r.a. memang kena pada tempatnya, sebabia berjawatan khalifah, tetapi bagi Mu‘awiyah, apakah jawatan yang dipecat daripadanya? Hal ini kerana Mu‘awiyah pada waktu itu bukan seorang khalifah danbukan pula seorang gabenor. Jawatan gabenornya sudah lama dipecat oleh Khalifah ‘Ali bin Abu Talib r.a.; dan kedua, lebih palsu lagi, perkara yang dikatakan kononnya ‘Amr bin al-‘As menipu Abu Musa al-Asy‘ari dengan mengekalkan Mu‘awiyah.Soalnya, apakah yang dikekalkan oleh ‘Amr bin al-‘As itu? Jawatan sebagai khalifahatau sebagai gabenor? Kedua-dua jawatan itu tidak berhak dikekalkan,kerana ia sememangnya tidak disandang oleh Mu‘awiyah. Cuma yang masih disandang oleh Mu‘awiyah ialah pengaruh dan kuasa pimpinannya ke atas masyarakat Syam, serta sifatnya sebagai ketua pemberontak dari Syam.Jadi, apakah pernah berlaku dalam mana-mana sejarah, hakimnegara menjatuhkan hukuman melucutkan pengaruh dan kuasa pimpinanseseorang dari kumpulan pimpinannya, atau melucutkan seorang ketuapemberontak dari mengetuai pemberontak yang lain?
103
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
memberontak dan keluar dari kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. Mereka berbalik menjadi musuhnya, karena tidak puas dengan keputusan ‘Ali bin Abi Talib r.a. untuk mengikuti perundingan tersebut (kelompok ini dikenali sebagai Khawarij). Kelompok ini pada mulanya memaksa ‘Ali bin Abi Talib r.a. untuk ikut bertahkim, tetapi setelah ‘Ali bin Abi Talib r.a. menerima Tahkim mereka menolaknya. Mereka berpegang dengan la hukm illa li Allah (tiada hukum (keputusan) melainkan bagi Allah SWT semata-mata) (Abu Zahrah, 1996:26-29; Ahmad Jilli, 1988:48; al-Syahrastaniy, t.th:106; al-Syakah, 1994:103; alMaghribiy, 1995:170). Hasil daripada konflik berhubung masalah politik ini, perpecahan berlaku. Perpecahan ini sangat jelas dilihat apabila kelompok yang berkonflik itu menjadi tiga, iaitu kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan kelompok Khawarij. Kelompok Khawarij ini mengkafirkan kelompok pertama dan kedua. Sebagai akibatnya, kelompok Khawarij menghalalkan darah orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka; memerangi kelompok pertama dan kedua; dan mengutus utusan rahsia untuk membunuh ‘Ali bin Abi Talib r.a., Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan ‘Amru bin al‘As r.a.Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan ‘Amru bin al-‘As r.a. selamat daripada cubaan membunuh, sedangkan ‘Ali bin Abi Talib r.a. terbunuh di tangan Abdul Rahman bin Muljam pada tahun 40 H. Kewafatan ‘Ali bin Abi Talib r.a. menyebabkan para pengikutnya sedih. Hasan, Putra Ali pertama, diangkat menjadi khalifah menggantikan ayahnya. Hasan berpandangan bahawa pertentangan politik ini merugikan umat Islam seluruhnya. Oleh sebab itu, beliau mengadakan perdamaian dengan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan bagi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah dalam kalangan umat Islam berlaku. Hasan melepaskan jawatan pada tahun 41H dan menyerahkan kekuasaan kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Hasan meminta agar Mu‘awiyah bin Abu Sufyan menyerahkan urusan khilafah kepada kaum Muslimin apabila ia meninggal nanti. Hasan juga meminta agar kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan berhenti menghina ‘Ali bin Abi Talib r.a. dalam khutbah-khutbahnya (Abu Zahrah, 1996:34). Gerakan perdamaian ini disokong oleh masyarakat Islam, sehingga tahun itu disebut sebagai Tahun Persatuan (‘am al-jama‘ah). Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut tidak kekal lama kerana Mu‘awiyah bin Abu Sufyan menabalkan putranya Yazid bin Mu‘awiyah sebagai Putra Mahkota bagi menggantikannya setelah beliau wafat. Setelah Mu‘awiyah bin Abu Sufyan wafat pada tahun 60H, Yazid bin Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dilantik menjadi khalifah. Hal itu membuatkan bukan sahaja kelompok Syiah marah, malah seluruh kaum Muslimin melahirkan kemarahan mereka. Kemarahan ini disebabkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan jelas melanggar perjanjian damai yang telah dipersetujui dengan Hasan sebelum hari. Namun begitu, kaum Muslimin tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana Mu‘awiyah bin Abu Sufyan memerintah dengan kuku besi. Pada zaman Yazid bin Mu‘awiyah memerintah, permusuhan kelompok Umawi terhadap Syiah semakin menjadi-jadi. Kelompok Syiah diperangi habis-habisan. Hussin terbunuh di Karbala (10 Muharram tahun 61H) dalam pertempuran yang tidak seimbang. Kepalanya dipenggal dan dibawa ke hadapan Yazid bin Mu‘awiyah sebagai persembahan. Dengan itu, Bani Umayyah bertambah kuat sehinggakan tidak dapat ditandingi. Berdasarkan peristiwa awal perpecahan umat Islam, jelas didapati faktor imamah (kepimpinan) yang termasuk dalam aspek politik merupakan faktor yang paling dominan membawa kepada perpecahan. Begitu juga dengan perpecahan umat Islam di negara ini, ia berlaku apabila terdapat beberapa kumpulan dan parti politik yang disertai oleh orang Islam. Perbezaan ideologi dan fahaman menyebabkan mereka berpecah belah sedangkan Islam amat mementingkan umatnya bersatu padu (Sapora Sipon, 2008). Hal ini kerana dalam berpolitik setiap pihak mempunyai kepentingan, matlamat, hala tuju dan keinginan masing-masing. Dengan itu, sudah tentu mereka menginginkan segala kepentingan, matlamat, hala tuju dan keinginan tercapai. 104
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KAEDAH PENGURUSAN PERPECAHAN BERTERASKAN ISLAM Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa awal perpecahan umat Islam. Salah satu daripadanya ialah kaedah pengurusan perpecahan ummah yang berteraskan Islam dapat dirumuskan. Paling tidak terdapat enam elemen kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam ini iaitu: a) Berpandukan Tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah Berdasarkan peristiwa perpecahan umat Islam yang dijelaskan sebelum ini, didapati aspek politik menjadi faktor utama perpecahan mereka. Sebenarnya perpecahan ini bukanlah disebabkan masalah politik semata-mata, tetapi juga disebabkan tidak berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah. Sebagai contoh, terdapat kekurangan pada aspek kejujuran dalam Majlis Tahkim antara ‘Amru bin al-‘As r.a. yang mewakili Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dengan Abu Musa al-Asy‘ari r.a. yang mewakili kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a.Keduaduanya bertindak sebagai hakim daripada kelompok masing-masing. Mengikut sesetengah riwayat, ‘Amru bin al-‘As r.a. telah melakukan tipu helah terhadap Abu Musa al-Asy‘ari r.a. dengan mengatakan konflik yang terjadi adalah disebabkan oleh dua orang, iaitu ‘Ali bin Abi Talib r.a. dan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Bagi mewujudkan perdamaian, ‘Amru bin al-‘As r.a. memutuskan kedua-dua mereka patut diketepikan dan kemudian diserahkan kepada umat Islam untuk memilih khalifah yang baru. Tipu helah yang dilakukan oleh ‘Amru bin al-‘As r.a. itu telah berjaya menarik perhatian Abu Musa al-Asy‘ari r.a. Dalam hal ini, ‘Amru bin al-‘As r.a. memberikan peluang kepada Abu Musa al-Asy‘ari r.a. untuk menaiki mimbar dan mengumumkan pemecatan ‘Ali bin Abi Talib r.a.Selepas itu, ‘Amru bin al-‘As r.a. pula menaiki mimbar dan mengumumkan penerimaan pemecatan ‘Ali bin Abi Talib r.a.Oleh sebab ‘Ali bin Abi Talib r.a.sudah dipecat daripada jawatan khalifah, maka tinggal seorang sahaja lagi, iaitu Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Dengan itu, ‘Amru bin al-‘As r.a. menetapkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan r.a. sebagai khalifah umat Islam seluruhnya. Penetapan ini menyebabkan kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a.tidak puas hati (Abu Zahrah, 1996:26-29; Ahmad Jilli, 1988:48; al-Syahrastaniy, t.th:106; al-Syakah, 1994:103; al-Maghribiy, 1995:170). Sebenarnya, berpolitik dengan tidak berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah akan menyebabkan perpecahan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap dalam Persidangan Islam Global mengenai Perpaduan dan Ekonomi anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada 2013 berkata, “Umat Islam berpecah kerana mereka mengabaikan ajaran Islam. Kita (umat Islam) perlu berpandukan al-Qur’an (kerana) ia panduan terbaik untuk semua. Seandainya anda mengikut al-Qur’an, anda tidak akan berpecah kepada parti-parti politik berbeza” (The Malaysian Insider, 2013). Jelas di sini bahawa faktor utama perpecahan umat Islam di Malaysia pada hari ini adalah berpunca daripada berpolitik dengan tidak berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah. Dengan itu, ada kelompok yang bertindak menghina dan mengaibkan kelompok lain di mimbar-mimbar dan ceramah-ceramah, bahkan ada yang dengan mudah mengkafirkan sesama Muslim. Jika perpecahan politik ini dibiarkan terus berlaku tanpa diuruskan secara Islam, maka ia bagaikan mengulangi sejarah silam perpecahan umat Islam. Bagi mengurus perpecahan dalam kalangan umat Islam, tidak semestinya semua organisasi dan parti yang sedia ada perlu dibubarkan. Dalam hal ini, perbalahan dan perpecahan itu perlu diuruskan mengikut tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah.
105
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
b) Menggunakan Kebolehan, Kemahiran dan Kepakaran Dengan Bertunjangkan Keikhlasan Setiap pengurus perpecahan mestilah mempunyai kebolehan, kemahiran dan kepakaran dalam menyatukan ummah, terutama masyarakat yang baru memeluk dan memahami agama Islam. Pada masa yang sama, seseorang pengurus wajib mengurus perpecahan hanya kerana Allah SWT. Ketika terjadinya Peperangan Siffin, empayar pemerintahan Islam sangat luas. Hal ini ditambah pula dengan ramai orang yang baru memeluk Islam, tetapi belum memahami ajaran Islam sepenuhnya. Dalam situasi sedemikian, dengan ketiadaan pemimpin agung seperti Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang hebat seperti Abu Bakar al-Siddiq r.a, ‘Umar bin al-Khattab r.a, dan ‘Uthman bin ‘Affan r.a. serta para sahabat besar Rasulullah SAW yang lain, maka kesatuan ummah mudah tergugat. Kelemahan ini memberi peluang kepada musuhmusuh Islam seperti Yahudi, Nasrani, golongan fasik dan munafik yang mempunyai agenda kepentingan peribadi atau agenda untuk memecah-belahkan ummah memanipulasikan pelbagai isu kecil dan remeh sehingga boleh bertukar menjadi isu besar. Dalam keadaan yang sebegini, pemimpin atau pengurus perpecahan yang ikhlas dan berkebolehan sangat diperlukan kerana mereka tidak mudah terikut-ikut dengan ‘tarian’ musuh. Malah, mereka tidak mempunyai tujuan lain, melainkan hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT. c) Berwaspada Dengan Musuh Sentiasa berwaspada dengan musuh terutamanya musuh yang secara zahirnya nampak sebagai Muslim, tetapi secara batinnya memusuhi Islam (munafik). Musuh dalam selimut sebegini boleh merosakkan Islam dari dalam seumpama api dalam sekam. Barisan kepemimpinan ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan yang lemah memudahkan musuh dalam selimut memainkan peranannya untuk memecah belahkan umat Islam dari dalam. Dalam Perang Siffin, terdapat golongan munafik yang berada dalam kumpulan ‘Ali bin Abi Talib r.a.Mereka berusaha meletakkan pemimpin-pemimpin mereka berdampingan dengan ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan membuat keputusan demi keputusan yang sentiasa berlawanan dengan keputusan ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan para sahabat Rasulullah SAW yang lain. Mereka mempunyai kemahiran memanipulasikan keadaan dan pandangan ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan orang kepercayaannya. Mereka dapat kenal pasti kelemahan ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan memanipulasikan kelemahan itu. Antara yang mereka lakukan adalah membantah keputusan ‘Ali bin Abi Talib r.a.untuk menghantar pesanan secara rahsia kepada Ibn ‘Abbas r.a. dalam Majlis Tahkim. Mereka mahu setiap pesanan perlu didedahkan kepada semua pengikut setia ‘Ali bin Abi Talib r.a.Selain itu, mereka juga membantah pelantikan Ibn Abbas r.a. sebagai wakil ‘Ali bin Abi Talib r.a.ke Majlis Tahkim, dan mendesak supaya Abu Musa al-Asy‘ari r.a dilantik sebagai wakilnya. Ada juga riwayat yang menyatakan pada mulanya ‘Ali bin Abi Talib r.a.ke Syam untuk bertemu dan berbincang dengan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Bagi menggagalkan pertemuan dan perbincangan yang dirancang itu, kelompok munafik yang berada dalam kumpulan ‘Ali bin Abi Talib r.a.telah memulakan serangan terhadap tentera Mu‘awiyah bin Abu Sufyan di Siffin tanpa arahan daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a.sendiri (al-Baladuri, 1996:108; al-Tabari, 1988:102). Hal yang sama terjadi dalam kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Golongan munafik mula memainkan peranan mereka tatkala berlakunya Perang Siffin. ‘Amru bin al-‘As mencadangkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan menghentikan peperangan dan kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah iaitu mengadakan perbincangan bagi tujuan perdamaian. Namun, golongan munafik memanipulasikan isu tersebut sehinggakan ramai umat Islam terpedaya dan telah meletakkan al-Qur’an di hujung pedang dan tombak serta melaung-laungkan supaya peperangan dihentikan. Perbuatan meletakkan al-Qur’an di hujung pedang dan tombak dilihat sebagai menghina al-Qur’an dan bukanlah arahan daripada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Jelas di sini bahawa, dalam mengurus perpecahan, seseorang pengurus perlu berwaspada dengan musuh-musuh ‘dalam selimut’. Mereka mempunyai agenda-agenda tertentu dan berusaha untuk menggagalkan usaha menyatupadukan ummah. Dalam hal ini, seseorang pengurus perpecahan perlu lebih berhati-hati dan bijaksana. 106
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
d) Istiqamah Istiqamah membina perpaduan. Sebenarnya, sikap mengecualikan diri (neutral) daripada menghadapi perpecahan yang berlaku dan tidak berusaha membina perpaduan merupakan satu perbuatan yang tidak memberikan manfaat kepada umat Islam, malah memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menghancurkan perpaduan yang dibina. Dalam hal ini, seseorang pengurus perpecahan patut meneladani usaha yang dilakukan oleh Abu Umamah al-Bahili, Abu Darda’ dan para Sahabat Rasulullah SAW yang lain untuk memperdamaikan perpecahan yang berlaku. Apabila berlakunya perbezaan pandangan dan perpecahan umat, maka perlu ada golongan yang tampil membina jalan-jalan ke arah kesatuan antara pihak yang bertelagah. Mereka perlu membuka minda dua kelompok yang bertelagah supaya melihat isu yang lebih besar iaitu perpaduan ummah berasaskan akidah Islam dan menjaga kesucian Islam. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika dua puak daripada orang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satunya melakukan kezaliman terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang bertindak adil. Sebenarnya semua orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang berpecah) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (al-Hujurat, 49:9-10) Dalam ayat ini Allah SWT menyeru semua umat Islam berusaha mendamaikan dua golongan yang saling bertelagah dan fitnah-memfitnah, seterusnya berusaha menyekat daripada berlakunya peperangan yang boleh mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda. Berhubung peristiwa yang berlaku ini, seseorang Muslim yang berperanan sebagai pengurus tidak seharusnya berdiri sebagai penonton dan membiarkan perpecahan bertambah buruk dan semakin parah. Setiap orang yang berkebolehan dan berkemahiran patut membabitkan diri sebagai pengurus untuk mengekang perpecahan yang berlaku. e) Ketepikan Penglibatan Pihak Luar Dalam mengurus sesuatu perpecahan yang berlaku antara dua kelompok dalam kalangan umat Islam, jangan sama sekali membenarkan campur tangan pihak luar atau kuasa asing yang pada zahirnya nampak seperti ingin membantu, tetapi pada hakikatnya ingin memusnahkan kesatuan umat Islam. Ada riwayat yang menyatakan bahawa kerajaan Rom telah menghantar utusan bertemu dengan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan menawarkan pertolongan untuk memerangi tentera ‘Ali bin Abi Talib r.a.Dengan ketegasan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, beliau menolak campur tangan kuasa asing itu kerana beliau sendiri tahu yang beliau bukan menentang kepemimpinan ‘Ali bin Abi Talib r.a.sebagai Khalifah Islam, tetapi hanya menuntut supaya pembunuh ‘Uthman bin Affan r.a. diadili dan dihukum terlebih dahulu. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan kata-katanya yang masyhur, “Aku tidak memerangi Ali (bukan kerana perebutan jawatan khalifah) kecuali kerana urusan pembunuhan Uthman”(Maulana Muhammad Ali, 1951:302). f) Menyelidiki (Tabayyun) Segala Maklumat Dalam situasi tegang dengan perbalahan dan perpecahan, maklumat yang benar, sahih dan tepat sukar diterima dan dihayati oleh kedua-dua belah pihak yang bertelagah. Matlamat dan hala tuju perjuangan akan menjadi kabur; sesuatu isu mudah dimanipulasikan dengan suntikan emosi. Apabila golongan munafik yang bergerak secara berstrategi berjaya menguasai penyebaran maklumat dalam masyarakat, maka kebanyakan orang akan terkeliru dan terpengaruh. Contohnya, dalam periwayatan Perang Siffin, kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dikatakan 107
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sebagai pemberontak yang menentang ‘Ali bin Abi Talib r.a.berdasarkan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa Ammar bin Yasir akan dibunuh oleh pemberontak dan Ammar pada waktu itu berada dalam kelompok ‘Ali bin Abi Talib r.a.dan syahid. Mereka terlupa dengan hadis Nabi SAW yang lain, yang menyatakan pembunuh Zubair Ibn ‘Awwam akan mendapat balasan di neraka, sedangkan ketika itu Zubair berada dalam kelompok Mu‘awiyah bin Abu Sufyan dan juga syahid. Para sahabat Rasulullah SAW yang berada dalam kedua-dua kelompok itu menjadi keliru dengan dasar perjuangan mereka. KESIMPULAN Mengurus manusia amatlah rumit, lebih-lebih lagi mengurus perpecahan dalam kalangan mereka. Justeru, bagi mengembalikan kesatuan umat Islam di negara ini, pengajaran daripada peristiwa perpecahan umat Islam pasca Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. patut diambil agar sejarah perpecahan tidak lagi berulang. Setiap pengajaran yang diperoleh itulah dijadikan sebagai kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam. Kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam ini mempunyai enam elemen iaitu berpandukan tasawur al-Qur’an dan alSunnah; menggunakan kebolehan, kemahiran dan kepakaran dengan bertunjangkan keikhlasan; berwaspada dengan musuh; istiqamah; mengetepikan penglibatan pihak luar; dan menyelidiki sesuatu maklumat yang disebarkan. Berdasarkan elemen-elemen ini, jelaslah bahawa kaedah pengurusan perpecahan berteraskan Islam merangkumi kedua-dua aspek iaitu fizikal dan spiritual. SENARAI RUJUKAN Abu Zahrah, Muhammad. (1996). Tarikh al-madzahib al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr alArabi. Ahmad Jilli, Ahmad Muhammad. (1988). Dirasah an al-firaq fi tarikh al-muslimin: al-khawarij wa al-syiah. Riyadh: King Faisal Centre for Research and Islamic Studies. Al-Baghdadiy, Abd al-Qadir bin Tahir bin Muhammad. (1997). Al-farq bayn al-firaq. Beirut: Dar al-Marifah. Al-Baladuri, Ahmad Ibn Yahya Ibn Jabir. (1996). Ansab al-asyraf. Jld. 3. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Maghribiy, Ali Abd al-Fattah. (1995). Al-firaq al-kalamiyyah al-Islamiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah. Al-Syahrastaniy, Abu al-Fath Muhammad bin Abd al-Karim. (t.th.). Al-milal wa al-nihal, Jld. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Al-Syakah, Mustafa Muhammad. (1994). Islam tidak bermazhab, A.M. Basalamah (terj.), Jakarta: Gema Insani Press. Al-Tabari, Abu Jafar Muhammad Ibn Jarir. (1988). Tarikh al-umam wa al-muluk. Jld. 3. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Al-Zuhaili, Wahbah. (1991). Al-tafsir al-munir fi al-‘aqidah wa al-syari‘ah wa al-minhaj, Jld. 4. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu‘asir. Carroll, Phil. (1973). Method improvement, dlm. Heyel, Carl. (ed.), The encyclopedia of management 2nd edition. New York: Van Nostrand Reinhold Company. Marzuki Hj Mahmood. (1994). Isu-isu kontroversi dalam sejarah pemerintahan khulafa’ alrasyidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mas‘ud, Jubran. (1986). Al-ra’id mu‘jam lughawiy ‘asriy. Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-‘Ilm li al-Malayin. Maulana Muhammad Ali. (1951). The early caliphate. Lahore: Ahmadiyyah Anjuman Ishaat Islam. Mohd. Affandi Hassan. (1992). The tawhidic approach in management and public administration: concepts, principlies, and an alternative model. Kuala Lumpur: National Institute of Public Administration (INTAN). 108
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Mustapha Hj. Mohd. Jar. (1986). Konsep manusia dari perspektif barat dan Islam, dlm. Wan Hashim & Mahayudin Haji Yahaya (Eds.), Sains sosial dari perspektif Islam. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Nurazmallail Marni. (2003). Peristiwa tahkim antara ‘Ali dan Mu‘awiyah (tahun 36H): suatu kajian dan pengajaran.Jurnal Teknologi 38(E), hlm. 75-92. Sapora Sipon. (2008). Selesai konflik mengikut etika pengurusan Islam. Diakses daripada http://ww1. utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0530&pub=utusan_ malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm&arc=hive, pada2 Februari 2016. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy & Mohd Mauli Azli Abu Bakar. (2006). Etika penyelesaian konflik dalam pentadbiran Islam, Jurnal Syariah, 14:1, hlm. 1-22. Standingford, Oliver. (1967). Organisation and methods, dlm. Newnes Encyclopedia of Business Management. London: George Newnes Ltd. The Malaysian Insider (2013). Perpecahan di kalangan umat Islam kerana abai ajaran Islam – Dr. M. Diakses daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perpecahandi-kalangan-umat-islam-kerana-abai-ajaran-islam-dr-m, pada 7 Februari 2016. Wan Azhar Wan Ahmad. (2014). Hak asasi manusia: faham kontemporari vs kebenaran Qur’ani, Majalah dakwah, Januari/Februari, Bil. 23, hlm. 4-10. Warner, Malcolm. (1996). Management as art, science and theory, dlm. Warner, Malcolm. (ed.), International encyclopedia of business and management. London: Routledge.
109
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH Norazilawati Abdullah, Muhammad Firdaus Omar, Mahizer Hamzah Fakulti Pendidikan Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru sekolah rendah di daerah Hilir Perak terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS berdasarkan pengalaman bekerja dan umur. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan sekolah rendah di sekitar Hilir Perak. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B mengenai tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PBS. 300 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian. Pengkaji menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis profil responden dan analisis borang soal selidik mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS. Statistik deskriptif yang digunakan ialah skor min, sisihan piawai dan ujian Anova satu hala. Hasil kajian menunjukkan guru memberi persepsi yang positif terhadap pelaksanaan PBS di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tinggi bagi tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan guru berdasarkan pengalaman bekerja dan umur. Kesimpulannya guru di Daerah Hilir Perak menerima baik perlaksanaan PBS. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru-guru telah bersedia, berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan PBS. Kata kunci:
Keberkesanan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Penerimaan Guru.
PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini adalah berteraskan peperiksaan “exam oriented” yang dikatakan tidak bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan modal insan murid hendaklah seimbang dari pelbagai aspek. Ini adalah tujuan sebenar pendidikan di Malaysia. Namun begitu, aktiviti pembelajaran dan pengajaran (pdp) yang dilaksanakan selama ini adalah berfokus kepada pencapaian dalam peperiksaan sahaja. Pentaksiran yang dilaksana adalah lebih tertumpu ke arah pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran dan tidak menyentuh aspek sahsiah serta perkembangan murid itu sendiri. Untuk itu satu pentaksiran yang bersifat holistik perlu dibentuk untuk memenuhi keperluan sistem pendidikan masa kini. Pentaksiran merupakan satu proses yang bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dan membuat penambahbaikan terhadap masalah murid melalui data yang diperolehi (Lembaga Peperiksaan Malaysia, LPM, 2012). Menurut McMillan (2000), pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik kerana merangkumi aspek kognitif, afektif dan juga psikomotor seperti yang termaktub di dalam panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM, 2012). Murid dinilai secara menyeluruh berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan pada subjek yang dinilai. Pentaksiran merupakan elemen yang penting dalam menilai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Mengikut Mc Millan (2008), tujuan 110
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pentaksiran adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kemajuan dan pencapaian seseorang murid. Dalam era komodenan, seharusnya sistem pendidikan mempunyai satu bentuk pentaksiran yang dapat melihat pencapaian seseorang murid secara menyeluruh. Oleh sebab itu, pada tahun 2010, satu transformasi pendidikan telah dilaksanakan. Transformasi yang dibawa dengan membentuk satu sistem pentaksiran yang dinamakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu sistem pentaksiran baru yang digunapakai dalam mentaksir murid. PBS adalah satu inisiatif kementerian dalam membentuk satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu mentaksir murid dari pelbagai aspek. PBS telah dilaksanakan mulai tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikkan UPSR pada 2016, mulai tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014 (KPM, 2012). Pada dasarnya konsep PBS adalah bukan sesuatu yang baru. Ini kerana ia masih sama seperti pentaksiran yang terdahulu seperti kuiz, latihan, kerja rumah, kerja projek dan lain-lain. Namun begitu terdapat penambahbaikan yang dibuat dalam pentaksiran ini. Murid ditaksir secara holistik iaitu menyeluruh. PBS meliputi penilaian dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Pentaksiran Berasaskan Sekolah mentaksir bidang akedemik dan juga bukan akedemik. Pentaksiran akedemik meliputi pentaksiran di peringkat pusat dan sekolah manakala pentaksiran bukan akedemik meliputi aspek pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran psikometrik. Perubahan sistem pentaksiran yang sebelum ini bersifat sumatif kepada formatif banyak menimbulkan persoalan dalam kalangan guru. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauh mana kesediaan guru dalam melaksanakan PBS di sekolah. Kebanyakan guru masih ragu-ragu dan menyatakan rungutan mereka. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Suzana dan Jamil (2012), terdapat rungutan yang diutarakan oleh guru mengenai PBS. Kemahiran yang lemah dan kekurangan maklumat mengenai PBS menyebabkan segelintir guru mengambil mudah untuk melaksanakan PBS. Hal ini menyebabkan guru kurang motivasi untuk melaksanakan PBS. Pelbagai rungutan telah disuarakan oleh guruguru mengenai PBS. Penambahbaikan dalam sistem PBS yang dilaksana secara mengejut dan penyampaian dalam bentuk versi yang berbeza menyebabkan sebahagian guru merasa keliru dengan perubahan yang dilaksanakan. Mengikut keratan akhbar yang dilaporkan oleh Raziatul Hanum (2014), perjalanan pelaksanaan PBS yang pelbagai versi disampaikan kepada warga pendidik dan pelajar serta kenyataan daripada pihak atasan kementerian juga tidak konsisten sehingga menyebabkan keadaan semakin kelam kabut. Hal ini menyebabkan perlaksanaan PBS diperingkat sekolah menjadi semakin sukar. Pengetahuan guru yang berbeza menjadikan perlaksanaan PBS merupakan satu masalah yang berat bagi mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru masih memerlukan tempoh untuk bersedia dalam malaksanakan PBS. Prosedur PBS yang pelbagai memerlukan komitmen yang amat tinggi daripada pihak guru. Komitmen guru dalam melaksanakan sesuatu dasar merupakan tunjang utama dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid. Mengikut Robiah dalam kajian yang dilaksanakan oleh Asraf Mubarak (2013) mengenai beban tugas guru dalam melaksanakan PBS di sekolah kebangsaan bandar dan luar bandar di Daerah Muar, menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan seseorang guru merupakan penggerak utama kepada segala pembaharuan dalam kurikulum. Oleh sebab yang demikian, peranan guru merupakan aspek utama dalam kejayaan PBS. Guru seharusnya bersedia dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang lengkap dalam melaksanakan PBS. Oleh sebab itu, kajian ini telah dilaksana untuk melihat sejauh manakah tahap persepsi guru sekolah rendah di daerah Hilir Perak terhadap perlaksanaan PBS. Guru pada dasarnya dilihat bersedia, berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan sesuatu program. Namun begitu adakah mereka benar-benar bersedia ataupun tidak merupakan agenda utama kajian ini dilaksanakan.
111
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
OBEJKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah; 1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBS 2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru mengenai PBS. 3. Mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam melaksanakan PBS 4. Mengenal pasti perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan PBS berdasarkan pengalaman bekerja dan umur responden PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan persoalan; 1. Apakah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBS? 2. Apakah tahap pengetahuan guru mengenai PBS? 3. Apakah tahap kemahiran guru dalam merancang dan melaksanakan PBS? 4. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBS berdasarkan pengalaman bekerja dan umur responden? HIPOTESIS Hº : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman bekerja dan umur responden. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini ialah kajian berbentuk deskriptif. Menurut Majid Konting (2004), penyelidikan deskriptif bertujuan untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden; tahap kesediaan guru, tahap pengetahuan guru dan tahap kemahiran guru mengenai PBS. Data diperolehi menggunakan borang soal selidik. Maklum balas daripada borang soal selidik dapat menunjukkan gambaran sebenar persepsi bakal guru sekolah rendah terhadap pentaksiran berasaskan sekolah rendah. Ini kerana mengikut menurut Majid Konting (1998), penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji. Borang soal selidik ini berfokuskan kepada persepsi guru terhadap PBS. Pembinaan soal selidik adalah hasil pengubahsuaian instrumen penyelidik lepas dan penambahbaikan daripada pengkaji sendiri berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Soalan soal selidik adalah mirip dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh Rosni Zamuddin dan Siti Fatihah (2010), mengenai kesediaan guru sekolah menengah di daerah Kota Baharu dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah. Pengkaji menggunakan soal selidik kerana soal selidik boleh membuat responden lebih rela memberi maklum balas yang benar, bebas dan dapat mengurangkan kesilapan yang disebabkan oleh catatan pengkaji (Burns, 2000). Responden dikehendaki menjawab setiap soalan yang telah disediakan berdasarkan pilihan jawapan yang diberi. Responden terdiri daripada 310 orang guru yang mengajar di sekolah rendah kebangsaan sekitar Hilir Perak. Masa telah diberi kepada responden untuk menjawab soalan soal selidik. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Ini merupakan asas dalam teknik persampelan. Setiap individu mempunyai peluang yang sama dipilih sebagai responden. Guru sekolah rendah kebangsaan dipilih untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh dan lengkap. 310 orang responden dipilih berdasarkan kiraan jadual Krecjie dan Morgan (1970), Namun begitu hanya 300 responden memberi maklum balas. Oleh yang demikian, responden untuk kajian ini adalah seramai 300 orang sahaja. 112
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENGANALISISAN DATA Kajian dibahagikan kepada dua bahagian item soalan iaitu bahagian A dan B. Pecahan penganalisisan data adalah seperti berikut: Bahagian A Bahagian A merupakan item soalan yang mengkaji latar belakang responden. Data dianalisis berdasarkan nilai kekerapan dan peratusan bagi setiap item menggunakan perisian SPSS 17.Interpretasi data berdasarkan kekerapan responden menjawab bagi setiap item soalan yang ditanya dan seterusnya dianalisis menggunakan peratusan supaya hasil data lebih berfokus. Bahagian B Sebanyak tiga puluh soalan dalam soal selidik di bahagian B yang diberikan kepada responden kajian. Item soalan dalam soal selidik telah dipecahkan kepada tiga bahagian utama untuk menguji objektif kajian seperti jadual 1. Jadual 1 Jadual Pecahan Item Soalan Bil
Jumlah item soalan
Perkara
1. 2. 3.
10 10 10
Menguji kesediaan guru melaksanakan PBS Menguji kefahaman guru melaksanakan PBS Menguji kemahiran guru melaksanakan PBS
Data dianalisis menggunakan nilai min, skor min, sisihan piawai dan nilai min secara keseluruhan bagi setiap item soalan dibahagian B. Analisis dibuat menggunakan perisian SPSS 17. Nilai min diinterpretasi berdasarkan jadual skor min seperti jadual 2. Skor Min 1.01-2.33 2.34-3.66 3.67-5.00
Jadual 2 Interpretasi Skor Min Interpretasi min Rendah Sederhana Tinggi
Tahap Lemah Sederhana Baik
Hipotesis kajian dianalisis menggunakan SPSS Annova satu hala bagi membuktikan hipotesis yang telah dibuat sebelum kajian dilaksanakan. Hipotesis dibuat berdasarkan dua aspek utama iaitu pengalaman guru bekerja dan umur guru. Dua aspek ini dikaji untuk melihat adakah terdapat sebarang perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan dua aspek ini. DAPATAN KAJIAN i. Analisis Demografi Jadual 3 Taburan Maklumat Profil Responden Mengikut Jantina Jantina Kekerapan Peratusan Lelaki 142 47.3 Perempuan 158 52.7 Jumlah 300 100.0
113
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
21-30 tahun 31-40 tahun 40 tahun ke atas Jumlah
Jadual 4 Taburan Maklumat Umur Responden Umur Kekerapan Peratusan 92 30.7 168 56.0 40 13.3 300 100.0
Jadual 5 Taburan Maklumat Tahap Akedemik Responden Akademik Kekerapan Peratusan Diploma 34 11.3 Ijazah sarjana muda 266 88.7 Jumlah 300 100.0 Jadual 6 Pengalaman Bekerja Responden Pengalaman Kekerapan 1-3 tahun 30 4-10 tahun 132 lebih daripada 10 tahun 138 Jumlah 300
Peratus 10.0 44.0 46.0 100.0
ii. Analisis Persepsi Guru Berdasarkan Soal Selidik Bahagian ini menerangkan hasil dapatan kajian yang berkaitan dengan bilangan min, sisihan piawai, skor min dan jumlah min keseluruhan bagi melihat persepsi responden terhadap perlaksanaan PBS di sekolah rendah. Analisis menjurus kepada pendapat, pengetahuan dan juga kemahiran responden terhadap setiap item soalan yang diajukan oleh penyelidik dalam soalan soal selidik yang diberikan. Kesemua item soalan menggunakan skala likert lima mata yang sama iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Analisis persepsi guru ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu: i. Analisis tahap kesediaan guru. ii. Analisis tahap pengetahuan guru. iii. Analisis tahap kemahiran guru. Jadual 7 Item Soalan Tahap Kesediaan Guru Bil
Kenyataan
Min
Skor min
Sisihan piawai
1.
Saya bersedia untuk melaksanakan PBS di sekolah.
4.39
Tinggi
0.70
2.
Saya menyokong perlaksanaan PBS di sekolah
4.43
Tinggi
0.71
3.
Saya yakin penggunaan PBS dapat meningkatkan motivasi saya untuk mentaksir murid dengan lebih berkesan.
4.45
Tinggi
0.68
4.
Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab mentaksir murid dalam bidang akedemik dan bukan akedemik.
4.39
Tinggi
0.63
114
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
5.
Saya selesa mentaksir murid menggunakan PBS
4.37
Tinggi
0.69
6.
PBS lebih baik dan berkesan berbanding dengan pentaksiran sebelumnya.
4.33
Tinggi
0.77
7.
PBS perlu diteruskan.
4.36
Tinggi
0.73
8.
PBS meningkatkan beban kerja saya.
1.82
Rendah
0.82
9.
Saya perlu bekerja lebih masa untuk melaksanakan PBS.
1.79
Rendah
0.85
10.
Saya bersedia dan mampu melaksanakan pentaksiran bersifat formatif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
4.27
Tinggi
0.65
Min Keseluruhan
3.86
Tinggi
Secara keseluruhannya min bagi menguji tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBS berada di tahap yang tinggi dengan skor min yang tinggi iaitu dengan nilai min (M= 3.86). Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru untuk melaksanakan PBS adalah tinggi. Jadual 8 Item Soalan Tahap Pengetahuan Guru Bil 1 2 3 4 5 6 7
Kenyataan Konsep PBS amat mudah untuk difahami. Pendedahan yang diberikan kepada saya sudah mencukupi. Saya yakin untuk menjalankan kursus dan latihan kepada pihak lain mengenai PBS. Saya dapat menguasai PBS dengan mudah dan cepat. Buku panduan PBS membantu saya dalam mempelajari sistem tersebut. Bahan rujukan mengenai PBS perlu diedar ke setiap sekolah. Masih banyak yang perlu saya pelajari mengenai PBS.
Min
Skor min
Sisihan piawai
4.21
Tinggi
0.75
4.20
Tinggi
0.77
4.26
Tinggi
0.70
4.23
Tinggi
0.74
4.30
Tinggi
0.67
4.34
Tinggi
0.61
1.70
Rendah
0.95
8
Saya tahu cara merekod hasil kerja murid menggunakan PBS.
4.32
Tinggi
0.65
9
Penambahbaikan sedia ada memudahkan saya untuk merekod hasil kerja murid.
4.58
Tinggi
0.61
10
Bahan Rujukan PBS mudah difahami.
4.58
Tinggi
0.65
Min Keseluruhan
4.07
Tinggi
Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dalam melaksanakan PBS. Mereka mampu merekod hasil kerja murid menggunakan PBS. Guru-guru juga jelas menyatakan bahawa konsep PBS mudah difahami dan boleh memberi latihan dan pengetahuan kepada pihak lain mengenai PBS. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru-guru sudah mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam proses pelaksanaan PBS di sekolah. Mereka mampu mentadbir PBS dengan cara yang efektif.
115
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 9
Min
Skor min
Sisihan piawai
4.29
Tinggi
0.71
1.93
Rendah
0.84
4.27
Tinggi
0.77
4.27
Tinggi
0.75
1.78
Rendah
0.91
4.54
Tinggi
0.68
1.86
Rendah
0.89
4.56
Tinggi
0.68
Saya tahu mengaplikasikan PBS dalam sistem pendidikan di sekolah.
4.58
Tinggi
0.62
Melalui PBS, saya dapat mentaksir hasil kerja murid lebih menyeluruh.
4.30
Tinggi
0.73
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Item Soalan Tahap Kemahiran Guru
Kenyataan Saya yakin untuk melaksanakan PBS secara berkesan dengan kemahiran yang saya ada. Saya bersetuju sekiranya latihan dalam perkhidmatan mengenai PBS dilaksanakan secara berterusan di sekolah. Pada pendapat saya, PBS amat mudah untuk dilaksanakan. Saya mudah mentaksir murid menggunakan PBS Kursus dan latihan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran saya mengenai PBS. Saya boleh membimbing rakan sejawat untuk melaksanakan PBS. Penambahbaikan perlu dilakukan lagi dalam sistem PBS untuk meningkatkan kemahiran saya. PBS membantu meningkatkan mutu kerja saya.
Min Keseluruhan
3.63
Tinggi
Hasil analisis dapatan kajian bagi item soalan yang menguji tahap kemahiran guru dalam melaksanakan PBS, mendapati kesemua guru mempunyai kemahiran yang cukup dalam melaksanakan PBS disekolah. Guru-guru juga dilihat mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan PBS. Mereka bersetuju bahawa tiada latihan tambahan perlu diberikan kepada mereka. Namun yang demikian, latihan secara berterusan perlu dilaksanakan bagi memperkasakan kemahiran sedia ada mereka. iv. Analisis Hipotesis Kajian
Antara Kumpulan
Jadual 10 Jadual ANOVA Umur Responden Jumlah Darjah Min Kuasa Nilai F Kuasa Dua kebebasan Dua 2.237 2 3.56 2.25
Dalam Kumpulan
147.35
297
Jumlah
149.58
299
Signifikan. 0.10
0.49
Berdasarkan jadual 10, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan umur (F(2, 297) =2.25; p > 0.05 ). Persepsi guru yang berumur antara 21-30 tahun (M=4.50, S.P = 0.56) dan guru berumur 31-40 tahun pula adalah (M=4.37, S.P=0.70). Manakala bagi guru yang berumur 40 tahun ke atas pula ialah (M=4.22. S.P=0.94). Perbezaan yang minimum dalam skor min menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru melaksanakan 116
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PBS berdasarkan umur. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru tidak kira umur telah bersedia untuk melaksanakan PBS di sekolah. Jadual 11 Jadual ANOVA Pengalaman Bekerja Jumlah Darjah Min Kuasa Nilai F Kuasa Dua kebebasan Dua Antara Kumpulan .57 2 0.28 0.57 Dalam Kumpulan
149.01
297
Jumlah
149.58
299
Signifikan. .56
0.50
Berdasarkan jadual 11 analisis annova sehala, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru melaksanakan PBS berdasarkan pengalaman bekerja (F(2, 297 ) = 0.57; p > 0.05). Persepsi guru yang mempunyai tahap pengalaman bekerja 1-3 tahun (M=4.50, S.P=0.50), guru yang mempunyai pengalaman 4-10 tahun (M=4.40, S.P=0.69) manakala guru yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun (M=4.35, S.P=0.75). Hasil dapatan menujukkan ketiga-tiga aspek mempunyai perbezaan skor min yang minimum. Ini jelas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman bekerja. Dapatan ini membuktikan bahawa guru yang mempunyai pelbagai tahap pengalaman tidak kira 1-3 tahun, 4-10 tahun dan lebih daripada 10 tahun telah bersedia dan mampu melaksanakan PBS di sekolah. Keseluruhannya, analisis data menunjukkan persepsi yang diberikan adalah positif terhadap pelaksanaan PBS. Hasil analisis data menunjukkan bahawa guru di Daerah Hilir Perak bersedia, berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan. Responden menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru terhadap PBS berdasarkan pengalaman bekerja dan umur responden. Ini membuktikan bahawa guru tidak kira umur dan pengalaman bersedia untuk merancang dan melaksanakan PBS dengan berkesan. KESIMPULAN Perlaksanaan transformasi dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana, pelbagai aspek hendaklah dikaji dan ditambah baik sepanjang proses transformasi ini dilaksanakan. Perlaksanaan PBS diperingkat sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang baru dan bukan mudah untuk dilaksanakan kerana guru perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang dibuat. Guru juga terpaksa menempuh pelbagai tomahan dan gelagat masyarakat dalam melaksanakan PBS secara berkesan. Setiap masalah dan halangan yang timbul dikaji untuk mencari jalan penyelesaiannya agar transformasi yang dibuat sesuai dengan keadaan persekitaran pendidikan masa kini. Guru hendaklah sentiasa bersikap positif dalam mengharungi setiap perubahan sistem pendidikan supaya sentiasa melangkah jauh kehadapan. RUJUKAN Asraf Mubarak Atan (2013). Beban Tugas Guru Dalam Perlaksanaan PBS di Sekolah ebangsaan Bandar dan Luar Bandar di Daerah Muar. Fakulti Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia. Burns, R.B. (2000). “Introduction to Research Method .” Fourth Edition. Frenchs Forest: Pearson Education Australia Pty Limited. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM 2012). Soalan lazim PBS. Diambil dari http://www. moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=147&keyword=& Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. 117
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Lembaga Peperiksaan Malaysia (202). Buku Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran Malaysia. McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7 (8). Mohd Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Edisi keempat. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka Raziatul Hanum (2014). Isu PBS: Makin Kelam Kabut, Makin Berserabut. Diambil dari http://www.sinarharian.com.my/isu-pbs-makin-kelam-kabut-makin berserabut-1.255373 Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah (2010). Kesediaan Guru Sekolah Menengah di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah. Universiti Teknologi Malaysia. Suzana Mutalib & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam subjek bahasa melayu darjah satu: Kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (1): 17-30.
118
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PERMULAAN : KEPENTINGAN HUBUNGAN INTERPERSONAL BERASASKAN KOMUNIKASI GURU CEMERLANG Norliza Abdul Majid Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan terhadap kemahiran hubungan interpersonal yang perlu diberi perhatian untuk perkembangan pendidikan dan keberkesanan sesuatu pengajaran. Keperluan hubungan interpersonal yang memberi penekanan terhadap perkembangan emosi dan sosial pelajar juga menjadi fokus kajian.Peranan interpersonal dari aspek kemahiran komunikasi dilihat dari kebolehan guru menguasai pelbagai bentuk kemahiran yang merangkumi kemahiran bertutur, mengawal bilik darjah, teknik pengajaran dan penggunaan komunikasi yang berkesan. Kemahiran komunikasi interpersonal guru permulaan diberi perhatian dan perkongsian kepakaran melalui pengalaman dan kemahiran guru cemerlang dijadikan panduan dengan memberi tumpuan terhadap elemen komunikasi. Kajian kes kualitatif ini berasaskan maklumat yang terperinci daripada lima orang guru permulaan melalui temu bual secara mendalam dan pemerhatian. Maklumat dianalisis secara interpretifdeskriptif berdasarkan tema-tema yang muncul dan teknik triangulasi data dilakukan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Hasil kajian mendapati kemahiran hubungan interpersonal memainkan peranan penting dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik selain mewujudkan suasana kemesraan, berkongsi perasaan, kasih sayang dan sikap yang prihatin. Perbincangan kajian merumuskan bahawa tugas guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan semata-mata, tetapi kemahiran interpersonal perlu dikuasai untuk meningkatkan perkembangan sosial pelajar dan kualiti pembelajaran. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada program pendidikan guru untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha pembangunan profesional guru permulaan dengan memberi penekanan terhadap kepentingan kemahiran hubungan interpersonal bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran. Kata kunci:
hubungan interpersonal, kemahiran komunikasi, interpretif- deskriptif.
PENGENALAN Peningkatan profesional bagi guru-guru permulaan yang akan ditempatkan di sekolah perlu dikemaskini melalui latihan dan bimbingan yang lebih berfokus kepada keperluan dan kepentingan hubungan interpersonal khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang sistematik berasaskan guru sebagai role model merupakan suatu strategi terancang dalam membentuk modal insan yang intelektual, seimbang dan harmonis. Perkongsian kepakaran guru cemerlang sebagai guru berpengalaman yang berefikasi tinggi boleh diaplikasikan untuk membimbing guru-guru permulaan mengembangkan kemahiran dalam pengurusan kelas dan strategi pengajaran memandangkan pengalaman yang lebih lama berbanding guru permulaan (Tschannen-Moran dan Hoy, 2002). Oleh yang demikian, Sebagai pendidik yang berinteraksi secara langsung, guru seharusnya memahami keperluan dan kehendak pelajar agar keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat direalisasikan. Proses sosialisasi di dalam bilik darjah tidak akan wujud tanpa hubungan interpersonal yang berkesan di antara guru dan pelajar. Menurut Wolk (2002) untuk mendapatkan suasana 119
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pengajaran yang baik, guru bukan sahaja perlu berkongsi perasaan, tetapi pendekatan kasih sayang juga perlu diutamakan agar pelajar dapat merasakan bahawa mereka dihormati. Sikap guru seperti mesra, peramah, bertimbang rasa dan penyayang dilihat sebagai faktor penting yang memainkan peranan dalam membina hubungan di antara guru dan pelajar. Oleh yang demikian, langkah pragmatis dan proaktif haruslah diambil untuk menangani cabaran dari peringkat awal bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan profesionalisme keguruan khasnya dalam kalangan guru permulaan. Kajian ke atas guru permulaan ini adalah berfokus kepada kemahiran komunikasi dari aspek hubungan interpersonal yang berfokus kepada kebolehan guru permulaan mengawal bilik darjah dan memahami perkembangan sosial dan emosi pelajar. Menurut Cremin (2012), pelajar mudah hilang tumpuan semasa pembelajaran dalam bilik darjah disebabkan cara guru menerangkan dan guru seharusnya menimbulkan ciri kesefahaman, ciri keseronokan dan dapat mempengaruhi sikap pelajar melalui jalinan komunikasi yang berkesan (Ulfah, S., Mahamod, Z., Badusah, J., & Yamat, H, 2012). Oleh yang demikian, kajian yang berfokus kepada guru permulaan ini adalah untuk mengenalpasti keupayaan guru permulaan mempraktikkan kemahiran komunikasi interpersonal dalam menarik perhatian dan minat pelajar selain dapat menyampaikan ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bukan sahaja memberi tumpuan terhadap keperluan interpersonal dalam proses penyampaian maklumat semata-mata, tetapi kepentingan interpersonal juga dilihat dari aspek yang lebih luas seperti memahami keperluan dan kehendak pelajar agar keberkesanan pengajaran dapat direalisasikan. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan menghuraikan persoalan kajian iaitu: Mengenal pasti bagaimana guru permulaan mempraktikkan kemahiran hubungan interpersonal dan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. METODOLOGI Kaedah ini merupakan kajian kes kualitatif berasaskan kaedah kualitatif yang dapat meneliti dan memahami sesuatu fenomena secara mendalam berkenaan keperluan hubungan interpersonal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai lima orang guru permulaan dari lima buah sekolah yang berlainan telah dijadikan sampel kajian utama melalui kaedah persampelan bertujuan atau ‘purposive sampling’. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan senarai nama guru permulaan yang ditempatkan di sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan peserta kajian tidak dilakukan berdasarkan bidang subjek atau jantina, tetapi berdasarkan guru permulaan yang sesuai dalam konteks kajian ini yang terdiri daripada tiga orang peserta kajian lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan temu bual secara mendalam dan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada peserta kajian. Konteks temu bual di dalam kajian ini adalah menyentuh secara langsung tentang keperluan dan kepentingan hubungan interpersonal dari aspek kemahiran komunikasi dalam membantu guru menjadikan pengajaran menarik dan berkesan. Penganalisisan data adalah berasaskan tema-tema yang diperoleh hasil daripada temu bual dan pemerhatian. DAPATAN KAJIAN Aspek perbincangan ini memberi tumpuan terhadap penguasaan kemahiran interpersonal di dalam pengajaran yang perlu diberi perhatian untuk perkembangan pendidikan dan sosial pelajar. Hasil kajian mendapati untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran, hubungan komunikasi interpersonal yang melibatkan guru dan pelajar perlu terjalin dalam suasana yang harmoni kerana proses pengajaran melibatkan pelajar yang berbeza dari segi latar belakang, perlakuan dan pengalaman.Kajian mendapati, guru permulaan berusaha menguasai unsur120
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
unsur penting komunikasi interpersonal seperti kemahiran suara, kemahiran mendengar serta kemahiran tingkah laku bukan lisan. Kelebihan suara dalam mempengaruhi sesuatu tindakan memberi ruang dan peluang kepada guru permulaan untuk mendapat tindak balas yang diperlukan daripada pelajar. Ketegasan yang ditunjukkan oleh guru permulaan melalui penggunaan suara yang lantang bukan sahaja dapat menarik tumpuan pelajar, tetapi merupakan suatu arahan yang perlu diberi perhatian. Zulkifli (2000) turut menegaskan bahawa sebagai alat menyampaikan mesej, suara memainkan peranan penting semasa berkomunikasi kerana suara berupaya menyampaikan sesuatu perasaan. Suara yang jelas dan kuat dapat membantu proses komunikasi berjalan lancar kerana penegasan suara dapat menarik tumpuan atau minat pelajar terhadap pengajaran selain untuk mengubah sesuatu tingkah laku. Namun demikian guru permulaan masih belum menguasai kemahiran suara sebaiknya kerana didapati sukar untuk menyesuaikan suara dengan persekitaran seperti bunyi bising yang memerlukan perbezaan dari segi tekanan nada suara atau pengulangan sesuatu pernyataan. Hal ini menyebabkan proses pengajaran terganggu disebabkan oleh kegagalan guru permulaan untuk menarik perhatian pelajar. Sementara itu, berasaskan kajian ke atas kemahiran komunikasi guru cemerlang, didapati perbezaan nada suara seperti tegas ketika memberi arahan atau perlahan ketika memberi penerangan menunjukkan guru cemerlang menggunakan kepelbagaian nada suara untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan pelajar masih memberi tumpuan atau dilakukan sekiranya terdapat gangguan seperti bunyi bising yang boleh menjejaskan tumpuan pelajar. Peluang untuk menjalin hubungan jelas kelihatan apabila peserta kajian mengucapkan kata-kata melalui suara yang jelas disertai dengan intonasi suara yang perlahan untuk menarik minat pelajar (Norliza, 2011). Teknik yang sama turut ditekankan oleh Abdull Sukor (2008) yang menegaskan bahawa teknik penggunaan suara yang berkesan seperti menggunakan teknik berhenti sejenak ketika bercakap, teknik menekankan kepada kata kunci perkataan dan penggunaan kepelbagaian nada perlu untuk mengekalkan minat dan perhatian orang. Kajian juga mendapati, kemahiran mendengar memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Brooks (2006), menjelaskan keupayaan mendengar dengan teliti amat penting untuk menarik seseorang dalam sesuatu perbincangan. Seorang pendengar yang baik dapat memahami fikiran dan perasaan seseorang kerana kemahiran mendengar dapat memupuk sikap terbuka di antara satu sama lain. Dalam hal ini, hubungan dua hala memainkan peranan penting kerana tumpuan terhadap sesuatu perbincangan memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak untuk saling memahami. Untuk menilai setiap percakapan dan luahan pelajar, guru permulaan didapati menggunakan kemahiran mendengar untuk memastikan luahan pandangan dan perasaan pelajar dapat difahami dengan sebaiknya. Namun demikian, kebolehan mendengar dengan sifat empati perlu dipraktikkan oleh guru permulaan agar pelajar berasa selesa dengan suasana perbincangan yang dilakukan. Berdasarkan pemerhatian, guru permulaan perlu mempertingkatkan kemahiran interpersonal bagi memastikan pelajar mematuhi arahan dan memberi perhatian terhadap pengajaran. Justeru itu, kemahiran mendengar boleh memberi peluang kepada guru permulaan untuk memahami pandangan dan masalah yang dikemukakan oleh pelajar. Dengan kata lain, guru haruslah mendengar dengan aktif untuk memberi maklum balas dan menilai setiap percakapan dan luahan pelajar. Untuk memastikan proses pengajaran berjalan dengan lancar, kesediaan mendengar pandangan atau alasan yang diberikan oleh pelajar merupakan suatu langkah yang wajar dilakukan. Menurut Abdullah dan Ainon (2006), punca konflik komunikasi adalah disebabkan oleh kurangnya kemahiran mendengar dan empati terhadap apa yang didengar. Kajian ini juga mendapati bahawa kemahiran tingkah laku telah digunakan untuk mengukuhkan penerangan, memberi sesuatu contoh atau untuk tujuan penegasan. Dapatan kajian menunjukkan guru permulaan menggunakan kemahiran tingkah laku bukan lisan untuk menyampaikan pengajaran yang memerlukan pergerakan fizikal seperti mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kemahiran Hidup. Hasil pemerhatian menunjukkan 121
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
guru permulaan kurang menggunakan kemahiran tingkah laku semasa pengajaran di bilik darjah terutama semasa menjelaskan tentang sesuatu maklumat atau semasa perbincangan. Kemahiran menarik perhatian pelajar amat penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat difahami. Sehubungan dengan itu, untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru permulaan perlu mahir menggunakan tingkah laku yang bersesuaian dengan situasi pembelajaran. Pergerakan tubuh dan tangan, mimik muka dan komunikasi mata didapati mempunyai pengaruh dalam menarik minat pelajar terhadap maksud yang hendak disampaikan. Kepentingan kemahiran tingkah laku ini dijelaskan oleh (Bovee, Thill & Dovel, 1993) bahawa isyarat komunikasi bukan lisan dikatakan membawa lebih daripada 90 peratus makna yang terkandung dalam sesuatu mesej dan selalunya terjadi secara spontan dan cepat. Selain itu, isyarat mata juga kurang dilakukan oleh guru permulaan untuk mempengaruhi suasana pengajaran. Hasil pemerhatian mendapati guru permulaan serius memandang ke arah semua pelajar untuk menarik perhatian tetapi masih kurang menggunakan gerak mata atau renungan untuk mendapat tumpuan pelajar. Oleh yang demikian kemahiran guru menggunakan isyarat mata perlu untuk menimbulkan minat dan keseronokan semasa pembelajaran kerana tindakan sebegini dapat membantu guru untuk menyampaikan mesej secara tidak langsung. RUMUSAN KAJIAN Secara keseluruhannya, kajian ini melihat kemahiran interpersonal guru amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai matlamat yang diharapkan. Dalam membentuk komunikasi yang berkesan, hubungan interpersonal diperlukan bagi menjalin rasa hormat di antara satu sama lain dan memberi kepuasan kepada setiap orang dalam hubungan interpersonal yang terbentuk. Hal ini bersesuaian dengan pandangan Pearson (2000), bahawa komunikasi interpersonal diperlukan untuk menyelesaikan masalah, berkongsi maklumat,membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluansosial seperti ingin menyayangi dan disayangi. IMPLIKASI DAN CADANGAN Berdasarkan penemuan hasil kajian, kemahiran hubungan interpersonal mempunyai pengaruh yang besar dalam aspek pengajaran guru. Kemahiran guru berkomunikasi dapat mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar dalam mencorakkan suasana pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. Meskipun guru permulaan mempunyai ciri-ciri kemahiran interpersonal, namun kelancaran proses pengajaran boleh terganggu disebabkan oleh persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah yang dipenuhi oleh bilangan pelajar yang ramai, suasana bilik darjah yang tidak selesa, kekurangan bahan sumber atau gangguan seperti bunyi bising yang mengganggu konsentrasi guru dan pelajar. Justeru langkah-langkah yang proaktif dan dinamis perlu diberi perhatian untuk membimbing guru permulaan ke arah pengajaran yang lebih berkualiti. Peranan guru cemerlang dari aspek kemahiran komunikasi interpersonal boleh dijadikan panduan untuk mencapai keberkesanan pengajaran. Pihak pentadbir sekolah perlu memainkan peranan dengan memastikan guru cemerlang sebagai role model dapat membimbing dan memantau proses pengajaran dan pembelajaran guru permulaan pada peringkat awal. Pihak pentadbir juga perlu menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa, penyediaan bahan sumber seperti perkhidmatan media dan ICT, dan memastikan keadaan sekeliling yang tenteram agar guru permulaan dapat menghasilkan corak pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan keperluan profesionalisme keguruan.
122
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru Berkesan, Petua dan Panduan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Bovee, Thill & Dovel. 1993. Management International Education. New York: Mc Graw-Hill, Inc. Brooks, Bill. (2006). The Power Of Active Listening. The American Salesman 51, no. 6, 12. Cremin, T. (2012). Creative Teachers For Creative Learners: Implications For Teacher Education Programme. The Standing Conference on Teacher Edu. North and South. 10th Annual Conference.11-12 Oct 2012. Norliza Abdul Majid. (2011). Kemahiran Komunikasi dan Motivasi Kerja Dalam Kalangan Guru Cemerlang. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pearson. J. C & Nelson P. E. (2000). An Introduction to Human Communication Understanding and Sharing. Amerika Syarikat: McGraw-Hill. Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. (2002). The Influence of Resources and Support on Teachers’ Efficacy Beliefs. Paper Presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association:What is the Value of Understanding Beliefs? An Exploration of Beliefs Related to Academic Achievement. April 2, 2002. New Orleans, La. Ulfah, S., Mahamod, Z., Badusah, J., & Yamat, H. (2012). Amalan komunikasi interpersonal direktif guru bahasa Indonesia ketika memulakan pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 2(2), 71-83. Wolk, S. (2002). Being Good: Rethinking Classroom Management and Student Discipline. Portsmouth: Heinemann. Zulkifli Yusof. (2000). Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
123
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENGAJARAN TERANCANG KARANGAN JENIS PERIBAHASA Normala binti Haji Hasan SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Karangan Jenis Peribahasa dalam pengajaran terancang. Kajian ini dilakukan terhadap murid-murid tingkatan dua di sekolah menengah di Pulau Pinang. Teori kognitif oleh Jean Piaget dan Teori Hipotesis Nurani oleh Chomsky digunakan sebagai landasan kajian ini. Seramai 60 murid dipilih secara rawak. Semasa rawatan kajian, pengkaji memilih pendekatan deduktif, kaedah terus dan pelbagai teknik pengajaran bahasa. Kajian ini dilakukan berdasarkan anggapan para guru bahawa guru mengalami kesukaran untuk mengajar Karangan Jenis Peribahasa kerana murid tidak memahami maksud peribahasa. Selain itu, murid mengalami kesukaran untuk menghasilkan karangan yang benar-benar menarik dengan gandingan kemahiran bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, iaitu plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan teknik penceritaan untuk memperoleh penskoran yang tinggi dalam penulisan karangan jenis ini, Pemprosesan data bahan bahasa melibatkan analisis berstatistik, iaitu min, skor, julat, sisihan piawai dan varian. Dapatan kajian mendapati bahawa Karangan Jenis Peribahasa menjadi pilihan murid berbanding Karangan Jenis Bukan Peribahasa kerana Karangan Jenis Peribahasa berbentuk naratif. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor sosiobudaya mempengaruhi penguasaan peribahasa Melayu, iaitu faktor demografi, faktor pengetahuan peribahasa dan faktor peribahasa. Dengan adanya kajian seperti ini, para guru bahasa Melayu dapat menjadikan dapatan kajian ini sebagai inovasi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
PENGENALAN Peribahasa sejenis puisi tidak terikat tetapi terdiri daripada sekurang-kurangnya dua larik serangkap dengan jumlah perkataan terdiri daripada empat, enam atau lebih perkataan dalam selarik. Terdapat peribahasa yang mempunyai rima dan ada juga yang tidak mempunyai rima. Setiap rangkap peribahasa dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Peribahasa yang selarik tidak mempunyai unsur-unsur puitis, tidak digolongkan sebagai puisi walaupun ddikenali juga sebagai peribahasa (Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad, 1993). Pengajaran terancang adalah satu konsep yang diperkenalkan hanya dalam beberapa dekad yang lalu di Amerika Syarikat, Pengajaran terancang berbeza dengan pengajaran konvensional bukan kerana kesemua prinsip asasnya belum pernah wujud, tetapi kerana ciri-cirinya yang membolehkan banyak prinsip penting dapat diamalkan oleh guru di bilik darjah. Sebelum wujudnya pengajaran terancang prinsip-prinsip pengajaran berkenaan, walaupun telah lama diakui, tidak pernah atau jarang sekali diamalkan oleh guru di bilik darjah disebabkan bermacam-macam batasan (Koh Boh Boon, 1984). Pengajaran terancang merupakan kaedah pengajaran yang boleh disampaikan melalui buku ataupun mesin pengajar. Sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran dicerakinkan kepada unit-unit yang kecil yang hanya ada satu konsep. Unit-unit itu disusun dari aras yang mudah kepada aras yang susah. Sekiranya buku pengajaran terancang digunakan, murid akan membaca setiap soalan dan mencatatkan jawapan di tempat yang ditentukan. Selepas itu, murid akan membandingkan jawapannya dengan jawapan yang disediakan di sebelah tepi halaman yang sama. Dengan cara ini, murid akan dapat maklumat balik dengan serta-merta mengenai prestasinya dan pengajaran terancang ini akan memberikan peneguhan kepada murid itu (Ee Ah Meng, 1988). 124
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Berdasarkan keterangan yang dinyatakan di atas pengkaji ingin menunjukkan perbezaan antara pengajaran konvensional dengan pengajaran terancang berdasarkan pendapat-pendapat tokoh di negara Barat dan di Malaysia, iaitu Skinner, Collins, Gibbon Keeya dan Koh Boh Boon berkaitan pengajaran terancang Pengajaran Konvensional menumpukan kepada prosedur pelaksanaannya secara unum, ciri-ciri pengajaran secara umum, prinsip-prinsip pengajaran mengikut kepelbagaian kebolehan pelajar, bahan-bahan pengajaran mengikut kesesuaian pelaksanaan pengajaran, murid-murid kurang aktif dan pengajaran sehala, Jika dibandingkan dengan pengajaran terancang yang menitikberatkan kepada prosedur pelaksanaannya yang amat teratur dan empirik, isi pelajaran disusun dan disampaikan secara teratur langkah demi langkah supaya murid dapat mengikutinya secara mudah dan terbimbing. Selain itu, setiap bahagian isi membentangkan sesuatu konsep atau generslisasi, Seterusnya, terdapat dua ciri pengajaran terancang, iaitu pemerihalan dan penganalisisan yang teliti terhadap hasil pembelajaran yang dikehendaki dan penyususnan rapi secara berturutan terhadap isi kandungan dan perancangan, pengembangan dan pengawalan rapi atas perangsang dan persekitaran pengajaran untuk memperoleh gerak balas yang terus dan jelas daripada murid di bawah keadaan yang membenarkannya mendapat pengesahan segera terhadap jawapan-jawapannya. Seterusnya, prinsip-prinsip pengajaran terancang mempunyai persamaan dengan pengajaran pemulihan. Objektifobjektif bahan pengajaran dinyatakan secara khusus dan jelas dari segi kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid. Akhir sekali, murid-murid bergerak balas dengan bahan pengajaran terancang secara aktif. Beberapa kajian terhadap peribahasa telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini, sungguhpun peribahasa Melayu dianggap penting dalam aspek kemahiran berbahasa tetapi aspek ini kurang dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah khususnya Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa. Pada hal, peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia (Sukatan Pelajaran kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001).. Hal ini demikian kerana tajuk Karangan Jenis Peribahasa boleh dipilih daripada jenis-jenis peribahasa tersebut. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini mempunyai tujuan utamaseperti paparan berikut: (i) Mengkaji faktor sosiobudaya yang mempengaruhi penguasaan Karangan Jenis Peribahasa. (ii) Mengkaji keberkesanan Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa. METODOLOGI Populasi bagi kajian ini ialah seramai 90 orang. Populasi kajian ini terdiri daripada murid-murid Tingkatan 2. Subjek-subjek bagi kajian ini ialah 60 orang. Subjek-subjek ini dipilih berdasarkan pencapaian subjek dalam Ujian Karangan Jenis Peribahasa dan Ujian Karangan Bukan Jenis Peribahasa (Ujian Pra dan Ujian Pasca). Tempat kajian yang dipilih bagi melaksanakan kajian ini terletak di negeri Pulau Pinang. Lokasi ini dipilih kerana kesesuaian dengan subjek-subjek kajian ini kerana murid-murid sering mendengar dan menggunakan peribahasa Melayu. Pengumpulan data yang digunakan untuk kajian ini ialah soal selidik (Soal Selidik Pertanyaan Terbuka atau Tidak Berstruktur). Soal selidik jenis ini akan menunjangi analisis dengan maklumat diri sampel, maklumat pengetahuan peribahasa sampel, maklumat penggunaan peribahasa sampel.Selain itu, teknik ujian, iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk menilai kebolehan subjek-subjek mengorganisasikan buah fikiran untuk mengarang Karangan 125
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jenis Peribahasa dan Karangan Jenis Bukan Peribahasa. Peribahasa Melayu yang terdiri daripada empat simpulan bahasa, empat perumpamaan, empat bidalan, empat pepatah dan empat perbilangan terdapat dalam set rawatan kajian ini. Setiap satu peribahasa Melayu disusuli dengan empat soalan yang berkaitan dengan peribahasa ini, iaitu maksud peribahasa berfokus, pengetahuan tentang peribahasa lain yang membawa maksud yang sama dengan setiap peribahasa yang diberi, mengaitkan maksud peribahasa yang diberi dengan salah satu kejadian yang subjek-subjek tahu daripada pengalaman sendiri atau yang dibaca dan soalansoalan kemahiran berfikir, iaitu kesesuaian peribahasa yang diberi pada masa kini. Rawatan kajian dilaksanakan sebelum Ujian Pasca. 20 peribahasa Melayu yang terdiri daripada empat simpulan bahasa, empat perumpamaan, empat bidalan, empat pepatah dan empat perbilangan dipilih oleh pengkaji untuk pengisian Model Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa. Model Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa menggunakan pendekatan deduktif sebagai teori bahasa untuk kajian ini. Teori Kognitif oleh Jean Piaget digunakan sebagai landasan kajian ini. Pendekatan deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu, Pendekatan ini menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Berdasarkan pendekatan ini, sesuatu pembelajaran itu akan dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempunyai peraturan-peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh atau mengaplikasi peraturan-peraturan yang telah diberi (Kamarudin Husin, 1994). Kaedah Terus yang mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak dipilih untuk kajian ini. Pelbagai teknik pengajaran terancang yang bersesuaian dipilih oleh pengkaji untuk Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa. DAPATAN Dapatan soal selidik ini menunjukkan bahawa faktor sosiobudaya mempengaruhi tahap penguasaan Karangan Jenis Peribahasa Melayu dalam kalangan subjek berdasarkan faktor demograf ((jantina, etnik, jenis sekolah, lokasi sekolah dan keluarga), faktor pengetahuan peribahasa subjek-subjek dan faktor penggunaan peribahasa subjek-subjek. Contoh, dapatan soal selidik, pengkaji memperoleh persamaan peribahasa antara peribahasa Melayu (PM) dengan peribahasa Tamil (PT), peribahasa Melayu (PM) dengan peribahasa Arab (PA), peribahasa Inggeris (PI) dengan peribahasa Melayu (PM) dan peribahasa Inggeris (PI) dengan peribahasa Melayu (PM) dengan peribahasa Arab (PA) daripada subjek-subjek kajian. Peribahasa Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing (PM) dan Ondra pattal undu vakhvu (PT) membawa maksud yang sama, iaitu bersama-sama melakukan sesuatu pekerjaan sama ada pekerjaan itu berat atau ringan. Selain itu, peribahasa Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit (PM) dan Siru tuili peru veilam (PT) yang turut mempunyai persamaan maksud, iaitu seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan secara berperingkatperingkat sehingga berjaya menyelesaikan pekerjaan itu. Seterusnya, peribahasa the pen is mightier than the sword (PI) mempunyai persamaan maksud demgan mata pen lebih tajam daripada pedang (PM). Peribahasa like father like son (PI) mempunyai persamaan maksud dengan peribahasa bapa borek anakrintik (PM) dan Attufahatu la tasquthu ba”idatan “an syajaratiha (PA).Gabungan tiga peribahasa ini membawa maksud anak menurut sikap atau perangai bapanya. Peribahasa two pen in a pot (PI) turut mempunyai persamaan maksud dengan peribahasa satu kapal dua nakhoda (PM). Kedua-dua peribahasa ini bermaksud (a) satu pekerjaan dua orang yang mengarahkannya (b) perempuan yang menduakan suami. Akhir sekali, peribahasa masa itu emas (PM) mempunyai maksud yang sama dengan masa ibarat pedang, jika tidak melaksanakannya ia akan memotong kita (PA), iaitu kepentingan masa dalam kehidupan seharian.Hal ini demikian kerana tahap pemikiran Pra Operasi oleh Jean Piaget. Tahap ini dibahagikan kepada dua bahagian yang lain, iaitu tahap yang pertama adalah tahap pemikiran simbolik (2-4 tahun) manakala tahap yang kedua adalah tahap pemikiran intuitif (4-7 tahun), kanak126
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kanak sudah mempunyai kemahiran menyusun rumusan-rumusan bahasa ibundanya.(Jean Piaget dalam Abdullah Yusof dan Ahmad Kamil Ghazali, 1996) Dapatan Ujian Pra, terdapat hubungan antara persekitaran bahasa dengan latihan terhadap penggunaan peribahasa Melayu agak lemah. Hal ini demikian kerana faktor psikologi, faktor budaya, faktor sosial, faktor sosioekonomi dan faktor intrinsik, iaitu sikap bahasa. Berkaitan faktor psikologi pula disebabkan oleh subjek-subjek berasa takut untuk melakukan kesilapan apabila digunakan dalam situasi yang tidak tepat ataupun salah penggunaan peribahasa Melayu. Adakalanya terdapat peribahasa Melayu yang mengelirukan manakala faktor budaya juga menyebabkan dapatan kajian ini, iaitu subjeksubjek yang bukan bangsa Melayu tidak faham peribahasa Melayu dan mereka kurang menggunakan peribahasa Melayu dalam aspek kehidupan. Faktor sosioekonomi yang sederhana juga menyebabkan dapatan kajian ini terjadi kerana subjek-subjek tidak mampu membeli dan memiliki buku-buku yang berkaitan dengan peribahasa Melayu. Tambahan pula, faktor-faktor seperti kurang pembacaan tentang peribahasa Melayu, kefahaman yang rendah tentang peribahasa Melayu, penguasaan peribahasa yang lemah menyukarkan penggunaannya dalam interaksi sehari-hari dan pertembungan peribahasa antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Cina dan peribahasa India. Selain itu, berkaitan faktor intrinsik yang berkaitan sikap bahasa, subjek-subjek tidak gemar membaca peribahasa Melayu kerana sukar difahami dan mereka cepat merasa bosan terhadap peribahasa Melayu yang sukar difahami. Hal ini ditegaskan berdasarkan pendapat Jean Piaget, iaitu terdapat beberapa banyak faktor penyebab yang mengakibatkan perbezaan itu, yakni faktor seperti baka , persekitaran dan kematangan. Faktor kematangan ini adalah hasil interaksi antara faktor baka, persekitaran dan pengalaman. (Jean Piaget dalam Rosnah Abd . Kahar, 1994). Rawatan kajian dilakukan oleh pengkaji untuk melihat keberkesanan Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa dengan menggunakan 20 Model Pengajaran Terancang Peribahasa Menggunakan Pendekatan Deduktif, Kaedah Terus dan pelbagai teknik pengajaran. Ketika melaksanakan rawatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa subjek-subjek bersedia untuk memberikan contoh-contoh peribahasa dengan merujuk kepada Kamus Peribahasa (Rubiah Aksah, 2005). Buktinya, 20 peribahasa yang dipilih oleh pengkaji semasa pelaksanaan rawatan kajian ini merupakan peribahasa berfokus. Terdapat banyak peribahasa sampingan yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa berfokus yang diberi telah diperoleh oleh subjek-subjek semasa pelaksanaan rawatan kajian ini. Contohnya: Peribahasa berfokus: Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata emas padahnya. Maksud peribahasa berfokus ini ialah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata kerana terlangsung kata tidak boleh ditarik balik.Antara peribahasa sampingan yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa berfokus yang telah diperoleh subjek-subjek kajian ini ialah Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah, Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, Padang perahudi lautan, padang hati di fikiran, Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia, Pisau senjata tiada bisa, bisa lagi mulut manusia dan Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar PERBINCANGAN Kesemua subjek untuk kajian lapangan ini telah dapat mengaitkan maksud peribahasa berfokus yang dikemukakan dengan salah satu kejadian yang subjek-subjek tahu daripada pengalaman sendiri atau yang dibaca oleh subjek-subjek. Paparan kejadian yang ditulis oleh subjek-subjek menarik dan logik, sama ada kejadian yang subjek-subjek tahu daripada pengalaman sendiri atau yang dibaca oleh subjek-subjek kerana kejadian-kejadian yang ditulis oleh subjek-subjek menepati maksud peribahasa berfokus dan peribahasa Melayu yang lain yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa berfokus. Kejadian yang subjek tulis mempunyai plot, watak dan perwatakan yang terdiri daripada watak utama dan watak sampingan, latar, iaitu latar 127
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
masa, latar tempat dan latar masyarakat dan tema (maksud peribahasa berfokus). Berkaitan dengan kejadian yang dibaca oleh subjek-subjek sememangnya paparan kejadian tersebut berdasarkan fakta yang telah dibaca oleh subjek-subjek.Hal ini disokong oleh Asmah Omar (1993), pencerita akan bercerita tentang pengalamannya, baik yang merupakan pengalaman yang betul-betul berlaku mahupun yang berupa khayalan. Dalam pengalaman jenis pertama itu, biasanya ceritanya itu berkisar pada dirinya dan orang yang dekat dengannya, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial dan kekeluargaan. Contoh: Samad merupakan seorang yang lurus bendul. Setiap apa yang diarah dan disuruh, dia tetap akan ikut. Pada suatu hari, dia telah disuruh oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu menyuruh Samad menyerahkan beberapa bungkus dadah kepada pelanggannya, Tanpa mereka sedari,, perbuatan mereka itu telah dilihat oleh seorang anggota polis. Akhirnya, Samad dan lelaki itu telah ditangkap dan dipenjarakan. Samad menyesal dengan sikapnya yang amat suka mengikut telunjuk lelaki itu, Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. (Sumber: Subjek 6). Jadual 1 Ujian –t Melihat Perbezaan Jenis-Jenis Peribahasa Melayu Kumpulan Nilai-t Df Nilai-p Perbezaan min Simpulan Bahasa 87.844 89 0.000* 22.81667 Perumpamaan 71.553 89 0.000* 23.95556 Bidalan 58.746 89 0.000* 24.25000 Pepatah 80.017 89 0.000* 25.54444 Perbilangan 60.515 89 0.000* 23.22222
*Perbezaan skor min yang signifikan pada aras keertian 0.05
Berdasarkan Jadual 1, hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan pemahaman dalam kalangan subjek-subjek terhadap peribahasa Melayu. Namun begitu, hubungan antara persekitaran bahasa dengan latihan terhadap penggunaan peribahasa Melayu agak lemah. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor sosiobudaya mempengaruhi penguasaan peribahasa Melayu pada tahap sederhana. Kemahiran berfikir dikuasai oleh subjek-subjek di sekolah menengah dan begitu juga penggunaan peribahasa berkesan dalam Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa. Selain itu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dikuasai oleh subjek sekolah menengah. Begitu juga, Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa berkesan dan murid-murid di sekolah menengah dapat menguasainya dengan baik berbanding Karangan Jenis Bukan Peribahasa. KESIMPULAN Setelah melihat kepada rumusan penemuan hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa akan memberi kesan utama kepada murid-murid dan para guru. Hal ini demikian kerana murid-murid dan para guru adalah perintis kepada keberkesanan Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa, khususnya di Malaysia. Murid-murid dapat memahami, menggunakan peribahasa dengan betul dalam Karangan Jenis Peribahasa dan menghayati peribahasa sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat dicapai oleh murid-murid melalui Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa dengan beberapa matlamat dalam pengajaran Bahasa Melayu, iaitu mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media massa, bertutur dengan fasih dan lancar. Selain itu, murid boleh memberikan pendapat dan hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi, membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar, membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera dan ilmiah dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan, sama ada Pengajaran Karangan Jenis Peribahasa atau Pengajaran Karangan Jenis Bukan Peribahasa. 128
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Para guru dapat mengamalkan Pengajaran Terancang Katangan Jenis Peribahasa ini kerana keupayaan dan keberkesanannya mampu memberi rangsangan kepada murid-murid dan akan berlaku tindak balas sehingga membentuk pembelajaran dalam kalangan murid. Semasa proses Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa, pengetahuan para guru tentang peribahasa, pengalaman mengajar dan pengetahuan para guru terhadap sesuatu pendekatan, perkaedahan atau teknik pengajaran akan menjamin keberkesanan Pengajaran Terancang Karangan Jenis Peribahasa. Pelbagai aktiviti dan rangsangan pembelajaran dapat dirancang oleh para guru baik sebelum pengajaran, semasa pengajaran mahupun sesudah pengajaran kerana kesemua bentuk peribahasa bersifat subjektif dan abstrak yang memerlukan pendedahan dan penguasaan konsep untuk murid-murid lebih memahami Karangan Jenis Peribahasa. RUJUKAN Abdullah Yusof dan Ahmad Kamil Ghazali (1996). Kognisi dan hubungannya dengan bahasa. Jurnal Dewan Bahasa, 40(2), 164-173. Asmah Omar (1993). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerin Pendidikan Malaysia. Ee Ah Meng (1988). Pedagogi untuk bakal guru. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Husin ( 1994). KBSM dan strategi pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah- Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum. Koh Boh Boon ( 1984). Bahan pengajaran kendiri terancang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Rosnah Abd . Kahar ( 1994).Bahasa dan pemikiran. Pelita Bahasa, Disember, 36-37. Rubiah Aksah (2005). Seribu satu peribahasa Melayu. Shah Alam:Karya Bestari Sdn. Bhd. Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
129
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
NILAI ESTETIKA DALAM TEROMBA Normala binti Haji Hasan SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal Abstrak Kajian ini merupakan satu interpretasi intelektual puisi melalui bahasa Melayu terhadap teromba (Puisi Melayu Tradisional). Tujuan kajian ini diadakan untuk mengenal pasti konsep bahasa, lambang dan makna sebagai cerminan nilai estetika dan untuk menginterpretasi dan mengapresiasi nilai estetika dalam teromba. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori Relativisme, iaitu penilaian estetika kepada sifat psikologi manusia dan kepada sifat yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia tertentu. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa teromba yang lahir daripada sistem kehidupan masyarakat Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih khususnya di Negeri Sembilan dan Melaka telah memperlihatkan nilai yang amat menarik, iaitu nilai estetika. Keindahan bahasa yang terpancar melalui unsur pengulangan dalam teromba, unsur perlambangan dan perbandingan dalam teromba dan diksi dalam teromba telah menjadikan teromba begitu tinggi nilainya. Oleh itu, nilai estetika dalam teromba jika diamalkan boleh menjamin pembentukan masyarakat unggul dengan ciri-ciri ikram, bersatu-padu, kasih sayang dan penyayang antara setiap individu.
PENGENALAN Bahasa dan sastera ialah dua bahasa daripada satu entiti yang amat rapat ibarat tulang dan daging dalam tubuh manusia. Bahasa ialah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam masyarakat kehidupannya sehari-hari untuk bekerjasama dan berhubungan untuk melestarikan kebudayaannya serta menyebarkan dan mengembangkan pemikirannya dalam kalangan anggota masyarakatnya serta generasi penerusnya. Sastera ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu (Koh Boh Boon, 1989). Nilai merupakan sesuatu yang sangat relative sifatnya. Nilai mempunyai hubungan rapat dengan sikap yang mempunyai unsur-unsur kognitif, afektif dan tanggapan. Sistem nilai member sepatutnya i sumbangan yang utuh dan ampuh dalam cetusan perlakuan manusia. Nilai sebagai kepercayaan yang wujud dalam keseluruhan sistem kepercayaan terutama berkaitan dengan bagaimana seseorang itu sepatutnya atau tidak sepatutnya bertingkah laku atau menghargai sesuatu yang bernilai untuk dimiliki atau sebaliknya. Nilai tidak sama dengan sikap dan kepercayaan lain dan tidak mempunyai perkaitan dengan sebarang onjek tertentu, orang ayau kumpulan, tetapi nilai mempengaruhi tingkah laku manusia terhadap objek atau orang lain. Selain itu, nilai merupakan satu ukuran bagi menentukan sama ada sesuatu itu baik atau tidak baik dan nilai dapat mengadili tingkah laku seseorang (Milton Rokeach, 1970). Kesenian dalam kemanusiaan dapat menimbulkan getaran rasa keindahan. Es tetika sebagai ilmu tentang keindahan dalam seni dan alam semesta, yang berhubung drngan watak, keadaan dan bersesuaian dengan hokum. (Safian Hussain, 1988). Berkaitan dengan hal ini, Al-Ghazali, ahli falsafah Islam pendapat bahawa setiap yang indah ialah sesuatu yang sempurna. Manusia akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan hidup kerana setiap yang berkurangan adalah sesuatu yang tidak sempurna. Sesuatu yang tidak sempurna ialah sesuatu yang tidak indah. Oleh itu, manusia terdorong memiliki dan menghias diri dan suasana sekelilingnya dengan objek yang indah, iaitu objek yang sempurna sifatnya, Kehadiran objek yang sempurna atau indah di sekeliling manusia ini 130
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
menjadi penyokong kepada kewajudan manusia itu. Objek indah ini dikasihi bukan kerana kualiti keindahannya tetapi kerana estetika dapat membantu memelihara kewujudan sesseorang yang menghubungkan dirinya dengan objek indah itu (Hamidah Abdulhamid, 1995). Puisi termasuk teromba merupakan satu bentuk penglajiran idea, penyataan, perasaan dan pengolahan kata-kata yang indah dan kadang kala simbolik. Pada kebiasaannya, puisi mengandungi bunyi-bunyi yang puitis, bahasa yang berirama, dan terkandung kiasan. Kajian ini akan menyentuh nilai estetika dalam teromba. Unsur estetika yang terserlah dalam teromba ialah gaya bahasa atau kata yang digunakan oleh penulis.(Abdul Ghalib Yunus, 1997). Teromba dapat ditakrifkan sebagai kata-kata adat atau pepatah petitih, adat, iaitu rangkai kata yang indah susunannya seolah-olah pantun atau seloka yang mempunyai makna dan tujuan yang tajam dan dalam mengikut intepretasi tersendiri.Kadang-kadang makna dan tujuannya itu terang dan nyata serta mudah difahami, terkandung pula makna dan tujuannya itu berupa sindiran atau kiasan yang payah difahami, melainkan setelah dikaji, direnung atau diertikan oleh ahlinya (Mustafa Ahmad, 1988). OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut: 1. Untuk mengenal pasti konsep bahasa, lambang dan makna sebagai cerminan nilai estetika. 2. Untuk menginterpretasi dan mengapesiasi nilai estetika dalam teromba. METODOLOGI Bagi tujuan penulisan kajian ini, kaedah kepustakaan digunakan untuk membuat rujukan kepada buku-buku yang berkaitan, kajian ilmiah pelajar atau ahli akademik, majalah, jurnal, kertas seminar, laporan akhbar, rencana dan sebarang penulisan berbentuk ilmiah dan tidak ilmiah yang relevan dengan tajuk ini. Kaedah kedua yang digunakan untuk kajian ini ialah kaedah analisis kandungan. Teromba dipilih untuk dianalisis bagi membuktikan terdapat konsep bahasa, lambing dan makna sebagai cerminan nilai estetika. Sebagai asas kepada kajian ini, pengkaji akan menggunakan dua kumpulan teromba Adat Perpatih yang telah dikumpulkan oleh Mohamed Din bin Ali (1957) dan A.Caldecott (1918), di samping kata-kata teromba yang penulis kutip daripada beberapa informan serta bahan-bahan bertulis yang lain.Kata-kata teromba yang diusahakam oleh Mohamed Din bin Ali termuat dalam bukunya Sambaan Chakap dan Pepstah Adat Melayu, manakala A. Caldecott (1918) mengumpulkan kata-kata teromba dalam Jelebu Customary Songs and Saying. DAPATAN Dapatan kajian akan memaparkan kajian tentang unsur pengulangan dalam teromba. Pengulangan kata merupakan pengulangan satu atau lebih kata (ungkapan) dalam karya sastera, terutama puisi sehingga menimbulkan nilai keindahan Unsur pengulangan merupakan teknik penulisan yang paling besar dan paling penting dalam pembinaan puisi Pengkaji mendapai bahawa terdapat beberapa jenis unsur pengulangan dalam teromba ini Antaranya, unsur paralelisma (anafora dan epifora, simplok, mesodiplosis, anadiplosis, asonansi, aliterasi dan tautologi. Anafora merupakan pengulangan kata pada awal kalimat (Umar Junus, 1970). Hal ini dipersetujui oleh Safian Hussain dan rakan-rakan seterusnya mereka berpendapat bahawa anaphora merupakan satu cara pengulangan, iaitu pengucapan perkataan atau perkataan yang sama diulang pada permulaan dua atau lebih baris, ayat atau ungkapan. 131
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kunci bini laki, Kunci semenda tempat semenda, Kunci anak buah ibu bapa, Kunci luak penghulu, Kunci alam raja. (Caldecott, 1918)
Kata kunci diulang sebanyak lima kali pada setiap baris teromba itu, Kata kunci diulang bukan sahaja untuk memberikan penekanan kepada kata tersebut yang boleh menimbulkan bunyi yang jelas dan lembut.tetapi dapat menimbulkan rasa harmoni kerana teromba ini diucapkan secara lisan. Kata kunci dalam teromba ini bermaksud kedudukan atau jawatan penting atau berpengaruh. Unsur perlambangan dan perbandingan terkandung dalam unsur-unsur estetika yang terdapat dalam teromba. Terromba yang dicipta sebagai peraturan hidup, undang-undang adat dan sebagainya merangkumi seluruh bidang kehidupan. Keunikan ciptaan teromba ini turut menonjolkan nilai estetika yang tinggi. Personifikasi, metafora, figurative, simile, alegori, sindiran dan sebagainya terdapat dalam unsur-unsur perlambangan dan perbandingan. Unsurunsur ini merupakan manipulasi bahasa yang selalunya bersifat pembaharuan di sekitar kemungkinan yang dapat ditimbulkannya, Unsur figuratif merupakan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna biasa. Dalam unsur figuratif ini terdapat makna yang tersirat. Misalnya, dalam teromba terdapat penggunaan kata-kata seperti sungai, laut, lembu, kerbau, kambing, bukit, gunung dan sebagainya yang digunakan sebagai lambang. Ayam putih terbang siang, Terbang hinggap papan gendeng, Berkili-kili gadeng, Mengelebng-ngelebang laman yang luas, Berseri-seri kampung yang besar, Akan gembala rumah yang gadang Ayam hutan terbang malam, Hinggap di rumpun pandan, Kukutnya ada tampaknya tidak. (Mohd. Taib Osman, 1975) Ayam putih dan ayam hitam sebagai lambang utama dalam teromba ini dan menjadi dasar bertolaknya perkembangan perkaitan perasaan dan pemikiran. ‘Putih’ sering dikaitkan dengan kesucian, kejujuran atau kemuliaan sikap hidup individu yang dalam amalannya akan membawa kepada keselamatan, keamanan dan kebahagiaan masyarakat. Pernyataan ini dijelaskan lagi dengan berkesan oleh gambaran kata-kata teromba. iaitu Berseri-seri kampung yang besar dan Akan gembala rumah yang gadang. ‘Hitam’ pula lebih menyarankan keburukan sikap hidup individu, seperti kecurangan, ketidakjujuran atau kepura-puraan, yang akibatnya menimbulkan kebimbangan, ketakutan, kegelisahan fan kekacauan hidup dalam masyarakat. Pernyataan ini dijelaskan lagi fengan berkesan oleh gambaran kata-kata teromba. iaitu ‘terbang malam’ dan ‘Kukutnya ada tampaknya tidak’ itu. Diksi dalam teromba merupakan perkataan yang dipilih itu selalunya terbahagi kepada konkrit dan abstrak. Perkataan konkrit adalah untuk menamakan benda-benda yang boleh kita lihat, dengar, rasa, hidu atau sentuh. Misalnya, perkataan makan, tumbuk dan lain-lain seperti yang diterangkan ialah konkrit. Perkataan abstrak untuk menamakan perkara yang kita alami melalui fikiran. Penilai perlu membuat rafsiran atau kesimpulan. Misalnya, perkataan benci, suka, takut dan lain-lain seperti yang diterangkan. 132
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Sehalaman sepermainan, Seperigi sepermandian, Segayung sepergiliran Sejamban seperulangan. (Dharmawijaya, 1987) Teromba ini memaparkan pemilihan dan pembentukan kata yang menggunakan imbuhan ‘se’ dan ‘se…am’. Penggunaan imbuhan tersebut sesuai dan tepat dengan maksud teromba ini. Semangat kekitaan dan kesepaduan, iaitu nilai hidup bermasyarakat yang dirpegang teguh oleh masyarakat Adat Perpatih. PERBINCANGAN Teromba sebagaimana bahan-bahan puisi yang lain turut menggunakan unsur pengulangan sebagai penekanan pada apa-apa yang diperkatakan. Unsur pengulangan ini secara langsung mampu menimbulkan kesan yang amat mendalam kepada para pendengar atau pembaca.Unsur pengulangan dalam teromba ialah unsur paralelisma, unsur simplok, unsur response, unsur mesodiplosis, unsur anadiplosis, unsur tautologi, unsur rima, unsur asonansi,unsur aliterasi dan unsur repitisi. Unsur perlambangan dan perbandingan bukan sahaja merupakan keindahan bentuk, tetapi juga bersifat estetik yang mebyangkut keindahan isi, makna dan rasa pada keseluruhannya. Unsur-unsur ini secara tidak langsung dapat menghidupkan suasana, mood, situasi dan juga menghidupkan serta memperluas rasa, sensitiviti dalam makna dan erti. Lambang adalah sesuatu yang dipakai untuk menunjukkan sesuatu yang lain. Dalam kesusasteraan, lambang ialah benda atau peristiwa konkritn yang menyarankan sesuatu yang lain biasanya berhubung dengan fikiran, sikap dan perasaan. Lambang ini dilahirkan dengan satu ataupun sebilangan perkataan . Lambang boleh bersifat tradisional ataupun peribadi. Lambang yang bersifat tradisional ialah lambang yang biasa dan umum dipakai. Lambang bersifat peribadi pula ialah yang tersendiri dan bermaksud lain daripada yang biasa difahami. Lambang peribadi begini memerlukan ketelitian yang lebih besar daripada pihak pembaca. Lambang peribadi lebih sukar difahami daripada lambang yang tradisional. Selain itu lambang berfungsi untuk melahirkan makna sesebuah karya sastera pada tahap luaran dan tahap dalaman (Hashim Awang, 1985). Selain itu, lambang ialah pengwujudan konsep dan konsep adalah hasil daripada persepsi. Persepsi, yakni kesedaran kata melalui pancaindera akan alam sekeliling, boleh wujud tanpa bahasa, Persepsi berlaku melalui pancaindera kita, tetapi dalam melakukan persepsi kita menghayati alam sekeliling kita dan menimbulkan penggolongan atau pengkategorian bagi apa yang kita saksikan itu. Penggolongan atau pengkategorian tidak mungkin diwujudkan tanpa kewujudan bahasa. Persepsi boleh dicerminkan atau dipengaruhi oleh berbagai-bagai media, bahasa kebudayaan, agama dan sebagainya (Asmah Haji Omar, 1993).Unsur perlambangan dan perbandingan dalam teromba ialah unsur figurative, unsur personifikasi, unsur simile, unsur hiperbola dan unsur metafora. Diksi merupakan pemilihan kata yang mempunyai pengertian yang tersirat dalam sesebuah kata yang mengandungi makna bahawa setiap kata mengungkapkan satu gagasan atau satu idea (Gorys Keraf, 1990). Pemilihan kata dalam teromba lebih didasarkan kepada kejelasan, ketepatan dan keutuhan maknanya. Dengan demikian setiap penggunaannya tidak menyediakan ruang untuk memungkinkan diksi dapat ditukar ganti dengan kata atau perkataan lain (Dharmawijaya, 1987). Diksi dalam teromba ialah kata arkaik dan metonimi. KESIMPULAN Konsep bahasa, lambing dan makna yang terdapat dalam teromba dapat menjadi cerminan nilai estetika. Melalui ungkapan bahasa cerminan bangsa, bangsa telah dikenali melalui 133
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
bangsanya. Masyarakat pula ialah wadah budaya dan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan manifrstasi pemikiran. Masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya ialah cara hidup yakni cara berfikir, cara berinteraksi, cara menilai estetika dan cara perlakuan masyarakat, Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan idea, adat resam dan imaginasi yang akan memenuhi masyarakat multirasial dan multikultur yang mempunyai asas-asas yang kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya dan tidak terlepas hubungan yang rapat antara bahasa, pemikiran dan alam masyarakat yang mengucapkan bahasa itu. Teromba bukanlah hasil kesusasteraan yang senggaja dicipta untuk tujuan hiburan, pengajaran, teladan dan sebagainya sebagaimana hasil kesusasteraan tradisi yang lain, Teromba sebenarnya telah diperaku oleh para pengkaji dan ilmuan bahasa dan sastera sebagai puisi yang mempunyai kata-kata yang indah dan halus yang sekaligus dapat dikaitkan dengan pemikiran yang tinggi dan daya keintelektualan masyarakat yang menciptanya, Kesimpulannya, estetika itu dikaitkan dengan keindahan atau kecantikan yang dapat ditanggapi melalui perasaan atau pancaindera khususnya alat rasa manusia. Misalnya, patahpatah perkataan yang diungkapkan, mudah ditanggapi oleh deria rasa pendengar dan mudah difahami, seterusnya meresapi ke samubari penfengar untuk dihayati. Pada pendapat saya. nilai estetika dalam teromba dapat diinterpretasi dan diapresiasi. Sesungguhnya, saya memperakui bahawa teromba adalah unik. klasik, unggul, kraetif, dinamik dan bermutu tinggi di era millennium. RUJUKAN Abdul Ghalib Yunus ( 1997). Penggunaan puisi dalam pendidikan bahasa Melayu. Pelita Bahasa, Julai 20-22. Asmah Haji Omar (1993).Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidiakan Malaysia. Caldecott, A (1918). Jelebu Customary Songs and Saying. Journal Straits Branch of Royal Asiatic Socirty, No. 78. Dharmawijaya (1987).Adat Perpatih ditinjau dari segi keindahan bahasanya, Seminar Kebangsaan Adat Perpatih dan Wilayah Budaya Negeri Sembilan, 3-5 Mei 1984 di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor. Gorys Kera (1990).Diksi dan gaya bahasa. Jakarta: Penerbit Gramedia. Hamidah Abdulhamid (1995).Pengantar estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Hashim Awang (1985). Teman pelajar kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohamed Din bin Ali (1957). Sambaan cakap dan pepatah adat Melayu. Kuala Lumpur: The Economic Printers Sdn. Bhd. Mohd. Taib Osman (1975).Warisan puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Mustafa Ahmad (1988).Adat perpatih dan syarak di Negeri Sembilan. Seminar Adat Perpatih, 17-18 September, 1988. Bangi” Universiti Kebangsaan Malaysia. Rokeach, Milton (1970). Beliefs, attitudes and values. San Francisco: Jossey Bass. Safian Hussain (1988). Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
134
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
MENARIK KEHADIRAN DAN MINAT MURID ORANG ASLI KE SEKOLAH : KAJIAN KES DI TAPAH PERAK Norwaliza Abdul Wahab1, Ridzuan Jaafar2, Ramlee Mustapha3 Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia1,2 Fakulti Teknikal dan Vokasional3 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengetahui faktor-faktor bagi menarik minat murid Orang Asli bagi mengatasi masalah isu ketidakhadiran murid Orang Asli ke sekolah. Kaedah kajian kes telah dijalankan di dua buah sekolah murid Orang Asli yang terletak di Tapah, Perak. Responden kajian melibatkan dua orang guru besar sekolah Orang Asli yang telah dipilih secara bertujuan sebagai peserta kajian. Data kajian diperolehi melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Setiap responden diajukan soalan yang sama dalam bentuk separuh berstruktur. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan antara faktor yang dikenal pasti mempengaruhi kehadiran murid Orang Asli di sekolah ialah faktor sikap guru besar, pembahagian makanan yang mencukupi serta pemberian insentif kepada ibu bapa dan anak. Bagi meningkatkan peratus kehadiran murid Orang Asli, kerjasama di antara piahk pentadbir dan ibu bapa adalah amat penting dan diperlukan bagi memastikan anakanak mereka hadir ke sekolah setiap hari bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci: kehadiran murid, faktor sikap, insentif, murid Orang Asli, pendidikan.
PENGENALAN Masalah ketidakhadiran murid Orang Asli seringkali menjadi masalah utama terutama bagi sekolah yang terdiri dari anak-anak masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kewujudan permasalahan ini disebabkan oleh persekitaran sekolah, masyarakat, faktor kemiskinan, keluarga dan guru yang kurang mendorong ke arah kecemerlangan pendidikan murid Orang Asli dan seterusnya menyumbang kepada keciciran di peringkat sekolah rendah dan di sekolah menengah (Joshi 2010). Ini menyebabkan murid Orang Asli ketinggalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika ditinjau dari segi peratus kelulusan peperiksaan dalam kalangan murid orang Asli, didapati mereka amat jauh ketinggalan dan boleh dikategorikan sebagai murid berpencapaian rendah (Mohd Fauzi 2006; Zainal Abidin 2008). Maka, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menyediakan Kurikulum Bersepadu Murid Orang Asli dan Penan pada tahun 2007. Antara tujuannya adalah untuk menarik minat murid Orang Asli dan menggalakkan murid hadir ke sekolah. Kajian oleh Norwaliza (2014) menunjukkan rekod kehadiran murid di sekolah murid Orang Asli mencatatkan purata peratus kehadiran murid Orang Asli adalah 60 peratus hingga 70 peratus sebulan. Dapatan kajian ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Ramle dan Faridah (dalam Ramle etal. 2012) yang menyatakan pada umumnya jarang sekali sekolah kebangsaan di perkampungan Orang Asli yang mempunyai kehadiran pelajar melepasi 70 peratus. Justeru, bagi meningkatkan minat murid Orang Asli terhadap pendidikan dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran, terdapat pentadbir sekolah yang mengubah konsep 3M kepada 6M iaitu dengan tambahan kepada pelajaran di luar bilik darjah (main), program Rancangan Makanan Tambahan (makan) dan tarian serta kegiatan kebudayaan (muzik) selain dari membaca, menulis dan mengira. Dengan cara ini, murid Orang Asli lebih menyayangi sekolah mereka, dapat mendekati pelajaran serta mengasuh mereka supaya sedar dan memahami kepentingan ilmu. 135
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kehadiran murid Orang Asli serta apa yang menarik minat mereka untuk pergi ke sekolah. Kajian ini juga dapat memberi idea dan penambah baikan kepada pentadbir sekolah Orang Asli yang lain supaya peratus kehadiran murid Orang Asli dapat dipertingkatkan dari masa ke masa. METODOLOGI KAJIAN Pengumpulan data dilakukan menerusi reka bentuk kajian kes. Peserta kajian dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sesi temu bual separa berstruktur melibatkan dua orang guru besar sekolah Orang Asli. Temu bual dijalankan berdasarkan protokol temu bual yang disediakan. Pemilihan sampel ini dijalankan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Menurut Wiersma (2000), kaedah persampelan bertujuan boleh digunakan apabila tujuan kajian adalah fokus kepada kumpulan tertentu. Di samping itu, data juga dikumpul melalui pemerhatian dan analisis dokumen di sekolah yang telah dikenalpasti. KAWASAN KAJIAN Pemilihan reka bentuk kajian kes memudahkan pengkaji mengenalpasti tempat kajian (Burns 2000; Jane & Lewis 2003). Kriteria memilih tempat kajian yang ideal haruslah sekolah yang bersedia untuk terlibat dalam kajian, mudah dimasuki, mempunyai situasi yang kaya dengan proses (pendekatan, aktiviti, bahan dan guru yang berpengalaman dan berkualiti), mendapat kerjasama dari peserta kajian dan menepati kriteria kajian. Pernyataan ini turut disokong oleh Marohaini (2008) yang menyatakan pengumpulan data seharusnya dilakukan di lokasi yang senang dimasuki, tidak kompleks dan memperoleh kebenaran. Dua buah sekolah yang terlibat sebagai lokasi kajian terdiri daripada sekolah seratus peratus terdiri dari murid Orang Asli. Dalam kajian ini kedua-dua buah sekolah dikodkan sebagai sekolah SKPM dan sekolah SKPT. Sekolah SKPM Sekolah SKPM dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) dan berada dalam kumpulan Pedalaman 2. Bilangan guru ialah 12 orang dan hanya guru lelaki sahaja serta seorang pembantu tadbir. Guru perempuan tidak diambil bertugas kerana perjalanan pergi dan balik ke sekolah yang agak membahayakan keselamatan. Kesemua guru berulang alik ke kediaman masing-masing yang kebanyakannya di Tapah. Mempunyai sebuah prasekolah yang diusahakan sendiri hasil inisiatif guru besar serta seorang guru prasekolah yang diambil dari dalam kalangan masyarakat Orang Asli itu sendiri yang berkelulusan SPM. Tiada asrama disediakan kerana kebanyakan murid tinggal berdekatan dengan sekolah malah kuaters untuk guru juga tiada. Sekolah ini mempunyai 4 buah bangunan setingkat utama yang mengandungi 6 buah kelas. Sekolah ini tidak mempunyai talian telefon dan sebarang perhubungan adalah melalui radio. Bagi bekalan elektrik pula sekolah mengguna Diesel Genset berkapasiti 2400 liter. Manakala bekalan air pula menggunakan air gunung yang dimasukkan ke dalam tangki air berpenapis sebagai sumber minuman. Sekolah ini turut mempunyai sebuah rumah tamu yang diusahakan sendiri oleh guru besar dengan kerjasama pihak PLUS. Sekolah SKPT Sekolah SKPT dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) dan berada dalam kumpulan Pedalaman 2. Sekolah ini mempunyai 53 orang murid Orang Asli dari tahun satu hingga tahun enam. Semua guru adalah lelaki dan berjumlah 12 orang dan seorang 136
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pembantu tadbir. Kesemua guru berulangalik dari sekolah ke rumah masing-masing yang kebanyakannya terletak di Behrang dan Tanjong Malim. Sekolah ini tidak mempunyai prasekolah dan asrama kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan penempatan masyarakat Orang Asli. Namun begitu terdapat sebuah tadika yang diusahakan oleh mubaligh Kristian. Terdapat kuaters untuk guru tetapi hanya digunakan pada waktu tertentu sahaja. Terdapat sebuah makmal komputer yang mengandungi 20 buah komputer tetapi sukar untuk mendapat kemudahan internet. Sekolah ini mempunyai dua buah bangunan yang menagndungi 6 buah bilik darjah. Sekolah ini juga tidak mempunyai talian telefon dan sebarang perhubungan adalah melalui radio serta Diesel Genset bagi mendapatkan bekalan elektrik. Kemudahan lain ialah bekalan air dan sebuah peti sejuk untuk penyimpanan stok makanan. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Perbincangan hasil kajian ini menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kehadiran murid Orang Asli ke sekolah. Faktor-faktor tersebut ialah faktor: i) sikap guru besar, ii) pembahagian makana di sekolah dan, iii) pemberian insentif. Faktor Sikap Guru Besar Berdasarkan dapatan temu bual dengan kedua-dua guru besar di sekolah murid Orang Asli ini mendapati kedua-duanya mengamalkan sikap peramah dan suka bermesra dengan penduduk setempat dengan tidak mengira faktor umur. Di sepanjang perjalanan ke sekolah, guru besar sekolah SKPM yang memandu 4WD akan berhenti sekiranya bertembung dengan masyarakat Orang Asli dan berbual-bual dengan mereka dengan bertanyakan halhal semasa. Malah ketika berhenti di perkampungan Orang Asli GB sekolah SKPM turut berbual-bual dengan kaum wanita dengan bertanyakan perihal anak-anak mereka yang bersekolah. Keramahan sikap guru besar ini dibuktikan sehingga kanak-kanak Orang Asli yang berusia 3 tahun turut mengenali beliau. Ini menunjukkan bahawa faktor sikap pentadbir sekolah amat memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan ibu bapa masyarakat Orang Asli berasa dihargai dan ini menimbulkan semangat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Pentadbir sekolah yang efektif boleh membimbing individu dan kumpulan serta institusi (Lindahl, 2007). Selain itu guru besar sekolah SKPM juga memperkenalkan konsep “Hol Nu Skolah Mesti Hi Belajar” yang bermaksud ‘Datang Sekolah Mesti Belajar”. Motto ini juga dilihat dipampang di dalam kelas masing-masing supaya dapat dihayati oleh setiap murid. Selain menjaga hal pembahagian makanan, guru besar juga sangat menitik beratkan kebersihan dan kekemasan anak-anak muridnya yang hadir ke sekolah. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah melakukan ‘grooming’ dengan membawa semua guru dan murid ke sungai yang berdekatan dan mengajar mereka mandi dengan menggunakan sabun serta mencuci rambut dengan menggunakan syampu. Selain itu berdasarkan pemerhatian penyelidik juga terdapat banyak cermin yang digantung pada dinding-dinding sekolah. Ini membolehkan murid Orang Asli melihat diri mereka di dalam cermin. Guru besar juga akan menitik beratkan pemakaian baju sekolah yang bersih dan kemas serta menyikat rambut sekiranya perlu. Selain itu, guru besar turut menyatakan bahawa perlunya bagi pihak pentadbir dan guruguru yang bertugas di sekolah murid Orang Asli untuk menguasai bahasa setempat dengan mempelajari bahasa masyarakat Orang Asli iaitu bahasa Semai dari masa ke semasa. Guru besar sekolah SKPM menyatakan bahawa mereka ada dihantar untuk mempelajari bahasa Semai yang dianjurkan oleh pihak kementerian namun laras bahasa yang diajar terlalu tinggi. Ini menyebabkan ramai guru tidak dapat menguasai bahasa tersebut.
137
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Faktor Pembahagian Makanan di Sekolah Kedua-dua guru besar sekolah murid Orang Asli bersetuju bahawa faktor pemberian makanan yang konsisten dan berkualiti menyebabkan murid Orang Asli rajin untuk hadir ke sekolah. Guru besar sekolah SKPM telah memperkenalkan konsep “mong skulah mong cak” dalam bahasa Semai dan setelah diterjemahkan bermaksud ‘ada sekolah ada makan’. Ini bermaksud sekiranya murid Orang Asli pergi ke sekolah mereka pastinya mendapat makanan yang mencukupi. Guru besar juga memperkenalkan konsep ‘satu hari satu biji telur’ untuk diberikan kepada murid-muridnya. Ini dilakukan dengan kerja sama pihak kantin sekolah yang menyediakan makanan di bawah skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi memastikan murid mendapat makanan yang mencukupi dan juga yang berkhasiat. Hal ini turut dipersetujui oleh guru besar sekolah SKPT yang menyatakan bahawa faktor pembahagian makanan yang disediakan oleh pihak sekolah merupakan salah satu faktor utama murid Orang Asli ke sekolah. kajian oleh Norwaliza (2014) mendapati selain dari berminat atau terpaksa datang ke sekolah akibat desakan ibu bapa dan guru, murid Orang Asli datang ke sekolah semata-mata untuk mendapatkan makanan percuma yang diberikan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta elaun persekolahan yang diberikan pada awal tahun. Ration makanan dibekalkan sebulan sekali oleh pihak kontraktor yang telah dipilih oleh pihak JAKOA melalui pemberian tender. Pentadbir sekolah seperti guru besar akan memantau pemberian makanan ini dengan memastikan bekalan yang dihantar seperti yang sepatutnya dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Ini kerana pernah berlaku kejadian di mana pihak yang dipertanggungjawabkan telah menghantar bekalan yang tidak mencukupi. Sebagai contoh yang pernah berlaku di mana di mana di dalam invois menyatakan 30 kampit beras perlu dihantar tetapi yang sampai hanyalah 8 kampit sahaja. Ini meyebabkan pihak guru besar terpaksa campur tangan bagi memastikan bekalan yang diterima adalah seperti yang dinyatakan kerana ini merupakan hak murid-murid Orang Asli. Sikap bertanggungjawab yang diperlihatkan oleh guru besar ini mampu menarik minat ibu bapa dan murid Orang Asli untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Faktor Pemberian Insentif Sekolah murid Orang Asli di Semenanjung Malaysia seringkali mencatatkan kehadiran yang kurang memberangsangkan. Bagi menarik minat murid Orang Asli untuk hadir ke sekolah ialah dengan memberikan mereka insentif atau ganjaran. Ini telah dipraktikkan oleh kedua-dua guru besar sekolah murid Orang Asli ini. Antara insentif yang diberikan ialah dengan memberi lebihan ration yang dibekalkan oleh pihak yang berkenaan dalam bentuk makanan kering dan di dalam tin seperti beras, sardin dan kari ayam untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing sekiranya mendapat pencapaian yang baik dalam pelajaran. Selain itu guru besar turut melakukan inisiatif dengan mencari dana membawa kesemua ibu bapa dan anak-anak yang hadir ke sekolah 100% dengan membawa mereka melancung pada akhir tahun seperti yang pernah dilakukan iaitu ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan sebagai. Ganjaran seperti ini dapat menyuntik semangat ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk pergi ke sekolah. Keberkesanan program ini menyebabkan sekolah ini mendapat kehadiran murid 100% yang mana ini adalah agak mustahil untuk dilakukan oleh sekolah murid Orang Asli yang lain yang mana kehadirannya adalah lebih kurang 60-70% sahaja (Norwaliza, 2014). Kehadiran murid di sekolah merupakan antara eleman penting yang menunjukkan pencapaian murid, iaitu berapa banyak masa yang dihabiskan oleh murid di sekolah (Hattie, 2003b).
138
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUMUSAN Bagi memastikan kehadiran murid Orang Asli dapat dipertingkatkan, ‘sense of belonging’ atau rasa pemilikan dan komitmen kesemua pemegang taruh dalam pendidikan murid Orang Asli perlu dilaksanakan. Rasa pemilikan ini akan menyebabkan murid, ibu bapa Orang Asli, guru, pentadbir dan semua yang terlibat dengan pendidikan murid Orang Asli berasa lebih seronok untuk ke sekolah, mengurangkan kadar ponteng dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam pendidikan. Ini berbalik kepada konsep pandangan tentang apa yang ‘mereka’ mahukan adalah lebih penting daripada apa yang ‘kita’ mahukan. Sekiranya konsep ini dapat disemai dan dilaksanakan, maka masyarakat Orang Asli akan rasa lebih dihargai dan seterusnya dapat memberi komitmen dan kerja sama yang jitu dalam meningkatkan lagi pencapaian pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Aspek komitmen bersepadu di antara murid, ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, pemimpin masyarakat, pihak kerajaan, pihak swasta serta NGO sangat-sangat diperlukan supaya sekolah murid Orang Asli dapat diketengahkan sebagai salah satu sekolah aliran arus perdana serta dapat bersaing dengan murid-murid dari masyarakat yang lain. Kajian oleh Norwaliza, Ramlee, and Abdul Razaq (2016) menunjukkan sokongan dari pelbagai pihak perlu dilaksanakan bagi menyuburkan minat murid Orang Asli untuk hadir ke sekolah dan dalam masa yang sama meningkatkan rasa pemilikan mereka terhadap sekolah. Program bagi membasmi keciciran murid Orang Asli ini perlu dijalankan secara berterusan serta dipantau dari masa ke semasa supaya hasilnya dapat dilihat dan dikongsi bersama. Diharap juga dengan komitemen bersepadu ini cabaran KPM untuk mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli di sekuruh negara dapat dikurangkan, meningkatkan peratusan pelajar Orang Asli di sekolah menengah serta di peringkat tertinggi iaitu di institut pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. RUJUKAN Burns, R.B. 2000. Introduction to research methods. Ed. Ke-4. Australia: Pearson Education. Hattie, J. 2003b. Teachers make a difference: What is the research evidence? Paper presented to the Australian Council for Educational Research conference, Melbourne. Jane, R. and Lewis, L. 2003. Qualitative research practice: A guide social science students and researchs. London: Sage Publication. Joshi, K.M. 2010. Indigenous children of India: enrolment, gender parity and drop-out in school education. International Journal of Sociology and Social Policy30(9/10): 545–558. Lindahl, R. 2007. Why is leading school improvement such a difficult process? School Leadership and Management 27 (4): 319-332. Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohd Fauzi Harun. 2006. Peminggiran dan kemiskinan Orang Asli di negeri Perak. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Norwaliza Abdul Wahab. 2014. Pendidikan Murid Orang Asli: Satu analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidikan. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Norwaliza A. Wahab, Ramlee Mustapha, and Abdul Razaq Ahmad. 2016. The Roles of Administrators in Aboriginal Schools: A Case Study in a Malaysian State. International Journal of Social Science and Humanity, Vol. 6, No. 5.
139
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ramle Abdullah & Faridah Mat. 2012. Educational potency of the Orang Asli students in the State of Kelantan. Perspectives of the Department of Orang Asli Development (JAKOA). In Abdullah (Ed.). Education and Orang Asli in the mainstream, hlm. 53-64. Kuala Terengganu: University of Sultan Zainal Abidin. Wiersma, W. 2000. Research methods in education: An introduction. London: Allyn & Bacon. Zainal Abidin Ali. 2008. Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Dalam Pembangunan Masyarakat Orang Asli. Dalam Ma’rof Redzuan dan Sarjit S. Gill(Pnyt). OrangAsli: Isu, transfromasi dan cabaran, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
140
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERPADUAN BERPAKSIKAN TITIK KESAMAAN FUNGSI PELBAGAI AGAMA DENGAN MENGAMBILKIRA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA Nur Azuki Yusuff, 2Tan Hong Cheng, 3Kevin Fernandez dan 4Yohan Kurniawan 1 Pensyarah Kanan, Pusat Kanan Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, 2 Pensyarah Kanan UiTM, asalnya beragama Buddha, kemudian memeluk Islam dengan nama Iskandar Hasan Tan Abdullah, 3 Pensyarah Kanan UMK, Dr Kevin adalah seorang India Malabar beragama Kristian, 4 Yohan Cina beragama Kristian. 1
Abstrak Strategi kesepaduan sosial perlu memberi komitmen kesamaan fahaman panduan hidup beragama. Kertas ini mengetengahkan titik kesamaan Fungsionalisme nilai berpaksikan Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan acuan peradaban bangsa Malaysia. Semua agama di Malaysia berpegang kepada ‘fungsionalisme’ yang sama iaitu Sokongan ke Arah Perpaduan Keperluan Tadbir Urus yang baik dan kecintaan kepada keamanan. Pendekatan yang difokuskan merujuk kepada kesamaan fungsi berdasarkan ajaran Islam dari sudut menghayati asas hubungan sosial Islam, mematuhi prinsip kebebasan beragama, mengelakkan ekstremisme, cauvanisme dan fanatisme, berdialog secara aman dan bijaksana, menerima bahawa semua manusia dari keturunan yang sama, satu kemanusiaan dan keadilan sejagat, aplikasi adab dan prinsip-prinsip Islam yang mengikat etnik dan agama, seterusnya konsep kejiranan.
PENDAHULUAN Perbincangan ini mengetengahkan strategi kesepaduan sosial masyarakat melalui penerimaan kesamaan satu daripada keperluan hidup beragama iaitu Fungsionalisme nilai kemanusiaan. Agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, kepercayaan Konfusius, Toisme dan selainnya berpegang kepada ‘fungsionalisme’ yang sama mengambilkira keperluan asasi semulajadi manusia, warisan, kesejahteraan, keselamatan dan perpaduan sejagat serta mengambilkira nilai-nilai moral sejagat; baik hati, berhemah, berbudi, benar, jujur, rajin, kerjasama, semangat bermasyarakat yang mampu menyelesaikan konflik nilai. Merujuk kepada pelbagai definisi agama yang dikemukakan oleh para intelektual,1 secara ringkasnya ia boleh dilihat dari dua sudut; iaitu substantif dan fungsional. Sudut yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya. Manakala sudut kedua melihatagama dari sudut fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut. Pandangan yang dipaparkan dalam kertas ini turut mengambilkira pandangan para penulis buku hubungan etnik keluaran terbaru KITA, UKM. Pengenalan Fungsionalisme dan Kehidupan beragama Fungsionalisme dari sudut terminologi bahasa dari perkataan ’fungsi’ yang memang jelas 1 Wilfred C.Smith (1962) menyatakan sukarnya mentakrifkan agama secara tepat. Agama dari segi bahasa boleh disamakan dengan religion
(bahasa Inggeris) dan religie (bahasa Belanda) yang diambil dari, religio dan religare (bahasa Latin) yang bererti mengikat. Maksudnya, agama adalah ketentuan hidup manusia berdasarkan satu ikatan antara alam rohani dengan alam ghaib yang berkuasa terhadap dirinya dan dunia yang diketahuinya dan juga terhadap “siapa” yang ia rela memperhambakan diri (Smith 1963:351). Sarjana klasik dan ahli antropologi yang tersohor, E.B.Tylor (1903) mentakrifkan agama sebagai kepercayaan kepada makhlu halus. Sementara Durkheim (1915: 47) pula berpendapat, agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan yang bersepadu berhubung dengan b e n d a - b e n d a s u c i . Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Antara agama dan kepercayaan besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan Zoroastrianisme. Selain itu, ada juga sistem kepercayaan suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di kawasan dunia yang berlainan dan berkembang secara bebas tanpa hubungan sejarah antara satu sama lain seperti pra animisme, animisme, fetisyme, shamanisme, dan totemisme.
141
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
maksudnya. Manakala dalam konteks pembentukan teori, Parsons (1975) merupakan pelopor dalam pembentukan teori ini. Teori Struktur Fungsionalisme membayangkan individu bertindak kepada insentif dan dikawal oleh hukuman dan denda. Individu mengejar kepentingannya, tetapi masyarakat mengikat kepentingan ini dalam satu pola yang sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat. Secara lebih terperinci, fungsional boleh dilihat dalam soal kepentingan setiap individu beragama nanti. Kehidupan beragama ialah kehidupan individu, masyarakat atau kelompok yang berdasarkan pada norma dan kepercayaan sesuatu agama. Fenomena ini terjadi apabila ia memenuhi lima syarat iaitu adanya suatu kepercayaan atau pandangan teologi tertentu, adanya amalan keagamaan, adanya pengalaman keagamaan, memiliki pengetahuan keagamaan dan adanya komitmen agama berkaitan dengan pengetahuan dalam bidang tersebut. Contohnya kehidupan beragama dalam kalangan golongan intelektual adalah berbeza dengan orang awam. Ini kerana mereka mengabdikan diri kepada Tuhan melalui penggunaan pengetahuan dan keyakinan yang mendalam sedangkan orang awam beragama hanya bersifat taklid (ikutan). (Dr. Ismail, UUM) Peranan Fungsionalisme dalam Agama Agama wujud bersama fungsinya, kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa ia merupakan keperluan asasi manusia. Oleh sebab itu, semua entiti masyarakat di dunia ini mempunyai agama dan kepercayaan. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia sama ada manusia moden ataupun primitif. Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak mereka lahir lagi. Selain naluri semulajadi, manusia mengamalkan agama kerana warisan kebudayaan, faktor keselamatan, kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari jawapan pada persoalan yang sukar dijawab. Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama seseorang manusia. Selalunya individu akan menganut agama yang dianuti oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya. Misalnya, rata-rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang mereka beragama Islam. Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk sesuatu agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga keselamatannya. Kuasa agung juga menjadi tempat mengadu hal serta mendapatkan pertolongan dan perlindungan. Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang patuh kepada ajaran agama masing-masing. Faktor lain adalah kerana agama merupakan jawapan terhadap persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikirannya, semuanya dijawab oleh agama. Tegasnya, agama akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal. Agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan. Mengikut Durkheim (1915) kepercayaan dan amalan yang sama dalam sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu komuniti bermoral. Dari kaca mata ahli fungsionalis juga, agama mempunyai fungsi peribadi kepada pemeluknya kerana agama memberi darjat jaminan yang menenteramkan. Agama menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam ketakutan, memberikan kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat-saat manusia dalam keadaan lemah dan meringankan beban jiwa dalam menghadapi kekecewaan. Agama memberi harga diri dalam menelan kekalahan, kerendahan hati apabila sedang berjaya dan juga kepekaan hati nurani. 142
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Sementara peranan agama dalam kehidupan sosial adalah sebagai asas moral, kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan tamadun bagi sesuatu bangsa dan masyarakat. Perbincangan seterusnya cuba menampakkan kesatuan fungsional pelbagai aliran kepercayaan. Selain itu, titik kesamaan Fungsionalisme nilai manusia beragama ketara lain ialah: 1. Sokongan ke Arah Perpaduan Semua agama percaya usaha perpaduan adalah aspirasi semua agama. Contohnya dalam Islam, Allah s.w.t. berfirman:
Bermaksud:“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keteranganketerangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).” (al Baqarah 2: 213) Secara jelas Allah menegaskan bahawa manusia sejagat adalah satu. Perpecahan (akidah) adalah pilihan manusia, namun kasih sayang Allah menyebabkan petunjuk sentiasa diberikan. Islammengiktiraf orang bukan Islam yang tinggal di dalam negaranya atas maksud pluraliti. Ahli zimmah (damai melalui perjanjian @ jaminan keamanan) berhak menjadi warganegara yang sah seperti warga Islam. Hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan bersama. Kejadian Manusia pelbagai bangsa dan etnik adalah kerana;
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara dengan yang lain). Sesungguhnya 143
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih taqwanya (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mendalam PengetahuanNya” (Surah al-Hujurat 49: 13). Islam adalah untuk seluruh manusia tidak khusus untuk etnik atau bangsa tertentu. Kepelbagaian bukan satu halangan. Pluraliti adalah untuk berkenalan dan saling menolong dalam perkara kebajikan. Pluraliti Masyarakat Madinah diikat atas perundangan; ”Piagam Madinah” kontrak sosial antara nabi Muhammad s.a.w dengan masyarakat Madinah. Ibn Khaldun (al-Muqaddimah) berpandangan ’asabiyah; adalah faktor kebangkitan sekiranya berpegang konsep unity dan kejatuhan sesebuah peradaban sekira berpaksikan chauvinisme dan rasisme. Asabiyah berkonsep (unity) yang ditekankan ialah ikatan persaudaraan, semangat setiakawan dan saling membantu selaras dengan tuntutan Islam. Ia juga tidak menyalahi konsep Unity in Diversity 2(bersatu dalam kepelbagaian). Kepercayaan Taoisme (Tao Chia), Para saminya melihat berbagai-bagai tuhan adalah manifestasi daripada Tao yang disebut dalam meditasi dan digambarkan dalam bentuk patungpatung. Chung Tzu berkata: “Manusia bijak dapat melihat di sini, semuanya sebagai kegelapan. la dapat mendengar semuanya sebagai keheningan. “Dalam kegelapan ia sendiri melihat cahaya. Dalam keheningan ia sendiri dapat menemukan harmoni” (dipetik oleh S.H Nasr, 1997). Konfusianisme; Konfusius melihat peranan pendidikan adalah untuk membentuk cendikiawan dan junzi. Peranan junzi ialah mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan mentadbir manusia. Peranan Shi (cendiakawan atau bakal Jun zi) adalah pembantu kepada junzi dan penglibatan dalam pengajaran serta kerja-kerja lain. Dalam proses pembelajaran ada empat ciri utama yang ditekankan oleh Konfusianisme, iaitu banyak mendengar, banyak melihat, banyak bertanya dan banyak mengenali. Konfusius menekankan sikap jujur dalam pembelajaran. Beliau berkata dalam Lun Yu; “Ketahui katalah ketahui, tidak ketahui katalah tidak ketahui, itu adalah ilmu pengetahuan” (Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Beliau juga berkehendakkan pelajarnya jangan melakukan empat jenis kesalahan, iaitu jangan buruk sangka, jangan terlalu pasti, jangan terlalu bertegas dan jangan terlalu keakuan (Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Konfusius menekankan penggabungan antara pembelajaran dengan berfikir, katanya; “Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia dan berfikir tanpa belajar adalah berbahaya” (Lun Yu). “Sepanjang hari tidak makan, sepanjang malam tidak tidur untuk berfikir, tidak berguna, lebih baik pergi belajar” (Lun Yu). Keselarasan etika Konfusianisme dengan Islam dinyatakan oleh Prof. Tu Weiming (1997) berkenaan idea tentang kerajaan yang baik terhadap rakyat dan pertautan yang padu antara moral dengan kepimpinan adalah dikongsi oleh kedua-dua tradisi tersebut. Mereka juga berkongsi idea tentang perbezaan yang mendasar antara manusia dengan makhluk lain dan turut berkongsi pandangan dari sudut pengagihan keadilan, kepimpinan dan persamaan. Dr. Ubaidullah Mohd Nasir (2000) turut menyimpulkan bahawa memang wujud persamaan di antara etika Konfusianisme dengan Islam dalam beberapa aspek seperti aspek pendidikan, kepimpinan, hubungan sesama manusia, kasih sayang dan hidup yang berlandaskan adat. (Osman Bakar, 1997). 2 Konsep yang sentiasa dicanangkan oleh Prof Ulung Dato’ Dr Shamsul Amri Baharudin, Pengarah Institut kajian Etnik Malaysia. 144
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Mazhab Buddha utama Hinayana (kumpulan theravada) dan Mahayana; Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat. Buddha mengakui semua jenis agama di dunia ini dan membezakan semua agama dengan kefahamannya yang susah atau senang, bukannya dibezakan dengan mengatakan cirinya baik atau buruk. Aliran ajaran Buddha yang bersifat moral dan tidak berakidah ini juga tidak bertentangan dengan tuhan-tuhan orang Hindu. Dengan sebab itu, ramai orang Hindu mengikuti ajaran Buddha tetapi masih setia dengan tuhan-tuhan Hindu. 2. Keperluan Politik Pentadbiran/ Tadbir Urus Fungsi Pemerintahan. Bagi sesetengah negara, fungsi pemerintahan juga dijalankan melalui fungsi agama, seperti K erajaa n Me sir se ma sa pemerintahan Firaun. Kadangkadang kuasa sesebuah negara diperkuat oleh institusi agama seperti yang terdapat pada zaman pemerintahan tradisional Melayu dan pada zaman Pertengahan di Eropah. Mereka kuat kerana dikaitkan dengan doktrin hak ketuhanan raja (divine ruler). Jadi, di sini agama amat berguna untuk memberi sokongan pada pemimpin-pemimpin serta memelihara aturan-aturan pemerintahan dan adat resam Kepercayaan Tao pun menyokong keperluan ini, Tao bermaksud “jalan”, “matlamat”, “seni”, “kepakaran”. Konfusius mendefinisikannya sebagai “merujuk kepada seni memerintah negara” oleh pemerintah silam Cina seperti Maharaja King Wen dan Chou. Para Taois mendefinisikan Tao sebagai satu yang asalnya mengawal alam ini, iaitu dari permulaan, asal usul segala benda¬benda ataupun boleh disebut sebagai “prima material”. Tao juga boleh diertikan sebagai Way of Heaven. la juga boleh diertikan sebagai idea tentang kepakaran atau bakat pada perkara-perkara tertentu. Lao Tze dan Chung Tzu (pengasas Taoisme) menegaskan rakyat menderita disebabkan pemerintah memakan duit di atas cukai yang dikenakan, juga kerana pemerintah campur tangan terlalu banyak, dengan sebab itu rakyat memberontak. Begitu juga kenapa rakyat sangat sedikit memikirkan soal kematian? Kerana pemerintah terlalu banyak mengkehendaki kehidupan duniawi Dengan sebab itu, rakyat mengambil mudah tentang kehidupan. Untuk meneruskan kehidupan, seseorang harus mengetahui dengan lebih baik daripada memberi nilai terlalu banyak terhadap kehidupan. (Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2001 dan www.chebucto.ns.ca/Philosophy.Taichi/lao). Kongfusionisme; Howard F. Didsbury (1994) pula melihat falsafah Konfusianisme tidak berminat dalam soal metafizik, pemikir mereka seperti Konfusius, Mencius (371 - 289 SM) dan lain-lain lebih berminat membincangkan soal sosial, politik dan pendidikan. Mereka lebih peka kepada persoalan etika dan hal-hal praktikal berhubung dengan penyusunan masyarakat berdasarkan kepada prinsip moral yang sesuai. Dengan sebab itu, amat sukar mengkaji pandangan Konfusianisme dalam masalah metafizik, ketuhanan dan kehidupan selepas mati. Perkara inilah menurut Wang Gungwu (1997) yang membezakan Konfusianisme dengan agama lain, kerana ia amat sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan menjauhkan diri daripada perbicaraan tentang kehidupan selepas mati tetapi lebih banyak menumpukan kepada dunia, sosial, keluarga dan moral. Apabila ditanya tentang kematian oleh muridnya, Konfusius menjawab “jika kita tidak tahu tentang kehidupan, bagaimana pula kita tahu tentang kematian”. Begitu juga beliau pernah berkata “kamu tidak mampu untuk berkhidmat kepada manusia, jadi bagaimana kamu hendak berkhidmat kepada roh?”. Dalam persoalan pemerintahan negara, Konfusianisme mengemukakan konsep pemerintahan berdasarkan akhlak kemanusiaan, iaitu berdasarkan zhengming; pendidikan akhlak dan ekonomi, kepimpinan teladan, mengawal keinginan nafsu, mematuhi prinsip sosial dan undang-undang negara, meringankan hukuman dan memperkasa sistem pendidikan (Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai pemerintah, kata Konfusius; “Tugas kamu adalah untuk mentadbir, bukannya untuk membunuh” (Lun Yu). Pemerintah yang memerintah 145
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
melalui contoh yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka sendiri dan rakyat (Kelley L. Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Kata Konfusius: “Jikalau kelakuan pemerintah itu mulia, maka rakyat akan menurut arahannya tanpa paksaan; jikalau kelakuan seseorang pemerintah tidak suci walaupun mengarahkan rakyatnya membuat sesuatu tetapi rakyatnya juga tidak akan menurutnya” “Jikalau kelakuan seseorang itu adil dan jujur, maka dia tidak akan menghadapi sebarang masalah ke atas pemerintahannya; jikalau tidak boleh menyempurnakan kelakuan sendiri, bagaimanakah hendak membetulkan kelakuan rakyat” “Menggunakan akhlak untuk membimbing rakyat, menggunakan tatasusila untuk menteladani kegiatan rakyat” (Lun Yu). Buddha turut melihat kepentingan bernegara. Buddhisme adalah demokrasi dan kebebasan. Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. 3. Kecintaan Kepada Keamanan Semua agama cintakan keamanan. Islam mencintai keamanan dan setiakawan sesama manusia tanpa sebarang perbezaan adalah antara ajaran utama setiap agama dunia. Buddha; Pada 563SM, Siddhartha Gautama Buddha mengemukakan tema yang sama menekankan belas kasihan kepada semua makhluk. Ajaran utama Buddha ‘Empat Kebenaran Mulia’ mengenai alam iaitu; Penderitaan itu universal (dukkha), Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya), Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha), Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha nirodha marga). Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda empirik yang mengandungi 12 rangkaian iaitu; kecuaian (avidya), kecenderungan (samskara), kesedaran tentang kuasa karma (v~nana), nama dan bentuk (nama rupa), lima organ deria dan minda (sadayatana), hubungan antara deria dengan objek (sparsa), sensasi (vedana), nafsu (trsna), bergantung pada pewujudan (upadana), bertekad untuk lahir (bhava) dan kelahiran (jati). Caranya ialah manusia perlu melepasi Jalan Mulia Lapan Lapis (Noble Eighfold). Jalan tersebut ialah; (samma-ditthi), Fikiran yang Betul (samma-sankappa), Pertuturan yang Betul (sammavaca), Perbuatan yang Betul (samma-kammanta), Pekerjaan yang Betul (samma-ajiva), Usaha yang Betul (samma-vayama), Kesedaran yang Betul (samma-sati) dan Tumpuan yang Betul (samma-samadhi). Buddha pernah berkata dalam maksudnya: “Keraguan yang besar akan mendapat lebih banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai. Larangan; tidak membunuh tidak mengancam nyawa orang lain, tidak mencuri - tidak mengancam harta benda orang lain, tidak berzina - tidak mengancam kesucian orang lain, tidak berbohong - tidak mengancam reputasi orang lain dan tidak meminum arak - tidak mengancam rasional sendiri dan keselamatan orang lain”. Hindu; Dalam ajaran Hindu, Kitab Rig Veda mengungkapkan “Loka Samastha Sukino Bhavantu” (Ucapan doa setiap hari beribadat) bermaksud semoga semua makhluk dunia hidup bergembira dan bebas. Matlamat utama penganut Hindu ialah mencapai Moksha (kebebasan dari putaran kelahiran dan kematian) melalui jalan Raja Yoga (tafakur), Jnana Yoga (ilmu suci kebenaran alam), Bakhti Yoga (cinta kasihkan Tuhan) dan Karma Yoga (akhlak sempurna). Dalam agama Hindu terdapat lima prinsip utama iaitu:Kewujudan Tuhan yang tunggal, Manusia 146
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
itu suci, Perpaduan melalui percintaan, Harmoni agama, Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci. Sepuluh disiplin yang bersifat sejagat ialah kejujuran (satya), kesederhanaan (ah imsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh), mengaji kitab (swadhyaya), penjimatan (tapas) dan doa (pooja). Kajian Clifford Geertz (1983) di Jawa dan Bali menunjukkan hal yang sama iaitu masyarakat yang taat beragama Hindu dan hidup soleh memiliki etos kerja yang tinggi. Ini terbukti kerana beberapa daerah yang terkenal dengan pusat industri, perdagangan dan pertukangan seperti Pekalongan, Kudus, Majalaya adalah daerah-daerah yang majoriti penduduknya terdiri daripada kaum santri (alim). Hal yang sama juga dibuktikan oleh Gerhard Lenski melalui kajiannya di Detroit, Amerika Syarikat. Dalam Kristian; Nabi Isa a.s mengetengahkan ajaran “Thou shall Love thy neighbor as thyself” bermaksud cintailah jiranmu sebagaimana kamu mencintai diri sendiri. Melalui kitab Bible samada Old Testament atau New Testament, ikutan pada Ten Commandments menggambarkan akhlak Jesus yang tinggi untuk diikuti. Antara prinsip utama Kristian ialah manusia wajib mencintai Tuhan dan melayan semua manusia secara adil dan hidup bersama aman damai. Sambutan krismas membawa mesej keamanan sejagat dan memupuk perasaan muhibah untuk semua. Protestan dapat menyumbangkan kemakmuran ekonomi dan industri moden di England dan Eropah Barat. Ini terjadi kerana mereka berpegang pada etika Protestan (Protestant ethic) iaitu percaya bahawa Tuhan berharap penganut Kristian yang baik akan bekerja kuat, menabung, melabur, dan menunjukkan inisiatif perniagaan (the belief that God expects good Christians to work hard, to save, to invest their savings, and to show business initiative) (Weber, 1930). Etika Protestan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk pembangunan rakyat Amerika Syarikat ke arah mewujudkan peribadi yang tahan lasak, semangat daya usaha, kegiatan perusahaan dan kejayaan kewangan. Ini kerana, lazimnya agama menggalakkan manusia melaksanakan aspek-aspek yang positif dalam kehidupan. Konfusiusme; menekankan tema yang sama bagi tujuan keharmonian sejagat (tiada peperangan). Konfusianisme (551~479 SM) menekankan nilai dan sifat moral mulia-perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), ketaatan kepada ibubapa (xiao). Ia merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. Konfuciusmenetapkan setiap manusia perlu berusaha menjadi baik. Beliau menekankan kepatuhan kepada nenek moyang dan konsep keseimbangan alam. Perkara yang sama turut ada dalam ajaran Jainisme, Sikhisme, Bahai dan Toisme. Ajaran Konfucius menekankan aspek mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. Konfusianisme telah membangunkan satu bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia yang berpusat kepada manusia. Bagi Konfusianisme keperihatian yang utama adalah terhadap kehidupan sosial pada masa kini. Persoalan bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di dunia adalah asas teoritikal dan praktikal yang perlu diselesaikan. (Prof. Y. King (1997) dalam Dr Abdul Halim (2008)) Segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut zhengming iaitu kedudukan masingmasing. Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada nilai keadilan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang atau kemanusiaan (ren). Intisari konsep ren ialah zhong (taat setia) dan shu (memaafkan atau mengutamakan orang lain). Zhong bererti berusaha sedaya upaya untuk mencapai sesuatu. Sifat ini akan membawa kepada ketaatan atau kepatuhan, saling percaya mempercayai dan pengabdian. Manakala sifat Shu (kemaafan) pula membawa makna mengawal perasaan dan keinginan supaya tidak melakukan kepada orang lain sesuatu yang diri sendiri tidak menginginkannya. Sifat ini membawa sifat dermawan, toleransi dan simpati. (Cheng Gek Nai, 1997). 147
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Konsep ren merupakan pengendalian hubungan di antara diri kita dengan orang lain. Diri merupakan intisari sebagai titik tolak perhubungan dengan orang lain. Konsep insaf diri membawa dua erti, iaitu insaf kelebihan orang lain sebagai teladan untuk belajar dan insaf keburukan orang lain sebagai iktibar untuk diri kita menjadikannya sebagai sempadan (Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Kata Konfusius dalam Lun Yu; “Orang mulia mencari kesalahan pada diri sendiri, orang hina mencari kesalahan pada orang lain”. Konfusius juga berpegang kepada konsep ming atau takdir. Kata Konfusius “manusia agung sentiasa gembira, manusia kecil selalu berdukacita”. Pemikiran etika Konfusianisme dipetik melalui kitab-kitab yang dikarangnya seperti kitab Madah (Shi), Muzik (Yue), adat (Li), kitab tentang perubahan (N) maupun melalui susunan anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The Great Learning dan lain-lain. Mengikut Benjemin I. Schwartz (1985), kitab Analect banyak mengandungi ajaran sosio-politik yang normatif, perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Aturan etika Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (langit/tuhan) atau Dao. Penekananya yang utama adalah konsep terhadap keluarga, kesopanan dan solidarity atau persaudaraan. Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan (wu lun) iaitu; antara pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan suami dengan isteri. Bagi Konfusianisme, daripada keluarga akan berkembang menjadi masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika yang dikembangkannya diasaskan kepada ren atau kemanusiaan. Taoisme;Lao Tze dengan bukunya “The Way and Virtue” mengandungi ajaran: penekanan unsur-unsur primitif untuk mencapai kehidupan yang abadi, Antimaterialisme iaitu penganut diajak meninggalkan hal-hal duniawi supaya memperolehi tempat yang baik pada hari akhirat dan banyak menggunakan pendekatan batin untuk mewujudkan perpaduan masyarakat. Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian. Konsep asas Taoisme ialah wuwei, iaitu kehidupan yang menekankan ketenangan atau kesederhanaan dan mengelakkan daripada sifat agresif atau kekerasan. Konsep ini bermaksud jangan berbuat sesuatu, tetapi hendaklah mengikut hukum alam. Konsep ini membawa maksud jalan menguasai persekitaran itu adalah melalui cara memahami alam dan seterusnya membentuk satu tindakan yang bersesuaian dengan alam (www.chebucto.ns.ca/Philosophy/Taichi). Ajaran Taoisme diasaskan kepada kehidupan yang mudah, spontan dan falsafahnya memberi tumpuan terhadap penyesuaian manusia terhadap alam. Kecurian, pembunuhan, rompakan dan perang merupakan usaha manusia mengejar benda yang mereka tidak dapat dengan cara baik. Jika manusia tidak mengejar benda-benda tersebut, maka, wujud keamanan secara semula jadi dan tidak perlu kepada kawalan undangundang. (Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan 2001). Sikh merupakan kelompok agama minoriti di Malaysia. Ia dianuti oleh sebahagian besar daripada 90 ribu etnik India berketurunan Punjabi di negara ini. Agama Sikh banyak menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalam masyarakat. Agama Sikh merupakan agama monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Gobind Singh (1675-1708) memperkenalkan persaudaraan khalsa bagi tujuan memperkasa identiti Sikh dengan memakai lima simbol utama yang dikenali sebagai 5K, iaitu kesh (rambut panjang), kangha (sikat), kara (gelang besi), kirpan (pedang kecil) dan kachera (seluar jerut). Penganut Sikh dikehendaki menghormati simbol 5K demi kesejahteraan hidup dan penerimaan agama Sikh.
148
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pendekatan Menyamakan Fungsionalisme Mengambilkira Fungsi Islam di Malaysia Dalam konteks Malaysia, dengan mengfokuskan kepada agama Islam sebagai agama rasmi, ia mengemukakan pelbagai pendekatan ke arah perpaduan yang baik. Pendekatan yang dikemukakan ini boleh dipraktikkan secara strategis atau secara tidak lansung. 1. Menghayati Asas Hubungan sosial Islam Asas hubungan sosial Islam amat mudah tetapi penuh bermakna jika diamalkan. Asasnya ialah saling faham memahami antara satu sama lain, saling bekerjasama, bersaudara, kasih sayang, saling jamin menjamin dan hormat menghormati. 2.
Mematuhi prinsip Kebebasan Beragama
Bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(al-Baqarah 2 :256)
Bermaksud: “Saya (orang Islam) tidak beribadat seperti anda (non-Muslim) dan anda tidak beribadat seperti saya (muslim) bagi anda agama anda bagi saya agama saya” (al-Kafirun 109:3-6). 3. Mengelakkan Ekstremisme, Cauvanisme dan Fanatisme Dalam konteks bahasa, Ekstremisme bermaksud melampaui batas keseimbangan apabila mentafsir atau melaksanakan sesuatu peraturan, Chauvanisme pula ialah menganggap cara kumpulan/etnik adalah terbaik,fikiran orang lain mesti ditolak dan ditentang. Manakala fanaticism/membabi buta adalah melaksanakan sesuatu pendekatan sendiri tanpa memperduli pendapat orang lain. Sepanjang pengamatan penulis, semua agama popular dunia menafikan aktiviti ini. Contoh Cauvanisme, ekstrimisme, fanaticisme seperti pembunuhan Indira Ghandi oleh pelampau sikh, Pembunuhan rakyat Palestine oleh rejim Zionis, Peperangan dunia kedua dicetuskan oleh Nazisme-Hitler dan pembersihan etnik di Bosnia. Gejala seumpama ini wujud tanpa mengira bangsa, etnik atau agama. 4. Berdialog secara aman dan Bijaksana Kepelbagaian agama dan kepercayaan perlu dimanfaatkan. Kaedah memanfaatkan kepelbagaian ialah melalui dialog antara agama, mengharmonikan hubungan antara pelbagai komuniti agama dan menangani ekstremisme agama. 149
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Muslim dan non-Muslim hendaklah sentiasa berdialog dan berinteraksi antara satu sama lain. Adab-ada berdialog; menerima pluraliti/jamak agama dan menghormati perbezaan pendapat sebagai fitrah, mengelakan cemuhan budaya,etnik dan agama lain, Bersopan santun dan berbudi bahasa dalam berdialog. Firman Allah SWT:
Bermaksud: “maka hendaklah anda berkata kepadanya dengan perkataan yang lembut,semoga dengan demikian ia akan sedar dan insaf”(surah Taha 20:44). 5. Menerima bahawa semua manusia dari keturunan yang sama (Adam dan Siti Hawa) Agama Kristian, agama Islamdan beberapa kepercayaan lain, bahkan Yahudipun memperakui bahawa keturunan manusia bermula dengan nabi Adam a.s. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.(an-Nisa 4:1) 6. Satu kemanusiaan Sejagat dan Keadilan sejagat Kefahaman dan komitmen terhadap isu kemanusiaan yang sama. Manusia amnya menerima kebersamaan nilai samada nilai moral, nilai keagamaan dan nilai kesejagatan seperti konsep “Unity in Diversity”. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orangorang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekalikali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah 5:8) 150
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kerjasama antara budaya memenuhi kebaikan bersama manusia. Antara nilai-nilai moral sejagat seperti: baik hati, berhemah, berbudi, benar, jujur, rajin, kerjasama dan semangat bermasyarakat. 7. Aplikasi Adab dan Prinsip-prinsip Islam yang mengikat etnik dan agama Adab Pergaulan dalam kehidupan Muslim dan Non Muslim seperti: kemesraan komunikasi, ziarah menziarahi, mengambil berat, saling hormat menghormati seterusnya;menjaga hakhak jiran, hubungan kekeluargaan sekalipun berlainan agama, memberi saraan nafkah kepada saudara dan jiran non-muslim, adab perbahasan/perbincangan dengan non-muslim dan menziarahi ketika sakit. Prinsip-prinsip Islam tentang nilai kemanusiaan penghubung kepelbagaian etnik/ agama seperti:kebebasan dari sebarang paksaan, penghinaan, perhambaan, kebebasan beragama. Pemufakatan dalam pemerintahan. Keadilan-penghukuman, pengagihan kekayaan, pendidikan dan sebagainya. 8. Amalan Konsep kejiranan Semangat Kejiranan seharusnya merupakan satu sikap dan tanggungjawab dalam kalangan penduduk agar keharmonian antara etnik sentiasa wujud.Semangat kejiranan yang ingin dipupuk adalah seperti unsur berikut;bangga dan sayang kepada kawasan, kenal mengenali dan tolong menolong, penduduk mengganggap sebagai satu masyarakat, bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan jiran dan muafakat dalam melaksanakan aktiviti. Konsep penghayatan kejiranan boleh dipraktikkan; hubungan di tempat kerja, di institusi/ organisasi, melalui aktiviti sosial, aktiviti rekreasi, kebajikan dan lain-lain lagi. KESIMPULAN Dalam konteks Malaysia, rakyat perlu mengambilkira Rukun Negara yang memperuntukkan Kepercayaan kepada Tuhan. Kenapa? Kerana ia secara fungsionalnya mengsejahterakan hidup. Agama dan kepercayaan masyarakat Malaysia; Islam, Kristian, Hindu, Sikh, Buddhisme, Taoisme, Konfusius dan tradisional/animisme/paganisme secara asasnya memenuhi keperluan pemerintahan, kesenian, kewujudan tamadun, sumber nilai moral, pendorong dan pengesahan program pembangunan, penyatuan, semangat kebangsaan dan perpaduan nasional (Shamsul Amri, 2007) . BIBLIOGRAFI Al Quran al-Karim. Abdul Halim Ramli dalam http://abdulhalimramli.blogspot.com/2008/10/pemikiran-falsafahklasik-cina-tokoh.html) berkenaan pernyataan Dr. Ubaidullah Mohd Nasir, 2000 dan Wang Daiyu (1619) bukunya Zhenjiao Zhenquan. Benjemin I. Schwartz (1985)The World of Thought in Ancient China, Harvard University Press. Cheng Gek Nai, Osman Bakar (1997), Islam and confucianism a civilizational dialouge, Kuala Lumpur University Of Malaya Press Durkheim, E. 1915. The elementary forms of the religion life . terj. Joseph Ward Swain, London: Allen & Unwin Ibn Khaldun, (1967), The Muqaddimah: An Introduction to History, Franz Rosenthal, N. J. Dawood, Princeton University Press, Osman Bakar (1997)Islam and Confucianism a civilizational dialogue, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM. Shamsul Amri, DKK., 2013. Hubungan Etnik (modul teras IPT), Institut Kajian Etnik Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 151
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (2001) Tamadun dunia, Ed. 2 Shah Alam, Fajar Bakti Smith, Wilfred, C. 1963. Memburu makna agama. Terjemahan Landung Simatupang. Bandung: Mizan. S.H Nasr (1997), Man and Nature: The Spiritual Crisis in Modern Man, ABC International Group Inc. Taylor, E.B. 1871. Primitive culture, research into the development of mythology, philosophy, religion, language, arts and customs.London: John Murray Tu, Weiming (pnyt.). (1996), Confucian traditions in East Asian modernity. Cambridge, MA: Harvard University Press. Weber, M (1930). The Protestant ethics and the spirit of capitalism. New York: Scriber. www.chebucto.ns.ca/Philosophy.Taichi/lao
152
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SEJARAH GERAKAN ISLAMISASI ILMU DALAM RUANG SOSIAL MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI NUSANTARA 1
Nurulwahidah Fauzi, 2Nor Adina Abd Kadir 1 Islamic Science University of Malaysia 2 UiTM, Alor Gajah, Melaka
PENDAHULUAN Gagasan Islamisasi, sebagai fenomena arus modenisasi amat menarik untuk dicermati oleh para pengkaji kerana ia muncul sebagai reaksi kepada perkembangan pengetahuan moden yang didominasi peradaban Barat. Istilah “Islamisasi” dalam bahasa Arab disebut sebagai “Islamiyyat al-Ma’rifat” dan dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Islamization of Knowledge”. Terminologi Islamisasi menurut kamus dewan diertikan sebagai usaha atau proses menjadikan patuh kepada atau sejajar atau sesuai dengan ajaran agama Islam. Ia juga merujuk kepada perihal mengislamkan.1 Definisi yang diulas oleh Kamus Dewan amat tepat dengan peristiwa sejarah bermulanya proses islamisasi ini iaitu seawal zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dengan turunnya al-Quran, sekaligus merubah merubah watak, perangai dan minda orang Arab daripada kehidupan jahiliyah ke arah proses ketamadunan dengan ketinggian budi pekerti. Al-Quran juga mendidik umat Islam merubah pandangan hidup mereka mengenai alam semesta dan kehidupan dunia. Pengislaman ilmu ini diteruskan oleh para sahabat, tabi’in dan ulama-ulama sehingga umat Islam mencapai kegemilangan dalam ilmu. Oleh itu, islamisasi dalam erti kata yang sebenar bukanlah perkara baru. Pada “zaman pertengahan,” Islamisasi telah dilakukan khususnya oleh para teologi Muslim seperti al-Ghazali, Fakhruddin al-Razi, Sayfuddin al-Amidi dan lain-lain. Dengan pengetahuan Islam yang mendalam, mereka menyaring filsafat Yunani kuno untuk disesuaikan dengan pemikiran Islam. Sebagai hasilnya, ada hal-hal dan filsafat Yunani kuno yang diterima dan ada juga yang ditolak. Abad ke 19M menyaksikan fenomena islamisasi Ilmu sebagai salah satu gagasan yang berusaha mengangkat dinamika baru melalui re-orientasi dan transformasi ajaran Islam dengan membanteras dominasi peradaban sekuler yang berusaha menjatuhkan kredibiliti dunia Islam, seiring dengan kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1920M. Sekelompok besar golongan mujaddid yang berusaha untuk membawa umat Islam ke arah kebangkitan Islam tanpa menolak kehidupan moden antaranya ialah Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Isma’il Raji al-Faruqi.2 Beliau berupaya menggabungkan nilai etika dan agama dengan ilmu pengetahuan moden. Proses islamisasi ilmu pengetahuan tidak diarahkan untuk menolak pengetahuan yang ada. Kecuali itu, ia merupakan upaya holistik dalam upaya integrasi dua kajian, wahyu dan alam, untuk menemukan alternatif metode pengetahuan yang mampu mengeluarkan manusia modern dari krisis peradaban destruktif. Al-Faruqi mengatakan bahwa ilmu pengetahuan tidak semuanya bertentangan dengan nilai-nilai Islam, sehinga menurutnya, islamisasi pengetahuan adalah melakukan penyaringan dari ilmu pengetahuan yang telah ada dengan mempertimbangkan nilai-nilai Islam.3 Setelah berabad lamanya, usaha bagi memperjelaskan islamisasi ilmu pengetahuan pertama kali dibincangkan kembali oleh Syed Hossein Nasr, pemikir muslim Amerika kelahiran Iran, tahun 60-an. Beliau menyedari akan adanya bahaya sekularisme dan 1 2 3
Kamus Dewan (2004), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad al-Bahiy, 1968. Pemikiran Islam Moden. Jakarta: Pustaka Panji Emas, h.30. Al-Faruqi, 1982. Tauhid: Its Implementations for thought and life. Wynccote USA: The International Institute of Islamic Thought, hlm.17
153
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
modernisme yang mengancam dunia Islam, karena itulah beliau meletakkan asas untuk konsep sains Islam dalam aspek teori dan praktikal melalui karyanya Science and Civilization in Islam (1968) dan Islamic Science (1976).4 Setelah itu, gagasan ini kemudiannya dikembangkan secara meluas oleh Syed M. Naquib al-Attas sebagai projek “Islamisasi” yang mulai diperkenalkannya melalui Konferensi dunia mengenai Pendidikan Islam yang pertama di Mekah pada tahun 1977. Konferensi ini merupakan kali pertama di mana beliau mengupas dan menegaskan akan perlunya Islamisasi pendidikan, Islamisasi sains dan islamisasi ilmu melalui makalah yang berjudul “Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge and the Definition and Aims of Education”. Idea ini kemudian disempurnakan dalam bukunya, Islam and Secularism (1978) dan The concepts of Education in Islam A Framework for an Islamic Philosophy of Education (1980). Persidangan inilah yang kemudian dianggap sebagai pembangkit proses Islamisasi selanjutnya. Beliau mentakrifkan Islamisasi sebagai “ the liberation of man first from magical, mythological, animistic, national-cultural tradition, and then from secular control over his reason and his language.” Definisi Islamisasi ini jelas berusaha memperjuangkan Islamisasi sebagai pembebasan manusia, pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animisme, kebangsaan dan kebudayaan dan selepas itu (pembebasan akal) dan bahasa daripada pengaruh sekularisme. Bagi beliau Islamisasi ialah proses dua hala : pembebasan diri dan pengembalian diri kepada kejadian asalnya, kepada fitrah, sekali gus berusaha memandang modernisasi yang berkembang dalam bingkai Islam.5 Ringkasnya, gagasan Islamisasi ilmu kontemporer yang diformulasikan Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan suatu “revolusi epistemologis” yang merupakan merupakan jawaban terhadap krisis epistemologis yang melanda bukan hanya dunia Islam tapi juga budaya dan peradaban Barat. Islamisasi Dalam Ruang Sosial Masyarakat Arab Hadrami di Nusantara Peristiwa Islamisasi ilmu dan gerakan tajdid islah mempunyai perkaitan yang amat erat. Ini kerana gerakan pembaharuan Islam,atau lebih dikenali sebagai gerakan tajdid dan Islah adalah “work: persistent, industrious work, not just words to be said, speeches and lectures to be delivered, or books and articles are indeed required, they are merely parts of a movement, not the movement itself”. Hal ini telah disebut di dalam al-Quran yang bermaksud; Allah the Almighty says, Work, and Allah, His Messenger and the believers will see your work [Surat al-Tawba: 1 05]. Definisi ini secara jelasnya merujuk kepada keperluan suatu gerak kerja di dalam memperbaiki masyarakat, iaitu melalui proses islamisasi ilmu atau melalui proses pembaharuan terhadap kefahaman Islam daripada tahap sedia ada kepada tahap yang lebih baik. Sejarah menyaksikaan gelombang kebangkitan baru melalui gerakan pembaharuan ilmu dan tajdid agama, keberhasilan daripada penjajahan Eropah ke atas dunia Islam. Maka tidak menghairankan bahawa istilah Islamic revival di dalam bahasa Inggeris menurut Dictionary of Oxford menyatakan “the support for an increased influence of Islamic values on the modern world as a response to Western and secular trends”. Pola kebangkitan masyarakat Islam dunia terhadap penjajahan Eropah dapat disaksikan melalui gerakan para ulama tajdid seluruh dunia, antaranya kebangkitan Hajji Shariat Allah dan gerakan Faridi di Bengal, Ahmad Brelwi di India, Imam Shamil di Caucasus, ‘Abd alQadir di Algeria dan Muhammad Ahmad di Sudan. Selain itu, muncul juga gerakan Islam yang lain, yang dinamakan gerakan modernis dengan diketuai oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani (1838-1897M), dengan seruan dan menyebarkan propoganda ke arah penyatuan agama Islam dengan menyokong pembaharuan yang dilakukan oleh Eropah, sehingga beliau sendiri mempunyai harapan besar di dalam kata-katanya, iaitu; 4 5
Rosnani hasyim 2005 Syed Naquib al-Attas. 1984. Islam and Secularism. Delhi: Hindustan Publication.
154
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
“I cannot keep from hoping that Muhammadan society will succeed someday in breaking its bonds and marching resolutely in the path of civilization after the manner of Western society”.6
Para pejuang Arab di kalangan modernis telah mempromosikan idea pembaharuan dari aspek pendidikan bagi menginterpretasikan Islam dengan cara yang lebih bersesuaian dengan iklim dan suasana dunia moden hari ini. Idea yang diaplikasikan daripada tokoh mujaddid tersohor iaitu Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhd Abduh, dengan mengambil kira bahawa kemunduran yang berlaku dalam kalangan umat Islam adalah kegagalan untuk mempertahankan kedudukan sebagai penguasa dunia dan disebabkan ketinggalan dengan arus kemodenan hari ini.7 Menariknya, idea yang diperkenalkan oleh al-Tahtawi (w.1873) dan Muhammad Abduh (w. 1905) telah mambantu kebangkitan rakyat di negara seumpama Mesir, Turki, Iran, Indonesia dan India, yang mana para pejuang di negara-negara ini bersatu mengangkat semula prinsip falsafah Islam, yang menegaskan bahawa ilmu wahyu dan ilmu rasional mampu digabungkan bersama di dalam kehidupan. Di Turki, sepanjang 1860, ketika mana Kaum Muda di Turki memprotes kerajaan Uthmaniyyah mengenai institusi dan prinsip politik yang dibangunkan oleh Barat, Jamal al-Din al-Afghani meskipun menjalankan misi yang sama, beliau turut inginkan suatu metod dan alat bantu yang mampu membanteras dominasi Barat ke atas dunia Islam. Di India, ketika mana British telah memusnahkan kerajaan Mughal pada tahun 1857, penekanan yang diberikan oleh beliau juga adalah tentang keutamaan pendidikan. Di Indonesia, sewaktu Indonesia di tadbir oleh Belanda, juga terdapat gerakan-gerakan Islam yang berusaha gigih untuk menjadikan kurikulum moden dan agama serta sains di gabungkan bersama. Gerakan pembaharuan Islam yang dilakukan dalam kalangan masyarakat Arab Hadrami adalah berhasil daripada kaedah yang digunapakai oleh Syed Jamaluddin alAfghani. Gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh kelompok masyaraat Arab Hadrami adalah dengan kerjasama kolektif dengan menubuhkan organisasi dengan ketua yang bertanggungjawab. Keterlibatan tokoh Arab di dalam gerakan Islam di sekitar Nusantara terlihat jelas di dalam pelbagai strategi yang dilakukan di dalam aspek seperti bidang pendidikan, politik, sosial dengan berusaha membasmi kemiskinan, penyakit and facing up to those suspect institutions that make social and philanthropic work a tool for altering the Nation’s identity and weakening its ties with its creed.8 Gerakan Islamisasi di Indonesia oleh Ulama Arab Hadrami Proses dan gerakan islamisasi ilmu di indonesia dimulakan oleh masyarakat Arab Hadrami hasil daripada tindak balas terhadap sistem pendidikan sekular dan proses pembaratan yang dilakukan oleh pihak Belanda kepada masyarakat tempatan di indonesia. Kekangan yang dilakukan terjadi disebabkan faktor 1) keterbatasan bahan-bahan pengajaran untuk sekolah dan bahan rujukan dari Mesir untuk agama dan Bahasa Arab sehingga menyebabkan masyarakat Islam terpaksa memanfaatkan buku-buku yang disediakan dari Belanda, 2) Mereka juga tidak berjaya untuk menyediakan seluruh tenaga pengajar dari kalangan sendiri, terutama untuk mengajar mata pelajaran bukan agama sehingga mereka memanfaatkan alumni sekolah yang didirikan oleh Belanda seperti HIK, Sekolah Normal, AMS dan sekolah-sekolah tinggi lain. Sistem pendidikan dan kurikulum yang terpakai pada saat itu dijalankan melalui beberapa kaedah sebagaimana berikut. 6 7 8
Kurzman, 2002, p. 108 Abba Idris 2014. “ Islamic Civilization In The Face Of Modernity: The Case Of Jamal Al-Din Al-Afghani And Muhammad Abduh” dalam Proceeding of the Social Sciences Research, 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t236/e0682
155
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Penubuhan Sistem Pendidikan Islam melalui Institusi Jamiat al-Khair Terdapat gerakan-gerakan Islam yang muncul di Indonesia yang memperjuangkan gerakan reformis dengan memberi penekanan kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan keagamaan seperti Jamiat al-Khair, al-Irsyad dan Muhammadiyyah. Gerakan pertama yang mendahului reformasi di Indonesia ialah Jamiat al-Khair yang ditubuhkan pada 17 Julai 1905 di Jakarta. 9 Jamiat Khair berdiri pada tahun 1901 M/1319 H dan merupakan badan sosial Islam pertama yang berorganisasi di Indonesia. Jamiat Khair berasal dari bahasa Arab “ja’miat”yang bererti “perkumpulan” dan “khair” yang bererti kebaikan, maka Jamiat Kheir bererti “Perkumpulan Kebaikan”. Majoriti anggota Jamiat Khair adalah orang Arab dari golongan orang berada sehingga waktu mereka banyak diberikan pada seluruh kegiatan Jamiat Khair tanpa mengganggu mata pencarian mereka. Tertubuhnya Jamiat Khair merupakan reaksi dari sikap pemerintahan kolonial Belanda yang melakukan diskriminasi terhadap masyarakat Indonesia secara umum dan masyarakat keturunan Arab secara khusus. Tekanan yang diberikan bukan sahaja dari aspek politik bahkan dari sudut ekonomi masyarakat Arab turut dikenakan. Pihak kolonial Belanda turut menyekat ruang berdakwah kepada masyarakat Indonesia. Jamiat Khair mempunyai dua kegiatan utama iaitu, pertama, pembinaan sekolah dasar (sekolah rendah) dan kedua menghantar seramai mungkin anak-anak muda ke Turki bagi melanjutkan pelajaran mereka di bumi asal. Di peringkat sekolah dasar pelajar tidak hanya diajarkan ilmu agama semata tetapi turut diajar mata pelajaran yang lain seperti sejarah, matematik, bahasa Inggeris dan Geografi. Manakala dari sudut kurikulum sekolah disusun dengan baik dan rapi serta pentadbiran dan pengurusan sekolah dikelola dengan baik. Oleh itu, dilihat Jamiat Khair termasuk dalam salah satu gerakan pembaharuan pendidikan Islam di Indonesia. Dalam menghadapi gerakan umat Islam di Indonesia, pemerintah kolonial Belanda telah bersikap tidak adil. Ia dapat dilihat apabila, pemerintah kolonial Belanda memberi kelonggaran kepada misionaris kristian bergerak dan memudahkan dalam urusan bantuan dana. Manakala bagi gerakan Islam di Indonesia kolonial menetapkan syarat yang ketat dan tidak boleh menjalan hubungan dengan negara-negara Arab. Bukan itu sahaja, kolonial juga melarang pendakwah-pendakwah Islam menyebar dakwah kepada masyarakat di daerah yang masih berpegang kepada anutan animisme.10 Salah satu contoh tekanan pemerintah Kolonial Belanda terhadap umat Islam di bidang pendidikan adalah pendirian Hollands Inlandse School (HIS) yang berusaha untuk menjauhkan anak-anak Indonesia dari adat istiadat serta agama keluarganya. Mereka yang ingin menyertai ilmu di HIS tidak boleh memakai kain sarung dan seluar panjang tetapi harus memakai seluar pendek paras lutut. Pada tahun 1860, pemerintah kolonial Belanda telah melaksanakan peraturan “Vreemde Oosterlingen” yang mana telah menggolongkan masyarakat berketurunan Arab serupa dengan masyarakat Timur dan membataskan pergerakan mereka. Masyarakat berketurunan Arab mestilah tinggal di daerah tertentu dan asing dari masyarakat tempatan. Justeru, lahirlah “Kampong Arab” di beberapa kawasan di Indonesia seperti Kampung Turki di Aceh dan Rabithah Alawiyah di Jakarta Pusat dan setiap orang yang keluar masuk kampung tersebut diwajibkan memiliki pasport perjalanan (surat izin jalan). “...para emigran Arab di Batavia sejak tahun 1884 telah berhasil membentuk Kampoeng Arab yang dikepalai oleh seseorang dengan jabatan Kapten yang bertugas menjadi penghubung antara para imigrant dengan pemerintah Hindia Belanda. Selain kesibukan mereka dalam dunia perdagangan, mereka juga sibuk 9 Abu Bakar Basalamah, Jamiat Kheir dan Al-Irsyad (Yogjakarta : Tidak diterbitkan, 1984), hal.1 10 H. Muhammad Syamsu AS. Ulama Pembawa Islam di Indonesia dan sekitarya. (Jakarta : Lentera, 1995) h. 299
156
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
melaksanakan dakwah Islamiyyah dan sosial keagamaan, walaupun kegiatan tersebut tidak disenangi oleh pemerintah Hindia Belanda. Kebebasan gerak mereka sangat dibatasi, hal ini dapat dilihat dengan adanya peraturan yang mengharuskan setiap orang Arab yang harus berpergian harus memiliki pas jalan.11 Antara sumbangan besar Jamiat Khair kepada masyarakat adalah dengan membawa masuk pengajar dari luar negeri dan daerah bagi tujuan menaikkan kualiti sekolah dan pendidikan para pelajar. Para pengajar yang datang dari luar negeri umumnya mempunyai kemampuan yang lebih terutama dalam bidang agama dan bahasa Arab. Antara tokoh pengajar yang dijemput dari tanah Arab adalah Ahmad Surkati dari Sudan, Syeikh Muhammad Thalib dari Maroko, dan Syekh Muhammad Abdul Hamid dari Makkah. Namun Ahmad Surkati dilihat paling menonjol dan berperanan dalam pembaharuan Islam di Indonesia. Pada tahun 1908 Jamiat Kheir menjalin hubungan dengan tokoh-tokoh Islam di Timur Tengah seperti Sayid Ali Yusuf penerbit surat khabar Al-Muayyad, Ali Kamili, pemimpin redaksi surat khabar Al-Liwa, Abdul Hamid Zaki penerbit surat khabar AsSiyasah al-Musawarah, Ahmad Hasan Tabarah penerbit majalah Samaratul Funun Bairut, Muhammad Said Al-Majzub penerbit surat khabar Al-Qistatul mustaqim, Abdullah Gasim pimpinan redaksi surat khabar Syamsul Haqiqah, serta Muhammad Baker Bik pimpinan redaksi surat khabar Al-Adel.12Jamiat Kheir kemudian mendirikan percetakan huruf Aab “Setia Qesaha” pada 31 Mac 1913 dan diterbitkan dalam satu kolum “Oetoesan Hindia” yang dipimpin oleh Umar Said Cokroaminoto.13 Guru yang terkenal di Jamiat Khair ialah syeikh Muhammad Noor yang pernah belajar di Universiti al-Azhar (1899-1906) dan pernah berguru secara langsung dengan Sheikh Muhammad Abduh di Mesir.14 Pengaruh Abduh terhadap Jamiat Khair adalah dalam penguasaan bahasa Arab yang mana ianya penting bagi masyarakat mendalami ajaran Islam bersumberkan al-Quran, Sunnah serta sumber yang lain.15 Pemikiran Abduh dapat dilihat dalam perlaksanaan kurikulum moden ke dalam pengajaran di sekolah Jamiat Khair, di mana Abduh pernah melontarkan sebuah pemikiran bahawa agama Islam sesuai dengan pengetahuan moden.16 Walaupun keahliannya terbuka kepada setiap orang Islam, namun kebanyakan ahlinya terdiri daripada keturunan Arab Hadrami. Jamiat Khair ini bergerak dalam bidang sosial dan pendidikan dengan menubuhkan Lembaga Sosial dan Ekonomi serta Lembaga pendidikan Jamiat al-Khair. Justeru dengan sebab itu, Jamiat Khair dlihat lebih mengutamakan masyarakat berketurunan Arab khususnya golongan Sayid. Ini telah memberi satu tindak balas negatif di mana golongan yang tidak menyetujuinya telah bertindak keluar dan menubuhkan persatuan baru yang dinamakan al-Irsyad pada tahun 1913. Penubuhan al-Irsyad Al-Irsyad ditubuhkan oleh golongan para pedagang dan tokoh yang paling iaitu Syeikh Ahmad Surkati seorang ulama yang berasal daripada Sudan dan bekas anggota Jamiat alKhair. Kemunculan Al-Irsyad adalah sebahagian dari sejarah kebangkitan kaum Hadrami non-sayyid (nahdah al-Hadramiyyah) di Indonesia. Nahdah bererti kemajuan dan ini dapat dikaitkan dengan kebangkitan golongan Arab Hadrami non-Sayyid menuju dunia kemodenan tanpa menghilangkan identiti Hadraminya melalui idea-idea dan institusi pendidikan. 11 12 13 : 14 15 16
Brosur pendidikan IslamJamiat Kheir , 1981, hlmn 15. Ali Ahmad Assegaf. Perbandingan Mazhab Salaf Muhji Atsaris Salaf : Gerakan Salafiyah di Indonesia. (Jakarta : Permata, 1970) hal. 45 Abubakar Aceh. Perbandingan Mazhab Salaf Muhji Atsaris Salaf : Gerakan Salafiyah di Indonesia. (Jakarta Permata, 1970) hal. 45 Zuhairini, dkk. Sejarah pendidikan Islam. (Jakarta: Bumi Aksara. 1997) hal. 161 H. Ahmad Syauqi Al-Gadri. Wawancara Peribadi. Jakarta, 10 Desember 2003 H.Muhammad Syamsu As. Op.cit. h. 297
157
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ketika Syeikh Ahmad Surkati al-Anshary melakukan perjalanan ke Solo untuk menemui sahabatnya Awad Sungkar al-Urmei, beliau mendapat suatu pertanyaan mengenai pernikahan antara seorang wanita dari golongan syarifah dengan seorang lelaki dari golongan non-sayyid. Terhadap pertanyaan yang diajukan tersebut beliau menjawab bahawa menurut hukum Islam hal tersebut diperbolehkan. Dengan fatwa yang diberikan tersebut Jamiat Khair dianggap telah membuka tabir suatu rahsia yang tidak boleh diketahui oleh sesiapapun juga menurut pandangan kaum Baalwi yang merupakan sebahagian besar pengurus Jamiat Kheir. Perbezaan pendapat antara Syeikh Ahmad Surkati al-Anshary dan pengurus Jamiat Khair semakin memuncak. Ia tidak terbatas pada masalah persamaan antara syarifah dan non-sayyid sahaja tetapi turut meluas ke masalah hukum Islam lainnya. Dari segi kegiatannya, al-Irsyad juga seperti Jamiat Khair yang bergiat aktif di lapangan pendidikan. Bagaimanapun kegiatan al-Irsyad lebih luas dan lebih besar pengaruhnya kepada masyarakat berbanding Jamiat Khair. Falsafah pendidikan al-Irsyad berasal dari pernyataan bahawa “selama ini Islam telah menjadi corrupt”. Menurut mereka, Islam adalah sebuah agama yang suci dan ia telah berubah kepada satu bentuk kegiatan tahyul, dan kekacauan sehingga dunia Islam berada dalam kemunduran kegelapan. Oleh itu, menurut pendokong al-Irsyad satu-satunya solusi bagi dunia Islam adalah kembali kepada Islam yang benar iaitu bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Organisasi al-Irsyad bergerak dalam bidang pendidikan formal dengan mendirikan Madrasah dan sistem pengajaran diambil dari prinsip pembaharuan yang dibawa oleh Muhammad Abduh dan Rashid Rida17 . Madrasah itu dikenali sebagai Madrasah alIrsyad al-Islamiyah. Pada peringkat awal, gerakan al-Irsyad kurang menampakkan ciri-ciri revolusioner, tetapi tujuan tersebut kemudiannya diperluaskan lagi iaitu untuk melaksanakan dengan jujur perintah dan peraturan Islam menurut ketetapan al-Quran dan al-Sunnah atau menggalakkan cara hidup Islam yang sepenuhnya. Kewibawaan Syeikh Ahmad Surkati di dalam hal ehwal pentadbiran diperakui apabila beliau pernah menjawat jawatan sebagai inspektor (nazir sekolah) bagi sekolah-sekolah Jamiat Kheir. Anggaran Dasar Al-Irsyad disahkan oleh Gabenor Jeneral pada tanggal 11 Ogos 1915 M. yang diterbitkan dalam Bahasa Belanda, Melayu, Arab sesuai dengan teks Bahasa Arabnya.18 Al-Irsyad didirikan bagi tujuan mengumpul dan menyimpan dana serta digunakan untuk keperluan: a. Menyebarkan adat istiadat Arab yang sesuai dengan ajaran Islam; memberikan pelajaran membaca dan menulis kepada golongan Arab; meningkatkan pengetahuan tentang Bahasa Arab dan bahasa lainnya yang perlu. b. Mendirikan gedung-gedung bagi penerapan tujuan yang tersebut pada nombor (a). c. Mendirikan perpustakaan dengan mengumpulkan buku-buku yang berguna bagi pendidikan ilmu pengetahuan dan pembangunan akhlak. al-Irsyad berkembang menjadi suatu perhimpunan untuk mendirikan sekolah-sekolah benihnya telah disemaikan oleh Jamiat Khair. Persatuan Muhammadiyah Gerakan yang seterusnya merupakan gerakan yang paling berpengaruh di Indonesia. Gerakan yang dinamakan sebagai Muhammadiyah ini diasaskan dan dipimpin oleh seorang tokoh reformis yang terkemuka iaitu Haji Ahmad Dahlan (1868 – 1923). Sebagai sebuah gerakan reformasi, program Muhammadiyah meliputi bidang keagamaan, pendidikan dan sosial. Dalam bidang pendidikan, reformasi yang dilakukan meliputi dua aspek iaitu tujuan dan teknik. Menurut Muhammadiyah, tujuan pendidikan adalah ingin membentuk manusia muslim yang baik budi, alim dalam agama, luas pandangan, memahami masalah 17 18
Abdul Aziz Dahlan et.al 2002: 366 Deliar Noer (1990), Gerakan Moderen Islam di Indonesia, 1900-1942, Jakarta: LP3ES, h. hal. 66.
158
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ilmu keduniaan dan sedia berjuang untuk kemajuan masyarakat. Sementara aspek teknik pula adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan cara-cara penyelenggaraan pengajaran. Sebenarnya kegiatan Muhammadiyah dalam bidang pendidikan adalah sebagai reaksi terhadap sistem pendidikan pesantren dan sistem pendidikan sekular yang didirikan oleh pemerintah Belanda dan mubaligh Kristian. Bagi mengimbangi situasi tersebut, Muhammadiyah telah mendirikan sekolah-sekolah yang berlandaskan Islam. Usaha pertamanya adalah mengubah bentuk lama dengan memperkenalkan sistem organisasi, pentadbiran,kurikulum dan cara penyelenggaraan yang baik. Mereka menyelenggara sekolah-sekolah sejenis dengan menambahkan mata pelajaran agama ke dalam kurikulum yang sedia ada19. Perubahan ini kemudiannya diikuti dengan penubuhan madrasahmadrasah yang moden berdasarkan rasionalisasi kurikulum, organisasi dan pentadbirannya. Disamping mata pelajaran agama, turut diperkenalkan mata pelajaran moden seperti matematik, geografi, sejarah, bahasa Indonesia, bahasa Belanda dan pelajaran menulis dan membaca huruf latin di samping bahasa Arab di madrasah terbabit. Madrasah-madrasah Muhammadiyah juga melaksanakan sistem co-education dengan memberi peluang kepada golongan wanita untuk belajar bersama-sama dengan golongan lelaki. Dalam peringkat perkembangannya, madrasah-madrasah Muhammadiyah kemudiannya direalisasikan dalam bentuk perguruan dengan nama Pondok Muhammadiyah. Oleh itu, Pondok Muhammadiyah merupakan model pembaharuan yang merupakan penyatuan antara unsur lama dengan unsur baru iaitu antara Islam sebagai dasar dengan bentuk kurikulum dan teknik penyelenggaraannya yang banyak diambil daripada sistem Barat. Selain sekolah agama, Muhammadiyah juga mendirikan sekolah umum yang mengikuti sistem sekolah kerajaan yang sedia ada dan dimasukkan kurikulum mata pelajaran agama seperti Hollandsch Inlandsche School (HIS) Muhammadiyah, Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), Hollandsch Inlandsche Kweek-school(HIK) Muhammadiyah dan Schakel School Muhammadiyah.20 KESIMPULAN Masyarakat Arab Hadrami yang ada di Indonesia ini adalah sebahagian masyarakat yang bermigrasi dengan sumbangan yang signifikan di dalam hal ehwal pendidikan. Kelompok minoriti ini yang kemudiannya menggagaskan organisasi pendidikan seperti Jamiat Kheir dan al-Irsyad selain berjaya dalam bidang perdagangan, politik dan keagamaan. Selain itu, dalam hal integrasi sosial masyarakat Arab Hadhrami lebih terintegrasi berbanding masyarakat Tionghuo di Indonesia.21 Identiti dan perasaan ke-Araban kelompok minoriti ini muncul ekoran dari tertubuhnya Jamiat Kheir lagi iaitu sebelum wujudnya al-Irsyad di Indonesia. Jamiat Khair ditubuhkan bertujuan untuk menyalur bantuan bagi lelaki dan wanita Arab yang tinggal di Batavia khususnya berkaitan hal kematian ahli keluarga, perayaan dan pernikahan. Bantuan yang dihulurkan adalah dalam bentuk kewangan dan barangan seperti makanan, pakaian, kain kafan dan sebagainya.22 Demikian juga, identiti ke-Arab-an atau ke-Hadrami-an juga telah dilihat sejak awal berdirinya al-Irsyad. Organisasi al-Irsyad menjurus perhatiannya di bidang pendidikan terutama pada masyarakat Arab selain permasalahan yang timbul dalam kalangan mereka. Secara rasmi organisasi ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai keperluankeperluan seperti pertama, menyelenggarakan adat istiadat Arab dan menyebarkan ajaran Islam, bahasa Arab, bahasa Belanda dan bahasa-bahasa yang lain dalam kalangan orangorang Aran yang telah terdiaspora di Indonesia. Kedua, mendirikan sekolah-sekolah dan 19 Abdul Rahman Abdullah 1992: 255 20 Abdul Aziz Dahlan et.al 2002: 367 21 Frode F. Jacobsen (2009), Hadrami Arabs in Present-day Indonesia: An Indonesia-oriented Group with an Arab Signature, London and New York: Routledge, h. 20. 22 Natalie Mobini-Kesheh (1999), The Hadrami Awakening: Community and Identity in the Netherlands East Indies, 1900-1942, (Ithaca, New Tork: Southeast Asia Program Publication, h. 39.
159
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
rumah-rumah di perkampungan Arab Indonesia. Ketiga, mendirikan perpustakaan.23 Kemunculan Jami’at Khair dan al-Irsyad tidak lari dari perkembangan zaman. Oleh itu, untuk memperoleh pendidikan yang lebih maju sejumlah tokoh Arab di Hindia Belanda mendirikan sekolah moden dengan berorientasikan keagamaan dan keAraban. Contohnya, Yayasan Jamiat Kheir di Batavia menjadi model pendidikan yang baru bagi masyarakat berketurunan Arab di Indonesia. Dengan wujudnya Yayasan Jamiat Kheir ini telah memberi satu momentum baru kepada kewujudan institusi keagamaan yang lain seperti sekolah al-Irsyad al-Islamiyah dan ar-Rabithah al-Alawiyah. Hal ini telah memberi peluang kepada anak-anak berketurunan Arab dan masyarakat tempatan untuk memperoleh pendidikan dengan metode pengajaran moden.24
23 Deliar Noer (1990), Gerakan Moderen Islam di Indonesia, 1900-1942, Jakarta: LP3ES, h. 73-74. 24 Hasan Bahanan, “Masyarakat Etnis Arab dan Identitas Budaya Lokal
160
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SEMANGAT PATRIOTISME: ISU DAN CABARAN DI MALAYSIA Siti Noranizahhafizah Boyman, Nafisah Ilham Hussin, Marshelayanti Mohd Razali Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kertas kerja ini bertujuan membincangkan semangat patriotisme, isu dan cabarannya di Malaysia. Sejak kebelakangan ini, pelbagai senario yang menunjukkan semakin kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi pada masa kini. Sebahagian daripada mereka cenderung terlibat kepada aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan tidak patriotis kepada negara antaranya seperti menghina lagu kebangsaan, terlibat dengan pengganas, terlibat dengan gejala negatif dan . Justeru, kertas kerja ini meneliti isu-isu dan fenomena yang menunjukkan semakin kurangnya semangat patriotisme pada masa kini. Selain itu, kertas kerja ini juga mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi bagi mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kajian ini mengusulkan beberapa cadangan bagi mengukuhkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Kata kunci: patriotisme, patriotik, cinta negara.
PENGENALAN Semangat patriotisme amat penting bagi sesebuah negara terutamanya Malaysia yang mempunyai rakyat yang multietnik. Perkara ini perlu diambil berat kerana semangat patriotisme penting sebagai perisai ketahanan nasional untuk menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Hal ini kerana sebuah bangsa dan negara yang kuat serta bertamadun tinggi bukan bergantung kepada kekuatan fizikal yang bercorak kebendaan dan teknologi (Wan Zahid, 1993). Namun, bangsa tersebut perlu mempuyai kekuatan dari segi rohani dan jiwa yang mempunyai semangat patriotisme. Oleh itu, negara bertanggungjawab membina kekuatan itu berdasarkan asas agama, budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat bertanggungjawab dan pengorbanan diri yang tinggi. Walau bagaimanapun, sejauh mana semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini? Adakah dengan hanya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan sudah mencukupi bagi menunjukkan semangat patriotisme kepada negara? Atau menyertai latihan khidmat negara sudah memadai? Sebenarnya generasi muda ini kurang semangat kenegaraannya dan kabur sejarah negaranya. Sedangkan perkara ini menjadi asas kepada pembentukan semangat patriotisme. Ditambah pula pada masa kini, pelbagai isu dan cabaran dihadapi sama ada dari dalam atau luar negara. Oleh itu, kerajaan perlu menjadikan semangat patriotisme ini sebagai agenda penting negara. Hal ini kerana semangat patriotisme adalah tunjang kepada pemupukan perpaduan dan membina bangsa Malaysia yang aman dan maju. Sekiranya, rakyat Malaysia mengamalkan dan menjiwai nilai-nilai patriotisme, perkara ini akan dapat menyumbang kearah pembentukan generasi masa kini yang kuat sifat dalamannya dalam mengharungi cabaran-cabaran dari dalam atau luar negara. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas satu persatu dengan meneliti isu-isu dan fenomena yang menunjukkan semakin kurangnya semangat patriotisme pada masa kini. Selain itu, kertas kerja ini juga mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi bagi mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kajian ini mengusulkan beberapa cadangan bagi mengukuhkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. 161
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PATRIOTISME Patriotisme diertikan sebagai cinta kasih yang kental dan kekal terhadap negara yang bukannya berbentuk ideologi dan bukan semata-mata semangat. Hal ini kerana patriotisme berada dalam satu kesinambungan di antara semangat dan ideologi. Dalam ertikata lain, patriotisme adalah satu konsep yang perlu ada kefahaman dan juga pendidikan. Menurut Primoratz (2002), mentakrifkan patriotisme sebagai ‘cintakan negara’ adalah terlalu umum dan dangkal. Hal ini kerana perkara yang perlu diberi penekanan dalam menentukan patriotisme seseorang itu kepada negara adalah sumbangan kepada negara dan sanggup berkorban demi negara. Jika kedua-dua elemen ini ada, maka terbukti warganegara itu mempunyai sifat patriotisme kepada negara. Bagaimana proses pemupukan patriotisme di Malaysia? Apakah elemen-elemen patriotisme yang diterapkan? Proses pemupukan semangat patriotisme secara umumnya membawa kepada elemen semangat setia negara, perasaan bangga sebagai rakyat sesebuah negara dengan mendukung nilai bangsa dan budaya, kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan perasaan cintakan tanah air. Untuk lebih jelas, pembentukan warganegara Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme adalah berasaskan amalan ciri-ciri berikut (Kementerian Pendidikan, 1994): (a) Bersemangat cinta negara dan bangsa Seseorang yang bersemangat cintakan negara dan bangsa harus menunjukkan sifat atau amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa. (b) Berbangga sebagai rakyat Malaysia Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan dan menyanjung perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara, menghormati lambanglambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan, mengamalkan perlakuan yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal dan menghayati warisan budaya tempatan. (c) Bersemangat kekitaan Rakyat Malaysia perlu bersatu dan berharmoni, bertoleransi, bekerjasama dan tolong-menolong, hormat-menghormati, bersefahaman dan bermuafakat, mempunyai semangat muhibah dan bersifat kasih sayang. (d) Berdisiplin Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang, bertanggungjawab, bertindak secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku adil dan bertimbang rasa. (e) Berusaha dan produktif Mereka yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, tekun dan gigih, berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara, serta peka terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara seperti isu pemeliharaan alam sekitar. Sekiranya elemen-elemen patriotisme tersebut menjadi pegangan rakyat Malaysia maka ia akan menjadi perisai ketahanan nasional untuk menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Hal ini kerana negara yang kuat bergantung kepada rakyatnya yang kuat jati diri. Oleh itu, bahagian selanjutnya akan membincangkan isu-isu dan cabaran dalam mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini 162
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ISU-ISU DAN CABARAN PATRIOTISME DI MALAYSIA Perbincangan tentang isu-isu dan cabran patriotisme ini akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan menyentuh isu-isu dan fenomena yang menunjukkan kurangnya semangat patriotisme sebahagian rakyat Malaysia. Bahagian kedua pula cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengukuhkan lagi semangat patriotisme. Isu-isu Patriotisme Antara isu-isu yang dikupas dalam bahagian pertama ini melibatkan isu menghina lagu negaraku, terlibat dengan pengganas, terlibat dengan gejala negatif dan mengkhianati negara seperti yang dibincangkan berikut: Menghina Lagu Negaraku Generasi masa kini sebahagiannya semakin kurang semangat patriotisme, fenomena ini boleh dilihat melalui kejadian menghina lagu Negaraku. Antara kes-kes yang dilaporkan oleh akhbar tempatan yang melibatkan menghina lagu negaraku telah berlaku pada tahun 2007 (Namawee), 2011 (Mohd. Farizal), 2015 (Vincent Leong). Pada tahun 2007, Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee berumur 24 tahun telah dilaporkan memuatnaik di Youtube nyanyian rap lagu Negaraku dalam campuran bahasa Malaysia dan Mandarin yang mengandungi lirik-lirik yang sensitif dan berunsur hasutan (Malaysiakini, 2007). Dikatakan juga lirik lagu tersebut turut mencerminkan polis Malaysia sebagai pemeras rasuah. Manakala pada tahun 2011, akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan seorang mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mempersendakan dan bertindak biadab dengan menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook. Mahasiswa tersebut menggunakan nama Mohd. Farizal dalam statusnya di laman Facebook tersebut. Mohd. Farizal dilaporkan telah mengubah lirik lagu Negaraku kepada mencerca, mempersendakan negara dan raja Melayu (Utusan Malaysia, 2011). Sementara itu, pada tahun 2015, Sinar Harian telah melaporkan Vincent Leong telah menghina lagu Negaraku di laman sosial facebook. Vincent dikatakan tidak menghormati lagu Negaraku yang melambangkan keharmonian masyarakat dan kesejahteraan rakyat Malaysia (Sinar Harian, 2015). Berdasarkan laporan-laporan akhbar ini, menunjukkan terdapat sebilangan rakyat Malaysia terutamanya generasi masa kini kurang semangat patriotisme. Perkara ini membimbangkan kerana sifat yang tidak bertanggungjawab itu dimuatnaik ke laman sosial dan boleh ditonton oleh sesiapa sahaja. Walaupun mereka tidak puas hati dengan mana-mana pihak, bukan dengan cara menghina lagu Kebangsaan untuk menunjukkan mereka protes dengan pihak tersebut. Terlibat dengan Pengganas Isu lain yang menunjukkan semakin terhakisnya semangat patriotisme ialah generasi masa kini terlibat dengan pengganas. Antara kumpulan pengganas yang cuba mempengaruhi rakyat Malaysia ialah Islamic State (IS), Islamic State In Iraq And Leavant (ISIL), Islamic State In Iraq And Syria (ISIS) dan Dawlah Islamiyyah Fi Al-Iraq Wa Al-Sham (DAESH). Isu terlibat dengan pengganas adalah isu yang kritikal kerana penglibatan mereka akan memberi implikasi yang besar kepada negara. Tekanan negara luar kepada Malaysia akan memberi kesan negatif terhadap pelbagai aspek yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seramai 132 individu berkerakyatan Malaysia dikatakan terlibat dengan elemen pengganas (PDRM, 2015). Penahanan ini adalah hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agensi perisikan antarabangsa. Menurutnya lagi, daripada jumlah tersebut, 123 individu telah ditangkap kerana terlibat dengan elemen IS dan dikenakan tindakan. Antara tindakan yang dikenakan ialah 22 orang dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 163
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
(POCA) 1959, 38 orang dibebaskan, 48 orang sedang didakwa, 14 telah diusir keluar negara dan satu masih dalam siasatan (PDRM, 2015). Walaupun jumlah ini tidak kelihatan besar, namun risiko dan kesan kepada negara adalah serius. Mereka yang terlibat dengan pengganas ini tidak memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh keluarga, bangsa, agama dan negara. Oleh itu, pemupukan semangat patriotisme berasaskan agama, budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh dan sifat bertanggungjawab yang tinggi perlu diperkukuhkan dalam kalangan generasi masa kini. Terlibat dengan Gejala Negatif Sementara itu, isu generasi masa kini terlibat dengan gejala negatif seperti vandalisme, budaya hedonisme, rempit, dadah dan seks bebas ini adalah disebabkan tiada jati diri dan semakin menipisnya semangat patriotisme. Oleh kerana lemahnya jiwa mereka maka mudah terjerumus ke dalam pelbagai masalah. Contohnya kejadian vandalisme, perkara ini berlaku di mana-mana. Fenomena ini menunjukkan kemajuan sesebuah negara tidak seiring dengan minda rakyat. Oleh kerana itu, pembentukkan modal insan sangat penting dalam membentuk rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kepada negara. Manakala keterlibatan generasi masa kini yang cenderung kepada aktiviti yang tidak berfaedah, seperti terlibat dalam budaya hedonisme (budaya yang mementingkan hiburan atau keseronokan). Perkara ini berlaku kerana jiwa mereka kosong dari segi nilai dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. Budaya hedonisme ini juga akan membawa kepada rentetan masalah-masalah sosial yang lain iaitu rempit, dadah dan seks bebas. Perkara ini membimbangkan kerana generasi masa kini adalah pewaris kepada kepimpinan pada masa hadapan. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan secara intensif untuk memperbetulkan perkara ini. Kerajaan perlu memastikan pembentukan modal insan dititik beratkan dengan memasukan elemen patriotisme berasaskan agama, budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh dan sifat bertanggungjawab yang tinggi perlu diperkukuhkan dalam kalangan generasi masa kini. Mengkhianati Negara Isu mengkhianati negara juga adalah contoh semakin terhakisnya semangat patriotisme. Apabila disebut mengkhianati negara, ia melibatkan skop yang sangat luas. Terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah adalah antara contoh pengkhianatan kepada negara sama ada ia dilakukan oleh pemimpin atau rakyat biasa. Isu mengkhianati negara ini adalah sangat berbahaya dan boleh merosakkan negara. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi telah berlaku akibat daripada sifat manusia rakus yang tamakkan kekayaan dan kuasa. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di negara-negara lain juga. Walaupun fenomena ini sukar dibendung, namun pembentukkan modal insan adalah salah satu jalan penyelesaian yang perlu dilakukan. Pemupukan semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia yang berasaskan agama, budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh dan sifat bertanggungjawab yang tinggi akan dapat menghalang fenomena pengkhianatan kepada negara ini daripada berlaku. CABARAN Di bahagian cabaran, hanya beberapa cabaran yang terpilih dibincangkan dalam kertas kerja ini iaitu globalisasi, sikap masyarakat dan asas kenegaraan yang lemah seperti berikut: Globalisasi Fenomena globalisasi ini menjadi cabaran dalam semua aspek dalam sesebuah negara. Globalisasi adalah satu konsep yang mula popular pada dekad 1990-an walaupun ianya telah wujud lebih awal daripada itu. Globalisasi berlaku meliputi pelbagai bidang dan merupakan 164
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
suatu fenomena yang multi dimensi, meliputi politik, ekonomi, budaya dan ideologi (Mittelman 2001). Sementara itu Giddens (1989) menjelaskan bahawa globalisasi boleh dijelaskan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara sebaliknya. Fenomena globalisasi ini membawa kesan pro dan kontra terhadap sesebuah negara. Kedaulatan sesebuah negara sukar dikawal kerana dunia tanpa sempadan yang begitu laju melangkaui kuasa sesebuah negara. Contoh paling mudah ialah transaksi menggunakan internet. Kawalan negara ke atas transaksi maya ini sukar dikenalpasti dan dikawal. Begitu juga dengan kemasukan budaya luar ke dalam negara. Fenomena ini akan mewujudkan masyarakat yang bebas, mudah terpengaruh dengan budaya asing yang negatif, ekonomi negara dikuasai oleh syarikat multinasional dan sektor pelaburan dimonopoli oleh negara maju. Implikasinya, kedaulatan negara akan tergugat dan masyarakat akan terikut dengan budaya luar yang negatif. Perkara ini akan menyebabkan semangat cintakan negara akan terhakis sekiranya mereka tiada jati diri yang kuat. Perkara ini membimbangkan kerana globalisasi menyebabkan negara menjadi hanya sebuah daerah dunia, kawalan negara ke atas rakyat semakin berkurang. Maka, ini menjadikan kesukaran untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini kerana dunia tanpa sempadan. Sikap Masyarakat Sikap masyarakat menjadi cabaran kepada pemupukan semangat patriotisme. Contohnya sikap individualistik, sikap ini merujuk kepada individu yang mempunyai ciri-ciri mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Biasanya, mereka yang bersikap individualistik akan berusaha agar diri mereka didahulukan melebihi daripada kepentingan negara. Perkara ini boleh dilihat dalam situasi seperti peperangan, negara huru hara, kegawatan ekonomi dan sebagainya, maka mereka akan melarikan diri ke negara lain dengan memohon menjadi warganegara negara tersebut. Perkara ini merupakan cabaran utama negara dalam memupuk semangat patriotisme kepada negara. Selain itu sikap prejudis, prejudis (prejudice) adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sikap ini merupakan tindakan berasaskan generalisasi-generalisasi umum (stereotaip) tanpa bukti yang kukuh dan lebih kepada sangka buruk. Akhirnya, kesan dari prejudis yang semakin menebal, lama-kelamaan akan mewujudkan kebencian secara membuta-tuli tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976). Jika ini telah menjadi satu persepsi, ia akan sukar diubah walaupun ada bukti untuk menafikannya. Contohnya, sekiranya orang bukan Melayu menganggap Malaysia adalah tanah air bagi orang Melayu dan bukan Melayu adalah sebagai pendatang, maka ini akan menyukarkan pemupukan semangat patriotisme disemai dalam kalangan orang bukan Melayu. Situasi ini bertambah sukar apabila sifat prejudis ini masih wujud dalam kalangan rakyat Malaysia yang multietnik ini. Asas Kenegaraan Lemah Cabaran yang memerlukan perhatian yang serius ialah generasi masa kini lemah asas Kenegaraannya. Perkara yang paling jelas sekali apabila pihak kerajaan sendiri lebih menumpukan kepada pembangunan sains dan teknologi. Memang benar, bidang sains dan teknologi penting, namun jika modal insan itu lemah asas kenegaraannya sudah tentu anasiranasir luar mudah mempengaruhinya. Akibatnya, pada masa kini pelbagai fenomena menjadi bukti bahawa semakin terhakis semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. Mereka tidak berminat dengan sejarah negara, tetapi lebih fokus kepada sains dan teknologi. Kesannya, pemahaman dan penghayatan mereka terhadap sejarah negara dan penghayatan terhadap asas-asas kenegaraan menjadi lemah. Banyak perkara yang mereka tidak tahu dan 165
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
tidak mahu mengambil tahu. Maka ini adalah cabaran yang perlu dilalui bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. CADANGAN MENGUKUHKAN SEMANGAT PATRIOTISME Pengkajian ke atas isu-isu dan cabaran semangat patriotisme di Malaysia menunjukkan bahawa semakin tercabar situasi pada masa kini disebabkan oleh fenomena-fenomena yang telah dibincangkan sebelum ini. Justeru, kertas kerja ini mencadangkan beberapa idea untuk mengukuhkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertama, meluaskan konsep patriotisme bukan sahaja semata-mata mengorbankan diri untuk negara yang tercinta tetapi memasukkan nilai-nilai patriotisme dalam pelbagai skop atau bidang, contohnya dalam filem atau drama menonjolkan barangan buatan Malaysia. Perkara ini boleh diambil contoh daripada beberapa negara luar seperti Korea Selatan yang begitu mengambil serius perkara ini dan diaplikasi dalam pengeluaran produk hiburan mereka. Antara rancangan mereka yang berbentuk hiburan tetapi menonjolkan tempat-tempat yang menarik di Korea Selatan ialah Running Man, dramadrama berepisod dan juga filem-filem mereka. Maka, untuk merealisasikan idea ini, media massa, sama ada bercetak atau elektronik perlu digerakkan bagi membangkit dan memekarkan semangat patriotisme ini. Perkara Ini boleh dilakukan dengan menerbitkan kartun, cerpen dan filem yang mengandungi elemen-elemen patriotik. Filem-filem digalakkan menggunakan barangan buatan Malaysia dan menonjolkan tempat-tempat yang bersejarah dan menarik di Malaysia. Perkara yang paling penting ialah menyebar dan meluaskan elemen-elemen semangat patriotisme dalam rancangan-rancangan yang diterbitkan. Cadangan yang kedua ialah rebranding, klise semangat patriotisme adalah rakyat cinta, sayang dan sanggup berkorban untuk negara. Namun rebranding ingin mengubah kepada negara perlu sayangkan rakyat dahulu, perkara ini penting dalam memupuk rakyat cinta dan sayang kepada negara. Sangat klise bila rakyat sahaja yang bertanggungjawab cinta dan sayang kepada negara sehingga sanggup berkorban kepada negara. Oleh itu, negara juga harus berperanan sebagai minda kelas pertama dalam menjaga kebajikan rakyat. Seperti moto kerajaan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Perkara ini penting kerana kedua-dua entiti iaitu rakyat dan negara sangat penting dan memerlukan antara satu sama lain. Manakala cadangan yang ketiga ialah menerapkan patriotisme seawal kanak-kanak mula bersekolah. Bentukkan modul yang ringan dan sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut. Modul ini mendidik anak-anak menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada diri dan negaranya. Contohnya di Jepun, kanak-kanak mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi dengan tidak membuang sampah merata-rata, menepati masa, menghargai sejarah, budaya dan warisan negara mereka. Akhir sekali, kertas kerja ini mencadangkan supaya memperkasakan lagi kursus-kursus yang menguatkan lagi jati diri rakyat Malaysia sama ada diperingkat universiti, penjawat awam dan masyarakat awam umumnya. Antara kursus-kursus yang dapat dikenalpasti dapat meningkatkan lagi semangat patriotisme antaranya seperti Kenegaraan, Hubungan Etnik, TITAS, Pengajian Malaysia, Sejarah, Pengajian Am, Politik dan Kerajaan, Biro Tatanegara, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lain-lain lagi kursus yang berkaitan. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa semangat patriotisme penting bagi kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. Perkara ini kerana semangat patriotisme adalah perisai ketahanan nasional untuk menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Hasil perbincangan, kertas kerja ini menemukan bahawa terdapat beberapa isu yang menunjukkan bahawa semangat patriotisme semakin terhakis. Isu-isu tersebut ialah isu menghina lagu negaraku, terlibat dengan pengganas, terlibat dengan gejala negatif dan 166
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mengkhianati negara seperti yang dibincangkan sebelum ini. Selain itu, kertas kerja ini juga menemukan cabaran utama memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini iaitu masalah globalisasi, sikap masyarakat dan asas kenegaraan yang lemah. Walau bagaimanapun kertas kerja ini mengusulkan beberapa idea untuk mengukuhkan lagi semangat patriotisme seperti meluaskan konsep patriotisme, rebranding, modul patriotisme kanak-kanak dan memperkasakan kursus-kursus patriotisme sedia ada. Justeru, kerajaan perlu mengambil iniasitif bagi menguatkan dan mengukuhkan lagi semangat patriotisme sebagai agenda penting negara kerana keperluan modal insan sebagai pewaris kepimpinan pada masa akan datang. RUJUKAN Ahmad Rusdi. (2002). Permasalahan Pelaksanaan Unsur Patriotisme Dalam Mata pelajaran Kajian Tempatan: Punca daripada guru sendiri. Alor Setar: Institut Penguruan Darulaman. Giddens, A. (1989). The consequences of modernity. Cambridge: Polity Press. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Buku panduan program pengukuhan pemupukan patriotisme sekolah rendah. Macionis, J.J. (1989). Society: The basics. Prentice-Hall: New Jersey. Malaysia Kini. (2007).Negaraku: Namewee tuduh laporan akhbar Melayu punca kontroversi. Diperolehi dari https://www.malaysiakini.com/news/71070. Tarikh akses 02 Februari 2016. Mittelmen, J. H. & Noraini Othman. (2001). Capturing globalization. London: Routledge. Oliver C. (1976). Race relations: Elements and social dynamics. Wayne State University Press: Detroit. Polis Diraja Malaysia. (2015). Polis tahan 132 individu terlibat elemen pengganas. Diperolehi dari http://www.rmp.gov.my/news-detail/2015/10/19/. Tarikh akses 05 Februari 2016. Primoratz, I.(2002). Patriotism: A deflationary view.” The Philosophical Forum. Vol. XXXIII, 443-457. Sinar Harian. (2011). Tindakan hina Negaraku melampau. Diperolehi dari http://www. sinarharian.com.my/. Tarikh akses 02 Februari 2016. Utusan Malaysia. (2011).Mahasiswa tempatan persenda lagu Negaraku. Diperolehi dari http:// ww1.utusan.com.my/. Tarikh akses 02 Februari 2016. Wan Zahid Wan Nordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
167
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERKEMBANGAN DAN PERMASALAHAN SOSIAL, EKONOMI DAN POLITIKS DALAM CERPEN-CERPEN (PILIHAN) SINGAPURA DARI 1965-2014 Subari bin Sukaini Pengkaji Bebas Singapura Abstrak Kertas kerja ini akan melihat perkembangan penulisan cerpen di Singapura dari tahun 1965 sehingga 2014 selama 50 tahun. Selain melihat perkembangan dan tulisan ini juga membuat perbandingan dari sudut tema dan persoalan yang diangkat oleh para cerpenis sepanjang lima dekad ini. Status quo iklim perubahan sosial, ekonomi dan politik tidak kekal di sesebuah Negara yang bergerak pantas dan berdaya saing dengan lainlain Negara dan kota di dunia.. Singapura terpaksa bergerak maju demi penangkatan dan untuk mengekalkan status sebuah Negara maju, dari sebuah pusat entreport ke industri berteknologi tinggi. Karya-karya yang ditulis menjadi refleksi keadaan dan akan mengangkat permaslahan penduduk-penduduk Melayu Islam Singapura yang telah menjadi golongan minoriti selepas kemerdekaan dan adakah kehidupan mereka memasuki arus perdana atau terpinggir sebagaimana yang dicatatkan oleh beberapa orang cendekiawan termasuk Dr Lili Zubaidah. Sejauh manakah cerpenis berani menimbulkan permaslahan tersebut baik secara terang atau subtle memandangkan pihak pemerintah amat perihatin terhadap isu sosial lebih-lebih lagi yang menyentuh soal perkauman justeru dengan kawalan ketat terhadap media massa. Perbandingan terhadap tema terkini akan mencerminkan perihal kehidupan sosial, politik dan ekonomi masyarakat Melayu Islam Singapura. Walaupun karya-karya yang dihasilkan tidak sehebat apa yang dihasilkan oleh penulis-penulis di Negara lain, namun perkembangan penulisan cerpen masih rancak bergerak secara sederhana serta penuh beristiqamah dan dapat menyermarakkan penulisan sastera di Singapura. Penulis-penulis veteren dan muda berganding bahu untuk menghasilkan tulisan cerpen baik di akhbar secara individu mahu pun berbentuk kumpulan atau antologi. Perkembangan yang sihat ini dapat menyemarakkan lagi dunia kesusasteraan Singapura selain dari genre sajak, novel dan drama. Kata kunci:
Perkembangan, Keadaan selepas perpisahan sehingga kini, cerpenis veteran dan terkini, permaslahan dalam tema, arus perdana, terpinggir atau dipinggir.
PENGENALAN Cerpen Melayu sebelum kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos 1965, telah berkembang sejak tahun-tahun 1913 lagi walaupun genre cerpen memang sudah lama terkenal di Barat. Singapura berkongsi sama sejarah perkembangan penulisan cerpen di Tanah Melayu yang mula-mula sekali menggunakan genre ini termasuk Nur Ibrahim, Ismail Sulaiman dan Md Yusuf Ahmad atau Jentayu. Namun, Abdul Rahim Kajai telah dianggap sebagai “Bapa Cerpen Melayu” kerana karya -karya beliau yang menarik dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang menyuarakan laungan politik. Menurut Hashim Awang, jumlahnya tidak kurang daripada 48 buah (Hashim Awang 1975: 18). Kebanyakan cerpen beliau telah mengemukakan persoalanpersoalan seperti perjuangan, pengeksploit, pecah amanah, nasionalisme dan pembaharuan (ibid: 30). Cerpen-cerpen ini mengangkat budaya yang melihat hubungan teks, pengarang dan pembaca dengan kesan sosial, politik, ekonomi, bahasa, agama dan kesenian hasil refleksi terhadap pembahasan sesebuah teks sastera. Dari sudut lain pula ia memperlihatkan pendirian politik pengarang. 168
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ketika Perang Dunia Kedua (1942-1945) perkembangan genre cerpen di Tanah Melayu dan Singapura tidak terhakis malah penulis-penulis seperti A. Samad Ismail dan Ishak Hj Muhammad atau Pak Sako, tokoh-tokoh wartawan yang bekerja di suratkhabar Utusan Melayu, telah menggunakan medium ini untuk menyalurkan pemikiran mereka untuk menyedarkan khalayak. Selepas tamatnya peperangan, perkembangan cerpen di Tanah Melayu semakin rancak dengan munculnya ramai penulis yang prolifik seperti Mahmud Ahmad, Keris Mas, Abdullah Sidik, Wijaya Mala, A. Munir Ali (Rosmera), Ahmad Boestaman, Jaafar Hj Muhammad (Jymy Asmara) dan Masuri Salikun (Masuri S.N.) serta Suratman Markasan yang berasal dari Singapura. Dalam tahun 1965, pergolakan geo-politik di Tanah Melayu telah membuat perkembangan dan pertumbuhan cerpen di Singapura menghadapi suatu suasana pengasingan walaupun perubahan tersebut tidak berlaku secara spontan, namun ia merupakan suatu garis permulaan yang menjadi sempadan yang membezakan karya penulisan Singapura dalam konteks ini, genre cerpen, dari cerpenis-cerpenis Malaysia. Oleh kerana pergolakan geo-politik, maka berlakulah perpisahan di antara Singapura dan Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan Singapura diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka. Pada tahun 1971 akhbar Berita Harian, yang pada asalnya diterbitkan di Kuala Lumpur dengan secara serentak, telah diterbitkan secara berasingan dan menjadi edisi Singapura. Pemindahan sidang redaksi (yang kebanyakannya berasal dari Tanah Melayu) akhbar Berita Harian/Berita Minggu dan penghijrahan penulis-penulis dari Singapura ke Kuala Lumpur telah meninggalkan suatu lowongan yang terpaksa dipenuhi oleh para penulis Singapura seperti Jymy Asmara (tidak menetap di Tanah Melayu), Muhd Ariff Ahmad (MAS), Mahmud Ahmad, Masuri Salikun (Masuri S.N.), Ismail Hj Omar (Noor S.I.) A Ghani Hamid, Suratman Markasan (Suman Mali), Aliman Hassan, A. Salam, Harun Aminurrashid, H. Hanim, Jah Lelawati, Abdul Ghani Ahmad (Megadona), Mohd Fuad Salim, Ahmad Affandi Jamari, Asma Abdul Rahman, Kamariah Awang (Budi Kartini) dan ramai lagi. Akhbar Berita Harian dan Berita Minggu terbitan Singapura telah menjadi wadah untuk menerbitkan cerpen-cerpen dan secara tidak langsung telah berperanan sebagai wahana pengembangan genre cerpen. Sehingga 2014 tidak kurang daripada 1900 buah cerpen telah dihasilkan menerusi akhbar tempatan Berita Harian dan Berita Minggu. Ini menampakan perkembangan penulisan genre berkembang dan jika diambil kira kumpulan dan antologi cerpen yang diterbitkan, maka ternyata perkembangan ini sangat mengalakkan. Peranan Akhbar dengan Rang Undang-Undang Penerbitan Ramai cerpenis Singapura menggunakan akhbar Berita Minggu/Harian pertama sebagai alat pengesahan untuk menerbitkan kumpulan atau antologi cerpen mereka, setelah cerpencerpen mereka disiarkan di akhbar tersebut. Akhbar Berita Harian/Minggu berperanan bagaikan badan pengesahan untuk cerpenis menerbitkan cerpen-cerpen mereka dalam bentuk kumpulan atau antologi. Amat kurang sekali dilihat cerpen yang belum pernah disiarkan di akhbar, diterbitkan dalam bentuk kumpulan atau antologi cerpen. Kedua memainkan peranan penting dalam perkembangan genre cerpen di Singapura. Akhbar membuka ruang kepada penulis lama dan juga baru sebagai wadah untuk menghasilkan karya-karya mereka. Rang Undang-Undang Penerbitan yang mengawal dasar penyebaran dan penyiaran maklumat di media massa dirasakan perlu supaya pihak media (akhbar, radio, TV) bersifat adil dan saksama dan membuat liputan yang sebenarnya. Para penerbit yang melanggar akta tersebut akan digantung lesen penerbitannya dan tindakan mahkamah akan diambil sekiranya mereka menerbitkan makalah-makalah dan rencana-rencana yang berunsur fitnah. Begitu juga para anggota parti pembangkang yang telah membuat tuduhan dan memfitnah akan disaman dan dibawa ke muka pengadilan. Ramai golongan parti pembangkang telah muflis dan ada yang telah menghilangkan diri untuk mengelakkan diri mereka daripada ditangkap. Dengan hal yang demikian maka dapatlah difahami bahawa 169
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ramai pengarang dan penulis begitu peka dan berhati-hati apabila menulis atau berkarya untuk mengelakkan diri mereka daripada dicap sebagai bersifat perkauman atau “racist” dan prejudis. Deretan Cerpenis sehingga 2014 Deretan cerpenis dari tahun 1965-2014 termasuk: Suratman Markasan, Masuri S.N., Suradi Parjo, Sulaiman Jeem, Ahmad Awang, Mohamed Latiff Mohamed, Abdul Ghani Ahmad (Megadona), Eunosasah, Suraidi Sipan, Mohd Taha Jamil, Mohd Yusof Rahman (Mibarzo), Nor Yusman Abdul Majid, A Hamed Ismail, Abdul Jalil Kimin (Ajaki), Elfy Runianto, F R Bahamid, Samsidah Sulaiman dan Yatiman Yusof merupakan pelapis setelah penghijrahan penulis-penulis kelahiran Malaysia dalam pertengahan dan akhir tahun 1960-an seterusnya. Peter Agustine Goh, Ismail Wardy, Abdul Wahab Hamzah, Patimah Jaluddin, Rohman Munasip, Hadijah Rahmat, Rasiah Halil, Abdul Samad Salimin (Asmin), Basiran Hj Hamzah, Sapiee Ahmad Razaly, Sarifah Yatiman, A Kadir Pandi dan Isa Kamari mengisi ruang untuk tahuntahun 70-an. Tahun 80-an menonjolkan penulis-penulis muda seperti Mustafa Mohammed, Hamidah Muhamed, Ahmad Jaaffar Munasip, Mohd Khalid Lani, Mohd Arhad Ami dan tahun-tahun 90-an memperlihatkan cerpenis-cerpenis baru seperti Helmilina Mohd Som, Noor Hasnah Adam dan Ishak Abdul Latif dan yang terkini cerpenis-cerpenis muda seperti Hassa “Ree Ali, Chempaka Aizim (Siti Aisyah Mohamed Salim) Sehingga 2014 tidak kurang daripada 50 cerpenis yang masih aktif menulis (mengikut abjad) seperti: A Kadir Pandi, A Salam, A Rahim Basri, A Wahab Hamzah, Ahmad Mustafa, Ahmad Jaaffar Munasip, Ahmad Md Tahir, Anuar Othman (Ridhwan Anuar),Aziz Fakir, Djohan A Rahman, Hafizah Talib, Helmilina Md Som, Isa Kamari, Maarof Salleh, Mibarzo, Mohd Ali Bajuri, Mohamad Latiff Mohammed, Muhamad Salihin Sulaiman, Nor Hasnah Adam, Norulsashikin Jamain, Patemah Jaludin, Peter Augustine Goh, Rasiah Halil, , Rohman Munasip, Rosmala, Samsidah Suleiman, Sapiee Ahmad Razaly, Sarifah Yatiman, Seruling Mas, Sulaiman Jeem, Suratman Markasan, Yazid Hussain, Wan Jumaiah Mohd Jubri, Zaleha Isnin dan beberapa lagi cerpenis-cerpenis baru dan yang muda seperti: Hassan Hasaa”Ree Ali. Chempaka Aizim (Siti Aisyah Mohamed Salim) Sebagaimana disebutkan di baris diatas, Akhbar Berita Harian juga merupakan saluran dimana penulis-penuls muda diberi ruang untuk mengembangkan bakat mereka dalam genre ini. Sebilangan besar daripada cerpenis ini akan mengumpul karya-karya mereka dalam bentuk kumpulan atau dalam bentuk antologi bersama-sama rakan-rakan yang lain. Dapat dikatakan Singapura tidak kurang cerpenis yang menghasilkan karya-karya dalam genre ini mentelah lagi kerancakannya disebabkan dengan adanya pelbagai hadiah sastera saban tahun seperti Anugerah Persuratan, Pena Emas atau Golden Point. Lihat senarai kumpulan/antologi cerpen dan jenis-jenis anugerah yang ditawarkan oleh badan-badan tertentu seperti Majlis Bahasa, National Arts Council dan sebagainya. Maka kerancakan penulisan genre semakin menjadi. Tulisan ini menyentuh secara ringkas latar belakang cerpenis-cerpenis yang terpilih dan diperkatakan seperti Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed dan Isa Kamari merupakan empat cerpenis yang telah menerima Anugerah SEA Writes Award mewakili dekad 60-an sehingga 90-an. Ahmad Jaafar Munasip mula menulis pada tahun 1985 dan karya beliau pernah tersiar di tabloid Mingguan Aneka, Berita Minggu dan Dewan Sastera Beliau pernah memenangi hadiah Penghargaan Peraduan Penulisan Saadon Ismail 1993, Anugerah Persuratan, 1993, Anugerah Utama Saadon Ismail 1994, Anugerah Persuratan 1995. Ishak Abdul Latiff mula menulis dalam tahun 1992 dan telah meraih tempat pertama dalam peraduan Anugerah Pena Emas 2001, tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan Anugerah Golden Point 2001, tempat pertama Anugerah Persuratan 2007. Helmilina Md Som mula menulis dalam tahun 1992 dan cerpen beliau telah memenangi anugerah Merit dalam peraduan anjuran NTUC Women’s Program dan Singapore Press Holdings dalam tahun 1996. Wan Jumaiah Md Jubri yang mula menulis semenjak tahun 1986 dan cerpen beliau “Penawar Rindu” yang dimuatkan 170
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dalam buku “Tekad” (2012) digunakan sebagai buku teks sastera Melayu untuk peperiksaan Sijil Am Pelajaran peringkat “O” , dan Noridah Kamari, Penerima Anugerah Persuratan 2013 dari Majlis Bahasa Melayu Singapura. LATAR SINGAPURA Dari sebuah negara jajahan Inggeris dan setelah merdeka bergantung sepenuhnya kepada dagangan entreport, negara Singapura berkembang dan meningkat ke taraf antarabangsa dari segi ekonomi. Pergolakan politik melibatkan rusuhan dan pemogokan kesatuan sekerja serta ancaman komunis dan masalah komunalisme. Daripada berlakunya rusuhan kaum di antara kaum Melayu dengan kaum Cina pihak kerajaan berasakan perlunya meletakan keharmonian dan kestabilan kaum sebagai satu perkara yang paling penting dan utama. Pihak kerajaan telah menggubal pelbagai dasar dan undang-undang untuk melihat negara Singapura mantap baik dari segi ekonomi, sosial mahupun politik. Dari sudut sosial masyarakat Melayu/Islam berdepan dengan pelbagai masalah seperti perumahan, belia dengan pekerjaan, perkhidmatan negara, dadah, soal kepimpinan kolektif dan juga masalah ekonomi. Masalah perkhidmatan negara terhadap belia Melayu/Islam yang tidak dipanggil untuk menjalani perkhidmatan negara sepenuh masa walaupun telah mendaftar, telah diketengahkan oleh para pemimpin Melayu/Islam baik dalam kerajaan mahu pun daripada badan-badan kemasyarakatan seperti Majlis Pusat (MP), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Masyarakat Melayu/Islam telah berdepan pelbagai isu yang diketengahkan oleh pihak Pemerintah seperti sistem pelajaran, meritokrasi, perkhidmatan negara dan mentafsirkannya sebagai suatu tindakan untuk meminggirkan masyarakat Melayu/Islam. Isu sensitif terhadap masyarakat Melayu/Islam yang tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan pertahanan negara yang strategik dan sensitif seperti juruterbang pesawat pejuang atau dalam Angkatan Laut adalah antara contoh-contoh yang sering ditengahkan. Masyarakat Melayu juga berdepan dengan isu pengganasan yang sering dikaitkan dengan agama Islam seperti Kumpulan Jemaah Islamiyah. Badan-badan Melayu/Islam keseluruhannya secara tidak langsung terpaksa memainkan peranan untuk menjelaskan keadaan dan membuat pelbagai kegiatan untuk menolak keganasan, walaupun kumpulan JI (Jemaah Islamiyah) yang terlibat hanya segelintir daripada masyarakat yang berfahaman ektremis. Isu tudung juga melibatkan masyarakat Melayu/Islam dengan secara tidak langung meletakkan masyarakat Melayu/Islam dalam sorotan. Terakhir kini masalah yang berkaitan dengan gerakan LGBT SOSIAL CITRA BUDAYA Citra budaya lebih mengambil berat perilaku dan sosial masyarakat ketika itu yang berhubung rapat di antara individu dengan masyarakat, famili dengan masyarakat, masyarakat dengan alam persekitaran, di antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain, masyarakat dengan kerajaan. Perjalanan, permasalahan dan konflik individu dalam famili, kestabilan dan keporakperandaan famili dalam masyarakat dan peranan masyarakat yang mencerobohi alam persekitaran dan sistem pemerintahan dalam negeri serta tindakan terhadap negara-negara lain, memberi gambaran budaya yang bergolak, berkocak dan huru hara. Oleh yang demikian, teks akan di teliti menurut aspek latar budaya atau citraan budaya (Mana Sikana, 2007: 442) serta permasalahannya untuk membina keunggulan tamadunnya. Setiap tamadun masyarakat akan menghadapi perubahan dari segi amalan harian mahu pun perubahan yang disebabkan gejala kemasukan unsur-unsur kemodenan. Walaupun perubahan tidak akan berlaku secara mendadak namun arus perubahan masa akan mengambil tempat dan segala peradaban lama akan lambat laun semakin diketepikan oleh masyarakat setempat. Sebagai contoh kesan-kesan urbanisasi dirasai oleh ramai penduduk Melayu Singapura lebih-lebih lagi memandangkan pihak pemerintah terpaksa berdepan dengan masalah penduduk dan perumahan yang semakin bertambah. Pemerintah terpaksa mengambil langkah 171
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
untuk merobohkan kampung-kampung demi membangunkan rumah-rumah pangsa 1, 2, 3 dan 4 bilik dalam tahun-tahun lewat 70-an. Masyarakat Melayu Singapura berdepan dengan arus urbanisasi dan terpaksa menurut segala perubahan dengan menerima gejala perubahan tersebut. Dalam bahagian ini dibincangkan permasalahan sosial dan moral yang terdapat dalam tema cerpen yang mengangkat beberapa isu seperti keadaan masyarakat yang kucar kacir, kemiskinan, kepincangan keluarga dan pergolakan rumah tangga, sikap dan budi pekerti, kesan pembangunan, kepercayaan khurafat, sikap materialistik, perebutan harta dan kurang didikan agama. Ini adalah sebahagian daripada isu yang terdapat di dalam teks yang dibincangkan. Isu-isu seperti kemiskinan, kepelbagaian sikap orang-orang Melayu Singapura seperti sikap muda-mudi, individu, hasad dengki dan sebagainya mempengaruhi sistem kehidupan harian mereka dan sahsiah kehidupan demi untuk membina individu dan masyarakat yang unggul. SOSIAL: Dari sudut sosial dan moral para cerpenis telah mengetengahkan isu-isu yang berkait rapat dengan sikap dan budi pekerti individu dan masyarakat Melayu Singapura baik selepas pemerintahan tentera Jepun dan sesudah Singapura mendapat kemerdekaan. Analisis ini menunjukkan kesan masyarakat yang kucar kacir selepas Perang Dunia Kedua dan kesan-kesan kemiskinan terhadap individu dan masyarakat. Dari sudut perkembangan dan pembangunan budi pekerti para pemuda, analisis mendapati bahawa ramai pemuda yang ingin meneruskan perjuangan mereka untuk membantu membina masyarakat tetapi berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan lebih-lebih lagi mereka yang pergi ke kota seperti Kuala Lumpur atau Singapura. Ramai juga pemuda yang kecundang tetapi berjaya bangkit semula untuk meneruskan perjuangan mereka. Kejadian sedemikian belaku dalam era 60-an. Namun apabila kemasukan unsurunsur budaya daripada negara Barat, seperti pengaruh muzik, budaya kuning, wayang gambar, dadah dan pergaulan bebas, maka ramai pemuda dan pemudi gagal dan terperangkap dengan gejala sedemikian. Maka terjadilah masalah-masalah sosial lainnya seperti penagihan dadah, kelahiran anak luar nikah akibat pergaulan bebas muda mudi dan inilah isu yang kritikal yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Singapura pascamerdeka. Dari sudut individu pula, analisis ini mendapati bahawa ramai yang bersikap negatif seperti hasad dengki, tidak bermoral, tamak dan mementingkan kebendaan. Namun, dari sudut lain pula, sikap baik budi dan keprihatinan terhadap sesama sendiri dan setiakawan banyak ditonjolkan. Dari segi kekeluargaan pula Masyarakat Melayu Singapura bersikap sedia menerima perubahan, mencitrakan sifat keikhlasan dan kejuruan, mengikuti arus perkembangan dan pembangunan walaupun sering gagal dalam perjuangan mempertahankan hak kediaman mereka sendiri yang diambil oleh pihak berkuasa. Isu-isu rumah tangga seperti kecurangan suami isteri, perasaan keseorangan dan sikap lupa diri masih terdapat di dalam masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu Singapura masih berpegang teguh kepada ajaran Islam walaupun didapati ada yang kurang dari segi didikan agama, menyerah diri bulat-bulat kepada takdir dan percaya kepada perkara-perkara khurafat seperti percaya kepada kekuasaan bomoh atau priwangan. Kepercayaan mereka terhadap ilmu perubatan moden dan sains juga dipertikaikan. Oleh yang demikian, masyarakat Melayu Singapura disarankan supaya mencitrakan ilmu pengetahuan untuk menghadapi kemajuan sains dan teknologi untuk berdepan dengan era globalisasi. Masyarakat Melayu Singapura lebih-lebih lagi para penulisnya dan pemimpinnya didapati gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam karya mereka dan ketika mengadakan mesyuarat. Namun demikian, para penulis kekal teguh memperjuangkan dan melestarikan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu dalam karya-karya mereka dan menyarankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab masyarakat juga untuk berbuat demikian. Isu-isu di atas sangat penting dianalisis kerana ia akan mempengaruhi sistem kehidupan harian mereka dan sahsiah kehidupan masyarakat yang membina individu dan masyarakat yang unggul serta bertamadun. 172
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual ringkas permaslahan yang ditimbulkan dalam cerpenis dalam cerpen mereka: Permaslahan Sosial Penulis
Judul Cerpen
Persoalan
Watak
Latar Masa
Suratman Markasan
“Ini muka-muka baru”
Kucar kacir
Belia
60-an
Isa Kamari
“Gagak”
Kesan perang
Wak Sahya
60-an
“Klinik”
Kesan perang
Pak Seru
70-an
Mohamed Latiff Mohamed
“Bangkai”
Kemiskinan
Dollah
70-an
Masuri SN
“Persoalan”
Gejolak Rumah Tangga
Sidek
80-an
“Perjalanan Pincang”
Gejolak Rumah Tangga
Isteri
80-an
Isa Kamari
“Kaca”
Gejolak Rumah Tangga
Kalsum
80-an
Masuri SN
“Sebuah Sepi di Tengah Hari
Gejolak Rumah Tangga (isteri diabaikan)
“Aku”
70-an
Helmilina Md Som
“jejaka_sunyi”
Kelalaian
“jazz”
90-an
“
[email protected]”
Kecurangan
Ros
90-an
“Mak Minah Sayang”
Main kayu tiga
Pak Samad
90-an
“Kudus”
Sikap ambil peduli
Kudus
80-an
“Masih Ada Yang Mengenang
Sikap ambil peduli
Sharir
80-an
“Di Luar Dugaan”
Keprihatinan
Khalid
80-an
Suratman Markasan
“Api Yang Membara”
Tanggung jawab pemimpin
Ahli politik
80-an
Mohamed Latiff Mohamed
“Temuduga”
Tanggung jawab pemuda
Mahasiswa
80-an
Masuri SN
“Perkara Biasa
Tanggung jawab individu
Bakar
70-an
Mohamed Latiff Mohamed
“Pungut alias Zahara alias Yap Siew Hong
Tanggung jawab
Mak Timah
80-an
“Surat Terakhir”
Tanggung jawab
Maureen Haussain Ryan
80-an
“Siapakah yang salah”
Tanggung jawab terhadap orang tua
Ain
2000an
Masuri SN
Helmilina Md Som
173
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Masuri SN
“Pendirian”
Sikap hasad dengki
Rais
80-an
Helmilina Md Som
“Sembang-sembang”
Hasad dengki
Semut
2000an
Suratman Markasan
“Pintu”
Hasad dengki
Mohamed Latiff Mohamed
“Nostalgia yang hilang”
Menerima perubahan
Abang
80-an
“Ibu”
Cabaran perubahan – Pemindahan
Ibu
80-an
“Umpan”
PerubahanRumah
Pak Tasrif
80-an
Suratman Markasan
“Penghulu yang hilang segalagalanya
Perubahankehilangan
Pak Suleh
80-an
Mohamed Latiff Mohamed
“Dapat Rumah”
Perubahan- dapat rumah
“Aku”
80-an
Masuri SN
“Besar pasak daripada tiang”
Sikap kebendaan Zainun & perebutan harta
70-an
“Ingin jadi jutawan”
Mengejar kebendaan
80-an
Helmilina Md Som
“Nenek”
Mengejar kebendaan
Suria
2000an
Isa Kamari
“Wayang”
Khurafat
“Aku”
80-an
Helmilina Md Som
“Jodoh Internet
Khurafat
“Aku”
2000an
Mohamed Latiff Mohammed
“Mayat Seorang Sahabat”
Kurang didikan agama
“Aku”
80-an
Suratman Markasan
“Kembali kepada Al-Quran”
Kesedaran terhadap Agama
Hj Muzafar
80-an
“Jam Ajaib”
Keiklasan dalam beribadat/kerjakerja amal
Haji Hidayat
80-an
Wan Jumaiah Md Jubri
“Bagai Pinang
Budaya LGBT
Rahim
2000an
Noridah Kamari
“Kumbang sama kumbang, bunga layu di tangkai”
Budaya LGBT
Rayhan
2000an
174
80-an
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Cabaran Terkini Budaya Songsang Pertukaran jantina dan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender)dalam cerpen Bagai Pinang oleh Wan Jumaiah Mohd Jubri (BM 11 Julai 1982, Penawar Rindu: 2003) dan Kumbang sama kumbang, bunga layu di tangkai oleh Noridah Kamari (BH 21.4.2013) Faktor dalaman dan persekitaran memainkan peranan penting dalam penbentukan sesebuah keluarga. Peranan ayah/ibu dalam pendidikan kanak-kanak semenjak bayi lagi akan mempengaruhi pembesaran dan jiwa kanak-kanak. Seringkali keluarga juga dipertanggungjawabkan mengenai identity crisis atau krisis identiti kanak-kanak tersebut. Penulis sebagai sebahagian daripada warga masyarakat tidak dapat lari dari merasakan keprihatinan tersebut dan akan merakamkan dalam tulisan mereka. Sebagai contoh dalam cerpen “Bagai Pinang” oleh Wan Jumaiah Mohd Jubri (BM 11 Julai 1982,Penawar Rindu: 2003) cerpenis memulakan dengan kisah seorang gadis Fauziah menjalani pembedahan untuk menjadi lelaki yang bertukar nama kepada Mohd Fauzi. Begitu juga watak protoganis seterusnya Rahim menjalani pembedahan untuk menjadi seorang perempuan bernama Rahimah. Perjalanan plot dalam cerpen ini mudah dan terdapat dua exposisi ia itu semasa watak Fauziah dan Rahim ingin menjalani pembedahan untuk menukar jantina. Mereka bertemu semasa pembedahan dan akhirnya bersetuju untuk berkawin. Pinangan bapa Fauziah (Mohd Fauzi), Pak Leman dan isterinya Mak Timah diterima oleh ibu Rahim(Rahimah), Cik Joyah dan akhirnya mereka diijab kabulkan. Namun plot mengalami sedikit komplikasi apabila mereka perlu diijab kabulkan. Menurut pendekatan teori semiotik, penulis menggunakan tanda lelaki sebagai penanda dan lambang lelaki sebagai pemimpin dan perempuan sebagai yang menurut dan dipimpin. Walaupun Rahim sudah menjadi seorang perempuan (Rahimah), beliau tetap pada dasarnya seorang lelaki dan beliau terpaksa “menerima akad nikahnya” sebagai seorang lelaki. Dan demikian acara akad nikah dapat dijalankan walaupun kelihatan amat ganjil apabila Tuan Kadi berjabat tangan dengan Rahimah (Rahim). Watak Fauziah ciptaan cerpenis menghadapi krisis identiti sehinggakan ”Pak Leman tidak menduga yang Fauziah akan bertindak demikian. Di manakah salah dan silapnya hingga Fauziah jadi begitu? Di mana? Pak Leman masih ingat bagaimana pergaulan dan gerak-geri Fauziah sewaktu kecil. Pakaian, permainan, tutur-kata dan segala-galanya begitu kelelakian. Mati-mati Fauziah tidak mahu pakai skirt dan blaus ke sekolah. Dia tetap mahu berpakaian seluar pendek dan kemeja seperti abang-abangnya yang empat orang. Pak Leman tidak berkuasa untuk menghalang kehendak anaknya. Permintaannya diikutkan saja. Dia percaya suatu hari nanti Fauziah akan sedar dan malu. Namun segala sangkaannya menyelewang, Semakin Fauziah dewasa, semakin nampak ciri-ciri kelelakiannya.” Begitu juga watak Rahim pula digambarkan sebagai ”..Asyik terperap aje kat rumah ni.” dan watak Rahim mengakui ”dia orang (budak laki-laki) tak mahu campur dengan Aim. Dia orang panggil Aim mak nyah. Dia orang (budak laki-laki) selalu suruh Aim main masakmasak dengan budak-budak perempuan. Dia orang (budak laki-laki) tak kasi Aim main guli atau bola dengan dia orang (budak laki-laki). Menyampah!!” Secara ektrinsik, pengaruh luaran memainkan peranan menjadikan Rahim yang bersikap pelembut dan akhirnya menjalani pembedahan untuk tukar jantina. Pengaruh dan masalah LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender) sering dibincang dan diperkatakan dalam media massa, internet dan pengaruhnya terhadap masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi masyarakat Melayu/Islam, kerap menjadikan mereka mangsa yang terjebak dalam kumpulan ini. Cerpen berjudul Kumbang sama kumbang, bunga layu di tangkai (BH 21.4.2013) pula menceritakan kisahseorang pegawai esekutif Rayhan yang bekerja di syarikat KSK Internasional jejaka homoseksual yang memasarkan Projek Cinta memperjuangkan slogan Kebebasan untuk Bercinta. Plot cerpen juga mudah namun menampakan ciri-ciri “twist” dimana ibu Rayhan, Cik Senah terperanjat apabila beliau dikenalkan dengan kekasih Rayhan seorang lelaki. Projek Rayhan berdasarkan tema bahawa “Tidak ada orang yang boleh 175
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mempertikai cinta” dan dengan demikian projek berjaya dilaksanakan dan dengan penuh muslihat ibunya juga dikatakan bersekongkol dalam projek tersebut. Harapan ibu Rayhan, Cik Senah untuk melihat anaknya berkahwin dengan gadis yang dipadankan musnah sama sekali apabila Rayhan mempunyai teman lelaki, Edward. Cerpenis Noridah Kamari mengetengahkan isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender) dan judul cerpen tersebut sangat menarik dan kita sudah dapat meneka masalah yang akan diketengahkan. Apabila kumbang suka dengan kumbang sudah tentu bunga akan terbiar seperti yang diluahkan oleh Cik Senah, watak ibu dalam cerpen tersebut “Ini hubungan di luar tabi’i, ia melanggar fitrah manusia. Kumbang dan bunga. Lelaki dan wanita. Mana mungkin boleh sejenis”. Secara ektrinsik, penulis memandang ke arah gejolak yang berlaku di sekeliling kota kosmopolitan yang dipengaruhi oleh unsur-unsur LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender) ke dalam masyarakat, walaupun Rayhan disiapkan dengan ajaran agama seperti yang diluahkan oleh Cik Senah “Adakah emak gagal sebagai seorang ibu? Apakah tidak cukup ajaran agama yang diterapkan. Bukankah kau menunaikan solat dan puasa? Bagaimana perkara ini boleh berlaku?” Namun Rayhan mempunyai alasannya tersendiri. “Rayhan tidak boleh pilih siapa untuk dicintai. Ini soal hati nurani. Mak tak boleh tegah..” Ini merupakan hak individu atau individual rights. Secara intrinsik, kedua-dua cerpenis berjaya mengupas isu sosial masyarakat Melayu mengenai pertukaran jantina dan masalah LGBT dan melihat peranan institusi keluarga penting dalam mendidik dan membesarkan anak dan masalah LBGT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender) yang kini berleluasa menjadi permasalahan sosial yang perlu ditangani dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Ini dapat dilihat lewat watak wanita tua yang mempunyai agendanya tersendiri ia itu bersedia untuk menyerang warga dunia yang sudah termakan umpan kita yang bertukar wajah dimana matanya berbinar menjadi merah delima. Kulitnya mengelupas dan menggerutu. Tulang belakangnya meruncing dan menular menjadi dua sayap gergasi. (lewat cerpen: Kumbang sama kumbang, bunga layu di tangkai). Secara ektrinsik pula cerpenis mengajukan beberapa pertanyaan: Bagaimana pula apabila sudah berumah tangga nanti? Kalau ditakdirkan Tuhan si Fauziah (Mohd Fauzi) mengandung? Cerpen “Bagai Pinang”. Apakah cukup dengan bersolat dan berpuasa untuk mempersiapkan diri dengan cabaran dunia globalisasi? Mesej yang ingin disampaikan bahawa didikan agama secara holistik penting untuk menghadapi cabaran tersebut. Kesimpulan daripada kajian aspek sosial ini, didapati bahawa terdapat individu yang memperjuangkan individualitinya, mempunyai self-identity dan self-relection dan tidak sahaja melihat pergolakan dan masalah sosial yang berlaku di sekeliling mereka tetapi menggambil bahagian dalam menangani isu-isu tersebut. Mereka ke depan dan memperjuangkan nasibnya dan juga kaumnya. POLITIK MASYARAKAT MELAYU DENGAN ISU POLITIK Kajian aspek politik dapati masyarakat Melayu mempunyai gerakan politik yang naif dan terbatas memandangkan kedudukan masyarakat sebagai komuniti yang minoriti. Tidak ramai orang Melayu yang menjadi pemimpin politik dan namun ramai yang menjadi pemimpin masyarakat seperti di masjid, yang mempunyai kuasa kepimpinan yang terhad. Para pemimpin masjid atau persatuan pula dilihat sebagai bersifat munafik, sering memungkiri janji, tidak amanah, tidak mempunyai wawasan dan tidak pandai mengimbangi kehidupan. Ada golongan pemimpin-pemimpin Melayu Singapura masih mementingkan status pangkat dan sikap menyalahi kegunaan kuasa dan tidak bersatu. Namun orang-orang Melayu Singapura masih beradab, bersifat maju kehadapan, memasuki arus nasional, menjaga taraf bahasa Melayu supaya jangan hilang budaya akibat modenisasi. Analisis juga menunjukkan perjuangan orang Melayu mempertahankan perebutan tanah, perebutan kuasa, pergolakan untuk mendapatkan semula maruah bangsa dan pergolakan mengejar wawasan konflik penindasan oleh kuasa penjajah, konflik untuk hidup bebas, konflik keluarga. Dari sudut pembentukan budaya bangsa 176
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
masyarakat Melayu memperjuangkan budaya manusia yang insaniah, pemimpin yang tidak mementingkan diri sendiri dan bersikap ikhlas, saling bantu membantu masyarakat yang beradab dan progresif, memelihara keutuhan bahasa dan budaya Melayu supaya jangan hilang dalam zaman moden dan global dan menjaga maruah bangsa dan berani meneroka ke dunia luar. Kesimpulan dapat dirumuskan di sini bahawa kesemua penulis veteran dan yang baru mengangkat martabat bangsa dan mempertingkatkan budaya dalam karya-karya mereka. Bertujuan untuk menjadikan masyarakat Melayu Singapura yang berbudi luhur dan menjadi masyarakat yang prihatin terhadap genjolak sosio-politik dan akhirnya menjadi insan yang kamil. Rata-rata setiap penulis mempunyai agenda sedemikian dalam penulisan mereka. Namun terapan konsep arif budiman yang dicadangkan itu diterima oleh penulis dan mengalirkan konsep tersebut dalam tulisan mereka menjadi suatu persoalan. Inilah menjadi salah satu matlamat kajian di samping melihat dari sudut politik, sosial, dan ekonomi. Gerakan Politik dan Kepimpinan dalam cerpen Suratman Markasan dan Mohamed Latiff Mohamed Latar Penulis Judul Cerpen Persoalan Watak Masa Suratman “Penghulu yang hilang segalaKepimpinan Pak Suleh 70-an Markasan galanya”
Mohamed Latiff Mohamed
“Api yang membara”
Kesan Politik
60-an
“Di Tengah Rakyat”
Kepimpinan
Sri Widajati Tan
70-an
“Rumah”
Kepimpinan
Dr. Atmo
70-an
“Di Makkah Ada Politik”
Kepimpinan
“Tiga Surat Wasiat”
Kepimpinan
Pemuda Malang
80-an
“Lembu”
Kepimpinan
Lembu Jantan
Tiada
80-an
Pergolakan dan Konflik Kekuasaan dalam cerpen Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed, Isa Kamari, Ahmad Jaaffar Munasip, Ishak Abdul Latif dan Helmilina Md Som. Penulis
Judul Cerpen
Tema
Watak
Latar Masa
Suratman Markasan
” “Virus”
Kekuasaan
Aku
Tiada latar masa
“Bush Meminang Puteri Gunung Ledang”
Konflik kekuasaan
Bush Kepala Negara Amerikaya
Masuri S.N.
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
Mohamed Latiff Mohamed
“Mondok”
Kepimpinan
Mondok betina/ jantan
Tiada latar masa
Isa Kamari
“Gagak”
Kekuasaan
Badik
Zaman jajahan Jepun
177
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ahmad Jaaffar Munasip
Ishak Mohd Latif
Helmilina Md Som
“Celupan”
Kebebasan
Ulat
Tiada latar masa
“Kisah Unta
Kebebasan
Unta
Tiada latar masa
“Kisah Unta II
Kebebasan
(Unta) Hijau
“Biar Tuah Hilang di New York”
Kekuasaan
Hang Tuah
Tiada latar masa
“Romie dan Julie”
Kekuasaan
Romie dan Julie
Tiada latar masa
“Tompok Hitam”
Kekuasaan
Tompok
Tiada latar masa
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
Pembentukan Budaya Bangsa dalam cerpen Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed, Isa Kamari, dan Ahmad Jaaffar Munasip Penulis
Judul Cerpen
Persoalan
Watak
Latar Masa
Suratman Markasan
“Di Makkah ada Politik,
Agama
Pak Haji Wan Zakaria
1980-an
“Khemah-Khemah telah roboh”
Agama
Aku
1980-an
“Ayah yang hilang”
Agama
“Pak Jenderal Naik Haji”
Agama
“Pemberian yang ditolak”
Agama
Aku 1980-an Pak 1980-an Jenderal Haji Awang 1980-an Bongsu
“Perempuan Kerudung Hitam:
Agama
Aku (Rat)
1980-an
“Di Makkah ada Politik,
Agama
Pak Haji Wan Zakaria
1980-an
“Khemah-Khemah telah roboh”
Agama
Aku
1980-an
“Persoalan”
Budaya dan masyarakat
Sahid
1980-an
“Menggelongsor”
Budaya dan masyarakat
Penghulu
Tiada latar masa
“Guru”
Pendidikan
Cikgu Arif
“Gagak”
Budaya dan masyarakat
Badik
“Celupan”
Budaya dan Masyarakat
Ulat
“Dari Kepingan-kepingan mimpi yang berderai, ku kutip dan ku arcakan buat inspirasi”
Maruah bangsa
Mat Jamin
Suratman Markasan Masuri S.N. Mohamed Latiff Mohamed
Isa Kamari
Ahmad Jaaffar Munasip
178
Tiada latar masa Zaman Penjajahan Jepun Tiada latar masa Tiada latar masa
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ahmad Jaaffar Munasip
“Biarkan Hang Tuah Hilang di New York
Budaya dan masyarakat
Hang Tuah
Tiada latar masa
Dari sudut sudut politik pula dan pengaruhnya dalam kehidupan serta memberi penekanan terhadap perubahan-perubahan yang dihadapinya. Lois Tyson (1999:295-296) sewaktu membicarakan ”Kritikan Budaya dan Sastera” atau Cultural Criticism and Literature mengemukakan pertanyaan mengenai gerakan politik yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu dan apakah model contoh praktis gerakan itu: Sama ada gerakan budaya merupakan suatu tenaga atau kekuasaan baru. EKONOMI PENGENALAN Kajian aspek ekonomi berdasarkan penyelidikan akan menganalisis dari aspek ekonomi an menjurus ke arah permasalahan taraf hidup, kemiskinan, subaltern, survival (penangkatan) dan perjuangan. Dari tahun 1965 sehingga 2004, perubahan dari sudut ekonomi, Singapura menampakkan kenaikan taraf kehidupan rakyatnya dari taraf dunia ketiga kepada taraf ekonomi kelas dunia seperti Switzerland. Namun, masalah berkaitan dengan ekonomi orang Melayu seperti kemiskinan masih banyak ditulis oleh cerpenis Singapura yang dikaji. Para cerpenis yang berdepan dengan masalah itu, menyaksikan perkembangan dan berusaha menghadapi perubahan ini, jelas mengangkatnya dalam penulisan yang berkaitan dengan permasalah tersebut. Cerpen tulisan Suratman Markasan, Masuri S.N. dan Mohamed Latiff Mohamed mengangkat persoalan ekonomi dalam tulisan mereka. Kalau pada awal-awal tahun 60-an Suratman Markasan, contohnya menerusi cerpen “Ini Muka-Muka Baru” (Gerak dan Dialog hlm. 1) dan Masuri menulis mengenai hal-hal kemiskinan dan taraf hidup yang kurang sempurna contohnya cerpen “Keluhan Seorang Pemuda” (Di Luar Dugaan hlm. 1) kisah seorang pemuda yang merantau ke kota untuk mencari kemewahan dalam kehidupan, maka pada tahun-tahun berikutnya tema mengenai kemiskinan yang berkaitan dengan taraf hidup semakin diketengahkan. Dalam analisis kajian akan melihat dari sudut permasalahan i) taraf hidup, ii) kemiskinan iii) subaltern dan iv) penakatan. Permasalahan Taraf Hidup Permasalahan Taraf Hidup dalam cerpen Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed, Isa Kamari, Ahmad Jaaffar Munasip, Ishak Abdul Latif dan Helmilina Md Som Penulis
Judul Cerpen
Persoalan
Watak
Latar Masa
Suratman Markasan
Ini muka-muka baru
Keciciran
3 orang pelajar
60-an
Suratman Markasan
Si Hitam
Penagih dadah
Hitam
80-an
Suratman Markasan
Penghulu Yang Hilang Segalagalanya
Hilang kuasa
Protaganis Pak Suleh
80-an
Masuri S.N
Kak Maimun
Kemiskinan
Kak Maimun
60-an
179
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Masuri S.N.
Besar Pasak Daripada Tiang
Mengejar kebendaan
Zainal
Mohamed Latiff Mohamed
Dapat Rumah
Desakan hidup
Protaganis “Aku”
Isa Kamari
Pengukir
Mengejar kebendaan
70-an 80-an
Ahmad Jaaffar Munasip
-
-
-
-
Ishak Abdul Latif
-
-
-
-
Helmilina Md Som
Janji
Manipulasi kebendaan
Protaganis “Nenek”
90-an
Persoalan Subaltern dan Penindasan dalam cerpen-cerpen pilihan Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed, Isa Kamari, Ahmad Jaaffar Munasip, Ishak Abdul Latif dan Helmilina Md Som. Penulis
Judul Cerpen
Persoalan
Watak
Latar Masa
Suratman Markasan
“Kembali kepada Al-Quran”
Gejala dadah
Si-Hitam
80-an
“Semua orang ada hak”
Penindasan
Asan
80-an
“Di Tengah Pemimpin”
Diskrimasi
Widajati
80-an
“Di Makkah ada Politik
Penindasan
Wan Zakaria
80-an
“Tiga Surat Wasiat” Pada
Diskrimasi
Belia/Anak Malang
80-an
Masuri S.N.
“Keluarga Wak Hassan”
Taraf kehidupan Tekanan
Wak Hasan
60-an
Masuri S.N.
“Masih Ada Yang Mengenang”
Taraf kehidupan
Zubir
60-an
“Dunia bukan Olok-Olok
Penindasan
Badrul
“Keluhan Seorang Pemuda”
Penindasan
Ramlan
60-an
“Pendirian”
Penindasan
Rais
70-an
“Jatoh”
Penindasan
Johar
70-an
Suratman Markasan sebagai seorang pengamat sosial yang sensitif melihat persoalan taraf hidup sebagai isu yang penting yang perlu diketengahkan. Beliau mengangkat dalam cerpen “Ini muka-muka baru” (Gerak & Dialog hlm. 1) untuk membela nasib para pelajar yang tercicir, bekas penagih dadah dalam cerpen “Si-Hitam” (Kembali kepada Al-Quran hlm. 18), dan golongan tertindas dalam cerpen “Penghulu yang hilang segala-galanya” (Gerak dan Dialog hlm. 155) ) begitu juga sasterawan Masuri S.N. melihat masalah kemiskinan sebagai sesuatu yang menghambat sosio-ekonomi masyarakat, lebih-lebih lagi terhadap ibu-ibu tunggal. Keprihatinan beliau untuk membela golongan ini, memberi pencerahan dari segi ekonomi dan menaikkan taraf kehidupan sudah tentu meletakkan beliau sebagai cerpenis yang peka terhadap masalah ini. Watak Kak Maimun dalam cerpen “Kak Maimun” (Di Luar Dugaan hlm. 70) 180
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dilihat sebagai seorang yang mendahului zamannya yang bersifat entrepreneur, berdikari demi untuk menjaga taraf hidup dan tidak bersifat meminta-minta. Begitu juga dalam cerpen “Besar Pasak Daripada Tiang” (Di Luar Dugaan: 89) Masuri S.N. membuat semacam sindiran terhadap golongan yang suka berlagak dan tidak tahu “mengukur baju di badan sendiri”. Untuk mengekalkan darjat dan status dalam masyarakat, Masuri memberi semacam gambaran balasan akibat mengejar kebendaan. Ada kalanya manusia mencari jalan yang salah dari segi undang-undang untuk menjadi kaya dan menjaga taraf hidup. Akibatnya sesudah tentu mudarat kepada manusia tersebut. Sebagai sebuah negara yang telah menghadapi pelbagai pembangunan baik dari segala bidang pengangkutan, perumahan, perindustrian, perdagangan dan sebagainya dan kini telah pun bergelar sebagai sebuah kota kosmopolitan maka anak negerinya terpaksa menghadapi pelbagai perubahan baik keperluan asas mahupun yang komplikated. Lewat cerpen “Dapat Rumah” (Nostalgia yang hilang hlm. 224) Mohamed Latif Mohamed melihat keadaan masyarakat Melayu/Islam yang terpaksa berubah akibat proses urbanisasi. Dalam tahun-tahun 60-an negara Singapura menghadapi masalah perumahan untuk para penduduknya yang berbilang bangsa. Pemindahan dari rumah sewa ke rumah pangsa sudah tentu menaikkan taraf hidup merupakan suatu pengalaman yang baru. Namun, apabila seseorang itu belum bersedia dari segi kewangan untuk membayar segala keperluan yang berkaitan dengan urusan pembelian rumah kepada Lembaga Pembangunan dan Perumahan atau HDB sudah tentu seseorang itu akan mengalami masalah kewangan. Masyarakat Melayu/Islam berdepan dengan pelbagai-bagai masalah sosial termasuk ekonomi. Rata-rata masyarakat Melayu/Islam bekerja makan gaji dan mengharapkan gaji bulanan untuk segala urusan pembelanjaan. Watak protagonis berdepan dengan masalah yang tidak diduga-duga. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk dapat rumah dan terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan duit. Ini menjadikan kehidupan protagonis tertekan. Cerpenis Isa Kamari mengangkat isu taraf hidup dengan melihat suasana tempat kilang yang sudah kehilangan daya kreativiti dan tenaga kerja bekerja semacam robot. Untuk menaikkan taraf pengeluaran, tuan punya kilang telah memperalatkan manusia/pekerja sebagai robot untuk meninggikan taraf ekonomi dan dengan secara tidak langsung taraf hidup. Kesan sedemikian menjadikan manusia tidak ubah seperti “digit” dan sifat-sifat kemanusiaan sudah tidak wujud lagi. Helmilina mengangkat masalah sosial yang berkaitan dengan taraf hidup, memaparkan kehidupan manusia yang mengejar kebendaan dan kepentingan diri sendiri. Anak-anak sanggup memanipulasi dan mengambil kesempatan untuk “menipu” (emak) nenek untuk menjual rumah supaya mereka dapat meraih dan menikmati hasil daripada penjualan rumah tersebut. Oleh kerana ingin hidup senang dengan taraf hidup yang selesa, maka kejadian sedemikian dicatat oleh Helmilina menerusi cerpen beliau “Nenek” (Millenia: 19). Inilah beberapa kesan dan tekanan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Melayu/ Islam yang digambarkan oleh cerpenis. Dari kajian yang dilakukan didapati bahawa masyarakat Melayu Singapura masih berdepan dengan masalah dan kegenjotan untuk mengekalkan taraf hidup lebih-lebih lagi apabila menghadapi perubahan seperti keperluan perbelanjaan yang tidak diduga atau perkara-perkara yang tidak diingini seperti kehilangan pencari nafkah. Kehilangan kuasa, gejala manipulasi pihak berkuasa dan keluarga juga menjejas kehidupan mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa ada suami yang sanggup berkorban untuk menjaga keselesaan dan status isteri. Dari aspek pengeluaran dan untuk menjamin taraf kehidupan, maka pihak pemilik perindustrian telah meninggikan hasil pengeluaran dan ini mengorbankan daya kreativiti seseorang. Namun, masyarakat Melayu Singapura berani ke depan untuk memperjuangkan golongan tertindas atau subaltern. Mereka mengutarakan perkara-perkara yang dianggap tidak adil seperti diskriminasi terhadap kaum minoritinya dalam soal-soal pekerjaan yang mengutamakan kaum mereka sendiri, soal kerakyatan, penindasan terhadap belia yang cuba berubah walaupuan terjebak dengan dadah, juga golongan setinggan dan golongan orang-orang tua. 181
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kehidupan di Singapura terlalu mencabar dan penuh dengan serba kemewahan, maka ada orang-orang Melayu yang bercita-cita untuk menjadi cepat kaya dan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita mereka. Oleh kerana desakan hidup dan untuk menjaga status kehidupan mereka juga, ada golongan pemimpin yang terpaksa bersikap berpura-pura. Survival dan Perjuangan Persoalan Penakatan dan Perjuangan dalam cerpen Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latiff Mohamed, Isa Kamari, Ahmad Jaaffar Munasip, Ishak Abdul Latif dan Helmilina Md Som. Penulis
Judul Cerpen
Persoalan
Watak
Latar Masa
Suratman Markasan
“Kembali kepada AlQuran”
Penakatan
Haji Muzafar
80-an
Masuri S.N.
“Sahabat Saya Baharum”
Penakatan
Baharum
60-an
Masuri S.N.
“Cerita Dua Buah Kedai Kopi”
Penakatan
Tiada – Tauke kedai kopi A & B
60-an
“Ingin Jadi Jutawan”
Penakatan
Sani
70-an
“Membawa Hidup”
Penakatan
Sidek
70-an
Mohamed Latiff Mohamed
”Yang Hilang”
Penakatan
Pak Tasrif.
80-an
Isa Kamari
”Pengukir”
Penakatan
Rakan Penulis
90-an
Ahmad Jaaffar Munasip
”Robohkan Tembok Itu”
Perjuangan
Si Mata Galak
90-an
Ishak Adbul Latif Helmilina Md Som
“Nenek”
Penakatan
-
-
Nenek
2000
RUMUSAN Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat kaitan antara cerpen yang dihasilkan dengan budaya masyarakat Melayu Singapura dalam usaha mereka untuk mendedahkan, mengatasi dan menangani masalah sosial, ekonomi dan politik. Para cerpenis telah menulis menggambarkan dan mencerminkan masalah kehidupan masyarakat Melayu yang sebenarnya. Oleh kerana saingan yang sengit serta keperluan pemerintah untuk mengubah “landscape” Singapura, maka masyarakat Melayu juga turut dengan secara tersendiri berubah dan masuk ke dalam arus nasional walaupun secara tidak langsung terpinggir. Masing-masing yang masih menulis sehingga 2014 dapat melihat perkembangan dan trend pergerakan yang berkaitan dengan tema dan persoalan yang telah dihasilkan. Selama 50 tahun cerpenis Suratman Markasan dan Masuri S.N. telah banyak mengalami pahit gentir kehidupan di Kota Singa dan sudah tentu sebagai pengamat sosial yang sangat sensitif mereka telah merakamkan segala yang berlaku di depan mata mereka. Mereka ingin melihat masyarakat Melayu maju, bermoral tinggi dan juga tidak lupa dengan ajaran agama Islam yang sebenarnya. Tema yang mereka tulis, lebih-lebih lagi Masuri S.N. yang mula menulis mengenai nasib golongan belia yang tersasar apabila datang ke kota. Masuri S.N. sering mengingatkan para belia ini supaya menjadi pemuda harapan bangsa. Ini merupakan slogan 182
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang sering diuar-uarkan oleh Masuri S.N. dalam cerpen-cerpen beliau. Ini sejajar dengan peranannya sebagai seorang pendidik kerana beliau ingin melihat anak muridnya berjaya dan bermoral tinggi. Suratman Markasan pula pada awalnya menulis tema mengenai nasib golongan belia juga iaitu selepas perang Jepun yang tercicir dan tidak mempunyai pekerjaan. Cerpen-cerpen beliau seterusnya mula bergerak dan mengangkat isu-isu sosial yang lainnya seperti memperkatakan soal kepercayaan terhadap benda-benda yang karut dan belia yang telah menggambil dadah. Suratman Markasan juga seorang pendidik dan mempunyai ijazah dalam pengajian Melayu mengukap keprihatinannya beliau terhadap nasib golongan yang dibiarkan. Suratman Markasan, lewat tahun 80-an telah mula bergerak ke arah penulisan yang lebih berbentuk agama. Beliau banyak merakamkan segala macam kejadian yang berlaku di kota Makkah. Dalam cerpencerpennya, beliau banyak memberi mesej supaya seseorang itu haruslah bersikap baik dan bermoral tinggi kerana akan mendapat balasan apabila seseorang itu menunaikan ibadah haji atau umrah di Makkah. Suratman Markasan setelah usianya semakin lanjut, menganggap kerja menulis sebagai satu ibadah dan merasakan kepuasan jika mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh masyarakat. Dalam dekad 70-an pula dapat melihat seorang lagi sasterawan yang telah mengangkat isu-isu sosial yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Singapura iaitu Mohamed Latiff Mohamed, juga seorang pendidik yang merakamkan tulisan beliau mengenai perkara-perkara yang sedang berlaku di Singapura ketika itu. Antaranya Singapura berdepan dengan masalah tempat tinggal untuk para penduduknya dan pihak pemerintah telah merobohkan sebahagian daripada rumahrumah kampung untuk didirikan rumah-rumah pangsa. Mohamed Latiff Mohamed menerusi pengalaman beliau sendiri yang berdepan dengan masalah mendapat/membeli rumah telah merakamkan secara tuntas apa yang perlu disediakan sebelum berpindah ke rumah pangsa. Mohamed Latiff Mohamed menggambarkan pengalaman betapa sukarnya mendapatkan wang untuk menampung segala macam perbelanjaan apabila mendapat rumah pangsa setelah 11 tahun tinggal di kampung. Kesan daripada perkara ini, dapatlah dinyatakan bahawa masyarakat Melayu sekarang memahami bahawa wang memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan mereka. Keadaan ini berbeza sekali sebelum ini. Helmilina Mohd Som turut memberi pandangan mengenai sikap individualistik anak-anak yang mementingkan diri mereka sendiri dan sanggup menghantar ayah atau ibu mereka yang sudah tua ke rumah tumpangan orang-orang tua. Ayah dan Ibu yang mempunyai rumah dipujuk oleh anak-anaknya sendiri supaya menjual rumah tersebut dan tinggal bersama-sama mereka. Dari sudut moral dapat dilihat perkembangan yang berlaku terhadap perubahan sikap sebilangan masyarakat Melayu itu sendiri. Dari tangan cerpenis Masuri S.N. dan Suratman Markasan mereka menggambarkan suasana nasib belia-belia yang perlu dibela, tetapi di tangan Helmilina Md Som pula nasib orang-orang tua pula yang minta dibela. Ini adalah disebabkan ada kaitan dengan kurangnya didikan agama yang diberikan kepada anak-anak tersebut. Oleh yang demikian, Suratman Markasan setelah usia semakin lanjut telah beralih memusatkan perhatian beliau kepada isu keagamaan. Suratman Markasan menganggap tulisan sebagai satu ibadah seperti terlihat dalam hal ehwal keagamaan dalam kumpulan cerpen beliau. Dari sudut politik, masyarakat Melayu Islam berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah setelah Singapura berpisah daripada Malaysia. Kalau semasa dalam Malaysia, masyarakat Melayu Singapura merupakan golongan majoriti, tetapi setelah berpisah menjadi masyarakat yang minoriti. Mereka kini berdepan dengan masalah untuk mengadu nasib walaupun terdapat sebilangan kecil pemimpin Melayu Islam dalam pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat yang mewakili masyarakat Melayu Islam seperti keadaan masyarakat Melayu ketika itu sebagai mempunyai masalah dari segi Perlembagaan Singapura-1966, Rang UndangUndang Pentadbiran Muslim, Saranan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura mengenai Sistem Pembelajaran Nasional, isu buku teks atau “History text book controversy” yang ditulis semula berjudul dan isu Perkhidmatan Negara. Dari beberapa masalah cerpenis mengangkat isu mengenai Perkhidmatan Negara. 183
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Cerpen tulisan cerpenis veteran Suratman Markasan yang mengangkat isu politik dan sangat menyerlah sekali. Suratman Markasan telah mengangkat isu masyarakat Melayu yang dipinggirkan seperti mengaitkan isu belia yang tidak dipanggil untuk menjalani Perhidmatan Negara menyebabkan mereka menjadi orang-orang yang “frust” kerana tidak mendapat pekerjaan setelah melamar di sana-sini dan akhirnya telah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. Suratman Markasan menyentuh soal mencari pekerjaan dengan sikap pilih kasih. Suratman juga dalam cerpennya menyentuh soal budaya dan menginginkan masyarakat Melayu Islam menggauli dan memasuki arus nasional. Mohamed Latiff Mohamed juga tidak ketinggalan memperkatakan soal politik dalam cerpen-cerpen beliau seperti soal kepimpinan. Dari apa yang dihasilkan oleh para cerpenis menerusi kajian selama lima dekad selepas Singapura mendapat kemerdekaan hanya segelintir cerpenis yang mengangkat isu-isu yang berkaitan dengan pergolakan politik di Singapura yang lebih mendalam seperti berkaitan dengan hak-hak asasi orang Melayu Singapura dalam Perlembagaan Singapura dan pembentukan Rang Undang-Undang Pentadbiran Muslim atau Muslim Administrative Bill Law yang melibatkan pembentukkan MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura). Keadaan ini ada kaitannya dengan soal “keberanian”. Isu mengenai Sistem Pembelajaran Nasional Singapura mengenai soal memartabatkan bahasa Melayu telah diangkat oleh cerpenis Suratman Markasan. Namun, isu kontrovesi buku teks sejarah atau History text book controversy – 1970 yang melihat peri pentingnya membetulkan kedudukan sejarah Singapura langsung tidak diangkat oleh para cerpenis yang tercatat dalam kajian ini. Masalah ekonomi turut membebani masalah orang-orang Melayu dengan Lembaga Pembangunan Perumahan dan isu Perkhimatan Negara diangkat oleh Suratman Marksan, Masuri S.N. dan juga Mohamed Latiff Mohammed. Cerpenis seperti Ahmad Jaafar Munasip, Helmilina Md Som dan Ishak Abdul Latiff lebih condong untuk tidak menulis ke arah pergolakan yang menyentuh soal politik dalam masyarakat Melayu Singapura. Namun, rata-rata para cerpenis ingin cuba mengubah minda masyarakat Melayu supaya lebih sedar akan peranan mereka dalam negara yang sedang pesat membangun dan mereka terpaksa mengikut tuju hala arus nasional yang dipimpin oleh kaum bukan Melayu yang majoriti di samping mempunyai budaya dan identiti tersendiri. Cita-cita untuk mencipta nama dan menguatkan konsep “Melayu Baru” dan mempunyai konsep budaya tersendiri seperti isu arif budiman tidak disentuh dan diketengahkan. Dari sudut ekonomi kajian ini mendapati bahawa kecuali Ahmad Jaafar Munasip dan Ishak Abdul Latiff, cerpenis Suratman Markasan, Masuri S.N. Mohamed Latiff Mohamed dan Helmilina Md Som telah memperkatakan soal taraf hidup. Beberapa petikan cerpen dapat menguatkan pendapat ini. Suratman Markasan dengan pengalaman beliau yang amat luas dan juga sebagai seorang pengamat sosial yang sensitif melihat persoalan taraf hidup sebagai isu yang penting yang perlu diketengahkan. Menerusi beberapa cerpennya, beliau memperkatakan soal nasib para pelajar yang tercicir, bekas penagih dadah dan memaparkan masalah golongan tertindas dalam cerpen Masyarakat Melayu/Islam sudah memang terkenal dengan masalah kemiskinan dan kemiskinanlah yang menjadi sesuatu yang menghambat kemajuan masyarakat Melayu/Islam. Lantas sasterawan Masuri S.N. melihat masalah tersebut lebih-lebih lagi terhadap isu ibu-ibu tunggal. Keprihatinan beliau untuk membela golongan ini, memberi gambaran yang cerah dari segi ekonomi dan menaikkan taraf kehidupan sudah tentu meletakkan beliau sebagai cerpenis yang peka terhadap masalah ini menerusi gambaran watakwatak yang mendahului zamannya yang bersifat entrepreneur, berdikari demi untuk menjamin taraf hidup dan tidak bersifat meminta-minta. Sebagai sebuah negara yang telah menghadapi pelbagai pembangunan baik dari segala aspek dalam bidang pengangkutan, perumahan, perindustrian, perdagangan dan sebagainya dan dan kini telah pun bergelar sebagai sebuah kota kosmopolitan maka orang Melayu terpaksa menghadapi pelbagai perubahan baik daripada yang asas kepada yang komplikated. 184
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Cerpenis Isa Kamari mengangkat isu taraf hidup yang telah “merampas kreativiti” ini dengan menggambarkan suasana kilang yang sudah kehilangan daya kreativiti dan tenaga kerja bekerja semacam robot. Untuk menaikkan taraf pengeluaran, tuan punya kilang telah memperalatkan manusia/pekerja untuk bertugas sebagai robot bagi meninggikan taraf ekonomi dan dengan secara tidak langsung taraf hidup. Kesan sedemikian menjadikan manusia tidak ubah seperti “digit” dan sifat-sifat kemanusiaan sudah tidak wujud lagi. Helmilina mengangkat masalah sosial yang berkaitan dengan taraf hidup, menggambarkan kehidupan manusia yang mengejar kebendaan dan kepentingan diri sendiri. Anak-anak sanggup memanipulasi dan mengambil kesempatan untuk “menipu” (emak) nenek untuk jual rumah supaya mereka dapat meraih dan berasakan hasil daripada penjualan rumah tersebut. Oleh kerana ingin hidup senang dengan taraf hidup yang selesa. Generasi muda telah hilang sifat-sifat kemanusiaannya. Inilah beberapa kesan dan tekanan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Melayu/ Islam yang digambarkan oleh cerpenis. Menerusi kajian ini dengan menggunakan teori budaya dapat diperkukuhkan pendapat bahawa cerpen yang dihasilkan ada kaitan dengan peristiwa yang berlaku di sekitar pengarangnya. Kecenderungan pengarang mengangkat dan menulis tentang isu masyarakat kerana pengarang juga merupakan sebahagian dari ahli masyarakat dan mungkin turut mengalaminya. Kebanyakan watak ciptaan para penulis tidak dibiarkan begitu sahaja dan menerima nasib dan keadaan masyarakat ketika itu. Ada watak yang bangkit semula apabila sudah kecundang dan menggungguli wacana kekuasaan individualitinya seperti watak Kam Maimun watak ciptaan Masuri S N. Watak-watak ciptaan mereka tidak hanya menjadi “penonton” malah kebanyakkannya bersikap proaktif dan identiti mereka sangat menyerlah dan menjuarai sesuatu perjuangan seperti watak Hitam dalam cerpen “Si-Hitam” Dari sudut sosial dapat dirumuskan bahawa masyarakat Melayu Singapura, yang modern, hidup dalam serba tekanan, kemiskinan, mementingkan kebendaan, lupa tanggongjawab dan kurang ilmu ugama. Walaubagaimana pun, masyarakat masih mengangkat ideologi perjuangan bangsa Melayu dan percaya dengan sistem yang adil dan demokratik. Masyarakat Melayu Singapura masih membina identiti Melayu tetapi masih dipengaruhi dengan kuasa penjajahan dan mengangkatnya dalam karya kreatif mereka dengan menggunakan bahasa. Dari segi nilai moral dan keagamaan pula, mereka masih menganggap bahawa ilmu itu penting dan ditambah dengan nilai agama. Sifat orang Islam yang baik dan bertoleransi itu penting dalam negara sekular dan menjadi kaum yang minoriti. Oleh yang demikian masyarakatMelayu merasakan perlu mengekalkan hak terhadap negeri sendiri dan memartabatkan bahasa dan budaya. Dari aspek politik pula masyarakat Melayu Singapura dapat dirumuskan bahawa tidak ramai orang Melayu yang menjadi pemimpin politik namun ramai yang menjadi pemimpin masyarakat seperti dimasjid, yang mempunyai kuasa kepimpinan yang terhad. Ada golongan pemimpin-pemimpin Melayu Singapura masih mementingkan status pangkat dan sikap menyalahgunaan kuasa dan tidak bersatu. Namun, orang-orang Melayu Singapura masih beradab, bersifat maju ke hadapan, memasuki arus nasional, menjaga taraf bahasa dan budaya Melayu supaya jangan hilang akibat assimilasi disebabkan arus modenisasi dan globalisasi. Dari sudut ekonomi pula, masyarakat Melayu Singapura masih berdepan dengan taraf kehidupan yang tinggi, terpinggir, tekanan terhadap penghasilan. Dapatan juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu Singapura masih dipinggirkan, didiskriminasikan, ditindas namun mereka tetap berjuang untuk meninggikan taraf hidup walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Kesimpulannya dan hasil dari aspek sosial telah membuktikan bahawamasyarakat yang moden hidup dalam serba tekanan, kemiskinan, mementingkan kebendaan, lupa tanggungjawab, kurang ilmu agama. Dari segi ideologi dan perjuangan mereka masih mengangkat ideologi masyarakat/perjuangan Melayu dan melihat kegagalan orang-orang Melayu mempertahankan hak. Rata-rata mereka masih yakin dan percaya dengan sistem yang adil dan demokratik. 185
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Orang Melayu Singapura masih membina identiti Melayu tetapi masih dipengaruhi oleh kuasa penjajahan dan mengangkatnya dalam karya kreatif mereka dengan menggunakan bahasa. Orang-orang Melayu merasakan pentingnya ilmu pengetahuan dan nilai agama seperti bertoleransi itu sangat mustahak dalam negara sekular dan menjadi kaum yang minoriti. Mereka juga berasakan perlu untuk mengekalkan hak terhadap negeri sendiri dan memartabatkan bahasa dan budaya. Dari aspek politik pula kajian ini mendapati bahawa tidak ramai orang Melayu yang menjadi pemimpin politik namun ramai yang menjadi pemimpin masyarakat seperti di masjid, yang mempunyai kuasa kepimpinan yang terhad. Dari segi pergolakan dan konflik kekuasaan pula ada golongan pemimpin-pemimpin Melayu Singapura yang masih mementingkan status pangkat dan sikap menyalahgunaan kuasa dan tidak bersatu. Dari sudut pembentukan budaya pula orang-orang Melayu Singapura didapati masih beradab, bersifat maju ke hadapan, memasuki arus nasional, menjaga taraf bahasa Melayu supaya jangan hilang budaya akibat modenisasi. Hasil dari aspek ekonomi pula menunjukkan bahawa masyarakat Melayu Singapura masih berdepan dengan masalah taraf kehidupan yang tinggi, terpinggir, tertekan terhadap daya penghasilan. Walau bagaimana pun masyarakat Melayu Singapura baik secara individu mahu pun secara kolektif masih memperjuangkan ideologi kekuasaan mereka walaupun mereka dari golongan minoriti yang mempunyai kuasa yang terhad dan serba kekurangan. Cerpenis Wan Jumaiah dan Noridah Kamari mengetengahkan isu terkini LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual,Transgender) yang sangat diperkatakan di dalam masyarakat Melayu/Islam dan mereka juga memberi jalan keluar terhadap permaslahan tersebut. Senarai dekad nama-nama cerpenis yang dikaji dan yang menulis sehingga 2014 Cerpenis
60-an
70-an
80-an
90-an
2000
Suratman Markasan
X
X
X
X
X
Masuri Salikun
X
X
X
X
X
X
X
X
X
Isa Kamari
X
X
X
Ahmad Jaafar Munasip
X
X
X
Ishak Abdul Latiff
X
X
Helmilina Md Som Wan Jumaiah Md Jubri Noridah Kamari
X
X
Mohamed Latiff Mohamed
X
X
Untuk kajian bermula pada tahun 60-antanda “X” melambangkan bermula penglibatan dalam dunia penulisan dan seterusnya. Jadual 1.3 juga menunjukkan dekad permulaan penglibatan para cerpenis dalam dekad 60-an sehingga dekad 2000. Sebahgaian Senarai Antologi/Kumpulan Cerpen – Terbitan Tahun 1965- 2014 1 Matahari Kota, Suratman Markasan 2 Gerak dan Dialog, Suratman Markasan, 1982, Heinemann Educational Books Ltd London 3 Yang, Jamal Ismail, 1982, EUP Sdn Bhd, Singapura 4 Dunia Di Sebalik Dunia, Masuri SN 5 Di Luar Dugaan, Masuri SN, Othman Puteh,(Peny) 2002, DBP, KL 6 Memburu Angin, Nur Hidayat, 1982, EUP(M)Sdn Bhd 7 Getar-Getar Senja, Peter Augustine Goh dan Nizqin, 1982, EUP(M)Sdn Bhd 8 Telatah, Suradi Parjo,1985, Badan Kesenian Melayu, Singapura 9 Musim Penyedaran, Peter Augustine Goh, 1986, Heinemann (M)Sdn Bhd 186
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
10 Majzuf, Noor Hidayat, 1986, Heinemann Educational Books Ltd, London 11 Temasik, Antologi Cerpen Penulis-Penulis Singapura, Di Selenggarakan oleh SM, DBP, 1987 12 Jamu, (Peny) Azizfakir, 1988, First Printer, Singapura 13 Titian Perjalanan, Peter Augustine Goh, 1989, DBP, Selangor Darul Ehsan 14 Senja di Pantai, Azizfakir, 1989, Image Printers, Singapura. 15 Cerpen-Cerpen Nusantara Mutakhir, Diselenggarakan oleh SM, 1991 16 Orang Luar, Rasiah Halil, 1991,Percetakan Maziza Sdn Bhd, KL. 17 Perempuan Kerudung Hitam, Suratman Markasan,1991, DBP, Selangor Darul Ehsan 18 Mendung, Suradi Parjo, 1992, Pustaka Nasional, Singapura 19 Otak, Ismail Wardy, 1992, Malaysia Press (Sdn) Bhd Singapura 20 Sketsa Minda, Isa Kamari, 1994, Pustaka Nasional, Singapura 21 Salam dari Amira, Khalid Lani, Mazlan Sanip (Peny.). 1993. DBP, Malaysia 22 Pertemuan Kedua, Diselenggarakan oleh SM, 1995, DBP, KL Malaysia 23 Warna Seraut Wajah, Ismail Wardy, 1996, Tempo Publishing(M) Sdn Bhd,Selangor Darul Ehsan, Malaysia 24 Hidup Seribu Tahun, Ahmad Affandi Jamari, 1999, ASAS 50, Singapura 25 Detik-Detik Masa, Ahmad Awang, 1999, ASAS 50 26 Kembali Kepada AlQuran, Suratman Markasan, 2000, PT Dunia Pustaka Jaya, Jakarta 27 Senandung Orang Lama, Ismail Wardy, 2000, Sasterawan Abad 2000, Singapura 28 Igau, A Wahab Hamzah 29 Tuhan Masih Sayang, A Wahab Hamzah, 2002,ASAS 50 30 Terbang Bangau, Patemah Jaludin, 2003, Anuar Othman & Associates Media Enterprise, Singapura 31 Millenia. Helmilina Muhamad Som. 2003 Angkatan Sasterawan 50, Singapura 32 12 , Anuar Othman, Perkumpulan Seni 33 1859, Anuar Othman, Perkumpulan Seni 34 Medonan, Anuar Othman. 2001, Sasterawan Abad 2000 35 Dari Dua Benua. Muhd Salihin Sulaiman & Sulaiman Jeem 36 Tuhan Masih Sayang, A Wahab Hamzah, 2002, ASAS 50, Singapura 37 Penawar Rindu, Wan Jumaiah Mohd Jubri, 2003, Anuar Othman & Associates Media Enterprise, Singapura 38 Nostalgia yang hilang, Cerpen-Cerpen Pilihan, Mohd Latiff Mohd 1982-2002, 2004 , Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 39 Sebuah Madrasah dan Suatu Percakapan, Rohman Munasip, 2005, Anuar Othman & Associates Media Enterprise, Singapura 40 Berlalu Sudah Dukanya, A Wahab Hamzah, 2005, EDN Media, Singapura 41 Hati yang terusik, Peter Augustine Goh, 2006, DBP, Kuala Lumpur 42 Dari Kepingan Kepingan Mimpi, Ahmad Jaaffar Munasip 43 Langau Menyerang Masjid dan Cerita-cerita lainnya, Suratman Markasan, 2007, Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd 44 Kelarai, Noor Hasnah Adam, 2008, Tuntun Props Com, Singapura 45 Jago yang terlupa & dilupakan, A Jaaffar Munasip, 2011, NAC Singapura 46 Detik-detik Perjalanan, A Wahab Hamzah, 2012, ASAS 50. Singapura RUJUKAN Abdul Ghani Hamid. 1977.Delima Merah. Singapura: Angkatan Penulis Aneka Daya. Abdul Kadir, Salleh. 1981. Period Perkembangan Cerpen-Cerpen Melayu oleh PenulisPenulis Singapura di Tahun-Tahun Tujuh Puluhan (1970-1979). Latihan Ilmiah. Universiti Nasional Indonesia. 187
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ahmad Affandi Jamari. 1999. Hidup Seribu Tahun. Singapura: Angkatan Sasterawan ’50 Ahmad Awang. 1999. Detik-Detik Masa. Singapura: Angkatan Sasterawan ’50. Ahmad Awang. 2008. Dari Takuk ke Takuk. Singapura: Pustaka Nasional. Anuar Othman. 1999. 12. Singapura:Perkumpulan Seni. Anuar Othman. 1999. 1859. Singapura: Perkumpulan Seni. Anuar Othman. 2001. Medona. Singapura: Sasterawan Abad 2000 Association of Muslim Professional.1995. Keadaan Sosiologi Masyarakat Melayu. Occasional Paper Series 5-97. Singapore. Azali, Hj Abdullah. 1974/1975. Perkembangan Kesusasteraan Berbahasa Melayu di Singapura Selepas Perpisahan dengan Malaysia Tahun 1965. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Farid Alatas. 1995. “Keadaan Sosiologi Masyarakat Melayu”, Occasional Paper Series 5-97. Singapura: Association of Muslim Professional. Hadijah Rahmat, Dewani Abas dan Azhar Ibrahim Alwee. 2003. Jilid 1 Anak Bumi – Siri Karya Anugerah Persatuan Singapura 1993-2001. Singapura: Majlis Bahasa Melayu. Hadijah Rahmat. 1998. Sastera & Manusia Melayu Baru. Singapura: Persatuan Wartawan Melayu. Hadijah Rahmat. 2005. Kilat Senja. Singapura: HSYang Publishing Pte Ltd. Hadijah Rahmat.1992. Kertas kerja dalam Dialog Selatan I Tema Budaya dan Sastera Melayu di Nusa Tiga Menjelang Abad ke-21 Dewan Jubli Intan. Johor Bahru Malaysia 24-26 Januari. Hadijah, Dewani, Azhar (ed). Siri Karya Anugerah Persuratan Singapura 1993 – 2001 Jilid 2 Citra Minda – Antologi Esei “Kesusasteraan Melayu Dalam Negara Kosmopolitan, Suratman Markasan”. Singapura: Majlis Bahasa Melayu. Hadijah, Dewani, Azhar (ed). Siri Karya Anugerah Persuratan Singapura 1993 – 2001, Jilid 3, Projek X. Singapura: Majlis Bahasa Melayu. Hadijah, Dewani, Azhar. (peng). Anak Bumi. 2003. Singapura: Majlis Bahasa Melayu. Hadijah, Rahmat. 1985. Children Literature in Malay: An Inquiry into and an Analysis of its Development and Functions as a Stimulus Towards Achievement. Tesis Sarjana. National University of Singapore. Hamzah Hamdani & Siti Aishah Murad (ed). 2004. Kesusasteraan Melayu Modern (19201940). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. 1975. Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia, Satu Analisa Tentang Tema dan Struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. 1988. Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Ke-Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. 1997. Kritikan Kesusasteraan, Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. 1998. Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Hashim Awang. 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden, Esei Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasni Abas. 1996. Intisari: Pertimbangan dalam penulisan Tesis Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Helmilina Muhamad Som. 2003. Millenia. Singapura: Angkatan Sasterawan 50. Homi Bhaba. 1994. The Location of Culture. London: Routledge. http://app.mfa.gov.sg/assppages/canberra/About Singapore.asp [15Jun 2006] http://en.wikipedia.org/wiki/hegemony [2 Mac 2012] http://en.wikipedia.org/wiki/short.story [14 Mac 2012] http://www.MUIS.org.sg [2 Februari 2012] 188
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Hussin Mutalib.1990. Islam and Ethnicity in Traditional Malay Society. New York: Oxford University Press Pte Ltd. Ibrahim Ariff. Tudung. 2002. Singapura: Perhimpunan Hak Asasi Melayu. Isa Kamari. Sketsa Minda. Singapura: Pustaka Nasional. Ismail Kassim. 1974. Problems of Elite Cohesion – a perspective from a minority community.Singapore: SUP. Ismail Pantek. 19 November 1985 “1 Julai 1957 Tarikh yang bersejarah. Berita Harian” Ismail Wardy. 1996. Warna Seraut Wajah. Malaysia: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd. Ismail Wardy. 2000. Senandung Orang Lama. Singapura: Sasterawan Abad 2000. Ismail Wardy.1992. Otak. Singapura: Pustaka Melayu Publisher. Jerome J. Mcgann (Suffian Sahuri, Pent,).1989. Mengkritik Kritikan Teks Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamaludeen Mohamed Naris, Alexius A. Pereira and Bryan S. Turner. Muslim in Singapore Piety, politics and policies. 2010. New York: Routledge. Kamsiah Abdullah. 2007. Benih Budiman: Suatu Analisis Sosio-Sejarah Persekolahan Melayu.Tanjung Malim: PUPSI. Kassim Ahmad (Peny).1966. Naskhah Hikayat Hang Tuah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kernial Singh Shandhu, Pau Wheatley (png).1990 Ulang Cetak. Management of Success The Moulding of Modern Singapore. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies. Khalid Lani, Mazlan Sanip (Peny.). 1993. Salam Dari Amira. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Klara, Mario. 1998. An Introduction Literary Studies . London: Routledge. Kwa Chong Guan, Derek Heng, Tan Tai Yong. 2009. 700-year History. From Early Emporium to World City. Singapore: National Archives of Singapore. Lewis, Jeff. 2008. Cultural Studies. London: SAGE Publications Ltd: L Lily Zubaidah Rahim. 2008. Dilema Singapura. Terj. Yunus Ali. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Lim Swee Tin. 2001. Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn Bhd. Malay/Muslim in Singapore. 2006. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. AMP. Mana Sikana & Anuar Othman. 2003. Jatuh ke Laut Menjadi Pulau. Singapura: Anuar Othman & Associates Enterprise. Mana Sikana & Anuar Othman. 2003. Menyeberang Selat, Singapura: Dragon Education Enterprise. Mana Sikana. 1996. Falsafah & Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana. 1998. Kritikan Sastera Moden Teori dan Pendekatan. Shah Alam: Penerbit Fajar Sdn Bhd. Mana Sikana. 1998. Teori dan Kritikan Sastera Pascamodernisme. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mana Sikana. 2002. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan. Singapura : Pustaka Mana Sikana. 2003. Membina Keunggulan Tradisi Sastera. Singapura: Pustaka Nasional Mana Sikana. 2003. Sastera Singapura dan Malaysia Diaera Pascamodern, Singapura: Persama Enterprise. Mana Sikana. 2005. Teori Sastera Kontemporari. Bangi: Pustaka Karya. Mana Sikana.2003. Jejak Sastera Melayu Modern ke Pascamodern. Singapura: EDN Mana, Paitoon & Zubaidi (ed). 2003, Teori Pemikiran Tamaddun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Masuri S.N. 2006. Dalam Merenung dalam Kumpulan Essei dan Kritikan 1977- 2005. Singapura: Angkatan Sasterawan 50. 189
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Masuri SN. 1992. Dunia di Sebalik Dunia. Singapura: Persama Enterprise. Masuri SN. 1998. Kreativiti dan Kemanusiaan dalam Kesusasteraan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mawar Shafie. 2002. “Sketsa Minda & Yuda: Perbandingan Semiotika Cerpen Melayu” dalam Kamsiah, Paitoon, Hadijah, Abbas & Roksana Bibi (ed). Ke arah Kesembangan Insan, Pascsidang Jilid I Persidangan Antarabangsa, Sastera & Budaya Melayu. Singapura: Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu. Institut Pendidikan Nasional. University Teknologi Nanyang. Michael, Haas. 1999. A Political History dlm Michael, Haas (Peng).1999. The Singapore Puzzle. London: Westport Connectut. Mohamed Latiff Mohamed. 2004. Nostalgia Yang Hilang Cerpen-Cerpen Pilihan 19822002. Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. 2002. Melayu Singapura dalam Kritikan. Singapura:Angkatan Sasterawan 50. Mohamed Pitchay Gani Md Abdul Aziz (Peny.). Anugerah Persuratan 2003, Kumpulan Karya dan Ulasan Juri, Singapura: Majlis Bahasa. Mohamed Pitchay Gani Mohamed A Aziz (Peng.). 2005. Dari Gerhana ke Puncak Purnama, Biografi Asas 50 55 Tahun Dalam Persuratan, ASAS 50, Singapura: Angkatan Sasterawan 50. Mohamed Ramli Sosman.1991. Cerpen-cerpen Berita Harian (Singapura) 1980-an: Satu Kajian Tentang Karya Peter Augustine Goh dan Iswardy. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Raman Daud. 2001. “Seimbas Jiwa Suratman”. Dlm Johar Buang (pnyt). Suratman Markasan 70 Tahun. Singapura: Toko Buku Hj Hashim. Mohd Yusof Hasan. 1991. Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Hj Salleh. 2000. Puitika Sastera Melayu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nadwah Sastera. 1991. Dinamika Budaya. Majlis Pusat. Singapura. Othman Puteh. 1994. Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua, Suatu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur. 1994. DBP: Kuala Lumpur. Othman Puteh. 1999. Penulisan Cerpen Visi dan Langgam.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh. 2000. Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh. 2001. Penulisan Cerpen daripada Konvensi ke Inovasi. Kuala Lumpur: UP & D Sdn Bhd. Othman Puteh. 2001. Penulisan Kreatif: Teori, Pengalaman, Cabaran. Kuala Lumpur: UP & D Sdn Bhd. Othman Puteh. 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh.. 2002. Di Luar Dugaan – Kumpulan Cerpen 1948 – 1997 (Masuri S.N.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Peter Augustine Goh. 1999. Teruskan Ceritamu, Pak Dalang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Sastera. Peter Augustine Goh. 2003. Rahsia Sebuah Kasih Sayang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Sastera. Petir April 1987 hal: 12. Rachmat, Siti Chamamah, Suminto, Wuradji, Damardjati, Faruk, Tirto, M Hum, Ratna, Adi, 190
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Iswanto, Jabrohim, Rina & Sri Widate, 2001, Metodologi Penelitian Sastera, 2001, Jakarta: PT Hanindita Graha Widya. Regan, Stephen. 1992. The Politics of Pleasure: Aesthetics and Cultural Theory. Cambridge: Cambridge University Press. Roger Webster. 2004. Mengkaji Teori Sastera – Suatu Pengenalan. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohman Munasip. 2005. Sebuah Madrasah Dan Suatu Percakapan. Singapura: Anuar Othman & Associates. Sahlan Mohd Saman. 2002. Pengajian Melayu dalam Konteks Kesusasteraan Bandingan. Bangi: Persatuan Penulis Selangor. Shahnon Ahmad. 1994. Sastera Pengalaman Ilmu, Imaginasi dan Sekitarnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sinfield, Alan. 2002. Faultlines: Cultural Materialism and the Politics of Dissident Reading. Oxford: Clarendon Press. Sinfield, Alan. 1992. “Art as Cultural Production” dlm Wolfreys, Julian (peny) Literary Teories.Edinburgh: Edinburgh University Press. Sohaimi Abdul Azis. 2001. Kesusasteraan Bandingan Perkembangan: Pendekatan Pratis Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd. Standley Sanders Bedlington. The Singapore Malay Community: The Politics of State Intergration. Thesis Ph.D. Faculty of the Graduate School of Cornell University. Straits Times. 4 Nov 2000. “AP tolak konsep kepimpinan kolektif AMP”. Sulaiman Jeem & Muhd Salihin Sulaiman. 1999. Dari Dua Benua. Singapura: Angkatan Sasterawan 50 Suradi Parjo. 1985. Telatah. Singapura: Badan Kesenian Melayu. Suradi Parjo. 1992. Mendung. Singapura: Pustaka Nasional. Suratman Markasan (Peny). 1987. Temasik - Antologi penulis-penulis Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suratman Markasan (Peny). 1991, Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suratman Markasan. 1982. Gerak dan Dialog. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Suratman Markasan. 1991. Perempuan Kerudung Hitam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suratman Markasan. 1995. Pertemuan Kedua. KualaLumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Suratman Markasan. 2005. Bangsa Melayu Singapura Dalam Transformasi Budayanya. Singapura: Anuar Othman & Associates. Suratman Markasan.2000. Kembali Kepada Al-Quran. Jakarta: Pustaka Jaya. Suwardi Endraswara. 2008. Ed.ke-4. Metodologi Penelitian Sastra Epistemologi, Model, Teori dan Aplikasi. Yogyakarta: MedPress. Talib Samat. 2002. Ahmad Lufti, Penulis, Penerbit dan Pendakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Chin Kwang, 1978. Post War Malay Fiction and Its Critics and Scholars: A Study in the Problems of Intellectual and Literary Development, University of Singapore. Tan Chin Kwang. 1972. Latar belakang Intelektual Penulis2 Cherpen Melayu Sa-Lepas Perang Dunia Kedua (1946-1970).Universiti Singapura. Tania Li. 1995. Orang Melayu di Singapura: Budaya, Ekonomi dan Ideologi. Terj.Abdul Rahman Embong. Petaling Jaya: Forum. Tham Seong Chee. Jabatan Pengajian Melayu. 1993. Kertas seminar dalam Islam and Secularism: Dynamics of Accommodation No 14. Universiti Singapura. The Straits Times. 3 May 1971. “3 Wartawan Nanyang ditahan”. The Straits Times.13 August 1965. “Safeguard for the minorities”. 191
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Tyson, Lois. 1999. Critical Theory Today. London: Farland Publishing. Ungku Maimunah Mohd Tahir. 2003. Reading in Modern Malay Literature. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Hussin Zohri. 1990. The Singapore Malays. The Dilemma of Development. Singapura: Singapore Malay Teachers’ Union. Wan Jumaiah Mohd Jubri. 2003. Penawar Rindu, Singapura: Anuar Othman & Associates. Webster, Roger, 1990. Studying Literary Theory. London: Arnold. Wilfred, Earle, Lee, Jeanne & John.1999. A Handbook of Critical Approaches to Literature. New York: Oxford University Press. Wolfreys, Julian (Peng).1999. Literary Theories: A Reader & Guide. Edinburgh:EUP. Yasraf Amir Piliang, 1998. Sebuah Dunia Yang Dilipat. Bandung: Penerbit Miz
192
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
MEMPERTAJAMKAN PENGUKUHAN NEGARA BANGSA; PENAHAPAN PATRIOTISME SERTA HUBUNGAN SOSIAL DARI VERSI PERSPEKTIF SOLIDARITI. SATU PEMERHATIAN DI UNIVERSITI AWAM BERALIRAN TEKNIKAL (UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) Ku Hasnan Bin Ku Halim Jabatan Pengajian Sains Sosial dan Islam Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Abstrak Pembangunan sesebuah negara sangat memerlukan para rakyatnya untuk memiliki solidariti sesama mereka di samping punyai berkemampuan untuk mengurus keterbatasan sumber dan pasaran di dalam negara serta persekitarannya dengan efektif. Dalam membangun negara dua entiti yang perlu diteliti dan diurus dengan sebaik mungkin. Pertamanya adalah pembangunan negara yang meliputi pembangunan ekonomi, prasarana, institusi pentadbiran, urustadbir dan pasaran untuk memastikan ketidakseimbangan, kemunduran, kepinggiran dan kemiskinan di atasi demi memastikan kualiti hidup rakyat terbela dengan baik. Matlamat akhir pembangunan negara adalah untuk meningkat pengupayaan jati dan potensi diri rakyatnya itu. Aspek kedua pula tertumpu kepada pembinaan negara bangsa untuk memastikan solidariti dan kestabilan politik terbina. Pengalaman pembangunan tamadun dan negara telah membuktikan kestabilan sosial dan politik adalah prasyarat kepada mencapai matlamat pembangunan negara dan kemakmuran rakyatnya. Penulisan kertas ringkas ini bertujuan untuk mengupas tentang kepentingan semangat cintakan kepada negara yang di namakan sebagai patriotisme dan nasionalisme dan tumpuan atau kumpulan sasaran tulisan ini adalah kepada golongan pasca-merdeka yang menuntut di Universiti awam. Dan universiti awam yang di kaji tersebut adalah universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang merupakan sebuah universiti teknikal di Malaysia selain daripada beberapa universiti seumpamanya yang wujud di Malaysia. Kajian ini telah dibuat dibeberapa Fakulti yang meliputi dua lingkungan kampus iaitu kampus induk dan juga kampus bandar.Kajian juga melibatkan kelompok pelajar yang telah mengambil subjek wajib universiti seperti subjek Hubungan Etnik dan juga subjek Kenegaraan Malaysia. Kebanyakan responden daripada pelajar tahun satu dan dua. Dapatan kajian ini di dapati semangat patriotisme adalah amat baik dankebanyakan responden memahami kenapa tujuan kajian ini dibuat dan secara tidak langsung memperlihatkan secara keseluruhan inilah penjelmaan semangat patriotisme di kalangan para pelajar universiti di UTHM khususnya dan universiti awam lain amnya.
PENGENALAN Pengertian Patriotisme, Perpaduan Kaum dan Hubungan Sosial Patriotisme dapat ditakrifkan sebagai semangat cintakan Negara dan ada kesanggupan untuk berkorban mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Kecintaan pada ibu pertiwi iaitu perasaan cinta mendalam rakyat terhadap tanah air tempat tumpah darah. Individu yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan sedar bahawa beliau telah mencintai Negara kerana semangat ini bersifat abstrak.Islam tidak pernah melarang untuk kita mencintai negara kita bahkan menggalakkan kita mencintai negara kita ini dapat dilihat dalam sabda nabi S.A.W :“ Ajar lah anak-anak kamu supaya kasihkan nabi dan Negara kamu” 193
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Patriotis ialah orang yang memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan dan hak tanah air kerana sayangkan nya. Dalam bahasa Arab patriotisme disebut sebagai ‘ wataniah ’ bermaksud cintakan Negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya. Ungkapan yang digunakan bermaksud ‘ Cintakan Negara sebahagian daripada Iman’. Patriotisme berasal daripada dua suku kata Yunani, Peter bererti father dan patris bererti land. Gabungan kedua-dua suku kata itu membawa maksud dalam bahasa Inggeris ‘the love of a fatherland’. Pengertian yang diberikan oleh kamus, Webster’s Dictionary mengatakan patriotisme sebagai ‘the devoted love, support and defence of one’s country’. Menurut Profesor Syed Hussein al-Atas, patriotisme ini adalah tiada jaminan yang paling meyakinkan demi mempertahankan nasib bangsa dan tempat kelahiran sendiri kecuali memiliki rasa patriotisme yang tinggi. Rukun Negara merupakan salah satu elemen dalam menunjukkan kita cintakan Negara dan diumpamakan sebagai mencintai keluarga kita sendiri. Semangat patriotisme moden menurut Profesor Emeritus Khoo Kay Kim, menegaskan bahawa pembangunan sukan popular seharusnya mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana semangat patriotisme dan menyatukan rakyat dengan cara-cara yang cukup mudah tetapi berkesan. Pencapaian tinggi atlit dan pasukan kebangsaan diperingkat Asia dan dunia sangat penting untuk memulihkan imej dan rasa bangga diri rakyat terhadap Negara. Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyatakan patriotisme perlu dinilai dengan Rukun Negara, pengajaran subjek sejarah Malaysia dengan lebih dinamik, penerbitan komik dan buku-buku cerita pendek berkisar tentang pejuang-pejuang bangsa dan pembangunan sukan Negara. Pada zaman moden ini wujud pula istilah patriotisme alaf baru yang lebih menitik beratkan pendidikan kewarganegaraan, makna dan focus patriotisme, cabaran alaf baru terhadap patriotisme, objektif dan nilai-nilai patriotisme serta pendekatan pelaksananya. Patriot membawa maksud kepada individu yang mempertahankan kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan 1996). Manakala Patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat kepada tanah air dan memerlukan kepada satu pegangan kental dan teguh yang diasaskan diatas nilai-nilai yang luhur. Perpaduan pula membawa maksud penyatuan kepada semua pihak dari pelbagai kaum meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan. Hubungan sosial pula selalunya dikaitkan dengan jurang pergaulan dan perhubungan di antara sesama manusia tanpa mengira kaum, warna kulit dan rupa. Sejarah Patriotisme, Perpaduan Kaum Dan Hubungan Sosial Dalam Perkembangan Malaysia Patriotisme bermula apabila Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948 meletakkan asas untuk pembentukan sebuah negara bangsa pada tahun 1957 dan seterusnya Malaysia 1963, bermula daripada Singapura yang merupakan satu komponennya tetapi tidak kekal. Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu dan sekarang Malaysia adalah hasil tolak ansur, rundingan dan kerjasama di antara kaum yang tidak mudah di hasilkan. Dengan kewujudan Malaysia, maka muncullah entiti politik yang menjadi objek kesayangan dan kesetiaan warganegaranya. Sejak 1957, kebanyakkan daripada mereka yang terkorban itu adalah anggota-anggota angkatan bersenjata yang terlibat dalam pertempuran dengan pihak komunis dan mereka yang terbunuh kerana menjalankan tugas masing-masing terutamanya dalam sektor ekonomi kerana salah satu strategi parti komunis malaya adalah untuk melemahkan negara ini dengan memusnahkan ekonominya. Secara amnya dapat di katakan patriotisme bermula apabila Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan dan bermula dari kemasukan buruh-buruh dari India dan Cina menyebabkan negara kita telah mengalami kewujudan masyarakat majmuk yang akan menyebabkan berlakunya hubungan sosial di antara satu sama lain. Apabila berlakunya semangat patriotisme dan hubungan sosial seharusnya dapat merapatkan perpaduan diantara kaum sama ada India, Cina, Melayu, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain lagi. 194
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Objektif utama penulisan ini dibuat adalah untuk: 1. Mengenalpasti dan memahami gaya dan semangat patriotisme pelajar tahun satu dengan pelajar kanan yang telah mengambil subjek kenegaraan. 2. Mengetahui melihat masih wujudkah lagi semangat patriotisme di kalangan generasi baru terutama di kalangan bangsa Cina,India dan Melayu. 3. Menyebarluaskan pengetahuan dan semangat patriotisme, hubungan sosial dari segi perpaduan kaum didalam aktiviti seharian pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 4. Mengkaji sejauh mana kesan patriotisme,hubungan sosial dari perspektif perpaduan kaum mempengaruhi hidup masyarakat tempatan. Skop Kajian Penulisan Kajian ini telah dilakukan di Kampus Bandar UTHM, di Parit Raja dan kampus induk serta telah mendapat kerjasama daripada pelajar-pelajar dari kedua-dua kampus iaitu dari Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi, Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan serta Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar. Pemfokusan utama adalah mengenai Tahap Hubungan Sosial dan Semangat Patriotisme Pelajar tahun satu, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Dari Perspektif Perpaduan Kaum. KAEDAH PENGUMPULAN DATA Soal Selidik Untuk mendapatkan data bagi melaksanakan kajian ini dengan jayanya, sebanyak 60 borang soal selidik telah diedarkan yang berkaitan dengan penggunaan dan pemahaman tentang dialek kepada 50 orang pelajar secara rawak. Responden-responden yang terlibat merupakan pelajar daripada Fakulti Pengurusan Teknologi, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional serta Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di Kampus Bandar dan pelajar-pelajar dari Kampus Induk iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Temuramah Kaedah ini telah dilakukan dimana beberapa temuramah secara rawak telah dilakukan ke atas pelajar-pelajar daripada pelbagai fakulti di UTHM. Sesi temuramah ini telah dijalani di kawasan Desasiswa Taman Melewar, ruang legar fakulti di Kampus Bandar, tempat menunggu van dan juga semasa responden sedang menunggu pensyarah di pintu bilik kuliah masing-masing. Sebanyak 10key informant yang bersetuju untuk ditemuramah secara intensif secara individu manakala sebahagiannya ada yang berminat untuk ditemuramah dalam bentuk berkumpulan. Soalan-soalan yang diajukan merupakan soalan yang berkaitan dengan hubungan sosial dan patriotisme secara amnya dan amalannya di UTHM khususnya.
195
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Menganalisis Data Soal Selidik FAKULTI 12
Bil. pelajar
10 8 6 4 2 0 FPT
FPTek
FTMM
FKMP
FKEE
FKAAS
Fakulti
Rajah 1
Terdapat enam Fakulti yang terlibat di dalam soal selidik penulis, antaranya Fakulti Pengurusan Teknologi, Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Awam Alam Sekitar. Terdapat seramai 2 orang dari Fakulti Pengurusan Teknologi 10orang dari Fakulti Pendidikan Teknikal, 4 orang dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, 11 orang dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, 11 orang dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan 5 orang dari Fakulti Kejuruteraan Awam Alam Sekitar. Jumlah keseluruhan pelajar yang menjadi respondan ialah 43 orang. Pelajar dari fakulti Pengurusan Teknologi kurang daripada pelajar dari fakulti lain mungkin disebabkan oleh kebanyakan kuliah mereka adalah bertempat di Kampus Bandar dan hanya segelintir sahaja di Kampus induk. Jantina
20, 47%
Lelaki 23, 53%
Perem puan
Rajah 2
Di dalam soal selidik yang penulis jalankan, ianya melibatkan pelajar lelaki dan perempuan. Seramai 23 orang atau 53% pelajar lelaki dan 20 orang atau 47% pelajar perempuan yang meliputi semua fakulti.
196
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Tahap Pendidikan 45 40
Bil. Pelajar
35 30 25
Diploma
20
Ijazah Sarjana Muda
15 10 5 0
Rajah 3
Dalam kajian ini, penulis memperoleh 2 orang responden dari kursus Diploma manakala 41 responden dari kursus Ijazah Sarjana Muda. Pelajar dari kursus Ijazah Sarjana Muda lebih ramai dari pelajar Diploma ini mungkin disebabkan pelajar Ijazah lebih mudah ditemui di kampus kerana bilangannya yang ramai berbanding pelajar Diploma. Tahun Pe ngajian
9% Tahun 1 Tahun 2
51%
Tahun 3
40%
Rajah 4
Dalam hasil kajian yang penulis peroleh, didapati seramai 9% adalah daripada pelajar Tahun1, 40% pelajar Tahun 2 dan 51% pelajar Tahun 3. Jumlah keseluruhan pelajar yang kami perolehi ialah seramai 43 orang. Pelajar Tahun 3 dan Tahun 2 lebih ramai menjadi responden penulis berbanding pelajar Tahun 1 mungkin disebabkan pelajar Tahun 3. Umur
50
42
40 Bil. Pe la ja r
30 20 10 0
1
0
20 kebawah
20-25
26-30
Umur
Rajah 5
Daripada kajian tersebut, didapati bahawa seorang pelajar terdiri daripada 20 tahun kebawah, 42 orang yang berumur 20 hingga 25 tahun dan penulis tidak memperolehi responden 197
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang berumur 26 hingga 30 tahun. Kajian mendapati bahawa, peratus pelajar yang paling ramai ialah pelajar yang berumur diantara 20 hingga 25 tahun sahaja. Ini kerana pelajar - pelajar ini terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus ijazah sarjana muda. Manakala pelajar yang berumur 20 tahun kebawah merupakan pelajar yang mengambil kursus Diploma. Ini juga mungkin disebabkan pelajar-pelajar dari kursus diploma sukar ditemui kerana bilanganya yang sedikit berbanding pelajar dari kursus ijazah sarjana muda.
1, 2%
Kaum 1, 2%
Melayu Cina India
42, 96%
Rajah 6
Seramai 96% pelajar adalah terdiri dari kaum Melayu manakala 2 % pelajar adalah dari pelajar kaum Cina dan India. Daripada kajian yang penulis jalankan didapati bahawa pelajar Melayu adalah paling ramai. Ini mungkin disebabkan oleh sistem pengambilan kemasukan pelajar ke Universiti dimana universiti- universiti tempatan lebih menitikberatkan kaum melayu berbanding kaum-kaun lain. Ini merupakan salah satu sebab mengapa responden penulis kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Antara soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada responden ialah: 1. Adakah anda pernah mengambil mata pelajaran Kenegaraan di UTHM? Bilangan pe lajar yang m e ngam bil m ata pe lajar an Ke ne gar aan 6, 14%
Ya Tidak
37, 86%
Rajah 7
Dalam kajian yang dijalankan, didapati bahawa seramai 14 % responden belum pernah mengambil mata pelajaran Kenegaraan, manakala 86% telah mengambilnya. Ini mungkin disebabkan mata pelajaran Kenegaran adalah mata pelajaran yang diambil oleh pelajar semasa mereka berada pada Tahun 2 dan 3. Terdapat juga pelajar Tahun 2 yang belum pernah mengambil matapelajaran ini.. Ini juga bergantung kepada fakulti pelajarpelajar tersebut yang menetapkan matapelajaran yang perlu diambil oleh pelajar terbabit.
198
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
2. Adakah anda faham tentang semangat Patriotisme? Bilangan Pelajar yang memahami semangat Patriotisme 50
43
Bil. Pelajar
40 30 20 10
0
0 Ya
Tidak
Rajah 8
Graf bar diatas menunjukan seramai 43 orang pelajar memberi jawapan Ya manakala tiada pelajar yang memberi jawapan Tidak. Ini menunjukkan semua responden faham tentang semangat Patriotisme. Ini mungkin disebabkan ramai responden telah mengambil subjek kenegaraan yang memberi pengetahuan tentang semangat patriotisme dan mungkin juga mereka memahami semangat patriotisme disebabkan oleh pendedahan-pendedahan lain. Ini bermaksud bahawa pelajar- pelajar UTHM memahami semangat patriotisme. 3. Adakah perpaduan kaum di UTHM wujud?
Bil. Pelajar
Pendapat pelajar tentang perpaduan kaum di UTHM samada wujud ataupun sebaliknya 40 35 30 25 20 15 10 5 0
37
6
Ya Tidak
Rajah 9
Bagi kajian seterusnya,seramai 37 orang respondan menyatakan perpaduan kaum di UTHM wujud manakala seramai 6 orang responden menyatakan perpaduan kaum di UTHM tidak wujud. Responden yang menyatakan perpaduan kaum wujud adalah lebih tinggi daripada responden yang menyatakan perpaduan kaum tidak wujud Ini mungkin disebabkan oleh faktor pergaulan di kalangan pelajar UTHM. Bagi responden yang bersetuju dengan soalan ini, mereka mungkin dapat bergaul dengan pelbagai kaum tanpa sebarang masalah. Sebagai contoh, pada pesta Ponggal yang lalu, bukan pelajar India sahaja yang terlibat, malah terdapat pelbagai kaum yang melibatkan diri seperti Melayu dan Cina. 4. Adakah kaedah pembahagian pelajar dalam kemasukan asrama mengikut kaum boleh menjejaskan hubungan sosial?
199
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pendapat pelajar tentang kaedah pembahagian pelajar dalam asrama mengikut kaum boleh menjejaskan hubungan sosial. 21, 49%
Ya Tidak
22, 51%
Rajah 10
Bagi kajian seterusnya, seramai 22 orang respondan atau 51% dari keseluruhan responden bersetuju tentang kaedah pembahagian pelajar dalam asrama mengikut kaum boleh menjejaskan hubungan sosial. Manakala 21 orang respondan atau 49% tidak bersetuju tentang pembahagian pelajar dalam asrama mengikut kaum boleh menjejaskan hubungan sosial dikalangan pelajar. Peratus responden yang bersetuju adalah lebih tinggi mungkin mereka menganggap bahawa hubungan sosial boleh terjejas disebabkan oleh faktor lain. 5. Adakah kegiatan sosial di UTHM dapat meningkatkan Semangat Patriotisme? Pendapat pelajar tentang kegiatan sosial dapat meningkatkan Semangat Patriotisme.
8, 19% Ya Tidak 35, 81%
Rajah 11
Carta pai ini menunjukkan pendapat pelajar sama ada kegiatan sosial di UTHM dapat meningkatkan Semangat Patriotisme ataupun tidak. Seramai 35 orang atau 81% respondan memberi jawapan Ya manakala 8 orang atau 19% responden memberi jawapan Tidak. 6. Adakah perhubungan sosial anda dikalangan pelajar pelbagai kaum wujud? Pendapat pelajar tentang hubungan sosial dikalangan pelajar pelbagai kaum wujud. Tidak
1
Ya
42 10
30
20
Bil. pelajar
0
Rajah 12
200
40
50
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Carta bar ini menunjukkan pendapat pelajar tentang hubungan sosial di kalangan pelajar pelbagai kaum wujud atau tidak. Daripada kajian yang dijalankan didapati bahawa 42 orang responden memberi jawapan Ya manakala seorang responden memberi jawapan Tidak. Jumlah responden yang memberi jawapan Tidak adalah kurang berbanding responden yang menjawab Ya mungkin disebabkan kurangnya pergaulannya dikalangan pelbagai kaum. Ini dapat disimpulkan bahawa ramai pelajar–pelajar UTHM mempunyai hubungan sosial dikalangan pelajar yang pelbagai kaum dan ini menunjukkan bahawa tahap perhubungan sosial adalah baik di UTHM. 7. Patriotisme bermaksud sikap cintakan Negara yang lahir dari dalam diri bagi setiap warganegara Malaysia yang menjunjung dan setia kepada Negara sendiri.
Bil. Pelajar
Pendapat pelajar tentang maksud patriotisme yang diberikan. 27
30 25 20 15 10 5 0
9 2
3
2
Sangat tidak setuju
Tidak Setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Pendapat
Rajah 13
Carta bar di mukasurat ini menunjukkan pendapat pelajar tentang maksud patriotisme yang disoal di dalam soal selidik yang telah diagih. Seramai 2 orang responden sangat tidak bersetuju, 3 orang responden adalah tidak bersetuju, 2 orang responden kurang setuju, 27 orang setuju dan 9 orang sangat setuju. Responden yang setuju merupakan ranking yang paling tinggi di kalangan semua. Ini mungkin disebabkan responden tersebut mungkin telah mengambil mata pelajaran Kenegaraan dan membawa kefahaman yang tinggi kepada mereka. Daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa ramai pelajar mempunyai semangat Patriotisme di dalam diri mereka berdasarkan jawapan yang diberikan. 8. Kebanyakkan pelajar di UTHM hidup berpuak-puak mengikut kaum masing- masing. Pelajar UTHM hidup berpuak-puak mengikut kaum
Bil.pelajar
20 15 10 5 0 Sangat tidak setuju
Tidak Setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Pendapat
Rajah 14
9. Aktiviti riadah dikalangan pelajar UTHM kebiasaannya mengikut pemilihan kaum contohnya bola sepak dikawal oleh pelajar Melayu dan bola keranjang hanya dimainkan oleh pelajar Cina. 201
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Aktiviti riadah dikalangan pelajar UTHM kebiasaannya mengikut pemilihan kaum 58
60
Sangat tidak setuju
50
Tidak setuju
40 20 10 0
Kurang setuju
23
30
Setuju
14
Sangat setuju
5
0 Sangat tidak setuju
Kurang setuju
Sangat setuju
Rajah 15
Daripada kaji selidik, didapati kebanyakan pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bersetuju bahawa aktiviti riadah dikalangan pelajar UTHM kebiasaannya adalah mengikut pemilihan kaum iaitu sebanyak 58%. Contoh ini dapat dilihat apabila kebanyakan pelajar Melayu bermain bola sepak manakala pelajar Cina biasanya bermain bola keranjang. Ia diikuti 23% adalah tidak setuju, 14% adalah sangat setuju dan paling sedikit adalah tidak setuju sebanyak 5%. Kajian menunjukkan ramai pelajar yang bersetuju apabila dikatakan aktiviti riadah dikalangan pelajar adalah mengikut kaum. Ini dapat dilihat apabila dalam permainan tertentu ianya hanya dikawal dan dimainkan oleh kaum-kaum tertentu sahaja. Ini mungkin disebabkan kurangnya pergaulan yang melibatkan semua kaum dan kurangya pergaulan sosial dikalangan pelajar-pelajar universiti sekarang. Ianya terjadi mungkin juga disebabkan untuk memudahkan mereka berkomunikasi apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Mereka akan berinteraksi dengan bahasa mereka sendiri dan ini akan merasakan mereka lebih selesa untuk berkomunikasi. 10. Sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM semakin hari semakin berkurangan.
Sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM semakin hari semakin berkurangan? 7
Sangat setuju
35
Setuju
42
Kurang setuju 9
Tidak setuju 7
Sangat tidak setuju 0
10
20
30
40
50
Rajah 16
Kebanyakan pelajar yang disoal selidik menunjukkan 42% adalah kurang setuju bahawa sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM semakin hari semakin berkurangan. Ia diikuti 35% adalah setuju, 9% adalah tidak setuju dan 7% masing-masing adalah sangat setuju dan sangat tidak setuju. 202
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Apabila analisis dilakukan terhadap sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM semakin hari semakin berkurangan, peratus kurang setuju adalah lebih tinggi berbanding peratus setuju. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar berpendapat sikap kerjasama dikalangan pelajar UTHM juga wujud tetapi tidaklah terlalu ketara. Sikap kerjasama ini dapat dilihat apabila pihak universiti menganjurkan programprogram tertentu seperti program membantu mangsa banjir yang telah dianjurkan. Ia menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan kaum pelbagai bangsa bekerjasama dan saling bantu-membantu. Terdapat juga peratus menunjukkan sikap kerjasama pelajar semakin berkurangan. Kemungkinan ianya terjadi disebabkan oleh tiada kesedaran dalam diri pelajar terhadap semangat perpaduan yang penting untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. 11. Kebanyakan pelajar di UTHM tidak memahami maksud sebenar patriotisme, ini sekaligus dapat mempengaruhi semangat perpaduan kaum dalam diri mereka.
Kebanyakan pelajar di UTHM tidak memahami maksud sebenar patriotisme, ini mempengaruhi perpaduan kaum
9%
5%
9%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju
35%
Setuju 42%
Sangat setuju
Rajah 17
Carta pai mukasurat 17 ini menunjukkan jumlah tertinggi iaitu 42% adalah kurang setuju bahawa kebanyakan pelajar di UTHM tidak memahami maksud sebenar patriotisme dimana ini sekaligus dapat mempengaruhi semangat perpaduan kaum dalam diri mereka. Ia diikuti 35% adalah setuju dan paling sedikit adalah 5% iaitu sangat tidak setuju. 9% masing-masing menunjukkan tidak setuju daripada kaji selidik. Berdasarkan kaji selidik yang telah dilakukan, kebanyakan pelajar adalah kurang bersetuju jika dikatakan pelajar di UTHM adalah tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Mereka kurang setuju kerana kebanyakan pelajar di UTHM telah mengambil subjek kenegaraan dan seterusnya telah mempelajari apa itu patriotisme serta perpaduan kaum. Ini menunjukkan pelajar dari pelbagai kaum memahami maksud patriotisme dan sosialisme. Terdapat juga pelajar bersetuju bahawa pelajar di UTHM tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Ini mungkin disebabkan mereka tidak didedahkan dengan subjek yang melibatkan kenegaraan dan tidak mempunyai pengetahuan serta tidak banyak pembacaan yang meluas tentang patriotisme dan sosial. 12. Penglibatan pelajar dalam PALAPES dapat menyumbang kepada perpaduan kaum di UTHM.
203
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Penglibatan pelajar dalam PALAPES dapat menyumbang kepada perpaduan kaum di UTHM
16%
14% Sangat tidak setuju
5%
Tidak setuju Kurang setuju Setuju
26%
Sangat setuju
39%
Rajah 18
Sebanyak 39% daripada kaji selidik yang telah dilakukan menunjukkan setuju bahawa penglibatan pelajar dalam PALAPES dapat menyumbang kepada perpaduan kaum di UTHM. Ini merupakan peratus tertinggi diikuti 26% adalah kurang setuju dan 16% adalah sangat setuju. 14% daripada responden adalah sangat tidak setuju dan peratus yang menunjukkan jumlah paling sedikit adalah 5% iaitu tidak setuju. Peratus tidak setuju adalah sangat rendah terhadap penglibatan pelajar dalam PALAPES dapat menyumbang kepada perpaduan kaum di UTHM. Ini terjadi disebabkan oleh penglibatan kaum seperti Cina dan India adalah sedikit berbanding pelajar dari kaum Melayu. Oleh sebab itu, perpaduan kaum didalam PALAPES tidaklah terlalu ketara. Kajian juga mendapati peratus pelajar juga ramai bersetuju terhadap perpaduan kaum dalam PALAPES. Ini kerana pelajar-pelajar telah dilatih supaya bersatu dan perpaduan kaum sangat diperlukan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar tidak diajar untuk berpuak-puak dalam PALAPES. Mereka telah dilatih supaya bekerjasama didalam kumpulan. 13. Wujudnya jurang diantara kaum dikalangan pelajar di UTHM berpunca dari segi akademik seperti contoh belajar secara berkumpulan yang selalunya dimonopoli pelajar Cina dan India. Wujudnya jurang diantara kaum dikalangan pelajar berpunca dari segi akademik 40 40 35 30 25 20 15 10 5 0
25 16
14 5
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Rajah 19
Setuju
Sangat setuju
Didapati 40% responden menyatakan setuju wujudnya jurang diantara kaum dikalangan pelajar di UTHM berpunca dari segi akademik seperti contoh belajar secara berkumpulan yang selalunya dimonopoli pelajar Cina dan India manakala 25% adalah kurang setuju diikuti 16% adalah sangat setuju. 14% responden adalah sangat tidak setuju dan paling sedikit adalah 5% responden adalah tidak setuju. Setelah kajian dan analisa dilakukan, peratus setuju adalah menunjukkan peratus tertinggi wujudnya jurang antara kaum dikalangan pelajar di UTHM berpunca dari segi 204
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
akademik. Ini dapat dilihat dalam belajar berkumpulan yang selalunya dimonopoli oleh pelajar Cina dan India. Situasi ini juga dapat dilihat didalam kelas atau kuliah, pelajarpelajar dari pelbagai kaum akan duduk didalam kelompok kaum sendiri sahaja. Situasi ini selalunya terjadi dimana-mana universiti di Malaysia. Jika kerja berkumpulan dilakukan, pelajar-pelajar juga mencari ahli kumpulan dari kaum sejenis sahaja dan ini menyebabkan pengetahuan mereka tidak berkembang dan tidak dapat dikongsi bersama. 14. Apakah pandangan anda terhadap tahap perhubungan sosial dan semangat patriotisme dikalangan pelajar di UTHM? Dalam soal selidik ini, penulis telah meminta para pelajar menyatakan pandangan mereka terhadap tahap perhubungan sosial dan semangat patriotisme dikalangan pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Daripada kajian yang telah dibuat kebanyakan pelajar menunjukkan rasa kurang memuaskan terhadap tahap perhubungan sosial dan semangat patriotisme di UTHM. Mereka juga mengatakan tahap patriotisme telah wujud tetapi terlalu kecil dan perlu ditingkatkan lagi serta jurangnya diantara pelajar terlalu besar dan jauh. Ini kerana semangat kerjasama dan saling bantu-membantu dikalangan pelajar kurang ditonjolkan. Tahap perpaduan dan semangat patriotisme juga kurang memuaskan dimana pelajarpelajar perlu diberi pendedahan yang lebih banyak serta melibatkan pihak yang lebih meluas supaya semua pelajar serta staf universiti terlibat. Kebanyakan pelajar juga memilih kaum atau etnik untuk berkawan seterusnya kehidupan mereka akan menjadi berpuak-puak dan tiada keserasian diantara etnik yang lain. Ini menyebabkan mereka sukar untuk bergaul serta berkomunikasi diantara satu sama lain. Terdapat juga segelintir pelajar yang berpuas hati terhadap tahap perhubungan sosial dan semangat patriotisme dikalangan pelajar di UTHM. Mereka juga beranggapan tahap perhubungan sosial dan semangat patriotisme adalah baik dan memuaskan. Terdapat juga pelbagai kaum yang bekerjasama dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah serta kerja yang telah ditugaskan. Kadang-kadang juga terdapat pelajar Cina dan India memakai baju kurung iaitu baju kebangsaan kita untuk ke kuliah atau kelas. Ini menunjukkan mereka juga mempunyai semangat patriotisme dalam diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Situasi ini amat membanggakan pelajar-pelajar universiti dari pelbagai kaum. 15. Apakah cadangan ataupun nasihat anda untuk meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum dikalangan pelajar UTHM? Daripada kajian yang telah dijalankan, penulis juga telah meminta cadangan ataupun nasihat daripada pelajar untuk meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum dikalangan pelajar UTHM. Banyak maklumbalas telah penulis terima daripada soal selidik yang telah dilakukan. Antaranya cadangan yang telah disarankan ialah mengadakan kempen yang melibatkan semua kaum dan etnik. Pihak universiti juga haruslah bekerjasama dalam mengadakan ativiti atau program yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dan wajib untuk meujudkan perpaduan kaum serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Pihak universiti hendaklah mewujudkan banyak kelab-kelab yang berfaedah di universiti dan mewajibkan pelajar mengikutinya dengan aktif. Selain itu, dalam pembentukan kumpulan perbincangan atau menyiapkan sesuatu kerja ahli kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar dari pelbagai kaum. Dengan ini, sumbangan idea yang bernas dan perkongsian pengetahuan dari pelajar dari kaum lain dapat dikongsi bersama. Pelajar juga hendaklah saling bekerjasama antara kaum atau etnik dan mengetepikan aspek politik yang berlaku sekarang. Sebagai pelajar universiti yang berdedikasi, sikap 205
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pentingkan diri sendiri dan prejudis haruslah dihapuskan serta dihindari untuk melahirkan pelajar yang berjaya dimasa akan datang. Untuk meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum, pelajar juga haruslah mengikiskan sifat ”ethnosentrisme” yang ada dalam diri mereka dan menganggap semua etnik adalah sama tarafnya. Kita juga boleh mengadakan pesta kebudayaan antara kaum serta program-program yang melibatkan semua kaum terlibat seperti pesta Ponggal yang telah diadakan baru-baru ini. Penglibatan semua pelajar dari pelbagai kaum dapat dilihat bekerjasama serta saling bantu-membantu antara satu sama lain. 16. Adakah perpaduan kaum boleh mempengaruhi kehidupan harian anda? Berdasarkan soal selidik serta kajian yang telah dilakukan terhadap perpaduan kaum boleh mempengaruhi kehidupan harian pelajar, kebanyakan dan boleh dirumuskan bahawa semua pelajar bersetuju bahawa perpaduan kaum mempengaruhi kehidupan harian mereka di universiti. Perpaduan kaum sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan mereka sebagai pelajar. Dengan wujudnya perpaduan kaum maka kehidupan mereka aman, damai, sejahtera dan harmoni. Pelajar-pelajar dapat menjalinkan hubungan muhibbah serta bersatu padu dalam pelbagai aspek seperti akademik dan sosial. Kita juga boleh mempelajari cara kehidupan mereka yang semestinya berbeza dengan cara kehidupan kaum-kaum lain seperti kaum Cina dan India. Dengan ini akan wujudnya persefahaman serta hubungan yang baik dengan pelbagai kaum.Selain itu, perpaduan kaum juga penting untuk melancarkan kehidupan kita seharian. Seperti dalam melakukan urusniaga jual dan beli ia akan memudahkan urusan kita melakukan aktiviti tersebut. Kita juga dapat mempelajari bahasa mereka dan mengetahui budaya serta adat yang mereka gunakan. Dengan ini komunikasi dan segala urusan dapat dijalankan dengan lancar dan cepat. Perpaduan kaum sangat penting untuk mengelakkan berlakunya peristiwa yang berkaitan dengan perselisihan faham antara kaum lain. Kita hendaklah bersifat terbuka dalam menerima pendapat dari kaum lain. Tanpa perpaduan, kemungkinan kita akan hidup dalam suasana yang berprasangka dan iri hati serta mempunyai sifat dengki antara satu sama lain. RUMUS BICARA Daripada keseluruhan kaji selidik yang telah dibuat, sebagai kesimpulannya didapati bahawa kebanyakan pelajar menggunakan dialek Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu dalam kehidupan seharian mereka ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Ini mungkin disebabkan oleh ramai pelajar warga Kampus Bandar adalah berasal dari negeri Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu. Manakala dialek yang paling suka didengar dan dipraktikkan oleh pelajar dan menunjukkan peratus paling tinggi adalah dialek Kelantan. Ini menunjukkan pelajar-pelajar sangat suka akan dialek negeri ini. Dialek Kelantan sangat menarik didengar dan cara penuturannya agak lembut serta tidak kasar. Dialek Terengganu dan Kedah juga menunjukkan ranking tinggi apabila dikaji selidik oleh kami. Dialek negeri-negeri ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana dialek yang digunakan adalah sangat berlainan dari negeri-negeri lain. Ramai juga pelajar yang menggunakan dialek negeri mereka ketika berkomunikasi. Mereka tidak menggunakan dialek biasa untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang berlainan negeri. Dari sini kemungkinan pelajar-pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkan secara perlahan-perlahan dialek-dialek negeri lain seterusnya dapat memahaminya sedikit demi sedikit. Tetapi untuk mempelajari dan memahami sesuatu dialek bukan perkara yang mudah kerana sesetengah pelajar yang bersungguh-sungguh 206
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sahaja dan betul-betul ingin belajar sahaja yang dapat mempraktikkannya. Penulis juga telah membuat analisis dimana soalan yang telah diajukan adalah berkaitan dengan apakah dialek yang paling pelajar ingin mempelajarinya. Berdasarkan kaji selidik ini peratus tertinggi adalah pelajar-pelajar ingin mempelajari dialek Sarawak. Ini mungkin disebabkan dialek negeri Sarawak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia lain dari dialek negeri yang lain. Lagipun ia jarang didengar kerana pelajarpelajar dari negeri Sarawak adalah sedikit bilangannya dan mungkin disebabkan ini mereka cenderung untuk belajar dan tahu tentang dialek ini. Oleh itu pelbagai langkah yang wajar telah disarankan oleh pelajar bagi memastikan dialek-dialek ini tidak lapuk ditelan dek zaman. Antaranya ialah selalu menggunakan serta mempraktikkan dialek negeri masing-masing terutama dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan ataupun orang lain serta tidak perlu segan dan berasa malu untuk mengunakan dialek negeri mereka. Untuk memantapkan lagi penggunaan dialek ini kita juga boleh mengadakan kempenkempen seperti “Cintailah Dialek Kita” dimana dalam kempen tersebut pelajar didedahkan mengenai dialek-dialek di Malaysia serta keistimewaan dialek-dialek negeri di Malaysia. Berdasarkan data-data yang diperoleh daripada temuramah tersebut, penulis telah menjalankan analisis dan kesimpulan yang berkaitan dengan tajuk penulisan ini. Hasil daripada temuramah tersebut, didapati bahawa terdapat pelbagai perbezaan pengetahuan, pandangan, dan tindakan tentang tajuk kajian ini diantara pelajar yang pernah mengambil subjek kenegaraan dengan pelajar yang belum mengambil subjek kenegaraan. Ini kerana, kebanyakkan pelajar yang telah mengambil subjek kenegaraan akan lebih mendalami, dan mengetahui apa sebenar maksud hubungan sosial apatah lagi erti patriotisme dalam diri mereka. Mereka lebih banyak mengekploitasikan pengetahuan tentang subjek kenegaraan dalam diri mereka disamping memberikan jawapan yang relevan terhadap persoalan penulis berbanding dengan pelajar yang belum mengambil subjek kenegaraan. Mereka juga berpendapat bahawa subjek kenegaraan ini dapat membantu untuk menyempurnakan pengetahuan dan penghayatan terhadap hubungan sosial dan patriotisme yang sedia ada dalam diri. Walau bagaimanapun, pelajar yang belum mengambil subjek kenegaraan ini masih mengetahui apa itu hubungan sosial dan patriotisme tetapi tidak benar-benar menghayati dan memahaminya. Sebahagian daripada mereka menganggap subjek kenegaraan bukan salah satu sumber utama timbulnya semangat patriotisme dikalangan pelajar di UTHM. Mereka berpendapat bahawa semangat cintakan negara ini akan lahir dengan sendiri dan setiap orang akan merasainya. CADANGAN KE HADAPAN DAN RUMUSAN KAJIAN Berdasarkan kajian yang telah dibuat, penulis telah mengenal pasti masalah yang timbul berkaitan dengan hubungan sosial dan semangat patriotisme di kalangan pelajar UTHM. Antara masalah yang dikenal pasti ialah kebanyakan generasi baru tidak lagi menghayati dan memahami perkembangan sejarah Malaysia yang dapat menimbulkan rasa kesedaran patriotisme di dalam diri mereka. Contohnya pelajar UTHM kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang berkonsepkan patriotisme seperti aktiviti sambutan hari kemerdekaan,forum bercorak kenegaraan dan sebagainya.Kesan daripada fenomena ini menyebabkan kebanyakkan anak muda sekarang lebih mengagungkan bangsa asing, bahasa asing dan terpengaruh dengan budaya barat yang bercanggah dengan budaya timur. Selain itu, mereka juga ingin mengelak daripada di katakan sebagai individu yang ketinggalan zaman kerana dikatakan agak kolot. Sehubungan dengan masalah yang di nyatakan, ingin mencadangkan agar pihak Universiti mengadakan kempen serumpun satu bangsa yang merangkumi semua etnik dan ras di UTHM. 207
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Walau bagaimanapun, Ibubapa juga harus memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat kecintaan dan kesetiaan serta sanggup berkorban demi bangsa,agama dan tanah air di samping mengeratkan hubungan sosial pelbagai kaum. Penulis merasakan mungkin sesi ’kaunseling’ yang berkaitan dengan perpaduan kaum bagi pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri agar mereka lebih yakin. Mereka tidak perlu malu atau pun bimbang jika di jadikan bahan ketawa rakan-rakan lain malahan sepatutnya berbangga mempunyai semangat patriotisme dan perhubungan yang positif antara kaum. Untuk memastikan semangat cintakan negara dan hubungan sosial yang baik dikalangan generasi baru terutamanya pelajar diUTHM tidak ditelan zaman, dicadangkan agar membuat filem pendek untuk menarik minat masyarakat sebagai contoh filem seperti Sarjan Hassan, dan Leftenan Adnan yang mengetengahkan semangat patriotisme terhadap negara tanpa mengira kaum. Kesimpulannya, daripada seluruh kajian menunjukkan, semangat patriotisme seharusnya wujud dalam setiap diri pelajar UTHM. Aplikasi daripada kewujudan semangat ini dapat mengeratkan hubungan sosial dikalangan pelajar tanpa mengira kaum. RUJUKAN Nazaruddin Haji Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Haji Mohd Rashid (2001). “Pengajian Malaysia – Kenegaraan dan Kewarganegaraan”. Printice Hall. Lee Lam Thye (1994). “Nasionalis Humanis”. Pustaka Antara Sdn. Bhd. A.Aziz Deraman (2000). “Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu”. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Baharudin Ali Masrom (1989). “Politik Melayu Abad 21”. D Enterprise Kuala Lumpur. Tengku Anuar Tengku Dalam (1997). “Asas-asas Kenegaraan Malaysia-Jilid 1” . Penerbitan Al-Azim Sdn Bhd , Kuala Lumpur . YB Datuk Hassan Ibrahim (1980) . “Negara Kita” . Penerbitan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) , Kuala Lumpur . Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003). “Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dalam Pembinaan Negara”. Penerbitan PST Publishers & Distributors Sdn Bhd . Zuraina Majid (1985). “Masyarakat Malaysia”. Penerbitan Universiti Putra Malaysia .
208
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KONOTASI NILAI DALAM PEMILIHAN KEPIMPINAN POLITIK Hairol Anuar Mak Din, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3Mohd Azmir Mohd Nizah, 4 Md Akbal Abdullah, 5Afi Roshezry Abu Bakar 1 Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2 Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor 3 Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia 4 Institut Kajian Strategik Islam Malaysia 5 Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial
1
Abstrak Secara lazimnya kajian terhadap Pilihan Raya Umum terlalu terarah kepada output yang terzahir melalui keputusan undi yang menentukan kemenangan atau kekalahan seseorang calon atau sesebuah parti, dan perkara ini adalah sah dalam skema demokrasi yang diamalkan. Namun demikian, kertas kerja ini akan meninjau dari perspektif kepentingan nilai sebagai salah satu elemen yang turut berperanan dan menjadi kuasa penentu dalam membuat keputusan terhadap pemilihan kepimpinan politik. Justeru kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan dan responden terpilih adalah dalam kalangan generasi muda Melayu yang berada di kawasan Lembah Klang dan mempunyai latar belakang akademik pada peringkat Sarjana Muda dan ke atas. Penemuan kajian telah mendapati bahawa elemen nilai mempunyai konotasi yang signifikan dengan pemilihan kepimpinan politik di Malaysia. Kata kunci: nilai, kepimpinan, politik. PENGENALAN Dewasa ini, kelihatan hubungan di antara nilai dengan pemilihan kepimpinan politik amat signifikan.Dunia pasca penjajahan secara dominanterdiri dalam kalangan majoriti negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi dalam pelbagai versi. Hal yang sama turut dipraktikkan di Malaysia tentang demokrasi sebagaimana yang dipersetujui dalam Suruhanjaya Reid dahulu. Penggunaan istilah nilai pula dianalogikan dengan merujuk kepada takrifan umum yang berupa sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan, dan kesejahteraan dalam masyarakat tersebut. Keruntuhan sistem nilai ini berupaya menjadi ancaman kepada kesejahteraan bukan sahajadalam lingkungan individu dalam masyarakat tetapi berupaya meruntuhkan sesebuah negara dan peradaban sesebuah bangsa. SIGNIFIKAN NILAI DALAM POLITIK Kajian ini meninjau perspektif dari sudut pandang yang lain, di mana menurut kebiasaannya majoriti pengkaji politik gemar merumuskan suasana politik berasaskan nombor dan peratusan undi yang menjadi penentu kemenangan atau kekalahan dalam medan pilihan raya, namun ianya adalah bersifat lahiriah semata,tetapipremis artikel ini lebih mendasar sifatnya dengan menjadikan elemen nilai yang sedia wujud menjadi pegangansebagai subjek kajian. Pengiraan logika dan nombor ini secara realitinya berbeza dan berbentuk jangka masa pendek serta mudah untuk dimanipulasi, namun nilai adalah sesuatu yang lebih kompleks, abstrak dan berkesinambungan terhadap survival sesebuah peradaban manusiawi. 209
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pemerintahan secara moden telah menetapkan bahawa perlantikan kepimpinan melalui sistem demokrasi telah membenarkan rakyat untuk terlibat secara langsung dalam pemilihan tampok pemerintahan melalui kaedah pilihan raya sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebarangkalian baik atau buruknya seseorang pemimpin atau parti yang memerintah serta efisyen atau tirisnya sistem pentadbiran dan budaya kerja sesebuah badan dalam kerajaan turut membolehkan rakyat membuat penilaian melalui pengekalan mahupun pertukaran tampuk kepimpinan kerajaan melalui wadah demokrasi yang bakal diadakan lima tahun sekali. Selain itu, tren sensitiviti masyarakat terhadap sesuatu isu bersifat agama dan etnik turut mendasari pola pengundian pilihan raya(Mohd Azmir Mohd Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis & Azri Ibrahim 2016). Dalam hal ini, kajian akan meninjau sejauhmanakah nilai turut berperanan bagi membuat keputusan politik. Secara realitinya terdapat pelbagai faktor yang sebenarnya mempengaruhi nilai, sebagai contoh; sekiranya generasi terdahulu yang merasai perit getir dalam memperjuangkan kemerdekaan menjadikan pengalaman ini sebagai nilai yang paling utama iaitu mempertahankan kedaulatan negara, terdapat juga sebahagian masyarakat yang menjadikan latar agama serta bangsa menjadi pemberat utama tetapi kini nilai yang dianuti mulai berubah seiring dengan perubahan generasi dan zaman. Walaubagaimanapun artikel ini melimitasikan penyelidikan kepada skop yang lebih berfokus iaitu kajian yang hanya melibatkan dalam kalangan generasi muda Melayu yang berpendidikan tinggi sahaja. Justifikasinya adalah hakikat terhadap pengaruhmasyarakat Melayu dalam dunia politik di Malaysia adalah penting (Shamsul Amri Baharuddin 1983; Hussin Mutalib 1990). Atas faktor inilah skop kajian sebegini terpilih memandangkan kaum Melayu mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar di dalam politik negara. Hal ini kerana menurut Amer Saifude (2009) korelasi etnik turut dapat dilihat di dalam taburan kawasan pilihan raya kerusi Parlimen di Malaysia. Umumnya, kawasan majoriti Melayu/ bumiputera merangkumi antara 60 peratus hingga 70 peratus kawasan pilihan raya, diikuti oleh kawasan majoriti kaum Cina yang berkisar antara 14 peratus hingga 17 peratus, dan kawasan yang bercampur antara 14 peratus hingga 17 peratus. Kawasan majoriti kaum Melayu/bumiputera yang merangkumi 60 peratus hingga 70 peratus daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen diterjemahkan dengan anggaran bilangan kerusi yang berlegar dalam kalangan bangsa Melayu adalah berjumlah 140 buah. Berhubungan itu, kajian menemukan bahawa perubahan sosial telah membahagikan generasi kepada kapsul-kapsul yang berbeza (Hairol Anuar 2014). Dengan merujuk kepada tulisan Kamaruddin M.Said (2012), beliau telah menukilkan bahawa generasi era nasionalisme akan terus berpegang kepada kesedaran sejarah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Generasi merdeka dan generasi DEB ingin terus mengingati bagaimana kemerdekaan negara memungkinkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia dilaksanakan dan faedah yang telah dan sedang di kecapi. Generasi pasca DEB, iaitu generasi muda yang turut berpeluang mengecapi hasil DEB, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, lebih cenderung menyimpulkan bahawa kejayaan hidup yang sedang mereka lalui ialah atas usaha serta kebolehan masingmasing. Kisah era penjajahan, perjuangan kemerdekaan, dan pelaksanaan DEB ialah kisah sejarah yang tidak menarik untuk sentiasa diperingati. Latar nilai sebegini yang kini mewarnai kehidupan saban generasi didapati telah memainkan peranan cukup penting dalam kehidupan seseorang dan hal ini sekali gus telah menjadikan nilai sebagai kuasa penentu untuk membuat pilihan politik bagi memilih atau tidak memilih kepimpinan politik pada peringkat pilihan raya yang bakal diadakan. Oleh kerana itu, transisi nilai inilah yang menjadi garis pemisah di antara generasi pasca DEB (generasi muda) dengan trio generasi era nasionalisme, generasi merdeka, dan generasi DEB (generasi dewasa) dan diterjemahkan di dalam saluran-saluran undi dalam pilihan raya. 210
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Konotasi negatif terhadap perubahan nilai telah mengundang bersama terhadap kemelut ketidakstabilan politik. Hakikatnya latar belakang budaya politik Melayu memiliki pengaruh yang besar kepada budaya politik Malaysia keseluruhannya. Pada masa kini terdapat segolongan kaum Melayu yang mulai berani mempertikaikan hak mereka sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Perkara 153: Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, Perkara 152: yang berkaitan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan Perkara 3: Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang didedahkan oleh Abdul Latif et al. (Utusan Malaysia, 16 Mac 2010). Hal sebegini sememangnya telah dijangka kerana di dalam kajian Maznah (2007), beliau telah menyatakan di dalam kedominan politik Melayu masa kini telah timbulnya perubahan sikap dalam kalangan pengundi yang tiada memori berkaitan dengan perjuangan kemerdekaan, persoalan kontrak, atau pengalaman rusuhan antara kaum. Justeru, senario sebegini menghujahkan bahawa faktor etnik seseorang adalah tidak lagi signifikan dalam pertimbangan pengundi; seperti dalam penentuan calon pilihanraya. Hal ini adalah didasari oleh tren politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab kemenangan dalam pilihanraya. (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Prioriti masyarakat melayu, khususnya dalam kalangan urban Melayu adalah kemampuan calon dari segi implementasi manifesto. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah elemen yang menjadi pertimbangan dalam pengundian (Paimah Atoma et al 2013: 135). Transisi dari kepentingan ketuanan Melayu pada awal kemerdekaan kepada keterbukaan dari segi pemilihan pemimpin pada masa kini menuntut ruang wacana yang serius. Ketirisan kebergantungan bangsa Melayu terhadap Institusi Beraja pula semakin pudar apabila masyarakat Melayu selepas merdeka mula beralih angin dari terlalu bergantung kepada kedudukan institusi beraja kepada kebergantungan kepada parti-parti politik Melayu semata-mata (Chandra Muzaffar 1992). Walhal tema demokrasi yang menjadi amalan di Malaysia mempraktikkan formula ‘demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan’ di mana secara kolektifnya para sarjana malahan majoriti ahli politik mengakui bahawa ianya merupakan suatu konsep gabungan unsur-unsur tradisi dan moden, mempertahankan yang asal dan asas sambil menyerap yang baharu dan luaran secara terpilih. Semangat ‘demokrasi berparlimen’ yang pada teorinya memberi hak sama rata perlu dikawal dengan ‘kedaulatan raja berperlembagaan’ yang menjadi sauh kepada kestabilan yang berurat tunjang pada tradisi (Firdaus Hj Abdullah 2008). Namun tema ini semakin lenyap seiring usia para pendokongnya. Oleh sebab itu, peranan nilai amat mustahak kerana kuasa nilai inilah berperanan sebagai penentu utama di dalam sistem politik yang menjadi wasilah demokrasi dalam pembentukan negara dan seterusnya membina peradaban. Baik atau buruknya, benar atau salahnya, bersih atau kotornya sistem demokrasi bergantung sepenuhnya kepada nilai masyarakatnya yang menjadi pelaku utama di dalam pentas politik. KESINAMBUNGAN NILAI DALAM KAJIAN LEPAS Lazimnya kajian terhadap kelakuan mengundi juga boleh dirujuk di dalam bidang Sains Politik. Bidang yang mengkaji aliran pemikiran pengundi yang mempengaruhi pola pengundian dipanggil psephology. Menurut Syed Ahmad Hussein (1996) terdapat beberapa rumusan dan hipotesis utama yang timbul dari kajian-kajian ini yang dijadikan panduan am kepada mereka yang berminat untuk mengkaji kelakuan pengundi dalam satu-satu konteks sebenar. Antara sarjana-sarjana psephology yang dirujuk adalah Peter B. Harris (1979), Richard Rose (1974), dan Angus Campbell (1966). Di antara panduan am bagi mengkaji kelakuan pengundi di dalam satu-satu konteks sebenar ialah: 211
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
a. Kebanyakan orang, termasuk mereka yang tidak keluar mengundi, merasakan bahawa pilihan raya, pengundian, dan perwakilan adalah baik dan berfaedah. b. Di kebanyakan negara demokratik liberal antara 80 peratus hingga 90 peratus pengundi tidak mengubah ketaatan parti mereka, iaitu mereka terus menyokong parti yang sama dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya. c. Tetapi mereka yang mengubah fikiran (atau yang digelar ‘pengundi terapung’) mempunyai ‘impact’ yang mendalam ke atas keputusan pilihan raya. d. Kempen-kempen pilihan raya sebelum hari mengundi tidak banyak mempengaruhi keputusan majoriti pengundi. Yang mungkin terpengaruh ialah golongan minoriti pengundi terapung. e. Manifesto-manifesto dan kenyataan-kenyataan tentang pendirian calon atau parti terhadap isu-isu juga tidak banyak mengubah fikiran pengundi. f. Media massa seperti radio, television, dan akhbar juga tidak banyak mempengaruhi pengundi. Malah ramai pengundi yang bosan (irritated) dengan kempen-kempen pilihan raya melalui radio dan television. g. Kebanyakan pengundi membuat keputusan sesuatu parti atau calon berdasarkan angkubah-angkubah seperti kelas, agama, umur, kawasan, jantina, dan pendapatan. h. Pengaruh yang terbesar ialah pengaruh keluarga, terutamanya di negara-negara membangun. Tetapi di Britain turut didapati 90 peratus pengundi mengundi parti yang sama seperti yang dipilih oleh bapa mereka. i. Kebanyakkan pengundi menghubungkan sesuatu parti itu dengan imej-imej tertentu yang agak tetap dan mereka mengundi berdasarkan imej (stereotype) ini dan bukannya perkiraan-perkiraan rasional tentang isu-isu tertentu. Justeru itu, pengaruh nilai di dalam pemilihan kepimpinan politik sebenarnya adalah sesuatu yang mustahak dan tidak wajar dipinggirkan. Selain itu juga, kajian terhadap keputusan pilihan raya pula banyak di analisa oleh disiplin akademik Geografi Pilihan Raya yang turut mengkaji tingkah laku pilihan raya. Sehubungan dengan itu, Taylor & Johnston (1979) berpendapat geografi pilihan raya adalah kajian yang berkaitan dengan geografi pengundian, pengaruh geografi terhadap pengundian, dan pengaruh geografi terhadap perwakilan. Justeru kajian terhadap nilai terkelompok dalam bidang geografi pilihan raya khususnya dalam menilai sejauh manakah sistem ini berpengaruh dalam kalangan kelompok kelas menengah Melayu bagi menentukan kepimpinan politik di Malaysia. Hubungan nilai di dalam sistem politik di Malaysia turut dapat dilihat melalui beberapa kajian-kajian sebelum ini yang sekali gus telah menimbulkan semacam kesedaran baru dalam pemikiran politik masyarakat Melayu moden di Malaysia. Kelangsungan nilai di dalam menentukan hala tuju politik di Malaysia juga boleh dirujuk di dalam kajiankajian berikut, sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Mohamad Kamil & Rahimin Affandi (2009), antaranya :Kajian Ahmad Fauzi Mohd Basri (1996), Kajian Syed Ahmad Hussein (2002), Kajian Zulkipli Abd Ghani (2002) dan Kajian Mohamad Abu Bakar (2002). KEPENTINGAN PEMIMPIN POLITIK DALAM KEHIDUPAN Dalam sebahagian penemuan kajian sebagaimana yang tertera dalam jadual di bawah didapati responden yang ditemukan mengakui terhadap kepentingan kepimpinan politik ke atas diri mereka dan ini adalah reflek golongan ini terhadap nilai yang menjadi pegangan mereka tentang kepentingan pemimpin politik dalam kehidupan mereka.
212
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 1 Kepentingan pemimpin politik dalam kehidupan
5.
Sangat Setuju
4.
Setuju
3.
Kurang Setuju
2.
Tidak Setuju
1.
Penyataan
Sangat Tidak Setuju
Bil
Pemilihan seseorang pemimpin politik adalah sesuatu yang bernilai di dalam hidup saya.
4 (0.7%)
15 (2.8%)
81 (14.9%)
306 (56.3%)
138 (25.4%)
Pemilihan kepimpinan politik pada masa kini adalah penting untuk generasi masa hadapan.
1 (0.2%)
4 (0.7%)
16 (2.9%)
267 (49.1%)
256 (47.1%)
Pemilihan kepimpinan politik penting kerana sesebuah kerajaan hanya boleh dibentuk melalui kaedah demokrasi sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
5 (0.9%)
12 (2.2%)
50 (9.2%)
304 (55.9%)
173 (31.8%)
Rakyat mampu mengawal pemimpin mereka dengan cara mengundi atau tidak mengundi di dalam pilihan raya.
8 (1.5%)
31 (5.7%)
94 (17.3%)
287 (52.8%)
124 (22.8%)
Saya tidak akan mengundi di dalam pilihan raya.
215 (39.5%)
134 (24.6%)
131 (24.1%)
44 (8.1%)
20 (3.7%)
Jadual di atas menunjukkan kepentingan pemimpin politik dalam kehidupan. Analisis dapatan kajian mendapati item yang paling tinggi peratusan adalah di bilangan nombor dua iaitu penyataan berkenaanpemilihan kepimpinan politik pada masa kini adalah penting untuk generasi masa hadapan (47.1 peratus), diikuti peratusan paling tinggi menunjukkan item di berkenaan penyataan pemilihan kepimpinan politik penting kerana sesebuah kerajaan hanya boleh dibentuk melalui kaedah demokrasi sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan (31.8 peratus). Manakala penemuan kajian menunjukkan item di bilangan nombor lima merupakan dapatan peratusan yang paling rendah iaitu penyataan berkenaan saya tidak akan mengundi di dalam pilihan raya mendapat peratusan yang paling tinggi di dalam kompenan sangat tidak setuju iaitu 39.5 peratus. Pilihan raya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Syed Ahmad Hussein (1996) adalah proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar, dan undang-undang masyarakat. Ini jelas membuktikan bahawa kepimpinan politik amat penting di dalam kehidupan golongan kelas menengah Melayu ini.Proses pilihan raya yang merupakan elemen penting di dalam demokrasi memperkukuhkan hujah kenapa seseorang pemimpin sewajarnya dipilih oleh rakyat dan bukannya dilantik (Mohd Izani 2005). Ini selaras dengan tren pengundi yang cenderung membentuk pola pengundian berdasarkan persepsi kemampuan pemimpin untuk menangani isu dominan dalam kehidupan seharian masayarakat (Muhammad Shamshinor et al. 2016). Amer Saifude (2009) menegaskan bahawa apabila rakyat keluar mengundi bermakna mereka terlibat di dalam pilihan raya. Akan tetapi, ada yang tidak keluar mengundi walaupun mereka layak berbuat demikian. Kebiasaannya, kadar mengeluar undi menjadi pengukur kepada keterlibatan masyarakat di dalam pilihan raya. Lebih tinggi kadar keluar mengundi, bermakna lebih ramai pengundi yang terlibat dalam proses pilihan raya, dan begitu juga sebaliknya. Kadar keluar mengundi yang rendah, sering menjadi bahan kajian di dalam disiplin geografi pilihan raya dan dilabel ‘tidak sihat’ kepada proses demokrasi. 213
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Tidak dapat dinafikan kelahiran dan kejayaan sesebuah masyarakat acapkali diwarnai oleh kesan kepimpinan. Sejarah menjadi bukti bagaimana bangsa dan tamadun yang hebat dicorak dan dibentuk oleh pemimpin yang berjiwa besar, berpandangan jauh serta berani membuat perubahan (Khairil Annas 2009). Pernyataan ini diperkukuhkan dengan akuan bahawa pemilihan seseorang pemimpin politik adalah sesuatu yang bernilai di dalam hidup mereka (81.6 peratus, min=4.02, SP=0.76). Dapatan kajian ini jelas memperlihatkan majoriti kumpulan sasaran ini memperakui kepentingan kepimpinan politik di dalam kehidupan mereka. Hal ini turut terkait dengan jumlah peratusan sebanyak 96 peratus (min=4.42, SP=0.61) yang merasakan bahawa pemilihan kepimpinan politik pada masa kini adalah penting untuk generasi pada masa hadapan. Majoritiresponden turut bersetuju bahawa kejatuhan sesebuah negara boleh disebabkan oleh tindakan salah pilih pemimpin di dalam pilihan raya (85 peratus, min=4.11, SP=0.78). Hemat sebegini adalah seiring dengan pandangan Javid Iqbal (1983) bahawa pendekatan pilihan raya sememangnya disokong oleh pendokong demokrasi dan mereka yang menerima konsep demokrasi Islam. Bagi mereka, pilihan raya perlu diadakan bagi memastikan pemimpin terbaik dapat dilahirkan. Jika calon yang menang itu gagal berkhidmat dengan baik, maka mereka boleh digugurkan dalam pilihan raya akan datang dan menggantikannya dengan individu lain. PENUTUP Oleh kerana itu, penemuan kajian ini amat relevan di dalam menilai sisi lain terhadap sistem politik yang berlaku dalam negara ini. Survival sistem politik melalui wadah demokrasi, dikaji melalui penumpuan dan penekanan terhadap nilai yang begitu penting di dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana pemahaman dan penghayatan nilai sangat berkait rapat dengan maju atau mundurnya sesebuah peradaban yang menjadi formula terhadap kelangsungan sesebuah negara. RUJUKAN Amer Saifude (2009) Geografi Pilihan Raya dan Tingkah Laku Pilihan Raya Malaysia 19592008. Kuala Lumpur: UM. Chandra Muzaffar. 1996. Keadilan Sosial Di Malaysia: Satu Penilaian. Pemikir Julai-September Dahl, Robert A. 1975. Modern Political Analysis. New Delhi: Prentice Hall. Easton, D. 1965. A Framework for Political Analysis. New Jersey: Prentice Hall. Federal Constitution. 2002. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Firdaus Hj Abdullah. 2008. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dewan Masyarakat Edisi Khas PRU Ke-12. Glassner, M.I. 1996. Political Geography. New York. John Wiley and Sons. Hairol Anuar. 2010. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriotisme (Edisi Kedua). Bandar Seri Putra: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik KUIS. Kamaruddin M.Said. 2012. Kesedaran Sejarah dan Transformasi Sosial di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Sejarah. Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia. Wisma Sejarah, 2011. Khairil Annas. 2009. Evolusi Kepimpinan: Tinjauan Teori-Teori Terpilih. Kuala Lumpur: Kasturi Jingga. Maznah Mohamad. 2003. The contest for Malay votes in 1999: UMNO’s most historic challenge. Dlm.Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu. Eds. New Politics in Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asia Studies. Miller, J.D.B. 1965. The Nature of Politics. London: Penguin. Mohamad Kamil dan Rahimin Affandi.2009. Perubahan Sosial dan Impaknya terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun.Jurnal Hadhari.Bil 1. Mohd Izani. 2005. Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Kontemporari di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 214
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Muhammad Abu Bakar Abu Bakar. 1992. Persekitaran Masa Depan Politik Malaysia, Dunia Islam. April. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press. Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016. Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340. http://dx.doi.org/10.5901/ mjss.2016.v7n1s1p44 Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan. Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM. Ramanathan, K. 1997. Asas Sains Politik. Shah Alam: Fajar Bakti. Roff, William R. 1967. The Origin of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: The University of Malaya Press. Saravanamuttu, Johan. 1989. Kelas Menengah dalam Politik Malaysia: Tonjolan Perkauman atau Kepentingan Politik?. Kajian Malaysia. Jil.7 bil1&2. Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Pembangkang dan Kepembangkangan. Dewan Masyarakat Edisi Khas PRU Ke-12. Syed Ahmad Hussein. 1996. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: DBP. Utusan Malaysia. 2010. 16 Mac. Zainal Kling. 2008. Gerakan Memperjuangkan Melayu. Dewan Masyarakat Jun 2008. Zakaria Stapa. 2009. Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal Hadhari. Bil 1.
215
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEMIKIRAN MOHD YUSOF OTHMAN TENTANG PENGISLAMAN SAINS KE ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI Hazwani Bt Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kertas ini membincangkan sumbangan Mohd Yusof Othman kepada gagasan pengislaman sains ke arah pemantapan jati diri rakyat yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Ilmu sains yang tidak mengetepikan peranan Tuhannya dan berfungsi dalam membentuk kemajuan negara menjadi antara salah satu teras kepada pembinaan jati diri. Oleh sebab sains yang ada pada hari ini diterima mengikut fahaman yang dibentuk oleh ilmuan Tamadun Barat yang liberal dan sekular, maka usaha pengembalian sains tersebut ke tempatnya atau “Pengislaman Sains”, perlu dijadikan suatu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh para ilmuan. Mohd Yusof yang telah mempopularkan “Sains Tauhidik” adalah antara ilmuan yang telah banyak memberikan buah fikiran melalui penulisan, penyampaian lisan dan pelbagai aktiviti yang objektifnya menjurus kepada pengislaman sains. Rujukan kepada pemikiran tokoh yang berada di dunia pendidikan ini dilakukan sebagai suatu usaha untuk mengembalikan jati diri umat Islam agar tidak terus berada dalam asuhan dan propaganda Barat yang terlalu mengagungkan ciptaan mereka dan mengenepikan peranan Tuhan. Kata kunci:
Islam, Pengislaman sains, Mohd Yusof, jati diri Melayu.
PENDAHULUAN Perbincangan berhubung isu jati diri bagi rakyat Malaysia adalah suatu isu yang kompleks untuk dibincangkan secara pukul rata kepada keseluruhan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya. Namun begitu, isu ini akan lebih mudah dan tepat jika dibincangkan dalam bentuk pecahan kaum dan bangsa seperti bangsa Melayu dengan isu jati diri mereka, kaum Iban dengan isu jati diri yang tersendiri, bangsa China dan bangsa India dengan isu jati diri mereka masing-masing. Menurut Wan Mohamad (2010), jati diri adalah merujuk kepada identiti diri yang sebenarnya atau asli yang dimiliki oleh seseorang yang bukan sahaja terlihat secara lahiriah, tetapi juga termasuk juga nilai-nilai yang menjadi pegangannya. Identiti diri asli yang nampak di pandangan mata adalah merujuk kepada bangsa individu sebagai salah satu jati diri, manakala nilai-nilai yang menjadi pegangan individu merujuk kepada ajaran agama yang menjadi pegangan, serta budaya yang menjadi amalan dan warisan. Islam adalah sebuah agama yang mementingkan umatnya supaya menuntut ilmu yang bermanfaat untuk memperkukuhkan jati diri insan yang unggul. Bangsa Melayu yang sejati dan tidak terjebak dengan propaganda dunia Barat yang sekular dan metarialistik menerima dan mengamalkan ajaran Islam sebagai suatu cara hidup. Manakala nilai-nilai Islam secara syumul atau menyeluruh ditekankan dalam kehidupan bangsa Melayu. Sejarah telah mencatatkan bahawa semenanjung Malaysia yang asal namanya Tanah Melayu merupakan tanah yang berketuanan Melayu dan bangsa ini jugalah yang bertanggungjawab dalam membangunkan tamadunnya. Oleh itu, isu jati diri yang dibincangkan adalah merujuk kepada jati diri bangsa Melayu sebagai jati diri kebangsaan. Jati diri kebangsaan ini bukan hanya tiba-tiba muncul di saat negara mencapaikemerdekaan malah sebelum kedatangan penjajah lagi jati diri ini telah menjadilambang kebanggaan rakyat (Zainul Rijal, 2010). Bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa yang mendapat hak keistimewaan yang melebihi bangsa-bangsa lain. MenurutPerlembagaan Persekutuan, istilah Melayu adalah 216
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
merujuk kepada seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan adat resam Melayu(Perlembagaan Persekutuan, Fasal 160 [2]) (Zainal t.th.). Penakrifan kepada istilah Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu sewajibnya beragama Islam dan mengamalkan adat-adat yang terdapat dalam amalan masyarakat Melayu. Namun, jika seseorang yang berdarah Melayu yang bukan beragama Islam dan mengamalkan budaya dan adat resam yang bukan menjadi amalan masyarakat Melayu, maka tidak layak baginya digelar sebagai bangsa Melayu yang menjadikan Islam sebagai asas jati diri. Pemantapan jati diri bangsa Melayu dibentuk dan diperkukuhkan melalui warisan turun temurun dan saluran pendidikan yang menepati kehendak agama Islam untuk menjamin kemaslahatan hidup, bukan hanya di dunia tetapi juga melibatkan kehidupan selepasnya. Terdapat empat teras utama dalam pembinaan jati diri bangsa Melayu (Nik Rosila, 2009) iaitu, teras taqwa, teras akhlak, teras ilmu pengetahuan dan teras muamalat. Namun begitu perbincangan ini lebih menjurus kepada teras ilmu pengetahuan yang berkisar tentang sains. Untuk menjana kekuatan sesebuah bangsa dan negara, kekuatan agama hendaklah dibina dan dikembangkan di semua peringkat pendidikan (Tajul Ariffin & Nor ‘Aini Dan, 2002). Namun begitu, jika dilihat pada situasi hari ini, kebanyakan penyampaian ilmu terutamanya sains kepada masyarakat Melayu bukanlah mengikut landasan, huraian atau kepenggunaan yang menepati kehendak ajaran agama. Sains hari ini adalah sains yang telah melalui proses pengsekularan. Ilmu yang tidak disandarkan kepada Penciptanya ini akan melahirkan insan yang rakus kepada keuntungan dunia semata-mata. Dalam usaha untuk mengembalikan jati diri bangsa Melayu yang beragama Islam melalui saluran pendidikan, pengtingnya peyampaian ilmu sains yang memenuhi kehendak ajaran Islam. Pengembalian atau pembersihan ilmu dari unsur-unsur sekular perlu dilakukan agar ilmu sains yang disampaikan tidak merosakkan jati diri bangsa dan menjarakkan hubunganya dengan agama Islam. Proses yang diperlukan untuk mengembalikan dan menyandarkan ilmu kepada penciptanya inilah yang digelar sebagai pengislaman sains. Justeru, pengislaman ilmu atau pengislaman sains adalah jawapan kepada masalah pembinaan jati diri bangsa Melayu melalui saluran pendidikan. KONSEP PENGISLAMAN SAINS Didikan sains barat moden telah membentuk tanggapan bahawa, ilmu yang bersifat ilmiah dan objektif ialah ilmu yang neutral, iaitu ilmu yang tidak terpengaruh dan memihak kepada kepercayaan dan fahaman-fahaman tertentu. Walhal, ketika mereka menyatakan ilmu itu bersifat neutral, ilmu itu tidaklah seneutral yang disangka. Ia hanya neutral dari nilai-nilai Islam, tetapi tidak kepada nilai-nilai seperti sekularisme atau liberalisme. Inilah salah satu kekacauan yang diakibatkan oleh rosaknya konsep dasar tentang ilmu sains. Peradaban barat telah membuang nilai-nilai agama terhadap ilmu pengetahuan. Ilmu sains yang dahulunya selalu dikaitkan dengan kekuasaan Allah, sekarang sudah tidak lagi. Sains seakan-akan berdiri sendiri, dan dianggap memenuhi hukum sendiri iaitu hukum alam yang terjadi secara semula jadi (Budi Handrianto, 2010). Inilah yang menjadi masalah besar yang perlu ditangani untuk memastikan kepincangan dan kecelaruan yang telah wujud sekian lama dibetulkan semula. Bertitik tolak daripada ungkapan Abdul Latif (1999) yang menyatakan bahawa, ‘bukan semua masalah agama ialah masalah matematik walaupun dalam keilmuan matematik Islam, semua masalah matematik adalah masalah keagamaan’, (begitu juga masalah ilmuilmu lain yang menjadi cabang sains, turut menjadi masalah keagamaan yang perlu diselesaikan), maka permasalahan ilmuin iharus diselesaikan dengan cara berhikmah supaya ia berada dalam kerangka agama yang berlandaskan rukun Iman, Islam dan Ihsan. Justeru, ‘Pengislaman Ilmu’ merupakan jawapan kepada kecelaruan penyampaian ilmu tersebut. 217
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dalam bahasa Arab pengislaman ilmu disebut sebagai “Islamiyyat al-Ma’rifat”, manakala dalam bahasa Inggris disebut sebagai “Islamization of Knowledge”. Agenda dan strategi dalam pelaksanaan pengislaman sains semestinya masih belum sempurna untuk menyelesaikan masalah keterpisahan antara sains dan agama kerana telah sekian lama sains telah disekularkan oleh peradaban barat. Pemisahan antara teologi dengan falsafah tabii yang terjadi di Eropah Barat pada sekitar 1800M telah membawa kesan yang amat mendalam terhadap falsafah setiap bidang ilmu pengetahuan. Sebelum pemisahan itu berlaku bidang-bidang ilmu seperti kimia, sains hayat dan fizik terletak sepenuhnya dalam mandala keagamaan tetapi selepas pemisahan, kesemua bidang keilmuan itu akhirnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan aktiviti keagamaan (Abdul Latif, 1999). Disinilah pentingnya percambahan pendapat oleh pelbagai ilmuan dan pemikir Muslim dari bidang-bidang tertentu berhubung idea pengislaman sains. Idea-idea ini perlu dikumpul dan disepadukan menjadi sebuah panduan kepada proses pengislaman ilmu yang utuh dan berlandaskan al-Quran dan Hadith. Pengislaman sains adalah suatu usaha yang telah dicadangkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan seterusnya diikuti oleh Ismail al-Faruqi yang menyediakan gerak kerja pengislaman ilmu yang lebih tersusun. Idea pengislaman sains telah dibentangkan dan dibincangkan dalam Persidangan Dunia Pendidikan Islam pertama yang telah diadakan di Mekah pada April 1977.Syed Muhammad Naquib al-Attas telah membentangkan makalah utamanya yang bertajuk Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge and Definition and Aims of Education. Bagi memastikan gagasan pengislaman ilmu bergerak maju, persidangan dunia yang seumpamanya telah terlaksana pada tahun 1980 di Islamabad, 1981 di Dhaka, 1982 di Jakarta, 1985 di Mesir, 1990 di Amman, dan 1996 di Capetown. LATAR BELAKANG MOHD YUSOF OTHMAN Yusof Othman bukanlah satu nama yang asing dalam dunia pendidikan peringkat universiti di Malaysia. Beliau yang merupakan anak kelahiran Paya Keladi, Seberang Perai, Pulau Pinang telah dilahirkan pada 12 Ogos 1952. Sekolah Kebangsaan Paya Keladi adalah sekolah pertama bagi Yusof Othman menerima pembelajaran secara formal. Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas dan seterusnya ke sekolah Sekolah Menengah Alam Shah pada tahun 1968. Pada tahun 1972, Yusof Othman berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memilih bidang fizik. Pertama kali Yusof Othman mengenal dunia kerjaya pada tahun 1976 selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjanamuda Sains (Fizik) daripada UKM dan ditugaskan untuk menjadi pensyarah bermula pada April 1976 di Matrikulasi UKM di Sabah untuk beberapa bulan. Manakala pada bulan September tahun yang sama, 1976, Yusof Othman telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara, Bedford College, University of London dalam bidang Solid State Physic. Selepas tamat pengajian dalam masa setahun, pada bulan Disember 1977 beliau menyambung semula kerjaya sebagai pensyarah di UKM yang ketika itu masih bertempat di Jalan Pantai selama tiga tahun. Setelah itu, kerjaya beliau terhenti buat seketika kerana menyambung pengajian ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1984 dalam bidang tenaga suria di Univercity of Aston, United Kingdom. Mohd. Yusof Hj. Othman adalah Profesor di Program Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini beliau adalah Ketua, Jabatan Fizik dari tahun 1990 sehingga 1994. Pada tahun 1994 sehingga tahun 2002, beliau merupakan Timbalan Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi, manakala pada tahun 2002 sehingga tahun 2007, beliau memegang jawatan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UKM. Beliau kini (2016) masih menyandang jawatan sebagai Pengarah Pertama, Institut Islam Hadhari sejak Julai 2007 di universiti tersebut. Beliau telah menulis dan penulis bersama lebih daripada 350 rencana jurnal, pascasidang, dan seminar bidang tenaga keterbaharuan, fizik, dan 218
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pendidikan & falsafah sains. Beliau telah menulis lebih 28 buah buku dalam bidang fizik dan bacaan awam dan telah mendaftar sebanyak 11 paten(Mohd Yusof, 2013). SUMBANGAN YUSOF OTHMAN DALAM PENGISLAMAN SAINS KEARAH PEMANTAPAN JATI DIRI Mohd Yusof Othman adalah salah seorang pejuang bahasa. Beliau lantang mempertahankan dan memperkasa penggunaan bahasa Melayu terutamanya dalam sistem pendidikan negara. Dalam kebanyakan buku karangan beliau, seperti buku Pengenalan Sains Tauhidik (2014) dan buku Sains, Masyarakat dan Agama (2009), terdapat bab yang khusus membincangkan kepentingan bahasa Melayu. Manakala pada tahun 2006, beliau ada membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Keunggulan Bahasa Melayu: Menyongsong Tatanan Baru Dunia” dalam Seminar Bahasa dan Sastera sempena Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Hasil pemikiran beliau dalam penulisan buku dan kertas kerja yang sebegini telah menyerlahkan lagi kepentingan kepenggunaan Bahasa Melayu terutamanya dalam pendidikan. Usaha yang beliau tunjukkan dalam mempertahankan penggunaan bahasa Melayu melalui penulisan, seminar dan ceramah yang beliau hadiri menjadi suatu usaha yang bermakna untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terjamin di mata bangsanya sendiri. Menurut Mohd Yusof (2014), apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang menyampaikan pengetahuan sains dan teknologi, maka akan hilanglah nilai-nilai agama dan budaya orang Melayu yang sememangnya tidak terpisah dengan Islam. Beliau amat bangga kerana ditakdirkan oleh Allah untuk membina kerjaya di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai satu-satunya universiti di dunia yang bermatlamat untuk memartabatkan bahasa ini dalam semua bidang ilmu, terutamanya sains dan teknologi yang menjadi kepakaran beliau. Sumbangan beliau dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai suatu asas jati diri bangsa Melayu telah diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian ini telah menganugerahkan beliau Tokoh Akademik Bahasa Melayu pada tahun 2013. Malah, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada saintis ini untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Penerbitan pada tahun 2012 sehingga 2014. Mohd Yusof adalah seorang saintis yang telah terlibat dalam penyelidikan tenaga keterbaharuan lebih 30 tahun yang lalu. Sumbangan utama beliau adalah dalam kajian sinaran suria, dan sistem suria terma dan fotovoltan. Kajian utamanya adalah dalam mereka cipta pengumpul suria untuk air dan udara panas, sistem pam air suria, sistem fotovoltan tersambung ke grid dan terakhir ini sistem pengumpul fotovoltan terma (Mohd Yusof, 2012). Manakala dalam usaha untuk merealisasikan pengislaman sains yang menjurus kepada pemantapan jati diri bangsa Melayu yang beragama Islam, Mohd Yusof sebagai seorang saintis tulen dan pemikir Melayu Muslim telah mengajukan Sains Tauhidik sebagai suatu pendekatan dalam pengislaman sains. Sains Tauhidik adalah sains yang berteraskan konsep tauhid. Amalan sains tauhidik adalah berteraskan konsep ketuhanan sebagai Pencipta, maka segala kegiatan sains yang hendak dilakukan manusia adalah tertakluk kepada syariah (Khalijah&Mohd Yusof, 2009). Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan kursus Sains Tauhidik sebagai kursus yang wajib diambil oleh pelajar di Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus ini berfungsi sebagai bekalan kepada para pelajar sains yang ramai di antara mereka adalah pelajar Muslim Melayu, maka adalah wajar kursus yang berkaitan padang alam Islam dalam konteks sains ini ditawarkan kepada mereka (Khalijah&Mohd Yusof, 2009). Mohd Yusof telah berusaha mengarang sebuah buku khusus sebagai rujukan kepada kursus Sains Tauhidik ini. Buku yang diberikan tajuk Pengenalan Sains Tauhidik (2014) ini boleh dijadikan rujukan untuk menyelesaikan permasalahan antara sains dan agama Islam. Penglibatan yang aktif dalam bidang agama dan sains telah mendorong beliau untuk terus memantapkan gagasan pengislaman ilmu dan berusaha menerangkan kepada masyarakat berhubung konsep agama dan sains serta hubungkait antara keduanya. Melalui penglibatan, 219
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kerahan tenaga dan fikiran ini jugalah beliau telah menjadi pilihan untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah pertama, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2007 sehinggala ke hari ini (2016). Malah, beliau turut berjaya menarik minat pihak luar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dipertanggungjawabkan memikul amanahamanah sebagai Ahli Panel Majlis Perunding Islam, Jabatan Perdana Menteri bermula pada Jun 2014,Felo Akademi Sains Malaysia sejak 2014, Felo Kehormat Universiti Islam Malaysia (2014-15), Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM (2005-07), Felo Kehormat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (2014). Beliau juga adalah Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia sejak 2006, Setiausaha Panel Dakwah bagi Majlis Perunding Islam Malaysia (2008-2011), Ahli Majlis Dakwah Negara (2014-16), dan Ahli Lembaga Penasihat, Institut Wasatiyyah Malaysia (2013-15) (Mohd Yusof, 2013). Sumbangan beliau dalam pengislaman sains banyak diterjemahkan melalui penyampaian lisan dan penulisan bahan ilmiah. Antara tulisan yang menterjemahka sumbangan hasil pemikiran beliau dalam pengislaman sains adalah buku Isu dalam Ilmu dan Pemikiran (1998), Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan (2002), Sains dalam Maqasid Al-Quran (2013), prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik yang bertajuk Mengapa Dunia Memerlukan Sains Tauhidik? (2010), Etika dalam Sains: Tauhidik Berbanding Sekular (2010), dan Pandangan masyarakat Terhadap Sains Kontemporari (2010), kertas kerja seminar yang bertajuk AlQuran dan Sains (Nuklear) (2010) dan banyak lagi. Melalui penglibatan, lantikan dan penulisan beliau ini telah menggambarkan peranan dan sumbangan yang telah beliau salurkan demi memartabatkan gagasan pengislaman sains. Sebagai pendidik yang peka kepada keperluan jiwa anak didiknya yang dahagakan penyampaian ilmu sains yang tidak mengenepikan peranan Penciptanya, beliau berusaha melaksanakan tanggungjawabnya untuk membentuk jati diri anak bangsa yang beragama. Hasil usahanya dalam dunia pendidikan ini telah menarik perhatian banyak pihak sehinggakan beliau dianugerahkan dengan Anugerah Penghargaan Maal Hijrah (1426H-2006) daripada Kerajaan Malaysia, dan Tokoh Maal Hijrah daripada Kerajaan Pulau Pinang (1429H-2008). KESIMPULAN Bangsa Melayu seharusnya memantapkan jati diri mereka dengan pengamalan ajaran Islam dalam segala urusan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi di bidang pendidikan yang memberikan manfaat untuk kehidupan di dunia dan kehidupan selepasnya. Mereka perlu sedar dan mengelak untuk terus berada dalam kepompong dan kekangan pola pemikiran sains barat dan berusaha mencari sistem yang benar-benar bertepatan dengan kehendak jiwa manusia yang bertuhan. Pemahaman kita kepada alam yang fizikal bergantung kepada teori kita berkenaan sesuatu fenomenon itu. Maka. Jika teori kita mempunyai ralat, pemahaman kita tentang sesuatu fenomena itupun bertambah ralatnya (Abdul Latif, 2012). Pengislaman sains ini seharusnya dipikul oleh keseluruhan ilmuan dan sarjana muslim yang ada pada hari ini dan tidak terus hanyut dengan sains yang diselewengkan oleh barat atau sekularisasi dan memudarkan jati diri bangsa. Kekuatan idea-idea dalam memartabatkan dan menjadikan pengislaman sains sebagai suatu usaha yang nyata akan mampu untuk mempertahankan kedudukan Islam di dalam masyarakat yang menjunjung martabat ilmu yang bersih dan suci dari pencemaran atau penyelewengan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda dan berkepentingan tersendiri, dan secara tidak langsung mampu menolak sekularisasi dan menjaga kepentingan agama Islam di dalam masyarakat yang ada pada masa ini dan masa akan datang.
220
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Abdul Latif Samian. 1999. FalsafahMatematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Latif Samian. 2012. Memetakan Metamatematik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Budi Handrianto. 2010. IslamisasiSains. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar. Nik Rosila Nik Yaacub. 2009. Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu: Dari Perspektif Pendidikan Psikososial. Pulau Pinang: Universiti SainsMalaysia. Khalijah Mohd Salleh & Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Sains Tauhidik Sebagai Satu Kursus STPD. Kertas kerja dalam Seminar Pendidikan Sains Teknologi Maklumat (SteM ‘09). Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Yusof Hj. Othman. 1998. Isu dalam Ilmu dan Pemikiran. Kajang, Aras Mega Sdn. Bhd. Mohd Yusof Hj Othman. 2002. Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Mengapa Dunia Memerlukan Sains Tauhidik?”. Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010. Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Etika dalam Sains: Tauhidik Berbanding Sekular”. Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010. Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Pandangan masyarakat Terhadap Sains Kontemporari”. Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010. Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Al-Quran dan Sains (Nuklear)”. Seminar Al-Quran Peringkat Pulau Pinang 1431H/2010M, anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Melenium, Kepala Batas, 18 Julai 2010. Mohd Yusof Hj Othman. 2012. Gagasan 1Malaysia: Kreativiti & Inovasi Dalam Pembinaan Peradaban. Purrajaya: Akademi Kenegaraan BTN, Jabatan Perdana Menteri. Mohd Yusof Hj Othman. 2013. Sains dalam Maqasid al-Qur’an. Bangi: Institut Islam Hadhari UKM. Mohd Yusof Hj Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Ariffin Noordin & Nor ‘Aini Dan. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Pendekatan bersepadu. Selangor: Al-Syabab Media. Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. 2010. Strategi, kaedah dan pelaksanaan dakwah dalam membina jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, hlm. 85-96. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zainal Kling. t.th. Islam dan Kebudayaan Alam Melayu. Malaysia: Universiti Malaya. http:// portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/Islam%20dan%20Kebudayaan%20 Alam%20Melayul.pdf, [19.02.2016]. Zainul Rijal Abu Bakar. 2010. Undang-undang Islam di Malaysia: Ke arah pembentukan jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, hlm. 67-84. Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM.
221
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
MODENISASI KETENTERAAN CHINA: PERTIMBANGAN UNTUK MENANGANI ANCAMAN KESELAMATAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA Herlin Anak Aman, D.Ravichandran K.Dhakshinamoorthy & Nor Azizan Idris Program Strategi Dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak China yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar di peringkat global telah menunjukkan peningkatan ketara dalam aspek pembangunan ketenteraan. Semenjak melakukan pembaharuan ekonomi pada lewat tahun 1970-an, jumlah perolehan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah membolehkan kerajaan China membelanjakan sehingga mencecah billion dolar untuk membangunkan bidang ketenteraan. Kajian mendapati faktor ancaman keselamatan merupakan pertimbangan utama China untuk membangunkan bidang ketenteraan terutama pada era pasca Perang Dingin. Ancaman keselamatan yang wujud kepada China adalah merangkumi keselamatan tradisional dan keselamatan bukan tradisional. China telah dibelenggu oleh pelbagai isu ancaman keselamatan yang menjejaskan kepentingan nasional di peringkat domestik dan antarabangsa. Isu-isu seperti bencana alam, kumpulan pemisah atau anti kerajaan di Tibet dan Xinjiang, isu Taiwan, tuntutan bertindih di Laut China Selatan, isu negara-negara sempadan dan lain-lain telah mempengaruhi pertimbangan utama kerajaan China menggunakan strategi ketenteraan bagi mengatasi ancaman keselamatan. Teori realis menghujah bahawa unsur utama dalam kuasa seperti kekuatan ekonomi membolehkan sesebuah negara membangun dan membentuk pasukan tentera yang lebih kuat dan cekap. Kekuatan ekonomi negara telah merealisasikan hasrat kerajaan China untuk membangun dan membentuk sebuah pasukan tentera yang mampu mengatasi faktor ancaman keselamatan domestik dan antarabangsa. Kata kunci: P embangunan ketenteraan China, ancaman keselamatan, realis.
PENGENALAN Konsep keselamatan telah melalui perubahan selepas berakhir Perang Dingin pada tahun 1991. Masyarakat antarabangsa telah melihat bahawa konsep keselamatan pasca Perang Dingin bukan sahaja berkaitan dengan konsep keselamatan tradisional malahan juga berkaitan dengan konsep keselamatan bukan tradisional. Semasa era Perang Dingin, keselamatan sesebuah negara diukur berdasarkan tahap kekuatan dan kemampuan pasukan tentera yang dimiliki oleh sesebuah negara itu. Misalnya dua kuasa besar dunia era Perang Dingin iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet masing-masing memiliki tahap kekuatan dalam pasukan tentera seperti taktik strategi pertempuran sehingga kepada senjata dan teknologi ketenteraan. Selain itu, politik antarabangsa semasa era Perang Dingin memfokuskan kepada keselamatan berkaitan peperangan dan ketenteraan. Walau bagaimanapun, selepas berakhirnya era Perang Dingin pada tahun 1991 antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, tumpuan masyarakat antarabangsa telah beralih kepada konsep keselamatan bukan tradisional. Faktor perubahan ancaman keselamatan yang bukan sahaja bersifat keselamatan tradisional tetapi juga merupakan ancaman keselamatan bukan tradisional menjadikan sesebuah negara itu melakukan perubahan dalam struktur ketenteraan. Perubahan dalam struktur ketenteraan merangkumi pelbagai aspek termasuk pemodenan strategi dan taktik ketenteraan sehingga kepada aspek pemodenan senjata dan teknologi ketenteraan. 222
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Perubahan dan pemodenan ketenteraan dilakukan bagi membolehkan pasukan tentera negara berupaya menangani ancaman keselamatan tradisional dan ancaman keselamatan bukan tradisional. Selepas abad ke 20, terdapat perubahan yang ketara dalam bentuk ancaman keselamatan. Perubahan terhadap bentuk ancaman keselamatan itu dipengaruhi oleh sistem antarabangsa yang bersifat multi polar dan fenomena globalisasi. Bentuk sistem antarabangsa yang bersifat multipolar dan globalisasi menjadikan kepentingan nasional sesebuah negara turut meningkat dari tahap domestik sehingga ke peringkat antarabangsa. Perubahan yang berlaku dalam kepentingan nasional negara turut meningkatkan risiko kepada ancaman keselamatan samada di peringkat domestik dan antarabangsa. Faktor perubahan kepentingan nasional dan risiko kepada ancaman keselamatan domestik dan antarabangsa menjadi dorongan kepada negara untuk meningkatkan keupayaan pasukan tentera bagi menjaga kepentingan nasional. China merupakan negara yang tidak terkecuali dalam melakukan perubahan dan pemodenan ketenteraan pasca Perang Dingin. Semasa era Perang Dingin, China lebih memfokuskan kepada ancaman daripada kekuatan ketenteraan negara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. China telah melihat bahawa konsep keselamatan nasional sebagai faktor yang berkaitan dengan ketenteraan atau peperangan semata. Namun, perubahan yang berlaku dalam sistem antarabangsa pasca Perang Dingin dan perdebatan mengenai konsep keselamatan oleh negara barat telah mengubah pandangan China bahawa konsep keselamatan nasional adalah lebih komprehensif (Jian Yang). Tambahan pula, faktor dwi ancaman iaitu ancaman domestik dan antarabangsa yang dihadapi oleh China dalam suatu jangka masa yang sama mempengaruhi keperluan China untuk mewujudkan strategi yang komprehensif. Di samping itu, negara China dilihat sebagai negara yang turut peka dalam memahami teori realis. Menurut pemikir realis, aktor utama dalam sistem antarabangsa adalah negara dan negara memiliki keinginan untuk menjaga kedaulatan dan kepentingan negara. Melalui keupayaan ekonomi yang dimiliki, sesebuah negara dapat membangunkan kemampuan pasukan tentera negara untuk menjaga kepentingan nasional. Kedaulatan dan kepentingan negara bukan sahaja berada dalam lingkungan wilayah negara malahan boleh merentas sempadan negara. Oleh kerana China menilai kepada faktor kepelbagaian yang wujud dalam kepentingan nasional, China telah mengamalkan konsep zonghe guoli atau kuasa nasional komprehensif (comprehensive national power) dan juga konsep zonghe anquan atau keselamatan komprehensif (comprehensive security) (Roy 2013: 19). China menggunakan konsep kuasa nasional komprehensif dan keselamatan komprehensif tersebut bagi melindungi kedaulatan dan kepentingan nasional daripada ancaman domestik dan antarabangsa. China seperti juga negara lain dalam sistem antarabangsa memiliki matlamat untuk menjadikan negara dapat mencapai kemakmuran dalam bidang ekonomi. Semenjak mengamalkan perubahan ekonomi pada akhir tahun 1970-an, Dasar Pintu Terbuka telah menjadikan China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Namun, negara China belum merasa selesa dengan kemakmuran ekonomi yang telah dicapai sejak pentadbiran Deng Xiaoping sehingga Xi Jinping. Peningkatan isu ancaman keselamatan di peringkat domestik dan antarabangsa dilihat boleh menjejaskan kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi negara. Faktor ancaman keselamatan dan keinginan untuk mencapai kemakmuran secara berterusan menjadi faktor kepada pemimpin China melakukan perubahan dalam bidang ketenteraan negara. Perubahan yang merangkumi aspek organisasi, senjata dan teknologi ketenteraan bagi menyesuaikan kemampuan pasukan keselamatan berhadapan dengan pelbagai jenis ancaman. Dalam catatan Kertas Putih tahun 2012 seperti di bawah, China menegaskan bahawa perkembangan isu ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional semakin berhubungan antara satu sama lain. China juga berhadapan dengan cabaran untuk menjaga kepentingan nasional kesan daripada perubahan bentuk ancaman keselamatan. Kertas Putih tahun 2012 menjelaskan bahawa: 223
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
The issues of subsistence and development security and the traditional and nontraditional threats to security are interwoven. Therefore, China has an arduous task to safeguard its national unification, territorial integrity and development interests. Some country has strengthened its Asia-Pacific military alliance (Kertas Putih 2012).
Pembangunan dan pemodenan bidang ketenteraan China yang berterusan saban tahun merupakan suatu keperluan terutama dalam menangani pelbagai bentuk ancaman keselamatan. Dalam Kertas Putih tahun 2014 di bawah menghuraikan bahawa pasukan tentera China akan menyesuaikan kemampuan pasukan dengan perubahan bentuk ancaman keselamatan yang sentiasa wujud tanpa mengira masa. Kertas Putih tahun 2014 menjelaskan bahawa: At this new historical starting point, China’s armed forces will adapt themselves to new changes in the national security environment, firmly follow the goal of the Communist Party of China (CPC) to build a strong military for the new situation, implement the military strategic guideline of active defense in the new situation, accelerate the modernization of national defense and armed forces, resolutely safeguard China’s sovereignty, security and development interests, and provide a strong guarantee for achieving the national strategic goal of the “two centenaries” and for realizing the Chinese Dream of achieving the great rejuvenation of the Chinese nation (Kertas Putih 2014).
Dalam kertas kerja ini, kaedah kualitatif digunakan untuk membincangkan faktor ancaman keselamatan yang menjadi pertimbangan China memodenkan ketenteraan pasca Perang Dingin. Peningkatan faktor ancaman terhadap China pasca Perang Dingin telah menjadi pertimbangan kepada China untuk melakukan transformasi dalam bidang ketenteraan bagi menjamin kedaulatan dan kepentingan nasional di peringkat domestik dan antarabangsa adalah terjaga. ISU ANCAMAN KESELAMATAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA PASCA PERANG DINGIN Dalam sistem politik antarabangsa, wujud sifat anarki yang menjadikan setiap negara perlu bergantung kepada keupayaan sendiri untuk menjaga kepentingan nasional. Teori realis menyifatkan kuasa merupakan adalah ciri penentu dan utama dalam persekitaran antarabangsa. Unsur-unsur utama dalam kuasa seperti kemakmuran ekonomi, populasi penduduk yang tinggi dan kemajuan teknologi membolehkan sesebuah negara membentuk pasukan tentera yang kuat dan cekap (Glaser 2010: 17). Melalui strategi keupayaan ekonomi dan kekuatan ketenteraan, sesebuah negara berpotensi untuk mengekalkan kedaulatan dan keselamatan nasional daripada ancaman musuh. China menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh realis iaitu merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia, memiliki bilangan penduduk tertinggi di dunia dan semakin meningkat maju dalan bidang teknologi industri. Walaupun China telah mengalami transformasi ekonomi yang pesat selepas akhir tahun 1970-an, namun China dibelenggu oleh beberapa isu ancaman keselamatan. Faktor ancaman keselamatan boleh menjejaskan kemakmuran ekonomi dan secara tidak langsung juga boleh menjejaskan kelangsungan kepimpinan rejim Chinese Communist Party. Faktor ancaman keselamatan terhadap China dikategorikan kepada dua iaitu isu domestik dan antarabangsa. Antara isu ancaman keselamatan domestik adalah rusuhan atau ‘mass incident’, isu Tibet dan Xinjiang dan isu bencana alam. Manakala isu ancaman 224
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
antarabangsa melibatkan isu-isu seperti Taiwan, tuntutan bertindih di Laut China Selatan, tuntutan bertindih di Kepulauan Senkaku/Diaoyu, isu Zon Ekonomi Eksklusif di Laut Kuning dan tuntutan bertindih Batu Suyan, pertikaian dengan India dalam isu tuntutan wilayah Arunachal Pradesh dan Aksai Chin, isu keselamatan Sea Lines of Communication (SLOC), isu negara-negara sempadan dan isu kepentingan nasional China di luar negara seperti pelaburan ekonomi dan keselamatan rakyat China. Penulisan oleh beberapa orang sarjana seperti Jisi, Heilmann & Schmidt dan Ross merupakan antara penulisan yang bersependapat China memodenkan ketenteraan atas faktor pertimbangan ancaman keselamatan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di China sejak beberapa tahun kebelakangan memerlukan situasi negara yang aman untuk mengekalkan kemakmuran ekonomi. Jisi (2011) berpendapat kemakmuran dan keamanan penting bagi memastikan pembangunan ekonomi wujud berterusan. Bagi memastikan keamanan negara dapat dicapai, bidang keselamatan perlu ditingkatkan dan China memerlukan teknologi ketenteraan moden untuk mempertahankan kepentingan nasional, kedaulatan dan integriti negara daripada ancaman musuh. Pasca Perang Dingin telah membuka pandangan masyarakat antarabangsa bahawa faktor ancaman keselamatan bukan sahaja bersifat tradisional malahan bukan tradisional. Heilman dan Schmdit (2014) menganalisis bahawa isu-isu pengganas, ketidakstabilan ekonomi, bencana alam, keselamatan siber, pandemik dan jenayah rentas sempadan berisiko mencetuskan ketidakstabilan kepada keselamatan sesebuah negara. Kebimbangan China terhadap isu Tibet, Xinjiang dan Taiwan merupakan suatu keadaan bahawa ancaman bukan tradisional mampu menjejaskan kedaulatan dan kepentingan nasional. Dalam dokumen Kertas Putih tahun 2014, menggambarkan pendirian China terhadap ancaman keselamatan daripada isu Tibet. Petikan di bawah adalah daripada dokumen Kertas Putih: “Separatist forces for…and “Tibet independence’ have inflicted serious damage… Besides, anti-China force have never given up their attempt to instigate a “color revolution” in this country” (Kertas Putih 2014). Manakala dalam dokumen Kertas Putih tahun 2014 yang mengaitkan tentang isu kumpulan pemisah di Xinjiang, kerajaan China mengaitkan kumpulan East Turkistan Movement Islamic sebagai kumpulan yang bertanggungjawab mencetuskan ketegangan di wilayah Xinjiang. Kenyataan dalam Kertas Putih 2014: “Separatist force for ‘East Turkistan Independence’ have inflicted serious damage particularly with escalating violent terrorist activities by ‘East Turkistan Independence”(Kertas Putih 2014). Presiden China iaitu Xi Jinping juga telah mengeluarkan kenyataan yang menegaskan serangan kumpulan pemisah di daerah Urumchi Xinjiang pada tahun 2014 sebagai ancaman pengganas. Berikut merupakan kenyataan Xi Jinping bahawa: “The battle to combat violence and terrorism will not allow even a moment of slackness, and decisive actions must be taken to resolutely suppress the terrorists’ rampant momentum.” …”long-term stability of Xinjiang was vital to the whole country’s development and its “unity, ethnic harmony and national security”(Tania Branigan 2014). Isu Taiwan yang merupakan isu paling sensitif dalam bidang keselamatan China telah mempengaruhi strategi ketenteraan China. China membangunkan senjata moden seperti senjata peluru berpandu jarak dekat dan membeli pesawat tempur model Sukhoi Su-27 dan Su-30 dalam kempen terhadap isu Taiwan. Pembangunan aktiviti ketenteraan 225
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
di kawasan berhampiran perairan Taiwan aktif dilakukan. China juga menegaskan tidak berkrompomi dengan pihak yang campurtangan dalam isu pembebasan Taiwan daripada tanah besar China. Ross (2009) menganggap pembangunan senjata peluru berpandu dan peningkatan siri latihan ketenteraan China di luar perairan Taiwan sebagai lambang kesediaan untuk berhadapan dengan isu tuntutan Taiwan bebas dari China. Selain isu Taiwan, China juga harus berhadapan dengan isu rusuhan atau ‘mass incident’ yang sering berlaku akibat ekonomi, pembangunan alam sekitar dan lain-lain. Bilangan kes rusuhan atau ‘mass incidents’ di China telah mengalami peningkatan ketara dari tahun 1999 sehingga tahun 2010 1. Jumlah penduduk yang menyertai rusuhan pada tahun 1999 dilaporkan seramai 32, 000 orang namun meningkat kepada 120, 000 orang pada tahun 2008 dan seterusnya bertambah kepada 180, 000 orang bagi tahun 2010 (O’Reily 2014, Ross 2012: 3). Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Chinese Academy of Social Science (CASS), wujud peningkatan ketara pada tahun 2010, tahun 2011 dan 2012 bagi isu rusuhan awam. Statistik menunjukkan kes yang melibatkan 100 orang peserta atau lebih adalah sebanyak 163 kes bagi tahun 2010 tetapi meningkat kepada 172 kes bagi tahun 2011 dan 209 kes pada tahun 2012 (Liqiang 2014). Di antara kes rusuhan atau ‘mass incidents’ yang berlaku adalah pada tahun 2009 di bandar Shisou wilayah Hubei. Bagi meleraikan kes rusuhan di bandar Shisou tahun 2009, penglibatan pasukan keselamatan telah digunakan. Pembangunan industri ketenteraan China telah mendorong pemodenan yang berterusan dalam penghasilan senjata dan teknologi ketenteraan. Pada tahun 2012, pasukan tentera laut China telah melancarkan kapal induk yang diberi gelaran Liaoning. Kejayaan China memiliki kapal induk menggambarkan langkah besar untuk menjadi kuasa tentera di peringkat antarabangsa. Selain kapal induk, China juga memerlukan peranan kapal tentera laut yang dilengkapi teknologi terkini untuk mengatasi ancaman keselamatan di kawasan perairan. China yang bergantung kepada sumber tenaga dari negara luar seperti Timur Tengah dan Afrika perlu menggunakan laluan perairan antarabangsa. China memberi keutamaan kepada keselamatan laluan perairan antarabangsa atau Sea Lines of Communication (SLOC) bagi mencapai konsep ‘far sea defense’. Selain memantau keselamatan kapal minyak dan kapal dagang dari ancaman lanun, pasukan tentera laut juga bekerjasama dengan pasukan tentera darat dan udara dalam operasi misi kemanusiaan atau konsep ‘military operation other than war’ (MOOTW). Pasukan tentera China telah terlibat dalam misi menyelamat dan membawa pulang rakyat China dari Libya dan Yemen semasa krisis politik dalaman di kedua-dua negara tersebut pada tahun 2011 dan 2015. Penglibatan tentera China dalam misi menyelamat dianggap sebagai peningkatan keupayaan pasukan tentera China yang telah melalui era pemodenan. Krisis ekonomi global yang melanda pada tahun 2008/2009 tidak menjejaskan peningkatan dalam perbelanjaan ketenteraan China. Jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi membangunkan bidang ketenteraan pada tahun 2008 ialah sebanyak 91 bilion dolar dan meningkat kepada 123 bilion dolar pada tahun 2010 (Stockholm International Peace Research Institute(SIPRI). Sehingga kini, China berada di kedudukan kedua peringkat dunia sebagai negara tertinggi jumlah perbelanjaan ketenteraan. Dari tahun 2012 hingga 2014, China berterusan membangunkan program ketenteraan dan jumlah sebanyak 169 bilion dolar bagi tahun 2012 kepada 216 bilion dolar bagi tahun 2014 merupakan jumlah yang berpotensi untuk mengukuhkan kedudukan pasukan tentera China di peringkat serantau. Kerajaan China telah mengumumkan pelbagai perubahan dalam bidang ketenteraan termasuk pengurangan sebanyak 300,000 anggota tentera menjelang tahun 2017 (China daily 2015). Langkah pengurangan anggota tentera bukan dianggap sebagai strategi 1
Istilah ‘mass incidents’ digunakan oleh kerajaan China yang merujuk kepada bantahan awam yang disertai oleh 100 orang atau lebih atau seramai 10, 000 orang atau lebih, rujuk Hou Liqiang China Daily, 4 September 2014.
226
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kelemahan pasukan tentera China malahan strategi untuk memantapkan kepakaran anggota tentera. Xi Jinping yang mula memegang jawatan Presiden China pada tahun 2012 telah mengumumkan pelbagai perubahan dalam bidang ketenteraan. Pada 31 Disember 2015, pasukan Tentera Roket China diumumkan secara rasmi berserta dengan Pasukan Sokongan Strategik (Xinhuanet 2016). Xi Jinping mengumumkan penubuhan kedua-dua pasukan baru tersebut sebagai laluan untuk membentuk pasukan tentera China yang kuat yang bersedia untuk menyumbang peranan kepada rakyat China dan Chinese Communist Party. Di samping itu juga, perubahan terhadap kawasan zon ketenteraan China juga akan dilakukan. Terdapat lima zon ketenteraan yang baru akan diwujudkan dan memfokuskan kepada kawasan barat, utara, semenanjung Korea, Mongolia dan timur Rusia (Chan 2015). Zon barat merupakan kawasan yang merupakan pemerhatian pasukan tentera terhadap ancaman kumpulan pemisah dan pengganas di Tibet, Xinjiang dan negara jiran seperti Afghanistan yang merupakan pusat latihan kumpulan pengganas. Pasukan tentera China juga aktif melakukan latihan bersama dengan pasukan tentera negara luar dalam kempen menangani ancaman keganasan. Pada tahun 2015, pasukan tentera China telah mengadakan latihan ketenteraan bersama negara India yang diberi nama latihan sebagai ‘hand in hand’ bagi persediaan terhadap ancaman pengganas (ndtv 2015). Latihan ketenteraan ‘hand in hand’ itu berlangsung selama 10 hari merupakan pembaharuan kerjasama ketenteraan China dan India walaupun kedua negara terlibat dalam isu tuntutan bertindih kawasan Arunachal Pradesh dan Aksai Chin. KESIMPULAN Pemodenan ketenteraan China telah dilakukan atas faktor ancaman keselamatan yang menjejaskan kedaulatan dan kepentingan nasional negara. Walaupun terdapat negara yang berasa kurang selesa dengan peningkatan kemampuan pasukan tentera China, namun China bertindak membangunkan ketenteraan atas faktor untuk menjaga kepentingan negara. Bagi mewujudkan kepentingan keselamatan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa, China perlu telus dalam pendekatan ketenteraan agar tidak mencetuskan konflik ketenteraan dengan negara-negara serantau. RUJUKAN Brendan O’Reily. 2014. Diverse reasons behind growth in China’s ‘mass incidents’. http:// chinaoutlook.com/diverse-reasons-behind-growth-in-mass-incidents/ [10 Februari 2016]. Charles L. Glaser. 2010. Realism. Dlm. Alan Collins (pnyt). Contemporary Security Studies, hlm. 15-33. New York: Oxford University Press. China Daily. 2015. China to cut troops by 300,000: President Xi. http://www.chinadaily. com.cn/world/2015victoryanniv/201509/03/content 21782967.htm [16 Februari 2016]. Denny Roy. 2013. Return of the Dragon: Rising China and Regional Security. New York: Columbia UniversityPress. Hou Liqiang. 2014. Report identifies sources of mass protests.http://www.chinadaily.com. cn/china/2014-04/09/content_17415767.htm [14 Februari 2016]. Jian Yang. China’s Security Challenges: Priorities and Policy Implications. http://www.nids. go.jp/english/publication/joint_research/series5/pdf/5-10.pdf [14 Februari 2016]. Kertas Putih. 2012. Ministry of National Defense The People’s Republic of China. http://eng. mod.gov.cn/Database/WhitePapers/2012.htm[18 Februari 2016]. Kertas Putih. 2014. Ministry of National Defense The People’s Republic of China. http://eng. mod.gov.cn/Database/WhitePapers/2014.htm [18 Februari 2016]. 227
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Minnie Chan. 2015. PLA to announce overhaul: five ‘strategic zones’ will replace regional commands, most army HQ to be scrapped. http://www.scmp.com/news/china/diplomacydefence/article/1893468/peoples-liberation-army-be-split-five-combat-regions [18 Februari 2016]. NDTV. 2015. India, China Conclude Military Drills With Anti-Terror Exercises. http:// www.ndtv.com/india-news/india-china-conclude-military-drills-with-anti-terrorexercises-1235259 [19 Februari 2016]. Robert S. Ross. 2012. The Problem with the Pivot: Obama’s New Policy is Unnecessary and Counterproductive. https://www.foreignaffairs.com/articles/asia/201211-01/problempivot [2 Januari 2016]. Robert S. Ross. 2009. Chinese Security Policy: Structure, Power and Politics. New York: Routledge. Sebastian Heilman & Dirk H. Schmidt. 2014. China’s Foreign Political and Economic Relations: An Unconventional Global Power. Maryland: Rowman & Littlefield. SIPRI. Military Expenditure Database. http://www.sipri.org/research/armaments/milex/ milex_database/milex_database [17 Februari 2016]. Wang Jisi. 2011. China’s Search For A Grand Strategy: A Rising Great Power Finds Its Way. Foreign Affair 90(2): 68-79. Xinhua Net. 2016. China inaugurates PLA Rocket Force, Xi confers flags. http://news. xinhuanet.com/english/2016-01/01/c_134970341.htm [17 Februari 2016].
228
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
MIGRASI DAN ANCAMAN KESELAMATAN MALAYSIA: ANALISA TERHADAP ETNIK ROHINGYA Intan Suria Hamzah, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3Mohd Azmir Mohd Nizah, 4 Afi Roshezry Abu Bakar, 5Sity Daud 1 Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor 3 Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia 4 Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman 5 Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia 1
Abstrak Landskap keselamatan negara telah mengalami dinamika yang inklusif melalui ancaman daripada proses migrasi rentas sempadan. Kajian ini bermatlamat membincangkan faktor migrasi rakyat Myanmar, khususnya etnik Rohingya ke Malaysia. Analisis bentuk ancaman bukan tradisional yang menginterpretasi cabaran keselamatan dalaman terhadap rakyat Malaysia merupakan elemen diskusi utama dalam kajian ini. Melalui reka bentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini menghujah tiga ancaman bukan tradisional iaitu pemerdagangan manusia, pembentukan koloni setempat, dan rentas sempadan secara haram sebagai impak yang mendasari migrasi dalam kalangan etnik Rohingya. Selain itu, tekanan tanggungjawab sosial atas faktor kemanusiaan turut menyumbang kekangan pelaksanaan polisi berasaskan citra keselamatan negara Malaysia. Demikian itu, beberapa cadangan turut dibincangkan bagi memberi sumbangan kepada pembuat dasar berkenaan migrasi rentas sempadan di Malaysia. Hasil kajian mendapati kemasukan pendatang asing tanpa izin/ pelarian Rohingya telah menimbulkan masalah kepada negara iaitu melalui isu rentas sempadan secara haram dan kerajaan Malaysia terpaksa memikul tanggungjawab berat menerima pelarian Rohingya yang mana ianya bersifat masalah jangka panjang yang memberi ancaman non-tradisional terhadap negara. Kata kunci: Migrasi rentas sempadan, Rohingya, ancaman, pemerdagangan manusia.
PENGENALAN Isu migrasi rentas sempadan pendatang asing ini adalah isu global, ianya turut berlaku di negara-negara sedang membangun dan negara maju yang mempunyai pelbagai faktor daya tarikan seperti peluang ekonomi, pekerjaan, kestabilan, keamanan serta untuk mendapatkan perlindungan. Negara Amerika, Kanada, Australia, Malaysia dan Arab Saudi antara negaranegara yang menjadi pilihan pendatang asing sama ada secara sah atau tidak sah. Dalam konteks Malaysia, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan seperti mempertingkatkan kawalan sempadan telah dilaksanakan bagi mengekang kemasukan secara tidak sah (Amarjit Kaur 2014:353).Ini kerana kemasukan pendatang asing tanpa izin ini pelbagai masalah dari aspek ekonomi, sosial dan keselamatan negara mahupun masyarakat telah timbul dalam negara destinasi. Keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman manakala dalam disiplin pengajian politik, istilah ini boleh merujuk kepada keselamatan ekonomi dan keselamatan politik. Dalam disiplin keselamatan, istilah ini dikaitkan dengan keselamatan negara iaitu idea asalnya dicetuskan oleh Amerika Syarikat selepas tamatnya Perang Dunia ke-2 (Triut & Harf 1982: 1).Krisis ekonomi Asia merupakan era penghijrahan berskala besar masyarakat dunia kerana kebanyakan dari mereka ini kehilangan punca rezeki, diberhentikan kerja dan muflis. Krisis ekonomi 1997/1998 telah menjejaskan 229
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ekonomi negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara seperti Korea Selatan, Jepun, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kesan dari krisis ekonomi ini telah berjaya mengancam keselamatan insan dan memaksa masyarakat negara berhijrah. Namun begitu situasi di atas adalah berbeza dengan Negara Myanmar kerana Krisis ekonomi 1997/1998 tidak menjejaskan negaranya kerana telah sedia ada berada di bawah kemiskinan maka ianya tidak memberi impak seperti apa yang dialami oleh negara Asia Tenggara yang lain. Menyelusuri masalah yang dihadapi oleh negara Myanmar atau Burma dan kaitannya dengan migrasi adalah berpunca daripada masalah politik dalaman. Krisis penghijrahan di Myanmar ini melibatkan etnik Rohingya iaitu kaum minoriti muslim yang tinggal di bahagian utara Myanmar iaitu wilayah Arakan atau Rakhine. Mereka ini telah dipaksa penghijrahan atau melarikan diri kerana keselamatan insan dan nyawa telah diancam oleh pemerintah negara, tentera, golongan sami serta masyarakat beragama Buddha secara meluas. Ancaman yang dilakukan melibatkan diskriminasi dalam mengamalkan agama, budaya, sekatan dalam aktiviti harian, pekerjaan, kemudahan, pendidikan, pembunuhan, penyeksaan, tidak diiktiraf sebagai warganegara dan penghapusan etnik secara terancang. Demikian itu, melalui ancaman yang diberikan telah memaksa etnik Rohingya ini menjadi pendatang asing tanpa izin di negara sendiri dan menjadi pelarian di negara lain seperti Bangladesh, Indonesia, Thailand, Arab Saudi dan Malaysia. KEKEJAMAN MYANMAR TERHADAP ETNIK ROHINGYA: SEJARAH AWAL PERMULAAN Orang Rohingya menjadi pelarian adalah disebabkan faktor perlembagaan yang sering dipinda dan faktor pemerintahan yang selalu bertukar ganti. Bermula dengan Akta Warga Asing 1864 sehingga Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 serta Myanmar tidak mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang yang jelas bagi orang Rohingya. Mereka ini berada dalam situasi tidak mempunyai kerakyatan. Akta Kewarganegaraan Kesatuan 1948 yang digubal oleh British, juga menidakkan hak orang Rohingya untuk menjadi sebahagian daripada warganegara Myanmar dengan mudah. Walau bagaimanapun, dalam akta ini terdapat sedikit ruang yang memungkinkan orang Rohingya menjadi warganegara Myanmar di bawah pemerintahan British ketika itu. Semenjak Myanmar diperintah oleh rejim tentera yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun 1962, ia boleh dikatakan bermulanya bibit penafian secara keras mengenai kewarganegaraan orang Rohingya di Myanmar. Ketika Myanmar di bawah pemerintahan Jeneral Ne Win sebagai ketua rejim, orang Rohingya dilabelkan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana dikatakan golongan ini telah dibawa masuk oleh penjajah British suatu ketika dahulu walaupun rekod sejarah mengatakan orang Rohingya telah menetap di Arakan seawal tahun 1430 di bawah pemerintahan Raja Arakan ketika itu iaitu Narameikhla yang mempunyai kira-kira 30,000 orang tentera Muslim (Moshe 2002: 23-24). Pada tahun 1974 perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan junta Myanmar dan Akta Imigresen 1974 di dalamnya telah menafikan secara jelas hak orang Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah dan mereka dilabelkan sebagai PATI. Justeru kesan daripada undang-undang yang digubal oleh rejim Myanmar telah disusuli oleh suatu operasi besar-besaran yang dinamakan Naga Min atau Raja Naga pada tahun 1977. Operasi yang dianggap kejam ini telah memaksa orang Rohingya menjadi pelarian dan mereka secara beramai-ramai telah lari meninggalkan kampung halaman ke tempat yang difikirkan selamat dan dekat. Dianggarkan kira-kira seramai 200,000 orang Rohingya telah lari beramai-ramai ke Bangladesh pada tahun 1978. Setelah berada di sana selama 16 bulan, kebanyakkan orang Rohingya dipaksa pulang semula ke tempat asal mereka di Myanmar iaitu kesan daripada perjanjian dua hala oleh kerajaan Bangladesh dengan junta Myanmar. Dalam tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang telah mati majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit. Walau 230
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
bagaimanapun, gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh seramai 250,000 orang telah berlaku sekitar pertengahan tahun 1991 hingga awal 1992 disebabkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia ke atas mereka di samping undang-undang Myanmar yang menjadikan mereka pendatang haram di bumi sendiri telah menyebabkan mereka dalam situasi tidak mempunyai kerakyatan. Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982 yang digubal dikatakan telah menggugat asas-asas dalam prinsip undang-undang antarabangsa yang menjadikan sesebuah bangsa berada dalam situasi tidak mempunyai kerakyatan dalam sebuah negara. Undang-undang yang bersifat diskriminasi ini juga memaksa orang Rohingya mengemukakan bukti yang mereka telah menduduki Rakhine sebelum tahun 1823 lagi. Rejim junta yang menggunakan gelaran The State Peace and Development Council (SPDC) telah menolak bangsa Rohingya sebagai salah satu etnik dalam masyarakat Myanmar (Maung Maung 1961: 94-96). Selepas kemerdekaan Burma, pada 4 januari 1948, terdapat 19 operasi ketenteraan di wilayah penempatan Rohingya dijalankan dengan alasan untuk mengawal rusuhan daripada berlaku. Tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah 19 operasi-operasi pembunuhan, pengusiran, pencerobohan masjid dan tempat ibadah, pemusnahan sumber pendapatan, dan rampasan ladang-ladang serta tempat tinggal. Antara 19 operasi ini, operasi Burma Territorial Force (BTF) adalah yang paling kejam sekali. Kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Buddhist telah membunuh, merogol, membuat kemusnahan dan melaksanakan undang-undang sesuka hati. Akhirnya ia mengakibatkan ribuan penduduk muslim Rohingya terpaksa lari meninggalkan tempat tinggal mereka. Antara operasi lain yang tidak berperikemanusiaan juga adalah operasi Nagamin (King Dragon) pada tahun 1978. Dalam operasi ketenteraan ini, seramai 300,000 etnik muslim Rohingya dihalau keluar daripada perumahan mereka dan hampir 1/3 dibunuh. Hampir dua juta penduduk Rohingya telah memilih untuk hidup dalam buangan dan ketidaktentuan. Dapat dilihat operasi-operasi ketenteraan masih terus dijalankan oleh kerajaan Burma sejak tahun 1948 sehingga hari ini. Setiap tahun mereka melakukan dasar pengusiran dan penghapusan etnik terhadap etnik Rohingya, cuma apa yang membezakan keadaan dari semasa ke semasa adalah dari segi jumlah yang berhijrah dan jumlah kematian. Mereka hidup sebagai pelarian yang tidak diingini dan pendatang asing tanpa izin di negara Bangladesh, Pakistan, Arab Saudi, Thailand, Malaysia dan UAE. Walaupun dunia telah mempunyai bukti yang jelas tentang serangan dan kekejaman kerajaan junta Myanmar ke atas etnik Rohingya, namun sukar untuk memulihkan keadaan kerana Myanmar telah menolak sepenuhnya etnik Rohingya ini bukan warganegaranya dan menegaskan mereka adalah warganegara Bangladesh serta mempunyai persamaan dengan masyarakat di Chittagong. Selain itu, tindakan ketenteraan Myanmar juga turut menyebar dakyah kebencian terhadap masyarakat Islam dengan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Myanmar bahawa Rohingya adalah ‘Chittagonians’ dari Bangladesh. Jadual 1 di bawah menunjukkan operasi-operasi pengusiran besar tentera terhadap etnik Rohingya yang dirancang oleh kerajaan Myanmar sejak tahun 1948 adalah seperti berikut: Jadual 1 Operasi-operasi ketenteraan selepas Kemerdekaan Burma No
Operasi Tentera
Tahun
1.
Operasi Tentera(Rejimen Burma 5)
November 1948
2.
Operation of Burma Territorial Force (BTF)
1949-1950
3.
Operasi Tentera (Rejimen Kecemasan Chin 2)
Mac 1951-1952
4.
Operasi Mayu
Oktober 1952-53
231
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
5.
Operasi Mone-thone
Oktober 1954
6.
Operasi Gabungan Tentera dan Imigresen
Jan 1955
7.
Operasi Kesatuan Polis Tentera (UMP)
1955-1958
8.
Operasi Kapten Htin Kyaw
1959
9.
Operasi Shwe Kyi
Oktober 1966
10.
Operasi Kyi Gan
Oktober-Disember 1966
11.
Operasi Ngazinka
1967-1969
12.
Operasi Myat Mon
Februari 1969-1971
13.
Operasi Major Aung Than
1973
14.
Operasi Sabe
Februari 1974-1978
15.
Operasi Naga-Min (King Dragon) (mengakibatkan penghijrahan kira-kira 300,000 Rohingya ke Bangladesh)
Februari 1978-79
16.
Operasi Shwe Hintha
Ogos 1978-80
17.
Operasi Galone
1979
18.
Operasi Pyi Thaya (mengakibatkan penghijrahan 268,000 Rohingya Julai 1991-92 ke Bangladesh)
19.
Operasi Na-Sa-Ka
1992
Sumber: Diubahsuai dari Habib 2006 & Abid 2010 Menurut kenyataan Chris Lewa (2003) dalam Forum Asia mengatakan Rohingya sedang di diskriminasi atas dasar etnik dan agama mereka. Mereka telah tidak dimasukkan dalam proses pembinaan negara di Myanmar dan rejim tentera telah melaksanakan dasardasar pengecualian dan diskriminasi terhadap kumpulan ini bertujuan untuk menggalakkan mereka supaya meninggalkan negara Myanmar. Dasar-dasar yang sistematik telah berjaya mengekalkan kemunduran etnik Rohingya dan merangsang mereka ini menjadi pelarian besar-besaran ke Bangladesh pada tahun 1978, 1991 dan 1992. Gabungan pelanggaran hak asasi manusia, penafian status undang-undang untuk sekatan pergerakan dan kekangan ekonomi terhadap etnik Rohingya telah berjaya mewujudkan rasa tidak selamat untuk menjalani kehidupan dan mencari makanan. Kanak-kanak Rohingya khususnya adalah mangsa yang tidak bersalah dan menderita akibat kelemahan dasar-dasar kerajaan seperti diskriminasi dalam segala aspek kehidupan dan akses contohnya tiadanya sekolah awam, penjagaan kebajikan kesihatan untuk mereka dan kemiskinan tegar. Hal ini telah memberi kesan kepada pembangunan fizikal dan mental mereka secara berpanjangan untuk masa depan masyarakat Rohingya. Justeru melalui pandangan diatas, dapat dirumuskan bahawa situasi etnik Rohingya di Myanmar ini bertepatan dengan andaian yang dinyatakan oleh Amartya Sen (1999) iaitu pembangunan ekonomi tidak akan bermakna jika individu dan masyarakat tidak mendapat hak dan kebebasan dalam kehidupan seharian mereka sehingga memaksa diri menjadi mundur, tersiksa dan melarikan diri ke negara lain.
232
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
MIGRASI RENTAS SEMPADAN DAN PEMERDAGANGAN MANUSIA: ROHINGYA DIEKSPLOITASI Pada 10 Mei 2015, seramai 1,158 orang PATI Rohingya dan Bangladesh yang terdiri daripada 993 lelaki, 104 perempuan dan 61 kanak-kanak telah dicatatkan tiba di Pulau Langkawi, Kedah. Daripada jumlah tersebut, seramai 486 orang merupakan warga Myanmar manakala 672 orang adalah warga Bangladesh. Susulan kejadian itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan antara agensi bagi membincangkan mengenai isu kebanjiran PATI ini pada 12 Mei 2015 yang melibatkan Kementerian Luar Negeri (KLN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (Kenyataan Media KDN 2015). Keputusan bersama telah diperoleh daripada semua pihak agensi penguatkuasa Malaysia iaitu bersetuju untuk membawa kesemua PATI tersebut dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Kedah. Proses perpindahan tersebut akan melibatkan JIM, Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Polis Marin PDRM dan APMM. Proses perpindahan kesemua PATI tersebut dilaksanakan secara berperingkat mulai 12 Mei 2015. Sebagai langkah segera bagi membendung insiden yang sama daripada berulang, kerajaan Malaysia telah berusaha mengadakan perbincangan segera dengan negara sumber iaitu Bangladesh dan Myanmar. Ini kerana terdapat elemen penyeludupan migran ekoran kerelaan PATI terbabit untuk datang ke Malaysia dan melibatkan berlakunya sindiket pemerdagangan manusia. Pihak Thailand juga telah dilibatkan di dalam perbincangan ini susulan daripada kes-kes penyeludupan migran menerusi sempadan Malaysia-Thailand yang melibatkan PATI Rohingya dan Bangladesh. Diakui bahawa Thailand mempunyai banyak pengalaman dan sumber mengenai kegiatan rentas sempadan tersebut. Menurut PDRM & UNCHR Malaysia (2015) menjelaskan penghijrahan pelarian etnik Rohingya ini adalah amat sukar untuk menyeberangi wilayah-wilayah Myanmar menggunakan jalan darat dan melalui negara Thailand sebagai jalan utama untuk melarikan diri kerana banyak sekatan badan penguatkuasa dalam negara. Oleh itu, kebanyakan mereka akan tiba dengan bot-bot kecil di negara-negara asia tenggara ke destinasi pilihan sama ada dari Myanmar atau Bangladesh (Danish Immigration Service 2011: 45). Namun apa yang amat dikesali, penghijrahan pelarian ini sering dieksploitasi sehingga menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang menyebabkan mereka menderita mahupun mengakibatkan kematian seperti tragedy Wang Kelian dan Padang Besar, Perlis. Kedatangan PATI Bangladesh dan pelarian dari Myanmar pada kali ini berskala besar iaitu dalam jumlah yang ramai, amat merisaukan rakyat dan kerajaan Malaysia. Begitu juga dengan negara Thailand dan Indonesia yang turut berkongsi kerisauan dan kerumitan ini kerana ianya melibatkan isu rentas sempadan, keselamatan negara dan keselamatan manusia iaitu sama ada individu yang mendarat di perairan dan sempadan negara mahupun masyarakat tempatan yang sedang menjalani kehidupan seharian mereka. Dari ribuan yang telah mendarat di tiga buah, masih terdapat ratusan dan ribuan lagi pelarian ini sama ada di atas laut, mendarat di pulau-pulau Indonesia atau mati lemas di lautan. Sehubungan itu, negara juga sekali lagi digemparkan pula dengan penemuan 139 kubur yang dikesan pihak berkuasa di 28 kem transit yang dibina oleh sindiket pemerdagangan manusia di sepanjang sempadan negara MalaysiaThailand di Wang Kelian, Perlis. KDN juga mengakui bahawa terdapat rakyat Malaysia disyaki terlibat dalam sindiket itu telah terbongkar selepas penemuan kem tahanan di Wang Kelian iaitu lokasi mengurung pelarian Rohingya dan pendatang dari Bangladesh. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengerahkan kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT-69 ke kawasan terbabit untuk menggeledah hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan aktiviti dan bukti-bukti pemerdagangan manusia (Zaain 2015). Dari sumber diplomatik yang terlibat dalam menguruskan isu Rohingya ini menyatakan bahawa etnik Rohingya telah berada di seluruh asia timur. Manakala dikenal pasti negara Thailand sememangnya menjadi tempat transit atau titik pendaratan sengaja etnik Rohingya 233
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang hendak memasuki Malaysia. Malaysia dianggap sebuah negara yang selamat dan negara Islam yang mudah untuk dimasuki kerana kurangnya sekatan di sempadan dan mudah mendapatkan akses kepada pekerjaan walaupun secara haram serta mempunyai agama yang sama. Mereka juga boleh mendaftar dengan UNHCR di Malaysia sebagai pelarian. Ekoran dikatakan Malaysia mudah dimasuki tanpa sekatan yang ketat maka penyeludupan etnik Rohingya ini semakin meningkat bermula pada tahun 2009, 2012 dan sehingga tahun 2015. Negara Bangladesh pula, dikenal pasti sebagai lokasi tempat pengumpulan dan pelabuhan bot–bot pengangkut pelarian Rohingya dan penyeludupan migran Bangladesh. Bot-bot yang berlepas dari Bangladesh dianggarkan jumlahnya kira-kira 12 bot dengan anggaran 600-700 orang penumpang sekali berlepas. Nyawa mereka ini berada dalam bahaya sewaktu dalam perjalanan kerana tidak mempunyai sebarang bentuk pengenalan diri, dokumen perjalanan yang sah dan tiadanya perlindungan keselamatan, terdedah kepada cuaca tidak menentu dan masalah kesihatan seperti demam, di hidrasi dan kebuluran. Agen-agen di negara Bangladesh terlibat dalam membuat keuntungan dengan menyediakan pasport palsu, menjalankan sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia dari Bangladesh dan Myanmar ke negara Asia Tenggara (Danish Immigration Service 2011:44). Menurut Asia Pacific Refugee Rights Network (APRRN) melaporkan terdapat ramai penyeludup manusia yang aktif dalam aktiviti pemudah cara seperti menguruskan lokasi pengumpulan, penyediaan bot-bot, pengutip bayaran perjalanan, pengatur strategi dan pembawa bot-bot perjalanan etnik Rohingya untuk ke Malaysia(Lawrence 2012). Sekiranya etnik Rohingya ditangkap di Thailand, mereka ini akan dimasukkan ke dalam tahanan selamalamanya kerana dituduh memasuki Thailand secara tidak sah. Begitu juga dari aspek kebajikan dan perlindungan amatlah sukar untuk mendapatkan bantuan awam atau keluarga. Sehubungan itu, dalam dekad yang lalu keadaan adalah lebih baik kerana terdapat peluang kepada Rohingya untuk perjalanan ke Arab Saudi dan negara-negara Teluk, tetapi kini keadaan menjadi lebih sukar kerana kurangnya pergerakan ke arah Timur Tengah atas faktor geografi, kestabilan politik, laluan lebih jauh dengan cabaran pelayaran serta kos tinggi penghantaran oleh agen. Trend kini memaparkan pergerakan lebih aktif ke arah timur Malaysia dan Indonesia. Asia Pacific Refugee Rights Network, juga menyatakan bahawa terdapat kira-kira 30,000 etnik Rohingya telah menjadi penduduk dalam komuniti tempatan iaitu dengan menjadi pemegang kad status pelarian di Malaysia. Angka ini sebenarnya jauh lebih besar dari jumlah sebenar kerana mengikut statistik terkini KDN (2015) dan Azizah (2014), pelarian Rohingya yang terdapat di Malaysia hampir seratus ribu orang. Maka jelaslah mengapa mereka ini amat berminat untuk datang ke Malaysia kerana telah terdapatnya masyarakat dan komuniti daripada etnik mereka sendiri yang hidup selamat dan terbela. CARA ORANG ROHINGYA MEMASUKI MALAYSIA DAN REALITI HIDUP SEBAGAI PELARIAN Hussain merupakan salah seorang pelarian dan pemegang kad UNHCR yang menjadi responden dalam kajian ini. Hussain dan rakan-rakan senegaranya masuk ke Malaysia pada tahun 2000 dan mendiami Thailand selama 3 tahun sebelum datang ke Malaysia. Memulakan perjalanan dari Arakan ke Bangladesh iaitu Cox Bazar kemudian menaiki kapal menuju ke Thailand. Setibanya di persisiran pantai Thailand, mereka berjalan kaki beramai-ramai selama dua jam ke kampung berhampiran untuk berteduh sementara menunggu orang tempatan untuk mengendalikan urusan mereka. Mereka ini, bekerja di Thailand sebagai pencuci kedai makan, kerja-kerja pasar nelayan, mengutip barang terbuang, pekerja ladang dan menjadi buruh binaan. Kemudian, beliau memasuki Malaysia melalui Rantau Panjang, Kelantan dan menunggu di sana selama dua hari sebelum di bawa ke Kuala Lumpur. Hussain dan pelarian Rohingya yang lain tidak mengenali antara satu sama lain dan telah masuk secara haram, tidak mempunyai sebarang dokumen atau kad UNHCR. Dari Kelantan menaiki sebuah kereta wira seramai 13 orang termasuk seorang pemandu warga tempatan, Malaysia. Seorang telah meninggal 234
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dunia sewaktu dalam perjalanan iaitu penumpang yang berada dalam bonet belakang, disyaki lemas dan kelaparan. Sepanjang perjalanan tidak diberi makan dan minum atau berhenti untuk membuang air. Kereta hanya ketahui berhenti sebanyak tiga kali iaitu untuk mengisi minyak melalui pendengaran bunyi pam dan derusan minyak yang memasuki tangki kereta. Situasi dalam kereta ketika itu adalah seperti ‘ikan sardin di dalam tong’. Mereka terpaksa berhimpit-himpit dari tempat duduk depan (membengkokkan badan), tempat duduk belakang baring memanjang dan bertindih-tindih sesama manusia. Begitu juga dalam bonet belakang disusun melintang dan bertindih. Kemudian dilapisi atasnya dengan kain dan barangan, seolah-olah kereta itu dipenuhi barang-barang pemilik kereta. Rasa panas, lapar, kekurangan udara, berbau busuk, kekejangan dan sakit badan amat dirasai dan tidak selesa. Beliau dan rakan-rakan diberi amaran keras agar tidak berbuat bising, melakukan sebarang bunyi seperti mengetuk dinding kereta, meminta makan dan minum. Mereka juga diugut akan di tinggalkan di tepi jalan dan ditahan oleh pihak berkuasa sekiranya mengeluarkan sebarang bunyi. Rakan yang mati tidak diketahui di hantar ke mana kerana selepas tiba di Kuala Lumpur dan mereka telah selamat turun dari kereta, mayat tersebut dibawa pergi oleh pemandu yang tidak dikenali dan bersifat enggan berkata-kata. Segala urusan untuk datang ke Kuala Lumpur dan siapa pemandu yang membawa mereka semuanya telah dirancang dan diuruskan oleh agen. Justeru dapat dirumuskan di sini keselamatan mereka ini juga tidak terjamin dan nyawa menjadi taruhan untuk sampai ke Malaysia serta kegiatan ini turut melibatkan masyarakat tempatan sebagai agen dan pemudah cara. Sehubungan itu, melalui sumber dan maklumat lain yang diterima, kebiasaannya pelarian atau pendatang asing tanpa izin yang ingin memasuki Malaysia sememangnya menggunakan agen orang Thailand dan Malaysia. Cas kemasukan yang di kenakan oleh agen Thailand dikenakan sebanyak RM 500 setiap seorang dari Thailand ke Rantau Panjang. Manakala dari Rantau Panjang ke Kuala Lumpur bayaran dikenakan sebanyak RM 1500 untuk satu perjalanan sehala yang diuruskan oleh agen Malaysia. Disebabkan kos bayaran agen yang tinggi bagi kemasukan secara haram ini maka tidak hairanlah kebanyakan pelarian Rohingya akan transit bekerja selama dua atau tiga tahun di Thailand untuk mengumpul sejumlah wang sebelum memasuki Malaysia. Menurut Hasan & Amir (2014), ketika mula-mula berhijrah ke Thailand, beliau tidak mempunyai rakan atau saudara di Thailand dan Malaysia, tidak mengetahui sejauh mana keadaan di Thailand dan tidak mempunyai banyak akses untuk mendapatkan kemudahan harian, tidak mempunyai telefon atau barang berharga dan hanya membawa bekalan sedikit pakaian, wang serta keyakinan untuk lebih baik. Bagi menyara kehidupan, mereka mengutip barang-barang terbuang atau terpakai di negara Thailand. Mereka juga berusaha memenuhi keperluan harian dengan mengutip sisa makanan, pakaian dan kotak sebagai alas tempat tidur namun keadaan ini dianggap sangat-sangat bersyukur kerana dapat melarikan diri daripada kesengsaraan yang lebih teruk di Myanmar. Diakui mereka sanggup melakukan apa jua pekerjaan yang sukar, kotor dan hina di pandangan umum asalkan dibayar gaji dan boleh membeli makanan. Tempat tidur lazimnya akan tinggal di sebuah rumah atau tapak pembinaan atau pasar secara beramai-ramai dalam keadaan serba kekurangan. Apabila telah lama tinggal di Thailand, mereka banyak mendengar cerita dan berita tentang negara Malaysia dan diakui mengetahui bahawa telah wujud ramai masyarakat Rohingya di sana di samping amat mengetahui Malaysia sebuah negara Islam yang aman dan ‘baik’. Justeru perasaan ingin datang ke Malaysia sememangnya menjadi satu impian. Di Thailand, mereka masih berasa kurang selesa dan tidak menyukai masyarakat disana kerana kebanyakan masyarakat Thailand beragama Buddha ianya mempunyai nilai sentimen mendalam buat mereka atas faktor pengalaman lampau di negara asal. Selain itu, mereka juga menyatakan tidak gembira berada di Thailand kerana sukar untuk mendengar laungan azan atau bacaan ayat-ayat suci al Quran. Situasi ini jelas menunjukkan mereka mempunyai rasa cinta dan rindu kepada agama Islam serta sedaya upaya ingin mengamal kan ibadah sebagai muslim walau di mana berada. 235
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
TEMPAT TINGGAL DAN PUNCA PENDAPATAN Pelarian Rohingya ini lazimnya tinggal secara ramai dengan beberapa buah keluarga berkongsi tempat tinggal dalam satu rumah. Misalnya keluarga Hussain menyewa rumah dari pemilik orang Cina dengan kadar bayaran RM 450 sebulan. Terdapat tujuh orang tinggal dalam satu rumah iaitu seorang isteri, tiga orang anak, seorang pak cik sedara yang tidak lagi bekerja (tua & uzur) dan seorang kawan pekerja binaan. Anak-anak Hussain telah hampir sebati dengan cara, budaya dan makanan masyarakat Malaysia. Makanan kesukaan keluarga beliau adalah nasi lemak, nasi putih dengan lauk masakan Melayu dan India seperti kari, ayam masak merah, roti canai dan rojak. Beliau juga menegaskan di Malaysia, masih boleh mencari rezeki walaupun pelarian tidak dibenarkan bekerja secara formal. Namun masih boleh melakukan kerja-kerja harian seperti kutip besi, tin, kotak, mengambil upah membersihkan kawasan rumah, potong rumput, angkat barang, cuci pasar, membantu jual ikan dan sayur di pasar serta melakukan perkhidmatan roda tiga iaitu mengambil upah mengangkut barang-barang buangan ke tempat pelupusan sampah. Purata anggaran kasar sehari pendapatan seorang pelarian Rohingya yang melakukan pekerjaan sendiri bermula dari RM20-RM30 sehari dan pada hari minggu boleh mencecah RM 50. Pada hari minggu atau cuti umum mereka mendapat pendapatan lebih kerana masyarakat Malaysia sedang bercuti dan terdapat peningkatan dalam jumlah barang buangan harian. Antara kawasan tempat kerja pelarian Rohingya yang ramai ini di sekitar Selangor adalah hulu Langat, Satoh, Mauri, Ampang, Selayang dan Gombak. Mereka juga mengakui sering diganggu dan diperas ugut oleh orang India di Gombak dan Hulu Langat manakala orang Melayu tidak mengganggu kehidupan mereka dan lebih mengutamakan urusan sendiri. Sebelum mengakhiri temu bual, pengkaji telah menanyakan satu soalan istimewa buat responden iaitu mengapa beliau dan rakan-rakan etnik Rohingya yang lain suka untuk tinggal dan menetap di Malaysia. Ini adalah jawapan yang telah diterima; Sebab-sebab utama saya dan rakan-rakan sewilayah datang ke Malaysia adalah kerana Malaysia sebuah negara Islam. Hidup atau mati, kami mahu di negara Islam dan mahu ditanam secara Islam. Malaysia negara selamat dan negara yang sangat baik. Di sini boleh cari rezeki dan telah ramai orang Rohingya hidup dengan selamat dan boleh makan serta bekerja. Thailand negara Buddha, kami tidak suka, mereka bukan muslim. Polis Malaysia baik dan tidak bersifat mengancam, kerajaan Malaysia lebih baik daripada negara sendiri, begitu juga Perdana Menteri Malaysia sangat baik kerana suka bantu masyarakat Islam yang sedang susah. Bantu kami orang Rohingya. Kami tidak ingin pergi ke negara lain untuk penempatan semula. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Polis dan kerajaan Malaysia dengan layanan yang baik dan menerima mereka tinggal di Malaysia walaupun dengan status pelarian. Harapan mereka di Malaysia untuk generasi akan datang menginginkan anak-anak Rohingya dapat menerima pendidikan formal sewajarnya seperti boleh memasuki sekolahsekolah rendah dan menengah kerajaan supaya boleh berjaya seperti masyarakat Malaysia. Ramai anak-anak pelarian tidak dapat bersekolah dan tidak boleh membaca walaupun sudah dewasa, mereka hanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Sehubungan itu, orang pelarian Rohingya juga sangat berharap diberi keizinan untuk mengambil lesen memandu motosikal dan kereta, memiliki lesen perniagaan serta memiliki kad UNHCR untuk semua warga Rohingya bagi memudahkan kehidupan harian dan mencari rezeki. CADANGAN Bagi memenuhi matlamat kajian ini, beberapa cadangan diberikan bagi menangani isu pelarian Rohingya ini secara diplomatic dan strategik. 236
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
1. Bersama melindungi semua orang yang tinggal di wilayah Rakhine. (kerjasama daripada negara-negara ASEAN dan Myanmar) 2. Membuat siasatan bebas ke atas pencabulan hak asasi manusia dan membawa penjenayah ke muka pengadilan, termasuk perbicaraan mereka di mahkamah yang bebas dan saksama undang-undang. 3. Permit monitor untuk pihak antarabangsa yang berpangkalan di Myanmar, seperti wakilwakil pasukan negara PBB dan para diplomat di Yangon serta media untuk menilai keadaan dan membuat syor untuk tindakan lanjut. 4. Pindaan undang-undang 1982 (Kewarganegaraan) supaya menerima etnik Rohingya sebagai salah satu kumpulan etnik Myanmar, menjamin hak mereka sebagai warganegara dan hak mengundi. 5. Memastikan kebebasan pergerakan, pekerjaan, hak untuk perkahwinan dan hak untuk sebuah keluarga yang kini tidak diberikan kepada Rohingya. Seterusnya memastikan bahawa pihak berkuasa tempatan dan tentera / komander polis menghentikan perilaku kekejaman seperti rampasan harta dan kerahan tenaga sebagai buruh paksa. KESIMPULAN Pelarian Rohingya perlu dibantu atas dasar kemanusiaan dan sebagai tanggungjawab bersama sesama manusia. Bagi pandangan pengkaji, Malaysia, ASEAN dan UNHCR perlu mewujudkan satu model yang berkesan dan bekerjasama dalam menangani isu ini dengan menyediakan pelan tindakan untuk menyelamatkan etnik Rohingya secara menyeluruh bagi melindungi nyawa, mengenal pasti keberadaan semasa mereka, mendapatkan statistik tepat jumlah mereka di negara transit dan berusaha keras dalam mendapatkan kerjasama dari pihak negara Myanmar sendiri. Jika isu ini tidak diselesaikan maka selagi itulah negara-negara ASEAN akan terus dibelenggu masalah jangka panjang bersifat berterusan melalui kebanjiran pelarian dari Myanmar. Bagi anak-anak pelarian Rohingya, mereka ini perlukan bantuan yang lebih khusus terhadap peningkatan pendidikan asas daripada mengenal huruf, membaca, mengira dan pengisian rohani kepada penguasaan ilmu kemahiran seperti bertukang, memasak, menjahit, bertani dan sebagainya agar mereka ini bersedia menuju masa hadapan yang tidak menentu namun sekurang-kurangnya bekalan asas telah diterima. Ilmu merupakan satu keperluan hidup, kecelikan akal fikiran merupakan hadiah yang sangat bermakna untuk membina masa depan. RUJUKAN Amarjit Kaur. 2014. Managing Labour Migration in Malaysia: Guest Worker Programs and the Regularisation of Irregular Labour Migrants as a Policy Instrument. Asian Studies Review. 38(3) 345:366. Amartya Sen. 1999.Development as Freedom. New York: Oxford University Press. Abid Bahar. 2010. Burma’s Missing Dots: The Emerging Face of Genocide. United Kingdom: Xlibris Corporation LLC. Trout, B.T.& Hart, E. J. 1982. National Security Affairs: Theoretical Perspectives and Contemporary Issues. Anon: Council on Economics and National Security. Maung Maung. 1961. Burma’s Constitution. Second edition. The Hague: Martinus Nijhoff. Chris Lewa. Issues to be Raised Concerning the Situation of Rohingya Children in Myanmar (Burma). Form- Asia, Nov. 2003. Moshe Yega. 2002. Between Integration and Secession: The Muslim Communities of the Southern. United State of America: Lexington Books. Habib Siddiqui. 2006. What is Happening in Burma? http://www.albalagh.net/current_ affairs/0090.shtml [20 Jun 2015] Anon. 2011. Rohingya refugees in Bangladesh and Thailand: Fact finding mission to Bangladesh and Thailand. Copenhagen: Danish Immigration Service. 237
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Zaain Zin. 2015. Komando VAT 69 geledah sempadan. Utusan Online 19 Mei 2015. http:// www.utusan.com.my/berita/nasional/komando-vat-69-geledah-sempadan-1.93508 [12 Ogos 2015]. Lawrence. 2012. Asia Pacific Refugee Rights Network statement on the situation in the Rakhine State of Myanmar. http://aprrn.info/asia-pacific-refugee-rights-network-statement-on-thesituation-in-the-rakhine-state-of-myanmar/ [9 September 2015] Azizah Kassim. 2014. Sesi perbincangan meja bulat: keselamatan negara: isu pekerja asing dan cabaran semasa. Anjuran: Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) & Northern Corridor Research Center (NCRC), Universiti Utara Malaysia (UUM). Palm Garden Hotel, Putrajaya. Alwi Bin Hj. Ibrahim. Kebanjiran Pati Rohingya Dan Bangladesh Di Langkawi. Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kenyataan Media. 12 MEI 2015. http://www.moha. gov.my/index.php/ms/kenyataan-media-akhbar/2200-kebanjiran-pati rohingya-danbangladesh-di-langkawi. [23 Jun 2015] TEMU BUAL Hussain dan rakan-rakan. Pelarian Rohingya Myanmar. Hulu Langat. [ Januari 2015] Amir. Pelarian Rohingya Myanmar. Gombak. [September 2014]. Hasan. Pendatang asing tanpa izin Myanmar.Gombak [September 2014]. Haji Mohd Azmi b Abdul Hamid. Presiden Majlis Pertubuhan Islam Malaysia. UKM Bangi [3 Jun 2015].
238
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESAN PERSEKITARAN BUDAYA SEKOLAH TERHADAP KEBERHASILAN DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL PELAJAR DARI PELBAGAI JENIS SEKOLAH Irwan Fariza Bin Sidik, Mohd Mahzan Bin Awang, Abdul Razaq Bin Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan persekitaran budaya sekolah dari aspek amalan–amalannya terhadap keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar. Amalan– amalan sekolah ini dilihat dan dikenal pasti mengikut persepsi pelajar daripada pelbagai latar belakang demografi dan jenis sekolah.Kajian ini memberi fokus kepada persekitaran budaya sekolah yang mempunyai beberapa aspek iaitu persekitaran sekolah, pembelajaran pelajar di bilik darjah dan jaringan sosial pelajar. Peranan yang dimainkan oleh individu–individu yang signifikan seperti pentadbir sekolah, guru, rakan sebaya dan komuniti yang memberi kesan kepada persekitaran budaya sekolah. Kerangka konseptual kajian menggabungkan dua teori iaitu teori atau model sistem ekologi manusia (Bronfenbrenner 1977) dan teori modal sosial (Robert D Putnam 2000) yang berkaitan dengan persekitaran budaya sekolah. Kertas konsep kajian ini akan membincangkan kesan persekitaran budaya sekolah terhadap keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar dari pelbagai latar belakang demografi dan jenis sekolah. Kata kunci :
Budaya sekolah, keberhasilan pelajar dan kesejahteraan sosial pelajar.
PENDAHULUAN Pendidikan di Malaysia bertujuan untuk membangunkan modal sosial dan menjana modal insan yang berkualiti serta menjadi pencetus kreativiti dan inovasi generasi muda untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Keberhasilan pelajar yang ditetapkan adalah selari dengan aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi pelajar yang ditetapkan dalam sistem pendidikan berprestasi tinggi. Transformasi pendidikan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 bermatlamat melengkapkan setiap pelajar dengan kemahiran baharu yang diperlukan untuk merebut peluang pada peringkat global. (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 bermatlamat untuk memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan. Kajian Azmiza et al. (2014), menyatakan antara cabaran utama para pendidik ialah menyediakan cara untuk membantu para pelajar menjadi pelajar yang cemerlang, bermotivasi, aktif dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis kreatif serta dapat menyelesaikan masalah bagi membuat sesuatu keputusan. Motivasi pelajar merupakan salah satu perkara penting dalam pendidikan. Dalam bidang pendidikan, Rusni Mohd Nor (2005) menyatakan budaya sekolah telah digunakan secara sinonim dengan konsep–konsep seperti etos dan iklim sekolah. Budaya sekolah mempunyai hubungan rapat dengan iklim sekolah. Jelaslah bahawa kedua–duanya saling mempengaruhi. T.Marimuthu (1990) dan Sharifah Md Nor (2000), budaya sekolah merupakan cara hidup yang meliputi segala amalan sekolah di dalam dan di luar bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan, norma, pengetahuan, cara berfikir dan tingkah laku yang dikongsi bersama oleh warganya serta bebeza daripada institusi–institusi sosial lain. Ee Ah Meng (1995), budaya sekolah yang stabil dapat menyediakan iklim sekolah yang kondusif terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 239
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pencapaian akademik amat berkait rapat dengan gaya pembelajaran pelajar. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2003), pengajaran dan pembelajaran harus mementingkan kreativiti dan minat setiap pelajar. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memartabatkan pencapaian akademik pelajar. Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (1999), Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk menjadikan sistem pendidikan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Ini kerana setiap tahun keputusan peperiksaan awam sekolah–sekolah elit menujukkan keputusan yang lebih baik daripada sekolah–sekolah lain. Kajian–kajian oleh Brookover et al. (1979), Rutter et al. (1979) dan Mortimore et al. (1988) yang mengkaji tentang hubungan antara sekolah berkesan dan proses yang membentuk budaya sekolah yang berkaitan dengan ciri–ciri organisasi dan fungsi sekolah. Ini dibuktikan oleh Edmonds (1979) menyatakan bahawa lima ciri sekolah berkesan yang utama: kepimpinan yang baik, jangkaan tinggi terhadap pelajar, keadaan persekitaran yang teratur yang sesuai untuk pembelajaran, penekanan kepada penguasaan kemahiran asas dan kekerapan memantau kemajuan pelajar. Pandangan ini berpadanan dengan dapatan kajian oleh (Purkey & Smith 1983; Levine & Lezzote, 1990; Sammons, Hillman & Mortimore, 1995) yang mendapati bahawa ciri–ciri sekolah berkesan mewujudkan budaya sekolah yang positif. PENYATAAN MASALAH Azizi Yahaya dan Nurfaizah Abd. Majid (2011), sekolah yang dianggap sebagai agen pembudayaan menjadi suatu medan untuk mencapai matlamat ini. Namun sesetengah sekolah yang terlalu ghairah untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan terlalu berorientasikan kepada akademik. Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid (2010), sekolah menengah kebangsaan adalah untuk memberi pendidikan kepada pelajar di peringkat menengah secara umum. Bagi sekolah menengah berasrama penuh dan khas bertujuan untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang lebih baik khususnya kepada pelajar di luar bandar. Sementara sekolah menengah kebangsaan agama diwujudkan bagi memberi penekanan yang lebih terhadap Pendidikan Islam dan pembelajaran Bahasa Arab. Implikasi daripada pelbagai syarat khusus (pencapaian akademik dan kokurikulum) yang dikenakan untuk memasuki sekolah–sekolah menengah berasrama penuh atau khas dan sekolah menengah agama dengan sekolah menengah kebangsaan telah mewujudkan jurang yang semakin ketara antara pelbagai kategori sekolah berkenaan dari pencapaian akademik, ko–kurikulum dan budaya sekolah. Jika diimbas kembali terdapat beberapa kajian tentang budaya sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006) bertujuan untuk mengenal pasti ciri iklim sekolah berkesan di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Selangor. Selain itu kajian olehJamilah Ahmad & Yusof Boon (2011) melihat tentang ciri–ciridan amalan kepimpinan pengetua atau guru besar di dua buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia.Kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid (2011) adalah untuk mengenal pasti hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar di beberapa buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Pontian, Johor. Seterusnya, kajian Muhammad Faizal A. Ghani (2012) dan Muhammad Faizal A. Ghani et. al. (2013) adalah mengkaji perbezaan amalan kecemerlangan sekolah dalam kalangan dua jenis sekolah berprestasi tinggi di Malaysia, iaitu SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama). SMKA bertujuan melahirkan insan yang berkeperibadian muslim. Manakala, SBP melahirkan pelajar yang memiliki towering personality iaitu berilmu, berkemahiran dan beretika mulia. Kajian tentang persekitaran budaya sekolah dari perspektif empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Berprestasi Tinggi masih belum dikaji. Justeru itu, keperluan 240
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
untuk mengkaji perlu dijalankan bagi melihat kesan persekitaran budaya sekolah berkenaan terhadap keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar. Persekitaran Budaya Sekolah Sekolah mempunyai sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Reid dan Holly (1987), budaya sekolah merupakan hasil daripada cara interaksi individu di sekolah. Deal & Peterson (1999), budaya sekolah sebagai budaya yang berkaitan dengan matlamat yang perlu dicapai dan dipengaruhi oleh identiti budaya ahlinya, tradisi organisasi dan personaliti ahli–ahlinya. Halpin &Croft (1962)menjelaskan bahawa budaya sekolah sebagai sahsiah (personality).Pada pandangan (Rutter et. al.,1979; Mortimore et al., 1988; & Stoll,1994), budaya sekolah sebagai etos sekolah yang mencerminkan iklim sosial sesebuah sekolah yang positif, kondusif untuk pembelajaran dan mempunyai persekitaran yang menyenangkan akan mewujudkan pelajar–pelajar berkelakuan baik dan meningkatkan pencapaian akademiknya. Kajian (Turney & Jenkins, 1985; dan Reid & Holly 1987), etos sekolah adalah faktor utama menentukan keadaan kualiti pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan merupakan faktor penting dalan menentukan sekolah berkesan. Rutter et al. (1979) menyatakan budaya sekolah dan iklim bilik darjah mempunyai pengaruh yang kuat dalam proses pengajaran–pembelajaran dan pembentukan sikap warga sekolah.Kajian (Halpin dan Croft, 1962; Sharifah Md Nor, 2000; Hussein Ahmad, 2004; Rusni Mohd. Nor, 2005), budaya sekolah memupuk; identiti sekolah yang mengukuhkan etos sekolah tersebut; hubungan harmoni dan bersepadu yang mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi sekolah; komitmen dan semangat berpasukan warga sekolah untuk mencapai matlamat organisasi sekolah; kehidupan sosial dan personal warga sekolah sama ada melalui budaya formal atau informal; dan iklim pembelajaran yang memberangsangkan kejayaan akademik melalui sikap dan penekanan terhadap budaya pembelajaran. Persekitaran Sekolah Kajian Rusni Mohd. Nor (2005) menyatakan bahawa keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku. Shallcross (1981) menyarankan pihak sekolah menyediakan iklim persekitaran yang membantu dalam membangunkan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Menurut (Ee Ah Meng, 1995; Mohd Salleh Lebar, 1998 & Shahril @ Charil Marzuki et. al., 1999), pembentukan budaya sekolah di peringkat sekolah menengah mengambil kira keadaan fizikal sekolah yang baik, aspek sosial sekolah yang dapat merangsang pembinaan insan yang baik, budaya ilmu yang positif dan penggunaan bahasa yang baik. Sekolah seharusnya perlu menyediakan iklim, budaya dan menjadi suatu tempat yang menarik dan menyeronokkan bagi mengekalkan minat supaya pelajar ingin berada di sekolah dan memotivasikan proses pembelajaran mereka. Kajian Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006) menyatakan bahawa iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana sekolah aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Menurut (Ee Ah Meng, 1995; Mohd Salleh Lebar, 1998 dan Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2006), bangunan dan kawasan sekolah dijaga dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ab Alim Abdul Rahim (2004) menyatakan bahawa semua pelajar boleh dididik dan mempunyai keseimbangan dari segi perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan sosial. Interaksi Sosial Di Luar Bilik Darjah Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial di persekitaran sekolah. Interaksi sosial ini dirujuk kepada perhubungan antara pelajar di dalam kawasan sekolah. Kajian (Rusimah Sayuti et. al. 2004; dan Mohd Ismail Mustari et. al. 2004) menyatakan antara aktiviti di luar bilik darjah yang dilihat merangkumi penglibatan pelajar dalam kegiatan atau aktiviti di sekolah sentiasa dipenuhi oleh interaksi sosial, komunikasi dan kerjasama antara pelajar akan dapat membentuk sahsiah pelajar. 241
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kajian Najeemah Mohd Yusof (2011) menyatakan sekolah menengah mempunyai kurikulum yang sama, fizikal adalah sama dan yang berbeza hanya komposisi etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai pengalaman pergaulan di sekolah rendah pelbagai aliran. Apabila pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat menengah khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan, mereka akan berinteraksi dengan kumpulan etnik yang berlainan. Jelaslah bahawa sekolah adalah institusi ideal yang memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam interaksi sosial walaupun berbeza identiti etnik dan latar belakang sosial. Kajian Mohd Ismail Mustari et. al. (2004) menyatakan bahawa sekolah menyediakan persekitaran fizikal untuk murid berinteraksi. Sistem interaksi di sekolah terbahagi kepada dua perspektif iaitu interaksi antara pelajar dalam sekolah yang sama atau interaksi antara pelajar di dalam sekolah tersebut dengan pelajar sekolah lain.Selain itu, Mohd Azhar Abd Hamid (2005), interaksi sosial mempunyai perkaitan dengan kemahiran sosial pelajar dengan kecerdasan emosi. Emosi yang stabil menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dalam perhubungan dan interaksi sosial. Ini dibuktikan Abdullah Sani Yahya et. al (2007) menyatakan bahawa kemahiran sosial membantu dalam menjalinkan hubungan sosial yang lebih baik adalah seperti membina persahabatan, berbual dengan orang lain, mempunyai budi pekerti yang baik dan mempunyai rasa empati terhadap orang lain. Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Kajian Nur Suhara (2010) menyatakan bahawa kokurikulum merupakan kegiatan berkumpulan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut (Brookfield, 1983; Carl Rogers et. al., 1994; &Mohanaraju Annamalai et. al., 2010), pembelajaran secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum merupakan pembelajaran berasaskan pengalaman serta dapat memberi pengukuhan dan pengayaan kepada perkara yang telah mereka pelajari dalam bilik darjah. Kajian (Reaves et. al., 2010; danMohdFazli Hasan et .al., 2013), aktiviti kokurikulum membantu melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah dan mempengaruhi perubahan tingkah laku serta sahsiah pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah jelas boleh menambah pengalaman penting dan kemahiran kepada pelajar. Ab. Alim (2004) dan Tam Yeow Kwai (2010) melalui aktiviti kokurikulum, pelajar dapat menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, nilai dan kemahiran yang dipelajari di bilik darjah merentasi kurikulum.Kajian (Steve Duncan, 1996; Omardin, 1996; Ahmad Esa, 2005; & Ruhaiza (2007), penglibatan pelajar dalam kokurikulum dapat menggalakkan perkembangan dalam diri pelajar dan ketrampilansahsiah selain mempunyai keselarian dalam akademik dan kokurikulum. Dapatan kajian Zarin Ismail et. al. (2009) mendapati bahawa pelajar dan guru bersetuju aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat menggalakkan pelajar berkomunikasi antara satu sama lain. Simone Marshall (2007) dan Ricardo D. Stanton– Salazar (2010), penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mewujudkan hubungan yang baik dan memupuk semangat kekitaan yang mempunyai pengaruh yang positif dalam diri pelajar. Mok Soon Sang (2011), ahli dalam persatuan akan berinteraksi secara langsung dan tidak langsung dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan berkenaan. Keadaan ini dapat melatih pelajar dengan nilai–nilai kemasyarakatan. Kemudahan Dan Prasarana Di Sekolah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia 2006), matlamat memperkasakan Sekolah Menengah Kebangsaan bertujuan untuk menjadikan sekolah tersebut beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal Sains, bengkel Kemahiran Hidup, bilik–bilik khas, pusat sumber sekolah, dewan sekolah, surau, padang atau gelanggang permainan, tapak perhimpunan, kantin, tandas dan kemudahan lain 242
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar. Kesemua kemudahan fizikal sekolah tersebut adalah merupakan prasarana yang digunakan bersama. Dapatan kajian Zarin Ismail et. al. (2009) menyatakan bahawa kebanyakan pelajar dan guru mengakui bahawa kesemua prasarana akademik yang diperlukan terdapat di sekolah mereka. Dari segi prasarana kokurikulum (sukan), menunjukkan paling ramai pelajar dan guru menyatakan di sekolah mereka tidak terdapat mini stadium, diikuti gimnasium, bilik persalinan dan trek balapan. Dari segi prasarana aktiviti kokurikulum (kelab dan persatuan), kebanyakan prasarana di sekolah–sekolah yang dikaji tidak mencukupi, terutamanya peralatan, kemudahan khusus, pakaian seragam dan bilik aktiviti.Kesimpulannya, dari segi prasarana kokurikulum (sukan, kelab, persatuan dan badan beruniform) didapati masih terdapat beberapa kekurangan, iaitu peralatan olahraga dan sukan, bilik persalinan, kemudahan peralatan khusus bagi kelab dan persatuan dan badan beruniform. Pembelajaran Pelajar Di Bilik Darjah Atan Long (1984) menyatakan bahawa pembelajaran sebagai proses kegiatan belajar di bilik darjah. Kajian Norasmah Othman & Shuki Osman (2009) menyatakan bahawa aktiviti yang dirancang apabila dilaksanakan oleh guru perlu memberi impak atau kesan kepada pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran, serta sikap pelajar tentang perkara yang diajar melalui pembelajaran. Ee Ah Meng (1995), pembelajaran dapat mengubah tingkah laku seseorang individu jika individu tersebut berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman yang sedia ada padanya Penggunaan Buku–Buku Akademik Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2005) menyatakan bahawa penggunaan buku teks sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi sumber asas ilmu pengetahuan yang penting dan sahih. Buku teks dijadikan asas bacaan bagi sesuatu mata pelajaran di samping buku–buku rujukan, buku–buku kerja atau sumber rujukan yang lain. Kajian Siti Safariah (2009) menyatakan bahawa buku teks merupakan bahan rujukan akademik untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan dan digunakan secara berulang kali. Kajian Bruce (1998), terdapat beberapa sebab guru menggunakan buku teks di dalam bilik darjah, antaranya untuk mengembangkan bahan yang ada di dalam bilik darjah yang sukar diperoleh dan guru mempunyai masa yang terhad untuk membina bahan pengajaran yang baru. Pelajar menggunakan buku teks sebagai asas bacaan bagi sesuatu mata pelajaran di samping buku–buku rujukan dan buku–buku kerja. Dapatan kajian Bryan (2005) menjelaskan penggunaan buku–buku akademik banyak memberikan kesan positif. Penggunaan buku– buku akademik di dalam bilik darjah memudahkan pencerapan dan penerapan kurikulum di dalam bilik darjah. Buku–buku akademik merupakan sumber yang memberikan idea dan aktiviti berbanding dengan instruksional material atau bahan lain. Dari sudut pembelajaran, Tajul Ariffin Noordin (1993) menyatakan penggunaan buku–buku teks dan buku–buku akademik mestilah sesuai dengan tahap pemikiran pelajar. Buku–buku rujukan dan buku–buku kerja merupakan buku akademik tambahan sebagai rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada pandangan lain, Sharifah Md Nor (2000) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada buku–buku teks dan soalan–soalan ramalan peperiksaan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru perlu kreatif dalam menggunakan sumber asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada buku teks dan buku–buku akademik lain. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) juga telah menghasilkan buku teks digital atau juga dikenali sebagai e–book. E–book boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan kata laluan yang telah dibekalkan kepada semua guru dan pelajar. Buku teks digital merupakan bahan bacaan berkonsepkan digital yang menggantikan 243
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
buku teks konvensional di mana buku yang menggunakan kertas. Dalam pada itu, buku teks digital dipersembahkan dengan teks dan gambar yang menarik, buku teks digital juga boleh memainkan video, animasi dan simulasi untuk paparan pelajar supaya lebih mudah memahami sesuatu pembelajaran. Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Atan Long (1984) menyatakan bahawa guru berperanan sebagai pengurus dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kajian Conklin et. al. (2009), pengajaran dan pembelajaran perlu bersifat terbuka dan tidak sekadar konvensional dalam bilik darjah. Kajian Mahdum (2014), proses pembelajaran di dalam bilik darjah adalah untuk menerapkan pelajar dengan kemahiran bekerjasama dan kolaborasi dalam kumpulan. Kajian Hamidah Sulaiman et. al. (2013)menyatakan bahawa kemahiran sosial merupakan kemahiran yang sangat penting kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Kemahiran sosial perlu dipertingkatkan oleh guru dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti. Kajian Zakaria Stapa et. al. (2012) dan Halimah Abdul Majid et. al. (2013) menyatakan bahawa guru perlu cekap merancang dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjahuntuk menyemaisubur dan menghidupkan jiwa dan minda pelajar.Kajian Rohani Arbaa et. al. (2010) menunjukkan wujudnya hubungan positif antara guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Guru harus menyedari peranan mereka dalam mempengaruhi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira latar belakang pelajar tersebut. Dapatan kajian Zarin Ismail et. al. (2009), aktiviti pengajaran seperti perbincangan dalam kumpulan, aktiviti mencari maklumat dan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi tujuan membangunkan modal insan kelas pertama. Kajian (Shuell, 1986; &Meyers dan Jones, 1993) menyatakan bahawa pembelajaran berpusatkan pelajar menekankan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Ini dapat memberikan kesan terhadap peningkatan dalam motivasi untuk belajar, penguasaan isi pelajaran dan sikap yang lebih positif terhadap mata pelajaran. Pada pandangan lain, kajian Abdul Shukor (2000) menyatakan bahawa pembelajaran abad ke–21, pelajar dilatih untuk belajar sesuatu dengan cepat, berupaya untuk menganalisis sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu masalah, mempunyai kemahiran belajar dan berkemahiran untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pengajaran dan pembelajaran menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Menurut Tee Tze Kiong et. al. (2010), kemahiran berfikir dapat dipelajari dengan lebih cepat dan berkesan dengan bantuan alat berfikir. Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan.Buzan (2002) menyatakan bahawa peta minda sangat sesuai digunakan untuk tujuan membaca, mengulang kaji, mengambil nota dan merancang untuk peperiksaan.Menurut Hyerle& Yeager (2007) menyatakan bahawa peta pemikiran memudahkan pelajar memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Interaksi Sosial Di Bilik Darjah Flanderas (1970) menjelaskan bahawa interaksi dalam bilik darjah sepatutnya berlaku di antara dua pihak dan selalunya di dalam bentuk lisan. Soh (2000), melalui interaksi positif pelajar dengan guru dapat menggalakkan kreativiti pada diri pelajar. Kreativiti pada diri pelajar bukan sahaja melalui perkataan iaitu dalam bentuk lisan tetapi melalui tingkah laku pelajar tersebut. Pada pandangan lain, dapatan kajian Rohani Arbaa et. al. (2010) menunjukkan wujudnya hubungan positif antara guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Kajian (Siti Safariah Abdullah Omar; dan Wan Zah Wan Ali et. al., 2009), pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga memerlukan guru yang mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni, saling hormat menghormati antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Ricardo D. Stanton–Salazar (2010), komunikasi yang berkesan antara 244
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pelajar dengan guru merupakan modal sosial yang ditakrifkan sebagai suatu susunan sosial yang biasa.Hubungan antara pelajar dengan guru melalui jaringan atau rangkaian interaksi yang baik merupakan bentuk modal sosial akan memberi manfaat kepada pelajar. Penekanan John Dewey tentang ‘Social Reconstruction’di mana bilik darjah dan sekolah penting untuk mengubah pelajar melalui interaksi sosial. Jaringan Sosial Pelajar Amir Hasan Dawi (2002; 2009) menyatakan bahawa pelajar, sekolah dan komuniti mempunyai hubungan yang merupakan suatu bentuk jaringan interaksi yang kompleks. Model Sistem Ekologi Bronfenbrenner mengambil kira ”jaringan persekitaran” penting dalam pembentukan sikap, tingkah laku, nilai dan personaliti seseorang individu. Rahmah Ismail et. al. (2011), dalam konsep modal sosial, jaringan merujuk kepada hubungan yang terjalin bagi membolehkan maklumat atau pengetahuan mengenai sesuatu perkara dikongsi dan disebarkan.Coleman (1988), kepentingan hubungan sosial membentuk rangkaian sekiranya wujud sifat saling mempercayai. Kepercayaan di bina bersandarkan faktor norma hidup yang dipegang dan diamalkan oleh individu. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) membangunkan program Sarana yang komprehensif dan dilaksanakan pada 2013 untuk menyediakan bimbingan yang lebih mantap dan khusus tentang cara sekolah boleh menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta. Amir Hasan Dawi (2009) menyatakan bahawa komuniti boleh membantu kegiatan–kegiatan lain seperti mengadakan tuisyen, kelas–kelas pemulihan, aktiviti gotong–royong sekolah, hari sukan, hari keusahawanan dan lain–lain lagi. Di samping itu pemimpin komuniti boleh membantu dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku antara ahli komuniti sekolah dengan komuniti luar. Jasimin Ahmad & Rahmad Amin (2007), sukan dan rekreasi boleh memberi kesan kepada individu dan orang lain di sekelilingnya secara tidak langsung dapat menanamkan semangat kekitaan dalam diri individu tersebut. Kajian (Na Yeon Lee; & Nur Indri Rahayu, 2010), menyatakan bahawa aktiviti sukan dan rekreasi melibatkan interaksi antara ahli dapat mengembangkan persefahaman melalui kegiatan yang disertai bersama.Pelajar dapat membina atau merapatkan hubungan antara satu sama lain, bertukar–tukar idea atau pendapat, membina minda yang sihat, mendidik individu berdisiplin dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu Menurut (Mohd Sofian Omar Fauzee; 2001; & Asiah Mohd Pilus, 2004), persahabatan dan perhubungan rakan sebaya dalam aktiviti kesukanan mempunyai beberapa dimensi positif iaitu bersukan untuk berinteraksi bersama rakan sebaya, memperolehi keseronokan ketika menyertai aktiviti kesukanan, meningkatkan keyakinan diri dan membaiki kemahiran sukan dalam sukan.Dapatan kajian Zainun Ishak dan Aini Hassan (1993) mendapati penglibatan pelajar dalam aktiviti rekreasi adalah faktor minat memainkan peranan utama dalam tingkah laku pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Minat dan motivasi terhadap aktiviti rekreasi memberi memanfaatkan diri pelajar dan masyarakat. Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah (2010) menyatakan “jaringan sosial” dan “media sosial” wujud disebabkan minat dalam platform sosial dan menggiatkan aktiviti dengan yang lain dalam saluran media sosial ini. Laman jaringan sosial digunakan dengan meluas oleh pelajar bagi tujuan pembelajaran, mencari kawan baharu atau menyertai kumpulan yang mempunyai minat yang sama. Ini dibuktikan olehNormah Mustaffa et. al. (2013) menyatakan pelajar merupakan antara pengguna Facebook yang aktif menggunakan laman sosial tersebut untuk tujuan bersosial. Pada pandangan lain, Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin & Mohamad Fauzi Sukimi (2014), akses jaringan sosial Facebook membentuk rangkaian yang lebih luas, asas interaksi minat dan sentimen yang dikongsi secara bersama. Dengan wujudnya perkongsian minat dan sentimen yang sama ini, maka wujud interaksi sosial dalam kalangan pengguna yang terlibat. 245
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Keberhasilan Pelajar Keberhasilan pelajar dalam kajian ini dilihat dari segi prestasi akademik. Kerlinger (1973), akademik merujuk kepada pendidikan formal. Prestasi akademik merujuk kepada skor atau gred–gred yang diperolehi atau dicapai oleh pelajar di dalam suatu ujian atau peperiksaan umum. Willms (1992), komitmen dan semangat guru mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Zaleha (1995), kejayaan pelajar akan memberikan ganjaran yang berbentuk psikologi kepada guru–guru. Ini dibuktikan oleh Brookover, et al. (1979) sekolah yang selalu menggunakan strategi pendidikan dalam pengajaran pembelajaran selalunya berjaya mencapai matlamat sekolah. Menurut (Smith & Beaulieu, 1992; dan Starratt & Howells, 1998) sekolah dan komuniti mempunyai pengaruh dengan pencapaian dalam pendidikan kanak–kanak dan remaja. Dapatan kajian (Johari Talib et. al., 2007; dan Mohamad Johdi Salleh et. al., 2009) menunjukkan bahawa latar belakang status sosio–ekonomi mempunyai korelasi dengan gaya keibubapaan dan komitmen ibu bapa terhadap sekolah mempunyai kaitan rapat terhadap pencapaian anak–anak mereka. Ini dibuktikan dengan kajian Ramlah Ab Khalid et. al. (2015), ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi akademik pelajar. Dapatan kajian Zalizan Mohd Jelas et. al. (2005) mengenai prestasi akademik mengikut perbezaan jantina menunjukkan pelajar perempuan lebih berjaya dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki. Faktor–faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar iaitu faktor pelajar, persekitaran dan guru yang menyumbang kepada keadaan tersebut. Dapatan kajian Mohamad Johdi Salleh et. al. (2012) menyatakan bahawa kejayaan pelajar turut dipengaruhi oleh dorongan dan sikap pelajar itu sendiri.Pada pandangan lain, dapatan kajian Salasiah Hanin Hamjah et. al. (2012) mendapati bahawa amalan kerohanian memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Selain dari faktor amalan kerohanian, para pelajar perlu berusaha dan berikhtiar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Kesejahteraan Sosial Pelajar Kajian William Ak Bunyau et. al. (2013) menyatakan bahawakesejahteraan sosial mengandungi dua pengertian: (i) kesejahteraan sosial dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur bertujuan untuk membantu individu dan kelompok mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan; dan (ii) kesejahteraan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial. Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) menyatakan bahawa kesejahteraan sosial berkaitan dengan kemampuan individu untuk berinteraksi dengan komuniti. Kajian Haris Abd. Wahab (2008) menyatakan bahawa konsep kesejahteraan sosial memberikan fokus kepada keadaan, nasib, hak, kewajipan dan tanggungjawab sesama manusia. kesejahteraan sosial merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap individu, keluarga dan komuniti.Roslina Ahmad Faisal et. al. (2010) menyatakan bahawa pembangunan kesejahteraan sosial sebagai sistem yang dirancang untuk membantu individu atau kelompok agar dapat mencapai standard hidup dan kesihatan yang lebih baik berdasarkan konteks sosialnya. Dalam konteks di sekolah, pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga dari segi aspek kecergasan fizikal dan kemahiran sosial. Pendedahan mengenai kepentingan aspek kesejahteraan sosial amat penting melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kurikulum, koakademik dan kokurikulum di sekolah. Kajian Noor Azlan Mohd Noor et. al. (2013) kesejahteraan sosial pelajar dapat dihubungkaitkan dengan kebolehan atau kemampuan seseorang pelajar untuk mengambil bahagian dalam masyarakat, memenuhi peranan dalam menjalinkan hubungan sosial dengan individu lain.Dapatan kajian Rosila Bee Mohd Hussain (2013) menyatakan bahawa kesejahteraan sosial pelajar dapat dicapai menerusi proses interaksi sosial. Kesejahteraan sosial pelajar bukan sahaja merangkumi perasaan, nilai dan pemikiran tetapi juga meliputi interaksi pelajar dengan persekitaran serta hubungan interpersonal. 246
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Teori Yang Berkaitan Dengan Persekitaran Budaya Sekolah Menurut Bronfenbrenner (1979; 1986; 1992) & Morris (1998) menyatakan bahawa institusi sosial seperti sekolah dan ideologi yang berada dalam masyarakat boleh membantu perkembangan individu. Ia bertujuan untuk memberikan sokongan dan membentuk sikap diri yang positif kepada kanak–kanak dan remaja. Teori sistem ekologi manusia Bronfenbrenner digunakan sebagai dasar kerangka konseptual bagi menerangkan persekitaran budaya sekolah terhadap pelajar ketika berinteraksi dan melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi penglibatan kanak–kanak dan remaja dalam aktiviti di sekolah iaitu; (1) Ciri-ciri demografi iaitu jantina, umur, etnik dan status sosio-ekonomi; (2) Pengaruh persekitaran budaya sekolah adalah faktor yang mempengaruhi kanak–kanak dan remaja untuk bergiat aktif dalam aktiviti di sekolah iaitu terdiri daripada persekitaran sekolah, pembelajaran di dalam bilik darjah dan jaringan sosial pelajar; (3) Sosialisasi adalah faktor yang menyokong tindakan iaitu pengaruh budaya sekolah, interaksi sosial di dalam atau di luar bilik darjah, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan jaringan sosial pelajar yang mempengaruhi kanak–kanakdan remaja lebih suka bergiat aktif; (4) Faktor personal pula berdasarkan teori kognitif sosial apabila kanak–kanak dan remaja mempunyai keyakinan dan keseronokan yang tinggi, maka mereka akan menjadi seorang yang aktif. Dalam teori sistem ekologi Bronfenbrenner (1977) menjelaskan tentang persekitaran budaya sekolah sebagai satu rangkaian yang merangkumi kawasan sekolah di mana pelajar menjalani kehidupan mereka sehari–harian pada waktu persekolahan. Rangkaian tersebut terdiri daripada lima lapisan iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Faktor yang akan dijadikan pembolehubah adalah mikrosistem iaitu jantina, etnik dan kemampuan diri; eksosistem iaitu guru sekolah, rakan sebaya, hubungan ibu bapa, ahli keluarga dan perkara yang berlaku dalam persekitaran sekolah dan komuniti; mesosistem iaitu sokongan keluarga dan masyarakat setempat; makrosistem iaitu perkembangan remaja dan penglibatan remaja dalam aktiviti di sekolah dan kronosistem adalah persekitaran budaya yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku pelajar. Bronfenbrenner menegaskan tentang pentingnya hubungan yang baik antara sekolah, pelajar, keluarga pelajar dan masyarakat secara menyeluruh. Pencapaian hubungan yang baik di sekolah dan komuniti secara menyeluruh akan mempunyai impak yang positif terhadap keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar. Menurut Robert D Putnam (2000), para ahli sosiologi menyatakan bahawa modal sosial merangkumi tiga elemen utama iaitu kepercayaan atau trust yang merangkumi kejujuran, sikap, toleransi dan kemurahan hati; jaringan sosial atau social networks yang merangkumi perhubungan dankerjasama; dan norma atau norms iaitu nilai–nilai murni dan peraturan. Ketiga–tiga elemen modal sosial menjurus kepada kehidupan dalam kelompok sosial masyarakat, suku, bangsa atau kategori lain yang merangkumi struktur sosial masyarakat. Dapatan kajian Nor Aini Mohamad Ibrahim et. al. (2014), modal sosial sangat penting dalam pendidikan. Interaksi yang berlaku setiap hari di sekolah dalam kalangan pelajar dan guru sebenarnya telah membina modal sosial tanpa disedari. Pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran, nilai yang dipegang oleh masyarakat tentang kepentingan pendidikan dan kepercayaan terhadap manfaat pendidikan kepada anak–anak menguatkan lagi modal sosial yang terbina. Konsep modal sosial sering disamakan dengan modal manusia. Kepentingan modal manusia (pendidikan, kemahiran dan kesihatan) dan juga modal sosial (kepercayaan, komunikasi, kerjasama dan norma hidup yang baik dipupuk, dibentuk, dikekal dan dikongsi oleh sekurang–kurangnya dua orang individu) menghasilkan eksternaliti positif dan meningkatkan kecekapan dan pembangunan individu. Bersesuaian dengan kajian yang akan dilakukan, kerangka konseptual dan teori yang akan digunakan adalah merupakan gabungan daripada dua teori iaitu teori atau model sistem ekologi manusia (Bronfenbrenner 1977) dan teori modal sosial (Robert D Putnam 2000) untuk melihat kesan persekitran budaya sekolah terhadap keberhasilan dan kesejahteraan pelajar. 247
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESIMPULAN Persekitaran budaya sekolah menjurus kepada pembentukan sahsiah pelajar. Sekolah harus mempunyai budaya, etos, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah perlu sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa. Warga sekolah perlu memainkan peranan yang penting terhadap keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar. Semua pihak harus bekerjasama dalam usaha meningkatkan keberhasilan pelajar. Tanpa kerjasama daripada semua pihak terutama warga sekolah itu sendiri, keberhasilan dan kesejahteraan sosial pelajar tidak dapat dicapai. Seterusnya hasrat kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013– 2025 yang memberi penekanan terhadap aspek keberhasilan pelajar melalui dimensi Aspirasi Sistem dengan menyasarkan usaha memantap dan memperkasakan keberhasilan pelajar seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan tercapai. Oleh itu, semua pihak perlu segera bertindak memainkan peranan masing–masing dengan harapan hasrat kerajaan terlaksana. RUJUKAN Ab. Alim Abdul Rahim. 2004. Kursus perguruan lepas ijazah: pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah. 2007. Guru sebagai pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abdul Shukor. 2000. Development of a learning and thinking society. Prosiding Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Kebangsaan 2000,1–16. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Esa. 2005. Perkasakan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri iklim sekolah berkesan: implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan. 31(3):3–19. Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum Books. Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books. Asiah Mohd Pilus. 2004. Pertalian faktor motivasi dan gaya kepimpinan jurulatih terhadap penglibatan sukan di kalangan atlit. Prosiding Pendidikan Sukan dan Rekreasi 2004.hlm. 233–254. Atan Long. 1984. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. 2011. Hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah Journal of Educational Psychology and Counseling, vol. (2):78–112. Azmiza Ahmad, Saemah Rahman & Ruslin Amir. 2014. Keberkesanan modul idea-i terhadap kemahiran daya tindak dan kemenjadian murid. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014. 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah. Brookfield, S. D.1983. Adult Learning, Adult Education and the Community Milton. Keynes Open University Press. Bronfenbrenner, U. 1977. Toward and experimental ecology of human development. American Phychologist, 32. 513-531. Bronfenbrenner, U. 1979. The ecology of human development: Experiments by nature and design. Cambridge, MA: Harvard University Press. Bronfenbrenner, U. 1986. Ecology of the family as a context of human development. Research Perspective.Developmental Psychology, 22, 723-724. 248
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Bronfenbrenner, U. 1992. Ecology systems theory. dlm R.Vasta (eds), six theories of child development:revised formulations and current issues, vol. 6, ms187-249. London, England: Jessica Kingsely Publishers, LTD. Bronfenbrenner, U & Morris, P.A. 1998. The ecology of development processes. Dalam R.N Lerner & W. Danon (Eds). Handbook of child psychology vol. 1. Theoretical models of human developent, ms. 993-1028. New York: Wiley. Brookover, W. et. al. 1979. School Social System and Student Achievement: School Can Make A Difference. New York:Praeger. Bruce.G. 1998. Far Estern Economic Review, 161(44):26. Bryan. C. 2005. Analysis of the principal’s perceptions of the implementation an impact of the Accelerated Reader and other selected reading strategies used by Texas Gold Performance elementary school. Boston: Allyn and Bacon. Buzan, Tony. 2002. How to Mind Map: The Ultimate Thinking Tool That Will Change Your Life. London:Thorson. Carl Rogers & Freiberg, H.J. 1994. Freedom to Learn (3rd Ed). Columbus, OH: Merrill/Macmillan. Coleman, J. S. 1988. Social Capital in the Creation of Human Capital. The American Journal of Sociology, Vol. 94, Supplement: Organizations and Institutions: Sociological and Economic Approaches to the Analysis of Social Structure:95– 120. Conklin, T. A. 2009. Creating classrooms of preference. Journal of Management Education, 33(6):772–792. Deal, T. E. and Peterson, K. D. 1999. Shaping School Culture: The Heart of Leadership. San Francisco: Jossey-Bass. Edmonds, R. 1979. Effective Schools for the Urban Poor. Education Leadership37:15 –18 & 20–24. Ee Ah Meng. 1995. Murid dan Proses Pembelajaran–Asas Pendidikan 2. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Haris Abd. Wahab. 2008. Pendekatan kesejahteraan sosial dalam pembangunan komuniti. Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial Jld 2:177–186. Melaka: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Halimah Abdul Majid, Eow Yee Leng & Chuah Beng Ean. 2013. Budaya Awal Pagi Membentuk Kemenjadian Murid. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke‐20 Tahun 2013. 2–4 Julai. Halpin, A.W & D. Croft. 1962. The Organizational Climate of Schools. Washington D.C.: US Office of Education, Department oh Health, Education & Welfare. Hamidah Sulaiman, Afandy Sutrisno Tanjung, Norfaezah Md. Khalid, Norsafatul Aznin A. Razak & Nor Hasbuna Salleh. 2013. Kecergasan emosi dalam meningkatkan keperibadian remaja. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik – Julai 1 (3)(2013):28–33. Hussein Ahmad. 2004. Pembangunan etos dan budaya sekolah dan bilik darjah ke arah kecemerlangan pelajar: satu pendekatan. Jurnal Pemimpin, Institut PengetuaUniversiti Malaya,(4):21–30. Hyerle, D. & Yeager, C. 2007. A Language for learning: Thinking maps incorporated. North Carolina; Thinking Maps. Inc. Jamilah Ahmad & Yusof Boon. 2011. Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Di Malaysia. Journal of Edupres, Volume (1):323–335. Jasimin Ahmad dan Rahmad Amin. 2007. Remaja dan Rekreasi. Kuala Lumpur: Mostgain Resources Publications. Johari Talib & Nazri Muslim. 2007. Bagaimana kanak–kanak Orang Asli gagal di sekolah?. Jurnal Pengajian Umum.(8):51–76. 249
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2005. Manual mesej utama dan sokongan: kempen cara hidup sihat setting tempat kerja. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2005. Program penerbitan pakej buku teks KBSR kegunaan mulai tahun 2007 melalui kaedah komisi. Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2006. Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2006– 2010. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementarian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Kerlinger, F.N. 1973. Foundatios of Behavioral Research. Holt, Rinehart and Winston, New York. Levine, D. U dan L. W. Lezotte. 1990. Unusually Effective Schools: A Review and Analysis of Research and Practice. Madison: The National Center for Effective Schools Research & Development. Mahdum. 2014. Pembangunan dan penilaian keberkesanan CIRCOM ke atas motivasi, pemikiran kritis, kemahiran sosial dan pencapaian bahasa inggeris pelajar SMP Pekan Baru, Riau. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Meyers, C. dan T.B. Jones 1993. Promoting active learning: Strategies for the college classroom. San Francisco : Jossey Bass. Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen & Amir Hasan Dawi. 2009. Status sosio–ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam penilaian menengah rendah. 14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education. 21th – 24th May 2009. Mohamad Johdi Salleh, Mazliza Kamin & Jane Frances Henry. 2012. Kajian terhadap faktor–faktor mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah di Sabah. Labuan International Conference on Educational Research –LICER 2012. 5-7 Julai. Mohanaraju Annamalai, Ahmad Tajuddin Othman & Abdul Ghani Kanesan Abdulah. 2010. Pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah t e r h a d a p pencapaian kemahiran insaniah murid. www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/53.pdf [13 Jun 2014] Muhammad Faizal A. Ghani. 2012. Amalan kecemerlangan sekolah dalam kalangan dua jenis sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. ATIKAN, 2(2):207–234. Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. 2010. Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM - SEA Journal of General Studies II.117-130. Mohd Azhar Abd Hamid. 2005. Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Cetakan kedua. Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn Bhd. MohdFazli Hasan, SuhaidaAbdulKarim& Soaib Asimiran. 2013. Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2):1–9. Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Suratman, Abd Basit Abd Samat, Abdul Rahman Hamzah & Abdul Hafiz Abdullah. 2004. Kajian Sahsiah Pelajar–Pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor. Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin & Mohamad Fauzi Sukimi. 2014. Interaksi sosial di ruang maya:kajian kes jaringan sosial melalui laman Facebook di Malaysia. Journal of Society and Space 10 (6):138–147. 250
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd. Mohd Sofian Omar Fauzee. 2001. Psikologi Sukan, Aplikasi Teori dan Praktikal. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Mok Soon Sang. 2011. Pengurusan Kokurikulum. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mortimoore, P. et. al. 1988. School Matters: The Junior Years. Wells:Open Books. Reprinted 1994. London: Paul Chapman. Najeemah Mohd Yusof. 2011. Persekitaran sekolah dan peranan guru dalam meningkatkan interaksi sosial dalam kalangan murid di sekolah menengah kebangsaan. DigesPendidik 11(2):67–76. Na Yeon Lee, M.A. 2010. Women‟s Role Balance: Workplace and Family Leisure Experiences. Dissertation Ph.D Texas Tech University. Norasmah Othman & Shuki Osman. 2009. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Dlm.Noraini Idris & Shuki Osman (pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis, hlm. 75–100. Kuala Lumpur: McGraw–Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Nor Aini Mohamad Ibrahim, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq Ahmad. 2014. Modal sosial dalam kalangan pelajar universiti. International Seminar On Global Education II. 24–25 Februari 2014. 2397–2410. Noor Azlan Mohd Noor, Bazlin Darina Ahmad Tajudin & Mohamad Ismail Mohd Yunus. 2013. Kesejahteraan Sosial dan Janayah:Kes–Kes Rogol Statutori Di Kalangan Orang Melayu Di Kuala Lumpur Malaysia. Dlm. Roziah Omar, Sivamurugan Pandian & Zainal Abidin Sanusi (pnyt.). Kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi Dan Transformasi Kesejahteraan Sosial Negara, hlm 39–50. Nilai: Nilai: Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT). Normah Mustaffa, Wan Amizah Wan Mahmud, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob & Mohd. Helmi Abd. Rahim. 2013. Kebergantungan internet dan aktiviti online remaja di lembah kelang. Malaysian Journal of Communication. 29(1):199– 212. Nor Suhara Fadzil. 2010. Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan di sekolah menengah. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia.hlm. 59–69. Nur Indri Rahayu. 2010. Kajian Deskriptif Penglibatan Mahasiswa UPI dan UKM dalam Aktiviti Sukan Dan Rekreasi. Proceedings International Seminar Comparative Studies in Educational System Between Indonesia and Malaysia, hlm. 219–226. Omardin Ashaari. 1996. Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Purkey, S. C. & M. S. Smith. 1983. Effective Schools. A Review: Elementary School Journal (83):427–452. Rahmah Ismail, Ishak Yussof & Mohd Nasir Mohd Saukani. 2011. Modal Insan dan Agihan Pendapatan di Malaysia. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramlah Ab Khalid & Jamil Ahmad. 2015. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (Ps): Satu Inovasi Sistem Penilaian Murid Untuk Peningkatan Profesionalisme Guru Abad 21. ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015. 7-8 Oktober. Reaves, W.D., Hinson, A.R. & Marchant, A.M. 2010. Benefits and costs of faculty participation in extra- and co-curricular activities. NACTA Journal:54–60.
251
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ricardo D. Stanton-Salazar. 2010. A Social Capital Framework for the Study of Institutional Agents & Their Role in the Empowerment of Low-status Students & Youth.University of Southern California. Reid, K., D. Hopkins & P. Holly. 1987. Towards The Effective School: The Problems and Some Solution. Oxford: Basil Blackwell. Robert D. Putnam. 2000. Bowling Alone. New York: Simon & Schuster Paperbacks. Rohani Arbaa, Hazril Jamil & Nordin Abd Razak. 2010. Hubungan guru–pelajar dan kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar?. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2):61–69. Rosila Bee Mohd Hussain. 2013. Kesejahteraan Sosial: Strategi Pengukuhan Diri dari Perspektif Sosiologi. Dlm. Roziah Omar, Sivamurugan Pandian & Zainal Abidin Sanusi (pnyt.). Kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi Dan Transformasi Kesejahteraan Sosial Negara, hlm 80–86. Nilai: Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT). Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak. 2010. Kepuasan tahap aktiviti khidmat masyarakat dan pembangunan kesejahteraan sosial dalam kalangan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar (13):37–56. Ruhaiza Rusmin. 2007. Kokurikulum Bendung Gejala Sosial. Kuala Lumpur: New Strait Time Press (M) Bhd. Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah & Salma Ishak. 2004. Kajian hubungan kaum di kalangan pelajar sekolah pembengunan sosial, Universiti Utara Malaysia. Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004),hlm. 1–12. Rusni Mohd Nor. 2005. Perkaitan antara budaya sekolah dengan pencapaian akademik pelajar di Negeri Sembilan. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rutter, M. et. al. 1979. Fifteen Thousand Hours: Secondary Schools and Their Effects on Children. Cambridge Mass: Harvard University Press and London: Open Books. Salasiah Hanin Hamjah, Ermy Azziaty Rozali, Rosmawati Mohamad Rasit & Zainab Ismail. 2012. Perkaitan amalan spiritual dengan pencapaian akademik. AJTLHE Vol. 4(2):51–60. Sammons, P., J.Hillman & P. Mortimore. 1995. Key Characteristics of Effective Schools: A Review of School Effectiveness Research. London: Office for Standards in Education Simone Marshall. 2007. Engagement Theory, WebCT, and academic writing in Australia. International Journal of Education and Development using Information and Communication Technology (IJEDICT),Vol. 3.(2):109–115 . Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2010. Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Malaysian Journal of Media Studies, Vol. 12 (2):37–52. Siti Safariah Abdullah Omar. 2009. Hubungan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Dengan Pencapaian Pelajar di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Selangor, Malaysia.Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Soh, K. C. 2000. Indexing Creativity Fostering Teacher Behavior: A Preliminary Validation Study. Journal of Creative Behavior, 34 (2):118–134. Shahabuddin Hashim & Rohizani Ismail. 2003. Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Bentong : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 252
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. 1999. Isu Pendidikan di Malaysia – Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shallcross, D. J. 1981. Teaching Creative Behavior: How to Teach Creativity to Children of All Ages. New Jersey: Prentice-Hall,Inc Sharifah Md. Nor. 2000. Keberkesanan sekolah satu perspektif sosiologi. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Shuell, T. J. 1986. Cognitive conceptions of learning. Review of Educational Research,(56):411– 436. Smith, M.H., Beaulieu, L.J. dan Israel, G.D. 1992. Effects of human capital and social capital on dropping out of high school in the south. Journal of Research in Rural Education, Vol. 8(1):75–87. Starratt, R.J & Howells, M.L. 1998. Supervision As Moral Agency. In Firth, G.R. and Pajak, E.F. (eds). Handbook of research on school supervision. New York: Macmillan. Steve Duncan. 1996. Family Matters: What is the role of extracurricular Activities? http://www.montana.edu. [15 Oktober 2015] Stoll, L. 1994. School effectiveness and school improvement: Voices from the field. School Effectiveness and School Improvement 5(2):149–177. T. Marimuthu. 1990. Pengenalan sosiologi pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan bersepadu: konsep dan falsafahnya dalam KBSM. Dlm. Adnan Kamis (pnyt.) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas.hlm 35–52. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Tam Yeow Kwai. 2010. Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Tee, Tze Kiong, Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Othman & Yee Mei Heong. 2010. Penilaian peta minda buzan berdasarkan rubrik analitik. Seminar Dekan-Dekan IPTA 2010. Turney, J.J. & Jenkins, J.M. 1985. A comparison of climate as perceived by selected students. University of Southern California. Wan Zah Wan Ali, Sharifah Md Nor, Siti Suria Salim, Othman Mohamed, Kamariah Abu Bakar, Arshad Abd. Samad, Ramlah Hamzah, Rohani Ahmad Tarmizi, Rasid Jamian, Hayat Marzuki. 2009. Persepsi pelajar berisiko terhadap iklim pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34 (1):17–36. William Ak Bunyau & Haris Abd. Wahab. 2010. Kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar yang terlibat dalam skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di daerah Telupid, Sabah. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”,(3):1315–1330. Willms, J. D. 1992. Monitoring School Performance: A Guide for Educators. London: The Falmer Press. Zainun Ishak & Aini Hassan. 1993. Satu kajian tentang penglibatan pelajar tingkatan 4 di Malaysia dalam aktiviti rekreasi. Jurnal Pendidikan UKM 18:79–88. Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. 2012. Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari Special Edition.155–172. Zaleha Sulaiman. 1995. Pengurusan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di luar bandar: kes empat buah sekolah menengah di Negeri Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. 253
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Reselan Baki & Jamil Ahmad. 2005. Prestasi akademik mengikut gender. Jurnal Pendidikan (30):93–111. Zarin Ismail, Zaini Mahbar, Juriah Long & Khalid Abdullah. 2009. Pemerkasaan sekolah menengah untuk pembangunan modal insan kelas pertama: antara realiti dan harapan. ProsidingPersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV)“Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran”,(2):325–343.
254
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KEMAHIRAN SOSIAL DAN AKTIVITI MENUNGGU GILIRAN (TURN-TAKING) Kamala A/P Ratnam Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Penulisan kertas konsep ini membincangkan tentang keperluan kemahiran sosial kepada murid Prasekolah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di dalam bilik darjah bagi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak. Salah satu daripadanya ialah aktiviti menunggu giliran (turn-taking). Menunggu giliran melibatkan aktiviti serta diperlukan dalam perbualan harian. Data kajian ini dikumpulkan berasaskan kepada tinjauan kepustakaan dan capaian maya. Hasil kajian mendapati guru perlu kreatif dalam menjalankan aktiviti menunggu giliran yang melibatkan perbualan di antara murid. Menunggu giliran membolehkan murid supaya dapat berinteraksi dan memupuk kemahiran sosial. Kata kunci: menunggu giliran, prasekolah, kemahiran sosial.
PENDAHULUAN Pelbagai definisi diberikan mengenai kemahiran sosial oleh pakar pendidikan dan psikologi mengikut perspektif masing-masing. Kemahiran sosial merangkumi kemahiran asas, kemahiran berinteraksi, kemahiran afektif serta kemahiran kognitif. Oleh yang demikian kemahiran sosial perlu dikuasai bagi tujuan berinteraksi dalam membantu perkembangan kognitif. Kemahiran sosial juga memainkan peranan penting untuk seseorang berjaya dalam konteks keluarga, tempat bekerja dan juga dalam sesebuah masyarakat (Huitt & Dawson, 2011). Kemahiran sosial ini sangat penting kepada kanak-kanak. Kemahiran berkomunikasi diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas untuk berkawan. Jika tidak mereka akan ditinggalkan oleh rakan sebaya mereka (Stanton-chapman & Snell, n.d.). oleh yang demikian kemahiran sosial sangat penting di peringkat awal persekolahan. Kemahiran sosial juga diberi penekanan di dalam Kurikulum standard peringkat prasekolah yang merangkumi komponen komunikasi, kreativiti, jasmani, sosio emosi, estetika dan nilai-nilai murni. Kurikulum ini bertujuan untuk memberikan pendidikan yang berkualiti yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan juga nilai (Suppiah 2015). Salah satu objektif pendidikan Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ialah membolehkan murid mempunyai kemahiran berinteraksi dan bersosialisasi (Huraian Kurikulum Prasekolah PKBP 2009). Kemahiran sosial bukan sahaja melibatkan pengetahuan dan tingkah laku malah ia turut melibatkan kemahiran yang melibatkan pengurusan emosi dan tingkah laku, komunikasi, hubungan yang baik, bekerjasama dengan orang lain serta menyelesaikan masalah (Huitt & Dawson 2011). Rutin harian seperti Circle Time memberikan peluang interaksi sosial di antara guru dan juga muridmurid (Kington & Sammons, 2013). Kajiannya mendapati kemahiran sosial lebih banyak membawa perubahan positif dari segi kemahiran bahasa, tingkah laku, keyakinan dan juga kemahiran berkongsi barang. Peringkat prasekolah penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Oleh itu Theory of Mind memfokuskan perkembangan kanak dari segi keupayaan untuk memahami orang lain. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti autisme bukan sahaja menghadapi masalah dari segi sosial tetapi masalah dalam berkomunikasi (Hwu, 2011).
255
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERNYATAAN MASALAH Kemahiran sosial diperlukan untuk kanak-kanak supaya dapat berinteraksi dengan orang lain. Kelewatan dalam penguasaan kemahiran sosial menimbulkan pelbagai masalah. Dapatan kajian mendapati murid-murid yang tiada pendidikan kemahiran sosial bermasalah dari segi pengurusan emosi, sikap bekerjasama dan menghormati rakan sebaya dan orang dewasa. Kekurangan kemahiran sosial dan emosi bukan sahaja menjejaskan hubungan di antara rakan sebaya tetapi turut menjadi salah satu punca berlakunya masalah disiplin. kekurangan kemahiran sosial memberikan kesan yang negatif terhadap sosial dan pencapaian akademik (Moisan, 1998). Kelewatan dalam perkembangan kemahiran sosial di peringkat prasekolah juga disebabkan oleh kekurangan pendedahan dan juga latihan. Tanpa adanya latihan murid berkeperluan khas sukar untuk mempelajari sesuatu tingkah laku. Kemahiran sosial tidak dapat diajar hanya dengan pemerhatian yang melibatkan rakan sebaya dan juga orang dewasa (Fisher & Haufe, 2009).Kanak-kanak seperti autisme menghadapi masalah dalam memahami diri mereka dan juga orang lain. Kemahiran berbual yang berkesan perlu melibatkan orang yang bercakap dan juga orang yang mendengar. tetapi murid autisme pula menghadapi masalah dalam menunggu giliran untuk bercakap serta mengekalkan perbualan tentang sesuatu topik (Hsiao Yun & Bernard-Opitz, 2000). Salah satu komponen kemahiran sosial ialah kemahiran berhubung. Kemahiran berhubung diperlukan dalam mengekalkan sesebuah perhubungan selama-lamanya. Komponen yang penting dalam kemahiran berhubung ialah melibatkan orang lain dalam permainan, mengekalkan perbualan serta bekerjasama. selain daripada itu, sikap bekerjasama, kemahiran mendengar, mengambil giliran, meminta bantuan, menyatakan pujian serta memberikan pandangan (Denham et al., 2012). Komponen-komponen ini saling berkait di antara satu sama lain dan diperlukan dalam kemahiran berhubung. AKTIVITI MENUNGGU GILIRAN Aktiviti menunggu giliran berhubung kait dengan kemahiran sosial yang melibatkan Theory of Mind. Teori ini merujuk kepada kebolehan memahami orang lain. Ia merupakan kemahiran yang penting dalam membantu perkembangan sosial dan kognitif dan menjurus kepada perkembangan bahasa (Suway, Degnan, Sussman, & Fox, 2012). Theory of Mind menjadi fokus kajian para penyelidik berhubung kategori kanak-kanak autisme. Ini kerana kanak-kanak autisme menghadapi masalah dalam memahami orang lain (Hwu, 2011). Oleh itu pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan dalam meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak berkeperluan khas seperti murid autisme. Kemahiran mengambil giliran merupakan salah satu aktiviti kemahiran sosial (Humphrey et al., 2011). Kemahiran sosial merupakan tingkah laku yang menggalakkan interaksi positif dengan orang lain dan persekitarannya. Antara kemahiran yang terkandung di dalam kemahiran sosial ialah bersikap empati, membantu, melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. selain daripada itu ia juga melibatkan kemahiran membantu, berkomunikasi serta bertolak ansur dan menyelesaikan masalah (Lynch & Simpson, 2010). Mengambil giliran dalam perbualan juga melibatkan kemahiran memberikan perhatian dengan melihat mata seseorang dan mendengar apa yang dipertuturkan serta menunggu giliran untuk bercakap tanpa mencelah semasa rakan mereka sedang bercakap (Hsiao Yun & Bernard-Opitz, 2000). Selain daripada aktiviti yang melibatkan permainan, aktiviti perbualan harian juga memerlukan kemahiran menunggu giliran. Ia merupakan perkara asas dalam perbualan. Proses menunggu giliran melibatkan perbualan yang perlu diuruskan dengan adanya peraturan dan prinsip yang ditetapkan. Antaranya siapa yang perlu bercakap dan siapa yang akan bercakap seterusnya, apa yang perlu di cakap dan berapa lama untuk bercakap. 256
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Menunggu giliran merupakan strategi pengajaran yang dapat memupuk kualiti dari segi perbualan di antara murid (Gorjian & Habibi, 2015).Kesediaan menunggu giliran dalam perbualan melibatkan proses kognitif (Holler, Kendrick, Casillas, & Levinson, 2015). Mengambil giliran merupakan kemahiran bukan semula jadi yang diperlukan bagi seseorang untuk berjaya dalam semua keadaan. Kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk dilatih mengajar kemahiran mengambil giliran. Pengajaran kemahiran mengambil giliran merangkumi pelbagai kemahiran seperti pemahaman tentang tujuan perkongsian, kemahiran regulasi kendiri, apa yang perlu dilakukan semasa menunggu giliran serta tahu bila giliran kita. Maka guru dapat menyediakan murid yang dapat bermain dengan jayanya bersama rakan sebaya (Johnston, n.d.). Kemahiran menunggu giliran berkait rapat dengan aktiviti yang melibatkan perkongsian barang permainan. Kemahiran seperti pemahaman tentang tujuan perkongsian, kemahiran regulasi kendiri, apa yang perlu dilakukan semasa menunggu giliran serta tahu bila giliran kita. Maka guru dapat menyediakan murid yang dapat bermain dengan jayanya bersama rakan sebaya (Johnston, n.d.) Kemahiran menunggu giliran diperlukan dalam membina hubungan. Kemahiran berhubung diperlukan supaya seseorang itu dapat bertolak ansur supaya dapat mengekalkan hubungan dengan orang lain. Oleh itu dalam suasana pembelajaran di bilik darjah, kemahiran membina hubungan diperlukan untuk bekerjasama dengan rakan sebaya dalam menjalankan aktiviti dalam kumpulan (Nicholas Yoder, 2014). FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM MENJALANKAN AKTIVITI MENUNGGU GILIRAN Aktiviti yang melibatkan menunggu giliran perlu dijalankan dengan teliti. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam menyediakan aktiviti yang melibatkan menunggu giliran(Johnston, n.d.). Antaranya ialah tempoh masa menunggu bagi mengambil giliran perlulah singkat agar tidak membosankan murid-murid. Aktiviti menunggu giliran ini boleh dijalankan di dalam dan juga di luar bilik darjah. Pengajaran rutin harian seperti perbualan pagi juga boleh dilibatkan dengan aktiviti menunggu giliran agar menyeronokkan murid serta menarik minat murid. Selain daripada itu murid-murid juga perlu diajar memahami giliran dengan menggunakan kad seperti ‘giliran saya’. Guru juga boleh menyediakan kad berwarna bagi memudahkan murid memahami seperti kad warna merah untuk berhenti dan kad berwarna hijau untuk teruskan. Peneguhan juga perlu diberikan kepada murid yang didapati mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam aktiviti menunggu giliran. pelaksanaan aktiviti menunggu giliran ini secara tidak langsung dapat membentuk murid mengikut arahan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. KESIMPULAN Kemahiran sosial membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas berjaya dari segi akademik, sosial serta emosi. Secara keseluruhannya aktiviti yang melibatkan menunggu giliran dapat membentuk tingkah laku murid melalui peraturan yang ditetapkan oleh guru. Maka selain daripada meningkatkan kemahiran sosial, kemahiran menunggu giliran dapat membentuk tingkah laku murid. Oleh itu guru perlu kreatif dalam menyediakan aktiviti kepada murid yang melibatkan menunggu giliran. Aktiviti ini diperlukan agar murid dapat membina hubungan dan secara tidak langsung dapat memupuk kemahiran sosial.
257
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Denham, S. A., Bassett, H. H., Mincic, M., Kalb, S., Way, E., & Wyatt, T. (2012). Social -Emotional Learning Profiles of Preschoolers’ Early School Success: Aperson-Centered Approach. Learning and Individual Differences, 22(2), 178–189. doi:10.1016/j. lindif.2011.05.001.Social-Emotional Fisher, K., & Haufe, T. (2009). Developing Social Skills in Children Who Have Disabilities through the Use of Social Stories and Visual Supports.Online Submission. Gorjian, B., & Habibi, P. (2015). The Effect of Conversation Strategies on the Classroom Interaction : The Case of Turn Taking. Journal of Applied Linguistics and Language Learning, 1(1), 14–23. Holler, J., Kendrick, K. H., Casillas, M., & Levinson, S. (2015). Turn-taking in human communicative interaction. Frontiers in Psychology, 6(December), 1–5. doi:10.3389/ fpsyg.2015.01919 Hsiao Yun, C., & Bernard-Opitz, V. (2000). Teaching Conversational Skills to Children with Autism: Effect on the Development of a Theory of Mind. Journal of Autism and Developmental Disorders, 30(6), 569–583. Huitt, W., & Dawson, C. (2011). Social Development: Why It Is Important and How To Impact It. Social Development, (2006), 1 –27. Humphrey, N., Kalambouka, a., Wigelsworth, M., Lendrum, a., Deighton, J., & Wolpert, M. (2011). Measures of Social and Emotional Skills for Children and Young People: A Systematic Review. Educational and Psychological Measurement, 71(4), 617–637. doi:10.1177/0013164410382896 Hwu, L. A. (2011). The Role of Theory of Mind in the Social Interaction of Individuals with Autistic Disorder : A Model Program A Clinical Dissertation Presented to the Faculty of The California School of Professional Psychology San Francisco Campus Alliant International Un. Johnston, A. A. (n.d.). HOW TO TEACH : “Turn Taking.” Diperoleh daripada http://www. theautismproject.org/images/uploads/how-to-teach_turn_taking.pdf Kington, A., & Sammons, P. (2013). Development of social relationships , interactions and behaviours in early education settings. Journal of Early Childhood Research, 11(3), 292– 311. Lynch, S. A., & Simpson, C. G. (2010). Social Skills : Laying the Foundation for Success. Dimensions of Early Childhood, 38(2), 3–12. Moisan, T. A. (1998). Identification and Remediation of Social Skills Deficits in Learning Disabled Children Theresa A . Moisan A Research Paper Submitted to the Faculty of the Department of Special Education at Chicago State University in Partial Fulfillment of the Degree of Master of science. Nicholas Yoder, P. (American I. F. R. (2014). Research-to-Practice Teaching the Whole Child Instructional Practices That Support Social-Emotional Learning in Three Teacher Evaluation Frameworks. Stanton-chapman,T.L.,&Snell,M.E.(n.d.).Research.Brief.Diperoleh pada (2016 Februari 5) dari http://www.researchconnections.org/childcare/resources/23873 Suppiah Nachiappan. (2015). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Teori, Model, Kaedah dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Suway, J. G., Degnan, K. a., Sussman, A. L., & Fox, N. a. (2012). The Relations among Theory of Mind, Behavioral Inhibition, and Peer Interactions in Early Childhood. Social Development, 21(2), 331–342.
258
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENGESAHAN INSTRUMEN TOLERANSI SOSIO AGAMA DI MALAYSIA: ANALISIS FAKTOR PENGESAHAN Khadijah Muda, Fazilah Idris, Khairul Anwar Mastor Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kertas kerja ini membentangkan tentang pengesahan instrumen toleransi sosio agama di Malaysia. Pembolehubah yang dikaji adalah persepsi, sikap, kesediaan, pengalaman dan tingkah laku dalam toleransi agama. Sampel kajian terdiri daripada 931 orang responden. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berstrata iaitutiga kaum utama dipilih dari lima buah negeri. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik bagi toleransi sosio agama menggunakan soal selidik Ahmad Tarmizi (2010). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0 dan Amos 23.0 secara deskriptif dan faktor analisis pengesahan (CFA). Hasil kajian menunjukkan instrumen toleransi sosio agama mencapai ujian kesepadan model setelah 11 item dibuang. Namun, kesahihan diskriminan bagi konstruk sikap dan kesediaan adalah tidak sah. Maka, kedua-dua konstruk ini digabungkan menjadi satu konstruk. Hasil kajian ini telah membentuk satu instrumen toleransi sosio agama yang terdiri daripada empat konstruk dan sesuai digunakan untuk mengukur toleransi sosio agama di Malaysia. Kata Kunci: Pengalaman, persepsi, tingkah laku, toleransi agama.
PENDAHULUAN Toleransi agama merupakan sebuah topik yang sering dibincangkan tidak kira di mana kerana ia merupakan sebuah isu penting yang akan membawa kepada keamanan dunia. Telah ramai penyelidik yang tampil membincangkan tentang toleransi agama menerusi pelbagai latar belakang akademik. Antaranya dari sudut akidah, sosiologi, undang-undang dan sebagainya. Namun, tidak ramai penyelidik yang tampil membentuk model toleransi agama atau membangunkan instrumen yang terbukti boleh digunakan untuk mengukur toleransi agama. Ahmad Tarmizi (2010) telah membangunkan instrumen yang mengukur toleransi sosio agama di Malaysia. Tetapi pengesahan instrumen kajian hanya melihat kepada pengesahan kandungan dan nilai kebolehpercayaan Cronbach alpha yang tinggi. Toleransi Sosio Agama Di Malaysia Kepelbagaian penganut di Malaysia menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan perbezaan. Perbezaan ini perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian negara dapat dikekalkan. Dalam menguruskan perbezaan agama ini pelbagai kajian yang berkaitan toleransi antara agama dan hubungan antara agama telah dijalankan. Meninjau hampir separuh abad ke belakang, Syed Kechik (1971) merupakan antara penyelidik terawal yang telah membincangkan tentang toleransi agama. Ketika seminar yang berlangsung di Universiti Monash, beliau telah membentangkan kertas kerja berkenaan toleransi agama di Sabah. Antara yang dibentangkan adalah keadaan masyarakat Sabah yang mengamalkan sikap saling bertoleransi antara penganut agama yang berbeza. Pemimpin tertinggi memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang bertoleransi terhadap penganut agama lain. Semua penganut bebas melakukan amalan keagamaan masing-masing tanpa sekatan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menetapkan Islam sebagai agama rasmi, namun agama lain turut dirai seperti memberikan cuti bagi festival keagamaan kaum lain, memberikan peruntukan geran untuk pembinaan rumah ibadah, kerajaan turut mengiktiraf sumbangan yang dilakukan 259
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
oleh pemimpin Kristian dan paling penting masyarakat kejiranan turut menghormati perayaan-perayaan agama lain. Meninjau kajian-kajian lepas yang dilakukan di Malaysia, penyelidik mendapati Ahmad Tarmizi merupakan antara penyelidik yang aktif dalam menjalankan kajian berkaitan toleransi agama dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia ini lebih memfokuskan kajian toleransi agama dari perspektif sosial. Pada tahun 2006, Ahmad Tarmizi dan Mohd Mahadee telah mengetuai penyelidikan mengenai kajian kes toleransi agama di Malaysia untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan memahami senario semasa toleransi agama dalam kalangan masyarakat plural Malaysia. Faktor-faktor yang mampu meningkatkan toleransi agama adalah pelaksanaan polisi sosial, kewujudan rumah ibadat, pembinaan prasarana awam, aktiviti kemasyarakatan, peranan sektor pendidikan dan peranan ibu bapa. Manakala faktor-faktor yang menghalang toleransi agama adalah sikap peribadi iaitu psikologi individu yang tidak terbuka, berpengetahuan rendah terhadap agama lain, tidak ambil tahu tentang perkara-perkara asas agama lain dan enggan membincangkan topik berkaitan agama dengan penganut lain. Ahmad Tarmizi (2010) turut menulis tesis bagi tujuan pengijazahan doktor falsafahnya tentang kajian kes toleransi sosio-agama di Malaysia. Secara keseluruhannya tahap toleransi sosio-agama responden yang terdiri daripada 600 orang sampel dari Selangor dan Kuala Lumpur berada pada tahap yang sederhana. Faktor-faktor demografi seperti etnik dan agama mempunyai perkaitan yang kuat dengan tahap toleransi agama responden. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa tiada perkaitan antara komitmen spiritual agama dan tahap toleransi agama.Pada tahun 2013, Ahmad Tarmizi turut mengkaji tentang toleransi sosio-agama di Semenanjung Malaysia dengan hasil kerjasama Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Berbeza dengan kajian-kajian sebelum ini, kajian ini lebih khusus kepada megenalpasti tahap persepsi, sikap, kesediaan, tingkah laku, pengalaman dan pendapat umum tentang toleransi sosio-agama di Semenanjung Malaysia. Usaha untuk mempertingkatkan tahap toleransi agama perlu dilakukan. Antara usaha yang dicadangkan adalah diadakan dialog antara agama atau forum, peranan sistem pendidikan, peranan media, sistem komuniti dan tanggungjawab masyarakat dalam mempromosikan toleransi agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanggungjawab masyarakat bermula dari diri individu, iaitu ibu bapa perlu menerapkan sikap bertoleransi dalam diri anak-anak. Seterusnya, Ahmad Tarmizi et al. (2013) menulis tentang toleransi sosio-agama di Sabah dan Sarawak. Masyarakat Sabah dan Sarawak mempunyai sikap toleransi agama yang tinggi walaupun dikelilingi dengan masyarakat penuh dengan kepelbagaian dalam agama, budaya, adat resam, bahasa dan sebagainya. Ahmad Tarmizi, Sarjit, Razaleigh et al. (2013) juga menekankan bahawa toleransi agama merupakan kunci antara satu Asean satu komuniti. Khadijah dan Mohd Herzali (2008) dari Jabatan akidah dan pemikiran Islam turut mengkaji amalan toleransi agama di Malaysia merujuk kepada artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Islam merupakan agama rasmi di Malaysia dan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun, penganut agama lain berhak mengamalkan ajaran masing-masing tetapi tidak boleh melakukan penyebaran agama terhadap umat Islam. Walau bagaimanapun keistimewaan ini mula dicemari dengan isu-isu yang mampu menggugat kedaulatan agama Islam di Malaysia. Antara isu yang dibangkitkan dalam artikel ini adalah isu Lina Joy dan HINDRAF. Isu toleransi agama perlu ditangani dengan memperbanyakan lagi dialog antara agama bermula dari peringkat sekolah, IPT, dalam kalangan ahli agama dan sebagainya. Hal ini dicadangkan agar dapat membendung sikap perejudis dan salah faham antara kaum yang menjadi punca kepada bibit-bibit pergaduhan dan permusuhan. 260
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Menelusuri artikel Mohd Roslan (2011), fokus kajian adalah mengenai hubungan antara penganut agama Kristian dan penganut agama Islam. Beliau melihat bagaimana peranan toleransi agama terhadap isu-isu yang melibatkan permasalahan antara penganut Islam dan Kristian di Malaysia. Isu yang dibangkitkan adalah isu penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Kristian. Melalui isu ini, dapat dilihat bahawa kita perlu bertoleransi antara penganut yang berbeza. Namun, toleransi juga ada hadnya. Penganut agama lain tidak boleh sewenang-wenangnya menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan pertelingkahan antara penganut yang berbeza agama. Sebarang isu yang timbul tidak seharusnya diselesaikan dengan emosi, namun perlu diselesaikan dengan menggunakan akal dan secara rasional. Nur Farhana (2011) pula mengfokuskan tentang pemahaman kepelbagaian agama sebagai asas panduan toleransi agama bagi masyarakat Muslim di Malaysia. Menurut beliau, setiap penganut secara hakikatnya cenderung menganggap agama atau bangsa mereka sahaja yang benar. Namun, kita tidak dapat menolak kewujudan kepelbagaian dalam masyarakat hari ini. Kepelbagaian ini telah menghasilkan situasi yang positif dan negatif. Menurut penyelidik lagi, rasa kesedaran dan persediaan kaum Melayu terhadap kepelbagaian ini harus disemai agar dapat mencapai keharmonian dalam masyarakat. Kaum Melayu menjadi sasaran kerana mereka merupakan kaum majoriti yang beragama Islam di negara ini. Toleransi agama memang perlu bagi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan agama. Namun begitu, timbul pula salah faham dalam mengenal pasti perkara-perkara yang boleh ditoleransi dan sebaliknya yang akhirnya menghasilkan sebahagian kelompok yang terlalu jumud dan kelompok yang bersikap liberal (bebas dalam agama). Pergaduhan antara agama telah lama wujud sejak berabad lamanya. Hasil daripada pergaduhan ini, lahirnya fahaman plurasima agama yang ingin mencapai keharmonian dalam kalangan masyarakat beragama. Jaffary dan Yusri (2011a) mendapati prospek toleransi beragama di Malaysia amat baik dan pendekatan yang baik dan tepat dalam kaedah pembelajaran Kursus Perbandingan Agama mampu membentuk minda terbuka, berkeyakinan dan mempunyai budaya ilmu yang tinggi dalam kalangan para pelajar. Dialog yang berterusan juga mampu meningkatkan toleransi antara agama(Jaffary & Yusri 2011b). Berbeza dengan artikel-artikel yang dibincangkan sebelum ini, Roni (2012) tampil dengan membincangkan toleransi dalam aspek kematangan beragama dari sudut psikologi agama. Artikel beliau turut dimuatkan dengan teori-teori kematangan beragama secara ringkas yang menghuraikan tentang ciri-ciri individu yang matang dalam beragama. Kematangan dalam beragama akan membawa seseorang kepada sifat bertoleransi terhadap manusia lain walaupun berbeza agama, budaya dan etnik. Ahmad Tarmizi dan Sarjit (2012) juga muncul dengan penulisan yang padat dengan teori-teori toleransi. Namun, artikel mereka lebih menjurus ke arah pengalaman Malaysia dalam toleransi sosio-agama. Artikel berkenaan turut membincangkan tentang sejarah dan konsep toleransi dan pengalaman toleransi di Malaysia. Konsep-konsep dan teori-teori yang dibincangkan sesuai untuk dijadikan rujukan oleh ahli-ahli akademik dan para pelajar dalam bidang berkaitan toleransi. Mutsalem dan Jaffary (2012; 2014) telah mengkaji tentang sosialisasi budaya dan kaitannya dengan sikap toleransi agama dalam kalangan pelajar Muslim dan Buddha di Prince of Songkhla University. Interaksi dan komunikasi antara pelajar berada pada tahap yang baik, namun terdapat juga segelintir pelajar yang berada pada tahap yang sederhana. Faktor-faktor persekitaran mempengaruhi sikap dan pandangan dalam mentafsir sesuatu. Ini bermakna, pada pandangan Mutsalem dan Jaffary (2012; 2014) konflik yang berlaku di Selatan Thailand yang mempengaruhi sikap dan pandangan pelajar mampu menjejaskan kehidupan seharian pelajar. Selain itu, hubungan antara tahap interaksi dan komunikasi berdasarkan agama atau moral terhadap sikap toleransi agama adalah pada tahap yang tinggi. Ini bermakna, semakin tinggi interaksi dan komunikasi antara Muslim dan Buddha, semakin tinggi sikap bertoleransi agama dalam kehidupan seharian seseorang. 261
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ibrahim (2013) dari Jabatan usuludin dan falsafah telah menulis artikel yang mengupas tentang faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan toleransi agama dan keharmonian di Malaysia. Beliau secara ringkasnya menyatakan bahawa terdapat empat faktor yang menyumbang kepada toleransi agama di Malaysia. Antaranya adalah ajaran agama sendiri yang menekankan tentang keharmonian dan toleransi agama. Faktorfaktor lain adalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai perlembagaan tertinggi, sistem undang-undang Malaysia dan orientasi kerajaan atau arahan ke arah menggalakan toleransi agama dan keharmonian rakyat Malaysia seperti gagasan 1Malaysia dan Islam Hadhari. Perbincangan tentang toleransi pada mutakhir ini diteruskan dengan memperlihatkan pula tentang masalah dan cabaran dalam bertoleransi agama di Malaysia sebagaimana yang dikaji oleh Nur Farhana dan Khadijah (2013). Masalah yang dihadapi dalam mengamalkan toleransi agama adalah tahap kefahaman yang berbeza bagi rakyat Malaysia. Setiap penganut tiada kefahaman tentang agama lain. Hal ini menyebabkan berlakunya konflik dalaman dan luaran. Usaha untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang agama lain telah dilakukan namun ia masih tidak memberi impak yang besar. Sebagai contoh, wujudnya forum-forum dialog antara agama di peringkat IPT, NGO, pendakwah dari pelbagai agama dan sebagainya. Namun, perbincangan ini hanya dihadiri oleh kelompok-kelompok yang kecil dan kurang dilibatkan dengan masyarakat umum. Nur Farhana dan Khadijah (2013)menghuraikan beberapa cabaran dalam bertoleransi agama. Cabaran pertama adalah hak-hak antara Muslim dan bukan Muslim masih tidak digariskan dengan jelas sebagaimana terdapatnya pertentangan dan pertindihan antara undang-undang shariah dan sivil. Kedua, kurangnya penghargaan daripada bukan Muslim kepada penganut agama Islam sebagaimana yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia. Ketiga, faktor dalaman penganut agama sebagaimana yang digambarkan oleh Jaffary (2003) bahawa toleransi agama tidak dapat dijalankan di Malaysia kerana prasangka Melayu terhadap penganut agama selain agama Islam. Akhir sekali, cabaran yang paling teruk adalah apabila ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan pengajaran dan pemahaman pluralisme agama sebagai suatu pendekatan toleransi agama. Pluralisme agama membawa erti semua agama adalah sama. Ia merupakan suatu ancaman dalam membentuk keharmonian agama dalam masyarakat seolah-olah cuba untuk membentuk agama baru. Menyentuh tentang pluralisme agama, Wan Zulkifli, Nazri dan Jamsari (2013) turut tampil membincangkan tentang pluralisme agama di Malaysia dalam konteks prinsip dan toleransi. Artikel ini merungkai keperluan masyarakat Muslim di Malaysia tentang perlunya asas dan panduan yang jelas dalam prinsip keimanan di samping bersikap toleransi terhadap penganut agama lain. Kewujudan golongan pluralisme agama di Malaysia boleh memberi kesan kepada akidah dan kepercayaan agama umat Islam. Ia perlu dibendung sebelum keadaan menjadi semakin parah. Segala pendekatan seperti sistem pendidikan, dialog, kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya supaya gejala ini tidak terus menular di Malaysia. Mohd Arip et al. (2015) melihat perbandingan antara kumpulan agama yang berbeza terhadap toleransi agama di Malaysia. Responden diajukan dengan dua soalan, iaitu adakah mereka bersedia untuk mengubah sedikit ajaran keagamaan mereka demi perpaduan dan penganut agama tidak boleh mengganggu dan menakutkan penganut agama lain. Bagi soalan pertama menunjukkan terdapat perbezaan antara penganut agama Islam dan penganut agama Buddha, Hindu dan Kristian. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa penganut agama Islam lebih tegas terhadap ajaran agama mereka dan mempunyai prinsip yang jelas berbanding penganut agama lain. Manakala, penganut agama Hindu dan Buddha, Hindu dan Kristian, Buddha dan Kristian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan-kumpulan agama ini dalam pernyataaan tentang pengubahsuaian ajaran agama mereka demi perpaduan sejagat. Namun, bagi pernyataan kedua menunjukkan 262
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
bahawa responden daripada semua kaum bersetuju agar menghormati penganut agama lain dengan tidak mengganggu dan menakutkan mereka. Kesimpulan daripada kajian-kajian lepas menunjukkan kajian tentang pengesahan instrumen toleransi agama atau toleransi sosio agama masih kurang dilakukan. Rata-rata penyelidikan adalah berkaitan tentang bagaimana sikap dan amalan bertoleransi agama, tahap toleransi agama, punca-punca toleransi agama dan kesan toleransi agama. TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan hasil kajian berkaitan pengesahan instrumen toleransi sosio agama menggunakan analisis faktor pengesahan dalam kalangan belia di Malaysia. PERSOALAN KAJIAN 1. Mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian toleransi sosio agama belia di Malaysia. 2. Mengesahkan instrumen toleransi sosio agama belia di Malaysia. METODOLOGI Sampel kajian ini adalah terdiri daripada golongan belia pelbagai etnik di Malaysia yang berusia antara 15 hingga 25 tahun serta masih bergelar pelajar. Belia berusia ini dan masih bergelar pelajar dipilih kerana pada usia ini adalah masa yang sesuai untuk mengajar belia tentang sikap bertoleransi terhadap orang lain. Tambahan pula, soal selidik yang diedarkan berbentuk ilmiah kepada golongan ini lebih mudah difahami disebabkan mereka juga pernah melaluinya. Berdasarkan statistik taburan demografi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2011), didapati bahawa lima buah negeri iaitu Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka merupakan negeri yang rencam iaitu mempunyai campuran etnik-etnik (Melayu, Cina, India) yang lebih besar dan menghampiri nisbah yang ditentukan oleh penyelidik. Maka, atas dasar ini kajian ini memilih untuk memfokuskan kepada lima buah negeri ini sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel kajian dilakukan menggunakan kaedah persampelan berstrata. Kaedah persampelan ini lebih sesuai digunakan kerana lebih mewakili responden, menjimatkan masa dan ekonomik (Newman & MvNeil, 1998). Daripada lima buah negeri yang disenaraikan ini, sebanyak 1000 orang responden dipilih. Pemilihan responden dijalankan di pusat-pusat membeli belah utama kelima-lima buah ibu negeri yang dipilih, di mana kebanyakan belia daripada pelbagai latar belakang dan etnik adalah tertumpu di sini. Akhir sekali, pemilihan responden adalah ditentukan mengikut nisbah 5:3:2 bagi kumpulan etnik Melayu, Cina dan India. Pemilihan nisbah ini dipilih berdasarkan nisbah rakyat Malaysia yang terdiri daripada 54.56% masyarakat Melayu, 24.57% masyarakat Cina dan 7.33% masyarakat India (Jabatan Perangkaan Malaysia 2011).Instrumen kajian ini adalah menggunakan soal selidik toleransi sosio agama yang dibangunkan oleh Ahmad Tarmizi (2010). Sebanyak 1000 soal selidik diedarkan kepada responden, namun setelah pembersihan data dilakukan hanya 931 yang boleh digunakan. Bagi menentukan kesahan konstruk, analisis pengesahan faktor (CFA) dilakukan. CFA dilakukan menggunakan perisian AMOS (Analysis Moment of Structure) 23.0.Menurut Zainudin (2014), terdapat tiga kategori kesepadanan model iaitu absolute fit, incremental fit dan parsimonious fit. Hair et al. (2010) dan Holmes-Smith, Coote dan Cunningham (2006) mencadangkan agar menggunakan sekurang-kurang satu daripada setiap jenis kategori.Berikut merupakan jadual bagi kategori indeks dan tahap penerimaan bagi setiap indeks.
263
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 1: Indeks kesepadanan Kategori Absolute fit
Incremental fit
Nama indeks
Literatur
Komen
Chisq (Discrepency Chi square)
P > 0.05
Wheaton et. al (1977)
Sensitif kepada sampel saiz >200
RMSEA (Root Mean Square of Error Approximation)
RMSEA < 0.08
Browne dan Cudeck (1993)
Julat antara 0.05 hingga 0.1 adalah diterima
GFI (Goodness of Fit index)
GFI > 0.90
Joreskog dan Sorbom (1984)
GFI = 0.95 adalah padanan yang bagus
AGFI (Adjusted Goodness of Fit)
AGFI > 0.90
Tanaka dan Huba (1985)
AGFI = 0.95 adalah padanan yang bagus
Bentler (1990) Bentler dan Bonett (1980) Bollen (1989b)
CFI = 0.95 adalah padanan yang bagus TFI = 0.95 adalah padanan yang bagus NFI = 0.95 adalah padanan yang bagus
Marsh dan Hocevar (1985)
Nilai mestilah kurang daripada 5.0
CFI (Comparative Fit Index) TLI (Tucker-Lewis Index) NFI (Normed Fit Index) Parsimonious fit
Tahap penerimaan
Chisq/df (Chi Square/Degrees of Freedom)
CFI > 0.90 TLI > 0.90 NFI > 0.90 Chi square / df < 5.0
Sumber: Zainudin Awang (2010) Jika didapati model tidak mencapai tahap kesepadanan yang telah ditetapkan seperti jadual di atas, maka perkara berikut perlu dilakukan. 1) semak semula nilai factor loadings. Menurut Bryne (2010)dan Hair et al. (2010), factor loadings mestilah melebihi .50, positif dan tidak melebihi nilai 1.0. 2) semak modifikasi indeks. Langkah-langkah dalam CFA terdiri daripada menguji kesepadanan model, kesahan konvergen (convergent validity) dan kebolehpercayaan konstruk (construct reliability). Kesahan konvergen adalah merujuk kepada satu set indikator yang dianggap sebagai mengukur suatu konstruk (Kline, 2005).Brown (2006) mendefinasikan kesahan konvergen sebagai ketekalan dalaman satu set item atau indikator. Ia mewakili kekuatan hubungan antara item-item yang diramalkan untuk mewakili konstruk pendam tunggal. Kesahan konvergen boleh diuji menggunakan beban faktor (factor loadings) dan average variance extracted (AVE). Menurut Hair et al. (2010) dan Bryne (2010), beban faktor tinggi yang melebihi .50 menunjukkan kesahan konvergen yang tinggi. AVE bagi setiap konstruk juga haruslah sekurang-kurangnya mempunyai nilai .50, dan nilai AVE yang tinggi iaitu melebihi .50 menunjukkan kesahan konvergen yang tinggi (Fornell & Larcker, 1981). Kesahan kebolehpercayaan pula adalah setanding dengan Cronbach alpha dan instrumen yang mempunyai kesahan kebolehpercayaan yang melebihi .70 dianggap sebagai boleh dipercayai (Hair et al., 2010). DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN CFA Toleransi Agama Ukuran toleransi agama terdiri daripada konstruk sikap, persepsi, kesediaan, pengalaman dan tingkahlaku. Setiap konstruk mengandungi lima item. Setelah analisis CFA dilakukan, hasil analisis adalah seperti gambarajah di bawah menunjukkan kesemua indeks kesepadanan tidak 264
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mencapai tahap yang diperlukan. Oleh itu, satu demi satu item dibuang sehingga mencapai tahap kesepadanan yang ditetapkan.
Gambarajah 1: CFA Toleransi Agama
Setelah sebanyak sebelas item dibuang, barulah kesemua konstruk ini mencapai indeks kesepadanan yang telah ditetapkan seperti gambarajah berikut.
Gambarajah 2: CFA Toleransi agama setelah dibuang
265
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kesahan Konvergen Formula bagi AVE adalah AVE = ∑l² n Konstruk Toleransi Agama
Jadual 2: Kesahan Konvergen Toleransi Agama Nilai AVE Persepsi 0.699 Sikap 0.518 Kesediaan 0.642 Pengalaman 0.714 Tingkahlaku 0.800
Status Sah Sah Sah Sah Sah
Kebolehpercayaan Konstruk Formula bagi mengukur kesahan kebolehpercayaan adalah CR= (∑l)² (∑l)² + ∑δ Tafsiran bagi nilai Cronbach alpha menurut Kline (2011) adalah seperti jadual di bawah. Jadual 3: Kebolehpercayaan Konstruk Toleransi Agama Cronbach Alpha Tafsiran < .50 Tidak boleh dipercayai .70 Mencukupi .80 Sangat bagus .90 Cemerlang
Sumber: Kline (2011)
Jadual 4: Kebolehpercayaan Konstruk Toleransi Agama Konstruk Toleransi Agama
Persepsi Sikap Kesediaan Pengalaman Tingkahlaku
Nilai CR 0.874 0.763 0.843 0.882 0.889
Status Sangat bagus Mencukupi Sangat bagus Sangat bagus Sangat bagus
Hasil daripada Ujian CFA ini menunjukkan model kajian adalah sepadan. Dari sudut kesahan dan kebolehpercayaan, kesemua konstruk adalah sah dan boleh dipercayai. MODEL PENGUKURAN Tujuan model pengukuran adalah menguji kesepadanan model, pengesahan diskriminan, kenormalan dan outliers. Kesepadan model telah diuji seperti dalam CFA, di mana kesemua konstruk boleh digunakan. Langkah seterusnya adalah pengesahan diskriminan antara konstrukkonstruk. Pengesahan Diskriminan Pengesahan diskriminan boleh dinilai melalui dua kaedah iaitu korelasi dan AVE dan r². Bagi pekali korelasi nilai r yang sama dengan atau melebihi .90 menunjukkan korelasi yang tinggi antara dua konstruk dan melanggar kesahan diskriminan (Fornell, & Larcker 1981; Hair et al. 2010). Manakala nilai AVE untuk dua faktor pula mestilah lebih besar daripada r² mereka 266
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
(Bryne 2010). Hasil keputusan pengesahan diskriminan dapat dilihat seperti jadual di bawah. Didapati konstruk sikap dan kesediaan mempunyai kesahan diskriminan yang tidak sah. Manakala hubungan antara konstruk-konstruk lain mempunyai kesahan diskriminan yang sah. Kontruk Persepsi Sikap Kesediaan Pengalaman tingkahlaku
Jadual 5: Pengesahan Diskriminan Toleransi Agama Persepsi Sikap Kesediaan Pengalaman 0.699 0.518 0.281 0.643 0.203 0.828 0.714 0.010 0.270 0.336 0.010 0.384 0.423 0.672
Tingkah laku
0.800
Maka, item-item bagi konstruk sikap dan kesediaan digabungkan menjadi satu konstruk iaitu sikap bersedia. Hasil gabungan konstruk menunjukkan kesahan diskriminan bagi kesemua konstruk adalah sah. Jadual 6: Pengesahan Diskriminan Selepas Konstruk Digabung Kontruk Persepsi Sikap bersedia Pengalaman Tingkah laku 0.699 Persepsi 0.556 Sikap bersedia 0.240 0.715 Pengalaman 0.010 0.325 0.801 tingkahlaku 0.010 0.423 0.672
Ujian kenormalan dan outliers Data dianggap normal apabila nilai Skewness berada di antara -2 hingga +2 (Tabachnick & Fidell 2007) dan nilai Kurtosis berada di antara -7 hingga +7 (Byren 2010). Hasil keputusan ujian kenormalan bagi data kajian ini adalah di antara nilai -2 hingga +2 bagi Skewness dan -7 hingga +7 bagi Kurtosis. Ini menunjukkan data multivariate bagi kajian ini bertaburan secara normal. Maka, ujian outliers tidak perlu dilakukan. KESIMPULAN Hasil analisis faktor pengesahan instrumen toleransi sosio agama di Malaysia adalah sah dan boleh digunakan, namun 11 item perlu dibuang untuk mencapai tahap kesepadanan model yang ditetapkan. Instrumen toleransi agama yang dibangunkan oleh Ahmad Tarmizi (2010) mempunyai lima konstruk iaitu persepsi, sikap, kesediaan, pengalaman dan tingkah laku terhadap toleransi agama. Bagi konstruk sikap dan kesediaan menunjukkan kesahan diskriminan yang tidak sah. Oleh itu, kedua-dua konstruk ini digabungkan menjadi satu konstruk iaitu konstruk sikap bersedia. Akhirnya instrumen ini terdiri daripada empat konstruk dan boleh digunakan untuk mengukur toleransi sosio agama di Malaysia. RUJUKAN Ahmad Tarmizi Talib. (2010). Socio-Religious Tolerance: Malaysia as a Case Study. University of Wales Lampeter. Ahmad Tarmizi Talib. (2013). Kajian Toleransi Sosio-Agama di Semenanjung Malaysia. Jurnal Perpaduan. Ahmad Tarmizi Talib, & Mohd Mahadee Ismail. (2006). Toleransi Agama: Kajian Kes di Malaysia. Ahmad Tarmizi Talib, & Sarjit S. Gill. (2012). Socio-Religious Tolerance: Exploring the Malaysian Experience. Global Journal of Human Social Science, 12(8), 48–54. 267
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit S. Gill, Razaleigh Muhamat Kawangit, & Puvaneswaran Kunasekaran. (2013). Religious Tolerance: The Key between One ASEAN One Community. Life Science Journal, 10(4), 1382–1385. Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit S. Gill, Zaid Ahmad, Jayum A. Jawan, & Nur Ayuni Mohd Isa. (2013). Toleransi Sosio-Agama di Sabah dan Sarawak. Malaysian Journal of Youth Studies, 9, 83–90. Brown, T. A. (2006). Confirmatory Factor Analysis for Applied Research. New York: The Guilford Press. Bryne, B. M. (2010). Structural Equation Modeling with AMOS: Basic concepts, application and programing. London: Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Fornell, C., & Larcker, D. F. (1981). Evaluating Structural Equation Models with Unobservable Variables and Measurement Error. Journal of Marketing Research, 18(1), 41–54. Hair, J. F., Black, W. C., Robin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data Analysis (7th Ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Holmes-Smith, P., Coote, L., & Cunningham, E. (2006). Structural Equation Model: From the Fundamental to Advanced Topics. Melborne: Streams. Ibrahim Abu Bakar. (2013). The Religious Tolerance in Malaysia : An Exposition. Advances in Natural and Applied Sciences, 7(1), 90–97. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010. Jaffary Awang. (2003). Toleransi agama dan perpaduan kaum: response intelek Malaysia – satu observasi ringkas. In Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar, & Muda @ Ismail Ab. Rahman (Eds.), Agama dan perpaduan kaum di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Jaffary Awang, & Yusri Mohamad Ramli. (2011a). Kursus perbandingan agama dan hubungannya dengan sikap toleransi beragama di kalangan pelajar jabatan usuluddin dan falsafah. In Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2011 (pp. 1–16). Jaffary Awang, & Yusri Mohamad Ramli. (2011b). Social Impact of Interfaith Dialogue on Religious Toleration among Malaysian University Students. In Humanities & Social Science 2011 (HSS-2011) (pp. 332–335). Lviv, Ukraine: Polytechnic National University Institutional. Retrieved from http://ena.lp.edu.ua Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, & Mohd Herzali Mohd Haled. (2008). Toleransi Beragama Dan Amalannya di malaysia: Rujukan kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27, 81–92. Kline, R. B. (2005). Principles and Practice of Structural Equation Modeling (2nd Edition ed.). New York: The Guilford Press. Kline, R. B. (2011). Principles and Practice of Structural Equation Modeling. (3rded.). New York: The Guilford Press. Mohd Arip Kasmo, Abur Hamdi Usman, Mohamad Taha, Ahmad Rafizi Salleh, & Jamsari Alias. (2015). Religious Tolerance in Malaysia : A Comparative Study between the Different Religious Groups. Review of European Studies, 7(3), 184–191. doi:10.5539/res.v7n3p184 Mohd Roslan Mohd Nor. (2011). Religious Tolerance in Malaysia : An Overview. Middle East Journal of Scientific Research, 9(1), 23–27. Mutsalem Khareng, & Jaffary Awang. (2012). Cultural Socialization and Its Relation to the Attitude of Religious Tolerance among Muslim and Buddhist Students in Prince of Songkhla University. International Journal of Islamic Thought, 2, 12–22. Mutsalim Khareng, & Jaffary Awang. (2014). Toleransi Beragama & Implikasinya dalam kalangan Mahasiswa/I Muslim dan Buddha di Prince of Songkhla University. Journal of Islamic and Arabic Education, 5(2), 1–14. Nur Farhana Abdul Rahman. (2011). Pemahaman Kepelbagaian Agama Asas Panduan Toleransi Agama bagi Masyarakat Muslim Malaysia. In International Conference of Islamic Civilization and Malay Identity 2011 (ICICMI2011) (pp. 79–88). 268
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Nur Farhana Abdul Rahman, & Khadijah Mohd Khambali@Hambali. (2013). Religious Tolerance in Malaysia : Problems and Challenges. International Journal of Islamic Thought, 3, 81–91. Roni Ismail. (2012). Konsep Toleransi dalam Psikologi Agama (Tinjauan Kematangan Beragama). Religi, 8(1), 1–12. Syed Kechik Syed Mohamed. (1971). Religious Toleration in Sabah. In Seminar on Malaysia in Perspective. Victoria: Monach University, Clayton. Wan Zulkifli Wan Hassan, Nazri Muslim, & Jamsari Alias. (2013). Pluralisme Agama di Malaysia: Antara Prinsip dan Toleransi. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 14, 51–77. Zainudin Awang. (2014). A Handbook on SEM: For Academicians and Practitioners. Bangi, Selangor: MPWS rich resources.
269
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KOMUNITI PERANAKAN ARAB DI MALAYSIA: ANALISIS DARI PERSPEKTIF GENEALOGI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL Latifah Abdul Latiff, Mashitah Sulaiman Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Nilai, 71800 Negeri Sembilan. Abstrak Kewujudan komuniti peranakan Arab di Malaysia mempunyai hubungannya dengan sejarah kedatangan Islam di rantau Alam Melayu. Kehadiran masyarakat Arab, khususnya dari Hadhramut, Yaman ke Tanah Melayu dalam abad ke-19 juga mempunyai kaitan dengan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 dan pelabuhan Singapura oleh British yang menarik kehadiran pedagang dari serata pelusuk dunia. Kertas kerja ini bertujuan menjejaki asal usul komuniti peranakan Arab atau masyarakat berketurunan Sayyid di Malaysia. Kajian ini turut menganalisis perkembangan dan penempatan komuniti peranakan Arab, khususnya di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara analisis kandungan sumber primer seperti bahan arkib, dokumen dan rekod rasmi. Selain itu, sumber sekunder seperti artikel ilmiah, buku, akhbar dan majalah turut digunakan bagi melengkapkan fakta berhubung kewujudan komuniti ini di Tanah Melayu (sebelum merdeka) dan Malaysia selepas merdeka. Dapatan menunjukkan bahawa komuniti peranakan Arab Hadhrami yang berasal dari Hadhramaut, Yaman merupakan imigran yang berhijrah ke Tanah Melayu sama seperti kehadiran imigran dari China dan India. Populasi masyarakat ini semakin meningkat pada awal abad ke-19 dan ke-20 dengan beberapa penempatan utama dikenal pasti di Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak. Komuniti peranakan Arab memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan perniagaan, pentadbiran dan agama. Pada awal abad ke-20, komuniti peranakan Arab aktif menjalankan aktiviti percetakan, penerbitan, pendidikan dan politik. Penerbitan akhbar dan majalah seperti al-Imam (1906) yang diusahakan atas inisiatif golongan Sayid Arab Hadhrami berperanan sebagai wadah perjuangan golongan reformis yang menuntut pembaharuan dalam masyarakat Melayu dan berjaya menimbulkan kesedaran dalam menuntut kemerdekaan negara. Kata kunci: komuniti peranakan Arab, Tanah Melayu, Malaysia, genealogi, perkembangan sosial.
PENGENALAN Kemunculan masyarakat Arab berketurunan Sayyid dalam program berbentuk keagamaan di media massa dan mahupun dalam kalangan masyarakat awam menjadi satu fenomena di Malaysia sejak kebelakangan ini. Kehadiran pendakwah berketurunan Arab dari negara jiran Indonesia, iaitu Habib Syech Abdul Qadir As-Segaf dalam beberapa siri program Salawat Mega yang dianjurkan sama ada oleh pihak kerajaan persekutuan, berkuasa tempatan, swasta dan perseorangan telah mendapat sambutan masyarakat Malaysia khususnya, orang Melayu menggambarkan pengaruh besar golongan ini dalam mewarnai persada dakwah di Malaysia. Fenomena ini mencetuskan minat masyarakat terhadap budaya berselawat dan penyertaan dalam aktiviti keagamaan. Beberapa penceramah berketurunan Arab, seperti Habib Ali Zainal Abidin dan Syed Naqjamuddin Syed Othman al-Khirid, turut muncul dalam beberapa program berbentuk keagamaan anjuran stesen televisyen tempatan, antaranya, TV al Hijrah, TV3 dan TV9. 270
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Peranan dan sumbangan komuniti Arab dalam masyarakat Melayu dan Malaysia umumnya, mencetuskan minat penulis untuk mengkaji perkembangan masyarakat Arab berketurunan Sayyid dari perspektif genealogi dan perkembangan sosial komuniti minoriti ini di Tanah Melayu sebelum merdeka dan Malaysia (selepas merdeka). Statistik rekod bancian dan bahan arkib dianalisis secara analisis kandungan untuk melihat perkembangan populasi masyarakat Arab dan mengkaji penempatan mereka di Malaysia. Dalam kajian yang bersifat kualitatif ini, sumber sekunder seperti artikel ilmiah, buku, akhbar dan majalah turut digunakan bagi melengkapkan fakta berhubung kewujudan dan sumbangan secara umum komuniti peranakan Arab berketurunan Sayid dalam konteks pembangunan negara. SOROTAN LITERATUR Secara umum, orang Arab dikaitkan dengan aktiviti penyebaran agama Islam di rantau Alam Melayu, termasuk Tanah Melayu.Beberapa orang sarjana tempatan dan asing telah mengkaji asal-usul, latar belakang dan sejarah orang Arab Hadhrami di Tanah Melayu. Mahayuddin Haji Yahaya dalam beberapa karya beliau menjejaki asal-usul dan sejarah orang Arab Hadhrami dan penempatan mereka di Tanah Melayu (Mahayudin, 1980, 1984, 2000).Kajian beliau memberikan gambaran dan dapatan awal yang cukup signifikan tentang masyarakat Arab Hadhrami dari segi asal-usul mereka, latar belakang keluarga Sayyid di Tanah Melayu, keturunan dan faktor-faktor yang membawa kepada penghijrahan masyarakat ini ke Alam Melayu, khususnya Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, dalam karya beliau, Mahayuddin tidak memberi penekanan terhadap peranan yang dimainkan oleh masyarakat Arab Hadhrami dalam perkembangan agama dan penglibatan mereka dalam politik, pentadbiran dan ekonomi di Tanah Melayu. Sebaliknya, Omar Farooq Sheikh Ahmad mengkaji tentang masyarakat Arab di Pulau Pinang. Beliau menyentuh mengenai isu asal-usul orang Arab, sejarah, pola migrasi Arab, penglibatan mereka dalam ekonomi, pendidikan, aktiviti dakwah dan kehidupan sosial dengan perbincangan secara ringkas mengenai penyertaan komuniti ini dalam politik di Pulau Pinang (Omar Farouk Shaeik Ahmad, 1978). Terdapat juga penulisan akademik yang mengkaji secara khusus masyarakat Arab di Tanah Melayu dengan kajian secara mendalam di daerah atau negeri tertentu sahaja, seperti orang Arab di negeri Kedah, Muar, Johor dan di Jelebu, Negeri Sembilan. Nazirah Lee dalam tesis Ph.D beliau mengkaji tentang kewujudan orang Arab semasa pemerintahan British di Tanah Melayuketika perang (1918-1941). Dalam kajian tersebut, beliau mengkelompokkan semua orang Arab yang tinggal di Tanah Melayu tanpa mengira keturunan, asaldan latar belakang kabilah mereka sebagai masyarakat Arab secara umum. Ini termasuklah golonganSadah, Syaikh dan orang Arab dari Timur Tengah. Beliau juga menganalisis tentang latar belakang orang Arab di Tanah Melayu dari segi pendidikan dan kehidupan sosial. Kajian ini juga menganalisis dan membuktikan penglibatan orang Arab dalam bidang ekonomi dan pentadbiran yang menyaksikan hubungan secara langsung antara orang Arab dan Inggeris di Tanah Melayu. Selain itu, Nazirah turut menyentuh mengenai hubungan dinamik antara orang Arab dan orang Melayu sepanjang tempoh kajian (Nadzirah Lee, 2010). Kajian mengenai salasilah keturunan Arab Hadhrami juga dilakukan untuk mengesan sejarah latar belakang nenek moyang dan keturunan orang Arab Hadhrami di Tanah Melayu. Raja Haji Yahaya mengkaji salasilah kerabat diraja Perak yang mempunyai hubungan dengan masyarakat Arab Hadhrami di Tanah Melayu. R.O. Winstedt pula menulis tentang masyarakat Sayyid yang berasal dari Hadramaut, Yamandi Perak dan Siak(Winstedt, 1918: 49-54). Tun Suzana dan Muzaffar turut membincangkan dengan lebih terperinci tentang salasilah keturunan Sayyid di Malaysia. Mereka cuba mencari pertalian antara Ahlul Bait atau keluarga Nabi Muhammad SAW dengan salasilah keturunan Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Malaysia kini, Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, raja-raja Aceh, raja-raja Champa (Kemboja), Patani dan Maguindanao, Filipina. Buku ini mengetengahkan peranan dan 271
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sumbangan keturunan Sayyid yang berasal dari Hadhramaut, Yaman yang mendakwa bahawa mereka berasal daripada keturunan Nabi Muhammad SAW dan berperanan sebagai pendakwah dan pemerintah antaranya, mewarisi takhta raja-raja di Alam Melayu. Kajian ini juga mendapati bahawa Bendahara Johor, iaitu Tun Habib Abdul Majid merupakan salah seorang daripada Ahlul Bait dan daripada beliaulah muncul salasilah keturunan Kesultanan Johor (1699-1877), Pahang dan Terengganu yang memerintah negeri tersebut sehingga hari ini (Tun Suzana and Muzaffar Mohamad, 2009). Faridah Romly dalam kajian beliau berjudul“Orang Arab di Kedah”mengkaji tentang orang Arab di Kedah. Kajian beliau membincangkan tentang asal-usul keturunan komunitiArab dan penglibatan mereka dalam aspek agama, sosial, ekonomi dan politik di negeri Kedah (Faridah Romly, 1983/84). Manakala kajian oleh A. Rahman Tang Abdullah memberi tumpuan kepada sejarah masyarakat Arab di Muar, Johor. Beliau turut menganalisis penglibatan masyarakat Arab dalam aspek agama, pendidikan, ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat di Muar (A. Rahman Tang Abdullah, 1991/92). Sementara itu, Syed Zakaria bin Syed Hassan turut mengkajimasyarakat Arab, khususnya di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau menyentuh tentang latar belakang sejarah orang Arab keturunan Sayyid, yang berasal dari Hadhramaut, Yaman yang mendakwa berasal daripada keturunan Nabi Muhammad SAW dan menetap di Jelebu, Negeri Sembilan (Syed Zakaria bin Syed Hassan, 1989/1999). Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula membincangkan salasilah keturunan Sayyid dan hubungannya dengan Hadhramaut, Yaman, iaitu negara asal bagi nenek moyang mereka dan mengesan asal keturunan Sayyid dengan merujuk kepada keturunan Bani Qahtan dan Hazar (di Hadhramaut). Walaupun terdapat pelbagai dakwaan, perbezaan pendapat dan ketidakpastian dalam kalangan ahli genealogi mengenai keturunan Bani Qahtan, namun begitu, kebanyakan sarjana genealogi bersetuju bahawa keturunan Bani Qahtan merupakan salah satu suku kaum dari Bani Ismail. Tradisi mencatat rekod salasilah keluarga ini masih lagi diamalkan oleh Bani ‘Alawi atau’Alawis di Hadhramaut dan mereka menyimpan catatan tersebut dalam tujuh jilid yang dikenali sebagai Shajarah al-Sadah Bani ‘Alawi yang disusun oleh Rabitah al-’Alawiyyah di Jakarta, Indonesia. Rabitah al-’Alawiyyah mempunyai cawangan pejabatnya di Mesir dan Kepulauan Melayu.Al-Attas juga turut membincangkan mengenai aktiviti penyebaran Islam di Kepulauan Melayu oleh orang Arab yang kebanyakannya dilakukan oleh keturunan Bani ‘Alawi dari Hadhramaut, iaitu dari keturunan Saidina Husain pada abad ke-12 dan ke-16 Masihi (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2011: 76-79). Kajian yang dilakukan oleh Mahayuddin Haji, Yahaya Omar Farouk, Nazirah Lee, Syed Zakaria bin Syed Hassan dan Faridah Romly amat penting dan bermakna dalam kajian berkenaan masyarakat Arab Hadhrami di Tanah Melayu. Kajian mereka memberi maklumat yang sangat bernilai dan menjadi asas kepada kajian tentang masyarakat Arab Hadhrami di Tanah Melayu yang meliputi penglibatan mereka dalam beberapa aspek dan perkembangan sosial masyarakat di negara ini (Nadzirah, 2010). Walau bagaimanapun, penulisan mereka hanya membincangkan tentang perkembangan komuniti Arab di negeri-negeri tertentu sahaja. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh Omar Farouk dan Faridah Romly hanya menerangkan tentang masyarakat berketurunan Arab secara umum yang merangkumi golongan berketurunan Sayyid dan bukan Sayyid di Pulau Pinang dan Kedah (Faridah Romly, 1983/84; Omar Farouk Shaeik Ahmad, 1978). Mahayuddin Haji Yahaya juga menulis mengenai masyarakat Arab Hadhrami berketurunan Sayyiddi Pahang dan Johor secara umum. Oleh itu, satu kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk melihat dan mengenal pasti kehadiran komuniti Arab Hadhrami di negerinegeri lain di Tanah Melayu, peranan dan sumbangan mereka dalam konteks masyarakat di Tanah Melayu atau Malaysia (kini). Walaupun Nazirah Lee cuba mengkaji dan menganalisis hampir keseluruhan aspek masyarakat Arab di Tanah Melayu, namun kajian tersebut tidak menyentuh secara terperinci beberapa isu,seperti penglibatan orang Arab dalam pendidikan madrasah dan urusan mengerjakan haji di Makkah yang dikendalikan oleh komuniti tersebut di Tanah Melayu. Secara keseluruhan, tesis ini menyediakan maklumat yang berguna mengenai masyarakat Arab di Malaysia. Kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengkaji aspek-aspek lain 272
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
berkaitan masyarakat Arab di Malaysia dengan terperinci (Syed Zakaria bin Syed Hassan, 1989/1999; Nadzirah Lee, 2010) . DAPATAN KAJIAN Genealogi Komuniti Peranakan Arab Hadhrami Masyarakat Arab Hadhrami di Malaysia mendakwa bahawa mereka berasal daripada keturunan Nabi Muhammad SAW melalui cucu baginda Hussain, iaitu salah seorang daripada anakFatimah dan Ali R.A. Masyarakat Arab Hadhrami juga dikenali sebagai keturunan al-Sadah (jamak kepada istilah Sayyid). Mereka memanggil diri mereka sebagai al-’Alawiyyin, iaitu dengan menghubungkan nasab kepada nenek moyang mereka, iaitu Sayyid’Alawi, cucu kepada Ahmad bin Isa al-Muhajirbertujuan untuk membezakan diri mereka daripada keturunan Sayyid yang lain di Hadramaut, Yaman (Mahyuddin Haji Yahaya, 1980: 64-66; Ingrams, W.H., 1936: 36-39; Colonial No. 123). Mereka menyusur galurkan keturunan mereka kepada ‘Ali, iaitu cicit Hussain, generasi keenam keturunan Nabi Muhammad SAW. Ali menetap di Basrah dan beliau kenali sebagai Ali al-Qaim Bi’l Basrah. Dari keturunan Ali, lahir pula cicit beliau yang bernama Ahmad yang digelar sebagaial-Muhajir (yang berhijrah).Beliau merupakan anak kepada Isa bin Muhammad bin ‘Ali (al-Qaim Bi-’l Basrah). Ahmad bin Isa berhijrah dari Basrah ke Hadhramaut, Yaman. Generasi Arab Hadhrami yang berketurunan Sayyid merujuk nama suku atau puak mereka kepada cucu Ahmad b. Isa al-Muhajir, iaitu ‘Alawi. Denganitu, mereka menamakan diri mereka sebagai’Alawiyyin. Keturunan SayyidAlawi atau ‘Alawiyyin berkembang di Hadhramaut sekitar tahun 512 A.H./1127 A.D. Di Hadhramaut, keturunan ‘Alawi mempunyai status yang tinggi dan dipandang mulia dalam masyarakat sebagai pewaris Nabi dan pengembang ajaran Islam (Winstedt, Sept. 1918). Menurut IbnHazm,seorang ahli sejarah terkenal pada abad ke-5 H/11 Masihi, beliau merekodkan salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW melalui cucu-cucu baginda, iaitu Hassan dan Hussain dalam Jamharah Ansab Silsilahal-Arab. Walau bagaimanapun, rekod keluarga ini terhenti pada generasi yang ke-enam. Dikatakan bahawa terdapat kekeliruan mengenai salasilah Nabi Muhammad SAW kerana terdapat tuntutan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, pensejarahan salasilah Nabi Muhammad SAW berdasarkan sumber keturunan Sayyid Hadhrami disambung semula selepas abad ke-10 Hijrah atau16 Masihi (Ibn Hazm, 1962M/1382H:384-456; Abd AlSalam Muhammad Harun, 1962M/1382H: 39-59). “Ahmad bin Isa, the al-Muhajir (the traveller) was the great grandson of ‘Ali alQaim bil Basrah. ‘Ali al-Qaim bil Basrah was the great-grandson of Hussain, the grandson of Prophet Muhammad SAW. Ahmad bin Isa migrated from Basra to Hadhramaut around 512 A.H./1127 A.D. As claimed, they were the descent of Prophet Muhammad SAW. “The original ancestor of the Hadhramaut Seyyid came from Basra many centuries ago, and his tomb can be seen not very far east of Seyim on the South side of the Wadi Hadhramaut. Every Sayyid comes to pray here once a year, and on his return from a journey will visit this tomb before he goes to his home”. (Report of Proceeding for April 1933, CO 273/551/16) Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, para sejarawan dan sarjana Eropah menggunakan istilah ‘Alidmerujukkepada anak-anak Ali bin Abi Talib dengan isteri beliau Fatimah puteri Nabi Muhammad SAW, dan juga anak dengan isteri yang lain serta keturunan mereka. Istilah ini telah digunakan sejak zaman awal Islam.Antara anak-anak Ali yang mempunyai keturunan ialah Hassan dan Hussain; Muhammadal-Hanafiyyah; Umar; dan ‘Abbas. Anak-anak kepada Ja’far bin Abi Talib juga dipanggil ‘Alid. Dalam bahasa Arab mereka dipanggil ‘Alawi dan istilah ini digunakan oleh umat Islam secara 273
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
khusus merujuk kepada keturunan Hassan dan Hussain. Semasa zaman Umayyahdan ‘Abbasiyyah istilah ‘Alid membawa maksud ‘Kumpulan’ Ali (Shi’at ‘Ali), iaitu kumpulan politik yang menyokong perlantikan Saidina Ali sebagai Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dari kumpulan ini (iaitu Shi’at), kumpulan Syiah mendapat namanya (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2011: 13-14). Struktur sosial masyarakat Arab berdasarkan kepada suku dan puak. Masyarakat Arab keturunan Sayyid di Malaysia menyusur galurkan keturunan mereka kepada Ahmad bin Isa al-Muhajir. Setiap suku bangsa Arab di Hadhramaut menggunakan nama keluarga dengan panggilan dengan Ba, Ibnu dan Bin yang membawa maksud ‘anak kepada’ atau keturunan. Setiap keturunan Sayyid mempunyai nama keluarga mereka masing-masing, seperti al-Attas, al-Aidarous, as-Saqqaf dan al-Haddad. Nama keluarga ini kebiasaannya diletakkan di hujung nama mereka, seperti Sayyid Mohamed Al-Sagoff dan Sayyid Hassan Al-Attas. Gelaran ini membezakan masyarakat berketurunan Sayyid dengan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu Muslim, nama mereka terdiri daripada nama pertama dan nama bapa, seperti “Umar Bin ‘Ali”. Komuniti Arab keturunan Sayyid sangat mengambil berat tentang salasilah keturunan keluarga mereka. Mereka cuba mengekalkan salasilah keluarga Sayyid dengan baik yang berkesinambungan dari generasi awal ke generasi seterusnya. Di Tanah Melayu, Persatuan Arab yang dikenali sebagai Rabitah al-’Arabiyyah yang beribu pejabat di Singapura bertanggungjawab untuk menyimpan rekod keturunan Arab Hadhrami di negara tersebut. Mereka mempunyai wakil yang mencatat setiap kelahiran, perkahwinan dan kematian dalam keluargaSayyid. Sementara tu, Persatuan Arab Hadhrami atau Rabitah al-‘Alawiyyah ditubuhkan pada tahun 1927 berpusat di Jakarta Indonesia yang bertanggungjawab menyimpan rekod tentang salasilah keturunan Arab Hadhrami di rantau ini. Persatuan ini juga mempunyai cawangannya di Singapura (Ingrams, W.H., 1936: 36-38). Di Hadhramaut, kumpulan Sadah memegang jawatan berkaitan hal ehwal agama dan kebanyakan mereka merupakan golongan ulama yang mempunyai pengaruh yang besar dalam memelihara undang-undang Islam dan ajaran agama. Tarim merupakan salah sebuah pusat pengajian agama Islam yang terpenting di Hadhramaut. Tarim telah berjaya menghasilkan ramai ulama terkenal, malahan ada di antara mereka yang menjadi mufti, qadi dan ahli agama. Majoriti komuniti peranakan Arab berketurunan Sayyid yang tinggal di Tarim berasal daripada keturunan NabiMuhammadSAW (Ibid., 36-38). Komuniti Arab di Tanah Melayu kebanyakannya berasal dariHadramaut, Yaman. Mereka juga dikenali sebagai keturunan Sadah dan merupakan kumpulan minoriti yang dihormati dalam masyarakat Melayu. Masyarakat berketurunan Sayyid terkenal dan dihormati dalam kalangan masyarakat Melayu kerana usaha gigih mereka dalam penyebaran agama Islam. Mereka banyak menyumbang kepada pembangunan Tamadun Melayu Islam di Alam Melayu, terutamanya di Tanah Melayu. Walaupun bilangan mereka adalah kecil, namun pengaruh mereka memberi kesan yang signifikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, mereka juga turut memegang jawatan penting dalam pentadbiran negeri –negeri Melayu di Tanah Melayu (Mohammad Redzuan Othman; 2002: 38). Salasilah keturunan masyarakat Arab al-‘Alawiyyin dipercayai mempunyai pertalian darah dengan cucu Nabi Muhammad SAW, iaitu Saidina Hussain (Winstedt, R.O., Sept. 1918). Komuniti Arab berketurunan Sayyid mempunyai kedudukan yang sangat istimewa dalam masyarakat Melayu. Malahan orang Melayu begitu menghormati komuniti Arab kerana hubungan mereka dengan Nabi Muhammad SAW serta pengetahuan agama yang dimiliki oleh mereka. Ini merupakan antara faktor yang membantu mereka yang dengan mudah diterima oleh masyarakat sebagai pewaris dan penyebar dakwah dan ajaran Islam. Mereka juga turut menjadi sumber rujukan kepada masyarakat Islam untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam perkara yang berkaitan dengan agama. Dari segi hubungan dengan pemerintah, terdapat jurang yang kecil di antara masyarakat Arab berketurunan Sayyiddan 274
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
orang Melayu. Menurut Linehan, komuniti Arab berketurunan Sayyid mempunyai hubungan yang akrab dengan kerabat diraja dan golongan bangsawan berbanding masyarakat awam berbangsa Melayu. Masyarakat Melayu juga amat menghormati golongan Sayyid sebagaimana mereka menghormati sultan dan raja-raja Melayu (Linehan, W., 1936: 81).
Dalam masyarakat Melayu, terdapat gelaran tertentu yang digunakan merujuk kepada orang yang dihormati. Golongan Peranakan Arab keturunan Sayyid juga menerima gelaran khas daripada orang Melayu. Di Pahang, terutamanya di kawasan Kuala Tekal, orang Melayu memanggil mereka dengan gelaran ‘Engku’. Di Pekan dan di beberapa daerah lain mereka dipanggil dengan gelaran ‘Habib’, ‘Tuan’ atau ‘Tuan Sayyid’. Malahan, keturunan Sultan dan Bendahara Pahang berasal dari keturunan Bendahara Seri Maharaja Johor, Tun Habib Abdul Majid yang juga dipercayai ahlu al-bait dan mempunyai pertalian dengan keturunan Nabi Muhammad SAW dari Hadhramaut, Yaman (Linehan, W., 1936: 55; Tun Suzana Tun Othman and Muzaffar Mohamad, 2009: 197-226). Mereka juga dipanggil dengan gelaran Wan atau Tun, seperti Tun atau Wan Ali dan Wan Mutahir. Panggilan Wan juga digunakan yang merujuk kepada keturunan ahlul bait di Aceh dan Jakarta. Sementara itu, dalam kalangan golongan Sayyid, mereka membahasakan diri sebagaiana and anta yang bermaksud saya dan awak (Mahayudin Haji Yahaya, 1984: 88). Di Terengganu, golongan Arab berketurunan Sayyiddipanggil dengan gelaran Tukku atau Tokku. Selain gelaran Sayyid, mereka juga dipanggil sebagai sharif dan habib (W.H. Ingrams, 1936: 40-41; Syed Ali bin Mohamed al-Attas, 1998: 6). Dalam struktur lapisansosial masyarakatHadhramaut, penduduknya dibahagikankepada puak, suku bangsaataukelas sosial. Sesuatu puak dikumpulkan mengikut kepentingan dankedudukan mereka dalammasyarakat.SadahatauSayyidmerupakan satu golongan yang berpengaruh diHadhramautdan mereka merupakan ulamayang dihormati dan disegani dalam masyarakat, seperti Ba ‘Alawi, Al-Aydarus, Al-Saqqaf danAl-Haddad.
275
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Populasi Masyarakat Arab Berketurunan Sayyid Populasi masyarakat Arab Hadhrami bertaburan hampir di setiap negeri di Tanah Melayusepanjang abad ke-19 dan ke-20 M. Bancian penduduk yang terawal di Tanah Melayu dilakukan semasa zaman penjajahan British. Bancian penduduk ini yang dibuat berdasarkan kepada kategori bahasa yang dipertuturkan oleh penduduk, mengkategorikan semua individu yang bertutur bahasa Arab dan lahir di negara Arab dan juga di Tanah Melayu semasa penjajahan British diletakkan di bawah satu kategori, iaitu bangsa Arab. Orang Arab berketurunan Sayyid dan bukan Sayyid termasuklah syaikh juga berada dalam kategori bangsa Arab. Bancian terawal di Tanah Melayudilakukan pada tahun 1871 di Negeri-negeri Selat, iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang (Straits Settlement Population 1871, Microfilm No. 242).Daripada rekod ini, didapati bahawa jumlah orang Arab adalah 1122 orang. Jumlah paling ramai ialah di Singapura dengan 465 orang, diikuti oleh Pulau Pinang seramai 354 orang dan Melaka dengan jumlah seramai 303 orang. Daripada jumlah 1122 orang, 605 adalah lelaki dan selebihnya adalah wanita. Banci seterusnya dibuat pada tahun 1881 di Negeri-negeri Selat yang menyaksikan peningkatan penduduk Arab di tiga buah negeri. Dalam tempoh sepuluh tahun, bilangan mereka telah meningkat kepada 1637 orang dengan penambahan sebanyak 515 orang. Walau bagaimanapun, bancian pada 1891 menunjukkan terdapat penurunan jumlah masyarakat Arab kepada 1468 orang. Bancian yang dijalankan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1891menunjukkan bahawa terdapat seramai 334 orang Arab di negeri tersebut. Daripada jumlah ini, 329 orang berada di Pahang, diikuti Selangor seramai 27 orang, Negeri Sembilan, 20 dan Perak seramai 51 orang. Bancian pada tahun1901 yang dijalankan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menunjukkanpertambahan pendudukArab dalam masa 10 tahun kepada 574 orang. Jumlah pertambahan orang Arab agak kecil di NegeriSembilan, Selangor dan Perak berbanding Pahangyang menyaksikanpeningkatan yang ketaradari329 orang pada tahun 1891kepada447 orang padatahun 1901 (Federated Malay States, Census of the Population, 1901; CO 575/3, Federated Malay States Statistics 1906: 84-85). Berdasarkan rekod, didapati bahawa ramai usahawan Arab Hadhrami dari Johor memohon daripada kerajaan Negeri Pahang untuk membuka tanah bagi tujuan pertanian, perlombongan serta aktiviti-aktiviti pembalakan pada suku terakhir abad ke-19. Hal ini, merupakan antara faktor yang menarik minat orang Arab lain untuk berhijrah dan bekerja di Pahang. Berdasarkan rekod banci, didapati bahawa sejak banci pertama dijalankan pada tahun 1871, masyarakat Arab, khususnya keturunan Sayyid Hadhrami bertaburan dan menetap hampir di setiap negeri di Tanah Melayu. Jadual 1: Banci Populasi Arab di Negeri-Negeri Selat Tahun
Negeri / Bilangan Komuniti Arab Singapura
Melaka
P. Pinang
Jumlah
1871
465
303
354
1122
1881
836
220
574
1630
1891
806
95
567
1468
1901
919
45
542
1506
1911
1237
135
702
2074
1921
1282
56
520
1858
1931
1939
88
605
2632
Sumber: Straits Settlements: Report on the Census of the Straits Settlements, taken on the 5th April 1891, by E.M. Merewether, Eso, Singapore: Printed at the Government Printing Office, 1892. 276
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 2: Banci Populasi Masyarakat Arab di Negeri-Negeri Bersekutu Negeri Tahun
Pahang
Selangor
Negeri Sembilan
Perak
Jumlah
1891
329
27
20
51
427
1901
447
31
27
69
574
1911
152
73
62
50
337
1921
395
82
78
101
656
1931
189
70
88
55
402
Sumber: Federated Malay States, Census of the Population, 1901, Straits Settlement Population 1871, J.A.E. Morley, “The Arabs of the Eastern Trade”, p. 175; CO 575/3, Federated Malay States Statistics 1906, Census Taken on 1st March, 1901, Colonial Office Library, pp. 84-85 Berdasarkan bancian pada tahun 1911 yang dibuat di negeri Kedah dan Perlis, sebanyak 119 orang Arab menetap di Kedah, manakala 10 orang tinggal di Perlis. Masyarakat Arab dikategorikan sebagai Melayu pada ketika itu, namun golongan Sayyid (Syed) masih menganggap diri mereka sebagai orang Arab. “The large majority of the Arabs were practically Malays of remote Arab descent. The Syeds had usually described themselves as Arabs” (Report on the Census of Kedah and Perlis A.H 1329, A.D 1911; 7). Kebanyakan orang Arab bertutur menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu, secara tidak langsung mereka dikenali berdasarkan kepada bahasa yang dipertuturkan dan mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu (Ibid.). Perkahwinan campur di antara orang Arab dan masyarakat tempatan menjadi suatu kebiasaan di Kedah dan Perlis. Majoriti orang Arab yang lahir di Tanah Melayu dan mempunyai ibu berbangsa Melayu, menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian. Ramai dalam kalangan mereka tidak bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih,namun mereka boleh memahami bahasa tersebut. Oleh kerana asimilasi dengan penduduk tempatan, masyarakat Arab Hadhrami mudah menyesuaikan diri dengan cara hidup dan budaya Melayu termasuk dari segi bahasa, makanan, adat resam dan cara berpakaian yang akhirnya menyebabkan mereka dipanggil sebagai Melayu (GA 27/1940, 31 Januari 1940). Jadual 3: Banci Populasi Komuniti Arab Di Negeri-Negeri Tidak Bersekutu Negeri Tahun
Johor
Terengganu
Kelantan
Kedah
Perlis
Jumlah
1911
699
186
17
119
10
1031
1921
736
567
118
226
154
1801
1931
1345
89
213
113
143
1903
1947
1897
199
256
62
27
2441
Sumber: Nathan, J.E., The Census of British Tanah Melayu 1921, London, Dunstable and Watford: Printed by Waterlow & Sons Limited, 1922, hlm. 22; Lihat juga Mahayudin Haji Yahaya, Sejarah Penempatan Orang Arab di Johor, in Seminar Sejarah Budaya Johor Tahun 2000, Vol. 2, Johor Bahru, hlm. 4. Masyakarat Arab keturunan Sayyid mengambil berat tentang salasilah keluarga mereka. Dalam usaha untuk memastikan hubungan kekeluargaan terjaga, mereka akan mencatat tarikh 277
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
perkahwinan, kelahiran dan kematian bagi setiap ahli keluarga. Ini adalah penting supaya mereka dapat mengesan salasilah keturunan mereka sehingga berkesinambungan kepada Nabi Muhammad SAW. Cacatan atau rekod berkenaan salasilah keluarga ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada generasi muda pada masa akan datang.Ilmu salasilah atau nasab sangat ditekankan oleh generasi awal masyarakat Arab Hadhrami keturunan Sayyid (Sy. Aliedin, 2011). Migrasi dan Penempatan Komuniti Arab Hadhrami PembukaanTerusan Suezpada tahun 1869 menyaksikan penggunaan kapal wap semakin popular berbandingkapal layar. Secara tidak langsung pergerakankapal dan proses penghijrahan menjadi semakin cepatdan mudah serta bilangan penghijrah juga meningkat dari masa ke semasa. Keadaan ini menyebabkan berlakunya penghijrahan besar-besaran masyarakat Arab ke negara luar seperti India,Afrika dan di rantau Asia Tenggara, termasuklah Tanah Melayu. Kebanyakan keluarga masyarakat Arab Hadhrami berketurunan Sayyid, seperti al-Attas, al-Saqqaf, al-Junied danal-Kaff, amat dikenali dalam masyarakat di Tanah Melayu kerana sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam pelbagai bidang. Mereka terlibat secara aktif dalam perniagaan dan menjadi usahawan yang berjaya. Apabila Singapura dibuka oleh Stamford Raffles pada tahun 1819, orang Arab Hadhrami keturunan Sayyid adalah antara pedagang terawal yang datang berdagang di Singapura. Mohammed bin Harun Al-Junied dan anak saudaranya, Sayyid Omar bin Ali Al-Junied merupakan pedagang Arab yang datang ke Singapura pada tahun 1819. Mereka dikenali sebagai pedagang Arab yang kaya yang berhijrah dari Palembang, Sumatera (Ameen Ali Talib, 1997: 89). Sebahagian besar orang Arab di Tanah Melayu adalah mereka yang berhijrah dari Hadhramaut, Yaman. Kebanyakan komuniti Arab ini berasal daripada keturunan Sayyid ‘Alawi. Menurut Mahayudin Haji Yahya (1988, 2000),penghijrahan masyarakat Arab dari Semenanjung Tanah Arab ke Tanah Melayuberlaku dalam beberapa peringkat; sama ada secara langsung atau tidak langsung dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau juga menyatakan bahawa penghijrahan terus dari Semenanjung Tanah Arab jarang berlaku berbanding penghijrahan secara tidak langsung yang melibatkan majoriti orang Arab yang bermigrasi dari Hadhramaut ke Kepulauan Melayu. Kebanyakan mereka datang dari Semenanjung Tanah Arab melalui Indonesia (Serjeant, R.B.1957: 24-25). Dalam konteks migrasi ke Tanah Melayu, penghijrahan orang Arab ke Pulau Pinang berlaku selepas Francis Light mengambil alih Pulau Pinang daripada Sultan Kedah pada tahun 1786(Omar Farouk, Disember 1978: 2-10). Kesan daripada pola migrasi orang Arab ke Pulau Pinang, komuniti Arab ini tidak hanya terlibat dalam perdagangan, bahkan turut menceburi bidang pendidikan dan penyebaran ajaran Islam dengan pembukaan madrasah. Dalam kajian Omar Farouk tentang masyarakat Arab di Pulau Pinang, beliau menyenaraikan nama puak atau keluarga komuniti Arabdi Pulau Pinang. Antara faktor yang berjaya menarik minat orang Arab untuk datang berdagang ke Pulau Pinang pada ketika itu ialah dasar perdagangan yang diperkenalkan oleh Francis Light yang tidak mengenakan duti import kepada peniaga dan pemberian hak kepada peneroka baru untuk memperoleh tanah di Pulau Pinang secara bebas (Winstedt, 1962: 210). Migrasi dan pergerakan manusia turut berlaku dalam kalangan orang Arab dari negara jiran, seperti Aceh dan Sumatera ke Pulau Pinang. Ini menunjukkan bahawa orang Arab kerap menggunakan laluan di kawasan perairan Pulau Pinang bagi tujuan perdagangan yang menghubungkan pedagang-pedagang Arab dan Kepulauan Melayu. Apabila Singapura dibuka sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1819, pelabuhan ini berperanan menjadi pintu masuk utama kepada orang Arab yang datang dari Timur Tengah dan Indonesia ke Pulau Pinang (William, R. Roff, 1967: 40). Semasa Melaka berada pada zaman kegemilangannya sebagai sebuah pelabuhan entrepotdi Kepulauan Melayu, kemasyhurannya telah menarik minat ramai pedagang asing berdagang di Melaka. Ini termasuklah orang Arabdari Hadhramaut, Yaman dan negaranegara Timur Tengah yang lain, malahan ada di antara mereka yang datang dari Palembang, 278
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Indonesia. Melaka tidak hanya berperanan penting sebagai pusat perdagangan maritim antara Timur dan Barat, tetapi juga sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam di Alam Melayu. Oleh yang demikian, hubungan antara orang Arab dan orang Melayu menjadi lebih erat dan bermakna dengan kedatangan Islam sebagai pemangkin. Walau bagaimanapun, menurut Mahayudin Haji Yahya, kedatangan masyarakat Arab Hadhrami berketurunan Sayyid ke rantau ini agak sedikit lewat, iaitu sekitar abad ke-16 berbanding dengan pedagang Arab lain yang datang lebih awal dan menjalankan perniagaan dan urusan perdagangan di Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi. (Mahayudin Haji Yahaya, 1984: 36). Penempatan masyarakat Arab Hadhrami bertaburan di beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Sebagai contoh di negeri Pahang, penghijrahan komuniti Arab ke negeri ini juga berlaku secara tidak langsung. Mereka datang dari pelbagai tempat lain seperti Palembang, Singapura, Johor dan Pulau Pinang sebelum berhijrah dan menetap di Pahang. Kebanyakan orang Arab berhijrah ke Pahang bagi tujuan perniagaan, menjalankan kerja dakwah dan menyebarkan ajaran Islam (Ibid.: 37). Mereka juga mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan pemerintah, terutama kerabat diraja. Penghijrahan tidak langsung juga menyaksikan kedatangan orang Arab dari Gujarat, India ke Pulau Pinang dan negerinegeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Abad ke-19 dan ke-20 Masihi menyaksikan penghijrahan besar-besaran orang Arab dari Hadhramaut, Yaman, Hijaz, Mesir dan Iraqke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, pedagang dan tokoh agama (Omar Farouk Shaeik Ahmad, 1978: 2). Keluarga al-Attas merupakan antara pedagang terawal menetap di Tanah Melayu. Penghijrahan keluarga al-Attas ke Kepulauan Melayu, terutamanya Tanah Melayu dapat dikesan sejak awal abad ke-19 apabila Sayyid Zaynal-Attas seorang peniaga dari Hadhramaut datang ke Tanah Melayu melalui Makasar. Beliau mengembara ke Makasar pada akhir abad ke-18 dan berkahwin dengan seorang puteri Bugis (Kazuhiro Arai, 2004: 132). Sayyid Zaynal-Attas bersama-sama dengan anak saudaranya, Sayyid Ahmad bin Hassanal-Attas terlibat dalam bidang perniagaan di Pahang. Mereka mempunyai hubungan baik dengan keluarga diraja Pahang. Habib Hassan al-Attas merupakan antara usahawan Arab yang berjayadi Tanah Melayu, malahan beliau juga seorang dermawan (Mahayudin, 1984: 37). Habib Hassan juga berperanan penting dalam penubuhan beberapa buah sekolah Arab atau madrasah di Tanah Melayu, seperti Madrasah al-Attas di Johor Bahru dan Madrasah al-Attas al-Arabiyyah di Pekan, Pahang. Beliau juga turut mewakafkan tanah seluas 10 ekar bagi menempatkan Madrasah al-Attas al-Arabiyyah, Johor Bahru dan juga sebidang tanah bagi pembinaan Masjid al-Attas.Beliau juga turut mewakafkan sebuah bangunan di Mesir selama 100 tahun bagi kegunaan pelajarMelayu (SS 2289/1941, 1931). Munsyi Abdullah dalam bukunya, Pelayaran turut menyebut tentang penempatan komuniti keluarga Arab di Kampung Maulana yang terletak di tebing Sungai Pahang dalam aktiviti perdagangan. Komuniti Arab amat dihormati dalam masyarakat dan mempunyai hubungan baik dengan pihak istana. Munshi Abdullah juga menyenaraikan nama keluarga komuniti Arab di Pahang antaranya, keluarga al-Attas, al-Habsyi, al-Yahya, al-Hinduan, al-Saggaf, al-Jifri, al-Junied, al-Khirid and al-Aidid (Munsyi Abdullah Abdul Kadir, 1970: 290). Kewujudan komuniti Arab di Pahang dikesan seawal abad ke-19. Mereka terdiri daripada keluarga al-Habsyi, al-Yahya, Al-Khirid, al-Saggaf, al-Hinduan, al-Attas dan alAidid yang berasal dari Hadhramaut, Yaman. Keluarga al-Habsyi merupakan antara keluarga Arab yang terawal tiba di Pahang sekitar tahun 1803-1806, iaitu semasa pemerintahan Tun Koris. Keturunan al-Yahya juga terdapat di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Keturunan al-Khirid juga menetap di Pahang diketuai oleh Sayyid Alib. Sayyid Sulaiman. Sayyid Ali berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan menetap di kawasan Teluk Tekal dan Sega, Raub, Pahang (Mahayudin, 1984: 39-51). Menurut J.E. Nathan dalam catatan bancian beliau menyatakan bahawa terdapat penempatan Arab di Kampung Bruas, Pekan Pahang. “There is a fairly large Arab settlement at Kampong Bruas in the Pekan district of Pahang…” (Nathan, J.E., 1922: 91). 279
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Di Terengganu, kehadiran Arab Hadhrami turut disedari oleh pelawat asing pada awal abad ke-19. G.W. Earl contohnya, membuat catatan tentang kewujudan komuniti ini semasa dalam perjalanan dari Bangkok ke Singapura pada tahun 1833. Dalam catatan beliau, Earl menulis tentang peranan dan pengaruh besar masyarakat Arab dalam pentadbiran agama di Terengganu (Earl, G.W., 1971: 185-186). Kesultanan Terengganu di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin I (1702-1726) juga turut mempunyai pertalian dengan keturunan Nabi Muhammad SAW melalui bapanya Tun Habib Abdul Majid, iaitu Bendahara Johor (d. 1697). Tun Suzana dan Muzaffar percaya bahawa Tun Habib Abdul Majid mempunyai pertalian darah dengan ahlul bait atau keluarga Nabi Muhammad SAWdan berasal daripada keturunan baginda (2009: 211). Keluarga al-Idrus atau al-Aidarus pula merupakan antara keluarga Arab Hadhrami yang terkenal di Terengganu. Keluarga Al-Aidarus terkenal dengan usaha dakwah mereka menyebarkan ajaran Islam di negeri tersebut. Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin AlAidarus (1839-1876) yang lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar adalah seorang ‘alim yang banyak menyumbang kepada pembangunan Islam di Terengganu. Keturunan Al-Aidarus turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran agama dan politik di Terengganu pada abad ke-19 dan abad ke-20 (Ibid.:135-43). Sementara itu, Sayyid Sheriff Tengku Sayyid Hussain Al-Aidid adalah antara orang Arab yang paling awal menetap di Pulau Pinang pada abad ke-18. Beliau berhijrah ke Pulau Pinang dari Aceh pada tahun 1792. Beliau adalah seorang pedagang yang berjaya dan memiliki gudang sendiri di Acheen Street (Nordin Hussin, 2007: 94; Clodd, H.P., 1948: 119). Di Negeri Sembilan, masyarakat Hadhrami Arab tertumpu di tiga daerah utama, iaitu Seremban, Tampin dan Jelebu serta beberapa daerah lain. Kampung Peradong adalah antara kampung terawal yang menerima kehadiran migran Arab Hadhrami di daerah Jelebu (Syed Zakaria bin Syed Hassan, 1989/1990: 76-79; Buyung Adil, 1981: 18).Walau bagaimanapun, salasilah komuniti Arab Hadhramidi Negeri Sembilan tidak berasal dari keturunan Hussain Ibn’ Ali RA, tetapi melalui Hassan Ibn’ AliRA (Buyung Adil, 1981: 31; Tun Suzana Tun Othman & Muzaffar Mohamad, 2009: 174). Di Perlis, keluarga Sayyid Jamalullail telah memerintah negeri tersebut sejak pertengahan abad ke-19 hingga ke hari ini (Mohd Roselan Ab. Malek, 1993: 35; Universiti Malaysia Perlis, 2010: 31). Keluarga Jamalullail berasal dari Hadhramaut, Yaman. Pada peringkat awal, Sayyid Hussain Jamalullail dilantik sebagai penghulu Arau menggantikan arwah bapanya. Sejak itu keluarga Jamalullail menjadi pentadbir negeri Perlis hingga ke hari ini (Mohd Roselan: 39). Komuniti Arab Hadhrami di Johor tinggal di tiga daerah utama, iaitu Batu Pahat, Johor Bahru dan Muar. Kebanyakan mereka menetap di kawasan bandar seperti Johor Bahru, Penggaram (Batu Pahat) dan pekan Maharani (kini dikenali sebagai Muar) dan terdapat juga yang menetap di Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Segamat (Mahayuddin Haji Yahaya, 2000: 4-5). Kesultanan Johor diperintah oleh keturunan Sayyid Hadhrami apabila anak Bendahara Seri Maharaja Johor Tun Habib Abdul Majid, iaitu Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil telah dilantik sebagai pemerintah baru Johor Lama pada tahun 1699 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah IV (1699-1718). Sejak itu, keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid menjadi Sultan Johor sehingga pada abad ke-19, apabila keluarga Temenggung mengambil alih takhta negeri Johor pada tahun 1885. Kesultanan Selangor juga berasal dari keturunan Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah IV melalui anak perempuannya, Puteri Mandak (Tun Suzana Tun Othman & Muzaffar Mohamad: 197). KESIMPULAN Kewujudan komuniti Arab di Tanah Melayu dan Malaysia umumnya mempunyai hubungan dengan sejarah aktiviti perdagangan, perniagaan dan migrasi masyarakat ini dari Semenanjung Tanah Arab. Kebanyakan komuniti peranakan Arab di Malaysia berasal daripada keturunan Arab yang berhijrah dari Hadhramaut, Yaman ke Tanah Melayu. Migrasi masyarakat Arab 280
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ke Tanah Melayu berlaku secara berperingkat sama ada secara langsung atau tidak langsung dari Semenanjung Tanah Arab. Walaupun orang Arab telah mempunyai hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu sejak awal abad ke-13 (dengan pengislaman kerajaan SamuderaPasai), ke-15 dan ke-16 masihi semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, namun migrasi masyarakat Arab dalam skala yang besar berlaku sekitar abad ke-19 dan ke-20 Masihi. Migrasi secara langsung masyarakat Arab dari Hadhramaut, Yaman; Hijaz, Mesir dan Iraq ke Tanah Melayu memberi kesan kepada peningkatan jumlah komuniti ini di Tanah Melayu. Selain melalui pengantara Indonesia atau datang dari wilayah lain di Kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu, migrasi secara tidak langsung menyaksikan kedatangan orang Arab dari India. Populasi masyarakat Arab bertaburan hampir di setiap negeri di Tanah Melayu dan jumlah mereka semakin meningkat pada awal abad ke-19 dan ke-20. Beberapa penempatan utama komuniti peranakan Arab dikenal pasti tertumpu di Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak, selain negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Komuniti Arab di Malaysia amat dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu kerana pertalian darah dan hubungan mereka dengan nasab Nabi Muhammad SAW serta pengetahuan agama yang mereka miliki. Peranan komuniti Arab berketurunan Sayyid dalam penyebaran agama Islam dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang, seperti perniagaan dan pendidikan, keagamaan dan pentadbiran, percetakan, penerbitan dan politik (pada awal abad ke-20) menjadikan komuniti minoriti ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Keluarga Arab Hadhrami berketurunan Sayyid, seperti al-Attas, al-Habsyi, alJunied, al-Saqqaf, al-Khirid, al-Yahya, al-Aidid dan lain-lain amat dikenali dan disegani dalam masyarakat Melayu khususnya, di atas sumbangan dan pengaruh mereka yang besar dalam pelbagai bidang yang menyumbang kepada pembangunan negara dan kemajuan masyarakat Malaysia. RUJUKAN Ahmad Ismail & Yazid Mat. (1974). Perlis Indera Kayangan, Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat, Perlis: n.p. Ameen Ali Talib. (1997). “Hadramis in Singapore”, Journal of Muslim Minority Affairs, Vol. 17, No. 1. Arkib Negara Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur, MISC. 19/1ANM. Cesar Adib Majul. (1964). Theories on the Introduction and Expansion of Islam in Malaysia, Philippines: Siliman University. Clodd, H.P. (1948). Tanah Melayu’s First British Pioneer, The Life of Francis Light, London: Luzac & Company Ltd. CO 575/3. Federated Malay States Statistics 1906, Census Taken on 1st March, 1901, Colonial Office Library, pp. 84-85. Colonial Office. (10th March, 1911). Straits Settlements: Report on the Census of the Straits Settlements, taken on the 5th April 1891. Earl, G.W. (1971). The Eastern Seas, with an introduction by C.M. Turnbull, reprint, Singapore: Oxford University Press. Federated Malay States, Census of the Population. (1901). Compiled by George Thompson Hare, Published by Command, Colonial Office Library, 1902. Federated Malay States, Census of the Population. (1901). Straits Settlement Population 1871, Gowing, Peter G. (1966). “Kris and Crescent: Dar Islam in the Philippines”. Studies in Islam. Vol.3. p.4. Haji Buyung Adil. (1981). Sejarah Negeri Sembilan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.royalark.net/Malaysia/ tampin3htm. (last accessed on 18 May 2013). 281
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ibn Hazm. (1962M/1382H). Jamharah Ansab Al-Arab Li Abi Muhammad ‘Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm Al-Andalus. Abd Al-Salam Muhammad Harun (Tahqiq wa Ta’liq). Cairo: Dar Al-Ma’arif. Ingrams, W.H. (1936). A Report on the Social, Economic and Political Condition of the Hadramaut. London: Printed and Published by His Majesty’s Stationery Office. pp.36-39. Colonial No. 123. J.A.E. Morley, “The Arabs of the Eastern Trade”, p. 175; Kazuhiro Arai. (2004). The Arabs Who Traversed the Indian Ocean: The History of The al‘Attas Family in Hadhramawt and Southeast Asia, c. 1600 – c. 1960.PhD. Thesis. University of Michigan, Near Eastern Studies. Linehan, W. (1936). “A History of Pahang”. Journal of the Tanah Melayun Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS). Vol. 14. pt. 2. May. Mahayuddin Haji Yahaya. (2000). “Sejarah Penempatan Orang Arab di Johor”. Seminar Sejarah Budaya Johor. Vol. 2, Johor Bahru. Mahayudin Haji Yahaya. (1984). Sejarah Orang Syed di Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahyuddin Haji Yahaya. (1980). “Latarbelakang Sejarah Keturunan Sayid di Malaysia”. Dalam Tamadun Islam di Malaysia.Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Mohammad Redzuan Othman. (1997). “Hadhramis in the Malay States”. In Ulrike Freitag & William G. Clarence-Smith (eds.). Hadhrami Traders, Scholars and Statesmen in the Indian Ocean, 1750s – 1960s. Brill: Leiden, New York: Koln. Mohammad Redzuan Othman. (2002). “Conflicting Political Loyalties of the Arabs in Tanah Melayu”. In Transcending Borders, Arabs, Politics, Trade and Islam in Southeast Asia. (eds.) Huub de Jonge and Nico Kaptein. Leiden: KITLV Press. Mohd Roselan Ab. Malek. (1993). Silsilah Nama Tempat Pulau Pinang dan Perlis Indera Kayangan. 1st Edition, Selangor: Penerbit Prisma Sdn. Bhd. Mohd. Mokhtar bin Shafii. (1980). “Batu Nisan Kurun ke-5H/10M di Pekan, Pahang”. Dalam Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Percetakan United Selangor Sdn. Bhd., 1980. Munsyi Abdullah Abdul Kadir. (1970). Hikayat Abdullah, (annotated translation by A.H. Hill, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Nadzirah Lee. (2010). The Arabs in British Tanah Melayu in the Interwar Years, 1918-1941: A Historical Study’. PhD. Thesis, Hiroshima City University, Japan. Najib M. Saleeby. (1976). Studies in Moro History, Law and Religion. Manila: The Filipina Book Guild. Natalie Mobini-Kesheh. (1999). The Hadrami Awakening: Community and Identity in the Netherlands East Indies, 1900-1942. New York: Southeast Asia Program Publications. Nathan, J.E. (1922). The Census of British Tanah Melayu 1921.London, Dunstable and Watford: Printed by Waterlow & Sons Limited. National Heritage Board. (2006). Singapore, The Encyclopedia. Singapore: Editions Didier Millet. Nordin Hussin. (2007). Trade and Society in the Straits of Malacca: Dutch Melaka and English Penang, 1780-1830. Singapore: National University of Singapore Press. Omar Farouk Shaeik Ahmad. (Disember 1978). “The Arabs in Penang”, Malaysia in History. Vol. 21. No. 2. Report of Proceeding for April, 1933, CO, 273/551/16. Report on the Census of Kedah and Perlis A.H 1329. (A.D 1911). Penang: Printed at the Criterion Press Ltd.. Roff, William, R. (1967). The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: University of Tanah Melayu Press. Serjeant, R.B. (1957). The Saiyids of Hadramaut, London: University of London. Singapore Chronicle. No. 165.(15 July 1830). Straits Settlement Population.(1871). Microfilm No. 242. 282
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Straits Settlements: Report on the Census of the Straits Settlements. (5th April 1891). E.M. Merewether, Eso, Singapore: Printed at the Government Printing Office, 1892. Surat yang dihantar oleh Onn Jaafar kepada Pejabat Pengarah Perubatan Johor Bahru, Johor. (31 Januari 1940) GA 27/1940. Sy. Aliedin. (5 – 7 Mac 2011). “Pengantar Singkat Ilmu Nasab”. Seminar Diaspora Arab Nusantara: Peranan dan Sumbangan. Lembaga Muzium Negeri Kedah dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Wisma Darul Aman Alor Setar, Kedah. Syed Ali bin Mohamed al-Attas. (1984). Allahyarham Syed Hassan bin Ahmad al-Attas: Seorang Mujahid dan Pembangun Ummah, Johor Bahru: Wakaf Almarhum Syed Hassan bin Ahmad al-Attas. Syed Ali bin Mohamed al-Attas. (1998). Allahyarham Syed Hassan bin Ahmad al-Attas Seorang Mujahid dan Pembangunan Ummah. Johor: Madrasah al-Attas al-Arabiah Johor. Syed Mohsen Alsagoff. (1963). The Alsagoff Family in Malaysia A.H. 1240 (A.D. 1824) to A.H. 1382 (A.D. 1962) with biographical and contemporary sketches of some members of the Alsagoff family, compiled and published by Syed Mohsen Alsagoff, Singapore: S.M. Alsagoff. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2011). Historical Fact and Fiction. Kula Lumpur: Penerbit UTM. Syed Zakaria bin Syed Hassan. (1989/1999). SejarahTentang Syed di Negeri Sembilan, Satu Kajian di Daerah Jelebu, Academic Exercise, B.A., Faculty of Usuluddin, University of Tanah Melayu. Tun Suzana Tun Othman and Muzaffar Mohamad. (2009). Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah S.A.W. & Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd. Universiti Malaysia Perlis. (2010). Perlis Mahkota Negara. Perlis: Unit Kajian Strategik, Universiti Malaysia Perlis. Wan Husin Wan Embong. (1991). “Peranan dan Pengaruh Tok Ku Tuan Besar,” in Muhammad Abu Bakar (ed.). Ulama Terengganu Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Winstedt,R.O. (1962). A History of Tanah Melayu, Singapore: Marican. Winstedt, R.O. (Sept. 1918). “The Hadhramaut Saiyids of Perak and Siak”. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society (JSBRAS). No. 79.
283
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN SEJARAH DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA Norhayati Ishak, Fathilah Akmal Ismail, Fiqkha Akma Mohd Hussein, Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada sudut pandangan ahli politik.Tumpuan khusus diberikan kepada pemimpin politik daripada parti pembangkang iaitu DAP dan PKR. Ia menggunakan kaedah kualitatif secara temu bual melibatkan tiga orang pemimpin politik iaitu dua orang Ahli dewan Undangan Negeri dan seorang ahli parlimen. Soalan temu bual adalah berkisar kepada konsep patriotisme dan peranan pendidikan Sejarah. Hasil temu bual di análisis secara deskriptif. Dua tema yang berkaitan dengan konsep patriotisme daripada kajian ini adalah “Patriotisme sebagai proses penjiwaan bukan sekadar simbolik” dan “”Patriotisme adalah menifestasi tingkah laku yang mengarah kepada unsur cintakan negara”. Kesemua ahli politik dalam kajian ini menyatakan kepentingan pendidikan Sejarah untuk memupuk patriotisme. Kesimpulannya adalah pendidikan Sejarah dilihat sebagai satu mata pelajaran penting kepada pembentukan semangat patriotisme. Kata kunci:
patriotisme, pendidikan sejarah, ahli politik, negara bangsa.
PENGENALAN Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, sejak kebelakangan ini, semangat patriotisme kelihatan agak longgar dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya. Konsep Patriotisme Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan dan Oxford English Dictionary). Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya (New Webster’s Dictionary). Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni. Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat terhadap 284
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
tingkah laku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi: 2003).Bagi Doob (1964), beliau menjelaskan patriotisme itu ialah ‘as the more or less conscious conviction of a person that his own welfare and that of the significant groups to which he belongs are dependent upon the preservation or expansion (or both) of the power and culture of his society’. Patriotisme juga boleh diertikan sebagai semangat cinta kepada tanah air atau taat kepada negara, melepasi perasaan kepada negara. Negara mempunyai lambang-lambang atau institusi-institusi tertentu yang boleh digunakan untuk membentuk semangat patriotisme ini misalnya, bendera kebangsaan (Jalur Gemilang), lagu kebangsaan (Negaraku), konsep raja sebagai institusi atau lambang kedaulatan Negara (Raja Berpelembagaan), perlembagaan Negara dan sistem undang-undang Negara (Hassan,2001). Ukuran patriotisme pula cukup subjektif dan amat luas ertinya. Patriotisme bukan isu politik atau gimik dan tidak sekadar semangat. Ia lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan yang kekal dan tebal kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Pendek kata, patriotisme bukan hanya di bibir sahaja. Ia harus lahir secara semula jadi sebagai sesuatu yang dirasai dan di tafsir daripada degup jantung dan di jiwa setiap rakyat Malaysia. Walaupun patriotisme adakalanya diseiringkan dan disamakan dengan nasionalisme, tetapi kedua-duanya mempunyai kelainan (Saifuddin Abdullah: 2002). Haruslah dinyatakan secara jelas bahawa disebabkan ciri-ciri, sifat nasionalisme itu sendiri adalah berbagai-bagai, manakala fenomena nasionalisme pula boleh muncul dengan rupa bentuk yang sama sekali berlainan, atas sebab dan faktor yang juga berbeza, maka menyamakan konsep patriotisme dengan nasionalisme adalah satu langkah yang kurang tepat dari segi keilmuannya (Mohamed Mustafa Ishak: 2000). Menurut Doob (1964), perbezaan antara nasionalisme dan patriotisme, nasionalisme ialah ideologi tentang kelebihan bangsa sendiri dan berkait rapat dengan unsur-unsur ras, bahasa dan adat. Manakala patriotisme ialah sentimen cintakan negara dan berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Nilai-nilai semangat kenegaraan harus ditekankan terhadap golongan belia supaya kemajuan dan kemahiran di dalam bidang yang diceburi tidak terlepas ke negara luar. Semangat kenegaraan ini akan menyuburkan perasaan cintakan tanah air, secara tidak langsung akan mewujudkan kesanggupan golongan belia untuk berkorban jiwa dan raga. Golongan belia adalah pewaris negara seterusnya bakal menyambung teraju dan perjuangan pemimpin terdahulu. Apabila sampai masanya pemimpin yang ada pada hari ini akan berundur dan tibalah barisan muda mengambil alih. Sewajarnya bagi memastikan kesinambungan perjuangan diteruskan, pemimpin muda perlu mengisi dada dengan ilmu dan kemahiran kepimpinan serta menanam semangat cintakan negara (patriotisme) sebelum mengorak langkah memegang tampuk pemerintahan. Pemupukan Patriotisme Menerusi Pendidikan Di Malaysia Setelah kajian literatur dijalankan terdapat banyak kajian tentang patriotisme telah dilakukan. Bagi artikel yang pertama iaitu sebuah jurnal yang bertajuk “Pemupukan Patriotisme Melalui Pendidikan Multikultural Dalam Pendidikan Sejarah di Malaysia” pengkaji telah membincangkan tentang pendekatan multikulturisma dalam pendidikan sejarah untuk memupuk patriotisme dalam kalangan pelajar yang merupakan pelapis Negara. Selain itu, pengkaji juga ada menyatakan tentang pendidikan multicultural ini dapat memupuk perasaan persamaan antara kaum yang berbeza dari segi agama, bangsa, etnik dan sebagainya. Kajian literatur seterusnya dilakukan menggunakan Jurnal yang bertajuk “Pemupukan Semangat Patriotisme Dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Artikel ini membincangkan mengenai 285
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kurikulum sejarah yang merupakan pendidikan yang berperanan untuk membentuk dan membina semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Selain itu, Malah, artikel ini juga menekankan mengenai prinsip asas untuk memupuk patriotisme dalam kalangan pelajar dan seterusnya untuk membentuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Artikel seterusnya merupakan Artikel yang bertajuk “Pemupukan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu”. Yang dikaji oleh Haminah Binti Suhaibo. Bagi artikel tersebut, pengkaji telah meninjau peranan pendidikan Sejarah dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar tingkatan 1 yang menggunakan kurikulum baru yang telah disemak semula. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan didapati bahawa guru perlu memahami konsep patriotisme bagi membolehkan proses pemupukan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, hasil daripada kajian tersebut juga mendapati bahawa guru yang merupakan responden untuk kajian tersebut didapati tidak mampu memilih objektif patriotisme yang sesuai dengan tajuk yang diajar serta menggunakan kaedah yang bersesuaian semasa merancang pengajaran. Dari segi aspek pelaksanaan pula, hanya objektif yang dipilih dari Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sahaja dipupuk. Hasil daripada kajian juga turut mendapati bahawa minat dan semangat guru terhadap pengajaran mata pelajaran Sejarah banyak menyokong usaha pemupukan patriotisme. Seterusnya ialah Jurnal yang bertajuk “Penghayatan dan Kesedaran Patriotisme Dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara” yang telah ditulis oleh Mohd Hairul Anuar Razak, Jayum A. Jawan, Adlina Abd. Halim, Mohd Mahadee Ismail dan Siti Aishah Misri. Kajian ini memfokuskan kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dapatan kajian menunjukkan, majoriti daripada responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap patriotisme (83.5%), manakala persepsi yang tinggi terhadap patriotisme (98.7%) serta pemahaman yang tinggi terhadap patriotisme (83.1%). Kajian juga mendapati wujud perbezaan pengetahuan, persepsi dan pemahaman bagi setiap bangsa Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak terhadap penghayatan patriotisme. Kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan antara jantina iaitu lelaki dan perempuan terhadap penghayatan patriotisme. Artikel jurnal seterusnya merupakan hasil penulisan daripada Hussein Haji Ahmad dan Haneza Ab. Hamid yang bertajuk “Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan Nasional di Malaysia”. Dalam artikel ini, pengkaji membincangkan tentang hal yang berkaitan factor yang menyumbangkan kepada kesedaran golongan muda terhadap nilai, perpaduan nasional dan semangat patriotisme . Pengkaji mendapati bahawa nilai patriotisme dan perpaduan nasional sudah mula kendur. Oleh hal yang demikian, kajian ini mengaitkan masalah tersebut faktor tertentu seperti faktor ekonomi, pendidikan, tahap umur serta tahap keselamatan negara untuk mencari punca dan cara penyelesaian kepada masalah tersebut. Kajian pustaka yang seterusnya dilakukan terhadap jurnal yang bertajuk “Kepentingan Pendidikan Patriotisme Terhadap Warganegara Malaysia”. Jurnal ini membincangkan tentang kepentingan pendidikan patriotisme kepada warganegara Malaysia. Pendidikan patriotisme bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada anggota masyarakat iaitu melalui pendidikan patriotisme semangat dan nilai patriotisme dapat dipupuk. Dalam artikel yang bertajuk “ Pemahaman dan Penghayatan Rukun Negara Dalam kalangan Belia Bandar di Semenanjung Malaysia” pengkaji membincangkan tentang keperluan belia untuk memahami serta menghayati rukun Negara yang merupakan garis panduan yang perlu dijadikan teras kepada masyarakat di Malaysia. Dalam Jurnal “Peranan dan Cabaran Mahasiswa Melestarikan Gagasan 1Malaysia”, pengkaji menjelaskan mengenai gagasan 1Malaysia berserta dengan tujuan pelaksanaannya. Fokus utama kajian tersebut adalah membincangkan peranan mahasiswa untuk membantu kerajaan mencapai gagasan 1Malaysia.Mahasiswa menjadi utama di dalam artikel ini. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pemahaman, penghayatan, 286
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
perasaan hormat menghormati serta interaksi golongan-golongan mahasiswa ini di dalam bilik kuliah mahupun di luar daripada kawasan pengajian. Selain itu, artikel ini turut membincangkan tentang kelebihan yang ada dalam diri mahasiswa untuk melestarikan gagasan 1Malaysia. Akhir sekali, jurnal yang bertajuk “ Patriotisme: Konsep dan Pelaksanaannya Di Malaysia” yang telah ditulis oleh Nazri Muslim dan Jamsari Alias memfokuskan kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam masyarakat mutakhir ini khususnya generasi muda. Selain itu, jurnal ini juga turut melibatkan nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni dijadikan sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali masyarakat majmuk. Dapatan kajian oleh Haminah Suhaibo (2010) menyatakan bahawa kebanyakan guru sejarah juga kurang mampu memilih objektif patriotisme yang sesuai dengan tajuk yang diajar serta tidak menggunakan kaedah yang bersesuaian semasa merancang pengajaran. Anuar (2001) dalam kajian perlaksanaan patriotisme dalam kalangan guru Sejarah di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan mendapati 76% guru tidak bersedia untuk melakukan penerapan unsur patriotisme semasa pengajaran walaupun menyedari kepentingannya. Mereka lebih suka memilih nilai-nilai murni yang lain berbanding unsur patriotisme kerana dikatakan senang untuk diaplikasikan. Oleh itu, kajian tentang sejauh mana penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah dirasakan perlu kerana Pendidikan Sejarah dianggap elemen utama dalam membina warganegara yang bersatu padu dan cintakan negara. Malah tanpa semangat patriotisme, jati diri masyarakat Malaysia akan lenyap ditelan arus globalisasi. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meneroka konsep patriotism dan peranan pendidikan sejarah dalam pemupukan patriotism daripada perspektif ahli politik. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kajian tinjauan yang ingin meninjau sejauh mana penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada sudut pandangan ahli politik. Untuk mendapatkan data kajian, kaedah yang digunakan merupakan kaedah kualitatif iaitu dengan menjalankan temu bual. Pensampelan secara purposif digunakan untuk memilih responden bagi kajian ini. Disebabkan objektif kajian ialah untuk mendapatkan pandangan ahli politik tentang penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada sudut pandangan ahli politik. Sampel kajian untuk ini ialah seramai 3 orang wakil daripada tiga pemimpin di peringkat Parlimen Seremban, Negeri Sembilan. Responden yang pertama ialah (R1) yang merupakan ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), responden yang kedua ialah (R2) yang merupakan ADUN Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan responden yang ketiga (R3 ) Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP).Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif. Oleh hal yang demikian, hanya beberapa jenis instrumen sahaja yang digunakan untuk menjayakan kajian ini. Secara umum temu bual adalah perbualan yang terbimbing dan berfokus dan merupakan pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian, dengan penyelidik bertanyakan soalan yang relevan dengan fokus kajian (Ackroyd & Hughes 1992: 100). Data daripada kaedah temu bual, di mana temu bual digunakan untuk mendapatkan data diskriptif dari responden agar apa yang difahami, difikirkan dan dirasakan oleh responden dapat dikembangkan. Dalam kajian ini, temu bual yang dijalankan adalah secara interaksi bersemuka dan formal menggunakan empat soalan temu bual separa berstruktur. 287
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Data temu bual dianalisis melalui analisis kandungan iaitu menggunakan pengekodan data dan tema. Kaset perakam akan digunakan untuk merakam perbualan DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian dibentangkan mengikut objektif utama: Konsep Patriotisme Dalam menghuraikan konsep patriotisme terdapat dua tema utama yang berkaitan dengan konsep patriotisme iaitu: Tema 1: Patriotisme adalah tingkah laku yang mengarah kepada unsur cintakan negara Kesemua responden mengatakan bahawa patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi dalam mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Dapatan temu bual juga mendapati bahawa para pemimpin sememangnya berhasrat mahukan rakyat yang berjiwa merdeka dan sayangkan negara dalam semua agenda pembangunan negara dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara yang tercinta. “Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan di uar-uarkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme merupakan satu semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri. Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.”(R1) “Patriotisme ialah perasaan sayangkan negara dengan sepenuh hati tanpa mengira latar belakang, agama mahupun bangsa. Apabila kita bergelar sebagai rakyat Malaysia, maka sekaligus kita wajib menanam sifat cintakan negara sendiri dan berjuang demi mempertahankan negara ini dari serangan musuh luar.” (R2) “Jika sekiranya rakyat negara ini mengamalkan sikap egoistik dan saling bercakaran antara satu sama lain, tidak mustahil negara luar akan menyerang Malaysia tidak kiralah melalui serangan berbentuk fizikal, malahan mereka mampu melakukan serangan secara psikologikal.”(R3) Tema 2: Patriotisme adalah proses penjiwaan bukan sekadar simbolik Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden bersetuju menyatakan semangat patriotisme adalah berkaitan dengan penjiwaan dan bukannya satu perkara yang abstrak dan simbolik. “Semangat patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik semata-mata.”(R3) “Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik”(R1) Pemupukan Patriotisme menerusi Pendidikan Sejarah Kesemua responden berpendapat bahawa kepentingan mata pelajaran sejarah sebagai satu mekanisme utama dalam proses pembinaan semangat patriotisme dan nasionalisme. Pendidikan sejarah juga dianggap sebagai tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik untuk merealisasikannya ialah melalui pendidikan sejarah. Lantaran itu, pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil satu inisiatif yang terbaru dalam sistem pendidikan Malaysia, 288
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
iaitu pendidikan sejarah di mana subjek ini mula diperkenalkan sejak tahun empat di peringkat sekolah rendah. Walaupun terdapat mata pelajaran kajian tempatan diajar pada tahap dua sekolah rendah namun orientasi pembelajaran tidak memberi penekanan terhadap pemahaman sejarah yang sebenarnya. Pelajar seharusnya didedahkan dengan asas sejarah sejak di peringkat akar umbi walaupun pada tahap yang paling minima. Ibarat kata pepatah, melentur bulu biarlah dari rebungnya. “Pendidikan sejarah dianggap sebagai wahana utama membentuk perpaduan masyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan semangat patriotisme. Mata pelajaran ini sebenarnya bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkatan, pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah luar” (R1) “Pendidikan sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia untuk memahami, mempelajari dan mengambil iktibar dari kejadian masa lampau.”(R2) “Melalui pendidikan sejarah, membolehkan kita bersifat yakin pada diri sendiri serta berbangga terhadap bangsa dan negara.”(R3) Tuntasnya, pendidikan sejarah merupakan proses mendidik melalui kaedah dan proses pembinaan sejarah sebagai satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu. Seterusnya ilmu ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterpretasi dan seterusnya membina keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang berkatan dengan kehidupan manusia pada zaman lampau. Perbincangan Kajian Patriotisme bukan sekadar semangat tetapi lebih dari itu dan ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal kesetiaan, kewarganegaraan, jati diri, keyakinan, keberanian, kemerdekaan dan kedaulatan (Raja Ruslan, 2008). Maka dengan itu perancangan kerajaan dengan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dengan acuan tersendiri untuk disesuaikan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kajian yang dijalankan telah meneroka tema utama yang diperoleh iaitu berkaitan dengan semangat patriotisme, pengertian patriotisme dari sudut pandangan politik, serta peranan Pendidikan Sejarah dalam usaha memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepentingan semangat patriotisme di kalangan masyarakat dalam membina negara dan bangsa. Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui penjelasan dari ketiga-tiga responden yang mengatakan bahawa tanpa wujudnya semangat patriotisme dalam diri warganegara, sukar bagi para pemimpin untuk meneruskan hasrat menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi satu perkara penting bagi seluruh warga Malaysia khusunya generasi baharu untuk menghayati erti kemerdekaan. Penghayatan kemerdekaan tidak hanya sekadar menyanjung pengorbanan wira-wira negara semasa menuntut kemerdekaan tetapi apa yang lebih utama ialah untuk mempertahankan kemerdekaan yang dinikmati selama ini. Justeru itu, salah satu usaha dalam proses mempertahankan kemerdekaan negara, soal pembentukan masyarakat perlu diutamakan agar wawasan negara untuk membentuk negara bangsa Malaysia akan wujud dan menjadi kenyataan dalam realiti kehidupan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana jaminan masa depan negara terletak di tangan generasi remaja hari ini. Lumpuh generasi remaja hari ini maka gelap lah masa depan negara dan begitulah sebaliknya. Lantaran itu, adalah wajar sekiranya pihak pemerintah meneruskan dan memantapkan lagi pelbagai program dan membaiki penyampaian maklumat serta menambah baikan sistem pendidikan sejarah demi kesejahteraan dan masa depan negara dalam konteks 289
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
membangunkan golongan remaja masa kini dengan nilai-nilai murni satu Malaysia sebagai persediaan di hari muka yang penuh mencabar. Oleh yang demikian secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa elemen asas yang perlu diberi perhatian dalam usaha membina negara bangsa ialah pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat tidak kira tua muda, kecil besar mahupun miskin atau kaya. Usaha ini memerlukan pendekatan menyeluruh supaya seluruh anggota masyarakat khususnya generasi baharu menghayati semangat ini dalam jiwa mereka dan membentuk jati diri yang utuh serta mantap. Semangat patriotisme ini umpama perisai bagi kedaulatan sesebuah negara. Begitu jua sejarah, tanpa mempelajarinya manusia akan hilang pedoman ibarat kapal tanpa nakhoda di tengah-tengah lautan maha luas. Justeru itu, kepentingan sejarah khususnya mata pelajaran sejarah merupakan mekanisme penting dalam proses pemupukan semangat patriotisme sekaligus pembinaan negara bangsa Malaysia. Penekanan pendidikan sejarah yang mana lebih tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan juga kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara. KESIMPULAN Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme dan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap berpuakpuak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata, manakala kepentingan negara juga hendaklah diambil kira bersama. Hal ini kerana kepentingan negara akan membawa kepada kebaikan yang lebih baik kepada diri sendiri. Sewajarnya nilai-nilai patriotisme perlu ditanam dalam jiwa pelajar ketika dalam usia remaja kerana pada peringkat remaja ini pelajar masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme dapat mengajar pelajar untuk mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Negara memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif kerana ia menjadi kemudi kepada pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh itu, berdasarkan pandangan dan pendapat ahli-ahli politik yang telah ditemu bual, dapatlah dirumuskan bahawa mereka bersetuju dengan pernyataan bahawa pendidikan Sejarah berupaya untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Walau bagaimanapun, menurut mereka elemen asas yang perlu diberi perhatian dalam usaha membina negara bangsa ialah pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat tidak kira tua muda, kecil besar mahupun miskin atau kaya. Usaha ini memerlukan pendekatan menyeluruh supaya seluruh anggota masyarakat khususnya generasi baharu menghayati semangat ini dalam jiwa mereka dan membentuk jati diri yang utuh serta mantap. Kesimpulannya, agenda patriotisme perlu disemarakkan dalam kalangan rakyat Malaysia dan bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang di kecapi kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati.
290
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff Abu Bakar dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Affifuddin Omar. (2002). Dasar bahasa dan budaya Malaysia tidak konsisten. Berita Harian, 22 Ogos: 9. Ahmad Ahmad Rusdi. (2002). Permasalahan Pelaksanaan Unsur Patriotisme Dalam Mata pelajaran Kajian Tempatan: Punca Daripada Guru Sendiri. Alor Setar: Institut Penguruan Darulaman. Ahmad Fawzi Mohd. Basri. (2002). Patriotisme dan Ketahanan Nasional: Suatu Pandangan tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Patriotisme Negara, di Institut Latihan keselamatan Sosial KWSP, anjuran B i r o Tatanegara dan Universiti Utara malaysia, Bangi pada 22 - 28 Oktober 2002. Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. 2008. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Anuar Ahmad. (2010). Warganegara Patriotik, Masyarakat Sivil dan Pendidikan Sejarah. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: 8-12 Oktober. Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah.(2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah danHubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1) (2009): 53 – 66, Fakulti Pendidikan. UKM. Awang Had Salleh. (1995). Patriotisme dan Globalisme Alam Konteks Pergerakan Bahasa dan Sastera Kebangsaan. Kertas kerja yang dibentang di Persidangan Hari Sastera pada 26-28 May 1995.Melaka. Doob, Leonard.( 1964). Patriotism and Nationalism: Their Psychological Foundations. New Haven: Yale University Press. Fahda Nur A. Kamar. (1995). Semangat Patriotisme di Kalangan Remaja. Dewan Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haminah Binti Suhaibo. (2010). Pemupukan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu.Jurnal Penyelidikan IPG KBL,Jilid 9,2010. Jamil Mukmin. (2005). Patriotisme dalam Konteks Pembinaan Bangsa Malaysia. Belia dan Patriotisme Malaysia dalam Hussain Mohamad. Melaka: IKSEP. Ku Hasnita dan Mohd Haizam Mohd Nor. (2011). Kepentingan Pendidikan Patriotisme Terhadap Warganegara Malaysia. Selangor. Maharom Mahmood. (2001). Kurikulum Sejarah ke Arah Memperkukuhkan Usaha Pendidikan Sejarah ke arah pembentukan warganegara patriotik. 8-12 Oktober. KualaLumpur. Nathanson, Stephen. (1993). Patriotism, Morality and Peace. Lanham: Rowman and Littlefield. Nazrim Muslim dan Jamsari Alias.(2013). Patriotisme dan Pelaksanaannya di Malaysia. Jurnal Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nordin Kardi. (2003). Konsep patriotisme. http://www.btn.gov.my/kp. Siti Hawa Abdullah dan Aini Hassan.(2007). Empati Sejarah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22,61-74, 2007. Malaysia.
291
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PELAKSANAAN KERJA SECARA BERPASUKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI AWAM SEBAGAI MEKANISME PENGUKUHAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Mashitah Sulaiman, 2Zawiah Mat, 3Siti Norbaya Mat Yacob, 4Faridah Che Hussain 1,3 Universiti Sains Islam Malaysia 2 Universiti Teknikal Malaysia Melaka 4 Universiti Malaya
1
Abstrak Kemahiran insaniah kerja berpasukan telah diterapkan dalam kurikulum pendidikan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai kemahiran generik bagi melahirkan modal insan berkualiti dan holistik. Kertas kerja ini bertujuan menilai kepentingan kerja berpasukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di universiti dan implikasi pelaksanaannya dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Sebanyak 424 orang responden terlibat dalam pemilihan secara rawak dalam kajian secara perbandingan antara dua buah universiti awam berfokus, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Sampel kajian terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus wajib universiti dari latar belakang disiplin pengajian, persekitaran etnik dan agama yang berbeza. Analisis perbandingan secara deskriptif, peratusan dan min digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua buah universiti apabila pelajar didedahkan dengan persekitaran etnik yang berbeza di dalam kerja kursus. Contoh kerja berpasukan dalam (P&P) kursus wajib universiti di universiti penyelidikan, iaitu Universiti Malaya disertakan bagi memperlihatkan persamaan dan perbezaan dalam pelaksanaannya. Dapatan menunjukkan kepentingan dan kesan kerja berpasukan yang positif dalam proses pembelajaran di universiti. Ini selaras dengan tujuan penerapan kemahiran generik ini di universiti melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang dapat membentuk interaksi, kepekaan dan tanggungjawab pelajar terhadap persekitaran, masyarakat dan negara secara holistik. Penerapan kemahiran kerja berpasukan juga menjadi mekanisme yang baik bagi pengukuhan hubungan etnik di peringkat institusi pengajian tinggi. Kata kunci:
kerja berpasukan, pengajaran dan pembelajaran, hubungan etnik.
PENGENALAN Dalam menghadapi perubahan pesat kemajuan dalam arus globalisasi, keperluan kepada pengurusan organisasi yang cekap bagi melahirkan modal insan competent sangat penting bagi sesebuah negara. Menyedari kepentingan melahirkan sumber manusia yang cekap, berinovatif dan cemerlang bagi mengendalikan sesebuah organisasi dalam pasaran kerja semasa, elemen Kemahiran insaniah kerja berpasukan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bersama-sama beberapa elemen kemahiran generik yang lain bagi mempertingkatkan kualiti modal insan yang menjadi nadi dan tunggak pembangunan negara. Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen penting dalam kemahiran insaniah yang menggabungkan beberapa aktiviti atau tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran wajib universiti di setiap universiti awam mahupun universiti swasta.
292
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KAJIAN LITERATUR Pelbagai kajian telah dilakukan bagi melihat keberkesanan kerja berpasukan sebagai elemen penting dalam sesebuah organisasi. Dari segi takrifannya, pasukan kerja didefinisikan sebagai satu kelompok atau kumpulan pekerja yang bekerjasama, saling bergantung, memiliki tanggungjawab bersama dan komited untuk mencapai sesuatu matlamat kerja dalam organisasi (Greenberg & Baron, 1995). Lewis, R. (1994), meletakkan dua perkara utama yang perlu ada dalam kerja berkumpulan, iaitu sekumpulan manusia yang bekerja bersama, dan dengan tujuan untuk mencapai sesuatu matlamat. Aspek pertama membolehkan beberapa jenis sistem komunikasi diaplikasikan bagi tujuan perkongsian maklumat, idea dan membantu melancarkan perhubungan sesama ahli. Manakala, aspek kedua, menjelaskan lagi matlamat sesebuah kumpulan yang membuatkan setiap ahli komited terhadapnya. Pengkaji pengurusan organisasi juga mendapati terdapat perbezaan antara kerja berkumpulan dan berpasukan (Lewis, R., 1994; Dyer, W.G., 1987; Alauddin Sidal, 2004: 4546). Alauddin Sidal mentakrifkan kumpulan sebagai sejumlah individu yang bersama, atau diklasifikasikan secara bersama. Sementara, pasukan ditakrifkan sebagai sejumlah individu yang bekerja secara bersama sebagai satu pasukan dalam tindakan biasa, rela bertindak untuk kepentingan pasukan berbanding untuk kepentingan peribadi, berusaha dan bekerjasama untuk mencapai matlamat pasukan. Secara ringkasnya, perbezaan ini dapat dilihat melalui Jadual 1.1 di bawah: Jadual 1.1: Perbezaan antara Kumpulan dan Pasukan Kumpulan • Bergantung kepada output individu. • Ahli bertanggungjawab ke atas kerjanya. • Ahli berkongsi matlamat setakat yang diminati. • Ahli responsif hanya terhadap tanggungjawab yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Pasukan • Bergantung kepada output individu dan kelompok. • Pasukan bertanggungjawab ke atas kerja individu. • Ahli berkongsi matlamat sepenuhnya. • Ahli mempunyai tahap inisiatif pengurusan kendiri yang tinggi.
Dengan kata lain, kumpulan mempunyai hubungan sosial yang agak longgar berbanding pasukan yang ahlinya mempunyai ikatan sosial yang lebih erat. Ahmad Fadzli Yusof (2004) mengulas kerja berpasukan mempunyai kaitan dengan ciri-cirinya tersendiri: iaitu meletakkan pengagihan tugas dan pemerkasaan sebagai perkara yang perlu ada dalam gerak kerja berpasukan. Setiap ahli pasukan biasanya mempunyai sasaran yang tinggi bagi melaksanakan sesuatu matlamat dan setiap seorang diberi autoriti dalam membuat keputusan. Setiap ahli juga mempunyai kekuatan tersendiri dan saling melengkapi antara satu sama yang lain. Ringkasnya, kerja berpasukan disimpulkan sebagai bekerja secara kolektif, dengan suasana kerjasama yang bebas, mempunyai autoriti mencukupi untuk bekerja dengan selesa dan mengamalkan keterbukaan dalam komunikasi bagi mencapai matlamat pasukan. Kajian dalam bidang pengurusan organisasi mendapati bahawa faktor kepimpinan, motivasi dan pembangunan pasukan (Crush, P. 2007; Jenewin & Morhart, 2008; Hunsaker, P. L. & Hunsaker, J. S. 2008), komunikasi, persefahaman dan kesepaduan ahli (Harris, 1999; Proenca, E. J., 2007), spesifikasi tugas yang jelas dan sikap saling bertanggungjawab (Marraone, J. A. et. al., 2007; LePine, J. A. et. al., 2008) merupakan elemen terpenting dalam membentuk pasukan yang dinamik dan berprestasi tinggi. Selain itu, terdapat juga kajian yang mengkaji pengukuran tahap keberkesanan pasukan dari segi konseptual agar dapat diaplikasikan. Kajian oleh sekumpulan penyelidik iaitu Delgado Piña, M. I. et. al. (2008) mungkin boleh dijadikan contoh dan panduan dalam pengurusan. 293
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kajian ini menyentuh tentang keberkesanan ruang konseptual dan menentukan isu-isu berkaitan pengukuran tahap pasukan. Berdasarkan kepada perbezaan jenis pasukan yang wujud (pasukan kerja, pasukan selari, pasukan projek dan pasukan pengurusan), penyelidik menentukan apakah pemboleh ubah dan ukuran yang bersesuaian dengan jenis kumpulan, menganalisa masalah dalam pengumpulan data dan pengukuran yang akhirnya mencadangkan isu-isu pengukuran dalam kajian selanjutnya. Dapatan mendapati bahawa konsep pelbagai dimensi dengan tiga dimensi: prestasi, sikap dan tingkah laku memberi kesan terhadap kerja berpasukan. Penyelidik juga menggunakan pelbagai sumber data dan menganalisis dari perspektif yang pelbagai berdasarkan pemerhatian dan maklumat pemaklum utama. Kajian ini menunjukkan ukuran keberkesanan yang lengkap harus dilakukan berdasarkan 3 dimensi: prestasi, dapatan sikap dan hasil tingkah laku. Pelaksanaan Kemahiran Insaniah Kerja Berpasukan Di Institut Pengajian Tinggi Malaysia Berdasarkan kerangka konseptual gabungan model yang digunakan oleh Finn (2008) dan sekumpulan penyelidik antaranya, Kelly (2008) sebagai landasan, kajian ini bertujuan menganalisis kepentingan kemahiran insaniah kerja berpasukan dan implikasinya kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di universiti. Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, penerapan kemahiran kerja berpasukan ini dijangka memberi kesan yang positif ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini telah dilakukan di dua buah universiti awam berdasarkan kluster melalui persampelan rawak dengan nisbah 1:1. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih mewakili kluster jurusan sastera, sains sosial dan pengajian Islam manakala UTeM mewakili kluster jurusan teknikal. Menyedari kepentingan kerja berpasukan sebagai elemen penting kemahiran insaniah, kemahiran ini telah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Universiti Awam (UA), IPTA dan Universiti Swasta di Malaysia berasaskan semangat Falsafah Pendidikan Negara bagi membentuk keseimbangan pembangunan modal insan dalam sistem pendidikan tinggi negara. Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia meletakkan garis panduan Kemahiran Insaniah (KI) di IPT merangkumi aspek kemahiran generic seperti, Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skill), Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (Creative Thinking and Problem Solving), Kemahiran Kerja Berpasukan (Teamwork Skill), Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (Lifelong Learning), Kemahiran Keusahawanan (Entrepreneurship Skill), Etika dan Moral Profesional dan Kemahiran Kepimpinan (Leadership Skill). Setiap elemen ini kemudiannya diperincikan dengan Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) sebagaimana terkandung dalam Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006: 8 -13). Sebagai garis panduan kepada pihak universiti dalam merancang dan melaksanakan pembangunan KI dalam kalangan pelajar, beberapa model dan kerangka pembangunan yang bersesuaian dengan reka bentuk kurikulum sesuatu program, pelaksanaan, pemantauan dan penilaiannya telah dicadangkan. Kemahiran kerja berpasukan ini boleh dilaksanakan merentasi aktiviti formal P&P, berasaskan kehidupan di kampus atau program sokongan. Dua model pendekatan iaitu, Model Mata Pelajaran Mandiri (Stand Alone Subject) dan Model Terapan (Embedded) boleh dilaksanakan dalam aktiviti formal P&P. Model Terapan lebih memerlukan perancangan yang rapi oleh pensyarah khususnya dalam mereka bentuk kurikulum dan aktiviti sepanjang pelaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pelaksanaannya di USIM, kemahiran kerja berpasukan merupakan elemen yang diterapkan dalam mata pelajaran Kursus Wajib Universiti (WU), iaitu Hubungan Etnik (UTE1012), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (UTT1012) dan 294
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah (UTK2012) dan Kursus Wajib USIM (WUSIM), iaitu Pengajian Halaqah. Sebagai universiti berfokus (focus university) yang melibatkan pelbagai disiplin pengajian (sains dan teknologi, sains sosial, pengajian Islam & kejuruteraan) yang berteraskan integrasi ilmu Aqli (Acquired Knowledge) dan Naqli (Revealed Knowledge), komposisi pelajarnya bersifat homogenous (Melayu-Islam). Oleh yang demikian, untuk memastikan keberkesanan mata pelajaran hubungan etnik dan pelajar dapat memahami realiti sebenar hubungan etnik di Malaysia, pendekatan yang diambil dalam mata pelajaran ini ialah memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap kerja lapangan secara berpasukan yang memerlukan interaksi pelbagai etnik. Selain itu, kaedah pembelajaran secara interaktif menggunakan kaedah embedded e-learning, melalui sistem Goals dan Massive Open Online Course (MOOC) dilaksanakan bagi meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran ini. Manakala di UTeM, kemahiran kerja berpasukan juga diterapkan dalam mata pelajaran wajib universiti. Antaranya Hubungan Etnik (BLHW 2712), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (BLHW 1702), Falsafah Sains dan Teknologi (BLHW 1722), Pemikiran Kritis dan Kreatif (BLHC 4032) serta mata pelajaran wajib universiti yang lain di dalam Bahasa Inggeris. UTeM juga merupakan salah sebuah universiti berfokus khususnya teknikal yang mempunyai pengkhususan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, teknologi maklumat (ICT) dan pengurusan teknologi dan teknousahawanan. Justeru itu, komposisi pelajar UTeM terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang, etnik, agama dan budaya. Setiap tugasan berkumpulan yang diberi kepada semua pelajar perlulah melibatkan kepelbagaian etnik. Secara tidak langsung, pelajar mesti boleh berinteraksi, mengenali antara satu sama lain dalam suasana pembelajaran kerja berpasukan. Seterusnya, bagi meningkatkan minat pelajar untuk belajar dalam suasana secara maya dan santai, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya turut diperkenalkan, iaitu Massive Open Online Course (MOOC) di seluruh UA, IPTA dan IPTS. Kaedah ini dapat membantu pelajar membuat persediaan awal atau di mana mereka berada, pelajar dapat belajar secara kendiri sebelum mereka hadir ke kuliah masing-masing. Universiti Malaya mempunyai model tersendiri dalam melaksanakan pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar berdasarkan garis panduan Kemahiran Insaniah (KI) di IPT. Dalam konteks pelaksanaannya, kemahiran kerja berpasukan diterapkan dalam mata pelajaran kursus universiti seperti kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (GIG1001), Hubungan Etnik (GIG1002), Asas Pembudayaan Keusahawanan (GIG1003), Jalinan Masyarakat (GIG1005) dan Pengenalan Kepada Malaysia (GIG1006) dan sebagainya. Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri (CITra), Universiti Malaya. CITra bertanggungjawab untuk mencapai objektifnya dengan menawarkan pelbagai kursus universiti bagi mempertingkatkan interaksi dalam kalangan mahasiswa daripada pelbagai kaum dan latar belakang, menggalakkan penguasaan ilmu dalam pelbagai disiplin (Buku Panduan SKET, 2016-2017). Bagi memastikan keberkesanan kursus dan pencapaian hasil pembelajaran, kursus ini mendedahkan pelajar dengan situasi pembelajaran dan pengajaran melalui penglibatan dalam akademik dan aktiviti sosial. Pendedahan ini akan melibatkan kebolehan berdialog, berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan melalui aktiviti kumpulan, serta pendedahan terhadap realiti dunia sebenar di samping menghormati kepelbagaian budaya masyarakat berbilang kaum. Oleh yang demikian, elemen kemahiran kerja berpasukan diterapkan dalam aktiviti tugasan pelajar. Pelajar diberikan tugasan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik. Bagi memperoleh hasil tugasan yang berkualiti, elemen kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi adalah amat perlu ditekankan oleh pelajar sepanjang proses menyiapkan tugasan. Selain itu, pembelajaran secara interaktif dan e-learning digunakan, iaitu SPECTRUM dan MOOCs sebagai penambahbaikan pengajaran dan pengajaran dalam kursus ini. 295
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
DAPATAN KAJIAN Sebanyak 480 borang kaji selidik yang diedarkan di lapan fakulti di USIM dan lima fakulti di UTeM, sebanyak 424 responden terlibat secara langsung dalam kajian masing-masing 213 responden USIM dan 211 responden UTeM. Nisbah pelajar lelaki dan perempuan yang menyertai kajian ini sebagaimana di IPTA ialah 4:6 di USIM (61 peratus responden USIM adalah lelaki manakala selebihnya, 39 peratus responden adalah perempuan). Sebaliknya nisbah ini tidak dapat dipenuhi di UTeM kerana bilangan pelajar lelaki lebih ramai berbanding perempuan. Responden UTeM diwakili oleh 116 orang lelaki (55 peratus) dan 95 orang (45 peratus) perempuan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat antara responden USIM dan UTeM dari segi demografi mengikut bangsa. Hampir 100 peratus iaitu 99.5 peratus pelajar USIM terdiri dari bangsa Melayu-Islam, sementara UTeM diwakili oleh responden berbilang bangsa. Seramai 69.4 peratus responden UTeM berbangsa Melayu, 22.8 peratus berbangsa Cina, 3.4 peratus berbangsa India dan 4.4 peratus daripada bangsa lain-lain.
Carta 1.1: Demografi Responden Mengikut Bangsa
Carta 1.2: Kepentingan Menerapkan Kemahiran Kerja Berpasukan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Universiti
Secara umumnya, kebanyakan responden bersetuju bahawa kemahiran ini penting untuk diterapkan dalam P&P di universiti (Carta 1.2). Tahap persetujuan bagi keduadua universiti tidak menampakkan perbezaan yang ketara dari segi peratus persetujuan. Seramai 26.4 peratus dan 70.8 peratus responden USIM sangat bersetuju dan bersetuju dengan kenyataan di atas berbanding sejumlah 21.8 peratus dan 74.9 peratus responden UTeM yang menyatakan tahap persetujuan yang sama. Responden juga mengakui bahawa kemahiran kerja berpasukan penting dalam membantu memupuk semangat kerjasama dan hubungan sesama ahli (Carta 1.3). Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan dari segi darjah persetujuan di antara penyataan yang ekstrem dan sederhana di kedua-dua universiti. Responden UTeM menunjukkan persetujuan yang sedikit tinggi pada tahap sangat setuju (51.2 peratus), berbanding responden USIM (42 peratus). Sementara persetujuan pada tahap sederhana, iaitu bersetuju, peratusan persetujuan responden USIM tinggi sedikit (55.7 peratus) berbanding responden UTeM (45 peratus) dengan purata perbezaan sekitar 10 peratus. Walaupun begitu, kedua-dua universiti menunjukkan peratus persetujuan yang tinggi dengan purata 96.6 peratus (97.7 peratus – USIM, 96.2 peratus – UTeM).
296
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Carta 1.3: Kepentingan Kemahiran Kerja Berpasukan dalam Membantu Memupuk Semangat Kerjasama dan Hubungan Sesama Ahli
Responden dari kedua-dua universiti turut menunjukkan persetujuan yang hampir sama dalam semua tahap pada kenyataan kepentingan kerja berpasukan membantu membina kemahiran komunikasi yang lebih baik (Carta 1.4). Sebanyak 32.5 peratus responden USIM dan 32.7 peratus responden UTeM masing-masing sangat bersetuju dengan kenyataan di atas. Selebihnya 62.7 peratus responden USIM dan 63.5 peratus responden UTeM setuju dengan kenyataan yang sama. Pelaksanaan kerja berpasukan juga penting kerana bersesuaian dengan saiz pelajar yang besar bagi kursus wajib universiti dalam kuliah pengajian (Carta 1.5). 71.2 peratus responden USIM dan 76.3 peratus responden UTeM bersetuju dengan kenyataan di atas sementara 14.6 peratus (USIM) dan 11.4 peratus (UTeM) sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Carta 1.4: Kepentingan Kemahiran Kerja Berpasukan Membantu Membina Kemahiran Komunikasi yang Lebih Baik
297
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Carta 1.5: Kepentingan Kemahiran Kerja Berpasukan Bersesuaian Dengan Saiz Pelajar Yang Besar Dalam Kuliah Pengajian
Dapatan menunjukkan bahawa penerapan kemahiran insaniah kerja berpasukan memberi impak yang positif kepada pelajar dalam pelbagai aspek pengurusan organisasi. Walaupun kedua-dua universiti berbeza dari segi kluster pengajian dan komposisi kumpulan etnik namun ini tidak menghalang kepada pemupukan semangat kerja berpasukan bagi menjayakan objektif kursus wajib universiti umumnya, bagi memupuk kesepaduan kaum dalam kalangan pelajar di universiti. Implikasi Kerja Berpasukan Kepada Pelajar Tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara responden yang terdiri dari kumpulan etnik yang pelbagai di (UTeM) dengan responden yang bersifat homogenous (USIM) yang di libat-samakan dengan kumpulan etnik pelbagai dalam kerja lapangan tugasan berpasukan di universiti. Dapatan menunjukkan kerja berpasukan dalam P&P memberi nilai tambah kepada pelajar (87.3% USIM, 91.9% UTeM), membantu pelajar membina keyakinan diri (87.7% USIM, 89.6% - UTeM), meningkatkan komunikasi dan pergaulan dengan pihak lain (91.5 peratus - USIM, 94.3 peratus – UTeM), meningkatkan kerjasama dan komitmen terhadap tugas (91.4% USIM, 93.8% UTeM), membantu pelajar membentuk pemikiran kritis dan percambahan idea (88.7% USIM, 92.9% UTeM), membantu penyelesaian masalah khususnya berkaitan pelaksanaan tugasan (86.8% USIM, 91.5% UTeM), meningkatkan kualiti dan hasil kerja (86.7% USIM, 88.1% UTeM), meningkat pengetahuan dalam pelajaran yang dibincang bersama (85.8% USIM, 87.2% UTeM) dan meningkatkan kualiti pembelajaran (86.7% USIM, 88.1% UTeM). Purata min yang dicapai oleh kedua-dua universiti bagi setiap item di atas hampir sama, iaitu antara 3.99 ke 4.2.
Carta 1.6: Tahap Kepuasan Kerjasama Kerja Berpasukan
298
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Secara umumnya, majoriti responden berpuas hati dengan tahap kepuasan kerjasama kerja berpasukan, iaitu 69.1 peratus responden USIM dan 66.8 peratus responden UTeM (Carta 1.6). Hanya sebahagian kecil tidak pasti dengan kenyataan yang sama (23.3 peratus - UTeM, 22.9 peratus - USIM). Antara faktor yang menyumbang kepada kepuasan kerja berpasukan ialah kebanyakan ahli memberi pandangan dan saling membantu (28.6% -USIM, 25.10% - UTeM), semua ahli menunjukkan komitmen (26.3% - USIM, 26.5% - UTeM), semua ahli mengambil bahagian (11.7% - USIM, 18.5% - UTeM) dan pembahagian tugas secara adil (10.3% - USIM, 6.2% - UTeM). Keberkesanan kerja berpasukan telah dibuktikan apabila sebanyak 79 peratus responden USIM dan 82.1 peratus responden UTeM memilih tugasan secara kerja berpasukan berbanding secara individu sebagai pilihan utama atas faktor tugasan yang cepat, mudah dan lebih baik hasilnya kerana menggabungkan idea daripada banyak pihak (51.2% - USIM, 50.7% - UTeM). Walau bagaimanapun, sebanyak 80.3 peratus responden UTeM menilai tahap keberkesanan kerja berpasukan dalam kerja kursus di universiti berada pada tahap baik berbanding 69.7 peratus responden USIM yang menyatakan penilaian mereka pada tahap yang sama (Carta 1.8). Majoriti responden berpandangan bahawa saiz pelajar yang wajar bagi setiap pasukan kerja ialah 4-6 orang (68.7 peratus - UTeM, 51.2 peratus - USIM).
Carta 1.7: Tugasan yang Menjadi Pilihan Pertama
Carta 1.8: Tahap Keberkesanan Kerja Berpasukan dalam Kerja Kursus di Universiti
299
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kajian ini menunjukkan kepentingan kemahiran kerja berpasukan dan implikasinya kepada pelajar di universiti tempatan. Kaedah pelaksanaannya perlu sentiasa dioptimumkan agar menggalakkan penglibatan pelajar berasaskan pembelajaran berpusatkan pelajar (student centered learning). Dapatan ini juga memberi implikasi terhadap pensyarah atau pemudah cara bagi memastikan kejayaan kerja berpasukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran: 1) Kemahiran insaniah kerja berpasukan dalam P&P di universiti perlu diteruskan melalui kepelbagaian aktiviti berasaskan pelajar. 2) Pelaksanaan kemahiran insaniah kerja berpasukan perlu diiringi bersama Kemahiran Insaniah yang lain seperti, Kemahiran Komunikasi (Communication Skills – CS), Kemahiran Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving Skills – CTPS), Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pencarian Maklumat (Lifelong Learning and Information Management Skills–LL) dan Etika dan Moral Profesionalisme (Ethics and Moral Profesionalisme – EM) dalam mata pelajaran umum atau wajib universiti. Ini perlu bagi mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan falsafah pendidikan berasaskan penghasilan (Outcome-Based Education). 3) Dalam konteks pengukuhan hubungan etnik di Malaysia, pelbagai aktiviti boleh dilakukan secara berpasukan bagi menggalakkan pelajar berinteraksi, berbincang secara menguji minda (brain storming), persembahan dalam bentuk silang-budaya berdasarkan kajian lapangan dan aktiviti luar kuliah bagi memupuk persefahaman antara pelbagai etnik. KESIMPULAN Hasil dapatan menunjukkan bahawa pendedahan pelajar terhadap kemahiran insaniah kerja berpasukan didapati memberi kesan positif kepada pelajar dalam pelbagai aspek. Kemahiran kerja berpasukan terbukti meningkatkan kemahiran komunikasi dan pergaulan dengan etnik yang berbeza, nilai tambah kepada responden dari segi membina keyakinan diri, membantu meningkatkan semangat kerjasama dan komitmen terhadap tugasan. Selain itu, kemahiran insaniah ini membantu pembentukan pemikiran kritis dan percambahan idea, menyelesaikan masalah berkaitan tugasan dan meningkatkan kualiti dan hasil kerja khususnya peningkatan pengetahuan dan kualiti pembelajaran. Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, kemahiran kerja berpasukan dapat memupuk persefahaman, kerjasama dan hubungan etnik yang lebih erat dalam masyarakat. Penerapan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar universiti tidak hanya dijadikan elemen kemahiran berorganisasi sebagai persediaan memenuhi keperluan pasaran kerja, bahkan sebagai mekanisme pengukuhan hubungan etnik yang harmoni bagi mencapai hasrat pembinaan negara bangsa yang bercirikan nilai kesepaduan sosial yang utuh. RUJUKAN Ahmad Fadzli Yusof. (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Alauddin Sidal. (2004). Kerja Berpasukan dalam Organisasi. Kuala Lumpur: INTAN. Buku Panduan SKET 2016-2017.( 2016). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Delgado Pina, M. I. et. al. (2008). “Team in Organizations: a Review on Team Effectiveness”. Team Performance Management. Vol. 14. Issue 1/2. pp. 1-7. Dyer, W.G., (1987). Team Building: Issues and Alternatives. Reading Massachusetts: Addison- Wesley Publishing Company. Finn, R. (2008). “The Language of Teamwork: Reproducing Profesional Divisions in the Operating Theatre”. Human Relations. Vol. 61. Issue 1. pp. 100-115. 300
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Harris, T.E, Sherblom, J.C. (1999). Small Group and Team Communication. Boston: Allyn and Bacon. Hunsaker, P. L., Hunsaker, J. S. (2008). “Virtual Teams: a Leader’s Guide”. Team Performance Management. Vol. 14. Issue 1/2. Jenewin M. & Morhart, F. (2008). “Navigating Toward Team Process”. Team Performance Management. Vol. 14, Issue 1/2. Kelly, P. (2008). “Achieving Desirable Group-Work Outcomes through the Group Allocation Process”. Team Performance Management. Vol. 14. Issue 1/2. LePine, J. A. et. al., (2008). “A Meta-Analysis of Teamwork Processes: Tests of a Multidimentional Model and Relationships with Team Effectiveness Criteria”. Personal Psychology. Vol. 61. Issue 2. pp. 243-273. Lewis, R. (1994). Team-Building Skills. London: McGraw-Hill, Inc. Marraone, J. A. et. al., (2007). “A Multilevel Investigation of Antecedents and Consequences of Team Member Boundary-Spanning Behavior’. Academy of Management Journal. Vol. 50. Issue 6. pp. 400-1423. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
301
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
DINAMIKA KESEPADUAN POLITIK MELAYU-ISLAM: ANALISIS HUBUNGAN UMNO-PAS 2010-2015 Mohammad Tawfik bin Yaakub, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3 Mohd Azmir Mohd Nizah, 4Afi Roshezry Abu Bakar, 5Mohd Azri Ibrahim 1 Universiti Malaya 2 Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor 3 Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, 4 Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial 5 Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah 1
Abstrak Kajian ini membincangkan mengenai dinamika kesepaduan politik Melayu-Islam di Malaysia. Kajian ini memfokuskan analisis hubungan UMNO-PAS dari tahun 2010 hingga 2015. Tren hubungan dalam kalangan orang Melayu-Islam dinilai menerusi perubahan corak kerjasama antara dua parti politik Melayu Islam yang dominan di Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Pelbagai isu dan dinamika corak hubungan dua hala mewarnai matlamat politik yang berbeza, namun dalam keadaan tertentu kedua-dua parti ini berupaya mengetepikan perselisihan dan krisis politik atas dasar pembangunan ummah. Melalui reka bentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini menghujahkan tiga dinamika kesepaduan dalam hubungan ini. Pertama, kesediaan UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya kecil yang melibatkan penyertaan calon PAS, menyokong pembentangan rang undang-undang pelaksanaan Hudud di Kelantan, keakraban hubungan dan penglibatan kepimpinan tertinggi keduadua parti dalam program-program yang memartabatkan kedudukan Melayu-Islam di Malaysia. Pendekatan teori pilihan awam di gunakan sebagai alat analisis utama dalam tiga dinamika kesepaduan tersebut. Beberapa cadangan juga dibincangkan. Kata kunci:
Kesepaduan Politik Melayu-Islam, kerjasama UMNO-PAS.
PENGENALAN Istilah kesepaduan politik jarang diguna pakai dalam analisis-analisis politik Malaysia berbanding istilah perpaduan yang dibincangkan secara meluas untuk menilai tahap hubungan masyarakat sama ada dalam konteks masyarakat homogenus ataupun heterogenus. Namun kekeliruan masih lagi timbul sehingga hari ini sama masyarakat khususnya orang Melayu berada dalam kesepaduan ataupun telah mengalami perpaduan politik. Di Malaysia, kesepaduan politik dalam kalangan orang Melayu-Islam dinilai menerusi tahap kerjasama dua parti politik dominan Melayu iaitu UMNO dan PAS yang sejak sekian lama mengharungi pelbagai kemelut politik bagi menjuarai isu-isu berkaitan Melayu-Islam. Artikel ini membincangkan dinamika kesepaduan politik Melayu yang wujud di Malaysia khususnya melibatkan persaingan politik UMNO dengan PAS dari tahun 2010 hingga 2015. KESEPADUAN VS PERPADUAN POLITIK Konsep kesepaduan telah diguna pakai secara meluas dalam disiplin sosiologi bagi mengkaji perkembangan sosial masyarakat di sesebuah negara. Konsep ini kemudiannya diketengahkan sebagai satu penanda aras menilai hubungan masyarakat politik dalam sesebuah negara khususnya melibatkan parti-parti politik. Secara umumnya, kesepaduan politik bermaksud kewujudan proses perkongsian atitud, kepercayaan dan tingkah laku dalam kalangan ahli yang menjurus kepada pembentukan kumpulan (Huddy 2013:8-9). 302
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Manakala pendekatan perpaduan dari perspektif sosiologi adalah merujuk kepada kesatuan atau kesamaan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara (Shamsul Amri Baharuddin 2011:16). Bagi menilai hubungan kaum dan antara kaum di negara ini, pendekatan kesepaduan lebih sesuai diketengahkan memandangkan masyarakat awam dan politik di negara ini masih lagi berada dalam proses menuju ke arah perpaduan. Oleh demikian, perbincangan dalam artikel ini mengetengahkan pendekatan kesepaduan sebagai alat analisis bagi menilai tahap dinamika hubungan politik Melayu-Islam khususnya melibatkan UMNO1 dengan PAS2 dari tahun 2010 hingga 2015. Kedua, perbincangan ini juga menggunapakai teori pilihan awam kerana pendekatan ini sesuai untuk menjelaskan bahawa setiap individu mementingkan diri dan memaksimumkan keuntungan untuk kesenangan sendiri. Dalam sesebuah negara, motivasi kepentingan diri ini menjadi faktor dominan kepada pemerintah dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu polisi (Buchanan 1984:13; Buchanan & Wagner 1977). Ini kerana pemerintah sering mengutamakan keuntungan peribadi dengan menggunakan alasan kepentingan awam (Cavaliere & Scabrosetti 2008:701; Wen & Yuan 2010:828). Dalam konteks kertas kerja ini, pemahaman mengenai teori pilihan awam adalah penting untuk menganalisis matlamat parti politik, dengan memfokuskan dinamika kesepaduan politik UMNO dan PAS dengan aplikasi dalam beberapa isu agama dan politik dalam kalangan Melayu-Islam di Malaysia. KAJIAN LEPAS Terdapat beberapa kajian lalu yang boleh diketengahkan sebagai panduan perbincangan mengenai dinamika kesepaduan politik Melayu khususnya melibatkan hubungan UMNO dengan PAS dari tahun 2010 hingga 2015. Antara sarjana-sarjana dan penyelidik berkenaan misalnya Hssin Mutalib (1990), Kamarulnizam Abdullah (2003), Syed Husin Ali (2008). Hussin Mutalib (1990) dalam perbincangannya Islam and Ethnicity in Malay Politics menilai dinamika hubungan kedua-dua elemen ini dalam memperkukuh kaum Melayu di negara ini. Bagi sarjana ini, Islam dan Melayu sering berintegrasi & memiliki fleksibiliti antara satu sama lain malah kadangkala berupaya menjadi pemangkin kepada kekuatan elemen yang lain. Misalnya, perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh ditangani menerusi perpaduan Islam yang melangkaui batasan suku kaum, bahasa dan fahaman politik. Malah pendekatan telah lama dialami dan dipraktikkan oleh orang Melayu terdahulu yang berjaya melonjakkan kegemilangan dan perpaduan antara satu sama lain melalui integrasi kedua-dua elemen berkenaan. Era pasca merdeka memperlihatkan kesinambungan integrasi politik Melayu-Islam yang lebih dinamik menerusi kesepaduan politik dalam kerajaan campuran pada tahun 1974. Pembentukan kerajaan campuran pada tahun 1974 telah memberi kelebihan kepada UMNO untuk memperkukuhkan semula kedudukannya sekali gus meningkatkan dominasinya sebagai parti politik Melayu. Dominasi UMNO yang meningkat dalam Barisan Nasional akhirnya menyebabkan parti PAS tersingkir daripada kerajaan campuran pada tahun 1978. Penyingkiran 1
2
Penubuhan United Malays National Organisation (UMNO) bermula menerusi penganjuran Kongres Melayu se-Malaysia pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Konges ini telah berjaya menghimpunkan sebanyak 37 buah organisasi Melayu dari pelbagai latar belakang perjuangan. Tujuan utama penganjuran kongres tersebut adalah untuk membincangkan secara khusus mengenai langkah dan perancangan pelaksanaan Malayan Union oleh kerajaan British. Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, rujuk Jamaei Hamil (2004). Parti Islam se-Malaysia (PAS) telah ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 setelah berlakunya kemelut dalaman parti UMNO sehingga menyebabkan ahli dan pemimpin dalam Biro Hal Ehwal parti tersebut bertindak meninggalkan dan menubuhkan parti baru yang berteraskan perjuangkan Islam. Tindakan tersebut dilakukan kerana ahli-ahli dan pemimpin dalam biro berkenaan kecewa dengan kelemahan kepimpinan UMNO yang menerajui pentadbiran kerajaan menangani pelbagai masalah melibatkan umat Islam dan tidak mengutamakan perjuangan Islam sebagai elemen utama dalam pemerintahan negara. Untuk maklumat lanjut, rujuk Farish A. Noor (2004).
303
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PAS pada tahun 1978 menandakan berakhirnya kesepaduan politik Melayu-Islam yang berjaya dicapai selepas tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969. Kamarulnizam Abdullah (2003) menerusi analisisnya dalam The Politics of Islam in Contemporary Malaysia turut menilai hubung kait Islam dan etnik dalam perkembangan politik Melayu. Beliau membahagikan perbincangannya kepada lapan bahagian utama yang memfokuskan kepada dinamika hubungan dan perubahan kerjasama politik Melayu-Islam di negara ini. Dalam bahagian awal perbincangannya, sarjana ini membezakan analisis beliau dengan mengutarakan beberapa persoalan penting mengenai pengertian perpaduan dan sumbangan Islam bagi tujuan berkenaan. Malah sarjana ini turut memiliki kecenderungan untuk menghubung kait antara perpaduan Melayu dengan keselamatan nasional yang dilihat beliau sebagai asas utama kestabilan negara. Sebagai kelompok kaum yang terbesar di negara ini, orang Melayu yang diwakili oleh UMNO dan PAS dilihat sebagai aktor penting dalam menentukan sama ada kesepaduan ataupun perpaduan politik tersebut berjaya dicapai. Penyelidik juga melanjutkan perbincangannya dengan mengetengahkan peranan beberapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan Melayu-Islam dalam meningkatkan kemajuan ekonomi dan kefahaman Islam. Kemunculan kedua-dua pertubuhan ini telah memberikan impak yang besar khususnya dalam membangunkan semula kegemilangan orang MelayuIslam dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam konteks persaingan politik, UMNO dan PAS pula dilihat sedang bersaing untuk membuktikan kedua-dua parti menjuarai pelbagai isu yang berkaitan dengan Islam dan nasionalisme. Hal ini tidak ditonjolkan oleh sarjana-sarjana sebelum ini yang hanya memfokuskan sejarah dan persaingan kedua-dua parti dalam konteks politik. Bagi tujuan tersebut, UMNO semakin mendekatkan parti tersebut dengan Islam dan melaksanakan pelbagai proses Islamisasi dalam pelbagai sektor pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad. Antara proses-proses Islamisasi yang berimpak tinggi terhadap hubungan dan hubungan Melayu-Islam pada ketika itu ialah melalui penubuhan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Malah UMNO juga memperkukuh partinya dengan memberikan ruang kepada tokohtokoh Islam tempatan seperti Abdul Hamid Zainal Abidin, Yusof Noor, Anwar Ibrahim dan Fadhil Hanafi dalam kepimpinan parti. Penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO telah melemahkan momentum gerakan Islam khususnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang sebelumnya semakin berpengaruh. Strategi politik Dr. Mahathir yang menjemput Anwar Ibrahim ke dalam UMNO berjaya memperkukuh perpaduan politik Melayu-Islam apabila aktivis-aktivis Islam dan ahli-ahli PAS turut menyertai beliau ke dalam UMNO. Oleh itu, penyelidik ini berjaya membuktikan bahawa kesepaduan politik Melayu-Islam boleh dicapai sekiranya terdapat perkongsian matlamat dan cita-cita oleh aktor-aktor politik yang berseteru. Hal ini dapat dilihat apabila Dr. Mahathir menunjukkan minat terhadap peranan Islam dalam melonjakkan kemajuan orang Melayu, manakala Anwar Ibrahim aktivis Islam berpengaruh pada ketika itu dan berupaya merealisasikan aspirasi kesepaduan tersebut. Kajian beliau yang memuatkan peristiwa-peristiwa dan data-data terkini juga relevan dengan perkembangan politik Melayu-Islam semasa dan analisis dijalankan berdasarkan kerangka konsep etnisiti yang jelas berbeza sarjana-sarjana lain. Pemilihan kerangka konsep etnisiti ini menunjukkan bahawa analisis mengenai kesepaduan politik Melayu-Islam khususnya melibatkan hubungan UMNO dengan PAS ini boleh dinilai daripada pelbagai dimensi yang berbeza. Namun, senario pasca PRU-13 menghujahkan bahawa faktor etnik seseorang adalah tidak lagi signifikan dalam pertimbangan pengundi; seperti dalam penentuan calon pilihanraya. Hal ini adalah didasari oleh tren politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab kemenangan dalam pilihanraya. (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Prioriti masyarakat Melayu, khususnya dalam kalangan urban Melayu adalah kemampuan calon dari segi implementasi manifesto. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah elemen yang menjadi pertimbangan dalam pengundian (Paimah Atoma et al 2013: 135). 304
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Transisi dari kepentingan ‘ketuanan Melayu’ pada awal kemerdekaan kepada keterbukaan dari segi pemilihan pemimpin pada masa kini menuntut ruang wacana yang serius. Seterusnya, Farish A. Noor (2004) dalam perbincangannya menyatakan bahawa penubuhan PAS menandakan berakhirnya perpaduan politik Melayu-Islam yang diasaskan oleh parti-parti politik, tokoh-tokoh dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menerusi UMNO pada tahun 1946. Hakikatnya, penyelidik dengan jelas menyatakan bahawa kesepaduan politik Melayu-Islam masih lagi berterusan meskipun setelah UMNO mengalami perpecahan. Proses kesepaduan politik Melayu-Islam antara UMNO dengan PAS masih lagi berlangsung secara berterusan, malah kedua-dua parti tersebut berjaya membuktikan komitmen tinggi untuk mencapai kesepaduan politik melalui penubuhan kerajaan gabungan pada tahun 1974. Kesepaduan politik yang berjaya disemai semula menjelang pembentukan kerajaan gabungan pada tahun 1974 telah memberikan pelbagai impak dan perubahan kepada kemajuan orang Melayu-Islam di negara ini. Malah, penyelidik juga menyatakan bahawa kesepaduan politik pada waktu tersebut berjaya mencetuskan proses Islamisasi dan meningkatkan kemajuan orang Melayu-Islam apabila berlakunya genjatan krisis pertelagahan politik antara UMNO dengan PAS. Di samping itu, kejayaan penubuhan kerajaan gabungan BN-PAS tahun 1974 telah membuktikan fleksibiliti hubungan politik yang wujud dalam praktik politik orang MelayuIslam di negara ini. Syed Husin Ali (2008) dalam perbincangannya iaitu Orang Melayu: Masalah & Masa Depan memerihalkan latar belakang dan perkembangan kehidupan orang Melayu dalam pelbagai sudut analisis. Di awal perbincangannya, sarjana ini menilai bahawa orang Melayu berhadapan dengan pelbagai cabaran sukar untuk meneruskan kelangsungan hidupnya malah keadaan bertambah rumit apabila kedatangan penjajah telah memecahkan rumpun kesatuan orang Melayu kepada beberapa kelompok tertentu. Tindakan penjajah ini telah memberi impak yang besar terhadap hubungan dalam kalangan orang Melayu yang kemudiannya terpisah antara satu sama lain berdasarkan kepada batasan wilayah dan negara. Impaknya, orang Melayu semakin terpesong daripada landasan adat dan kebudayaan Melayu dalam pelbagai aspek sehingga berkonflik antara satu sama lain meskipun berasal dari rumpun yang sama. Jurang hubungan Melayu-Islam yang semakin melebar ini turut dihadapi oleh parti-parti politik Melayu di negara ini sehingga mencetuskan krisis yang berpanjangan antara satu sama lain. Krisis yang berlarutan ini hanya berjaya diredakan apabila timbulnya keperluan kerjasama politik antara parti UMNO dan PAS selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969. Kesepaduan politik yang berjaya dicapai antara kedua-dua parti telah melahirkan sebuah kerajaan campuran pertama pasca merdeka yang di dominasi oleh orang Melayu-Islam. Meskipun penubuhan kerajaan campuran merupakan hasil kejayaan persefahaman dan kerjasama antara pemimpinpemimpin UMNO dan PAS, namun kebanyakan ahli-ahli di peringkat akar umbi masih lagi bergelut dengan masalah perpecahan (Syed Husin Ali 2008:46-51). Sebagai seorang sarjana sosiologi politik, Syed Husin melihat masalah perpecahan di peringkat akar umbi merupakan penghalang utama kepada usaha untuk mewujudkan perpaduan politik. Sekiranya kesepaduan dan perpaduan politik berjaya dicapai seperti peristiwa penentangan Malayan Union dan kejayaan pembentukan kerajaan campuran tahun 1974, maka orang Melayu berupaya mendominasi kuasa politik negara. Namun, perpaduan politik orang Melayu-Islam yang dicapai menerusi penganjuran Kongres Melayu se-Malaya pada tahun 1946 adalah hasil perjuangan orang Melayu, manakala kaum-kaum lain tidak menonjolkan diri secara berlebihan. Situasi yang sama turut berlaku ketika pembentukan kerajaan campuran pada tahun 1974 apabila kesepaduan politik hanya diketengahkan selepas tercetusnya pergaduhan antara kaum dalam Peristiwa 13 Mei 1969. Ini selaras dengan tren pengundi yang cenderung membentuk pola pengundian berdasarkan persepsi kemampuan pemimpin untuk menangani isu dominan dalam kehidupan seharian masyarakat (Muhammad Shamshinor et al. 2016). Oleh itu, usaha untuk mencapai kesepaduan dan perpaduan politik Melayu-Islam di negara ini tidak memberi ancaman besar terhadap hubungan kaum tetapi perpecahan antara kaum timbul sekiranya melibatkan elemenelemen perhitungan perkauman (Syed Husin Ali 2004:50-52). 305
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KERANGKA TEORITIKAL Secara umumnya, teori pilihan awam merupakan kerangka teori untuk menjelaskan bahawa setiap individu mementingkan diri dan memaksimumkan keuntungan untuk kesenangan sendiri. Dalam sesebuah negara, motivasi kepentingan diri ini menjadi faktor dominan kepada pemerintah dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu polisi (Buchanan 1984:13; Buchanan & Wagner 1977). Ini kerana pemerintah sering mengutamakan keuntungan peribadi dengan menggunakan alasan kepentingan awam (Cavaliere & Scabrosetti 2008:701; Wen & Yuan 2010:828). Dalam konteks kertas kerja ini, pemahaman mengenai teori pilihan awam adalah penting untuk menganalisis matlamat parti politik, dengan memfokuskan dinamika kesepaduan politik UMNO dan PAS dengan aplikasi dalam beberapa isu agama dan politik dalam kalangan Melayu-Islam di Malaysia. ISU-ISU KE ARAH PERPADUAN POLITIK MELAYU-ISLAM 2010-2015 Kemelut politik Melayu-Islam sering tercetus di Malaysia memperlihatkan bahawa wujudnya kedinamikan hubungan dan kerjasama yang terjalin antara dua parti Melayu utama iaitu UMNO dengan PAS. Ini kerana tren sensitiviti masyarakat terhadap sesuatu isu bersifat agama dan etnik adalah turut mendasari pola pengundian dalam sesuatu pilihan raya (Mohd Azmir Mohd Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis & Azri Ibrahim 2016). Meskipun kemelut yang melanda kedua-dua parti Melayu-Islam ini sering memperlihatkan impak yang negatif, namun terdapat beberapa isu-isu lain yang berupaya merapatkan jurang hubungan UMNO dan PAS di negara ini. Bahagian berikut mengetengahkan isu-isu politik Melayu-Islam yang berjaya mengorak ke arah kesepaduan politik Melayu-Islam di Malaysia. PENOLAKAN BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA Dalam tempoh 2010 hingga 2015, terdapat beberapa pilihan raya kecil yang tidak disertai oleh UMNO bagi memperlihatkan kesediaannya untuk memberi peluang kepada calon daripada PAS untuk bertanding tanpa saingan. Tindakan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu, kekuatan parti lawan di kubu masing-masing dan strategi untuk bekerjasama dengan parti lawan selepas pilihan raya tersebut. Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei 2013, PAS menang di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan setelah calon UMNO, Johan Che Pa bertindak menarik diri daripada bertanding di kerusi berkenaan. Tindakan menarik diri berkenaan menyebabkan PAS hanya bersaing dengan calon bebas sekali gus menang dalam pilihan raya tersebut meskipun calon bebas tersebut iaitu Dato’ Ibrahim merupakan seorang individu yang berpengaruh. Penarikan diri calon UMNO di kerusi Parlimen Pasir Mas dilihat sebagai strategi politik yang disengajakan bagi memberi laluan kepada calon bebas untuk menentang calon PAS. Meskipun wujud pertandingan dalam kalangan calon Melayu, namun penarikan diri Johan Che Pa telah meredakan persaingan antara UMNO dengan PAS. Kedua, UMNO turut mengambil langkah yang sama dengan bertindak menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Cempaka pada 22 Mac 2015 atas kapasiti menghormati kematian penyandang, Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Langkah UMNO tidak mencalonkan ahlinya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut sekali lagi memperlihat kesanggupan UMNO mengenepikan matlamat kuasa sekali gus memperlihatkan usahanya untuk membentuk hubungan yang baik dengan PAS. Parti PAS yang diwakili calonnya, Ahmad Fathan Mahmood berjaya mengekalkan kemenangan parti tersebut tanpa saingan yang sengit meskipun berhadapan dengan empat calon bebas yang turut serta bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Tindakan UMNO menarik diri dan tidak mencalonkan ahlinya untuk bertanding dalam pilihan raya umum atau kecil menentang calon PAS bukan merupakan perkara baru 306
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dalam perkembangan politik di Malaysia. Hal ini memperlihatkan bahawa UMNO berupaya mengenepikan matlamat untuk berkuasa dalam hal-hal yang tertentu misalnya penghormatan kepada calon, strategi politik dan ketidakupayaan untuk menentang calon dari parti lawan. Langkah ini telah memberi kelebihan khususnya kepada perkembangan kesepaduan politik Melayu-Islam menerusi pengurangan pertandingan antara UMNO dengan PAS dalam pilihan raya yang merupakan salah satu punca perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini. PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG HUDUD DI KELANTAN Kerajaan pimpinan PAS di negeri Kelantan telah berusaha menggubal dan melaksanakan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 namun menghadapi kekangan dan halangan Perlembagaan Persekutuan. Malah, kerajaan Persekutuan juga tidak memberikan kerjasama yang baik kepada pelaksanaan undang-undang tersebut disebabkan oleh beberapa faktor antaranya perbezaan fahaman politik, pengaruh undi bukan Melayu dan mempertahankan sistem pemerintahan yang ditinggalkan oleh penjajah British. Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan tersebut tidak dapat dilaksanakan dan kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 15 Julai 1994 yang melarang pelaksanaannya. Rentetan daripada larangan kerajaan persekutuan tersebut, kerajaan Kelantan akhirnya bertindak menangguhkan pelaksanaan Enakmen tersebut bagi mengelak berulangnya peristiwa pengambilalihan kuasa menerusi pengisytiharan darurat pada tahun 19977 di Kelantan. Hal yang sama berlaku apabila kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh PAS cuba melaksanakan perundangan tersebut selepas diluluskan di DUN pada tahun 2002 namun masih tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Persekutuan. Meskipun perkembangan pelaksanaan undang-undang syariah di Kelantan dan Terengganu tidak memperlihatkan hasil yang positif, namun keadaan tersebut telah berubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila kerajaan Persekutuan menyatakan kesediaan menyokong pembentangan pindaan Perlembagaan pada tahun 2015. Malah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan, Dato’ Mohd Alwi semasa persidangan dewan pada 18 Mac 2015 menyatakan kesediaan menyokong pindaan rang undangundang yang dibentangkan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS. Malah bagi memperlihatkan kesediaan UMNO menyokong pindaan undang-undang tersebut, Kerajaan Persekutuan sebuah jawatankuasa teknikal antara kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan ditubuhkan. Penubuhan jawatankuasa ini menandakan bermulanya kesepaduan politik Melayu-Islam melibatkan dua buah kerajaan yang dipimpin oleh parti politik Melayu majoriti di Malaysia. PENGANJURAN DIALOG DAN KERJASAMA Kerjasama politik UMNO dengan PAS dalam membabitkan isu-isu Melayu-Islam semakin jelas apabila timbulnya isu berkenaan selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015. Selepas meninggalkan Pakatan Rakyat, pelbagai usaha dan desas-desus kerjasama melibatkan kedua-dua parti dominan Melayu-Islam tersebut muncul dan diperkukuhkan lagi menerusi peristiwa-peristiwa yang tercetus dalam tempoh tersebut. Tindakan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat adalah rentetan daripada krisis parti tersebut dengan DAP yang menentang pelaksanaan Hudud di negeri Kelantan. Bagi DAP, tindakan PAS bersungguh-sungguh mengemukakan usul pindaan bagi membolehkan pelaksanaan Hudud dengan sokongan UMNO di Parlimen merupakan langkah memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan. Namun, bagi PAS, sokongan UMNO terhadap usul tersebut memperlihatkan bahawa wujudnya keinginan parti tersebut untuk bekerjasama untuk pembangunan dan kebaikan umat Islam. Setelah PAS meninggalkan Pakatan rakyat, UMNO sentiasa mempelawa kerjasama dengan parti tersebut atas dasar perpaduan orang Melayu-Islam di negara ini. Malah, Presiden UMNO dalam ucapan Persidangan Agung 307
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kali ke-69 pada bulan Disember 2015 dengan berterus terang menghulurkan pelawaan bagi memperkukuh ikatan ukhuwah kepada PAS. Namun isu pelawaan kerjasama tersebut tidak disambut dengan segera oleh PAS malah menegaskan bahawa parti tersebut tidak tergesa-gesa menyambut cadangan UMNO berkenaan. Di samping itu, jurang hubungan PAS dengan UMNO semakin berkurangan menerusi penyertaan bersama pelbagai program dan kerjasama yang lebih rancak oleh kedua-dua parti bagi membincangkan kemajuan orang Melayu-Islam di negara ini. Antaranya Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar pada 16 Disember 2015 telah mempertemukan Presiden UMNO dan PAS atas satu pentas yang sama membincangkan mengenai hala tuju dan masa depan orang Melayu-Islam di negara ini. Malah tema multaqa anjuran sebuah badan bukan kerajaan NGO iaitu “Perpaduan Ummah Merentas ideologi” mencerminkan proses perpaduan Melayu-Islam yang semakin giat berlaku melibatkan kedua-dua parti berkenaan. Menerusi multaqa tersebut juga, Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul razak telah mempelawa PAS untuk bersama-sama parti tersebut menggembleng usaha dan mengenepikan perbezaan ideologi bagi membangunkan ummah. Mesej tersebut telah disambut oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan PAS untuk bekerjasama sekiranya UMNO kembali sepenuhnya kepada sistem Islam. Meskipun pelbagai tanggapan timbul mengenai kesepaduan politik Melayu-Islam antara UMNO dengan PAS selepas program tersebut, namun multaqa tersebut sebenarnya berjaya menemui titik persamaan yang boleh diketengahkan sebagai langkah permulaan terhadap kerjasama berkenaan. Persamaan yang dikongsi oleh kedua-dua parti tersebut ialah mengenai keperluan untuk membangunkan orang Melayu-Islam yang berhadapan dengan kepelbagaian cabaran dalam sektor ekonomi, politik dan sosial. KESIMPULAN Perkembangan kesepaduan politik Melayu-Islam dipengaruhi oleh perubahan tahap kerjasama antara dua parti politik utama Melayu di Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Kerencaman isuisu politik dalam kalangan orang Melayu yang tercetus sebelum ini memperlihatkan bahawa kedudukan politik orang Melayu-Islam di negara ini masih berada pada tahap kesepaduan berbanding perpaduan. Namun, proses ke arah membentuk perpaduan politik Melayu-Islam di negara ini khususnya melibatkan UMNO dengan PAS masih berlaku secara berterusan menerusi pelbagai kerjasama dan penganjuran dialog bagi mencari titik persamaan kedua-dua parti yang boleh mengurangkan jurang perselisihan hubungan orang Melayu-Islam di negara ini. Isu-isu seperti tidak bertanding dalam pilihan raya, sokongan pelaksanaan undang-undang Hudud dan penganjuran dialog merupakan platform terbaik dalam memperkukuh kesepaduan politik. Akhirnya, dinamika kesepaduan politik Melayu-Islam khususnya analisis melibatkan hubungan UMNO dengan PAS merupakan elemen utama yang berupaya mewujudkan perpaduan politik dan kestabilan politik yang diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia. RUJUKAN Ahmad Atory Hussain (1993). Dimensi politik Melayu 1980-1990: antara kepentingan dan wawasan bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Kamar (1980). Islam tercabar: satu pandangan terhadap PAS. Petaling Jaya: Pustaka Ilmu. Amrita Malhi (2003). The PAS- BN conflict in the 1990s: Islamism and modernity. Dlm. Noraini Othman & Hooker, V. (pnyt). Islam, society and politics, hlm 236-268. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Asyraf Wajdi Dusuki (2014). Politik Islam dan Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. 308
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Auni Abdullah (1991). Islam dalam sejarah politik dan pemerintahan dalam alam Melayu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Barnard, T. P. (Ed.). (2004). Contesting Malayness: Malay identity across boundaries. Singapore: Singapore University Press. Burhanuddin Al Helmy (1980). Politik Melayu dan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Anda. Buchanan, J.M. 1984. Politics without romance: a sketch of positive Public Choice Theory and its normative implications. Dlm. Buchanan, J.M. & Tollison, R.D. (pnyt.). The Theory of Public Choice – II, hlm. 11-23. Michigan: The University of Michigan Press. Buchanan, J.M. & Wagner, R.E. 1977. Democracy in deficit: the political legacy of Lord Keynes. New York: Academic Press. Chamil Wariya (2004). Kesinambungan dan perubahan Malaysia di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kuala Lumpur: Utusan Publications Cavaliere, A. & Scabrosetti, S. 2008. Privatization and efficiency: from principals and agents to political economy. Journal of Economics Surveys 22(4): 685-710. Edmund Terence Gomez (pytn) (2004). The state of Malaysia: ethnicity, equity and reform. London: MPG Books. Edmund Terence Gomez (Ed.) (2007). Politics in Malaysia: the Malay dimension. New York: Routledge. Eckstein, H., & Woodrow Wilson School of Public and International Affairs. Center of International Studies (1966). Division and cohesion in democracy: a study of Norway. Princeton: Princeton University Press. Esposito, L. J. (1984). Islam and politics. New York: Syracuse University Press. Farish Noor (2014). The Malaysian Islamic party PAS 1951-2013. Amsterdam: Amsterdam University Press. Firdaus Abdullah (1985). Radical Malay politics: its origins and early development. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications. Halliday, F. (1995). The politics of ‘Islam’- a second look. British Journal of Political Science, 25(03), 399-417. Hussin Mutalib (1993). Islam in Malaysia: from revivalism to Islamic state. Singapore: Singapore University Press. Hussin Mutalib (2012). Singapore Malays: being ethnic minority and Muslim in a global citystate. New York: Routledge. Ibnu Hasyim (1993). Konflik UMNO, PAS: satu penyelesaian menurut Islam. Kuala Lumpur: G. Edar. Ibrahim Ahmad (1989). Konflik UMNO-PAS dalam isu Islamisasi. Kuala Lumpur: IBS. Jamaei Hamil, Mahadee Ismail, Nidzam Sulaiman, Suzanna M. Isa & Zaini Othman (2005). Budaya politik Melayu: kesinambungan dan perubahan. Dlm. Zarina Othman & Sity Daud. Politik dan keselamatan, 71-9. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Jamaei Hamil (2004). UMNO dalam politik dan perniagaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahayudin Haji Yahaya (1998). Islam di alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maryam Jameelah (2003). Islam and western society. New Delhi: Adam Publisher & Distributors. McAmis, D. R. (2002). Malay Muslims: the history and challenge of resurgent Islam in Southeast Asia. London: Eerdmans. Md. Salleh Md. Gaus (1984). Politik Melayu Pulau Pinang: 1945-1957. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mehrdad Haghayeghi (1996). Islam and Politics in Central Asia. London: Palgrave Macmillan.
309
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press. Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016. Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340. http://dx.doi.org/10.5901/ mjss.2016.v7n1s1p44. Noraini Othman (2007). Islam, Islamization and democratization: challenges and prospects. Bangi: Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa. Nordin Hussin (2005). Malay press and Malay politics: The Hertogh riots in Singapore. Asia Europe Journal, 3(4), 561-575. Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan. Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM. Surin Pitsuwan (1985). Islam and Malay nationalism: a case study of Malay-Muslims in Southern Thailand. Bangkok: Thammasat University. Syed Husin Ali (2008). Merdeka, rakyat & keadilan: kumpulan artikel mengkritik dasar-dasar UMNO-BN dan mengemukakan asas-asas politik menuju Malaysia baru. Petaling Jaya: SIRD. Syed Husin Ali (2008). The Malays, their problems and future. Kuala Lumpur: The Other Press. Syed Hussein Alatas (2002). Ke mana dengan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Wen, J.F. & Yuan, Lasheng. 2010. Optimal privatization of vertical public utilities. Canadian Journal of Economics 43(3): 816-831.
310
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SIKAP POLITIK URBAN MELAYU Mohd Azmir Mohd Nizah, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3 Afi Roshezry Abu Bakar, 4Hairol Mak Din 1, 4 Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia 2 Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor 3 Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman 1
Abstrak Kajian perbandingan mengenai sikap politik antara masyarakat urban dan luar bandar telah menjadi fokus dalam kalangan sarjana, terutama selepas keputusan pilihan raya umum ke 13.Namun begitu, literasi kajian mengenai sikap politik yang tertumpu pada etnik yang spesifik masih lagi kurang. Artikel ini berhasrat mengenal pasti sikap politik urban Melayu, terutamanya dalam konteks toleransi politik. Kajian ini membincangkan mengenai sikap politik urban Melayu melalui reka bentuk kajian kuantitatif dengan instrumen soal selidik di tiga kawasan urban iaitu Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengundi Melayu di kawasan urban terbuka dalam menerima perbezaan parti politik malah ukuran etnik bukanlah kriteria terhadap pencalonan dalam pilihan raya. Kajian ini menghujahkan kecenderungan pola sokongan parti politik kumpulan urban Melayu juga bersifat longgar dengan melepasi sempadan parti bersifat agama, etnik mahupun liberal. Analisa lanjut dan cadangan dibincangkan dalam artikel ini. Kata kunci: toleransi etnik, toleransi politik, kelakuan pengundi, modenisasi.
PENGENALAN
Dinamika pengundian di Malaysia telah banyak berubah sejak lewat tahun 1990an, dengan memperlihat perubahan daripada pengundian berdasarkan etnik kepada corak pengundian berdasarkan pembangunan, Islamisasi serta urbanisasi, termasuklah faktor kemunculan media baharu yang telah banyak mempengaruhi proses mobilisasi pengundi (Gomez, 2014). Situasi ini lantas menyaksikan Barisan Nasional berhadapan dengan tentangan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya yang ke 12 dan ke 13. Banyak penjelasan yang telah dibuat oleh pengkaji sebagai contoh, lihat Brown, 2005; Wah, 2003; Weiss, 2013) dalam analisis mereka terhadap kondisi ini. Walaupun dianggap “Tsunami Cina”(Abdillah Noh, 2014) namun hakikatnya isu ekonomi melangkaui sempadan etnisiti (Weiss, 2013). Namun kertas kerja ini akan mendasari kesan urbanisasi dan etnik terhadap sikap politik urban Melayu. Perbandingan Melayu di kawasan urban mengikut kawasan konstituensi parlimen Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera menjadi topik tumpuan perbincangan. Ini adalah signifikan atas beberapa faktor persamaan dan perbezaan. Ketiga-tiga kawasan ini merupakan kawasan urban (Department of Statistics Malaysia, 2009) dan melalui keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas, ketiga-tiga kawasan ini dimenangi oleh calon daripada etnik Melayu, walaupun setiap kawasan ini merupakan kawasan berstatus majoriti campuran (Johor Bahru), majoriti Melayu (Shah Alam) dan minoriti Melayu (Bukit Bendera).Sikap toleransi politik dalam kalangan urban Melayu sangat signifikan kerana jumlah kawasan urban yang semakin meningkat, dan juga jumlah urban Melayu yang juga semakin besar (Usman Yaakob, Tarmiji Masron, & Masami, 2010) seterusnya menjadi faktor penentu dalam pilihan raya. Oleh yang demikian, perbincangan sikap politik urban Melayu berdasarkan demografi yang berbeza dapat memberi inferensi yang signifikan serta dapat memahami sikap politik urban Melayu dalam mendepani pilihan raya yang mendatang. 311
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SOROTAN LITERASI Kajian berkaitan kelakuan pengundi di Malaysia banyak berkisar mengenai ras dan etnisiti hasil tinggalan penjajah, dan ia semakin menarik perhatian sarjana yang melihat daripada pelbagai aspek termasuklah ekonomi, pembangunan dan nilai demokrasi(Mohd Azmir Mohd Nizah, Muhammad Shamshinor Abd Azzis, & Mohd Azri Ibrahim, 2016). Tetapi, disebabkan keputusan pilihanraya ke 13 pada tahun 2013, landskap kajian mula menjurus ke arah isu yang lebih besar termasuklah pengaruh urbanisasi dan jarak urban-luar bandar(Wei, Ng, Rangel, Vaithilingam, & Pi, 2015).Pengundi kawasan urban adalah lebih terbuka dan lebih prihatin terhadap isu-isu yang lebih besar, sebagai contoh, peri penting nilai demokrasi, keberhutangan, pembangunan yang lestari, isu antarabangsa, malah isu-isu setempat yang memberi impak kepada kualiti hidup, seperti kesesakan lalu-lintas, harga barangan dan juga isu keselamatan (Mohd Azmir Mohd Nizah et al., 2016; Weiss, 2014). Kajian berkaitan kelakuan mengundi dapat dilihat daripada beberapa teori yang seringkali diguna pakai dalam membincangkan kelakuan pengundi. Antara teori tersebut ialah Model Sosiologi (Berelson, Lazarsfeld, & McPhee, 1954; Lazarsfeld, Berelson, &Gaudet, 1944); Model Psikososial (Campbell, Converse, Miller, & Stokes, 1960); Model Kelakuan (Ajzen, 1991) serta Model Pilihan Rasional (Downs, 1957; Simon, 1952). Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kerana beberapa limitasi terhadap model-model atau teori tersebut, antaranya ialah model sosiologi tidak mengambil kira faktor luaran dalam menentukan kelakuan pengundi (Hansen & Jensen, 2007; Singh, Leong, Tan, & Wong, 1995) yang memberi ruang kepada model psikososial untuk memahami kelakuan pengundi. Model Michigan ini juga mempunyai beberapa limitasi antaranya ialah partisipasi dan mobilisasi pengundi berdasarkan pengenalan parti memberi impak besar kepada jumlah pengundi sewaktu pilihanraya, tetapi ia belum tentu mampu memberi indikasi sebenar terhadap keputusan pilihanraya itu sendiri. Selain daripada itu, antara kritikan terhadap model ini ialah, sekiranya pengenalan parti itu menjadi indikator utama, maka proses dan aktiviti pengundian menjadi tepu dan tidak dinamik. Ini kerana Model Michigan hanya berfungsi sebagai “penapis persepsi” terhadap parti yang disokong dan parti yang tidak disokong dan tidak memberi indikasi empirikal yang sistematik (Jackman, 1987). Selain daripada itu, jumlah pengundi yang membuang undi juga tidak dapat menghuraikan simetri pengundian pengundi urban-luar bandar. Oleh yang demikian, teori pilihan rasional melalui pengundi taktikal (Cox, 1997) dapat menghuraikan limitasi yang dihadapi oleh Model Columbia dan Model Michigan. Secara dasarnya, teori ini memperlihatkan bahawa seseorang individu pengundi itu sebenarnya secara strategik dan taktikal apabila membuang undi. Ini kerana apabila membuang undi, seseorang individu itu akan membuat perbandingan secara rasional berdasarkan kepentingan kendiri. Teori pilihan rasional juga memberi ruang kepada individu untuk membuat analisa terhadap kelakuan pengundi, parti politik serta polisi kerajaan dalam membuat keputusan pihak mana yang perlu diundi, bukan berdasarkan faktor persekitaran dan setempat, malahan bukan juga disebabkan oleh faktor keluarga, orang sekeliling mahupun pengaruh rakan. Dalam membuat keputusan dalam pilihanraya, pengundi urban akan lebih rasional disebabkan oleh beberapa faktor antaranya status diri, tahap pendidikan, status ekonomi, status tempatan, termasuklah pendedahan terhadap ciri-ciri masyarakat sivil (Agomor & Adams, 2014; Arwine & Mayer, 2012; Widmalm & Oskarsson, 2013). Menurut Lindberg & Morrison (2008) ada dua perspektif dalam melihat isu-isu yang menjadi ukuran seseorang pengundi membuat undian secara rasional, iaitu melalui persepktif evaluasi dan perspektif bukan evaluasi. Pola pengundian di Malaysia selama ini di hurai berdasarkan parti, etnik dan kelas (Maznah, 2008; Ratnam & Milne, 1970; Rudner, 1970; Vasil, 1971)mula mempamerkan tren berbeza dengan isu etnisiti semakin hilang signifikan dalam pengundian (Francis Loh Kok Wah, 2003) serta memberi halangan dalam pentadbiran kerajaan (Huber, 2012). Oleh yang demikian, kajian terhadap komuniti urban adalah penting dalam kajian kelakuan mengundi kerana dianggarkan kawasan atau konstituensi urban semakin bertambah (Brown, 2005), 312
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
tetapi korelasi pengundi berdasarkan etnik juga semakin hilang signifikasinya (Pepinsky, 2015). Justeru, kajian terhadap tiga kawasan urban dengan status yang pelbagai dapat memberi maklumat yang mendalam terhadap kelakuan pengundi urban dan korelasi dengan etnisiti serta status konstituensi. METODOLOGI Makalah ini mengguna pakai data yang dikumpul melalui proses temu bual di tiga kawasan parlimen iaitu, Johor Bahru, Shah Alam dan Bukit Bendera. Seramai 291 orang responden telah terlibat dalam proses temu bual yang menggunakan instrumen soal selidik ini. Persampelan berkluster dan rawak mudah telah diguna pakai dalam mendapatkan sejumlah responden. Jadual 1 Jumlah Responden merumuskan jumlah responden mengikut kawasan kajian. Jadual 1: Jumlah Responden Bilangan Bukit Bendera (P48) 25 Shah Alam (P108) 157 Johor Bahru (P160) 109 Total 291
Peratusan 8.6 54.0 37.5 100.0
Daripada jadual di atas, menunjukkan jumlah responden yang berbeza. Ini adalah selari dengan status atau klasifikasi kawasan tersebut berdasarkan takrifan kawasan minoriti Melayu, majoriti Melayu dan kawasan bercampur (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2013; Vejai Balasubramaniam, 2005). Oleh yang demikian bilangan responden etnik Melayu daripada kawasan-kawasan yang terlibat dalam kajian ini sangat bertepatan dan selaras dengan piawai persampelan berkluster rawak. Selain daripada itu, data responden ini juga adalah lanjutan daripada kajian Mohd Azmir Mohd Nizah (2016). KEPUTUSAN & PERBINCANGAN Jadual 2 di bawah merujuk kepada persoalan tentang sikap toleransi politik terhadap ahli keluarga yang berbeza parti politik dengan responden menunjukkan 62% bersetuju yang memberi indikasi bahawa responden tidak mempunyai masalah tentang perbezaan parti politik dalam kalangan ahli keluarga. Dapatan ini menunjukkan bahawa model Michigan atau psikososial yang berdasarkan partisipasi atau pengenalan parti yang disandarkan kepada laras emosi kekeluargaan, atau kumpulan rujukan tidak dapat menjelaskan perbezaan yang wujud ini. Oleh yang demikian, teori pilihan rasional dapat mengisi kekurangan ini dengan pengundi hanya berpandukan kepentingan kendiri dan faedah yang akan dinikmati disebabkan keputusan yang diambil dalam pengundian. Jika dirujuk kepada perbandingan antara ketigatiga kawasan kajian, pengundi di Johor Bahru lebih terbuka dengan dapat menerima perbezaan parti politik dalam kalangan ahli keluarga mereka dengan 69.7% bersetuju dengan pernyataan tersebut. Kawasan majoriti bercampur seperti Johor Bahru merupakan kawasan kebal BN pada pilihan raya sebelum 2008 (Balasubramaniam, 2006) disebabkan oleh representasi etnik yang ada dan ia memenuhi criteria BN yang mewakili etnik yang pelbagai. Namun begitu, tren politik pembangunan dan politik partisipasi telah merubah skema politik kepartian bermula tahun 2008. Ini dapat disaksikan dengan kebanyakan kawasan majoriti bercampur merekodkan kemenangan kepada PR, manakala BN masih lagi menguasai kawasan-kawasan luar bandar (Politweet.Org, 2013).
313
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 2: Saya tiada masalah tentang keahlian parti politik ahli keluarga saya yang berbeza dengan saya POLITIK02C ASTB ATB TB STB N S SB Count 8 9 31 24 36 44 74 Melayu % 2.7% 3.1% 10.7% 8.2% 12.4% 15.1% 25.4%
B 34 11.7%
AB 15 5.2%
ASB 16 5.5%
Total 291 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju, STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju, AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju
Kajian ini juga melihat persepsi masyarakat Melayu terhadap parti yang boleh disifatkan menjadikan pendekatan liberal sebagai asas parti. Jadual 3seperti di bawah adalah analisis diskriptif bagi penyataan tersebut. Jadual 3: Parti politik yang bersifat liberal harus diberi ruang dalam masyarakat Malaysia POLITIK04D ASTB ATB TB STB N S Count 10 32 44 40 72 40 Melayu % 3.4% 11.0% 15.1% 13.7% 24.7% 13.7%
SB B AB ASB 33 9 2 9 11.3% 3.1% 0.7% 3.1%
Total 291 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju, STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju, AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju
Bagi persampelan Politik04D iaitu parti politik yang bersifat liberal harus diberi ruang dalam masyarakat Malaysia sebanyak 72responden daripada 291 ataupun sebanyak 24.7% memilih natural dalam temu bual yang dijalankan. 43.2% tidak bersetuju, manakala 31.9% bersetuju dengan penyataan tersebut. Jumlah yang memilih natural ini dianggap besar kerana ianya boleh memberi impak yang besar terhadap pola pengundian dan juga menjadi indikasi kepada sikap pemilih di lokasi kajian. Ini dibuktikan dengan dapatan yang mengatakan bahawa sebahagian generasi muda pada hari ini lebih untuk condong kepada “politik sivil” di mana mereka menekankan perbahasan yang lebih terbuka mengenai demokrasi, hak asasi, pendidikan, keselamatan sosial, kesihatan, wanita dan alam sekitar (Ming, Azhar, Hazri, & Mulakala, 2012; Subramaniam, 2011), berbanding politik kaum (Segawa, 2015). Jadual 4: Parti politik yang bersifat fundamental agama harus diberi ruang dalam masyarakat Malaysia POLITIK05D ASTB ATB TB STB N S Count 7 20 36 30 69 47 Melayu % 2.4% 6.9% 12.4% 10.3% 23.7% 16.2%
SB 39 13.4%
B 17 5.8%
AB 11 3.8%
ASB 15 5.2%
Total 291 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju, STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju, AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju
Manakala Jadual 4pula melihat persepsi masyarakat urban Melayu berkaitan toleransi mereka dengan parti politik yang boleh disifatkan fundamental agama. Sebanyak 23.7% daripada responden mengambil pendekatan natural berkaitan penyataan ini. Manakala 32% tidak bersetuju parti politik bersifat fundamental agama diberi ruang dalam masyarakat Malaysia, dan 44.3% pula bersetuju dengan penyataan tersebut. Dapatan ini secara tidak langsung menggambarkan masyarakat urban Melayu mempunyai toleransi terhadap parti politik yang bersifat fundamental agama. Oleh yang demikian, pandangan 314
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dan kebimbangan yang diutarakan oleh Mohamad Roslan Mohd Nor & Mahmud Ahmad (2013)berkaitan masa depan Islam di Malaysia selepas pilihanraya yang ke 12 seharusnya tidak menjadi isu kerana pada pilihanraya ke 13 masyarakat Melayu Islam, terutamanya di urban masih lagi dapat menerima parti berdasarkan fundamental agama. Walau bagaimanapun, isu-isu yang diketengahkan oleh penulis perlu menjadi garis panduan pada masa hadapan. Seterusnya, kajian ini juga menanyakan soalan berkaitan dengan relevansi parti politik yang berasaskan kaum dalam kondisi masyarakat Malaysia sekarang seperti di Jadual 5. Jadual 5: Parti politik yang berasaskan kaum masih lagi relevan dalam kondisi masyarakat Malaysia yang moden dan maju POLITIK06D ASTB ATB TB STB N S Count 6 19 35 47 52 52 Melayu % 2.1% 6.5% 12.0% 16.2% 17.9% 17.9%
SB 41 14.1%
B 19 6.5%
AB 7 2.4%
ASB 13 4.5%
Total 291 100.0%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju, STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju, AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju
Bagi persampelan Politik06D iaitu parti politik yang berasaskan kaum masih lagi relevan dalam kondisi masyarakat Malaysia yang moden dan maju, hampir 52 responden daripada 291 ataupun sebanyak 17.9% responden memilih natural dalam temu bual yang dijalankan. Ini sangat bertepatan dengan inti pati Marzuki Mohamad (2012) yang menyatakan salah satu faktor yang menyebabkan parti Barisan Nasional tumpas dan seterusnya kehilangan undi popular di negeri Selangor pada tahun 2013 adalah berdasarkan faktor imej etnik pelbagai (multiethnic image) yang gagal ditunjukkan oleh parti Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas. Ditambah pula pada pilihanraya yang lalu, undi “Bandar” menjadi penyumbang utama pada kemenangan PR yang hadir dengan imej pelbagai etnik sekali gus memenangi 80 kerusi parlimen di Semenanjung dan sembilan kerusi di Sabah dan Sarawak (Muhammad Shamshinor Abdul Aziss, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, & Mohd Azmir Mohd Nizah, 2016). Ini secara tidak langsung menyokong dapatan kajian yang dilakukan di Johor Bharu, Shah Alam dan juga di Bukit Bendera. 36.8% daripada responden tidak bersetuju manakala 45.3% daripada responden bersetuju bahawa parti politik berasaskan kaum masih lagi relevan dalam masyarakat sivil di Malaysia. Sekiranya diamati, ketiga-tiga persoalan di atas mempunyai kaitan antara satu sama lain. Soalan tersebut sebenarnya melihat sikap toleransi politik dan sikap politik responden di ketiga-tiga kawasan. Maka dapat difahami, responden daripada ketiga-tiga kawasan urban tersebut memperlihatkan sikap yang berbeza-beza terhadap sifat parti politik yang ada, seperti parti bersifat kaum, liberal mahupun agama. Namun begitu, hasil daripada analisa min, daripada ketiga-tiga kawasan tersebut, responden Johor Bahru menunjukkan skor min yang terendah dengan skor 4, diikuti Shah Alam skor 5.6 dan Bukit Bendera dengan skor 6.7. Ini jelas membuktikan bahawa kawasan majoriti bercampur bukan sahaja mempunyai kurang sokongan terhadap parti yang bersifat liberal dan agama serta berasaskan kaum, tetapi juga kurang sokongan terhadap parti yang berasaskan kaum. Dapatan ini membuktikan bahawa sikap politik Melayu urban bukan sahaja melangkaui batas kaum dan agama dan liberal, tetapi juga menyatakan ada faktor lain yang mempengaruhi sikap politik mereka. Pengaruh demografi dengan komposisi masyarakat berbilang etnik juga mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada sikap mereka. Jadual 6 adalah hasil analisa melalui skor min. 315
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 6: Skor Min Kawasan Parlimen
Parti bersifat liberal
Parti bersifat agama
Parti berasaskan kaum
Bukit Bendera (P48)
5.48
7.36
7.48
Shah Alam (P108)
5.36
6.06
5.58
Johor Bahru (P160)
3.65
3.90
4.39
Total
4.73
5.36
5.30
Seterusnya, persoalan mengenai kepelbagaian etnisiti dalam sesebuah parti politik menyebabkan parti tersebut tidak akan kekal lama seperti dalam Jadual 7. Analisa adalah seperti di bawah. Jadual 7: Parti politik yang bertoleransi dengan kepelbagaian tidak akan kekal lama POLITIK09C ASTB ATB Melayu
Count
21
%
7.2%
17
Total
TB
STB
N
S
SB
B
AB
ASB
28
33
80
49
42
12
6
2
290
16.9%
14.5%
4.1%
2.1%
0.7%
100.0%
5.9% 9.7% 11.4% 27.6%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju, STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju, AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju
Bagi persampelan Politik09C iaitu Parti politik yang bertoleransi dengan kepelbagaian tidak akan kekal lama sebanyak 80 responden daripada 291 ataupun sebanyak 27.6% memilih natural dalam temu bual mereka. 34.2% tidak bersetuju, manakala 38.2% bersetuju dengan penyataan. Dengan jumlah mereka yang memilih natural agak besar dan julat perbezaan antara yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penyataan, sekali lagi penyataan ini memperlihatkan sikap bersituasi (situational) responden urban Melayu. Analisa min juga menunjukkan perbezaan yang minima antara ketiga-tiga kawasan responden. Sekali lagi faktor bertoleransi dengan kepelbagaian menjadi pilihan masyarakat Melayu urban di Johor Bharu, Shah Alam dan juga Bukit Bendera. Sikap toleransi dengan kepelbagaian perlu ada pada setiap kepimpinan masyarakat di setiap peringkat sama ada negeri ataupun nasional bagi meneruskan legasi politik mereka. Dan faktor ini menjadi pilihan utama bagi pengundi Melayu urban dalam memilih calon mereka pada pilihanraya yang ke-14. Jadual 8: Sesiapa sahaja tidak kira latar belakang etniknya harus diberi ruang untuk menjadi calon dalam pilihan raya POLITIK13D
Melayu
Total
ASTB
ATB
TB
STB
N
S
SB
B
AB
ASB
Count
7
4
3
12
30
23
27
23
78
84
291
%
2.4%
1.4%
9.3%
7.9%
26.8%
28.9%
100.0%
1.0% 4.1% 10.3% 7.9%
*Note: ASTB=Amat Sangat Tidak Bersetuju, ATB=Amat Tidak Bersetuju, TB=Tidak Bersetuju, STB=Sederhana Tidak Bersetuju, N=Natural, S=Sederhana, SB=Sederhana Bersetuju, B= Bersetuju, AB=Amat Bersetuju, ASB=Amat Sangat Bersetuju
Jadual 8 di atas mendapati majoriti responden (63.6%) bersetuju bahawa faktor etnik seseorang calon adalah tidak signifikan dalam penentuan pencalonan pilihanraya. Dapatan ini adalah selari dengan senario politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab kemenangan dalam pilihanraya (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis et al., 2016, p. 137). Justeru, yang menjadi prioriti masyarakat urban Melayu adalah kemampuan calon dari segi 316
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
implementasi manifesto. Ini dapat dibuktikan dengan kemenangan Tian Chua dari Pakatan Rakyat di Parlimen Batu di mana pengundi Melayu sebanyak 44.3% (Junaidi Awang Besar et al., 2012). Begitu juga dengan kemenangan Wee Jeck Seng di parlimen Tanjung Piai dengan pengundi Melayu adalah majoriti (Thock Ker Pong & Tan Yen Yee, 2016). Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah perkara yang perlu diberi perhatian (Mohd Azmir et al., 2013, p. 135). Maka jelas ia menunjukkan sikap pengundi Melayu bandar yang tidak melihat etnisiti sebagai calon. KESIMPULAN Data diskriptif di atas menunjukkan bahawa penduduk urban Melayu mempunyai sikap yang berbeza-beza terhadap setiap persoalan. Beberapa kesimpulan dapat dibuat daripada analisa tersebut. Pertama, komuniti urban Melayu telah melepasi faktor psikososial dalam mempengaruhi atau terpengaruh dalam konteks identifikasi parti. Responden juga tiada masalah menerima perbezaan parti politik dalam ahli keluarga sendiri. Senario ini sangat berbeza jika dibandingkan 10 tahun dahulu. Kedua, parti bersifat liberal ditolak tetapi parti bersifat agama diterima kehadirannya, manakala parti berasaskan kaum masih lagi relevan, tetapi semakin menipis kerelevanannya. Ketiga, parti politik yang pelbagai agak sukar untuk terus wujud. Namun begitu, julat yang besar terhadap mereka yang bersikap natural memperlihat sikap ‘situational’yang agak sukar diketahui dan ini menjadi antara faktor penentu dalam pilihan raya. Teori pilihan rasional jelas membuktikan masyarakat yang moden, terdedah kepada maklumat dan mempunyai pandangan dan penilaian kendiri yang jelas, secara rasionalnya akan membuang undi sekiranya kepentingan ekonomi, kendiri dan masyarakat member kelebihan. Parti politik seharusnya sedar akan perubahan masyarakat dan mula mengatur strategi bagi pilihan raya yang akan datang. RUJUKAN Abdillah Noh, . (2014). Malaysia 13th General Election: A short note on Malaysia’s continuing battle with ethnic politics. Electoral Studies, 34, 266–269. doi:10.1016/j. electstud.2013.09.003 Agomor, K., & Adams, S. (2014). Determinants of Voting Behaviour in Ghana. In J. Pomfret (Ed.), Global Awareness Society International 23rd Annual Conference (pp. 1–12). Montego Bay: Global Awareness Society International. Retrieved from http://organizations.bloomu. edu/gasi/ Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50, 179–211. Arwine, A., & Mayer, L. (2012). The Impact of Tolerance on Political Behavior. Portland, Oregon. Balasubramaniam, V. (2006). Strengthening ethnic identity consciousness and the role of tactical voting in multi-racial Malaysia. Asian Ethnicity, 7(1), 75–88. doi:10.1080/14631360500498536 Berelson, B. R., Lazarsfeld, P. F., & McPhee, W. N. (1954). Voting- A Study of Opinion Formation in a Presidential Campaign. Chicago: University of Chicago. Brown, G. (2005). Playing the (non)ethnic card: The electoral system and ethnic voting patterns in Malaysia. Ethnopolitics, 4(4), 429–445. doi:10.1080/17449050500348675 Campbell, A., Converse, P. E., Miller, W. E., & Stokes, D. E. (1960). The American Voter (3rd ed.). Chicago: University of Chicago Press. Cox, G. W. (1997). Making Votes Counts. Cambridge: Cambridge University Press. Department of Statistics Malaysia. (2009). Urbanization& Urban Growth Issues for the Next Malaysia Census 2010. Hong Kong. 317
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Downs, A. (1957). An Economic Theory of Democracy. New York: Harper and Row. Francis Loh Kok Wah, . (2003). Developmentalism versus Reformism: The Contest for Bukit Bendera. In . Francis Loh Kok Wah & . Johan Saravanamuttu (Eds.), New Politics in Malaysia (pp. 158–177). Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS). Gomez, J. (2014). Malaysia’s 13th General Election: Social Media and its Political Impact. Asia Pacific Media Educator, 24(1), 95–105. doi:10.1177/1326365X14539213 Hansen, T., & Jensen, J. M. (2007). Understanding voters ’ decisions : a theory of planned behavior approach. Innovative Marketing, 3(4), 87–94. Huber, J. D. (2012). Measuring Ethnic Voting: Do Proportional Electoral Laws Politicize Ethnicity? American Journal of Political Science, 56, 986–1001. doi:10.1111/j.15405907.2012.00601.x Jackman, R. W. (1987). Institutions and Voter Turnout in the Industrial Democracy. The American Political Science Review, 81(2), 405–424. doi:10.2307/1961959 Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Abdul Halim Sidek, Jeniri Amir, Rosmadi Fauzi,& Novel Lyndon, . (2012). Persepsi Politik Pengundi Belia Melayu Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu, (9), 191–214. Lazarsfeld, P. F., Berelson, B., & Gaudet, H. (1944). The People’s Choice: How the voter makes up his mind in a presidential campaign. New York: Columbia University Press. Lindberg, S. I., & Morrison, M. K. C. (2008). Are African Voters Really Ethnic or Clientelistic ? Survey Evidence from Ghana. Political Science Quarterly, 123(1), 95–122. Marzuki Mohamad, . (2012). Mitos Politik Baru. Utusan Online. Kuala Lumpur. Maznah Mohamad. (2008). Malaysia — democracy and the end of ethnic politics? Australian Journal of International Affairs, 62(4), 441–459. doi:10.1080/10357710802480691 Ming, L. L., Azhar, N. A., Hazri, H., & Mulakala, A. (2012). The Youth Factor: 2012 Survey of Malaysian Youth Opinion. Kuala Lumpur. Mohd Azmir, M. N., Paimah, A., Shamshinor, A. A., Adibah, M., Khairulneezam, M. N., & Adenan, M. J. (2013). Persepsi Pengundi Terhadap Isu Yang Akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan. In S. A. Baharuddin & M. N. Mansor (Eds.), PRU 13 Siapa Pilihan Pengundi (First., pp. 122–140). Bangi, Selangor: Institut Kajian Etnik UKM. Mohd Azmir Mohd Nizah, . (2016). Consequences of Ethnic Political Tolerance on Voting Behaviour in Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Mohd Azmir Mohd Nizah, Muhammad Shamshinor Abd Azzis, & Mohd Azri Ibrahim, . (2016). Selangor Voters Perception toward Issues in 13th Malaysian General Election. Mediterranean Journal of Social Sciences, 7(1), 44–51. Mohd Roslan, M. N., & Mahmud, A. (2013). The Malay Muslim Dilemma in Malaysia after the 12th General Election. Malaysian Journal of Democracy and Election Studies, 1(1), 10–23. Muhammad Shamshinor Abdul Aziss, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, & Mohd Azmir Mohd Nizah, . (2016). Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. In Muhamad Takiyuddin Ismail & . Sity Daud (Eds.), Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Sintok: UUM Press. Pepinsky, T. B. (2015). Interpreting Ethnicity and Urbanization in Malaysia’s 2013 General Election. Journal of East Asian Studies, 15, 199–226. Politweet.Org. (2013). The Rural-Urban Divide in Malaysia’s General Election. Retrieved from http://politweet.wordpress.com/2013/05/21/the-rural-urban-divide-in-malaysiasgeneral-election/ Ratnam, K. J., & Milne, R. S. (1970). The 1969 Parliamentary Election in West Malaysia. Pacific Affairs, 43(2), 203–226. Rudner, M. (1970). The Malaysian General Political Election of 1969: A Political Analysis. Modern Asian Studies, 4(1), 1–21. 318
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Segawa, N. (2015). Ethnic Politics and Consociationalism in the 2013 Malaysian Election. Japanese Journal of Political Science, 16(02), 177–194. doi:10.1017/S1468109915000055 Simon, H. A. (1952). A Behavioral Model of Rational Choice. Quarterly Journal of Economics, 99–118. Singh, K., Leong, S. M., Tan, C. T., & Wong, K. C. (1995). A Theory of Reasoned Action Perspective of Voting Behavior : Model and Empiric ... Psychology & Marketing, 12(1), 37. Subramaniam, S. (2011). Assessing Political Dynamics in Contemporary Malaysia : Implications for Democratic Change. ASIA Network Exchange, 19(1), 42–52. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2013). Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Umum. Retrieved April 20, 2015, from http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/ paparan_laporan.php Thock Ker Pong, ., & Tan Yen Yee, . (2016). DAP dan Politik Baharu di Johor. In . Muhamad Takiyuddin Ismail & . Sity Daud (Eds.), Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama (pp. 66–82). Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Usman Yaakob, Tarmiji Masron, & Masami, F. (2010). Ninety Years of Urbanization in Malaysia : A Geographical Investigation of Its Trends and Characteristics. Ritsumeikan Soc Sci Humanity, 4, 79–101. Retrieved from www.ritsumei.ac.jp/acd/re/k-rsc/hss/book/pdf/ vol04_05.pdf Vasil, R. . (1971). Politics in a Plural Society : A Study of Noncommunal Political Parties in West Malaysia (Vol. 67). Kuala Lumpur: Oxford University Press. Vejai Balasubramaniam, . (2005). The Politics of Locality and Temporality in the 2004 Malaysian Parliamentary Elections. Contemporary Southeast Asia, 27(1), 44–63. Wei, J., Ng, J., Rangel, G. J., Vaithilingam, S., & Pi, S. S. (2015). The 2013 Malaysian Elections: Ethnic Politics or Urban Wave? Journalof East Asian Studies, 15, 167–198. Weiss, M. L. (2013). Malaysia’s 13th General Elections: Same Result, Different Outcome. Asian Survey, 53(6), 1135–1158. doi:10.1525/as.2013.53.6.1135 Weiss, M. L. (Ed.). (2014). Electoral Dynamics in Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). Widmalm, S., & Oskarsson, S. (2013). Political Tolerance in India Descriptions and Explanations from the Heartland. Asian Survey, 53(3), 533–558.
319
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ANALISIS ISU DOMINAN DALAM PILIHANRAYA KECIL DUN SUNGAI LIMAU Mohd Azri Ibrahim, 2Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 3Mohd Azmir Mohd Nizah, 4 Afi Roshezry Abu Bakar, 5Mohammad Tawfik Yaakub 1 Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah 2 Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor 3 Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, 4 Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman 5 Universiti Malaya
1
Abstrak Pilihanraya kecil (PRK) merupakan medan pertembungan isu nasional dan isu tempatan. Pola pengundian dalam sesebuah di dasari oleh kemampuan jentera membentuk persepsi terhadap sesuatu isu yang bersifat manipulatif. Kajian ini bermatlamat membincangkan isu dominan dalam PRK DUN Sungai Limau pasca berlangsungnya PRU-13 pada 2013. Analisis dalam PRK ini bertujuan menginterpretasi isu nasional dan tempatan yang dominan sekali gus mempengaruhi pola pengundian. Melalui reka bentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini mengemukakan diskusi kesignifikanan dan kerelevanan yang mendasari proses pengundian dalam amalan demokrasi ini. Beberapa cadangan juga dibincangkan.
PENGENALAN Sejarah telah membuktikan bahawa pilihanraya umum pertama di Malaysia telah diadakan pada tahun 1955 bagi memilih kerajaan yang akan mentadbir Tanah Melayu ketika itu dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat telah berusaha untuk menuntut kemerdekaan daripada British. Hasilnya selepas dua tahun Tanah Melayu di bawah Perikatan telah berjaya memperoleh kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 daripada British. Malaysia setelah mencapai kemerdekaan merupakan sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Ini bermakna masa depan, hala tuju, kedaulatan, pemerintahan dan sebagainya yang berkaitan dengan negara akan ditentukan sendiri oleh rakyat Malaysia iaitu menerusi proses pilihanraya. Dalam konteks sistem politik, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi ini adalah berteraskan kepada kedaulatan rakyat yang berperanan memilih kerajaan yang akan memerintah negara menerusi pilihanraya. Ini bermakna dalam sesebuah negara demokrasi, pembentukan kerajaan yang akan memerintah negara adalah ditentukan oleh proses pilihanraya umum yang akan diadakan secara berkala. Dengan wujudnya pilihanraya ini bermakna rakyat akan menggunakan hak dan peluang tersebut untuk memberi mandat kepada parti-parti politik yang bertanding untuk memerintah negara. Proses pilihanraya dan pengundian ini akan mewujudkan kesesuaian dan persetujuan antara rakyat yang memilih dengan wakil atau parti yang dipilih. Pilihan raya merupakan satu ruang penglibatan rakyat untuk mengabsahkan kedudukan pemerintah sebagai kerajaan di sesebuah negara. Sehubungan itu, salah satu kelaziman dalam sistem demokrasi apabila terdapat perubahan sokongan terhadap sesebuah parti politik dalam pilihan raya melalui pendekatan tingkahlaku pengundian atau voting behaviour. Setiap rakyat atau pengundi juga mempunyai pilihan dan kecenderungan yang berbezabeza terhadap parti-parti politik yang bertanding. Sebagai contoh dalam aspek keluarga juga sering kali berlaku perbezaan sokongan atau pengundian semasa pilihanraya. Selain itu, transisi pola pengundian negeri dari PAS kepada UMNO pada PRU-13 di dasari oleh faktor seperti konflik dalam sesama ahli politik dan susur atur perancangan kempen yang tidak strategik (Mohd Fuad Mat Jali 2016:104) Hal ini menunjukkan bahawa undian adalah hak 320
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
setiap pengundi tetapi terdapat juga aspek-aspek yang boleh mempengaruhi pola pengundian tersebut terutamanya yang melibatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan kaum, kesetiaan terhadap parti, isu-isu yang di bangkit, peranan media, sentimen calon atau parti dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan pola pengundian. METODOLOGI Kertas kerja ini menjelaskan secara umum tentang peranan media dan isu-isu penting dalam pilihanraya kecil selepas PRU 13. Kajian kes memfokuskan pada PRK di DUN Sungai Limau. Dalam aplikasi rekabentuk kajian kualitatif, kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data. Pertama, kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan sumber sekunder. Kaedah penyelidikan kepustakaan ini bertujuan untuk memperolehi data bagi memenuhi keperluan kajian. Sumber sekunder yang diperolehi terdiri daripada buku, artikel daripada jurnal berimpak, tesis, disertasi, dokumen rasmi kerajaan, laporan tahunan dari syarikat pengurusan air yang berkaitan serta laporan dari akhbar utama dan sumber dari laman sesawang yang berautoriti.Kedua, kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian bagi mendapatkan senario sebenar yang mendasari isu di sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian PRK DUN Sungai Limau. KAJIAN LEPAS: PERANAN MEDIA & ISU PILIHANRAYA Rubin (1967) telah menjelaskan tentang pengaruh dan kepentingan televisyen dalam konteks politik dan pilihanraya.Ini kerana peranan televisyen sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat sangat besar pengaruhnya, terutamanya ketika pilihanraya. Sebagai contoh, televisyen digunakan di Amerika Syarikat sebagai platform debat calon-calon Presiden dan kesannya terhadap pilihanraya adalah besar manakala Patterson (1980) menjelaskan tentang hubungan antara pilihanraya dengan media massa dalam mempromosikan isu-isu semasa kempen pilihanraya. Secara umumnya hubungan antara pilihanraya dan media massa adalah sangat penting iaitu media digunakan sebagai alat atau medium untuk mempromosikan calon, parti dan juga isu-isu yang berkaitan. Media massa seperti televisyen dan surat khabar sangat penting dan berpengaruh dalam proses pilihanraya terutamanya yang berkaitan dengan paparan nilai berita pilihanraya bagi mempengaruhi tingkah laku pengundi dalam pengundian mereka. Begitu juga Morgan & Shanahan (1992) telah membincangkan tentang pengaruh dan nilai berita yang disampaikan menerusi media elektronik terhadap isu-isu pilihanraya terutamanya yang berkaitan dengan pengaruh tingkah laku pengundi. Mereka berpendapat bahawa wujud hubungan yang positif antara keputusan pilihanraya dengan nilai berita yang disampaikan tentang calon atau parti politik yang bertanding menerusi televisyen.Ini kerana mesej-mesej yang dipaparkan atau disampaikan menerusi televisyen mempunyai nilai berita dan berjaya mempengaruhi tingkah laku pengundi dalam pengundian mereka. Syed Arabib & Safar Hasim (1993) telah mendapati bahawa peranan dan pengaruh media dalam pilihanraya adalah penting dan boleh mempengaruhi pola pengundian seseorang pengundi menerusi nilai berita dan isu-isu pilihanraya yang disampaikan. Beliau mendapati bahawa media cetak dan elektronik arus perdana telah memberi liputan yang meluas kepada parti Barisan Nasional dan menonjolkan nilai-nilai positif terhadap calon Barisan Nasional. Situasi ini telah mendorong pengundi menilai berita tersebut dalam konteks kebaikan terhadap parti Barisan Nasional berbanding parti pembangkang. Dalam kajian lain Syed Arabib (1994) telah mendapati bahawa pengundi boleh dipengaruhi oleh nilai berita yang disampaikan oleh media terutamanya isu-isu pilihanraya. Menerusi pendekatan teori yang berdasarkan kepada penentuan agenda yang dibuat secara empirical – beliau mendapati pengundi lebih cenderung mengundi calon atau parti politik yang mendapat nilai berita yang positif seperti isuisu pembangunan, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kajian bersama Syed Arabib & Mazni (1995) telah mendapati bahawa media arus perdana lebih memaparkan isu-isu 321
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
nasional yang seperti pembangunan, dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan 2020, perpaduan antara pelbagai kaum dan pertumbuhan ekonomi yang baik. Kesan daripada nilai berita yang disampaikan oleh media didapati bahawa pola pengundian oleh pengundi adalah lebih cenderung menyokong parti Barisan Nasional berbanding parti pembangkang. LATAR BELAKANG PRK DUN SG. LIMAU Kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau N20 merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN di dalam Parlimen Jerai selain N21 Guar Chempedak dan N22 Gurun. Pilihanraya umum ke-13 menunjukkan hanya DUN N20 Sungai Limau sahaja yang dimenangi oleh PAS menerusi calonnya Ustaz Azizan Abdul Razak manakala kerusi Parlimen Jerai dan DUN Guar Chempedak serta Gurun berjaya dimenangi oleh calon BN. Jadual di bawah menunjukkan keputusan PRU 13 yang secara jelas membuktikan bahawa DUN Sungai Limau merupakan antara kubu kuat PAS di Kedah. Ustaz Azizan Abdul Razak telah Berjaya memenangi pilihanraya tersebut dengan mengalahkan calon BN dan dua calon Bebas dengan majority 2,774 undi. Keputusan ini menunjukkan ketokohan, kepimpinan dan pengaruh calon PAS iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak adalah kuat di DUN tersebut. Jadual 1.1: Keputusan Pilihanraya DUN N20 Sungai Limau 2013 Calon/Parti
Jumlah Pemilih
Peratusan Pengundi
Undi Diperoleh
Azizan Abdul Razak (PAS)
13,294
Mohd Fazillah Mohd Ali (BN)
10,520
Sobri Ahmad (Bebas)
27,287
Abdullah Hashim (Bebas)
89.2%
(Sumber: Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 2013)
100
Majoriti
2,774
84
Pilihanraya kecil DUN Sungai Limau diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N20 Sungai Limau selepas kematian bekas Menteri Besar Kedah dan juga merupakan ADUN bagi kerusi N20 iaitu Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak pada 26 September 2013 akibat komplikasi jantung. Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat pada 3 Oktober 2013 bagi menetapkan proses pilihanraya kecil N20 dan SPR telah mengeluarkan writ pada 3 Oktober 2013 manakala notis bagi pilihanraya pula pada 4 Oktober 2013. SPR telah menetapkan bahawa hari penamaan calon adalah pada 23 Oktober 2013 dan hari pengundian adalah pada 4 November 2013. Pilihanraya kecil N20 telah melibatkan pertandingan 2 penjuru antara calon PAS (Pakatan Rakyat) iaitu Mohd Azam Samad dan calon UMNO (Barisan Nasional) iaitu Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.Calon PAS merupakan Ketua Pemuda PAS Jerai manakala calon UMNO pula merupakan seorang pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 bagi bahagian pilihanraya DUN Sungai Limau dan digabungkan dengan daftar pemilih tambahan pada suku tahun pertama dan kedua 2013. Manakala pemilih di DUN Sungai Limau berdasarkan komposisi kaum adalah 93.03% adalah Melayu, 6.76% adalah kaum Cina, 0.06% pula kaum India dan 0.15% adalah lain-lain kaum. Keputusan pilihanraya bagi kerusi N20 Sungai Limau dalam pilihanraya kecil ini telah dimenangi oleh calon PAS dan seterusnya mengekalkan kekuasaan atau tradisi PAS di Sungai Limau. Berdasarkan kepada Jadual 1.8 di bawah calon PAS iaitu Mohd Azam Samad telah memperoleh jumlah undi sebanyak 12,069 manakala calon BN iaitu Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh undi sebanyak 10,985 undi. Oleh itu calon PAS iaitu Mohd Azam Samad telah memenangi pilihanraya kecil bagi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. 322
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 1.2: Keputusan Pilihanraya Kecil DUN N20 Sungai Limau 2013 Jumlah Peratusan Undi Calon/Parti Majoriti Pemilih Pengundi Diperoleh Mohd Azam Samad (PAS) 12,069 Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (BN)
27,222
85.41%
10,985
1,084
(Sumber: spr.com) Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya kecil di atas dan perbandingan dengan pilihanraya umum 2013 bagi kerusi N20 Sungai Limau, jumlah undi yang diperoleh oleh calon PAS adalah merosot berbanding jumlah undi yang diperoleh oleh Ustaz Azizan Abdul razak iaitu penurunan undi sebanyak 1,225 manakala jumlah undi yang diperoleh oleh calon BN menunjukkan peningkatan berbanding jumlah undi yang diperoleh dalam PRU 13 iaitu peningkatan sebanyak 465 undi. Manakala perbandingan majoriti juga menunjukkan kemenangan calon PAS dalam pilihanraya kecil merosot sebanyak 1,690 berbanding kemenangan Ustaz Azizan Abdul Razak dalam PRU 13 bagi kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 2,774 undi. ISU-ISU PRK SUNGAI LIMAU Kempen dan isu-isu PRK di DUN Sg. Limau telah menunjukkan bersaingan yang sihat dan harmoni. Parti-parti politik yang bertanding telah menunjukkan nilai kempen dan isuisu yang selari dengan amalan demokrasi. Ini dapat diperhatikan semasa proses kempen dan isu-isu yang diketengahkan oleh parti PAS dan juga BN. Kedua-dua pihak telah menunjukkan nilai kempen dan isu-isu yang diketengahkan merupakan isu yang melingkari kehidupan masyarakat setempat, negeri dan nasional. Kempen dan isu menerusi slogan “politik damai” jelas menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh parti PAS yang memberi gambaran bahawa PAS tidak bermusuh dengan BN yang menerajui pentadbiran di negeri Kedah dan meminta pengundi di DUN Sg. Limau agar dapat mengekalkan kerusi tersebut kepada parti PAS. Ini dapat dibuktikan dengan paparan kain rentang semasa kempen ini iaitu :Politik Damai – BN dapat Kedah, Sg. Limau untuk PAS”. Ini menunjukkan bahawa pendekatan yang digunakan oleh PAS boleh dianggap bersifat sentiment atau psikologi yang cuba mempengaruhi pengundi menerusi sentuhan perasaan pengundi untuk terus mengundi calon PAS. Begitu juga pendekatan yang digunakan oleh PAS dengan slogan ‘kekal” yang memberi konotasi bahawa kerusi DUN Sg. Limau seharusnya dikekalkan kepada parti PAS sebagaimana yang dimenangi oleh Ustaz Azizan Abdul Razak dalam PRU 13 yang lepas. Banner dan kain rentang banyak memaparkan slogan kekal ini seperti “ KEKAL – Street Soccer Sg. Limau”. Senario pasca PRU-12 dan PRU-13 menghujahkan bahawa faktor etnik seseorang adalah tidak lagi signifikan dalam pertimbangan pengundi; seperti dalam penentuan calon pilihanraya. Dalam hal ini, isu konflik etnik yang sering dimainkan oleh BN dalam kerjasama PAS (majoriti Melayu) dan DAP (majoriti Cina)dalam Pakatan Rakyat gagal dilihat gagal mempengaruhi golongan pengundi Melayu atas pagar. Hal ini adalah di dasari oleh tren politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab kemenangan dalam pilihanraya (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Namun, dapatan kajian ini menunjukkan prioriti masyarakat Melayu, khususnya dalam kalangan pengundi di Kedah adalah berkisar mengenai kemampuan calon dari segi implementasi manifesto dan program pembangunan yang dilaksanakan. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah elemen yang menjadi pertimbangan dalam kalangan pengundi (Paimah Atoma et al 2013: 135). 323
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Isu kepimpinan dan ketokohan serta latar belakang agama turut menjadi isu dan bahan kempen di pihak parti PAS.Ini memandangkan kejayaan Ustaz Azizan memimpin PAS Kedah dalam PRU 12 dan kejayaan-kejayaan yang dilakukan oleh beliau sepanjang pentadbirannya. Isu ini menjadi dominan kerajaan masyarakat dan pengundi di Sg. Limau sangat mengenali Ustaz Azizan dan ianya cukup mesra di kalangan masyarakat., Di samping itu juga PAS telah memainkan isu kepimpinan golongan muda dan latar belakang ilmu agama. Ini dapat dibuktikan apabila calon PAS merupakan calon muda dan mendapat pendidikan dalam bidang agama Islam. Isu ini dapat dibuktikan apabila terdapat sepanduk “KEKAL: calon anak muda, pendidikan tinggi agama dan anak didik Ustaz Azizan”. Isu yang agak dominan semasa pilihanraya kecil ini juga berkisar kepada isu ekonomi dan kos sara hidup. Ini memandangkan masyarakat di DUN Sg. Limau rata-rata masyarakat yang terkecimpung dalam sektor pertanian dan kerja-kerja kampung. Isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang sangat dominan dalam PRK ini. Isu ini dimainkan oleh parti PAS bagi mendapat sokongan terhadap parti mereka.Ini dapat dibuktikan menerusi siri ceramah dan poster yang berkaitan dengan isu ini. Sebagai contoh “ minyak, gula barang naik – janji mendera rakyat ditepati”. Ini memberi gambaran bahawa taraf hidup masyarakat dihimpit dengan kos harga barang dan isu ini dimainkan dalam PRK bagi mendapat sokongan pengundi. Isu keamanan dan ‘watak’ Mukriz merupakan antara isu yang agak dominan dalam PRK ini. Barisan Nasional memainkan betapa penting dan mustahaknya nilai keamanan dan perpaduan yang dilaksanakan oleh kerajaan di peringkat Pusat dan Negeri. Ini kerana keamanan akan memberi jaminan kehidupan masyarakat yang lebih baik dan harmoni. Ini dapat dibuktikan menerusi kempen “ Inilah Keamanan – bersama kita kekalkan”. Ini menunjukkan di bawah kepimpinan BN ianya sangat mementingkan nilai keamanan yang dapat memberi kehidupan yang sempurna kepada masyarakat. Begitu juga dengan ketokohan Mukriz yang dilihat sangat rapat dan mesra dengan masyarakat dan keterlibatan Mukriz dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ini dibuktikan dengan poster yang tertera “Program ramah mesra bersama Mukriz” Secara keseluruhanya dapat dibuktikan bahawa isu-isu yang diketengahkan dalam PRK ini lebih bersifat isu setempatan dan ianya sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat sekitar terutamnya dari aspek ekonomi, pendidikan, sukan dan sosial serta kesihatan. Isu-isu ini penting dan dominan dalam PRK ini kerana masyarakat sangat memetingkan nilai positif yang akan dapat dinikmati oleh masyarakat secara keseluruhannya. KESIMPULAN Pilihanraya kecil ini telah diadakan dengan baik dan berjalan dengan lancar oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Prinsip demokrasi telah dilaksanakan menerusi pilihanraya kecil bagi memilih wakil rakyat atas faktor kematian. Rakyat atau pengundi telah diberikan hak untuk memilih wakil rakyat yang diadakan secara adil dan bebas. Proses kempen dan isu-isu yang dibangkitkan telah mewarnai pilihanraya kecil kali ini dan ianya merupakan sebahagian amalan demokrasi menerusi pilihanraya. Keputusan telah diketahui dan pengundi telah membuat pilihan mereka, oleh itu proses memenuhi tanggungjawab terhadap kawasan Sungai Limau dan masyarakat adalah penting. Ini membuktikan bahawa Malaysia sentiasa menjunjung prinsip-prinsip demokrasi sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan proses pilihanraya telah membuktikannya seperti pilihanraya kecil di DUN Sungai Limau. RUJUKAN Ariff Budiman. 1978. Politik Darurat. Kuala Lumpur: Ek-Ekwan Enterprise. Barry, B. 1970.Sociologists, Economists and Democracy.London: The MacMillan Compony. Barbrook, A. 1975.Patterns of Political Bahaviour. London: Martin Roberson & Co. Ltd. 324
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Barrie Axford & Gary Browning. 1997. Politics: An Introduction. London: Routledge. Bowman, L & Boynton, G. 1974.Political Bahavior & Public Opinio: Comparative Analyses. New Jersey: Prentice Hall Inc. Bottomore,T. 1979. Political Sociology.London: Hutchinson & Co Publishers Ltd. Campbell, A, Converse, P, Miller, W & Stokes, D. 1966.Elections and the Political Order.New York: John Wiley And Sons Inc. Curtice, J. 2002. The States of Election Studies: Mid-Life Crisis or New Youth. Electoral Studies An International Journal. 21(1): 161-168. Dewan Masyarakat.2008. Edisi Khas PRU Ke-12.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Elcock, H. 1976. Political Bahavour.London: Methuen & Co. Ltd. Fernando, J. 2011. Pola Pengundian dan Isu-Isu dalam Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12. Dlm. Fernando J, Zulkanain & Suffian.Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12: Isu dan Pola Pengundian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Mlaya Flanigan, W & Zingale, N. 1975.Political Bahavior of the American Electorate.Boston: Allyn And Bacon Inc. Ghazali Mayudin. 2006. Demokrasi dan Pilihanraya di Malaysia. Dlm. Gazali, Jamaie, Sity & Zaini.Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia.Bangi: Penerbit UKM. Malaysia. 2011. Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia.Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. McDonald A. 1965. Politic A Study of Control Behavior.New Jersey: Rotgers University Press. Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad. 2002. Politik Baru Dalam Pilihanraya Umum. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016. Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340.http://dx.doi.org/10.5901/ mjss.2016.v7n1s1p44. Mohd Fuad Mat Jali. 2016. BN dan Kekuatan Kempen di Kedah. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Hlm. 83-108.Sintok:UUM Press. Mohd Rizal Mohd Yaakop (2002). Penglibatan politik: politik perbandingan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press. Riley, M. 1988. Power, Politics And Voting Bahaviour. New York: Harvester Wheatsheaf. Rizal & Jumaat.2002. Politik Etnik & Perkembangan Politik Baru.Dlm. Politik Baru Dalam Pilihanraya Umum.Bangi: Penerbit UKM. Rush, M & Althoff, P. 1971. An Introduction to Political Sociology.Bristol: Western Printing Services Ltd. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 1955-2008. Pelbagai Isu & Tahun Pilihanraya Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.
325
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DI SEBUAH SEKOLAH DI NEGERI PERAK Mohd Faiz Bin Mohd Yaakob, Jamal@Nordin Bin Yunus Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UniversitiPendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam kalangan guru di sebuah sekolah rendah negeri Perak. Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merupakan program peningkatan profesionalisme guru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Program ini secara jelas dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB), 2014 agar dilaksanakan dalam kalangan guru supaya peningkatan kualiti dan prestasi dapat dijayakan. Kajian berbentuk deskriptif ini menitikberatkan 6 dimensi utama; iaitu berkongsi dan menyokong kepimpinan; perkongsian nilai dan visi; pembelajaran kolektif dan aplikasi; perkongsian amalan personel; sokongan keadaan perhubungan dan sokongan keadaan struktur. Seramai 33 orang guru di sekolah tersebut dipilih secara persampelan tujuan( purposive sampling ) sebagai responden. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data kajian yang mengandungi 52 item berbentuk soalan skala Likert 4 mata. Nilai kebolehpercayaan alat kajian bagi seluruh item adalah α = 0.950. Kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat dan panduan kepada pihak Pejabat Pendidikan Negeri (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menambah baik program Komuniti Pembelajaran Profesional yang baharu diperkenalkan ini.
PENGENALAN Komuniti pembelajaran profesional merujuk kepada amalan kolaboratif dalam kalangan pendidik dan pemimpin sekolah yang komited secara bersama-sama menetapkan matlamat dan membina wawasan secara kolektif untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Kerjasama ini menggalakkan rasa kesepunyaaan nilai, matlamat, visi dan misi, kejelekitan dan memberikan peluang kepada guru dan pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam meningkatkan pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya pembangunan profesionalisme dapat ditingkatkan secara berterusan sepanjang kerjaya.(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Komuniti pembelajaran merujuk kepada amalan memberikan ilmu kepada masyarakat di sekolah, menjemput ibu bapa ke sekolah bagi membincangkan peningkatan pencapaian murid menerusi aktiviti penambahbaikan kurikulum dan program pembelajaran murid(Hord, 2004). KPM sendiri menyasarkan transformasi amalan profesionalisme berterusan meningkat kepada 60% menjelang 2025. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, amalan inisiatif kendiri yang berasaskan sekolah sudah berada pada tahap 16%. Kini, menjelang gelombang kedua PPPM 2013-2025, sepatutnya amalan pelaksanaan profesionalisme berterusan sudah berada di peringkat 40% iaitu pada 2016. Salah satu aktiviti dalam amalan profesionalisme berterusan ini adalah KPP dengan inisiatif kendiri iaitu dengan memberi autonomi dan keupayaan kepada guru dan pemimpin sekolah(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014)
326
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
LITERATUR Pelancaran Akta ‘No child Left Behind’ pada tahun 2001 oleh Amerika Syarikat telah menggalakkan model Professional Learning Community dilaksanakan di sekolah-sekolah di sana dan seterusnya terus berkembang kepada negara-negara barat dan beberapa negara maju yang lain (Lloyd, 2012). Istilah KPP muncul setelah kajian dan teori yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Kenyataan tersebut bermaksud istilah KPP muncul setelah konsep organisasi pembelajaran yang diperkenalkan oleh Senge pada tahun 1990 (DuFour, R., & Eaker, 2008). Organisasi untuk membentuk organisasi pembelajaran bagi meningkatkan kapasiti dalam kalangan komuniti. dalam bidang pendidikan pula, pengetua mengharapkan sekolah berupaya membentuk organisasi pembelajaran bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan dalam pendidikan yang kompleks, berubah-ubah dan sukar diramalkan masa depan (Senge, 1990). Namun, Namun, istilah tersebut telah diubah kepada komuniti pembelajaran profesional disebabkan pengkaji penambahbaikan sekolah yakini budaya berupaya memastikan sesuatu amalan dilaksanakan secara berterusan dalam jangka masa panjang (Hord, 2004). Kenyataan tersebut dengan memberikan pandangan mengenai perbezaan organisasi pembelajaran dan KPP. Organisasi pembelajaran lebih bersifat struktur iaitu pelaksanaannya dilakukan melalui penguatkuasaan peraturan dan jangka hayat pelaksanaan tersebut adalah pendek. Manakala, KPP berupaya dilaksanakan secara berterusan disebabkan faktor budaya sebagai penyumbang utama kejayaannya (Haberman, 2004). Guru yang mempunyai komitmen tinggi dalam melaksanakan kerja secara kolaborasi khususnya dalam aktiviti kolektif inkuiri dan kajian tindakan bagi menghasilkan dapatan yang lebih baik (Dufour, R., Eaker, R.,& Many, 2006). KPP merupakan sebuah amalan di tempat kerja yang melibatkan aktiviti pengajaran guru yang cekap dan berkesan (Rosenholtz, 1989).Hal tersebut disebabkan wujudnya faktor penyumbang kepada kejayaan seperti usaha pihak sekolah menyokong pembelajaran guru dan tahap komitmen tinggi rakan sejawat. Implikasi daripada peluang pembelajaran yang diperoleh guru, mereka akan berkongsi pandangan dan pengalaman (McLaughlin, M., Talbert, 2006) Model ini adalah hasil daripada kajian terhadap pembaharuan sekolah dan reformasi sekolah (school renewal dan school reform). Hord juga menggunakan teori organisasi pembelajaran daripada Peter Senge dalam model beliau. Menurut Hord, terdapat lima dimensi kepada komuniti pembelajaran profesional iaitu: • Sokongan dan perkongsian kepimpinan (Supportive and shared leadership) • Perkongsian nilai dan visi (Shared values and vision) • Pembelajaran Kolektif & Aplikasi Pembelajaran (Collective learning & application of learning) • Sokongan keadaan (Supportive conditions) • Perkongsian amalan (Shared practice) Menerusi model ini sekolah mendapat manfaat daripada struktur untuk peningkatan berterusan dan perubahan. Seperti juga model Dufourdan Eaker (1998), model ini juga memberikan penekanan kepada perubahan budaya yang mesti berlaku di sekolah untuk menjadi komuniti pembelajaran (Hord, 2004). Model ini juga mencadangkan dialog secara reflektif (Reflective dialogue) yang akan menyampaikan pembelajaran secara kolektif (collective learning). ini hanya memerlukan ahli yang membina kumpulan seramai 4 ke 5 orang guru sahaja (Hord, 2004). Kesimpulannya KPP muncul setelah pelaksanaan organisasi pembelajaran. Hal tersebut disebabkan KPP menekankan faktor budaya sebagai faktor penyumbang kepada pelaksanaannya secara berterusan dan jangka panjang. Manakala, kewujudan organisasi pembelajaran tertakluk kepada struktur sesebuah organisasi dan peningkatan 327
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
profesionalisme komuniti bergantung kepada penguatkuasaan peraturan. Selanjutnya, KPP merupakan amalan yang menekankan aspek kolaboratif dalam kalangan komuniti sesebuah organisasi. OBJEKTIF KAJIAN i. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti aspek berkongsi dan menyokong kepimpinan. ii. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti aspek pembelajaran kolektif dan aplikasi. iii. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti aspek perkongsian amalan personel. iv. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti aspek sokongan keadaan perhubungan.
Pembelajaran Profesional dari segi Pembelajaran Profesional dari segi Pembelajaran Profesional dari segi Pembelajaran Profesional dari segi
v. Untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dari segi aspek sokongan keadaan struktur METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk deskriptif tinjauan. Kaedah ini sangat berguna untuk mengumpul data berhubung dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung. Kaedah ini juga sering digunakan kerana maklumat yang tepat dapat diperoleh berkenaan kumpulan yang besar dengan menggunakan sampel yang kecil. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah persampelan tujuan (purposive sampling). Dalam persampelan bertujuan ini, sampel yang dipilih melibatkan pertimbangan individu, iaitu berdasarkan pengetahuan penyelidik dan tujuan khas penyelidikan (Sekaran, 2003) Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan harian kategori bandar di Perak. Pengkaji memilih Negeri Perak kerana negeri ini merupakan negeri terbesar bagi zon utara semenanjung Malaysia. Negeri Perak juga mempunyai bilangan guru sekolah kebangsaan yang paling ramai dan bilangan sekolah rendah yang paling banyak bagi zon utara semenanjung Malaysia. Berikut dinyatakan perbandingan bilangan guru sekolah kebangsaan mengikut zon utara dan bilangan sekolah kebangsaan. Jadual 1 : Bilangan guru sekolah kebangsaan zon utara Negeri Bilangan guru Bilangan sekolah Perlis 2089 58 Kedah 14,144 392 Pulau Pinang 6812 149 Perak 15,469 526
INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah pemerolehan data melalui soal selidik. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Soal selidik dapat mengukur ciriciri atau pemboleh ubah yang hendak diukur daripada saiz sampel yang banyak. Bagi mengukur Komuniti Pembelajaran Profesional, pengkaji memilih untuk menggunakan Professional Learning Community Assessment-Revised (PLCA-R) daripada kajian(Olivier, D. F., Hipp, K. K., & Huffman, 2010)yang menjalankan kajiannya di Amerika Syarikat. Kebolehpercayaan setiap dimensi dinyatakan seperti di bawah: 328
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 2 : Nilai Cronbach Alpha bagi keseluruhan Item Dimensi Bil. Item Cronbach Alpha Berkongsi dan Menyokong Kepimpinan 11 0.831 Perkongsian Nilai dan Visi 9 0.802 Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi 10 0.845 Perkongsian Amalan Personel 7 0.837 Sokongan Keadaan Perhubungan 5 0.720 Sokongan Keadaan Struktur 10 0.861 Keseluruhan 52 0.950
Berdasarkan pendapat Sekaran (2003), jika nilai Alpha menghampiri 1.0, bermakna kebolehpercayaan adalah tinggi, baik dan berkesan. Nilai Alpha yang kurang daripada 0.6 bermakna lemah dan tidak diterima, nilai Alpha di antara 0.6 hingga 0.7 boleh diterima dan nilai Alpha melebihi 0.8 adalah sangat baik. Jadi, keseluruhan soal selidik ini adalah mempunyai kebolehpercayaan yang boleh diterima dan sangat baik. KEPUTUSAN Tahap Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional Tahap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam kalangan guru dinilai melalui min. Hasil dapatan menunjukkan dimensi sokongan keadaan dari segi hubungan adalah berada di tahap yang paling tinggi dan dimensi berkongsi dan menyokong kepimpinan berada di tahap yang paling rendah berbanding dimensi yang lain. Jadual nilai min bagi keseluruhan dimensi adalah seperti berikut: Jadual 3 : Nilai Min bagi keseluruhan dimensi Dimensi Min Berkongsi dan Menyokong Kepimpinan 2.76 Perkongsian Nilai dan Visi 2.99 Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi 2.96 Perkongsian Amalan Personel 2.88 Sokongan Keadaan Perhubungan 3.23 Sokongan Keadaan Struktur 2.84 Jumlah Keseluruhan 2.92
SP 0.33 0.26 0.26 0.31 0.31 0.29 0.23
Garis panduan tahap min digunakan untuk melihat tahap sesuatu amalan ( Eke, 2011). Nilai min 1.00 hingga 2.5 dikategorikan sebagai rendah, sementara 2.51 hingga 4 dikategorikan sebagai tinggi. Dimensi yang dikategorikan sebagai tertinggi ialah Sokongan Keadaan Perhubungan dan yang paling rendah ialah Berkongsi dan Menyokong Kepimpinan. Perbincangan berkongsi dan menyokong kepimpinan Dimensi ini mempunyai lima ciri utama yang menunjukkan guru-guru dibimbing menjadi pemimpin, pemimpin sentiasa memberi sokongan, berkongsi kuasa dan autoriti dengan guru yang lain, pemimpin sekolah mengamalkan keluasan pembuatan keputusan dan semua ahli komuniti sekolah bertanggungjawab terhadap keputusan yang ditetapkan. Secara keseluruhan, perspektif guru terhadap berkongsi dan menyokong kepimpinan adalah di tahap tinggi yang paling rendah jika dibandingkan dengan semua dimensi. Namun, masih lagi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 2.51.Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.76 dan peratus keseluruhan pula 62.7%. 329
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Perbincangan pelaksanaan perkongsian nilai dan visi Perkongsian nilai dan visi mempunyai empat ciri utama iaitu pengharapan yang tinggi, berfokus kepada pembelajaran murid, menyokong nilai-nilai dan norma-norma dan kesepunyaan visi menjadi garis panduan bagi pengajaran dan pembelajaran. Perspektif guru terhadap perkongsian nilai dan visi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 2.51. Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.76 dan peratus keseluruhan pula 74.7%. Perbincangan pelaksanaan pembelajaran kolektif dan aplikasi Dimensi ini menyenaraikan empat ciri utama iaitu adanya perkongsian maklumat, guruguru bekerja secara kolektif untuk merancang, menyelesaikan masalah dan menambah baik peluang pembelajaran murid, guru bersama-sama meneroka ilmu, kemahiran dan strategi baru dan mengaplikasikan amalan pengajaran baru di dalam kerja guru seharian. Perspektif guru terhadap pelaksanaan pembelajaran kolektif dan aplikasi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 2.96.Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.76 dan peratus keseluruhan pula 74%. Perbincangan pelaksanaan perkongsian amalan personel Perkongsian amalan personel lebih memberi perhatian terhadap proses yang menggalakkan guru-guru berinteraksi, menyediakan maklum balas dan berkongsi keputusan pengalamanpengalaman pembelajaran murid. Perspektif guru terhadap perkongsian nilai dan visi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 3.23 Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.88 dan peratus keseluruhan pula 80%. Dimensi ini mencatatkan tahap yang paling tinggi dalam kesemua dimensi. Perbincangan pelaksanaan sokongan keadaan perhubungan Sokongan keadaan dari segi perhubungan mempunyai lima ciri yang terbahagi kepada dua faktor iaitu dari segi perhubungan manusia dan struktur. Faktor perhubungan manusia ini mempunyai lima ciri iaitu perhubungan yang menunjukkan sayang (penyayang), percaya mempercayai dan hormat menghormati, pengiktirafan dan raikan kejayaan, berani menerima risiko dan melakukan perubahan secara usaha sama yang telah menjadi amalan (tertanam dalam komuniti sekolah). Perspektif guru terhadap perkongsian nilai dan visi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 2.51.Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.76 dan peratus keseluruhan pula 74.7%. Perbincangan Pelaksanaan Sokongan Keadaan Struktur. Dimensi sokongan keadaan struktur pula termasuk tiga ciri utama iaitu sumber-sumber, kemudahan-kemudahan dan sistem komunikasi yang mana akan muncul ketika hendak melihat perbezaan tahap perubahan mengikut tiga fasa pembangunan komuniti pembelajaran profesional. Perspektif guru terhadap perkongsian nilai dan visi dikategorikan sebagai tinggi kerana melepasi nilai 2.51. Nilai purata skor min yang dicatatkan ialah 2.84 dan peratus keseluruhan pula 71%. RUMUSAN Kesimpulannya, pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional di antara guru dalam kajian ini adalah tinggi. Enam dimensi amalan komuniti ini telah difahami dan diamalkan oleh guru. Komuniti Pembelajaran Profesional ini berlaku secara serta saling bergantungan antara satu sama lain bagi merealisasikan pembelajaran berlaku dalam kalangan guruguru. Namun, dapatan menunjukkan dimensi berkongsi dan menyokong kepimpinan masih rendah jika dibandingkan dengan dimensi yang lain. Ini menunjukkan terdapat jurang antara pemimpin sekolah dan guru dalam perkongsian kepimpinan sedangkan 330
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan satu pendekatan untuk membangunkan kapasiti warga sekolah. Pendekatan tersebut menekankan aktiviti pembelajaran secara berterusan tanpa mengambil kira hierarki dalam kalangan staf dan murid. Dengan melaksanakan pendekatan tersebut, tahap penglibatan warga sekolah khususnya guru dalam proses penambahbaikan sekolah adalah tinggi dan berupaya meningkatkan pencapaian diri mereka. Hasrat tersebut akan tercapai dengan strategi kepimpinan sekolah bagi mewujudkan komuniti pembelajaran profesional. Dengan kata lain, peranan dan komitmen kepimpinan sekolah amat diperlukan kerana telah wujud bukti yang kukuh bahawa kepimpinan sekolah berupaya melakukan perbezaan terhadap pencapaian sekolah. RUJUKAN DuFour, R., & Eaker, R. (2008). Revisiting professional learning community at work: New insight for improving school. Bloomington,IN: Solution Tree. Dufour, R., Eaker, R.,& Many, T. (2006). Learn by doing: A handbook for prefessional learning communitie at work. Bloomington,IN: Solution Tree. Haberman, M. (2004). Can teachers create learning communities? Educational Leadership. Hord, S. M. (2004). Professional learning communities: An overview. In Learning together, leading together: Changing schools through professional learning communities. New York: Teacher’s College Press. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan. Lloyd, T. (2012). A Program Evaluation of a Professional Learning Community. Walden University. McLaughlin, M., Talbert, J. . (2006). Building school-based teacher learning communities: Professional strategies to improve student achievement. New York: Teacher’s College Press. Olivier, D. F., Hipp, K. K., & Huffman, J. B. (2010). Demystifying professional learning communities: School leadership at its Best. Lanham, MD: Rowman & Littlefield. Rosenholtz, S. (1989). Teacher’s workplace: The social organization of schools. New York: Longman. Sekaran, U. (2003). Reseach method for bussines. San Francisco: John Wiley & Sons. Senge, P. (1990). The fifth discipline:The art and practiseof the learning organization. London,UK: Doubleday.
331
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ISU PELARIAN ROHINGYA DAN KESELAMATAN INSAN Mohd Kamal Omar, 2Bakri Bin Mat, 3Zarina Othman 1,3 Universiti Kebangsaan Malaysia, 2 Universiti Utara Malaysia
1
Abstrak Lebih daripada 40 tahun selepas pendaratan pertama pelarian Vietnam di pantai timur, Malaysia mash lagi menjdi destinasi tumpuan pelarian. Pada bulan Mei 2015, seramai 1,158 pendatang Rohingya dari Myanmar telah mendarat di pantai barat Malaysia. Rohingya, adalah kaum etnik tanpa negara dari Myanmar. Mereka di zalimi dan tertakluk pelbagai bentuk pemerasan. Kebanjiran mereka menjadi isu yang sukar untuk ditangani kerana Myanmar adalah negara ASEAN, sementara Rohingya pula adalah kaum etnik yang beragama Islam. Dengan mengaplikasi konsep keselamatan insan, kajian ini mengkaji pelarian Rohingya dan implikasinya terhadap kelangsungan hidup. Selain daripada data sekunder, kajian ini turut menemu bual informan iaitu pelarian Rohingya yang telah berada di Malaysia dan juga beberapa pihak berotoriti untuk memahami masalah pelarian ini di Malaysia. Hasil penemuan awal kajian menunjukkan Rohingya ini telah dilucutkan kewarganegaraannya, di tindas dan di halau dari Myanmar. Di Malaysia mereka didaftarkan di bawah UNHCR namun tidak dibenarkan bekerja dan ini mengancam survival dan hak asasi mereka. Begitu juga ada antara mereka yang telah dipemerdagangkan, justeru menjadikan mereka ini sama seperti bahan komoditi dan dengan ini mengancam hak asasi manusia. Kajian ini mencadangkan agar kerajaan Malaysia dengan sokongan NGO dan juga negara ASEAN yang lain bekerjasama menangani isu ini atas dasar hak asasi manusia dan keselamatan insan. Kata kunci : hak asasi, keselamatan insan, Rohingya.
PENGENALAN Sejarah memaparkan bahawa rantau Asia Tenggara tidak pernah bebas daripada konflik sama ada berupa penindasan, penghapusan etnik, pembunuhan beramai-ramai dan peperangan. Begitu jiga rantau ini tidak lari dari isu anacaman bukan tradisional seperti pemerdagangan manusia (Zarina, Nor Azizan, Mohd Kamal 2015), keselamatan makanan (Bakri &Zarina 2014), ancaman dadah (Zarina &Mohamad Daud 2015). Antaranya ialah pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja oleh rejim Pol Pot, tunjuk perasaan menuntut kemerdekaan di Timor-Timur (kini Timor-Leste) dan Perang Vietnam yang telah mengorbankan banyak nyawa. Terkini, ancaman keselamatan yang merencami rantau Asia Tenggara ialah penindasan etnik Rohingya iaitu antara ‘pelarian paling tertindas di dunia’ label yang diberikan oleh media antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia bagi menggambarkan ketidaktentuan nasib mereka. Sehinggakan jika dibandingkan dengan rakyat Palestin, etnik Rohingya mungkin dikatakan lebih menderita kerana tidak dapat menikmati hak sivil (Abdul Halim, Yohan Kurniawan & Hishamuddin tt). Malah pelarian etnik Rohingya didapati jauh lebih malang kerana mereka adalah “rakyat tanpa negara.” Rohingya adalah suku etnik dari Myanmar. Dengan status tanpa negara ini menjadi faktor penolak untuk mereka keluar dan mencari kehidupan yang lebih baik. Antara destinasi kegemaran adalah Malaysia. Lebih 40 tahun selepas pendaratan pertama pelarian Vietnam di pantai timur, negara ini masih menjadi tumpuan pelarian pelbagai negara sehingga ke hari ini. Selepas menerima gelombang pelarian Vietnam dari pertengahan 1970-an hingga 1980an, Malaysia pernah menerima pelarian Selatan Thailand dan Selatan Filipina pada 1990-an 332
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
selain pelarian Tamil dari Sri Lanka pada lewat 2000. Malaysia pernah menjadi hos pada pelarian Bosnia, Iraq dan Syria. Kebanjiran pelarian etnik Rohingya menjadi isu yang sukar untuk ditangani kerana Myanmar adalah negara anggota Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), sementara Rohingya pula adalah kaum etnik yang beragama Islam. Malaysia sekali lagi tidak dapat menolak kebanjiran warga Rohingya atas dasar kemanusiaan. Dengan mengaplikasi konsep keselamatan insan, kajian ini mengkaji pelarian Rohingyas dan implikasinya terhadap kelangsungan hidup. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk 1) mengkaji latar belakang dan sejarah pelarian etnik Rohingyas di Malaysia dan Myanmar; 2) menganalisis implikasi pelarian Rohingyas terhadap keselamatan insan iaitu keselamatan ekonomi, kesihatan dan komuniti; 3) memberi cadangan inovatif untuk kelangsungan hidup etnik Rohingyas. Sorotan Karya Adalah sukar untuk menafikan bahawa kehadiran pelarian ke sesebuah negara pasti memberikan kesan yang negatif. Namun, pada masa yang sama kita tidak dapat menolak bahawa kehadiran pelarian ini juga dapat memberikan kesan yang positif dari pelbagai aspek (UNHCR 2004). Ini diakui oleh Jacobsen (2002) dalam kajiannya yang mendapati bahawa kehadiran pelarian Rwanda dan Burundi di Tanzania bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada negara tersebut dari aspek keselamatan, ekonomi dan alam sekitar tetapi pada masa yang sama mendatangkan sumber seperti bantuan kemanusiaan antarabangsa, aset ekonomi dan modal insan ke negara itu. Terdapat antara pelarian ini memiliki kepakaran yang dapat digunakan untuk kebaikan masyarakat setempat. Ini dipaparkan oleh Crisp et al. (2009) dalam kajiannya ke atas pelarian Iraq di Amman, Jordan yang mendapati kehadiran pelarian Iraq ini telah membekalkan sumber modal insan berbentuk kepakaran dalam bidang kedoktoran dan perniagaan yang telah membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kualiti kesihatan dan aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun terdapat juga kajian seperti oleh Deikun dan Zetter (2010) dan Buscher dan Heller (2010) dan Alexander (2008) yang menunjukkan kehadiran pelarian ini memberikan kesan negatif kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan-kawasan yang penduduknya sedia ada padat sepertimana kajian ke atas pelarian Chin dari Myanmar yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur (Malaysia) dan New Delhi (India). Selain itu, terdapat juga kajian yang menujukkan penglibatan pelarian dalam komplot pembunuhan dan menggulingkan kerajaan sepertimana penglibatan pelarian Tamil Sri Lanka dalam episod pembunuhan Perdana Menteri India, Rajiv Ghandi pada tahun 1991 dan penglibatan pelarian Rwanda Tutsi dalam episod penyingkiran Perdana Menteri Uganda, Milton Obote (Salehyan dan Gleditch 2006). Malah, terdapat juga isu yang menunjukkan kem pelarian telah digunakan sebagai tempat perlindungan pemberontak dan pengrekrutan anggota baru mereka sepertimana yang berlaku di kem penempatan pelarian Afganistan di Pakistan semasa perang antara Afganistan menentang Soviet Union (Rashid 2008). Di Malaysia, kajian tentang migrasi dan keselmatan amat terbatas (Zarina & Nor Azizan 2015) namun kajian mengenai pelarian makin berkembang. Birpun merupakan antara negara penerima pelarian paling ramai, namun kajian mengenai pelarian masih terbatas. Antara sebilangan kecil kajian serius yang dihasilkan adalah oleh Tan (2008), Shazlin Yante (2009), Andika (2011), Azlinariah (2012), Aizat (2012), Azizah (2015), Salawati (2015) dan Abdul Halim et al. (tt). Tan (2008), membincangkan adaptasi orang pelarian etnik Rohingya di Kuala Lumpur dari pelbagai aspek termasuklah peluang pekerjaan dan diskriminasi oleh majikan, kos perubatan yang tinggi, isu dokumen sijil kelahiran dan akademik anak-anak etnik Rohingya. Shazlin Yante (2009), membincangkan orang pelarian dari Myanmar secara umum. Andika (2011) menumpukan kepada pelarian kaum China dari Myanmar dan Aizat (2012) 333
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pula membandingkan isu keselamatan insan dalam kalangan etnik Rohingya di Semenanjung Malaysia dan orang pelarian Filipina di Sabah. Azlinariah (2012) dan Abdul Halim et al. (tt) juga mengkaji tentang pelarian Rohingya tetapi dari perspektif sejarah pelarian etnik Rohingya di Myanmar sehingga kepada berlakunya migrasi. Azizah (2015) pula mengkaji isu pelarian etnik Rohingya dari sudut dasar kerajaan Malaysia dan implikasi dasar terhadap kehidupan seharian pelarian Rohingya. Manakala Salawati (2015) pula membincangkan tentang hak pekerjaan kepada pelarian. METODOLOGI KAJIAN Untuk kajian tinjauan awal, kajian ini melibatkan kajian perpustakaan sepenuhnya. Data sekunder yang diperoleh dianalisis untuk menjawab persoalan penyelidikan yang dibentuk. Kajian perpustakaan digunakan untuk memahami dan mengkaji tajuk ini dengan lebih mendalam. Ini termasuklah mendapatkan latar belakang pensejarahan dan kedudukan semasa etnik Rohingya di Myanmar, sejarah kemasukan pelarian Rohingya ke Malaysia, statistik pelarian Rohingya di Malaysia dan kajian-kajian penyelidik terdahulu yang berkaitan dengan migrasi, keselamatan dan pelarian. Manakala sumber rujukan adalah daripada bahan terbitan seperti buku hasil dari penyelidikan, jurnal akademik berkaitan, makalah, laporan dan terbitan dalam laman sesawang yang berotoriti seperti laman sesawang UNHCR, laporan Amnesty International dan sebagainya. Konsep: Keselamatan Insan Keselamatan insan ialah satu konsep yang meletakkan keselamatan hidup manusia sebagai objektif utama polisi keselamatan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa (FukudaParr & Messineo, 2012). Ciri ini menjadi asas perbezaan utama antara konsep keselamatan insan dan konsep keselamatan negara kerana ia melihat kepada manusia sebagai unit analisis. Konsep keselamatan insan tidak hanya mendefinisikan istilah keselamatan menjurus kepada ancaman ketenteraan, sebaliknya melihat dari perspektif yang lebih menyeluruh merangkumi elemen-elemen keselamatan bukan tradisional seperti ekonomi, kesihatan dan alam sekitar sebagai faktor yang menjejaskan kehidupan harian setiap individu (Thomas, 2007: 22; Walt, 1991:212). Pandangan ini menjadi inti pati laporan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNDP (1994) dalam Human Development Report. Dalam laporan ini, UNDP yang menjelaskan keselamatan insan sebagai kebebasan atau keamanan daripada ancaman kronik seperti kelaparan, penyakit dan penindasan dan kedua, perlindungan daripada gangguan yang bersifat tiba-tiba dan menjejaskan corak kehidupan harian sama ada dari sudut pekerjaan, di rumah dan dalam komuniti (hlm.23). UNDP seterusnya telah menghujahkan bahawa pemahaman konsep keselamatan harus berubah dari keselamatan tradisional yang berpaksikan keselamatan negara kepada keselamatan yang lebih bertumpu kepada setiap individu. Dalam hal ini, dua pendekatan diambil dalam menerangkan hak keselamatan setiap individu iaitu freedom from fear atau bebas dari ketakutan bahaya yang mengancam jiwa dan freedom from want atau bebas daripada ancaman terhadap kelangsungan hidup mereka. Walaupun senarai ancaman terhadap keselamatan insan adalah panjang, UNDP telah mengklasifikasikan bentuk-bentuk ancaman tersebut kepada tujuh (7) komponen iaitu i) keselamatan ekonomi (bebas dari kemiskinan dan kehidupan yang terjamin), ii) sekuriti makanan (akses terhadap sumber makanan yang sedia ada), iii) keselamatan kesihatan (kemudahan kesihatan dan perlindungan dari penyakit), iv) keselamatan alam sekitar (aman dari pencemaran dan akses terhadap persekitaran yang baik), v) keselamatan personal (selamat dari ancaman fizikal seperti peperangan), vi) keselamatan komuniti (komuniti yang terjamin dari sudut budaya dan kelangsungan) dan vii) keselamatan politik iaitu jaminan dari sudut hak asasi dan perlindungan dari tekanan politik (UNDP, 1994:22-25). UNESCO kemudiannya dengan berpandukan konsep yang dibangunkan oleh UNDP, telah mengembangkan bentuk-bentuk ancaman keselamatan insan kepada lapan (8) komponen 334
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
melalui penambahan elemen keselamatan budaya (UNESCO, 2008). Elemen budaya, khususnya kewujudan pelbagai budaya tidak dilihat sebagai faktor konflik dan perpecahan, sebaliknya sebagai bukti kesatuan manusia. Kumpulan penyelidikan dari Bangi, Selangor, Malaysia, yang berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya telah mengutarakan kerangka baru dengan menambah elemen keselamatan sosial ke dalam senarai lapan ancaman yang telah dikembangkan oleh UNESCO sebelum ini, dengan menamakannya sebagai Bangi Approach to Human Security (BAGHUS). Walaupun mengakui model yang dicadangkan oleh agensi PBB itu lebih universal, BAGHUS dihujahkan lebih sesuai dilaksanakan dalam konteks rantau Asia Tenggara kerana mengambil kira keunikan dan perbezaan yang wujud di rantau ini. Masyarakat memerlukan keselamatan sosial yang munasabah, sebagai contoh jaminan dari sudut dari sudut keselamatan sosial dan ekonomi untuk lebih berdaya maju. Dalam erti kata lain, keselamatan insan di rantau ini mengambil kira keselamatan dari dalam (kebebasan dari ketakutan) dan juga, keperluan terhadap pembangunan manusia untuk memenuhi elemen kebebasan dari kemahuan. Manakala, keselamatan personal pula adalah saling berkait rapat dengan keselamatan komuniti kerana wujud perkaitan yang rapat dalam hubungan individu dan komuniti. Menurut pendekatan BAGHUS, keselamatan budaya juga memberi tumpuan kepada kesamaan gender, berbeza dengan UNDP yang hanya memberi tumpuan kepada usaha melindungi etnik atau kumpulan minoriti (Rashila, Zarina, Nor Azizan & Sity, 2012; Sity, Zarina, Rashila 2015).
Sumber: Rashila, Zarina, Nor Azizan & Sity (2012) Rajah 1: Pendekatan Bangi terhadap Keselamatan Insan Ancaman terhadap keselamatan insan bukan hanya berpunca dari dalam sesebuah negara, tetapi juga ancaman rentas sempadan di peringkat global kesan daripada pertumbuhan populasi yang tidak terkawal, peperangan, jurang ekonomi antara negara maju dan membangun, migrasi yang melampau, kemerosotan alam, bahaya dadah dan juga ancaman pengganas antarabangsa (UNDP, 1994:34-38). Walaupun ancaman yang dibincangkan di atas adalah sama seperti yang dihadapi dalam rangka perbincangan keselamatan negara, perbezaan yang ketara adalah fokus perbincangan bukan lagi berpusat kepada negara, tetapi kepada individu atau komuniti. Peranan sebuah negara pula adalah penting sebagai institusi utama yang berupaya merealisasikan keselamatan insan (Landman, 2006:13).
335
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERBINCANGAN a. Etnik Rohingya di Myanmar Etnik Rohingya adalah penduduk Muslim di wilayah Rakhine di barat laut Myanmar, daerah yang bersempadan dengan Bangladesh (rujuk Peta 1). Etnik ini berbeza dari segi budaya, agama dan bahasa dengan suku etnik Myanmar yang lain. Walaupun ada yang menyatakan etnik Rohingya merupakan kaum asli di wilayah Rakhine, namun banyak ilmuwan sejarah menolak fakta ini dan berpendapat mereka ialah kaum pendatang dari Bengal dan menetap di Rakhine sebagai pedagang seawal kurun ke-15. Menurut Abu Talib (2000) pula, etnik Rohingya telah datang ke Myanmar pada abad ke20 Masihi lagi dan menetap di sekitar Akyab-Chittagong. Etnik ini terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Terdapat juga pandangan yang menyatakan etnik Rohingya merujuk kepada keturunan imigran dari Chittagong dan menetap di Rakhine setelah wilayah tersebut jatuh ke tangan British di bawah Perjanjian Yandabo 1826 (Azharudin dan Azlinariah 2012). Aliran masuk migrasi ini berakhir setelah Myanmar mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.Etnik Rohingya membentuk 1/3 daripada jumlah penduduk di wilayah Rakhine, Myanmar. Etnik Rohingya dinafikan oleh kerajaan Myanmar melalui Undang-undang Kerakyatan 1982 (Citizenship Act 1982) yang tidak menyenaraikan etnik Rohingya sebagai salah satu daripada 135 etnik Myanmar. Lebih dahsyat lagi apabila Presiden Myanmar, Thein Sein secara terangterangan berkata 800,000 penduduk Rohingya yang berada di Myanmar adalah golongan yang ‘tidak diingini di Myanmar’ dan meminta PBB supaya membawa mereka keluar dari negara itu (Farah Zamira 2012). Selain dilucutkan hak kewarganegaraan, etnik Rohingya di Myanmar turut mengalami beberapa kekejaman dan sekatan rejim. Diskriminasi sejak beberapa lalu menyebabkan etnik Rohingya tidak dianggap sebagai rakyat Myanmar dengan kerajaan dilaporkan menghadkan pergerakan serta tidak membenarkan etnik ini memiliki tanah, dan pendidikan (Utusan Online 13 Julai 2012) termasuklah paksaan untuk keluar dari Islam dan menganuti Buddha (Froyoplus 2012). Etnik yang dilihat sebagai “the lowest of the low” dalam negara Buddha itu terus-terusan mengalami penderitaan dan penindasan sehingga ke hari ini dan tidak menunjukkan tandatanda akan ianya berakhir (Azharudin dan Azlinariah 2012). Malah etnik ini juga menjadi mangsa terhadap segala jenis ancaman sama ada dari junta Myanmar ataupun pihak Sami serta penganut Buddha yang ekstrim. Etnik ini telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak junta tentera Myanmar sejak tahun 1978. Ketika ini, hampir 140,000 etnik Rohingya ditempatkan di kem-kem pelarian di pinggir Sittwe, ibu kota Rakhine, selepas tercetusnya perbalahan etnik dan agama pada penghujung 2012 yang turut mengorbankan lebih 240 nyawa (Syed Azwan 2015).Situasi inilah yang menyebabkan ramai etnik Rohingya terpaksa melarikan diri dan menjadi pelarian di Bangladesh, Thailand, Indonesia dan Malaysia serta beberapa negara lain dan menjadi isu keselamatan insan. b. Pelarian Etnik Rohingyas di Malaysia Pelarian etnik Rohingya ini telah tiba di Malaysia sejak tahun 80-an lagi (Tan 2008). Ini bermakna ada dia antara mereka telah tinggal di negara ini lebih daripada 3 dekad. Sehingga kini ada antara mereka masih tinggal di negara ini. Perkampungan etnik Rohingya ini boleh di dapati di Ampang, Gombak dan Selayang di Selangor. Etnik Rohingya diberikan status pelarian di bawah mandat Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR). Namun, pelarian etnik Rohingya ini tetap dianggap sama dengan pendatang tanpa izin (PATI). Walaupun mempunyai jumlah pelarian yang besar, Malaysia didapati tidak menganggotai mana-mana instrumen hak asasi manusia termasuklah Konvensyen 336
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
berkaitan dengan Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, iaitu instrumen antarabangsa utama yang berkaitan dengan perlindungan untuk pelarian (UNHCR 2010:9: Adnan 2007:4). Ini bermakna, secara otomatik Malaysia tidak memberikan apa-apa bentuk status kepada mana-mana pelarian termasuklah peluang untuk mendapat akses kepada pekerjaan yang sah. Seringkali persoalan yang berkaitan dengan hak untuk bekerja bagi pelarian di Malaysia dijawab bahawa undang-undang Malaysia adalah “tidak mencukupi” untuk berurusan dengan situasi pelarian yang ‘menumpang’ di Malaysia tetapi pada masa yang sama mahukan pekerjaan untuk diri mereka (Arshad 2003:8; Loh 2010:4; Salawati 2015:121). Jika dilihat dari sudut keselamatan insan sewajarnya, pendirian Malaysia ini mungkin memberi tekanan hidup secara keseluruhan kepada pelarian terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Namun, menurut Kaur (2007) pendirian Malaysia ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh isu kedaulatan dan keselamatan dalam negara kerana kerajaan Malaysia amat menekankan aspek keselamatan ang amat penting kepada survival Malaysia dalam persekitaran yang kompetitif.
Sumber: http://www.cfr.org/burmamyanmar/rohingya-migrant-crisis/p36651 Peta 1: Laluan migrasi pelarian etnik Rohingya Di Malaysia, statistik menunjukkan pelarian etnik Rohingya yang beragama Islam ini merupakan etnik kedua terbesar daripada sekurang-kurangnya sepuluh kumpulan etnik Myanmar yang terdapat di negara ini. Sehingga tahun 2012, sudah terdapat 25,575 orang pelarian Rohingya di negara ini. Jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun bermula 13,300 orang pada tahun 2008, 15,790 orang setakat September 2009, 19,847 orang pada tahun 2010, dan 21,840 orang pada tahun 2011 (Azizah 2015). Sehingga kini terdapat 45,000 orang Rohingya didaftarkan di Malaysia dengan memegang status UNHCR (Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) dan masih terdapat 20,000 pelarian Rohingya di sini yang masih belum didaftarkan.
337
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 1: Statistik jumlah pelarian Myanmar dan etnik Rohingya di Malaysia dari tahun 2008 sehingga 2012. Pelarian/Tahun
2008
2009
2010
2011
2012
Pelarian Myanmar (Keseluruhan)
33,100
42,309
84,852
86,912
92,561
Pelarian Myanmar dari etnik Rohingya
13,300
15,194
19,847
21,840
25,575
Sumber: Azizah (2015)
Dari segi agihan lokasi tempat tinggal, etnik Rohingya terdapat di merata-rata tempat di negara ini. Tetapi jumlah yang paling ramai ditemui ialah di kawasan-kawasan bandar di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor Bahru, iaitu di kawasan pekerjaan mudah didapati. Dari segi demografi pula majoriti pelarian ini terdiri daripada kaum lelaki dan orang dewasa yang berumur antara 18 hingga 60 tahun ke atas (Azizah Kassim 2015a).
Carta 1: Sebaran lokasi tempat tinggal pelarian Rohingya sehingga Jun 2012
Sumber: Azizah (2015) Carta 2: Taburan pelarian Rohingya mengikut jantina
Sumber: Azizah (2015)
338
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Carta 3: Taburan pelarian Rohingya mengikut umur Sumber: Azizah (2015)
c. Implikasi Keselamatan Insan i. Eksploitasi dan keselamatan komuniti Disebabkan halangan kepada akses pekerjaan sah, terdapat pelarian etnik Rohingya yang memasuki pasaran kerja tidak formal yang terdedah kepada ekploitasi oleh majikan yang tidak bertanggungjawab. Justeru, dengan adanya akses pekerjaan yang sah, ia dapat mengelak pelarian etnik Rohingya ini daripada memasuki pasaran kerja tidak formal dan dieksploitasi oleh majikan sepertimana dilaporkan oleh Tan (2008) dalam kajiannya. ii. Pendapatan dan keselamatan ekonomi Terdapat antara pelarian etnik Rohingya ini yang telah berkahwin dan memiliki keluarga di sini dan sumber ekonomi kebanyakan keluarga Rohingya adalah bergantung pada pendapatan suami. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga menjadi lebih berat sekiranya mereka tidak mempunyai pekerjaan. Dengan adanya akses pekerjaan yang sah, ia dapat meringan beban yang ditanggung oleh ketua keluarga. Ia juga mengelak daripada berlakunya buruh paksa dalam kalangan kanak-kanak dan orang tua bagi membantu keluarga seperti yang dilaporkan oleh Tan (2008) dan Azizah (2015) dalam kajian yang dilakukan. iii. Perubatan dan keselamatan kesihatan Selain akses pekerjaan, pelarian etnik Rohingya juga tidak menikmati akses pendidikan awam dan perubatan di negara ini. Dengan kos sara hidup yang tinggi ia pasti memberikan tekanan hidup kepada pelarian ini terutamanya bagi yang berkeluarga. Sekiranya, akses pekerjaan yang sah ini diberikan maka ia dapat menampung kos pendidikan anakanak mereka dan kos perubatan yang lebih tinggi berbanding dengan rakyat negara ini sepertimana yang dilaporkan oleh Tan (2008) dan Azizah (2015) dalam kajian mereka. CADANGAN Selain faktor keperluan dan manfaat yang diperoleh (rujuk perbincangan di atas), beberapa cadangan mungkin boleh di pertimbangkan untuk keselamatan insan etnik Rohigyas di Malaysia, seperti berikut: a. Kebenaran untuk bekerja Aliran masuk pelarian etnik Rohingya di negara ini mula dikesan pada tahun 80-an lagi. Ini bermakna komuniti pelarian etnik Rohinya ini telah lama berada di negara ini. Golongan ini hanya akan keluar dari Malaysia sekiranya negara asal mereka, iaitu Myanmar bersedia 339
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
menerima mereka kembali atau ada negara ketiga yang sanggup menerima mereka. Namun, sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Myanmar bersedia menerima pelarian etnik Rohingya ini begitu juga negara dengan negara ketiga. Berdasarkan tempoh keberadaan pelarian etnik Rohingya yang lama di negara ini sewajarnya kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk memberi akses pekerjaan yang sah kepada mereka. Melalui akses ini diandaikan banyak manfaat dapat diterima oleh kerajaana Malaysia seperti yang dibincangkan di atas. Initurut disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat “adalah lebih rasional dan logik untuk memberi kebenaran bekerja kepada mereka yang sudah pun berada di sini dan berminat untuk mencari kehidupan lebih baik” (The Malaysian Insider 26 Jun 2015). (i) Akses pekerjaan sah yang diberikan kepada pelarian etnik Rohingya dapat menangani masalah seperti kekurangan ketara pekerja asing terutamanya pekerjaan dalam sektor 3D (Dangerous – Bahaya; Difficult – Sukar; Dirty – Kotor). Pekerjaan jenis ini adalah sesuai dengan kelayakan akedemik yang rendah majoriti pelarian etnik Rohingya yang terdapat di negara ini. (ii) Di ianggarkan terdapat lebih daripada 7000 pelarian etnik Rohinya yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 59 tahun di negara ini (Azizah 2012). Biarpun jumlah tenaga kerja yang boleh disumbangkan adalah adalah kecil, namun ia dapat mengurangkan kebergantungan kerajaan Malaysia kepada pekerja asing terutamanya dari Bangladesh dan Indonesia yang terikat pada tempoh masa permit kerja. Pengambilan pelarian etnik Rohingya sebagai pekerja juga dapat mengurangkan kos pengambilan pekerja asing oleh majikan seperti kos levi, permit dan lain-lain. (iii) Akses pekerjaan sah ini juga mampu mengurangkan aliran keluar wang negara yang bernilai berbilion ringgit oleh pekerja asing terutamanya dari Bangladesh, Indonesia, Nepal, India dan Filipina. Peluang pekerjaan yang diberikan kepada pelarian etnik Rohingya dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing dan secara tidak langsung dapat mengurangkan aliran kiriman keluar wang. Dianggarkan sebanyak RM50 bilion jumlah kiriman wang keluar negara dilakukan oleh pekerja asing di negara ini dari tahun 2010 hingga 2012 (Utusan Online 12 November 2013). b. Status rakyat tanpa negara Biarpun terdapat pelarian Myanmar dari etnik lain di negara ini seperti etnik Chin, Arakan, Shan dan lain-lain, etnik-etnik ini masih merupakan rakyat Myanmar seperti yang termaktub dalam Citizenship Act 1982 yang mengiktiraf etnik-etnik ini sebagai salah satu daripada 135 etnik di Myanmar. Ini bermakna peluang untuk mereka dihantar balik adalah besar. Hakikatnya kerajaan Malaysia perlu terima bahawa pelarian etnik Rohingya ini merupakan pelarian tanpa negara di mana kerakyatan mereka telah dinafikan. Ini bermakna, besar kemungkinan mereka tidak akan kembali ke Myanmar kecuali jika ada perubahan perlembagaan, kerajaan atau campur tangan asing. Begitu juga dengan penempatan semula di negara ketiga di mana UNHCR dilihat tidak begitu giat menghantar etnik ini untuk penempatan semula (Azizah 2015). Laporan penyelidikan Equal Right Trust (2010) menyebut tidak sampai 100 orang pelarian etnik Rohingya yang dihantar untuk penempatan walaupun nereka telah berada di negara ini sejak tahun 1980-an lagi. Justeru, kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan kembali peluang akses ini memandangkan pelarian etnik ini sebahagian besarnya akan terus menetap di negara ini. c. Hak asasi dan kemanusiaan Dengan memberikan pengiktirafan kepada pelarian etnik Rohingya sebagai sebahagian tenaga kerja buruh asing di Malaysia, ia dapat mengubah sikap tradisional negara-negara lain terhadap pelarian bahawa kehadiran pelarian ini bukanlah sesuatu yang membebankan tetapi memberikan manfaat kepada negara yang memberi perlindungan (USCRI 2010:17). Menurut Dekan Kolej 340
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed, tindakan kerajaan membenarkan etnik ini untuk bekerja pasti akan dipuji dan dipandang tinggi terutamanya dalam konteks kemanusiaan, sekalipun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Geneva Mengenai Pelarian 1951 (Sinar Online 7 Julai 2015). Tindakan ini juga membolehkan Malaysia untuk berterusan menunjukkan perpaduan antarabangsa kepada negara-negara asal pelarian yang kebanyakannya adalah negara miskin. d. Dapat mengurangkan masalah sosial Menurut Dorai (2010:27), akibat tiadanya akses pekerjaan yang sah oleh undang-undang Malaysia, terdapat segelintir pelarian yang tidak mempunyai pilihan lain selain terlibat dalam sindiket dadah, pelacuran dan penjualan alkohol secara haram. Malah terdapat pelarian yang memaksa anak-anak mereka bekerja secara paksa untuk menampung keperluan isi rumah yang lain. Dengan adanya akses pekerjaan sah ini ia dapat mengelakkan pelarian etnik Rohingya daripada terjebak dalam masalah sosial sepertimana hasil kajian oleh Azizah (2015), yang mendapati selain isu pemerdagangan orang, pelarian etnik Rohingya turut terlibat dalam masalah salah guna dadah, kecurian, meragut dan pelacuran. KESIMPULAN Setiap manusia mempunyai hak untuk hidup selesa menjauhi kemiskinan dan dapat menyumbang kepada masyarakat di mana mereka berada. Mempunyai pekerjaan yang sesuai memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat ini. Pada masa ini, majoriti pelarian etnik Rohingya di negara dihalang daripada akses pekerjaan yang sah. Hal ini kerana undang-undang imigresen Malaysia tidak membezakan antara PATI dengan pelarian sekali gus meletakkan kedudukan pelarian terdedah sama dengan PATI. Walaupun mempunyai sejumlah besar pelarian, namun Malaysia bukanlah ahli kepada konvensyen antarabangsa yang memberikan perlindungan terhadap hak-hak pelarian. Dalam kes ini, pelarian tidak di benarkan bekerja di Malaysia dan ini adalah antara isu keselamatan insan dan hak asasi manusia di mana mengancam kelangsungan hidup mereka sebagai manusia atau insan. Akses pekerjaan sah yang diberi, bakal memberikan banyak manfaat kepada Malaysia dalam bentuk keselamatan politik, keselamatan ekonomi dan keselamatan komuniti, keselamtan kesihatan dan aspek sosial. Kebergantungan kepada ambilan pekerja asing terutama dari Bangladesh dan Indonesia dapat dikurangkan yang bukan sahaja dapat mengawal masuk lambakan warga asing di negara ini tetapi juga dapat mengurangkan pelbagai masalah sosial dan ketidakselamatan. RUJUKAN Abdul Halim Sidek. Yohan Kurniawan dan Hishamuddin Md Som. Penganiyaan dan Pencabulan Hak Asasi Masyarakat Rohingya oleh Institusi Kerajaan. Sebuah Konseptual Analisis. Diakses dari umkprints.umk.edu.my/1073/1/paper%201pdf. Azharudin Mohamed dali dan Azlinariah Abdullah. 2012. Air mata Kesengsaraan Rohingya. Identiti, Penindasan dan Pelarian. Kuala Lumpur :Inteam Publishing. Azizah Kassim. 2015a. “Implikasi Keselamatan Kedatangan Orang Pelarian di Malaysia: Kajian Kes Kaum Rohingya dari Myanmar” dlm. Zarina Othman dan Nor Azizan Idris (pnyt.), 2015. Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bakri Mat dan Zarina Othman. 2014. Regional Cooperation in Addressing Food Security Issues in Southeast Asia: Malaysian Perspectives. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space. 10 (6): 37-47 Bhasah Abu Bakar. 2007. Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. 341
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research Methods In Education (5th ed.). New York: RoutledgeFalmer. Dannreuther, R. 2007. International Security: The Contemporary Agenda. Cambridge: Polity Press. Farah Zamira Farush Khan. 2012. Di mana ikon keamanan dunia ketika kaum Islam minoriti ditindas? Sinar Online (31 Julai 2012). Boleh diperolehi daripada http://www. sinarharian.com.my/global/di-mana-ikon-keamanan-dunia-ketika-kaum-islam-minoritiditindas-1.71823 Froyoplus. 2012. Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar, Serta Pertempuran Antara Islam dan Buddha (26 November 2012). Boleh diperolehi daripada http://froyoplus.com /mengenalietnik-rohingya-di-myanmar-serta-pertempuranantara-islam-dan budhha. xhtml/ Fukuda-Parr, S. & Messineo, C. 2012. Human Security: A Critical Review of the Literature. CRPD Working Paper No. 11, January 2012 (Leuven: CRPD, 2012). Hamling, A. 2015. Rohingya people: the most persecuted refugees in the world. Online Intern for Amnesty International Australia (7 Oktober 2015). Boleh diperolehi daripada http:// www.amnesty.org.au/refugees/comments/35290/ Kahn, R. & Cannell, C. 1957. The Dynamics of Interviewing. New York: John Wiley. Landman, T. 2006. Democracy and Human Security Linkages. Dlm.: IDEA (pnyt.). Democracy, Conflict and Human Security: Further Readings(Volume 2). Stockholm: International Institute for Democracyand Electoral Assistance (International IDEA), 13-24 Lohrnmann, R. 2000. :Migrants, Refugees and Insecurity: Current Threats to Peace?”. International Migration, 38 (4) : 3-22. ISSN 0020-7985. Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Lebar. 2007. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Pahruradzi Abdul Rahman. 2007. “Penglibatan Pendatang Asing dalam Jenayah dan Kesannya ke atas Keselamatan Bandaraya Kuala Lumpur”, Tesis Sarjana Sains Sosila. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Patton, M. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. Beverly Hills, CA: Sage. Piaw, C.Y. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Buku 1): Kaedah Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill Sdn. Bhd. Rashila Ramli, Zarina Othman, Nor Azizan Idris & Sity Daud. 2012. Towards a Modified Approach to Human Security in Southeast Asia: A Perspective from Bangi. Pertanika: Journal of Social Sciences & Humanities. 20 (7): 577-588. Ruhanas Harun. 2009. “The Evolution and Development of Malaysia’s National Security” dlm. Abdul razak Baginda (pnyt.). 2009. Malaysia’s Defence and Security Since 1957. Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Center. Sabitha Merican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Sinar Online. 7 Julai 2015. Wajarkah Rohingya diberi peluang bekerja?. Boleh didapati daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/wajarkah-rohingya-diberi-peluangbekerja-1.408432 Sity Daud, Zarina @ Zairina Othman, Rashila Ramli. Human Security & Peace in Archipelagic Southeast Asia. 2015. Bangi: Penerbit UKM. Syed Azwan Syed Ali. 21 Mei 2015. Rohingya ibarat ‘duri dalam daging’ ASEAN. BH Online. Boleh didapati daripada http://www.bharian.com.my/node/56194 Tan Pok Suan. 2005. Kehidupan Rohingya di Malaysia. Nota Penyelidikan” dlm. Akademika 68, hlm.111-122. Januari 2005. Tan Pok Suan. 2008. “Komuniti dalam Pembentukan: Migrasi dan Penyesuaian Komuniti Rohingya di Lembah Kelang”. Tesis Sarjana Sastera. Universiti Kebangsaan Malaysia. 342
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
The Malaysian Insider (26 Jun 2015). Kerajaan disaran benarkan pelarian bekerja di Malaysia Boleh didapati daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ kerajaandisaran-benarkan-pelarian-bekerja-di-malaysia#sthash.d2Tif3B9.dpuf Thomas, C. 2007. Globalization and human security. Dlm.: McGrew, A.G. & Poku,N. (pnyt.). Globalization, development and human security. UK: Polity, 107-108 UNDP. 1994. Human Development Report. New York& Oxford: Oxford University Press UNHCR. 2004. The Global Report 2004. Boleh didapati daripada http://www/unhcr.org/ 4a0c13d76.html Utusan Online. 12 November 2013. RM50b dibawa keluar. Boleh didapati daripada http:// ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131112/pa_01/RM50b-dibawa-keluar Walt, S. M. 1991. The Renaissance of Security Studies. International Studies Quarterly35 (June 1991): 211–39 Zarina Othman & Mohamad Daud Druis. 2015. Ancaman Sindiket Dadah terhadap Juvenil di Malaysia. Geografia: Journal of Society and Space. 11 (1): 62-72. Zarina Othman & Nor Azizan Idris (pnyt.), 2015. Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zarina Othman dan Nor Azizan Idris 2015. “Migrasi Antarabangsa dan Keselamatan di Malaysia: daripada Keperluan Sosio Ekonomi kepada Perspektif Keselamatan”dlm. Zarina Othman dan Nor Azizan Idris (pnyt.), Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zarina Othman, Nor Azizan Idris & Mohd kamal Omar. “Pemerdagangan Orang dan Keselamatan Insan.” Dlm Zarina Othman dan Nor Azizan Idris (pnyt.), Migrasi dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
343
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
TRANSISI POLITIK MELAYU-ISLAM DI KEDAH: ANALISIS 2008-2016 Mohammad Tawfik Yaakub, 2Ali Boerhanuddin, 3Mohamad Abu Bakar, 4 Muhammad Uzair bin Azizan, 5Mohd Azri Ibrahim, 6Muhammad Shamshinor Abdul Azzis 1 Universiti Malaya 2 Jabatan Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, 3 Jabatan Pengajian Strategik & Hubungan Antarabangsa, UM 4 Universiti Teknologi Malaysia 5 Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah 6 Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor 1
Abstrak Artikel ini membincangkan mengenai transisi politik Melayu-Islam melalui fokus di negeri Kedah bermula dari tahun 2008 hingga krisis pertukaran Menteri Besar pada 2016. Dinamika perubahan politik Melayu-Islam di Kedah bermula secara drastik selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-12 sehingga ke-13 yang lalu. Pelbagai isu berkaitan kepentingan masyarakat yang timbul menjelang pilihan raya umum ke12 lalu telah mempengaruhi sokongan pengundi Melayu-Islam di Kedah. Kemunculan tsunami politik telah memberi peluang kepada parti oposisi khususnya PAS untuk mentadbir Kedah buat kali pertama semenjak merdeka. Peralihan sokongan tersebut telah mewujudkan sebuah gelombang tsunami politik yang pertama kali melanda politik Malaysia khususnya di negeri Kedah. Sepanjang tempoh pentadbiran PAS di Kedah, pelbagai dasar diperkenalkan oleh kerajaan negeri telah menghasilkan pelbagai impak politik, ekonomi dan sosial khususnya dalam memperkukuhkan kedudukan Melayu-Islam. Namun, kedudukan PAS di Kedah semakin terancam menjelang pilihan raya umum ke-13 menerusi pelbagai krisis dalam politik peringkat negeri dan isu-isu semasa yang gagal ditangani dengan sebaiknya. Kerencaman isu yang berbangkit menyebabkan UMNO berjaya menguasai semula kerajaan yang sebelumnya ditadbir oleh PAS. Tren kepimpinan dalam tempoh tujuh tahun memperlihatkan bahawa wujudnya kedinamikan politik dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu-Islam yang merupakan masyarakat dominan di negeri berkenaan. Oleh hal demikian, artikel ini secara terperinci mengupas isu-isu, perkembangan dan penyelesaian yang mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu-Islam khususnya di negeri Kedah dari 2008 hingga 2016. Kata kunci: Politik Melayu-Islam, tsunami politik, perubahan politik.
PENGENALAN Tsunami politik yang tercetus dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 di Malaysia turut membadai politik di negeri Kedah seterusnya memberi peluang kepada parti PAS untuk kali pertama mentadbir negeri tersebut. Transisi politik di Kedah dalam pilihan raya umum ke-12 masih mengekalkan dominasi kerajaan Melayu kepada Melayu meskipun melibatkan peralihan parti daripada UMNO kepada PAS. Namun, peralihan parti pemerintah di Kedah pada tahun 2008 telah memberi impak yang besar terhadap perkembangan proses asimilasi elemen Melayu dengan Islam apabila pelbagai dasar baru telah diperkenalkan dan diterapkan dalam pentadbiran kerajaan PAS. Meskipun pelbagai dasar baru dirancang oleh kerajaan PAS di Kedah, namun rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya kerana Pakatan Rakyat gagal meneruskan kemenangannya dalam pilihan raya umum berikutnya. Transisi pola pengundian negeri dari PAS kepada UMNO pada PRU-13 di dasari oleh faktor 344
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
seperti konflik dalam sesama ahli politik dan susur atur perancangan kempen yang tidak strategik (Mohd Fuad Mat Jali 2016:104) Oleh demikian, artikel ini mengetengahkan diskusi transisi politik Melayu-Islam di Kedah dari tahun 2008 hingga 2016. KONSEP TINGKAH LAKU PENGUNDIAN Perbincangan mengenai transisi politik Melayu-Islam sesuai dipandu menerusi pendekatan tingkahlaku pengundian. Terdapat beberapa sarjana yang membincangkan konsep tersebut secara khusus antaranya Campbell, Converse, Miller dan Stokes (1960),Arrow (1963) dan Fisher (2000). Lazimnya, pilihan raya merupakan satu ruang penglibatan rakyat untuk mengabsahkan kedudukan pemerintah sebagai kerajaan di sesebuah negara. Sehubungan itu, salah satu kelaziman dalam sistem demokrasi apabila terdapat perubahan sokongan terhadap sesebuah parti politik dalam pilihan raya dan keadaan ini boleh dijelaskan melalui pendekatan tingkahlaku pengundian atau voting behaviour. Secara konseptualnya, penyelidikan mengenai konsep tingkahlaku pengundian terbahagi kepada tiga model utama iaitu model tingkahlaku psikososial, sosiologikal dan Teori Pilihan Rasional. Model tingkahlaku psikososial merupakan pendekatan yang dibentuk oleh penyelidikan sarjana dari University of Michigan yang menilai pilihan raya Presiden Amerika Syarikat dalam tempoh tiga penggal pelaksanaannya. Kajian oleh sarjana-sarjana ini melalui Survey Research Centre telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang berpengaruh dalam penyelidikan mengenai tingkah laku model psikososial iaitu The American Voter (Campbell et. al 1960). Pendekatan utama kajian ini ialah berasaskan kepada identifikasi parti yang berteraskan kepada konsep kepartian atau partianship. Secara umumnya, kerangka identifikasi parti menjelaskan perbincangan mengenai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap sesebuah parti politik dan dibentuk melalui proses sosialisasi bermula dari asas pembinaan masyarakat iaitu keluarga dan kemudiannya berkembang kepada kelompok individu sekeliling. Namun, identifikasi parti dalam setiap diri individu mampu berubah seiring dengan perkembangan peringkat pendewasaan tetapi keadaan ini jarang berlaku kecuali disebabkan oleh beberapa faktor pendorong. Dua faktor pendorong tersebut ialah (i) perubahan peringkat status sosial pengundi misalnya perkahwinan, perpindahan tempat kerja dan tempat tinggal. Kedua, perubahan struktur sosial dan politik contohnya perubahan regim pemerintahan dalam sesebuah negara atau wilayah seperti keruntuhan Kesatuan Soviet Union. Namun model psikososial ini mendapatkan kritikan kerana data-data penyelidikan hanya merujuk kepada keadaan pilihan raya di Amerika Syarikat yang mempraktikkan sistem pemerintahan dwi parti. Oleh itu, telah muncul perbahasan mengenai kesesuaian pendekatan tersebut di negara-negara yang tidak mempraktikkan sistem dwi parti dalam pemerintahan negara tersebut. Sarjana-sarjana yang mengkritik model ini menyatakan bahawa terdapat kelemahan dalam kerangka model pendekatan ini kerana terlalu bergantung kepada peranan identifikasi parti untuk menilai tingkahlaku pengundian. Kelemahan ini diandaikan menerusi pertimbangan bahawa pengundi mengindentifikasikan dirinya kepada parti A, tetapi dalam sesebuah pilihan raya mengundi parti B ataupun bertindak melakukan undi protes. Model kedua pendekatan tingkahlaku pengundian pula ialah melalui hasil kajian karya The People’s Choice (Lazarsfeld, Breleson & Gaudet 1944), Personal Influence (Katz & Lazarsfeld 1955) dan Voting (Berelson, Lazarsfeld & Mcphee 1954) yang dibina oleh sarjana-sarjana dari University of Columbia. Penyelidikan oleh Lazarsfeld terhadap responden di Ohoi State dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1940 telah mengemukakan satu hipotesis iaitu diandaikan tingkahlaku pengundian terpusat terhadap calon yang dipengaruhi oleh personaliti diri dan kekerapan dalam pendedahan media. Namun, hipotesis tersebut adalah meleset disebabkan kajian yang dilakukan kemudiannya membuktikan keputusan sebaliknya iaitu pengaruh kumpulan sosial dalam masyarakat. 345
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Meskipun muncul kegagalan dalam hipotesis Lazarsfeld, namun model ini diperkukuhkan melalui analisis dalam Index of Political Predisposition yang mengemukakan tiga faktor utama dalam perbincangan yang lebih terperinci iaitu (i) agama, (ii) status ekonomi, dan (iii) kawasan petempatan dengan mengaitkan hubungan kumpulan sosial dengan pilihan pengundi. Seterusnya Lazarsfled (1944:147) menyatakan bahawa “...people vote, not only with their social group, but also for it...” sekaligus menjelaskan pengundi tidak terpengaruh dengan isu-isu yang diketengahkan dalam kempen pilihan raya tetapi pemilihan mereka didorong oleh pengaruh kumpulan sosial yang diwakili oleh mereka. Pengaruh kumpulan sosial selanjutnya dibincangkan melalui dua pendekatan sosiologikal mikro iaitu oleh Lazarsfled mengenai (i) fenomena psikologikal (reactivation) dan sarjana Berelson berkaitan dengan (ii) kewujudan pemimpin pendapat dalam kerangka two-step-flow communication. Fenomena psikologikal (reactivation) adalah berdasarkan kepada kajian terhadap pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1948 di daerah Elmira, New York. Analisis penyelidikan ini melihat wujudnya perubahan pilihan pengundi daripada calon A ( pilihan majoriti kumpulan sosial) kepada calon B. Proses ini berlaku kerana pengundi telah menjalankan pemeriksaan terhadap pilihannya melalui pendedahan calon pilihan (calon B) kepada pandangan majoriti. Oleh itu, pengundi bertindak memilih calon A semula iaitu berdasarkan kepada kehendak majoriti. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh keinginan pengundi untuk kembali kepada pilihan asal iaitu pilihan majoriti yang diketengahkan berasaskan kepada manifesto dalam memenuhi tuntutan sesebuah masyarakat sosial. Maka jelas dibuktikan bahawa tingkahlaku pengundia dalam model sosiologikal dipengaruhi oleh faktor kumpulan sosial bukannya oleh individu. Manakala kewujudan pemimpin pendapat dalam kerangka two-step-flow communication adalah berkaitan dengan hubungan dua aktor penting iaitu kedudukan pemimpin pendapat yang aktif politik dan kumpulan majoriti pengundi yang pasif berpolitik. Melalui peranan kedua-dua aktor ini kemudiannya dioperasikan dalam kerangka two-stepflow communication dan melalui kerangka ini, media tidak mengimpak secara terus terhadap kumpulan majoriti pengundi. Setiap maklumat yang berupaya mempengaruhi sokongan pengundi ditapis oleh pemimpin pendapat dan kemudiannya diterjermah berdasarkan kepada perspektif kumpulan sosial mereka untuk menentukan pilihan terbaik. Komunikasi yang muncul di antara kumpulan media kepada pemimpin pendapat dan pemimpin pendapat kepada pengundi majoriti seterusnya dikenali sebagai two-step-flow communication. Fisher (2000) melalui perbincangannya mengenai model asas pendekatan tingkahlaku pengundian membahagikan konsep tersebut kepada tiga elemen utama iaitu (i) rasional, bukan rasional (ii) dan (iii) antara rasional dan bukan rasional. Menurut Fisher, model sosiologikal dan psikososial merupakan sebahagian daripada model pengundian bukan rasional kerana menekankan penjelasan faktor yang mempengaruhi tingkahlaku pengundian berbanding kaedah taakulan atau masalah sebenar yang menjadi asas utama pengundian oleh pemilh melalui pilihan raya. Malah pengundian bukan rasional adalah didorong berasaskan kepada status ekonomi dan identifikasi parti dengan mengenepikan asas intelektual. Pendekatan Teori Pilihan Rasional pula merupakan pemilihan yang berasaskan kepada keupayaan intelektual pengundi dan berupaya menjelaskan pilihan yang dilakukan oleh pemilih dalam pilihan raya (Arrow 1963). Andaian utama yang dibentuk oleh Arrow (1963) menyatakan bahawa pengundi diumpamakan sebagai pengguna dan sentiasa menumpukan matlamat untuk mendapatkan keuntungan dalam hubungan pengundi dengan parti politik. Malah keadaan yang sama turut diamalkan oleh parti politik melalui tindakan memaksimakan sokongan pengundi melalui pendedahan mengenai isu dan manifesto yang menarik perhatian pengundi-pengundi. Elemen ketiga pengundian ialah berasaskan kepada antara rasional dan bukan rasional yang muncul selepas proses pengharmonian ketiga-tiga elemen tersebut.
346
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ISU-ISU MEMPENGARUHI TRANSISI POLITIK MELAYU ISLAM KEDAH 20082016 Senario pasca PRU-12 pada 2008 menghujahkan bahawa faktor etnik seseorang adalah tidak lagi signifikan dalam pertimbangan pengundi; seperti dalam penentuan calon pilihanraya. Hal ini adalah didasari oleh tren politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk penyebab kemenangan dalam pilihanraya (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Namun, dapatan kajian ini menunjukkan prioriti masyarakat Melayu, khususnya dalam kalangan pengundi di Kedah adalah berkisar mengenai kemampuan calon dari segi implementasi manifesto dan program pembangunan yang dilaksanakan. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah elemen yang menjadi pertimbangan dalam kalangan pengundi (Paimah Atoma et al 2013: 135). Justeru, diskusi tentang transisi pengundian di Kedah 2008-2016 menumpukan kepada segmen ekonomi politik. Dua hujah utama yang difokuskan oleh kajian ini adalah seperti dibawah. A. Pemindahan Projek Zon Industri Petroleum YAN (ZIPPY) kepada Sungai Limau Hidrokrabon Hub (SULIHH) Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPPY) merupakan sebuah projek yang dicetuskan oleh Menteri Besar terdahulu, Dato’ Mahadzir Khalid yang bakal menjadi sebuah hub penapisan minyak terbesar melibatkan pembinaan saluran paip gas berjarak 300 kilometer dari Yan ke Bachok. Pembinaan projek ini melibatkan pengambilan tanah kawasan sawah yang berkeluasan 4300 ekar tanah yang diusahakan oleh penduduk yang terlibat di kawasan Yan sekaligus menutup peluang sumber pendapatan pesawah Melayu. Tindakan kerajaan Barisan Nasional tersebut dilihat mengorbankan aset yang dimiliki oleh orang Melayu semata-mata bagi memberi laluan kepada projek berkenaan. Namun, gelombang perubahan politik yang melanda Kedah dalam pilihan raya umum tahun 2008 telah menyelamatkan tanah-tanah sawah milik orang Melayu apabila kerajaan Kedah pimpinan PAS telah memindahkan projek tersebut daripada tapak asalnya ke kawasan laut. Berikut merupakan data penggunaan tanah sawah dalam dua era pentadbiran kerajaan yang berbeza: Jadual 1.1: Tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang telah diubah syarat menjadi tanah lain (melibatkan kerajaan negeri)(sumber MADA) Tahun Hektar 2007 275.8 2008 232.8 2009 228.8 2010 244 2011 400.4 2012 287.4 2013 139.7 Jumlah 1808.9
Pada tahun 2007, kerajaan negeri pimpinan UMNO telah meminda syarat penggunaan 275.8 hektar tanah sawah milik MADA untuk dibangunkan dengan projek-projek selain aktiviti pertanian. Namun telah berlaku pengurangan pindaan syarat pada tahun 2008 setelah peralihan kuasa pentadbiran kerajaan negeri kepada PAS apabila hanya 232.8 hektar tanah telah dipinda status penggunaannya (Uzair Azizan & Khadijah Hussin 2015:41). Ini termasuklah penukaran kawasan projek pembinaan penapisan minyak di Yan ke kawasan laut menerusi proses penambakan bagi menempatkan kilang-kilang yang terlibat. Meskipun terdapat perubahan kadar penukaran status tanah sawah milik orang Melayu pada tahun 2008, namun terdapat 347
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
peningkatan pada tahun-tahun berikutnya sehinggalah tahun 2012 yang memperlihatkan kelulusan penukaran status tanah semakin menurun (Utusan Online 13 Jun 2013). B. Pentadbiran PAS di negeri Kedah Proses Islamisasi kehidupan orang Melayu di Kedah semakin giat dijalankan semasa negeri tersebut di bawah pimpinan parti PAS. Pelbagai program dan kegiatan agama dianjurkan oleh kerajaan negeri bagi memperlihatkan perubahan dasar yang diamalkan kerajaan antaranya penganjuran kuliah agama mingguan di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, ceramah agama di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti di pasar malam dan pasar hujung minggu dan pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil Kedah. Proses Islamisasi tersebut telah berjaya diterapkan dalam kalangan orang Melayu-Islam di Kedah sekaligus membezakan pentadbiran kerajaan negeri di bawah parti Islam berbanding parti yang berteraskan perjuangan nasionalisme. Meskipun kerajaan pimpinan PAS berjaya membuktikan pelaksanaan dasarnya dalam tempoh empat tahun pentadbirannya, namun telah tercetus pergolakan dalaman parti sehingga menggugat pemerintahan kerajaan negeri. Kemelut dalaman parti PAS telah mencetuskan pergolakan sehingga menyebabkan munculnya dua kumpulan berasingan dalam pimpinan parti peringkat negeri. Kumpulan penentang Ustaz Azizan Razak diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Pengkalan Kundor, Ir. Pharolrazi Nawawi. Krisis tersebut muncul apabila Azizan bertindak menggugurkan pencalonan tiga nama ADUN kepada PAS peringkat Pusat yang dikenalpasti melancarkan penentangan terhadap kepimpinannya iaitu Ir. Pharolrazi, Dr. Ismail Salleh dan Dr. Hamdan Khalid. Namun tindakan Azizan tersebut berjaya diketahui oleh mereka sehingga mencetuskan penentangan yang serius terhadap kepimpinannya di Kedah. Krisis tersebut semakin meruncing apabila Ir. Pharolrazi dan Dr. Ismail Salleh ADUN Alor Mengkudu bertindak menolak tawaran pelantikan semula sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada tahun 2012 (Malaysia kini 18 Februari 2016). Namun kontroversi tersebut berakhir apabila PAS Pusat yang diketuai oleh Presiden, Abdul Hadi Awang telah bertindak untuk campur tangan bagi menyelesaikan krisis yang berlarutan berkenaan. PERALIHAN SEMULA KUASA DAN PERGOLAKAN UMNO KEDAH Pilihan raya umum ke-13 menyaksikan UMNO menerusi Barisan Nasional berjaya mengambil alih semula pentadbiran kerajaan negeri daripada parti PAS apabila menguasai 21 buah kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat yang sekadar memperoleh 15 kerusi sahaja (Mohammed Nawab 2014: 24-26). Kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut membolehkan ADUN BN Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru meskipun beliau tidak menerajui badan perhubungan UMNO negeri. Namun Mukhriz hanya mampu mempertahankan jawatannya hanya tiga tahun sahaja apabila timbulnya desakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Mad Hanifah pada 20 Januari 2016 bersama-sama dengan majoriti ADUN dan Ahli Parlimen BN Kedah menyatakan hilangan sokongan kepada beliau. Meskipun ADUN dan Ahli Parlimen secara majoritinya menyatakan kehilangan sokongan terhadap Mukhriz, namun beliau masih mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar. Akhirnya Mukhriz mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah Jemaah Pemangku Kedah mengesahkan beliau telah kehilangan sokongan majoriti di DUN selepas pertemuan dilakukan dengan semua ADUN. KESIMPULAN Perkembangan politik Melayu-Islam Kedah daripada tahun 2008 hingga 2016 memperlihatkan bahawa wujudnya dinamika dalam politik tempatan di negeri tersebut. Peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada PAS pada tahun 2008 telah memberi impak yang besar terhadap 348
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Islamisasi dasar dan kehidupan rakyat di negeri tersebut. Keazaman politik pemerintah pada ketika itu hanya kekal untuk sementara waktu apabila tercetusnya pergolakan dalaman PAS sehingga menggugat kedudukan kerajaan negeri. Kemelut dalaman PAS peringkat negeri Kedah berakhir apabila proses rundingan kearah perdamaian yang dianjurkan oleh PAS Pusat menemui jalan penyelesaian. Namun PAS gagal mengekalkan kedudukannya mentadbir Kedah apabila hanya menguasai 15 kerusi DUN berbanding dengan majoriti kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Pergolakan politik PAS negeri Kedah pada tahun 2012 turut melanda UMNO apabila Menteri Besar, Mukhriz didesak untuk meletakkan jawatannya kerana telah kehilangan sokongan daripada ADUNADUN Barisan Nasional Kedah. Keadaan tersebut membolehkan ADUN BN Ahmad Bashah Mad Hanifah dilantik menjawat jawatan tersebut sekaligus berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda politik Melayu Kedah. RUJUKAN Arrow, J. K. (1963). Social choice and individual values. Indiana: University of Indiana. Berelson, R. B. Lazarsfeld, P. F.& Mcphee, N. W.(1954). Voting. Chicago: University of Chicago Press. Campbell, A. Converse, P. E. Miller, E. W. dan Stokes, D. E. (1960). The American voter. New York: John Wily & Sons. Fisher, S. D. (2001). Tactical voting and tactical non voting. Oxford: University of Oxford. Gomez, T. E. (2007). Politics in Malaysia: the Malay dimension. New York: Routledge. Hilley, J. (2008). Malaysia: Mahathirisme, hegemoni dan pembangkang baru. Kuala Lumpur: Percetakan Halim. Katz, E. & Lazarsfeld, P. F. (1955). Personal influence. New York: Free Press. Lazarsfeld, P. F. Breleson, B. & Gaudet, H. (1944). The people’s choice. New York: Duel, Sloan & Pearce. Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016. Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340.http://dx.doi.org/10.5901/mjss.2016. v7n1s1p44. Mohd Fuad Mat Jali. 2016. BN dan Kekuatan Kempen di Kedah. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Hlm. 83-108.Sintok:UUM Press. Mohd Rizal Mohd Yaakop (2002). Penglibatan politik: politik perbandingan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Naweb. (2014). The 13th Malaysia elections: issues, trends and future trajectories. Singapore: Rajaratnam School of International Studies. Muhammad Nadzri Mohamed Noor (2009). Politik Malaysia di persimpangan: praktik politik dalam pilihan raya umum 2008 dan kontemporari. Petaling Jaya: Vinlin Press. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press. Muhammad Uzair Azizan & Khadijah Hussin. (2015) Multiple driving sources of paddy land conversion : a lesson from malaysia’s rice bowl state. Jurnal teknologi 1(78):29-43. Nathaniel Tan & Lee, J. (2008). Political tsunami: an end of hegemony in Malaysia. Kuala Lumpur: Kinibooks Publishers. N. Ganesan (2003). Malaysia in 2002: Political Consolidation amid Change? Asian Survey 1(43):147-155. Ooi Kee Beng, Johan Saravanamuttu & Lee Hock Guan (2008). March 8: eclipsing may 13. Singapore: Utopia Press. 349
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ooi Kee Beng. 2010. Between UMNO and a hard place: the Najib Razak era begins. Kuala Lumpur: Vinlin Press. Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan. Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM. Sivamurugan Pandian (2005). Abdullah Ahmad Badawi: langkah menuju ke puncak. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Sivamurugan Pandian (2006). Abdullah Ahmad Badawi: satu tahun di Putrajaya. Kuala Lumpur: Lohprint Publishers. Swee Hock Saw & K. Kesavapany (pnyt.). (2006). Malaysia: recent trends and challenges. Singapore:Utopia Press. Syed Husin Ali (2008). Merdeka, rakyat & keadilan: kumpulan artikel mengritik dasar-dasar UMNO-BN dan mengemukakan asas-asas politik menuju Malaysia baru. Petaling Jaya: SIRD. Tricia Yeoh & Noor Amin Ahmad (2011). Liku-liku reformasi: Pakatan Rakyat di Selangor. Petaling Jaya: SIRD. Ufen, A. (2008). The 2008 elections in Malaysia: uncertainties of electoral authoritarianism. Taiwan Journal of Democracy 1(4): 155-169. Utusan Online, 18 Februari 2016 (atas talian), Kerajaan Kedah Laksanakan Semula Projek Zon Industri Petroleum Yanhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130613/dn_03/ Kerajaan-Kedah-laksanakan-semula-projek-Zon-Industri-Petroleum-Yan Malaysiakini, 18 Februari 2016 (atas talian), Pentadbiran ala UMNO Punca PAS Kalah di Kedah, https://www.malaysiakini.com/letters/230312 .
350
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERSEPSI PRESTASI KERAJAAN MENJELANG PRU-14: ANALISIS SEGMEN B40 DI SELANGOR Muhammad Shamshinor Abd Azzis, 2Mansor Mohd Noor, 3Muhammad Asri Mohd Ali, 4 Ahmad Rizal Mohd Yusof, 5Mohd Mahadee Hj. Ismail, 6Arvin Tajari, 7Najiha Zainuddin 1 Institut Kajian Sosial Selangor (IKSAS), Universiti Selangor 2,4 Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia 3 Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya 5 Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia 6 Jabatan Komunikasi dan Pengajian Umum, International Open College 7 Kolej Damansara Utama 1
Abstrak Kajian ini menganalisis persepsi pengundi berdaftar yang berpendapatan rendah (B40) terhadap prestasi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Persepsi dari segmen ini adalah signifikan dalam menilai tren pengundian menjelang PRU-14 kerana golongan B40 adalah segmen pengundi terbesar di Malaysia dari segi pecahan pendapatan isi rumah. Dengan menggunakan reka bentuk sequential exploratory dalam metodologi campuran (mixed method), kajian ini memfokuskan kepada prestasi pemerintah persekutuan & negeri Selangor melalui analisis 10 domain polisi serta isu semasa. Dapatan kajian menghujahkan kelemahan prestasi kerajaan persekutuan berbanding kerajaan negeri serta elemen ekonomi sebagai pertimbangan dominan yang mendasari persepsi B40.
PENGENALAN Dalam perspektif politik nasional, penguasaan terhadap kepimpinan politik Selangor adalah signifikan. Selaras dengan itu, keputusan Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013 telah menunjukkan kelangsungan kuasa kerajaan pimpinan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan konsistensi kuasa kerajaan negeri kepada pimpinan parti PKR, PAS dan DAP yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Dalam konteks kajian ini, Selangor yang merupakan negeri termaju di Malaysia dan jumlah penduduk paling ramai serta mempunyai populasi yang menyerupai demografi Malaysia telah memperlihatkan kepelbagaian tren persepsi dalam kalangan pengundi berdaftar di Selangor. Kajian ini memfokuskan persepsi segmen masyarakat yang utama di Selangor berdasarkan pendapatan isi rumah iaitu segmen B40. Kajian ini mengutarakan pola persepsi pengundi berdaftar di Selangor berkaitan prestasi kerajaan, isu semasa serta jangkaan keputusan PRU 14 berdasarkan tren pengundi pada suku terakhir 2015. Kesemua informasi persepsi tersebut seperti keberkesanan program kerajaan dari kedua-dua peringkat kerajaan (persekutuan dan negeri) adalah elemen yang mendasari dan mempengaruhi pola pengundian di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Justeru, persepsi pengundi pendaftar di Selangor adalah signifikan untuk dianalisis bagi menilai penerimaan pengundi terhadap program serta isu yang berkaitan. Dari segi limitasi kajian, faktor etnik tidak menjadi fokus kajian ini sekalipun isu etnik sering menjadi ruang dan peluang parti politik di Malaysia untuk mempengaruhi pola pengundian. Tambahan pula,senario politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk menjadi penyebab kemenangan dalam pilihanraya. (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Justeru, yang menjadi prioriti pengundi adalah kemampuan calon dari segi implementasi manifesto. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah perkara yang perlu 351
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
diberi perhatian (Paimah Atoma et al 2013: 135). Justeru, kajian ini akan menganalisis persepsi terhadap prestasi kerajaan persekutuan dan negeri serta isu yang mendasari perkembangan politik semasa di peringkat nasional mahupun negeri Selangor. METODOLOGI Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif iaitu metodologi campuran (Creswell 2009:203). Metodologi jenis ini membolehkan pengkaji menggunakan pelbagai alat kajian dalam pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk memantau perkembangan yang berlaku dalam tempoh kajian ekonomi politik melalui penggunaan pendekatan kualitatif untuk meningkatkan kualiti data soal selidik (Bamberger 2000:719; Chung 2000:43-44). Rekabentuk kajian yang digunakan adalah sequential exploratory design; iaitu melaksanakan kaedah kualitatif terlebih dahulu; dan diikuti oleh kaedah kuantitatif selepas itu. Kajian ini turut menggunakan kaedah pengumpulan data yang kedua iaitu diskusi kumpulan fokus dan soal selidik untuk mendapatkan data primer. Pengumpulan data melalui kaedah temubual ini dilakukan dengan menemu bual dua kumpulan fokus iaitu pemimpin UMNO dan pemimpin PAS diperingkat negeri. Temu bual intensif dengan responden yang berkait rapat dengan aspirasi dan pelaksanaan gerak kerja parti politik di peringkat negeri Selangor adalah penting dalam mencapai objektif kajian ini. Kaedah temu bual dalam sesebuah kajian dijalankan dalam pelbagai cara seperti pertemuan secara langsung atau secara tidak langsung melalui media telekomunikasi seperti voice-overinternet-protocol (VOIP), mel elektronik dan telefon (Pierce 2008:118). Bentuk temu bual yang digunakan dalam kajian ini bagi mendapat maklumat dari tokoh yang ditemu bual adalah temu bual semi-struktur. Dalam sesebuah kajian politik yang melibatkan golongan elit, bentuk temu bual jenis ini adalah yang paling banyak digunakan (Pierce 2008:118). Soalan yang dikemukakan telah distruktur kepada topik yang berkaitan dengan kajian serta melibatkan penyediaan soalan tambahan. Kaedah temu bual yang melibatkan elit adalah penting kerana ia merupakan sumber maklumat utama dalam sesebuah kajian politik (Pierce 2008:85). Elit ini tergolong dalam kalangan individu yang mempunyai pengaruh besar kepada perkembangan dan strategi parti politik masing-masing; khususnya di Selangor. Menurut Pierce (2008:119), elit politik merangkumi menteri, ahli parlimen, ketua pegawai eksekutif, jurnalis atau kumpulan pemikir. Metodologi kuantitatif dijalankan melalui soal selidik yang melibatkan 438 orang responden (yang dipilih secara rawak) bagi menjadi sampel yang mewakili populasi penduduk yang menggunakan bekalan air di Selangor. Populasi dalam kajian ini difokuskan kepada pengundi berdaftar yang menetap di Selangor. Kaedah mendapatkan data melalui soal selidik bertujuan membuat generalisasi terhadap populasi dari segi latar belakang, sikap, pengetahuan dan pendapat berkaitan sesuatu isu (Carlson & Hyde 2003:223). Kaedah persampelan adalah penting dalam sesebuah kajian kuantitatif kerana adalah sukar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dari setiap unit kajian dalam populasi. Kaedah sampel rawak mudah yang berada dalam kategori probability sample digunakan supaya setiap elemen dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel, terutamanya jika melibatkan populasi kajian yang sangat besar (Carlson & Hyde 2003:198; Pierce 2008:93). Dari segi jumlah sampel, dengan menetapkan tahap keyakinan yang bersesuaian dengan kajian sains sosial iaitu 95%, maka 267 sampel dan ke atas adalah memadai (Carlson & Hyde:216). Rasional pemilihan jumlah sampel yang kecil ini dan kaedah sampel rawak mudah bagi mewakili populasi Selangor yang ramai adalah berasaskan kepada kaedah central limit theorem yang menunjukkan perkaitan di antara min populasi dan min sampel yang sekata dan normal. Kaedah central limit theorem ini menunjukkan catatan min sampel secara rawak yang lebih dari 30 dan diambil 352
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
secara berulang kali dari populasi akan menghasilkan graf sebaran yang normal walaupun populasi tersebut tidak mempunyai sebaran yang normal (normal distribution) (Pierce 2008:199; Matthew & Sutton 2004). Bagi menganalisis hubungan antara pemboleh ubah, aras signifikan yang dipilih adalah berpadanan untuk kajian sains sosial iaitu 0.5. Analisis Persepsi Segmen B40 Di Selangor Faktor pendapatan isi rumah adalah kriteria utama pembahagian segmen B40 dalam kajian ini. Segmen B40 dalam kajian ini adalah merujuk kepada responden yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 3000 dan juga merupakan pengundi berdaftar. Persepsi responden dari segmen ini adalah penting kerana golongan ini merupakan kumpulan terbesar dalam kalangan pengundi berdaftar di Selangor. Justeru, persepsi dan penilaian B40 ini mampu mencorakkan tren pengundian dalam PRU 14 kelak. Jadual 1: Persepsi responden B40 di Selangor keadaan ekonomi pada 2015 dan jangkaan pada 2016 dan terhadap keluarga
Dapatan kajian menunjukkan majoriti komponen masyarakat dari segmen B40 mempunyai persepsi bahawa ekonomi makro Malaysia adalah dalam situasi ‘teruk’ pada tahun 2015. Namun, persepsi ini berkembang ke arah yang lebih positif bagi ekonomi negeri dan keluarga. Selain itu, responden turut menunjukkan persepsi yang positif dari segi harapan terhadap persepsi ‘baik’ prestasi ekonomi Malaysia untuk tahun hadapan iaitu dari 22.8% pada 2015 kepada 34.3% untuk tahun 2016; peningkatan sebanyak 11.5% dari responden. Tren persepsi yang positif untuk ekonomi tahun 2016 berbanding tahun 2015 turut dinyatakan oleh segmen masyarakat B40 untuk ekonomi diperingkat negeri dan keluarga. Senario ini menunjukkan harapan segmen B40 agar kepimpinan kerajaan; samada persekutuan atau negeri mengambil inisiatif dan melaksanakan strategi yang mampu membantu golongan berpendapatan rendah ini. Jusuteru, kepimpinan yang cekap yang menjadi faktor penting persepsi yang positif sekalipun sesebuah negara berhadapan dengan krisis ekonomi (Chiozza & Manzetti 2015:458). Selain itu, persepsi segmen B40 di Selangor terhadap prestasi kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional turut menjadi fokus kajian ini kerana penilaian prestasi kerajaan persekutuan adalah signifikan dalam mencorakkan tren pengundi pada PRU14. Umumnya, konsep kerajaan mempunyai beberapa pengertian asas, yang umumnya merujuk kepada kuasa dan pengawalan dalam sesebuah wilayah yang dikaitkan dengan negara. Sity (2003:18-19) 353
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pula mengklasifikasikan negara kepada tiga perspektif utama iaitu sebagai sebuah wilayah berkedaulatan, sistem kerajaanan dan sekumpulan elit yang berkuasa. Ini kerana kerajaan mempunyai kuasa kawalan untuk menentukan halatuju pembangunan, sama ada ke arah kemajuan atau kemunduran yang berorientasikan autoriti politik dalam wilayah tertentu (Leicht & Jenkins 2010:43). Justeru, kerajaan persekutuan dalam kajian ini dirujuk sebagai elit kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa kawalan dalam pelaksanaan sesuatu polisi. Walaupun agenda globalisasi dan fahaman neoliberal telah melangkaui ke sempadan negara di seluruh dunia, namun campur tangan kerajaan adalah tetap signifikan. Jadual 2: Persepsi Responden B40 terhadap Prestasi Kerajaan Persekutuan
Berdasarkan kenyataan di atas, Jadual 2mengutarakan hujah bahawa majoriti (iaitu 60.5%) segmen B40 dalam masyarakat telah membuat penilaian bahawa prestasi Kerajaan Persekutun adalah ‘tidak berkesan’. Penilaian negatif ini didorong oleh beberapa isu yang signifikan dalam kalangan masyarakat seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga barang yang tidak terkawal dengan baik oleh Kerajaan Pusat. Bagi segmen masyarakat yang berpendapatan rendah seperti B40 khususnya, persepsiprestasi kerajaan pusat yang negatif ini didominasi oleh faktor yang bersifat ekonomi.Pola yang menunjukkan kelemahan kerajaan ini seharusnya diteliti oleh kerajaan pusat kerana ia merupakan penggerak utama kepada perancangan dan pelaksanaan sesuatu polisi untuk rakyat dalam wilayah kekuasaannya; khususnya ekonomi. Justeru, kerajaan pusat dilihat oleh segmen B40 sebagai organisasi sosial dan politik yang signifikan serta bertanggung jawab kepada pelaksanaan aspirasi pembangunan (Castells 1996:7; Weiss 2003:30) bagi membantu golongan B40 ini. Dalam kerangka pilihanraya, kuasa dan kawalan kerajaan pusat dalam menggubal dan melaksanakan sesuatu program pada 2016 pasti mempengaruhi pola pengundian kelak. Pengurusan isu yang efisien di pihak kerajaan berupaya mempengaruhi pola pengundian berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap keberkesanan sesuatu program yang dijalankan. Perkembangan persepsi ini akan membentuk kecenderungan masyarakat untuk mengundi parti yang berkemampuan menangani pelbagai isu dalam kehidupan seharian rakyat. Justeru, program yang dilaksanakan kerajaan berupaya membentuk dua senario yang bertentangan; peluang kepada kerajaan yang didasari gelombang sokongan dari pengundi atau menyebabkan arus penolakan pengundi akibat kelemahan dalam pelaksanaan program. 354
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Selaras dengan itu, tren ketidakpuasan hati yang dihujahkan dalam Jadual 3 didahului oleh 3 isu dominan iaitu pelaksanaan GST (94.5%), harga barang (92.8%) serta kelemahan prestasi kerajaan pusat dalam menangani kejatuhan nilai RM iaitu 81.4%. Manakala 3 isu yang menunjukkan prestasi kerajaan pusat yang paling baik (berdasarkan peratusan terendah ketidakpuasan hati responden) adalah penyediaaan perumahan mampu milik (60.8%), mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan (57.8%) dan memperkukuhkan perpaduan kaum (55.1%). Justeru, dapatan ini perlu diberi perhatian serius dengan merujuktren pengundi yang cenderung membentuk pola pengundian berdasarkan persepsi kemampuan pemimpin untuk menangani isu dominan dalam kehidupan seharian masyarakat (Muhammad Shamshinor et al. 2016).Jadual 3di bawah menunjukkan persepsi segmen B40 terhadap 10 isu semasa yang mengimpak kepada penilaian prestasi terhadap kerajaan persekutuan. Jadual 3: Persepsi Segmen B40 di Selangor terhadap isu-isu semasa.
Dapatan di atas menunjukkan hubungkait yang jelas antara isu sosioekonomi dengan pola pengundian. Berdasarkan ulasan literatur, Ser Kuang Keng (2012) dan Junaidi et. al. (2011) yang menghujahkan faktor peralihan dan peningkatan undi majoriti kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada tahun 2011 adalah didorong oleh pelbagai bentuk janji ekonomi oleh kerajaan pusat. Strategi Barisan Nasional menjanjikan projek Perumahan Warga FELDA bagi Gugusan Sungai Dusun, bantuan RM 90,000 untuk Perkuburan Kwang Tung Ulu Yam selain pelbagai program pembangunan infrastuktur seperti kumbahan, perparitan, jalan dan tempat rekreasi telah mengimpak kepada pola pengundian yang cenderung terhadap Barisan Nasional. Manakala di pihak Pakatan Rakyat, strategi pemberian geran sebanyak RM 205,000 untuk 7 buah sekolah Tamil di Hulu Selangor dan RM 190,000 untuk sekolah Cina (Ser Kuang Keng 2012: 133) menunjukkan penawaran sesuatu program kerajaan turut dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya. Justeru, pertembungan strategi oleh kedua-dua parti ini menunjukkan bahawa aplikasi program ekonomi oleh kerajaan dalam mempengaruhi pola pengundian adalah signifikan. Sehubungan itu, Jadual 4 pula menunjukkan persepsi segmen B40 dalam masyarakat terhadap prestasi Kerajaan Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden iaitu 63.3% berpandangan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menjalankan peranan dengan berkesan. Senario ini didorong oleh peningkatan prestasi dan strategi kerajaan negeri dalam menambahbaik sekaligus mengurangkan kelemahan dalam beberapa isu yang mendominasi persepsi pengundi Selangor.
355
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 4: Persepsi responden B40 terhadap prestasi kerajaan negeri
Jadual 5 dibawah pula menunjukkan persepsi penilaian pengundi berdaftar di Selangor dari segmen B40 terhadap isu-isu diperingkat negeri. . Kepelbagaian isu ini telah meliputi berbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kewujudan isu-isu ini adalah sebahagian daripada proses pilihanraya dan ianya telah mendapat perhatian daripada parti-parti politik yang bertanding. Isu-isu pilihanraya ini adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi bagi menyokong sesebuah parti politik. Oleh itu parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Pakatan Rakyat dan PAS telah menggunapakai pelbagai isu piliharaya ini dengan strategi saling ‘serang & bertahan’ dalam kepelbagaian isu yang menyumbang ‘kredit politik’ dan sokongan dari pengundi semasa pilihanraya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu perumahan merupakan isu yang paling banyak menyumbang kepada ketidakpuasan hati pengundi iaitu 52.4%; diikuti oleh isu kesesakan lalu lintas (52.4%). Kedua-dua isu ini perlu diberi perhatian khusus oleh BN dan Pakatan Rakyat kerana penyelesaian isu ini mampu mendekatkan sokongan pengundi B40 yang mendambakan bantuan dari parti politik masing-masing. Secara umumnya pelbagai isu yang telah mewarnai perjalanan pra PRU 14 di peringkat negeri Selangor Jadual 5: Persepsi Responden B40 tentang Penilaian terhadap isu-isu negeri
356
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Seterusnya, pengurusan air dan pengurusan sampah merupakan dua isu positif yang dominan yang memberikan kelebihan pada kerajaan negeri Selangor. Data menunjukkan bahawa hanya 32.9 % responden B40 yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan air Selangor. Isu air di negeri Selangor adalah merupakan isu dominan dalam PRU-13 yang lalu. Hal ini adalah berdasarkan kepada liputan media massa sama ada media cetak ataupun media alternatif yang meluas dan lontaran pendapat oleh tokoh politik terhadap isu ini. Pengurusan dan perkhidmatan air di negeri Selangor telah memberi kesan secara langsung kepada pengguna air dan juga kepada pengundi di Selangor. Sub-isu yang berkaitan dengan air seperti bekalan air terputus, air percuma, pengagihan air yang tidak sistematik, loji ‘Langat 2’, penstrukturan air, tarif air dan kualiti air adalah antara isu yang membelenggu pengundi di Selangor. Oleh itu isu-isu berkaitan air ini telah dipergunakan oleh ahli-ahli politik bagi mendapatkan sokongan pengundi baik oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan PR dan juga BN. Seterusnya, pengurusan sampah menjadi isu yang kedua terbaik dalam persepsi golongan B40 iaitu hanya sebanyak 35.2% responden beras ‘tidak puas hati’. Isu pengurusan sampah ini bermula dsri Pengambilalihan pengurusan sisa sampah oleh kerajaan negeri menerusi majlis-majlis tempatan daripada Alam Flora yang didakwa telah mengakibatkan pengurusan pengambilan sampah menjadi tidak teratur dan kesannya adalah berlaku persekitaran yang kotor dan busuk di kawasan-kawasan perumahan. Situasi ini juga telah mendapat liputan yang meluas oleh media massa arus perdana terutamanya melalui televisyen dan surat khabar. Kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) telah berusaha menyakinkan penduduk tentang permasalahan sampah ini adalah terkawal dan jadual pengutipan sampah telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ini. Justeru, persepsi terhadap isu semasa dalam perkembangan politik mutakhir di Selangor menuntut suatu kesungguhan yang padu oleh parti-parti politik yang bertanding untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya mendapat tampuk kekuasaan di negeri termaju di Malaysia ini. Oleh yang demikian, walau apapun pelaksanaan program kerajaan dan isu semasa di Selangor, adalah penting untuk kedua-dua parti menunjukkan sifat dan tahap kematangan yang tinggi dan produktif. Hal ini adalah signifikan agar setiap program pemerintah dan isu semasa yang mendasari politik dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya dan setiap isu mendapat fakta dan penjelasan yang sewajarnya. KESIMPULAN Pilihanraya merupakan satu amalan demokrasi yang penting dalam sesebuah negara. Persepsi segmen majoriti dalam masyarakat seperti B40 adalah signifikan dalam mencorakkan keputusan dalam PRU14. Prestasi selaku pemerintah (diperingkat persekutuan atau negeri) dan isu semasa yang bergelintar di peringkat nasional dan negeri menunjukkan faktor ekonomi adalah elemen dominan yang mendasari persepsi. Oleh itu perkembangan politik mutakhir ini di Selangor menuntut suatu kesungguhan yang padu oleh parti-parti politik yang bertanding untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya mendapat tampuk kekuasaan di negeri termaju di Malaysia ini. Oleh yang demikian, walau apapun pelaksanaan program kerajaan dan isu semasa di Selangor, adalah penting untuk kedua-dua parti menunjukkan sifat dan tahap kematangan yang tinggi dan produktif. Hal ini adalah signifikan agar setiap prestasi pemerintah dan isu semasa yang mendasari politik dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya dan setiap isu mendapat fakta dan penjelasan yang sewajarnya.
357
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Bamberger, M. (pnyt.). 2000. Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development Projects. Washington: The International Bank for Reconstruction and Development. Chiozza, G. & Manzetti, L. 2015. Perception of Competence and the European Economic Crisis: A Micro Level Analysis. Political Research Quarterly. 68(3):457-473.DOI: 10.1177/1065912915595629 Castells, M. 1996. The Rise of the Network Society. Malden: Blackwell. Chung, K. 2000. Issues and Approaches in the Use of Integrated Methods. Dlm. Bamberger, M. (pnyt.). Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development Projects, hlm. 37-46. Washington: The International Bank for Reconstruction and Development. Creswell, J. W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods. Edisi Ke-3. California: SAGE Publications Inc. Dewan, K. (2014). Kamus Dewan. Kamus Dewan. Retrieved January 08, 2015, from http:// prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=manifesto Junaidi, A. B., Mohd Fuad, M. J., & Mohd Faidz, M. Z. (2011). Kajian Budaya Politik Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Melayu, (8), 153–172. Leicht, K.T., Jenkins, J.C. (pnyt.). 2010. Handbook of Politics. State And Society in Global Perspectives. New York: Springer. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press. Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016. Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340. http://dx.doi.org/10.5901/ mjss.2016.v7n1s1p44 Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan. Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM. Pierce, R. 2008. Research Methods in Politics – A Practical Guide. London: SAGE Robertson, D. (2004). The Routledge Dictionary of Politics (3rd ed.). London: Taylor & Francis e-Library. Ser Kuang Keng, Kuek 2012. P94 Hulu Selangor, Selangor (April 17-25, 2010). Dlm. Wong Chin Huat & Soon Li Tsin (pnyt.). Democracy at Stake? Examining 16 By-elections in Malaysia, 2008-2011. hlm. 125 – 140. Petaling Jaya: SIRD. Sity Daud. 2003. Negara pembangunan Malaysia: dari Dasar Ekonomi Baru kepada Dasar Pembangunan Nasional. Tesis Ph.D. University Kebangsaan Malaysia. Streb, M. J. (2008). Rethinking American Electoral Democracy. New York: Routledge. Weiss, L. (pnyt.). 2003. States in the Global Economy: Bringing Domestic Institutions Back In. Cambridge: Cambridge University Press.
358
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
STEREOTAIP ANTARA ETNIK; MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA TERHADAP MASYARAKAT CINA Nasruddin Yunos, Fazilah Idris, Khalim Zainal, Siti Nor Baya Mat Yacob dan Abdul Aziz Mat Isa Abstrak Integrasi nasional merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Kepelbagaian etnik mendedahkan masyarakat kepada stereotaip terhadap etnik berbeza. Stereotaip etniksewajarnya dilihat sebagai satu polemik yang perlu ditangani secara serius. Kajian ini bertujuan mendapatkan stereotaip masyarakat Melayu dan India terhadap masyarakat Cina. Stereotaip dalam kajian ini, diperolehi melalui temu bual ke atas 840 orang responden daripada latar belakang jantina, umur, tempat tinggal dan pendapatan berbeza. Secara umum, stereotaip antara etnik ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian; sosio-budaya, politik dan ekonomi. Kajian ini mendapati stereotaip yang paling tinggi dan banyak diberikan perhatian adalah dalam aspek sosiobudaya, diikuti dengan aspek politik dan ekonomi. Kajian yang lebih meluas dengan persampelan yang lebih besar perlu dilakukan bagi mendapat keputusan yang lebih tepat dalam menggambarkan stereotaip masyarakat Melayu dan India terhadap masyarakat Cina di Malaysia. Seterusnya, langkah lebih berkesan perlu diaplikasikan bagi mengurangkan stereotaip antara etnik dalam usaha memupuk integrasi nasional. Kata kunci: Stereotaip, etnik, Melayu, Cina, India.
PENGENALAN Integrasi nasional merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia kerana konflik umumnya akan muncul akibat daripada interaksi pelbagai etnik dalam hidup bermasyarakat. Konflik akan timbul apabila terdapat persaingan juga perbezaan pendapat antara individu mahupun kelompok. Justeru, kepentingan toleransi sosial antara etnik tidak dapat dinafikan mampu merealisasikan integrasi nasional. Usaha kerajaan ke arah mewujudkan integrasi nasional sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Banyak isu dan penyataan berbau stereotaip dibincangkan oleh massa, terutamanya melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog, dan sebagainya. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia di mana stereotaip dalam bentuk yang ekstrim boleh melahirkan sentimen perkauman. STEREOTAIP ETNIK Kajian mengenai stereotaip etnik dan hubungannya dengan toleransi sosial dalam masyarakat Malaysia amat penting kerana ia amat berkait rapat dengan tindakan serta polisi kerajaan ke arah mengukuhkan integrasi nasional. Pada dasarnya, stereotaipadalah struktur kognitif yang mengandungi pengetahuan yang membina kepercayaan dan jangkaan tentang kumpulan tertentu seperti etnik, jantina, dan sebagainya (Hamilton danTrolier, 1986). Selain itu, stereotaip sebagai suatu bentuk gambaran mental indidvidu terhadap ahli kumpulan tertentu yang biasanya bersifat membesar-besarkan perbezaan di antarakumpulan dan mengurangkan perbezaan orang 359
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dalam kumpulan yang sama(Maclin danHerrera,2006). Stereotaip memainkan peranan dalam mengisi jurang jika tiada maklumat konkrit tentang ahli kumpulan tertentu, seterusnya membenarkan pengkategorian secara mudah dan juga dalam pembuatan keputusan(Larsen, 1979). Secara lebih khusus, stereotaipadalah satu set kepercayaan yangtidak benar,digeneralisasikan secara melampau, tidak benar dari segi fakta, atau bersifat tegar (Ashmore dan Del Boca, 1981). Justeru, sebagai sebahagian daripada stereotaip sosial, stereotaip etnik menggambarkan satu set kepercayaan mengenai sesuatu etnik terhadap kumpulan etnik lain (Ashmore dan Del Boca, 1981). Menurut Gardner(1994), konsepsi berkaitan stereotaip tidak terlepas daripada tiga tanggapan asas; stereotaip dilihat sebagai suatu bentuk kepercayaan yang dipersetujui bersama, kepercayaan yang tiada justifikasi, atau kepercayaan yang membezakan satu kumpulan dengan kumpulan lain. Menurutnya lagi, stereotaip mempunyai maksud berlebihan (yang biasanya tanpa jsutifikasi secara empirikal), yang biasanya berpunca daripada ciri-ciri seperti didapati secara tidak benar, tidak tepat, tegar, tidak logik atau bersifat berlebih-lebihan. Stereotaip amat berkait rapat dengan toleransi sosial. Vogt (1994) menyarankan istilah toleransi merujuk kepada kepelbagaian manusia; dari segi keagamaan, etnisiti, ras, politik, moral, budaya, linguistik, dan sebagainya. Ia melibatkan dokongan individu terhadap hak individu lain termasuklah perkara yang tidak disenangi, tidak dipersetujui, mengancam, atau pelbagai sikap negatif lain. Toleransi sosial pula merujuk kepada kesanggupan untuk ‘bersama’ atau ‘menerima’ ahli kumpulan lain yang tidak disenangi atau memiliki sikap negatif. Healey (2009) melihat kesan stereotaip yang boleh berlaku berterusan dari satu generasi ke generasi lain yang akan menjejaskan hubungan antara kumpulan dominan dan minoriti. Kandungan stereotaip juga yang sebenarnya antara kumpulan yang dominan dengan kumpulan minoriti dan sering salah satu cara penting di mana kumpulan dominan cuba untuk membenarkan atau merasionalisasi hubungan itu (Mohd. Amar et al., 2013). Kamarul Zaman Ahmad (2012) di dalam kajiannya mengenai stereotaip di dalam bidang komunikasi mendapati bahawa lelaki di Malaysia lebih cenderung memiliki stereotaip gender terhadap kelompok lelaki lain dan wanita. Di peringkat sekolah, kajian Santhiram (1999) mengenai pendidikan etnik India di Malaysia pula mendapati wujud polarisasi antara kumpulan etnik dan pelajar sering melihat perbezaan etnik dalam hubungan dengan pelajar dari kumpulan etnik berbeza. Kajian Hazri et.al (2004) mengenal pasti tahap interaksi sosial antara murid pelbagai etnik di sekolah menengah. Kajian ini menunjukkan tahap interaksi sosial murid pelbagai etnik dipengaruhi oleh situasi, latar belakang sosial, tahap keetnikan, prasangka murid dan juga polisi sekolah. Kajian yang dilakukan oleh Noran Fauziah et al. (1987) mendapati bahawa pelajar di sebuah IPTA lebih cenderung bergaul dengan etnik mereka sendiri. Dapatan tersebut disokong oleh kajian Rusimh et al. (2004) yang mendapati bahawa pelajar di sebuah IPTA lebih cenderung memperlihatkan suasana/iklim interaksi dengan bergaul sesama kelompok etnik/kaum mereka sendiri. Responden juga menyatakan bahawa adalah tidak mudah untuk menjadi ahli kelompok kepada etnik/kaum yang berlainan daripada etnik/kaum mereka sendiri. Bagaimanapun, kajian oleh Mansor Mohd. Noor et al. (2001) mendapati bahawa hubungan silang etnik kerap berlaku di IPT. Etnik minoriti, Bumiputera lain dan India, lebih berinteraksi dengan individu dari etnik lain. Mengikut urutan keutamaan, dewan kuliah, asrama, bilik tutorial, dan perpustakaan menjadi tempat perhubungan silang etnik dalam kalangan pelajar di IPT. Pada dasarnya, kajian akademik mengenai stereotaip etnik di Malaysia adalah amat terhad. Menurut Haslam(2001), kaedah utama yang digunakan dalam kajian berkaitan stereotaip adalah kaedah eksperimen. Dalam kebanyakan kajian, stereotaip dianggap 360
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sebagai pembolehubah bebas yang mempengaruhi pembolehubah lain yang diuji. Walau bagaimanapun, tidak banyak cadangan atau penekanan diberi mengenai langkah untuk membendung atau mengawal stereotaip dalam jumlah. Ini kerana stereotaip hanya boleh dikawal dari segi penyebarannya, penyelenggaraan dan impak (Faisal Ibrahim et al., 2010). PERMASALAHAN KAJIAN Integrasi nasional merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Kepentingannya dapat dilihat melalui pelbagai polisi serta agenda yang telah dilaksanakan semenjak negara mencapai kemerdekaan lagi. Konsep 1Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak merupakan sebahagian daripada pembinaan negara bangsa. Konsep tersebut merupakan kempen berterusan yang antara lain turut menekankan keharmonian etnik, Integrasi nasional dan toleransi sosial. Selain itu, konsep 1Malaysia turut menekankan konsep ‘penerimaan’ dalam kalangan rakyat yang merupakan perkembangan daripada sikap toleransi (http://www. bernama.com, 22 Jun 2010). Usaha kerajaan ke arah mewujudkan integrasi nasional sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Isu melibatkan kursus wajib di institusi pengajian tinggi Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang dikatakan cuba mengislamkan pelajar bukan Islam merupakan antara contoh kesan stereotaip yang mampu menggugat usaha mewujudkan integrasi nasional di Malaysia (http://www.bernama.com, 24 Julai 2013). Banyak lagi isu dan penyataan berbau stereotaip dibincangkan oleh massa melalui pelabagai saluran media. Stereotaip etnik sewajarnya dilihat sebagai satu polemik yang perlu ditangani secara serius. Prejudis yang berasaskan pemikiran yang sempit merupakan penyumbang utama yang melahirkan stereotaip. Menurut Bodenhausen (1988), maklumat bersifat stereotaip yang diterima oleh individu menyumbang kepada pemikiran berbentuk stereotaip pada dirinya, dan memberikan kesan ke atas perlakuan atau tindakannya. Meskipun stereotaip timbul pada peringkat persepsi sosial, namun ia bukanlah satu-satunya sumber bagi maklumat. Stereotaip boleh dikurangkan dengan adanya maklumat yang benar serta motivasi yang berterusan (Devine, 1989; Kunda dan Thagard, 1996). Seterusnya, mengurangkan prejudis serta memugarkan toleransi, seterusnya menyumbang ke arah integrasi nasional. Stereotaip di antara masyarakat Melayu dan India telah lama wujud. Masyarakat India pada peringkat awalnya merupakan sumber buruh kepada pihak Inggeris untuk melakukan kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran getah di Tanah Melayu. Pengasingan dari segi demografi, geografi dan pekerjaan sejak daripada zaman British sedikit sebanyak memberikan kesan kepada hubungan antara etnik di Malaysia masa kini. Pengasingan tersebut juga menyumbang kepada perasaan prejudis dan stereotaip. Stereotaip etniksewajarnya dilihat sebagai satu polemik yang perlu ditangani secara serius. Justeru, kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti stereotaip belia Melayu terhadap masyarakat India dari aspek politik, agama, sosial/budaya dan ekonomi ini amat penting dalam usaha mencapai hasrat merealisasikan integrasi nasional secara menyeluruh. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bertujuan mendapatkan stereotaip negatif etnik Melayu terhadap etnik India dalam kalangan belia. Bagi tujuan kajian ini, kaedah temubual secara rawak telah digunakan ke atas 840 orang responden daripada etnik Melayu dan Cina yang berusia antara 18-60 tahun, mewakili pelbagai kategori jantina, umur, tempat tinggal dan pendapatan. Setiap responden memberikan respon stereotaip mengenai masyarakat Cina. Melalui temubual tersebut, sebanyak 280 stereotaip direkodkan. Penyisihan dilakukan bagi stereotaip yang bertindan, sehingga tinggal 82 penyataan bersifat stereotaip negatif, yang kemudiannya 361
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dibahagikan kepada empat aspek iaitu sosio-budaya, politik dan ekonomi. Setelah semua dapatan temubual tersebut disusun mengikut kategori. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati terdapat 52 stereotaip masyarakat Melayu dan India terhadap masyarakat Cina daripada aspek sosio-budaya, 17 stereotaip daripada aspek politik dan 13 stereotaip daripada aspek ekonomi. Jadual 1 menunjukkan stereotaip tersebut. Sosiobudaya
Agama & Tradisi
Fizikal Sikap
Jadual 1: Stereotaip Terhadap Etnik Cina 1. Orang Cina tidak berminat dengan agama 2. Orang Cina tidak menjaga kebersihan selepas mengadakan ritual keagamaan mereka 3. Orang Cina tidak peduli tentang sensitiviti agama lain 4. Orang Cina suka mempersendakan agama 5. Masyarakat Cina semakin terhakis nilai tradisi mereka 6. Orang muda Cina terpesong jauh daripada ajaran tradisi/agama 7. Orang Cina bermata sepet 8. Orang Cina berkulit cerah 9. Orang Cina berserabut dari segi penampilan 10. Orang Cina suka bersikap perkauman 11. Orang Cina suka menganggap diri mereka lebih baik daripada etnik lain 12. Orang Cina suka berpuak-puak dalam pergaulan seharian 13. Orang Cina hanya menjaga kebajikan masyarakat etnik sendiri sahaja 14. Orang Cina suka bersikap kiasu (melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat) 15. Orang Cina suka mementingkan diri 16. Orang Cina suka mengambil kesempatan 17. Orang Cina tidak suka bergaul dengan etnik lain 18. Orang Cina susah bekerjasama dengan etnik lain 19. Orang Cina suka memandang rendah kepada etnik lain 20. Orang Cina tidak suka berkongsi dengan etnik lain 21. Orang Cina tidak suka membantu etnik lain 22. Orang Cina pengotor 23. Orang Cina sombong 24. Orang Cina pemarah 25. Orang Cina tidak suka mandi pagi 26. Orang Cina busuk 27. Orang Cina cerewet 28. Orang Cina kedekut 29. Orang Cina kedekut ilmu 30. Orang Cina suka berjudi 31. Orang Cina suka minum arak 32. Orang Cina suka bergembira/enjoy 33. Orang Cina suka bergaul bebas 34. Orang Cina suka bercakap dengan suara yang tinggi 35. Orang Cina kurang beradab/sopan dengan orang lain 36. Orang Cina tidak boleh dipercayai 37. Orang Cina banyak muslihat 38. Orang Cina suka bermuka-muka 39. Orang Cina suka berbohong 40. Orang Cina suka bersikap kasar
362
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pencapaian
Politik
Sikap
Pekerjaan Ekonomi
Sikap Sikap Perniagaan
41. Orang Cina suka berburuk sangka terhadap orang lain 42. Orang Cina kurang sopan di jalan raya 43. Orang Cina terlalu mementingkan harta,kekayaan dan pangkat 44. Orang Cina suka berpakaian menjolok mata 45. Orang Cina kurang kemas dari segi penampilan 46. Orang Cina banyak terlibat dengan jenayah/samseng/gengsterisme 47. Orang Cina tidak suka mengikut peraturan 48. Orang Cina suka mengamalkan kronisme 49. Orang Cina mengutamakan pendidikan vernakular 50. Orang Cina lebih berminat dengan IPTS berbanding IPTA 51. Orang Cina tidak fasih berbahasa Melayu 52. Orang Cina tidak menggunakan Bahasa Inggeris yang betul 53. Orang Cina bersikap perkauman dalam bidang politik 54. Orang Cina bersatu dalam memperjuangkan hak mereka 55. Orang Cina hanya mengutamakan etnik mereka dalam politik 56. Orang Cina sentiasa mengutamakan kepentingan etnik mereka dalam berpolitik 57. Orang Cina lebih mengutamakan kepentingan parti politik vernakular 58. Orang Cina menggunakan media berbahasa Cina dalam memperjuangkan hak mereka 59. Orang Cina suka mempertikaikan hak bumiputera di Malaysia 60. Orang Cina mengamalkan politik kotor 61. Orang Cina licik dalam berpolitik 62. Orang Cina berpecah belah dari segi politik 63. Orang Cina suka bermuka-muka dengan etnik lain 64. Orang Cina suka memandang rendah etnik lain 65. Orang Cina berasa mereka masih belum berada dalam ‘zon selesa’ di Malaysia 66. Orang Cina sanggup menindas orang lain demi kepentingan politik mereka 67. Orang Cina bergabung dalam memperjuang kepentingan mereka walaupun berbeza parti politik 68. Orang Cina tidak berminat dengan pekerjaan di sektor kerajaan 69. Orang Cina lebih suka berniaga daripada pekerjaan lain 70. Orang Cina suka menipu dalam perniagaan 71. Orang Cina bersikap tamak dalam perniagaan 72. Orang Cina kedekut dalam berurus niaga 73. Orang Cina mengutamakan kaum sendiri dalam pengambilan pekerja 74. Orang Cina suka memanipulasi demi keuntungan diri 75. Orang Cina memonopoli pekerjaan di sektor swasta 76. Orang Cina suka mengambil kesempatan terhadap orang lain 77. Orang Cina lebih mengutamakan keuntungan berbanding kebajikan pekerja 78. Orang Cina banyak terlibat dengan rasuah dalam aktiviti perniagaan 79. Orang Cina tidak menyokong produk kaum lain 80. Orang Cina suka mengaut keuntungan secara berlebihan 81. Orang Cina banyak terlibat dalam perniagaan haram 82. Orang Cina banyak terlibat dalam peminjaman wang secara haram
Dapatan kajian ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa faktor sosio-budaya memainkan merupakan aspek yang paling banyak diberikan perhatian oleh masyarakat Melayu 363
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dan India dalam pembentukan stereotaip terhadap masyarakat Cina. Ini terbukti apabila stereotaip daripada aspek sosio-budaya menjadi aspek yang paling tinggi dalam kalangan responden, walaupun stereotaip ekonomi dan politik merupakan turut disentuh. Aspek politik tidak begitu popular dalam stereotaip masyarakat Melayu dan India terhadap masyarakat Cina. Elemen etnosentrik menjadi isu utama dalam pembentukan stereotaip politik dalam masyarakat India. Aktiviti berpolitik di Malaysia begitu sinonim dengan perkauman. Justeru, elemen tersebut merupakan isu yang biasa dikaitkan, terutamanya dengan golongan yang dianggap minoriti. Aspek ekonomi, sebaliknya, merupakan bahagian yang paling sedikit membentuk stereotaip masyarakat Melayu dan India terhadap masyarakat Cina. Pelbagai elemen seperti sikap suka menipu, tamak, kedekutdan manipulasi merupakan antara stereotaip ekonomi terhadap masyarakat Cina. Dapatan ini juga secara tidak langsung menggambarkan penerimaan masyarakat Melayu dan India terhadap penguasaan masyarakat Cina dari segi ekonomi apabila tidak banyak dibangkitkan mengenai monopoli ekonomi masyakat Cina dalam masyarakat Malaysia. Sebaliknya, stereotaip lebih tertumpu kepada elemen sikap dalam menjalankan aktiviti ekonomi. Ciri perbezaan dari pelbagai aspek dalam masyarakat majmuk di Malaysia menjadi penghalang utama dalam proses pembinaan integrasi nasional dalam kalangan masyarakatnya (Rabuskha 1973). Selain itu, kemajmukan etnik, budaya dan cara hidup antara pelbagai etnik turut mendedahkan masyarakat kepada prejudis dan stereotaip, seterusnya menjadi salah satu faktor penghalang dalam melahirkan integrase nasional. Justeru, prejudis dan stereotaip antara etnik perlu diberi ditangani dengan baik. KESIMPULAN Kesepaduan sosial merujuk suatu fenomena sosial yang dipacu oleh keinginan mendalam terhadap perpaduan yang seterusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat yang dianggap sebagai prasyarat untuk mencapai perpaduan tersebut. Stereotaip negatif merupakan satu elemen yang menghalang kepada kesepaduan antara etnik. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Melayu memiliki pandangan stereotaip terhadap masyarakat India. Kesan stereotaip ini berlaku secara berterusan dan mampu menjejaskan perhubungan di antara masyarakat Melayu dan masyarakat India. Stereotaip negatif perlu dibendung agar ia tidak menular lebih jauh ke dalam hubungan etnik di negara ini. Walaupun telah banyak usaha kerajaan dijalankan untuk membendung pemasalahan antara etnik dan membentuk kesepaduan sosial, namun pada hakikatnya, masih banyak lagi yang perlu dilakukan agar hasrat mewujudkan integrasi nasional dapat dicapai sepenuhnya. RUJUKAN Ashmore, R.D., dan Del Boca, F.K.. 1981. Conceptual approaches to stereotypes and stereotyping. In Cognitive processes in stereotyping and intergroup behavior. D. L. Hamilton (ed.), 1–35. Hillsdale, NJ: Erlbaum. Bodenhausen, Galen V. (1988). Stereotypic biases in social decision making and memory: Testing process models of stereotype use. Journal of Personality and Social Psychology, 55 (5), 726-737. Devine, Patricia G. 1989. Stereotypes and prejudice: Their automatic and controlled components. Journal of Personality and Social Psychology, 56, 5-18. Faisal Ibrahim, Norhayati Abdul Manaf, Thong Lai Kit, Ezhar Tamam, Khairul Hilmi, dan Zalina Darman. 2010. Re-Visiting Malay Stereotypes: A Case Study among Malaysian and Indonesian Chinese Students. SEGi Review. 3(2), Dec 2010, 153-163
364
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Gardner, Robert C.1994. Stereotypes as consensual beliefs, dalam M. P. Zanna & J. M. Olson (Ed.), The psychology of prejudice: The Ontario symposium, Vol. 7 (pp. 1-31). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum. Hamilton, D.L., & Trolier, T.K. (1986). Stereotypes and stereotyping: An overview of the cognitive approach. In J. Dovidio & S. Gaertner (Eds.), Prejudice, discrimination, and racism (pp. 127-163). Orlando, FL: Academic Press. Haslam, Alexander S. 2001. Psychology in Organisations, The Social Identity Approach. London: Sage Publications. Hazri, J., Molly, N. N. L., Santhiram, R., Hairul Nizam, I., Nordin, A. R., Wah, L. L., Nair , S. 2004. Ethnic Interaction Among Students in Secondary School in Malaysia: USM. Healey , J. F. 2009. Race, Ethnicty , Gender and Class : The Sociology of Group Conflict and Change (5 th ed.). Newport: Christopher Newport University. Kamarul Zaman Ahmad. 2012. An Empirical Test of the Propositions by Gray and Tannen Relating to Gender Communication in Malaysia. Asian Social Science, 8(11), 250-263 Kunda, Ziva dan Thagard, Paul. 1996. Forming impressions from stereotypes, traits, and behaviors: A parallel-constraint-satisfaction theory, Psychological Review, 103(2), 284308. Larisa Nikitina and Fumitaka Furuoka. 2013. “Dragon, Kung Fu and Jackie Chan…”: Stereotypes about China Held by Malaysian Students. TRAMES, 2013, 17(67/62), 2, 175– 195 Larsen, Knud S. 1979. Person Perception and the Evaluation of Aboriginal Topical Art: How to Change Stereotypes. The Journal of Social Psychology, 100, 107-110. MacLin, M.K., and Herrera, V. 2006. The Criminal Stereotype. North American Journal of Psychology, 8(2), 197-208 Mansor Mohd Noor dan rakan-rakan. 2001. Kajian Arah dan Tahap Pencapaian Perpaduan Negara Di Insititusi Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar,Universiti Sains Malaysia.(tidak diterbitkan). Mohd. Amar b. Hj. Ibrahim, Hazri b. Jamil & Najeemah bt. Mohd. Yusof. 2013. Prejudis Dan Stereotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-117680-1), 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net, 1011-1021. Noran Fauziah Yaakob, Teh Yik Koon dan Salma Ishak. 1987. Faktor-faktor Yang Berkaitan Dengan Perhubungan Kaum – Kes Universiti Utara Malaysia dalam Seminar Kebangsaan Mengenai Perpaduan Nasional 1987. Sintok : Universiti Utara Malaysia. Rabushka, Alvin. 1973. Race and Politics in Urban Malaya. Stanford, California: Hoover Institution Press, Stanford University. Santhiram, R. 1996. ‘Malaysian Educational Development: A Study of Inter-Ethnic Relations’, Journal of the Institute of Asian Studies, 8(2) : 17- 48. Vogt, Paul W. 1994. ‘Introduction: Six questions about tolerance and education’, TheReview of Education/Pedagogy/Culture Studies, 16(3-4),273-276. http://www.bernama.com, 22 Jun 2010 http://www.bernama.com, 24 Julai 2013
365
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH: PRINSIP DAN PELAKSANAAN Nor Hasnida Che Md Ghazali Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Dewasa ini, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) secara efektif dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar. Malah, PBS juga dapat meningkatkan proses pengajaran dan seterusnya memberi kesan kepada proses penambahbaikan sekolah. Kertas kerja ini membincangkan konsep pentaksiran formatif dan sumatif dalam PBS secara agak terperinci. Seterusnya, konsep pentaksiran pendidikan yang dilaksanakan dalam konteks sistem pendidikan Malaysia secara am juga dibincangkan. Hasil pendedahan konsep pelaksanaan daripada kajian literatur dan dapatan kajian-kajian lepas, digariskan beberapa implikasi penting kepada polisi pentaksiran, amalan pengajaran guru serta pentadbiran sekolah. Dengan ini, diharap dapat meningkatkan dan menambah baik pelaksanaan PBS di Malaysia khususnya dalam pelaksanaannya untuk mencapai objektif sebenar sistem pendidikan negara sebagaimana yang dimanifestasi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kata kunci: Pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif.
PENGENALAN Sistem pentaksiran adalah satu komponen penting dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana tiga elemen yang saling berkait antara satu sama lain iaitu kurikulum, pengajaran dan pentaksiran adalah elemen utama dalam menyumbang kepada sesuatu penambahbaikan dalam pendidikan (Young dan Giebelhaus, 2005). Malangnya, sistem pentaksiran yang berlaku selama ini (selepas ini dinamakan ‘konsep pentaksiran tradisional’) terutamanya yang dijalankan di negara-negara yang sedang membangun, adalah tidak begitu berjaya dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan bagaimana konsep pentaksiran tradisional gagal memberikan impak positif dalam pembelajaran pelajar. Konsep pentaksiran tradisional yang telah sekian lama dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh dunia lebih memfokuskan kepada peperiksaan awam (Wiliam, 2001).Oleh kerana fokusnya adalah kepada peperiksaan awam sematamata, ia dilihat kurang diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar, dan secara realitinya ia menjadi suatu yang sangat terpisah dari pengajaran. Malah, pentaksiran juga dilihat hanya sebagai satu tiket untuk pemilihan pelajar ke tahap yang lebih tinggi atau untuk mendapatkan sijil yang boleh dibanggakan. Malah, pentaksiran tradisional juga lebih memfokuskan kepada mengenal pasti hasil akhir pelaksanaan sesuatu kurikulum, program atau polisiatau dijadikan perbandingan untuk melihat samada sesuatu objektif pengajaran itu tercapai atau tidak (Caffrey, 2009). Ini menjadikan kurangnya fokus diberikan terhadap mendapatkan maklumat untuk meningkatkan pengajaran guru dari proses pentaksiran itu sendiri. Perbandingan antara konsep pentaksiran tradisional dan konsep pentaksiran alternatif dijelaskan oleh Fan (2011) yang dikhususkan kepada pentaksiran matematik seperti di dalam Jadual 1.1.
366
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 1.1: Perbandingan antara konsep pentaksiran tradisional dan baru untuk pentaksiran matematik Pentaksiran matematik Apa (kandungan)?
Konsep tradisional
Konsep baru
Domain kognitif (terutamanya Domain kognitif dan afektif pengetahuan dan skil) dan melihat (pengetahuan, skil, kebolehan dan hasil pembelajaran disposition) dan melihat hasil dan proses pembelajaran
Di mana (dilaksanakan)?
Di dalam bilik darjah
Di dalam atau di luar bilik darjah
Bila (dilaksanakan)?
Semasa kelas pada satu tempoh masa yang tertentu
Semasa atau selepas kelas selama beberapa hari, minggu, bulan atau tahun
Bagaimana (dilaksanakan)?
Secara konvensional (ujian bertulis)
Secara konvensional dan alternatif
Untuk apa (dilaksanakan)?
Satu tujuan; iaitu untuk Pelbagai tujuan dalam meningkatkan penggredan diikuti pelaporan hasil pengajaran dan pembelajaran akhir pembelajaran
Hubungan dengan pembelajaran
Pentaksiran dalam pembelajaran (Assessment of Learning)
Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning), Pentaksiran dalam pembelajaran (Assessment of Learning) dan Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as Learning)
Dewasa ini, sistem pentaksiran di kebanyakan sekolah di seluruh dunia terutamanya di negara maju semakin mengaplikasikan konsep pentaksiran alternatif. Semakin hari semakin banyak kajian yang menunjukkan bagaimana pentaksiran alternatif ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar, terutamanya dengan pengaruh dari Assessment Reform Group yang dipelopori oleh Professor Paul Black dan Professor Dylan Wiliam dari United Kingdom. Mereka berdua telah mengadakan satu kajian yang agak menyeluruh berkenaan kajian literatur yang berkaitan (Black and Wiliam, 1998). Mereka telah mengkaji pelbagai buku dan lebih dari 160 buah jurnal yang diterbitkan sekitar 9 tahun ke belakang. Proses ini melibatkan 580 artikel dan bab dalam buku yang dikaji. Kesimpulan yang telah mereka buat ialah, memang terdapat banyak eviden yang menyatakan bahawa pentaksiran formatif dapat meningkatkan standard pembelajaran dan seterusnya menyatakan cara bagaimana meningkatkan pelaksanaan pentaksiran formatif di sekolah-sekolah. Apa Itu PBS PBS ialah suatu sistem pentaksiran yang agak baru diperkenalkan dalam sistem pendidikan. Sehubungan dengan itu, beberapa terma berkaitan pentaksiran akan diperjelaskan dahulu untuk mengelakkan salah faham berkaitan PBS. Bila dilihat dari kajian literatur, terdapat beberapa terma yang dikaitkan dengan PBS seperti ‘pentaksiran bilik darjah’, ‘pentaksiran guru’, ‘pentaksiran internal atau ‘pentaksiran kerja kursus dan berterusan’ (Grima,2003). Walau bagaimanapun, Thimappa and Sharma (2003) menyifatkan pentaksiran guru sebagai sebahagian daripada PBS sahaja. Kebanyakan kajian yang lepas lebih menggunakan terma PBS berbanding terma-terma yang disebutkan diatas, yang tidak pula dijelaskan mengapa terjadi demikian. Pentaksiran bilik darjah ialah yang paling sinonim dengan PBS. Jika dilihat kepada takrif, pentaksiran bilik darjah adalah satu sistem pentaksiran yang dijalankan di dalam bilik darjah oleh guru-guru (Black and Wiliam, 2004). Perkara utama yang membezakan pentaksiran bilik darjah dengan PBS ialah berkenaan lokus pentaksiran. Pentaksiran bilik 367
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
darjah mesti berlaku di dalam bilik darjah manakala PBS boleh dikendalikan di manamana atau dengan kata lain, tempat bukanlah perkara utama dalam PBS. Yang penting, pelaksanaannya mestilah mengikut ‘peranan’ yang sepatutnya dimainkan oleh PBS. Jadi, bagi pentaksiran bilik darjah, hanya strategi yang sesuai dijalankan di bilik darjah boleh diguna pakai. Manakala bagi PBS, ia boleh melibatkan strategi pentaksiran diluar bilik darjah seperti pentaksiran aktiviti sukan atau kokurikulum (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011). Secara amnya, PBS boleh dikatakan sebagai satu sistem pentaksiran yang ditadbir oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan pentaksiran, di mana guru merancang pentaksiran untuk satu unit pembelajaran. PBS melibatkan jenis-jenis pentaksiran berserta pemberat dan tugasannya, dan juga hasil pembelajaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam silibus (WACE, 2008). Untuk PBS dalam konteks pendidikan di Hong Kong, ia mula diperkenalkan di Hong Kong sejak tahun 1978 (Cheung and Yip, 2003). Ia dikenali sebagai ‘Teacher Assessment Scheme’, di mana pentaksiran diselia oleh guru subjek bagi kemahiran praktikal subjek kimia, dan PBS menyumbang sebanyak 20 peratus untuk keseluruhan markah subjek tersebut. Kini, Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination memperkenalkan PBS yang mirip TAS, di mana PBS merupakan satu jenis pentaksiran yang ditadbir oleh guru subjek dan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur dan kriteria yang telah ditetapkan (HKEAA, 2012a). Markah yang diperoleh pelajar akan menyumbang kepada keputusan akhir diploma mereka. Pelajar akan ditaksir mengguna pelbagai aktiviti seperti aktiviti membaca, laporan penulisan, persembahan oral, perbincangan berkumpulan, persembahan individu, kerja makmal atau kerja projek yang bergantung kepada subjek yang mereka ambil.Dewasa ini, PBS dilihat semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Kini, selain Australia, United Kingdom, United States of America dan Hong Kong, New Zealand, Finland, Canada, Africa, Sweden, Scandinavia dan Singapura juga makin memasukkan PBS di dalam sistem pendidikan mereka (Assessment Support Material, 2001). Pentaksiran Formatif Dan Sumatif Secara amnya, PBS terdiri dari dua komponen utama iaitu pentaksiran formatif dan sumatif. Kertas kerja ini memperincikan pelaksanaan kedua-dua jenis pentaksiran semasa pengajaran, dan kurang memberi fokus kepada komponen yang menyumbang kepada keseluruhan proses pelaksanaan PBS di sekolah, seperti faktor kemahiran dan ilmu pengetahuan guru, latihan dalam perkhidmatan atau cabaran dalam melaksanakan PBS di sekolah. Rata-rata kita dapati ramai guru yang masih tidak jelas dengan peranan dan cara pelaksanaan pentaksiran formatif (Nor Hasnida, 2015). Mungkin pentaksiran sumatif lebih mudah difahami kerana selama ini negara kita memang mengutamakan sistem pentaksiran yang melaksanakan peperiksaan awam. Walau pun pada hakikatnya, pentaksiran sumatif bukanlah bermaksud peperiksaan awam sebagaimana yang disalah tafsir oleh sesetengah guru. Jadi, apa sebenarnya pentaksiran formatif dan sumatif? Apakah peranan sebenar kedua-dua pentaksiran tersebut? Bagaimana pelaksanaan yang efektif? Ini semua diperincikan di dalam kertas kerja ini berserta dengan model pentaksiran dari kajian lepas. Pentaksiran formatif melibatkan aktiviti yang djalankan oleh guru dan pelajar dalam mentaksir kerja-kerja mereka, yang seterusnya membekalkan maklumat untuk diguna sebagai maklum balas untuk mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Black and Wiliam, 1998). Ini adalah definisi yang dianjurkan oleh Paul Black and Dylan Wiliam di akhir kurun ke-20 yang sesuai diaplikasikan sehingga kini. Kalau dilihat kepada definisi oleh Popham (2008), pentaksiran formatif dilihat sebagai satu proses yang diguna oleh guru dan pelajar semasa pengajaran yang memberikan maklum balas yang berguna untuk mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian pelajar sebagaimana yang dihasratkan. Jika diteliti, kita dapati maklum balas sangat penting dalam pentaksiran formatif. Apa dan bagaimana maklum balas sepatutnya berperanan? Maklum balas yang diterima oleh guru dari proses pentaksiran semasa pembelajaran boleh berlaku apabila adanya perbincangan antara guru dan murid berkenaan ‘apa yang 368
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
murid tahu dan apa yang murid perlu tahu’ (Young dan Giebelhaus, 2005). Maklumat ini boleh diguna oleh guru untuk mengubahsuai strategi, bahan dan kaedah pengajaran menurut objektif pengajaran. Di samping itu, bagi pelajar, maklum balas bertindak sebagai satu turning point untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran yang telah disalah fahami oleh mereka. Maklum balas juga berperanan dalam meningkatkan kepercayaan dan motivasi pelajar. Malah, maklum balas merupakan satu medium yang penting dalam mempromosi pembelajaran bermakna dan pemahaman dan juga dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar (Hargreaves, 2005). Begitu peri pentingnya maklum balas, bagaimana ia sepatutnya dikendalikan oleh guru di dalam bilik darjah? Maklum balas mestilah konstruktif untuk mendapat hasil pembelajaran yang bermakna. Konstruktif bermaksud maklum balas mestilah dalam bentuk deskriptif, jelas dalam objektif dan standard, logik dari segi tempoh pelaksanaan, merangsang pembelajaran, berorientasikan action dan solution, agak confidential untuk memastikan kepercayaan pelajar tidak dicemari, spesifik kepada perlakuan yang boleh dinilai dan informatif. Maklum balas mesti mengelakkan generalisasi atau interpretasi dan anggapan yang di agak-agak semata (Hamid dan Mahmood, 2010). Tambahan lagi, pemberian gred, membanding skor antara pelajar dan tidak spesifik dalam memberi maklum balas mestilah dielakkan kerana itu semua tidak memberi kesan dalam pembelajaran pelajar (IowaCore, 2011). Tambahan lagi, maklum balas yang konstruktif mestilah dapat menjadikan pelajar lebih berfikir, dan ini tidak dapat diperoleh jika pelajar hanya diberi gred, skor atau komen yang ringkas seperti ‘bagus’ atau ‘tidak bagus’ sahaja(Leahy et al., 2005). Bila seseorang guru memberi maklum balas dalam bentuk komen, ia mestilah jelas dan tepat supaya pelajar tahu apa yang dimaksudkan oleh guru mereka dan boleh membuat perubahan kepada kerja mereka. Malah, sebaik-baiknya komen mestilah ada kaitan dengan rubrik dari silibus. Contoh bagi komen yang konstruktif dari seorang guru ialah ‘Lima dari 20 jawapan ini adalah salah. Kenal pasti dan cuba buat pembetulan’. Sehubungan dengan itu, kajian juga mendapati bahawa komen semata-mata adalah lebih efektif berbanding memberi komen berserta markah atau memberi markah sahaja. Ini kerana pemberian komen semata-mata dapat meningkatkan sistem kepercayaan diri pelajar, seterusnya meningkatkan pembelajaran mereka (Black, 2007).Seterusnya, untuk memperjelaskan lagi perbincangan berkenaan maklum balas, disertakan pelbagai kategori pentaksiran formatif dalam Jadual1.2. Jadual di bawah jelas menunjukkan bahawa untuk sesuatu pentaksiran formatif itu memberi kesan kepada pembelajaran, maklum balas mestilah melibatkan pernyataan aktiviti yang spesifik dengan tugasan yang diberikan oleh guru dan memastikan ianya mudah fahami oleh pelajar dan bukan sekadar memberi markah atau gred semata-mata. Secara logiknya, itulah yang biasanya dipraktikkan oleh guru atau ibu bapa di dalam bilik darjah atau di rumah untuk membuat sesuatu perubahan kepada mana-mana aktiviti informal yang melibatkan pelajar. Di sini juga menggambarkan bahawa pentaksiran formatif bukanlah sesuatu yang baru atau sesuatu yang asing. Pentaksiran formatif hanyalah suatu jenis pentaksiran yang makin di formalkan bila ia di bawa masuk ke dalam sistem pendidikan negara. Cuma, ia mestilah lebih sistematik dan bersandar kepada silibus. Jika tidak, standardnya menjadi berbeza di antara seorang guru dengan seorang guru yang lain. Jadual 1.2: Kategori pentaksiran formatif Intervensi maklum balas Maklum balas lemah Maklum balas semata-mata Pentaksiran formatif yang lemah Pentaksiran formatif yang sederhana
Penerangan Memberi markah atau gred Memberi markah atau gred; dan maklum balas untuk jawapan betul Memberi maklumat kepada jawapan betul; dan sedikit penerangan Memberi maklumat kepada jawapan betul; dan sedikit penerangan, berserta cadangan untuk penambahbaikan
369
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pentaksiran formatif yang berkesan
Memberi maklumat kepada jawapan betul; dan sedikit penerangan, berserta aktiviti yang spesifik untuk penambahbaikan
Seterusnya, Nicol dan Macfarlene-Dick (2006) menggariskan tujuh prinsip utama amalan maklum balas yang berkesan yang dapat membantu pembelajaran kendiri pelajar. Pembelajaran kendiri ialah satu proses di mana pelajar mengawal selia pemikiran, motivasi dan aspek tingkah laku mereka semasa proses pembelajaran, yang mana mereka mempunyai darjah pengawalan yang lebih tinggi terhadap pembelajaran mereka. Prinsip pertama, maklum balas yang baik dapat membantu pelajar mengenal pasti lompang yang wujud antara prestasi semasa pelajar dengan matlamat pembelajaran yang dikehendaki (Young and Giebenhaus, 2005). Seterusnya, maklum balas yang berkesan dapat membantu pelajar untuk memahami matlamat pembelajaran, meningkatkan pentaksiran kendiri dan membina kepercayaan dan keyakinan diri. Malah, ia juga akan memperbaiki mutu aktiviti dialog antara pelajar dan guru. Yang terakhir ialah, ia dapat memberi maklumat yang berguna kepada guru kerana bila guru membuat refleksi terhadap data pelajar, ia memberi peluang guru meningkatkan pembelajaran kendiri pelajar. Untuk lebih jelas lagi, di sini disertakan satu model pentaksiran formatif yang menceritakan dengan terperinci pelaksanaan pentaksiran formatif semasa proses pengajaran. Proses ini sepatutnya berlaku dalam satu kitaran yang lengkap. Dan, kitaran ini akan terus berulangulang sehingga matlamat pembelajaran yang dikehendaki tercapai. Terdapat beberapa model yang menerangkan proses pentaksiran formatif yang berlaku dalam bilik darjah, seperti model pentaksiran formatif yang dibina oleh Margeret Heritage (IowaCore, 2011), Cowie dan Bell (1999) atau Dr Herb Fynewever (2008). Hanya model pentaksiran formatif oleh Margeret akan dibincangkan memandangkan model Cowie dan Bell hanya memfokuskan kepada pendidikan sains manakala model oleh Dr Fynewever pula mendapatkan sampel dari pendidikan kimia. Rajah 1.1 menunjukkan perhubungan dinamik model pentaksiran formatif oleh Margeret.
Rajah 1.1: Model Pentaksiran Formatif
Model ini telah dibina oleh Margeret Heritage dari National Center for Research on Evaluation, Standards and Student Testing (CRESST) (IowaCore, 2011). Model ini jelas 370
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
menunjukkan satu perhubungan dinamik antara elemen-elemen utama dalam satu proses yang berterusan dalam bentuk pusingan yang bermula dengan mengenal pasti matlamat pembelajaran dan mempunyai definisi yang tepat tentang kriteria untuk berjaya. Terdapat empat elemen utama bagi model: mengenal pasti lompang, memberi maklum balas, penyertaan aktif pelajar dan kemajuan pembelajaran (Heritage, 2007). Kalau dilihat kepada elemen ‘mengenal pasti lompang’, ia melibatkan proses mengenal pasti lompang antara tahap pembelajaran semasa dan tahap pembelajaran yang dikehendaki. Perbezaan tahap ini dikenali sebagai ‘zon perkembangan proksimal’ seperti mana yang dicadangkan oleh Lev Vygotsky. Bilamana seseorang guru benar-benar melaksanakan pentaksiran formatif secara efektif, mereka berupaya untuk mengenal pasti lompang berkenaan bagi setiap pelajar dan seterusnya memberi sokongan kepada pelajar untuk menutup lompang dengan mengubahsuai pengajaran. Sokongan juga boleh datang daripada proses kolaboratif dengan kawan-kawan yang lebih pandai daripada mereka. Seterusnya diikuti dengan proses guru ‘memberi maklum balas’ kepada pelajar. Maklum balas yang diberikan oleh guru kepada pelajar tentang status pembelajaran semasa pelajar seharusnya berbentuk deskriptif dan berasaskan kriteria, dan cara bagaimana untuk memperbaiki kelemahan mereka (Sadler, 1989). Atau secara ringkasnya ialah, maklum balas adalah bertujuan untuk memenuhi lompang yang dimaksudkan di atas. Walau bagaimanapun, maklum balas seharusnya menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu pihak pelajar dan juga guru. Sehubungan dengan itu, sejauh mana maklum balas boleh berkesan bergantung pula kepada penyertaan aktif pelajar semasa sesi pembelajaran. Aktif di sini bermaksud pelajar membina kemahiran dalam pentaksiran kendiri, pentaksiran rakan sebaya dan juga semasa kolaborasi bersama guru dalam membina proses metakognitif mereka. Semua kemahiran ini adalah sangat penting kerana ia membolehkan pelajar mempunyai pemahaman yang selaras dengan guru mereka berkenaan status pembelajaran semasa mereka. Dan, seterusnya adalah untuk memastikan tindakan yang sesuai dapat diambil untuk mencapai matlamat yang dikehendaki sepanjang pembelajaran pelajar. Kemajuan pembelajaran pula ialah satu siri kemajuan tentang apa yang perlu dipelajari oleh murid dalam memperoleh matlamat yang dikehendaki. Guru menggunakan kemajuan pembelajaran sebagai satu penanda aras untuk mengenal pasti status semasa pembelajaran pelajar. Pada asasnya, kemajuan pembelajaran menyokong pelaksanaan pentaksiran formatif memandangkan ia adalah asas kepada semua elemen-elemen lain yang dinyatakan di dalam model di atas. Walau bagaimanapun, untuk membina kemajuan pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai guru yang gagal menghasilkan kemajuan pembelajaran yang bermutu. Selain daripada model yang dibina untuk memperjelaskan lagi proses pelaksanaan pentaksiran formatif, terdapat beberapa teori pembelajaran yang memberi implikasi kepada pelaksanaan pentaksiran formatif. Teori tersebut ialah teori behaviorisme, teori pembelajaran Piaget, teori konstruktivisme, teori kecerdasan pelbagai dan ‘brain research’. Walau bagaimanapun, semua teori tersebut tidak di bincangkan dalam kertas kerja ini. Pentaksiran sumatif pula ialah satu pentaksiran yang mengukur tahap pencapaian pelajar dalam bentuk peperiksaan yang di pantau oleh guru kelas atau pemantau luar di akhir unit atau tahun (CERI, 2008). Ujian semester atau peperiksaan akhir tahun adalah contoh pentaksiran sumatif. Pentaksiran sumatif boleh juga dalam bentuk portfolio, esei, ujian pelbagai pilihan (Learning Points Associate, 2009), projek individu, projek berkumpulan, viva, penilaian kendiri atau penilaian rakan sebaya (Rust, 2002). Bahkan, ia juga boleh melibatkan maklum balas dalam bentuk gred atau komen yang diberikan kepada pelajar selepas mereka menyelesaikan ujian atau kerja rumah (Fynwever, 2008). Untuk lebih jelas, jika dilihat secara mendalam kepada peranan pentaksiran sumatif dalam pembelajaran pelajar, ia dapat dilihat dalam pelbagai perspektif. Pentaksiran sumatif ialah satu jenis pentaksiran yang mengukur ‘hasil pembelajaran’ dan bukan mengukur prestasi pelajar semasa mereka melaksanakan apa-apa tugasan sepanjang proses pembelajaran (Fynwever, 2008). Peranannya boleh juga dilihat sebagai menilai kemajuan pelajar berbanding dengan standard antarabangsa (Rayment, 2006), mempromosi pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, untuk mendapatkan sijil 371
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
atau tiket untuk mendapatkan pekerjaan (Wiliam, 1998). Ia juga berperanan untuk memberi maklumat kepada ibu bapa, guru dan pelajar berkenaan pencapaian pelajar (Harlen, 2004). Tambahan lagi, pentaksiran sumatif juga berperanan untuk menilai keberkesanan pelbagai program pendidikan seperti menilai kurikulum sekolah (Wang, 2008). Bersama-sama dengan maklumat-maklumat lain, pentaksiran sumatif juga boleh digunakan untuk memantau pretasi guru dan sekolah (Harlen, 2005). Bahkan, ia juga membekalkan maklumat berkenaan kualiti pendidikan dan membuat perbandingan antara sekolah dan sistem pendidikan nasional (CERI, 2008) atau untuk memantau prestasi dan akauntabiliti sekolah (Harlen, 2004). Terdapat dua kategori yang melibatkan pentaksiran sumatif iaitu pentaksiran normatif dan kriteria bergantung kepada bagaimana ia diinterpretasikan (Rayment, 2006). Pentaksiran normatif mentaksir kemajuan pelajar dengan membanding pelajar yang ada dalam sesebuah kumpulan, dan ia melibatkan memberi ‘ranking’ kepada pelajar. Manakala pentaksiran kriteria pula mentaksir pelajar mengikut standard yang telah dikhususkan di awal lagi dan pelajar akan dilabelkan sebagai ‘berjaya’ atau ‘gagal’, atau ‘berskil’ atau ‘tidak berskil’. Jadual 1.3 di bawah menunjukkan dengan jelas perbezaan antara pentaksiran formatif dan sumatif. Jadual 1.3: Pentaksiran formatif dan sumatif Dimensi Tujuan
Pentaksiran formatif Pengajaran; untuk membina ilmu pengetahuan dan pemahaman
Pelaksanaan
Bergantung kepada keputusan guru dari masa ke semasa; bergantung kepada individu, dibina oleh guru
Pentaksiran sumatif Pentadbiran; untuk menilai pengetahuan dan pemahaman pada sesuatu masa Tertakluk kepada protokol yang dibina di dalam atau di luar bilik darjah; dibina oleh guru atau pemeriksa luar
Tempoh masa
Semasa sesi pengajaran pada kadar frekuensi yang agak tinggi
Selepas pengajaran pada kadar frekuensi yang rendah
Skop
Agak menjurus dengan satu atau beberapa objektif pembelajaran di satu-satu masa
Agak besar dengan set objektif yang komprehensif
Audien
Bilik darjah (pelajar, guru dan ibubapa)
Bilik darjah, pentadbir dan orang awam
Maklum balas
Pelajar-guru, dalam bentuk deskriptif
Pelajar-orang awam, dalam bentuk penilaian
Kalau dilihat kepada kedua-dua jenis pentaksiran, jelas menunjukkan bahawa kedua-duanya diperlukan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Malah, dua komponen pentaksiran inilah yang menjadi tonggak PBS dalam konteks sistem pendidikan Malaysia kini. PBS Dalam Konteks Negara Malaysia Dalam konteks negara Malaysia, PBS ialah satu sistem pentaksiran yang agak baru diperkenalkan untuk dilaksanakan secara formal, iaitu pada tahun 2011 dan ia dilaksanakan kepada pelajar Tahun 1 sahaja pada tahun tersebut. Seterusnya, pada tahun 2012, perlaksanaan dijalankan terhadap pelajar Tahun 1 dan 2 dan begitulah seterusnya pada tahun-tahun berikutnya. PBS ialah satu sistem pentaksiran yang dijalankan di sekolah, dirancang, dilaksanakan, diberi penskoran dan dibuat laporan menuruti prosedur yang di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011). Secara amnya, ia mesti dilaksanakan oleh guru subjek di sekolah cuma terdapat beberapa pengecualian seperti adanya penglibatan guru jasmani atau guru kaunseling sekolah untuk beberapa komponen PBS yang akan diperincikan dibawah. PBS dilaksanakan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran 372
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ataupun di akhir sesi pembelajaran. PBS merupakan satu sistem pentaksiran yang holistik yang mentaksir kesemua aspek utama pelajar; iaitu aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan spiritual) dan psikomotor (fizikal). Ini berbeza dengan pentaksiran sebelum ini yang lebih memfokuskan kepada pencapaian akademik pelajar semata-mata (Ministry of Education, 2011). Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah yang diwartakan di Malaysia. PBS juga berfungsi dalam mentaksir ‘proses’ dan ‘produk’ pembelajaran secara formatif dan summatif dengan mempraktikkan pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment For Learning) dan pentaksiran dalam pembelajaran (Assessment Of Learning).Kalau dilihat kepada objektif utama PBS sebagaimana yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 2010, PBS dilaksanakan untuk; i) Mendapatkan gambaran keseluruhan berkenaan potensi pembelajaran setiap pelajar ii) Memantau perkembangan setiap pelajar dan membantu mereka meningkatkan potensi pembelajaran iii) Menghasilkan laporan yang bermakna bagi setiap pelajar (Lembaga Peperiksaan, 2010) Bahkan, PBS dilihat sebagai satu cara untuk menghasilkan pentaksiran yang lebih bermakna dengan lebih memfokuskan kepada perkembangan pembelajaran berbanding gred yang diperoleh pelajar. PBS juga diharap dapat mengurangkan pergantungan penuh ke atas gred peperiksaan dan menyumbang penambahbaikan kepada sekolah dan guru melalui pentaksiran yang berkualiti, terutamanya peranan yang dimainkan oleh pentaksiran sekolah, satu komponen pentaksiran dalam PBS. Malah, PBS juga dilihat sebagai satu usaha untuk memastikan prestasi pelajar boleh dibanding dengan standard luar negara, terutamanya yang berkait dengan ilmu pengetahuan, skil dan kemahiran pelajar (Che Noraini et al., 2013). Implikasi Pelaksanaan PBS PBS yang melibatkan kedua-dua komponen pentaksiran iaitu pentaksiran formatif dan sumatif adalah sangat penting. Dalam kertas kerja ini dibincangkan cadangan-cadangan yang dirasakan sesuai untuk diaplikasikan oleh pelbagai pihak. a) Implikasi kepada polisi pentaksiran Daripada kertas kerja ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan PBS mempunyai potensi dalam memberi impak positif terhadap pencapaian pelajar dan penambahbaikan sekolah. Implikasinya, pembuat dasar seharusnya membuat perubahan kepada polisi yang melibatkan pentaksiran yang mana polisi seharusnya memberi fokus kepada reformasi guru dan perkembangan kurikulum. Sebagai contoh, latihan guru praktikal atau latihan dalam perkhidmatan kepada guru perlulah mendedahkan pentaksiran holistik dengan lebih menyeluruh. Walau bagaimanapun, pendedahan ini bukanlah suatu usaha yang mudah memandangkan proses ini bukan satu proses one-shotatau satu ad-hoc event. Dan, proses latihan juga seharusnya dilaksanakan dengan lebih sistematik baik dalam perancangannya, pelaksanaan atau penilaian program latihan tersebut. Tambahan lagi, para guru dan pentadbir mestilah jelas dengan polisi yang melibatkan definisi dan peranan yang seharusnya dimainkan oleh pentaksiran formatif dan sumatif untuk mengelakkan kekeliruan. Mereka perlu faham tentang kekangan yang ada pada peperiksaan awam dalam meningkatkan prestasi pelajar. Mereka juga perlu faham keseimbangan antara kos yang melibatkan pentaksiran formatif dan sumatif terutamanya yang melibatkan waktu mengajar guru dan kos memeriksa skrip jawapan pelajar. Wiliam (2009) ada mencadangkan bahawa pelaksanaan pentaksiran formatif mempunyai peluang yang lebih tinggi dalam hendak mengurangkan kos kepada sekolah atau sistem pendidikan jika dilaksanakan secara efektif. Di Malaysia, pelaksanaan PT3, satu pentaksiran pusat yang juga merupakan pentaksiran sumatif baru diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 3 pada tahun 2014. Ia menghendaki guru subjek yang memeriksa skrip jawapan pelajar. Ini membolehkan penjimatan kepada pihak kerajaan kerana sebelum 373
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ini peperiksaan PMR yang merupakan peperiksaan awam memerlukan kos yang tinggi untuk dikendalikan. Tetapi, tidak dinafikan bahawa kos langsung guru yang terlibat dengan PBS agak membebankan guru seperti contohnya dalam kos fotostat, penyediaan kertas dan bahanbahan PBS. Tambahan lagi, menyediakan pembangunan professional berterusan kepada guru sangat memerlukan kos yang tinggi (Webster et al., 2012). b) Implikasi kepada amalan pengajaran guru Guru tidak lagi boleh bergantung penuh kepada peperiksaan awam di akhir semester atau akhir tahun untuk menilai prestasi pelajar. Bahkan, mereka juga tidak boleh hanya memfokuskan kepada satu kaedah pentaksiran sahaja, seperti ujian sahaja, kerana ujian semata-mata tidak dapat memperlihatkan potensi sebenar pelajar (Black and Wiliam, 1998). Malah, ujian ialah satu jenis pentaksiran yang mempunyai hubungan yang lemah dengan pengalaman pembelajaran pelajar. c) Implikasi kepada pentadbiran sekolah Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran, pencapaian dan motivasi pelajar adalah lebih baik bila pihak guru lebih memberi fokus kepada pentaksiran formatif dan hanya melaksanakan pentaksiran sumatif apabila perlu sahaja (ARG, 2002). Melihatkan kepada penemuan ini, ianya sangat kritikal bagi guru besar untuk memastikan polisi pentaksiran difahami oleh pihak guru. Bahkan, guru besar juga hendaklah mengadakan satu iklim sekolah yang positif supaya guru mudah untuk melaksanakan pentaksiran terhadap para pelajar. Guru besar, pentadbir sekolah dan pihak kementerian mestilah benar-benar akur dengan polisi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, terutamanya berkenaan pentaksiran formatif. Tambahan lagi, untuk lebih mempromosi pentaksiran untuk pembelajaran ini, bukan hanya guru yang harus diberi pendedahan, malah pihak ibubapa dan komuniti luar sekolah juga patut dilibatkan. Seterusnya, polisi sekolah juga harus mengambilkira waktu dan kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pentaksiran sumatif supaya pihak guru tidak terkeliru dengan pelaksanaan pentaksiran formatif. KESIMPULAN Konsep pelaksanaan pentaksiran formatif dan sumatif adalah ketara disebabkan peranannya dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Malah, ianya juga menjadi sangat ketara kerana dengan melaksanakan kedua-dua pentaksiran tersebut secara efektif dapat membekalkan pelajar dan ibubapa dengan maklumat pembelajaran pelajar yang dengan itu menggalakkan mereka berusaha meningkatkan pembelajaran anak-anak. Seterusnya, pentaksiran juga dapat meningkatkan motivasi pelajar atau bertindak sebagai satu medium dalam membina dan menyokong pembelajaran berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya seharusnya disusuli dengan penilaian yang berterusan dari pihak kementerian khususnya, agar pelaksanaannya dapat dipastikan berjalan sewajarnya. RUJUKAN ARG (2002) Assessment for Learning: 10 Principles. University of Cambridge: Assessment Reform Group. Assessment Support Material (2001).Assessment Support Material VCE: English/ESL. Australia. Available at: http://www.vcaa.vic.edu.au/vce/studies/ english/EnglishASM. doc (Accessed: 12 November 2011). Black, P. and Wiliam, D. (2004) ‘Classroom Assessment Is Not (Necessarily) Formative Assessment (and Vice-versa)’, Yearbook of the National Society for the Study of Education, 103, 183-188. 374
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Black, P. (2007) Formative Assessment: Promises or problems? Available at: http://www. mantleoftheexpert.com/studying/articles/Paul%20Black2007.pdf/ (Accessed: 6 July 2013). Black, P and Wiliam, D. (1998). ‘Assessment and classroom learning’, Assessment in Education: Principles, Policy and Practice, 5(1), 7-74. Caffrey, E. D. (2009) Assessment in Elementary and Secondary Education: A Primer, Congressional Research Service. Available at: http://www.fas .org /sgp/crs/misc/R40514. pdf (Accessed: 5 April 2013). CERI (Centre for Educational Research and Innovation) (2008) Assessment for Learning Formative Assessment. Available at: http://www.oecd.org/dataoecd /19/31/40600533.pdf (Accessed: 9 March 2012). Che Noraini, H., Adlina, A. and Nurhidayah, M. H. (2013) ‘Ideal vs Reality: Evidences from senior teacher experiences on the Malaysia SBA system’ Proceedings of the Malaysian Educations Dean Council. UIAM, 23-25 September. INSTED.Available at: http://www. iium.edu.my/medc2013 /documents/ProsidingMEDC.pdf (Accessed: 8 October 2014). Cheung and Yip, 2003). ‘School-based assessment of chemistry practical work: Exploring some directions for improvement’, Education Journal, 31(1), 133-152. Cowie, B. and Bell, B. (1999) ‘A Model of Formative Assessment in Science Education’, Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 6(1), 101-116. Fan, L. (2011) Performance Assessment in Mathematics: Concepts, Methods, and Examples from Research and Practice in Singapore Classrooms. Singapore: SG, Pearson. Fynwever, P. (2008). Calvin. Available at: http://www.calvin.edu/academic/chemistry/ research /fynewever/fynewever-research.html (Accessed: 4 December 2014). Grima, M. (2003). ‘School-based Assessment: Implementation Issues and Practices’, 21st Annual AEAA Conference: Assessment and Certification in a Changing Educational, Economic and Social Context, Cape Town, South Africa, 25-30 August. Available at: http://www.slideshare.net/HajarHamdan/school-based-assesment(Accessed: 14 November 2013). Hamid, Y. dan Mahmood, S. (2010) ‘Understanding constructive feedback: A commitment between teachers and students for academic and professional development’, J Pak Med Assoc., 60(3), 224-227. Hargreaves, P. (2005).‘Assessment for learning? Thinking outside the (black) box’, Cambridge Journal of Education, 35(2), 1-23. Harlen, W. (2004) A systematic review of the evidence of the impact on students, teachers and the curriculumof the process of using assessment by teachers for summative purposes, Research Evidence in Education Library. London: EPPI-Center, Social Science Research Unit, Institute of Education. Harlen, W. (2005) ‘Teachers’ summative practices and assessment for learning – tensions and synergies’, The Curriculum Journal, 16(2), 207-223. Heritage, M. (2007a) ‘Formative Assessment: What Do Teachers Need to Know and Do?’, Phi Delta Kappan, 89(2), 140-145. Heritage, M. (2007b) Formative Assessment Model. Assessment and Accountability Center (AACC/ CRESST), University of Carlifornia, Los Angeles. Available at: http://www. gwaea.org/iowacorecurriculum /docs/ Assessment ForLearning_LitReviewFinal.pdf (Accessed: 9 July 2013). HKEAA (2012a) Information on School-based Assessment. Hong Kong. Available at: www. hkeaa.edu.hk/en/sba/sba_hkdse (Accessed: 9 March 2012). IowaCORE (2011) Literature Review Assessment For Learning. Available at: http://www. gwaea .org/iowacorecurriculum/docs/AssessmentForLearning_LitReviewFinal.pdf (Accessed: 25 November 2014). Leahy, S., Lyon, C., Thompson, M. and Wiliam, D. (2005) ‘Classroom Assessment: Minute by minute, Day by day’, Educational Leadership, 63(3), 1-7. 375
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Learning Point Associates (2009) Connecting Formative Assessment Research to Practice. Available at: http://www.learningpt. org / pdfs/ Formative Assessment .pdf (Accessed: 3 November 2011). Lembaga Peperiksaan Malaysia (2011a) Panduan dan Peraturan PBS. Putrajaya. Available at: http://www.pdfcoke.com/faridooi/d/81532201-Panduan-Dan-Peraturan-Pbs-2011. (Accessed: 22 November 2011). Lembaga Peperiksaan (2010) Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Available at: http:// buletinkpm.blogspot.co.uk/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html (Accessed: 7 November 2011). Nicol, D. J. and Macfarlene-Dick, D. (2006) ‘Formative assessment and self-regulated learning: A model and seven principles of good feedback practice’, Studies in Higher Education, 31(2), 199-218. Nor Hasnida Che Md Ghazali. (2015). An Evaluation of the Implementation of The SchoolBased Assessment System in Malaysia. Available at: http://eprints.soton.ac.uk/381724 /1.hasCoversheetVersion/THESIS%20HASNIDA%20%28P%29.pdf Popham, W. J. (2008) Transformative Assessment. Alexandria, Virginia: ASCD. Rayment, T. (2006) 101 Essential Lists on Assessment. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. Rust, C. (2002) Purposes and principles of assessment. OCSLD, Learning and teaching briefing papers series. Oxford Brookes University. Available at: http://www.brookes .ac. uk/services /ocsd/2learntch/briefing_papers/p_p_assessment.pdf (Accessed: 6 November 2011). Sadler, D. R. (1989) Formative assessment and the design of instructional systems’, Instructional Science, 18, 119-144. Thimmappa, P. R. and Sharma, S. (2003) ‘Implications of School Based Assessment for the Pacific’, Journal of Educational Studies, 25(1), 40-55. Wang, X. (2008) ‘Teachers’ Views on Conducting Formative Assessment in Chinese Context’, Engineering Letters, 16(2). Webster, A., McNeish, D., Scott, S., Maynard, L. and Haywood, S. (2012) What influences teachers to change their practice? A rapid research review. Available at: http://www .bristol.ac.uk/cubec/portal/pr7.pdf(Accessed: 3 November 2014). Wiliam, D. (1998) ‘The validity of teachers’ assessment’, 22nd Annual Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, South Africa, July. Available at: www.dylanwiliam.org / Dylan... /PME%2022%20WG6%20paper.doc (Accessed: 10 Jan 2013) Wiliam, D. (2001) ‘What is wrong with our educational assessments and what can be done about it’, Education Review, 15(1). Young, S. and Giebelhaus, C. (2005) Formative Assessment and Its Uses for Improving Student Achievement. Education Data Management Solutions, STI. Available at: www. cbohm.com/news/STI/STI_White_Paper.pdf (Accessed Nov 2011).
376
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
STRATEGI KELANGSUNGAN HIDUP MYANMAR: DARI PERSPEKTIF HUBUNGAN ANTARABANGSA Nor Azizan Idris, Zarina Othman dan Aini Fatihah Roslam Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Abstrak Kelangsungan hidup sesebuah negara adalah penting bagi menjamin kedaulatannya dalam era globalisasi, era kebergantungan antara satu sama lain. Kedaulatan serta keselamatan adalah keutamaan negara agar terus merdeka dan aman makmur. Bagi negara Myanmar, kelangsungan hidupnya bukan sahaja ditentukan oleh faktor domestik, tetapi juga sistem antarabangsa. Seperti Malaysia, Myanmar adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli, pernah dijajah oleh British dan mengamalkan sistem demokrasi (di awal kemerdekaan), serta bermasyarakat majmuk. Namun, pada hari ini, Myanmar adalah sebuah negara miskin yang menjadi perhatian masyarakat global antaranya disebabkan isu pilihan raya nasional. Jika negara bangsa Malaysia pernah menghadapi ancaman Komunis di awal kemerdekaan, Myanmar juga turut menghadapi pelbagai ancaman. Dengan mengaplikasikan teori Hubungan Antarabangsa, kajian ini akan mengkaji bagaimana negara Myanmar sebagai sebuah negara kecil, mampu meneruskan kelangsungan hidupnya dalam sistem antarabangsa yang anarki. Kajian ini berbentuk kualitatif, data primer dikumpulkan menerusi temubual sarjana pakar bidang serta analisis kandungan dan data sekunder pula dirujuk daripada bahan internet dan bercetak yang berwibawa. Hasil kajian awal menunjukkan sebagai sebuah negara kecil, Myanmar mengadaptasi ‘strategi’ mengekalkan hubungan dengan kuasa-kuasa besar demi kelangsungan dan pengiktirafannya di peringkat antarabangsa. Kata kunci: Anarki, Kedaulatan dan Sistem Antarabangsa.
PENGENALAN Kajian berkenaan negara-negara kecil dan hubungannya dengan kuasa-kuasa besar semakin mendapat tempat dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Negara-negara kecil yang dahulunya dianggap sebagai “tidak berdaya” menurut pandangan para pendokong realis, kini semakin memainkan peranan penting dalam arena antarabangsa kerana ada antara mereka kaya dengan dengan sumber seperti Brunei atau terletak di kawasan yang strategik seperti Singapura1. Terdapat pelbagai pendapat yang digunapakai bagi menjelaskan definisi negara-negara kecil. Antaranya, meletakkan ciri-ciri seperti fizikal seperti saiz, jumlah penduduk dan ekonomi.2 Myanmar (Burma) merupakan sebuah negara miskin di rantau Asia Tenggara tetapi ianya kaya dengan sumber alam. Myanmar bersempadan dengan India dan Bangladesh di sebelah Utara dan berjiran dengan China, Laos dan Thailand di sebelah Timur. Saiz Myanmar yang berukuran 678, 500 kilometer persegi menjadikan negara tersebut ke 40 terbesar di dunia dan ‘tanah besar’ di Asia Tenggara. Adalah dianggarkan populasi Myanmar ialah 55 juta dengan komposisi 1 Kishan S. Rana, 2011, The Diplomacy of Small States, dlm., Silvia Negut dan Andreea Gagea, 2011, Diplomacy In The Games Of Power, Romanian Review on Political Geography, 13 (1) Mei, Hlm: 33. 2 Commonwealth Advisory Group, 1997, A Future for Small States: Overcoming Vulnerability, London: Commonwealth Secretariat; Mariam Jensen, 2006, Income Volatility in Small and Developing Economies: Export Concentration Matters, Geneva: World Trade Organization.
377
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
68 peratus Burman, 28 peratus kaum minoriti dan 5 peratus lain-lain.3 Agama Buddha Theravada merupakan agama yang mempunyai penganut terbesar, selebihnya ialah agama Kristian, Islam, Hindu dan animisme. Kepelbagaian budaya, Bahasa dan agama menjadi faktor yang membentuk budaya politik penduduk Myanmar yang multi etnik. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita Myanmar pula sebanyak US$869 pada tahun 2013, tetapi antara yang terendah di Asia Tenggara. Myanmar merupakan antara negara yang termiskin di kalangan negara-negara anggota ASEAN.4 Seperti Malaysia, Myanmar mempunyai sejarah yang panjang dan perubahan yang besar sejak zaman pemerintahan dinasti, zaman kolonial British pada tahun 1885, dan penaklukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Semenjak mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1948, Myanmar mula mengalami proses sukar dalam usaha penyatuan nasional dengan perubahan pentadbiran sivil kepada ketenteraan pada tahun 1962 dan 1988. Keselamatan dalaman Myanmar terancam oleh insurgen pelbagai etnik berbeza dengan Malaysia di mana ancaman datangnya dari Komunisme. Namun, kedua negara turut berusaha dengan bersungguh dalam menyatu padukan bangsa (nation) untuk menjadi negara yang berdaulat. Pengenalan kepada pentadbiran sosial ketenteraan menjadikan Myanmar sebagai sebuah negara yang mempunyai masalah dalaman yang tidak pernah selesai sehingga kini. Akibatnya, pelbagai pihak telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah. Pada tahun 1988, pentadbiran yang berideologikan sosialis ketenteraan telah berubah kepada pemerintahan stratokrasi.5 Kini Myanmar sedikit demi sedikit membuka ruang untuk demokrasi walaupun masih terlalu awal untuk meramalkan apakah langkah seterusnya berkaitan demokrasi di Myanmar. Kajian ini akan merungkai bagaimana negara Myanmar sebagai sebuah negara kecil mampu meneruskan kelangsunagn hidupnya dalam sistem antarabangsa? Kajian ini menghujahkan bahawa Myanmar mengadpatasi strategi mengekalkan hubungan dengan kuasa-kusa besar demi kelangsungan dan pengiktirafannya di peringkat antarabangsa. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu, mengkaji hubungan Myanmar dengan Amerika Syarikat dan menganalisa hubungan Myanmar dengan China. Keduanya adalah kuasa besar. METODOLOGI Kajian ini berdasarkan kaedah kualitatif dengan sebahagian besar data diperolehi daripada pelbagai sumber internet dan bercetak yang berwibawa. Pada peringkat awal, data dikumpulkan melalui pendekatan kepustakaan dari Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia (PTSL UKM), Pusat Sumber di Pusat pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM (FSSK UKM), Perpustakaan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Perpustakaan Wisma Putra di Kementerian Luar Negeri kerana perpustakaan–perpusatakaan ini kaya dengan bahan kajian berkaitan Asia Tenggara. Juga, senarai perpustakaan yang dicadangkan ini telah dikenalpasti mempunyai banyak bahan-bahan sekunder berwasit seperti buku, artikel jurnal, laporan penyelidikan dan tesis-tesis yang sangat berkaitan dengan kajian. BahanSteinberg, D., 2010, Burma/Myanmar: What Everyone Needs to Know, Oxford: Oxford University Press. 4 United Nations Conference on Trade and Development, 2014, UNCTAD. 5 Mutebi, Alex M., 2005, Muddling Through Past Legacies Myanmar’s Civil Bureaucracy and the Need for Reform, dlm. Kyaw Yin Hlaing, Robert H. Taylor dan Tin Maung Maung Than, 2005, Myanmar: Beyond Politics to Societal Imperatives, Singapore: ISEAS Publications. 3
378
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
bahan ini merangkumi sejarah dan latar belakang Myanmar dan hubungannya dengan negara-negara luar. Bahan-bahan sekunder bercetak yang lain seperti akhbar dan majalah juga diambil kira termasuklah pengumpulan maklumat-maklumat dari laman sesawang yang berkaitan dan memenuhi keperluan kajian ini. Selain itu, pengumpulan maklumatmaklumat dilaksanakan secara berterusan juga dilaksanakan. Temu bual juga dirancang bagi mendapatkan maklumat-maklumat tambahan di kalangan responden terpilih iaitu tiga orang ahli akademik pakar bidang Myanmar. Dengan adanya usaha pengumpulan datadata ini, adalah dijangkakan kajian ini berupaya untuk memperolehi maklumat penting yang tidak diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum ini. KONSEP KESELAMATAN NEGARA Dalam membincangkan mengenai kelangsungan hidup sesebuah negara, ia amat berkait rapat dengan aspek keselamatan. Aspek keselamatan merupakan agenda utama kepada setiap negara. Kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi dan memastikan negara, rakyat, sempadan, wilayah dan nilai-nilai terasnya bebas daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan. Ini bertepatan dengan paradigma realisme. Ancaman yang dimaksudkan samada berpunca dari dalam ataupun dari luar negara tersebut serta samada ia berbentuk ketenteraan ataupun tidak menentukan kelangsungan hidup sesebuah negara. Walau bagaimanapun, menurut Arnold Wolfer, keselamatan negara adalah merupakan satu konsep yang mengelirukan. “... a nation is secure to the extent to which it is not in danger of having to sacrifice core values, if it wishes to avoid war, and is able, if challenged, to maintain them by victory in such a war. This definition implies that security rises and falls with the ability of a nation to deter an attack or to defeat it. This is in accord with the common usage of the term”.6 Definisi ini dilihat lebih memberi fokus kepada aspek ketenteraan dalam memahami konsep keselamatan negara, ini sebenarnya adalah penerangan terhadap negara maju. Bagi negara dunia ketiga pula atau negara yang sedang membangun, yang kebanyakannya dilihat tidak mempunyai kemampuan untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya seiring dengan peningkatan teknologi bidang tersebut, konsep keselamatan adalah lebih komprehensif. Hampir kesemua negara-negara membangun mengguna pakai konsep keselamatan kompehensif dalam merangka dan melaksana dasar keselamatan negara mereka. Abdul Monem M. Al-Mashat7 mendefinisikan keselamatan negarayang sedang membangun sebagai; [state security]...the capacity of a society to protect individuals, groups and the nation from physical and socio-economic dangers and from the threat of such dangers created by both systemic and attributional conditions.8 Muthiah Alagappa pula menyatakan tumpuan utama keselamatan di negaranegara ialah kelangsungan politik, keselamatan ekonomi dan keharmonian sosiobudaya. Kelangsungan politik turut merangkumi autonomi di peringkat antarabangsa, integriti wilayah, perpaduan nasional, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, ketenteraman awam, 6 Abdul Razak Baginda, 2007, Malaysia’s Foreign Policy: Continuity and Change, Shah Alam: Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd. Hlm: 38. 7 Abdul Monem M. Al-Mashat, 1985, National Security in the Third World, Colorado: Westview Press, hlm: xvii. 8 Abdul Razak Baginda, 2007, Malaysia’s Foreign Policy: Continuity and Change, Shah Alam: Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd. Hlm: 38.
379
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
perlindungan sistem politik dan kelangsungan kerajaan memerintah.9 Keupayaan memberi perlindungan kepada nilai-nilai ini menjadi paksi utama kepada dasar keselamatan negara. Jika dikaji menerusi definisi-definisi tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa keselamatan negara bukan hanya berkisar kepada keselamatan tradisional iaitu ketenteraan malah ia turut merangkumi skop yang lebih komprehensif yang melibatkan sektor ekonomi, budaya dan politik. Setiap satunya mempunyai nilai dan kepentingan yang saling berkait antara satu sama lain. Sekiranya salah satu daripada bahagian tersebut terancam, maka ia akan menjuruskan ke arah ketidakstabilan keseluruhannya. Ancaman keselamatan negara boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama ancaman umum iaitu ancaman luaran dan ancaman dalaman. Ancaman luaran boleh dilihat sebagai ancaman – ancaman yang asalnya dari luar sempadan negara di mana secara tradisinya adalah merupakan ancaman berbentuk ketenteraan. Namun, setelah tamatnya Perang Dingin, pelbagai bentuk ancaman baru dikenal pasti yang bukan bersifat ketenteraan seperti jenayah rentas sempadan, migrasi, alam sekitar, dan keganasan. Manakala ancaman dalaman pula adalah ancaman yang berasal dari dalam negara dan boleh melemahkan nilai-nilai utama negara, keutuhan struktur sosial dan kelancaran fungsi sesebuah kerajaan yang mentadbir negara itu. Antara bentuk ancaman dalaman ini ialah, isurgensi, pelampau agama, kumpulan-kumpulan pemisah dan radikal dan sebagainya.10 Malah negara amat berhati-hati dalam memilih rakan dan menjalinkan hubungan luar untuk keselamatannya. HUBUNGAN MYANMAR – AMERIKA SYARIKAT Walaupun pelbagai pendapat yang di paparkan dalam sorotan karya menyatakan Myanmar cuba untuk bersendirian, namun dapatan awal telah menunjukkan Myanmar telah menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat. Donald M. Seekins dalam artikelnya melihat bahawa dasar luar Amerika Syarikat terhadap Myanmar yang telah dilaksanakan lebih daripada 20 tahun bermatlamatkan untuk mencapai dua objektif politik; a) untuk menyatakan penolakkan tingkahlaku dan matlamat regim Myanmar dan b) memberikan sokongan moral kepada pembangkang demokratik […] dan memaksa regim, menerusi tekanan negatif supaya mereka berubah.11 Dengan menyimpulkan bahawa sesetengah pendapat bersetuju bahawa dengan sekatan yang dikenakan itu akan menyebabkan regim pemerintah tumbang. Walau bagaimanapun, bagi pendapat lain pula menyatakan bahawa matlamat sekatan perlu difokuskan kepada regim pemerintah terhadap salah laku dalam hak asasi manusia. Bagi Martin pula, dasar sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kerana wujud perbezaan tingkah-laku Myanmar dengan negaranya dan juga sifat masyarakat antarabangsa. Antara perbezaan itu ialah berhubungkait dengan isu percambahan senjata nuklear dan hak asasi manusia. Oleh sebab itu, matlamat dasar tersebut adalah bagi menangani isu-isu tersebut daripada terus berleluasa.12 Pendapat Seekin dan Martin tidak mempunyai perbezaan dengan Soh, namun beliau lebih menekankan kepada faktor sejarah iaitu peristiwa 8888 Uprising dan Pilihan raya umum 1990 yang mana menjadi pemangkin kepada polisi Amerika Syarikat terhadap Myanmar.13 9 Muthiah Alagappa, 1998, Asian Practice of Security: Key Features and Explanations, Dlm. Muthiah Alagappa, 1998, Asian Security Practice: Material and Ideational Influences, California: Stanford University Press, Hlm: 624-629. 10 Jatswan S. Sidhu, 2009, Malaysia’s Defence and Security Since 1957: An Overview,Dlm. Abdul Razak Baginda, 2009, Malaysia’s Defence & Security Since 1957, Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Centre, Hlm: 1. 11 Donald M. Seekins, 2005, Burma and U.S Sanctions: Punishing and Authoritarian Regime, Asian Survey, Vol.45. No.3 (May-June), Hlm: 440. 12 Michael F. Martin, 2012, U.S Sanctions on Burma, Congressional Research Service, 7 Febuari, http:// www.crs.gov, [ 24 Mac 2012]. 13 Byungkuk Soh, 2008, The Crisis of 1988 in Myanmar: A Watershed in the History of MyanmarAmerika Relations, International Area Studies Review, Vol.11. No.2, Hlm: 365-386.
380
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Menurut Martin lagi, ‘sekatan’ merujuk kepada keadaan atau tindakan bersifat diplomatik, ekonomi, atau ketenteraan yang diambil oleh sesebuah negara (kebiasaannya, Amerika Syarikat) atau kumpulan negara lain bagi memaksa Myanmar menuruti undangundang atau kelakuan yang sewajarnya. Oleh sebab itu, polisi sekatan yang dilaksanakan ke atas Myanmar terbahagi kepada lima undang-undang federal iaitu; Section 138 of the Custom and Trade Act of 1990, Section 307 of the Foreign Assistance Act of 1961, Section 570 of Foreign Operations, Export Financing, and Related Programs Appropriations Act 1997, The Burmese Freedom and Democracy Act of 2003, and The Tom Lantos Block Burmese JADE (Junta’s Anti-Democratic Efforts) Act of 2008.14 Walau bagaimanapun, perkara ini telah terlebih dahulu diutarakan oleh Pedersen pada tahun 2005 dengan menyatakan bahawa rakyat Myanmar lebih menderita kerana sekatan ekonomi yang dikenakan ke kerajaan dan mereka terkena tempias secara langsung akibat penutupan kilang-kilang multinasional.15 Jika dilihat secara umum, penolakan Amerika Syarikat terhadap Tatmadaw (kepimpinan tentera) telah bermula, namun ialah tidak begitu ketara. Antara sebab utama ketegangan hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut ialah kegagalan pihak tentera Myanmar dalam mempertahankan hak asasi manusia, kes Aung San Suu Kyi, isu penyembelihan etnik Rohinya, dan kebebasan awam di negara tersebut. Walau bagaimanapun, ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dan Tatmadaw juga disebabkan oleh masalah keselamatan dalaman pada awal kemerdekaan yang gagal diatasi oleh pihak tentera Myanmar.16 Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menggunakan Myanmar sebagai pangkalan bagi operasi menentang serangan Jepun di China dan Asia Tenggara. Secara umumnya hubungan tersebut berlaku antara orang awam dan pemimpin tentera di kedua-dua buah negara. Selepas peperangan, bekas tanah jajahan British itu telah mendapat kemerdekaan dan dipimpin oleh kerajaan awam. Myanmar telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1948 dan merupakan antara negara pengasas General Agreement on Tariff and Trade (GATT) selain menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 1952 dengan sokongan penuh daripada Amerika Syarikat. Kedua-dua negara ini turut mengumumkan hubungan diplomatik secara penuh.17 Hubungan kedua-dua negara bermula tegang pada Perang Dunia Kedua atas beberapa sebab. Pertamanya, Myanmar kecewa dengan keengganan Amerika Syarikat untuk menyelesaikan status penempatan tentera Kuomintang (KMT) yang beroperasi di Timur Laut Myanmar yang baru ditubuhkan oleh Republik Rakyat China (PRC).18 Pada tahun 1953, bantuan ekonomi Amerika Syarikat ke Myanmar sebahagianya telah dihentikan sementara kerana terdapat pertempuran ke atas tentera KMT di Myanmar. Kedua, kerajaan awam yang dibentuk di Myanmar terbukti tidak stabil, sebahagianya disebabkan oleh kumpulan-kumpulan militan yang berasaskan etnik beroperasi di negara tersebut dan sebahagiannya disebabkan oleh rampasan kuasa d’etat pada tahun 1962 yang dilakukan oleh tentera di bawah nama Burmese Socialist Programme Party (BSPP). Kerajaan tentera yang baharu telah memilih untuk merapatkan hubungan dengan PRC dan ia tidak disenangi oleh Amerika Syarikat. Ketiga, 14 Michael F. Martin, 2012, U.S Sanctions on Burma, Congressional Research Service, 7 Febuari, http:// www.crs.gov, [ 24 Mac 2012]. 15 Morton B. Pedersen, 2005, The Challenges of Transitions in Myanmar, dlm., Kyaw Yin Hlaing, 2005, Myanmar Beyond Politics to Social Imperatives, Singapura: Institute of Southeast Asian Studies. 16 Ibid., hlm: 3. 17 Michael F. Martin, 2012, U.S. Sanctions on Burma, Congressional Research Service, http://www.crs. gov, 7 Febuari, Hlm: 3 [28 Mac 2014]. 18 Apabila Kerajaan KMT jatuh pada tahun 1949, lebih kurang 12 000 kumpulan tentera telah dihantar ke Myanmar bagi meneruskan operasi menentang PRC dan tenteranya – People’s Liberation Army (PLA) – menyebabkan masalah dalam hubungan Myanmar-China. Myanmar meminta Amerika Syarikat untuk mengarah sekutunya iaitu Taiwan mengundurkan tenteranya dari Myanmar. Walaupun, Amerika Syarikat telah membangkitkan isu tersebut namun bermula pada tahun 1953, China masih mengekalkan tentera KMT di Myanmar sehingga tahun 1961 apabila mereka mula menempatkan tentera tersebut di Thailand.
381
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
adalah disebabkan kerajaan junta tentera menunjukkan rasa kurang hormat terhadap isu hak asasi manusia, mengenakan sekatan terhadap kumpulan pembangkang yang berusaha keras untuk mengembalikan negara Myanmar ke arah sistem pemerintahan awam.19 Walaupun hubungan antara Amerika Syarikat dingin, namun dasarnya terhadap Myanmar masih lagi kekal seperti biasa. Amerika Syarikat juga menerima Myanmar sebagai salah sebuah negara asal penerima program Generalized System of Preference (GSP) pada tahun 1976. Ia juga menunjukkan bahawa negara Myanmar sebagai terjamin status sebagai Most Favored Nation (MFN, kini dirujuk sebagai Normal Trade Relations atau NTR), dan menyokong peruntukan bantuan pembangunan oleh institusi-institusi kewangan antarabangsa. Terdapat juga hubungan rapat dalam bidang ketenteraan; antara yang utama ialah termasuklah melalui program International Mitlitary Education and Training (IMET) sehingga tahun 1988.20 Sekatan terhadap Myanmar masih tidak dilaksanakan sehingga Tatmadaw dengan kejam menindas kumpulan popular yang melaksanakan protes secara aman – dikenali sebagai Pemberontakan 8888. Bermula pada pertengahan tahun 1987, bantahan yang popular bagi menentang kerajaan junta tentera telah merebak di seluruh Myanmar sehingga kemuncaknya pada Ogos 1988. Pada 8 Ogos 1988, tentera telah menggunakan cara kejam bagi menghentikan pemberontakan tersebut dengan membunuh dan mencederakan penunjuk perasaan yang tidak diketahui jumlah sebenar mangsa tersebut. Selepas kejadian tersebut, tentera telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan bahawa State Law and Order Restoration Council (SLORC) akan mengambil-alih pentadbiran negara.21 Nyatalah ancaman keselamatan Myanmar datangnya dari dalam seperti yang dihujahkan oleh Al-Mashat. Ini tidak mengejutkan, malah Malaysia turut berdepan dengan acaman dalaman. Selepas mengambil-alih kuasa, SLORC mengumumkan bahawa ia adalah bertujuan untuk mempercepatkan pengembalian Myanmar ke arah pentadbiran awam dengan mengadakan pilihan raya parlimen untuk membentuk Hluttaw Pyithu (Perhimpunan Kesatuan) pada 27 Mei 1990. Pada 27 September 1988, SLORC telah mengeluarkan undang-undang baharu yang mengawal pendaftran parti-parti politik. Pada 31 Mei 1989 pula, mereka telah mengeluarkan undang-undang baharu bagi urusan pentadbiran pilihan raya Parlimen akan datang.22 Walaupun pada ketika itu sebanyak 235 parti politik yang berdaftar untuk pilihan raya, namun, hanya empat parti yang memenangi lebih 10 kerusi daripada keseluruhan 485 kerusi yang dipertandingkan.23 Lebih mengejutkan, National League for Democracy (NLD) yang dipimpin oleh Aun San Suu Kyi24 menerima 59.9 peratus undi sah dan memenangi 382 kerusi. Sementara parti politik di bawah SLORC iaitu National Unity Party (NUP) menerima 21.2 peratus undi dengan hanya 10 kerusi. SLORC dan junta tentera Myanmar jelas terkejut dengan keputusan pilihan raya 19 Michael F. Martin, 2012, U.S. Sanctions on Burma, Congressional Research Service, http://www.crs. gov, 7 Febuari, Hlm: 3 [28 Mac 2014]. 20 Michael F. Martin, 2012, U.S. Sanctions on Burma, Congressional Research Service, http://www.crs. gov, 7 Febuari, Hlm: 4 [28 Mac 2014]. 21 Ibid. 22 Terdapat beberapa kontraversi dalam urusan pilihan raya tersebut. Menurut Perlembagaan Myanmar 1974, Union Assembly merupakan “higest organ of state power”. Dalam pada masa yang sama, SLORC mengulangi dakwaan bahawa pilihan raya pada Mei 1990 merupakan “multiparty democratic general election”. Walau bagaimanapun, ramai pemerhati menganggap Union Assembly akan ditadbir oleh mereka yang akan memenangi pilihan raya tersebut. Tetapi, pada 27 Julai 1990, SLORC mengumumkan bahawa pilihan raya tersebut tidak sah dan hanya diadakan bagi membentuk Perlembagaan baru bukan bertujuan perubahan kuasa. 23 National League for Democracy 392 kerusi, Shan Nationalities League for Democracy 23 kerusi, Arakan League for Democracy 11 kerusi dan National Unity Party 10 kerusi. Daripada keseluruhan 235 parti politik yang berdaftar, cuma 93 mempunyai calon. 24 Aung San Suu Kyi adalah anak kepada pemimpin Aung San yang mati ditembak sebelum sempat menjadi Perdana Menteri pada tahun 1948. Suu Kyi adalah pemimpin parti politik NLD dan sangat berpengaruh.
382
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
tersebut dan enggan untuk membenarkan Union Assembly diadakan. Sebaliknya, junta tentera Myanmar telah menahan ramai pemimpin pembangkang, termasuklah Aung San Suu Kyi. Pemberontak yang diketuai oleh sami-sami Buddha dan pelajar-pelajar universiti telah ditindas dengan kejam. Seterusnya, SLORC mengisytiharkan undang-undang tentera dalam sebagai asas utama mentadbir Myanmar.25 8888 Uprising26 yang berlaku pada 1988 dan pilihan raya umum 1990 merupakan dua peristiwa politik penting yang menjadi turning –point kepada perubahan besar dasar luar Amerika Syarikat terhadap Myanmar.27 Pemberontakan politik atas nama menuntut negara ke arah lebih demokrasi telah diketuai oleh golongan pelajar, sami-sami dan aktivis-aktivis politik. Peristiwa ini telah menyebabkan junta tentera bertindak zalim terhadap mereka yang terlibat dengan ratusan orang awam terbunuh. Keputusan pilihan raya umum tahun 1990 yang mana telah dimenangi oleh parti pembangkang National League for Democracy (NLD) secara majoriti di kerusi parlimen telah diisytiharkan sebagai tidak sah. Hal ini telah menyebabkan kerajaan State Law Order Restoration Council (SLORC) – kini SPDC. mengambil keputusan untuk mengenakan tahanan terhadap pemimpin NLD, Aung San Suu Kyi dan meneruskan pemerintahan bersifat diktator ketenteraan.28 Tindakan zalim junta Myanmar telah mendapat laporan yang meluas oleh media dan ia mengejutkan komuniti antarabangsa. Reaksi Amerika Syarikat ialah dengan memutuskan hubungan diplomatik dan mengenakan beberapa sekatan terhadap regim junta lebih daripada dua dekad. Walau bagaimanapun, keberkesanan dasar yang digunapakai oleh Amerika Syarikat terhadap Myanmar sebagai instrumen dasar luar telah menjadi isu perdebatan – junta tentera masih lagi menguasai negara, insiden pencabulan hak asasi manusia yang berskala besar dan bukti wujudnya perdagangan senjata nuklear yang dilaporkan oleh media. The Special Rapporteur for Burma juga telah ditubuhkan sebagai Suruhanjaya Siasatan bagi menjalankan siasatan terhadap jenayah perang serta hak asasi manusia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (HRC), yang mana telah membuahkan hasil.29 25 Michael F. Martin, 2012, U.S. Sanctions on Burma, Congressional Research Service, http://www. crs.gov, 7 Febuari, Hlm: 5 [28 Mac 2014]. 26 Uprising 8888 (Pemberontakan 8888) berlaku di Yangon pada 8 Ogos 1988 hingga 19 September 1988. Pemberontakan tersebut dimulakan oleh pelajar-pelajar universiti yang menginginkan demokrasi selepas Kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Ne Win telah digulingkan oleh pihak tentera. Seterusnya, telah melaksanakan pemerintahan ala tentera di bawah ketua komander, Jeneral Saw Maung. Selepas itu, pemberontakan tersebut telah disertai oleh rakyat biasa, sami-sami Buddha, kakitangan kerajaan, tentera laut, tentera udara, pegawai-pegawai kastam, guru-guru dan kakitangan hospital. Bagi menghentikan pemberontakan tersebut, pihak tentera telah membunuh ribuan peserta pemberontak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Yangon, pemberontakan ini bermula apabila pihak tentera membunuh aktivis pelajar bernama Phone Maw di hadapan bangunan utama universiti tersebut. Mengikut catatan, tidak kurang daripada 300 penyokong NLD termasuk pekerja parti dan 15 ahli parlimen telah ditangkap. Selain itu, ramai juga yang menyeberang ke Thailand dan menjadi pelarian. Kingsbury, Damien, 2001, South-east Asia: A Political Profile, Melbourne: Oxford University Press, Hlm: 133. 27 Byungkuk Soh, 2008, The Crisis of 1988 in Myanmar: A Watershed in the History of MyanmarAmerika Relations, International Area Studies Review, Vol.11. No.2, Hlm: 365-386. 28 Nor Azizan Idris dan Zarina Othman, 2009, From ‘Non-Intereference’ to ‘Constructive Engagement:’ Contemporary Malaysia-Myanmar Relations, Tamkang Journal of International Affairs, Vol.7 (4): 1-43. 29 Progress Report of Special Rapporteur on the situation of human rights in Myanmar, United Assembly, 2010, 13th Session of the Human Rights Council A/HRC/13/48, 10 Mac, http://daccessdds-ny.un.org/doc/UNDOC/GEN/G10/119/15/PDF/G1011915.pdf? OpenElement, [29 Mac 2012] dan Thomas Avery, 2011, Accountability in Burma: Movement Towards a UN Commission of Inquiry, dlm. The Human Rights Brief: Center for Human Rights and Humanitarian Law, http:// hrbrief.org/2011/02/accountability-in-burma-movement-towards-a-un-commission-of-inquiry/ [23
383
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Secara umumnya, polisi Amerika Syarikat terhadap Myanmar adalah berhubungkait dengan simbol moral. Ia tidak memfokuskan sepenuhnya terhadap soal apakah cara yang terbaik untuk membawa kepada perkembangan ekonomi dan politik di Myanmar. 30 Sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Myanmar pada tahun 1997 termasuklah halangan ke atas pelaburan baru. Pada tahun 2003 Amerika Syarikat telah meluaskan polisi tersebut dalam bidang import dan eksport, yang mana kedua-dua negara tidak akan serta tidak boleh menjalankan urusan tersebut secara bilateral. Selain itu, Amerika Syarikat juga telah membekukan segala aset Myanmar yang berada di negaranya. Pemimpin-peminpin Myanmar juga dikenakan sekatan visa oleh kerajaan Amerika Syarikat. Lebih teruk lagi, Myanmar dinafikan hak ke atas bantuan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Matlamat utama polisi yang dilaksanakan ke atas Myanmar ialah bagi; a) menekankan perubahan sikap antara regim yang memerintah, b) menggalakkan regim Myanmar mengikuti standard antarabangsa hak asasi manusia, dan c) menggalakkan pentadbiran yang lebih demokratik diamalkan di Myanmar. Impak terhadap sekatan yang telah dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Myanmar bukan sahaja melibatkan hubungan dua-hala antara kedua-dua negara tersebut malah ia juga melibatkan pihak-pihak lain. Misalnya, tindakan tersebut turut diikuti oleh Kesatuan Eropah dan negara-negara lain di Asia terutamanya Jepun dan Korea Selatan. Tindakan mengikut apa yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat ini dilihat atas faktor kepentingan nasional sematamata. Hal ini kerana negara-negara mempunyai hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat terutamanya bimbang sekiranya mereka turut terkena tempias yang serupa dengan Myanmar. Terkini, Myanmar telah menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Ramai pemerhati politik mengandaikan ia adalah demi kelangsungannya dan hubungannya dengan Amerika Syarikat adalah penting. HUBUNGAN MYANMAR – CHINA Sorotan karya menunjukkan Myanmar dan China pula menunjukkan kedua-dua negara menjalinkan hubungan demi kepentingan nasional mereka dan saling memerlukan antara satu sama lain. Kudo31 berpendapat bahawa kepentingan strategik China di Myanmar terbahagi kepada tiga aspek iaitu; a) kestabilan sempadan, b) kerjasama ekonomi dan c) laluan pengangkutan sumber tenaga. Perkara ini turut dipersetujui oleh Badley32, beliau menyatakan bahawa ketiga-tiga faktor ini merupakan kepentingan strategik utama bagi China dalam meneruskan hubungan bilateralnya dengan Myanmar. Selain itu, Sun33 juga menyatakan pendapat yang sama dengan Kudo dan Badley. Walau bagaimanapun, Chenyang34 menambah faktor dasar “friendly relations with other developing nations” menjadi sebahagian daripada kepentingan strategik China. Menurutnya, Myanmar menggelar China sebagai “pauk phaw” (abang) bagi menggambarkan hubungan rapat kedua-dua negara tersebut. Jelaslah bahawa, ketiga-tiga faktor itu menjadi pertimbangan penentuan hubungan bilateral China – Myanmar. Mac 2012]. 30 Wayne Bert, 2004, Burma, China and The U.S.A, Pacific Affairs, Vol.77. No.2, (Summer 2004), Hlm: 277. 31 Toshiro Kudo, 2012, China’s Policy Toward Myanmar: Challenges and Prospect, IDE-JETRO, http://www.ide.go.jp, [23 December 2013]. 32 John H. Badley, 2003, Strategic Interest in Myanmar, NBR Analysis, http://www.nbar.org., [20 Januari 2014]. 33 Yun Sun, 2012, China’s Strategic Misjudgement On Myanmar, Jurnal of Current Southeast Asian Affairs, 31(1), Hlm: 73-96. 34 Li Chenyang, 2010, Myanmar/Burma: Inside Challenges, Outside Interests, Washington: Brookings Institution Press.
384
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Menurut Sun35, persepsi strategik China terhadap Myanmar telah melalui beberapa fasa semenjak pengisytiharan hubungan diplomatik secara rasmi. Zheng dan Li36 juga bersetuju dengan pendapat Sun, [...] in 1949, just after the founding of the People’s Republic of China, Burma, as the first non-socialist country to establish diplomatic relationship with Beijing, was third-world friend that helped China to break its international isolation. Menurut beliau lagi, sebelum tahun 2000, hubungan politik “pauk phaw” merupakan perkara yang diketengahkan oleh kedua-dua negara. Ia mengambarkan hubungan kukuh antara kedua-dua buah negara dalam aspek politik. Namun, selepas tahun 2000, China mula meneroka pasaran dan sumber baharu, dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara semakin berkembang. Sehingga tahun 2010, China menjadi pelabur terbesar juga merupakan rakan dagangan kedua. Menerusi fasa ini, Myanmar menjadi antara pembekal sumber asli dan bahan mentah penting kepada China. Cook37 dan Sun38, bersetuju bahawa terdapat perubahan dalam polisi China terhadap Myanmar terutamanya selepas tahun 2011. Selepas lebih dua dekad hubungan baik, China merasa ‘kecewa’ dengan perubahan politik domestik Myanmar. Hal ini kerana, perubahan tersebut telah memberikan impak secara langsung kepada dasar luar dan rancangan China. Menurut beliau, [...] as a result, China has been taking different look at its policy toward Myanmar. In the near future, China most likely will maintain a “wait and see” posture, refraining from making further political, economic and strategic commitments to the country. While focusing on the implementation of the existing agreement [...]. Pada awal zaman pemerintahan Perdana Menteri U Nu, Myanmar mengamalkan hubungan equi-distance yang amat berhati-hati dengan China. Bukan sahaja disebabkan ideologi berbeza, malah juga kerana lahir masalah di sempadan kedua-dua buah negara. Matlamat U Nu pad aketika itu adalah untuk mengelak sebarang konfrontasi terbuka dengan kerajaan Beijing – suatu yang pasti boleh menggugat kelangsungan politik negara Myanmar. Hakikat ini diakui sendiri oleh U Nu dalam ucapan pada 1949; “Although our independence is over a year old, we have now no economic or defence treaty on which we can fall back in time of need. It is obvious that we cannot go on in this fashion indefinitely.” Hal ini kerana setelah mencapai kemerdekaan, Myanmar bukan sahaja tidak menyertai Komanwel malah juga telah menolak untuk menandatangani sebarang perjanjian pertahanan dengan bekas penjajahnya – Britain. Berdasarkan faktor Perang Dingin dan kegoyahan politik dalaman Myanmar, U Nu mengisytiharkan dasar berkecuali. Walau bagaimanapun, akibat masalah sokongan Beijing terhadap Parti Komunis Burma dan masalah persempadanan yang dipertikaikan selain perbezaan ideologi kedua-dua pihak. Dalam usaha berbaik-baik dengan China, Myanmar telah muncul sebagai negara Asia pertama untuk mengiktiraf Beijing pada 17 Disember 1949. Pada masa yang sama, Myanmar juga tidak mengiktiraf Taiwan. Ini menunjukkan Myanmar mulaberhati-hati dalam mengekalkan kedaulatannya dalam sistem antarabangsa. Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan Myanmar ‘tamat’ apabila Jeneral Ne Win merampas kuasa pada tahun 1962. Namun, dasar luar Myanmar tidak banyak berubah. 35 Yun Sun, 2012, China’s Strategic Misjudgement On Myanmar, Jurnal of Current Southeast Asian Affairs, 31(1), Hlm: 73-96. 36 Hak Yin Li dan Yongnian Zheng, 2009, Re-interpreting China’s Non-intervention Policy towards Myanmar: Leverage, Interest and Intervention, Journal of Contemporary China, September 18(1), Hlm: 617-637. 37 Alistair D. B. Cook, 2012, Myanmar’s China Policy: Agendas, Strategies and Challenges, China Report, 48(269), Hlm: 269-281. 38 Yun Sun, 2012, China’s Strategic Misjudgement On Myanmar, Jurnal of Current Southeast Asian Affairs, 31(1), Hlm: 73-96.
385
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dasar berkecuali yang dimulakan oleh U Nu bukan sahaja diteruskan, malah telah disusun dengan lebih rapi. Perkara ini diakui oleh Ne Win sendiri pada tahun 1963 dengan menyatakan bahawa “Burma’s policy of neutrality should be meticulously observed”. Malah Ne Win juga mengisytiharkan “Burmese Way to Socialism” pada 1962 dan menjadikannegara Myanmar sebagai sebuah negara sosialis bagi memenangi hati Beijing. Menurut Callahan; “…the move to the left also represented a very clear tactical decision: if the greatest military threat to Burma was the People’s Republic of China, the latter could hardly justify aggression against Burma after it proclaimed the socialist revolution in 1962”. Hubungan Myanmar-China sejak tahun 1948 menunjukkan bagaimana sebuah negara kecil seperti Myanmar berusaha meneruskan kelangsungan politiknya khususnya apabila berhadapan dengan sebuah gergasi seperti China yang bersempadan dengannya. Namun, suatu yang nyata, adalah corak hubungan ini telah mengalami turun naiknya di mana walaupun pada awalnya hubungan dua hala antara Myanmar dan China sememangnya goyah, namun kini Myanmar sering dianggap sebagai kawan rapat China. Malah hubungan rapat ini juga melahirkan persoalan apakah Myanmar kini “client state”, “satellite state” atau sekutu defacto China. Ini kerana amat ketara bahawa China kini memainkan peranan sebagai “big brother” Myanmar dan sekalipun seluruh dunia mengecam Myanmar kerana rekod hak asasi manusianya yang teruk, China terus mendiamkan diri,39 Malah Beijing juga terus senyap tentang isu pendemokrasian Myanmar.40 Sebaliknya Beijing terus giat memajukan kepentingan di Myanmar dan menggunakan negara tersebut untuk meluaskan kepentingan serta pengaruhnya di rantau Asia khususnya Asia Selatan dan Asia Tenggara. Sekiranya dilihat pada tahun 1949, China pernah menggelar Myanmar sebagai “springboard for aggression” oleh kuasa-kuasa Barat, hari ini sebaliknya pula yang sedang berlaku. Myanmar kini sendiri sudah menjadi “springboard” bagi China. Ini bukanlah satu tindakan salah tetapi kos dan risiko jangka panjangnya perlu juga diambilkira. Tambahan pula, ia sememangnya bukan satu tindakan yang bijak jika China bercita-cita memainkan peranan sebagai pelaku utama di peringkat global kerana; “…the current military regime is not the first to pursue friendly relations with China, and there is nothing wrong with maintaining friendly ties with neighboring countries, particularly one like China, which has the potential to become a major global player in the 21st century. Unfortunately, however, Beijing’s willingness to back an illegitimate regime that regarded as a pariah state by much of the rest of the world reflects badly on its own qualifications to fulfill a future role as a world leader. …even after democracy is restored to Burma, favourable relations with China will remain crucial. But such relations must be based on the desires of people of Burma and China, not just a marriage of convenience between authoritarian rulers. Even the current regime in Beijing must recognize that military rule in Burma is damaging its own interest as well as those of the Burmese people.”41 Dari tahun 1998 hingga kini, Myanmar berjaya menguruskan hubungan luarnya dengan China dengan amat baik sehinggakan hubungan ini berjaya ditransformasikan dari suatu tahap konfrontasi ke arah suatu tahap kerjasama erat. Walaupun ia negara miskin, namun kedudukannya yang strategik menarik minat kuasa besar. Begitu juga sebagai negara kecil, Myanmar ‘pandai’ dalam menguruskan kelangsungan hidupnya dalam sistem antarabangsa. 39 Selth, “Burma and the Superpower Rivalries in the Asia Pacific”, halaman: 52 40 Jatswan S. Sidhu, 2004, Hubungan Myanmar-China: Dari Konfrontasi Ke Arah Kerjasama, Hlm: 202 41 Imaging a new Role for China”, hlm: 6. Dlm. Jatswan S. Sidhu. 2004. Hubungan Myanmar-China: Dari Konfrontasi Ke Arah Kerjasama.
386
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESIMPULAN Walaupun sorotan karya menunjukkan Myanmar hampir ketinggalan dalam semua bidang, namun sebagai negara yang kaya dengan sumber alam, ia menjadi tarikan. Untuk kekal hidup dalam dunia politik, Myanmar menjalinkan hubungan baik dengan China. Myanmar kemudiannya turut menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat walaupun pernah dikecam hebat dan dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat. Kajian ini menunjukkan pilihan Myanmar sebagai negara kecil untuk terus hidup iaitu dengan menggunakan strategi menjalinkan hubungan dengan dua kuasa besar yang berpengaruh dalam sistem antarabangsa untuk kelangsungan hidupnya. RUJUKAN Abdul Razak Baginda. 2007. Malaysia’s Foreign Policy: Continuity and Change. Shah Alam:Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd. Abdul Monem M. Al-Mashat. 1985. National Security in the Third World. Colorado: Westview Press. Alistair D. B. Cook. 2012. Myanmar’s China Policy: Agendas, Strategies and Challenges. ChinaReport. 48(269) : 269-281 Byungkuk Soh. 2008. The Crisis of 1988 in Myanmar: A Watershed in the History of Myanmar Amerika Relations. International Area Studies Review. 11(2): 365-386. Commonwealth Advisory Group. 1997. A Future for Small States: Overcoming Vulnerability. London: Commonwealth Secretariat. Donald M. Seekins. 2005. Burma and U.S Sanctions: Punishing and Authoritarian Regime. Asian Survey. 45(3) (May-June): 440. Hak Yin Li dan Yongnian Zheng. 2009. Re-interpreting China’s Non-intervention Policy towards Myanmar: Leverage, Interest and Intervention. Journal of Contemporary China. September 18(1) : 617-637. Jatswan S. Sidhu. 2009. Malaysia’s Defence and Security Since 1957: An Overview. Dlm. AbdulRazak Baginda. 2009. Malaysia’s Defence & Security Since 1957. Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Centre. Jatswan S. Sidhu. 2004. Hubungan Myanmar-China: Dari Konfrontasi Ke Arah Kerjasama. John H. Badley. 2003. Strategic Interest in Myanmar. NBR Analysis.http://www.nbar.org. [20 Januari 2014]. Kingsbury, Damien. 2001. South-east Asia: A Political Profile. Melbourne: Oxford University . PressKishan S. Rana. 2011. The Diplomacy of Small States. Dlm. Silviu Negut dan Andreea Gagea. 2011. Diplomacy In The Games Of Power. Romanian Review on Political Geography. 13 (1) Mei: 29-40 Li Chenyang. 2010. Myanmar/Burma: Inside Challenges, Outside Interests. Washington: BrookingsInstitution Press. Mariam Jensen. 2006. Income Volatility in Small and Developing Economies: Export ConcentrationMatters. Geneva: World Trade Organization. Michael F. Martin. 2012. U.S. Sanctions on Burma. Congressional Research Service.http:// www.crs.gov. 7 Febuari, Hlm: 3 [28 Mac 2014]. Morton B. Pedersen. 2005. The Challenges of Transitions in Myanmar. Dlm. Kyaw Yin Hlaing,2005, Myanmar Beyond Politics to Social Imperatives, Singapura: Institute of Southeast Asian Studies. Mutebi, Alex M. 2005. Muddling Through Past Legacies Myanmar’s Civil Bureaucracy and the Need for Reform. Dlm. Kyaw Yin Hlaing, Robert H. Taylor dan Tin Maung Maung Than. 2005. Myanmar: Beyond Politics to Societal Imperatives. Singapore: ISEAS Publications.
387
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Muthiah Alagappa. 1998. Asian Practice of Security: Key Features and Explanations. Dlm. Muthiah Alagappa. 1998. Asian Security Practice: Material and Ideational Influences. California: Stanford University Press, Hlm: 624-629. Nor Azizan Idris dan Zarina Othman, 2009, From ‘Non-Intereference’ to ‘Constructive Engagement:’Contemporary Malaysia-Myanmar Relations, Tamkang Journal of International Affairs, Vol.7 (4): 1-43. Progress Report of Special Rapporteur on the situation of human rights in Myanmar, United Assembly, 2010, 13th Session of the Human Rights Council A/HRC/13/48. 10 Mac. http://daccess-dds-ny.un.org/doc/UNDOC/GEN/G10/119/15/PDF/G1011915.pdf? OpenElement, [29 Mac 2012] Steinberg, D. 2010. Burma/Myanmar: What Everyone Needs to Know. Oxford: Oxford UniversityPress. Thomas Avery. 2011. Accountability in Burma: Movement Towards a UN Commission of Inquiry.Dlm. The Human Rights Brief: Centre for Human Rights and Humanitarian Law, http://hrbrief.org/2011/02/accountability-in-burma-movement-towards-a-un-commissionof-inquiry/ [23 Mac 2012]. Toshiro Kudo. 2012. China’s Policy Toward Myanmar: Challenges and Prospect. IDE-JETRO. http://www.ide.go.jp. [23 December 2013].United Nations Conference on Trade and Development. 2014. UNCTAD. Wayne Bert. 2004. Burma, China and The U.S.A. Pacific Affairs. 77(2): 263-282. Yun Sun. 2012. China’s Strategic Misjudgement On Myanmar. Jurnal of Current Southeast AsianAffairs. 31(1). Hlm: 73-96
388
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESEDIAAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DI DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR Norhayati Misran, Norazilawati Abdullah, Eftah Moh@Abdullah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi pengajaran dan pembelajaran subjek Sains di sekolah rendah sekitar Kuala Langat, Selangor. Kajian ini berbentuk kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik yang mempunyai empat bahagian sebagai instrumen kajian. Sampel kajian adalah terdiri daripada 103 orang guru sekolah rendah yang mengajar subjek Sains di daerah Kuala Langat, Selangor. Maklumat dan data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik diskriptif yang melibatkan frekuensi, skor, min dan peratusan, manakala statistik infrensi melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikan p < 0.05. Secara keseluruhannya guru-guru Sains mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam ketiga-tiga aspek untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian juga menujukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan dan jantina, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina guru dari aspek kemahiran dan sikap. Ini menunjukkan guru tidak mempunyai masalah untuk menggunakan TMK dalam PdP subjek sains sekolah rendah. Dapatan ini penting kepada pihak yang berkenaan dalam membuat perancangan yang strategik dalam aspek pembangunan kemudahan komputer di sekolah. Kata kunci: Kesediaan, teknologi maklumat, pengajaran dan pembelajaran.
PENDAHULUAN Perkembangan terkini teknologi maklumat merupakan topik utama ketika negara sedang menuju era globalisasi. Ianya telah berlaku di dalam hampir kesemua bidang seperti perdagangan, pelancongan, perindustrian dan pendidikan. Malaysia juga seperti negara lain turut bersaing dalam menggunakan teknologi untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan negara. Dalam bidang pendidikan pula, teknologi telah memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja di negara maju tetapi juga di negara-negara yang sedang membangun sebagai asas penyaluran ilmu. Amalan tradisional dalam sistem pendidikan tidak dapat lagi membekalkan murid dengan kemahiran dan pengetahuan yang secukupnya untuk mereka bersaing di zaman yang serba moden ini. Pengenalan dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakat bermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bukanlah satu perkara baru. Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986 dan diteruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta projek sekolah bestari. Memandangkan penggunaan komputer adalah amat bermanfaat, ia sememangnya sesuai digunakan untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan TMK dalam pengajaran dalam pembelajaran (PdP) adalah sangat perlu untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dan pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan 389
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
teknologi maklumat secara menyeluruh dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar untuk mendapat maklumat dengan lebih berkesan (Norhisham, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Penggunaan TMK dapat membantu memudahkan guru menyampai dan murid memahami sesuatu konsep dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap subjek sains. Keberkesanan TMK dalam proses PdP bergantung kepada kemahiran, pengetahuan dan sikap guru (Mohd Izham & Noraini, 2007). Mereka merupakan salah satu faktor utama dalam mengadopsi, mengintegrasi dan menggunakan TMK disekolah. Sikap guru adalah berkaitan rapat dengan keberkesanan penggunaan TMK dalam kelas dan kesediaan guru pula merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan keberkesanan TMK dalam PdP. Mengikut Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Disamping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware unutk perisian, kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan dalam bilik darjah Moersch, (1995). Para guru perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan TMK. Justeru itu, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan masyarakat untuk menggabungkan TMK dalam (PdP). Peranan TMK boleh dilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan multimedia interaktif yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep (Laurillard,1992; Abdul Rahim Saad, 2000). Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Integrasi TMK dalam PdP memberikan peluang kepada guru memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah. Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Kulik dan Kulik, 1991). Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikutgaya pembelajaran meraka (Alessi dan Trollip, 2001). TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan. Kajian oleh Zainuddin Abdullah (2004) pula mendapati bahawa pengatahuan dan kemahiran guru dan pelajar tentang komputer seperti Microsoft excel, powerpoint, excess, Microsoft outlook, Microsoft frontpage dan programming adalah pada tahap rendah. TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru Sains untuk mengimplementasikan TMK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesediaan yang dikaji adalah dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sains untuk melaksanakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Objektif kajian adalah seperti yang berikut: 1) Mengkaji tahap kesediaan guru Sains dari segi penggunaan TMK di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains berdasarkan kepada aspek pengetahuan. 2) Mengkaji tahap kesediaan guru Sains dari segi penggunaan TMK di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains berdasarkan kepada aspek kemahiran. 3) Mengkaji tahap kesediaan guru Sains dari segi penggunaan TMK di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains berdasarkan aspek sikap. 4) Mengkaji samaada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesediaan guru Sains bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mengikut jantina. 390
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KAEDAH KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah kajian jenis diskriptif, iaitu satu tinjauan secara soal selidik yang mana bermatlamat untuk mengatahui tahap kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh guru Sains sekolah rendah berkaitan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap kesediaan dilihat pada aspek sejauh mana perlengkapan guru Sains dari pengetahuan, kemahiran dan sikap. Data dikumpul daripada136 orang guru yang mengajar subjek Sains di Sekolah Kebangsaan di daerah Kuala Langat, Selangor. Menurut Krejcie, R.V dan Morgan, D.W (1970) bilangan sampel yang perlu diambil untuk populasi N= 136 ialah bersamaan dengan 103 orang. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang kemahiran, pengetahuan dan sikap, segala jawapan responden akan diukur menggunakan skala Likert. Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu A, B, C dan D. Bagi bahagian A, soalan yang dikemukakan adalah untuk memperolehi maklumat demografi responden. Ini termasuk jantina, umur, pengalaman mengajar, ikhtisas, kehadiran kursus ICT dan status perkahwinan. Bagi bahagian B pula, ia bertujuan untuk meninjau pengetahuan responden tentang TMK. Bahagian C adalah untuk mengenalpasti sikap responden berkaitan dengan TMK manakala bahagian D pula adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran responden berkenaan tentang TMK. Berpandukan kepada soal selidik yang dijalankan oleh Mohd Izham (2007) dan Nazamuddin Alias (2004), penyelidik telah mengubahsuai dan menterjemahkan mengikut persoalan kajian penyelidik. Soal selidik ini terdiri daripada 10 item yang menggambarkann mengenai tahap kesediaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kesemua maklum balas tiap-tiap item menggambarkan kesediaaan guru-guru tersebut mengikut skala likert 4 mata dengan skor 1,2,3 dan 4 bagi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Data yang dikumpul dianalisis secara diskriptif dengan melihat min dan peratus serta analisis inferens iaitu ujian-t. HASIL KAJIAN Seramai 103 orang guru telah menghantar semula borang soal selidik yang telah dilengkapkan. Daripada jumlah tersebut 25 guru terdiri daripada guru lelaki dan 78 daripadanya adalah daripada guru perempuan. Bilangan umur responden yang terlibat ialah 42 orang iaitu 40.8% adalah antara 26-36 tahun, 27 orang kurang daripada 25 tahun iaitu 26.2%, 36-45 tahun sebanyak 24 orang iaitu 23.3% dan paling sedikit adalah dalam lingkungan lebih dari 45 tahun iaitu 10 orang. Pengalaman mengajar responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 36 (35%) orang dengan pengalaman selama 1 hingga 5 tahun diikuti dengan 15 (14.6%) responden dengan pengalaman selama 6 hingga 10 tahun (Rajah 1). Manakala responden dengan pengalaman mengajar 11 hingga 15 tahun seramai 17 (16.5%) responden, 16 hingga 20 tahun pengalaman seramai 12 (11.7%) orang dan pengalaman mengajar 21 tahun keatas seramai 3 (2.9%) responden.
391
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1 Pengalaman Mengajar Responden
Dapatan kajian mengenai bilangan guru yang mempunyai kelulusan sijil perguruan adalah seramai 18 orang (17.5%) diikuti dengan diploma perguruan dan KPLI seramai 23 orang responden iaitu sebanyak 22.3%. Manakala guru yang mempunyai sarjana muda pendidikan adalah seramai 9 orang (8.7%) dan PISMP seramai 10 orang iaitu 9.7% (Rajah 2).
Rajah 2 Kelulusan Ikhtisas Responden
Manakala dari segi kehadiran kursus ICT seramai 76 (73.8%) guru telah menghadiri kursus-kursus yang telah dianjurkan manakala sebilangan 27 responden iaitu 26.2% responden belum pernah menghadiri sebarang kursus ICT (Rajah 3).
392
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 3 Kehadiran Kursus ICT Responden
Tahap kesediaan Guru Kesediaan guru-guru dalam penggunaan teknologi maklumat dalam subjek Sains terutamanya di sekolah rendah amatlah penting bagi membantu negara membentuk masyarakat saintifik yang berdaya saing diperingkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian jadual di bawah akan menerangkan dapatan kajian kesediaan guru dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran. a. Kesediaan Guru Dari Aspek Pengetahuan Dari Jadual 1, didapati bahawa seramai 102 orang (99%) responden menyatakan bahawa mereka tahu asas menggunakan komputer dengan yakin. Ini menunjukkan responden tiada masalah mengenai pengetahuan mereka terhadap penggunaan komputer. Begitu juga dengan item kedua juga mendapati bahawa 99 orang (96.1%) guru-guru Sains boleh menilai teknologi maklumat dan mempelbagaikan aktiviti PdP di dalam kelas. Manakala 5 orang guru (4.9%) tidak setuju menilai teknologi maklumat dan mempelbagaikan aktiviti PdP di dalam kelas. Seramai 99 orang guru (96.1%) mampu mencari peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat semasa PdP di dalam kelas. Terdapat 4 orang guru (39%) yang tidak bersetuju mahu mencari peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai penggunaan teknologi maklumat. Item keempat adalah untuk mendapat maklum balas melalui mengenai perkaitan antara kemahiran mencari maklumat dengan objektif kurikulum. Hasil menunjukkan bahawa terdapat 96 orang guru Sains (93.2%) yang dapat mengenal pasti perkaitan antara mencari maklumat dengan objektif kurikulum subjek Sains. Manakala 7 orang guru Sains (6.8%) tidak berminat untuk mengenal pasti perkaitan antara kemahiran maklumat dengan objektif kurikulum. Item kelima menyatakan tentang kemampuan guru-guru Sains terhadap demonstrasi menggunakan teknologi baru. Seramai 94 orang responden (81.5%) bersetuju membuat demonstrasi menggunakan teknologi baru di dalam kelas. Kebanyakan 86 orang responden (89.3%) bersetuju mereka bentuk aktiviti pembelajaran dengan mengintegrasikan teknologi maklumat sewaktu PdP dijalankan di dalam pengajaran subjek Sains. Manakala 17 orang responden (16.5%) tidak berminat untuk mereka bentuk aktiviti pembelajaran dengan mengintegrasikan teknologi maklumat.Ini disebabkan ada dikalangan guru-guru Sains yang tidak mahu menggunakan teknologi maklumat sebagai bahan pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Bilangan responden yang mahir menggunakan perisian ialah seramai 81 orang sahaja yang mewakili (78.7%). Responden yang lain menunjukkan mereka belum bersedia menggunakan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan prinsip dengan etika penggunaan amat 393
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
penting dalam menerapkan teknologi maklumat dalam PdP di dalam kelas. Hanya 92 orang guru Sains (89.3%) sahaja yang betul-betul memahami aspek etika dalam aspek penggunaan manakala baki responden yang lain masih belum memahaminya. Adanya kemungkinan kurangnya pendedahan tentang teknologi maklumat maka ada beberapa responden yang belum bersedia untuk mempelbagaikan starategi penggunaan teknologi maklumat untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 11 orang (13.6%) tidak bersetuju mempelbagaikan strategi penggunaan teknologi berbanding 92 orang guru Sains (89.3%) sangat berminat mempelbagaikan kaedah dan strategi penggunaan teknologi maklumat semasa PdP. Item kesepuluh menunjukkan bahawa 89 orang responden (86.4%) dapat meningkatkan kemahiran membuat jangkaan, interpretasi dan sintesis kepada murid berbanding 14 orang guru Sains (13.6%) yang tidak bersetuju meningkatkan kemahiran membuat jangkaan, interpretasi dan sintesis kepada murid sewaktu PdP di dalam kelas. Jadual 1 Kekerapan dan Peratusan - Aspek sikap Item 1 2 3 Teknologi maklumat 0 3 60 mudah dipelajari dan ingin 0% 2.9% 58.3% mempelajari lagi
38.8%
2
Dapat memperbaiki cara pengajaran saya
0 0%
1 1%
62 60.2%
40 38.8%
3
Akan memperkenalkannya dalam bilik darjah
0 0%
4 3.9%
66 64.1%
33 32%
4
Telah menggunakan sepenuhnya dalam bilik darjah
1 1%
27 26.2%
61 59.2%
14 13.6%
5
Menggalakkan saya menukar cara pengajaran
6
Merasa lebih seronok mengajar menggunakan teknologi maklumat Bangga dengan pencapaian walaupun banyak yang perlu dipelajari Seronok bekerja bersama rakan dalam menyediakan rancangan pengajaran menggunakan teknologi maklumat Lebih menghargai buku kerana dapat maklumat baru
0 0% 0 0%
10 9.7% 5 4.9%
70 68% 59 57.3%
23 22.3% 39 37.9%
0 0%
3 2.9%
75 72.8%
25 24.3%
0 0%
5 4.9%
68 66%
30 29.1%
0 0% 0 0%
9 8.7% 3 2.9%
66 64.1% 69 67%
28 27.2% 31 30.1%
Bil 1
7
8
9 10
Bersedia menghadapi cabaran baru berkaitan teknologi maklumat
394
4 40
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
b. Kesediaan Guru Dari Aspek Sikap Jadual 2 Kekerapan dan Peratusan - Aspek sikap Item 1 2 3 Teknologi maklumat 0 3 60 mudah dipelajari dan ingin 0% 2.9% 58.3% mempelajari lagi
38.8%
2
Dapat memperbaiki cara pengajaran saya
0 0%
1 1%
62 60.2%
40 38.8%
3
Akan memperkenalkannya dalam bilik darjah
0 0%
4 3.9%
66 64.1%
33 32%
4
Telah menggunakan sepenuhnya dalam bilik darjah
1 1%
27 26.2%
61 59.2%
14 13.6%
5
Menggalakkan saya menukar cara pengajaran
6
Merasa lebih seronok mengajar menggunakan teknologi maklumat Bangga dengan pencapaian walaupun banyak yang perlu dipelajari Seronok bekerja bersama rakan dalam menyediakan rancangan pengajaran menggunakan teknologi maklumat Lebih menghargai buku kerana dapat maklumat baru
0 0% 0 0%
10 9.7% 5 4.9%
70 68% 59 57.3%
23 22.3% 39 37.9%
0 0%
3 2.9%
75 72.8%
25 24.3%
0 0%
5 4.9%
68 66%
30 29.1%
0 0% 0 0%
9 8.7% 3 2.9%
66 64.1% 69 67%
28 27.2% 31 30.1%
Bil 1
7
8
9 10
Bersedia menghadapi cabaran baru berkaitan teknologi maklumat
4 40
Dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa, seramai 60 orang guru Sains telah (58.30 %) telah bersetuju menyatakan bahawa TMK mudah dipelajari dan ingin mempelajari lagi berbanding 3 orang responden (2.9%) kurang bersetuju dengan penggunaan TMK mudah dipelajari dan ingin mempelajarinya lagi. Begitu juga dengan item kedua menunjukkan 102 orang guru Sains (99%) responden menyatakan bahawa TMK dapat memperbaiki cara pengajaran saya. Item ketiga juga menujukkan bahawa 99 orang responden bersetuju untuk memperkenalkan TMK dalam bilik darjah manakala 4 orang guru Sains (3.9%) kurang bersetuju dengan item ini. Faktor ini mungkin disebabkan mereka masih ragu-ragu untuk menggunakan TMK sebagai bahan pengajaran yang berkesan, mudah dan cepat. Item keempat pula menyatakan bahawa 14 orang guru Sains (13.6%) sangat bersetuju telah menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya dalam bilik darjah. Manakala 61 orang guru Sains (59.20%) juga turut menyokong sepenuhnya TMK dalam berbanding 28 orang responden (27.2%) kurang bersetuju menggunakan sepenuhnya di dalam bilik darjah. Seramai 93 orang guru Sains (93.0%) bersetuju dengan penggunaan TMK di dalam kelas amat menggalakkan saya menukar cara pengajaran berbanding 10 orang (9.70%) responden kurang bersetuju dengan penggunaan TMK dapat menggalakkan menukar cara pengajaran. Item keenam pula mengatakan 98 orang guru Sains (95.2%) bersetuju dengan 395
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
penggunaan TMK menyebabkan guru-guru Sains lebih seronok mengajar menggunakan TMK. Ini disebabkan pelbagai maklumat dan bahan pengajaran amat mudah dan cepat diakses. Item ketujuh pula menunjukkan bahawa 100 orang guru Sains (97.10%) telah bersetuju iaitu bangga dengan pencapaian walaupun perkara yang perlu dipelajari begitu juga dengan item kelapan mendapati bahawa 98 orang guru Sains (95.10%) bersetuju penggunaan TMK dapat memberikan kesan seronok bekerjasama dengan rakan dalam mengadakan rancangan pengajaran menggunakan teknologi maklumat berbanding 5 orang responden (4.90%) kurang bersetuju dengan item ini. Besar kemungkinan guru-guru Sains sudah mula berjinak-jinak dengan penggunaan TMK dalam PdP bagi merealisasikan saranan KPM dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Seramai 94 orang responden (91.30%) bersetuju bahawa penggunaan TMK dpat menarik minat guru-guru Sains lebih menghargai buku kerana telah mendapat maklumat dari informasi berkaitan dengan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Item kesepuluh menyatakan bahawa kebanyakan 100 orang guru Sains (97.10%) bersetuju bersedia menghadapai cabaran baru berkaitan TMK berbanding 3 orang responden (2.90%) kurang bersetuju bersedia menghadapi cabaran berkaitan TMK. Peratusan yang kecil mungkin disebabkan oleh sebilangan guru-guru Sains belum boleh menerima dan kurang bersedia dengan cabaran baru ini. c. Kesediaaan Guru Dari Aspek Kemahiran Jadual 3 menunjukkan kesediaan guru dari segi aspek kemahiran penggunaan TMK dalam PdP Sains. Item satu menyatakan bahawa 76 orang guru Sains (73.80%) bersetuju berkemahiran menggunakan pengkalan data dalam hal pentadbiran rekod inventori berbanding 27 orang responden (26.20%) kurang bersetuju supaya guru-guru Sains berkemahiran menggunakan pengkalan data dalam hal pentadbiran inventori. Item kedua pula menyatakan bahawa sebilangan besar guru Sains iaitu 84 orang responden (81.5%) bersetuju menggunakan hamparan elektronik untuk menganalisis data ujian dan peperiksaan, manakala 19 orang responden (18.40%) kurang bersetuju menggunakannya dalam subjek Sains. Manakala 79 orang guru Sains (76.7%) bersetuju menggunakan menggunakan hamparan elektronik dalam subjek Sains. Bil 1
2
3 4
5 6
Jadual 3 Kekerapan dan Peratusan – Aspek Kemahiran Item 1 2 3 Berkemahiran menggunakan 0 27 61 pengkalan data dalam hal 0% 26.2% 59.2% pentadbiran rekod inventori
4 15 14.6%
Boleh menggunakan hamparan elektronik untuk menganalisis data ujian dan peperiksaan Boleh menggunakan hamparan elektronik dalam subjek sains
0 0%
19 18.4%
67 65%
17 16.5%
1 1%
23 22.3%
64 62.1%
15 14.6%
Berkemahiran mengintegrasikan aktiviti dalam perisian sains dengan rancangan pengajaran Boleh menggunakan perisian kursus dalam pengajaran sains
2 1.9%
23 22.3%
62 60.2%
16 15.5%
2 1.9% 0 0%
15 14.6% 12 11.7%
68 66% 65 63.1%
18 17.5% 26 25.2%
Boleh menggunakan projektor LCD semasa pengajaran sains
396
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
7
8
Berkemahiran menggunakan pemprosesan kata untuk menulis (cth: membuat nota dan soalan ujian dan peperiksaan) Boleh menggunakan URL untuk membuka web page
9
Boleh menaip dalam kotak informasi pada web page
10
Mahir dalam menulis dan menghantar email
1 1%
13 12.6%
60 58.2%
29 28.2%
0 0% 0 0% 0 0%
11 10.7% 13 12.6% 7 6.8%
62 60.2% 59 57.3% 51 49.50%
30 29.1% 31 30.1% 45 43.70%
Begitu juga dengan 78 orang guru Sains (75.7%) bersetuju bahawa guru-guru Sains berkemahiran mengintegrasikan aktiviti dalam perisian Sains dengan rancangan pengajaran, namun terdapat juga 25 orang guru Sains (24.2%) kurang bersetuju bahawa guru-guru berkemahiran mengintegrasikan aktiviti dalam perisian Sains dengan rancangan pengajaran. Ini mungkin disebabkan ada sebahagian guru yang kurang berkemahiran mengintegrasikan aktiviti dalam perisian Sains dengan rancangan pengajaran. Item kelima pula menyatakan bahawa 86 orang guru Sains (83.5%) bersetuju boleh menggunakan perisian kursus dalam pengajaran Sains berbanding 17 orang responden (16.5%) kurang bersetuju menggunakannya. Boleh dirumuskan bahawa peratusan guru-guru Sains daerah Kuala Langat (88.30%) boleh menggunakan projektor LCD semasa pengajaran Sains di Makmal Sains sekolah. Selain itu. boleh dirumuskan juga bahawa 89 orang guru Sains (86.4%) berkemahiran menggunakan pemprosesan kata untuk menulis nota pelajaran, soalan ujian dan peperiksaan. Seramai 92 orang responden (89.10%) boleh menggunakan URL untuk membuka web page berbanding 11 orang responden (10.70%) yang kurang mahir menggunakannya. Manakala 90 orang guru Sains (87.4%) boleh menaip dalam kotak informasi pada web page. Begitu juga 96 orang responden (93.20%) sangat mahir dalam menulis dan menghantar email berbanding hanya 7 orang responden (6.80%) tidak begitu mahir menggunakannya. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa, peratusan tinggi guruguru Sains daerah Kuala Langat sangat bersedia dari segi aspek kemahiran menggunakan TMK dalam PdP subjek Sains di sekolah. Perbezaan min Tahap Kesediaan Kajian ini juga melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesediaan guru sains sekolah rendah dari segi penggunaan teknologi dari segi aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran dari segi jantina. a. Aspek Pengetahuan Hasil analisis ujian-t untuk melihat terdapatnya perbezaan min diantara tahap kesediaan dari aspek pengetahuan mengikut jantina guru berdasarkan jadual 4 diatas. Berdasarkan jadual diatas, nilait bagi jantina ialah 2.301 dan signifikan 2 hujung ialah 0,027. Ia menunjukkan keputusannya adalah signifikan pada tahap p< 0.05. Ini bermaksud terdapat perbezaann yang signifikan terhadap jantina guru sains sekolah rendah dari segi tahap kesediaan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengetahuan.
397
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 4 Perbezaan min tahap kesediaan pengetahuan berdasarkan jantina Jantina
N
Min
s.p
T
Signifikan
Lelaki
25
32.6
3.98
2.301
0.027
Perempuan
78
30.29
3.67
Signifikan pada tahap p<0.05
b. Aspek Sikap Jadual 5 menunjukkan bahawa nilaitbagi jantina ialah t=1.832 dan kesigfikanan 2-hujung ialah 0.075 pada tahap p<0.05. Ini bermaksud terdapat tidak perbezaan yang signifikan terhadap jantina guru dari segi tahap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sikap. Jadual 5 Perbezaan min tahap kesediaan sikap berdasarkan jantina Jantina
N
Min
s.p
T
Signifikan
Lelaki
25
33.52
4.04
1.832
0.075
Perempuan
78
31.83
3.89
Signifikan pada tahap p<0.05
c. Aspek Kemahiran Dari Jadual 6, nilai t bagi kesediaan dalam aspek kemahiran berdasarkan jantina adalah t=1.29 dan kesignifikanan 2-hujung ialah 0.209 adalah signifikan pada tahap p<0.05. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jantina dari segi tahap kesediaan kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadual 6 Perbezaan min tahap kesediaan kemahiran berdasarkan jantina Jantina
n
Min
s.p
t
Signifikan
Lelaki
25
31.72
4.84
1.29
0.209
Perempuan
78
30.31
4.72
Signifikan pada tahap
p<0.05
PERBINCANGAN a. Tahap Kesediaan Melalui analisis diskriptif yang menggunakan min dan sisihan piawai, didapati bahawa keseluruhan kesediaan guru sains sekolah rendah dalam menggunakan teknologi maklumat adalah pada tahap yang tinggi. Hal ini merujuk kepada tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sains sekolah rendah terhadap penggunaan teknologi maklumat. Merujuk kepada dapatan kajian yang diperolehi, tahap kesediaan yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap diikuti dengan pengetahuan dan aspek kemahiran. Daripada soal selidik yang telah dijalankan, didapati bahawa 73.8% responden telah menghadiri kursus ICT. Kursus yang dijalankan telah memberikan kesan yang positif kepada guru sains untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, guru-guru sains perlu lebih bersedia untuk meningkatkan lagi tahap penggunaan teknologi maklumat dari aspek kemahiran dan pengatahuan. Ini memendangkan perubahan kepada teknologi maklumat yang begitu pantas dan guru yang tidak bersedia akan ketinggalan. Oleh itu, dengan adanya kemudahan internet yang mudah diperolehi pada masa kini, guru-guru perlu untuk meningkatkan lagi potensi diri untuk menggunakan teknologi maklumat. Menurut Dias dan Atkinson (2001), sebelum guru menerapkan penggunaan teknologi maklumat dalam bilik darjah, guru tersebut 398
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sendiri perlu bersikap positif dalam meningkatkan kemahiran diri yang ada agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. b. Kemahiran guru Sains untuk menggunakan TMK dalam pelajaran dan pembelajaran Kemahiran merupakan satu lagi aspek kesediaan yang perlu diambil kira bagi menerapkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains disekolah rendah. Keputusan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa responden mempunyai min tahap kesediaan kemahiran yang tinggi untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan oleh perkembangan teknologi yang pesat membolehkan guru mempunyai kemudahan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi maklumat. c. Sikap guru Sains untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Sikap guru adalah penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dapat dicapai. Daripada analisis keseluruhan kajian yang dijalankan, ia menunjukkan bahawa sikap guru sains sekolah rendah untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang tinggi (min=3.22).Ramai daripada responden berbangga dengan pencapaian pelajar mereka di dalam kelas walaupun banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Ini disebabkan kerana mereka seronok dan dapat menerima penggunaan teknologi maklumat yang digunakan dan menggalakkan guru-guru cenderung untuk menukar cara pengajaran mereka di dalam kelas. Oleh yang demikian guru perlu bekerja lebih keras lagi untuk meningkatkan keupayaan menguasai penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya ia dapat digunakan sepenuhnya dalam bilik darjah. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mengkaji kesediaan guru sains sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Hasil kajian menunjukkan guru sains sekolah rendah mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Selain daripada itu, analisis ujian-t yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan dalam aspek pengetahuan. Walaubagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru sains lelaki dan perempuan dalam aspek kemahiran dan sikap untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa penggunaan teknologi dalam PdP memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam PdP. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Pengetahuan, kecekapan serta kepakaran guru menggunakan teknologi maklumat dapat membantu murid-murid menguasai serta menginteprasikan pengajaran Dunia Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, transformasi dalam bidang pendidikan masa kini perlu lebih giat dijalankan demi memastikan masyarakat Malaysia amnya dan pelajar sekolah khususnya dapat menikmati kemajuan teknologi ini. Masyarakat amat bergantung dan berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan semua Institusi Pendidikan di Malaysia mampu merancang dan melaksanakan sistem pendidikan yang terkini bagi melahirkan individu yang kreatif, berinovasi, berilmu dan boleh menguasai kemahiran teknologi maklumat ini. Perubahan dan tuntutan baru ini diharapkan dapat membantu generasi muda untuk menjadi seorang individu yang dianggap sebagai literasi teknologi maklumat bahkan juga literasi maklumat. Sehubungan 399
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dengan itu, Dasar Pendidikan Negara juga perlu diubah demi memastikan hasrat ini dapat dicapai semaksimum yang mungkin. Impak teknologi maklumat dan komunikasi ini turut mencabar fungsi pendidikan kebangsaan Negara di mana perlaksanaan penggunaan ICT ini perlu dirancang dengan sebaik mungkin menggunakan pendekatan dan paradigma baru yang lebih moden, efisyen dan berdaya saing. RUJUKAN Abdul Rahim Mohd Saad. (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001. Alessi, S.M. & Trollip,S.R. (2001). Multimedia for learning: Methods and Development. Massachusetts: Allyn & Bacon. Dias, L. B. dan S. Atkinson. (2001). Technology Intergration: Best Practices. Where Do Teachers Stand? International Electronic Journal for Leadership in Learning. 5(10). (Atas talian). http://www.ucalgary.ca/~iejll/volume5/dias.html. Holmes, N. (1999). The myth of the educational computer. IEEE Computer, 32(8): 36-42. Krejcie, R & Morgan, D. W (1970). Determining Sample Size For Research. Educational and psychology Measurement Mahmood, A. R.(2006). Kulik, C., & Kulik,J.A. (1991). Effectiveness of Computer-based instruction: An updated analysis. Computer in Human Behavior, 7, 75-94 Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British Journal of Educational Technology, 23, 164-171. Moersch, C. (1995). Levels of technology implementation (loti): A framework for measuring classroom technology use. Journal of Learning and Leading With Technology, 23(3). 4042. Mohd Izham dan Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan computer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal teknologi, 46 (E): Universiti Teknologi Malaysia. Nazamuddin Alias. (2004). Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat di Kalangan Guru Sains dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5. NorHisham Abu Samah, Mezenah Youp dan Rose Alinda Alias. (1996). Pengajaran Bantuan Komputer. Universiti Teknologi Malaysia. Stallard, C. (1998). Factors that influence the integration of technology into the secondary curriculum. http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html. Zainuddin Abdullah. (2004). Kesediaan guru dan pelajar menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daerah Hulu Langat, Selangor. Thesis Ijazah Master Sains Universiti Putra Malaysia.
400
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
DUNIA MELAYU ASIA TENGGARA PENERUS DAULAH ISLAMIAH: PERADABAN MELAYU BUKAN CALANG-CALANG, PERADABAN MELAYU PERADABAN GEMILANG Norman Suratman, Muhd Rizal Mohd Yaakub Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Sejak sekian lama bangsa Melayu telah dilabel oleh para pengkaji Orientalis dan penjajah sebagai antara bangsa yang berperadaban termuda dan terkebelakang berbanding dengan bangsa-bangsa lain seperti peradaban Barat, China dan India. Malah, banyak ‘bukti’ yang mereka ketengahkan memaparkan seolah-olah Bangsa Melayu bermentaliti ‘kelas kedua’ dan tidak berpotensi melangkah ke depan seperti yang diharapkan. Namun, kajian ini yang berlandaskan dapatan-dapatan terbaharu yang bukan sahaja dilakukan oleh para pengkaji Barat sendiri malahan oleh para pengkaji setempat, memaparkan bukti-bukti yang menunjukkan hakikat sebaliknya. Teori-teori awal seperti ‘Kereta api Ekspres’ yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Taiwan, atau Funnan mahupun Champa kini disanggah dengan kuat oleh teoriteori baharu termasuk dapatan kajian dan analisis mt-DNA serta pemetaan genome bahawa bangsa Melayu bukan sahaja berperadaban tinggi malahan usia peradabannya ribuan tahun lebih ke depan daripada peradaban bangsa-bangsa China dan India selain mempunyai peradaban gemilang dalam era Pentas/Pelantar Sunda dengan menjadi empayar maritim yang berpengaruh, khususnya sebelum zaman kegemilangan Empayar Melaka itu sendiri. Lebih menarik lagi ialah dapatan kajian-kajian terbaharu ini turut mendedahkan bahawa baka bangsa Melayu ada kaitan dengan baka genome keturunan Afrika dan Mesir purba sebagai ‘bangsa teras’ penduduk dunia. Di sebalik hambatan-hambatan yang wujud juga bangsa Melayu Nusantara ini dilihat berpotensi meneruskan teraju ‘Daulah Islamiah’ selepas daulah terakhir runtuh menyusuli keruntuhan Empayar Uthmaniah di Turki, mentelah lagi negara-negara Dunia Islam lain tidak dapat memenuhi ciri-ciri pewaris ‘Daulah Islamiah’ ini.
PENGENALAN Sejak tumbangnya Empayar Uthmaniah Turki, Dunia Islam bagaikan kehilangan tunggak kekuatan politik dan ketenteraan dari segi geo-politik dan geo-strategik dalam konteks hubungan dan penakatan keselamatan antarabangsa kerana dalam banyak keadaan, negara-negara Islam sama ada terpinggir atau dipinggirkan oleh negara-negara kuasa besar yang mencorakkan hala tuju pentadbiran sejagat, termasuk dalam isu-isu yang bersangkutan dengan umat dan negaranegara Islam. Pelbagai isu besar yang melibatkan negara-negara dan umat Islam seperti krisis Bosnia-Herzegovina, krisis Iran-Iraq, Perang Afghanistan, Serangan berdarah 911, Serangan di Paris dan Arab Spring, yang membuat keputusan bagi pihak Dunia Islam adalah negara-negara bukan-Islam, khususnya Dunia Barat. Jika dirujuk kepada zaman kegemilangan Islam sebelum ini dan ketika Empayar Uthmaniah masih berkuasa, keadaan sedemikian tidak berlaku. Keruntuhan Empayar Islam Turki itu juga membuka ruang kepada negara-negara Islam untuk dilanda oleh gelombang neo-kolonialisme, di mana hak menentukan masa depan dan nasib mereka terletak lebih di tangan kuasa-kuasa besar dunia kerana keadaan mereka yang tidak sepakat serta mudah diperkotak-katikkan. Apa yang dapat kita fahami di sini ialah walaupun dalam keadaannya tidak sekuat dahulu, negara-negara bukan-Islam khususnya Amerika Syarikat dan Dunia Barat, masih dilanda oleh beban ketakutan Islamofobia dan berusaha dengan apa juga cara untuk memastikan bahawa ketidaksepakatan Dunia Islam memudahkan Amerika dan sekutu401
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sekutunya mengenakan pelbagai bentuk tekanan ke atas umat Islam. Yang pasti ialah umat Islam sejagat berasa tidak selesa dijadikan bidak catur seteru-seteru mereka, tetapi kerapuhan hubungan persaudaraan Islam sejagat merumitkan sebarang usaha untuk para pemimpinnya mencapai sebarang kata sepakat untuk bertindak sebagai ‘adikuasa’ yang berkesan dan disegani. Jika selepas pembentukan Negara Islam yang berpusat di Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w. umat Islam telah muncul sebagai sebuah kuasa besar dengan berkembang luar ke merata pelosok dunia, kemungkinan keadaan ini dipugarkan kembali tidaklah mustahil. Proses peralihan tampuk kepimpinan ‘Daulah Islamiah’ yang kemudian beralih ke empayarempayar Islam lain iaitu zaman Khalifah-Khalifah Abbasyiah, Umayyah, ar-Rashyiddin hingga ke zaman Khalifah Uthmaniah membuktikan bahawa dalam kedudukan geografi, geopolitik, kelainan mazhab muktabar, budaya dan seumpamanya dengan kekuasan setempat dikekalkan, adalah sesuatu yang wajar bahawa konsep ‘unity in diversity’ (kesepaduan dalam kerencaman) ala Islam ini dapat dihidupkan kembali demi penakatan agama dan Dunia Islam serta keselamatan dan keamanan sejagat. Persoalan utama yang perlu dijawab berkaitan dengan persoalan ini ialah sama ada umat dan Dunia Islam perlukan sebuah ‘Daulah Islamiah’ atau tidak. Agus Mustofa (2010), mengajukan beberapa soalan asas untuk membuka ruang kepada bentuk jawapannya iaitu sama ada umat Islam perlukan sebuah ‘landasan’ yang dapat menaungi seluruh umat Islam? Sama ada ‘Daulah Islamiah’ itu perlu mempunyai ciri-ciri sempadan, ketua negara, undangundang dan peraturan yang eksplisit atau setakat berunsur simbolik? Sama ada sudah terdapat sebarang ‘tempat’ atau wilayah untuk dijadikan sebuah ‘daulah’ dengan calon pemimpin dan rakyatnya? Model kenegaraan manakah yang dapat mewakili ciri-ciri Islam sebenar? Apakah definisi ‘Daulah Islamiah’ yang ditetapkan? Apakah tujuan pembinaannya dan sama ada ‘entiti’ tersebut akan menjalankan kekuasaan agama dan pemerintahan secara mutlak? Di antara persoalan-persoalan tersebut yang paling penting ialah pihak mana atau secara lebih khusus pemimpin atau negara manakah yang paling layak menjadi pewaris ‘Daulah Islamiah’? Adakah salah sebuah negara di Dunia Arab kerana warisan kenabian dan kepimpinan Rasulullah atau kekayaan ekonomi ataupun kerana kekuatan geopolitik dan ketenteraan atau mungkin pula kekuatan ekonomi-teknologi selain persenjataan dan ketenteraan? Ciri-ciri kekuatan teologi dan ideologi ini memang penting memandangkan ia menjadi tunjang penegakan dan pemerkasaan syariat Islam, yang perlu ada untuk meneruskan legitimasi ‘Daulah Islamiah’ itu sendiri. Jika inilah sahaja yang dijadikan kriteria pemilihan, sudah pasti Arab Saudi menjadi pilihan utama, selain daripada Pakistan dan Turki. Soalnya, di kalangan negara-negara yang disenaraipendek ini, ciri-ciri sistem pemerintahan berkhalifah hanya terdapat di Saudi. Malangnya, dari segi kedudukan strategik geopolitik dan ketenteraan, negara Arab yang menjadi ‘kuasa pelindung’ kepada dua tempat suci utama Dunia Islam, dianggap tidak cukup kuat untuk melepaskan dirinya daripada pengaruh dan permainan politik Dunia Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kalaupun ia mungkin bebas daripada pengaruh Amerika, dalam banyak keadaan Riyadh tidak cukup lantang untuk menyanggah sebarang tindak-tanduk Amerika dan Dunia Barat yang bertentangan dengan kepentingan-kepentingan agama Islam dan umatnya khasnya, dan keadilan sejagat amnya. Pakistan pula, yang dianggap sebagai satu-satunya anggota rasmi ‘Kelab Nuklear’ dunia dan boleh disifatkan sebagai tunggak kekuatan ketenteraan Dunia Islam, tidak mempunyai kekuatan ekonomi untuk membolehkannya menerajui Dunia Islam dengan berkesan. Dalam hubungan ini, sebarang tindak-tanduk Islamabad untuk membentuk hala tuju Dunia Islam sebagai ‘nadi penggerak’ utama boleh terbantut kerana hambatan-hambatan ekonomi menyukarkan negara itu bertindak dengan cekap dan berkesan memperjuangkan apa juga kepentingan negara-negara Islam dan umatnya kelak. Kedudukan Turki agak menarik kerana sebelum ini ia pernah menjadi ‘istana’ kepada Empayar Uthmaniah yang pernah mengembalikan kedaulatan dan ketuanan Islam di mata dunia, mentelah lagi ia mempunyai ciri-ciri strategik sebagai ‘jambatan’ Dunia Islam dengan Dunia Barat, kerana negara itu merupakan sebahagian daripada Benua Eropah. Hambatan yang menghantui negara itu selepas keruntuhan Empayar 402
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Uthmaniah ialah ciri-ciri sekularisme yang disemaikan oleh tokoh yang digelar sebagai “Bapa Turki Moden”, iaitu Mustafa Kemal Ataturk, sebaik-baik saja beliau berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negara itu daripada golongan bangsawannya. Ciri-ciri cemerlang kepemimpinan kekhalifahan Turki kini seakan-akan tinggal dalam lipatan sejarah walaupun pada suatu ketika dahulu para sultan yang menerajui kepimpinan di Istanbul banyak membantu dan menjalin hubungan diplomatik, ketenteraan dan persaudaraan Islam dengan negara-negara Islam yang lain termasuk Dunia Melayu Asia Tenggara atau Nusantara. Berdasarkan analisa awal ini seolah-olah Dunia Islam ketandusan pengganti pewaris ‘Daulah Islamiah’ yang boleh diketengahkan dan umat Islam sejagat bagaikan tiada pilihan selain berserah sahaja kepada ketentuan takdir. Namun, sikap sedemikian sebenarnya menyalahi ajaran Islam yang disampaikan oleh Junjungan Rasulullah s.a.w. sendiri, yang tidak mahu mereka berputus asa dan menyalahkan takdir semata-mata. Pilihan yang ada sekarang ialah membuka pintu pencarian bukan berdasarkan kepada ciri-ciri negara individu semata-mata, sebaliknya kepada kelompok dan entiti tertentu yang berada di bawah payung Dunia Islam. Jika andaian ini diterima secara terburu-buru, sudah pasti ramai yang mengatakan bahawa manamana pertubuhan induk yang menggabungkan negara-negara Islam di bawah naungannya memenuhi syarat-syarat ini, seperti Pertubuhan Muktamar Islam (OIC) yang berpangkalan di Jeddah. Persoalannya ialah OIC yang telah dibentuk lebih empat dekad lalu tidak cukup perkasa untuk memperjuangkan kepentingan-kepentingan Dunia Islam seperti yang dapat dilakukan oleh sebuah entiti yang bergelar ‘Daulah Islamiah’. Sejauh ini OIC lebih berfungsi sebagai peneraju majlis-majlis mesyuarat negara-negara Islam dalam menangani isu-isu tertentu tetapi ia lebih bersifat tidak mengikat. Contohnya, dalam isu-isu antarabangsa yang menyentuh soalsoal kepentingan Dunia Islam dan anggota-anggotanya, OIC tidak dapat memenuhi keperluan sebagai pusat dunia Islam yang berkesan dan disegani. Isu-isu yang melibatkan konflik politik antarabangsa yang banyak melibatkan negara-negara dan umat Islam seperti isu penghinaan ke atas agama dan umat Islam, krisis-krisis Bosnia-Herzegovina, Perang Teluk Parsi, malahan Arab Spring dan seumpamanya, maruah umat dan agama Islam semakin tercemar dan tercalar kerana kegagalan pertubuhan ini melindungi kepentingan Islam sejagat. Ini jelas merumitkan sebarang usaha menjadikannya sebagai pewaris ‘Daulah Islamiah’ yang diidam-idamkan itu. Jika bukan bangsa atau negara Arab, Turki dan Pakistan yang layak meneruskan tradisi kepimpinan Dunia Islam ini, masih adakah negara atau bangsa lain yang dapat memenuhi karakteristik ini, tentu agak mustahil untuk mencari calon-calon berkaliber lain untuk mengisi kekosongan ini. Soalnya, demi memenuhi amanah memperkasakan Islam, suka atau tidak, pewaris ‘Daulah Islamiah’ perlu dicari kerana sejarah telah membuktikan peranannya sebagai penyatu dan pemerkasa ummah. Kalaupun tidak 100 peratus ciri-ciri yang diperkenalkan oleh Rasulullah dan dipugarkan oleh para sahabat yang dapat dipenuhi, setidak-tidaknya ciri-ciri utama seperti faktor ‘penyatu ummah’ dan kepimpinan yang berlandaskan kekhalifahan awal Islam dapat dipenuhi ia sudah memadai untuk mencetuskan tahap awal pembentukan ‘daulah’ kerana cabaran-cabaran aman mutakhir hanya dapat didepani oleh Dunia Islam seandainya mereka bersatu di bawah satu panji-panji dan payung sejagat, sebagai syarat pemerkasaan seluruh umat seagama. Dan sama ada suka atau tidak, setiap negara Islam, pemimpin dan umatnya perlu mengenepikan kepentingan-kepentingan peribadi dan individu demi membuka laluan ke arah tujuan murni memenuhi amanah Rasulullah s.a.w. yang mahukan perpaduan ummah diwujudkan mentelah lagi tanda-tanda akhir zaman semakin ketara dan cabarancabaran yang dihadapi oleh Dunia Islam semakin membara kerana umat Islam kini berada di persimpangan antara membiarkan terus hegemoni Barat menidakkan ketuanan mereka atau bangkit memperjuangkan hak mereka setidak-tidaknya sebagai umat bermartabat dan berperadaban gemilang. Kegagalan menyahut cabaran akhir zaman ini akan hanya memudahkan seteru-seteru Islam menjadikan umat Islam sebagai bidak catur permainan agenda besar Barat untuk menguasai seluruh dunia dan dalam masa yang sama meminggirkan mereka hingga meletakkan soal keselamatan politik, sosio-ekonomi dan ketenteraan Dunia Islam di tahap yang serendah-rendahnya. 403
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan mendapatkan fakta-fakta sebenar mengenai soal Tamadun Islam dan Melayu di rantau ini dalam usaha mengembalikan semangat jatidiri dan persaudaraan umat Islam sejagat umumnya dan Bangsa Melayu khasnya. Dalam pergolakan politik antarabangsa yang dilihat semakin meminggirkan umat Islam dan Bangsa Melayu dengan pelbagai isu keselamatan politik dan antarabangsa, pelbagai kekeliruan telah dicetuskan hingga umat Islam, termasuk Bangsa Melayu, diberikan label yang tidak wajar termasuk pelampau, ekstremis dan pengganas. Apa lebih membimbangkan ialah keadaan sedemikian mendedahkan umat Islam dan Bangsa Melayu kepada pelbagai keadaan yang boleh menjejas, malah merugikan masa depan mereka. Umat Islam pernah mencapai zaman kecemerlangan dan kegemilangan silam hingga membantu mengubah landskap sosio-ekonomi, politik dan keselamatan antarabangsa ke tahap yang membanggakan. Namun, Dunia dan umat Islam mula kelihatan lemah dan mudah diperkotak-katikkan setelah kekuatan sebenar mereka tergugat disusuli dengan keruntuhan Empayar Uthmaniah sebagai ‘kubu kuat’ terakhir Dunia Islam. Soal sama ada Dunia Islam dapat mengembalikan zaman keemasannya sebelum ini agak sukar dijawab kerana struktur ‘daulah’ tersebut tidak lagi kelihatan. Tetapi, sejak akhirakhir ini peluang itu mula nampak walaupun kuasa-kuasa utama Islam pada zaman bahari seperti Turki dan Timur Tengah masih belum dapat memenuhi ciri-ciri kekhalifahan Islam. Dapatan daripada kajian-kajian mutakhir, termasuk kajian dan analisis saintifik yang dilakukan boleh sahaja oleh para pengkaji dari Dunia Islam sendiri, malahan dari kalangan penyelidikpenyelidik dan cendekiawan Barat, Arab, China dan India memberikan satu harapan baharu bahawa salah satu bangsa Asia yang sebelum ini dianggap sebagai berperadaban termuda dan terpalit dengan pelbagai gelaran negatif, Bangsa Melayu, sebenarnya mewarisi satu peradaban gemilang yang berpotensi menghidupkan semula ‘Daulah Islamiah’ yang diimpikan itu. Kajian ini juga cuba menghuraikan masalah-masalah yang menghambat usaha ke arah ini selain meneliti kemungkinan-kemungkinan untuk mengubah metos negatif menjadi satu realiti. METODOLOGI Dengan menggunakan pendekatan ‘Grounded Theory’, kajian ini memanfaatkan sumbersumber kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan kaedah penyelidikan dan pendekatan yang melibatkan kajian perpustakaan, analisis dokumentasi rasmi kerajaan atau pihak berkuasa serta kajian kandungan (content analysis) dan lapangan, satu dapatan yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak diharapkan dapat dihasilkan. SIAPA LAYAK MEWARISI ‘DAULAH ISLAMIAH’? Apabila kita memperkatakan tentang ciri-ciri kelayakan ini, sudah pasti kajian analitikal mengenainya perlu dibuat berdasarkan karakteristik syariat, sesuai dengan tuntutan agama kerana ia menjadi ukurtara kejayaan dan kecemerlangan daulah-daulah Islamiah sebelum ini berdasarkan ketentuan yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. pada ‘Daulah Islamiah’ pertama di Madinah. Yusuf al-Qardhawi (1984) menggariskan secara umum karateristik Islam ‘Daulah Islamiah’ tersebut yang menyentuh tujuh perkara pokok iaitu Ketuhanan (Rabbaniyah), Kemanusiaan (Insaniyah), Kesejagatan (Syumul), Keadilan-Kesederhanaan (al-Wastiyah), Kontekstual (al-Waqiyyah), Kejelasan (al-Wudhuh) dan Konsistensi (Tathawwur). Dengan ciri-ciri tunjang ini, ‘calon’ selanjutnya ialah Dunia Melayu Asia Tenggara atau Nusantara, kerana ia masih memiliki ciri-ciri asas kesultanan Islam, walaupun rantau yang meliputi negara-negara Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Singapura, sebahagian daripada Thailand dan negara-negara Asia Tenggara lain yang masih setidaktidaknya memiliki sisa-sisa ciri kemelayuan yang penting, walaupun sistem pemeritahan bersendikan kesultanan kini hanya bertahan di Malaysia dan Brunei Darussalam. Bila disebut 404
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sahaja tentang Dunia Melayu, pertanyaan yang pasti timbul ialah sama ada wajar atau tidak bangsa Melayu mewarisi tugas penerus ‘Daulah Islamiah’. Untuk memulakan analisis ini, perlu dijelaskan di sini bahawa penemuan-penemuan dan dapatan-dapatan kajian terbaharu yang dilakukan oleh para pengkaji di Dunia Melayu dan di Barat sendiri, termasuk analisis mt-DNA, pemetaan baka di samping kajian-kajian antropologiarkeologi terkini semakin memperkuatkan hakikat bahawa peradaban bangsa Melayu bukanlah satu peradaban termuda, sebaliknya ia merupakan peradaban yang puluhan ribu tahun lebih tua daripada peradaban China dan India. Malahan, kajian-kajian terbaharu itu turut membuktikan peradaban bangsa Melayu itu sendiri ada kaitan dengan peradaban manusia awal bangsa Afrika dan peradaban bangsa Arab yang menjadi tunggak bangsa-bangsa berperadaban tinggi lain, di samping menolak langsung teori-teori sebelum ini yang mendakwa bahawa Bangsa Melayu itu berasal daripada China, Taiwan ataupun Champa. Sebaliknya, Bangsa Melayulah yang menjadi akar berkembangnya bangsa-bangsa lain termasuk ke negara-negara tersebut. Peradaban besar Bangsa Melayu ini berakar pada tahap zaman pra-Islam, iaitu apabila Dunia Melayu Asia Tenggara atau Nusantara wujud sejak zaman Pentas atau Pelantar Sunda sejak awal atau sebelum abad Masehi lagi. Walaupun kawasan Pentas Sunda kini hanya tinggal sejarah, zaman kegemilangan Dunia Melayu Nusantara pasca-Islam berkembang semasa penguasaan Empayar Melaka, Johor-Riau dan Lingga, Samudera-Pasai, Mataram, Bintan, Demak, Aceh. Hashim Ismail (2001) menggariskan sejarah tamadun Melayu Islam dalam lima tahap atau gelombang dari abad ketujuh hingga ke-11 Masehi, apabila misi-misi pendakwah meneruskan misi awal penerokaan perwakilan Rasulullah s.a.w. ke rantau ini. Gelombang kedua misi dakwah ke Alam Melayu itu ialah kunjungan para ilmuan bermazhab Syafie iaitu dari Abad ke-12 hingga ke-16 Masehi. Ini diikuti dengan gelombang dakwah ketiga, iaitu gerakan yang diterajui oleh para mubaligh tempatan, dengan bantuan daripada para pendakwah dari Asia Barat dan India. Menyusulinya ialah kebangkitan gologan salafiah pada Abad ke-18 hingga pertengahan ke-20 manakala gelombang dakwah kelima berlaku dalam tempoh separuh akhir Abad ke-20 hingga ke saat ini, apabila para reformis agama dan aktivis kontemporari yang berpendidikan tiggi dan berkedudukan dalam masyarakat mempelopori pelbagai aktiviti penyebaran ilmu Islam dalam pelbagai bidang profesional termasuk pentabiran, perbankan, perundangan selain daripada sains dan teknologi. Berdasarkan penemuan saintifik terbaharu dan dapatan-dapatan arkeologi-antropolgi yang membuktikan usia peradaban Bangsa Melayu di rantau ini khususnya semasa zaman awal Pentas Sunda lagi, bukti-bukti sejarah lisan dan manuskrip-manuskrip awal mengenai faktor Bangsa Melayu sebagai bangsa teras pelbagai bangsa lain, Ahmad Harith (2012) menguatkannya dengan memetik sepotong Hadis dari Tsauban r.a. bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Akan datang Panji-Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (seperti) kepingan besi. Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.” – Hadis Riwayat alHassan ibn Sofyan dari al-Hafiz Abu Nuaim (dari kitab al-Hawi lil Fatawa, oleh Imam Sayuti). Beliau turut memetik sumber yang menyebut bahawa Bangsa Melayu telah pun wujud sejak zaman Nabi Sulaiman a.s. semasa kegemilangan Bani Israel. Kitab-kitab kaum Israel dalam Bahasa Ibrani dan Suryani purba ada mencatatkan tentang maklumat mengenai emas dari rantau Nusantara. Rujukan-rujukan yang dibuat tentang peta-peta purba mengenai ‘bumi emas’ ataupun ‘Semenanjung Emas’ jelas merupakan satu rujukan kepada tempat kediaman Bangsa Melayu ketika itu. Kitab-kitab agama Hindu seperti Purana dan kitab-kitab berbahasa Sanskrit yang merujuk kepada kitab berbahasa Parsi purba seperti Avestan dan kitab merujuk kepada kisah “syurga emas dar Timur” menjadi buah mulut dayang-dayang istana Empayar Babylon, yang bertanyakan dari mana perhiasan-perhiasan emas itu diperolehi oleh Bani Israel. Beliau turut memetik maklumat tentang Bahasa Melayu kuno dalam era Sriwijaya di kalangan para penduduk yang menghuni Kepulauan Filipina dan kawasan sekitarnya masih mengekalkan kosa-kosa kata Bahasa Ibrani dan Kanaan.” 405
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dalam zaman kerajaan-kerajaan Melayu purba itu juga Wangsa atau Empayar Melayu silam mewariskan watikah-watikah yang menyebut tentang kerajaan-kerajaan Melayu purba seperti Dinasti Teratai, Dinasti Seroja, Dinasti Raja Gunung dan seumpamanya lagi. Akibat daripada lenyapnya pelbagai maklumat ‘bertulis’ sama ada akibat tenggelamnya kapal-kapal pejajah yang terbakar atau tenggelam semasa cuba melarikan harta-harta rampasan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang mereka jajah selain daripada disembunyikan sendiri oleh golongan bangsawan yang tidak mahu rahsia-rahsia negara dan bangsa jatuh ke tangan musuhmusuh mereka, pelbagai maklumat penting tidak dapat dikesan mengenai aspek-aspek kerajaan Melayu silam yang hilang bersama hilangnya peradaban Pentas Sunda. Sebagai contoh, satu kaum yang dipercayai berketurunan Melayu di Indochina yang sering berperang dan memang melawan gangguan kerajaan China ialah Kaum Jawaka, yang mewarisi satu tamadun yang hilang di rantau tersebut. Kisah tentang kaum ini tercatat dalam teks-teks purba Sri Lanka yang ditulis dalam bahasa Pali, selain daripada catatan-catatan pengembara-pengembara Arab dan Parsi selain daripada yang diriwayatkan oleh tulisan-tulisan dinasti China. Rujukan silang juga dikesan bertindihan dengan istilah ‘Melayu’ di mana raja Melayu bagi Dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga turut disebut dalam catatan berbahasa Pali sebagai ‘Raja Jawaka’. Selain daripada itu, terdapat juga log-log di istana maharaja China yang menyebut tentang sebuah kerajaan maritim yang unggul di Laut Selatan Zabag (Zabag merupakan rujukan Arab kepada Sriwijaya) dengan nama ‘Mo-lo-yu’ atau ‘Ma-li-yue’. Dalam rujukan mengenai Kemboja pula, dinasti-dinasti awal Kemboja diakui oleh para sejarawan negara itu sebagai berketurunan Melayu. Mereka turut mengesahkan bahawa Raja Khmer pertama iaitu Jayavarman II, yang mendirikan Angkor Wat, setelah selama beberapa tahun belajar tentang sistem pentadbiran daripada Dinasti Melayu Salindera yang berada di bawah naungan Empayar Sriwijaya. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu purba yang ditemui di Kemboja, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina yang membentuk Asia Tenggara sebenarnya melengkapkan silang kata mengenai siapa sebenarnya Bangsa Melayu dan kaitan mereka dengan kewujudan Pentas Sunda serta ketamadunan Melayu selepas itu. Malahan, banyak bukti arkeologi-antropologi termasuk catatan-catatan mengenai ratusan buah kapal dagang, kapal perang yang tersadai di perut-perut laut di Selat Melaka, Laut China Selatan (Laut Champa), Borneo dan kawasan sekitarnya menguatkan bukti tentang kewujudan peradaban Melayu sebagai sebuah kuasa maritim yang cukup berpengaruh ketika itu. Yang menariknya ialah kapal-kapal tersebut dibina dengan menggunakan kaedah atau teknik ‘sewnplank and lashed-lug’ yang dikuasai oleh para juru bina Melayu pada zaman Empayar Srivijaya sahaja. Teknologi pembinaan ini dianggap oleh seorang pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin, sebagai cukup maju malah lebih baik daripada kaedah pembinaan tongkang-tongkang China. Perbandingan tentang kehebatan kapal besar buatan Melayu berbanding dengan kapalkapal buatan bangsa Barat termasuk Portugis, dikatakan kerdil kerana saiz kapal-kapal Melayu ketika itu cukup menggerunkan mereka. Seorang pengkaji yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Laksamana Sejagat’, memetik Portuguese Documents on Malacca bahawa “(Kapal) Flor De Lar Mar mempunyai geladak haluan dan geladak buritan yang tertinggi di antara ‘galleon’ atau kapal milik Portugis, dan ini sekadar menyamai geladak jong Melayu sahaja….. Dinding Jong Melayu begitu tiggi sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (ketika menyerang)….. dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikit pun oleh peluru meriam Portugis….. Jong Jawa pertama (pula) yang diceritakan besarnya oleh orang Portugis ialah yang mereka tawan dalam tahun 1511 dalam pelayaran ke Melaka….. anggarannya seberat 600 tan, tingginya seperti sebuah menara berbanding dengan kapal Portugis.” Buktibukti seperti ini jelas menggarisbawahi kenyataan bahawa negara-negara kota Bangsa Melayu telah pun wujud sebelum zaman kemuncak Sriwijaya dan catatan mengenai sebuah kerajaan Melayu di Sumatera yang mengeksport emas, kerajaan purba di Pahang yang tercatat dalam rekod Maharaja China selain ‘Dungun’, yang menjadi salah sebuah pelabuhan silam. Kitab Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa boleh dianggap sebagai segelintir daripada catatan sejarah Bangsa Melayu yang menyebut tentang sebuah kerajaan Melayu purba yang 406
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dipercayai terletak di Perak, iaitu kerajaan Gangga Negara. Raja Suran, yang dikatakan sebagai berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain, dicatatkan telah menyerang Gangga Negara. Sebuah lagi kerajaan Melayu purba yang disebut dalam kajian Kolonel James Low dalam tahun 1849 ialah kerajaan Beruas, yang lebih tua daripada Kerajaan Melaka dan mungkin sezaman dengan Kerajaan Langkasuka. Dalam soal yang berkaitan dengan kekuasaan monopoli laluan laut di Nusantara, di mana penguasanya juga turut memonopoli cukai laluan dan perdagangan di perairan tersebut, tidak dapat dielakkan tentang kemungkinan timbulnya rasa cemburu di kalangan kuasa-kuasa penjajah Barat ketika itu hingga mana-mana juga empayar maritim yang menguasai laluan di Selat Melaka cuba dijatuhkan. Ini termasuklah misi menjajah oleh Stamford Raffles dan penjajah-penjajah Barat yang lain. Misi serangan Raja Suran ke rantau Nusantara juga boleh dikaitkan dengan persoalan ini. ASAL-USUL SEBENAR BANGSA MELAYU Pelbagai teori telah diperkenalkan dan kajian-kajian arkeologi-antropologi dibuat khususnya oleh pengkaji-pengkaji Barat, yang bukan setakat menunjukkan bahawa Bangsa Melayu berasal dari Yunnan, China, Taiwan ataupun Champa, selain mengatakan bahawa peradaban Bangsa Melayu adalah antara yang ‘termuda’ di dunia. Malahan, peradaban Bangsa Melayu, menurut mereka, berkembang dalam zaman Empayar Melaka walaupun banyak penemuan antropologi mendedahkan kewujudan peradaban Melayu yang lebih awal. Bagaimanapun, teori-teori terbaharu memaparkan sebaliknya, khususnya setelah dapatan daripada pelbagai analisis saintifik seperti pemetaan genom/baka dan analisis Mitochondrial DNA dilakukan bukan sahaja oleh para pengkaji dan penyelidik setempat, malahan diperkuatkan oleh penemuan-penemuan pengkaji institusi pengajian tinggi terkemua Barat. Berdasarkan kajian terbaru yang menggunakan penyelidikan forensik ke atas baka keturunan orang Melayu moden dan Orang Asli, DNA mereka telah dijadikan sebagai contoh/sample dan mtDNA mereka dianalisa. Kaedah ini didapati menjadi alat berguna untuk mengenal pasti baka manusia dan memahami evolusi dan migrasi manusia moden dengan mencari dan menentukan kumpulanhaplo (haplogroup -- Haplogroup is the term scientists use to describe individual branches, or closely related groups of branches, on the genetic family tree of all humans. All members of a haplogroup trace their ancestry back to a single individual.) pihak-pihak yang menjalani ujian tersebut. Jelasnya, kajian yang bersandarkan kepada analisis kajian pemetaan baka ini maklumat-maklumat mengenai asal-usul sesuatu bangsa itu, termasuk Bangsa Melayu, dapat dikesan. (A haplogroup (from the Greek: ἁπλούς, haploûs, “onefold, single, simple” and English: group), is a group of individual organisms which, in terms of molecular evolution, share a common ancestor – a genetic line of descent demonstrated by a particular single nucleotide polymorphism (SNP) mutation.[citation needed] Because a haplogroup consists of similar haplotypes, it is usually possible to predict a haplogroup from haplotypes. Haplogroups pertain to a single line of descent, usually dating back thousands of years.[1] As such, membership of a haplogroup, by any individual, relies on a relatively small proportion of the genetic material possessed by that individual. Each haplogroup originates from, and remains part of, a preceding single haplogroup (or paragroup). As such, any related group of haplogroups may be precisely modelled as a nested hierachy, in which each set (haplogroup) is also a subset of a single broader set (as opposed, that is, to biparental models, such as human family trees). (Haplogroups are normally identified by an initial letters of the alphabet, and refinements consist of additional number and letter combinations, such as (for example) A → A1 → A1a. In human genetics, the haplogroups most commonly studied are Y-chromosome (Y-DNA) haplogroups and mitochondrial DNA (mtDNA) haplogroups, both of which can be used to define genetic populations. Y-DNA is passed solely along the patrilineal line, from father to son, while mtDNA is passed down the matrilineal line, from mother to offspring of both sexes. Neither recombines, and thus Y-DNA and mtDNA change only by chance mutation at each generation with no intermixture between parents’ genetic material.) 407
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dapatan-dapatan kajian terbaharu juga menghasilkan maklumat yang berbeza yang menyokong teori baharu bahawa Bangsa Melayu merupakan satu bangsa ‘induk’ yang kemudian dikelompokkan dalam ras keluarga kelompok rumpun yang disebut sebagai MelayuPolynesia, atau gabungan Astronesia seperti yang dianjurkan oleh para sejarawan Barat (Zaharah Sulaiman, 2009). Sebagai satu kelompok tersendiri dan bukannya sebuah ‘subrace’ atau suku kaum. Ia merupakan sebuah bangsa yang amat besar dan antara etnik yang tertua di dunia. Leluhur bangsa Melayu-Polynesia ini juga bukanlah dari jenis Mongoloid (Wan Hashim, 2015). Bangsa besar ini jugalah yang membentuk ras utama yang kemudian tersebar di Rantau Melayu Nusantara, sebelum merentas ke bahagian lagi di banyak pelusuk dunia. Percanggahan dengan dapatan-dapatan daripada kajian dan teori awal ialah selain daripada dilakukan oleh para pengkaji asing, yang lebih merupakan pemerhatian dan tinjauan rambang selain penggunaan ‘kaca mata’ berbeza sebagai ‘tuan’ atau kuasa penjajah, teori-teori awal tersebut tidak bersandarkan fakta-fakta kukuh selain lebih merupakan spekulasi yang berat sebelah dan terlalu umum. ‘Keumuman’ kategori bangsa-bangsa yang berketurunan Melayu di rantau ini seperti Melayu Asli, Melayu Siam, Melayu Kemboja, Melayu Champa, Melayu Indonesia dan Melayu Malaysia (yang pelbagai rumpun), Melayu Filipina, Melayu Borneo, Melayu Funnan, Melayu Taiwan dan seumpamanya sebenarnya merupakan kelompok-kelompok komposit Bangsa Melayu serantau, yang merupakan hasil evolusi dan persemendaan. Mereka sebenarnya adalah sebaka dan serumpun. Nusantara, khususnya Indonesia, Malaysia dan Borneo dalam zaman awalnya merupakan satu wilayah yang sangat luas. Jadi, tidaklah menghairankan jika rantau yang kaya dengan pelbagai jenis flora-fauna yang menghijau subur, hasil perut bumi yang cukup banyak dan pelbagai jenis haiwan yang dipercayai lebih besar saiznya daripada benua kecil India, sudah pasti mampu menampung dan menjadi tempat kediaman manusia sejak zaman awal lagi. Bukti kukuh mengenai fakta ini ialah bahasa penuturan majoriti penduduknya yang terdiri daripada ratusan etnik, yang sama ada merupakan Bahasa Melayu atau setidaktidaknya ada sandaran atau perkongsian dengan Bahasa Melayu itu sendiri. Hasil penemuan terbaru yang lebih saintifik ini juga dengan jelas menolak teori-teori penyelidik Orientalis termasuk George Weber dan Peter Bellwood kononnya Bangsa Melayu berasal dari Taiwan, Yunnan ataupun Champa. Hakikatnya ialah Bangsa Melayu wujud sebelum kehadiran kaum penjajah Barat di rantau ini. Secara lengkap, proses pengembangan dan ‘pembiakan’ Bangsa Melayu di rantau ini terbahagi kepada tiga tahap evolusi Pentas Sunda iaitu pertama, Era Pemerkasaan Perbatasan Bangsa dan Bahasa Melayu dalam evolusi 50,000 tahun dan rumpun Melayu pada zaman itu yang menerokai kawasan lain untuk membentuk dan mengembangkan suku bangsa mengikut suasana geografi di sekitarnya selepas banjir memisahkan mereka 14,000 tahun lalu. Kedua, Era Pemerkasaan Perbatasan Bangsa dan Bahasa dalam tempoh kira-kira tersebut, di mana ia menjadi detik awal pemisahan kawasan geografi Pentas Sunda menjadi gugusan kepulauan Melayu dan penebaran kaum Melayu itu ke wilayah Asia Tenggara hingga ke Kepulauan Pasifik dan Madagascar. Tempoh kedua ini mencatatkan peringkat penubuhan wilayah dan kerajaan masing-masing dengan perbatasan tersendiri tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan pertalian bahasa, budaya dan keturunan. Ketiga ialah Era Pemerkasaan Agama Bangsa Melayu, yang dipercayai berlaku 6,000 hingga 1,000 tahun lalu, yang mencetuskan pula proses peralihan kepada pencapaian sosio-teologi dan minda menerusi kemasukan kepercayaan dan agama. Kaedah mtDNA ini dianggap sebagai satu dapatan yang paling ampuh untuk mengesan keturunan leluhur sesuatu bangsa menerusi talian susur-galur ‘matrilineage’ (sebelah ibu) dan ia telah digunakan untuk mengesan ribuan keturunan sebelumnya. Jelasnya, teori Keluar dari Afrika dan Timur Tengah ini yang dikemukakan oleh S. Oppenheimer, Spenser Wells dan ramai pakar lain tentang manusia moden (homo sapiens sapiens) mula bermastautin di Benua Afrika dan Arab kira-kira 160,000-200,000 tahun dahulu kemudian bertaburan berhijrah menyebar keluar dalam tempoh 85,000-60,000 tahun silam mengikut arus penghijrahan ke arah yang berbeza-beza menerima keputusan bahawa keturunan manusia-manusia moden berasal dari Afrika (ibid). 408
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dapatan kajian-kajian lain secara jelas menegaskan bahawa penolakan terhadap teoriteori awal tentang asal-usul bangsa Melayu adalah berdasarkan dapatan-dapatan dan pelbagai penemuan arkeologi dan antropologi mengenai kehadiran manusia di Dunia Melayu sejak 35,000 tahun lalu (Wan Hashim, 2015). Beliau dan para pengkaji lain merumuskan bahawa teori migrasi penduduk dari Yunnan atau Yunnan sebagai tanah ranah (tanah leluhur) Bangsa Melayu mahupun mana-mana bahagian di rantau Asia merupakan teori-teori yang tidak dapat dibuktikan. Dapatan Wan Hashim dan rakan pengkajinya turut merumuskan bahawa dalam tempoh masa 35,000 hingga 11,000 tahun lampau penghuni Alam Melayu dipercayai berasal daripada satu baka dengan mengamalkan budaya yang serupa. Ketika menegaskan hasil kajian mereka tentang keadaan di rantau yang juga pernah dikenali sebagai Pentas Sunda: “Ini kerana di waktu itu Alam Melayu merupakan sekeping tanah besar Pentas Sunda dan Pentas Sahul yang timbul kerana dunia pada waktu itu berada dalam zaman air batu (Prestosen) dan paras air laut turun (menyusut).” Pengkaji-pengkaji ini turut menarik perhatian tentang pengklasifikasian pelbagai rumpun manusia kepada ras dan sub-ras tertentu adalah berdasarkan kepada kaedah etmolinguistik atau bahasa pertuturan. Contoh jelas ialah masyarakat yang bertutur dalam bahasa Astronesia atau Melayu-Polinesia dikategorikan sebagai satu rumpun bangsa. Misalnya, bangsa Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Patani, Johor-Riau, Minangkabau, Jawa, Aceh, Batak, Bugis, Menado dan sebagainya adalah bangsa serumpun kerana mereka bertutur dalam bahasa atau berpaksikan kepada Bahasa Melayu atau Austronesia. Hal yang serupa turut dikaitkan dengan masyarakat Cham di Vietnam dan Kemboja, Taiwan, Filipina dan seumpamanya yang tergolong dalam kelompok penutur Bahasa Astronesia atau-MelayuPolinesia. Rujukan kukuh mereka termasuklah hasil tulisan Ma Yin dalam ‘China’s Minority Nationalities’ (Bangsa-bangsa Minoriti China) yang diterbitkan dalam tahun 1982, bahawa tidak satu pun daripada 56 suku bangsa atau etnik yang mendiami Tanah Besar China dan Taiwan yang tergolong dalam kelompok penutur Bahasa Astronesia ataupun Melayu-Polinesia. PERADABAN DAN KESULTANAN MELAYU ASIA TENGGARA Penyangkalan bahawa peradaban Melayu sebagai sebuah peradaban muda dan kecil yang bangsa Melayu itu sendiri didakwa oleh pihak-pihak tertentu sebagai warisan keturunan Melayu dari Yunnan atau Champa disanggah secara tegas oleh Abdullah Hassan, yang mempertahankan bahawa Peradaban Melayu adalah sebuah peradaban maritim tunggal dunia yang besar dengan wilayah geografi yang cukup luas. Malahan, peradaban ini jugalah yang menjadi pusat, tunggak dan tunjang kepada kesinambungan empayar Dunia Melayu dalam proses sejarah dan politik yang panjang (Abdullah Hassan, 2010). Dunia Melayu Nusantara ketika itu sangat luas, iaitu “seluas Lautan Teduh (Pasifik) dan Lautan Hindi. Penutur Bahasa Melayu dan yang seinduk dengannya merentasi wilayah Pulau Krismas di timur hingga ke Pulau Madagascar di barat. Hubungan sedarah leluhur itu diperkuatkan menerusi bukti daripada kajian Jabatan Maori Universiti Victoria Wellington. Beliau memetik fakta-fakta yang diberikan oleh seorang pengkaji dari Universiti Beijing, yang mendedahkan bahawa Dunia atau Alam Melayu telah pun wujud hampir empat millenium lalu, menerusi bukti-bukti arkeologi. Bukti-bukti lanjut lain yang berkaitan termasuklah catatan geografi dalam zaman Maharaja Han Wu Di yang hidup dalam tahun 10 hingga 87 Sebelum Masehi, mengenai peranan Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi sebahagian daripada wilayah Pentas Sunda sebelum itu, sebagai laluan perjalanan dari China ke India. Turut dijelaskan ialah catatan penting yang dibuat oleh seorang pengembara agama China, I-Tsing, ke Sriwijaya dalam tahun 671 Masehi apabila beliau singgah ke Sriwijaya semasa dalam perjalanan ke India, dengan mencatatkan tahap kemajuan ilmu agama Buddha di sana di samping kepentingan Bahasa Melayu ketika itu. Jadi, apabila zaman kegemilangan Empayar Sriwijaya merudum dan digantikan dengan zaman Empayar Melaka, kerajaan China meneruskan tradisi misi damai ke Dunia Melayu menerusi Laksamana Zheng He. Kejatuhan Empayar Melaka sebenarnya tidak menamatkan kegemilangan Dunia 409
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Melayu kerana fokus kuasa Bangsa Melayu ketika itu beralih pula ke Aceh, Pasai, Medan, Patani dan Brunei sebelum ke Johor-Riau-Lingga dan Pahang. Fakta yang tidak dapat dinafikan ialah walaupun banyak kerajaan kesultanan Islam di bahagian-bahagian lain di dunia menjadi lemah atau runtuh, kerajaan kesultanan Melayu di rantau ini, khususnya di Tanah Melayu dan Brunei, terus bertahan malah menjadi lebih perkasa. Setiap kali sesebuah kerajaan Melayu tumbang di rantau ini pada masa lalu, akan ada kerajaan baru yang menggantikannya hinggalah ke saat ini apabila keadaan mantap dilihat pada warisan kesultanan Melayu yang masih bertahan. Kelemahan yang wujud sekarang ialah kurangnya kesatuan dan penyatuan Bangsa Melayu untuk memperkasakan diri mereka agar tradisi gemilang dan cemerlang zaman silam itu dapat dipertahankan malah dilanjutkan. KESULTANAN MELAYU NUSANTARA DAN EMPAYAR UTHMANIAH Hubungan akrab Empayar Melayu di rantau Asia Tenggara dengan Empayar Uthmaniah Turki bersemarak melalui agama Islam kerana semangat persaudaraan seagama, yang jelas berbeza dengan hubungan antara Dunia Melayu dengan kuasa-kuasa besar lain khususnya kumpulan negara-negara penjajah dari Dunia Barat, yang lebih tertakluk kepada soal dominasi dan hegemoni politik, ekonomi dan agama. Jelasnya, hubungan Dunia Melayu dengan Empayar Uthmaniah lebih berpaksikan kepada soal-soal keselamatan agama, sosio-politik dan sejarah untuk kepentingan jangka panjang. Kedudukan Dunia Melayu sejak dari zaman Pentas Sunda sebagai sebuah kuasa maritim hingga kepada penubuhan kesultanan-kesultanan Melayu dan Islam dapat dikesan seawal abad ke-7 kerana ketika itu hubungan laut antarabangsa yang melewati Selat Melaka telah pun menghubungkan Empayar Sriwijaya dengan Bani Umayyah di Asia Barat dan Dinasti China di Asia Selatan (Uka Tjandrasasmita, 2002). Jelasnya, ketika itu telahpun wujud kerajaan-kerajaan Islam di Kepulauan Indonesia iaitu di Peureulak (Perlak?), Ternate, Tidore (Maluku), Sambas, Puntianak, Banjar, Sitang, Kutai dan sebagainya lagi selain daripada Demak, Pajang, Mataram, Cirebon, Banten, Gowa, Bone, Soppeng, Luwwu dan Bima (Ensiklopedia Tematis Dunia Islam: Khilafah dalam bagian ‘Dunia Islam Bagian Timur’, 2002). Ditambah lagi dengan catatan-catatan mengenai kerajaan-kerajaan Melayu awal dinasti-dinasti bunga di Tanah Melayu, ia jelas membuktikan betapa besarnya Dunia Melayu Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Para pengkaji sejarah seperti Saim Kayadibi menegaskan bahawa hubungan dua hala ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu era awal abad ke-13, era pan-Islam dan era selepas keruntuhan Empayar Uthmaniah yang digantikan dengan pembentukan sebuah republik sekular. Menurut beliau, menyusuli proses pengislaman rantau Asia Tenggara dalam abad tersebut, beberapa kerajaan Melayu di rantau ini menjadi lebih berpengaruh dari segi politik. Peranan Benua Kecil India termasuk Pakistan dan Bangladesh sedikit sebanyak tidak boleh ditolak sebelum kuasa Islam digerakkan pula oleh pemerintahan Mogul-Turki, yang menjadikan rantau ini menerima dengan tangan terbuka pengaruh Mazhab Ahlussunnahwaljamaah. Sebaik-baik sahaja hubungan dua hala itu terjalin, pemerintah Empayar Uthmaniah menghantar perutusanperutusan tentera laut dan ketenteraan kepada sultan-sultan di Nusantara apabila mereka berdepan dengan kuasa-kuasa penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Empayar Islam Turki ini terus memberikan sokongan perlindungan keselamatan kepada Dunia Melayu hingga ke awal abad ke-20. Dasar pan-Islam Uthmaniah, khususnya dalam zaman pemerintahan Sultan Abdulhamid telah membuka lembaran baru dalam hubungan antara negara-negara Islam dan ini telah menimbulkan kebimbangan kuasa-kuasa penjajah yang cuba meluaskan kuasa mereka di rantau ini. Sebagai satu simbol perpaduan ummah, sokongan Dunia Melayu Asia Tenggara yang kuat berpegang kepada agama Islam, terhadap Empayar Uthmaniah sebagai pusat ‘adi kuasa’ Islam sejagat, memperkasakan persaudaraan seagama seperti yang dipaparkan dalam sokongan mereka kepada negara itu dalam Perang Turki-Russia 1877, Perang Dunia Pertama, Perang Kemerdekaan Nasional Turki, Perang Balkan dan sebagainya lagi. Untuk tujuan menguatkan lagi hakikat tentang kekuasaan dan kekuatan Empayar Uthmaniah ini, pelbagai 410
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
catatan dan dokumentasi arkib/arkeologi dan bukti sejarah ditemui termasuk sepucuk surat yang dikirimkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah kepada Sultan Sulayman al-Qanuni untuk meminta perlindungan ‘Daulah Islamiah’ daripada gangguan penjajah Portugis (Sallehuddin Ibrahim, 2008). Fakta yang paling menarik setelah Empayar Uthmaniah mengambil alih teraju utama Dunia Islam ialah tindakannya meneruskan tradisi mengawal dan melindungi laluan haji untuk umat Islam dari serata dunia melaksanakan Rukun Islam Kelima itu dengan rasa selamat dan terlindung (Sangtawal Sakranta, 2009). Sebagai ‘Khadimatul Haramayn’ (Penjaga Dua Tanah Suci Islam iaitu Mekah dan Madinah), kekuatan politik dan ketenteraan Turki ketika itu menjadi pasport jaminan keamanan perjalanan ibadah ke Tanah Suci, yang menempatkan seluruh laluan haji di wilayah-wilayah yang terletak di bawah kekuasaannya dalam pengawasan Sultan Uthmaniah menerusi pengerahan angkatan lautnya di tempat-tempat yang strategik, selain menempatkan juga pasukan-pasukan elitnya dalam angkatan bersenjata di wilayah Indonesia, khususnya di Aceh. Dapatan kajian lain mencatatkan permulaan hubungan dua hala ini bermula pada akhir abad ke-15 atau awal ke-16 pada zaman Sultan Salim Khan (Kamaruzaman, 2009). Namun, berdasarkan Hikayat Aceh, Bustanul Salatin dan catatan seorang pengkaji Portugis dalam De Asia, hubungan ini telah pun terjalin atas dasar kepentingan ketenteraan, agama dan perdagangan yang berpusat di Aceh, yang dikenali sebagai ‘Kerajaan Islam Aceh’ selain digelar sebagai ‘Serambi Mekah’. Hubungan ini dikuatkan dengan pengiriman keperluan ketenteraan termasuk meriam, pakar pembuat meriam, ubat bedil dan peralatan perang lain. Selain daripada hubungan ketenteraan dan pertahanan yang bertujuan melindungi negara-negara Dunia Islam daripada serangan atau gangguan negara-negara lain, pihak berkuasa Empayar Uthmaniah juga mengambil pendekatan ‘hubungan darah’, seperti yang dilakukan oleh Empayar China yang menghantar Puteri Li Po sebagai anugerah istimewa kepada Sultan Melaka. Dalam konteks ini, Sultan Uthmaniah telah mengutuskan seorang Puteri Turki sebagai penjalin hubungan yang lebih akrab dengan kerajaan Kesultanan Johor. Walaupun puteri tersebut hanya berkahwin dengan seorang anggota kerabat Sultan Johor ketika itu, baginda kemudian telah mengahwini saudara perempuan puteri tersebut untuk dijadikan salah seorang permaisurinya. Sikap saling menghormati inilah yang membezakan dasar luar pemerintah China dan Uthmaniah sebagai antara kuasa besar dunia ketika itu dengan dasar penjajahan Dunia Barat, yang lebih mementingkan soalsoal kepentingan dan keuntungan sepihak. Faktor kegemilangan Empayar Melayu juga bukan sahaja terletak pada kekuatan setiap kesultanan besar yang muncul silih berganti. Dalam menghadapi pelbagai asakan ketenteraan, politik, ekonomi dan agama dari luar, kerajaan-kerajaan kesultanan Melayu tidak sahaja meletakkan soal pertahanan negara masing-masing pada kekuatan pasukan tenteranya dengan persenjataan keris, lembing dan panah sahaja ketika berdepan dengan pasukan tentera musuh yang bersenjatakan senjata api termasuk senapang dan meriam ketika itu, sebaliknya kecanggihan Dunia Melayu zaman silam terbukti dengan penemuan pelbagai artifak di Lembah Bujang yang menjadi bukti adanya kilang-kilang yang membuat peralatan logam, peleburan besi di kota-kota besar rantau ini ketika itu. Bukti-bukti ini juga dapat meyakinkan kita bahawa selain daripada kemampuan bangsa Melayu memiliki teknologi canggih dunia maritim seperti perkapalan dan seni bina lain, mereka juga telah memiliki teknologi persenjataan senjata api termasuk meriam. Jadi tidaklah menghairankan apabila istilah-istilah seperti meriam lela, lela rentaka dan istinggar yang ada kaitan dengan meriam besar dan senjata-senjata api lain merupakan sesuatu yang lumrah di zaman itu. Pihak-pihak yang cuba menidakkan kecanggihan teknologi persenjataan Alam atau Dunia Melayu ini dengan mendakwa jika ia benar, mengapa tidak ada sebarang laporan dan cerita mengenainya. Soalnya, pelbagai rahsia kehebatan Dunia Melayu yang tidak dapat dikesan tidak bermakna kewujudannya tidak dapat diterima. Sejarah juga tidak boleh menidakkan bahawa ketika golongan penjajah itu menjarah harta benda bangsa dan kerajaan-kerajaan Melayu, mereka bukan sahaja membawa lari emas dan harta kekayaan Bangsa Melayu yang tetapi, tetapi juga 411
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pelbagai kitab dan catatan penting untuk menyembunyikan bukti-bukti kekuatan dan kegemilangan bangsa besar yang boleh mencabar dan menghambat cita-cita hegemonik mereka. Hakikat ini diakui oleh salah seorang Orientalis, William R. Roff, yang mengatakan bahawa ada kecenderungan di kalangan pengkaji Barat sejak penjajahan hingga ke saat ini untuk mengurangkan peranan Islam dan khilafah di kalangan masyarakat Islam di Dunia Melayu (Sallehuddin Ibrahim, 2008). Kemungkinan ini jelas memaparkan berlakunya tindakan menyembunyikan dokumen-dokumen sulit Bangsa Melayu yang telah jatuh ke tangan kuasa penjajah. Pelbagai kajian yang dibuat menunjukkan bahawa pusat-pusat arkib dan muzium di Dunia Barat, khususnya, banyak menyimpan pelbagai khazanah penting Dunia Melayu termasuk kitab-kitab kuning dan karya-karya silam yang begitu bernilai. Kemalangan di laut yang menimpa kapal Portugis ‘Flor de Lar Mar’ dan kapal Raffles ‘The Fame’ juga berkemungkinan besar menyebabkan maklumat-maklumat penting ini lesap dan musnah sama. Ini tidak termasuk pelbagai usaha di kalangan pembesar-pembesar istana kesultanan Melayu menyembunyikan pelbagai dokumen penting di tempat-tempat tertentu untuk mengelakkannya daripada jatuh ke tangan pihak musuh. Faktor seterusnya ialah hakikat bahawa memandangkan kebanyakan orang Melayu kurang mempunyai ilmu penulisan kecuali di kalangan pembesarpembesar istana, konsep ‘sejarah lisan’ memainkan peranan sebagai asas perakaman perkembangan sejarah Bangsa Melayu itu sendiri. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai unsur metos dan legenda dalam tradisi catatan sejarah lisan yang dilihat lebih bertujuan menjadikan sesebuah karya itu lebih menarik dari segi penceritaan dan tata bahasanya, ini tidak bermakna ia tidak dapat dijadikan sebagai rujukan berguna kerana sejarah lisan masih menyelitkan banyak fakta, perkara penting dan benar untuk dijadikan sebagai warisan maklumat berguna yang boleh dimanfaatkan oleh generasi-generasi seterusnya sesuatu bangsa dan peradaban. Keadaan menjadi bertambah buruk kerana pihak penjajah yang jelas menganggap diri mereka sebagai ‘tuan’, sudah pasti tidak mahu bangsa atau masyarakat yang mereka jajah itu sedar bahawa diri mereka sekuat atau sehebat bangsa yang menjajah dan menyangak kuasa politik dan kekayaan ekonomi penduduk setempat. KESIMPULAN Teka-teki mengenai latarbelakang sebenar Bangsa Melayu semakin terjawab dengan terungkapnya pelbagai bukti, maklumat dan penemuan baharu: Peradaban Melayu bukan calang-calang, peradaban Melayu peradaban gemilang. Namun, adakah ia sudah mencukupi untuk menyedarkan Bangsa Melayu bahawa mereka mempunyai potensi besar untuk bangkit semula sebagai “pengibar panji-panji hitam dari sebelah timur” untuk kejayaan agama, bangsa dan negara? Isu paling besar untuk menjadikan impian murni ini suatu kenyataan ialah perlunya Bangsa Melayu bangun dari ‘tidur lena’ dan selesa bersantai panjang setelah dibuai oleh kepalsuan dan penyelewengan maklumat sejarah peradaban yang dilakukan oleh pihakpihak tertentu khususnya penjajah. Soal bangkit dari ‘tidur nyenyak’ ini juga tidak memadai selagi transformasi minda juga tidak diambil kira kerana selama ini Bangsa Melayu Asia Tenggara khususnya di Nusantara ini masih belum selesa untuk menerima hakikat bahawa mereka adalah satu bangsa besar dengan peradaban yang cukup gemilang. Di pundak mereka juga terpikul tanggungjawab untuk mengembalikan maruah ‘Daulah Islamiah’, yang berakhir dengan runtuhnya Empayar Uthmaniah Turki sebagai benteng terakhir zaman keemasan Islam. Selain daripada memperkasakan pencapaian sosio-politik dan ekonomi, anjakan paradigma juga perlu difokuskan kepada perpindahan total minda negatif iaitu sifat-sifat tercela yang merugikan perpaduan dan kesepakatan bangsa termasuk iri hati, hasad dengki dan salah prioriti. Untuk menjadi semula satu bangsa yang boleh melangkah jauh ke depan, tradisi hijrah minda yang diwariskan oleh Junjungan Besar Rasulullah apabila kaum Ansar Madinah menerima kehadiran kaum Muhajirin Mekah dengan lapang dada dan jiwa terbuka. Dalam hubungan ini, 412
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
penghijrahan minda merupakan pengorbanan yang menghendaki setiap anak bangsa Melayu di rantau ini menerima sesiapa saja yang berwibawa dan berkredibiliti sebagai pemimpin atau khalifah untuk menjadi wakil ummah Melayu yang bakal memimpin seluruh umat Islam sejagat berlandaskan konsep khilafah Islam ke arah menghidupkan semula ‘Daulah Islamiah’. Dalam proses penghijrahan minda ini, perlu juga diambil kira faktor kefahaman dalam konsep bersiasah secara ‘ad-din’, iaitu bekerjasama sesama Islam dan dengan bukan-Islam dalam usaha menegakkan sebuah negara Islam mahupun sebuah ‘Daulah Islamiah’. Maksudnya, perlunya umat Islam amnya dan Bangsa Melayu khususnya mematuhi batasan-batasan yang ditetapkan dalam doktrin ‘at-Tahaluf as-siasi dengan at-Tahaluf al-haram’ kerana ia merupakan pendekatan yang dipraktikkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Dalam konteks ini, Bangsa Melayu sebagai umat Islam teras di rantau ini perlu berilmu, memahami dan menghayati tuntutan Islam sebagai “satu cara hidup” agar tidak keliru antara tuntutan duniawi dengan tuntutan ukhrawi selain tidak lagi dimomok-momokkan oleh seteru-seteru mereka yang terlalu bertuhankan pendekatan harta-takhta-wanita-jejaka jelita. Ciri-ciri Bangsa Melayu Islam ini dapat membantu memperhalusi dan menyempurnakan usaha ke arah mengembalikan zaman kegemilangan silam. Dengan mantapnya sistem prasarana dan struktur kepemimpinan khulafah yang masih bertahan di rantau ini dan faktor angka dari segi intelek, demografi, ekonomi dan ketenteraan yang dapat diperkasakan seluruhnya, ia boleh dijadikan sebagai landasan awal ke arah itu demi kesejahteraan dan keselamatan sejagat. RUJUKAN Abdul Halim Nasir, 1992-93, Kerajaan-Kerajaan Tradisional di Nusantara, UKM, Bangi. Andrew T. H. Tan, 2004, Security Perspectives of the Malay Archipelago –SecurityLinkages in the Second Front in the War on Terrorism, Edward Elgar Publishing Limited, Massachusetts, USA. Abdul Latif Abu Bakar, 2001, Kesatuan dan Perpaduan Dunia Melayu dan Islam, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, Malaysia. Agus Mustofa, 2010, Perlukah Negara Islam, Padma Press, Surabaya, Indonesia. Ahmad Jelani Halimi, 2008, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia. Darmawijaya, 2010, Kesultanan Islam Nusantara, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, Indonesia. Ehsanul Karim, 2008, Muslims History and Civilization, A.S. Nordeen, Kuala Lumpur, Malaysia. Farid Mat Zain, 2009, Daulah Uthmaniah dan Alam Melayu – Detik Kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki 192 dan Reaksi Orang Melayu, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Kaleem-Ullah Khan, 2003, Islam – The Source of Universal Peace, Al-Hayat Publications, Kashmir, Pakistan. Kamaruzaman Yusoff, 2009, Hubungan Turki Uthmaniyyah dan Alam Melayu, Dunia Melayu dan Islam – Satu Wacana, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM, Bangi. Md Sidin Md Resad, 1954, Asal Usul Alam Melayu (Penggal 1), Sinaran Bros, Klang, Kuala Lumpur, Malaysia. Munir Muhammad al-Ghadban, 2003, Kerjasama politik dalam menegakkan kerajaan Islam, Pustaka Ilmi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dll., 2011, Alam Melayu – Satu Pengenalan. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. Nordin Hussin, 2011, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia. 413
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Norman Suratman, 2003, Bom Nuklear – Apakah Hak Dunia Islam?, Man & Man Associates, Singapore. Ros Aiza Mohd Mokhtar dan rakan-rakan, 2011, Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS), Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Selangor DE, Malaysia. Saim Kayadibi, 2011, Ottomon Connections to the Malay World – Islam, Law and Society, The Other Press, Petaling Jaya (Selangor), Malaysia. Profesor Dr Yusuf al-Qardhawi, 1998, Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam, Maktabah alQardhawi, Selangor, Malaysia. Zahari Awang, 2014, Melayu dan Nusantara: Kejayaan Lampau, Kini dan Esok, Mohd Zahari Awang, Kuala Lumpur. Dr Aminudin Wahab, Demokrasi Liberal: Strategi Penjajahan Baru di Dunia Islam I-IV, anwaraidc.com – tarikh akses: 1.8.2013 Al-Maktabi, Islamophobia, Salaam http://www.salaam.co.uk/maktabi/islamophobia/html -tarikh akses: 4.6.13 Islamophobia: Fact not Fiction, Islamic Human Rights Commission http://www.ihrc.org.uk/show.php?id=706 -- tarikh akses: 4.6.13 Islam, Trade and Politics across the Indian Ocean – A travelling photographic exhibition produced by the British Library for ASEASUK and BIAA, supported by the British Academy, 2012. Ottomon-Malay Connections http://www.malaysianur.com/ottomon-malay-connections/ -tarikh akses: 02.01.2016 Hubungan Nusantara dengan Khalifah Islam http://saripedia.wordpress.com/tag/hubungannusantara-dengan-khalifah-islam/ -- tarikh akses: 31.01.201 Khilafah Islamiyah dan Alam Melayu “Sejarah yang disembunyikan” https://bisnispolitik. wordpress.com/2008/03/23/khilafah-islamiyah-dan-alam-melayu-%e2%80%9sejarahyang-disembuyikan%e2%80%9d/ -- tarikh akses: 30-01-2016 Oz Almoz, Islam Against the World http://www.ynetnews.com/Ext/Comp/ArticleLayout/ ArticlePrintPreview/1,2566,L-3284….-- tarikh akses: 5.6.2013 Adrian Salbuchi, GlobalResearch, Final Conflict 2012? Towards the Engineering of the World Awar III? – tarikh akses: 3.11.2013 Angel M. Rabasa, March 2007, The Causes of the Radicalizations of the Muslim Communities in Southeast-Asia, Jurnal Inabah Bil 24, Singapura. Azyumardi Azra, March 2007, Islam in Southeast-Asia, Tolerence and Radicalism, Jurnal Inabah Bil 24, Singapura. Tun Dr Mahathir Mohamad, 2003, Impact of Terrorism on the World, a speech delivered at the World Economic Forum (WEF), Davao, Switzerland, on Januari 24.
414
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KREATIVITI GURU DALAM MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: SATU KEPERLUAN Norsaliza Sabu, Noraini Mohamed Noh, Che Nidzam Che Ahmad Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi dalam matapelajaran Biologi tingkatan empat dan mengenalpasti tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam topik berkenaan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif melalui pendekatan kaedah tinjauan. Satu soal selidik dan satu ujian formatif telah ditadbir kepada 196 orang murid aliran Sains Tulen di empat buah sekolah menengah di Perak. Responden dipilih melalui kaedah persampelan kelompok. Didapati bahawa min tahap kesukaran topik Nutrisi ialah 1.94 yang menunjukkan persepsi murid terhadap topik ini adalah sebagai topik yang sukar. Dapatan ujian formatif pula menunjukkan bahawa tahap kemahiran berfikir aras tinggi responden adalah rendah kerana lebih 60% responden gagal menyelesaikan soalan-soalan aras kognitif tinggi dalam 7 daripada 10 subtopik dalam topik Nutrisi. Dapatan ujian formatif tersebut adalah selari dengan persepsi murid terhadap topik Nutrisi. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid memahami tetapi tidak boleh mengaplikasi konsep asas dalam keseluruhan topik Nutrisi. Justeru itu, guru-guru perlu bersikap kreatif dengan cara mengintegrasikan teknologi dalam alat bantu mengajar untuk membantu murid-murid menvisualisasi dan menggabungjalin konsep-konsep mikroskopik dalam satu sistem yang kompleks. Kata Kunci : kemahiran berfikir aras tinggi, Nutrisi, integrasi teknologi.
PENGENALAN
Meningkatkan pencapaian murid merupakan satu daripada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA EDU) yang telah disasarkan oleh kerajaan Malaysia dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) (PEMANDU, 2010). Antara tindak balas yang berlaku ialah Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk dilaksanakan dalam pendidikan prasekolah hingga lepasan menengah dari tahun 2013 hingga 2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Sudah tentulah warga guru merupakan kumpulan sandaran utama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara tersebut. Tanggungjawab guru-guru kini lebih mencabar kerana kreativiti dan komitmen mereka diperlukan untuk mencapai tujuan pembelajaran di abad ke-21. Menurut PADU (2015), pembelajaran di abad ke-21 bertujuan untuk melahirkan murid yang berproduktiviti tinggi dan mahir dalam komunikasi, kemahiran berfikir aras tinggi dan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Collins (2014) menekankan kepada guru-guru dan pentadbir sekolah supaya menyedari tentang kepentingan mengajar kemahiran berfikir aras tinggi kepada murid-murid untuk menyediakan mereka hidup dalam abad ke-21 ini. Anderson et al. (2001) mengkategorikan kemahiran berfikir aras tinggi sebagai memindahkan sedangkan kemahiran berfikir aras rendah sebagai mengingat. Jika berlaku kedua-dua aktiviti memindahkan dan mengingat, maka pembelajaran bermakna dikatakan telah berlaku (Collins, 2014). Ini bermaksud, guru-guru di abad ke-21 bukan sahaja perlu menguasai kandungan kurikulum dalam subjek yang diajar bahkan mesti mahir dalam pedagogi dan menggunakan teknologi 415
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
terkini dalam pengajaran (PADU, 2015). Ini untuk memastikan pembelajaran bermakna berlaku pada murid-murid. Kemahiran berfikir aras tinggi sangat diperlukan untuk menyelesaikan banyak persoalan Sains dan Matematik supaya pelajar dapat mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat bukan sekadar menyatakan semula fakta (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Dalam Biologi, kemahiran berfikir aras tinggi amat diperlukan untuk menyelesaikan banyak persoalan dalam kehidupan sebenar (Cimer, Timucin & Kokoc, 2006). Umpamanya untuk kegunaan membuat keputusan, menyelesaikan masalah, melaksanakan eksperimen, menjalankan siasatan, mengelaskan organisma-organisma dan membanding beza organisma-organisma (Marzano, 2007). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam Biologi juga dapat membantu murid-murid untuk menyelesaikan masalah-masalah yang baru dihadapi (Janssen & Waarlo, 2010) bukan sahaja di dalam peperiksaan bahkan dalam kehidupan harian mereka. LATAR BELAKANG KAJIAN Pengkaji memilih subjek Biologi iaitu subjek elektif bagi murid-murid menengah atas aliran sains tulen sebagai subjek kajian dengan memfokuskan kepada topik Nutrisi. Biologi ialah satu subjek yang mengkaji benda-benda hidup secara saintifik (Campbell, 2015). Ilmu Biologi adalah luas dan mengandungi banyak konsep dan proses Sains yang abstrak dan mikroskopik menyebabkannya sukar diajar dengan berkesan dalam tempoh yang singkat. Murid-murid pula bermasalah untuk menvisualisasi dan berfikir pada aras molekul (Friedler, Amir & Tamir, 1987; Westbrook & Marek, 1991; She, 2004). Akibatnya, miskonsepsi boleh berlaku pada murid jika mereka diajar hanya berpandukan kepada maklumat dan gambarajah-gambarajah kaku dalam buku teks (Swain, 2012). Maka, alat bantu mengajar berasaskan teknologi terkini seperti animasi komputer diperlukan untuk menvisualkan proses-proses yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu atau sukar untuk dijelaskan kepada murid di dalam bilik darjah (Barak, Ashkar & Dori, 2011). Nutrisi ialah topik keenam dalam subjek Biologi tingkatan empat dan termasuk dalam satu cabang bidang biologi iaitu fisiologi bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh kerana isi kandungan topik ini adalah luas, maka pengkaji memfokuskan kepada nutrisi bagi haiwan sahaja. Topik ini menarik untuk dipelajari kerana ia berkait langsung dengan kehidupan harian manusia. Menurut Gan, Manoharan dan Azmah (2005), konsep penyerapan dapat dilihat berlaku dalam proses penyerapan molekul-molekul makanan tercerna seperti glukosa, asid amino, vitamin larut air dan mineral pada salur arteri dalam vilus usus kecil manakala penyerapan asid lemak, gliserol dan vitamin larut lemak berlaku pada lakteal usus kecil. Osmosis molekulmolekul air berlaku pada kolon usus besar semasa proses penyahtinjaan dan aktiviti enzim berlaku semasa proses pencernaan makanan dalam mulut hingga usus kecil. Konsep-konsep penyerapan, osmosis dan aktiviti enzim tersebut adalah bersifat abstrak dan mikroskopik menyebabkan topik Nutrisi sukar diajar dan dipelajari. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid-murid yang telah mempelajari topik Nutrisi melalui kaedah pembelajaran lazim. Adakah kaedah pembelajaran lazim yang menggunakan alat bantu mengajar sekadar buku teks, buku rujukan, papan putih dan persembahan PowerPoint mampu menjana pemikiran aras tinggi murid-murid? Dapatan daripada temubual tidak berstruktur dan ujian formatif pula akan dikaji sama ada selari atau tidak dengan persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik ini. Seterusnya, cadangan penambahbaikan terhadap kaedah mengajar guru-guru akan dibuat supaya pemikiran aras tinggi murid-murid dapat dijanakan. Kemahiran berfikir aras tinggi adalah tidak mustahil untuk dimiliki kerana ia adalah kemahiran yang boleh diajarkan dan boleh dipelajari (Yee et al., 2011) oleh semua murid tidak kira yang berpencapaian rendah atau tinggi (Zohar & Dori, 2003). 416
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi? 2. Apakah tahap kemahiran murid menyelesaikan soalan-soalan pemikiran aras tinggi mengikut subtopik dalam topik Nutrisi? METODOLOGI Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan kaedah tinjauan. Tinjauan ini melibatkan responden untuk menjawab soal selidik persepsi tahap kesukaran topik Nutrisi dan ujian formatif topik Nutrisi yang mengandungi 15 item aneka pilihan. 196 orang murid tingkatan empat aliran sains tulen dari empat buah sekolah menengah di Perak dipilih sebagai sampel kajian untuk menjawab kedua-dua instrumen tersebut. Pemilihan responden dibuat secara persampelan kelompok 3 tingkat kerana mengandungi 3 kali pemilihan rawak. Data daripada soal selidik persepsi tahap kesukaran topik Nutrisi dan ujian formatif topik Nutrisi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 21. Nilai-nilai min, sisihan piawai dan peratus dihitungkan. Soal selidik persepsi tahap kesukaran topik Nutrisi mengandungi senarai nama 10 subtopik yang terkandung dalam topik Nutrisi. Responden menandakan tahap kesukaran mengikut skala Likert 4 tahap iaitu 1 = tidak sukar, 2 = agak sukar, 3 = sukar dan 4 = sangat sukar bagi setiap subtopik. Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui subtopik yang sukar difahami oleh pelajar mengikut persepsi mereka ketika mempelajari topik Nutrisi. Nilai min yang diperolehi dibandingkan dengan skala tahap kesukaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 Skala tahap kesukaran Nilai min ˂ 1.33
Tahap kesukaran
Interpretasi
Tidak sukar
Memahami dan boleh mengaplikasi konsep asas Memahami tetapi tidak boleh mengaplikasi konsep asas Tidak memahami dan tidak boleh mengaplikasi konsep asas
1.33 – 2.66
Sukar
2.67 – 4.00
Sangat sukar
Ujian formatif topik Nutrisi pula terdiri daripada 15 item aneka pilihan yang mewakili subtopik-subtopik yang terkandung dalam topik Nutrisi bagi manusia. Item-item tersebut terdiri daripada 2 soalan aras kognitif rendah iaitu aras memahami dan 13 soalan aras kognitif tinggi mengikut Taksonomi Bloom Semakan iaitu aras menganalisis dan menilai. Dalam kajian sains sosial, item-item aneka pilihan boleh digunakan untuk menilai kemahiran berfikir aras tinggi (Zheng, Lawhorn, Lumley & Freeman, 2008) dan kemahiran berfikir aras rendah dalam pelbagai cara (Killiran, 1992). Murid-murid perlu menguasai sekurang-kurangnya aras memahami konsep-konsep yang berkaitan untuk menjawab soalan-soalan aras kognitif tinggi. DAPATAN Persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi Analisis persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi ditunjukkan dalam Jadual 2. Keputusan menunjukkan bahawa 9 daripada 10 subtopik dipilih oleh responden sebagai sukar manakala 1 subtopik iaitu Proses Asimilasi Makanan Tercerna dipilih sebagai sangat sukar. 5 subtopik iaitu Proses Pencernaan Makanan, Proses Penyerapan Makanan Tercerna, Proses Asimilasi Makanan Tercerna, Pembentukan Najis dan Penyahtinjaan melibatkan konsepkonsep yang abstrak dan mikroskopik iaitu konsep penyerapan, osmosis dan aktiviti enzim yang memerlukan kemahiran menvisualisasi dan berfikir pada aras molekul. Selain itu, hampir 417
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
semua subtopik memerlukan kemahiran mengaplikasi konsep-konsep dengan aktiviti harian. Min keseluruhan tahap kesukaran topik Nutrisi iaitu 1.94 juga jelas menunjukkan bahawa keseluruhan kandungan topik Nutrisi dianggap sukar oleh murid-murid. Jadual 2 Persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi Subtopik dalam Topik Nutrisi bagi Haiwan
Bil.
Min
Sisihan piawai
Tahap kesukaran
1
Jenis-jenis nutrisi
1.61
.769
Sukar
2
Pemakanan seimbang
1.35
.665
Sukar
3
Malnutrisi
1.78
.763
Sukar
4
Proses pencernaan makanan
2.31
.712
Sukar
5
Proses penyerapan makanan tercerna
2.43
.721
Sukar
6
Proses asimilasi makanan tercerna
2.76
.690
Sangat sukar
7
Pembentukan najis
2.22
.824
Sukar
8
Penyahtinjaan
2.06
.868
Sukar
9
Tabiat pemakanan
1.39
.716
Sukar
10
Kepentingan sistem pencernaan yang sihat
1.50
.850
Sukar
Min
1.94
Selain itu, pengkaji juga telah melaksanakan temubual tidak berstruktur kepada beberapa orang murid untuk mendapatkan triangulasi kepada data persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi berkenaan. Pemilihan murid dibuat secara rawak sahaja. Berikut merupakan beberapa sedutan daripada temubual berkenaan. Murid A
:
Gambarajah ni kena menarik, ceria dan sebenar supaya nampak pergerakan makanan dalam saluran pemakanan haiwan tu. Cikgu baca dan rujuk buku teks sepenuhnya. Isi dalam PowerPoint sama dalam buku teks. Cikgu selalu baca je lah dari buku teks. Gambar pun sama macam dalam buku teks. Saya susah nak imaginekan macam mana benda tu berlaku.
Murid B
:
Better buat animasi komputer supaya nampak flow makanan tu dalam manusia dari mulut sampai jadi najis.
Murid C
:
Gambar dalam buku teks ni tak cukup besar. Tak nampak apa yang berlaku dalam vilus ni. Perlu tunjuk molekul-molekul yang ada di sekeliling vilus dan penyerapan molekul ke dalam vilus. Anak panah pergerakan molekul pun tak dak.
Murid D
:
Dalam topik Nutrisi ni… asimilasi tu susah nak faham. Jadi kena ubah diagram bagi lebih faham. Yang ni saya fikir boleh buat animasi untuk lebih faham. Kita tunjuk dari hati ke sel….sel balik ke dalam darah.
Dapatan daripada temubual tersebut menggambarkan keluhan murid-murid terhadap kaedah pengajaran topik Nutrisi oleh guru mereka. Mereka juga memberi komen terhadap kelemahan gambarajah yang ada dalam buku teks. Bahkan dengan yakin, mereka memberikan cadangan untuk menambahbaik kualiti pengajaran guru dan kualiti penyampaian gambarajah dalam buku teks. Keseluruhannya, murid-murid meluahkan rasa sukar untuk memahami keseluruhan proses yang berlaku bermula dari makanan diambil di dalam mulut hingga proses penyahtinjaan di usus besar, proses penyerapan molekulmolekul makanan di vilus usus kecil dan proses asimilasi yang berlaku di hati dan sel-sel 418
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
badan. Dapatan daripada temubual tersebut tidak bercanggah dengan dapatan daripada soal selidik persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi. Ujian formatif topik Nutrisi Keputusan bagi ujian formatif topik Nutrisi yang ditunjukkan dalam Jadual 3 mengukuhkan dapatan soal selidik persepsi murid terhadap tahap kesukaran topik Nutrisi. Berdasarkan kepada keputusan yang menunjukkan lebih 60% daripada jumlah murid gagal menjawab sesuatu soalan, maka didapati murid-murid sukar menjawab soalan-soalan bagi subtopik-subtopik seperti Pemakanan Seimbang, Malnutrisi, Proses Pencernaan Makanan, Proses Asimilasi Makanan Tercerna, Tabiat Pemakanan dan Kepentingan Sistem Pencernaan yang Sihat. Subtopiksubtopik tersebut sama ada mengandungi konsep-konsep abstrak dan mikroskopik seperti konsep penyerapan, osmosis dan aktiviti enzim atau memerlukan kemahiran mengaplikasi konsep-konsep tersebut dengan aktiviti harian. Semua subtopik yang menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi yang rendah tersebut didapati selari dengan dapatan persepsi murid terhadap tahap kesukaran sesuatu subtopik dalam topik Nutrisi. Jadual 3 Keputusan ujian formatif topik Nutrisi No. soalan
Subtopik
Hasil pembelajaran
1
Jenis-jenis nutrisi
Mengkelaskan organisma berdasarkan jenis nutrisi
2
Pemakanan seimbang
3
Pemakanan seimbang Pemakanan seimbang
Mencerakinkan sampel makanan berbeza dalam kelas makanan berbeza Menghitung nilai tenaga dalam sampel makanan Menghubungkaitkan kandungan nutrien dalam sampel makanan berbeza
4
Aras kognitif (Taksonomi Bloom Semakan)
Jawapan pelajar Betul (%)
Salah (%)
Memahami
16
84
Menganalisis
38
62
Mengaplikasi
34
66
Menganalisis
31
69
5
Malnutrisi
Menghubungkaitkan kesan pengambilan berlebihan makanan tertentu terhadap kesihatan
Menganalisis
30
70
6
Proses pencernaan makanan
Menghubungkaitkan fungsi jus pencernaan dalam pencernaan bahan
Menganalisis
31
69
7
Proses pencernaan makanan
Meramal kehadiran hasil pencernaan kanji dalam sesuatu sampel makanan
Memahami
27
73
8
Proses penyerapan makanan tercerna
Menghubungkaitkan ciri penyesuaian sistem pencernaan terhadap penyerapan bahan
Menganalisis
62
38
9
Proses asimilasi
Mencerakinkan fungsi sesuatu struktur dalam proses asimilasi
Menganalisis
37
63
10
Proses asimilasi
Mencerakinkan proses yang terlibat dalam asimilasi
Menganalisis
13
87
419
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
11
Pembentukan najis
Menganalisa pembentukan najis
Menganalisis
59
41
12
Penyahtinjaan
Menghubungkaitkan tabiat pemakanan dengan masalah berkaitan dengan penyahtinjaan
Menganalisis
77
23
13
Tabiat pemakanan
Menghubungkaitkan tabiat pemakanan dengan masalah kesihatan
Menganalisis
33
67
14
Tabiat pemakanan
Menilai kandungan nutrien dalam makanan melalui label
Menilai
61
39
15
Kepentingan sistem pencernaan yang sihat
Menganalisa kesan sistem pencernaan yang rosak kepada kesihatan
Menganalisis
30
70
PERBINCANGAN Miskonsepsi yang sering berlaku dalam konsep penyerapan dan osmosis turut diakui oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini seperti Odom dan Barrow (1995) serta Meir et al. (2005). Bagaimanapun, miskonsepsi dalam kedua-dua konsep tersebut dapat dielakkan jika pelajar berupaya menvisualisasi dan berfikir mengenai proses-proses kimia pada aras molekul seperti yang diutarakan oleh Friedler, Amir dan Tamir (1987) serta Westbrook dan Marek (1991). Kegagalan pelajar memahami konsep penyerapan, osmosis dan aktiviti enzim akan menyukarkan mereka untuk memahami keseluruhan proses yang berlaku pada sistem pencernaan dalam badan manusia. Sedangkan memahami sesuatu konsep dengan mendalam akan dapat menjana kemahiran berfikir aras tinggi (Zoller, 1993). Maka, pengkaji memikirkan bahawa adalah menjadi keperluan bagi guru untuk mempelbagaikan teknologi sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian teknologi ini akan dapat membantu murid-murid memahami konsep-konsep Sains yang sukar (Barak, Ashkar & Dori, 2011). Contohnya melalui penggunaan elemenelemen multimedia berasaskan komputer, pembelajaran bermakna berlaku kerana muridmurid mesti memproses maklumat dengan aktif iaitu mereka mengintegrasikan keduadua gambar dan perkataan ke dalam pengajaran berstruktur (Wittrock, 1989). Seterusnya, pembelajaran melalui persembahan multimedia akan meningkatkan aras pemikiran murid seperti yang telah diperkatakan oleh Mayer (2001, 2003). Bagi topik Nutrisi, pengkaji mencadangkan pengintegrasian teknologi melalui pembinaan koswer interaktif yang bersifat stand alone untuk membantu pengajaran dan pembelajaran topik ini. Di dalam koswer berkenaan, boleh dimasukkan video-video hutan bakau dan sawah padi untuk menunjukkan bagaimana organisma-organisma yang menghuni di ekosistem berkenaan dikelaskan mengikut jenis nutrisi. Video-video manusia, lembu dan arnab yang sedang makan juga boleh ditayangkan sebagai bahan rangsangan sebelum animasi proses pencernaan makanan dalam semua organisma berkenaan ditunjukkan. Murid-murid akan teruja untuk menonton animasi yang akan memperjelaskan proses pencernaan makanan dari mulut hingga diserap di usus kecil atau keluar sebagai najis. Penambahan elemen ejen pedagogi seperti watak animasi seorang guru boleh berperanan sebagai pakar penyampai ilmu, mentor, motivator dan teman kepada murid-murid untuk belajar dan menyempurnakan pembelajaran (Kim & Baylor, 2008). Tambahan lagi, koswer bersifat stand alone menggalakkan pembelajaran kendiri mengikut keupayaan murid. Penggunaan latihan melalui permainan yang dapat digunakan berulang-ulang kali dapat merangsang kemahiran berfikir aras tinggi secara tidak langsung. 420
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kreatif dan inovatif didapati berpotensi tinggi untuk menyokong perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi. Justeru itu, dalam Gelombang 3 pelaksanaan PPPM, Kementerian Pendidikan Malaysia beriltizam untuk menerapkan sepenuhnya ICT sepanjang pelaksanaan pedagogi dan kurikulum. Guru-guru akan dilatih dengan pendekatan pengajaran dan pentaksiran alternatif seperti pembelajaran berasaskan projek dan pentaksiran berasaskan ICT untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia menjelang akhir tahun 2015, semua guru berada sekurang-kurangnya pada tahap minimum kecelikan ICT mengikut rubrik kompetensi oleh Persatuan Antarabangsa Teknologi dalam Pendidikan (ISTE) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah mendorong UNESCO untuk mengiktiraf Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang merintis pelan strategik ICT untuk sistem pendidikan(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). KESIMPULAN Guru-guru Sains seperti Biologi perlu kreatif untuk mempelbagaikan alat bantu mengajar berasaskan teknologi terkini. Umpamanya dengan menggunakan animasi dan video atau koswer pembelajaran berasaskan animasi untuk menjelaskan konsep-konsep yang abstrak dan mikroskopik. Koswer pembelajaran yang bersifat stand alone membolehkan pelajar belajar dengan kadar sendiri sama ada di dalam atau di luar waktu persekolahan serta memperoleh pengetahuan melangkaui kandungan buku teks. Amalan pedagogi ini sepatutnya sudah diamalkan pada peringkat pembelajaran pra sekolah dan sekolah rendah lagi. Alangkah bagusnya, jika guru-guru Sains menguasai ilmu teknologi dan multimedia sehingga mereka sendiri mampu membangunkan koswer pembelajaran berasaskan animasi untuk membantu pengajaran mereka. Koswer pembelajaran tersebut boleh digunakan berulang-ulang kali dalam kelas-kelas berikutnya dengan sedikit ubahsuaian jika perlu. RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub and Distributor Sdn. Bhd. Amer, A. (2006). Reflections on Bloom’s revised taxonomy. Electronic Journal of Research in Educational Psychology, 4(8), 213-230. Anderson, L. W. et al. (2001). A taxonomy for learning, teaching and assessing : A revision of bloom’s taxonomy of educational objectives. New York : Longman. Barak, M., Ashkar, T., & Dori, Y. J. (2011). Teaching science via animated movies: Its effect on students’ learning outcomes and motivation. Proceedings of the Chais conference on instructional technologies research 2010: Learning in the technological era. Basir Zahrom (2012, Mac 23). Analisis SPM 2011: Pencapaian sekolah Bandar, Luar Bandar catat peningkatan. Berita Harian. Diperolehi daripada http://myadha.blogspot.com /2012/03/ analisis-spm-2011-pencapaian-sekolah.html Bissell, A. N., & Lemons, P.P. (2006). A new method for assessing critical thinking in the classroom. BioScience, 56(1), 66. Campbell (2015). Biology (10th edition). San Francisco: Pearson Education. Che Soh Said (2012). Pembangunan dan penilaian keberkesanan koswer multimedia interaktif dengan koswer realiti maya dalam pembelajaran Biologi Sel. Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Cimer, A., Timucin, M., & Kokoc, M. (2006). Critical thinking level of Biology classroom survey: Ctlobics. The Online Journal of New Horizons in Education, 3(1), 15-24. Clark, D. R. (2010). Blooms Taxonomy of Learning. Diperolehi daripada http://www.nwlink. com/ ~donclark/hrd/bloom. html. 421
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Collins, R. (2014). Skills for the 21st Century: Teaching higher-order thinking. Curriculum & Leadership Journal, 2(14). Crowl et al. (1997). Educational psychology: Windows on teaching. Madison, WI: Brown and Benchmark. Dani Asmadi & Kamisah Osman (2011). Prosiding seminar majlis dekan-dekan pendidikan IPTA 2011: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Pengajaran Tajuk Model Atom dan Pencapaian Objektif Kursus Kimia. Serdang : Universiti Putra Malaysia. Fazzlijan Mohamed Adnan Khan & Mona Masood (2012). Effectiveness of visual animationnarration presentation on student’s achievement in the learning of meiosis. Social and Behavioral Sciences, 46, 5666-5671. Friedler, Y., Amir, R. & Tamir, P. (1987). High school students’ difficulties in understanding osmosis. International Journal of Science Education, 9, 541-551. Furst, E. (1994). Bloom’s Taxonomy: Philosophical and educational issues in Anderson, L. and Sosniak, L. (Eds.). Bloom’s Taxonomy: A forty-year Retrospective, 28-40. Chicago: The National Society for the Study of Education. Gan, W. Y., Manoharan, S., & Azmah Rajion (2005). Integrated curriculum for secondary schools: Biology form 4. Petaling Jaya , Selangor: Bakaprep Sdn. Bhd. Janssen, F., & Waarlo A.J. (2010). Learning Biology by designing. Journal of Biological Education, 44(2), 88-92. Jideani, V.A., & Jideani, I. A. (2012). Alignment of assessment objectives with instructional objectives using revised Bloom’s taxonomy – the case for food science and technology education. Journal of Food Science Education, 11. Killiran, J. (1992). In defense of the multiple-choice question. Social Education,56(2), 106108. Kim, C., & Baylor, A. L. (2008). A virtual change agent: Motivating pre-service teachers in their future classrooms. Educational Technology and Society, 11(2), 309-321. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Huraian sukatan pelajaran Biologi tingkatan empat. Putra Jaya, Selangor: Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132015 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperolehi daripada http://www.moe.gov.my/ cms/upload_files/articlefile/2013/ articlefile_file_003107.pdf. Krathwohl, D. R. (2010). A revision of Bloom’s taxonomy: Anoverview. Theory into Practice, 41(4), 212-218. Marzano, R. J., & Kendall, J. S. (2007). The new taxonomy of educational objectives (2nd edition). California: Corwin Press. Mayer, R. E. (2001). Multimedia learning. Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. Mayer, R. E. (2003). The promise of multimedia learning: Using the same instructional design methods across different media. Learning and Instruction, 13(2), 125-139. Meir, E., Perry, J., Stal, D., Maruca, S., & Klopter, B. (2005). How effective are stimulated molecular-level experiments for teaching diffusion and osmosis? Cell Biology Education, 43, 235-248. Nakhleh, M. B. (1993). Are our students conceptual thinkers or algorithmic problem solvers? Journal of Chemical Education,64, 508-510. Odom, A. L., & Barrow, L. H. (1995). Development and application of two-tier diagnostic test measuring college biology students understanding of diffusion and osmosis after a course of instruction. Journal of Research in Science Teaching,32, 45-61. Othman Talib, Matthews, R., & Secombe, M. (2005). Constructivist animation: a promising alternative tool in bridging theory – practice gap in science education. PADU (2015). Buletin ANJAKAN: Buletin transformasi pendidikan Malaysia, Bil. 5/2015. 422
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEMANDU (2010). Program transformasi kerajaan (pelan hala tuju – ringkasan eksekutif). Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. She, H. C. (2004). Facilitating changes in ninth grade students’ understanding of dissolution and diffusion through DSLM instruction. Research in Science Education, 34 (4), 503-525. Swain, K. T. (2012). Meaningful use of animation and simulation in the science classroom. Education and Human Development Master’s Thesis, paper 143. Tee, T. K. et al. (2011). Seminar Pasca Ijazah dalam Pendidikan 2011 : Pembangunan dan Penilaian Kualiti Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Westbrook, S. L., & Marek, E. A. (1991). A cross-age study of student understanding of the concept of diffusion. Journal of Research in Science Teaching, 28, 649-660. Wittrock, M. C. (1989). Generative processes of comprehension. Educational Psychologist, 24, 325-344. Yee et al. (2011). The level of Marzano higher order thinking skills among technical education students. International Journal of Social Science and Humanity, 1(2). Yong, B. C. S. (2003). Language problems in the learning of Biology through the medium of English. Journal of Applied Research in Education, 7(1), 97-104. Yong, B.C.S. (2009). Students’ motivational orientations and their associations with achievement in Biology. Brunei International Journal of Science and Mathematics Education, 1(1), 5264. Zheng, A. Y., Lawhorn, J. K., Lumley, T., & Freeman, S. (2008). Application of Bloom’s taxonomy Debunks the MCAT Myth. Science, 319. Zohar, A., & Dori, Y. J. (2003). Higher order thinking skills and low-achieving students: are they mutually exclusive? The Journal of the Learning Sciences, 12(2), 145-181. Zoller, U. (1993). Are lecture and learning compatible? Maybe for LOCS: unlikely for HOCS (SYM). Journal of Chemistry Education, 70, 195–197.
423
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SUMBANGAN KHALIJAH SALLEH MELALUI PROSES PENGISLAMAN ILMU DALAM MEMANTAPKAN JATI DIRI Nur Asyikin Hamdan, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Isu pengislaman sains telah lama dibahaskan dalam masyarakat kita. Oleh itu, kertas seminar ini adalah mengenai pemikiran seorang sarjana Islam melayu tentang pengislaman sains dan difokuskan kepada sains fizik. Pengkaji melihat kajian dan perbincangan dari sudut pemikiran seorang pemikir melayu wanita sebagai kajian dan perbincangan yang mempunyai nilai tambah kepada perkembangan ilmu khususnya dalam bidang fizik. Beliau ialah Prof Dr Khalijah Mohd Salleh. Beliau dipilih sebagai tokoh kajian kerana merupakan seorang saintis yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang berfungsi dalam mencipta penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Hadis. Gagasan inilah yang digelar sebagai gagasan “Pengislaman Ilmu”. Tugas utama para penggerak kepada Pengislaman Ilmu adalah mencipta program penyelidikan dalam acuan Islam dan bukannya membenarkan sains sedia dan membaiki acuan Islam supaya sesuai dengan sains sekarang yang diterima dari dunia Barat. Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam, termasuklah Sains Fizik. Sumbangan tokoh ilmuwan Muslim juga merupakan suatu cerminan keprihatinan mereka yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. Di samping menjadi benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam serta ke arah meningkatkan jati diri rakyat Malaysia. Kata kunci : Islamisasi ilmu, sains fizik, sumbangan, jati diri.
PENDAHULUAN Gagasan pengislaman ilmu sememangnya telah terkenal melalui tokoh ilmuwan dan pemikir besar dalam dunia Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas, Ismail alFaruqi dan Seyyed Hossein Nasr. Malah ketiga-tiga ilmuwan dan pemikir inilah yang mempelopori gagasan pengislaman ilmu melalui landasan konsep dan gerak kerja mengikut kefahaman dan kepakaran mereka (Mahadi & Khadijah 2013). Secara umumnya, pengislaman ilmu bertujuan untuk menilai semula ilmu-ilmu kontemporari yang terbina dalam tradisi kesarjanaan Barat, yang pada anggapan mereka dipengaruhi oleh nilai-nilai Barat yang sekular. Oleh sebab berlakunya proses sekularisasi, maka ilmu-ilmu yang datang dari tradisi kesarjanaan Barat mengandungi banyak elemen-elemen yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Dalam hal ini, premisnya adalah suatu ilmu itu tidak bebas nilai, tidak seobjektif yang disangka kerana turut dipengaruhi oleh nilai-nilai yang dipegang dan dianut oleh para sarjana yang membangunkan ilmu tersebut. Jika ilmu itu datang dari tradisi Barat, maka nilai Baratlah yang didokongnya. Justeru itu, ilmu-ilmu tersebut perlu dinilai dan ditapis semula berdasarkan nilai-nilai murni agar seiring dengan acuan tempatan dan pegangan yang kukuh berlandaskan Islam. Tumpuan kertas kerja ini ialah kepada pengislaman ilmu yang difokuskan kepada sains fizik. Fizik ialah satu ilmu yang lahir daripada usaha manusia untuk memahami alam. Pada awalnya, Fizik lebih terkenal sebagai falsafah tabii. Nama ini sebenarnya 424
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
lebih bermakna, kerana Fizik adalah himpunan pengalaman, pengamatan dan konsep agar fenomena alam ini dapat difahami di dalam satu kerangka akal yang konsisten (Zainul Abidin 1997). Kajian Fizik adalah satu proses mencerap, mentaakul dan menghuraikan sesuatu fenomena alam fizikal berdasarkan kepada hukum-hukum tabii yang ditemui. Hukumhukum ini ditulis dalam bentuk persamaan, ketaksamaan atau lain-lain pernyataan matematik dan huraian hukum itu diperoleh berdasarkan penyelesaian persamaan tersebut. Metafizik pula adalah kajian tentang alam ghaib, yang mana fenomenanya yang boleh dicerap di alam nyata secara langsung atau tidak dan kaitannya dengan hukumhukum tabii alam fizikal. Disebabkan alam ghaib itu lebih luas, lebih tidak diketahui dan sukar diketahui atau dikatakan bahawa alam fizikal (tabii) ini tertanam dalam alam ghaib ini dalam topologi yang kita masih tidak ketahui, maka sudah pastinya kajian metafizik menjadi begitu sukar untuk disaintifikkan. Bagi umat islam jelas bahawa alam ghaib ini menjadi sebahagian daripada rukun keimanan dan oleh itu pandangan alam mereka tidak akan lari daripada perspektif metafizik betapa hebatnya penyelidikan fizik atau biologinya. Malah di sebalik setiap penemuan baru sains dan disebalik semua penemuan dan pengetahuan baru kita akan mendapati persoalan yang semakin mendalam timbul iaitu di manakah akhirnya, apakah hukum dan model yang lebih tepat dan menyeluruh, dan siapakah yang merancang dan membuatnya sebegitu rupa? Matlamat dan cara melaksanakan fizik bergantung kepada pemikiran tentang fizik. Pemikiran asas ini amat dipengaruhi oleh pandangan terhadap alam yang ada pada ahli fizik tersebut. Kajian ini akan mengkaji pemikiran seorang saintis fizik Islam tentang hubungan antara ilmu fizik dan agama di dalam kehidupan seharian memandangkan dunia sekarang sudah ramai yang mempelajari fizik sejak di sekolah menengah lagi. Fizik berbeza dari bidang sains yang lain seperti kimia dan biologi kerana ia merujuk kepada aspek jirim yang terdapat dalam segala benda yang diciptakan Tuhan. Matlamat utama ilmu ini ialah untuk memperolehi ilmu sebenar tentang alam kejiriman secara objektif ( Maxwell 1984 ) dan secara bertertib yang logik. Ciri alam yang ingin dikaji ialah tentang bentuk, sifat, perilaku objek kejiriman yang wujud, hukum-hukum yang dipatuhinya dan syarat terlihatnya bentuk sifat. Tujuan semua ini akhirnya adalah untuk membantu manusia melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian mereka. LATAR BELAKANG KHALIJAH SALLEH Tokoh yang ingin dikaji dalam kertas seminar saya kali ini ialah Prof. Dr. Khalijah Binti Mohd Salleh. Beliau dilahirkan pada 1 Februari 1947 di Kuala Lumpur. Anak kelahiran Kampung Bharu, Kuala Lumpur ini merupakan cahayamata kedua dari enam orang adik-beradik. Anak kepada pasangan Mohd Salleh Abdul Majid dan Rahmah Zainal Abidin ini amat meminati bidang fizik sejak kecil lagi. Beliau sering membelek buku-buku berkenaan dengan haba kepunyaan ayahnya yang merupakan seorang jurutera pada waktu itu. Khalijah mempunyai lima orang anak iaitu dua orang perempuan dan tiga orang lelaki. Seperti kebanyakan tokoh yang hebat, Khalijah Mohd Salleh pada dasarnya mencapai kejayaan atas daya usaha beliau sendiri. Walaupun ibunya seorang guru dan ayahnya seorang jurutera, namun ini tidak bermakna beliau hidup dalam kemewahan. Latar belakang beliau yang serba sederhana dan kepintaran beliau telah mendorong beliau meletakkan nilai yang tinggi untuk diri beliau dalam mencapai matlamat hidup. Akhirnya, beliau berjaya menjadi seorang pensyarah dan ibu yang baik dalam mendidik anak-anak beliau mahupun pelajar beliau sendiri. Matlamat Khalijah Salleh ialah menjadi seorang Muslimah yang beriman. Semasa hayatnya, beliau menegaskan bahawa setiap perkara mesti dilakukan hanya kerana Allah demi mencapai keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Menurut suami beliau yang menjadi teman 425
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
hidupnya sehingga akhir hayatnya, adalah menjadi hobi Khalijah Salleh untuk mengetahui setiap maksud ayat-ayat al-Quran apabila dia membacanya bermula dari muka surat pertama sehinggalah ke muka surat akhir. Setelah khatam maka akan diulang-ulang lagi membaca al-Quran berserta terjemahannya. Hobi beliau diteruskan sehingga ke akhir hayat beliau terutamanya pada bulan Ramadan yang mana Allah sangat menuntut hambanya membaca alQuran di bulan yang penuh berkat itu. Daripada pembacaan terjemahan itulah beliau mendapati banyak elemen-elemen sains yang terdapat di dalam al-Quran, seterusnya beliau akan cuba untuk menghubungkan ilmu sains dengan ilmu ketuhanan. Ilmu ketuhanan yang dimaksudkan ialah ilmu untuk mentauhidkan Allah. Tauhid bermaksud satu yang mana tiada tuhan selain Allah yang wajib disembah dan kita sebagai hambanya wajib menjalankan tugas sebagai seorang hamba dan seorang khalifah. Oleh sebab hobi beliau untuk mengetahui terjemahan al-Quran sangat serasi dengan beliau, ia menjadikan beliau tidak jemu untuk mendalaminya walaupun beliau tidak pandai bahasa arab. Beliau tidak pernah belajar bahasa arab semasa persekolahan dulu namun beliau sangat fasih dalam terjemahan al-Quran. Ini kerana banyak perkataan di dalam al-Quran yang diketahuinya hasil dari hafalan terjemahan ayat-ayat al Quran itu. Di peringkat universiti, beliau telah terlibat dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau merupakan mantan Ketua Hal Ehwal Wanita ABIM dam Setiausaha Wanita ABIM. Beliau sangat komited dalam menerapkan sains tauhidik kepada masyarakat termasuklah kanak-kanak yang berada di tadika lagi. Maka, beliau dan rakan-rakan ABIM yang lain telah mengajar guru-guru di tadika dalam usaha menerangkan sains tauhidik yang sebenarnya. Beliau menggunakan pendekatan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam satu slot yang menerangkan tentang ilmu sains tauhidik ini. Dalam slot itu, beliau akan memberi contohcontoh mudah supaya orang ramai mudah untuk memahami ilmu sains yang dikaitkan dengan ilmu ketuhanan. Beliau suka mengaitkan segala benda yang berlaku dengan agama kerana pada pandangan beliau, setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya. Khalijah Salleh merupakan seorang yang sangat aktif dan bijak. Menurut suaminya, semasa hayat beliau, Khalijah Salleh seorang yang sangat cepat dari segi pembacaannya. Disebabkan itulah beliau boleh menghabiskan banyak buku-buku ilmiah dengan cepat. Beliau juga seorang yang sangat fokus dan aktif di dalam sesuatu majlis. Beliau pasti akan bertanyakan soalan di akhir majlis ataupun menyuarakan pendapat beliau. Ini terbukti kerana semasa disekolah menengah, beliau merupakan seorang pendebat yang mewakili sekolah dalam pertandingan debat. Beliau sangat menekankan betapa pentingnya sains dalam kehidupan manusia. Seterusnya kaitan antara bidang sains dengan islam. Pada tahun universiti masih baru dibuka, beliau banyak berjasa dengan mencadangkan supaya taman didikan kanak-kanak dibuka untuk pekerjanya. Ini memudahkan staf UKM untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan di samping staf-staf boleh memantau anak-anak mereka dengan jarak dekat. Ini sangat membantu staf-staf UKM kerana mereka tidak perlu risau untuk memantau keadaan anak dari semasa ke semasa. Beliau meninggal dunia pada jam 10 pagi Sabtu 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432. Beliau merupakan bekas pensyarah Jabatan Fizik, UKM dan mantan Ketua Helwa ABIM. Beliau adalah Ketua Helwa yang pertama, yang juga di antara pengasas ABIM HELWA. Pemergian beliau menghadap ilahi memang diratapi oleh seluruh warga ABIM, baik wanita mahupun lelaki. Beliau menghidap penyakit kanser darah. Rawatan kimoterapi yang terpaksa di hadapi oleh beliau memberikan banyak kesan sampingan kepada dirinya. Di akhir hayat beliau, beliau masih menggagahkan diri untuk meneruskan perjuangan sebagai pengajar di UKM dan terpaksa memakai topeng muka bagi mengelakkan jangkitan kuman. Namun semangatnya tidak pernah luntur untuk menyambung rantaian dakwah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad suatu ketika dahulu. Sepanjang hari-hari terakhir beliau yang dirawat di HUKM, pelawat tidak putus-putus mengunjungi beliau. Ketabahan beliau menghadapi saat terakhir dalam hidupnya sangat tinggi. Beliau seperti biasa amat bersemangat. Beliau kenal dan tahu siapa pelawatnya dan dalam 426
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
keadaan yang sakit, beliau masih ingin berbicara dengan senyuman manisnya yang menjadi simbolik diri beliau. Beliau diperkenalkan sebagai wanita Melayu tulen pertama di Malaysia yang meraih ijazah doktor falsafah dalam bidang fizik. Beliau seorang yang boleh menaikkan semangat pendengarnya dan menjadi perintis orang Melayu dalam apa jua bidang yang mungkin semata-mata ingin membuktikan orang Melayu juga mampu. Beliau juga merupakan ahli profesional Muslim yang ingin memajukan umat Islam menerusi dakwah dan juga bidang keilmuan. Beliau seorang pejuang profesional yang amat bersemangat dalam apa sahaja yang beliau lakukan. Contohnya beliau sangat komited dengan ABIM, ilmu dan pendidikan. Beliau tidak akan menolak sebarang undangan Helwa mahu pun Biro Pendidikan ABIM dalam aspek perkongsian ilmu khususnya cinta pertamanya iaitu sains Islam. Di akhir fasa perjuangannya, beliau amat prihatin tentang keperluan memasyarakatkan sains di kalangan orang Melayu dan pentingnya hubungan sains dan aqidah. Walaupun sudah didiagnos dengan kanser, selagi beliau boleh berdiri, bercakap dan kuat, beliau masih meneruskan perjuangannya sehingga ke Indonesia untuk berbicara tentang sains Islam sebagai memenuhi undangan International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Indonesia. Beliau masih menghadiri majlis Helwa di awal tahun 2011 walaupun kesihatannya sudah mula merosot. Usaha beliau bukan sahaja untuk ABIM malahan semua organisasi Islam seperti Yadim dan IKIM. Kegigihannya dalam bidang sains terbukti apabila beliau dilantik sebagai felo oleh Akademi Sains Malaysia. Khalijah Salleh sememangnya seorang serikandi dan wanita mithali. Selain daripada kerjayanya, dakwah dan aktiviti sosialnya, beliau juga merupakan isteri dan ibu yang berjaya. Walaupun beliau sudah tiada namun kitalah yang harus meneruskan usahanya dalam bidang keilmuan dan pendidikan untuk memantapkan sains Islam dan aqidah umat. Inilah sekurang-kurangnya kita dapat lakukan sebagai mengenang jasanya yang tidak ternilai ini. Beliau adalah seorang pendidik yang tidak hanya mendidik ilmu fizik, tetapi juga mendidik tentang ilmu dunia dan akhirat. Perwatakan beliau yang unggul dan mudah didekati serta kewibawaan beliau dalam bidang pendidikan Sains negara amat dikagumi dan boleh dijadikan contoh tauladan kepada generasi muda masa kini. Peluang untuk mengenali beliau dengan lebih dekat melalui temuramah dengan suaminya dan teman seperjuangannya merupakan sesuatu yang sangat berharga. Penulis berpeluang mengetahui pengalaman hidup beliau dan ianya merupakan sesuatu yang sukar dilupakan. Di sebalik segala kejayaan yang dicapai, tokoh ini merupakan seorang yang bersifat sederhana dan sentiasa merendah diri. Keikhlasan dan keceriaan sentiasa terpancar di wajah beliau yang penuh kelembutan. Keperibadian tersebut amat mengagumkan saya selain kejayaan peribadi dan sumbangan beliau kepada negara khususnya kepada bidang sains, hal ehwal wanita Malaysia dan agama Islam. Khalijah Salleh dipilih sebagai tokoh kajian kerana beliau merupakan seorang saintis yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang berfungsi dalam mencipta penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu fizik yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Hadis. Gagasan inilah yang digelar sebagai gagasan “Pengislaman Ilmu”. Tugas utama para penggerak kepada pengislaman ilmu sebenar adalah mencipta program penyelidikan dalam acuan Islam dan bukannya membenarkan sains sedia dan membaiki acuan Islam supaya sesuai dengan sains sekarang yang diterima dari dunia Barat. Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam, termasuklah Sains Fizik. KONSEP PENGISLAMAN ILMU Tidak dapat dinafikan sumbangan sarjana Barat dalam bidang sains sangat banyak kepada manusia sejagat. Mereka terkenal kerana mereka telah menyumbang kepada khazanah ilmu dalam bidang mereka, dan mereka sering membuat kajian, menulis, mengadakan persidangan dan wacana ilmiah sehingga ilmu mereka tersebar luas di seluruh dunia (Yusof Othman 2014). 427
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kemasukan pengaruh luar contohnya dari Greek, Yunani, Parsi, Hindu Kristian dan Yahudi telah menjadi satu agenda penting kepada umat Islam seluruhnya untuk ditangani. Kemasukan pengaruh luar inilah yang harus ditangani oleh golongan intelektual dan menjadi satu agenda penting kepada para saintis dan ilmuan masa kini. Maka seluruh tenaga intelektual Islam harus digembleng dalam menangani isu-isu yang dicetus oleh barat dan mematahkan hujah-hujah mereka dengan senjata akademi dan ilmiah para sarjana dan ilmuan Islam. Gagasan pengislaman ilmu memainkan peranan penting dalam usaha mendefinasikan semula ilmu-ilmu sains sosial seperti sosiologi, antropologi, psikologi, sejarah, sains politik, ekonomi dan sebagainya mengikut konsep-konsep Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, ia bukanlah suatu usaha yang mudah kerana umat Islam moden bukan setakat sudah biasa dengan konsep, pemikiran, metodologi dan pendekatan barat, malah sifat mereka juga telah ditentukan oleh asuhan pendidikan sekular moden sejak kecil. Di universitiuniversiti yang lokasinya di negara-negara Islam sekalipun, konsep barat dalam menerapkan ilmu-ilmu sains sosial sudah menjadi sebati di dalam semua fakulti-fakulti sains sosial. Bahanbahan rujukan profesor dan pensyarah semuanya didominasi oleh buku-buku pemikiran berorientasikan konsep barat. Kemudian, pemikiran barat itu dalam mentakrifkan hal sains sosial dan diwariskan pula kepada pelajar-pelajar melalui kuliah-kuliah pengajian. Istilah pengislaman ilmu mula dicadangkan dan digunakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1978. Penggunaan istilah ini juga dicadangkan oleh Ismail al-Faruqi pada tahun 1982 sebagai reaksi beliau terhadap kemunduran yang dialami ummah dalam pelbagai bidang. Dunia Islam kontemporari menghadapi masalah yang besar kerana kaedah yang sesuai di dalam sains tidak boleh sepenuhnya diterapkan ke dalam falsafah Islam. Atas dasar itu, beliau mencadangkan bahawa kaedah-kaedah di dalam falsafah Islam dahulu harus dihidupkan semula, menggalakkan ijtihad dan mengintegrasikannya dengan kaedah saintifik di dalam batas-batas Islam (Maisarah Hasbullah 2012). Menurut Khalijah Mohd Salleh, sains ialah satu proses perolehan maklumat melalui cerapan secara sistematik, melakukan analisis yang rasional terhadap objek atau kejadian yang dicerap bertujuan untuk mendapatkan ilmu. Beliau juga menyatakan bahawa tujuan orang Islam mengkaji sains adalah sebagai cara membongkar rahsia alam sehingga berjaya mengetahui sifat dan perilaku alam tabii serta hukum yang dipatuhinya dan untuk mengenali kuasa dan keagungan Allah SWT agar ini boleh mengukuhkan lagi keyakinan kita terhadap-Nya. Dalam pengertian yang lebih teknikal, Khalijah Mohd Salleh mentakrifkan sains sebagai “pemetaan satu ke satu di antara kenyataan dengan tanggapan intelek dan tindakan yang diambil tentang rupa bentuk atau struktur sesuatu makhluk yang wujud, proses dinamik sesuatu kejadian dan keadaan kewujudan suatu makhluk atau kejadian”. (Sh. Mohd Saifuddeen 2012). Pengislaman fizik adalah satu juzuk kecil daripada pengislaman sains. Ada juga cerdik pandai yang berada di Malaysia dan di luar negara menganggap bahawa pengislaman sains bukanlah satu tajuk yang sesuai (Haji Badri 1997). Bagi mereka, fizik, kimia, biologi dan sebagainya adalah ilmu yang mana tiada istilah islam dan tidak islam. Semuanya anugerah dari Allah kepada hamba yang dikehendakinya. Dari satu sudut, pendapat ini benar jika didasarkan kepada konsep nuetralnya ilmu itu. Menurut Haji Badri, jika ilmu itu neutral sekalipun, masalah yang mungkin timbul ialah kegunaan ilmu yang neutral itu, mungkin kegunaannya melencong daripada lunas-lunas Islam. Sebetulnya, teknologi yang lahir daripada ilmu sains itu perlu diawasi. Dalam konteks ini, pengislaman sains ialah penjauhan diri daripada menghasilkan teknologi yang mungkar mengikut pandangan Islam. Menjelang kurun ke 19, kegiatan sains dan teknologi yang tersusun dan mantap telah wujud di Tanah Melayu. Ilmu sains dan teknologi yang digunakan dalam bidang-bidang tertentu khususnya sains fizik tidak jauh ketinggalan. Misalnya mesin radiografi sinar-X yang telah lama dipasang di Hospital Ipoh pada tahun 1899 (Halimi Mohd Khalid 2012). Menurut Adi Setia, gagasan asal pengislaman ilmu dihuraikan secara teratur oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dan bukannya oleh Ismail al-Faruqi. Beliau menyatakan lebih baik mengikut 428
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
gagasan al-Attas. Huraian beliau juga tentang sains Islam dan pengislaman sains bertitik-tolak daripada al-Attas, bukannya al-Faruqi. Kelebihan pendekatan al-Attas amat jelas berbanding dengan pendekatan al-Faruqi yang kurang matang dan kabur. SUMBANGAN / HASIL PEMIKIRAN Semasa hayat Khalijah Salleh, beliau banyak menyertai seminar, persidangan, bengkel, kursus, ceramah, kolokium dan pelbagai lagi program sepertinya. Misalnya bagi tahun 1998, lebih dari sepuluh seminar disertainya. Antaranya adalah Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara, Pendidikan Fizik Sekolah Menengah Ke Arah Alaf ke-3, Seminar Wanita dan Perkembangan dan Program Budaya Ilmu ke-9. Beliau turut menyertai bengkel-bengkel yang berunsurkan atau berkaitan dengan ajaran Islam seperti Wahdatul Helwa dan Seminar Pembudayaan Sains dan Matematik dalam Masyarakat Islam Masa Kini. (Khalijah 1992). Beliau merupakan seorang tokoh akademik dan sains yang disegani serta aktivis yang komited. Kembalinya beliau ke rahmatullah pastinya amat dirasai oleh umat Islam di Malaysia. Prof Dr Khalijah juga sangat terkenal sebagai tokoh yang mempelopori bidang Sains Tauhidik. Kemahiran beliau yang tinggi di dalam bidang ini menjadikan beliau sangat dihormati dan disegani dalam bidang kepakarannya kerana kelihatan berjaya menonjolkan kaitan sains dan paksi tauhid sebagai asas memperkukuh aqidah ummat islam. Beliau dianugerahkan dengan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Aishah’. Prof. Khalijah banyak menyertai persatuan dan kegiatan-kegiatan lain. Di antaranya ialah ahli di dalam Majlis Kebangsaan Integrasi Wanita dan Pembangunan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YPEIM), Distingushee Fellow IKIM, Ahli Sigma-Xi Society, Ahli Akademi Sains Islam dan pengerusi Suruhanjaya Sains dan Teknologi NCWO. Beliau juga merupakan salah seorang ahli persatuan ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia yang bertugas untuk memperkenalkan dan memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup di seluruh dunia, lebihlebih lagi di tanahair sendiri. Beliau sering mengadakan perbincangan, ceramah, dakwah, usrah, kursus dan sebagainya mengenai sains, budaya, pembangunan dan agama terutamanya. Beliau amat berharap agar generasi muda yang bakal menerajui negara di hari muka akan terus memperjuangkan Islam dan memperkenalkannya di mata dunia. Pemilihan tokoh dalam kajian ini adalah kerana beliau merupakan wanita melayu pertama yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fizik. Di sini dapat di lihat bahawa wanita juga mampu menyaingi para lelaki dalam melopori bidang-bidang ilmu yang ada di muka bumi ini. Golongan wanita boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda dengan lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan mereka terhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikan wanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini. Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia dan memiliki kemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikan diri mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap. Pada masa yang sama mereka juga berperanan untuk menimba ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin. Usaha memperoleh ilmu ini menjadikan mereka terdedah terhadap pelbagai perubahan teknologi yang menjadikan diri mereka itu lebih baik dan berkeyakinan pula. Peranan wanita dalam pembangunan negara sangat penting. Contoh lain yang disanjung juga ialah Ibu Zain. Beliau tidak sanggup melihat anak bangsa terkebelakang tanpa ilmu lalu ditubuhkannya sebuah sekolah. Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara pejuang yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli hingga beliau diberi kepercayaan sebagai Presiden pertama persatuan tersebut. Jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu disandang oleh beliau selama 19 tahun sejak tahun 1930 lagi. Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Namun dalam kelembutan wanita itu tersirat satu ketabahan 429
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang ketara untuk mampu menyumbangkan sesuatu buat pembangunan negara kita. Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan negara kini ini. Perjuangan wanita ke atas diri sendiri ialah mengukuhkan imannya dan menjadi orang yang bertaqwa dan solehah. Wanita yang memahami konsep Islam akan berusaha untuk menjalankan segala perintah Allah setakat yang boleh dan menjauhi segala laranganNya. Sebagai seorang isteri yang berpengetahuan penuh keyakinan pula, wanita boleh menjadi sahabat dan rakan perbincangan suaminya untuk memberi galakan dalam melakukan sesuatu kerja dengan baik. Sebagai seorang ibu pula, peranannya amat besar. Ibu adalah satusatunya orang yang boleh mendidik seorang anak menjadi insan yang baik dan berguna. Ibu adalah model orang Islam bagi anak-anaknya sama ada dari segi budi pekerti, tutur bahasa atau gerak gerinya. Ibu juga adalah penunjuk ajar dan pendidik utama yang boleh menyemai dam menerap semangat keislaman di sanubari anak-anak sejak dari awal lagi (Khalijah Mohd Salleh, 1992). KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian ini memperincikan bahawa keperluan respons pembaharuan idea pengislaman sains dalam peradaban khususnya di Alam Melayu dan peringkat antarabangsa ini mestilah disepadukan oleh para ilmuwan, ahli sains dan agamawan sebagai suatu rencana penyelidikan amali yang bersifat jangka panjang. Di samping itu, ia dapat membina kerangka paradigma baru secara beransur-ansur bagi menzahirkan pandangan sejagat Islam yang nyata dan konsisten di peringkat peribadi dan institusi. Sumbangan Khalijah Salleh ini juga merupakan suatu cerminan keprihatinan beliau yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. Di samping menjadi benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam. Asas-asas metodologi yang mereka bina ini boleh dijadikan landasan yang kuat untuk menentang arus pengliberalan dan keruntuhan moral insan dalam peradaban Islam pada hari ini. Pengislaman sains dan pengaruhnya dalam peradaban ini ibarat proses menapis ketul ketul emas yang telah sebati dengan tanah, lumpur, pasir ataupun najis. Emas tetap emas dan tidak perlu diemaskan lagi, tetapi perlu disaring dan dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki. Ini amat penting sebelum ianya diedarkan kepada pembeli atau pihak pengguna. Justeru itu, kajian ini merincikan bahawa inilah masa terbaik bagi para ilmuwan dan pemikir Muslim memainkan peranan penting mereka dalam menyerlahkan lagi perencanaan atur cara dan gerak kerja pengislaman sains terutama sains fizik di Malaysia seperti yang telah dipelopori oleh tokoh ilmuwan besar terdahulu. Melalui latar belakang kemelayuan dan agama, tokoh ilmuwan dan pemikir Muslim ini juga telah memperoleh dasar-dasar keimanan dan disiplin yang kuat bagi mempertahankan wacana pengislaman sains yang tidak mudah dipengaruhi oleh pengaruh sekularisme dan sains Barat RUJUKAN Haji Badri. 1997. Satu Makna Pengislaman fizik. Jurnal Kesturi 1997,7(1) 34-37. Universiti Putra Malaysia. Halimi Mohd Khalid. 2012. Pengislamisasian Falsafah Sains dan Teknologi di Alam Melayu Antara Realiti dan Harapan : Satu Sorotan Kajian dalam Bidang Falsafah Ilmu Kejuruteraan di Malaysia. Dalam Abdul Latif Samian, Nazri Muslim, Hamdzun Haron (peny.). Sains & Teknologi Di Alam Melayu (halaman 172-185). Kuala Lumpur : DewanBahasa & Pustaka. Khalijah Mohd Salleh. Julai 1992. Wanita Dalam Islam : Koleksi kertas Kerja. Universiti Kebangsaan Malaysia.Mahadi Abu Hassan dan Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2013. Pengislaman Sains DanPengaruhnya Dalam Peradaban : Respon Ilmuwan Muslim Terpilih. Journal of HumanCapital Development. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Malaysia. 430
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Maisarah Hasbullah. 2012. Respon Pemikir Islam Terhadap Modeniti : Wacana Sains Islam Sebagai Kajian Kes di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Malaya. Maxwell, N. 1984. From Knowledge of Wisdom. Oxford : Basil Blackboard Mohd Yusof Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Sh. Mohd Saifuddeen Bin Sh. Mohd Salleh. 2012. Tipologi Interaksi Antara Agama Dan Sains : Satu Penilaian Dan Cadangan Menurut Perspektif Islam. Universiti Malaysia. Zainul Abidin Bin Hassan. 1997. Konsep Fizik Masa Kini. Jurnal Kesturi 1997,7(1) 39-46. Universiti Putra Malaysia.
431
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
AKSES KEPADA KEADILAN DALAM KOMUNITI PELBAGAI AGAMA DR FARIDAH JALIL, 2ROHIZAN HALIM 1 Fakulti Undang-Undang UKM, Bangi 2 Pusat Pengajian Undang-Undang COLGIS (UUM) Sintok 1
Abstrak Kebelakangan ini sistem kehakiman negara sedang berada dipersimpangan berikutan dari keputusan kes Indira Gandi yang mendapat liputan meluas di akhbar perdana tempatan dan laman sosial negara ini. Kebimbangan yang berbangkit dari kes beliau ialah perasaan ragu yang ditimbulkan oleh Indira Gandi terhadap peluang untuk beliau mendapat pengadilan yang adil dan saksama dibawah sistem keadilan negara ini. Persoalan yang dibangkitkan oleh beliau dan banyak pihak ialah adakah terdapat mahkamah yang kompeten, adil dan sesuai untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan pihak dari pelbagai agama sepertimana yang berlaku dalam kes Indira Gandhi ini. Polemik yang timbul dari kes Indira Gandhi dan beberapa kes sebelumnya dikatakan timbul akibat dari Per 121(1A) yang difahami sebagai memberikan bidangkuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan orang Islam dan mengenepikan orang bukan Islam. Per 121(1A) jika dilihat dari aspek sejarah pembentukannya adalah diadakan untuk tujuan mengelakkan pihakpihak beragama Islam dari mengenepikan penghakiman Mahkamah Syariah. Ketika peruntukan tersebut diluluskan tidak berbangkit persoalan litigasi adalah dari dua pihak berlainan agama. Namun perubahan masa melihat aturan sosial berubah disebabkan pergaulan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama yang meluas menyebabkan kekerapan perkahwinan campur dan pertukaran agama meningkat. Kertas kerja ini akan melihat adakah benar Per 121(1A) menyebabkan akses kepada keadilan menjadi terhad dan apakah pilihan yang ada untuk memastikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, etnik dan agama mempunyai akses kepada keadilan.
PENGENALAN Polemik mengenai bidangkuasa mahkamah sivil dan syariah melibatkan pihak pelbagai agama dan kepercayaan, serta pertukaran agama kanak-kanak apabila salah seorang penjaga memeluk agama Islam kelihatan tidak berkesudahan dan masih belum terlerai. Pada 30 Disember 2015 Mahkamah Rayuan telah memutuskan rayuan Indira dan keputusan tersebut yang tidak memihak kepada Indira telah disambut oleh persoalan; Adakah wujud mahkamah yang kompeten, adil dan sesuai untuk memutuskan pertikaian yang melibatkan dua pihak yang berbeza agama? (Wai, 2016)Keputusan kes ini menjadikan perkara mendapatkan hak dan remedi untuk pihak berbeza agama semakin kusut dan kontroversi kerana menjejaskan akses kepada keadilan. Adalah membimbangkan apabila terdapat rakyat negara ini merasakan bahawa akibat perbezaan agama akses untuk keadilan dinafikan. Kertas kerja ini tidak membincangkan mengenai aspek substantif seperti hak penjagaan anak atau konflik bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Syariah, tetapi menjurus kepada mencari mekanisma yang sesuai supaya pihak terkilan boleh mendapatkan akses kepada keadilan. MAKSUD AKSES KEPADA KEADILAN Akses kepada keadilan amat penting untuk memastikan setiap pihak yang terlibat dalam pertikaian mempunyai peluang untuk mendapatkan remedi bagi diri mereka. Menurut UNDP, akses kepada keadilan bukan hanya bermaksud akses kepada mahkamah tetapi juga meliputi 432
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
adjudikasi yang bersifat tradisional atau tidak rasmi bagi membolehkan pihak terbabit mendapatkan perlindungan yang bersesuaian (UNDP, 2004). UNDP juga mengesan bahawa salah satu halangan kepada akses terhadap keadilan ialah batasan yang terdapat kepada remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang atau amalan kehakiman. Kebanyakan sistem sering gagal untuk menyediakan remedi yang tepat, tidak mendiskriminasi, mencukupi, adil dan bersifat mencegah. Misalnya, masyarakat yang masih menjalani kehidupan bercorak tradisional berkemungkinan tidak berpeluang untuk menuntut hak keatas pemilikan tanah tradisional kerana hak pemilikan secara adat tidak diiktiraf oleh undang-undang. Dari perspektif hak asasi, akses kepada keadilan dilihat bukan semata-mata mengenai peluang untuk ke mahkamah atau hak representasi, tetapi meliputi jaminan bahawa hasil tuntutan mahkamah atau undang–undang adalah adil serta mempunyai nilai ekuiti (equitable value) di mana pihak yang bertikai mempunyai remedi yang memuaskan dan bermakna. (Cappelletti, 1978) Mengambil maksud ini dan sentimen yang dizahirkan oleh Indira Gandhi kelihatan seolah-olah tiada remedi yang dapat ditawarkan untuk Indira Gandhi dalam sistem kehakiman sedia ada dan jikapun beliau tidak berhak kepada remedi tersebut tiada mekanisma yang membuatkan beliau berasa bahawa keadilan telah diberikan kepada beliau. Samada dakwaan ini benar atau sebaliknya akan dapat dilihat dari sistem penyelesaian konflik yang disediakan di negara ini. SISTEM PENYELESAIAN KONFLIK DI MALAYSIA Penyelesaian konflik secara umumnya adalah merupakan tugas Mahkamah. Akibat dari pentadbiran Inggeris yang berlangsung di negara ini untuk tempoh masa lebih dari 500 tahun, sistem pengurusan konflik terbahagi kepada dua, iaitu pertama, penyelesaian perbalahan yang diurus di Mahkamah Sivil berdasarkan undang-undang sivil dan kedua, penyelesaian perbalahan yang diurus di Mahkamah Syariah menggunakan undang-undang Syariah (S.Shuaib, 2012). Selain faktor sejarah, hal ini berlaku disebabkan oleh dua faktor lain: a) Amalan federalism di Malaysia yang mengagihkan kuasa eksekutif dan legislatif persekutuan dan negeri seperti yang digariskan oleh Jadual 9 Senarai Negeri dan Per 75 Perlembagaan Persekutuan berhubung bidangkuasa pentadbiran dan pembuatan undangundang persekutuan dan negeri; dan b) Agihan kuasa kehakiman menurut Per 121(1A) Perlembagaan yang menetapkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang terjumlah dibawah bidangkuasa mahkamah Syariah khususnya yang melibatkan: Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan Khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil ugama yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mermpunyai bidang kuasa mengenai kesalahankesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam; 433
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu” (Item 1 Senarai Negeri Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan) PENTAFSIRAN MAHKAMAH Berlaku perbahasan yang hebat mengenai maksud Per 121(1A) yangpada awalnya dimasukkan kedalam perlembagaan untuk tujuan memastikan Mahkamah Sivil tidak mengubah keputusan mahkamah syariah, apabila orang Islam yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Syariah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Sivil seperti berlaku dalam kes Myriam v Ariff[1971] 1 MLJ 275 dan Tengku Mariam & Anor v Commissioner for Religious Affairs, Trengganu 7 Ors [1971] 1 MLJ 265 atau Mahkamah Sivil keliru dalam mengaplikasi undang-undang Islam seperti dalam kes Ainan bin Mahmud v Syed Abu Bakar [1939] MLJ 209 dan Nafisah v Abdul Majid [1962] 2 MLJ 174(Farid Sufian, 2008). Adanya Per 121(1A) pada takat tertentu menghentikan campurtangan Mahkamah Sivil dalam perkara-perkara hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga…orang yang menganut ugama Islam seperti yang diputuskan oleh kes Mohamed Habibullah b Mahmood v Faridah bte Dato Talib(1992) dimana Hakim Mahkamah Agung (HMA) Harun Hashim menyatakan, oleh kerana kedua-dua pihak adalah beragama Islam dan perkara yang diadukan adalah terjumlah dibawah s127 Akta Undang-undang Keluarga Islam, dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah injunksi menurut s 107 akta yang sama, adalah tanpa keraguan Mahkamah Syariah telah dianugerah bidangkuasa eksklusif. Bidangkuasa eksklusif, berdasarkan kes ini boleh dihujahkan timbul apabila (a) pihak adalah beragama Islam, (b) perkahwinan berlangsung menurut undang-undang Islam, dan (c) terdapat peruntukan undang-undang yang menyatakan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam perkara yang dipertikai. Ini dipersetujui oleh kes Haji Raimi(2014) telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah akan hanya mempunyai bidangkuasa eksklusif jika pihak-pihak adalah beragama Islam dan perkahwinan bukan dimasuki dibawah undang-undang sivil dan diikuti oleh kes Viran(2015) yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Kes Viran ini telah dirayu ke Mahkamah Persekutuan dan mahkamah telah mengekalkan keputusan bahawa bagi perkahwinan yang dimasuki menurut undang-undang sivil, mahkamah yang mempunyai bidangkuasa adalah mahkamah sivil.(Viran a/l Nagapan v Deepa a/p Subramaniam, 2016) Namun satu perkara yang tidak dijangkau oleh pindaan pada tahun 1988 ini ialah, bagaimanakah perkara hukum Syarak danundang-undang diri dan keluarga …orang yang menganut ugama Islam akan diselesaikan apabila berlaku perbezaan agama pasangan akibat salah satu pasangan bertukar agama, seperti salah satu pihak dalam perkahwinan sivil bertukar kepada agama Islam dan pasangannya kekal beragama asal. Ini akan yang menyebabkan berlaku perbezaan undang-undang yang akan mentadbir hal penjagaan anak, pemberian nafkah dan agihan harta. Abdul Hamid Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan (HMP) dalam kes Latifah (2007) menyatakan; “..problem has arisen and become more serious over the last two decades. Courts and the civil courts as well as the Syariah Courts have had to grapple with this problem. While a judgment settles the case before the court, it creates other problems in subsequent cases.” Perbezaan agama menjadikan ada dua Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa, namun keputusan kedua mahkamah ini tidak mengikat pihak yang berbeza agama. Dalam perkara ini boleh berlaku dua prosiding berjalan serentak, di Mahkamah Sivil dan Syariah sebelum keputusan muktamad dapat diberikan. Hal ini menyebabkan litigant terpaksa menanggung kos yang tinggi dan masa yang panjang. Kemungkinan juga berlaku perkara dipertikai adalah di luar bidang kuasa kedua-dua mahkamah. Apabila ini berlaku, akses kepada keadilan adalah dinafikan. Hakim Nik Hashim and Hakim Azmel dalam kes Subhashini(2008) yang dibicara di Mahkamah Persekutuan cuba untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Abdul Hamid Mohamed HMP dalam kes Latifah dengan menyatakan bahawa, kedua-dua Mahkamah Sivil dan Syariah adalah bebas dari satu sama, mempunyai kedudukan yang setara dan beroperasi 434
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dalam bidangkuasa yang ditetapkan oleh undang-undang. Fakta bahawa Mahkamah Syariah adalah ditubuhkan oleh undang-undang negeri tidak menjadikan status Mahkamah tersebut lebih rendah dari Mahkamah Sivil. Mahkamah Sivil oleh itu tidak boleh menghalang perintah Mahkamah Syariah yang dibuat berasaskan bidangkuasa yang sah. Untuk membolehkan remedi diperolehi oleh Subhashini, kedua-dua hakim menetapkan bahawa pemelukan agama Islam tidak menjadikan suami kebal dari tuntutan di Mahkamah Sivil. Mahkamah menjadikan status pasangan pada masa perkahwinan sebagai penentu bidangkuasa mahkamah. Prinsip ini akan mencegah dari pihak yang memeluk Islam menggunakan dalihan tiada bidangkuasa untuk lari dari tanggungan yang berbangkit dari perkahwinan sivil. Sementara itu, adalah jelas bahawa pihak yang beragama Islam tidak mempunyai halangan untuk hadir di Mahkamah Sivil, sedangkan pasangan bukan Islam tiada hak didengar di Mahkamah Syariah. Berdasarkan keluasan bidangkuasa, Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa yang lebih baik. Ini bukan berlaku akibat kelemahan Mahkamah Syariah, tetapi disebabkan batasan yang dikenakan oleh undang-undang yang hanya boleh diperbaiki melalui penilaian semula terhadap sistem perundangan dan kuasa kehakiman negara. Dalam masa yang sama bagi kes pasangan meninggalkan agama Islam, bidangkuasa menentukan status agama pihak yang mendakwa meninggalkan Islam, status perkahwinan, penjagaan anak, pendidikan serta pembahagian harta adalah terletak kepada Mahkamah Syariah, kerana ini adalah reciprocal dari ketetapan yang disebut sebelumnya. UNDANG-UNDANG TERPAKAI Selain dari penghakiman yang disebutkan diatas, perkara ini telah cuba diselesaikan dengan meminda beberapa peruntukan undang-undang penting untuk menangani masalah akses kepada keadilan untuk tuntutan pasangan pelbagai agama. Antaranya s51 Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Pindaan 2004) yang membolehkan mana-mana pihak yang tidak memeluk Islam untuk membuat permohonan perceraian setelah tamat tempoh tiga bulan dari pemelukan Islam berlaku. Berdasarkan peruntukan itu juga, Mahkamah Sivil apabila membubarkan perkahwinan boleh ‘membuat peruntukan untuk isteri atau suami, dan untuk nafkah, pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, dan boleh mengenakan apa-apa syarat ke atas dekri pembubaran itu sebagaimana yang difikirkannya patut’. Masalah yang berbangkit dari peruntukan ini, berdasarkan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah ialah, pengiraan tempoh tiga bulan setelah pemelukan agama Islam sukar untuk ditentukan. Ini kerana kebanyakan pihak yang memeluk Islam melakukannya secara rahsia dan anak yang dilahirkan dalam perkahwinan akan ditukar menganut agama Islam. Tidak disebutkan rasional ketetapan tempoh tiga bulan setelah pemelukan agama Islam untuk memulakan permohonan perceraian. Kebaikan tempoh tiga bulan ini ialah supaya pasangan boleh berbincang dan menyelesaikan perkara berbangkit dari perkahwinan terdahulu seperti penjagaan anak, nafkah anak, pembahagian harta dan termasuklah agama anak-anak dari perkahwinan dahulu. Berdasarkan undang-undang Islam, jika suami memeluk Islam, isteri akan mempunyai tempoh iddah (kebiasaannya tiga bulan) dan boleh memutuskan untuk memeluk Islam dalam tempoh tersebut dan perkahwinan terdahulu adalah kekal. Hal yang sama adalah juga terpakai kepada isteri yang memeluk Islam (Nuraisyah Chua, 2004). Oleh itu, tempoh tiga bulan yang ditetapkan oleh s51 sewajarnya digunakan untuk berunding antara pasangan sebelum keputusan memfailkan perceraian dibuat. Walau bagaimanapun, amalan sekarang adalah pihak yang memeluk Islam kebiasaannya merahsiakan pengislaman dan menyebabkan berlaku banyak masalah dari ikatan perkahwinan sebelumnya (Khairani & Mohamed Al Adib, 2014). Namun begitu kemungkinan terdapat persaingan antara pasangan dalam membuat tuntutan, terutamanya berhubung dengan hak penjagaan anak. Dalam beberapa keadaan bapa yang memeluk Islam akan mendapatkan perintah dari Mahkamah Syariah untuk membubarkan 435
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
perkahwinan dan mendaftarkan anak sebagai seorang Islam. Adalah disarankan bahawa, terdapat juga ketetapan di bawah undang-undang keluarga Islam, mengkehendaki pihak yang memeluk Islam untuk memfailkan permohonan mengenai kedudukan perkahwinan sebelumnya dan perkara berbangkit dari perkahwinan tersebut setelah tamat tempoh tiga bulan dan penyelesaian dari Mahkamah Sivil telah diperolehi. Penyelesaian bagi perkara berbangkit seperti penjagaan anak juga telah ditetapkan oleh undang-undang. Apabila Malaysia menjadi pihak kepada Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), undang-undang berkaitan hak yang melibatkan penjagaan anak telah diselaraskan dengan konvesyen tersebut. Oleh itu, hak penjagaan adalah diberi secara samarata. Berdasarkan semangat peruntukan undangundang yang memberikan hak samarata tersebut seperti s5 Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961, adalah mustahak untuk difahami bahawa tiada seorangpun samada ibu atau bapa mempunyai hak eksklusif dalam penjagaan anak, yang termasuk hak menentukan agama. Kedua-dua ibubapa hendaklah berunding dan mendapatkan persetujuan mengenai penjagaan dan pembesaran anak. Ini kerana tidak terdapat kesepakatan dalam hukum syara’ berhubung gugurnya hak penjagaan anak jika penjaga adalah bukan Islam sementara penekanan terhadap kebajikan kanak-kanak adalah menjadi pertimbangan oleh undang-undang Syariah dan undang-undang sivil (Mohamed Azam, 2014). Dalam masa yang sama, jika telah terdapat kesepakatan mengenai hak jagaan adalah lebih mudah kes diputuskan oleh mahkamah Dalam kes Yip Fook Tai v Manjit Singh @ Mohd Iskandar Manjit Abdullah. (1990) terdapat persetujuan diantara ibubapa bahawa anak yang sulung akan tinggal dengan bapa sementara yang bungsu akan tinggal dengan ibu setelah berlaku perceraian menurut s51 Akta Pembaharuan Perkahwinan dan Perceraian 1976 kerana suami telah memeluk Islam. Apabila ibu memohon untuk mendapatkan hak jagaan anak perempuan sulung, mahkamah telah memeriksa kesesuaian seorang ibu bukan Islam untuk menjaga anak yang beragama Islam. Mahkamah menggunakan prinsip bahawa agama anak adalah menurut agama bapa, oleh itu tidak sesuai untuk ibu tersebut membesarkan anak, tambahan lagi anak tersebut telah menyatakan keinginannya untuk tetap tinggal bersama bapa. Dalam masa yang sama kedudukan agama Islam anak-anak belum baligh, menurut majorit enakmen pentadbiran islam ialah, anak-anak yang diserah hak penjagaannya oleh mahkamah kepada penjaga yang memeluk Islam akan dianggap sebagai telah memeluk Islam; jika hak jagaan anak diserahkan kepada pihak yang tidak memeluk Islam, agama kanak-kanak akan ditentukan oleh penjaganya.(Zuliza, 2001) Adalah jelas Enakmen Negeri mengiktiraf bidangkuasa Mahkamah Sivil untuk menentukan hak penjagaan anak. AMALAN PENTADBIRAN Buat masa ini tidak kelihatan amalan pentadbiran dibuat untuk membantu keinginan memeluk agama Islam dilaksanakan dengan harmoni jika berlaku keadaan terdapat penentangan dalam pertukaran agama tersebut atau untuk menghalang dari pertukaran agama dijadikan alat untuk melarikan dari tanggungjawab. Mekanisma menangani pertukaran agama terutamanya yang melibat anak-anak bawah umur (minor) boleh dilihat ketika era pentadbiran Inggeris di Johor. Disebutkan bahawa terdapat 2 agensi yang akan berperanan untuk menangani pertikaian berhubung pertukaran agama, iaitu Jabatan Agama Islam Johor dan Department of Chinese Affairs Johore.(Nordin, 1993) Proses yang perlu dilalui ialah: i. Kedua-dua jabatan akan melihat kebajikan kanak-kanak terlibat. ii. Adakah terdapat perkara-perkara yang menjadi halangan kehendak kanak-kanak untuk menjadi seorang Muslim. iii. Pemelukan agama Islam tidak akan menyebabkan hak ‘legal guardian’ kepada penjagaan, oleh itu keizinan penjaga diperlukan; (a) Apabila pembedahan perlu dilakukan, 436
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
(b) Untuk perkahwinan, (c) Apabila kanak-kanak ingin meninggalkan rumah. iv. Berkaitan dengan perkara iii penjaga yang sah boleh memohon mahkamah sivil untuk menguatkuasakan haknya atau Pelindung menurut s15(i)(a) Enakmen 113 untuk menahan kenak-kanak di tempat yang selamat. v. Ibubapa akan hilang hak jagaan apabila kanak-kanak mencapai umur 21 tahun, vi. Chinese Affairs Officer hendaklah cuba untuk; (a) mempengaruhi bapa supaya menerima pertukaran agama tersebut (b) memujuk anak perempuan untuk tinggal dengan bapa; (c) membincangkan kedudukan kanak-kanak dengan Pegawai Hal Ehwal Agama dan mendapatkan bantuan darinya. vii. Usaha-usaha hendaklah diambil untuk menyelesaikan pertukaran agama dengan baik. Telah terdapat ketetapan dibuat oleh Kabinet pada tahun 2009 yang menyatakan bahawa undang-undang Syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.(Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal, 2009) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan juga telah membuat ketetapan bahawa sebelum seseorang memeluk Islam mereka hendaklah menyelesaikan semua perkara berbangkit dari perkahwinan terdahulu. (Divorce first, then convert, 2015) PEMERHATIAN Masalah yang timbul berikutan sistem kehakiman yang diamalkan di Malaysia ialah pengasingan hak untuk membuat tuntutan di mahkamah. Amalan yang diterimapakai ialah bagi perkara yang bersifat peribadi serta melibatkan kekeluargaan atau kepercayaan orang Islam tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah sementara orang bukan Islam dan orang Islam bagi perkara yang tidak melibatkan undang-undang diri dan keluarga tertakluk kepada undang- undang sivil. Hal ini walaupun difahami sebagai sejajar dan memenuhi kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan, mengundang masalah kerana kefahaman bahawa pembahagian tersebut adalah melambangkan kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah dari Mahkamah Sivil kerana dalam perkara tertentu orang Islam masih boleh diadili di Mahkamah Sivil. Perkara ini perlu difahami secara rasional supaya pihak berbeza agama yang terlibat dalam konflik boleh mendapat akses kepada keadilan dan menjalani kehidupan dengan tenang dan mendapat pembelaan terutamanya untuk menyara kehidupan. Namun begitu, terdapat halangan untuk menyediakan penyelesaian bagi perkara ini kerana tiada mahkamah yang boleh mengadili kedua-dua pihak yang berbeza agama secara bersekali. Oleh itu berlaku keadaan dimana satu pihak akan ke Mahkamah Sivil dan satu pihak lagi akan ke Mahkamah Syariah. Kedua-dua mahkamah ini kemudiannya akan bertelingkah mengenai bidangkuasa, menyebabkan merit sebenar kes tidak diadili dan seterusnya keadilan tidak diberikan kepada pihak-pihak. Illustrasi dari kes Indira Gandhi menunjukkan keadaan ini. Indira Gandhi, kes ini mengenai siapa? Hak jagaan anak@ kesahan conversion @ Mahkamah yang boleh membicara? Per 121(1A) walaupun boleh dilihat bertujuan memertabatkan Mahkamah Syariah, namun peruntukan ini memerlukan sokongan dari undang-undang lain atau arahan kehakiman serta keputusan kehakiman yang dapat menyediakan ruang bagi pihak berlainan agama menyelesaikan pertikaian mereka. Kelompangan yang terdapat dalam undang-undang untuk menyokong peruntukan ini menyebabkan Per 121(1A) dilihat sebagai punca penafian akses kepada keadilan oleh pihak yang terlibat dalam pertikaian dengan orang Islam dalam perkara hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga. Pengasingan kuasa mahkamah berdasarkan agama menyebabkan berlaku ketidakadilan dan menafikan akses kepada keadilan. Hal ini menyebabkan menurunnya kepercayaan orang awam kepada mahkamah sehingga mahkamah dilihat sebagai gagal memberi keadilan. Kegagalan memberi keadilan 437
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
boleh menjurus kepada diskriminasi atau dakwaan kepada diskriminasi berlaku. SARANAN Berdasarkan kes mahkamah, peruntukan undang-undang dan sejarah pengendalian kes pemelukan Islam, terdapat beberapa aturan yang boleh dikenakan kepada pihak yang memeluk Islam dan pasangannya; 1. Pengislaman hendaklah tidak secara rahsia dan wajib didaftarkan di Majlis Agama Islam; 2. Pihak yang memeluk Islam hendaklah membuat deklarasi mengenai latarbelakang peribadi dan tanggungan terdahulu yang melibatkan status perkahwinan, pegangan harta serta ibubapa; 3. Pihak yang memeluk Islam dan pasangannya (berserta ahli keluarga) hendaklah menjalani sesi mediasi dan kaunseling untuk memperjelas kedudukan dan tanggungjawab semua pihak; 4. Jika telah berkahwin dan kemudiannya memeluk agama Islam, Mahkamah Sivil akan mempunyai bidangkuasa untuk menentukan perkara-perkara yang berbangkit dari perkahwinan terdahulu, serta; (a) Pasangan yang tidak memeluk Islam hendaklah memfailkan permohonan perceraian setelah tamat tempoh 3 bulan dari pengislaman berlaku; (b) Pasangan beragama Islam tidak membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah, sehingga Mahkamah Sivil memutuskan status perkahwinan terdahulu serta perkara berkaitan; (c) Jika terdapat anak, hendaklah diputuskan perkara berkaitan nafkah, penjagaan, pendidikan serta agama anak. Perkara ini hendaklah dirundingkan bersama ketika sesi mediasi dan kaunseling. Digalakkan persetujuan dibuat dan didaftarkan di mahkamah semasa permohonan perceraian didengar di Mahkamah Sivil; (d) Jika terdapat keperluan suami membuat permohonan mengenai kedudukan disisi undang-undang Islam, hendaklah dilakukan setelah prosiding di Mahkamah Sivil selesai. Aturan ini adalah bagi memastikan tiada tuntutan bertindih sehingga menyukarkan pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah serta demi menjaga keharmonian kaum dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, seharusnya tiada pihak yang mengambil tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan. Pihakpihak perlu menyelesaikan konflik secara berhemah dan mengambil ingatan bahawa setiap pihak dalam pertikaian mempunyai hak yang dilindungi oleh Perlembagaan dan undangundang negara. Hakim Tun Azmi (KHN) mengingatkan bahawa dalam perkara di mana rakyat dianugerahkan hak oleh undang-undang, mereka juga hendaklah dibenarkan menuntut hak tersebut dan menjadi tugas mahkamah untuk membantu mereka mendapatkan hak tersebut. Pematuhan terhadap undang-undang adalah dituntut dari setiap rakyat dan jika seorang rakyat mempunyai hak dibawah perlembagaan, maka terdapat tugas di pihak lain untuk menghormati hak tersebut dan tidak menganggunya. Beliau juga mengingatkan mengambil pendekatan ‘heads I win, tails you lose’ tidak membantu (Shamala a/p Sathiyaseelan v Dr Jeyaganesh a/l C Mogarajah, 2011) Berdasarkan pandangan ini, hak beragama, penjagaan anak adalah dijamin oleh undang-undang dan setiap pihak betanggungjawab memastikan hak ini dihormati dan diberi pertimbangan wajar, demi menjaga keharmonian kaum dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia.Mahkamah Sivil dan Syariah sebagai mahkamah yang kompeten hendaklah dihormati dan dipatuhi perintahnya.
438
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Cappelletti, M. (1978). Access to Justice Vol 1 A World Survey. Milan: Sijthoff and Noordhoff. Divorce first, then convert. (2015, Feb 6). The STAR. Farid Sufian, S. (2008). Constitutional Restatement of Parallel Jurisdiction between Civil Courts and Syariah Courts in Malaysia: Twenty Years on (1988-2008). Malayan Law Journal, 5, xxxiii. Haji Raimi bin Adullah v Siti Hasnah Vangarama bt Abdullah and another appeal. (2014). MLJ, 3, 757. John Witte Jr, & Joel A Nicholas. (2012). The Frontiers of Marital Pluralism. In J. A. Nichols, Marriage and Divorce in Multicultural Context (pp. 357-378). New York: Cambridhe Uni Press. Khairani, H., & Mohamed Al Adib, S. (2014). Kerahsiaan Kemasukan Islam: Isu Undangundang Kes Pemelukan Islam Saudara Baru di Malaysia. KANUN, 26(1), 1-25. Latifah bte Mat Zain v Rosmawati binti Sharibun & Anor. (2007). MLJ, 5, 101-124. Mohamed Azam, M. A. (2014). Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mohamed Habibullah b Mahmood v Faridah bte Dato Talib. (1992). MLJ, 2, 793. Mohd Zin, N. (2012). Legal Disputes in Determining the Religion of the Child whenone Parent Converts to Islam under Malaysian Law. Australian Journal of Basic Applied Sciences, 6(11), 66-73. Muda, Z. (2009). Hadanah dalam Kes-kes Pertukaran Agama. In N. M. Zin, ndanh-undang Keluarga & Prosedur (pp. 121-136). Gombak: Jabatan Undang-undang Islam. Nordin, H. (1993). Conversion to Islamic Religion among Chinese Monors in Johore 19301950’s. JEBAT, 21, 125-135. Nuraisyah Chua, A. (2004). Conversion to Islam, Effect on Status of Mariage and Anciliary Relief. Kuala Lumpur: ILBS. S.Shuaib, F. (2012, January). The Islamic Legal System in Malaysia. Pacific Rim Law & Policy Journal, 21(1), 85-113. Shamala a/p Sathiyaseelan v Dr Jeyaganesh a/l C Mogarajah. (2011). MLJ, 2, 281-301. Subhashini a/p Rajasingham v Saravanan a/l Thangathray and other appeal. (2008). MLJ, 2, 147-231. UNDP. (2004). Access to Justice, Practice Note. Utusan Malaysia Online. (2009, 2 4). Retrieved 2 4, 2016, from http://ww1.utusan.com. my/:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0424&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm Viran a/l Nagappan v Deepa a/p Subramaniam (Peguam Negara Malaysia & Anor. Intervener). (2015). MLJ, 3, 209. Wai, W. C. (2016, Jan 11). straitstimes. Retrieved from http://www.straitstimes.com/asis/seasia/can-malaysias-indira-gandhi-expect-justice-the-star-columnist Yip Fook Tai v Manjit Singh @ Mohd Iskandar Manjit Abdullah. (1990). CLJ, 2, 605. Zuliza, M. K. (2001). Pendaftaran Memeluk Agama Islam di Malaysia. ISLAMIYYAT, 22, 1223. AKTA 164 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976 Steven Thiru, 13 Jan 2016, Unilateral faith conversion - remedy needed now more than ever, https://www.malaysiakini.com/news/326683 Cabinet assigns 3 ministers to study implications of Indira Gandhi case, says report - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/cabinet-assigns-3-ministers-tostudy-implications-of-indira-gandhi-case-say#sthash.RP0bLFVP.dpuf
439
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENGGUNAAN KIT HB&K BAGI MEMUPUK KERJASAMA KUMPULAN DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP-PJJ Mohd Richard Neles Abdullah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak Abstrak Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan membantu dua orang pelajar yang introvert dan 20 orang pelajar yang mempunyai masalah untuk bekerjasama, meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan rakan sekumpulan dan bekerjasama dengan baik dalam aktiviti berkumpulan. Ini secara tidak langsung menggalakkan mereka meningkatkan keyakinandiri. Di samping itu, kajian ini bertujuan menambah baik amalan pengajaran penyelidik dalam kursus Pentaksiran Dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM3033E). Peserta kajian terdiri daripada 22 orang pelajar PISMP-PJJ Semester lima daripada kumpulan Muzik (kumpulan samaran). Penyelidik mengumpul data kajian dengan menggunakan senarai semak semasa melakukan pemerhatian, soalan jenis terbuka, temu bual, borang maklum balas dan gambar. Data yang dikumpul dianalisis kandungan dan pola. Penyemakan data dilakukan melalui triangulasi antara kaedah dan triangulasi sumber. Hasil analisis data mendapati kaedah ceramah pendek menggunakan Kit Hubungan Baik dan Kerjasama (HB&K) dapat meningkatkan tingkah laku bekerjasama dan kemahiran komunikasi interpersonal dua orang pelajar yang introvert dan 20 orang pelajar yang mempunyai masalah untuk bekerjasama dalam aktiviti kumpulan disamping menambah baik amalan pengajaran penyelidik. Kata kunci:
Introvert, kit HB&K, bekerjasama.
Abstract This action research was carried out to help two introvert and 20 students who have a problem to cooperate, improve their abilities in communicating with their friends and work well together during group activities. This would indirectly increase the students’ self-esteem. In addition, this study aimed to improve researcher’s teaching practices during the teaching and learning session related to Assessment and Management of Moral Education In Schools course (ELM3033E). The research participants consisted of 22 Semester three PISMP students. Data were collected through check list used during observations, open-ended questions, interviews,feedback form and photographs. The data collected were analysed using content and pattern analysis. The checking of data involved triangulation between methods and persons. This study showed that short lectures using Hubungan Baik dan Kerjasama(HB&K) kit improved the three introvert students’ behaviour related to cooperation and interpersonal communication skills during group activities as well as improved researcher’s own teaching practices for the course concerned. Keywords:
Introvert, HB&K kit, cooperation.
PENGENALAN Konteks Penyelidikan tindakan (PT) ini dilaksanakan pada semester kedua tahun 2014 iaitu semasa kali kedua penyelidik memasuki kelas gabungan B1 dan B2 (kumpulan samaran). Penyelidik 440
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mengajar kursus elektif bagi ELM3033E iaitu Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah di IPG Kampus Batu Lintang. Penyelidik mengajar dua buah kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Semester 7 bagi kursus ini. Pelajar kelas ini terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Ketika penyelidik melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) ELM3033E bagi kelas ini, beliau mendapati dua orang pelajar kelas ini lemah dari segi komunikasi interpersonal ketika aktiviti bekerjasama dalam kumpulan. Manakala 20 orang yang lain turut mempunyai kecenderungan masalah yang sama. Dengan kata lain, dua individu ini (Wanna dan Tuwwa – nama samaran) suka menyendiri dan tidak suka serta tidak selesa ketika melibatkan diri dalam aktiviti kerjasama dalam kumpulan dan pembentangan kumpulan. Kecenderungan yang sama juga diperhatikan terhadap 20 rakan sekelas yang lain. Refleksi Pengalaman Pembelajaran dan Pengajaran Penyelidik merupakan seorang pensyarah akademik di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan dan mengajar kelas gabungan kumpulan B1 dan B2 bagi kursus Elektif ELM3033E. Masalah utama pelajar penyelidik yang dikenal pasti ialah mereka lemah bekerjasama dan berkomunikasi interpersonal semasa melaksanakan kerja kumpulan. Ini berlaku walaupun penyelidik telah membuat persediaan rapi untuk mengajar bab demi bab yang keseluruhannya terdiri daripada lima bab berpandukan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) yang disediakan oleh IPGM. Masalah pelajar berkenaan diperoleh daripada pemerhatian serta jawapan kepada soalan jenis terbuka yang dikemukan bagi menyiasat sikap bekerjasama dua orang pelajar tersebut pada sesi kedua perbincangan kumpulan. Pemerhatian telah dilakukan ketika mereka melaksanakan tugasan kumpulan (perbincangan kumpulan serta pembentangan kumpulan) pada sesi pertama (17 Januari 2015). Manakala soalan jenis terbuka diberi kepada setiap pelajar bagi menyatakan secara ringkas pandangan mereka mengenai tingkah laku bekerjasama ahli kumpulan pada sesi kedua perbincangan kumpulan (7 Februari 2015). Analisis jawapan kepada soalan jenis terbuka menunjukkan tingkah laku tidak bekerjasama semasa perbincangan kumpulan bagi tiga orang pelajar berkenaan. Penyelidik merasa amat kecewa dengan sikap dua orang khususnya dan keseluruhan 20 orang pelajar lainnya dari gabungan kelas B1 dan B2 kerana aktiviti perbincangan dan pembentangan keseluruhannya amat pasif. Penyelidik mendapati dua orang pelajar tersebut khasnya, memencilkan diri dan tidak selesa berkomunikasi atau berkumpul dengan ahli kumpulannya. Rakan-rakan yang lain pula menunjukkan kecenderungan yang sama. Ini adalah berdasarkan pemerhatian dan analisis jawapan soalan terbuka rakan sekumpulan (bagi dua orang). Analisis sikap tidak bekerjasama dua orang pelajar tersebut dalam aktiviti kumpulan masing-masing adalah berdasarkan soalan “Bagi penama ( ), adakah dia memberikan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan?. Jika tidak, beri komen anda.” Respons jawapan terbuka rakan sekumpulan Wanna bernama Endi (nama samaran) ialah “Wanna seorang yang susah dibawa berbincang dan mementingkan diri sendiri. Saya paling tidak suka pada dia kerana mementingkan diri sendiri dan tidak suka berbincang dengan kami.” Manakala, respon jawapan rakan sekumpulan Tuwwa bernama Duwoh (nama samaran) pula ialah, “Saya paling tidak suka Tuwwa kerana tidak pernah menyumbang idea semasa perbincangan kumpulan. Macam kera sumbang. Nak dengar dia bercakap sangat susah.” Data daripada soalan jenis terbuka rakan sekumpulan tentang dua orang pelajar memang selari dengan pemerhatian penyelidik. Fokus Kajian Daripada refleksi berkenaan, penyelidik telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersebut. Penyelidik juga mengesan kelemahannya sendiri dalam PdP tersebut. Teknik yang penyelidik gunakan semasa pengajaran melalui strategi aktiviti kumpulan tidak sesuai menyebabkan pelajar yang introvert 441
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
tidak dapat bekerjasama dan berkomunikasi secara aktif ketika aktiviti dijalankan. Kesan negatif ini menyebabkan perbincangan dalam kumpulan menjadi hambar. Masalah ini berlaku dalam kalangan dua orang pelajar introvert yang dikaji kerana pelajar tersebut tidak didedahkan dengan kemahiran asas berkomunikasi dan ilmu hubungan manusia. Kedapatan pelajar yang tidak didedah dengan kemahiran bersosial kerana lahir daripada latar belakang keluarga yang kurang berpelajaran, bermasalah atau tidak bergaul dengan masyarakat setempat. Selain itu, penyelidik kurang empati terhadap kehendak semua pelajar yang seharusnya diberi penghargaan, rasa diterima dan memiliki rasa kekitaan terhadap kumpulan pengajian mereka. Penyelidik juga kurang menyediakan sesi PdP yang menyeronokkan pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik telah cuba mendedahkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran asas komunikasi interpersonal dan hubungan manusia. Para pelajar perlu memahami kepentingan kemahiran asas hubungan sesama manusia. Seterusnya, kelemahan penyelidik dalam berempati dengan pelajar yang introvert dan kurang memberi penghargaan perlu diatasi dengan kaedah yang sesuai agar mereka dapat merasa dihargai, diterima dan memiliki rasa kekitaan terhadap kumpulan perbincangan dan kumpulan pengajian mereka. Justeru, penyelidik menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit Hubungan Baik dan Kerjasama (HB & K) dalam membantu pelajarnya. Adalah diharapkan kajian ini akan mencapai matlamat bagi meningkatkan tahap kerjasama dalam aktiviti kumpulan dan komunikasi interpersonal serta kemahiran hubungan manusia dalam kalangan pelajar khususnya dua orang pelajar introvert dan 20 orang pelajar yang lain daripada gabungan kumpulan B1 dan B2 yang mengambil kursus elektif ELM3033E. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah untuk: • membantu dua orang pelajar PISMP yang introvert khasnya dan 20 orang pelajar lain dari segi meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan rakan sekumpulan, bekerjasama dengan baik dalam aktiviti kumpulan dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri pelajar; dan • menambah baik amalan pengajaran kendiri dalam mengajar kursus Pentaksiran dan Pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah. PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut. • Bagaimanakah kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K dapat meningkatkan sikap bekerjasama dan komunikasi interpersonal dua orang pelajar introvert khasnya dan 20 orang pelajar lainnya semasa aktiviti kumpulan? • Bagaimanakah penggunaan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K menambah baik pengajaran penyelidik dalam kursus Pentaksiran dan Pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah? PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN Saya menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan kit HB & K untuk kajian ini. Faridah Darus, Rohaida Mohd Saat dan Abd. Razak Zakaria (2013) menjelaskan bahawa pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi dan dipengaruhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran tempat belajar dan dorongan ibu bapa terhadap pelajar. Oleh itu, bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar, pelbagai strategi dan kaedah boleh diguna pakai. Antaranya adalah melalui penggunaan ceramah pendek menggunakan kit pembelajaran (Pusat Perkembangan 442
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kurikulum, 2001; Noor Azean Atan dan T. Komate Tambai @ Muniandy, 2008). Carnegie menyatakan bahawa ceramah pendek menggunakan buku berkaitan sesuatu bidang ilmu dan pembacaan sendiri sesuatu buku, dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu bidang kemahiran atau kandungan pembelajaran. Penggunaan kit mempunyai perkaitan yang rapat dengan pembacaan kendiri kerana ianya mempunyai unsur nota ringkas. Berhubung dengan aspek sikap introvert dan extrovert, kajian Fotion (2000) mendapati ada pelajar yang mempunyai sikap merasakan dirinya adalah orang yang paling hebat dan paling benar (solipsisme). Solipsisme atau merasa paling benar seharusnya dielakkan. Pandangan ini boleh menghapuskan kemungkinan komunikasi. Cuba bayangkan, jika anda telah merasa paling benar, mengapa perlunya berkomunikasi untuk bertukar idea dengan orang lain? Individu seperti ini sekiranya berkomunikasipun, hanya akan ingin mengkritik, mengeluh atau mencerca. Orang lain akan dianggap salah jika tidak sependapat dengannya. Oleh itu, solipsisme merupakan tingkah laku yang tidak sepatutnya diikuti jika ingin disenangi oleh orang lain. Lawan kepada solipsisme ialah fabilisme yang berupa pemahaman bahawa semua orang adalah lebih baik daripada diri sendiri. Falibilisme membuka ruang untuk perubahan dan dialog kerana membina syarat-syarat pertumbuhan gagasan berterusan (Fotion; Hopkin, 2008). Berdasarkan kerangka pemikiran fabilisme, saya telah menyediakan rancangan tindakan dan melaksanakan tindakan dalam kajian ini. Penyelidik telah menyediakan enam set kit HB & K untuk diedarkan kepada setiap kumpulan pelajar (enam kumpulan dibentuk) dalam kelas gabungan B1 dan B2. Kesemua pelajar yang merupakan sasaran kajian tidak menyedari yang mereka dikaji. Kit HB & K yang dibina daripada bekas keropok kotak (pringles) diletakkan nota ringkas berupa prinsipprinsip asas kemahiran hubungan manusia yang terdiri daripada ilmu Hubungan Baik (HB) dan Kerjasama (K). Kotak besar mengandungi nota ringkas mengenai ‘Perkara perlu dilakukan supaya disukai’ dan kotak kecil pula mengandungi ‘Teknik asas menangani manusia.’ Keduadua kotak yang membentuk kit HB & K mengandungi ringkasan bagi sembilan prinsip asas kemahiran hubungan manusia yang dikemukakan oleh Carnegie (2010) dan Dra. M. M Nilam Widtarani (2011) dalam kajian dan penulisan mereka. Prinsip-prinsip tersebut ialah: (1) Elakkan daripada mengkritik, mencerca dan mengeluh; (2) Berikan penghargaan yang jujur; (3) Bangkitkan minat dalam diri orang lain; (4) Bersungguh-sungguh menaruh minat pada orang lain; (5) Senyum; (6) Ingat nama setiap individu; (7) Jadi pendengar yang baik; (8) Berbicara mengenai minat orang lain; dan (9) Buat orang lain berasa penting dan lakukannya dengan tulus. Penyelidik menggunakan tempoh selama sejam untuk memberi ceramah pendek menggunakan Kit HB & K sebaik sahaja bahan tersebut diedarkan kepada pelajar dalam kumpulan masing-masing. Penyelidik turut menyediakan borang senarai semak sebagai instrumen pemerhatian tingkah laku bekerjasama semasa sesi perbincangan kumpulan yang dilaksanakan pada sesi pertama perbincangan kumpulan (17 Januari 2015) sebelum sesi ceramah pendek menggunakan kit HB & K dilaksanakan pada sesi ketiga pada 7 Mac 2015. Pada 7 Februari 2015 iaitu sesi kedua aktiviti kumpulan, borang soalan terbuka mengenai ‘rakan sekumpulan yang tidak bekerjasama semasa aktiviti berkumpulan beserta komen’ dikutip jawapannya. Sesi ulangan ceramah pendek menggunakan kit HB & K (kali kedua) dan perbincangan mengenai sembilan prinsip asas hubungan manusia turut dilaksanakan. KAEDAH KAJIAN Peserta Kajian Tujuan penyelidikan tindakan (PT) ini adalah bagi menambah baik amalan pengajaran penyelidik. Menurut Kemmis dan McTaggart (1988) (dalam Hopkins, 2008), PT adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut. Antara konsep penting PT ialah, ianya dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam 443
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan pendidikan. Penyelidikan ini adalah inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan mereka sendiri. Ini dilakukan secara adil dan rasional serta mewujudkan pemahaman terhadap amalan tersebut dan situasi di mana amalan tersebut dilaksanakan. Ebbutt (1985) menjelaskan PT merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara bekerjasama. Oleh itu, penyelidik sendiri merupakan peserta kajian ini untuk menambah baik amalan kendiri sebagai seorang pendidik guru. Berdasarkan pemerhatian awal yang penyelidik perolehi, penyelidik telah mengenal pasti dan memilih dua orang pelajar (peserta utama) dari gabungan Kumpulan B1 dan B2 iaitu Wanna dan Tuwwa sebagai peserta kajian. Jadual 1 menunjukkan tingkah laku Wanna dan Tuwwa semasa pemerhatian awal penyelidik bagi mengenal pasti peserta kajian ini. Jadual 1 Masalah Tingkah Laku Yang Dikenal Pasti Semasa Aktiviti Kumpulan (17 Jan. 2015) Bil
Tingkah laku
1
Membuat tugasan sendiri sahaja
2
Memberi tepukan kepada rakan yang selesai membentang tugasan kumpulan
3
Bercakap dengan ahli kumpulan
4
Memberi idea dalam perbincangan aktiviti kumpulan
5
Menulis pada kertas tugasan kumpulan
6
Duduk dalam kumpulan dengan selesa
7
Menulis di buku/kertas sendiri
8
Senyum dengan rakan-rakan sekumpulan
9
Turut serta dalam pembentangan kumpulan
10
Membuat kerja sendiri semasa aktiviti kumpulan
Wanna
Tuwwa
Jumlah
X
X
2
X
1
X
X
2
X
X
2
Etika Penyelidikan Penyelidik telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada semua pelajar kursus elektif Moral ELM3033E daripada kumpulan gabungan B1 dan B2 termasuk dua orang pelajar yang merupakan peserta dalam penyelidikan ini. Kaedah Mengumpul Data Penyelidik menggunakan senarai semak semasa pemerhatian, soalan jenis terbuka, temu bual dan gambar bagi mengumpul data kajian ini. Senarai semak. Penyelidik menggunakan senarai semak bagi mencatat maklumat yang diperhatikan seperti tingkah laku dua orang pelajar yang introvert semasa pelaksanaan aktiviti kumpulan. Melalui senarai semak ini, penyelidik juga dapat mengetahui aspek yang perlu dipupuk bagi amalan bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Soalan jenis terbuka. Penyelidik turut memberikan soalan jenis terbuka bagi meninjau sikap pelajar (sebelum memulakan PdP pada masa kuliah) terhadap penerimaan dan penglibatan dalam aktiviti kumpulan. Sesi ini dilaksanakan sebanyak dua kali. Kali pertama adalah bagi menyiasat tingkah laku pelajar sebelum kit HB & K digunakan (7 Februari 2015), manakala sesi kedua dilaksanakan setelah kit digunakan selama sebulan lebih (28 Mac 2015). 444
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Temu bual. Penggunaan temu bual untuk mengumpul data bagi PT ini turut penyelidik gunakan. Ianya merupakan satu kaedah yang amat berkesan untuk meninjau persepsi seseorang, termasuk sikap, pemikiran, nilai dan pendapatnya. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan pelajar dan peserta kajian untuk memperoleh maklumat yang relevan dengan kajian ini. Temu bual merupakan satu kaedah yang membolehkan seseorang penyelidik memperolehi maklumat kajian secara mendalam kerana ianya melibatkan hubungan bersemuka secara langsung dengan peserta kajian (McNiff, 2002). Borang maklum balas. Penyelidik mengedar borang maklum balas pada interaksi kelima (terakhir) bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap kesan penggunaan dan cadangan dalam penggunaan Kit HB & K. Gambar. Penyelidik telah mengambil gambar bagi mengumpul data kajian ini. Gambargambar berkaitan telah diambil sepanjang pelaksanaan penyelidikan. Teknik Menganalisis Data Penyelidik telah meneliti dan membuat analisis kandungan terhadap senarai semak, jawapan bagi soalan jenis terbuka, hasil temu bual dan gambar bagi mengenal pasti masalah serta kesan tindakan terhadap para pelajar. Di samping itu, penyelidik menggunakan analisis pola persamaan dan perbezaan untuk mengenal pasti kekerapan kelemahan tingkah laku yang menjurus kepada kerjasama dalam kumpulan. Berdasarkan analisis ini, penyelidik dapat mengetahui kelemahan pelajar bagi aspek kerjasama. Teknik Menyemak Data Dalam PT ini, penyelidik menggunakan dua jenis triangulasi iaitu triangulasi antara kaedah dan sumber bagi menyemak silang data yang diperoleh. Triangulasi antara kaedah dibuat atas maklumat yang diperoleh melalui senarai semak, analisis maklum balas dan temu bual. Maklumat tersebut membolehkan penyelidik melakukan perbandingan kesan tindakan terhadap dua orang pelajar sebelum dan selepas menggunakan kit HB & K. Pemilihan triangulasi sumber dibuat adalah kerana kebimbangan data yang penyelidik periksa tidak tepat dan kesahannya dapat dipertikaikan kerana berasaskan pandangan penyelidik sahaja. Oleh itu, triangulasi sumber dibuat dengan memperoleh pandangan salah seorang pensyarah Jabatan Sains Sosial yang berpengalaman dan yang mengkhusus dalam Kursus Hubungan Etnik dan Komunikasi bagi memastikan kesahan data. DAPATAN Refleksi Dapatan • Bagaimanakah kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K meningkatkan sikap bekerjasama dan komunikasi interpersonal dua orang pelajar introvert dan 20 pelajar lain dalam aktiviti kumpulan? Pada 18 Jan 2015, penyelidik telah merancang tindakannya. Semasa sesi PdP yang ketiga (7 Mac 2015), penyelidik telah menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan kit HB & K.Penyelidik memulakan proses PdP dengan memberi ceramah pendek selama sejam tentang sembilan prinsip utama (prinsip hubungan manusia). Setiap kumpulan yang terdiri daripada lima kumpulan (Tiga kumpulan terdiri daripada empat orang, manakala dua kumpulan lagi terdiri daripada lima orang) diberikan satu Kit HB & K.
445
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1. Kit HB & K dalam mod simpanan (kiri) dan Kit yang sedang digunakan (kanan)
Semasa memberi ceramah pendek, saya menerangkan prinsip demi prinsip menggunakan satu set kit HB & K yang penyelidik pegang sendiri, manakala pelajar dalam kumpulan masingmasing juga merujuk kepada kit HB & K mereka masing-masing dalam kumpulan. Penyelidik turut memberikan contoh tindakan bagi setiap prinsip melalui sesi penceritaan amalan biasa dalam kehidupan seharian. Seterusnya, pelajar diminta membuka sampul Bahagian A (Teknik asas menangani manusia) dan sampul Bahagian B (Perkara perlu dilakukan supaya disukai) yang terdapat dalam kit serta membaca petikan ringkas dan tugasan diberikan. Seterusnya, pelajar dalam kumpulan melakonkan dengan rakan sekumpulan bagaimana mengaplikasikan sesuatu prinsip dalam kehidupan. Penyelidik mendapati pelajar seronok belajar secara berkumpulan menggunakan Kit HB & K . Sebelum ini, mereka sebenarnya ada secara tidak langsung diajar mengenai ‘hubungan antara manusia’ dan cara berkomunikasi yang baik secara interpersonal tetapi mereka tidak berapa faham cara mengaplikasikannya dalam aktiviti kumpulan. Setelah melaksanakan ceramah menggunakan Kit HB & K, penyelidik mendapati peserta kajian mampu memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan semasa aktiviti kumpulan. Mereka telah mampu berinteraksi dengan baik ketika aktiviti kumpulan dilaksanakan. Dua orang peserta utama kajian dapat mengaplikasi dan memupuk sikap bekerjasama yang baik semasa aktiviti kumpulan yang dilaksanakan setelah tiga minggu penggunaan kit. Begitu juga dengan 20 orang pelajar yang lain. Bahkan, pada minggu-minggu seterusnya, sikap bekerjasama semakin jelas dan meningkat. Berdasarkan senarai semak yang dipaparkan pada Jadual 2, didapati kedua-dua orang pelajar telah berjaya memupuk sikap bekerjasama yang baik dalam kumpulan, khasnya semasa aktiviti kumpulan. Jadual 2 Pemupukan Sikap Bekerjasama Yang Dikenal Pasti Semasa Aktiviti Kumpulan (28 Mac 2015) Bil
Tingkah laku
Asatu
Adua
Jumlah
1
Membuat tugasan sendiri sahaja
0
2
Memberi tepukan kepada rakan yang selesai membentang tugasan kumpulan
X
X
2
3
Bercakap dengan ahli kumpulan
X
X
2
4
Memberi idea dalam perbincangan aktiviti kumpulan
X
X
2
5
Menulis pada kertas tugasan kumpulan
X
6
Duduk dalam kumpulan dengan selesa
X
7
Menulis di buku/kertas sendiri
8
Senyum dengan rakan-rakan sekumpulan
X
X
2
9
Turut serta dalam pembentangan kumpulan
X
X
2
10
Membuat kerja sendiri semasa aktiviti kumpulan
1 X
2 0
446
0
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pada 28 Mac 2015, penyelidik telah membincangkan sekali lagi dengan pelajar mengenai ceramah pendek menggunakan kit HB & K pada interaksi sebelumnya, sama ada ia memberi kesan kepada mereka. Sesi soal jawab dan pemahaman kemahiran komunikasi interpersonal dan hubungan manusia yang dihuraikan pada kit tersebut dilakukan. Kelihatan beberapa orang pelajar memberikan respons positif terhadap pelajaran yang diperoleh daripada sesi ceramah pendek menggunakan kit. Tuwwa yang merupakan peserta kajian memberitahu, “banyak kemahiran hubungan manusia yang sangat penting yang saya tidak tahu sebelum ini mula mencorakkan hidup saya. Saya lebih suka bergaul dan mahir berhubung dengan manusia sekarang, sir!” Penyelidik telah melaksanakan temu bual dengan peserta kajian bagi mendapatkan maklum balas tentang penggunaan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K. Rajah 1 hingga Rajah 3 menunjukkan transkrip temu bual antara penyelidik dengan para peserta kajian pada 28 Mac 2015. Penyelidik : Bagaimanakah perasaan Wanna setelah mengikuti ceramah pendek menggunakan Kit HB & K yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lepas? Wanna: Rasa prihatin dengan hubungan sesama manusia, sir. Penyelidik: Adakah buku ini memberi kesan kepada Wanna dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan? Wanna: Ada, sir. Penyelidik: Apakah kesannya? Wanna: Saya lebih memahami tatacara dan kebiasaan manusia dan menjadikan saya lebih peka dan mampu menyenangkan hati rakan-rakan sekumpulan. Saya telah pandai berinteraksi dan memuji rakan-rakan sekumpukan, sir. Penyelidik: Dulu sebelum sir bagi ceramah pendek menggunakan Kit HB & K, Wanna tak tau ilmu asas hubungan manusia? Wanna: Kurang, sir. Kini baru saya faham bahwasanya manusia ini merupakan makhluk emosi dan bukannya rasional. Manusia ni rupanya beremosi, tak rasional. Baguslah buku ni. Jadi banyak membantulah kit ni. Rajah 2. Transkrip temubual antara penyelidik dengan Wanna (28 Mac 2015)
447
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Penyelidik : Bagaimanakah perasaan Tuwwa setelah mengikuti ceramah pendek menggunakan Kit HB & K yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lepas? Tuwwa: Teruja untuk berhubung dengan rakan-rakan ke arah yang lebih baik dan berkesan dari segi interaksi. Saya juga seronok, lebih peka bagaimana nak berhubungan dengan manusia, sir. Penyelidik: Adakah kit ini memberi kesan kepada Tuwwa dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan? Tuwwa: Pastilah, sir. Amat-amat membantu saya sir. Saya dah banyak berubah dari segi sikap bekerjasama kini. Penyelidik: Apakah kesannya? Tuwwa: Saya lebih bijak menangani masalah interaksi yang saya amat lemah sebelum ni. Dulu saya suka menyendiri dan banyak beranggapan buruk pada orang lain. Buku ini banyak mengubah persepsi saya untuk berhubungan dengan lebih baik sesama manusia. Juga rakan-rakan. Banyak saya tak tau sebelum ni. Saya turut pandai menghargai kawan, memuji kawan-kawan sama kumpulan, buat kawan seronok dan banyaklah. Terima kasih dengan kit ni,sir. Penyelidik: Dulu sebelum saya bagi ceramah guna kit, Tuwwa tak tau ilmu asas hubungan manusia? Tuwwa: Tak tau sangat sir. Sekarang saya lebih yakin dan mula suka berkomunikasi dengan orang lain, sir. Rajah 3. Transkrip temubual saya dengan Tuwwa (28 Mac 2015)
Berdasarkan temu bual tersebut, peserta kajian didapati telah berjaya memupuk tingkah laku bekerjasama dalam kumpulan ketika aktiviti kumpulan dilaksanakan semasa PdP kursus ELM3033E. Kedua-dua orang peserta utama mengatakan bahawa penggunaan Kit HB & K telah memudahkan mereka memahami dan mengaplikasikan asas hubungan manusia yang baik semasa aktiviti kumpulan. Peranan mereka sebagai ahli kumpulan bersama ketika aktiviti kumpulan, dilaksanakan dengan baik. Daripada pemerhatian, jawapan kepada soalan terbuka, analisis senarai semak dan temu bual, dapatlah dikatakan bahawa Wanna dan Tuwwa telah mampu memupuk sikap bekerjasama mereka dalam aktiviti kumpulan. Mereka kelihatan seronok, lebih yakin dan selesa menyertai aktiviti kumpulan berbanding sebelum ini. Secara keseluruhannya, kaedah penggunaan Kit HB & K dapat membantu peserta kajian memupuk sikap bekerjasama dalam aktiviti kumpulan dan pembentangan kumpulan. • Bagaimanakah penggunaan ceramah pendek menggunakan Kit HB & K menambah baik pengajaran saya dalam kursus Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah? Sebagai seorang pendidik guru, penyelidik mengetahui beberapa kaedah dan teknik PdP secara teori, bahkan mempunyai pengalaman serta praktis. Penyelidik pernah mengaplikasikan kaedah-kaedah ini dalam PdP seharian. Namun, kadang-kala penyelidik mengambil mudah kaedah dan teknik mengajar bagi kursus yang diajar. Semasa mengajar kursus ELM3033E, penyelidik beranggapan kursus ini adalah mudah dan para pelajar dapat menjalankan aktiviti kumpulan secara bekerjasama tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dua orang pelajar kursus didapati tidak dapat bekerjasama dengan sewajarnya dalam kumpulan dan tidak dapat 448
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mengamalkan komunikasi interpersonal dengan baik. Gejala yang sama turut diperhatikan berlaku terhadap 20 orang pelajar yang lain. Rajah 3 menunjukkan pemerhatian terhadap sikap bekerjasama individu dalam pelaksanaan aktiviti kumpulan sebelum pelaksanaan ceramah pendek menggunakan Kit HB & K.
Rajah 4. Penyelidik memberikan ceramah pendek menggunakan Kit HB & K ketika interaksi kedua pada 7 Februari 2015
Ekoran itu, penyelidik telah menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K agar mereka dapat bekerjasama dengan baik. Ini merupakan suatu penambahbaikan amalan pengajaran penyelidik sebagai seorang pensyarah kursus ELM3033E khasnya, dan Pendidikan Moral amnya. Sesungguhnya, PT membolehkan seseorang penyelidik itu pada dasarnya mengkaji amalan kendiri untuk tujuan menambah baik atau membaiki amalan kendiri (McNiff, 2002). Penyelidik menggunakan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K bagi membantu pelajarnya memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan. Penyelidik telah membuat tinjauan literatur tentang penggunaan kaedah pembelajaran menggunakan kit. Melalui tinjauan ini, penyelidik telah merancang dan melaksanakan kajian ini setelah mengenal pasti buku terjemahan Bahasa Melayu tulisan Carnegie (2010) yang berjaya melatih ramai individu yang membacanya menjadi lebih mahir dalam berhubungan dan berkomunikasi sesama manusia. Penggunaan kit pembelajaran telah banyak dijalankan terhadap kursus-kursus di institusi-institusi awam dan swasta di dalam mahupun di luar negara. Bezanya, dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kit bagi membantu pelajar memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan selepas ceramah pendek menggunakannya dilaksanakan. Sebelum ini, penyelidik sering mengajar topik-topik kursus ELM3033E secara aktiviti berkumpulan tanpa membimbing pelajar-pelajar ilmu asas hubungan antara manusia. Andaian penyelidik menyebabkan beliau mengambil mudah pengajaran kursus ini ketika melaksanakan aktiviti kumpulan. Setelah menggunakan kaedah ceramah menggunakan Kit HB & K, penyelidik lebih yakin dan aktiviti pengajaran secara aktiviti kumpulan dijalankan dengan lebih sistematik dan mencapai kejayaan. Para pelajar juga menunjukkan keseronokan dan kesungguhan mereka semasa aktiviti berkumpulan. Ini jelas pada jawapan yang mereka berikan semasa penyelidik mengemukakan soalan “Adakah anda suka dan selesa dengan aktiviti berkumpulan?” pada 28 Mac 2015. Ini dilakukan setelah penyelidik melaksanakan ceramah pendek menggunakan Kit HB & K terhadap kedua-dua peserta utama dan kesemua 20 orang pelajar lain sebanyak dua kali. Ceramah kali kedua adalah lebih kepada perbincangan ulangan dan soal-jawab mengenai kesan penggunaan Kit HB & K. Wanna menjawab, “Ya, saya suka. Saya boleh memberi idea dan bertukar-tukar pendapat tanpa menyakiti hati rakan sekumpulan.” Tuwwa juga menjawab, “Saya seronok menjalankan aktiviti berkumpulan. Banyak yang saya pelajari daripada Kit HB & K yang pensyarah ajarkan pada kami semasa ceramah. Saya sudah suka berbincang.” Tuwwa menambah, “bekerjasama dalam kumpulan memang seronok. Banyak idea diperolehi daripada rakan-rakan. Idea saya juga ada yang diterima.” Pada 28 Mac 2015, rakan sekumpulan sekali lagi diminta menjawab soalan terbuka dengan soalan “(nama seorang guru pelatih termasuk peserta kajian/seorang guru pelatih mendapat satu nama sahaja) boleh bekerjasama dalam kumpulan atau tidak boleh bekerjasama 449
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
selepas hampir dua setengah bulan belajar bersama bagi kursus ELM3033E?. Beri komen anda.” Respon jawapan Endi terhadap Wanna adalah, “dulu dia senyap. Tak suka bercakap. Sekarang sudah suka beri idea. Saya suka dia sekarang. Pandai bergaul.” Duwoh memberi respons tentang Tuwwa, “Tuwwa ni sudah berubah. Dulu diam-diam sahaja tak mahu cakap dengan kami. Sekarang dia suka bagi cadangan bila kerja kumpulan. Pandai berkawan sudah.” Respon Taruh terhadap Wanna pula ialah, “dia sudah mula boleh bercakap dan memberi idea kepada kami. Dia sudah pandai berbual-bual masa kerja kumpulan.”
Rajah 8. Aktiviti perbincangan kumpulan yang melibatkan peserta kajian pada 28 Mac 2015 (selepas tindakan)
Berdasarkan analisis jawapan kepada soalan jenis terbuka, pemerhatian dan temu bual yang dilaksanakan, penggunaan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K telah berjaya membantu dua orang peserta utama dan 20 orang pelajar lain memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan dengan baik. Di samping itu, penyelidik telah menambah baik amalan kendiri sebagai seorang pensyarah yang mengajar kursus ELM3033E. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian, mereka sangat bersetuju dengan kaedah ceramah pendek menggunakan Kit HB & K bagi memupuk sikap bekerjasama mereka dalam kumpulan. Jadual 3 Analisis tema-tema dapatan daripada soalan jenis terbuka terhadap 22 orang pelajar (Interaksi kelima bertarikh 11 April 2015) 1. Kesan ceramah menggunakan Kit HB&K kepada pelajar sebagai individu
2. Cadangan penambahbaikan ceramah menggunakan Kit HB&K
1. Menjadi lebih bijak dalam menangani hubungan manusia 2. Menambahkan keyakinan saya 3. Kesedaran agar tidak boleh mementingkan diri sendiri 4. Kesedaran agar sentiasa senyum dengan orang lain 5. Kesedaran agar sentiasa mendengar cerita orang lain supaya disukai 6. Memberi idea dan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan 7. Membantu dan memberi idea bagi cara-cara untuk membina bahanbahan BBM
1. Selitkan tayangan video 2. Menambah ilustrasi 3. Masa yang lebih panjang memberi ceramah 4. Tambahkan lagi kandungan 5. Memberi langkah-langkah membina Kit HB&K 6. Dikongsi di sekolah-sekolah 7. Kit yang lebih tahan lama dan boleh dijual dipasaran
450
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Hasil daripada kajian ini, penyelidik mendapat pengajaran bahawa sebagai seorang pensyarah, beliau perlu lebih peka akan permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya. Di samping itu, penyelidik perlu menggunakan kaedah dan bahan bantu yang sesuai bagi memastikan anak didiknya dapat mencapai objektif yang digariskan. REFLEKSI PENILAIAN TINDAKAN Refleksi boleh dilihat sebagai suatu respons pemikiran terhadap pengalaman dalam amalan seseorang untuk memperolehi maksud dan kefahaman yang mendalam mengenai amalan tersebut. Ia bertujuan mengambil tindakan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti kendiri. Refleksi sering digunakan secara intensif dalam PdP. Ianya dianggap sebagai komponen penting dalam meningkatkan profesionalisme seseorang pendidik guru dan dilakukan dari segi kesan terhadap peserta kajian, amalan kendiri dan kurikulum pendidikan amnya dan IPG Kampus khususnya. Penyelidikan yang penyelidik laksanakan ini memberi impak yang positif terhadap tingkah laku bekerjasama dalam aktiviti kumpulan bagi guru pelatih, khasnya mereka yang introvert. Penyelidikan ini juga telah melancarkan PdP penyelidik semasa melaksanakan aktiviti kumpulan. REFLEKSI PEMBELAJARAN KENDIRI Pelbagai kaedah dan teknik perlu dipraktikkan mengikut kesesuaian agar para pelajar mendapat impak sewajarnya dalam PdP. Penyelidik sebagai seorang pendidik guru juga perlu mempelbagaikan teknik pengajarannya bagi meningkatkan amalan kendiri sebagai seorang pensyarah. Nampaknya, penyelidik berjaya meningkatkan amalan kendiri ketika menjalankan PT di IPG Kampus Batu Lintang. Penyelidikan ini telah memberi kesan yang positif terhadap amalan pengajaran penyelidik. Penyelidik menyedari bahawa beliau ternyata kurang menitikberatkan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajarnya sebelum ini. Implikasi PT ini ialah, penyelidik menjadi lebih prihatin dan lebih empati terhadap pelajarnya. Penyelidikan ini juga telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidik sebagai seorang pendidik guru. Ini termasuklah pelaksanaan PT ini. CADANGAN TINDAKAN KITARAN SETERUSNYA Daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik bercadang untuk meneruskan kajian ke atas kursus Pendidikan Moral bagi Semester 2 Sesi 2015 yang akan diajar nanti dengan menggunakan kaedah ceramah pendek berdasarkan Kit HB & K (jika kedapatan pelajar yang introvert atau solipsisme). Bagi penambahbaikan PT selanjutnya, penyelidik akan menggunakan kaedah yang sama, namun Kit HB & K akan ditambah baik dengan menyertakan gambar-gambar dan maklumat tambahan. Ini bertujuan agar Kit HB & K ini menjadi lebih jelas dan menarik. Kit HB & K yang ditambahbaik ini akan memudahkan pelaksanaan tindakan kitaran PT penyelidik yang seterusnya. RUJUKAN Carnegie, D. (2010). How to win friends & influence people. Kuala Lumpur: PTS Professional. Dra. M. M Nilam Widtarani (2011). Membangun hubungan antara manusia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Ebbutt, D. (1985). Educational action research: Some general concerns and specific quibbles. In R. Burgess (Ed.) Issues in educationalresearch: qualitative methods (m.s. 142-160). Lewes: The Falmer Press. 451
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Faridah Darus, Rohaida Mohd Saat & Abdul Razak Zakaria. (2013). Transformasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(3), (m.s. 47-57). Fotion, N. (2000). John Searle: Philosophy of languange. United Kingdom: Acumen Publishing. Hopkin, D. (2008). A teacher’s guide to classroom research. Dimuat turun dari http:// www.slideshare.net/malingall/ulasan-buku-edit-2731111. McNiff, J. (2002). Action research for professional development: Concise advise for new and experienced action researchers. Dorset: September Books. Dimuat turun dari http://www.waikato.ac.nz/tdu/pdf/booklets/24_AR. pdf Noor Azean Atan & T. Komate Tambai @ Muniandy. (2008). Penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul pembelajaran kendiri berasaskan reka bentuk Teori Beban Kognitif bagi subjek Pengaturcaraan Web. Dimuat turun dari http://eprints.utm.my/11893/1/ Penerimaan_Pelajar_Terhadap_Penggun an _Modul_Pembelajaran_Kendiri_ Berasaskan_Rekabentuk_Teori_Beban _ Kognitif _Bagi_Subjek_Pengaturcaraan_ Web.pdf Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran akses kendiri. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Dimuat turun dari http://www. moe.gov.my/bpk/ bsk/bpanduan/akses_kendiri.pdf
452
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN B BAGI TAJUK LITAR ELEKTRIK LENGKAP Sabariah Md Nor, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yusof Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Inkuiri penemuan adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan inkuiri penemuan terhadap pencapaian dan motivasi dalam Sains bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap. Kajian ini melibatkan 60 orang murid dari kelas Tahun 5, iaitu seramai 30 orang dalam kumpulan kawalan manakala 30 orang murid dalam kumpulan rawatan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif iaitu dengan menggunakan kaedah kuasi eksperimental. Instrumen yang digunakan adalah praujian, posujian dan soal selidik. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan sebanyak 3 kali bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan; di mana kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional, manakala kumpulan rawatan menggunakan kaedah inkuiri penemuan. Keputusan ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua kumpulan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan min posujian pencapaian Sains antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan (t = 5.778, p<0.05). Keputusan ujian t ke atas perbezaan min di antara keduadua kumpulan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan min motivasi pelajar antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan (t = 5.185, p<0.05). Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa kaedah inkuiri-penemuan wajar digunakan di dalam kelas khususnya di dalam di dalam meningkatkan pencapaian Sains dan motivasi pelajar. Kata kunci:
Inkuiri, penemuan, Sains, pencapaian, motivasi.
PENGENALAN Malaysia mempunyai matlamat sebagai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan kertas kerja “Malaysia Melangkah Ke Hadapan” yang merupakan satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia Negara maju pada tahun 2020 menurut acuan sendiri (Mahathir Mohamad, 1991). Sehubungan itu, adalah penting bagi kita melahirkan murid yang berliterasi saintifik (Rubba & Andersen, 1978). Ini penting bagi pembangunan modal insan yang seimbang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan, 1996). Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini disokong pula oleh Falsafah Pendidikan Sains Negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2014). Matlamat kurikulum Sains sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Ini adalah bagi menjadikan mereka individu yang akan menyumbang ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam (KPM, 2014). Pengajaran yang dilaksanakan oleh guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran (pdp) boleh memberi kesan ke atas pendekatan pembelajaran murid. Menurut Rahimah (1990), keberkesanan pengajaran sebahagian besarnya ditentukan oleh sebanyak mana pelajaran atau pengetahuan atau kemahiran diperoleh murid dengan bantuan guru 453
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
atau cara yang paling baik bagi murid mempelajari atau memperoleh sesuatu dengan kegiatan pengajaran yang dirancangkan oleh guru. PERNYATAAN MASALAH Pencapaian pelajar hari ini didapati tidak memberangsangkan. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012), Prestasi Trends in International Mathematics and Science Study, TIMMS 2007 menunjukkan penurunan ketara bagi skor Matematik dan Sains di bawah purata antarabangsa. Skor Matematik menurun 34 mata kepada 474 (tempat ke-20 daripada 48 negara) manakala skor Sains menurun kepada 471 (tempat ke-21 daripada 48 negara). Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah mencadangkan kaedah pembelajaran berpusatkan murid iaitu pendekatan inkuiri penemuan dalam proses pengajaranpembelajaran sains di sekolah. Walaupun pembelajaran secara inkuiri penemuan sangat penting dan berkesan dalam pendidikan sains, pendekatan ini masih kurang diamalkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran sains di Malaysia. Pendekatan ini kurang mendapat perhatian di kalangan guru kerana terlalu rumit untuk dipraktikkan dalam pengajaran mereka. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tradisonal kerana lebih mudah dan pelajar dapat menerima dengan mudah walaupun para guru sebenarnya tahu dan pernah didedahkan dengan kaedah pengajaran ini (Syahruzaman Kamarudin, 2010). Menurut laporan Trends in International Mathematics and Science Study, TIMSS (1999), kebanyakan guru sains mempunyai kesediaan yang rendah dalam mengajar topiktopik sains dan ini boleh mempengaruhi pencapaian pelajar. Hasil kajian tersebut juga telah menunjukkan bahawa guru Sains dan Matematik di Malaysia masih terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru. Para guru masih menggunakan kaedah tradisional seperti menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan kepada pelajar. Guru-guru lebih cenderung ke arah menggunakan latihan dengan bimbingan guru dan menekankan kepada kerja rumah sebagai latih tubi dan aktiviti pembelajaran dalam kelas. Guru juga didapati kurang memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan meneroka sendiri konsep yang dipelajari (Syahruzaman Kamarudin, 2010). Maka dengan itu, penyelidik telah memilih kaedah inkuiri penemuan sebagai pendekatan dalam pembelajaran kerana kajian telah menunjukkan bahawa murid yang belajar melalui inkuiri penemuan mempunyai pencapaian skor yang lebih tinggi berbanding pengajaran tradisional (Abdi, 2014; Nik Zarini, 2012). Berdasarkan pengalaman penyelidik semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran sains dalam tajuk Litar Elektrik Lengkap, murid-murid tahun 5 agak keliru dengan perubahan kecerahan mentol apabila mengubah bilangan mentol atau bilangan bateri. Memandangkan terdapat kajian inkuiri yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid seperti kajian oleh Khor dan Ming (2012) yang bertajuk Kajian Tindakan: Penggunaan Kaedah Inkuiri-PenemuanKAKAK Untuk Meningkatkan Prestasi Murid-Murid Tahun Empat Dalam Topik Fantastic Materials dan Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia (Nik Zarini, 2012), oleh itu penyelidik ingin mengkaji kesan kaedah inkuiri penemuan terhadap pencapaian dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap. OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan tujuan di atas, maka objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. 454
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
2. Mengenalpasti perbezaan min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun 5 bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. 3. Mengenalpasti perbezaan min motivasi pelajar dalam pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. PERSOALAN KAJIAN Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut: 1. Apakah min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. 2. Apakah perbezaan min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun 5 bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. 3. Apakah perbezaan min motivasi pelajar dalam pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. KERANGKA KAJIAN Penyelidikan ini menggunakan Model Inkuiri Suchman (1966).Murid perlu mengenalpasti soalan yang diberikan dan membuat hipotesis. Kemudian data dikumpulkan untuk mengesahkan hipotesis. Sekiranya data menyokong hipotesis, hipotesis diterima, dan sebaliknya. Sekiranya hipotesis ditolak, hipotesis lain pula dibentuk dan diuji sehingga akhirnya hipotesis menyokong data. Seterusnya, murid perlu membuat kesimpulan tentang soalan tersebut. Rajah 5.1 menunjukkan proses pembelajaran dalam Model Inkuiri Suchman.
Pernyataan Masalah
Mengumpul Data dan Membuat Pengesahan Data
Mengumpul Data Membuat Eksperimen
Menyusun dan Merumuskan Penjelasan
Membuat Kesimpulan Rajah 5.1 Model Inkuiri Suchman
Rajah 5.2 pula menunjukkan Model Campbell, D.T. dan Stanley, J.C (1963) digunakan dalam kajian ini. Terdapat dua pembolehubah dalam kajian ini iaitu pembolehubah tidak bersandar (dimanipulasikan) dan pembolehubah bersandar (bergerak balas). Pembolehubah tidak bersandar ialah penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala pembolehubah bersandar ialah pencapaian akademik dan motivasi pelajar.
455
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pembelajaran Berpusatkan Murid Pencapaian Inkuiri Penemuan Motivasi Rajah 5.2 Rangka kerja penyelidikan
Diadaptasi daripada Model Campbell, D.T. dan Stanley, J.C (1963) Experimental and Quasi-experimental Designs for Research on Teaching. Sumber: Khairun Nadwa, 2007 METODOLOGI Kajian ini ialah kajian berbentuk kuantitatif. Kajian kuantitatif merujuk kepada pendekatan mengumpul data dengan tujuan untuk mengumpul maklumat yang dijumlahkan iaitu boleh dikira atau diukur (Verma & Malick,1999). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu secara kuasi eksperimental dalam pengumpulan data bagi kesan kaedah inkuiri penemuan terhadap pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap.
Kajian Eksperimental
Kumpulan Kawalan
Kumpulan Rawatan
Praujian
Praujian
Tradisional
Inkuiri Penemuan
Posujian
Posujian
Pencapaian& Motivasi
Pencapaian & Motivasi
Rajah 6.1 Rekabentuk Kajian
456
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Populasi kajian adalah murid Sekolah Kebangsaan Subang Bestari iaitu seramai 412 orang pelajar Tahun 5. Responden terdiri daripada 60 orang murid, yang mana mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. 30 murid dalam kumpulan kawalan dan 30 orang murid dalam kumpulan rawatan. Responden dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian pertengahan tahun yang mempunyai pencapaian yang hampir sama. Di dalam kajian ini, penyelidik mengunakan instrumen praujian, posujian dan soal selidik. Praujian dan posujian yang setara digunakan untuk menilai perubahan pencapaian responden sebelum dan setelah menggunakan kaedah inkuiri. Soal selidik digunakan untuk mengetahui motivasi responden terhadap sains. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Skor ujian pra dan ujian pos direkodkan dalam perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan dibuat perbandingan menggunakan ujian-T. Analisis perbandingan min akan dibuat ke atas skor yang diperolehi setiap responden. Data soal selidik yang diperoleh juga dianalisis secara kuantitatif iaitu melalui perbandingan min ujian-T antara responden kajian. DAPATAN KAJIAN Persoalan Kajian 1: Apakah min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan? Jadual 7.1: Min Item Praujian Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Responden Praujian Kumpulan Kawalan Praujian Kumpulan Rawatan 1 15 (75%) 13 (65%) 2 7 (35%) 13 (65%) 3 6 (30%) 17 (85%) 4 5 (25%) 13 (65%) 5 2 (10%) 14 (70%) 6 11 (55%) 13 (65%) 7 5 (25%) 11 (55%) 8 12 (60%) 11 (55%) 9 4 (20%) 13 (65%) 10 8 (40%) 14 (70%) 11 15 (75%) 14 (70%) 12 13 (65%) 15 (75%) 13 8 (40%) 12 (60%) 14 8 (40%) 17 (85%) 15 16 (80%) 12 (60%) 16 13 (65%) 11 (55%) 17 8 (40%) 9 (45%) 18 5 (25%) 6 (30%) 19 8 (40%) 8 (40%) 20 2 (10%) 15 (75%) 21 10 (50%) 5 (25%) 22 6 (30%) 3 (15%) 23 8 (40%) 11 (55%) 24 8 (40%) 11 (55%) 25 15 (75%) 13 (65%) 26 12 (60%) 12 (60%) 27 17 (85%) 13 (65%) 28 13 (65%) 12 (60%)
457
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
29 30 Min
13 (65%) 15 (75%) 9.6
15 (75%) 14 (70%) 12
Jadual 7.1 menunjukkan min praujian Kumpulan Kawalan (min = 9.6) lebih rendah berbanding min praujian Kumpulan Rawatan (min = 12). Ini menunjukkan bahawa Kumpulan Rawatan adalah lebih baik daripada Kumpulan Kawalan. Jadual 7.2: Min Item Posujian Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Responden Posujian Kumpulan Kawalan Posujian Kumpulan Rawatan 1 15 (75%) 18 (90%) 2 11 (55%) 17 (85%) 3 7 (35%) 20 (100%) 4 12 (60%) 18 (90%) 5 5 (25%) 19 (95%0 6 18 (90%) 18 (90%) 7 13 (65%) 17 (85%) 8 19 (95%) 15 (75%) 9 10 (50%) 17 (85%) 10 12 (60%) 18 (90%) 11 16 (80%) 19 (95%) 12 17 (85%) 19 (95%) 13 11 (55%) 19 (95%) 14 11 (55%) 19 (95%) 15 18 (90%) 19 (95%) 16 13 (65%) 17 (85%) 17 14 (70%) 17 (85%) 18 9 (45%) 18 (90%) 19 12 (60%) 16 (80%) 20 7 (35%) 20 (100%) 21 13 (65%) 9 (45%) 22 9 (45%) 11 (55%) 23 12 (60%) 19 (95%) 24 12 (60%) 19 (95%) 25 17 (85%) 19 (95%) 26 16 (80%) 17 (85%) 27 16 (80%) 17 (85%) 28 13 (65%) 19 (95%) 29 15 (75%) 18 (90%) 30 16 (80%) 17 (85%) Min 12.97 17.5
Jadual 7.2 menunjukkan min posujian Kumpulan Kawalan (min = 12.97) lebih rendah berbanding min posujian Kumpulan Rawatan (min = 17.5). Ini menunjukkan bahawa Kumpulan Rawatan adalah lebih baik daripada Kumpulan Kawalan. Persoalan Kajian 2: Apakah perbezaan min praujian dan posujian pencapaian Sains Tahun 5 bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
458
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Analisis Ujian t ke atas skor Praujian di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan ke atas Pencapaian Sains . Jadual 7.3: Analisis Ujian t ke atas skor Praujian di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan ke atas pencapaian Sains Min Sisihan Piawai N Nilai t dK P Kumpulan Kawalan 9.6 4.29 30 2.63 29 0.14 Kumpulan Rawatan 12.00 3.19 30
p < 0.05 Jadual 7.3 menunjukkan min skor praujian untuk Kumpulan Kawalan (min = 9.6, sp = 4.29) dan Kumpulan Rawatan (min = 12.00, sp = 3.19). Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam tahap pencapaian Sains di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan. Dengan demikian, kedua-dua kumpulan adalah dianggap setara. Analisis Ujian t ke atas skor Praujian dan Posujian di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan ke atas Pencapaian Sains . Jadual 7.4: Perbandingan Skor Praujian dan Posujian Kumpulan Kawalan Min
Sisihan Piawai
N
Praujian
9.6
4.29
30
Posujian
12.97
3.51
30
Nilai t
dK
P
7.93
29
0.00
p < 0.05
Jadual 7.4 menunjukkan min skor praujian ialah 9.6 dan sisihan piawai 4.29. Manakala skor min untuk posujian ialah 12.97 dan sisihan piawai 3.51. Perbezaan min adalah sebanyak 3.37. Ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua ujian menunjukkan nilai t = 7.93, adalah signifikan (p<0.05). Keputusan ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara praujian dan posujian bagi pencapaian Sains Kumpulan Kawalan di mana min posujian Kumpulan Kawalan adalah lebih tinggi daripada min praujian Kumpulan Kawalan. Ini menunjukkan nilai min posujian Kumpulan Kawalan lebih baik daripada nilai min praujian Kumpulan Kawalan. Jadual 7.5: Perbandingan Skor Praujian dan Posujian Kumpulan Rawatan Min
Sisihan Piawai
N
Praujian
12.00
3.19
30
Posujian
17.50
2.36
30
Nilai t
dK
P
14.256
29
0.00
p < 0.05 Jadual 7.5 menunjukkan skor min praujian ialah 12.00 dan sisihan piawai ialah 3.19. Manakala skor min untuk posujian ialah 17.50 dan sisihan piawai 2.36. Perbezaan min adalah sebanyak 5.5. Ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua ujian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara praujian dan posujian bagi pencapaian Sains Kumpulan Rawatan dimana min posujian Kumpulan Rawatan adalah lebih tinggi daripada min praujian Kumpulan Rawatan. Ini menunjukkan nilai min posujian Kumpulan Rawatan lebih baik daripada nilai min praujian Kumpulan Rawatan.
459
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Analisis Ujian t ke atas skor Posujian di antara Kumpulan Kawalan dan Rawatan Terhadap Pencapaian Sains. Jadual 7.6: Perbandingan Posujian di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Terhadap Pencapaian Sains Min
Sisihan Piawai
N
Kumpulan Kawalan
12.97
3.51
30
Kumpulan Rawatan
17.50
2.36
30
Nilai t
dK
P
5.704
29
0.00
p < 0.05 Jadual 7.6 menunjukkan min skor posujian Kumpulan Kawalan ialah 12.97 dan sisihan piawai 3.51. Manakala skor min posujian untuk Kumpulan Rawatan ialah 17.50 dan sisihan piawai 2.36. Perbezaan min ialah 4.53. Dapatan menunjukkan skor min posujian Kumpulan Rawatan adalah lebih tinggi daripada skor min posujian Kumpulan Kawalan. Ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua kumpulan menunjukkan nilai t = 5.778 adalah signifikan (p<0.05). Keputusan ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan skor posujian untuk pencapaian Sains. Perbezaan min posujian Kumpulan Rawatan yang lebih tinggi daripada perbezaan min posujian Kumpulan Kawalan menunjukkan bahawa Kumpulan Rawatan adalah lebih baik. Oleh itu hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan signifikan min praujian dan posujian pencapaian Sains antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan adalah ditolak. Persoalan Kajian 3: Apakah perbezaan min motivasi pelajar dalam pembelajaran Sains Tahun 5 Bahagian B bagi tajuk Litar Elektrik Lengkap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan? Analisis Ujian t ke atas skor soal selidik di antara Kumpulan Kawalan dan Rawatan Terhadap Motivasi. Jadual 7.7: Perbandingan Soal Selidik di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Terhadap Motivasi Min
Sisihan Piawai
N
Kumpulan Kawalan
108.73
14.25
30
Kumpulan Rawatan
117.13
16.36
30
Nilai t
dK
P
5.185
29
0.00
p < 0.05 Jadual 7.7 menunjukkan min skor soal selidik Kumpulan Kawalan ialah 108.73 dan sisihan piawai 14.25. Manakala skor min soal selidik untuk Kumpulan Rawatan ialah 117.13 dan sisihan piawai 16.36. Perbezaan min ialah 8.4. Dapatan menunjukkan skor min soal selidik Kumpulan Rawatan adalah lebih tinggi daripada skor min soal selidik Kumpulan Kawalan. Ujian t ke atas perbezaan min di antara kedua-dua kumpulan menunjukkan nilai t = 5.185 adalah signifikan (p<0.05). Keputusan ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara Kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan skor soal selidik untuk motivasi Sains. Skor min soal selidik Kumpulan Rawatan yang lebih tinggi daripada skor min soal selidik Kumpulan Kawalan menunjukkan kumpulan Rawatan adalah lebih baik daripada Kumpulan Kawalan. Oleh itu, hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan signifikan min motivasi pelajar antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan adalah ditolak.
460
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERBINCANGAN Dalam kajian ini, prestasi pencapaian pelajar dapat diukur melalui keputusan min markah markah ujian pos dibandingkan ujian pra bagi kedua-dua kumpulan. Daripada analisa data didapati min skor praujian bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menunjukkan tahap prestasi mereka adalah setara kerana masing-masing mempunyai pengetahuan sedia ada. Apabila diberi posujian, didapati min skor kumpulan rawatan lebih tinggi daripada praujian. Ini menunjukkan setelah menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam Pdp, pelajar kumpulan rawatan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan. Jelas di sini penggunaan kaedah inkuiri penemuan boleh meningkatkan prestasi Sains pelajar memandangkan mereka lebih berminat untuk belajar Sains. Hasil kajian ini menyokong dapatan kajian lepas yang menyatakan bahawa murid yang belajar melalui inkuiri penemuan mempunyai pencapaian skor yang lebih tinggi berbanding pengajaran tradisional (Abdi, 2014; Khor, 2012). Dapatan kajian ini turut menunjukkan motivasi pelajar adalah tinggi setelah dirawat dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan. Maka, dapatan kajian ini meyamai kajian lepas iaitu Suchman (1966) berpendapat, murid yang belajar secara inkuiri-penemuan akan mempunyai motivasi intrinsik. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat (Atikah, 2008). KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pembelajaran dan pengajaran Sains adalah amat sesuai dilaksanakan tanpa mengira tahap pelajar sama ada terhadap pelajar cemerlang, sederhana ataupun lemah. Kajian ini juga telah menolak hipotesis kajian ini iaitu tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan terhadap pencapaian dan motivasi pelajar. Jelas terbukti apabila posujian dijalankan, didapati min skor kumpulan rawatan lebih tinggi daripada praujian. Ini menunjukkan setelah menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam pembelajaran dan pengajaran, pelajar kumpulan rawatan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan. Jelas di sini penggunaan kaedah inkuiri penemuan boleh meningkatkan pencapaian pelajar memandangkan mereka lebih berminat untuk belajar Sains. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar-pelajar tahun 5 terhadap mata pelajaran Sains selepas menggunakan Kaedah Inkuiri Penemuan. Berdasarkan analisis soal selidik yang dibuat, telah dibuktikan bahawa kebanyakkan responden lebih bermotivasi untuk mempelajari sains selepas menggunakan kaedah inkuiri penemu RUJUKAN Abdi, Ali (2014). The Effect of Inquiry-based Learning Method on Students’ Academic Achievement in Science Course. University Journal of Educational Research 2(1), 37-41. Atikah Abu Bakar (2008). Keberkesanan Kaedah Inkuiri Penemuan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu. Tesis Tidak Diterbitkan. Open University Malaysia. Campbell, D.T. dan Stanley, J.C (1963). Experimental and Quasi Experimental Designs for Research. Boston: Houghton Mifflin Company. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Laporan Tahunan PPPM 2013. Putrajaya, Malaysia. Khairun Nadwa Md Ahir (2007 ). Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) Melalui Web Terhadap Prestasi dan Persepsi Pelajar dalam Matapelajaran Fizik Peringkat Universiti. Tesis tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia. 461
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Khor, K.H., Ming,T.J.(2012) Kajian Tindakan: Penggunaan Kaedah Inkuiri-Penemuan KAKAK Untuk Meningkatkan Prestasi Murid-Murid Tahun Empat Dalam Topik Fantastic Materials. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang. Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia:Melangkah Ke Hadapan. Kuala Lumpur: DBP dan ISIS. Nik Zarini Nik Kar (2012) Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 2 7 , 159–174 Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rahimah Ahmad. (1990). Peningkatan produktiviti guru: Saranan dan tindakan. Paper presented at Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ketiga, 29 August, Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Terengganu. Rubba, P. & Anderson, H. (1978). Development of an instrument to assess secondary students’ understanding of the nature of scientific knowledge. Science Education, 62(4), 449-458 Suchman, J.R. ( 1966 ). Developing inquiry. Chicago: Science Research Associates. Syahruzaman Kamarudin (2010). Perlaksanaan Dan Penguasaan Pendekatan Inkuiri Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tesis tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. Verma, G. K. and Mallick, K. (1999). Researching Education. London: Falmer Press
462
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEMIKIRAN PEMBANGUNAN MANUSIA NEOKLASIK DAN ISLAM Sahawati Binti Harun, 2Sity Daud, 3Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, 4 Intan Suria Hamzah, 5Ajurun Begum Ahamed 2, 4 Universiti Kebangsaan Malaysia 3 Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor 5 Universiti Pendidikan Sultan Idris
1
Abstrak Konsep pembangunan telah mengalami tren perubahan dari takrifan bersifat ekonomi kepada penggunaan yang lebih menyeluruh sesuai dengan perkembangan semasa. Kini, pembangunan mula memberi tumpuan terhadap kepentingan pembangunan manusia. Hal ini merupakan tindak balas kepada sistem kapitalis yang hanya mementingkan keunggulan kuasa pasaran dan motif keuntungan. Namun begitu, Islam turut memberi penekanan kepentingan manusia dalam pembangunan. Makalah ini mengemukakan aspek pembangunan manusia menurut perpsektif Islam untuk menjelaskan bahawa Islam turut menyokong komponen pembangunan manusia yang terkandung dalam pembangunan neoklasik. Kata kunci: pembangunan, neoklasik, ekonomi, kapitalis, pasaran, pembangunan berteraskan Islam.
PENGENALAN Istilah pembangunan secara umumnya merupakan sinonim dari kemajuan. Dalam kajian akademik, perbahasan mengenai pembangunan sering dihubungkait dengan pengkhususan pembangunan ekonomi (Webber 2015:36). Sebaliknya, input pembangunan merentasi pelbagai sudut pandang kemanusian yang lain seperti transformasi sosial dalam pendidikan, kemudahan kesihatan, perumahan rakyat, penglibatan masyarakat dalam keputusan politik dan dimensi lain seperti peluang peningkatan kemajuan dalam kehidupan manusia. Selain itu, pembangunan juga melibatkan teknologi dan transformasi ekonomi sebagai pertumbuhan berfokus dalam prospek ekonomi. Pembangunan merupakan di antara agenda penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah masyarakat dan negara. Konsep dan aspek tumpuan dalam sesebuah pembangunan telah mengalami perubahan, dengan pelbagai kritikan terhadap konsep manusia sebagai homo economicus yang mendasari teori ekonomi neoklasik (Calnitsky & Spencer: 2013) . Abdul Rahman (2005: 11) menyatakan sejak akhir 1940-an pembangunan disinonimkan dengan konsep pertumbuhan ekonomi dan prinsip titisan ke bawah. Pembangunan dilihat sebagai satu elemen peningkatan yang bersifat kualitatif yang berupaya menjana perubahan manakala pertumbuhan melibatkan proses pengukuran dari aspek kuantitatif. Nafziger (1997: 10) menjelaskan “Economic growth refers to increases in a country’s production or income per capita ... Economic development refers to economic growth accompanied by changes in output distribution and economic structure”. Namun begitu, pada akhir 1960-an, Byres (2006: 227) menyatakan: ... neoclassical economics had lived perfectly happily, on the whole, with development planning in poor countries, and, indeed, many of its practitioners were closely associated wiyh such planning. Market did not work, and the state needed to intervene to ensure that the initial steps towards development might taken, before, ultimately, the market could come into its own.
463
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KONSEP PEMBANGUNAN Pada 1970-an, konsep pembangunan telah menekankan pertumbuhan yang disertai dengan agihan kerana selepas perang dunia kedua, kadar kemiskinan amat tinggi terutama dalam kalangan negara-negara yang terlibat dengan peperangan. Persoalan kemiskinan yang tinggi telah menimbulkan konotasi pertumbuhan yang disertai dengan agihan yang disinonimkan dengan pembangunan. Pemerintah di negara-negara sedang membangun memainkan peranan campur tangan dalam pasaran untuk memastikan wujud agihan melalui ‘titisan ke bawah’ agar masalah kemiskinan dapat diatasi. Pada tahun 1980-an, konsep pembangunan mula diperluaskan dengan mengambil kira aspek sosial di samping keperluan ekonomi, emosi, rohani dan politik (George 1988: 3-4). Pengalaman pembangunan di negara sedang membangun telah membuka ruang kepada ahli ekonomi untuk mengambil kira faktor bukan ekonomi seperti budaya, sosial, pentadbiran dan politik. Prinsip kesejahteraan penduduk mula mendapat perhatian para sarjana pembangunan kerana pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan tidak semestinya menjamin peningkatan kesejahteraan hidup manusia. Keadaan ini berlaku apabila pertumbuhan ekonomi tidak disertai dengan titisan ke bawah secara menyeluruh terutama wujud fenomena pertumbuhan yang tidak terkawal seperti inflasi yang tinggi (Ishak & Mohd. Yusoff 2009: 62). Dengan itu, terdapat pelbagai kelemahan dalam pengukuran yang digunakan sebagai petunjuk potensi pembangunan. Petunjuk KNK tidak dapat digunakan untuk membandingkan tahap pertumbuhan di sesebuah negara dengan negara yang lain. Hal ini adalah kerana wujud perbezaan yang besar dalam sektor perbelanjaan yang tertentu di sesebuah negara berbanding dengan negara yang lain.1 Justeru, pembangunan turut dihubungkan dengan natijah peningkatan kualiti taraf hidup sosial masyarakat yang dilihat dalam bentuk angkubah menerusi petunjuk pendidikan, kesihatan (jangka hayat, kadar kelahiran dan kematian), prasarana dan urbanisasi. Oleh itu, Wan Abdul Manan (1996: 361) menyatakan kualiti hidup bukan sahaja hasil daripada kemajuan material tetapi juga aspek psikologi keselamatan, ekonomi dan alam sekitar. Di samping itu juga, kualiti hidup memerlukan persediaan dan akses kepada keperluan moden yang sesuai dan perkhidmatan sokongan. Oleh itu, persamaan taraf hidup juga harus mempertimbangkan isu-isu seperti pengangkutan, keupayaan untuk memperolehi perkhidmatan dan perlindungan terhadap diskriminasi dan penganiayaan. Keadilan sosial harus menjadi prinsip panduan ke arah mencapai matlamat pembangunan manusia yang lebih tinggi. Dalam era 1990-an di mana pembangunan turut memberi penekanan kepada pemeliharaan alam sekitar melalui konsep pembangunan lestari yang bersifat menyeluruh dan seimbang yang merupakan sebahagian dari konsep yang terkandung dalam pembangunan manusia (Haq 1995). Penekanan terhadap pembangunan manusia menyebabkan elemen kebebasan mula diperincikan secara sistematik melalui konsep pembangunan sebagai kebebasan di mana pelbagai kekangan yang dialami oleh manusia berupaya dihapuskan melalui proses pembangunan (Sen 1999). Kebebasan ditandai melalui pengamalan demokrasi di sesebuah negara. Pembangunan turut dihubungkan dengan perkembangan petunjuk tahap demokrasi yang wujud dalam sesebuah masyarakat seperti kebebasan bersuara dan masyarakat sivil. Contohnya, Economist Intelligence Unit (2010) menyusun Indeks Demokrasi 2010 untuk mengukur tahap demokrasi di 167 buah negara yang terbahagi kepada empat klasifikasi iaitu demokrasi penuh berada pada skala lapan hingga sepuluh, flawed democracies berada pada skala enam sehingga 7.9, regim demokrasi campuran berada pada skala empat hingga 5.9 dan regim autoritarian berada pada skala di bawah empat. Pengukuran tahap demokrasi tersebut adalah berdasarkan kepada lima kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, partisipasi politik dan budaya politik. 1
Contohnya, negara-negara perindustrian mengeluarkan pembiayaan yang tinggi dalam usaha untuk mengatasi masalah alam sekitar berbanding dengan negara-negara mundur. Dengan itu, pembiayaan yang tinggi dalam sektor tertentu telah menyebabkan kenaikan KNK negara. Menurut Hayami (2001: 32) “... market exchange rates are supposed to reflect purchasing power parities with respect to tradable goods alone”.
464
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Secara umum pembangunan dikaitkan dengan usaha perancangan untuk mengubah dan meningkatkan prestasi dan kualiti hidup masyarakat. Dale (2000: 17) menjelaskan “Development is a broader and more diverse concept, denoting improvements in the quality of life of people, extending much beyond direct gains from increased production of commodities and services”. Dalam hal ini, pembangunan merupakan satu proses evolusi yang bersifat ‘membaiki dan menyelesaikan’ permasalahan sosial dalam sesebuah masyarakat. PEMBANGUNAN NEOKLASIK Dalam bidang pembangunan, muncul pelbagai teori dan model pembangunan ekonomi yang berfungsi sebagai strategi atau pendekatan yang dapat digunakan untuk meningkatkan aras pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. Sistem ekonomi kapitalis bersumberkan dari aliran pemikiran ekonomi klasik seperti Adam Smith (1723-1790), David Ricardo (1772-1823) dan Robert Malthus (1766-1834) berpegang kepada prinsip bahawa ekonomi berkembang dengan baik menerusi kapitalisme yang menekankan sistem ekonomi terbuka pasaran bebas. Sistem ekonomi kapitalis yang menggunakan pendekatan bukan kelas lebih memberi tumpuan analisa terhadap hubungan di antara sifat individu yang bersifat tetap (rasional) dengan masalah peruntukan faktor-faktor ekonomi. Sistem ekonomi kapitalis bermula dari idea klasik Smith (1957) yang menyatakan proses pembangunan ekonomi akan tercapai dengan andaian sistem kapitalis mampu mengagihkan semula pendapatan secara semula jadi dan cekap berdasarkan proses titisan ke bawah melalui mekanisme pasaran bebas dan hasil dari bimbingan tangan ghaib (invisible hand) yang akan mengembalikan ‘lebihan’ apabila pelbagai projek pelaburan dilaksanakan dan berupaya menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan miskin tanpa melihat persoalan keadilan dalam proses pengagihan. Dalam sistem ekonomi bebas, pemerintah memainkan peranan melancarkan perjalanan dan pergerakan pasaran. Walau bagaimanapun, peranan pemerintah terhad sebagai pengatur dan menjaga kestabilan politik, menyediakan kemudahan asas dan peraturan tertentu agar pasaran dapat beroperasi dengan baik dan bebas serta menjaga kepentingan semua pihak. Dengan itu, fungsi pemerintah hanya terhad untuk memastikan perjalanan sistem pasaran bergerak bebas dan sempurna dalam kerangka sistem kapitalis. Elemen perancangan dalam suasana ekonomi yang diurus dan dirancang oleh pihak pemerintah masih wujud dalam sistem ekonomi kapitalis namun perancangan tersebut terhad dalam konteks penyelarasan pada peringkat negara manakala pihak kapitalis berfungsi secara produktif untuk mengembangkan perusahaan di samping wujud jaminan pulangan modal oleh pemerintah terhadap perbelanjaan modal yang disediakan oleh pihak kapitalis (Shamsulbahriah 1990: 104). Ekonomi pasaran bebas berperanan menentukan kadar dan ragam pengeluaran yang akan menghasilkan pendapatan dan kekayaan manakala mekanisme persaingan pasaran bebas akan berfungsi menentukan harga, upah, sewa dan untung yang bergerak berdasarkan hukum permintaan dan penawaran. Caporaso & Levine (1992: 81) “The neoclassical approach begins with the idea of the maximization of individual satisfaction. The next step is to use this idea to define conditions for maximization of the welfare of an interconnectted system of individuals.” Individu memainkan peranan yang penting dan bersifat bebas serta melakukan pilihan yang rasional dalam persaingan untuk memenuhi kepentingan diri sendiri termasuk memiliki dan mengumpul harta kekayaan (Holton 1992: 56-58). Andaian minimum yang diperlukan untuk teori ekonomi dari peri laku manusia ialah pengenalpastian kepentingan diri seperti kekayaan, kedudukan sosial, keadilan dan altruisme yang berupaya memotivasikan individu dalam melakukan pilihan (Lowenberg 1990: 621). Justeru, Mohd. Hazim (2008: 103) menyatakan “Capitalism allows private individuals to take risks and initiatives to create wealth, and in the process use their own skills, knowledge and creativity to prosper themselves and others”. Sehubungan itu, dalam kepesatan pasaran ekonomi bebas di Malaysia tidak dinafikan bahawa ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan landasan ke arah mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk 465
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mencapai objektif Wawasan 2020. Teras pembangunan untuk ekonomi berasaskan pengetahuan adalah berteraskan seperti perkara-perkara berikut: • Membangunkan tenaga kerja berasaskan berpengetahuan, antara lain melalui kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan dan latihan, melaksanakan/memperluaskan sistem pembelajaran sepanjang hayat dan melaksanakan program yang berupaya menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi; • Mempergiatkan usaha dalam inisiatif S&T dan R&D berasaskan permintaan; • Memperluaskan pembangunan info struktur bagi membantu pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan; • Sistem kewangan yang sejajar dengan pembangunan aktiviti berasaskan pengetahuan; Meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sector pertanian, pembuatan dan perkhidmatan; • Mendorong EKS untuk bersedia menghadapi ekonomi berasaskan pengetahuan serta mengenalpasti dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang wujud; • Sektor awam yang cekap dalam perolehan, penggunaan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan; • Penggunaan pengetahuan secara beretika; • dan Melaksanakan program merapatkan jurang digital di antara kumpulan pendapatan, etnik dan umur, masyarakat Bandar dengan luar Bandar serta di antara wilayah. Selain itu, Pelan Induk Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan yang dilancarkan pada tahun 2002 mengandungi 136 cadangan yang meliputi pembangunan sumber manusia, struktur informasi, insentif, pembangunan sains & teknologi, orientasi semula sektor swasta dan awam serta menangani jurang digital telah dibangunkan bagi memantapkan lagi kuasa ekonomi, pembangunan negara dan meluaskan kuasa memilih untuk rakyat dalam pasaran ekonomi bebas. Di samping itu juga, konsep ‘pasaran’ yang digunakan dalam kajian ini melangkaui konsep pasaran menurut fahaman ekonomi liberal. Dari perspektif ekonomi-politik, konsep ‘pasaran’ dihubungkan dengan elemen kuasa menghasilkan terminologi ‘kuasa pasaran’ yang mempunyai pengaruh dalam menentukan pelbagai kegiatan ekonomi di antara para peserta dalam ‘pasaran’ (Sity 2003: 26). Golongan yang memiliki kekayaan dan kuasa berperanan dalam menentukan harga, pelaburan dan memaksimumkan keuntungan. Hal ini menyebabkan golongan yang memiliki modal yang besar berkuasa untuk memonopoli pasaran dan mengaut keuntungan yang besar berbanding dengan golongan yang memiliki modal yang kecil. Kuasa pasaran memainkan peranan mengeksploitasi golongan (kelas) yang lemah. Senario ini adalah kerana sifat sistem kapitalis adalah bebas dari sebarang nilai yang merupakan ukur tara terhadap sesuatu perkara atau perbuatan dan mengandungi makna yang menyuluh kepada kebaikan dan kebenaran. Hal ini menyebabkan manusia hanya dilihat sebagai sebahagian dari faktor-faktor pengeluaran secara fizikal yang berfungsi sebagai buruh dan usahawan. Selain itu, fahaman neoklasik turut menolak campur tangan pemerintah dalam pasaran yang menganggu perkembangan dan kecekapan ekonomi sesebuah negara. Fahaman ini berkisar kepada persoalan seperti pasaran bebas, penswastaan perusahaan negara, penggalakkan perdagangan bebas antarabangsa, pelaburan asing dan penghapusan peraturan pemerintah. Dalam hal ini, pemodal berfungsi sebagai penggerak utama ekonomi yang memiliki faktorfaktor pengeluaran. Oleh itu, fahaman neoklasik melihat pelbagai masalah yang muncul dalam ekonomi adalah ekoran ketidaksempurnaan dalam pasaran. Masalah ketidakadilan dalam agihan sumber dan pendapatan tidak dititikberatkan kerana pasaran berupaya memperuntukan sumber dalam ekonomi kepada individu dengan optimum (Shamsulbahriah 1990: 5-6). Dengan itu, sistem ekonomi kapitalis bergerak berasaskan sistem pasaran bebas dan pertumbuhan dalam jangka panjang berlaku hasil dari kecekapan peruntukan dalam jangka pendek. Individu diandaikan berupaya membuat pilihan yang rasional untuk memaksimumkan kepuasan tanpa 466
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
had dan mempunyai keinginan untuk mengeksploitasi alam sekitar untuk menghasilkan output yang diperlukan oleh para pengguna sama ada secara langsung atau tidak langsung (Sity 1999: 221). Persaingan bebas dalam pasaran menyebabkan individu bebas memaksimumkan pengumpulan harta kekayaan dan keuntungan persendirian yang disifatkan sebagai insentif dan dorongan utama tanpa memikirkan kepentingan manusia lain. Hal ini berasaskan pihak yang kuat (menang) berupaya mengatasi pihak yang lemah. Oleh itu, sistem kapitalis hanya mementingkan keunggulan kuasa pasaran dan motif keuntungan menyebabkan muncul pemikiran pembangunan manusia (human development) yang merupakan kritikan penting terhadap pembangunan neoklasik yang hanya menekankan motif keuntungan dan keunggulan pasaran. PEMBANGUNAN MANUSIA Kini konsep pembangunan mula memartabatkan manusia dalam pembangunan. Haq (1995) mengemukakan empat prinsip utama iaitu kesaksamaan, kelestarian, produktiviti dan pemerkasaan (empowerment) untuk menampung kepentingan manusia dalam pembangunan. Prinsip kesaksamaan bersifat sejagat yang merangkumi aspek jaminan keadilan, persamaan peluang dan hak dalam semua aspek kehidupan manusia. Haq (1995: 20) menyatakan pemerkasaan merujuk “people are in a position to exercise choise of their own free will”. Proses pemerkasaan masyarakat menuntut pelaburan dalam pendidikan dan kesihatan agar setiap ahli masyarakat berupaya mengambil peluang dan faedah dalam pasaran bebas. Proses ini menuntut ruang dalam ekonomi dan politik yang mampu memberikan peluang kepada semua ahli masyarakat. Dalam hal ini, pelaksanaan sistem ekonomi liberal dan demokrasi politik berupaya memberi kesamarataan hak dalam masyarakat. Prinsip kelestarian pula merujuk kepada kepentingan keperluan generasi masa kini yang seimbang, berkualiti dan bersifat integrasi dalam semua aspek sama ada sosial, ekonomi, politik dan alam sekitar tanpa menjejaskan keperluan generasi pada masa hadapan. Oleh itu, generasi kini perlu menghormati persekitaran sumber dan biodiversiti bumi yang terhad serta memastikan sumber semulajadi untuk keperluan hidup generasi pada masa hadapan tidak terjejas. Pembangunan juga perlu memenuhi pelbagai keperluan masyarakat sama ada pada masa kini atau masa hadapan di samping mempromosikan kesejahteraan peribadi, ‘social cohesion’, ‘social inclusion’ dan peluang yang sama rata untuk semua (Haq 1995: 20). Dengan itu, pembangunan lestari menyediakan pembangunan ekonomi yang kuat dan stabil agar generasi kini dan generasi pada masa hadapan memperolehi peluang yang sama rata. Produktiviti menuntut peningkatan yang sentiasa bergerak ke atas dan berkadaran dengan skala tempoh tertentu. Prinsip produktiviti memerlukan persekitaran ekonomi makro yang sesuai dan pelaburan dalam masyarakat seperti pendidikan dan latihan untuk membenarkan manusia mencapai potensi maksimum (Haq 1995: 19). Dalam hal ini, manusia tidak dilihat sebagai sarana pembangunan tetapi menekankan keutamaan manusia sebagai tujuan akhir pembangunan. Hal ini untuk mengelakkan pembangunan yang hanya berlandaskan logik ekonomi di mana kemajuan hadir dalam bentuk kepesatan perubahan dan diikuti dengan produktiviti yang tinggi namun maruah dan martabat manusia berada pada tahap yang rendah. Pendidikan dan latihan merupakan alat mobiliti ke atas untuk membangunkan dan memperkasakan kehidupan manusia serta meningkatkan produktiviti. Prinsip pemerkasaan pula merujuk kepada peningkatan dalam aspek spiritual, politik dan kekuatan sosial serta ekonomi sama ada pada peringkat individu, komuniti dan masyarakat. Oleh itu, pemerkasaan tidak hanya melibatkan proses pemerkasaan golongan yang terpinggir atau komuniti tertentu tetapi proses ini turut melibatkan semua golongan masyarakat yang melibatkan pelbagai aspek seperti pendidikan, latihan dan kemahiran kendiri untuk meningkatkan kesejahteraan dan mobiliti sosial di samping mengurangkan halangan yang wujud dalam lingkungan persekitaran politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, 467
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pemerkasaan dalam masyarakat bergantung kepada keperluan individu atau sesebuah komuniti. Abdul Rahman (2005b: 17-18) menyatakan pemerkasaan tidak hanya sekadar memenuhi keperluan asas individu yang melibatkan kesihatan, pendidikan, peluang pekerjaan dan pendapatan namun pemerkasaan turut mencakupi pelbagai ruang yang lain seperti politik yang berupaya menjamin demokrasi, ruang untuk mengembangkan budaya dan intelektual; ruang untuk mengembangkan kehidupan rohaniah secara teratur; ruang untuk membina tamadun pada tahap yang lebih tinggi. Semakin tinggi perkembangan sesebuah masyarakat maka ruang lingkup dimensi pemerkasaan adalah semakin tinggi dan kompleks. Keempat-empat prinsip pembangunan ini berupaya menampung kekosongan nilai moral dalam sistem kapitalis. PEMBANGUNAN MANUSIA BERTERASKAN ISLAM Pembangunan berteraskan Islam menyediakan parameter yang luas merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Islam menyediakan pembangunan yang bersifat seimbang dan bersepadu kerana wujud penyatuan di antara unsur kebendaan, kerohanian dan moral (Al-Batriq 1994:51; Muhammad Syukri 1990:36). Dalam hal ini, manusia menurut pembangunan berteraskan Islam memiliki dua status dalam dua bentuk perhubungan iaitu dalam hubungan menegak dengan Allah (hablumminallah) manusia berfungsi sebagai hamba Allah manakala dalam hubungan mendatar sesama manusia (hablumminannas) pula manusia berperanan sebagai khalifah Allah. Pembangunan berteraskan Islam melihat fungsi manusia dari aspek perseorangan yang mengandungi aspek rohani dan jasmani (Muhammad Syukri 2003a: 25-26, 31). Hal ini jelas berbeza dengan konsep pembangunan konvensional yang meletakkan manusia sebagai sebahagian dari faktor-faktor pengeluaran secara fizikal yang berfungsi sebagai buruh dan usahawan walaupun wujud empat prinsip utama yang meliputi kesaksamaan, kelestarian, produktiviti dan pemerkasaan (empowerment) untuk menampung kepentingan manusia dalam pembangunan. Pembangunan menurut perspektif Islam jelas berbeza jika dibandingkan dengan pembangunan konvensional. Perbezaan tersebut dapat dilihat melalui perkembangan kosep pembangunan konvensional yang mula meletakkan kepentingan pembangunan manusia dan terangkum dalam empat prinsip utama iaitu kesaksamaan, kelestarian, produktiviti dan pemerkasaan yang dikemukakan oleh Haq (1995). Islam meletakkan kondisi manusia merupakan matlamat akhir dari sesuatu objektif pembangunan di mana pembangunan berteraskan Islam tidak hanya bersifat kebendaan tetapi turut mengandungi pengisian dari aspek kerohanian. Semua usaha dan aktiviti ekonomi dipusatkan dan diberikan keutamaan kepada pembangunan jiwa manusia agar pembangunan berupaya memperkuatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat memandangkan jiwa wujud dalam kehidupan setiap manusia, maka jiwa manusia yang menentukan tegak atau runtuh keperibadian seseorang insan yang turut melibatkan struktur masyarakat dan juga pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini, bidang kajian pembangunan berteraskan Islam tidak menolak kepentingan pertumbuhan ekonomi (KDNK) sebagai alat pengukuran pembangunan ekonomi negara. Pertumbuhan dalam Islam perlu diikuti dengan pertumbuhan nilai. Menurut AbulHasan (1991: 55) “In Islamic economics the concept of growth is value-loaded. Growth of output per se cannot be termed as economic growth if it involves production of goods that affect human welfare adversely. Therefore, growth incorporates issues of product mix. Thus, economic growth in Islam may be defined as a sustained growth of a right kind of output which can contribute to human welfare. The production of harmful items would not imply economic growth in an Islamic economy”. Kondisi manusia dalam konteks pertumbuhan merupakan hasil penerapan nilai-nilai Islam dalam mengukur pencapaian pembangunan. Hal ini menimbulkan terma yang dikemukakan oleh Khurshid (1992: 271) iaitu ‘pertumbuhan yang disertai dengan penyucian’. Oleh itu, konsep pembangunan dalam Islam tidak mengalami perkembangan dari semasa ke semasa kerana keempat-empat prinsip yang dikemukakan oleh Haq (1995) merupakan sebahagian dari elemen yang sedia ada terkandung dalam pembangunan 468
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
berteraskan Islam. Namun begitu, worldview Islam menetapkan agar prinsip-prinsip tersebut berada dalam lingkungan yang bersumberkan Al-Quran, Sunnah, ijmak dan qias. Dari aspek prinsip kelestarian, Atikullah (2009: 73, 76) menyatakan walaupun para fuqaha’ tidak pernah menggunakan frasa fiqh yang khusus merujuk pembangunan lestari namun Islam telah memberikan panduan dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Islam telah menggariskan kedaulatan merupakan milik Allah, keperluan melaksanakan syura agar perjalanan sesebuah pemerintahan bersifat telus, menekankan prinsip keadilan dan persamaan. Dari aspek ekonomi pula Islam menetapkan hak kekayaan merupakan milik Allah di samping menekankan prinsip keadilan dan kesederhanaan dalam aspek perbelanjaan dan penggunaan untuk menjana pembangunan ekonomi yang kuat dan stabil. Dari aspek sosial, Islam menggariskan prinsip keadilan, bekerjasama ke arah kebaikan dan menekankan aspek kebebasan namun berbeza dengan fahaman totalitarianisme dan komunisme yang mengongkong kebebasan dan fahaman liberalisme memberi ruang yang luas kepada individu sehingga bercanggah dengan etika kemanusiaan. Oleh itu, Islam turut menekankan aspek kesejahteraan individu namun kepentingan peribadi tidak boleh mengatasi kepentingan masyarakat. Dari aspek alam sekitar, manusia berperanan sebagai khilafah yang bertanggungjawab melaksanakan pembangunan menurut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah. Islam menekankan konsep keseimbangan dalam usaha melaksanakan pembangunan fizikal di mana manusia perlu mengambil kira aspek implikasi terhadap kelestarian alam sekitar seperti yang terkandung dalam al-Quran (al-Qasas 28: 77) (Atikullah 2009: 87-88). Oleh itu, panduan umum tersebut merupakan garis panduan dalam usaha menegakkan prinsip kelestarian menurut perspektif Islam agar pembangunan yang dilaksanakan berupaya memenuhi keperluan generasi kini dan generasi pada masa hadapan. Islam turut menekankan prinsip kesaksamaan dalam pembangunan yang meliputi prinsip keadilan dan kebebasan. Namun begitu, dalam al-Quran (asy-Syura 42: 12) persoalan agihan dalam ekonomi Islam tidak bersifat kesamarataan tetapi amat mementingkan unsur keadilan (al-cadl) sosial. Hak setiap individu individu Muslim juga terjamin dalam Islam. Hal ini turut meliputi golongan bukan Islam di mana Islam menjamin hak mereka seperti bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Dalam hal ini, Islam tidak memaksa golongan bukan Islam menganut agama Islam. Dari aspek sosial, Islam menolak sistem kasta sebaliknya meletakkan persamaan di antara manusia. Perbezaan manusia hanya takwa di sisi Allah. Setiap individu Muslim dan bukan Muslim dijamin memperolehi hak yang meliputi semua aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, hak individu Muslim dibatasi jika bertentangan dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Penekanan Islam terhadap keadilan menyebabkan golongan bukan Islam tidak tertakluk kepada hukum hudud. Selain itu, Islam turut menekankan prinsip produktiviti melalui penekanan pendidikan dan latihan yang merupakan pelaburan dalam masyarakat dan persekitaran ekonomi makro untuk membenarkan manusia untuk mencapai potensi yang maksimum. Hal ini dapat dilihat melalui kepentingan pendidikan umum yang dinyatakan dalam al-Quran menerusi surah al-Alaq (96: 1-5). Namun begitu, penekanan kepada aspek pendidikan dan latihan perlu diikuti dengan peningkatan spiritual manusia agar keseluruhan potensi manusia dapat ditingkatkan. Spiritual berupaya memacu dalaman jiwa manusia untuk meningkatkan produktiviti. Dalam hal ini, Abdul Aziz (1992: 203-204) menyatakan “A person in the West works hard to increase his/ her per capita income and consume or save more, as does a Muslim. However, a Muslim also works with the intention of pleasing God”. Sehubungan itu, dalam politik Malaysia dengan memfokuskan kepada aspek perundangan dan perlembangaan Malaysia turut menerapkan nilai-nilai Islam serta Islam juga diangkat menjadi agama rasmi negara Malaysia. Semua masyarakat negara sudah sedia maklum bahawa kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang tertinggi di Malaysia, namun acuannya mempunyai unsur-unsur keislaman. Sememangnya tidak disebutkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi di Malaysia namun agama Islam sebagai agama 469
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Persekutuan Malaysia juga sebenarnya sudah merangkumi hal yang demikian atau sekurangkurangnya memperuntukkan usaha ke arah yang demikian seperti yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3 iaitu termaktub lima perkara yang berteraskan Islam. Pertama, Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Kedua, di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya. Ketiga, Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu. Keempat, tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini. kelima, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undangundang membuat peruntukanperuntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam (Undang-Undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan). Demikian itu, dapat disimpulkan bahawa seiring dengan pembangunan pesat dalam negara Malaysia yang berbilang etnik dan agama, Islam masih mempunyai pengaruh dominan dalam politik dan perundangan negara yang turut disedari oleh semua masyarakat serta menghormatinya. Di samping itu juga, prinsip pemerkasaan turut terkandung dalam pembangunan berteraskan Islam. Proses ini melibatkan semua golongan masyarakat yang melibatkan pelbagai aspek seperti pendidikan, latihan dan kemahiran kendiri untuk meningkatkan kesejahteraan dan mobiliti sosial di samping mengurangkan halangan yang wujud dalam lingkungan persekitaran politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, pemerkasaan dalam masyarakat bergantung kepada keperluan individu atau sesebuah komuniti dan kepentingan masyarakat umum lebih diutamakan berbanding kepentingan individu. Program pembasmian kemiskinan yang berbentuk bantuan sosial seperti pendidikan, latihan kemahiran dan khidmat nasihat dapat memperkasakan golongan miskin dari aspek ekonomi (Sity & Zarina 2005: 200). Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas melalui pelaksanaan zakat sebagai pemerkasaan ekonomi dan sosial dalam usaha menguatkan kedudukan golongan yang terpinggir (asnaf yang layak menerima zakat) untuk membantu dan menjadikan umat Islam kuat dan mampu berdaya saing tinggi dalam mekanisme pasaran. Sebagai contoh, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mewujudkan 26 program agihan melalui Baitulmal seperti bantuan bulanan, biasiswa pendidikan, pembelian teksi, menghafaz al-Quran, menubuhkan pusat dialisis untuk membantu pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan, memberi bantuan kecemasan seperti banjir, tsunami dan kebakaran. Namun begitu, pemerkasaan dalam segenap aspek kehidupan yang meliputi elemen politik, ekonomi, sosial dan budaya mesti mematuhi syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Semua dimensi pemerkasaan tersebut turut berperanan meningkatkan pemerkasaan dari aspek spiritual kerana sifat pembangunan berteraskan Islam adalah menyeluruh dan bersepadu di antara material, fizikal dan spiritual. Hal ini berbeza dengan pembangunan menurut perspektif neoklasik yang melihat setiap dimensi pemerkasaan kehidupan manusia secara terpisah-pisah. Dalam hal ini, Islam turut menyokong keempatempat komponen pembangunan manusia yang meliputi kesaksamaan, kelestarian, produktiviti dan pemerkasaan namun perlu diikuti dengan peningkatan dalam spiritual manusia.
470
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESIMPULAN Pembangunan konvensional kini telah mula memberi penekanan terhadap kepentingan manusia dalam pembangunan. Hal ini bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan konsep pembangunan serta kritikan terhadap aliran pemikiran neo-klasik yang hanya menekankan keunggulan kuasa pasaran dan motif keuntungan. Namun begitu, pembangunan berteraskan Islam turut meletakkan kepentingan manusia dalam pembangunan malah turut dijadikan sebagai pengukur kepada pencapaian sesebuah pembangunan. Dalam hal ini, pembangunan berteraskan Islam turut mendukung empat komponen pembangunan manusia yang terkandung dalam pembangunan konvensional namun menuntut peningkatan spiritual dalam diri manusia. RUJUKAN Al-Batriq, Yunus. 1997. Perancangan pembangunan ekonomi dalam kerangka Islam. Islam dan pembangunan, hlm. 49-54. Terj. Syed Omar Syed Agil. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz. 1992. Firm level decisions and human resource development in an Islamic economy. The American Journal of Islamic Social Sciences 10(2): 201-216. Abdul Rahman Embong. 2005. Pembangunan dan kesejahteraan: agenda kemanusiaan abad ke-21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. AbulHassan Muhammad Sadeq. 1991. Economic growth in an Islamic economy. Dlm. AbulHassan Muhammad Sadeq, Ataul Huq Pramanik & Nik Mustapha Nik Hassan (pnyt.). Development and finance in Islam, hlm. 55-71. Petaling Jaya: International Islamic University Press. Atikullah Abdullah. 2009. Fiqh lestari: ke arah penyusunan prinsip-prinsip muamalat Islam untuk pembangunan lestari yang sepadu. MALIM 10: 73-92. Byres, T. J. 2006. Agriculture and development: towards a critique of the ‘New Neoclassical Development Economics’ and of ‘Neoclassical Neo-populism’. Dlm. Jomo K. S. & Fine, B. The new development economics: after the Washington consensus, hlm. 222-248. London & New York: Zed Books & New Delhi: Tulika Books. Calnitsky, D & Spencer A.D. The economic consequences of homo economicus : neoclassical economic theory and the fallacy of market optimality.The Journal of Philosophical Economics.6(2):2-26. Caporaso, J. A. & Levine, D. P. 1992. Theories of political economy. Cambridge: Cambridge University Press. Dale, R. 2000. Organisations and development: strategies, structures and processes. New Delhi: Sage Publications India Pvt Ltd. Economist Intellegence Unit. 2010. Democracy index 2010. http://graphics.eiu.com/PDF/ Democracy_Index_2010_web.pdf [25 April 2011]. George, V. 1988. Wealth, poverty and starvation: a world perpective. New York: St. Martin’s Press. Haq, Mahbub Ul. 1995. Reflections on human development. New York: Oxford University Press. Hayami, Y. 2001. Development economics: from the poverty to the wealth of nations. Ed. ke2. Oxford: Oxford University Press. Holton, R. J. 1992. Economy and society. London: Routledge. Ishak Yussof & Mohd. Yusoff Hussain. 2009. Pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup penduduk. Dlm. Nor Aini Idris & Ishak Yussof (pnyt.). Ekonomi Malaysia ke arah pembangunan seimbang, hlm. 61-75. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Khurshid Ahmad. 1992. Pembangunan ekonomi dalam rangka kerja Islam. Dlm. Khurshid Ahmad (pnyt.). Kajian dalam ekonomi Islam, hlm. 255-281. Terj. Sibly Maros & Amir 471
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Hussin Baharuddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Rasmi Unit Perancangan Ekonomi. Ekonomi Berasaskan Pengetahuan dan ICT. Malaysia: Jabatan Perdana Menteri.http://www.epu.gov.my/ekonomi-berasaskanpengetahuan [16 Februari 2016]. Lowenberg, A. D. 1990. Neoclassical economy as a theory of politics and institutions. Cato Jurnal 9(3): 619-639. Mohd. Hazim Shah. 2008. Ethics, politics, and economics: philosophical reflections on economic development. Akademika 73: 97-108. Muhammad Syukri Salleh. 1990. Pembangunan untuk manusia atau manusia untuk pembangunan: analisis tentang manusia dalam pembangunan berteraskan Islam. Dlm. Muhammad Syukri Salleh (pnyt.). Konsep dan perlaksanaan pembangunan berteraskan Islam, hlm. 30-55. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Muhammad Syukri Salleh. 2003a. Tujuh prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd. Nafziger, E. W. 1997. The economics of developing countries. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice Hall, Inc. Undang-Undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan. pindaan terkini - Akta 1260/2006 Perlembagaan Persekutuan. Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan, Perkara 3: Agama Bagi Persekutuan (1-5). http://cpps.org.my/resourcecentre/ perlembagaan_persekutuan.pdf [16 Februari] Sen, A. 1999. Development as freedom. New York: Alfred A. Knorf. Shamsulbahriah Ku Ahmad. 1990. Pengantar ekonomi politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Smith, A. 1957. Selection from the wealth of nation. New York: Appleton Century Crofts. Sity Daud. 1999. Pemerintah berorientasikan pembangunan. Dlm. Ghazali Mayudin (pnyt.). Teori sains politik pilihan: aplikasinya dalam konteks Malaysia, hlm. 220-231. Bangi: Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia. Sity Daud. 2003. Negara pembangunan Malaysia: dari Dasar Ekonomi Baru kepada Dasar Pembangunan Nasional. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Sity Daud & Zarina Othman. 2005. Keselamatan insan dan jaringan keselamatan sosial. Dlm. Sity Daud & Zarina Othman (pnyt.). Politik dan keselamatan, hlm. 187-207. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Webber, S. 2015. Randomising Development: Geography, Economics And The Search For Scientific Rigour.Tijdschrift voor Economische en Sociale Geografie.106 (1):36-52.
472
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN DALAM KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA Sitti Hasnah binti Bandu, Mohd Mahzan bin Awang, Abdul Razaq bin Ahmad Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Artikel ini membincangkan tentang konsep,isu dan cabaran kewarganegaraan di Malaysia. Kewarganegaraan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sesebuah negara. Namun, kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar masih di tahap sederhana hasil penerapan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) mahu pun Sejarah. Perbincangan meliputi penerapan kompetensi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik diMalaysia.Artikel ini juga turut meninjau kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kompetensi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar di dalam dan luar negara. Isu dan cabaran dalam usaha meningkatkan kompetensi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan turut menjadi focus perbincangan artikel ini. Di akhir sekali,artikel ini turut membincangkan cadangan meningkatkan kompetensi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Kata kunci: Kewarganegaraan;kompetensi kewarganegaraan;kepelbagaian kaum dan etnik.
PENGENALAN Pendidikan mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kompetensi kewarganegaraan seperti yang dihasratkan oleh negara. Oleh itu, melahirkan warganegara yang baik merupakan matlamat utama dalam sistem pendidikan negara. Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), matlamat pendidikan ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna secara automatik menjadi warganegara Malaysia yang baik. Ciri-ciri warganegara Malaysia yang baik diterjemahkan melalui FPN iaitu percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia). Oleh itu warganegara yang ingin dilahirkan dalam konteks di Malaysia ialah insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN Blom Hansen (2015) menyatakan bahawa konsep kewarganegaraan pada mulanya hanya berhubung kait dengan undang-undang yang berkaitan dengan hak dan kedaulatan negara. Namun hari ini konsep kewarganegaraan lebih meluas meliputi hak politik dan undangundang asas, hak sosial serta berkaitan dengan kesetiaan, kekitaan dan keseopanan. Maka wujud konsep sivik dalam konsep kewarganegaraan iaitu konsep yang melibatkan aktiviti kesukarelaan melalui persatuan dan berperanan dalam masyarakat awam ketika 473
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ini (William A. Galston 2012) dan menurut beliau lagi kewarganegaraan ialah ahli masyarakat awam yang terlibat secara sukarela. Ia adalah status undang-undang yang terdapat di dalamnya hak dan kewajipan. Konsep kewarganegaraan ini juga dipersetujui oleh Geboers et al. (2015) yang menyatakan bahawa kewarganegaraan adalah sebagai mematuhi perjanjian dalam undang-undang, hak sama rata, amanah dalam kerajaan, penglibatan politik, penyertaan sivik dan penyertaan dalam aktiviti atau perkhidmatan secara kesukarelaan. Justeru itu konsep kewarganegaraan telah diperluas dan peranan kewarganegaraan dalam pemahaman masyarakat turut berkembang. Namun di Malaysia, secara umumnya konsep kewarganegaraan yang difahami adalah kewarganegaraan dalam konteks negara yang mengamalkan demokrasi. Konsep kewarganegaraan adalah hubungan di antara seseorang warganegara iaitu rakyat terhadap negara yang didiami. Sebagai rakyat dalam sesebuah negara, mereka berhak untuk mendapat sebarang kemudahan dan faedah dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dengan kata lain, kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara (Nazaruddin 2001). Status ini memberikan hak, faedah dan kemudahan tertentu kepada rakyat. Walau pun begitu status ini menuntut tanggungjawab rakyat terhadap negaranya. Seseorang warganegara itu mempunyai kewajipan untuk memberi perkhidmatan kepada negara. Oleh itu, terdapat hubungan timbal balik hasil dari tanggungjawab dan kemudahan yang diterima oleh seseorang warganegara dalam sesebuah negara. Kompetensi merupakan kebolehan atau keupayaan untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Menurut Hicks (2001), aspek pengetahuan yang perlu ada bagi setiap warganegara ialah kefahaman terhadap kefungsian demokratik iaitu pengetahuan tentang kerajaan, perlembagaan dan hak sivil. Bagi aspek kemahiran pula, seseorang warganegara berkebolehan untuk bertukar-tukar perspektif atau pandangan dan kemahiran komunikasi. Oleh yang demikian, terdapat dua elelmen penting yang perlu diketengahkan dalam artikel ini iaitu kebolehan pelajar dari segi pengetahuan dan amalan kewarganegaraan. Amalan kewarganegaraan meliputi kemahiran dan sikap pelajar terhadap kewarganegaraan. Pelbagai etnik merujuk kepada kaum terdapat di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta lain-lain etnik. Dalam artikel ini ingin melihat kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik dipengaruhi oleh pengetahuan, pedagogi guru, penggunaan buku teks serta penglibatan pelajar dalam kegiatan aktiviti kokurikulum. Artikel ini menggunakan konsep kewarganegaraan yang diasaskan oleh Ten Dam (2011). Menurut kajian yang dilakukan oleh Ten Dam (2011) terdapat empat tugasan sosial bagi kewarganegaraan pelajar iaitu bertindak secara demokrasi (active democraticaly), tanggungjawab sosial (social responsibility), pengurusan konflik (conflict management) dan pengurusan perbezaan (dealing with differencess). Penilaian terhadap empat tugasan tersebut dilakukan melalui aspek pengetahuan dalam pengisian pendidikan kewargangaraan secara formal dan tidak formal terhadap pelajar di sekolah menengah untuk melahirkan warganegara yang baik pada masa akan datang. Jadual 1.1 menjelaskan huraian secara ringkas konsep kewarganegaraan dari segi kompenan kewarganegaraan dan tugas-tugas sosial. Ciri-ciri kewarganegaraan pelajar yang dibentuk dalam kajian ini adalah berdasarkan konsep kewarganegaraan yang diperkenalkan oleh Ten Dam yang telah diubahsuai serta dilakukan penambahbaikkan mengikut konteks Malaysia.
474
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual1.1 Konsep Kewarganegaraan (Definisikonsep kewarganegaraan dari segi kompenan kewarganegaraan dan tugas-tugas sosial) TUGASAN KOMPONEN SOSIAL Pengetahuan Kemahiran Sikap - Mengetahui Berkebolehan - Pemikiran dalam melakukan - Kefahaman - Bersedia sesuatu - Pemahaman - Kesanggupan - Gambaran Bertindak Secara Mengetahui prinsip Berkebolehan Bersedia untuk mendengar Demokrasi demokrasi, bertindak dalam pendapat orang lain, aktif mengikut prinsip-prinsip menegaskan dalam perbincangan, demokrasi. pandangan dan menyumbang idea-idea mendengar kritikal. pendapat orang lain. Tanggungjawab Mengetahui peraturanMenyesuaikan Menyokong keadilan peraturan sosial. diri dalam sosial, bersedia untuk Sosial masyarakat. memberikan bantuan. Pengurusan Konflik
Mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah, meminta bantuan/nasihat daripada orang lain, mengaku kesilapan, mencegah situasi bertambah buruk.
Berkebolehan mendengar, meletakkan diri dalam situasi orang lain, mencari penyelesaian yang tidak bias.
Bersedia untuk meneliti konflik, bersedia untuk mempertimbangkan orang lain, bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang boleh diterima/kata putus.
Pengurusan Perbezaan
Mengenali perbezaan budaya, berpengetahuan dalam peraturan tingkah laku dalam situasi sosial yang berbeza, mengetahui diskriminasi dan prejudis.
Berkebolehan dalam situasi sosial yang berbeza dengan nilai budaya yang diamalkan, bertolak ansur dengan cara hidup orang lain.
Keinginan untuk mengenali pandangan dan gaya hidup orang lain, mempunyai sikap positif/ berfikiran terbuka terhadap perbezaan.
Sumber: TenDam (2011) Untuk mencapai hasrat yang digariskan dalam FPN, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) serta mengubahsuai dan menambahbaik kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral untuk menghasilkan warganegara yang boleh memberi sumbangan kepada negara. Penilaian tehadap mata pelajaran yang berteraskan kepada konsep kewarganegaraan dan penghayatan nilai murni sejagat perlu sentiasa dikaji untuk memastikan matlamat FPN tercapai iaitu melahirkan warganegara yang baik. Tidak terkecuali dengan mata pelajaran Sejarah. Bermula tahun 2003 kurikulum mata pelajaran Sejarah telah ditambahbaik dengan memasukkan nilai-nilai kewarganegaraan dan integrasi nasional untuk menyuburkan lagi semangat patriotisme serta jati diri pelajar. Pengajaran sejarah turut menekankan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang perlu ditanam kukuh dalam diri setiap warganegara. Pendidikan sejarah menjadi nadi kepada perkembangan semangat jati diri dan perjuangan dalam diri sesebuah masyarakat. Namun dalam era 1970an pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sivik didapati kurang berkesan kerana kekurangan minat dan komitmen dalam kalangan guru (Chang 475
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
2005). Oleh itu, sejauh mana pengenalan mata pelajaran PSK dapat membentuk kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar yang pelbagai etnik di Malaysia merupakan satu persoalan yang perlu dianalisis. Mata pelajaran PSK mengandungi dua istilah yang saling berkaitan antara satu sama lain. Namun matlamat utamanya ialah membentuk kompetensi kewarganegaraan pelajar iaitu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia Kurikulum Mata Pelajaran PSK Ianya juga selari dengan kehendak kurikulum mata pelajaran Sejarah yang ingin melahirkan warganegara yang mempunyai semangat setia negara dan jati diri yang kukuh seperti berikut : Mata Pelajaran Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warga Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Mata Pelajaran Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa. Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah Kompetensi kewarganegaraan pelajar yang ingin dilahirkan juga selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 – 2025 melalui aspirasi murid anjakan 3 iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai seperti berikut: Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 Oleh itu, kejayaan yang ingin dicapai melalui hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai melalui PIPP adalah seperti berikut : Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 476
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Oleh itu, artikel ini ingin melihat kompetensi kewarganegaraan pelajar dari segi pengetahuan dan amalan berdasarkan konsep kewarganegaraan Ten Dam, hasrat KPM dan PIPP. Diharapkan pelajar boleh menguasai tugasan sosial seperti bertindak secara demokratik, mempunyai tanggungjawab sosial, dapat menguruskan konflik dan dapat mengurus perbezaan. Tugasan sosial ini perlu kepada semua masyarakat memandangkan negara kita mempunyai kepelbagai kaum dan etnik. Oleh itu keupayaan menguasai komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap tugasan sosial akan melahirkan warganegara yang kompeten pada masa akan datang selaras dengan hasrat KPM. ISU DAN PERMASALAHAN Walaupun terdapat terdapat faktor lain yang boleh membentuk kompetensi kewarganegaraan pelajar namun pendidikan merupakan faktor yang sangat dominan. Ini adalah kerana pendidikan kewarganegaraan bermatlamat membentuk kompetensi dalam kalangan pelajar dan dalam konteks di Malaysia. Oleh itu, pembentukan kompetensi kewarganegaraan pelajar berkait rapat dengan pendidikan. Mohd Mahzan et al. (2015) menyatakan bahawa terdapat tiga aspek yang dapat menjadikan seseorang sebagai warganegara yang baik iaitu melalui sistem pendidikan, pengetahuan tentang Perlembagaan Malaysia, dan keprihatinan sebagai masyarakat majmuk. Namun demikian, kajian masih kurang berkaitan dengan kompetensi kewargenegaraan dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menurut Mohd Mahadee dan Mansor (2013) masih terdapat limitasi dalam kajian lampau tentang keupayaan rakyat untuk bertingkah laku sebagai warganegara yang demokratik. Penerapan kompetensi kewarganegaraan melalui pendidikan dilihat dari aspek pengetahuan guru, pedagogi yang diamalkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan buku teks serta penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Penerapan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Kesemua mata pelajaran tersebut mengandungi elemen-elemen yang menjurus kepada pembentukan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Namun kompetensi kewarganegaraan masih di tahap sederhana hasil penerapan mata pelajaran PSK mahu pun Sejarah. Pendidikan sivik gagal memainkan peranan untuk memberi pengetahuan dan nilai serta perasaan kebanggaan kepada negara dalam kalangan generasi muda iaitu belia lepasan sekolah yang berumur 19-21 (Zahara 1995, Chang 2005). Beliau menegaskan bahawa faktor pengajaran yang lemah di sekolah mempengaruhi penerimaan dan gerak balas pelajar-pelajar kepada mata pelajaran sivik. Malah sehingga kini, kajian oleh Mohd Mahzan et al. (2013) mendapati pengetahuan tahap kompetensi kewarganegaraan pelajar adalah di tahap sederhana. Pengetahuan pelajar tentang kewarganegaraan yang kompeten adalah pelbagai serta wujud kekeliruan dalam kalangan pelajar berkaitan dengan konstruk-konstruk kewarganegaraan. Terdapat beberapa aspek boleh mempengaruhi pembentukan kompetensi kewarganegaraan pelajar. Pengetahuan guru dan pengajaran guru dalam mata pelajaran yang menjurus kepada membentuk kewarganegaraan seperti PSK dan Sejarah misalnya sangat mempengaruhi keupayaan mereka untuk menerapkan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Kajian lepas menunjukkan tahap kesediaan guru-guru adalah pada paras sederhana dari aspek kemahiran membuat kronologi, kemahiran meneroka bukti dan membuat interpretasi (Zahara & Nik Azleena 2007). Pengajaran guru dikatakan bersifat indoktrinasi dan tidak kreatif, bercorak sehala dan tidak mewujudkan peluang berinteraksi di antara guru dan pelajar (Abdul Razaq et al. 2009). Amalan pedagogi guru terlalu bersifat tradisional dan kurang melibatkan pelajar dalam amalan pembelajaran dan pengajaran (PdP) (Anuar et al. 2009). Oleh kerana itu, mesej yang ingin disampaikan oleh guru tidak dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Hal ini menimbulkan situasi proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat membosankan. Kekurangan minat dan komitmen dalam pengajaran dan pembelajaran 477
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sivik yang membawa kepada kegagalan subjek tersebut pada tahun 1970an. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan yang aktif dan interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (Chang 2005). Isu tersebut mempunyai hubungan rapat terhadap kesan daripada hasil dapatan kajian lepas seperti kajian oleh Rizal (2002) melihat pengetahuan, sikap dan tanggapan pelajar terhadap konsep dan nilai-nilai kewarganegaraan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa setelah 13 tahun mengalami proses pendidikan di sekolah, pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap nilai-nilai kewarganegaraan masih lagi longgar dan berada pada tahap sederhana. Namun kajian terhadap pelajar berumur 12 hingga 16 tahun secara analisis longitudinal oleh Geboers et al. (2015) menunjukkan pembangunan kompetensi kewarganegaraan semasa sekolah menengah, tetapi corak diperhatikan bukan sentiasa positif. Pelajar secara amnya menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan kewarganegaraan, tetapi penurunan dalam kepentingan bermasyarakat, keupayaan prososial mereka serta keupayaan berfikir secara efektif dan didapati pelajar perempuan dan pelajar dalam kalangan golongan minoriti mempunyai pembangunan kompetensi kewarganegaraan yang lebih baik. Kandungan buku teks juga menyumbang kepada penerapan nilai kewarganegaraan terhadap kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Namun satu kajian terhadap kandungan buku teks oleh Noraizan (2008) menunjukkan pelajar akan berasa bosan semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu banyak fakta yang perlu dihafal. Walaubagaimana pun, isi kandungan buku teks bergantung kepada kurikulum mata pelajaran tersebut. Satu kajian oleh Mohamad Johdi (2003) berkaitan dengan kandungan mata pelajaran Sejarah mendapati pencapaian respons untuk nilai dan kewarganegaraan adalah menggalakkan iaitu purata 82.9% bersetuju. Pada dasarnya, responden mempunyai kesedaran, kepekaan dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha-usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. Walaubagaimana pun, elemen pemerintahan berasaskan demokrasi 66.7% dalam kandungan buku teks, amat rendah dan perlu dikaji lebih lanjut. Selain itu, terdapat juga isu berkaitan dengan kebolehan guru menggunakan buku teks iaitu terdapat kajian lepas menunjukkan bahawa guru-guru tidak mahir sepenuhnya dalam menggunakan buku teks terutamanya mata pelajaran Sejarah dalam kreativiti dan mengintegrasikan kandungan buku teks dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (Abdul Razaq et al. 2013). Kandungan buku teks perlu selaras dengan kehendak kurikulum mata pelajaran dan persembahan maklumat dalam buku teks perlu ditambah baik untuk menarik minat pelajar mempelajari konsep kewarganegaraan melalui mata pelajaran Sejarah atau PSK. Oleh itu, satu keperluan untuk membuat kajian terhadap penggunaan buku teks PSK atau Sejarah kerana terdapat elemen pembentukan Negara berdaulat yang diperlukan bagi pembentukan kompetensi kewarganegaraan untuk mencapai hasrat tersebut. Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga penting dalam menerapkan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Menurut Mohd Fazli et al. (2013) aktivitikokurikulum pentingdalammembantu melengkapkandanmemperkukuhkan proses pembelajaran didalambilikdarjah,disamping dapat menunjukkanperubahan tingkah laku sertamempengaruhi sahsiahpelajar. Aktiviti kokurikulum adalahjelasbolehmenambah pengalamanpentingdankemahirankepadapelajar (Reaves etal.2010). Namun hasil kajian lepas menunjukkan data markahkokurikulumsepuluh peratus(10%)negeriSelangor 2010secara keseluruhannyamenunjukkanpenglibatanpelajar adalah sederhana (Mohd Fazli et al. 2013). Oleh yang demikian, kegiatan kokurikulum perlu diperluas di luar sekolah iaitu dengan melibatkan diri dalam kegiatan komuniti setempat. Kajian oleh Naomi (2012) menunjukkan persepsi golongan muda tentang kewarganegaraan yang baik ialah 70% mengatakan penglibatan dalam masyarakat komuniti. Rentetan kekurangan pengetahuan kewarganegaraan memberi implikasi terhadap kemahiran dan sikap kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Terdapat kemahiran kewarganegaraan yang kurang dimiliki oleh pelajar seperti penyelesaian konflik. Kajian 478
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
lampau sebelum ini menunjukkan kelemahan utama pengajaran mata pelajaran Sejarah ialah kegagalan guru untuk memimpin murid menggunakan keupayaan menilai dan mentafsir serta kurang kemahiran menyelesaikan konflik (Salbiah 1995, Hamidah et al. 2011 & Balakrishnan 2012). Kemahiran menilai dan mentafsir sangat penting dalam menerapkan kemahiran kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Namun, kajian oleh Hessel et al. (2016) menunjukkan bahawa peluang golongan muda untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan dan untuk mendapatkan pengalaman demokrasi agak terhad di sekolah. Ini bermakna peluang untuk mendapatkan kemahiran serta terlibat di dalam proses kehidupan masyarakat demokratik sangat kurang berlaku di sekolah. Justeru itu, fungsi sekolah untuk menerapkan kemahiran yang boleh membentuk kompetensi kewarganegaraan di sekolah sukar dilaksanakan dengan kekangan guru serta persekitaran sekolah. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mula diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Perlembagaan Malaysia dijadikan panduan dalam sistem demokrasi di Malaysia. Melalui sistem ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan dan menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihanraya. Sejauh mana sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil khususnya dalam negara yang mempunyai penduduk kepelbagaian etnik. Justeru itu, sebuah demokrasi yang kuat memerlukan penyertaan semua orang dalam segala bentuk kehidupan sosial dan politik. Pelajar kurang berpengetahuan dari segi konsep negara demokrasi iaitu berkaitan dengan ciri negara demokrasi serta tanggungjawab warganegara terhadap negara demokrasi. Kajian mendapati bahawa tahap kefahaman demokrasi dalam kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa, kesedaran pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai warganegara yang mengamalkan prinsip demokrasi masih belum mencapai tahap yang dibanggakan (Hamidah et al. 2011). Mengikut Noami (2012) tidak terdapat data yang khusus hasil daripada tinjauan di negara demokrasi tentang menghormati hak asasi manusia, toleransi dan perpaduan. Justeru itu, sukar untuk menentukan golongan muda ini memiliki ciri-ciri kewarganegaraan tersebut. Namun dalam kajian ini, golongan muda tidak meletakkan penglibatan dalam politik demokrasi, mengambil bahagian dalam proses pilihan raya sebagai salah satu ciri penting dalam warganegara yang baik. Kekurangan pengetahuan kewarganegaraan bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di luar negara seperti di Australia juga turut merasa bimbang dengan isu ini. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh sebuah badan yang dilantik oleh pemerintah di Australia, mereka mendapati “young Australians had a very tenuous understanding of their nation’s political history and democratic institutions” (Clark 2008). Hakikatnya pelajar dan golongan muda di Australia semakin kurang pengetahuan sejarah negaranya. Ia mencemaskan pemerintah dan disedari oleh John Howard, Perdana Menteri Australia ketika itu. Begitu juga di Malaysia, terdapat kajian lampau yang menunjukkan kesan kurangnya penghayatan terhadap kewarganegaraan menyebabkan wujud dalam kalangan pelajar yang kurang semangat patriotisme. Isu ini perlu diberi perhatian kerana patriotisme atau sayang kepada negara merupakan jati diri yang perlu ada dalam kalangan pelajar sebagai warganegara yang akan membawa negara ke arah yang lebih maju. Menurut Mohd Zahari et al. (2006) kurangnya semangat patriotisme yang lahir dalam diri adalah akibat tidak menghayati sifatsifat kewarganegaraan dengan baik. Seramai 114 pelajar yang terdiri daripada semester 2 sehingga semester 7 diploma dan ijazah di Universiti Teknologi Mara mendapati bahawa kurangnya semangat patriotisme dalam diri yang melibatkan dalam acara sambutan Hari Kemerdekaan. Hanya 48% yang sanggup membeli bendera sendiri untuk dikibarkan semasa sambutan Bulan Kemerdekaan tersebut. Kekurangan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar adalah rentetan daripada kekurangan ilmu kewarganegaraan.
479
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk menambahbaik cadangan dalam meningkatkan penerapan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 menyenaraikan enam atribut yang ingin dihasilkan dan salah satunya ialah jati diri kebangsaan. Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus di Malaysia bermula tahun 2013 untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang sejarah Malaysia yang di dalamnya terkandung elemen kewarganegaraan. Menambahbaik item-item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran tersebut agar melahirkan pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi memiliki nilai-nilai kewarganegaraan seperti yang dihasratkan oleh KPM. Selain itu, memperkasa mata pelajaran PSK di sekolah. Walaupun mata pelajaran PSK bukan mata pelajaran wajib lulus, pihak sekolah seharusnya memberi penekanan kepada mata pelajaran ini kerana elemen-elemen kewarganegaraan banyak terkandung dalam mata pelajaran tersebut. Pihak sekolah tidak seharusnya menganaktirikan mata pelajaran PSK dengan alasan mata pelajaran ini tidak tersenarai dalam peperiksaan awam. Sungguh menyedihkan jika pihak sekolah menggunakan masa pengajaran PSK untuk mata pelajaran tertentu semata-mata untuk meningkatkan peratus kelulusan dalam peperiksaan. Justeru itu, pihak sekolah seharusnya menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSK untuk membentuk kompetensi kewarganegaraan pelajar mengikut kurikulum yang telah digariskan. Pihak KPM juga seharusnya lebih serius untuk memperkasa mana-mana mata pelajaran yang menjurus kepada pembentukan kewarganegaraan dengan memberi latihan kepada guruguru mata pelajaran tersebut. Berdasarkan kepada isu yang berkaitan dengan kekurangan pengetahuan dan kepakaran guru untuk mengajar mata pelajaran tersebut, pihak KPM perlu memberi latihan dan pengetahuan secukupnya agar guru-guru boleh menerapkan kompetensi kewarganegaraan kepada pelajar secara lebih berkesan. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga perlu dipertingkat agar kemahiran memimpin, membuat keputusan dan kemahiran lain boleh dipupuk. Selain itu, penglibatan pelajar dalam kalangan pelbagai kaum dan etnik boleh mewujudkan situasi yang harmoni dan menambah rasa kesefahaman dan kebersamaan. RUMUSAN Secara keseluruhannya, kompetensi kewarganegaraan merupakan elemen yang sangat penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang terdiri pelbagai kaum dan etnik. Pendidikan merupakan salah satu cara untuk membentuk kompetensi dalam kalangan pelajar untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap aspirasi negara. Namun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam konteks di Malaysia. Sehingga kini pelbagai usaha masih dilaksanakan dalam mencapai hasrat membentuk kompetensi kewarganegaraan bagi melahirkan warganegara yang baik. RUJUKAN Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T.Abdullah. 2009. Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. JurnalPendidikanMalaysia. 34(1) (2009): 53– 66. Abdul Razaq Ahmad et al. 2013. The Skills of Using History Textbooks in Secondary School. Asian Social Science; Vol. 9, No. 12; 2013. Published by Canadian Center of Science and Education Balakrishnan, V. 2004. Rebirth of Civics and Citizenship Education in Malaysia. Masalah Pendidikan, 27, 221–228. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/5105/ 480
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Blom Hansen. 2015. Citizenship as horizon Thomas Department of Anthropology, Stanford University, Stanford, CA, USA 2015. Chang, L. H. 2005. Pendekatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam Milenium Baru [Approach for civic and citizenship education in the new millenium]. Masalah Pendidikan, 28, 195–204. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/4997/ Clark, A. 2008. A comparative study of History teaching in Australia and Canada. Monash: Monash University Press. Geboers, E., Geijsel, F., Admiraal, W., & Ten Dam, G. 2015. Citizenship orientations and knowledge in primary and secondary education. Social Psychology of Education. http:// dx.doi.org/10.1007/s11218-014-9265-7 Harun, H. & Aziz, Z. 2011. Meningkatkan Perpaduan dalam Kalangan Pelajar Melalui Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Seminar Pendidikan Serantau 2011, hlm.Vol. 1, 548–553. Hamidah Ab. Rahman dan Hamidah Abd. Rahman et al. 2011 Kajian tinjauan hubungan etnik dalam kalangan pelajar tahun satu di kampus Johor Baharu. U n i v e r s i t i Te k n o l o g i Malaysia (UTM) Jurnal Teknologi 54 (sains sosial) Jan 011 : 65-76 @ Universiti Teknologi Malaysia. Hessel Nieuwelink, Paul Dekker, Femke Geijsel, Greet Ten Dam (2016) Adolescents’ experiences with democracy and collective decision-making in everyday life. https:// www.researchgate.net/publication/287319142_Adolescents%27_experiences_with_ democracy_and_collective_decision-making_in_everyday_life Hicks, D. 2001. Re-examining the future: the challenge for citizenship education. Educational Review 53: 229-240. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 5. Pusat Perkembanagn Kurikulum. Mohamamad Johdi Salleh. 2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah: Perspektif Pelajarpelajar. Universiti Islam Antarabangsa Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran. 2013. Hubungan Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah 38(2), 1–9. Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor. 2013. Manifestasi Pendidikan Sivik dalam kalangan Alumni Program Latihan Khidmat Negara. 8, 73-106. Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Amla Mohd Salleh. 2015. Kompetensi Kewarganegaraan di Malaysia. Laporan Penyelidikan Program Kesepaduan Sosial Negara (LRGS/BU2011/UKM/CMN/01) Mohd Zahari Yusoff, Muhammad Shukri Salleh & Meer Zhar Farouk Amir Razli. 2006. Persepsi Patriotisme di kalangan mahasiswa tinjauan dari sudut pemikiran mahasiswa high achievers UiTM cawangan Kelantan 1–12. Retrieved from http://eprints.utm. my/550/1/MohdZahariYusoff2006_Persepsipatriotismedikalanganmahasiswa.pdf Noami. R, Marian. S, Tom. B & David . K. 2012. What is a good citizen? National Foundation for Educational Research available here: www.nfer.ac.uk/CIVT Noraizan binti Hamzah@Daud. 2008. Persepsi Pelajar dan Guru Terhadap Penggunaan Buku Teks Sejarah. Kertas Projek Sarjana.UKM.Bangi. Reaves, et al. 2010. Benefits and costs of faculty participation in extra- and co-curricular activities. NACTA Journal: 54-60. Rizal Uzir. 2002. Nilai-Nilai Kewarganegaraan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan: UKM. Ten Dam, G., Geijsel, F., Reumerman, R. & Ledoux, G. 2011. Measuring young people’s citizenship competences. European Journal of Education, 46(3), 354–372. 481
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
William A. Galston .2012. Brookings Institution Citizenship and Civic Attachment: The Case for a Universal Service Lottery Public Administration Review • May June 2012. Zahara Aziz, N. A. 2007. Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Pendidikan, 32, 119–137. Zahara Aziz. 1985. Penerapan Pendidikan Kewarganegaraan dan Kesejahteraan Negara. Dalam Juriah Long. Aliran Dalam Pendidikan Menjelang Abad Ke 21. Bangi: Penerbit UKM.
482
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEDAGOGI ABAD 21 BERBASISKAN RANGKAIAN SOSIAL GOOGLE PLUS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Siti Salwah Bt Atan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan Abstrak Teknologi mencipta perubahan kepada kaedah pembelajaran. Dengan adanya kemudahan teknologi dalam kelas, pelajar berpeluang mengalami satu pengalaman yang tidak dapat disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian rangkaian sosial telah menjadi trend dewasa ini yang digunakan secara global dan merupakan revolusi yang telah meresap ke seluruh peringkat pendidikan (Zaidatun, Jacquelin s., & Jamalludin, 2011). Menerusi pengaplikasian alatan rangkaian sosial, murid diharap tidak lagi hanya bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat sematamata, malah mereka boleh menyediakan maklumat dan berkolaborasi dengan rakan lain. Penggunaan teknologi pula haruslah digabungjalinkan dengan pedagogi yang bersesuaian agar pengintegrasian ini dapat memberi nilai tambah terhadap aktiviti p&p. Pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian Google Plus boleh dijalankan dengan sokongan pihak sekolah, kementerian dan masyarakat dengan menyediakan prasarana dan jaringan internet yang baik untuk kegunaan semua warga sekolah. Dengan kemudahan jaringan internet yang semakin baik, ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengintegrasikan rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif. Populariti pelbagai alatan rangkaian sosial telah mendorong para pendidik untuk menggunakan Google Plus sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada murid untuk lebih meningkatkan pencapaian pelajaran mereka. Justeru, kertas konsep ini akan membincangkan definisi pedagogi abad 21, kepentingan pedagogi abad 21 dan penggunaan aplikasi Google Plus dalam kalangan guru BM. Akhir sekali dicadangkan pembinaan sebuah model konsep pedagogi abad 21 BM berasaskan aplikasi rangkaian sosial Google Plus. Kata kunci : rangkaian sosial Google Plus, pedagogi abad 21, pencapaian murid. Abstract This concept paper will discuss about the 21st century pedagogy through the application of social network Google plus in teaching and learning Bahasa Melayu. Technology creates changes in the methods of learning. With the availability of technology in the classroom, students have the opportunity to experience the teaching and learning method that is not provided by the traditional approaches. Teaching and learning through the application of social networking has become a trend nowadays that is used globally and is a revolution that has seeped into all levels of education (Zaidatun et al., 2011). By using social networking tools, students are expected not just rely on the teacher to get information solely, but they can provide information and collaborate with other partners. The use of technology should be related with appropriate pedagogy that this integration can provide added value to the activities of teaching and learning. Teaching and learning through the application of Google Plus can be carried out with the support of school administrators, ministry of education and communities by providing an infrastructure and a good internet network to be used by all citizens of the school. With the ease of internet network is getting better,
483
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
this is one of the initiatives to integrate social networks in teaching and learning more active. The popularity of various social networking tools has prompted educators to use Google Plus as a medium of teaching and learning and are expected to provide benefits to students to enhance their educational achievements. Therefore, this concept paper will discuss the definition of the 21st century pedagogy, pedagogical interests of the 21st century and the use of Google Plus app among BM teachers . Finally, the proposed model concept of the 21st century pedagogy will be constructed based on the Google Plus application. Keywords : Google Plus social network, 21st century pedagogy, student achievement.
PENGENALAN Aspirasi kerajaan dalam PPPM 2013-2025 adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan satu pertiga terbaik dunia. Bagi merealisasikannya, institusi sekolah adalah diharapkan dapat menjana modal insan bersifat holistik menjelang Wawasan 2020. Manakala guru-guru pula perlulah menjadi lebih proaktif mendidik dan mentarbiah agar kecemerlangan murid terhasil. Kedatangan abad 21 merancakkan lagi perkembangan pendekatan, teknik dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan itu, cabaran juga menjadi lebih sengit (Zaidatun et al., 2011). Pedagogi abad 21 yang bertunjangkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan murid (Siti Faizzatul Aqmal & Razali, 2011). Penggunaan komputer, internet, perisian interaktifyang diajar pada peringkat sekolah rendah, menengah, mahupun kolej dan universiti kini telah menjadi satu keperluan. Guru-guru dan pelajar didedahkan dengan penggunaan rangkaian sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik. Pembelajaran yang diadaptasi untuk kemahiran abad ke-21 seperti inovasi, kreativiti dan kreatif, berpusatkan murid dan bijak berkolaborasi dalam menyelesaikan masalah (National Research Council, 2012). Definisi Pedagogi Abad 21. Era globalisasi telah membawa perubahan yang besar dalam sistem pendidikan. Kemunculan abad ke 21 menjadikan perubahan semakin hebat dengan perkembangan teknologi yang sangat pesat. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan keupayaan kuasa digital telah mencabar sistem pendidikan negara kita. Kepesatan ini telah membawa perubahan dalam mendefinisikan pedagogi abad 21. Secara umumnya pedagogi abad 21 merujuk kepada satu set yang luas merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, tabiat kerja, dan ciri-ciri watak yang dipercayai-oleh pendidik, pembaharu sekolah, profesor kolej, majikan, dan lain-lain. Namun, sarjana pendidikan mentakrifkan pedagogi abad ke-21 sebagai suatu seni, sains dan teori, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengadaptasikan pengajaran berbentuk inovasi, mengintegrasikan teknologi ICT (Matthew & Punya, 2008; Stacey & Gerbic, 2008; Wilson, 2010). Dalam konteks ini, murid-murid lebih terdedah kepada konsep pembelajaran terbuka dan berpusatkan murid. Menurut Fauzi Salleh (2014) (https://prezi.com/dogujyamgpzh/pedagogi-abadke-21/) yang memberikan definisi pedagogi abad 21 sebagai kemampuan mengaplikasi dan menghayati empat kategori utama kemahiran abad 21 iaitu pembentukan murid ke arah berkemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, berupaya mengintegrasikan kemahiran 484
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
aras tinggi. bijak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dan boleh membuat penyesuaian dengan melibatkan penggunaan otak kiri dan otak kanan secara seimbang. Dalam perbincangan ini, pedagogi abad 21 didefinisikan sebagai pengajaran dan pembelajaran yang berbasiskan pengintegrasian alatan rangkaian sosial iaitu penggunaan Google Plus. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dengan corak pembelajaran kolaboratif yang boleh dijalankan secara maya. Dalam erti kata lain, teknologi telah merubah bukan sahaja dalam konteks mendefinisikan pedagogi, namun turut merubah pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ini. Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu iaitu, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun bidang akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling. Selain itu, pelajar perlu bijak dan berkemahiran menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman terhadap apa sahaja perkara yang dipelajari. Di samping itu, pelajar dipupuk agar lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah, berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba sesuatu yang baru. Pelajar mempunyai inisiatif untuk belajar menyelesaikan permasalahan sebenar dalam dunia sebenar serta sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu. Menjadi sebahagian daripada warga milenium baru, para pelajar abad ke-21 merupakan individu yang terdedah sepenuhnya dengan teknologi, memiliki keupayaan untuk mempelajari pengetahuan yang baru yang sentiasa mempunyai kesedaran akan pentingnya berinteraksi di antara satu sama lainnya yang seterusnya akan mengalami perubahan dari aspek sosial, kebudayaan dan lebih bersifat intelektual (Zakaria, 2000). Mempunyai rasa ingin tahu terhadap apa sahaja perkara baharu yang berlaku di sekeliling mereka serta berkeyakinan untuk membina keunggulan diri di sepanjang kehidupan mereka. Sistem pendidikan yang berkualiti akan menjadikan segala impian tercapai, memiliki standard kualiti kehidupan yang diingini, tenaga pengajar yang baik dan mahir dalam bidangnya di samping kurikulum yang dirancang dengan baik dan teliti. Pelajar dididik untuk tidak pernah bersikap berputus asa, selain dididik mampu berfikir sendiri dan mempunyai inisiatif yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang sulit untuk dikerjakan. Pelajar juga sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P dijalankan dan dalam masa .yang sama berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi. Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain secara berkolaborasi dan berusaha untuk membuat perubahan. Mereka juga nempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah (Beetham & Sharpe, 2013). Kepentingan Pedagogi Abad Ke-21 Dalam mengharungi pendidikan abad ke 21, kemahiran pedagogi memerlukan guruguru berkemahiran dalam pengajaran dan inovasi. Pengajaran dan pembelajaran bersifat futuristik ini menyarankan agar guru menggunakan pendekatan mengajar menerusi pembelajaran berasaskan pelbagai strategi dan perkaedahan (St Century Schools, 2008). Salah satunya adalah menerusi pembelajaran berasaskan projek yang lebih merupakan penggabungan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi yang sesuai. Pelajar 485
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
abad 21 inginkan pembelajaran yang bersifat interaktif, autentik dan kolaborasi dengan teknologi ICT. Justeru, guru perlu melengkapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang berasaskan teknologi ICT, teknologi digital dan aplikasi-aplikasi terkini yang menyokong pengajaran dan pembelajaran. Misalnya kaedah pembelajaran berasaskan projek yang mengintegrasikan penggunaan ICT dan aplikasi rangkaian sosial membolehkan murid berfikir di luar kotak. Melalui kaedah ini, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi makna kepada mereka (Anna Kristin & Torfi, 2011; Beetham & Sharpe, 2013). Pedagogi abad 21 juga menyediakan medium dalam mengembangkan kreativiti dan inovasi murid-murid. Mereka bebas menggunakan medium digital sebagai sumber pencarian maklumat dan berkomunikasi secara atas talian. Penggunaan integrasi sosial networking yang bersesuaian juga membolehkan murid-murid saling bekerjasama dalam aktiviti penyelesaian masalah. Penggunaan tekonologi juga amat sesuai untuk pelbagai bidang disiplin pembelajaran (Sathiamoorthy Kannan, Sailesh Sharma, & Zuraidah Abdullah, 2012) bagi mewujudkan komunikasi berkesan. Menurut (Bocconi, Kampylis, & Punie, 2013) dalam kajian mereka berkenaan hala tuju pembelajarkan berbasiskan komputer dan alatan teknologi, pada peringkat awalnya dijalankan dari aspek pedagoginya adalah untuk memupuk dan menggalakkan pembelajaran sesama rakan sebaya. Murid-murid digalakkan untuk menggunakan komputer di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ini bertujuan untuk memberi laluan kepada murid memperoleh kemahiran dan kecekapan berasaskan ICT dan teknologi. Selain itu inovasi teknologi ini boleh mengupaya pembelajaran formal dan tidak formal dijalankan. Pengintegrasian teknologi dan inovasi dapat juga diadaptasikan merentasi kurikulum. Cara ini juga dapat membantu dan menyokong gaya pembelajaran individu dan pembelajaran peribadi murid yang berbeza. Kajian yang dijalankan oleh (Zaidatun et al., 2011) mendapati kesan penggunaan rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memotivasikan dan menarik minat murid untuk turut aktif dalam pembelajaran. Minat murid turut meningkat apabila dapat mengakses bahan-bahan sedia ada, informasi terkini dan juga input langsung daripada rakan juga guru. Pembelajaran konvensional menggunakan pensel dan kertas dan berpusatkan guru sahaja menjadikan murid hilang minat dan pasif lantas menjadikan pembelajaran bersifat sehala dan membosankan. Tuntasnya, kepentingan pedagogi abad 21 dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya sesuatu yang perlu dicakna oleh semua pihak. Guru ‘wajib’ mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian murid (Johan, 2013). Murid diharapkan dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran baharu yang lebih menyeronokkan berbanding dengan pembelajaran konvensional. Pengumpulan maklumat yang begitu mudah membolehkan murid menyelesaikan masalah pembelajaran secara kolaborasi dan interaktif dengan rakan sekelas secara maya. Penggunaan Aplikasi Google Plus Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Alat rangkaian sosial telah mendapat perhatian sejak kemunculan Web 2.0. Penggunaan rangkaian sosial semakin mendapat perhatian dalam kalangan remaja dan dewasa. Kini penggunaannya lebih meluas hingga ke dunia pendidikan. Terdapat kajian menunjukkan pengguna membina satu rangkaian komunikasi untuk mereka berinteraktif secara maya 486
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
(Ellison & Boyd, 2013). Tempiasnya turut dirasai dalam kalangan murid sekolah yang begitu sinonim dengan penggunaan teknologi mobil dan aplikasi seperti whatsApps, telegram, wechat dan lain-lain. Banyak kajian (J. Koehler Matthew & Punya, 2009; Zahiah & Abdul Razaq, 2010; Jenni & Mikko, 2013; Robiah & Nor Sakinah, 2007; J. Elizabeth, 2010) menunjukkan berlakunya integrasi ICT dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Fenomena ini mengundang pelbagai persepsi daripada guru-guru mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Misalnya penggunaan Google Plus membantu guru dan murid untuk menyampai dan mengumpulkan maklumat bahan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu didapati telah melonjakkan motivasi murid-murid yang sukakan penerokaan baru dalam bidang inovasi teknologi dalam pembelajaran bercorak maya (Siti Salwah & Jamaludin, 2013). Bukan itu sahaja, malahan guru-guru juga kerap menggunakan aplikasi Google Plus dalam pengajaran dan berkongsi banyak perkara dan pengetahuan baru bersama murid mereka. Persepsi guru-guru sangat positif terhadap penggunaan aplikasi Google Plus sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek pencapaian murid, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan berbanding mereka yang menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Skor min bagi murid kumpulan eksperimen (Google Plus) adalah lebih tinggi berbanding skor min kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional (Musrifah & Jamaludin, 2013). Hal ini selaras dengan kajian (Harrison & Thomas, 2009) yang mengatakan penggunaan rangkaian sosial seperti Google Plus adalah baik bagi pengajaran dan pembelajaran kerana menggunakan konsep multimedia dan hipermedia. Guru yang mengaplikasikan Google Plus dalam p&p mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan Google Plus (Wan Hazenah & Jamaludin, 2013). Boleh dikatakan mereka memang bersedia mengimplementasikan teknologi inovasi Goole Plus dalam sesi pengajaran mereka. Aplikasi Google Plus ini boleh dimanfaatkan oleh guru dalam membantu murid-murid yang mempunyai keupayaan yang berbeza dalam pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan aplikasi Google Plus dalam proses pembelajaran murid membolehkan murid yang kurang keyakinan diri berinteraksi secara maya dan berpeluang bertanya guru tanpa perlu bersemuka. Pembelajaran maya bercorak interaktif ini membolehkan murid-murid berinteraksi tanpa mengira waktu dan tempat dan mereka berupaya memberikan pendapat secara terus dan tanpa ragu. Dalam konteks persepsi guru-guru BM terhadap penggunaan perisian Google Plus sebagai medium p&p, kajian menunjukkan kebanyakan guru bersetuju bahawa mereka mudah menyediakan bahan pengajaran, menghantar kerja rumah sewaktu cuti sekolah, mudah dipelajari dan Google Plus menjadi bahan bantu mengajar yang sangat efektif serta dapat meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru (Siti Salwah & Jamaludin, 2013). Selain itu, guru-guru dapat memuat naik bahan pengajaran dan pembelajaran kepada murid sebelum p&p bermula. Kajian menunjukkan guru-guru BM sangat bersetuju penggunaan Google Plus dapat membantu mereka melancarkan proses p&p. Model Konsep Pedagogi BM Berbasiskan Google Plus Kerangka konseptual boleh dianalogikan sebagai peta dalam kajian (Othman, 2013) yang perlu diasaskan kepada sesuatu teori (Mohd Yusri, 2012). Ia akan membawa penyelidik melalui laluan yang betul. Hasil sorotan daripada dapatan kajian lepas, teori dan methodologi yang digunakan, kerangka konseptual kajian ini dibina. Secara umumnya PEDAGOGI ABAD 21 dalam kajian ini bertindak sebagai pembolehubah tidak bersandar, PENCAPAIAN MURID sebagai pembolehubah bersandar dan APLIKASI GOOGLE PLUS sebagai pembolehubah moderator. Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini serta arah hubungan antara pembolehubah digambarkan seperti rajah 1 berikut : 487
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KOLABORASI AKADEMIK INTEGRASI
INOVASI
PENCAPAIAN MURID
PEDAGOGI ABAD 21
SOSIAL
SAHSIAH PERKONGSIAN MAYA BERPUSATKAN MURID
RANGKAIAN SOSIAL GOOGLE PLUS
MOTIVASI
Rajah 1 Model Konsep Cadangan
Berdasarkan literatur, isu dan senario dalam pdp BM, maka dicadangkan model konsep pedagogi BM berasaskan Google Plus. Pedagogi Bahasa Melayu dalam model ini bertindak sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Beberapa pendekatan pedagogi dicadangkan berasaskan pedagogi abad 21 iaitu integrasi ICT, pembelajaran atas talian, kerja rumah atas talian, perkongsian maklumat dan komunikasi secara maya, serta pembelajaran kolaborasi dengan perisian interaktif. Manakala penggunaan Google Plus adalah sebagai pemboleh ubah moderator yang bertindak sama ada ia menguatkan atau merendahkan korelasi antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah bersandar yang dimaksudkan dalam model ini ialah pencapaian murid. Secara umumnya, pedagogi Bahasa Melayu yang dilaksanakan adalah dengan berbantukan penggunaan rangkaian sosial Google Plus. Ia dijangka dapat meningkatkan pencapaian murid dalam aspek sahsiah, akademik dan motivasi secara tidak langsung namun terancang.Model ini akan dipadankan dengan dapatan kajian sebenar kelak sama ada ia diterima atau memerlukan modifikasi bagi mendapatkan model yang sepadan dengan dapatan kajian. Dalam erti kata lain sama ada model konsep ini diterima atau sebaliknya adalah bergantung kepada dapatan kajian yang akan dilakukan kelak. RUMUSAN Kertas konsep ini diharap akan memberi sumbangan dan idea ke arah penjanaan yang lebih menyeluruh dalam pengupayaan rangkaian sosial Google Plus sebagai salah satu bahan sumber berpotensi bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Diharapkan juga inovasi ini akan menjadi amalan para pendidik bagi mempertingkatkan minat, motivasi, sikap dan aplikasi kendiri murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu amnya. Diharap para pendidik juga menggunakan peluang yang ada untuk beralih dari kaedah yang agak konvensional kepada kaedah pengajaran yang lebih berinovasi seiring dengan masa dan kemudahan yang terdapat di sekolah juga seiring dengan teknologi sedia ada.
488
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Anna Kristin, S., & Torfi, H. (2011). School buildings for the 21st century . Some features of new school buildings in Iceland School Buildings for the 21 st Century Some Features of New School Buildings in Iceland. CEPS Journal, 1(2), 25–43. Beetham, H., & Sharpe, R. (2013). Rethinking Pedagogy for a Digital Age: Designing for 21st Century Learning. books.google.com. http://doi.org/10.1111/j.14678527.2008.00397_1.x Bocconi, S., Kampylis, P., & Punie, Y. (2013). The 1 : 1 Learning in Europe case report From general provision of ICT to. Robert Black College, University of Hong Kong, (January). Ellison, B. N., & Boyd, D. (2013). Sociality through social network sites. The Oxford Handbook of Internet Studies, 151–172. http://doi.org/10.1093/ oxfordhb/9780199589074.001.0001 Harrison, R., & Thomas, M. (2009). Identity in Online Communities : Social Networking Sites and Language Learning. International Journal of Emerging Technologies & Society, 7(2), 109–124. J. Elizabeth, C. (2010). The Digital Imperative: Making the Case for a 21st-Century Pedagogy. Computers and Composition, 27(1), 27–35. http://doi.org/10.1016/j. compcom.2009.12.004 Jenni, R., & Mikko, V. (2013). ACTUAL AND POTENTIAL PEDAGOGICAL USE OF TABLETS IN SCHOOLS. Human Technology, 9(December), 113–131. Johan, E. L. (2013). Pengintegrasian Web 2.0 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi. Seminar Pe Ndidik a N Sej a R a H Dan Ge Ogr a Fi 2013 (UMS, 2 9 – 30 Ogos 2013, 29–30. Matthew, J. K., & Punya, M. (2008). Handbook of Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) For Educators. In Handbook of Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) For Educators. Matthew, J. K., & Punya, M. (2009). What Is Technological Pedagogical Content Knowledge ? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60– 70. Mohd Yusri, I. (2012). Model KepimpinanPengajaran Pengetua Efikasi dan Kompetensi Pengajaran. Universiti Malaysia Terengganu. Othman, T. (2013). Asas penulisan tesis penyelidikan dan statistik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Robiah, S., & Nor Sakinah, M. (2007). ICT dalam Pendidikan : Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32, 139–152. Sathiamoorthy Kannan, ., Sailesh Sharma, ., & Zuraidah Abdullah, . (2012). Principal’s Strategies for Leading ICT Integration: The Malaysian Perspective. Creative Education, 3(December), 111–115. http://doi.org/10.4236/ce.2012.38b023 Siti Faizzatul Aqmal, M. M., & Razali, H. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan “ Streaming Video ” bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional. Siti Salwah, A., & Jamaludin, B. (2013). Aplikasi rangkaian sosial google plus dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(Mei), 31–41. St Century Schools. (2008). What is 21st Century Education. 21st Century Schools. Retrieved from http://www.21stcenturyschools.com/What_is_21st_Century_ Education.htm
489
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Stacey, E., & Gerbic, P. (2008). Success factors for blended learning. In Success factors for blended learning (pp. 964–968). Retrieved from http://www.ascilite.org.au/ conferences/melbourne08/procs/stacey.pdf Wilson, A. (2010). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World -- Don Tapscott. International Journal of Market Research. http://doi.org/10.2501/ S1470785310201119 Zahiah, K., & Abdul Razaq, A. (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010, 209–218. Retrieved from http://library.oum.edu.my/oumlib/ sites/default/files/file_attachments/odl-resources/159456/epembelajaran.pdf Zaidatun, T., Jacquelin s., L., & Jamalludin, H. (2011). Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu , Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 31–47. Zakaria, H. A. Bin. (2000). Educational Development and Reformation in the Malaysian Education System: Challenges in the New Millennium. Journal of Southeast Asian Education, 1(1), 113–133.
490
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
INTERVENSI KEFUNGSIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT YANG BERPENCAPAIAN DI BAWAH TAHAP (UNDERACHIEVER) Thavamani a/p Selvan, Grace Annammal Piragasam Jabatan Pendidikan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Pencapaian di bawah tahap sering bermula dalam kalangan murid pintar dan berbakat di peringkat sekolah menengah. Walau bagaimanapun tidak terdapat intervensi khusus yang dapat meningkatkan pencapaian murid pintar dan berbakat yang tidak setara dengan keupayaan sebenar. Perancangan untuk mengatasi kekangan tersebut perlu dimulakan dengan memahami amalan pendidikan sedia ada dan kajian kebelakangan berkaitan murid pintar dan berbakat. Kertas konseptual ini akan membincangkan siapakah murid yang dimaksudkan sebagai berpencapaian di bawah tahap “underachiever” dan masalah yang dialami murid pintar dan berbakat yang tidak dapat mempamerkan potensi sebenar. Artikel ini juga akan membincangkan kajian literatur berkaitan model intervensi kefungsian tingkah laku yang telah dikaji untuk populasi tersebut. Seterusnya langkah-langkah perancangan intervensi model kefungsian tingkah laku murid akan dihuraikan secara lanjut. Kata kunci: Pencapaian di bawah tahap, pendidikan untuk pintar dan berbakat, murid berisiko, analisis model kefungsian tingkah laku, intervensi.
PENGENALAN Trait berpencapaian di bawah tahap (“underachievement”) merupakan sebagai satu jurang di antara potensi pencapaian dan pencapaian sebenar murid pintar dan berbakat khususnya dalam bidang akademik. Jurang yang dimaksudkan merupakan perbezaan di antara pencapaian yang diramal dengan pencapaian sebenar yang mengagalkan murid untuk mengembangkan atau potensi diri. Murid berpencapaian di bawah tahap (“underachiever”) terdiri daripada murid berbakat yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi, rasa ingin tahu dari segi intelek yang tinggi, tahap kreativiti dan sensitiviti yang tinggi, motivasi kendiri yang sangat tinggi dan keupayaan afektif yang melebihi orang lain. Murid “underachiever” selalunya mempunyai keperluan intelek, akademik dan sosial yang luar biasa. Murid “underachiever” mempunyai keupayaan intelek yang memerlukan proses pembelajaran yang berbeza daripada program aliran biasa untuk memenuhi keperluan tahap potensi pendidikan murid berpencapaian rendah. Murid “underachiever” boleh didapati dalam kumpulan kanak-kanak secara meluas dan boleh merangkumi kanak-kanak minoriti atau daripada kumpulan sosioekonomi rendah. Kehadiran murid “underachiever” termasuklah kanak-kanak berbakat yang tidak dikenalpasti akan aptitud mereka dan yang berkemungkinan tidak menunjukkan tandatanda berbakat (Wellisch & Brown, 2012). Masalah pencapaian murid “underachiever” yang tidak setara dengan kecerdasan kognitif sebenar bermula pada peringkat persekolahan menengah. Walau bagaimanapun, tidak terdapat suatu intervensi khusus yang dapat memperbaiki masalah murid pintar dan berbakat dari aspek pencapaian mereka yang rendah. Sehingga kini, intervensi yang disasarkan untuk membantu masalah tingkah laku murid “underachiever” di sekolah menengah adalah tidak konsisten dan tidak konklusif. Oleh yang demikian, perancangan yang efektif untuk membantu murid pintar dan berbakat yang bermasalah perlu memberi penekanan kepada aspek pengurusan tingkah laku (Ritchotte et al.,2015). 491
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Model Kefungsian Tingkah laku merupakan kaedah praktikal untuk mengenalpasti punca kejadian masalah mencapai keupayaan sebenar murid pintar dan berbakat dalam bidang akademik seterusnya merancang program yang berfaedah untuk membantu golongan murid tersebut. MASALAH MURID “UNDERACHIEVER” Murid “underachiever” biasanya mempamerkan kepercayaan diri yang rendah terhadap kemahiran akademik, mempunyai kawalan diri yang rendah, motivasi kendiri yang rendah dan kurang berpandukan matlamat yang mengakibatkan kebergantungan kepada guru semasa belajar. (Figg et al., 2012). Namun demikian statistik kajian menunjukkan bahawa pengesanan murid “underachiever” adalah amat sukar dilakukan (Cooper, 2012; Lovett & Lewandowski, 2006; Morisano & Shore 2010). Kegagalan mengesan murid berpunca daripada tenaga pengajar yang ditempatkan di sekolah aliran biasa yang tidak mempunyai latihan khusus untuk menangani murid “underachiever”. Kebanyakan tenaga pengajar kekurangan latihan mengajar untuk mengajar murid yang mempunyai keupayaan luar biasa. Tenaga pengajar yang baru tidak dilatih untuk mengenalpasti dan memenuhi keperluan murid berbakat (Ryan & Coneybeare, 2013). Selain itu, pendedahan mengenai ciri-ciri dan keperluan murid berbakat kurang disalurkan dalam perkembangan profesional tenaga pengajar (Cooper, 2012; Coleman, 2014). Oleh yang demikian guru perlu mengambil bahagian dalam latihan pembangunan professional untuk memahami tentang bakat dan pencapaian rendah. (Geake & Gross, 2008). Salah satu keperluan perkembangan profesional dilihat daripada aspek sumber bahan pengajaran untuk murid “underachiever”. Ini kerana sumber pengajaran untuk murid “underachiever” adalah berbeza dengan murid aliran perdana. Bentuk kurikulum yang tidak sesuai dengan potensi murid “underachiever” menyebabkan murid tidak mencapai tahap kecemerlangan yang sepatutnya dicapai. Pengajaran menggunakan kaedah dan strategi yang berkesan mengikut keperluan setiap murid perlu dilaksanakan untuk memberi peluang kepada murid berbakat melakukan aktiviti mengikut minat sendiri tanpa terikat dengan kurikulum asas yang sudah dikuasai dengan baik. Selain itu, kekurangan motivasi mengakibatkan murid “underachiever” kurang terlibat dengan aktiviti yang berulang dan sudah dikuasai dengan baik. Kekurangan motivasi yang dialami murid “underachiver” didapati berpunca daripada masalah sosioemosi, kekurangan minat dan pendidikan yang tidak mencabar mempengaruhi pencapaian murid “underachiever” (Wellisch &Brown, 2012) .Ketiadaan motivasi mengakibatkan murid tidak menunjukkan minat untuk turut serta dalam sesuatu aktiviti terutamanya aktiviti yang tidak mencabar minda murid. Oleh yang demikian latihan yang mencabar perlu diberikan kepada murid “underachiever” agar keupayaan berfikir murid dapat dipertingkatkan. Figgs et al., (2012) contohnya mendapati murid lebih bermotivasi dan menunjukkan minat dalam aktiviti yang dikawal sendiri, diberi peluang untuk memilih dan mempraktikkan proses dan kandungan pendidikan, kurikulum yang mencabar dan guru yang mengambil berat. Kurikulum dan latihan yang mencabar membolehkan murid “underachiever” mencari maklumat, mensintesis maklumat dan menyampaikan maklumat mengikut idea sendiri selain meningkatkan kemahiran yang berkaitan.Murid “underachiever” gemar menyelesaikan latihan yang dipilih sendiri seperti aktiviti berlandaskan projek dan aktiviti berlandaskan penyelesaian masalah. Renzulli & Park (2000) menjelaskan peluang untuk berkreatif membolehkan keperluan murid pintar dan berbakat dipenuhi dengan menjana pelbagai idea dan menganalisis maklumat. Murid “underachiever” contohnya, boleh diberikan peluang untuk belajar secara lebih mendalam mengenai sesuatu topik atau perkara dengan menjalankan kajian sendiri mengenai perkara tersebut. Proses ini dapat mengembangkan minda murid dan menguasai 492
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sesuatu perkara secara terperinci (Bain et al., 2007). Ini bermakna murid “underachiever” perlu disediakan dengan kemudahan berdasarkan kepada kekuatan dan keperluan murid. Murid “underachiever” juga mesti didedahkan kepada intervensi pendidikan pemulihan. Murid yang dikenalpasti sebagai “underachiever” boleh diberikan peluang untuk mengikuti program pendidikan yang khusus tanpa memberikan sebarang tekanan kepada murid (Wellisch dan Brown, 2012). Program intervensi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan kemahiran yang sedia ada di dalam sesuatu bidang tertentu. Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang Model Kefungsian Tingkah Laku. MODEL KEFUNGSIAN TINGKAH LAKU Model Kefungsian Tingkah Laku bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid “underachiever” sebelum sesuatu langkah penyelesaian dirancang untuk murid tersebut (Steege & Watson, 2008). Secara spesifiknya, Model Kefungsian Tingkah Laku dirangka khas untuk menjelaskan, merangka intervensi dan membetulkan tingkah laku akademik dan sosial murid “underachiever”. Proses intervensi Model Kefungsian Tingkah Laku menyediakan pemahaman tentang bagaimana tingkah laku berkait dengan suasana pembelajaran, konsep pendidikan dan kesukaran yang dialami murid dalam proses pembelajaran. Pengenalpastian perkaitan antara tingkah laku membantu membantutkan masalah murid “underachiever” daripada berterusan. Model tersebut ini juga mencadangkan supaya guru menjalankan intervensi yang berbeza untuk murid pintar dan berbakat mengikut keperluan unik masing-masing. Langkah 1 - Pengesahan tentang permasalahan murid “underachiever” Proses pengesanan permasalahan murid dilakukan dengan menggunakan senarai semak (Whitemore,1980). Item senarai semak meliputi trait yang dikaitkan dengan masalah pencapaian di bawah tahap (“underachievement “). Sekiranya murid didapati mempamerkan lebih daripada sepuluh trait maka keputusan tersebut mengesahkan bahawa murid pintar dan berbakat tersebut ada masalah. Seterusnya guru perlu melihat diskrepansi antara potensi pencapaian murid (contohnya ujian penaksiran) dengan pencapaian sebenar murid (gred ujian peperiksaan) sebagaimana yang disarankan oleh Reis dan McCoach (2000). Langkah 2- Proses pra- pengumpulan data Peringkat seterusnya melibatkan proses mendapatkan maklumat tentang tingkah laku yang dikenalpasti sebagai “underachiever”. Proses ni akan dilakukan ahli pakar dalam bidang pendidikan dan perkembangan sosio-emosi murid pintar dan berbakat. Kumpulan pakar bertanggung jawab untuk mengenalpasti dan mendefinisikan tingkahlaku ketara yang dipamerkan murid yang telah dirujuk. Tingkah laku yang dikenalpasti akan dijadikan tingkah laku sasaran dan perlu dinyatakan dalam bentuk yang boleh diperhatikan ke atas murid tersebut. Seiring dengan tingkah laku sasaran, para pengkaji perlu menggariskan tingkah laku sampingan yang akan difokuskan oleh guru kelas sebaik sahaja tingkah laku sasaran awal telah diperbaiki. Langkah 3- Proses pengumpulan data Pakar pengkaji perlu menilai dan mengkaji data daripada rekod sedia ada murid “underachiever”. Kebanyakan rekod terdiri daripada ujian diagnostik, laporan perubatan dan maklumat daripada pakar psikologi. Selain daripada itu pakar pengkaji perlu mengenalpasti strategi terdahulu, motivasi dan pengujian yang telah dilakukan ke atas murid. Seterusnya data yang diperoleh akan digunakan untuk mengkaji corak tingkah laku murid “underachiever”. Corak tingkah laku dan kesannya akan digunakan secara lebih mendalam. Pakar pengkaji akan menyiasat tentang keadaan di mana tingkah laku sasaran berlaku, waktu, kekerapan serta anteseden kepada tercetusnya tingkahlaku yang disasarkan. 493
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Hipotesis tingkah laku dan intervensi Pakar pengkaji akan membuat hipotesis untuk menentukan punca murid “underachiever” tidak dapat menyesuaikan diri dengan arahan guru selain gagal untuk menyelesaikan tugasan serta kerja sekolah. Seterusnya pakar pengkaji akan berjumpa dengan guru untuk memberi cadangan tentang respon yang perlu diberikan kepada murid yang memerlukan intervensi. Selain itu, guru perlu melakukan perubahan kepada persekitaran dan suasana dalam bilik darjah mengikut keperluan intervensi yang dicadangkan. Pelaksanaan intervensi akan melibatkan rakan sekelas murid “underachiever” untuk memangkinkan keberkesanan program yang dirancang untuk murid tersebut. Sesuatu program intervensi yang dirangka perlu mengambil kira tempoh waktu yang mencukupi. Langkah 5- Penilaian intervensi Proses pelaksanan intervensi perlu dirancang dengan teliti khususnya tentang pembahagian tugas antara guru dan pakar pengkaji selain menentukan faktor lokasi, masa, tempoh pelaksanaan dan cara penilaian akan dilakukan. Penilaian ke atas intervensi perlu dilakukan dengan penjadualan rapi sebelum intervensi dimulakan. Ketelitian dalam proses penilaian dapat membantu pakar penyelidik guru yang melaksanakan intervensi ke atas murid “underachiever” sebagaimana yang dirancang dan mengikut spesifikasi intervensi. Kegagalan guru untuk mematuhi proses pelaksanaan menjejaskan kejituan dan konsistensi pelaksanaan serta kesan yang dijangkakan daripada intervensi yang dijalankan. Langkah 6-Refleksi Peringkat terakhir merupakan perjumpaan semula semua pakar pengkaji untuk membincangkan kejituan dan kemajuan daripada intervensi yang telah dijalankan. Peringkat ini melibatkan refleksi oleh murid “underachiever” yang terlibat dengan intervensi. Maklum balas daripada murid akan digunakan untuk menilai keberkesanan intervensi yang telah dirancang dan dilaksanakan. Sekiranya intervensi tersebut didapati tidak sesuai, maka pakar pengkaji perlu menggugurkan perancangan intervensi tersebut dan menggantikan intervensi yang baru. CABARAN KAJIAN MASA HADAPAN Pencapaian akademik merupakan penentu ukur kejayaan seseorang murid di dalam sekolah (Matthews, 2006). Pencapaian akademik juga menjadi punca kepada kegagalan murid dan sebab murid pintar dan berbakat tidak dapat mempamerkan potensi sebenar mereka. Intervensi yang direkabentuk untuk meningkatkan pencapaian murid “underachiever” perlu dimulakan seawal di peringkat sekolah rendah lagi. Walau bagaimanapun, ciri kompleks trait “underachivement”tidak dapat menjanjikan satu intervensi khusus yang dapat membetulkan diskrepansi antara keupayaan dan pencapaian murid pintar dan berbakat yang bermasalah. Oleh yang demikian, tenaga pengajar dan pakar pendidikan yang berminat untuk melaksanakan intervensi Model Kefungsian Tingkah Laku perlulah mensasarkan punca sebenar yang menghalang kemajuan murid “underachiever” sebelum mereka bentuk rancangan intervensi individu. Usaha untuk membetulkan diskrepansi antara pencapaian dan keupayaan murid pintar dan berbakat yang bermasalah bukanlah mudah. Namun pendekatan yang teliti dan yang dirancang rapi untuk mengenalpasti tingkah laku murid, pelaksanaan intervensi dan menilai setiap peringkat pelaksanaan akan dapat membantu dari aspek modifikasi proses intervensi untuk membantu murid “underachiever” untuk mengoptimumkan keupayaan sebenar mereka. Oleh yang demikian setiap individu yang mengambil berat tentang perkembangan murid (tenaga pengajar , pakar pendidikan dan keluarga) perlu mengambil peluang untuk membantu murid pintar dan berbakat yang tidak dapat menggunakan potensi mereka khususnya di kelas aliran perdana. 494
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Bain, S. K., Bliss, S. L., Choate, S. M., & Sager Brown, K. (2007). Serving children who are gifted: Perceptions of undergraduates planning to become teachers. Journal for the Education of the gifted, 30(4), 450-478. Coleman, L. J. (2014). “Being a teacher”: Emotions and optimal experience while teaching gifted children. Journal for the Education of the Gifted, 37, 56-69. Cooper, M. E., EdS. (2012). Everything I ever wanted to learn about teaching, I learned from gifted boys. Gifted Child Today, 35(3), 171-178. Figg, S. D., Rogers, K. B., McCormick, J., & Low, R. (2012). Differentiating low performance of the gifted learner achieving, underachieving, and selective consuming students. Journal of Advanced Academics, 23(1), 53-71. Figg, S.D. & Rogers, K.B. & McCormick, J. & Low, R. (2012).Differentiating low performance of the gifted learner: Achieving, underachieving, and selective consuming students.Journal of Advanced Academics 23(1) 53-71 Matthews, M. (2006). Gifted students dropping out: Recent findings from a southeastern state. Roeper Review, 28, 216-223. Morisano, D., & Shore, B. M. (2010). Can personal goal setting tap the potential of the gifted underachiever? Roeper Review, 32(4), 249-258. Reis, S. M., & McCoach, D. B. (2000). The underachievement of gifted students: What do we know and where do we go?. Gifted Child Quarterly,44(3), 152-170. Renzulli, J. S., & Park, S. (2000). Gifted dropouts: The who and the why.Gifted Child Quarterly, 44(4), 261-271. Ritchotte, J., Rubenstein, L., & Murry, F. (2015). Reversing the Underachievement of Gifted Middle School Students Lessons From Another Field. Gifted Child Today, 38(2), 103-113. Ryan, T.G. & Coneybeare, S. (2013). The underachievement of gifted students: A synopsis. The Journal of the International Association of Special Education Steege, M. W., & Watson, T. S. (2008). Best practices in functional behavioral assessment. Dlm A. Thomas & J. Grimes (Edisi.) Best practices in school psychology (hlm. 337-348). Wellisch, M. & Brown, Jac.(2012). An Integrated Identification and intervention model for intellectually gifted children.Journal of Advanced Academics 23(2) 145-167 Wellisch, M., & Brown, J. (2012). An integrated identification and intervention model for intellectually gifted children. Journal of Advanced Academics,23(2), 145-167. Whitmore, J. R. (1980). Giftedness, conflict, and underachievement. Allyn & Bacon.
495
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENERIMAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN GURU Wan Mohd Syahrul Wan Md Zain, Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap penerimaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE dalam kalangan guru. Kajian ini menyelidik tentang tujuh faktor yang mempengaruhi penerimaan pembelajaran menggunakan Frog VLE iaitu faktor jangkaan prestasi, faktor jangkaan usaha, faktor pengaruh sosial, faktor keadaan kemudahan, faktor sikap terhadap penggunaan teknologi, faktor efikasi kendiri dan faktor kebimbangan. Perkaitan di antara kesemua faktor ini diselidiki berdasarkan Model Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (Unified Theory Of Acceptance And Use Of Technology-UTAUT). Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan secara deskriptif. Instrumen kajian ini adalah merupakan satu set soal selidik terdiri daripada 28 soalan yang melibatkan tujuh faktor atau pembolehubah dari segi penilaian tahap penerimaan teknologi. Kajian rintis bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah dilakukan. Seramai 30 orang guru dari Zon Keramat, Kuala Lumpur telah dipilih. Dapatan kajian menunjukkan insrumen kajian ini mempunyai kesahan yang tinggi dengan nilai pekali alfa cronbach adalah 0.934. Implikasi kajian ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah bekerjasama dengan 1Bestarinet bertujuan untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan di Malaysia setanding dengan negaranegara lain. Kata kunci: Penerimaan, Persekitaran pembelajaran Maya, Frog VLE, Model UTAUT.
PENGENALAN Selama berdekad lamanya teknologi telah menjadi sebahagian daripada pemacu dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami gelombang perubahan yang pesat saban hari. Sejak kemunculan teknologi internet, ianya telah mengubah corak hidup komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari masa ke semasa. Di antara bidang yang turut berkembang dalam era internet ini ialah pengajaran dan pembelajaran secara maya (virtual learning environment-VLE). Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan, didapati guru kurang menggunakan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan. Ini mungkin kerana penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu isu baru dalam bidang pendidikan (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2005). Ting dan Woo (2005) mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka adalah kerana kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Perkara ini dilihat oleh pengkaji akan menjadi isu kepada kurangnya minat guru untuk menggunakan aplikasi 496
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Frog VLE yang melibatkan capaian melalui internet kerana mereka terpaksa memilih dan memuatnaik bahan yang bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar. Guru di sekolah sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pembelajaran seharian. Hoy, Bayne dan Wood (2000), turut menyatakan pandangan mereka iaitu pendidik harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa. Hasil peninjauan berdasarkan Statistik Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) di sekolah secara rawak didapati bahawa penggunaan Frog VLE masih lemah. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini menyelidik tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan pembelajaran menggunakan Frog VLE dalam kalangan guru di sekolah. Faktor-faktor tersebut terbahagi kepada tujuh faktor iaitu faktor jangkaan prestasi, faktor jangkaan usaha, faktor pengaruh sosial, faktor keadaan kemudahan, faktor sikap terhadap penggunaan teknologi, faktor efikasi kendiri dan faktor kebimbangan. Perkaitan di antara kesemua faktor ini akan diselidiki untuk mencapai objektif seperti berikut: 1. Mengenal pasti tahap penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE dalam kalangan guru berdasarkan faktor-faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan. 2. Mengenal pasti perbezaan demografi guru terhadap faktor-faktor penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE. 3. Mengenalpasti hubungan di antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE. 4. Mengenalpasti sama ada faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan mempengaruhi penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan frog VLE dalam kalangan guru. HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis kajian ini adalah seperti berikut: Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi guru terhadap faktor penerimaan penggunaan Frog VLE. Ho2 : Tidak terdapat hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan penggunaan Frog VLE. Ho3: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan bagi faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan ke atas penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan frog VLE dalam kalangan guru. Kerangka konseptual kajian Menurut Venkatesh et al (2003) terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan sesuatu teknologi yang dibangunkan dalam Model Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (Unified Theory Of Acceptance And Use Of Technology UTAUT) seperti dalam Rajah 1 dibawah: 497
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1 : Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT)
(Sumber: Venkatesh et al. 2003)
Oleh yang demikian, model UTAUT ini telah digunakan sebagai panduan dan landasan untuk membina kerangka konseptual kajian ini di mana ia telah diubahsuai daripada model UTAUT yang asal untuk disesuaikan dengan kajian ini. Kebanyakan penelitian dan pemerhatian mendapati bahawa model ini secara konsisten menjelaskan sebahagian varians dalam tingkah laku di antara sesuatu pemboleh ubah teknologi. Daripada analisis jurnal bertajuk Empirical Validation of Unified Theory of Acceptance and Use of Technology Model dan pengubahsuaian instrumen kajian ini yang dijalankan oleh Thanaporn Sundaravej, maka faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE di kalangan guru dapat dikenalpasti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. JANGKAAN PRESTASI
FAKTOR MODERATOR - Jantina - Umur
- Pengalaman
JANGKAAN USAHA PENGARUH SOSIAL KEADAAN KEMUDAHAN SIKAP TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI EFIKASI KENDIRI KEBIMBANGAN
Rajah 2: Kerangka konseptual kajian
(diubahsuai daripada Model UTAUT, Venkatesh et al, 2003)
498
PENERIMAAN PEMBELAJARA N SECARA MAYA (FROG VLE)
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kajian ini akan menyelidik tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan platform Frog VLE dalam kalangan guru di sekolah. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut akan dikenalpasti terlebih dahulu untuk mewakili setiap konstruk kajian ini. Sehubungan dengan itu, banyak faktor yang disenaraikan dan setiap faktor akan saling berkait di antara satu sama lain. Berkemungkinan juga terdapat satu atau dua faktor yang dominan dalam menentukan tahap penerimaan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE dalam kalangan guru. Kajian ini akan melihat kepada tujuh faktor yang diandaikan mempengaruhi penerimaan pembelajaran secara maya Frog VLE dalam kalangan guru. Faktor-faktor tersebut adalah faktor jangkaan prestasi, faktor jangkaan usaha, faktor pengaruh sosial, faktor keadaan kemudahan, faktor sikap terhadap penggunaan teknologi, faktor efikasi kendiri, dan faktor kebimbangan terhadap pembelajaran maya menggunakan Frog VLE. Kajian ini cuba mencari bukti empirikal, mengenal pasti tahap penerimaan teknologi dalam kalangan guru seterusnya menentukan faktor-faktor yang menentukan tahap penerimaan teknologi. Kajian ini penting untuk dilakukan bagi mengukur penerimaan guru terhadap teknologi yang diperkenalkan kepada mereka melalui Frog VLE. Pengukuran ini boleh dikatakan tepat kerana merujuk model penerimaan teknologi UTAUT yang diperkenalkan oleh Venkatesh et al., (2003) sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan ini. Di samping itu juga, seperti yang sedia maklum bahawa model UTAUT ini digunakan secara meluas bagi menggambarkan penerimaan terhadap sesuatu teknologi. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif. Pendekatan kuantitatif dalam kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan secara deskriptif. Penyelidikan deskriptif adalah penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku (Mohd. Majid Konting, 2000). Reka bentuk deskriptif ini akan memberi gambaran bagi pemboleh ubah yang ingin dicerap menggunakan petunjuk statistik bagi melihat taburan dan bentuk pola serta kecenderungan data. Satu set soal selidik digunakan dalam kajian ini yang melibatkan tujuh faktor atau pembolehubah dari segi penilaian tahap penerimaan teknologi yang melibatkan faktorfaktor seperti jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan. Instrumen dalam kajian ini adalah diubah suai daripada instrumen yang telah disahkan penggunaannya yang dibina oleh Thanaporn Sundaravej dalam kajiannya yang bertajuk Empirical Validation of Unified Theory of Acceptance and Use of Technology Model. Dalam kajian ini, populasi yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya di Zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemilihan sampel adalah dengan menggunakan teknik pemilihan rawak mudah agar kesahan luaran kajian tetap tinggi dan generalisasi data dapat dilakukan. Sampel kajian ini melibatkan 150 orang guru yang mengajar murid tingkatan 1 dan 2 sekolah menengah di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Soal selidik kajian ini dihantar ke sekolahsekolah secara rawak tanpa menentukan sekolah yang hendak dikaji. Walaupun demikian, untuk memastikan sampel kajian ini betul-betul sesuai dengan objektif kajian, guru yang dipilih menjadi sampel kajian mestilah guru yang pernah mengikuti kursus dan latihan penggunaan Frog VLE sahaja. Kajian rintis melibatkan 30 orang guru yang terlibat dengan pelaksanaan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE. Maklumat yang diperolehi daripada kajian rintis juga diguna pakai untuk memastikan kesesuaian makna item dalam mengukur pemboleh ubah yang ditetapkan. Selain itu juga, kebolehpercayaan instrumen kajian diperolehi daripada data kajian rintis yang akan dijalankan berdasarkan rumusan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package For The Social Scince (SPSS) versi 21. 499
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ANALISIS DAPATAN KAJIAN Analisis data secara statistik deskriptif digunakan untuk merumuskan data kuantitatif yang dikumpul. Analisis ini dapat memperihal data yang telah dicerap agar menjadi lebih bermakna menggunakan petunjuk seperti taburan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Manakala, statistik inferensi pula menggunakan analisis korelasi dan analisis regrasi linear berganda (stepwise). Ini bertujuan untuk melihat hubungkait atau pengaruh antara satu faktor dengan faktor yang lain serta kekuatan kaitan di antara pemboleh ubah yang dikaji (Cohen & Manion, 1985). Analisis regrasi pula digunakan untuk mengukur besarnya pengaruh pemboleh ubah bebas (faktor-faktor seperti jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan) terhadap pemboleh ubah bersandar (penerimaan pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE). Gujrati (2006), menjelaskan bahawa analisis regrasi ini dapat menjelaskan hubungan satu pemboleh ubah yang disebut pemboleh ubah yang diterangkan (the explained variable) dengan satu atau dua pemboleh ubah yang menerangkan (the explanatory). Jadual 1: Tatacara analisis data Objektif kajian
Persoalan kajian
Hipotesis kajian
1. Mengenal pasti tahap penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE dalam kalangan guru berdasarkan faktorfaktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan.
1. Apakah tahap penerimaan guru terhadap penggunaan Frog VLE berdasarkan faktorTiada Hipotesis faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, sikap terhadap penggunaan teknologi, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, efikasi kendiri, dan kebimbangan?
2. Mengenal pasti perbezaan demografi guru terhadap faktorfaktor penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE.
2. Adakah terdapat perbezaan demografi guru terhadap faktorfaktor penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE?
500
Tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi guru terhadap faktor penerimaan penggunaan Frog VLE.
Analisis Data
Min, Peratusan & Sisihan Piawai
Ujian-T & ANOVA
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
3. Mengenalpasti hubungan di antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE.
3. Adakah terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan Frog VLE?hubungan di antara
Tidak terdapat hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan penggunaan Frog VLE.
4. Mengenalpasti sama ada faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan mempengaruhi penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan frog VLE dalam kalangan guru.
4. Adakah faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan mempengaruhi penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan frog VLE dalam kalangan guru?
Tidak terdapat pengaruh yang signifikan bagi faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, sikap terhadap penggunaan teknologi, efikasi kendiri, dan kebimbangan ke atas penerimaan persekitaran pembelajaran secara maya menggunakan frog VLE dalam kalangan guru.
Korelasi
Regrasi
Dapatan kajian rintis menunjukkan nilai Alfa Cronbach bagi kajian ini adalah 0.934. Ini menunjukkan item soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan amat sesuai digunakan untuk kajian ini. KESIMPULAN Frog VLE bukan pengganti kepada pembelajaran dalam kelas. Namun, kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan. Kajian ini membincangkan secara ringkas kelebihan dan kelemahan pembelajaran secara atas talian menerusi Frog VLE. Pertama sekali adalah fleksibel dan mudah diakses. Sesiapapun boleh dapat manfaat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kedua, penyampaian yang pantas dan menjimatkan kos. Isi kandungan bahan boleh disalurkan dengan mudah dengan adanya talian internet tanpa apa-apa kos seperti kos kertas dan dakwat untuk tujuan cetakan. Ketiga, meningkatkan pengurusan dan penyeragaman yang berkesan. Maklumat dapat disalurkan dengan menyeluruh dan setiap aktiviti murid dapat diawasi dan dinilai dengan sistematik. Oleh itu tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan ini perlu dikaji dan diambil kira agar hasrat yang ingin dicapai oleh KPM tercapai. Ini kerana sehebat manapun program yang dirancang di sekolah, semuanya bergantung kepada guru sebagai pelaksana.
501
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN A. Hamdan*,1,a, R. Din1,b, S. Z. Abdul Manaf1,c, N. S. Mat Salleh1,d, I. F. Kamsin1,e, and N. M.Ismail2, Pengaplikasian UTAUT Dalam Bidang Pendidikan: Satu Ulasan Sistematik, Journal of Advanced Review on Scientific Research , (Vol. 5, No.1. Pages 10-29, 2015) A. Raman, Y. Don, R. Khalid, F. Hussin, M. S. Omar, M. Ghani, Technology Acceptance on Smart Board among Teachers in Terengganu Using UTAUT Model, Asian Social Science 10 (2014) 84-91. B. L. Lim, Factors Influencing Email Usage: Applying The Utaut Model (Doctoral dissertation, USM 2005. B. Sumak, G. Polancic, M. Hericko, An empirical study of virtual learning environment adoption using UTAUT. In Mobile, Hybrid, and On-Line Learning, 2010. ELML’10. Second International Conference on IEEE 2010 pp. 17-22. Frog Asia. 2012. Gambaran Keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna (Guru, Frog VLE Overview; User: Staff), Malaysia. Leech, N. L., Barrett, K. C., & Morgan, G. A. (2005). SPSS for Intermediate Statistics: Use and Interpretation. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum. M. D. Williams, N. P. Rana, Y. K. Dwivedi, B. Lal, Is UTAUT really used or just cited for the sake of it? a systematic review of citations of UTAUT’s originating article. In ECIS(2011). Mohamad Bilal Ali, Jamalludin & Zaidatun (2000), Pengajaran dan Pembelajaran Maya Menerusi Teknologi Kawalan Komputer Jarak Jauh, Konvensyen Pendidikan UTM 2000, Sekudai Johor. N. D. Oye, N. A., Iahad, N. A. Rahim, The history of UTAUT model and its impact on ICT acceptance and usage by academicians, Education and Information Technologies 9 (2014) 251-270. Norazilawati Abdullah1, Noraini Mohamed Noh2, Nik Azmah Nik Yusuf3, Rosnidar Mansor4, Aplikasi persekitaran pengajaran maya (FROG VLE) dalam kalangan guru Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia (Volume 3, No. 2, 2013, Pages 63 to 76) Rheingold, H. (2004), Virtual Learning Enviroment (VLE), http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881 Thanaporn Sundaravej, Empirical Validation of Unified Theory of Acceptance and Use of Technology Model , College of Business Administration, University of Missouri at Saint Louis. Schultz.H.S. &Forgarty.J. (2002), Online Learning Today, Berrett-Koehler Publishers, INC. San Francisco. Venkatesh, V., Morris, M.G., Davis, G.B., and Davis, F.D. (2003). User acceptance of information technology: toward a unified view, MIS Quarterly 27(3), pp.425-478
502
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SYIAH DAN KESELAMATAN NEGARA : SATU TINJAUAN AWAL Zarina Binti Othman, Nor Azizan Bin Idris, Bakri Bin Mat, Abdul Halim Bin Daud Pusat Pengajian Politik, Sejarah dan Strategik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Ancaman keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan dan konflik keganasan semata-mata. Ancaman bukan tradisonal seperti perbalahan mazhab dan konflik agama turut memberi kesan terhadap keselamatan negara. Di Malaysia, sebuah negara bermasyarakat plural dengan kepelbagaian bangsa dan agama, walaupun Islam adalah agama rasmi, namun agama lain turut dianuti oleh pengikutnya dengan aman damai. Namun beberapa fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengelirukan masyarakat dan yang terkini adalah fahaman Syiah. Kajian ini bertujuan meneroka dan mengenal pasti adakah fahaman Syiah mengancam keselamatan negara. Ini kerana perbezaan fahaman ini menuntut kerajaan memainkan peranan yang lebih serius. Dengan menggunakan pendekatan konsep keselamatan negara, kajian ini menghujahkan fahaman Syiah mengancam negara. Untuk tujuan itu, kajian ini telah membuat sorotan literatur yang berkaitan daripada buku ilmiah, jurnal akademik, kajian dari tesis PhD dan monograf. Hasil tinjauan awal literatur menunjukkan walaupun ada beberapa kajian mengenai fahaman Syiah, namun tiada yang mengkaji mengenai fahaman Syiah dan impaknya terhadap keselamatan negara Malaysia. Ia makin perlu untuk di kaji kerana pada waktu yang sama Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang harmoni dengan Iran iaitu negara di mana fahaman ini bermula. Hasil tinjauan awal juga memaparkan fahaman Syiah yang kini telah dianuti oleh masyarakat Melayu Malaysia dan makin berkembang di Asia Tenggara, boleh mengancam keselamatan negara disebabkan perbezaan yang ketara dengan ahli Sunnah Wal Jammah negara ini. Kata kunci : Ahli Sunnah Wal Jamaah, Keselamatan Negara, Syiah.
PENGENALAN DAN LATARBELAKANG Konsep keselamatan negara mengalami satu dimensi baru setelah berakhirnya Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union setelah lebih empat dekad memisahkan masyarakat antarabangsa dengan ideologi demokrasi-kapitalis dan sosialis-kapitalis. Keruntuhan Tembok Berlin di Jerman pada tahun 1989 menjadi penanda aras terbukanya ruang perdebatan mengenai keselamatan negara. Konsep keselamatan negara yang sebelum ini hanya dikaitkan dengan ancaman tradisional seperti peperangan dan konflik keganasan, mula diperdebatkan dengan ancaman bukan-tradisional seperti ancaman kumpulan pemisah, dadah, pendatang tanpa izin, wabak penyakit, jenayah rentas sempadan, imigrasi masyarakat antarabangsa, perbalahan mazhab dan konflik agama. Konsep keselamatan negara telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat pada era selepas Perang Dunia ke 2. Beberapa sarjana telah membahaskan konsep keselamatan negara antaranya Trager & Simonie (1973), yang menyatakan konsep keselamatan negara adalah usaha untuk mencapai nilai-nilai nasional (national values) yang merangkumi sistem politik, sosial dan asas fizikal tertubuhnya sesebuah negara. Nilai-nilai nasional ini merujuk kepada nilai kelangsungan hidup bagi memastikan kewujudan berterusan sesebuah negara dan masyarakat, bahasa, pembangunan sosial dan ekonomi, kemerdekan politik dan integriti sempadan. Hujah ini diperkasakan oleh Al Mashat (1985)dengan menjelaskan nilai-nilai nasional tersebut adalah nilai teras (core value) yang harus dipertahankan. 503
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Penamatan dua blok bipolar utama iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet, telah digantikan dengan sistem multipolar yang lebih kompleks dan sukar dijangka. Iran antara negara yang muncul sebagai sebuah kuasa serantau di Rantau Timur Tengah terutama dari aspek ketenteraan dan negara yang berupaya mengawal harga pasaran minyak mentah dunia (Hendrix, 2015). Lebih dikenali dengan Parsi sebelum zaman pemerintahan Shah Mohammad Reza Pahlavi menukarkannya kepada nama Iran pada tahun 1935. Kemuncak pemerintahan Dinasti Pahlavi adalah pada tahun 1979 selepasditundukkan oleh Ayatollah Al-Khomeini melalui Revolusi Iran1(Papanek, 1935). Revolusi ini tidak hanya melahirkan sebuah negara Republik Islam, namun turut mewujudkan satu-satunya negara yang mempunyai majoriti rakyat berfahaman Syiah. Menurut Pew Research Center2 sehingga Januari 2015, populasi umat Islam diseluruh dunia adalah berjumlah 23.2%. Daripada jumlah berkenaan, penganut Syiah3 pula dianggarkan sekitar 10% hingga 13%. Jadual 1.0 : Majoriti penganut fahaman Syiah di lima negara utama Bil
Negara
Peratusan Penduduk Berfahaman Syiah
1
Iran
95%
2
Azerbaijan
75%
3
Iraq
70%
4
Lubnan
55%
5
Afganistan
15%
Sumber : Pew Research Center.com (2015)
Di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Ketua Setiausaha Kementerian menyebut, sehingga Ogos 20134, dianggarkan lebih kurang 250,0005 orang penganut Syiah telah berada di Malaysia. Nisbah ini menjadikan penganut Syiah berjumlah 8.3% daripada keseluruhan 30.36 juta populasi rakyat Malaysia beragama Islam yang majoriti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah7 (selepas ini akan 1
2
3 4 5 6 7
Revolusi Iran turut dikenali sebagai Revolusi Islam. Revolusi ini merupakan revolusi yang mengubah sepenuhnya Iran dari sistem monarki dibawah Shah Mohammad Reza Pahlavi menjadi sebuah Republik Islam dibawah pimpinan Ayatollah Al-Khomeini. Revolusi ini berlaku pada Januari 1978 dengan demonstrasi besar-besaran sehingga melumpuhkan kehidupan sosiopolitik di Iran dan berakhir dengan penggubahan perlembagaan teokrasi baru pada 1 April 1979 apabila rakyat Iran melantik Ayatollah Al-Khomeini sebagai pemimpin baru Iran pada Disember 1979. Revolusi ini berbeza dengan revolusi Perancis atau revolusi Rusia kerana ia bukan berlaku disebabkan kekakalahan perang, krisis kewangan, pemberontakan petani atau ketidakpuasan kepimpinan tentera tetapi disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa oleh Shah Reza Pahlevi. Untuk perbincangan lanjut sila rujuk Papanek (2009). Pew Research Center merupakan satu badan bebas yang menjalankan kajian berkaitan dengan agama, masyarakat, sikap dan trend. Mengendalikan pandangan umum, kajian demografi, kajian analisis media dan kajian sosial sains secara impirikal. Kumpulan ini memfokuskan kajian kepada aspek seperti berikut politik dan polisi semasa Amerika Syarikat, jurnalisme dan media, internet, sains dan teknologi, agama dan sikap masyarakat global, kehidupan sosio-ekonomi dan trend demografi terkini.Perkembangan lebih lanjut boleh dirujuk di laman sesawang http://www.pewresearch.org/ (2015) Dalam kajian ini, penggunaan Syiah akan merujuk kepada orang yang berfahaman Syiah. Sinar Harian. 2013. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kdn-pengikut-syiah-di-malaysia-cecah-250000-1.190448.5Ogos2013 - [10 September 2015] Anggaran ini termasuklah rakyat Malaysia yang berfahaman Syiah Anggaran ini penduduk berasaskan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (2014). Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah ajaran dan amalan yang berasal daripada Nabi s.a.w. dan para Sahabatnya sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang menyebut umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, yang selamat hanya satu, iaitu mereka yang dipanggil sebagai jemaah yang selamat dan benar, yang berpegang kepada dasar hidup nabi dan para sahabatnya, mereka itulah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malaysia negara yang berpegang kepada aliran dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah ia mengikut mazhab Imam Asy’ari radiallahu anhu, dalam Fiqh ia mengikut Mazhab Syafi’e radiallahu anhu dengan tambahan-
504
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
disebut sebagai Sunni). Menurut Nakhaie (2013), walaupun dunia memberikan revolusi berkenaan dengan nama Revolusi Islam, namun secara jelasnya ia merupakan agenda Iran dalam meluaskan doktrin Syiah mereka atas nama menyatukan negara Islam di bawah konsep Wilayatul Faqih8(Nakhaie, 2013). Malaysia menjadi antara negara yang mempunyai kerjasama dan hubungan dua hala yang baik dengan Iran sama ada dari aspek ekonomi mahupun sosial. Fahaman Syiah yang dibawa oleh Iran ke Malaysia kini semakin menular. Apatah lagi fahaman ini turut dikembangkan oleh rakyat tempatan yang pulang belajar dari Iran. Walaupun Malaysia pernah memberi ruang kepada fahaman Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah diamalkan di Malaysia namun, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah berbincang dan memutuskan bahawa: “…bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/849, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah10 sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.” Pada tahun 2013, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah menjelaskan kehadiran kumpulan Syiah dengan jumlah yang tidak terkawal di Malaysia boleh menimbulkan pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni sehingga mengancam keselamatan Negara11. Sekiranya Malaysia tidak mengambil pendekatan awal bagi menangani kemasukan penganut fahaman Syiah ke negara ini, tidak mustahil Malaysia akan turut mengalami nasib yang sama sebagaimana konflik yang kini melanda beberapa negara di Rantau Timur Tengah akibat dari perselisihan fahaman antara golongan Sunni dan Syiah12. Di Malaysia, kumpulan minoriti Syiah telah berani meminta agar diberi hak kesamarataan sebagaimana pengamal lain seperti memiliki Masjid Syiah sendiri, tambahan yang diperlukan dari segi keputusan-keputusan fatwa mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli Sunnah; dalam huraian berkenaan dengan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali radiallahu anhu. Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti dengan baiknya dan mesti dipelihara. Untuk perbincangan lanjut sila rujuk Ahmad Izzudin (2009). 8 Wilayatul Faqih adalah sebuah konsep menyatukan satu tampuk pemerintahan dibawah syiar Imamiah Syiah. 9 Pada tahun 1984, Kerajaan Malaysia melalui Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan penahanan beberapa pemimpin dan pengikut Syiah, di antaranya adalah Profesor Lutfi Ibrahim dari Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Berikutan penahanan tersebut, Jawatankuasa-Jawatankuasa Fatwa NegeriNegeri termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang penyelewengan akidah dalam Mazhab Syiah. Untuk perbincangan lanjut sila rujuk Mohamed (2003). 10 Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah tidak diharamkan pada tahun 1985 adalah kerana, kedua mazhab ini dilihat amat dekat pegangannya dengan Sunni. Mazhab Syiah Al-Zaidiyah adalah merujuk kepada golongan Syiah yang dibawa oleh pengikut Zaid bin Ali bin Al-Hussin bin Ali Bin Abu Talib. Kebanyakkan mazhab Zaidiyah ini berada di Yaman. Manakala mazhab Syiah dari golongan Jaafariah pula merujuk kepada Jaafar as Sadiq. Walau bagaimanapun pada tahun 1996, kesemua golongan dari mazhab Syiah ini diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan untuk diharamkan kerana masih terdapat unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Sunni terutama dalam aspek mengkafirkan sahabat serta meletakkan/taksub dengan Saidina Ali melebihi dari Rasulullah. Untuk perbincangan lebih lanjut sila rujuk Aizam (2013) dan Wan Zahidi (2011). 11 Rujuk laman sesawang www.astroawani.com mengenai kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 13 Disember 2013. 12 Kemuncak ketegangan konflik antara kedua fahaman ini adalah seperti peristiwa pembunuhan kejam orangorang awam di Syria, Iraq dan Yaman, pembakaran masjid-masjid puak yang bertelagah, demonstrasi kekerasan yang menyebabkan kecderaan yang parah seperti yang berlaku di Arab Saudi pada 1979 akibat dari pemberontakan puak minoriti Syiah yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Arab Saudi serta kebanjiran pelarian-pelarian Sunni dari negara-negara bergolak ke seluruh dunia.
505
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
merayakan Hari Asyura secara terbuka sempena peristiwa pembunuhan Saidina Hussin (meratapi kematian Saidina Hussin selaku cucu Rasulullah SAW dengan melukakan badan dengan senjata-senjata tajam), rapat umum mencela isteri Baginda Rasulullah SAW iaitu Ummul Mukminin Saidatina Siti Aishah Radiahuanha dan peruntukan yang sama diberikan kepadaNGO Syiah sebagaimana NGO lagi di Malaysia13. Sehubungan itu, timbul persoalan di sini, setelah Kerajaan menfatwakan pengharaman Syiah di Malaysia pada tahun 1984 dan mengecualikan dua golongan Syiah iaitu fahaman Syiah Al-Zaidiyah dan Jaafariyah, namun pada tahun 1996 Kerajaan sekali lagi mengambil pendekatan untuk mengharamkan secara keseluruhan Syiahyang mana sebelum ini dibenarkan untuk di amalkan di Malaysia?, Persoalan kajian, adakah fahaman Syiah ini mengancam keselamatan Negara Malaysia dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap hubungan Malaysia dan Iran. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Oleh yang demikian, objektif utama kajian adalah seperti berikut: i. Menganalisa faktor-faktor yang mendorong kumpulan Syiah meluaskan pengaruh mereka di Rantau Asia Tenggara terutama Malaysia. ii. Membincangkan implikasi fahaman Syiah terhadap kestabilan dan keselamatan Negara Malaysia. iii. Menganalisa hubungan dua hala antara Malaysia-Iran disebabkan oleh faktor Syiah. Antara persoalan kajian yang akan dikaji adalah seperti berikut: i. Apakah faktor yang menyebabkan fahaman Syiah semakin berkembang? ii. Bagaimanakah Syiah memberi kesan kepada keselamatan Negara Malaysia? iii. Bagaimana faktor Syiah-Sunni ini memberi kesan kepada hubungan Malaysia – Iran? METODOLOGI PENYELIDIKAN Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif14 di dalam penyelidikan ini. Pemilihan pendekatan kualitatif dalam kajian ini adalah bagi mengkaji dan memahami proses yang berlaku serta situasi sebenar isu yang sedang diselidiki. Memandangkan kajian ini akan mengkaji fenomena yang telah dan sedang berlaku, maka peyelidik memilih untuk menggunakan pendekatan kualitatif secara kaedah indukif iaitu mengumpulkan data yang akan membawa kepada pembentukan idea, konsep dan teori. Dari konteks kaedah pengumpulan data, penyelidik akan menggunakan kaedah pengumpulan data secara primer dan sekunder. Walau bagaimanapun, tinjauan awal ini hanya kaedah sekunder dari pengumpulan data sahaja yang akan digunakan oleh penyelidik. Data-data ini diperolehi dari bahan-bahan kajian impirik bercetak terbitan dalam negara dan luar negara yang menggunakan bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab; monograf, artikel jurnal akademik yang berwasit dan bertauliah; kertas-kertas seminar tempatan dan antarabangsa yang terkini dan serta laman-laman sesawang yang berautoritatif berkaitan dengan topik yang dikaji. Selain itu, bagi memperkayakan lagi kajian ini, penyelidik memanfaatkan sepenuhnya beberapa perpustakaan yang terdapat di Malaysia. Pemilihan setiap perpustakaan ini tidak dibuat secara 13 Maklumat ini diperolehi semasa penyelidik bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2006-2010) semasa bermesyuarat bersama agensi-agensi keselamatan seperi PDRM, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (RD), Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri pada penghujung tahun 2010. Individu-individu berkenaan memohon agar indentitinya dirahsiakan (2010). 14 Pendekatan kualitatif didefinisikan sebagai kaedah yang memberatkan usaha untuk mencari dan memberikan keterangan serta pemerhatian bukan numerikal walaupun terdapat keterangan yang merujuk kepada statistik. Kebanyakan kajian dalam bidang ini memberikan keterangan, interpretasi, atau makna dalam sesuatu proses komunikasi. Kaedah ini juga lebih merupakan usaha untuk memberikan keterangan tentang sifat dan keadaan manusia dengan menggunakan pandangan umum tentang apa-apa saja tindakan sosial. Perbincangan lebih lanjut sila rujuk Azizah (2010).
506
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
rawak, akan tetapi dipilih secara selektif. Antaranya Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM yang menajdi antara Perpustakaan terbesar yang ada di Malaysia; Perpustakaan Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai bahan-bahan bercetak yang agak terhad dan bertaraf sulit; dan Pusat Sumber Majlis Keselamatan Negara yang menyimpan dokumen-dokumen rasmi berkaitan isuisu keselamatan negara. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Sejarah bertapaknya Syiah di Malaysia tidak disepakati oleh para sarjana. Namun ratarata bersetuju tersebarnya Syiah di negara ini adalah selepas tercetusnya Revolusi Iran pada tahun 1979 dibawah pimpinan Ayatolleh Khomeini menumbangkan Kerajaan Shah Mohammad Reza Pahlavi atau Shah Iran. Menurut Aizam (2013), beliau bersetuju dengan pandangan yang dibincangkan oleh kebanyakan ulama Sunni di Malaysia bahawa, fahaman Syiah adalah fahaman yang dibawa masuk ke Nusantara sekitar tahun 1979, selepas kejatuhan kerajaan Shah Iran melalui Revolusi Iran. Slogan perpaduan Sunni-Syiah di Malaysia yang dicanangkan atas hujah bertuhankan tuhan yang sama, berkiblatkan pada satu kiblat yang sama dan berpandukan pada satu nabi yang sama sering dicanangkan untuk mendapatkan simpati dari masyarakat melayu (Aizam, 2013). Pada waktu itu, media Barat cukup hebat memainkan propaganda mengangkat imej Al-Khomeini sebagai pemimpin pembaharuan dengan memberi gambaran beliau adalah pemimpin Islam yang hebat serta perlu diikuti oleh semua dunia Islam (Ismaweb.net 2013). Propaganda ini akhirnya membuahkan hasil apabila masyarakat Islam pada waktu berkenaan dilihat terpengaruh dengan slogan yang dibawa oleh Al-Khomeini dengan menghantar anak-anak untuk belajar di Iran. Selepas Al-Khomeini diangkat menjadi Presiden, beliau mengambil peluang ini mengajak semua pemimpin dunia termasuk dari Malaysia untuk bertandang ke Tehran terutama pemimpin-pemimpin Parti yang dominan memerintah negara dan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk bertemu dengannya. Apabila rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar dari rumpun nusantara pulang dari belajar di Iran, mereka turut membawa bersamanya fahaman Syiah. Menurut Wan Zahidi, fahaman Syiah adalah ancaman terbesar kepada akidah umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia yang berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Wan Zahidi, 2011). Wan Zahidi (2011) turut membincangkan mengenai gelombang Syiah di Malaysia yang berkembang selepas berlakunya peristiwa penaklukan Iraq oleh Amerika Syarikat dan pasca perang Hizbullah-Israel di Lubnan. Kemasukan kumpulan Syiah ini membentuk tiga kumpulan utama iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra), Syiah Ismailiah Agha Khan dan Syiah Ja`afariyah atau Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas). Dari ketigatiga kumpulan ini, Syiah Ja`afariyah dikesan mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh kumpulan ini digerakkan melalui beberapa cara seperti pengedaran bahan bacaan, perseorangan yang kembali dari berkunjung ke Iran atau individu yang berasal dari Iraq. Selain itu penyebaran fahaman kumpulan ini juga disebarkan melalui medium akademik oleh pensyarah universiti tempatan kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Penulisan mereka ini lebih menitik beratkan kepada aspek penyelewengan Syiah dari sudut aqidah dan syariat. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, nisbah penganut fahaman Syiah di Malaysia berjumlah 8.3% daripada keseluruhan 30.3 juta rakyat Malaysia. Sekaligus menjadikan kumpulan ini golongan minoriti di Malaysia. Pada 6 Jun 2011, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili kumpulan Syiah di Malaysia telah menghantar satu memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong memohon agar diberi hak kesamarataan walaupun sebagai satu kumpulan minoriti di Malaysia. Mereka memohon agar bebas mengamalkan amalan Syiah dan memohon pewartaan pengharaman Syiah yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan di tarik balik sama ada di peringkat kebangsaan mahupun nasional. Bahkan kumpulan Syiah ini turut dikaitkan dengan satu kes pembunuhan seorang pegawai 507
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jabatan Agama Islam Pahang15 di Kuantan, Pahang. Secara umumnya, Iran dan Syiah adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Negara Iran satu-satunya negara di dunia pada hari ini yang mempunyai majoriti paling ramai masyarakat berfahaman Syiah. Kajian mengenai kebangkitan Iran di Rantau Timur Tengah sebelum ini telah dikaji oleh ramai sarjana. Antaranya Sung dan Johannes (2015), Patrikarakos (2015), Toensing (2007), Sørli dan Gloditsh (2005) dan Skocpol (1982). Kajian mereka adalah mengenai Iran sebagai sebuah kuasa yang sedang bangkit di Timur Tengah dan dilihat mampu menandingi kuasa utama dunia (global leader). Pasca kematian Ayatollah Al-Khomeini pada tahun 1989 dan tamatnya perang antara Iran dan Iraq pada tahun 1998 menunjukkan Iran sedang meluaskan jaringan kekuasaannya di rantau berkenaan melalui pendekatan mengukuhkan kepentingannya melalui dasar-dasar luar. Iran kini sedang meningkat menjadi sebuah kuasa serantau yang digeruni di Rantau Timur Tengah. Kehebatan Iran ini turut diterjemahkan dengan keupayaannya membangunkan program nuklear sebagai satu tanda negara Syiah itu sedang mendepani arus teknologi dan era globalisasi (Sung dan Johannes, 2015). Patrikarakos (2015) mengkaji mengenai kesan pembangunan program nuklear Iran terhadap masyarakat dunia dan dapatan dari kajian berkenaan menunjukkan program tersebut menimbulkan kegelisahan dikalangan aktor-aktor antarabangsa yang melihat ia sebagai satu usaha mewujudkan sebuah negara yang berkecenderungan untuk menggunakan senjata berbahaya ini dalam situasi terdesak. Kesungguhan Iran membangunkan tenaga nuklear ini diterjemahkan sejak dari zaman pentadbiran Shah Mohammad Reza Pahlavi. Iran mengimpikan sebuah teknologi yang canggih, moden dan berkeupayaan luar biasa selaras dengan hasrat Shah Reza yang mahu memodenisasikan Iran sebagai sebuah negara yang berdaya saing terutama dalam era tenaga nuklear. Bagi Shah Reza, beliau optimis melihat dirinya sebagai seorang ekonomis dan pembangunan nuklear yang dibangunkan itu sebagai satu usaha untuk mentransformasikan Iran sebagai sebuah negara terkehadapan dalam penggunaan tenaga nuklear. Perkara ini menggusarkan aktor-aktor di sekitar Timur Tengah terutama negara yang tidak bersehaluan dengan Iran. Kemampuan Iran dalam pembangunan teknologi nuklear ini dilihat mampu mencetuskan fenomena perlumbaan senjata di rantau berkenaan apatah lagi Rantau Timur Tengah adalah rantau yang terlalu mudah untuk jatuh ke lembah konflik (Patrikarakos, 2015). Kajian seterusnya telah dijalankan oleh Toensing (2007) yang membincangkan mengenai kebangkitan Iran di dalam negara-negara Rantau Timur Tengah. Beliau menganalisa beberapa pandangan pemimpin-pemimpin utama seperti Iraq dan Mesir mengenai Syiah. Mantan Presiden Mesir iaitu Husni Mubarak pernah mengungkapkan bahawa golongan Syiah hanya akan taat kepada negara Iran dan bukannya negara yang sedang mereka di diami. Bahkan Saddam Hussin juga pernah menyatakan bahawa Iran sebenarnya adalah ancaman yang lebih besar kepada Iraq berbanding Israel. Menurutnya, pengaruh yang dibawa oleh Al-Khomeini berupaya memaksa dan memberi inspirasi kepada penduduk Iran di Iraq untuk taat kepada pemimpin Wilayatul Faqih tersebut. Penulisan Toensing ini seolah-olah menampakkan faktor ketakutan golongan pemimpin Sunni ke atas kuasa Syiah Iran (Toensing, 2007). Jones (2006) seterusnya mengkaji mengenai kumpulan minoriti Syiah dan kesannya kepada negara Arab Saudi. Revolusi Iran sebenarnya telah membuka ruang kepada kumpulan minoriti iaitu penduduk Syiah di Arab Saudi untuk memperjuangkan hak kesamarataan. Kejadian ini juga sebenarnya telah mendidik masyarakat muslim terutama Syiah untuk menjadi pemberontak atau muslim rebels. Kumpulan ini mengambil peluang untuk memberontak di atas nama pembaharuan, penentangan kepada korupsi, kerjasama kerajaan yang terlampau-lampau dengan Blok Barat dan mempertikaikan kredibiliti pemerintah Arab Saudi dalam menjaga keharmonian dua Tanah Haram iaitu 15 Sinarharian.com.http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-buat-andaian-kes-bunuh-penguat-kuasajaip-1.219845-[11 November 2015]
508
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Mekah dan Madinah. Bagi Jones agenda dan modus operandi mereka sangat jelas. Semasa fenomena Revolusi Iran berkenaan, Iran kerap menghantar pesanan dan pengarahan kepada masyarakat Syiah di luar Iran melalui frekuensi radio bagi menyemarakkan semangat juang dan inspirasi yang di bawa oleh Khomeini (Jones, 2006). Kemuncak pertembungan antara Syiah dan Kerajaan Arab Saudi adalah pada penghujung November 1979 apabila berlaku keganasan dan pemberontakkan di antara pasukan keselamatan Kerajaan Arab Saudi dan dan ribuan masyarakat Syiah yang kecewa dengan penghalangan kumpulan ini bagi merayakan hari Ashura sempena memperingati kematian Imam Hussein. Ekoran pemberontakkan ini, ramai yang tercedera dan meninggal dunia. Antara kemusnahan yang dicatatkan adalah kejadian pembakaran Bank milik British di Qatif, Pejabat Saudia National Airline, kenderaan-kenderaan awam, serangan bersenjata ke atas pihak polis, serangan ke atas pejabat pasukan pengawal pantai di perkampungan Al-Awamiyya, rampasan senjata dari pasukan tentera dan penawanan pusat bandar Qatif. Dalam kejadian ini, hampir 20,000 orang pasukan tentera telah ditugaskan untuk berada disekitar bandar Qatif, Sayhat dan Safwa bagi mengawal pasukan pemberontak Syiah, mengawal aliran maklumat dan menghalang pasukan ini dari membakar fasiliti-fasiliti minyak mentah. Dari keseluruhan penulisan Jones (2006), dapat disimpulkan, Walaupun Syiah hanyalah kumpulan minoriti di Arab Saudi, namun keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan ini amat membimbangkan. Dengan berbekalkan slogan yang dilaungkan oleh Al-Khomeini dari Iran, mereka agresif memperjuangkan sesuatu walaupun bertentangan dengan nilai-nilai teras sesebuah negara berkenaan. Samsuddin & Azmul (2013) mengkaji tentang kemunculan Syiah di alam Melayu. Kajian ini mempersoalkan mengenai aliran Islam yang manakah terawal tiba di Alam Melayu sama ada Sunni atau Syiah. Penulis membawakan dua teori dalam menjelaskan keadaan ini. Teori pertama adalah menyatakan Sunni merupakan aliran pertama yang tiba di Alam Melayu melalui Indonesia dan menjadi pegangan dominan bagi kebanyakkan negara Islam di Rantau Asia Tenggara pada hari ini. Teori kedua adalah meyakini bahawa Syiah telah wujud lebih awal dari kewujudan Sunni di rantau ini. Teori ini seringkali dikaitkan dengan dua alasan iaitu, kekejaman pemerintah Bani Umayyah dan penyebaran Islam secara meluas di rantau ini. Syiah dikatakan telah tiba ke timur Sumatera pada masa pemerintahan Bani Buwayh pada tahun 359H/969M dan telah menetap di Siak. Beliau mendakwa, Parameswara telah diislamkan oleh seorang Syiah berketurunan Sayyid bernama Sayyid Abdul Aziz. Secara keseluruhannya, penulis membawa kronologi sejarah kemunculan fahaman ini tanpa menetengahkan aspek ancaman yang dibawa bersama oleh kumpulan Syiah. Sehubungan dengan itu, penulisan tesis ini akan melihat ruangruang yang telah ditinggalkan oleh penulis ini dari sisi ancaman fahaman ini kepada Rantau Asia Tenggara yang secara jelasnya lebih menerima konsep yang dibawa oleh Ahli Sunnah berbanding dengan Syiah. Chularatana (2008) mengkaji dan menganalisis status pembangunan kumpulan minoriti Syiah di Thailand dari abad ke-16 hingga ke hari ini. Syiah di Thailand terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kelompok asal dan baharu. Kumpulan asal memanggil diri mereka sebagai kelompok Chao Sen, yang bermaksud Pengikut Imam Hussein, dan yang kedua adalah Syiah dari keturunan Indo-Iranian iaitu nenek moyang Syiah yang datang dari Iran dan India semasa awal abad ke-16. Kedua yang dipanggil dengan nama Chi A Mai, yang bermaksud kumpulan Syiah baru. Mereka ini menukar kepercayaan asal kepada fahaman Syiah kerana terpengaruh dengan seruan kebangkitan Revolusi Islam di Iran pada tahun 1979. Chularatana membuat kajian mengenai masyarakat Syiah di Thailand dan membahagikan pergerakan kumpulan ini melalui dua zaman iaitu zaman Ayutthaya dan zaman Rattanakosin. Syiah pada zaman Ayuttahaya ini kebanyakkan tinggal di tengah-tengah bandar dan berkomuniti dengan masyarakat Cina Thailand. Kumpulan ini juga dicatatkan membina 509
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
tempat ibadah mereka sendiri sebagai bukti pernah berada di kawasan berkenaan dan dibuktikan semasa pemerintahan Raja Narai bahawa kumpulan Moors (Syiah Thailand) melakukan upacara keagamaan. Pada hari ini, Syiah peninggalan Ayuttahaya hanya ada jumlah yang kecil sahaja selepas bandar berkenaan di musnahkan dan dibakar dalam peperangan antara Ayutthaya dan Burma pada 1767. Namun peninggalan bangunan menggunakan gaya Iran masih lagi ada di kawasan ini terutama di sekitar Universiti Pharanakhon Si Ayutthaya Rajabat di bandar Ayutthaya. Faktor utama yang menjadikan kumpulan Syiah diterima membina bangunan dan fasiliti lain di Ayutthaya adalah kerana faktor ekonomi dan perdagangan. Kumpulan ini juga mempunyai perhubungan dengan baik dengan Iran dan memberikan pulangan yang baik dari segi ekonomi seperti perniagaan karpet Parsi, air bunga mawar, barangan kemas seperti ukiran halus seni, sutera dan barang hiasan rumah. Kumpulan Syiah ini juga diberi tempat untuk berkhidmat dalam kerajaan terutama dalam sektor awam dan ketenteraan. Antaranya adalah tentera sukarelawan atau Kong Asa Tang Chat (Pasukan Sukerelawan Tentera Bangsa Luar) dan pasukan tentera kawalan di Raja yang dipilih oleh raja sendiri. Dicatatkan oleh Chularatana (2008) bahawa Rabi (1972:100) menjelaskan bahawa Raja Narai telah mengupah 200 tentera Iran dari India untuk mengawal dirinya. Selepas kerajaan Ayutthaya di jatuhkan oleh Kerajaan Burma 1767, kebanyakkan Syiah dari keluarga Sheikh Ahmad berketurunan Syiah telah berhijrah ke Bangkok. Kemuncak dari perkembangan Syiah di Thailand adalah apabila keturunan Sheikh Ahmad ini dilantik menjadi Phraya Chularajmontri atau ketua komuniti Islam di Siam. Aizam (2013) pula mengkaji tentang kemunculan Syiah di Malaysia. Beliau menegaskan dalam penulisannya kepada masyarakat Malaysia bahawa Syiah bukan sebuah mazhab sebaliknya merupakan sebuah kumpulan ajaran sesat yang telah terkeluar dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Apa yang menarik dalam penulisan ini, semua penerangan di mulai dengan persoalan supaya pembaca dapat menyimpulkan persoalan berkenaan dalam satu set jawapan dihujung pembacaan tersebut. Aizam (2013) menyatakan, sejarah kemunculan Syiah mempunyai perkaitan dengan suasana ketidakstabilan politik yang sedang berlaku dikalangan umat Islam pada ketika itu. Kajian ini sangat menarik untuk memahami latar belakang Syiah di Malaysia. Beliau mampu membincangkan fakta sejarah dan perkembangan Syiah itu sendiri sejak dari tertubuhnya sehinggalah fahaman berkenaan dibawa masuk ke tanah Melayu. Dalam penulisan beliau, dapat kita simpulkan dua perkara: Pertama, kelahiran fahaman Syiah ini sendiri adalah berpaksikan kepada fitnah dan ketegangan politik pada waktu berkenaan. Kedua, Syiah bukanlah satu mazhab sebagaimana yang diwarwarkan oleh sesetengah pihak, tetapi ia merupakan satu fahaman yang telah terkeluar dari ajaran Islam. Walau bagaimanapun, penulis hanya menjelaskan faktor-faktor yang membawa kepada ancaman dari sudut akidah dan Islam semata-mata. Penulis sewajarnya membawakan contoh-contoh yang lebih bersifat global dan kesan terhadap keselamatan negara Malaysia bagi meyakinkan para pemimpin yang ada dan kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai latarbelakang agama bahawa Syiah mampu menjadi ancaman kepada Malaysia sekiranya tidak dibendung dari awal. Maka penulisan ini akan merapatkan jurang yang telah ditinggalkan oleh penulis, sementelah ancaman dari konteks akidah telah disajikan, maka tibalah waktunya penyelidikan melihat dari konteks ancaman keselamatan Malaysia keseluruhannya. Sehubungan itu, kajian ini akan terus mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh penyelidik sebelum ini dengan menfokuskan kepada bagaimana kumpulan dan fahaman Syiah ini memberi kesan kepada keselamatan negara Malaysia. Menurut Wan Zahidi (2011), tahap kecintaan yang melampau kepada Saidina Ali menyebabkan kumpulan ini memusuhi Abu Bakar dan Umar dengan mendakwa Ali lebih berhak menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W. Natijah 510
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dari ketaksuban ini, mereka memfitnah para sahabat dan mengadakan upacara khas memperingati Saidina Husain dengan memukul-mukul badan, mengalirkan darah dan lain-lain perkara yang bertentangan dengan syarak. Pengarang kitab ini (Al-Tasyayyu` wa al-Syiah) merupakan seorang pendakwah yang dilahirkan dalam keluarga Syiah dan memegang jawatan penting dalam sektor kehakiman di Iran sebagai ketua hakim namun berakhir dengan kematian apabila beliau ditembak pada 1324H (1951) kerana mendedahkan kebatilan dan ketaksuban yang disemai dalam kumpulan Syiah. Penulis turut mendedahkan mengenai keberanian golongan Syiah di Malaysia menuntut beberapa perkara yang bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah seperti menuntut kebebasan menyebarkan ajaran Syiah tanpa ada halangan sebagaimana sebaran agamaagama lain di Malaysia, meluaskan tradisi pembacaan kisah pembunuhan Saidina Husain dan memukul badan sendiri sehingga berdarah sebagai tanda penyucian dosa. Walaupun kajian ini menerangkan penyelewengan akidah dan syariat yang dilakukan oleh kumpulan Syiah namun analisisnya tidak merangkumi aspek ancaman kepada keselamatan negara secara komprehensif. Kalau ada pun perkara ini hanya disentuh secara permukaan sahaja. KESIMPULAN Malaysia kini sedang menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dalam usaha menjadi sebuah negara maju dipersada dunia pada era globalisasi ini, nilai-nilai teras negara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia seperti Islam, Melayu, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera adalah perlu dipertahankan bagi memastikan survival keselamatan negara Malaysia terus terpelihara. Kemasukan fahaman Syiah ke negara ini bukan sahaja memecah belahkan persefahaman masyarakat Islam Malaysia, namun ia turut menggangu keharmonian umat Islam di negara ini yang berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kemasukan fahaman ini juga menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik negara ekoran dari perpecahan pegangan pemimpin-pemimpin Islam sekaligus berpotensi memberi implikasi negatif terhadap hubungan Malaysia-Iran. Justeru, ianya adalah satu ancaman kepada keselamatan negara. RUJUKAN Ahmad Izzudin Al-Bayanuni. 2009. Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur:Ampang Press Sdn. Bhd. Al-Mashat, A.M. 1985. National Security in the Thirld World. Boulder & London; Westview Astroawani.com. 13 Disember 2013. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpnpendedahan-syiah-untuk-keselamatan-negara-26881 [10 September 2015] Azizah Hamzah. 2010. Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya dalam Jurnal Pengajian Media Malaysia 6(1): 1-12 ismaweb.net/2013/07/gerakan-syiah-boleh-gugat-ketenteraman/[10 September 2015] Chularatana, Julispong. 2008. The Shi`ite Muslims in Thailand From Ayutthaya Period to the Present. MANUSYA Journal of Humanites Special Issue No.16: 1-22 Ehteshami.A. 2009. Reform from Above: The Politics of Participation in the Oil Monarchies. International Affairs Vol.79 Hendrix, C.S. 2015. Oil prices and interstate conflict. Journal of Conflict Management and Peace Science. 1-22 Jackson, Robert & Sorensen, Georg. 2003. Introduction to International Relations Theories and approaches. New York: Oxford University Press Jones, T.C. 2006. Rebellion on The Saudi Periphery: Modernity, Marganinalization, and the Shia uprising of 1979. United State: Cambdrige University Press 511
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Mohamed Azam Mohamed Aidil. 2003. Hak Tukar Agama Dalam Perlembagaan Malaysia:Konflik Antara Kebebasan Beragama dan Hukum Islam. Jurnal Syariah 11:123-46 Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Kemunculan Syiah di Alam Melayu:Satu Kajian Awal. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd Aizam bin Mas`od. 2013. Soal Jawab Isu Syiah di Malaysia. Putrajaya:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Nakhaie Ahmad. 2013. Aqidah dan Cita-Cita Politik Khomainy Berdasarkan KaryaKaryanya, dibentangkan di Seminar Mengenai Syiah anjuran MUAFAKAT pada 8 September 2013. Papanek, John L. 1998. Persians:Master of Empires, USA:Times-Life Books Patrikarakos, David. 2015. Nuclear Iran:The Birth of an Atomic State. London & New York: I.B Tauris Pew Research Center. 2015. http://www.pewforum.org/2011/01/27/future-of-the-globalmuslim-population-sunni-and-shia/- [20 Oktober 2015] Skocpol, T. 1982. Rentier Sate and Shi`a Islam in the Iranian Revolution. Netherland: Springer Sinar Harian. 2013. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kdn-pengikut-syiah-dimalaysia-cecah-250-000-1.190448.5Ogos2013 - [10 September 2015 ] Sung, E.K & Johannes, U. 2015. Rising regional powers meet the global leader: A strategic analysis of influence competition. Journal of International Political Science Review. Vol. 36(2) 214-234. Trager,F.N. & Simonie, F.L. 1973. An Introduction to the study of national security. Dlm. Frank N. rager dan Philips S. Kronenberg (Pynt.) National security and American society; theory, process and policy. Lawrence, KS.; University Press of Kansas. Toensing, Chris. 2007. The Shi’a in the Arab World. Middle East Report No.242. pp. 1-4, 47-48 Wan Zahidi bin Wan Teh & Syeikh Mahmood Sa`ad Nasih. 2013. Mengenal Hakikat Syiah. Kuala Lumpur:Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
512
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERANAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH KE ARAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH Zunaida Zakaria, Abdul Razak Ahmad, Mohd. Mahzan Awang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kertas ini membincangkan peranan Kurikulum Sejarah merealisasikan hasrat dan aspirasi negara khususnya dalam pemupukan semangat patriotik dikalangan murid sekolah rendah. Pembinaan kurikulum sejarah sekolah rendah ini amat memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dan semangat patriotik yang dapat diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah mulai tahun 4 di tahap II. Peranan mata pelajaran sejarah ini adalah sebagai asas dalam pemupukkan dan melahirkan murid dan negara yang berjiwa patriotik. Jesteru kertas ini cuba melihat sejauh mana peranan kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah rendah dalam menerapkan serta memupukkan semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah rendah. Kertas ini turut membincangkan kedudukan dan matlamat mata pelajaran Sejarah Sekolah Rendah. Oleh itu, sangat wajar khususnya generasi muda menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia. Seterusnya kertas kerja ini juga mengupas cabaran perlu dihadapi dalam melaksanakan KSSR mata pelajaran di sekolah rendah. Kata kunci : Pendidikan Sejarah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Patriotik. Abstract This paper discuss the role of Historical Curriculum in the realization of the nation’s hope and aspiration to nurture patriotism within the primary school students. The construction of the primary school historical curriculum also stress on the injection of high moral fibre and patriotism which the students can apply in their daily lives. History has been made a compulsory subject to be learned by all students in the Kurikulum Standard Sekolah Rendah starting in standard 4. History has a role to be the foundation of nurturing students with a patriotic spirit in the country. Thus this paper tries to explore the effectiveness of the curriculum Standard Sekolah Rendah in nurturing and promoting the national and patriotic spirit in the primary school students. This paper also discusses the objectives and position of history as a primary school subject. It is crucial that the youth of today practice the values of patriotism using it as guidance and the values are instilled inside each layer of the Malaysian community. This paper also explores the challenges in implementing KSSR subject in primary school. Keywords: History Curriculum, Standard Primary School Curriculum and Patriotis.
PENGENALAN Semangat Patriotik merupakan semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa, pembangunan negara dan hendaklah menghayati serta 513
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mengambil iktibar daripada sejarah negara. Kepentingan semangat patriotik amat penting disemaikan dalam diri pelajar untuk menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara. Pelajar yang mempunyai semangat patriotik akan saling bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain. Semangat patriotik dikalangan generasi muda menjadi suatu tuntutan nasional yang mendesak. Pelbagai idea dan rancangan diwujudkan untuk memupuk semangat patriotik ini. Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntutan lokal dan global. Pada peringkat lokal, persoalan patriotik dan kewarganegaraan mendesak pendidikan dengan Sejarah dijadikan teras pada peringkat pendidikan rendahPendidikan Sejarah merupakan elemen penting dalam peradaban bangsa.Namun bagi memupuk minat terhadap sejarah, pendedahan harus bermula pada peringkat umur rendah. Kerana pada peringkat ini, mereka mudah menerima ilmu dan menanam nilai dalam. memupuk semangat cintakan negara. Malah mereka juga akan membentuk nilai diri dan perspektif yang akan dibawa dalam kehidupan pada masa depan. Asas yang dibina dan dipupuk ini dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan sejarah dan relevan sejarah dalam kehidupan masa kini.. pemupukan semangat patriotisme ini sangat penting untuk memantapkan diri pelajar dari segi ketahanan mental, fizikal dan emosi yang akan membolehkan seseorang itu mampu dan berupaya menghadapi segala bentuk cabaran. Kekurangan nilai patriotik dalam diri pelajar akan memberikan kesan kepada rendahnya semangat juang dan semangat jati diri dalam diri mereka yang menyebabkan ada sesetengah daripada mereka mudah menyerah kalah dan tunduk kepada sesuatu tekanan (Abd. Rahim, 1999). Perasaan patriotik perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Mata pelajaran sejarah menjadi teras kepada usaha penerapan unsur-unsur patriotik. Pelajar yang mempelajari disiplin sejarah akan dapat membuat penilaian dan analisis fakta sejarah secara rasional dan dapat membentuk disiplin diri yang kuat berdasarkan perasaan cintakan negara. Oleh yang demikian, menjadi tanggunjawab agar semua kaum dan etnik di Malaysia harus memiliki semangat patriotisme demi keharmonian dan kemajuan negara. KONSEP PATRIOTISME Patriotisme berasal daripada dua suku kata Bahasa Yunani iaitu pater bermaksud father dan patris bererti land. Gabungan kedua-dua suku kata tersebut membawa maksud dalam Bahasa Inggeris ialah the love of a fatherland (Muhamad Ali Embi, 2009). Ianya turut disokong oleh Blank (2003), yang menyatakan patriotisme merupakan satu perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Oleh itu patriotisme bermaksud perasaan cinta dan sayang kepada tanah air atau tempat tumpah darah seseorang. Walaubagaimana pun, sebenarnya tuntutan patriotisme melebihi dari maksud tersebut. Menurut Abdul Rahim bin Rashid (2004), patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Menurut Najeemah (2007) patriotisme bermaksud membina jati diri, berbakti kepada tanah air dan bangsa, sedia berkorban dan bukan sekadar perasaan cinta dan sayang pada negara tetapi perlu dibuktikan melalui tindakan. Seperti yang dinyatakan oleh Berns (1997) patriotisme bermaksud perasaan bangga dan cinta kepada negara serta kesediaan untuk berkorban apa sahaja demi kepentingan negara. Patriotisme diambil dari perkataan patriot iaitu bererti perasaan dan sifat-sifat mencintai dan bersedia mempertahankan tanahair. Menurut kamus Webster, patriotism ialah ”the devoted love, support and defence of once’s country”.. Bill Tottan (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara. 514
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dob (1994) pula benyatakan bahawa semangat patriotisme berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau kumpulan orang yang mempunyai pendapat yang sama dalam mengekalkan dan melindungi negara tercinta. Seseorang individu yang patriotik sentiasa bersifat patriot dan sanggup mempertahankan kedaulatan dan membela negaranya Dalam konteks di Malaysia, menurut Awang Had Salleh (2000) mereka yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi adalah mereka yang mempunyai : • Rasa sayang dan cinta kepada tanah airnya sendiri. • Rasa bangga dengan tanah airnya • Kesediaan untuk mempertahankan tanah airnya daripada ancaman dan serangan musuh sama ada musuh dalam atau pun luar • Kesediaan untuk membela kepentingan negara apabila dicemuh dan dihina Jelaslah menunjukkan bahawa dalam kata lainnya, seorang patriot ialah seseorang yang menjuarai kepercayaan tentang kebesaran dan kebenaran negaranya, seseorang yang memandang tinggi dan menghargai simbol-simbol yang menjadi kebanggaan negara tersebut dan seseorang yang melaungkan slogan tentang kesediaannya untuk mempertahankan Negara dan kerajaan negara tersebut dengan nyawanya. Dari segi konsepnya, semangat patriotik didefinisikan sebagai semangat cintakan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME Sebagai seorang individu yang berpatriotik ia akan sentiasa mempertahankan kedaulatan dan membela negaranya. Dalam kata lainnya, seorang patriot ialah seseorang yang menjuarai kepercayaan tentang kebesaran dan kebenaran negaranya, seseorang yang memandang tinggi dan menghargai simbol-simbol yang menjadi kebanggaan negara tersebut dan seseorang yang melaungkan slogan tentang kesediaannya untuk mempertahankan Negara dan kerajaan negara tersebut dengan nyawanya Tanpa kita sedar patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Jesteru, patriotism merupakan membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, yang menjadi pemacu kepada kemajuan serta keamanan Negara. Patriotisme adalah ejen sosialisasi yang berkesan dan mantap untuk mengekalkan kemerdekaan dan keselamatan negara. Bagi mencapai objektif individu yang bersifat patriotisme ke arah negara bertamadun tinggi, perlunya inti pati semangat ini diselitkan dalam pendidikan negara terutama dari sekolah rendah. Rentetan itu, nilai dan kepentingan penerapan unsur patriotisme haruslah diterapkan kepada pelajar sejak awal pembelajaran lagi agar menjadi pegangan hidup mereka dan ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab yang dapat mencapai kesejahteraan masyarakat. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme Pemupukan pelajar yang patriotik melalui Pendidikan Sejarah amat penting bagi warganegara yang patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan serta pembangunan negara pada masa hadapan. dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. 515
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH DARI PERSPEKTIF PATRIOTISME Patriotisme merupakan elemen utama dalam Pendidikan Sejarah yang bertujuan membina kesedaran dan mengukuhkan semangat perjuangan serta perasaan cinta akan negara (Abdul Rahim 1999). Pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai seorang warganegara. Melalui pengetahuan dan pelajaran sejarah serta penghayatan sejarah tanah air dan sejarah luar negara yang berkaitan, pelajar akan memahami keadaan masyarakat dan negara sendiri. Manakala nilai murni (ilmu, kebijaksanaan & keadilan) merupakan pemangkin kepada penghayatan patrotisme seseorang warganegara. Mata pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan perkembangan personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan sumbangan pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam mengembangkan nilai dalam kalangan pelajarPendidikan Sejarah bukan sahaja dipelajari untuk mendapatkan pengetahuan tetapi juga memberikan iktibar kepada sesuatu bangsa tentang peristiwa yang berlaku pada masa lepas. Justeru, Pendidikan Sejarah merupakan teras pendidikan kewarganegaraan yang diharap dapat memupuk penghayatan generasi muda dalam menghargai sejarah bangsa mereka. Pendidikan Sejarah yang berkesan dapat mengukuhkan lagi ideologi kebangsaan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Pendapat Abdul Rahim (1999) turut dipersetujui oleh Awang Had Salleh dalam Ahmad (2009) yang menyifatkan matlamat yang ingin dicapai dalam Pendidikan Sejarah adalah menyemai semangat patriotisme ke dalam jiwa pelajar, iaitu sentiasa bersedia dan rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negara. Seterusnya, melalui pendidikan sejarah dapat membantu pelajar untuk menghayati prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. Malah, pelajar-pelajar juga akan dibimbing untuk menghayati pusaka tradisi negara ini seperti lambang-lambang, perlembagaan serta memupuk rasa hormat kepada bahasa negara, iaitu bahasa Melayu, agama rasmi, iaitu agama Islam dan bendera negara. Dengan berpegang teguh kepada matlamat-matlamat tersebut, hal ini dapat menjurus ke arah pemupukan semangat patriotisme dan pembinaan bangsa yang mendasari wawasan negara pada masa hadapan. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kurikulum bagi Pendidikan Sejarah telah disemak semula pada tahun 2000 dan diperkenalkan secara berperingkat bermula pada tahun 2003. Penyemakan kurikulum tersebut bertujuan meningkatkan kualiti Pendidikan Sejarah, memenuhi hasrat FPK dan menyediakan warga Malaysia yang bersedia untuk menghadapi cabaran perubahan pada abad ke-21. Kurikulum yang dipinda akan memberi penekanan kepada semangat patriotisme bagi menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air (Azwani et al. 2011). Unsur patriotisme diterapkan secara tersurat dan tersirat dalam penyemakan semula kurikulum Sejarah. Penerapan semangat dalam kurikulum standard sekolah rendah khususnya mata pelajaran Sejarah dan ia termaktub sebagai salah satu agenda utama dalam transformasi pendidikan Negara kearah melahirkan warganegara yang setia dan taat. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejarah juga dapatk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pemupukan semangat patriotisme di kalangan pelajarUsaha tersebut diharap dapat memupuk dan menyemai semangat patriotisme ke dalam diri pelajar dengan lebih berkesan. Unsur patriotisme dan iktibar daripada sejarah dapat dilihat dalam pelbagai bentuk seperti tajuk, sudut maklumat dan rumusan di dalam buku teks (Norrizan 2003). Kurikulum Pendidikan Sejarah sebenarnya telah berfungsi sebagai citizenship transmission yang bertujuan membentuk generasi masa hadapan agar dapat memastikan kelangsungan budaya (Barr et al. 1977). Kelangsungan budaya yang dimaksudkan merujuk kepada nilai-nilai patriotisme yang cuba dipupuk melalui Pendidikan Sejarah 516
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
bagi melahirkan warganegara yang berbangga dan bersemangat setia kepada negara. Perlunya penerapan kurikulum Sejarah dalam kehidupan akan dapat melahirkan individu, masyarakat dan negara yang berjiwa patriotik.Seseorang yang bersemangat cinta akan negara dan bangsa akan menunjukkan sifat atau amalan bertanggungjawab demi mewujudkan kesejahteraan, kemajuan kepada negara mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa. Pendidikan sejarah sangat signifikan dalam bidang pendidikan dengan tujuan membina keperibadian dan perpaduan masyarakat. Malah ia adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini. Anuar (2001) yang menjelaskan pendidikan sejarah mempunyai 2 alasan untuk diajar di sekolah dalam konteks negara kita iaitu berperanan sebagai acuan asas kepada kehidupan generasi muda dan berfungsi sebagai mekanisme kawalan sosial. Pendidikan Sejarah dapat memainkan peranan sebagai alat pembinaan bangsa apabila digunakan dengan efektif dan bertanggungjawab (Hazri, 2003).Pendapat ini diakaui oleh Abdul Rahim Abdul Rashid (1999) menyatakan bahawa Sejarah adalah satu subjek penting bagi membolehkan setiap individu mengetahui asal usul bangsa dan memahami latar belakang Sejarah negara daripada beberapa aspek politik, ekonomi, sosialdan sangat dominan bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, bangga, dan bertanggung jawab sebagai warganegara dan mempunyai sfat nasionalis terhadap negaranya. Warganegara yang telah menjiwai nilai-nilai patriotisme serta mempraktikkannya akan dapat menyumbang untuk memacu kemajuan negara kerana mempunyai hala tuju yang jelas dan bersifat objektif. Voss (1997) menekankan bahawa mata pelajaran Sejarah boleh dijadikan medium mendidik pelajar memupuk semangat patriotik. Sejarah patut dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. PERKEMBANGAN KURIKULUM SEJARAH DI MALAYSIA Kurikulum Sejarah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan individu serta masyarakat yang berjiwa patriotik. Kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping menolak sentimen perkauman, warisan dan perbezaan yang sempit antara mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979). Tumpuan kemudiannya adalah kepada melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotik dalam kalangan generasi muda. Kandungan kurikulum sejarah memberi penekanan kepada pengetahuan tentang sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat patriotik. Manfaat yang diperoleh oleh seorang individu dari sistem pendidikan yang diterima seharusnya terkandung juga menjadi rakyat yang bersemangat patriotik terhadap negara. Sejarah merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bermatlamat memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri pelajar. Pada tahun 2003, Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengambil inisiatif untuk menyemak semula kurikulum Sejarah bagi memastikan pemupukan nilai patriotisme dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping menolak sentimen perkauman, warisan dan perbezaan yang sempit antara mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979). Tumpuan kemudiannya adalah kepada melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda. Kurikulum sejarah telah dirombak kali kedua apabila diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1992. Penekanan mula diberikan kepada penerapan unsur-unsur patriotik. Sejarah terus kekal diajar di sekolah -sekolah dan dijadikan mata pelajaran wajib dan dijadikan sebagai salah satu subjek teras dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) pada tahun 1989. Organisasi kandungan Sejarah yang baharu merupakan kesepaduan antara ilmu (kandungan 517
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
atau ilmu pengetahuan), Kemahiran Pemikiran Sejarah, dan nilai patriotisme yang boleh menyuburkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesepaduan tersebut akan dilaksanakan serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah secara berterusan (Norrizan 2003). Kini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjadikan Pendidikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2013. Pendidikan Sejarah juga menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 2014. Keadaan ini menunjukkan status bagi Pendidikan Sejarah adalah sama taraf dengan mata pelajaran yang lain dan dapat membantu pelajar untuk memahami keadaan negara ini dengan mewujudkan semangat perpaduan antara kaum, menanam perasaan cinta akan negara dan seterusnya menjunjung kedaulatan Negara. Penyemaian serta pengukuhan semangat patriotisme terkandung dalam sukatan pelajaran subjek-subjek tertentu malah merentasi kurikulum seperti subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Kajian Tempatan, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, dan Pendidikan Seni Visual. Sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, dan intelektual; proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terbahagi kepada kurikulum (akademik) dan kokurikulum. Oleh itu, Transformasi Kurikulum Kebangsaan telah membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah dilaksanakan agar kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi ini adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21. KURIKULUM SEJARAH DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010 telah membawa dimensi baru kepada kurikulum Sejarah negara.. Menerusi KSSR kandungan kurikulum Sejarah disampaikan sebagai satu kumpulan maklumat dan juga sebagai satu pendekatan terhadap ilmu (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990). Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 telah membawa dimensi baru kepada kurikulum Sejarah. Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah melibatkan tiga tahap iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Kandungan dan tema kurikulum sejarah adalah berbeza mengikut pecahan tema dan tahun. Selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), mata pelajaran Sejarah telah dijadikan subjek teras di sekolah rendah bermula 2014. KSSR yang 518
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
diperkenalkan ini merupakan transformasi yang dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara standing piawaian global Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah adalah merupakan kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik. Pembentukan kurikulum Sejarah dalam KSSR ini memberikan penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotorserta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan , kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat. Mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini menerapkan unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku.. Matlamat umum pelaksanaan,ketiga-tiga unsur terbabit akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah yang menggunakan konsep ‘pendidikan itu menyeronokkan’. Sejarah ini memberi penekanan kepada penerapan nilai murni, semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dengan berharapan semua elemen ini dapat diaplikasi oleh murid dalam kehidupan seharian.. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah KSSR bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan yang seterusnya dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasioanal. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan dalam Sejarah KSSR bertujuan untuk dijadikan asas dalam melahitkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen ini dapat membentuk rakyat Malayasia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasioanal. Pengetahuan dan pemahaman aspek Sejarah dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta Sejarah secara matang. a. Matlamat KSSR Sejarah Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. KSSR mata pelajaran Sejarah juga dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebih proakti, dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman terhadap matlamat, objektif dan kandungan KSSR. b. Tunjang Kurikulum KSSR Sejarah KSSR mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang dengan kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan Literasi Sains danTeknologi dan Keterampilan Diri Kurikulum c. Fokus Dan Bentuk Kurikulum Mata Pelajarn Sejarah KSSR Fokus utama KSSR Sejarah adalah menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik dengan bertujuan untuk melahirkan dan mendidik murid menjadi warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan serta memahami latar belakang serta sejarah negara yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional Malaysia. Kandungan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memaahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungannya yang masih dikekalkan terutama dalam kehidupan masyarakat Malayasia. Secara tidak lansung ini dapat memberi pendedahan kepada murid untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang melalui pengetahuan tentang 519
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
masa lalu yang mempengaruhi pada masa kini. Melalui pembelajaran ini juga , murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat, membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pengetahuan dan pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta fakta secara matang . Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan perasaan cinta akan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. CABARAN Tidak dinafikan cabaran sangat besar dalam memberi penghayatan kepada generasi muda masa kini dalam sesebuah negara yang berbilang kaum dan etnik usaha menerapkan nilai patriotisme. Pertamanya ialah sikap negatif dalam kalangan generasi muda. Terlalu bersikap individualisitik iaitu mementingkan diri sendiri melebihi kepentingan negara. Boleh juga terjadi mereka mementingkan kaum atau etnik mereka sendiri berbanding kaum lain. Mereka sanggup melakukan apa sahaja agar kaum mereka mendapat apa yang diinginkan sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik Di Malaysia juga menunjukkan fenomena yang sama di mana isu pengamalan nilai patriotisme masih berada di tahap yang sederhana khasnya generasi muda. Tambah menyedihkan lagi wujudnya golongan yang anti patriotisme dalam kalangan generasi selepas merdeka seperti yang dinyatakan oleh Awang Had Salleh (2000) bahawa kebanyakkan mereka yang anti patriotisme adalah mereka yang lahir selepas merdeka. Oleh kerana semangat patriotisme dipengaruhi oleh persekitaran maka pengamalan nilai patriotisme generasi selepas merdeka tidak sama dengan generasi yang hidup pada zaman penjajahan. Fenomena ini juga menjadi isu utama di Malaysia apabila generasi muda kurang mempunyai semangat patriotik.. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu Sejarah.Sejarah dapat membantu membina dan membangunkan common values dalam usaha melahirkan identiti bersama (shared identity) yang dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Matlamat Pendidikan Sejarah seperti yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) adalah memupuk semangat setia akan negara dan perasaan bangga sebagai warganegara Malaysia. Di akhir pembelajaran pendidikan sejarah, matlamat untuk memupuk nilai-nilai patriotisme boleh tercapai tetapi akan wujud kepelbagaian pemahaman dari segi konsep patriotisme itu sendiri dalam kalangan pelajar yang berbilang etnik. Ianya tidak boleh dielakkan dalam konteks masyarakat plural seperti di Malaysia. Kepelbagaian pemahaman konsep patriotisme akan sentiasa wujud disebabkan oleh pengaruh sosialisasi daripada latar belakang keluarga atau budaya sesebuah etnik. Walau bagaimanapun, pemahaman konsep patriotisme yang dipelajari melalui Pendidikan Sejarah mungkin berbeza dalam persekitaran multi-etnik seperti di Malaysia. Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk peribumi di Tanah Melayu memahami patriotisme sebagai ikatan diri secara individu atau kolektif dengan raja dan pemimpin yang terdiri daripada bangsa Melayu. Secara sosiologinya, istilah peribumi sebenarnya sudah menggambarkan masyarakat Melayu yang merupakan anak kepada bumi Tanah Melayu. Oleh itu, wujud sense of belongings dalam kalangan masyarakat Melayu untuk mempertahankan hak-hak mereka yang terkandung di dalam Perlembagaan seperti bahasa Melayu, agama Islam ataupun institusi Raja-Raja Melayu. Masyarakat Cina pula memahami konsep patriotisme sebagai perjuangan untuk mengekalkan identiti etnik mereka seperti bahasa Mandarin, pendidikan Cina dan pegangan hak ekonomi di negara ini. Pemahaman sedemikian wujud disebabkan oleh political pressure untuk tujuan survival sebagai masyarakat minoriti di negara ini. Sebaliknya, konsep patriotisme yang difahami oleh masyarakat India lebih bersifat 520
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
fleksibel iaitu mengakomodasi dan mengadaptasi diri mereka dengan persekitaran semasa untuk tujuan survival. Oleh itu, perspektif yang berbeza telah mewujudkan pemahaman konsep patriotisme yang tidak homogen antara setiap etnik. Kajian yang dijalankan oleh Chua (2007) telah membuktikan pemahaman nilai-nilai patriotisme yang tidak sama antara etnik di dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian tersebut telah dilakukan dengan membandingkan tahap pembangunan nilai-nilai patriotism. Kepelbagaian pemahaman tersebut boleh wujud disebabkan oleh pengaruh sosialisasi daripada latar belakang keluarga ataupun budaya sesebuah etnik. Cabaran utama yang terpaksa dihadapi dalam membentuk pemahaman patriotisme yang homogen adalah mengetepikan etnosentrisme setiap etnik. Sikap setiap etnik yang sanggup melepaskan kepentingan masing-masing merupakan langkah pertama untuk mewujudkan pemahaman patriotisme yang homogen. Seterusnya, kurikulum Sejarah yang digubal perlu bersifat Malaysian-centric iaitu membincangkan sejarah semua kaum termasuklah sumbangan dan peranan tokoh masing-masing dalam membangunkan Negara Sebagai seorang pendidik sebenarnya perlu menggalas tanggungjawab yang besar dan menyemai semangat patriotisk dengan lebih kreatif dalam mewujudkan persekitaran yang penuh dengan nilai-nilai patriotisme yang diajar supaya pelajar dapat menjiwai dengan lebih mendalam. Pengetahuan, kemahiran dan komitmen seseorang guru sejarah akan menentukan pemilihan strategi dan bahan pengajaran yang dapat membantu memupuk nilai patriotisme ke dalam diri pelajar. Guru sejarah perlu menunjukkan sifat kongruen iaitu tingkah laku, tutur kata dan gerak geri selari dengan nilai patriotisme yang diajar. Dengan itu, barulah mudah bagi seseorang guru untuk menanam, memupuk dan mengembangkan nilai-nilai tersebut ke dalam diri pelajar. Ditambah dengan kewujudan pelbagai kaum dan etnik, Malaysia memerlukan usaha yang lebih untuk menerapkan nilai patriotisme. Masalah perpaduan kaum serta hubungan etnik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum merupakan cabaran untuk menerapkan nilai patriotisme di Malaysia. Tahap perpaduan dalam pelbagai etnik dalam sistem pendidikan negara adalah rendah walaupun pelajar menunjukkan sikap positif dalam hubungan pelbagai etnik. Bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan. Penggunaan satu bahasa dalam negara akan membentuk perpaduan serta keharmonian apabila menggunakan satu bahasa untuk berinteraksi antara pelbagai kaum. Namun apa yang berlaku perpaduan sukar dibentuk jika penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan sukar untuk dilaksanakan. Cabaran seterusnya ialah globalisasi. Dunia tanpa sempadan menyebabkan kemasukan budaya asing dengan mudah. Pengaruh budaya asing yang negatif akan mudah untuk masuk dalam sesebuah negara dan mempengaruhi generasi muda khasnya menyebabkan kesukaran untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mereka. Generasi muda akan leka dan lalai dengan kemajuan teknologi ICT.. KESIMPULAN Pendidikan Sejarah yang berkesan adalah dapat menyemai semangat patriotisme ke dalam jiwa pelajar, iaitu sentiasa bersedia dan rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negara dapat mengukuhkan lagi ideologi kebangsaan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan menghayati prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. KSSR mencerminkan hasrat dan ideologi negara. Mata pelajaran Sejarah adalah sangat dominan bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, bangga, dan bertanggungjawab sebagai warganegara dan mempunyai sfat nasionalis terhadap negaranya. Dengan adanya KSSR mata pelajaan Sejarah ianya dapat membantu guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Penghayatan semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai 521
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sivik dapat direalisasikan kepada murid berpandukan tajuk dalam standard kandungan serta standard pembelajaran. jelas mengungkap ketegasan kerajaan untuk memastikan generasi hari ini tidak buta sejarah disamping melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani serta menyediakan mereka menghadapi arus globalisai berasaskan pengetahuan abad ke-21. Dengan memahami sejarah tempatan dapat meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat memupuk perpaduan dan semangat patriotisme generasi muda. Namun bagi memastikan kejayaan transformasi kurikulum ini ia amat memerlukan komitmen yang menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Jika tidak, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif dan tidak tercapai matlamat yang digariskan. Jesteru Kementerian Pelajaran Malaysia akan secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan dan menjurus ke arah pemupukan semangat patriotik dan pembinaan bangsa yang mendasari wawasan negara pada masa hadapan RUJUKAN Abdullah Mohd. Noor. 1986. Cabaran Profesionalisme Perguruan. Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Abd. Rahim Abd. Rashid.1999. Pendidikan sejarah: Falsafah teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahamad Rahim. 2011. Kurikulum sejarah kearah pembentukkan bangsa di Malaysia. Dlm. Proceedings International Seminar on Educational Comprative for Active Learning Between Indonesia and Malaysia. Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pendidikan Indonesia. Ahamad Rahim. 2012. Penilaian Perlaksanaan Kurikulum Sejarah Menengah Rendah Tingkatan 2. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Ahmad Talib.1994. Penyediaan Guru Untuk Melaksanakan Kurikulum Sejarah KBSM: Satu Tinjauan Di Beberapa Buah Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Tesis Sarjana Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Awang Had Salleh. 2000. Patriotisme Dan Globalisme Dalam Konteks Pergerakan Bahasa Dan Sastera Kebangsaan. Dlm. Abdul Latiff Abu Bakar (pnyt.). Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu: Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera. 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Cranbtree, C.1989. Improving History in the schools. Educational Leadership 47(3) :2528. Gunasekaran Karapaya.1997. Pendidikan Sejarah Di Sekolah Menengah Rendah Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Sejauhmana Buku Teks Sejarah Menepati Matlamat Pendidikan Sejarah. Tesis Sarjana Minden: Universiti Sains Malaysia. Farah Wahida dan Mohd Ayub.2012.Persepsi guru terhadap perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam kalangan guru Tahun 1 Zon KeramatKeramat. Dlm Prosiding Seminar Pasca Siswazah .Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah,Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Ismail bin Said & Rosadah binti Nik Ali. (2013). Kurikulum sejarah sekolah rendah. Kangar: IPG Kampus Perlis. Kementerian pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah.
522
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Abd Sukor .2003. Pemupukan Semangat Patriotisme di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Menerusi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah : Satu Kajian Kes Tingkatan Dua. Tesis Sarjana: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011.Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 4, Putrajaya, Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011.Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 5, Putrajaya, Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025. Mohamed Mustafa Ishak. 2002. Patriotisme dan Bangsa Malaysia. Dalam Idris Md. Noor et al. Patriotisme. Biro Tata Negara, JPM Malaysia Muhammad Ali Embi 2009 Patriotisme dan kepercayaan rakyat di Malaysia, Utusan Publications & Distributors sdn bhd. Najeemah Md Yusof, 2007. Konsep Pendidikan.Kuala Lumpur : PTS Profesional. Nazri, M. & Jamsari, A. 2002. Patriotisme: konsep dan pelaksanaannya di malaysia 1–9. Poh Swee Hiang .2000. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Zahara Aziz. 1985. Penerapan Pendidikan Kewarganegaraan dan Kesejahteraan Negara. Dalam Juriah Long. Aliran Dalam Pendidikan Menjelang Abad Ke 21. Bangi: Penerbit UKM. Zulkifley Hamid. 2004. Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu dan bahasa pemisah warga Malaysia. The 4th International Malaysian Studies Conference.
523
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENDEKATAN MOOC UNTUK MELESTARIKAN KESEPADUAN SOSIAL DALAM KALANGAN GENERASI-Y Fazilah Idris1, Rozita Ibrahim1, Rozmel Abdul Latiff1, Ahmad Zamri Mansor2, Hasanah Abd Khafidz3, Nasruddin Yunos1 & Nazri Muslim1 1 Pusat Citra Universiti, 2Fakulti Pendidikan &3Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Pendidikan merupakan salah satu alat penting dalam membina dan mengukuhkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat. Agenda pembinaan dan pengukuhan kesepaduan sosial adalah matlamat utama dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Hubungan Etnik (HE) yang merupakan kursus wajib bagi semua pelajar prasiswazah universiti awam di negara ini. Demi memenuhi citarasa pelajar masa kini yang terdiri daripada Generasi Y dan seterusnya Generasi Z, bahan pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik secara Massive Open Online Course (MOOC) telah dibangunkan di atas platform openlearning.com. MOOC Hubungan Etnik berperanan sebagai pelengkap kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Kertas ini membincangkan bagaimana MOOC membantu mencapai matlamat kursus HE dengan memfokuskan kepada dua aspek iaitu (1) pengajaran dari perspektif pensyarah, dan (2) pembelajaran dari perspektif pelajar. Dari sudut pengajaran, MOOC HE memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Selain itu, MOOC HE dibangunkan hasil kerjasama pakar bidang dengan menerapkan bahan pengajaran yang diadun dengan teliti serta menonjolkan konsep kesepaduan sosial dalam acuan Malaysia. Dari sudut pembelajaran, bilangan pelajar yang ramai mengambil kursus ini secara serentak memberikan peluang untuk crowd sourcing dan crowd sharing di mana mereka berkongsi bahan serta berbincang secara terbuka merentas etnik dan budaya. Gabungan antara perkongsian sumber secara beramai-ramai sesama pelajar dalam persekitaran terkawal dengan penyeliaan pensyarah diharapkan dapat memantapkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran kursus Hubungan Etnik dan seterusnya mengukuhkan kesepaduan sosial secara maya. Kata kunci: hubungan etnik, kesepaduan sosial, MOOC, online learning, pengajaran dan pembelajaran.
PENGENALAN Massive Open Online Course (MOOC) ditakrifkan sebagai penerokaan berbentuk atas talian yang dijalankan secara terarah, terbuka kepada para pembelajar yang berminat, menggunakan keupayaan untuk berhubung dalam jaringan sosial, mewujudkan pemudahcaraan oleh pakar bidang dan koleksi atas talian yang boleh diakses secara percuma (McAuley et al., 2010). Kursus secara MOOC biasanya ditawarkan secara percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Selalunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui video dan penilaian dilakukan secara atas talian (Pappano, 2012). Menurut Al-Atabi & DeBoer (2014), MOOC kini berkembang pesat kerana dua faktor iaitu (1) ketidakupayaan kampus fizikal menampung permintaan pendidikan tinggi akibat pertambahan populasi, dan (2) kemajuan dalam teknologi jalur lebar dan internet pada masa kini. Namun, di sebalik peluang yang ditawarkan oleh MOOC, terdapat juga beberapa cabaran dalam mengendalikan kursus secara MOOC. Antaranya cabaran dalam menangani kepelbagaian pelajar (Mackness, J, Mak, SFJ & William, R, 2010). Pelajar-pelajar sekarang adalah generasi Y yang lahir pada tahun 1981-1994 524
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dan dikenali sebagai generasi millenial atau millennium. Generasi ini tergolong dalam kategori bijak teknologi seperti contoh banyak menggunakan teknologi komunikasi seperti email, SMS, whatapps dan media sosial seperti facebook, instagram dan twitter. Selain daripada itu, mereka juga suka bermain game online. Cabaran kepada pengajar untuk menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Selain itu, jumlah pelajar yang benar-benar melengkapkan kursus adalah rendah. Weller (2014) menganggarkan kadar pelajar yang melengkapkan kursus adalah di antara 0.7% hingga 52.1%, dengan nilai median 12.6%. Di Malaysia, kursus pertama yang ditawarkan secara MOOC adalah Entreprenuership oleh Taylor’s University. Kajian yang dijalankan oleh Al-Atabi, M. & DeBoer, J. (2014) mendapati bahawa sebanyak 25% pelajar berjaya melengkapkan kursus, dan ini merupakan peratusan yang agak baik bagi penawaran secara MOOC. Kajian mereka juga mendapati respon positif daripada pelajar dari segi keberkesanan kursus dan maklum balas yang diberikan tentang tugasan mereka. Selain itu, responden juga berpuas hati dengan tahap kolaborasi dan sokongan di antara sesama pelajar. Berdasarkan potensi pendekatan MOOC dalam mengenengahkan pendidikan tinggi tempatan ke mata dunia, maka Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengambil initiatif membangunkan empat kursus wajib universiti secara MOOC. Kursus Hubungan Etnik (HE) adalah salah satu daripadanya. Kertas ini membincangkan dengan mendalam tentang kursus HE secara MOOC dari proses pembangunan dan kaedah penggunaan MOOC di dalam pengajaran dan pembelajaran HE. PEMBANGUNAN MOOC HE a. Kerjasama pakar SME dan teknikal Proses pembangunan MOOC HE diilham dan ditaja oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan direalisasikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui kepakaran antara Pusat Citra Universiti (PCU), Institut Kajian Etnik (KITA), Pusat Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran (CteLT), Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Pusat Komunikasi Korporat (PKK), pelajar UKM dan komuniti Bandar Baru Bangi. PCU dan KITA berperanan menyediakan tenaga pakar kandungan kursus (Subject Matter Experts - SME) yang memberikan input berkenaan kursus hubungan etnik. Tenaga pakar ini merupakan para pensyarah yang berpengalaman mengajar kursus hubungan etnik dan juga pakar dalam bidang hubungan etnik. Manakala CteLT dan PTM menyediakan tenaga pakar dari segi teknikal yang membangun MOOC. Seterusnya dimantapkan dengan penglibatan pelajar UKM dan komuniti Bandar Baru Bangi yang terlibat dalam lakonan dan pendapat orang ramai tentang hubungan etnik di Malaysia. Kandungan kursus dibangunkan dalam bentuk video, animasi, teks, aktiviti interaktif dan sebagainya. Video yang dibangunkan telah menggunakan beberapa aplikasi dan software antaranya Camtasia, video animasi Powtoon, dan rakaman santai. Aktiviti interaktif seperti kuiz, forum diskusi dan refleksi telah dibangunkan. Dalam hal ini, kuiz juga merupakan satu elemen yang boleh digunakan bagi membuat penilaian tentang tahap kefahaman pelajar tentang keharmonian etnik di Malaysia. b. Pembangunan dan penilaian MOOC Pembangunan dan penilaian MOOC adalah berdasarkan kepada reka bentuk pengajaran yang diubah suai dari Model ADDIE (Rajah 1).
525
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Rajah 1: Model ADDIE Sumber: http://www.karenmcb.com/524/module6/addie_development.html
Model ADDIE adalah satu proses rekabentuk pengajaran dengan lima peringkat: Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Peringkat Analisis merangkumi teknik penyelidikan seperti analisis keperluan dan analisis tugas. Ia adalah asas bagi semua peringkat lain dalam rekabentuk pengajaran. Output peringkat ini biasanya meliputi matlamat pengajaran, dan senarai tugas yang akan diarahkan. Dalam peringkat ini, dikenal pasti masalah, punca masalah dan penyelesaian masalah yang bersesuaian. Peringkat ini mungkin merangkumi teknik penyelidikan khusus seperti analisis keperluan. Output ini akan menjadi input untuk fasa Rekabentuk. Peringkat Rekabentuk melibatkan penggunaan output dari peringkat Analisis untuk merancang strategi bagi membangunkan pengajaran. Dalam peringkat ini, digariskan kaedah pencapaian matlamat pengajaran yang telah ditentukan di dalam peringkat Analisis dan mengembangkan asas pengajaran. Peringkat Rekabentuk ini mungkin meliputi beberapa elemen seperti penulisan mengenai maklumat berkaitan populasi, menjalankan analisis pembelajaran, penulisan objektif dan item ujian, pemilihan sistem penyampaian, dan aturan pengajaran. Output peringkat Rekabentuk akan menjadi input untuk peringkat Pembangunan. Pembinaan peringkat Pembangunan berdasarkan kedua-dua peringkat Analisis dan Rekabentuk. Peringkat Pembangunan ini bertujuan merencana rancangan pengajaran dan bahan pengajaran. Dalam peringkat ini, rekabentuk pengajaran dibangunkan, media yang akan digunakan dalam pengajaran, dan dokumen sokongan. Ini mungkin termasuk perkakasan (contohnya, peralatan simulasi) dan perisian (contohnya, computer-assisted instruction). Peringkat Pelaksanaan merujuk kepada kaedah penyampaian pengajaran, sama ada berasaskan makmal, berasaskan bilik kuliah, atau berasaskan komputer. Peringkat ini bertujuan menentukan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran. Peringkat ini perlu menekankan kefahaman pelajar mengenai bahan yang digunakan, menyokong penguasaan pelajar terhadap objektif pengajaran, dan memastikan pengetahuan pelajar dalam suasana pembelajaran dapat dimanfaatkan di dalam dunia pekerjaan. 526
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENGAJARAN MENGGUNAKAN MOOC HE 1.
Dari perspektif Pengajaran: a. Input mengandungi galakan tentang kesepaduan sosial Pelajar dapat berkongsi pengalaman seharian mereka dalam menggalakkan kesepaduan sosial. Berikut adalah pendapat pelajar tentang pengalaman seharian mereka berkaitan hubungan etnik di Malaysia: “Kepelbagaian rakyat Malaysia membolehkan kita hidup secara aman walaupun berbeza dari sudut etnik , bangsa dan budaya. Hal ini disebabkan Malaysia terbentuk daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, maka lahirlah negara Malaysia yang nyatanya mempunyai keunikan yang tersendiri. Walaupun demikian, masyarakat Malaysia masih hidup aman dan damai antara satu sama lain. Inilah salah satu keistimewaan yang hanya dapat dilihat di Malaysia. Walaupun berbeza dari segi kaum, etnik, pemikiran dan kepercayaan, masyarakat Malaysia masih dapat hidup dengan aman dan tenteram. Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, dan mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik dan lazat. Semua penduduk di Malaysia boleh mencuba dan merasai semua jenis makanan yang semestinya mempunyai rasa dan keunikan yang tersendiri. Contohnya Roti Canai dan Kari dari kaum India, Nasi lemak, Ketupat dan Rendang dari kaum Melayu, Yong Tau Foo dan Char Kuey Teow dari kaum Cina. Selain itu, kita juga dapat mengenal pasti pelbagai etnik yang terdapat di negara kita seperti dalam percakapan, pergaulan, perbuatan dan lain-lain lagi. Boleh saya katakan bahawa saya tidak mempunyai batas etnik yang tebal, di mana saya merasakan semua manusia adalah sama dan tidak perlu kita menganggap sesuatu kaum itu kotor dan asing buat kita walaupun berlainan bangsa. Kita seharusnya menghargai kepelbagaian ini dan saya berharap untuk mempunyai lebih ramai kenalan yang berlainan kaum, bangsa dan agama di masa akan datang. Walaubagaimanapun, saya hanya pandai berbahasa Melayu. Jadi, kadangkala saya tidak dapat memahami perbualan rakan saya yang berlainan kaum apabila mereka menggunakan bahasa ibunda mereka. Melalui pengalaman saya juga, saya tidak ada masalah bergaul dan berkawan dengan individu atau golongan yang berlainan kaum. Tambahan pula, saya pernah bekerja di sebuah hotel di mana hotel tersebut mempunyai pelbagai etnik seperti Cina , India dan juga Melayu. Sewaktu berada di alam persekolahan sekolah rendah, saya tidak berjumpa dengan rakan berlainan kaum kerana saya bersekolah di sekolah luar bandar. Namun, saya telah mewakili dan menyertai perlawanan olahraga peringkat sekolah di mana perlawanan itu terdiri daripada pelbagai kaum. Saya dapat bertukar pengalaman dengan mereka tentang perlawanan tersebut. Semasa saya bersekolah di sekolah menengah, saya dapat berkawan dengan ramai orang yang berasal daripada etnik yang berlainan. Sebagai contoh, etnik Cina, India dan lain-lain lagi. Mereka akan menjemput kami pergi ke rumah terbuka semasa hari perayaan dan ada pelajar membawa kuih-muih perayaan ke sekolah untuk berkongsi makan dengan rakan kelas yang lain. Selain mempunyai kawan dari pelbagai bangsa, sekolah saya juga mempunyai guru dari bangsa Cina dan India. Dengan ini, saya tidak berasa mempunyai sebarang permisahan kaum berlaku dalam masyarakat kita. Malah, cara berinteraksi antara satu sama lain dalam kalangan rakyat menunjukkan rakyat kita dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa mengira kaum dan agama. Ini merupakan suatu langkah negara kita untuk mencapai matlamat Satu Malaysia.”
527
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
b. Input membantu content filtering tentang isu kesepaduan Pandangan pelajar yang agak keterlaluan tentang isu kesepaduan sosial di Malaysia seperti kalimah Allah, pembinaan rumah ibadat dan sebagainya, boleh dijawab semula oleh pensyarah berdasarkan fakta dan realiti semasa serta undangundang negara. Walaupun pelajar adalah bersifat terbuka, namun keterbukaan ini perlu dibatasi dengan realiti yang berlaku di Malaysia.
c. Input daripada pelbagai pakar Pandangan pakar yang bukan terdiri daripada pengajar hubungan etnik juga boleh memberikan pendapat mereka. Sebagai contoh, jika beliau seorang peguam, beliau boleh memberikan pandangan mengenai sesuatu isu berdasarkan peruntukan perlembagaan dan undang-undang negara. Jika beliau seorang aktivis masyarakat, beliau boleh memberikan pandangan mengenai aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai etnik. pandangan ini akan menjadikan proses pengajaran lebih menarik kerana pelajar mendapat pandnagan yang pelbagai dari sudut pandnagan pakar dan mereka yang terlibat secara langsung dalam sesuatu isu tersebut.
2.
Impak kepada pengajar Pengajar dapat mengetahui pandangan pelajar melalui ruangan forum dan soalan yang dijawab. Sebagai contoh, antara soalan yang perlu dijawab oleh pelajar ialah usaha penyatupaduan ke arah mengukuhkan kesepaduan sosial adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak; Bincangkan bagaimana pihak berikut memainkan peranan dalam usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini. (a) Kerajaan (b) Bukan kerajaan (c) Anggota masyarakat Antara jawapan yang diberikan oleh pelajar ialah: “Usaha-usaha penyatupaduan ke arah mengukuhkan kesepaduan sosial adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak iaitu kerajaan, bukan kerajaan dan anggota masyarakat. Setiap pihak memainkan peranan penting untuk memastikan usaha tersebut dicapai. (a) Kerajaan Antara usaha-usaha penyatupaduan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengukuhkan kesepaduan sosial adalah dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969. Ia bertujuan memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar kerajaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Contohnya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. (b) Bukan Kerajaan Antara langkah yang dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan pula bagi membantu mengukuhkan kesepaduan sosial ialah dengan penubuhan persatuan dengan kepimpinan daripada pelbagai kaum. Ia dapat berfungsi sebagai wakil suara masyarakat dan dapat memperjuangkan hak masyarakat. Persatuan dan pertubuhan ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi dan bertolak ansur dalam menyelesaikan konflik masyarakat seperti kepimpinan Majlis Belia Malaysia telah dipelopori oleh pelbagai kaum. Antara contoh pertubuhan lain ialah Pertubuhan Gerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan lain-lain 528
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
turut mengadakan pelbagai aktiviti dialog dan perbincangan bagi mencari inisiatif yang efektif mengenai konflik yang berlaku dalam masyarakat. (c) Anggota Masyarakat Masyarakat juga bertanggungjawab memainkan peranan penting bagi mencapai kesepaduan sosial. Setiap anggota masyarakat mesti mempunyai keperibadian yang positif untuk menerima perbezaan antara kaum. Antara program yang boleh dilakukan adalah amalan rumah terbuka bagi memupuk semangat kejiranan, perpaduan, persefahaman serta mengeratkan hubungan tanpa mengira bangsa dan agama. Malah, ia dapat memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkumpul sekaligus boleh berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, rukun tetangga juga boleh dibentuk di setiap kawasan kediaman masyarakat bagi menggalakkan penyatupaduan dengan cara melaksanakan pelbagai aktiviti mingguan, bulanan dan tahunan serta dapat berkumpul bagi menyelesaikan masalah secara perundingan damai dan dapat bertukar-tukar pendapat untuk pembangunan setempat. Dari jawapan pelajar ini, pengajar mengetahui bahawa pelajar sekarang bersifat terbuka dengan kepelbagaian dalam negara. Kepelbagaian ini perlu dipupuk melalui rumah terbuka, gotong royong dan program setempat yang melibatkan pelbagai etnik di Malaysia. PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MOOC HE a.
Perspektif pelajar: Pelajar dapat menyumbang idea tentang kepentingan kesepaduan sosial. Contohnya pendapat pelajar tentang rakyat Malaysia tanpa mengira etnik adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Berikut adalah antara pendapat pelajar tantanng saling bergantungan antara rakyat Malaysia: “Sikap saling bergantungan antara pelbagai etnik di Malaysia yang paling ketara ialah dalam bidang ekonomi. Sikap ini berperanan dalam pembangunan sesebuah negara. Lihat sahaja dari sudut makanan. Sebagai contohnya, makanan tradisi orang melayu seperti nasi lemak sudah sebati dengan masyarakat yang lain di Malaysia sehingga ada yang menjadikan nasi lemak sebagai makanan kegemaran, walaupun mereka bukan berbangsa Melayu. Perkara ini walaupun sekadar satu gambaran kepada sikap saling kebergantungan, namun terselit di dalam situasi ini satu nilai yang besar. Dari sudut pembangunan politik, seorang pemimpin yang memimpin sesebuah kawasan atau negara perlu mengetahui dan memahami cara kelangsungan budaya dan cara hidup etnik yang lain. Dari sini akan muncul seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana beliau berjaya mengetahui dan kelak berusaha mencari penyelesaian sekiranya terdapat sesuatu isu yang berkaitan etnik yang berlaku di dalam kawasan pimpinannya. Dari sudut ekonomi pula, kebanyakan pembeli bahan mentah adalah daripada kalangan mereka yang berbeza etnik. Sebagai contoh, kebanyakan pembeli bahan mentah di kilang adalah orang Cina, dan pembekal bahan mentah adalah orang Melayu atau seperti sawah padi, menternak lembu, ladang kelapa sawit dan lain-lain. Mereka yang bekerja di tempat tersebut adalah dalam kalangan orang Melayu dan mereka bakal menemui pembeli dalam kalangan etnik yang berbeza kelak. Maka adalah menjadi saling kebergantungan antara mereka dalam usaha memastikan bahan yang akan dihasilkan kelak dapat dipenuhi permintaannya. Mereka akan cuba mengelak daripada berlakunya salah faham kerana sedar akan akibat yang berlaku nanti.” 529
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
b.
Impak kepada pelajar Pelajar bersifat terbuka kerana berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka. Pelajar menyedari bahawa Malaysia adalah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kepelbagaian ini perlu dihayati secara bersama dengan membandingkan apa yang berlaku di negara luar.
KESIMPULAN Peluang dan cabaran MOOC HE MOOC bukanlah pengganti pembelajaran bersemuka (face to face) secara mutlak. Bahan-bahan yang dibangunkan di dalam MOOC HE ini berperanan sebagai panduan kepada pengajar HE di IPTA untuk diadun dalam kuliah dan tutorial bagi melengkapkan pembelajaran supaya perbincangan tentang isu-isu etnik dapat dibuat dengan lebih mendalam. Dengan itu, kelemahan atau pun salah faham pelajar dapat diperbaiki. Ledakan maklumat abad ke 21 menerusi internet seperti isu sensitif yang melibatkan perkauman memerlukan kepada kemahiran penapisan maklumat untuk mengelakkan salah faham dan pergeseran antara kaum. Di sini, kursus HE memainkan peranan besar dalam menapis maklumat dan memahamkan pelajar tentang perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat demi keharmonian dalam negara. Peranan MOOC dalam merealisasikan perkara ini adalah sangat jelas. Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam pengajaran subjek Hubungan Etnik ialah kesukaran membuat penyelarasan dalam kalangan para pensyarah di UKM apatah lagi di seluruh Malaysia memandangkan ini merupakan subjek wajib semua UA. Tambahan pula, pembelajaran pelajar Generasi Y menuntut kelainan bagi menggalakkan keterujaan (excitement). Hal ini menjadi cabaran bagi pensyarah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran mereka di mana kebanyakan pensyarah masih terbawa-bawa dengan kaedah pengajaran tradisional seperti face to face dan chalk and talk. Oleh yang demikian, kaedah MOOC memberi ruang dan peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk meneroka ilmu dengan cara yang unik dan inovatif. Melalui MOOC, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan seperti pembelajaran teradun (blended learning), flipped classroom, self-pace learning dan sebagainya. Selain itu, HE secara MOOC berupaya menangani keperluan pelajar yang ramai serta berbeza bidang pengajian dan pelbagai dalam gaya pembelajaran. Penggunaan MOOC juga dapat membantu penyelarasan kursus dan meningkatkan perkongsian idea sesama pengajar HE di seluruh Malaysia. Hasilnya, sebuah jaringan komuniti maya yang terdiri daripada pengajar dan pelajar dari pelbagai universiti terbina melalui perkongsian sumber MOOC HE. Ini merupakan satu pendekatan yang sangat cost effective dari aspek pengendalian kursus wajib universiti di peringkat kebangsaan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MOOC adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang masih baru di Malaysia. Sehubungan itu, kaedah ini boleh dikembangkan kepada kursus lain selain HE. Selain itu, rekabentuk dan bahan yang digunakan dalam pembinaan kursus MOOC boleh dipelbagaikan lagi.
530
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Al-Atabi, M. & DeBoer, J. (2014). Teaching entreprenuership using Massive Open Online Courses (MOOC). Technovation.http://dx.doi.org/10.1016/j. technovation.2014.01.006. Mackness, J., Mak, S.F.J. & Williams, R. (2010). The ideals and reality of participating in MOOC. Proceedings of the 7th International Conference on Networked Learning 2010. McAuley, A., Stewart, B., Siemens, G. & Cormier, D. (2010). The MOOC model for digital practice. http://www.elearnspace.org/Articles/MOOC_Final.pdf. Pappano, L. (2012). The year of the MOOC. The New York Times, 2nd Nov. 2012. Weller, M. (2014). Project Title: Characteristics and completion rates of distributed and centralised MOOCs Project Details. MOOC Research Initiative Final Report. http:// www. moocresearch.com/reports.
531
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
DETERMINING TEACHING METHODS FOR MALAYSIAN NATIONHOOD: TOWARDS INCREASING STUDENT PATRIOTISM Murni Wan Mohd Nor, Zatul Himmah Adnan, Ku Hasnita Ku Samsu, Mohd Mahadee Ismail Universiti Putra Malaysia Abstract Studies and surveys that have been conducted indicate that feelings of patriotism and love for the nation seem to have declined, particularly among the younger generation. This makes the teaching and appreciation of Malaysian Nationhood even more necessary than before. However, there are many challenges involved in conducting this course, as many students view the subject skeptically. This study is under the Research Incentive Grant for Teaching and Learning (GIPP) granted by the Centre for Academic Development (CADe) of University Putra Malaysia. The main objective of this study is to determine which teaching strategies for Malaysian Nationhood is effective in increasing student patriotism. In doing so, the study was carried out during class hours, towards the end of semester 1 of 2015/2016 at University Putra Malaysia . The data was obtained from student evaluations and responses of the teaching methods the writer employed when the Malaysian Nationhood class was conducted. In this paper, the writer focuses on student evaluations of two particular course contents; namely the topic of the “The Legislative” and “Social Policies.” Then, the writer analyses whether the students have achieved the learning outcome of these topics, as well as whether their feelings of patriotism increased after the topic has been delivered. In conclusion, the findings of this study suggests that overall, many students have achieved the desired learning outcomes, and have increased feelings of patriotism after the topic was delivered. The findings of this study may serve as a guideline for academicians and policy makers on the methods and strategies that may be effectively employed to encourage and instill feelings of patriotism amongst the youth. Keywords:
patriotism, teaching strategies, Malaysian nationhood.
INTRODUCTION The study of Malaysian Nationhood is made compulsory to be taught in all Malaysian Public Institutions of Higher Education. This initiative is with good intention to encourage national unity and progress in Malaysia through the emphasis on tolerance and diversity. However, studies indicate that Malaysian students have begun to view this subject lightly and have a tendency to not focus in this particular class (Mohd Mahzan Awang, 2013). It becomes another obstacle when the students taking this subject are sceptical about its importance, or does not cooperate in the learning of Malaysian Nationhood (Tyson, Daasaratan Jeram & Hani Noor Azlan, 2011). Research has also indicated that the level of patriotism, especially amongst the Malaysian youth is not at the desired level (Wasitah Hj. Mohd Yusof et al., 2015). This makes the teaching of this subject even more challenging, but necessary. Patriotism and love for the nation are positive values that are important not only because it provides a sense of one’s self, but it can also motivate citizens to work together for the development and betterment of their country (Abd Rahim Abd Rashid, 2004). This is why studies regarding nationhood are considered imperative in many countries around the world, such as the United Kingdom, China, Japan and Indonesia (McKenzie, 1993). This kind of positive patriotism is to be encouraged amongst students, as it is different from that of negative or extreme patriotism (Boswell, 1986). Negative patriotism is defined by Wan Mohd Nor (2015) as an attitude and action that 532
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
places everything with regard to the nation for the good of all its people, without compromising or affecting the rights of other nationalities and countries surrounding it. It is important that as Malaysians, we come up with our own interpretation of patriotism (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2014). The writer refers to positive patriotism, which is patriotism that results in justice (Wan Mohd Nor, 2015). It is a feeling of love and loyalty towards your countrymen and the nation which you call home that motivates you to put things in its proper place, but it is not a value that should be exercised above all other values, particularly justice. It should not and must not motivate a person to do whatever it takes for the benefit of one’s own country if it may adversely affect the rights of others, whether nationally or internationally. Feelings of patriotism among the youth in Malaysia are rated as a “B,” according to a study by the National Civics Bureau (Tashny Sukumaran, 2014). While the findings of this particular study does not indicate that the level of patriotism is too worrying, the writer is concerned that if there is no appreciation for the history of the country and little understanding of the need for tolerance among the people, patriotism and national unity may decline further from a “B” in the future. This problem needs to be properly addressed and effort made to increase this positive value among the public. The public must not be discouraged by political controversies and allow themselves to be devoid of patriotic feelings, as just patriotism could bring about many positive effects to a country. Although the level of patriotism amongst the Malaysian youth is not in dire straits yet, statistics in certain studies have shown that the level is merely satisfactory. There is potential to increase their level of patriotism and encourage a deeper understanding of and appreciation for their country (Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor, 2009). In order to overcome barriers in teaching this subject, lecturers must devise creative and effective teaching methods to ensure that not only are the learning outcomes met, but patriotism is also instilled amongst the students. OBJECTIVE OF STUDY This study is under the Research Incentive Grant for Teaching and Learning (GIPP) granted by the Centre for Academic Development (CADe) of University Putra Malaysia. The main objective of this study is to determine the best teaching methods that would enable students to achieve their learning outcomes and increase sentiments of patriotism among them. The study is meant to come up with strategies that would be able to shape students who possess higher order thinking skills. Lastly, it is also to develop innovative teaching practices from the teaching of Malaysian Nationhood that can also be applied to other subjects. METHODOLOGY In order to determine whether the writer has been successful in the objectives mentioned above, the survey was conducted on all 148 students of the writer’s Malaysian Nationhood class. To gain even more insight into the teaching and learning of this subject, eight focus groups where chosen among the 148 students, whereby the participants of these focus groups had to answer detailed questions as to the writer’s effectiveness in the teaching of Malaysian Nationhood according to each topic, as well as whether their feelings of patriotism increased or not after the topic was delivered. DISCUSSION The writer has attempted to apply student centred learning (SCL) methods in the execution of Malaysian Nationhood. Student centred learning emphasizes on the independent role of students in in the process of gaining knowledge. They were encouraged to explore and discover issues related to their studies themselves in order to obtain a comprehensive learning experience. Studies have shown that the learning process is better appreciated by 533
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
students if they are encouraged to be an active part of it and are able to direct the course of their learning (Harlow, Cowie, & Heazlewood, 2010), rather than merely being at the receiving end of lectures (Prince, 2004). Specifically, the approach taken by the writer was to create a more active learning experience. Active learning is a form of SCL, whereby students are asked to be involved in a range of meaningful activities and apply what they have learned. The benefits of active learning have been supported by several studies (Hake, 1998, Wright & others, 1998), which is why the writer decided to highlight this particular approach to learning in this paper. This is not to say that the writer neglects the traditional approach to teaching completely. The writer employs different types of learning methods during the course of her classes but for the purpose of this study, the writer will focus on how adopting the active learning approach and introducing activities in class have been effective amongst students. Firstly, the writer would conduct the class by going through the content of a particular topic. However, not everything is shared in class. The writer purposefully omits certain pieces of information and asks the students to research for the answer. This independent exercise would be their preparation for the upcoming class activity. Then, the writer would proceed to conduct various activities to engage the students and allow them to be an active member of the learning process, as opposed to the traditional oneway teaching approach that has been widely practiced amongst educators before this. Student engagement is reported to be a central aspect of a successful learning process (Astin, 1993). A student centred approach to learning is more encouraged in this day and age, particularly with the advent of technology and the many tools developed to facilitate learning.(Taylor, Harlow, & Forret, 2010). This method of learning is meant to increase the understanding and appreciation of the topic among students. It was hoped that by coming up with active learning methods, the students would be able to better achieve the learning outcomes as well as have a greater appreciation for patriotism. For the purpose of this paper, the writer would like to highlight how two particular topics of the course were conducted. For the topic of “The Legislative,” the writer’s objective was to enable students to visualise the process that goes behind the making of laws and other important decisions affecting the country. In doing so, the writer chose to highlight a current issue that has been heavily debated about in order to generate student interest in the class discussion, which was the Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). The writer instructed the students to divide themselves into government and opposition parliamentary members, and asked them to identify which constituency they represented. The students were given the liberty to choose a speaker of the parliamentary session. They also determined for themselves who was to be the Member of Parliament who would be presenting the proposal on behalf of the government to increase the BR1M. The writer had advised that all arguments must be based on facts. As such, enough time and notice was given to the students for preparation of this class activity. All students were also encouraged to voice out their opinion as they were representing the people of their constituency. They presented their arguments and followed the parliamentary process. Once the session was done, a vote was conducted in order to determine which party won that particular issue. The writer also carried out a similar activity for the topic “Social Policies.” The writer instructed the students to discuss and identify the process that goes into formulating and making social policies. In the next class covering the same topic, the students were asked to represent the role of Cabinet members and debate the formulation of a social policy to protect women’s rights. During this activity, the students were free to present their ideas on what initiative should be included in the National Women’s Policy, and justify how that initiative would address the social problems affecting women. 534
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
FINDINGS According to the observation of the writer, the students received this particular class activity positively and showed interest in the topic as a result. The participation from the students was very encouraging, as many of them were eager to share their opinions as to why they agreed or disagreed with the proposal to increase the amount of BR1M given. With regards to the topic on social policies, the students were able to identify the current social ills and come up with workable solutions that should be considered under the National Women’s Policy. They delivered their opinions passionately and their arguments were critical and well developed. It is important to note that the writer observed that their opinions were based on actual facts and related their arguments to the current issues that were occurring at the time, reflecting a higher order of thinking skills. The students were able to appreciate political issues and relate it to the current situation, thus fulfilling the second learning outcome. This allowed the students to visualise how parliamentary sittings are conducted as well as how social policies are made, hence fulfilling the first learning outcome. The main questions asked in the focus groups were 1) whether they felt the activities carried out were suitable or not in achieving the learning outcomes; and 2) whether they were suitable in increasing feelings of patriotism. The scale given was from 1 to 5, with 1 being not suitable at all and 5 being very suitable. For the topic of “The Legislative,” seven out of eight focus groups rated that the activities carried out were very suitable (5) in assisting the students to achieve the desired learning outcomes, whereas one group focus group rated the activity as being suitable to achieve the learning outcome (4). All the focus groups stated that the activities conducted were very suitable in increasing their patriotism (5). With regards to the topic “Social Policies,” the data from the survey indicated a similar result with that of “The Legislative” topic. Seven out of eight focus groups stated that the activities conducted during class were very suitable (5) in assisting the students to achieve the desired learning outcomes, whereas only one group focus group was of the opinion that the activity was suitable to achieve the learning outcome (4). All eight focus groups mentioned that the activities conducted were very suitable in increasing their patriotism (5). CONCLUSION It appears that although there may be initial reluctance and scepticism among students when it comes to the learning of Malaysian Nationhood, it can be overcome through innovative teaching methods that allow students to play an active role in their learning process. It may no longer be viable to only consider traditional teaching practices, as the data suggests students receive the subject better when taught through interesting and interactive means. Most importantly, the data indicates that the activities carried out were perceived as appropriate for the purpose of increasing patriotism. The findings of this study support other studies conducted on active learning approaches, whereby students receive many benefits and show improvement in their thinking and writing skills, as well as their overall attitude towards learning (Faust & Paulson, 1998; & Bonwell & Eison, 1991). As such, it is worthwhile for educators to develop new and different activities that are suitable to be applied in lectures in order to achieve the learning outcomes for their particular subject. The methods used by the writer may also be applied in the teaching and learning of other subjects besides Malaysian Nationhood, as the principle is the same. Motivating students to be more involved in the subject they are taking, as well as encouraging them to think beyond what has been delivered in lectures and stated in their textbooks, may very well bring about positive results, as indicated by the data obtained 535
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
from the surveys of this study. It is hoped the findings of this study can be used as a guide for other educators in formulating their own innovative teaching methods that would attract students to the learning process, develop critical and high order thinking skills as well as appreciation for knowledge gained throughout the study of their subjects. REFERENCES Abd Rahim Abd Rashid. Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. (2004). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abdul Rahman Abdul Aziz. (2014). Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad. Astin, A. (1993). What Matters in College? Four Critical Years Revisited. San Francisco: Josey-Bass Publishers. Boswell, J. (1986). The Life of Samuel Johnson. Hibbert, C. (ed). New York: Penguin Classics. Faust, J. L., & Paulson, D. R. (1998). Active learning in the college classroom. Journal on Excellence in College Teaching, 9 (2), 3-24. Hackathorn, J., Solomon, E. D., Blankmeyer, K. L., Tennial, R. E., & Garczynski, A. M. (2011). Learning by doing: An Empirical Study of Active Teaching Techniques. Journal of Effective Teaching, 11(2), 40-54. Retrieved February 5, 2016, from http:// uncw.edu Hake, R. R. (1998). Interactive engagement vs. traditional methods: A six thousandstudent survey of mechanics test data for introductory physics courses. American Journal of Physics, 66, 64-75. Harlow, A., Cowie, B., & Heazlewood, M. (2010). Keeping in touch with learning: the use of an interactive whiteboard in the junior school. Technology, Pedagogy and Education, 9(2), 237-243. doi: 10.1080/1475939X.2010.491234 Holmes Kagan, D. (2014, September) Democracy Requires a Patriotic Education, Wall Street Journal, Retrieved January 18, 2016, from http://www.wsj.com/articles/donaldkagan-democracy-requires-a-patriotic-education-1411770193 Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor. Patriotism among non-Malay students in Public Higher Education Institution, Around Klang Valley. (2009). Akademika 75(1), 85-100. Retrieved March 4, 2016, from http://ejournal.ukm.my/akademika/ article/view/559 Lambert, C. (2012, March). Twilight of the Lecture. Harvard Magazine. Retrieved February 17, 2016, from http://harvardmagazine.com/2012/03/twilight-of-the-lecture McKenzie, H. (1993). Citizenship Education in Canada. Political and Social Affairs Division. Retrieved June 20, 2013, from http://publications.gc.ca/Collection-R/ LoPBdP/BP/bp326-e.htm#B Mohd Mahzan Awang Abdul Razaq Ahmad, Nora’asikin Abu Bakar, Sayuti Abd Ghani, Asyraf Nadia Mohd Yunus, Jaya Chitra Ramalu, Che Pee Saad & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2013). International Education Studies, 6(11), 21-28. doi: 10.5539/ies. v6n11p21 Poor response to fly the Jalur Gemilang due to lack of patriotism among Malaysians, (2013, August 28). The Malay Mail Online. Retrieved from http://www.themalaymailonline. com/malaysia/article/poor-response-to-fly-the-jalur-gemilang-due-to-lack-ofpatriotism-among-mal Prince, M. (2004). Does Active Learning Work? A Review of the Research. Journal of Engineering Education, 93(3), 223-231.
536
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Tashny Sukumaran. (2014, August 14).Malaysians can ‘B’ patriotic. The Star Online. Retrieved February 22, 2016, from http://www.thestar.com.my/news/ nation/2014/08/15/malaysians-can-b-patriotic-1200-score-average-of-38-out-of-50in-survey/ Taylor, M., Harlow, A. & Forret, M. (2010). Using a computer programming environment and an interactive whiteboard to investigate some mathematical thinking. Procedia: Social and Behavioral Sciences of the International Conference on Mathematics Education Research 2010 (ICMER 2010), Special Issue (8), 561-570. doi:10.1016/j. sbspro.2010.12.078 Tyson, A., Daasaratan Jeram & Hani Noor Azlan. (2011). Ethnicity, Education and the Economics of Brain Drain in Malaysia: Youth Perspectives. Malaysian Journal of Economic Studies, 48(2), 175-184. Wan Mohd Nor Wan Daud. (2015). Patriotisme & Ketatanegaraan. Akademi Kenegaraan. BTN: Putrajaya. Wasitah Hj. Mohd Yusof et al. Indeks Belia Malaysia 2015: Mengukur Kesejahteraan Hidup Belia Malaysia. (2015). Putrajaya: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Wright, G. (2003). “The role of Nationhood in the Economic Development of the USA.” in Teichova, A. & Matis, H. (eds) Nation, State and the Economy in History, New York: Cambridge University Press. Wright, J. C., Millar, S. B., Kosciuk, S. A., Penberthy, D. L., Williams, P. H., & Wampold, B. E. (1998). A novel strategy for assessing the effects of curriculum reform on student competence. Journal of Chemical Education, 75, 986-992
537
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERUNTUKAN ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF PERPADUAN Fairojibanu Zainal Abidin, Nazri Muslim ATMA,UKM Abstrak Perlembagaan adalah undang-undang utama dan yang tertinggi sesebuah kerajaan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah digubal oleh Suruhanjaya Reid dan telah diistiharkan pada 31 Ogos 1957. Dalam merangka perlembagaan ini kaum Melayu dan bukan Melayu telah bersetuju dengan beberapa perjanjian yang dikenali sebagai kontrak sosial. Walau bagaimanapun, isu dan masalah peruntukan orang Melayu yang telah dpersetujui bersama dalam kontrak sosial tersebut masih wujud dan sentiasa dibangkitkan walaupun telah 59 tahun merdeka. Polemik mengenai kontrak sosial menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia masih lagi rendah dan kurang dihayati, tidak seperti mana semasa persetujuan mengenai kontrak sosial dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari perspektif perpaduan. Kajian ini melibatkan kajian perpustakaan untuk melihat bahan berkaitan peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan. Justeru, artikel ini akan membincangkan peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Kata kunci : Perlembagaan,Peruntukan orang Melayu,kajian perpustakaan.
PENGENALAN Perlembagaan adalah undang-undang utama dan yang tertinggi sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan dan garis panduan yang menentukan pengurusan pentadbiran Negara Malaysia. Dalam merangka perlembagaan ini kaum Melayu dan bukan Melayu telah bersetuju dengan beberapa perjanjian yang dikenali sebagai kontrak sosial. Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar iaitu berasaskan prinsip jus soli. Bagi orang Melayu pula telah diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu terjamin dan dipelihara. Inilah perjanjian dan kontrak sosial yang telah dibawa oleh Suruhanjaya Reid sehingga dipersetujui dan akhirnya Perlembagaan Persekutuan telah diistiharkan pada 31 Ogos 1957. Menurut Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, definisi orang Melayu adalah seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Melayu,menurut adat istiadat Melayu; dan lahir sebelum pada Hari Merdeka atau ibu bapanya lahir pada hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura. Oleh yang demikian segala perjanjian iaitu kontrak sosial yang dipersetujui bersama ini hendaklah dipelihara dalam memastikan perpaduan yang erat antara kaum. Pemahaman dan penghayatan serta penerimaan khususnya berkaitan peruntukan orang Melayu oleh semua pihak sangat penting dalam mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia yang merupakan aset pencapaian perpaduan nasional.
538
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah seperti berikut : 1.1 Untuk mengkaji peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari aspek perpaduan. 1.2 Untuk mengkaji implikasi peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan terhadap hubungan etnik di Malaysia. 1.3 Untuk mengenal pasti isu-isu orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. METODOLOGI Kajian ini melibatkan kajian perpustakaan untuk melihat bahan berkaitan peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan. DAPATAN KAJIAN a. Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Pertama, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong untuk menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain. Yang di Pertuan Agong atas nasihat kerajaan boleh memberi peruntukan kepada orang Melayu beberapa bahagian yang difikirkan patut dalam perkara-perkara berikut: i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam. ii. Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan. iii. Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran dan latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan. Kedua, mengenai Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, ia menyentuh tentang tanah rizab Melayu seperti berikut : i. Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu selepas merdeka. ii. Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu boleh diistiharkan sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang. iii. Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu dan bukan Melayu. iv. Jika tanah tersebut telah dimiliki oleh orang bukan Melayu, maka tanah rizab Melayu tidak boleh diistiharkan. Ketiga, Perkara 90 Perlembagaan Persekutuan pula menyentuh mengenai pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka dan undang-undang yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan orang Melayu. Keempat, Perkara 8(5)(f) Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bahawa kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di Raja hanya diperuntukkan kepada orang Melayu sahaja. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua etnik di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan. Kelima, Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi sebelum penentuan atau penyemakan semula sempadan pilihanraya dibuat. Keempat-empat prinsip tersebut ialah : i. Sebuah kawasan hendaklah jangan melintasi sempadan negeri dan mempertimbangkan kesukaran yang akan timbul jika kawasan dewan undangan negeri meliputi Dewan Rakyat. ii. Perlunya dipertimbangkan segala kemudahan yang ada dalam kawasan berkenaan bagi pendaftaran pengundi. 539
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
iii. Ditetapkan juga bahawa jumlah pengundi bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya hendaklah sama. Namun, perlembagaan juga menetapkan bahawa kawasan luar bandar hanya separuh dari jumlah pengundi bagi sesebuah kawasan pilihanraya di bandar diperlukan. iv. Perlu juga dipertimbangkan mengenai segala kesukaran apabila suatu kawasan ditukar dan mustahaknya dikekalkan seseorang dengan kawasannya. b. Implikasi Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara utama perlu diambil perhatian dan dihayati ialah semasa proses penggubalan perlembagaan ialah semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia berkorban begitu dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu. Menurut Nazri Muslim (2011) semasa proses penggubalan dilakukan, beberapa cadangan diberi pertimbangan untuk disepakati. Menurut Nazri, Dalam proses ini semangat akomodatif yang tinggi berlaku antara Melayu dan bukan Melayu berkaitan dengan kepentingan masing-masing atau dikenali sebagai kontrak sosial. Sebagai contoh, etnik Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu, sementara etnik bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa etnik Melayu. Pada ketika itu, etnik Melayu menerima prinsip jus soli iaitu dengan mengurniakan kerakyatan bagi mereka yang lahir selepas merdeka dan kerakyatan yang lebih longgar bagi etnik bukan Melayu yang dilahirkan sebelum merdeka. Hasil daripada persetujuan bersama semua etnik, masyarakat Melayu diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak istimewa bumiputera. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Manakala peruntukan dalam Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis raja-Raja Melayu. Perkara ini merupakan satu jaminan yang tidak boleh dinafikan lagi. Perkara-perkara yang dibicarakan dalam Perkara 153 secara khususnya menyentuh tiga perkara iaitu: i.
Perkhidmatan Awam Dalam perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan satu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Namun, bagi menjalankan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh melucutkan sesiapa juga apa-apa jawatan awam yang disandang olehnya. Hal yang sama juga bagi semua orang tidak mengira etnik yang menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam, mestilah diberi layanan yang adil baik dari segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yang lain. Oleh itu, menurut Mohamed Suffian (1987) adalah rasional bagi merizabkan untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan dalam perkhidmatan persekutuan kerana pada zaman penjajah dan pada awal kemerdekaan tidak ramai orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan. Ini boleh dilihat daripada Jadual 4.1 berikut : Jadual 4.1 : Pegawai Bahagian I Dalam Perkhidmatan Kerajaan Pada 1 Nov. 1968 (Etnik) Perkhidmatan
Melayu
Bukan Melayu
Jumlah
Perkhidmatan Pentadbiran
706
515
1221
Arkitek, Jurutera dan Pegawai Profesional
73
370
443
Pegawai Kesihatan dan Perubatan
64
693
727
Ahli Sains Fizikal
13
51
64
540
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ahli Sains Sejati
60
108
169
Perangkawan Profesional
38
166
204
Perkhidmatan Undang-Undang
70
37
107
Perkhidmatan Beruniform
331
369
700
Pengangkutan dan Media Massa
67
188
255
1392
2447
3839
Jumlah
Sumber : Mohd Yusof Ismail (1970), A review of the implementation of article 153 of the Malaysian constitution since 1957 with special reference to West Malaysia. Latihan Ilmiah, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.
ii.
Ekonomi Majoriti orang Melayu yang terdiri daripada golongan pesawah padi, penoreh getah dan nelayan berada dalam kemiskinan iaitu 64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26% pada tahun 1970 seperti dalam Jadual 4.2. Keadaan ini juga menunjukkan majoriti orang Melayu berada dalam kemiskinan terutamanya di luar bandar di mana kadar kemiskinan ialah 58.6% berbanding bandar iaitu 24.6%. Kesan daripada peninggalan penjajah ini, Haris Md. Jadi (1990) menyatakan bahawa orang Melayu tertinggal sebagai pemerhati di sebalik kegiatan ekonomi dan perubahan yang sedang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Jadual 4.2: Kadar Kemiskinan Semenanjung Malaysia Mengikut Kaum 1970 Etnik/Kawasan
1970 (%)
Melayu
64.8
Cina
26.0
India
39.2
Lain-lain
49.3
Luar Bandar
58.6
Bandar Sumber : Rancangan Malaysia Ketiga
24.6
Dari segi jurang pendapatan isi rumah antara Melayu dan bukan Melayu juga masih tinggi. Contohnya, pendapatan isi rumah orang Melayu ialah RM172 berbanding dengan Cina RM394 dan India RM304. Jika dilihat dari segi kawasan luar bandar dan bandar pula ialah RM200 dan RM428 seperti di Jadual 4.3. Jadual 4.3: Pendapatan Purata Isi Rumah Semenanjung Malaysia Mengikut Kaum 1970 Etnik/Kawasan
1970 (RM/bulan)
Melayu
172
Cina
394
India
303
Luar Bandar
200
Bandar Sumber: Rancangan Malaysia Ketiga, hlm 212.
541
428
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Oleh itu, berdasarkan statistik tahun 1970 di atas, Sanusi Osman (1989) melaporkan bahawa Perkara 153 telah digunakan untuk mencapai tujuan ini. Antaranya ialah memberi kemudahan lesen perniagaan dan premis perniagaan yang strategik. Menurutnya lagi, manakala faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan tidak seimbang di kalangan rakyat merupakan faktor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia. Dengan itu, Perkara 153 telah memperuntukkan bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan dalam bidang ekonomi agar jurang perbezaan ekonomi dapat dihapuskan dan bertujuan orang Melayu tidak terasa terpinggir dalan arus pembangunan negara. iii.
Pendidikan Haris Md. Jadi (1990) menyatakan bahawa penjajah Inggeris telah meninggalkan sistem pendidikan yang terus mengekalkan orang Melayu dalam keadaan tertindas. Sistem pendidikan Inggeris pada masa itu sekadar untuk menjadikan petani Melayu yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Ini ditambah lagi dengan keadaan sekolah Melayu yang begitu teruk tanpa perabot yang cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta ibu bapa Melayu yang sudah mula hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu. Bagi tahun sebelum 1970, Jadual 4.4 jelas menunjukkan bahawa orang Melayu jauh ketinggalan dalam kemasukan pelajar ke Universiti Malaya. Manakala Jadual 4.5 menunjukkan orang Melayu juga tertinggal dalam fakulti yang berteraskan sains berbanding orang bukan Melayu. Contohnya, di Fakulti Kejuruteraan, peratusan orang Melayu dalam sesi 1970/1971 ialah 0.16% berbanding bukan Melayu (Cina) iaitu 9.64%. Implikasi terhadap angka-angka ini adalah jelas kerana ia menunjukkan jurang perbezaan antara etnik dan menjauhkan lagi jurang golongan profesional di kalangan etnik. Keadaan ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang profesional antara etnik. Jadual 4.4: Peratusan Bilangan Penuntut Mengikut Bangsa di Universiti Malaya Tahun
Melayu
Bukan Melayu
1959-60
19.2
80
1960-61
22.1
77
1961-62
21.5
78.5
1962-63
20.4
79.6
1963-64
20.6
79.4
1964-65
24.4
75.6
1965-66
25.4
74.6
1966-67
28.8
71.2
1967-68
30.7
69.5
1968-69 32.6 67.2 Sumber: Malaysia (1971), Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara mengkaji Kehidupan Penuntut2 di- Kampus Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan.hlm 130 Jadual 4.5: Peratusan Penuntut Mengikut Bangsa dan Fakulti (Berasaskan Sains) di Universiti Malaya Tahun
Bangsa
Sains
Kejuruteraaan
Pertanian
Perubatan
1968-69
Melayu
7.2
0.32
3.42
5.12
Cina
27.1
10.09
5.12
11.6
Lain-lain
9.7
2.97
2.5
8.6
542
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
1969-70
1970-71
Melayu
6.3
0.4
2.9
4.5
Cina
27.32
9.28
5.29
10.98
Lain-lain
9.64
2.61
2.21
9.27
Melayu
5.02
0.16
2.91
4.10
Cina
29.54
9.64
5.50
11.02
Lain-lain 10.13 2.53 2.88 9.89 Sumber: Diubahsuai dari Malaysia (1971), Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara mengkaji Kehidupan Penuntut2 di- Kampus Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan.hlm 105. Data ini tanpa melibatkan pelajar yang berteraskan sains sosial.
Kestabilan politik di Malaysia amat bergantung kepada keseimbangan kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah etnik lain. Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian Shuaib (2006) menyatakan jika keseimbangan ini diganggu-gugat, maka kestabilan politik akan tergugat dan boleh mengamcam perpaduan kaum. Maka statistik pada tahun 1970 berkenaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan telah mewajarkan Perkara 153 itu digunakan bagi memperbaiki ketidakseimbangan tersebut. Menurut Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian Shuaib lagi Akta UiTM 1976 merupakan natijah dari Perkara 153 untuk meramaikan orang Melayu dalam pendidikan tinggi negara dan seterusnya memperbaiki jurang golongan profesional antara etnik. PERBINCANGAN Isu-isu Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan : Kesamarataan Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama disisi udang-undang dan juga berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Tidak dibenarkan diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan dia salah seorang rakyat atau Raja mana-mana negeri kecuali yang dibenarkan oleh perlembagaan. Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau dalam mana-mana pentadbiran undang-undang yang berhubung dengan perolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, kerjaya atau pekerjaan. Pihak berkuasa awam tidak boleh mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa pun atas alasan dia bermastautin atau menjalakan perniagaan di mana-mana negeri di persekutuan atau di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu. Ini yang dikatakan konsep sama rata. Jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hak sama rata diperuntukkan dalam Perkara 8 (1) iaitu kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan, telah menjadikan peruntukan hak sama rata ini tidak lagi mutlak. Perkara 153 adalah satu contoh nyata yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memelihara kedudukan istimewa orang Melayu. Ini diperkukuhkan lagi dalam Perkara 5 iaitu hak sama rata ini tidak membatal atau melarang : (a) Apa-apa peruntukan yang membuat peraturan mengenai undang-undang diri; (b) Apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang asli (termasuk merizabkan tanah) atau merizabkan bagi orang asli, jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam mengikut kadar yang berpatutan. (c) Apa-apa peruntukan yang mengehadkan kemasukan berkhidmat dalam pasukan askar Melayu kepada orang Melayu. Yang pastinya, hak sama rata tidak lagi menjadi hak yang mutlak. Kehadiran doktrin ini menyebabkan hak asasi ini terpaksa dilembutkan dan diberikan hak bersyarat. Perkara 543
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan di negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kedudukan sosial yang tidak seimbang. Isu-isu Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan : Diskriminasi Perlindungan Dalam menganalisa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, perlu dilihat konsep diskriminasi perlindungan yang menguatkan lagi perkaitan antara perlembagaan dan hubungan etnik di Malaysia. Sebelum dijelaskan konsep diskriminasi perlindungan, perlu difahami apakah yang dikatakan dengan diskriminasi. Nazri Muslim (2011) melaporkan bagi sesebuah negara yang bersifat majmuk, adalah sesuatu yang biasa di mana perlembagaan negara tersebut memperuntukkan konsep diskriminasi perlindungan sebagai salah satu peruntukan yang penting dan diiktiraf. Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan dan hak yang istimewa kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan dalam masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain. Peruntukan ini disediakan untuk membantu sesuatu etnik di dalam beberapa aspek kehidupan seperti perkhidmatan awam, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Menerusinya, etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih terkehadapan. Hashim Yeop Sani (1980) menegaskan bahawa Peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Jika dilihat kepada sejarah, kehadiran Inggeris di negeri Melayu adalah hasil daripada perjanjian di antara Inggeris dan Raja-raja Melayu. Kedaulatan Raja-raja Melayu tidak pernah dipertikaikan. Menurut Hashim Yeop Sani, perkara ini boleh dilihat dalam beberapa perjanjian di antara Raja-raja negeri tersebut yang melengkapkan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian-perjanjian itu menunjukkan satu hasrat secara umum. Sebagai contoh, setiap perjanjian itu menyatakan : Sebagaimana Raja-Raja berkehendakkan dan Baginda bersetuju bahawa menjadi tanggungjawab ke atas Kerajaan negeri itu untuk menyediakan dan menggalakkan perkembangan pelajaran dan latihan kepada penduduk Melayu dalam negeri itu. Hashim Yeop Sani (1980) melaporkan lagi pada Februari 1952, General Templer iaitu Pesuruhjaya Tinggi British telah menerima arahan dari Setiausaha Negara British untuk negerinegeri jajahan yang mengandungi polisi Kerajaan British terhadap Persekutuan Tanah Melayu. Di antara kandungan di dalamnya arahan tersebut ialah untuk mendapatkan satu bangsa Malaysia yang bersatu mestilah ada satu formula umum kerakyatan untuk semua yang menganggap persekutuan ini atau mana-mana bahagian darinnya sebagai tempat tinggal mereka sebenar dan objek kesetiaan mereka, satu bangsa Malaya yang bersatu yang ideal tidak melibatkan mana-mana golongan meninggalkan kebudayaan dan kebiasaan dan adat resam tetapi sebelum ianya dapat dicapai, orang Melayu mestilah diberi galakan dan pertolongan untuk memainkan peranan mereka dalam kegiatan ekonomi di negeri ini untuk membolehkan ketidakseimbangan ekonomi ini dibetulkan. Menurut Kamal Halili Hassan (1990), sebagai balasan berhubung dengan perkara kerakyatan bersama, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Kedua yang mengkaji draf Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menimbangkan soal kedudukan istimewa orang Melayu dan mencadangkan pengesahan semula. Pengesahan semula ini terkandung dalam Perkara 19 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menerangkan tanggungjawab Pesuruhjaya Tinggi untuk melindungi hak, kuasa dan taraf Raja-Raja Melayu dan juga kedudukan istimewa orang Melayu bersama dengan kepentingan yang sah kaum lain. Kamal Halili Hassan menegaskan peruntukan ini adalah asal kepada Perkara 153. Secara ringkasnya, Kamal Halili Hassan menyatakan bahawa diskriminasi perlindungan itu dibuatbertujuan : 1. Bagi membetulkan ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat 544
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
2. 3.
4.
5.
majmuk dan baru merdeka. Contohnya di Malaysia, keutamaan memasuki perkhidmatan awam diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan mereka boleh menguasai keadaan politik negara kerana pegawai kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi dan dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera dan polis yang dikuasai oleh majoriti orang Melayu untuk tujuan yang sama. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebenarnya. Tujuannya supaya sebarang perubahan mendadak tidak berlaku apabila perlembagaan diperkenalkan. Sesuatu keistimewaan yang telah dikecapi sekian lama sekiranya ditarik balik sudah tentu akan menyemarakkan api kemarahan kumpulan itu. Misalnya, keistimewaan orang Melayu sebenarnya telah wujud di zaman penjajah hasil perjanjian antara penjajah Inggeris dengan Raja-raja Melayu. Perlembagaan memberi kuasa kepada Kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan daripada segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat terpinggir. Tanpa diskriminasi perlindungan ini, tidak mungkin masyarakat terpinggir dapat bangun dan bersaing dengan masyarakat maju. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal. Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain bererti kumpulan memberi itu berhak kepada beberapa keistimewaan lain. Misalnya dalam Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan yang diberi kepada kaum pendatang harus diganti dengan pemberian beberapa keistimewaan kepada kaum bumiputera atau apa yang dikenali sebagai kontrak sosial.
Isu-isu Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan : Persoalan Perkara 153 Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua iaitu dari segi pencapaian pendidikan dan ekonomi. Persoalan mengenai pencapaian dalam perkhidmatan awam tidak dibincangkan kerana dengan adanya penggunaan sistem kuota, bilangan orang Melayu yang menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam adalah semakin ramai berbanding sebelum tahun 1970. Utusan Malaysia bertarikh 14 November 2008 melaporkan bahawa statistik perkhidmatan awam di Pulau Pinang mengikut etnik sehingga 30 September 2008 adalah 81.95% Melayu, 12.92% Cina dan 5.05% India. Manakala Utusan Malaysia bertarikh 25 November 2008 pula melaporkan bahawa pada tahun 2005, bilangan yang ditempatkan dalam perkhidmatan awam mengikut etnik ialah Melayu 77.4%, Cina 9.37% dan India 5.14%. Justeru, persoalan yang sering dibangkitkan apakah Peruntukan Perkara 153 merupakan cara yang paling berkesan dalam memulihkan kemiskinan dan kemunduran bangsa Melayu khususnya dari segi pencapaian ekonomi dan pendidikan. Ini kerana kedudukan orang Melayu telah termaktub dalam perlembagaan dari segi perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi sejak merdeka lagi. Persoalannya adalah adakah kedudukan orang Melayu telah berubah dari segi mengeluarkan orang Melayu dari kemiskinan dan dapat menyeimbangkan kedudukan mereka dengan etnik lain di Malaysia melalui penyusunan semula masyarakat? Lee Hock Guan (2006) menyatakan bahawa berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan, Perkara 153 ini telah membantu ke arah mengeluarkan orang Melayu dari kemiskinan dan meningkatkan pencapaian mereka mereka dari sudut ekonomi dan pendidikan. Walau bagaimanapun, jika dikaji dari sudut bilangan jawatan profesional dan teknikal, masih lagi ketinggalan seperti dalam Jadual 5.1 khususnya dalam akauntan. Manakala dalam bidang yang lain, statistik menunjukkan bilangan hampir seimbang antara Melayu dan bukan Melayu. Cuma dari jumlah keseluruhan, orang Melayu hanya meliputi 38.8% sahaja berbanding bukan Melayu iaitu 61.2% dalam tahun 2005.
545
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 5.1 : Peratusan Golongan Professional Mengikut Kaum Yang Berdaftar 2000 2005 Profession Bumi Cina India Bumi Cina India Akauntan 17.1 76.2 5.6 20.8 73.6 4.4 Arkitek 42.1 56.2 1.5 45.3 53.1 1.4 Doktor 36.8 31.0 29.7 36.7 29.9 26.6 Doktor Gigi 35.2 42.4 20.5 44.4 35.3 18.4 Doktor Veterinar 41.7 27.7 27.4 39.0 32.2 24.8 Jurutera 42.6 51.1 5.2 46.0 47.6 5.4 Juru Ukur 45.1 49.6 3.4 48.2 47.0 5.4 Peguam 32.3 40.1 26.8 38.0 37.1 24.1 JUMLAH 35.5 51.2 1.0 38.8 48.7 10.6 Sumber : Diubahsuai dari Rancangan Malaysia Kesembilan. Hlm 355.
Zainal Abidin Abdul Wahid (2001) melaporkan bahawa jika dikaji berdasarkan statistik, daripada ratusan ribu pelajar di IPTS, hanya kira-kira 5% pelajar bumiputera yang menuntut di IPTS. Dilihat dari jadual bilangan pelajar di IPTA dan IPTS, bilangan tersebut menunjukkan bahawa terdapat dua aliran pendidikan iaitu pendidikan tinggi awam dan pendidikan tinggi swasta. Jelas menunjukkan jumlah pelajar di IPTA jika dipecahkan mengikut bumiputera dan bukan bumiputera, bilangan antara mereka ialah 60% dan 40% , sedang bukan di IPTS, bilangan pelajar bumiputera hanyalah seramai 5%. Peratusan ini menggambarkan pelajar di peringkat IPT didominasikan oleh pelajar bukan bumiputera jika peratusan pelajar di IPTA dan IPTS diambil kira seperti di Jadual 5.2. Malah menurut Syed Husin Ali (2008) data ini tidak termasuk bilangan pelajar yang menuntut di luar negara yang majoritinya dikuasai oleh pelajar bukan bumiputera. Berdasarkan statistik tahun 2007 daripada website Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bilangan pelajar Malaysia di luar negara ialah 54915. Jadual 5.2 : Jumlah Output Graduan Dari Institut Pengajian Tinggi Tahun 2007 Institusi/Tahap Bilangan Pelajar IPTA Diploma 16255 Sarjana Muda 59471 Diploma Pascaijazah 169 Sarjana 8499 Kedoktoran 702 Lain-lain 352 Jumlah Kecil 85448 IPTS Sijil 30550 Diploma 28402 Sarjana Muda 23648 Sarjana 814 Kedoktoran 17 Jumlah Kecil 83431 Sumber : Diubahsuai dari Kementerian Pengajian Tinggi malaysia, http://www.mohe.gov.my/web_ statistik
Utusan Melayu bertarikh 21 Ogos 2000 melaporkan adalah wajar penggunaan Perkara 153 ini diteruskan dalam bidang pendidikan bagi mengatasi ketidakseimbangan antara IPTA dan IPTS serta pelajar di luar negara melalui penggunaan sistem kuota 546
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dan biasiswa. Jika tidak kesan ke atas golongan profesional antara etnik sukar untuk diseimbangkan kerana bilangan pelajar bukan Melayu di IPT adalah lebih ramai berbanding pelajar Melayu. Perkara ini turut disokong dan dinyatakan oleh Lee Hock Guan(2009). Syed Husin Ali (2008) menyatakan bahawa bilangan pelajar Melayu yang sedikit sama ada di IPTS atau di luar negara adalah berpunca daripada kos pendidikan yang tinggi dan ini tidak mampu ditampung oleh orang Melayu kerana kekangan kewangan dan faktor kemiskinan. Dari segi ekonomi dan kemiskinan pula walaupun kadar kemiskinan orang Melayu bertambah baik tetapi masih ketinggalan dari etnik bukan Melayu. Laporan Rancangan Malaysia kesembilan, pendapatan isi rumah pada tahun 2004 mengikut etnik ialah Melayu RM2,552, Cina RM4,127 dan India RM3,215. Kadar kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan bandar juga bertambah baik iaitu 11.9% dan 2.5% pada tahun 2004. Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan juga melaporkan bahawa kadar kemiskinan etnik bagi Melayu 8.3%, Cina 0.6% dan India 2.9% pada tahun 2004. Ini menunjukkan pendapatan orang Melayu semakin baik tetapi masih ketinggalan. Begitu juga dengan kadar kemiskinan mengikut negeri di mana kadar kemiskinan negeri yang majoriti Melayu masih tinggi berbanding negeri lain iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis seperti di Jadual 5.3. Jika dibandingkan dengan kemiskinan dikalangan etnik Cina, kadar kemiskinan amat rendah dan kemajuan seterusnya akan dapat mengeluarkan mereka dari kemiskinan. Keadaan yang sama juga untuk orang India yang kadar kemiskinan mutlaknya tidak jauh berbeza dengan etnik Cina menurut Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman (2005). Jadual 5.3: Peratus Kemiskinan Mengikut Negeri 2004 Negeri
2004
Selangor
1.0
Pulau Pinang
0.3
Johor
2.0
N.Sembilan
1.4
Melaka
1.8
Pahang
4.0
Perak
4.9
Perlis
6.3
Terengganu
15.4
Kedah
7.0
Kelantan 10.6 Sumber: Diubahsuai dari Rancangan Malaysia Kesembilan, hlm 348
Statistik di atas menunjukkan bahawa dalam bidang ekonomi, pencapaian orang Melayu tidak membanggakan. Ungku A.Aziz (1969) menyatakan Perkara 153 khususnya dalam bidang perniagaan tidak banyak membantu mengatasi masalah kemiskinan orang Melayu dan mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk memastikan penguasaan 30% pengagihan kekayaan negara. Ini kerana 75% orang Melayu bergantung hidup kepada pertanian dan perikanan, sedangkan sumbangan pendapatan dari keduanya adalah kecil. Amriah Buang (2007) menjelaskan bahawa keadaan petani dan nelayan yang menghadapi tekanan hidup iaitu mereka mereka sering berhadapan dengan pelbagai bentuk eksploitasi seperti orang tengah, tuan tanah, ceti dan sebagainya. Orang Melayu hidup dalam keadaan berhutang dan ketinggalan dari etnik lain. 547
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Menurut S.M. Huang-Thio (1964), Perkara 153 adalah satu peruntukan yang tidak memadai dan tidak begitu memberikan keuntungan kepada sebilangan besar penduduk Melayu. Sebaliknya kesan daripada peruntukan ini hanya menguntungkan orang Melayu yang sudah kaya. Ia juga mewujudkan kelas menengah orang Melayu yang kemudiannya menjadi golongan kapitalis. Hak itu hanya menguntungkan kelas menengah Melayu sahaja, tetapi tidak sampai kepada masyarakat Melayu khususnya yang tinggal di luar bandar yang merupakan jumlah terbesar penduduk Melayu. Pendapat ini dipersetujui oleh Syed Husin Ali (2008) iaitu amalan ini jika tidak dibendung akan mewujudkan jurang kelas sosial yang ketara dalam masyarakat. Amalan sedemikian akan menjadikan beberapa kerat jutawan Melayu semakin kaya, sedangkan kemunculan sebilangan kecil mereka tidak menyelesaikan masalah besar seperti kemiskinan yang menjadi harapan kebanyakan orang Melayu. Jika perkara ini berlaku maka matlamat penyusunan semula masyarakat belum berjaya dilaksanakan. Kegagalan menyusun semula masyarakat disebabkan amalan konsep ekonomi bebas yang boleh mewujudkan sebilangan kecil kapitalis Melayu. Walaupun perkara hak istimewa orang Melayu dianggap sebagai satu isu yang sensitif, tidaklah bermakna ia menghalang perbincangan mengenai perlaksanaannya sama ada berjaya atau tidak. Persoalan mengenai apakah hak istimewa orang Melayu perlu dijamin dan dipertahankan selama-lamanya dan sekiranya matlamat perkara ini sudah dicapai, apakah orang Melayu masih lagi memerlukan hak istimewa? Dalam hal ini orang Melayu masih memerlukan Perkara 153 ini khususnya dalam bidang ekonomi seperti ucapan Menteri Kewangan dalam Perbahasan parlimen Dewan Rakyat 1973 iaitu: Saya tidak ragu-ragu bahawa bila tiba masanya orang Melayu sendiri akan meminta penghapusan hak istimewa itu, tetapi perkara itu hendaklah ditinggalkan kepada mereka untuk menentukannya. Pandangan Raja Nazri dalam hal ini boleh dirujuk sewaktu baginda menyampaikan titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah iaitu kestabilan politik negara sangat bergantung kepada persediaan minda orang-orang Melayu menghadapi perubahan apabila berlaku pertikaian mengenai Agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu yang akan menentukan masa hadapan Perkara 153. Jika diteliti hingga kini, Perkara 153 masih perlu diteruskan ke arah mencapai matlamat yang dikehendaki khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Namun pada masa yang sama pelbagai kemudahan dan keistimewaan diberikan kepada etnik bukan Melayu dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, apabila negara mencapai kemerdekaan, kerajaan pada masa itu tidak terus menghapuskan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sebaliknya tetap dipertahankan kewujudan sekolah tersebut walaupun Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu : Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
548
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESIMPULAN Adalah jelas daripada analisis di atas, orang Melayu dalam perlembagaan, bukan sahaja setakat Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5f), perkara 89 dan 90. Perkara ini perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat agar bersikap rasional dalam sesuatu isu yang melibatkan orang Melayu dalam perlembagaan dari aspek mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia yang merupakan aset pencapaian perpaduan nasional. RUJUKAN Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian Shuaib .2006. Constitution of Malaysia: Text and Commentary. Petaling Jaya: Prentice Hall. Hlm. 335 Amriah Buang. 2007. Pertanian Kecil Melayu dan Kelastariannya. Bangi: Penerbit UKM. Haris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Yeop Sani. 1980. Perlembagaan Kita. Kuala Lumpur: Malaysian Law Publishers Sdn. Bhd. Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman. 2005. Dasar Ekonomi Baru:Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication Kamal Halili Hassan .1990. Konsep Diskriminasi Perlindungan Dalam Perlembagaan Malaysia. Bangi: Fakulti Undang-undang, UKM. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. http://www.mohe.gov.my/web_statistik. 12 Disember 2009. Lee Hock Guan. 2006. Globalisation and ethnic integration in Malaysian education. In Saw Swee Hock and K.kesavapany. Malaysia: Recent Trends and Challenges. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.hlm.237 Lee Hock Guan. 2009. Language, education and ethnic relation. In Lim Teck Ghee, Alberto Gomez and Azly Rahman. Multiethnic Malaysia: Past, Present and Future. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre. Malaysia. 1971. Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara mengkaji Kehidupan Penuntut2 di Kampus Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan. Hlm. 105 dan 130. Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi Malaysia.1976. Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Mohamed Suffian Hashim.1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Nazri Bin Muslim. 2011. Islam Dan Orang Melayu Menurut Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia: Kajian Ke atas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tesis Dr. Fal, Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sanusi Osman. 1989. Ikatan Etnik dan kelas di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. S.M.Huang-Thio.1964. Constitutional DiscriminationUnder The Malaysian Constitution. M.L.R Syed Husin Ali. 2008. The Malays: Their Problem and Future. Petaling Jaya: The Others Press. Ungku A.Aziz.1969. Renchana-Renchana Ekonomi dan Kemiskinan. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu. Zainal Abidin Abdul Wahid. 2001. Bahasa, Pendidikan dan Pembangunan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 18.
549
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SURAT KHABAR DAN MAJALAH Anon. 2000. Jurang profesional melebar. Utusan Melayu.21 Ogos. Raja Nazri Shah. 2008. Kestabilan minda Melayu penting. Utusan Melaysia.20 April. Utusan Malaysia. 2008. 14 November . Utusan Malaysia. 2008. 25 November .
550
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PELAKSANAAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI MALAYA Faridah Che Husain, 2Faezah Kassim, 3Zamre Abu Hassan, 4Mohd. Syariefudin Abdullah 1,2,3 Universiti Malaya 4 Universiti Pendidikan Sultan Idris
1
Abstrak Kursus TITAS telah dilaksanakan di Universiti Malaya dan ditawarkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama IPTA sejak sesi akademik 1998/1999 melalui pelbagai pendekatan mengikut kesesuaian setiap IPTA. Kursus TITAS mempunyai keunikan tersendiri berdasarkan isi kandungan kursus yang istimewa dan diwajibkan kepada semua pelajar tanpa mengira bidang pengajian mereka. Kursus TITAS juga merupakan satu kursus yang amat penting untuk menyemai, memupuk dan menyuburkan semangat saling persefahaman, hormat-menghormati dan hidup yang harmonis antara kaum, budaya, agama dan kepercayaan di Malaysia. Bagi memastikan nilainilai dan persefahaman antara budaya dapat diterapkan dalam diri pelajar, strategi pembelajaran telah dipelbagaikan bersesuaian dengan keperluan kursus ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS khususnya berkaitan strategi pembelajaran di Universiti Malaya dan melihat persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran yang menerapkan elemen Kemahiran Insaniah (KI) serta pencapaian mereka di dalam memperolehi KI tersebut. Sebagai satu kajian awal hanya dua elemen KI sahaja yang menjadi fokus iaitu kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Kaedah kajian yang digunakan adalahkajian perpustakaan bagi menjelaskan tentang pelaksanaan kursus TITAS dan menganalisis pencapaian pelajar dalam KI kursus ini. Soal selidik juga diedarkan kepada 120 pelajar yang telah mengambil kursus TITAS dan dapatan kajian adalah secara deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi untuk menganalisis data. Kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kaedah penilaian yang baik, ini telah memberi kesan yang baik juga kepada pencapaian yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI mereka. Persepsi pelajar terhadap penilaian KI juga adalah baik. Pelajar tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Mereka juga kurang berminat untuk melaksanakan tugasan berbentuk laporan bertulis berbanding tugasan yang dilihat lebih menyeronokkan terutamanya melibatkan aktiviti luar kelas. Kata kunci: Kursus Tamadun Islam dan Asia (TITAS), strategi pembelajaran, kemahiran insaniah.
PENGENALAN Langkah kerajaan memperkenalkan kursus ketamadunan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan suatu tindakan yang tepat untuk mengisi ruang keintelektualan pelajar dengan elemen kemahiran insaniah. Nilai-nilai ketamadunan yang diterapkan secara langsung dalam pengajian kursus TITAS mampu mendidik kemahiran berinteraksi sesama pelajar yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Sekurang-kurangnya kursus TITAS membantu melahirkan pelajar yang mampu mencetuskan kesejahteraan insan dalam sesebuah masyarakat serta menjadi agen kelangsungan perkembangan sesebuah tamadun. 551
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kursus TITAS mempunyai matlamat untuk mencapai gagasan situasi semasa di samping menimbulkan kesedaran kepada pelajar yang realitinya berhadapan dengan kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pelajar daripada pelbagai kaum yang mengikuti kursus ini dapat memupuk perasaan saling menghormati, memperkukuhkan jati diri, berilmu dan berpandangan luas serta dapat memberi sumbangan dalam membangunkan negara Malaysia. Selain itu, ia merupakan perubahan ke arah memberikan pendedahan kepada pelajar IPTA mengenai kepentingan mengenali kepelbagaian tamadun dalam sejarah peradaban dunia dan Asia. Bagi memastikan matlamat gagasan tersebut tercapai perlunya kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang bersesuaian dan efektif untuk dilaksanakan. Justeru, kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya, kaedah atau strategi pembelajaran dalam menerapkan kemahiran insaniah serta persepsi pelajar terhadapnya. Seterusnya pencapaian pelajar dalam KI turut dibincang bagi melihat keberkesanan strategi pembelajaran dalam menerapkan KI. Latar Belakang Pelaksanaan Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Di IPTA Pelaksanaan kursus ketamadunan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah selari dengan aspirasi negara yang peka terhadap perubahan semasa bagi menghasilkan kurikulum terkini yang diperlukan negara, pasaran dan pelajar. Menurut Hashim (2005), kursus ketamadunan yang dikenali sebagai kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai memenuhi konsep universiti sebagai pembekal ilmu kepada masyarakat. Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan pengajian ketamadunan atau kursus TITAS di institusi pengajian tinggi awam di negara ini merupakan suatu tindakan yang tepat. Menurut Y.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam ucapannya pada 9hb Julai 1997, kursus ini juga bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para pelajar IPTA supaya memahami dan prihatin tentang Tamadun Islam dan beberapa tamadun di rantau ini, seterusnya mewujudkan sikap keterbukaan untuk menghadapi kepelbagaian tersebut sesuai dengan konteks Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan agama. Di samping itu, ia juga bertujuan menyediakan para pelajar supaya mempunyai mind-set yang tepat serta dapat mewujudkan semangat saling kenal mengenal dan hormat menghormati antara pelbagai tamadun (Abdul Latif dan Mohamad Sabri, 2000). Konsep dan Takrif Bukan mudah untuk menyediakan sesuatu kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa. Perubahan pantas dalam bidang teknologi dan maklumat seringkali menuntut peningkatan ilmu dan kemahiran. Kegagalan institusi pengajian tinggi menyediakan kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dari pihak industri akan menyebabkan graduan yang dikeluarkan tidak mempunyai daya pasaran (Muhamad Rahimi Osman, 2010). Tanggungjawab yang diberikan kepada kursus ini bukan sekadar untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar tetapi juga perlu diiringi dengan kemahiran berinteraksi telah menyebabkan elemen-elemen kemahiran insaniah yang mahukan berlakunya hubungan sosial dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum diterapkan di dalamnya. Interaksi adalah satu elemen penting dalam memantapkan ketamadunan manusia. Sejarah ketamadunan yang dibina oleh manusia sejak zaman Nabi Adam menyaksikan proses interaksi yang sentiasa berterusan. Interaksi dari sudut pengajian tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Secara realitinya, interaksi yang berlaku ialah antara individu dengan masyarakat yang mewakili tamadun tersebut. Interaksi tidak semestinya berlaku kerana tujuan tertentu, malah ia boleh berlaku secara tidak langsung sama ada di peringkat nilai, idea, institusi dan insan (Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, 2006; Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2001). 552
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Bagi memastikan bahawa kaedah penyampaian menghasilkan pembelajaran yang berkualiti, pendekatan pengajaran perlu sentiasa mencari kelainan dan secara berterusan membuat perubahan terhadap kaedah yang digunakan. Terdapat beberapa teori yang berkait rapat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Antara teori yang dinyatakan, teori konstruktivisme sejajar dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Teori konstruktivisme berdasarkan andaian bahawa manusia membentuk perspektif tentang dunia mereka sendiri melalui pengalaman masing-masing (Schuman, 1996). Teori ini telah dipelopori oleh Bartlett diikuti oleh Bruner, Ulrick, Neiser, goodman, Kant, Kuhn, Dewey, Habermas dan Piaget (Good & Brophy, 1990). Walau apa pun kaedah penyampaiannya, tenaga pengajar perlu memastikan bahawa setiap sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar perlu sentiasa aktif dan mengambil bahagian. Pembelajaran tidak semestinya berlaku sewaktu sesi bersemuka antara tenaga pengajar dan pelajar sahaja. Bahkan, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di luar sesi bersemuka atau bilik kuliah. Oleh itu, tenaga pengajar perlu memberikan ruang dan peluang kepada pelajar di luar sesi bersemuka dengan memberi tugasan. Pelajar diberi peluang untuk meneroka pembelajaran kendiri. Seseorang tenaga pengajar boleh mempelbagaikan aktiviti termasuk perbincangan, pembentangan, sesi soal jawab, aktiviti refleksi dan sebagainya yang memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk meneroka potensi kemahiran insaniah mereka dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (Jamaludin Haji Badusah, 2009). Keseimbangan dalam aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup adalah perlu bagi memastikan seseorang individu itu berfungsi dengan baik dalam keluarga dan masyarakat (Andreas Totu, 2010). Persoalan mengenai aspek tersebut dan didikan yang seharusnya diberikan bagi membolehkan seseorang itu hidup dengan baik di tempat kerja dan juga di rumah telah dibincang oleh Martin (1994), ...this is now the overriding question: How can we educate both the men and women for carrying out the productive and reproductive processes in society, for living well in both the public world of work and private world of home? Bagi mencapai keseimbangan tersebut kursus TITAS yang dilaksana telah memasukkan elemen-elemen yang dilihat mampu untuk menghasilkan individu berfungsi seperti mana yang diinginkan. Kursus TITAS telah dilengkapkan dengan elemen kemahiran insaniah iaitu kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Memandangkan kursus ini wajib diikuti oleh kesemua pelajar, maka kepentingan kursus TITAS sebagai kursus wajib universiti tidak seharusnya dipandang rendah. Syed Hussein Alatas (1998) pernah menyebut tentang kepentingan kursus-kursus seperti ini, It is not a mere distribution of disparate knowledge taken from here and there simply to meet the requirement of a degree. It is selecting attention on definite themes in an analytic and intellectual fashion, not covered by professional disciplines, the goals of which, are not to develop a career but to develop the total personality. It is not the intention to teach a little of everything but to teach enough of certain things. Pandangan ini juga dinyatakan oleh Muhamad Rahimi Osman (2010) bahawa kursus pengajian umum atau kursus universiti tidak boleh dijadikan satu program sampingan, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu kursus yang perlu dilaksanakan secara serius dan berkesan. Ini adalah kerana kursus-kursus ini berkait rapat dengan aspek nilai dan kemanusiaan yang dapat membina jati diri bangsa.
553
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu: 1. Menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS. 2. Mengenalpasti persepsi pelajar dalam strategi pembelajaran dan KI yang diterapkan. 3. Menganalisis pencapaian pelajar dalam KI kursus. KAEDAH KAJIAN Kajian ini dijalankan ke atas 120 orang pelajar Universiti Malaya daripada satu semester sahaja iaitu pada Semester 1 sesi 2015/2016. Kajian ini merupakan satu kajian rintis yang mana menurut Polit et. al. (2001; Abd. Majid Konting, 2003), kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Bagi mencapai objektif pertama dan ketiga, kajian perpustakaan digunakan iaitu menjelaskan tentang pelaksanaan kursus TITAS khususnya mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan menganalisis pencapaian pelajar dalam KI kursus ini. Bagi objektif kedua, dapatan kajian adalah secara deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi untuk menganalisis data. Mereka merupakan pelajar tahun 1 yang mengikuti kursus wajib universiti Tamadun Islam dan Asia (TITAS) di Universiti Malaya. Jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar kursus tersebut pada semester 1, sesi 2015/2016 adalah seramai 1420 orang. Tinjauan persepsi dilakukan bagi mendapatkan gambaran minat, keinginan dan pengetahuan pelajar terhadap pelaksanaan strategi pembelajaran kursus TITAS. Diane & Rolf A Zwaan (t.t) berpegangan kepada teori bahawa proses mental manusia disokong oleh persepsi dan tindakan. Dengan kata lain, struktur kognitif manusia berkembang daripada persepsi tindakannya (Zarina Muhammad, 2010). Manakala sikap memainkan peranan penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Sikap dibentuk daripada pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena. Persepsi seseorang itu terhadap sesuatu perkara akan akan membentuk sikap mereka terhadap perkara tersebut. Sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu di dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak. Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan, kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi (Azizi Haji Yahaya, t.t). Ini bermakna, persepsi pelajar terhadap kursus TITAS akan membentuk sikap mereka terhadap elemen-elemen KI. Pada bahagian awal dapat hasil kajian akan dihurai mengenai perlaksanaan kursus TITAS sebagaimana yang dinyatakan di dalam objektif pertama kajian. Kaedah yang digunakan adalah kaedah perpustakaan iaitu kupasan dan huraian berdasarkan kepada Buku Panduan SKET, dokumen MQF kursus TITAS dan tulisan mengenai kursus TITAS berdasarkan pengalaman daripada IPTA lain dalam melaksanakan kursus ini. Pengumpulan maklumat dilakukan melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh pelajar. Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu A. Persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran, B. Persepsi Pelajar terhadap Kerja Berpasukan, C. Dan Persepsi Pelajar terhadap Kemahiran Berkomunikasi. Manakala pencapaian pelajar terhadap KI kerja berpasukan akan dilakukan analisis terhadap kriteria Aplikasi Nilai dalam Kerja Kumpulan yang terdapat dalam pemarkahan kerja. Bagi KI kemahiran berkomunikasi dilihat kepada pembentangan. Analisis data yang telah digunakan adalah analisis berbentuk deskriptif. Data-data dihuraikan menggunakan nilai frekuensi atau kekerapan dan peratusan.
554
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
DAPATAN KAJIAN Pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat membentuk individu yang seimbang. Kemahiran insaniah yang terdapat di dalam kursus ini terdiri daripada kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi yang mana keduaduanya terkandung di dalam Hasil Pembelajaran ketiga dan keempat iaitu mengaplikasikan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama dalam memupuk semangat persefahaman dan saling menghormati terhadap pelbagai tamadun dan agama serta menunjukkan kebolehan berinteraksi dan berdialog sesama dan berlainan budaya (Buku Panduan SKET, 2016/2017). Bagi membincangkan kemahiran insaniah yang terkandung di dalam kursus TITAS, strategi pembelajaran adalah pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk menerapkan elemen-elemen kemahiran insaniah yang ingin dikuasai oleh pelajar. Dalam bidang pendidikan strategi bermaksud kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran dan hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian hasil pembelajaran yang berkesan (Mok Soon Sang, 2010; Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Strategi pembelajaran ini jugalah yang akan mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran Pelaksanaan P&P kursus TITAS di Universiti Malaya sebelum sesi 2014/2015 menggunakan strategi pembelajaran berasaskan kuliah, kerja lapangan dan pembentangan. Kuliah akan disampaikan oleh pensyarah dari minggu pertama hingga minggu kesepuluh dan diikuti dengan pembentangan hasil tugasan pada minggu kesebelas hingga keempat belas. Manakala bagi strategi pembelajaran kerja kursus pula terdiri daripada dua bahagian iaitu melalui hasil tugasan kerja kursus dan pembentangan. Kerja kursus ini perlu dilakukan berdasarkan kajian lapangan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kajian dan pemerhatian sendiri tentang ilmu ketamadunan di Malaysia. Salah satu tujuan utama kursus TITAS ialah untuk menyumbang kepada pencapaian cita-cita negara untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat negara ini (Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2009). Kursus TITAS yang dilaksanakan bermula semester 1 sesi 2014/2015 melakukan beberapa perubahan dari beberapa aspek hasil daripada kajian terdahulu yang memperlihatkan kelemahan dalam mencapai kemahiran insaniah tertentu. Kemahiran insaniah yang diterapkan adalah kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan etika dan moral profesional. Penambahan elemen etika dan moral profesional dalam kursus ini adalah bersesuaian dengan matlamatnya yang menerapkan nilai-nilai dan persefahaman antara pelbagai budaya melalui kaedah pembelajaran kuliah, lawatan sambil belajar, kerja kursus, dialog dan pembentangan (Pemetaan: Kursus – Kemahiran Insaniah, Dokumen MQF). Hasil Pembelajaran Kursus yang ketiga iaitu “Menunjukkan kebolehan berinteraksi dan berdialog peradaban sesama serta berlainan budaya” amat menekankan kepada kepentingan para pelajar untuk memperolehi elemen kemahiran insaniah dari segi berkomunikasi dan kerja berpasukan (Penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus – Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah Penilaian, Dokumen MQF). Pelajar diharapkan agar berkebolehan dalam perundingan dan berupaya mencapai persetujuan. Mereka seharusnya berupaya untuk memahami pandangan dan pendapat rakan perbincangan untuk menerima atau menolak sebarang keputusan kumpulan. Tiga elemen kemahiran berkomunikasi yang perlu dikuasai oleh pelajar terdiri daripada CS1, CS2 dan CS3. CS1 ialah kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. CS2 ialah kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas. Serta kebolehan 555
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
CS3 iaitu kebolehan untuk membuat pembentangan yang terang dengan penuh yakin bersesuaian dengan tahap pendengar. Kesemua ini adalah elemen kemahiran insaniah yang diterapkan di dalam kursus TITAS di Universiti Malaya (Panduan Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran & Elemen Kemahiran Insaniah, 2010). Kemahiran kerja berpasukan (TS) melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Kerja berpasukan bermaksud kerja yang dilaksanakan oleh individu yang mempunyai ciri yang berbeza yang bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Terdapat lima elemen kamhiran insaniah kerja berpasukan menurut modul kemahiran insaniah. Tiga daripadanya ialah kemahiran insaniah mesti iaitu TS1, TS2 dan TS3. TS1 ialah kebolehan untuk membinca hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. TS2 ialah kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan dan TS3 ialah kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain (Jamaludin Haji Badusah, 2009; Panduan Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran & Elemen Kemahiran Insaniah, 2010). Bermula sesi 2014/2015 strategi pembelajaran yang dilaksanakan adalah lebih pelbagai dan memantapkan lagi dari segi penerapan dan penilaian kemahiran insaniah tersebut. Strategi pembelajaran yang dimaksudkan adalah lawatan ilmiah, kerja kursus dan pembentangan. Kaedah penilaiannya adalah melalui ulasan lawatan ilmiah, sesi dialog, hasil kerja kursus dan pembentangan (Penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus – Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah Penilaian, Dokumen MQF). Berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran Kursus yang kedua iaitu “Mengaplikasikan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama bagi memantapkan sahsiah, semangat persefahaman dan saling menghormati antara pelbagai tamadun dan agama”, jelaslah bahawa elemen etika dan moral profesional amat perlu menjadi kemahiran insaniah yang diterapkan di dalam kursus ini. Elemen ini akan dinilai melalui strategi pembelajaran lawatan ilmiah, kerja kursus dan pembentangan. Manakala empat kaedah penilaian digunakan iaitu ulasan lawatan ilmiah, sesi dialog, kerja kursus dan pembentangan (Penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus – Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah Penilaian, Dokumen MQF). Setiap daripada tugasan yang diberikan adalah secara berkumpulan. Bagi memperolehi hasil tugasan yang baik, elemen kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi adalah amat perlu ditekankan oleh pelajar sepanjang proses menyiapkan tugasan. Kerja berkumpulan adalah asas kepada membina kemahiran kerja berpasukan. Bagi membolehkan pelajar memperolehi kemahiran tersebut kerja kursus atau tugasan perlu dilakukan secara berkumpulan yang mana setiap kumpulan mesti terdiri daripada pelbagai etnik. Selain itu, pelajar juga akan dinilai semasa pembentangan. Pelajar yang mendengar perlu memberi perhatian dan mengenengahkan soalan atau kemusykilan kepada kumpulan yang membentang. Keberkesanan interaksi akan dilihat dari segi cara melontarkan soalan dan menjawab dengan berhemah. Pelajar perlu belajar mengawal suasana untuk mengelakkan sebarang ketegangan yang mungkin berlaku semasa berlangsungnya sesi ini. Melalui pengalaman ini pelajar akan dapat belajar bertolak ansur dan memilih cara berkomunikasi yang lebih baik bagi membentuk interaksi yang harmoni. Di dalam strategi pembelajaran ini juga telah ditambah lawatan ilmiah. Lawatan ini adalah berdasarkan kepada pemahaman budaya, agama kaum yang pelbagai dan isu-isu semasa di Malaysia. Lawatan ini akan dilakukan di tempat-tempat ibadah, pusat kebudayaan, badan kebajikan, agensi yang menangani isu sosial dan sebagainya. Matlamat utama aktiviti ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar. Semasa lawatan tersebut sesi dialog akan diadakan dengan pihak yang 556
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mengendalikan tempat lawatan tersebut bagi membolehkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai satu-satu perkara yang selama ini hanya bersifat persepsi sahaja. Seharusnya di akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, elemen moral dan etika profesional yang merupakan elemen kemahiran insaniah yang baru diterapkan ini akan diperolehi pelajar. Secara makro, aspek moral dijadikan panduan untuk menjadikan seorang itu insan yang bermoral tetapi secara mikro, seseorang hanya dianggap bermoral apabila pemikiran, emosi dan tingkah lakunya konsisten dalam melakukan perkara-perkara yang diterima dalam masyarakat Malaysia (Vishalache Balakrishnan, 2009). Sehubungan itu, ia berkait dengan etika. Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan seharian, maka ia sangat penting kepada individu, keluarga, organisasi dan masyarakat. Bahkan dilihat dalam konteks sejagat, ia sangat penting kepada manusia seluruhnya (Ibrahim Mamat, 2000). Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan bahawa para pelajar seharusnya mempunyai etika dan prinsip yang jelas terhadap sebarang tindakan mereka. Tingkah laku mereka seharusnya selari dengan etika dan budaya masyarakat. Pelajar juga harus mampu membuat keputusan yang tidak mementingkan diri sendiri dan anggota keluarga apabila memberikan pertimbangan dalam masyarakat (Jamaludin Haji Badusah, 2009). Oleh itu, dengan strategi pembelajaran yang pelbagai dari segi aktiviti dan melibatkan tugasan berkumpulan akan membolehkan para pelajar melalui sendiri pengalaman berinteraksi dengan ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Lawatan ilmiah yang dilakukan juga akan memantapkan lagi pemahaman tentang budaya dan tamadun lain serta ini memberi kesan kepada tingkah laku mereka apabila berada di dalam situasi yang berbeza daripada budaya asal. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan strategi pembelajaran dan kaedah penilaian yang digunakan dan KI yang ingin diterapkan. Strategi pembelajaran yang menjadi fokus adalah lawatan ilmiah, kerja kursus dan pembentangan. Sebagai satu kajian awal hanya dua elemen KI yang menjadi fokus iaitu kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Seterusnya, pencapaian pelajar dalam memperolehi KI ini akan dianalisis untuk melihat keberkesanan strategi pembelajaran yang digunakan di dalam kursus ini. Jadual 1: Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran (Kaedah Penilaian) Bil.
Item
1.
STS
TS
AS
S
SS
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
Lawatan Ilmiah
5
4.1
10
8.3
12
10.0
68
56.6
25
20.8
2.
Tugasan
20
16.6
15
12.5
15
12.5
60
50.0
20
16.6
3.
Pembentangan
5
4.1
10
8.3
8
6.6
65
54.1
32
26.6
Berdasarkan jadual 1, dapat dilihat bahawa sebahagian besar pelajar bersetuju dengan kerja kursus yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Bagi aktiviti lawatan ilmiah, seramai 68 (56 peratus) pelajar tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan kerja kursus tersebut. Manakala, 25 (20.8 peratus) pelajar lagi sangat setuju dengan aktiviti lawatan ilmiah. Walau bagaimanapun, 12 (10 peratus) pelajar lagi agak setuju dengan lawatan ilmiah ini, diikuti seramai 15 (12.5 peratus) pelajar tidak bersetuju dengannya dan seramai 5 (4.1 peratus) pelajar amat tidak bersetuju dengan pelaksanaan lawatan ilmiah. Bagi kerja kursus lain iaitu tugasan, seramai 60 (50 peratus) pelajar setuju dan 20 (16.6 peratus) pelajar amat setuju dengan tugasan ini. Pembentangan pula menunjukkan seramai 65 (54.1 peratus) pelajar setuju dan 32 (26.6 peratus) pelajar amat setuju dengan tugasan tersebut. Antara ketiga-tiga kerja kursus tersebut, lawatan ilmiah paling disukai oleh pelajar dan diikuti oleh pembentangan. Keadaan ini disebabkan oleh penglibatan pelajar di dalam aktiviti di luar kelas dan mereka 557
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
menghasilkan laporan berbentuk video. Aktiviti seperti ini memang digemari oleh pelajar yang mana mereka perlu berkunjung ke tempat-tempat yang menari dan baharu bagi mereka. Sebagai generasi masa kini, mereka juga gemar menunjukkan kreativiti dalam sesuatu yang di luar daripada kebiasaan seperti menghasilkan video berbanding menghasilkan laporan bertulis. Setiap aspek KI yang dinilai dalam pelaksanaan kerja kursus juga perlu dilihat bagi memastikan keberkesanan kesepaduan atau penerapan KI. Di dalam jadual 2, bagi KI kerja berpasukan disebut sebagai aplikasi nilai dalam kerja kumpulan dan telah dibahagikan kepada tiga kriteria iaitu mengikut CS1, CS2 dan CS3. Jadual 2 : Persepsi Pelajar terhadap KI Kerja Berpasukan Bil.
Item
1.
Membina hubungan baik, berinteraksi, bekerja secara efektif.
2.
3.
Memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua dan ahli. Mengenal, menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
STS
TS
AS
S
SS
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
10
8.3
10
8.3
25
20.8
57
47.5
18
15.0
40
33.3
60
50.0
10
8.3
10
8.3
0
0
5
4.1
5
4.1
35
29.2
65
54.2
10
8.3
Jadual 2 menunjukkan bahawa kriteria mengenal, menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain adalah perkara yang paling tinggi berlaku dan dipersetujui oleh pelajar sebagai aspek penilaian dalam kerja berpasukan. Seramai 65 (54.2 peratus) pelajar bersetuju, 10 (8.3 peratus) pelajar amat bersetuju dan 35 (29.2 peratus) pelajar agak setuju bahawa aspek tersebut berlaku dan dilaksanakan dalam kumpulan mereka. Bagi membina hubungan baik, berinteraksi, bekerja secara efektif menunjukkan seramai 57 (47.5 peratus) pelajar bersetuju, 10 (15 peratus) pelajar sangat bersetuju dan 25 (20.8 peratus) pelajar agak bersetuju terhadap kriteria ini untuk dinilai dan mereka telah melaksanakannya di dalam kerja berkumpulan. Namun begitu, bagi aspek memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua dan ahli didapati tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pelajar. Seramai 60 (50 peratus) pelajar tidak bersetuju dan 40 (33.3 peratus) pelajar sangat tidak setuju serta tidak melaksanakan atau berlaku di dalam kerja berpasukan. Pelaksanaan kerja kursus telah mendorong pelajar untuk berinteraksi dengan ahli kumpulan dengan lebih berkesan sepanjang proses menghasilkan tugasan. Mereka dapat bertingkahlaku saling menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama dengan ahli kumpulan walaupun terdiri daripada rakan-rakan yang berbeza latar belakang. Berikutnya adalah dapatan kajian mengenai persepsi pelajar terhadap KI kemahiran berkomunikasi. Berdasarkan jadual 3, ketiga-tiga kriteria yang dinilai menunjukkan keputusan yang hampir sama diberikan oleh pelajar.
558
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 3 : Persepsi Pelajar terhadap KI Kemahiran Berkomunikasi Bil.
Item
STS
TS
AS
S
SS
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
Frknsi
%
1.
Menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis.
2
1.6
10
8.3
22
18.3
66
55.0
20
16.6
2.
Mendengar dengan aktif dan memberi maklum balas.
2
1.6
10
8.3
20
16.6
68
56.6
20
16.6
3.
Pembentangan yang terang, penuh yakin bersesuaian dengan tahap pendengar.
2
1.6
10
8.3
20
16.6
66
55.0
22
18.3
Kebolehan mendengar dengan aktif dan memberi maklum balas adalahyang paling tinggi mendapat respon daripada pelajar dari segi pelaksanaannya iaitu seramai 68 (56.6 peratus) pelajar yang bersetuju, 20 (16.6 peratus) pelajar sangat setuju. Bagi kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis seramai 66 (55 peratus) yang bersetuju dan 20 (16.6 peratus) agak setuju dengan aspek ini sebagai elemen yang dinilai dan telah dilaksanakan semasa pembentangan. Begitu juga dengan kebolehan membentang dengan terang, penuh yakin bersesesuaian dengan tahap pendengar yang menunjukkan seramai 66 (55 peratus) pelajar, seramai 22 (18.3 peratus) pelajar lagi sangat bersetuju dan 20 (16.6 peratus) pelajar agak setuju dengan elemen ini untuk dinilai serta telah dilaksanakan oleh mereka. Kerjasama yang tinggi ditunjukkan oleh pelajar semasa membentangkan hasil kerja kursus mereka. Setiap ahli dapat hadir semasa pembentangan dan menunjukkan kerjasama semasa berlangsungnya sesi pembentangan. Semasa bersoal jawab juga mereka dapat mengawal suasana, memahami tentang keperluan untuk mengekalkan suasana harmoni serta tidak menyentuh mengenai perkara-perkara yang sensitif dan membangkitkan rasa kurang senang pendengar. Pencapaian pelajar dilihat berdasarkan kepada hasil analisis pencapaian KI yang diperoleh daripada kaedah penilaian kerja kursus yang telah dilaksanakan. Jadual 4: Pencapaian Pelajar dalam Kemahiran Insaniah
Bil. Item 1. Kemahiran Kerja Berpasukan 2. Kemahiran Berkomunikasi
Frekuensi 120 120
Peratusan 100 100
BerdasarkanJadual 4,keseluruhan pelajar iaitu 120 orang atau 100% mencapai KI kerja berpasukan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan KI kemahiran berkomunikasi menunjukkan kesemua pelajar mencapai kriteria yang telah ditetapkan dalam penilaian yang mana ia adalah berdasarkan kepada pembentangan kerja kursus yang dilaksanakan oleh para pelajar tersebut. Memandangkan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kaedah penilaian yang baik, ini telah memberi kesan yang baik juga kepada pencapaian yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI mereka. Didapati bahawa pelajar tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang 559
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Mereka juga kurang berminat untuk melaksanakan tugasan berbentuk laporan bertulis berbanding tugasan yang dilihat lebih menyeronokkan seperti lawatan ilmiah dan menghasilkan video. Oleh itu, seharusnya strategi pembelajaran dan kaedah penilaian perlu dipelbagaikan oleh pelaksana kursus TITAS bagi memastikan ia kekal relevan dan mantap sebagai medium dalam menyampaikan hasrat matlamat pelaksanaan kursus ini di IPT. KESIMPULAN Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan kursus TITAS di IPTA merupakan sumbangan yang tidak ternilai untuk memperkukuh jati diri Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mengamalkan toleransi yang tinggi. Pendedahan mengenai pelbagai tamadun memberikan pengetahuan yang amat berguna kepada para pelajar. Kefahaman dan penghayatan kursus ini membantu memastikan kelangsungan nilai-nilai ketamadunan dalam pembinaan tamadun Malaysia. Oleh itu, penambahbaikan perlu terus dilakukan kepada kursus ini bagi memantapkannya lagi dan menjadikannya relevan dalam mencapai hasrat utama pelaksanaan kursus ini. Pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya bagi sesi 2014/2015 adalah untuk membantu menerapkan kemahiran berinteraksi dalam kalangan pelajar khususnya dari segi kemahiran kerja berkumpulan, berkomunikasi dan penguasaan terhadap elemen moral dan etika profesional. Melalui pengajaran dan pembelajaran kursus ini akan lebih berjaya memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai nilai-nilai sejagat serta menyatukan pelajar yang terdiri daripada latar belakang budaya yang berbeza. Kesedaran yang mendalam mengenai nilai-nilai sejagat membantu memupuk kesefahaman dalam sesebuah masyarakat. Kesedaran ini mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dalam membentuk kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bahasa, dan budaya. RUJUKAN Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri Haron. (2000). Pengajian Umum di Alaf Baru. Dalam Wan Kamal Mujani (eds.). Tamadun Islam DalamPendidikan Liberal: Pendekatan Yang Sewajarnya Pada Alaf Baru. Cet. 1. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM. Andreas Totu (2010). Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa: Pengalaman dan Cabaran. Dalam MALIM - Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Vol. 11. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM. Good, T. L. & Brophy, J. E. (1990). Educational Psychology: a realistic approach. White Plains: Longman. Hashim Hj. Musa. (2005). Ke Arah Pengajaran TITAS dan Hubungan Etnik Yang Holistik. Dalam Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan 2005.Diselenggara oleh Unit TITAS, Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA): UiTM Shah Alam. Ibrahim Mamat (2000). Etika untuk Mahasiswa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd. Majid Konting, Turiman Suani, Maria Salih & Norhafezah Yusof. Pembangunan Pelajar: Memperkasakan Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. 2009. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Martin, J.R. (1994). Changing the Educational Landscape: Philosophy, Women and Curriculum. New York: Routledge. Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran-Pembelajaran. Puchong. Penerbitan Multimedia. 560
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Muhamad Rahimi Osman. (2010). Peranan Kursus Pengajian Umum dalam Pembangunan Kemahiran Insaniah: Pengalaman UiTM. Dalam MALIM - Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Vol. 11. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM. Osman Abu Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad (eds.) (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Schuman, L. (1996). Perspectives on Instruction. Diperoleh dari http://edweb.sd.su.edu/ courses/edtec540?perspectives/perspective.html. pada 22 Ogos 2009. Dipetik daripada Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd. Majid Konting, Turiman Suani, Maria Salih & Norhafezah Yusof. Pembangunan Pelajar: Memperkasakan Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. 2009. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Syed Hussein Alatas. (1998). Philosophical Foundation of General Education. Dalam Abdul Kadir Hj Din dan Mus Chairil Samani (eds.). General Studies: The Eduvation of Man. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM. Ting Chew Peh. (1987). Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi. Vishalache Balakrishnan (2009), Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. ____________. (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. ______________. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Dokumen MQF dan SKET, Universiti Malaya. Panduan Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran & Elemen Kemahiran Insaniah. (2010). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Pemetaan: Kursus – Kemahiran Insaniah. (t.t). Universiti Malaya. Penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus – Program, Strategi Pembelajaran dan Kaedah Penilaian. (t. t). Universiti Malaya. Proforma Kursus GXEX1414 TITAS, (t.t). Universiti Malaya.
561
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEMIKIRAN MOHD YUSOF OTHMAN TENTANG PENGISLAMAN SAINS KE ARAH PEMANTAPAN JATI DIRI Hazwani Bt Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kertas ini membincangkan sumbangan Mohd Yusof Othman kepada gagasan pengislaman sains ke arah pemantapan jati diri rakyat yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Ilmu sains yang tidak mengenepikan peranan Tuhannya dan berfungsi dalam membentuk kemajuan negara menjadi antara salah satu teras kepada pembinaan jati diri. Oleh kerana sains yang ada pada hari ini diterima mengikut fahaman yang dibentuk oleh ilmuan Tamadun Barat yang liberal dan sekular, maka usaha pengembalian sains tersebut ke tempatnya atau “Pengislaman Sains”, perlu dijadikan suatu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh para ilmuan. Mohd Yusof yang telah mempopularkan “Sains Tauhidik” adalah antara ilmuan yang telah banyak memberikan buah fikiran melalui penulisan, penyampaian lisan dan pelbagai aktiviti yang objektifnya menjurus kepada pengislaman sains. Rujukan kepada pemikiran tokoh yang berada di dunia pendidikan ini dilakukan sebagai suatu usaha untuk mengembalikan jati diri umat Islam agar tidak terus berada dalam asuhan dan propaganda Barat yang terlalu mengagungkan ciptaan mereka dan mengenepikan peranan Tuhan. Kata kunci:
Islam, Pengislaman sains, Mohd Yusof, jati diri Melayu.
PENDAHULUAN Perbincangan berhubung isu jati diri bagi rakyat Malaysia adalah suatu isu yang kompleks untuk dibincangkan secara pukul rata kepada keseluruhan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya. Namun begitu, isu ini akan lebih mudah dan tepat jika dibincangkan dalam bentuk pecahan kaum dan bangsa seperti bangsa Melayu dengan isu jati diri mereka, kaum Iban dengan isu jati diri yang tersendiri, bangsa China dan bangsa India dengan isu jati diri mereka masing-masing. Menurut Wan Mohamad (2010), jati diri adalah merujuk kepada identiti diri yang sebenarnya atau asli yang dimiliki oleh seseorang yang bukan sahaja terlihat secara lahiriah, tetapi juga termasuk juga nilai-nilai yang menjadi pegangannya. Identiti diri asli yang nampak di pandangan mata adalah merujuk kepada bangsa individu sebagai salah satu jati diri, manakala nilai-nilai yang menjadi pegangan individu merujuk kepada ajaran agama yang menjadi pegangan, serta budaya yang menjadi amalan dan warisan. Islam adalah sebuah agama yang mementingkan umatnya supaya menuntut ilmu yang bermanfaat untuk memperkukuhkan jati diri insan yang unggul. Bangsa Melayu yang sejati dan tidak terjebak dengan propaganda dunia Barat yang sekular dan metarialistik menerima dan mengamalkan ajaran Islam sebagai suatu cara hidup. Manakala nilai-nilai Islam secara syumul atau menyeluruh ditekankan dalam kehidupan bangsa Melayu. Sejarah telah mencatatkan bahawa semenanjung Malaysia yang asal namanya Tanah Melayu merupakan tanah yang berketuanan Melayu dan bangsa ini jugalah yang bertanggungjawab dalam membangunkan tamadunnya. Oleh itu, isu jati diri yang dibincangkan adalah merujuk kepada jati diri bangsa Melayu sebagai jati diri kebangsaan. Jati diri kebangsaan ini bukan hanya tiba-tiba muncul di saat negara mencapai kemerdekaan malah sebelum kedatangan penjajah lagi jati diri ini telah menjadi lambang kebanggaan rakyat (Zainul Rijal, 2010). Bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa yang mendapat hak keistimewaan yang melebihi bangsa-bangsa lain. Menurut Perlembagaan Persekutuan, istilah Melayu adalah 562
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
merujuk kepada seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan adat resam Melayu (Perlembagaan Persekutuan, Fasal 160 [2]) (Zainal t.th.). Penakrifan kepada istilah Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu sewajibnya beragama Islam dan mengamalkan adat-adat yang terdapat dalam amalan masyarakat Melayu. Namun, jika seseorang yang berdarah Melayu yang bukan beragama Islam dan mengamalkan budaya dan adat resam yang bukan menjadi amalan masyarakat Melayu, maka tidak layak baginya digelar sebagai bangsa Melayu yang menjadikan Islam sebagai asas jati diri. Pemantapan jati diri bangsa Melayu dibentuk dan diperkukuhkan melalui warisan turun temurun dan saluran pendidikan yang menepati kehendak agama Islam untuk menjamin kemaslahatan hidup, bukan hanya di dunia tetapi juga melibatkan kehidupan selepasnya. Terdapat empat teras utama dalam pembinaan jati diri bangsa Melayu (Nik Rosila, 2009) iaitu, teras taqwa, teras akhlak, teras ilmu pengetahuan dan teras muamalat. Namun begitu perbincangan ini lebih menjurus kepada teras ilmu pengetahuan yang berkisar tentang sains. Untuk menjana kekuatan sesebuah bangsa dan negara, kekuatan agama hendaklah dibina dan dikembangkan di semua peringkat pendidikan (Tajul Ariffin & Nor ‘Aini Dan, 2002). Namun begitu, jika dilihat pada situasi hari ini, kebanyakan penyampaian ilmu terutamanya sains kepada masyarakat Melayu bukanlah mengikut landasan, huraian atau kepenggunaan yang menepati kehendak ajaran agama. Sains hari ini adalah sains yang telah melalui proses pengsekularan. Ilmu yang tidak disandarkan kepada Penciptanya ini akan melahirkan insan yang rakus kepada keuntungan dunia semata-mata. Dalam usaha untuk mengembalikan jati diri bangsa Melayu yang beragama Islam melalui saluran pendidikan, pengtingnya peyampaian ilmu sains yang memenuhi kehendak ajaran Islam. Pengembalian atau pembersihan ilmu dari unsur-unsur sekular perlu dilakukan agar ilmu sains yang disampaikan tidak merosakkan jati diri bangsa dan menjarakkan hubunganya dengan agama Islam. Proses yang diperlukan untuk mengembalikan dan menyandarkan ilmu kepada penciptanya inilah yang digelar sebagai pengislaman sains. Justeru, pengislaman ilmu atau pengislaman sains adalah jawapan kepada masalah pembinaan jati diri bangsa Melayu melalui saluran pendidikan. KONSEP PENGISLAMAN SAINS Didikan sains barat moden telah membentuk tanggapan bahawa, ilmu yang bersifat ilmiah dan objektif ialah ilmu yang neutral, iaitu ilmu yang tidak terpengaruh dan memihak kepada kepercayan dan fahaman-fahaman tertentu. Walhal, ketika mereka menyatakan ilmu itu bersifat neutral, ilmu itu tidaklah seneutral yang disangka. Ia hanya neutral dari nilai-nilai Islam, tetapi tidak kepada nilai-nilai seperti sekularisme atau liberalisme. Inilah salah satu kekacauan yang diakibatkan oleh rosaknya konsep dasar tentang ilmu sains. Peradaban barat telah membuang nilai-nilai agama terhadap ilmu pengetahuan. Ilmu sains yang dahulunya selalu dikaitkan dengan kekuasaan Allah, sekarang sudah tidak lagi. Sains seakan-akan berdiri sendiri, dan dianggap memenuhi hukum sendiri iaitu hukum alam yang terjadi secara semulajadi (Budi Handrianto, 2010). Inilah yang menjadi masalah besar yang perlu ditangani untuk memastikan kepincangan dan kecelaruan yang telah wujud sekian lama dibetulkan semula. Bertitik tolak daripada ungkapan Abdul Latif (1999) yang menyatakan bahawa, ‘bukan semua masalah agama ialah masalah matematik walaupun dalam keilmuan matematik Islam, semua masalah matematik adalah masalah keagamaan’, (begitu juga masalah ilmuilmu lain yang menjadi cabang sains, turut menjadi masalah keagamaan yang perlu diselesaikan), maka permasalahan ilmu ini harus diselesaikan dengan cara berhikmah supaya ia berada dalam kerangka agama yang berlandaskan rukum Iman, Islam dan Ihsan. Justeru, ‘Pengislaman Ilmu’ merupakan jawapan kepada kecelaruan penyampaian ilmu tersebut. 563
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dalam bahasa Arab pengislaman ilmu disebut sebagai “Islamiyyat al-Ma’rifat”, manakala dalam bahasa Inggris disebut sebagai “Islamization of Knowledge”. Agenda dan strategi dalam perlaksanaan pengislaman sains semestinya masih belum sempurna untuk menyelesaikan masalah keterpisahan antara sains dan agama kerana telah sekian lama sains telah disekularkan oleh peradaban barat. Pemisahan antara teologi dengan falsafah tabii yang terjadi di Eropah Barat pada sekitar 1800M telah membawa kesan yang amat mendalam terhadap falsafah setiap bidang ilmu pengetahuan. Sebelum pemisahan itu berlaku bidang-bidang ilmu seperti kimia, sains hayat dan fizik terletak sepenuhnya dalam mandala keagamaan tetapi selepas pemisahan, kesemua bidang keilmuan itu akhirnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan aktiviti keagamaan (Abdul Latif, 1999). Disinilah pentingnya percambahan pendapat oleh pelbagai ilmuan dan pemikir muslim dari bidang-bidang tertentu berhubung idea pengislaman sains. Idea-idea ini perlu dikumpul dan disepadukan menjadi sebuah panduan kepada proses pengislaman ilmu yang utuh dan berlandaskan al-Quran dan Hadith. Pengislaman sains adalah suatu usaha yang telah dicadangkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan seterusnya diikuti oleh Ismail al-Faruqi yang menyediakan gerak kerja pengislaman ilmu yang lebih tersusun. Idea pengislaman sains telah dibentang dan dibincangkan dalam Persidangan Dunia Pendidikan Islam pertama yang telah diadakan di Mekah pada April 1977. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah membentangkan makalah utamanya yang bertajuk Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge and Definition and Aims of Education. Bagi memastikan gagasan pengislaman ilmu bergerak maju, persidangan dunia yang seumpamanya telah terlaksana pada tahun 1980 di Islamabad, 1981 di Dhaka, 1982 di Jakarta, 1985 di Mesir, 1990 di Amman, dan 1996 di Capetown. LATAR BELAKANG MOHD YUSOF OTHMAN Yusof Othman bukanlah satu nama yang asing dalam dunia pendidikan peringkat universiti di Malaysia. Beliau yang merupakan anak kelahiran Paya Keladi, Seberang Perai, Pulau Pinang telah dilahirkan pada 12 Ogos 1952. Sekolah Kebangsaan Paya Keladi adalah sekolah pertama bagi Yusof Othman menerima pembelajaran secara formal. Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas dan seterusnya ke sekolah Sekolah Menengah Alam Shah pada tahun 1968. Pada tahun 1972, Yusof Othman berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memilih bidang fizik. Pertama kali Yusof Othman mengenal dunia kerjaya pada tahun 1976 selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjanamuda Sains (Fizik) daripada UKM dan ditugaskan untuk menjadi pensyarah bermula pada April 1976 di Matrikulasi UKM di Sabah untuk beberapa bulan. Manakala pada bulan September tahun yang sama, 1976, Yusof Othman telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara, Bedford College, University of London dalam bidang Solid State Physic. Selepas tamat pengajian dalam masa setahun, pada bulan Disember 1977 beliau menyambung semula kerjaya sebagai pensyarah di UKM yang ketika itu masih bertempat di Jalan Pantai selama tiga tahun. Setelah itu, kerjaya beliau terhenti buat seketika kerana menyambung pengajian ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1984 dalam bidang tenaga suria di Univercity of Aston, United Kingdom . Mohd. Yusof Hj. Othman adalah Profesor di Program Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini beliau adalah Ketua, Jabatan Fizik dari tahun 1990 sehingga 1994. Pada tahun 1994 sehingga tahun 2002, beliau merupakan Timbalan Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi, manakala pada tahun 2002 sehingga tahun 2007, beliau memegang jawatan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UKM. Beliau kini (2016) masih menyandang jawatan sebagai Pengarah Pertama, Institut Islam Hadhari sejak Julai 2007 di universiti tersebut. Beliau telah menulis dan penulis bersama lebih daripada 350 rencana jurnal, pascasidang, dan seminar bidang tenaga keterbaharuan, fizik, dan pendidikan & falsafah 564
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sains. Beliau telah menulis lebih 28 buah buku dalam bidang fizik dan bacaan awam dan telah mendaftar sebanyak 11 paten (Mohd Yusof, 2013). SUMBANGAN YUSOF OTHMAN DALAM PENGISLAMAN SAINS KEARAH PEMANTAPAN JATI DIRI Mohd Yusof Othman adalah salah seorang pejuang bahasa. Beliau lantang mempertahankan dan memperkasa penggunaan bahasa Melayu terutamanya dalam sistem pendidikan negara. Dalam kebanyakan buku karangan beliau, seperti buku Pengenalan Sains Tauhidik (2014) dan buku Sains, Masyarakat dan Agama (2009), terdapat bab yang khusus membincangkan kepentingan bahasa Melayu. Manakala pada tahun 2006, beliau ada membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Keunggulan Bahasa Melayu: Menyongsong Tatanan Baru Dunia” dalam Seminar Bahasa dan Sastera sempena Majlis Bahasa BruneiIndonesia-Malaysia (MABBIM). Hasil pemikiran beliau dalam penulisan buku dan kertas kerja yang sebegini telah menyerlahkan lagi kepentingan kepenggunaan Bahasa Melayu terutamanya dalam pendidikan. Usaha yang beliau tunjukkan dalam mempertahankan penggunaan bahasa Melayu melalui penulisan, seminar dan ceramah yang beliau hadiri menjadi suatu usaha yang bermakna untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terjamin di mata bangsanya sendiri. Menurut Mohd Yusof (2014), apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang menyampaikan pengetahuan sains dan teknologi, maka akan hilanglah nilai-nilai agama dan budaya orang Melayu yang sememangnya tidak terpisah dengan Islam. Beliau amat bangga kerana ditakdirkan oleh Allah untuk membina kerjaya di Universiti Kebaangsaan Malaysia sebagai satu-satunya universiti di dunia yang bermatlamat untuk memartabatkan bahasa ini dalam semua bidang ilmu, terutamanya sains dan teknologi yang menjadi kepakaran beliau. Sumbangan beliau dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai suatu asas jati diri bangsa Melayu telah diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian ini telah menganugerahkan beliau Tokoh Akademik Bahasa Melayu pada tahun 2013. Malah, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada saintis ini untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Penerbitan pada tahun 2012 sehingga 2014. Mohd Yusof adalah seorang saintis yang telah terlibat dalam penyelidikan tenaga keterbaharuan lebih 30 tahun yang lalu. Sumbangan utama beliau adalah dalam kajian sinaran suria, dan sistem suria terma dan fotovoltan. Kajian utamanya adalah dalam mereka cipta pengumpul suria untuk air dan udara panas, sistem pam air suria, sistem fotovoltan tersambung ke grid dan terakhir ini sistem pengumpul fotovoltan terma (Mohd Yusof, 2012). Manakala dalam usaha untuk merialisasikan pengislaman sains yang menjurus kepada pemantapan jati diri bangsa Melayu yang beragama Islam, Mohd Yusof sebagai seorang saintis tulen dan pemikir Melayu Muslim telah mengajukan Sains Tauhidik sebagai suatu pendekatan dalam pengislaman sains. Sains Tauhidik adalah sains yang berteraskan konsep tauhid. Amalan sains tauhidik adalah berteraskan konsep ketuhanan sebagai Pencipta, maka segala kegiatan sains yang hendak dilakukan manusia adalah tertakluk kepada syariah (Khalijah&Mohd Yusof, 2009). Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan kursus Sains Tauhidik sebagai kursus yang wajib diambil oleh pelajar di Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus ini berfungsi sebagai bekalan kepada para pelajar sains yang ramai di antara mereka adalah pelajar Muslim Melayu, maka adalah wajar kursus yang berkaitan padang alam Islam dalam konteks sains ini ditawarkan kepada mereka (Khalijah&Mohd Yusof, 2009). Mohd Yusof telah berusaha mengarang sebuah buku khusus sebagai rujukan kepada kursus Sains Tauhidik ini. Buku yang diberikan tajuk Pengenalan Sains Tauhidik (2014) ini boleh dijadikan rujukan untuk menyelesaikan permasalahan antara sains dan agama Islam. 565
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Penglibatan yang aktif dalam bidang agama dan sains telah mendorong beliau untuk terus memantapkan gagasan pengislaman ilmu dan berusaha menerangkan kepada masyarakat berhubung konsep agama dan sains serta hubungkait antara keduanya. Melalui penglibatan, kerahan tenaga dan fikiran ini jugalah beliau telah menjadi pilihan untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah pertama, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2007 sehinggala ke hari ini (2016). Malah, beliau turut berjaya menarik minat pihak luar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dipertanggungjawabkan memikul amanah-amanah sebagai Ahli Panel Majlis Perunding Islam, Jabatan Perdana Menteri bermula pada Jun 2014, Felo Akademi Sains Malaysia sejak 2014, Felo Kehormat Universiti Islam Malaysia (2014-15), Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM (2005-07), Felo Kehormat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (2014). Beliau juga adalah Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia sejak 2006, Setiausaha Panel Dakwah bagi Majlis Perunding Islam Malaysia (2008-2011), Ahli Majlis Dakwah Negara (2014-16), dan Ahli Lembaga Penasihat, Institut Wasatiyyah Malaysia (2013-15) (Mohd Yusof, 2013). Sumbangan beliau dalam pengislaman sains banyak diterjemahkan melalui penyampaian lisan dan penulisan bahan ilmiah. Antara tulisan yang menterjemahka sumbangan hasil pemikiran beliau dalam pengislaman sains adalah buku Isu dalam Ilmu dan Pemikiran (1998), Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan (2002), Sains dalam Maqasid Al-Quran (2013), prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik yang bertajuk Mengapa Dunia Memerlukan Sains Tauhidik? (2010), Etika dalam Sains: Tauhidik Berbanding Sekular (2010), dan Pandangan masyarakat Terhadap Sains Kontemporari (2010), kertas kerja seminar yang bertajuk Al-Quran dan Sains (Nuklear) (2010) dan banyak lagi. Melalui penglibatan, lantikan dan penulisan beliau ini telah menggambarkan peranan dan sumbangan yang telah beliau salurkan demi memartabatkan gagasan pengislaman sains. Sebagai pendidik yang peka kepada keperluan jiwa anak didiknya yang dahagakan penyampaian ilmu sains yang tidak mengenepikan peranan Penciptanya, beliau berusaha melaksanakan tanggungjawabnya untuk membentuk jati diri anak bangsa yang beragama. Hasil usahanya dalam dunia pendidikan ini telah menarik perhatian banyak pihak sehinggakan beliau dianugerahkan dengan Anugerah Penghargaan Maal Hijrah (1426H-2006) daripada Kerajaan Malaysia, dan Tokoh Maal Hijrah daripada Kerajaan Pulau Pinang (1429H-2008). KESIMPULAN Bangsa Melayu seharusnya memantapkan jati diri mereka dengan pengamalan ajaran Islam dalam segala urusan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi di bidang pendidikan yang memberikan manfaat untuk kehidupan di dunia dan kehidupan selepasnya. Mereka perlu sedar dan mengelak untuk terus berada dalam kepompong dan kekangan pola pemikiran sains barat dan berusaha mencari sistem yang benar-benar bertepatan dengan kehendak jiwa manusia yang bertuhan. Pemahaman kita kepada alam yang fizikal bergantung kepada teori kita berkenaan sesuatu fenomenon itu. Maka. Jika teori kita mempunyai ralat, pemahaman kita tentang sesuatu fenomena itupun bertambah ralatnya (Abdul Latif, 2012). Pengislaman sains ini seharusnya dipikul oleh keseluruhan ilmuan dan sarjana muslim yang ada pada hari ini dan tidak terus hanyut dengan sains yang diselewengkan oleh barat atau sekularisasi dan memudarkan jati diri bangsa. Kekuatan idea-idea dalam memartabatkan dan menjadikan pengislaman sains sebagai suatu usaha yang nyata akan mampu untuk mempertahankan kedudukan Islam di dalam masyarakat yang menjunjung martabat ilmu yang bersih dan suci dari pencemaran atau penyelewengan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda dan berkepentingan tersendiri, dan secara tidak langsung mampu menolak sekularisasi dan menjaga kepentingan agama Islam di dalam masyarakat yang ada pada masa ini dan masa akan datang. 566
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Abdul Latif Samian. 1999. Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Latif Samian. 2012. Memetakan Metamatematik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Budi Handrianto. 2010. Islamisasi Sains. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar. Nik Rosila Nik Yaacub. 2009. Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu: Dari Perspektif Pendidikan Psikososial. Pulau Pinang: Universiti SainsMalaysia. Khalijah Mohd Salleh & Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Sains Tauhidik Sebagai Satu Kursus STPD. Kertas kerja dalam Seminar Pendidikan Sains Teknologi Maklumat (SteM ‘09). Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Yusof Hj. Othman. 1998. Isu dalam Ilmu dan Pemikiran. Kajang, Aras Mega Sdn. Bhd. Mohd Yusof Hj Othman. 2002. Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Hj Othman. 2009. Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Mengapa Dunia Memerlukan Sains Tauhidik?”. Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010. Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Etika dalam Sains: Tauhidik Berbanding Sekular”. Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010. Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Pandangan masyarakat Terhadap Sains Kontemporari”. Prosiding Bengkel Pengajaran Sains Tauhidik, Kumpulan Penyelidikaan Membina Graduan Penyelidikan dalam Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010. Mohd Yusof Hj Othman. 2010. “Al-Quran dan Sains (Nuklear)”. Seminar Al-Quran Peringkat Pulau Pinang 1431H/2010M, anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Melenium, Kepala Batas, 18 Julai 2010. Mohd Yusof Hj Othman. 2012. Gagasan 1Malaysia: Kreativiti & Inovasi Dalam Pembinaan Peradaban. Purrajaya: Akademi Kenegaraan BTN, Jabatan Perdana Menteri. Mohd Yusof Hj Othman. 2013. Sains dalam Maqasid al-Qur’an. Bangi: Institut Islam Hadhari UKM. Mohd Yusof Hj Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Ariffin Noordin & Nor ‘Aini Dan. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Pendekatan bersepadu. Selangor: Al-Syabab Media. Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. 2010. Strategi, kaedah dan pelaksanaan dakwah dalam membina jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, hlm. 85-96. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zainal Kling. t.th. Islam dan Kebudayaan Alam Melayu. Malaysia: Universiti Malaya. http://portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/Islam%20dan%20Kebudayaan%20 Alam%20Melayul.pdf, [19.02.2016]. Zainul Rijal Abu Bakar. 2010. Undang-undang Islam di Malaysia: Ke arah pembentukan jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. Yusof Othman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, hlm. 67-84. Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM.
567
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
INTEGRASI RUHIYYAH DAN EKOLOGI BUDAYA DALAM PENDIDIKAN ORANG ASLI DI MALAYSIA Mazzlida bt Mat Deli, Salbiah bt Mohamed Salleh, Ruhizan bt Mohammad Yasin Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Orang Asli merupakan kelompok minoriti masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia. Mereka merupakan masyarakat pertama yang mendiami semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai komuniti ‘tulen’. Isu keciciran pendidikan Orang Asli merupakan isu global yang memerlukan penyelesaian segera. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan pengintegrasian nilai ruhiyyah dan ekologi budaya dalam pendidikan yang boleh diaplikasikan untuk pendidikan Orang Asli. Nilai ruhiyyah yang dibincangkan menjurus kepada Teori Imam Ghazali manakala ekologi budaya pula menggunakan Teori Ekologi Budaya Bronfenbrener. Kedua teori ini dapat mewujudkan satu integrasi pendidikan yang seimbang kepada Orang Asli sebagai satu langkah mengatasi masalah keciciran dalam kalangan Orang Asli.
PENDAHULUAN Pendidikan merupakan hak setiap rakyat yang mesti direalisasikan oleh setiap pemerintah. Asas pendidikan ialah kurikulum yang kukuh, akses yang mantap, ekuiti yang menyeluruh serta penyertaan secara maksimum. Sistem pendidikan Malaysia mengalami transformasi yang sangat pesat untuk bersaing dengan negara maju. Walaupun kualiti sistem dan kualiti pelaksana sistem merupakan aspek yang perlu dititikberatkan. Namun evolusi pendidikan tidak akan bermakna sekiranya tidak disertai oleh semua penduduk dan isu keciciran masih tidak dapat diselesaikan dengan baik. PERNYATAAN MASALAH Pendidikan merupakan asas yang menentukan pembangunan sesebuah negara. Pendidikan di Malaysia berkembang begitu pesat bermula zaman pra penjajahan sehinggalah melewati pasca kemerdekaan. Walau bagaimanapun, proses evolusi pendidikan berhadapan dengan cabaran utama iaitu untuk merealisasikan prinsip pendidikan untuk semua (Education of All). Ini kerana pendidikan etnik minoriti masyarakat Orang Asli masih terpinggir dan tercicir. Laporan State of the world minorities and indigenous people 2009 oleh Minority Rights Group International (MRG) menyatakan separuh daripada 101 juta kanak-kanak di dunia yang tidak bersekolah terdiri daripada kaum Orang Asli. Situasi ini juga berlaku di Malaysia apabila laporan menunjukkan seramai 6235 orang kanak-kanak Orang Asli tidak mengikuti sistem persekolahan secara formal (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 2009). Selain isu pendidikan yang menjadi fokus utama, pengamalan nilai dan kerohanian dalam kalangan Orang Asli juga merupakan perkara yang diberi perhatian. Isu masalah disiplin dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar termasuk kanak-kanak Orang Asli jelas membimbangkan ramai pihak (Asnarulkhadi 2005). Hal yang sama turut dibincangkan oleh Yong (2002) dan Mohd Nazri (2014) yang menjelaskan pembangunan sahsiah dan kerohanian kanak-kanak Orang Asli merupakan satu elemen penting yang perlu diterapkan dalam pembangunan sistem pendidikan Orang Asli. Budaya dan sosial nenek moyang merupakan satu pegangan yang menjadi tunjang dalam setiap aktiviti Orang Asli. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji tempatan 568
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
menunjukkan masalah keciciran yang berlaku dalam kalangan Orang Asli masih didonimasi faktor masalah persekitaran budaya yang berbeza dalam sistem pendidikan formal (Santha 2001). Realiti yang berlaku, nilai tradisi, adat resam dan sosio-budaya masyarakat Orang Asli semakin terhakis dalam kalangan generasi muda (Juli Edo 2004). Justeru, isu pendidikan kanak-kanak Orang Asli perlu ditangani dengan begitu cermat dengan menggunakan pendekatan berasaskan ruhiyyah untuk memantapkan nilai dan akhlak serta memberi penumpuan kepada pendidikan berasaskan budaya mereka. Pengintegrasian elemen ruhaniah dan budaya dapat memberi nilai tambah dalam pendidikan Orang Asli ke arah menjayakan prinsip ‘pendidikan untuk semua’. PENDIDIKAN UNTUK SEMUA Menurut (UNESCO 2015a), konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada tahun 1989 dan Deklarasi Dunia terhadap Education for All (EFA) Pendidikan Untuk Semua (PUS) pada tahun 1990 di Jomtien, Thailand, menegaskan bahawa pendidikan sebagai hak asasi manusia dan menunjukkan persekitaran yang baru hasil kerjasama antarabangsa. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dijanjikan. Kemajuan tahun 1990-an untuk pendidikan dilihat sebagai tidak mencukupi, terutamanya di negara-negara jauh daripada mencapai sasaran pendidikan utama. Masyarakat antarabangsa berkumpul dalam Forum Pendidikan Dunia di Dakar, Senegal, pada bulan April 2000 untuk menetapkan agenda bagi mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan hingga pada tahun lepas (2015). Wakil kerajaan dari 164 buah negara, bersama-sama dengan wakil-wakil kumpulan serantau, organisasi antarabangsa, agensi-agensi penderma, non-government organization (NGO) atau organisasi bukan kerajaan (OBK) dan masyarakat awam telah menerima pakai Rangka Kerja Tindakan (Rangka Kerja Dakar) untuk menyempurnakan matlamat PUS. Rangka Kerja Dakar terdiri daripada dua elemen utama: 6 matlamat dan sasaran yang berkaitan dan 12 strategi yang perlu dicapai menjelang 2015 oleh semua pihak yang terlibat. Secara keseluruhannya, PUS mempunyai enam matlamat iaitu : 1. Mengembangkan dan meningkatkan penjagaan awal kanak-kanak yang menyeluruh dan pendidikan, terutamanya untuk kanak-kanak yang paling lemah dan kurang bernasib baik 2. Memastikan bahawa pada tahun 2015 semua kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan, kanak-kanak dalam keadaan yang sukar dan mereka yang tergolong dalam kumpulan minoriti, mempunyai akses kepada dan lengkap percuma dan wajib pendidikan rendah yang berkualiti 3. Memastikan keperluan pembelajaran semua orang muda dan dewasa dicapai melalui akses yang saksama kepada program pembelajaran dan kemahiran hidup yang sesuai 4. Mencapai peningkatan 50 peratus dalam tahap celik huruf dewasa pada tahun 2015, terutama bagi wanita, dan akses yang saksama kepada asas dan pendidikan berterusan untuk semua orang dewasa 5. Menghapuskan jurang jantina dalam pendidikan rendah dan menengah menjelang tahun 2005, dan mencapai kesaksamaan gender dalam pendidikan menjelang 2015, dengan tumpuan kepada memastikan akses penuh dan sama rata perempuan dan pencapaian di dalam pendidikan asas yang berkualiti 6. Meningkatkan semua aspek kualiti pendidikan dan memastikan kecemerlangan semua supaya mengiktiraf dan hasil pembelajaran yang boleh diukur dicapai oleh semua pihak, terutama dalam literasi, numerasi dan life skills yang penting. Beberapa strategi telah diatur untuk memastikan matlamat PUS berjaya dilaksanakan, seperti di bawah:
569
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
1. Menggerakkan komitmen politik negara dan antarabangsa yang kukuh untuk pendidikan untuk semua, membangunkan pelan tindakan kebangsaan dan meningkatkan dengan ketara pelaburan dalam pendidikan asas 2. Menggalakkan dasar PUS dalam rangka kerja sektor yang mapan dan kesejahteraan bersepadu dihubungkan dengan jelas kepada penghapusan kemiskinan dan strategi pembangunan 3. Memastikan penglibatan dan penyertaan masyarakat sivil dalam penggubalan, pelaksanaan dan pemantauan strategi pembangunan pendidikan 4. Membangunkan sistem responsif, penyertaan dan bertanggungjawab tadbir urus dan pengurusan pendidikan 5. Memenuhi keperluan sistem pendidikan yang terjejas oleh konflik, bencana alam dan ketidakstabilan, dan menjalankan program pendidikan dengan cara yang menggalakkan persefahaman, keamanan dan toleransi, dan yang membantu untuk mencegah keganasan dan konflik 6. Melaksanakan strategi bersepadu untuk kesaksamaan gender dalam pendidikan yang mengiktiraf keperluan untuk perubahan dalam sikap, nilai dan amalan 7. Melaksanakan program dan tindakan untuk memerangi wabak HIV / AIDS sebagai satu perkara segera pendidikan 8. Melaksanakan persekitaran pendidikan selamat, sihat, inklusif dan saksama disumberkan kondusif untuk kecemerlangan dalam pembelajaran, dengan tahap yang jelas terhadap pencapaian oleh seluruh 9. Meningkatkan status, moral dan profesionalisme guru 10. Menguasai teknologi maklumat dan komunikasi baru untuk membantu mencapai matlamat PUS 11. Memantau secara sistematik aspek kemajuan ke arah matlamat PUS dan strategi di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa 12. Membina mekanisme sedia ada untuk mempercepatkan kemajuan ke arah PUS ISU KECICIRAN PENDIDIKAN Merentas seluruh benua di seluruh dunia menunjukkan kenaikan utama mutlak terbesar dalam nisbah pendaftaran adalah di sub-Sahara Afrika (daripada 59% pada tahun 1999 kepada 79% pada tahun 2012) dan Selatan dan Asia Barat (dari 78% kepada 94%). Hanya di Amerika Utara dan Eropah Barat berlaku penurunan nisbah (dari 98% kepada 96%). Ini adalah disebabkan Amerika Syarikat, di mana populasi kanak-kanak homeschooled dua kali ganda dari tahun 1999 hingga 2007 (Davis dan Baumann, 2013). Sehingga tahun 2012, hampir 58 juta kanak-kanak sekolah rendah tidak bersekolah (out-of-school), walaubagaimanapun menunjukkan penurunan daripada 106 juta pada tahun 1999. Lebih daripada separuh daripada mereka tinggal di sub-Sahara Afrika, peningkatan yang besar berbanding dengan tahun 1999, apabila rantau ini mencakupi 40% daripada jumlah keseluruhan (UNESCO 2015a). Terdapat tiga kategori kanak-kanak out-of-school iaitu: 1. Kanak-kanak yang akhirnya akan pergi ke sekolah; 2. Kanak-kanak yang tidak akan pergi ke sekolah; 3. Kanak-kanak yang telah mendaftar tetapi meninggalkan sekolah sebelum tempoh. Anggaran yang dilakukan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa kira-kira 25 juta, atau 43% daripada kanak-kanak out-of-school, tidak akan pergi ke sekolah (kategori kedua). Kadar tersebut adalah 50% di sub-Sahara Afrika dan 57% di Asia Selatan dan Asia Barat. Selain daripada itu, UNESCO (2015a) juga menyatakan terdapat perbezaan jantina yang besar mewakili kategori kedua iaitu 48 % kanak-kanak perempuan lebih cenderung tidak pernah pergi ke sekolah berbanding dengan 37% untuk keseluruhan 570
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kanak-kanak. Manakala kanak-kanak lelaki agak lebih cenderung untuk meninggalkan sekolah atau mewakili kategori ketiga bagi kategori kanak-kanak out-of-school. Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi dengan dasar pendidikan dan pembangunan yang progresif, dan, oleh itu, telah hampir mencapai kebanyakan matlamat PUS pada permulaan tempoh kajian(UNESCO 2015b). Walaupun Malaysia mempunyai cabaran yang besar dalam menangani tugas yang sangat sukar untuk mencapai dan menyediakan akses kepada sesetengah kanak-kanak yang out-of-school dan dewasa yang mempunyai tahap pencapaian pendidikan yang rendah, namun ia masih menunujukkan bilangan yang signifikan. Daripada aspek jantina pula, ia menunjukkan kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk tidak maju dalam kebanyakan penunjuk pencapaian. Tambahan lagi, penilaian konvensional tentang persamaan jantina di sekolah kurang menonjolkan perbezaan jantina dari sudut sikap dan peluang pendidikan. Dalam rangka kerja PUS, strategi untuk memperkenalkan pengajaran bilik darjah yang tidak bias jantina sepatutnya boleh ditonjolkan dengan lebih jelas seperti menggalakkan perlaksanaan pengasingan jantina merentas sektor pendidikan. Akhir sekali, isu kecekapan luar, termasuk hubungan antara pendidikan dengan keperluan pasaran buruh dan pembangunan ekonomi, politik dan sosial, juga perlu ditangani dalam agenda selepas tahun 2015 (UNESCO 2015b). ISU KECICIRAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN ORANG ASLI Isu keciciran Orang Asli merupakan satu isu yang perlu ditangani bersama. Jadual di bawah menunjukkan kadar keciciran pelajar orang Asli di peringkat sekolah rendah dan menengah. Daripada jadual didapati peratus keciciran pelajar Orang Asli melebihi 35% di peringkat sekolah menengah iaitu mendaftar tingkatan 1 tetapi tidak menamatkan tingkatan 5. Jadual 2.1 Kadar keciciran pelajar orang Asli di peringkat sekolah rendah, 2013(daftar darjah 1 tetapi tidak menamatkan sehingga darjah 6) Bilangan mendaftar pelajar Darjah 1
Bilangan pelajar tamat Darjah 6
Tahun daftar
Bil. daftar
Tahun tamat
Bil. Tamat
Bil. Keciciran (Pelajar)
Peratus keciciran (%)
2004
4,225
2009
4,411
-186
-4.40%
2005
4,160
2010
4,271
-111
-2.67%
2006
3,860
2011
4,091
-231
-5.98%
2007
3,977
2012
4,705
-728
-18.31%
2008 4,251 2013 4,464 -213 -5.01% Sumber : JAKOA (2013) Nota : Nilai - (negatif) pada bilangan keciciran dan peratus keciciran murid merujuk kepada pertambahan pelajar. Jadual 2.2Kadar keciciran pelajar orang Asli di peringkat sekolah menengah, 2013 (daftar tingkatan 1 tetapi tidak tamat hingga tingkatan 5) Bilangan mendaftar pelajar Bilangan pelajar tamat Peratus Bil. Keciciran Tingkatan 1 Tingkatan 5 keciciran (Pelajar) (%) Tahun daftar Bil. daftar Tahun tamat Bil. Tamat 2005
2,358
2009
1,181
1,177
49.92%
2006
2,586
2010
1,403
1,183
45.75%
2007
2,685
2011
1,667
1,018
37.91%
571
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
2008
2,726
2009
3,018
2012
1,555
1,171
42.96%
2013 1,533 Sumber: JAKOA (2013)
1,485
49.20%
PENDIDIKAN ORANG ASLI Dari segi pendidikan, masyarakat orang asli masih tidak mampu bersaing dengan bangsa lain dan masih beranggapan pendidikan bukan sesuatu yang penting kepada mereka. Justeru itu, dalam memajukan pendidikan masyarakat Orang Asli Kementerian Pelajaran di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merangka Tranformasi Pendidikan Orang Asli (Berita Harian 22 Jun 2012). Dalam usaha pihak kerajaan dalam membangunkan pendidikan untuk masyarakat Orang Asli, KPM telah menggaris empat objektif pendidikan anak-anak Orang Asli iaitu: i. melahirkan masyarakat Orang Asli yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing; ii. menyalurkan bantuan pendidikan kepada setiap anak-anak Orang Asli; iii. memberi kefahaman dan kesedaran tentang dasar-dasar kerajaan mengenai kepentingan pendidikan dan nilai-nilai pembangunan Orang Asli; dan iv. meningkatkan tahap kualiti pendidikan Orang Asli. Berdasarkan objektif tersebut jelaslah bahawa masyarakat Orang Asli tidak seharusnya ketinggalan untuk mendapat peluang pendidikan yang sama dengan msyarakat lain di dunia ini. Ini kerana bagi Orang Asli, pendidikan dilihat sebagai satu proses pembelajaran sepanjang hayat yang menggalakkan dan menyokong kemapanan hidup mereka (Mohd Nazri 2014). Oleh itu matlamat pendidikan orang-Orang Asli haruslah meliputi pengetahuan dan pembangunan kendiri yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat. Menurut Zainal Abidin (1984) perlaksanaan pendidikan dalam kalangan masyarakat orang Asli dilaksanakan setelah penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA) pada tahun 1953. Sebelum itu, pendidikan formal tidak pernah diberikan kepada mereka (Zainal Abidin 1984). Namun ada juga segelintir Orang Asli menerima pendidikan formal pada masa tersebut iaitu yang tinggal berhampiran dengan perkampungan orang Melayu (Carey 1968). Umum mengetahui bahawa kebergantungan masyarakat Orang Asli terhadap hutan untuk hidup menyebabkan mereka merasakan pendidikan formal tidak penting kerana sistem persekolahan tidak melatih anak-anak mereka dengan ikhtiar hidup di dalam hutan. Perkara ini terjadi kerana pada masa pemerintahan British, sekolah-sekolah telah dibina jauh di bandar atau di pekan, kawasan persisiran pantai dan kampung-kampung yang mempunyai kemudahan perhubungan yang baik (Mohd Nazri 2014). Bagi yang berada di pedalaman, mereka mengalami nasib yang tidak baik dan terus terabai untuk mendapat peluang pendidikan. NILAI RUHIYYAH Ruhiyyah berasal daripada perkataan roh yang bermaksud unsur dalaman manusia yang mempunyai daya fikir, berperasaan dan berkemahuan (Kamus Dewan 1994). Al-Ghazali (1988) menerangkan secara lebih terperinci tentang maksud roh iaitu sebagai satu jisim halus yang terletak dalam hati manusia yang berkembang melalui urat saraf dalam badan manusia. Roh merupakan pusat fizikal dan dalaman manusia yang mampu menggerakkan setiap pancaindera manusia samada untuk melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan (al-Ghazali 1988). Nilai pula merujuk kepada konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat 572
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
untuk mengukur dan membuat pilihan terhadap sesuatu perkara. Ringkasnya nilai ruhiyyah merujuk kepada satu bentuk amalan kerohanian. Amalan kerohanian yang menjadi fokus kajian ini ialah penerapan elemen amalan kerohanian dalam pendidikan Orang Asli ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut jasmani, rohani dan akliah. Nilai ruhiyyah yang dibincangkan dalam kajian ini didasari oleh Teori Peribadi alGhazali. Imam al-Ghazali mengaitkan peribadi dan tingkah laku seseorang manusia dengan unsur rohani. Rohani merupakan perkara batin yang berkait dengan roh. Hakikatnya, roh merupakan unsur halus yang tidak berjisim dan tidak boleh dilihat. Namun roh dapat memancarkan satu tindak balas tingkah laku yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia. Peribadi manusia merupakan satu ikatan kompleks yang terdiri daripada akal, nafsu, jiwa dan roh (Hassan Langgulung 1991). Pembangunan peribadi manusia berkait rapat dengan pembangunan nilai yang baik. Manusia sebagai makhluk yang sempurna kerana dibekalkan rohani, jasmani, hati dan akal. Maka pembangunan peribadi insan hendaklah menitik beratkan kepada pembangunan aspek luaran dan dalaman manusia. Ini kerana sekiranya kedua aspek diberi perhatian maka modal insan yang dilahirkan merupakan modal insan yang seimbang dan kompetetif. Imam Ghazali membahagikan peribadi manusia kepada empat struktur utama iaitu nafsu, hati, akal dan ruh. Struktur peribadi manusia turut dibincangkan oleh Ibnu Qayyim yangbersetuju dengan empat unsur tersebut sebagai satu kesatuan yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain (Haque 1998). Akal berperanan menggerak setiap perbuatan manusia manakala hati diumpamakan seperti ‘raja’ yang berkuasa untuk mengarahkan setiap pergerakan manusia samada untuk melakukan amalan yang baik atau amalan yang jahat. Pembelajaran merupakan proses rutin yang akan dilalui oleh manusia dalam setiap fasa kehidupan. Pembelajaran manusia dapat memberikan sumbangan kepada pemantapan peribadi seseorang. Menurut Imam al-Ghazali (1988) personaliti manusia berkait rapat dengan kerohanian dan kejiwaan. Unsur kejiwaan dipengaruhi oleh pertimbangan akal dan nafsu. Setiap perbuatan yang dilakukan merupakan terjemahan kepada jiwa manusia. Akal manusia mampu menyerap ilmu untuk menjalani proses pembelajaran. Kesimpulannya, setiap tindakan yang dilakukan sangat bergantung kepada kekuatan kejiwaan seseorang kerana manusia yang berjaya menguasai hati akan bertindakbalas dengan tingkah laku yang mulia. Manakala manusia yang tidak berjaya memandu hati dengan baik akan mudah terpengaruh dengan unsur negatif yang akhirnya akan menjerumuskan seseorang ke lembah yang hina. TEORI EKOLOGI BUDAYA Teori ekologi budaya telah diperkenalkan oleh seorang pakar antropologi Amerika iaitu Julian Haynes Steward (1967). Melihatkan persepsi, pengetahuan dan kaedah manusia yang tersendiri dalam mengadaptasi diri dengan suasana persekitaran penempatan tempat tinggal, teori ini jelas menunjukkan kesesuaiannya (Ramle et al. 2014). Teori ini kemudiannya telah dikembangkan lagi oleh ahli psikologi dan sosiologi seperti Bronfenbrenner (1986) dan Beklsky, Steinberg &Drapers (1991). Sebelum itu, Bronfenbrenner (1979) telah mengembangkan teori ekologi budaya ini dengan menghubungkait institusi dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Hasil pengembangan teori tersebut, beliau membahagikan teori ini kepada empat sistem iaitu; a. sistem mikro (institusi atau agen yang terlibat secara langsung dan rapat dengan kanak-kanak seperti ahli keluarga) a. sistem meso (hubungkait antara sistem mikro dengan intitusi lain seperti sekolah) b. sistem ekzo (perkaitan yang tidak secara langsung contohnya perkembangan kanakkanak dengan kepuasan kerja ibu-bapa) 573
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
c. sistem makro (sistem yang memberi kesan kepada keseluruhan sistem yang lain seperti dasar yang ditetapkan oleh kerajaan contohnya dasar pembasmian kemiskinan dan dasar pemodenan atau perbandaran Justeru, sistem pendidikan Orang Asli hendaklah memfokuskan kepada hubungan masyarakat Orang Asli dengan persekitaran tempat tinggal mereka terutamanya hutan. Alasan ini dikukuhkan lagi dengan penemuan yang telah dihasilkan oleh Ramle et al. (2014) iaitu masyarakat Orang Asli mengganggap hutan adalah sebagai ‘bank’, iaitu tempat untuk manusia menyimpan sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan dan digunakan apabila perlu. Berdasarkan persepsi mereka inilah yang menjadikan mereka terus ingin mendiami hutan dan memelihara serta menjaga kelestarian hutan supaya khazanahnya terpelihara untuk turut dapat dinikmati oleh generasi akan datang. IMPLIKASI DAN CADANGAN Berdasarkan kepada kajian perpustakaan yang dijalankan, dapatan kajian ini dapat memberikan beberapa implikasi iaitu : a) Memberi panduan kepada penggubal dasar pendidikan khususnya untuk Orang Asli tentang konsep pendidikan yang mengintegrasikan aspek nilai ruhaniyyah dan budaya Orang Asli b) Mengatasi masalah keciciran akademik dalam kalangan Orang Asli dengan mewujudkan sistem pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak mereka c) Mewujudkan pendidikan alternatif berasaskan budaya suku kaum Orang Asli yang pelbagai yang boleh diaplikasikan dalam kurikulum pendidikan etnik Orang Asli d) Mencetuskan dimensi baru dalam pendidikan etnik minoriti Orang Asli dengan menekankan unsur nilai ruhiyyah ke arah melahirkan masyarakat Orang Asli yang beramal dengan akhlak yang mulia. Perbincangan mengenai integrasi nilai ruhiyyah dan budaya dalam pendidikan Orang Asli ini dicadangkan untuk diaplikasikan dalam kurikulum pendidikan Orang Asli yang boleh diaplikasikan samada dalam pendidikan formal atau non-formal. Pengkaji akan datang juga boleh menyelitkan unsur berkaitan kemahiran dalam kehidupan sebagai asas pendidikan yang boleh menambah motivasi Orang Asli untuk ke sekolah. Unsur kemahiran dalam kehidupan dapat memberi perkara asas yang diperlukan dalam kehidupan mereka seperti numerasi dan literasi. PENUTUP Pendidikan merupakan satu proses pemindahan ilmu dan nilai kepada pelajar. Pendidikan yang berkesan merupakan pendidikan yang dapat mengubah sikap pelajar ke arah yang lebih baik. Nilai ruhiyyah merupakan satu keperluan dalam sistem pendidikan kerana nilai ruhiyyah yang mantap akan mewujudkan insan yang kompetetif dari sudut akademik dan sahsiah. Justeru, pendidikan berasaskan nilai ruhiyyah merupakan satu bentuk pendidikan yang seimbang dan komprehensif yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan masyarakat Orang Asli. Kehidupan Orang Asli yang tidak boleh terpisah dengan budaya dan persekitaran mereka juga dapat menyumbang kepada motivasi kendiri Orang Asli untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang pendidikan. Justeru, mengaplikasikan pendidikan berasaskan budaya dan sosial mereka dapat mewujudkan satu suasana yang selesa dalam diri mereka kerana Orang Asli dikenali sebagai kaum yang kurang keyakinan diri dan sukar untuk menerima sesuatu yang baharu. Sekiranya terdapat budaya yang tidak menepati syariat, maka nilai ruhaniyyah akan berperanan untuk mengawasi setiap amalan yang betul dan 574
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
salah. Keseimbangan yang wujud antara keperluan budaya sosial dan tuntutan nilai ruhaniyyah dapat memberi impak yang besar ke arah menggalakkan penyertaan Orang Asli dalam sistem pendidikan kebangsaan seterusnya melahirkan insan yang harmoni dari sudut jasmani dan rohani. RUJUKAN al-Ghazali, al-Imam Abu Hamid Muhammad ibn al-Ghazali. 1988. Ihya’ Ulumuddin Jiwa Agama.Terj.Tk. Hj Ismail Yaakub Sh. Kuala Lumpur: Victory Ajensi. Asnarulkhadi Abu Samah, (2005). Orang Asli: Mengarusperdanakan Pengguna Minoriti. Dalam Buku Nurizan Yahya, Mohd Amim Othman dan Sharifah Azizah H. (Ed.) Pengguna dalam Pembangunan, (hlm 264-276). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Haque, A. (1998). Psychology and religion: Their relationship and integration from an Islamic perspective. The American Journal of Islamic Social Sciences, 15(4), 97–116. Hassan Langgulung, (1991). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 2009 Jakoa. 2013. Buletin Perangkaan Kklw 2013 2013 Buletin Perangkaan Kklw 2013. Johari Talib & Nazri Muslim. (t.t). Bagaimana kanak-kanak Orang Asli gagal di sekolah ? Jurnal Pengajian Umum, 8, 51–76. Juli Edo, (2004). Adat dan Nilai Masyarakat Orang Asli. Kertas Pembentangan Seminar Warisan Orang Asli. Kuala Lumpur. Mohd Nazri Abdul Rahman, (2014). Pembangunan model homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat bagi kanak-kanak Orang Asli. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Phuah Bee Yong. (2001). Pendidikan Masyarakat Orang Asli di Kampung Berangkai, Kampar, Perak. Latihan Ilmiah . Universiti Malaya Ramle Abdullah, Asmawi Ibrahim, Mohamad Hafis Amat Simi, Nur Hafizah Ramle & Mohd Sukhairi Mat Rasat, (2014). Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 10(3), 113–124. Santha Kumar Payani Yanai, (2001) Masalah Keciciran Pendidikan Dalam Kalangan AnakAnak Orang Asli, (Tidak diterbitkan Latihan Ilmiah). Universiti Malaya UNESCO, (2015a). Education for all 2000-2015: Achievements and Challenges. UNESCO. (2015b). Education for All 2015 National Review Report:Malaysia. World Education Forum (Incheon, Republic of Korea, 19-22 May 2015), hlm.Vol. Education. Yusof, H., Ahmad, A. R., Musa, K., Pendidikan, U. & Idris, S., (2013). Pengaruh lingkungan sosial dan keluarga murid tahun 5 orang asli semai terhadap masalah pembelajaran.
575
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENILAIAN KENDIRI AKHLAK : SATU ALTERNATIF PEMBANGUNAN MODAL INSAN GURU Salbiah bt Mohamed Salleh @ Salleh, Mazzlida bt Mat Deli, Jamil bin Ahmad, Mohd Aderi bin Che Noh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kertas kerja yang menggunakan pendekatan konseptual ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan penilaian kendiri akhlak sebagai satu alternatif pembangunan modal insan guru. Bentuk penilaian guru hendaklah dipelbagaikan bukan hanya melibatkan satu pihak seperti penilaian pentadbir ataupun melibatkan penilaian aspek profesionalisme sahaja tetapi juga perlu melakukan penilaian kendiri terhadap aspek afektif. Penilaian kendiri yang dilakukan mampu menimbulkan sifat amanah, bertanggung jawab dan keyakinan dalam diri individu untuk merealisasikan harapan negara bagi mewujudkan pembangunan modal insan guru yang seimbang. Hasil perbincangan, dicadangkan pembinaan satu alat ukur penilaian kendiri akhlak guru dan pengintegrasian konsep nilai, moral dan akhlak yang bersesuaian untuk diadaptasikan oleh guru muslim dan bukan muslim Kata kunci :
PENDAHULUAN
penilaian kendiri, akhlak, modal insan, guru.
Profesion keguruan merupakan profesion yang sangat mulia menurut pandangan Islam kerana mengajar dan mendidik manusia merupakan sebaik-baik amalan yang berstatus ibadah dan jihad. Tanggung jawab mendidik pelajar hendaklah disertai dengan niat berasaskan iman yang mendalam, amanah, tekun, cekap, bersabar, bersungguh-sungguh, ihsandan diniatkan kerana Allah s.w.t. (Ahmad Kilani 2003). Semua sifat ini mesti ada pada seorang guru kerana mereka memainkan peranan yang sangat besar iaitu menyampaikan risalah agama untuk difahami dan dilaksanakan oleh masyarakat umum. Firman Allah s.w.t dalam Surah az-Zumar 39:9 yang bermaksud : Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan yang melaksanakan segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Pendidikan pada abad ke21 bukan sahaja memerlukan guru melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam semua bidang tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Allah s.w.t serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara. Menyedari kepentingan peranan yang perlu dipikul oleh guru, maka pembangunan modal insan guru hendaklah diberi perhatian untuk mewujudkan insan yang benar-benar berkualiti dan cekal untuk meneruskan agenda pendidikan negara. Terdapat pelbagai insiatif yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan modal insan guru seperti mengadakan program dan bengkel serta melakukan penilaian ke atas guru. Penilaian kendiri akhlak merupakan satu aspek yang boleh digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap diri sendiri. Ini kerana pembangunan modal insan yang sempurna 576
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
hendaklah dimulai dengan pembinaan sahsiah dan nilai yang kukuh kerana keseimbangan nilai dan akhlak dapat memberi kesan kepada pembentukan generasi yang berkualiti. PERNYATAAN MASALAH Kajian yang dilakukan bertitik tolak daripada ajaran Islam yang menekankan kepada pembangunan manusia yang seimbang dari sudut jasmani dan rohani (Bukhari 1987: 3572). Kesannya, satu keperluan mendesak guru-guru melengkapkan diri dengan kualiti diri yang baik untuk menjadi pemangkin akhlak yang baik kepada pelajar-pelajar secara khusus dan masyarakat secara umum (Zaharah, 2008). Walau bagaimanapun laporan yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2013 menunjukkan 30% guru mempunyai penampilan sahsiah di bawah skor memuaskan (Laporan Eksekutif PPPM 2013). Begitu juga beberapa dapatan kajian yang dijalankan di Malaysia berkenaan personaliti guru juga menunjukkan potensi segelintir guru masih berada di tahap sederhana (Salmah, 2004; Chee, 2008). Isu ini agak membimbangkan kerana penambahbaikan sistem pendidikan hendaklah dimulai dengan penambahbaikan kualiti guru. Langkah membaiki kualiti guru hendaklah dijalankan seiring dengan penambahbaikan dalam sistem penilaian dan pentaksiran yang dijalankan. Ini kerana penilaian merupakan satu langkah untuk melakukan peningkatan kualiti peribadi guru. Penilaian kendiri merupakan satu bentuk muhasabah dan pendorong ke arah memiliki akhlak yang baik. (Abdullah Sani, 2010). Guru kurang berpeluang untuk melakukan penilaian kendiri kerana konsep penilaian yang dilakukan dalam sistem pendidikan negara adalah berasaskan penilaian oleh pentadbir.(Veloo & Zolkepli, 2011). Sebagai contoh Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) dilaksanakan oleh pengetua dan penilaian pengajaran guru dilaksanakan oleh Jemaah Nazir. (Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM 2014). Sedangkan penilaian kendiri merupakan satu bentuk penilaian yang perlu dilaksanakan untuk refleksi kendiri dan refleksi pentadbir. (Hattie & Timperley, 2007) KONSEP AKHLAK Kalimah akhlak digunakan oleh ulama’ Islam secara meluas untuk merujuk kepada tingkah laku, tabiat atau perangai manusia. Al-Maududi (1967)menjelaskan maksud akhlak secara umum sebagai sifat semula jadi, tabiat, adat, kebiasaan, maruah dan gaya hidup seseorang individu atau sekumpulan individu. Manakala Al-Mishri (2009) mengkhususkan pengertian akhlak sebagai tindakan dan perbuatan yang meresap dalam diri seseorang sehingga menjadi karektor atau watak yang berkekalan dalam diri. Sesetengah ulama’ mengaitkan konsep akhlak dengan pengulangan dan pembiasaan. AlHufy (1978) dan Azhar (2006) menerangkan maksud akhlak sebagai keinginan dalaman secara semulajadi yang ingin melakukan sesuatu, diulang secara berterusan dan akhirnya menjadi satu pembiasaan dalam diri. Kebiasaan yang tekal dalam diri individu itu akan diterjemahkan dengan mudah dalam tingkah laku seseorang. Nik Azis (2012) menjelaskan sekiranya tindakan atau kecenderungan itu tidak dilakukan secara berterusan dan tidak dibiasakan bukan merupakan contoh akhlak. Hal ini digambarkan oleh Jimaain (2012) yang merujuk kepada akhlak sebagai sifat dalaman yang sebati dalam diri seseorang sehingga seolah-olah melekat dengan anggota badan yang lain. Sifat yang sebati ini diumpamakan akan menjadi darah daging atau darah yang mengalir dalam tubuh seseorang. Walau bagaimanapun sifat tersebut bukanlah satu sifat yang semula jadi tetapi hanya dapat diperoleh melalui usaha dan kehendak kita (al-Ghazali, 1988). Keinginan yang timbul dalam diri kita untuk mengamalkan tuntutan sifat tersebut akhirnya akan menjadikan diri kita terbiasa dan sebati dengan amalan akhlak tersebut. Asas pembangunan insan berikutnya ialah pemurnian akhlak. Tanpa akhlak yang luhur mustahil manusia dapat hidup dengan aman, damai, sejahtera dan bahagia walaupun harta 577
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
benda melimpah ruah. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tamadun yang agung dan hebat, runtuh bermula dengan keruntuhan moral dan akhlak pemimpin, pengikut bahkan juga agamawan mereka. Hal ini melibatkan semua tamadun sama ada tamadun Barat, Timur, Islam atau pun bukan Islam. Moral dan akhlak yang baik merupakan pra-syarat untuk mencapai kesatuan dalam kaedah yang boleh diguna pakai oleh setiap individu demi memperoleh kemajuan dan kemakmuran negara. Islam mengenal pasti kepentingan akhlak dan salah satu misi Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk meningkatkan akhlak manusia. Mempunyai akhlak yang luhur adalah perkara yang amat penting dalam diri manusia. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui penegasan Rasulullah S.A.W dalam sabda baginda s.a.w: ُ تأل َ قالخألا َمِراكَم َمم ب امنإ ُ تثع Terjemahan: Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Perlu difahami bahawa membangunkan insan berakhlak mulia bukanlah suatu perkara yang mudah seperti yang disangka oleh sesetengah orang. Memulihkan akhlak seorang manusia sahaja adalah perkara yang sukar apatah lagi membangunkan ramai manusia berakhlak dalam sebuah kelompok atau komuniti atau pun sebuah negara. Sebaliknya adalah lebih ringan tahap kesukaran untuk membina sebuah bangunan bertingkat-tingkat berbanding membina manusia berakhlak. Namun membangunkan manusia berakhlak tetap perlu diutamakan. Ianya amat penting kerana walaupun ada manusia yang tidak beriman tetapi jika dipupuk dengan akhlak mulia, mereka masih lagi boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup manusia lain berbanding dengan mereka yang rosak akhlak yang biasanya akan merosakkan kehidupan masyarakat atau komuniti mereka. Oleh sebab itu dalam ajaran Islam, antara asas penting pembangunan insan adalah pemurnian akhlak. KONSEP PENILAIAN KENDIRI Penilaian merupakan salah satu proses dalam pentaksiran selepas proses pengujian dan pengukuran (Salvia & Ysseldyke, 2001). Penilaian melibatkan proses yang sistematik untuk mengumpul, menganalisis dan menghuraikan analisis dapatan yang diperolehi. Penilaian dapat menentukan tahap seseorang berdasarkan kriteria yang telah ditentukan. (Susan, 2004). Penilaian kendiri merupakan satu bentuk penilaian yang membolehkan guru mengenali diri setelah melakukan pentaksiran akhlak mereka. Guru akan memberi markah, menilai, menganalisis dan seterusnya melakukan refleksi terhadap penilaian yang dilakukan. Boud (1995) menjelaskan bahawa individu merupakan penilai terbaik untuk diri sendiri. Ini kerana orang lain tidak mampu mencerap kemampuan dan perbuatan yang kita lakukan sehingga individu itu sendiri melakukan pentaksiran dan penilaian atas diri (Atkins & Wood, 2002). Penilaian kendiri merupkan usaha penting untuk mengenal kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Authur (1995) dan Jamil (2002) menyenaraikan beberapa kelebihan perlaksanaan penilaian kendiri iaitu : i. membolehkan setiap individu mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam menguasai kemahiran dan ilmu ii. melahirkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri kepada kebolehan pelajar melakukan penilaian perkembangan dan pencapaiannya iii. mengurangkan kebergantungan kepada guru atau pentadbir untuk membuat refleksi terhadap diri sendiri iv. membolehkan individu bersifat kritis terhadap kebolehan diri v. menggalakkan proses penambahbaikan dalam diri individu 578
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Penilaian dalam Islam merujuk kepada penentuan tujuan pendidikan serta sebagai alat peneguhan. Oleh kerana tujuan pendidikan bukan sekadar mengecapi kejayaan di dunia tetapi menjurus kepada berbakti kepada Allah. Maka penilaian yang dicadangkan dalam konteks kajian ini menjurus kepada penilaian akhlak yang bermatlamatkan pemupukan sahsiah yang mulia dalam kalangan guru. Sekiranya penilaian dilaksanakan secara berterusan, maka guru akan lebih bermotivasi untuk melakukan kebaikan. Penilaian akhlak merupakan satu proses peneguhan tingkah laku bagi memastikan guru mengamalkan akhlak yang mulia. Konsep penilaian kendiri yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan konsep muhasabah seperti yang dianjurkan oleh al-Ghazali. Penilaian kendiri menurut al-Ghazali ialah dengan cara membuat penelitian, perkiraan dan refleksi terhadap sifat yang buruk dalam diri sebagai satu usaha untuk menghapuskan sifat buruk tersebut. Pendekatan ini dikenali dengan muhasabah. Islam mencadangkan pendekatan muhasabah dengan cara sentiasa melakukan refleksi terhadap amalan yang dilakukan, mendampingi guru yang boleh memberi panduan rohani, meminta maklum balas daripada sahabat yang jujur dan bertawa untuk menyatakan keburukan diri serta bergaul dengan masyarakat supaya dapat mengetahui kelemahan diri sendiri (Engku Ahmad Zaki, 2007). Penilaian kendiri yang disarankan oleh al-Ghazali merupakan satu bentuk amalan kawalan diri yang berteraskan prinsip amar makruf nahi mungkar. Setiap individu bertanggung jawab untuk melakukan muhasabah sebagai satu pengawasan terhadap amalan kebaikan dan keburukan manusia (Marzelah, 2012). Penilaian kendiri terhadap tingkah laku hendaklah dilakukan secara berterusan supaya individu dapat bertingkah laku dengan baik. Saranan ini bertepatan dengan perintah Allah dalam surah (At-Taubah 9: 71). GURU SEBAGAI MODAL INSAN Modal Insan merupakan istilah yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi. Modal insan merupakan elemen penting untuk membangunkan tamadun bangsa seterusnya menggerakkan semua strategi dan pelan tindakan yang disusun oleh kerajaan.ke arah pembangunan negara. (Zalika et al., 2009). Antara agenda utama yang ingin diperkukuhkan ialah memantapkan pembangunan modal insan dalam pendidikan yang merujuk kepada guru dan pelajar. Walaupun perhatian perlu diberikan kepada kedua-duanya, namun keutamaan hendaklah dimulai dengan pembangunan sahsiah guru sebagai modal insan yang berkualiti. Ini kerana guru yang berperanan untuk mencorakkan peribadi pelajar. Hakikatnya, menambah baik kualiti guru merupakan serampang dua mata untuk meningkatkan kualiti diri pelajar Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. (Sufean, 2004). Peranan guru semakin mencabar ke arah menyampaikan ilmu pengetahuan, menyuburkan minat, mengembangkan bakat dan kebolehan murid. Dalam usaha untuk menjalankan tugas murni ini mereka perlu mempersiapkan diri dengan aspek spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial. Apabila nilai-nilai spiritual seperti keimanan, ketakwaan, bertanggungjawab, amanah dan ikhlas kuat dan padu, disokong pula oleh aspek lain iaitu fizikal, intelek, emosi dan sosial maka guru akan menjadi individu cemerlang dan akan membentuk masyarakat yang cemerlang (Norhana, 2015). Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan keduadua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Setiap aspek ajaran Islam, sama ada yang berkaitan akidah, fiqah mahupun tasawuf menekankan pembangunan kualiti manusia yang seimbang. Falsafah Islam, yang juga merupakan satu dari ciri keilmuan dan tamadun Islam, 579
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
tidak ketinggalan dalam menyumbang dan mengemukakan pendekatan tersendiri dalam konteks pembangunan insan. Sesuatu tamadun akan terhasil ekoran kemajuan manusia yang membinanya. Manusialah yang membentuk tamadun dan sesuatu tamadun dengan maksud yang sebenar tidak akan berdiri sekiranya manusia itu sendiri tidak bertamadun. Tamadun yang teguh dan kukuh memerlukan pula insan yang dibangunkan dengan asas yang kuat dari aspek rohani dan spiritual supaya tamadun dengan maksud sebenar terbina bukan hanya yang terbina berdasarkan pembangunan fizikal semata-mata. Terdapat banyak program pembangunan insan yang dijalankan kepada guru-guru untuk melahirkan guru yang mahir dan mampu mengadaptasi dengan situasi pekerjaan yang baru. Program yang dilaksanakan merangkumi program meningkatkan kompetensi guru samada dari sudut professional atau amalan keguruan. Sebagai contoh, antara program yang dilaksanakan adalah yang berkait dengan tugas perguruan seperti kaedah menanda, kursus guru, kursus mata pelajaran dan kursus PdP dan hanya sedikit sekolah yang menyediakan kursus bersifat pemantapan diri melalui program pentarbiahan dan usrah. Natijahnya, guru akan memperbaiki mutu kerja, meningkatkan semangat kerja berkumpulan dan mampu menyumbang dalam peningkatan kualiti produk dan prestasi organisasi (Norhana, 2015). Secara umum pembangunan insan ialah pembinaan atau pembentukan seseorang manusia dalam aspek spiritual dan fizikal merangkumi kebijakan akal, ketahanan jiwa, kemantapan rohani, kemahiran-kemahiran khusus dan juga kekuatan jasmani supaya mempunyai jati diri yang kukuh untuk mendepani cabaran meneruskan kehidupan. Natijah dari pembangunan insan yang sempurna ini pula akan mewujudkan pembangunan masyarakat serta negara yang kamil sesuai dengan peranan dan fungsi manusia diutuskan ke dunia. Pembangunan modal insan guru merupakan usaha berterusan untuk memupuk dan mengembangkan potensi dalam diri manusia supaya subur dan kental keimanannya terhadap rukun iman serta berupaya menyumbang ke arah kebaikan, kesejahteraan diri, orang, lain dan alam (Zakaria, 1999). Nurul Himmah (2006) mencadangkan pembangunan modal insan hendaklah memfokuskan kepada akhlak dan sahsiah. Akhlak yang baik seperti adil, penyayang, sabar dan menghormati tetamu merupakan pemangkin pembangunan modal insan berkualiti. Kesannya, masyarakat akan terhindar daripada gejala sosial dan jenayah yang membimbangkan kerana pengamalan akhlak yang baik mampu mewujudkan peribadi utuh yang akan sentiasa berwaspada dengan setiap tindakan yang dilakukan. RUMUSAN DAN CADANGAN Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa aspek pembangunan modal insan guru dari sudut nilai dan akhlak merupakan satu keperluan yang perlu diberi perhatian. Ini kerana guru merupakan model akhlak utama dalam sistem pendidikan dan masyarakat keseluruhannya. Peribadi guru yang baik dapat memberi impak yang cukup besar untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bermakna, mempengaruhi prestasi kerja, kepuasan kerja dan mempengaruhi potensi akademik serta sahsiah murid. Pemantapan akhlak guru melalui sistem penilaian bersesuaian dengan apa yang diamalkan oleh organisasi pekerjaan yang lain. Namun, melakukan penilaian kendiri merupakan satu elemen yang menyokong sistem penilaian bersepadu 360 ke arah memantap sesebuah organisasi (Conte et al.,1998). Konsep penilaian kendiri ini juga merupakan saranan Rasulullah (saw) ke atas umatnya yang menyeru supaya setiap amalan yang dilakukan hendaklah dihitung, dianalisis dan dikoreksi sebagai satu bentuk muhasabah untuk meningkatkan kualiti diri. Melalui hubungan positif penilaian afektif dengan peningkatan potensi diri individu, maka dicadangkan agar satu alat ukur penilaian kendiri akhlak dibina untuk memudahkan proses penilaian dilakukan secara teratur dan sistematik. Alat ukur yang dibina hendaklah berdasarkan dalil yang sahih daripada al-Quran dan sunnah serta mengambil kira keperluan dalam sistem penilaian pendidikan negara. Alat ukur yang 580
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
bersumberkan agama Islam dapat mengatasi isu kekurangan alat ukur yang sah dan boleh dipercayai bersumberkan panduan dalil naqli (Abu Raiya, 2008). Seterusnya, dicadangkan agar perbahasan akhlak dilihat dari sudut yang lebih luas dengan menganalisis pendapat ulama’-ulama’ Islam tentang konsep akhlak, mengintegrasikan elemen akhlak, nilai dan moral yang dipersetujui oleh guru muslim dan bukan muslim seterusnya penilaian kendiri akhlak ini juga boleh dimasukkan dalam penilaian prestasi guru untuk mengelakkan bias dalam sistem penilaian yang ada sekarang. PENUTUP Kesimpulannya penilaian kendiri akhlak disarankan untuk dilaksanakan oleh semua guru ke arah menyediakan pendidik sebagai qudwah hasanah (model terbaik) kepada pelajar. Penilaian kendiri merupakan satu usaha yang wajar dilakukan oleh setiap individu muslim sebagai satu bentuk muhasabah. Kesannya, guru akan menyedari kesilapan, kekurangan dan potensi yang ada pada diri. Hasilnya akan lahirlah modal insan yang mampu memacu sistem pendidikan negara yang kompetetif dan progresif. Usaha penambahbaikan penilaian merupakan satu alternatif untuk menambah baik kualiti guru ke arah melengkapkan guru dengan pegangan amalan akhlak yang terpuji seiring dengan Falsafah Pendidikan Guru dan etika keguruan. RUJUKAN Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah, (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ahmad Kilani Mohamed, (2003), Pengurusan Pendidikan Di Sekolah Huraian Menurut Perspektif Islam. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Muhammad Al-Hufy, (1978). Akhlak Nabi Muhammad saw : keluhuran dan kemuliaanya. Jakarta :Bulan Bintang Al-Maududi, A.A. (1967). Ethical viewpoint of Islam. Terj. Khurshid Ahmad. Lahore: Islamic Publications. Atkins, P. W. B. & Wood, R. E. (2002). Self-versus others’ ratings as predictors of assessment center ratings: Validation evidence for 360-degree feedback programs. Personnel Psychology, 55(4), 871–904. doi:10.1111/j.1744-6570.2002.tb00133.x Authur, H. (1995). Students self evaluation: how useful, how valid?, International Journal of Nursing Studies, 32: 271-6 Azhar Ahmad, (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan islam dan penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis PhD Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahagian Pengurusan Maklumat KPM 2014 Boud, D. (1995). Enhancing Learning Through Self-Assessment. London: Kogan Page Chee Kim Mang, (2008). Kualiti guru permulaan keluaran sebuah institut perguruan : satu tinjauan dari perspektif pentadbir sekolah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 83(i), 49–67. Engku Ahmad Zaki b. Engku Alwi, (2008). Membina Peribadi Muslim. Kuala Lumpur: Karya Bestari, 2008 Hattie, J., & Timperley, H. (2007). The power of feedback. Review of Educational Research, 77(1). Hisham Abu-Raiya, Pargament, K. I., Mahoney, A. & Stein, C. (2008). A Psychological Measure of Islamic Religiousness: Development and Evidence for Reliability and Validity. International Journal for the Psychology of Religion, 18(4), 291–315. doi:10.1080/10508610802229270 Jamil Ahmad, (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah: Satu penilaian. Tesis PhD (tidak diterbitkan), Fakulti Pendidikan UKM Jimaain Safar, (2012). Pembinaan instrumen pentaksiran akhlak berasaskan rakan sebaya pelajar sekolah menengah. Tesis PhD Fakulti Pendidikan UKM Mahmud Al-Mishri (2009). Ensiklopedia Akhlak Muhammad S.A.W. Jakarta :Pena 581
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Majid Ersan al-Kailani. (1997). Mendidik peribadi muslim. Kuala Lumpur: Berita Mardzelah Makhsin, (2012). Hisbah dan Penghayatan Akhlak Murid-Murid Sekolah Menengah, Tesis Phd UKM. Nik Azis Nik Pa, (2012). Bab Sebelas : Pengembangan Nilai melalui Penulisan Tesis dan Disertasi. Dokumentasi akademik tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Norhana Salleh, (2015). Tahap Kepuasan Kerja Guru Agama Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Sabk) Di Terengganu Dari Aspek Pembangunan Insan. Tesis Master. Fakulti Pengajian Islam, UM Nurul Himmah bt Kassan, “Akhlak Sebagai Pemangkin Membangunkan Modal Insan Yang Berkualiti Dalam Masyarakat Plural,” Kertas Kerja Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Insan Peringkat Kebangsaan, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2006, 195 Salmah Kassim, (2004). Kualiti Perkhidmatan Guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Pulau, Pulau Pinang. Tesis Sarjana Pendidikan UM Salvia, J., Ysseldyke,J.E. (2001). Assesment. 8th Edition: Houghton and Mifflin, USA Sufean Hussin, (2004). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem Dan Falsafah, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Susan, B.Y, (2004). Self-assessment activities for school administrators: a companion to Making Technology Standards Work For You. ISTE Publication Veloo, A. & Zolkepli, W. H. (2011). Atribut sistem penilaian prestasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru 18(1), 197–216. Zaharah Husin, (2008), Pembinaan Kandungan Kurikulum Pendidikan Akhlak Untuk Latihan Perguruan Pendidikan Islam. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan UKM Zalika Adam, Faridah Kassim, Mohamad Johdi. Memperkasakan Pendidikan Luar Bandar. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah Zakaria Stapa, (1999). Akidah Dan Akhlak Dalam Kehidupan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd
582
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENGURUSAN KONFLIK DI SELATAN THAILAND: ANTARA ISU DAN TRANSFORMASI Che Mohd Aziz Bin Yaacob, Rusdi Omar, Bakri Mat Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Abstrak Perjuangan Orang Melayu Islam Patani (OMIP) melalui Pertubuhan Gerakan Pembebasan Patani (PGPP) masih belum berakhir. Bermula awal 60an, PGPP yang ditubuhkan oleh OMIP umpama cendawan selepas hujan bermula terbentuknya Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP), Barisan Revolusi Nasional Patani (BRN), Patani United Liberation Organization (PULO) dan Gerakan Islamiya Mujahideen Patani (GIMP) bagi memperjuangkan hak politik ke atas Patani. Walaupun pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan Thailand bagi mengatasi permasalahan ini, namun masih belum ada tanda-tanda menunjukkan konflik ini dapat diselesaikan secara berkesan. Salah satu polisi yang berkesan oleh kerajaan Thailand adalah melalui General Prem Tinasulanonde yang menubuhkan Southern Border Provinces Administrative Center (SBPAC) dan Civilian-Police-Military Task Force 43 (CPM-43) bagi menghadapi tentangan PGPP namun ia hanya seketika sahaja. Konflik Patani muncul kembali pada 4 Januari 2004 apabila sebuah kem tentera dalam wilayah Narathiwat telah dirompak oleh sekumpulan yang tidak dikenali. Bermula dari situ, konflik di Selatan Thailand dilihat mula merebak dan meruncing sehingga sukar dibendung. Melihat kepada keadaan ini, penulisan ini memfokuskan kepada peristiwa-peristiwa konflik tahun-tahun 2004 hingga 2013 selepas keterlibatan Malaysia sebagai pihak ketiga dalam proses rundingan yang masih berjalan sehingga ke hari ini. Penulisan ini melihat kepada perubahan isu-isu yang diperjuangkan oleh PGPP setelah mengalami transformasi dalam perjuangan. Transformasi yang cuba dibincangkan ialah cuba menjawab persoalan yang berkaitan dengan peralihan tuntutan PGPP yang mana dahulunya kemerdekaan adalah tuntutan utama tetapi kini mulai berubah iaitu lebih kepada memperjuangkan isu identiti OMIP yang selama ini mengalami asimilasi dan diskriminasi. Bagi mengukur perubahan-perubahan ini, data primer dan sekunder dianalisis dengan menggunakan teori-teori dan pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam bidang pengajian konflik dan perdamaian. Ini termasuk segitiga konflik, hubungan simetrik dan asimetrik dan transformasi konflik. Bagi mengenal pasti perubahan-perubahan yang berlaku, kajian turut dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang bersifat analisis kandungan. Datadata-data yang digunakan daripada sumber primer dan sekunder dengan menemu bual ahli-ahli PGPP dan kajian perpustakaan melibatkan penulisan jurnal, buku, keratan akhbar dan tesis. Kaedah menemu bual ahli PGPP adalah melalui ‘Snow bowl’ secara rahsia dan melibatkan pemimpin-pemimpin yang sebelum ini sudah dikenali oleh pengkaji. Antara hasil-hasil kajian yang diperoleh ialah struktur hubungan yang tidak seimbang (asimetrik) dilihat menjadi punca kepada proses asimilasi terhadap identiti OMIP dan sebagai satu masalah dalam usaha mencari penyelesaian. Hubungan asimetrik ini membawa kepada polisi bersifat dominasi ke atas OMIP yang akhirnya menimbulkan membangkitkan semangat PGPP untuk menuntut kemerdekaan ke atas Patani. Namun begitu, menjelang tahuntahun selepas peristiwa 4 Januari 2004 didapati semangat tuntutan kemerdekaan hanya seketika dan selepas Malaysia menjadi fasilitator menunjukkan tuntutan
583
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kemerdekaan semakin kendur dan lebih mengutamakan kepada memperjuangkan identiti OMIP. Kata kunci: Konflik Patani, PGPP, Kemerdekaan, Identiti dan Kerajaan Thailand.
PENGENALAN Pergolakan di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala di Selatan Thailand masih dibelenggu dengan aktiviti keganasan. Kejadian seperti pengeboman, tembak curi, pembakaran sekolah, penculikan, sabotaj dan lain-lain lagi, antaranya boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Menurut Nik Abdul Ghani, pensyarah di Prince of Songkhla Universiti, kampus Pattani menyatakan keadaan ini sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan penduduk di tiga wilayah, beliau sendiri tidak berasa hairan tentang hal ini tetapi akan berasa hairan sekiranya tiada kematian dalam satu-satu hari1. Aktiviti keganasaan ini dapat digambarkan melalui statistik kematian dan kecederaan antara Januari 2004 hingga Januari 2010 yang dikeluarkan oleh Dr. Srisompob Jitpiromsri menunjukkan 4,100 kematian dan 6,509 cedera daripaa 9,446 insident. Daripada jumlah kematian tersebut, seramai 2,417 orang muslim dan 1,559 orang Thai-Buddha2. Walaupun begitu, usaha untuk mengurangkan angka keganasan masih menjadi keutamaan kerajaan Thailand. Bermula dengan pengisytiharan darurat ketenteraan oleh Thaksin Shinawatra pada 5 Januari 2004, tiga wilayah ini telah menerima kehadiran ribuan pasukan keselamatan bagi mengawal keadaan konflik, menjaga keselamatan orang awam dan menangkap individu-individu yang disyaki terlibat menimbulkan huru-hara. Thaksin melalui institusi Southern Provinces Administration Commitee (SPAC) yang ditubuhkan pernah meluluskan seramai 40,000 anggota tentera untuk dihantar ke tiga wilayah pada tahun 20053. Manakala pada Mac, 2010 Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva turut meluluskan kemasukan tentera ke tiga wilayah seramai 4,000 anggota4. Kehadiran pasukan keselamatan dalam jumlah yang ramai ini walau bagaimanapun tidak berjaya mengatasi pergolakan yang timbul, malahan konflik dilihat semakin meruncing. Justeru, timbul persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan ini yang mana adakah mereka benar-benar menjaga keamanan dan keselamatan di tiga wilayah. Penulisan ini tidak membincangkan tentang kelemahan pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan di tiga wilayah tetapi lebih kepada isu-isu dan punca-punca konflik yang masih belum diselesaikan. Konflik tetap akan berlaku selagi isu-isu tidak diselesaikan walaupun pasukan keselamatan dihantar dalam jumlah yang banyak. Justeru, konflik di Selatan Thailand yang dilihat semakin meruncing pada hari ini mempunyai kaitan dengan isu-isu konflik yang belum mendapat perhatian sepenuhnya oleh kerajaan Thailand. Kebanyakan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Thailand adalah lebih kepada menyekat dan menekan konflik supaya tidak timbul dipermukaan. Walau bagaimanapun konflik tetap juga timbul kerana hak-hak OMIP yang menjadi isu kepada konflik masih belum diselesaikan. Penulisan akan membincangkan tentang peranan isu-isu yang menyebabkan konflik ini berterusan. Sebagai permulaan, penulisan akan membincangkan 1
Temubual dengan Nik Abdul Ghani Nik Hashim, Pensyarah Prince of Songhkla University, Kampus Pattani pada 8 September 2006. Bertempat di penginapan pensyarah, Patani. Thailand. Respoden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan. 2 Jitpiromsri, S. (2010) Sixth year of the Southern Five: Dynamics of Insurgency and Formation of the New Imagined Violence. [Online].[Akses: 2 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www. deepsouthwatch.org/node/730 3 Yaacob, C, M, A. (2009) Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian. MA Tesis. Universiti Sains Malaysia. H. 193. 4 An interview on the ongoing southern conflict with Abhisit & Thavorn.(2009).[Online].[Akses: 3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/node/371
584
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sepintas lalu tentang latar belakang konflik yang meliputi sejarah, komposisi penduduk serta diselitkan beberapa peristiwa utama yang berlaku sekitar tahun 2004 hingga 2010. Selain itu, turut dibincangkan tentang kerangka teori dan pembolehubah dalam bidang konflik dan perdamaian yang dirasakan sesuai untuk menganalisis elemen-elemen yang terdapat dalam konflik ini. Elemen-elemen yang penitng dalam penulisan ini adalah menyentuh tentang dasar-dasar kerajaan Thailand yang menimbulkan isu-isu baru dalam konflik. Penganalisaan akan dibuat berpandukan transformasi isu akibat daripada dasardasar kerajaan Thailand yang bersifat menyekat dan menekan OMIP. LATAR BELAKANG Sejarah Konflik Konflik bermula pada tahun 1786 apabila kerajaan Siam berjaya menakluki kerajaan Kesultanan Melayu Patani melalui siri peperangan. Penaklukan telah mengubah struktur pemerintahan dan geografi negeri Patani apabila kerajaan Siam melaksanakan dasar ‘Pecah dan Perintah’. Negeri Patani telah dipecahkan kepada 7 wilayah5 dan setiap satunya dilantik raja-raja ‘boneka’ yang bertujuan untuk melemahkan kekuasaan orang Melayu6. Disamping itu ia bertujuan untuk membentuk proses decentralization atau pemusatan kuasa akibat tekanan daripada kuasa Eropah yang berlumba-lumba mencari kawasan dijajah di Asia Tenggara. Kebimbangan ini semakin ketara apabila Perancis berjaya menakluki wilayah di Timur Sungai Mekong di bahagian selatan7. Begitu juga dengan kerajaan British yang aktif untuk menguasai wilayah Timur Laut Burma, Selatan China dan negeri-negeri di Tanah Melayu Utara sehingga ke Segenting Kra8. Chulalongkorn selaku raja Siam ketika itu membentuk dasar Thesaphiban bagi merealisasikan pemusatan kuasa ke atas negeri Patani. Tahun 1897 kerajaan Siam melalui Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Akta Pentadbiran Daerah yang dikenali sebagai Phraratchabanyat Laksana Pakkhrong Thongti. Dua tahun kemudiaan akta ini diperkemaskan lagi dengan memperkenalkan Peraturan Mengenai Pentadbiran Wilayah yang dikenali sebagai Kho Bangkhap Pokkhrong Huamung9. Kedua-dua akta ini secara umumnya bertujuan memecahkan negeri Patani kepada wilayah-wilayah dan memperalihkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai kerajaan Siam. Peralihan ini telah membawa kepada penentangan raja-raja Melayu terhadap kerajaan Siam apabila mereka mulai sedar akan kuasa mereka semakin berkurang ke atas negeri Patani. Kemuncak persengketaan pada tahun 1902 apabila Tengku Abdul Kadir selaku raja di wilayah Patani telah ditangkap dan dilucutkan jawatan sebagai raja Melayu di Patani. Begitu juga dengan raja-raja Melayu di wilayah-wilayah lain yang turut menerima nasib yang sama. Maka, bermula dari sini tamatlah sistem pemerintahan raja-raja Melayu di Patani. Peristiwa penangkapan dan perlucutan jawatan raja-raja Melayu ini tidak hilang begitu sahaja malahan ia diperjuangkan oleh OMIP. Jika sebelum ini ia diperjuangkan oleh golongan aristokrat tetapi kali ini perjuangan melibatkan golongan agama dan pemimpinpemimpin tempatan. Penentangan mereka dilihat menggunakan pelbagai strategi termasuk mendapatkan pengaruh dan kepercayaan daripada kerajaan British di Tanah Melayu untuk menekan kerajaan Siam. Namun usaha mereka ternyata meleset apabila British mengadakan Perjanjian Bangkok atau ‘Anglo Siamese-Treaty’ dengan kerajaan Siam pada tahun 190910. Perjanjian pengesahan sempadan ini memberi kebebasan kepada 5 6 7
Antara wilayah yang dipecahkan terdiri daripada Patani, Nong Chik, Reman, Jalur, Legeh, Jering dan Jambu. Syukri, I. (2002) Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. H. 81. Pitsuwan, S. Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University. H. 29. 8 Nik Mahmud, N.A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 – 1954. (Versi Jawi). Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. H. 28. 9 Ibid,. H. 29. 10 Perjanjian ini adalah untuk menentukan tanah jajahan masing-masing khususnya negeri-negeri yang dikuasai
585
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kerajaan Siam untuk melakukan apa sahaja ke atas negeri Patani tanpa campurtangan British. Bermula dari ini, kerajaan Siam mula menyentuh soal-soal budaya, identiti dan pendidikan dalam kehidupan OMIP11. Dasar yang menyentuh soal identiti dan budaya OMIP yang paling terkemuka adalah dasar Rathaniyom yang diperkenalkan oleh Phibul Songkhram pada tahun 1938. Dasar ini membawa maksud hanya ciri-ciri kebudayaan Siam sahaja dibenarkan berkembang di Thailand12. Sekali lagi OMIP terpaksa berhadapan dengan dasar yang menindaskan kelompok mereka di mana dipaksa meninggalkan identiti Melayu-Islam dan mengamalkan identiti Thai-Buddha. Sebagai tindak balas terhadap dasar tersebut, Haji Sulong bin Abdul Kadir seorang ulama terkenal di Patani telah menubuhkan alHai’ah al-Tanfiziah li al-Ahkam al-Shar’iyyah atau Lembaga Perlaksana Hukum Syariah pada tahun 1939. Pertubuhan ini bertujuan untuk mengumpul para ulama di Patani dan bekerjasama mengadakan aktviti untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Antara usaha yang dilaksana ialah mengemukan 7 tuntutan13 untuk mengembalikan keamanan di negeri Patani. Perjuangan Haji Sulong dan rakan-rakannya untuk membebaskan OMIP daripada asimilasi Thai-Buddha ini turut mendapat bantuan daripada orang-orang Patani yang tinggal di Tanah Melayu. Tengku Mahmud Mohyideen merupakan anakanda kepada Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, raja Patani terakhir mengetuai penduduk Patani di Tanah Melayu mempengaruhi kerajaan British untuk menyatukan negeri Patani dengan Tanah Melayu. Di pihak British, permintaan OMIP ini tidak mendapat sambutan kerana British dilihat lebih mementingkan hubungan dengan kerajaan Siam. Ekoran daripada itu, British bertindak membantu Siam dengan menghapuskan pergerakan-pergerakan di Tanah Melayu termasuk Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR)14 yang bertujuan untuk membantu OMIP. Manakala Tengku Mahmud Mohyideen diarah tidak terlibat dengan segala kegiatan untuk pemisahan Patani15. Bantuan pihak British ini telah melemahkan perjuangan OMIP dan memberi ruang kepada kerajaan Siam untuk bertindak menekan 11
12 13
14
15
oleh kerajaan Siam sebelum ini. Hasil daripada perjanjian ini, negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu telah diserah kepada kerajaan British manakala negeri Patani diserahkan kepada kerajaan Siam. Dari sudut agama, kerajaan Thailand telah menukar undang-undang syariah yang diamalkan sebelum ini kepada sistem sekular. Manakala pengamalan Adat Istiadat Melayu tidak dibenarkan dalam kehidupan seharian. Akibatnya, kes-kes yang berkaitan dengan syariah seperti nikah-cerai dan pewarisan harta pusaka akan dibicarakan di mahkamah sivil dan diadili oleh hakim yang berbangsa Thai-Buddha. Keadaan ini telah menyekat semua fungsi agama Islam dalam kehidupan OMIP. Golongan raja Melayu yang menjadi penaung kepada agama Islam telah dihapuskan, manakala masjid dan institusi keagamaan juga telah ditarik kuasa. Begitu juga dengan sekolah-sekolah pondok di mana kurikulum telah diubahsuai dengan memasukkan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar dan memasukkan tenaga pengajar yang berbangsa Thai. Fathy, A. (1994) Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar, Pustaka Darussalam. H. 80. Menurut Nik Anuar Nik Mahmood, antara tuntutan yang dikemukakan oleh Haji Sulong ialah pertama, Perlantikan seorang individu sebagai wakil kerajaan Siam yang berkuasa penuh untuk mentadbir ke empatempat wilayah tersebut, Patani, Yala, Narathiwat dan Satun, dan mempunyai kuasa memecat, menggantung atau mengganti pegawai-pegawai kerajaan. Individu ini hendaklah dilahirkan di salah satu daripada ke empat-empat buah wilayah tersebut dan perlantikannya hendaklah dengan persetujuan para penduduk di wilayah-wilayah tersebut. Kedua, lapan puluh peratus daripada pegawai kerajaan yang akan berkhidmat di wilayah-wilayah tersebut mestilah beragama Islam. Ketiga, bahasa Melayu dan bahasa Siam hendaklah dijadikan sebagai bahasa rasmi. Keempat, bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa pengantar di sekolahsekolah rendah. Kelima, undang-undang Islam hendaklah diiktiraf dan dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah. Keenam, kesemua hasil dan pendapatan yang diperolehi daripada ke empat-empat buah wilayah itu hendaklah digunakan di wilayah berkenaan. Ketujuh, pembentukan sebuha badan yang mempunyai kuasa penuh untuk mengurus kesemua hal-ehwal orang Islam yang berada di bawah tanggungjawab Ketua Negeri. GEMPAR ditubuhkan pada Mac 1948 di Kota Bharu, Kelantan oleh orang-orang Patani yang tinggal di Tanah Melayu. Penubuhannya bertujuan untuk menyatukan wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Satun menjadi Negara Melayu Islam. Kedua membentuk pemerintahan sesuai dengan kehendak dan pendirian kebangsaan Melayu, adat resam Melayu dan agama Islam. Ketiga, meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu Patani supaya mendapat hak, keadilan, kebebasan dan pendidikan. Ibid,. H. 103.
586
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pemimpin-pemimpin Melayu. Ramai pemimpin Melayu yang dikatakan hilang dan dibunuh secara sulit termasuk Haji Sulong dan Tengku Mahmud Mohyideen. Ekoran daripada itu, pergolakan di Patani dapat dikawal oleh kerajaan Siam dan reda dengan aktiviti-aktiviti pemberontakan. Namun, menjelang akhir 1960 dan awal 1970 pergolakan di Patani muncul kembali. Pergolakan ini diketuai oleh kumpulan-kumpulan gerakan pemisah yang mendapat aspirasi akan kemerdekaan Malaya pada 1957 dan menyambung wasiat perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu16. Kebanyakan pemimpin gerakan pemisah ini terdiri daripada individu-individu yang mendapat pendidikan tinggi dari dalam dan luar negara. Mereka menjadikan senjata dan keganasan sebagai wadah perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan ke atas negeri Patani. Perjuangan mereka masih lagi aktif sehingga ke hari ini dan dipercayai bahawa kejadian pembunuhan dan pembakaran tempat-tempat awam adalah perbuatan gerakan pemisah dan juga pihak berkuasa yang dilihat masing-masing memainkan strategi dalam konflik kali ini. Komposisi Penduduk Berdasar data yang dikeluarkan oleh Patani Malays Human Rights Organization (PMHRO), populasi penduduk di wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun bagi tahun 2005 seramai 2.23 juta orang. Bagi wilayah Patani, penduduknya seramai 685,000 manakala Melayu muslim seramai 552,000 orang (81%). Wilayah Narathiwat, penduduknya seramai 754,000 manakala penduduk Melayu muslim seramai 603,000 orang (82%). Manakala wilayah Yala, penduduknya seramai 493,000 dan Melayu muslim seramai 339,000 orang (68%). Manakala wilayah Satun penduduknya seramai 303,000 orang, manakala penduduk Melayu muslim seramai 205,000 orang (68%)17. Dari sudut geografi, keluasan empat wilayah ini ialah 13,732 kilometer persegi dan berkedudukan garis lintang 5’35’ hingga 6’55’ utara18. Dari segi bahasa, OMIP boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan pertuturan. Kumpulan pertama mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dialek Patani dan menggunakan tulisan jawi atau arab. Kumpulan kedua, mereka yang bertutur dalam bahasa Thai serta menulis dan membaca dalam bahasa Thai. Mereka ini kebanyakannya generai muda yang terhasil daripada proses asimilasi kerajaan Thailand. Manakala kumpulan ketiga mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dialek Patani tetapi tidak menggunakan tulisan jawi untuk menulis dan membaca. Dari segi pendidikan, mereka diwajibkan mengikut sistem pendidikan nasional yang berteraskan budaya Thai dan agama Buddha19. Anak-anak OMIP di peringkat pra-sekolah dibenarkan mendapat pendidikan berteraskan budaya Melayu dan agama Islam. Namun setelah menjejaki ke peringkat sekolah rendah hingga ke universiti, mereka mesti mengikuti skim pembelajaran yang ditentukan oleh kerajaan Thailand. Bagi mengimbangi pembelajaran budaya Thai dan Melayu, terdapat sekolahsekolah swasta milik persendirian yang ditubuhkan oleh OMIP seperti sekolah agama rakyat dan ‘pondok’. Kurikulum yang diajar lebih menjurus kepada ilmu agama Islam dan sedikit tentang budaya dan bahasa Melayu. Walaupun begitu, mereka diwajibkan mengajar bahasa dan budaya Thai sebagai prasyarat untuk mendapat kelulusan menubuhkan institusi pendidikan. Dari segi budaya, mereka mengamalkan budaya Melayu yang berteraskan agama Islam. Kebanyakan seni budaya seperti pakaian, permainan tradisional, hiburan, kraftangan dan lain-lain adalah sama seperti mana yang diamalkan oleh orang Melayu di Malaysia. Dari sudut ekonomi, wilayah Patani, Yala dan Narathiwat berada tahap sederhana. Berdasar laporan United Nations Development Program Thailand (UNDP) pada tahun 16 A. Malek, M,Z. (1993) Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam, Hizbi. H. 318. 17 Rujukan melalui laman web Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO). [Online].[Akses: 3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman web: http://www.pmhro.net/?S=Geograph 18 Mahmood, S.S. (1990) De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-Muslim Movement in Southern Thailand, 1980 – 1994. Philippines, Quezon City 1101. H.118. 19 Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO),. Op.cit.
587
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
2007, pendapatan purata isu rumah sebulan bagi wilayah Patani ialah RM 1,169.40, manakala 20.7% penduduknya berpendapatan di bawah RM81.80. Bagi wilayah Yala pendapatan purata bulanan isi rumah ialah RM 1,188.00 dan 37% penduduknya berpendapatan di bawah RM84.50 sebulan. Manakala wilayah Narathiwat, pendapatan purata ialah RM 921.40 dan 46% berada di bawah pendapatan RM80.8 sebulan20. Pendapatan yang diperolehi ini melalui sektor-sektor pekerjaan tertentu. Antaranya, 50% masih lagi bergantung dalam sektor pertanian, bagi mereka yang tidak bekerja dalam sektor pertanian, kebanyakannya menumpukan kepada sektor lain seperti 15.4% sektor komersial, 15.1% sektor perkhidmatan dan 9.1% sektor industri kraftangan21. Manakala sektor perindustrian ianya tidak majoriti kerana tiada pembangunan dalam sektor tersebut di tiga wilayah. Dalam sektor pertanian, pecahan pekerjaan penduduk adalah merangkumi dalam penanaman padi, getah, kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan nelayan. Manakala dalam sektor komersial, kebanyakan penduduk menjalankan perniagaan kecilkecilan dengan memasarkan hasil tanaman, makanan ringan pakaian ke Malaysia dan juga kawasan setempat. Insiden dan Peristiwa Insiden yang berlaku di tiga wilayah ini seperti mana yang dinyatakan sebelum ini terdiri daripada pelbagai bentuk serangan, kejadian dan peristiwa. Insiden ini boleh dikatakan membawa kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Menurut Deep South Wacth, jumlah insiden yang berlaku di tiga wilayah antara tahun 2004 hingga 2010 adalah seperti berikut.
(Sumber: Srisompob, J. (2010) Deep South Wacth, http://www.deepsouthwatch.org) Melihat kepada diagram tersebut, tahun 2004 hingga 2005 menunjukkan berlaku peningkatan insiden. Keadaan ini menunjukkan konflik semakin memuncak dan mengakibatkan ramai kematian. Menurut Asst. Prof. Dr. Worawit Baru, Director of Institute of Southeast Asian Maritime States Studies, Prince of Songhkla University, Pattani menyatakan bahawa antara tahun tersebut merupakan masa dirancang oleh gerakan pemisah untuk bertindak. Menurut beliau lagi tahun 2004 merupakan era kebangkitan gerakan pemisah yang selama ini berlatih dan menyusun strategi untuk melawan kerajaan 20 Thailand Human Development Report 2007: Sufficiency Economy and Human Development. (2007) [Online].[Akses: 6 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.undp.or.th/download/ NHDR2007bookENG.pdf 21 Makishima, M. (2008)., op.cit.
588
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Thailand22. Tambahan pula, pendekatan kerajaan Thailand khususnya Thaksin Shinawatra yang menggunakan pendekatan kekerasan sehingga menimbulkan keadaan yang rumit untuk diselesaikan. Di sini akan dibincangkan insiden-insiden utama antara tahun 2004 hingga 2010 yang melibatkan jumlah kematian yang ramai dan mendapat perhatian pihak luar. Tahun 2004 merupakan detik permulaan konflik terbaru apabila pada 4 Januari 2004 berlaku penyerangan ke atas Kem Tentera di Kg. Pileng, Daerah Pecah Airong dalam wilayah Narathiwat oleh sekumpulan militan yang tidak dikenali. Dalam serangan tersebut, empat anggota tentera telah terbunuh dan 366 laras senjata jenis M16, 24 laras Gun, 7 laras RPG (M79) dan 2 laras M60 telah di rompak. Dalam masa yang sama 18 buah sekolah dalam 10 daerah di Narathiwat turut dibakar23. Sebelum memasuki Kem tersebut, kumpulan ini bertindak menabur paku-paku di setiap jalan keluar masuk serta menebang pokokpokok supaya dapat menyekat daripada pihak berkuasa. Menurut kepercayaan kerajaan Thailand melalui ucapan General Thammarat Israkul Na Ayuthaya, ini merupakan tindakan kumpulan gerakan pemisah yang melancarkan operasi mengikut strategi 1000 hari merampas Narathiwat24. Kerajaan percaya tindakan seperti ini memerlukan perancangan dan latihan yang cukup terancang dan rapi. Terdapat juga tuduhan yang mengatakan bahawa kumpulan ini mendapat latihan dan arahan daripada luar. Selang tiga bulan kemudiaannya, Selatan Thailand digemparkan dengan insiden yang kedua iaitu pertembungan bersenjata antara kumpulan pemuda Melayu Islam yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Serban Merah’ dengan pihak berkuasa pada 28 April 200425. Serangan melibatkan wilayah Patani, Yala dan Songkhla secara serentak dan modus operandinya adalah berjihad dan mati syahid dengan menyerang pos-pos kawalan tentera dan polis. Serangan dilakukan dengan bersenjatakan parang, pisau dan beberapa laras senapang26. Insiden ini berakhir di Masjid Kerisik apabila pihak berkuasa menembak 32 individu yang berlindung di dalamnya. Jumlah keseluruhan yang terkorban seramai 112 orang yang mana 107 orang di kalangan orang Melayu dan 5 orang di pihak berkuasa. Insiden ini menjadi tumpuan ramai termasuk pihak-pihak luar yang mengecam tindakan kerajaan Thailand yang dianggap melanggar hak asasi manusia dan tidak berperikemanusiaan27. Kematian boleh dianggap sebagai perkara biasa di tiga wilayah kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari berlaku insiden yang kecil-kecil seperti tembak curi dan pengeboman. Pada 25 Oktober 2004, sekali lagi Selatan Thailand digegarkan dengan tragedi Tak Bai yang melibatkan kematian dalam jumlah yang ramai. Insiden berlaku ketika orangorang Melayu di tiga wilayah mengadakan demonstrasi beramai-ramai di hadapan Balai Polis Tak Bai bagi membebaskan 6 sukarelawan keselamatan yang ditangkap atas tuduhan memberi senjata kepada gerakan pemisah28. Demonstrasi ini berakhir dengan tragedi apabila pasukan keselamatan menggunakan pendekatan kekerasan dalam menyuraikan 22 Temubual dijalankan sebelum beliau dipilih menjadi Senator bagi negara Thailand. Temubual dijalankan pada 9 Ogos 2006 bertempat di Prince of Songhkla University sempena penulis melaksanakan kerja lapangan untuk menyiap tesis sarjana yang bertajuk Konflik Pemisah di Selatan Thailand; Isu, Aktor dan Penyelesaian. 23 Penyerang bakar 18 sekolah, empat askar terbunuh (2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my 24 Danial, M. (2004) Konflik Selatan Thailand dan Transformasi Sosial. Pembentangan Kertas Kerja Sempena Minggu Perdamaian Universiti Sains Malaysia Ke-3. Pada 14 Disember 2004. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. H. 3. 25 Ayub, T.S. (2004) Insiden Pembunuhan Umat Islam di Selatan Thailand. Dlm. Persidangan Parlimen Malaysia Kesebelas, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga. [Online].[Akses: 17 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR23112004.pdf 26 Bakar, Z. (2004) Rasa tidak tenang Tok Ayah terjawab selepas subuh- masjid bersejarah catat kisah sedih. [Online].[Akses: 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my 27 Selatan Thai berdarah – 107 militan, 5 askar terbunuh dalam pertempuran di tiga wilayah (2004) [Online]. [Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my 28 Kaewtipayanate, B. (2008) Peace Journalism and the Tak Bai Incident: the case of the Bangkok Post and the Nation’s coverage on the Southern Conflict in Thailand. M. A Tesis, Orebro University. H. 12.
589
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
perhimpunan tersebut. Pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup mengorbankan 6 orang di tempat kejadian manakala 79 lagi terkorban dalam perjalanan ke kem tahanan. Pihak berkuasa bertindak dengan mengikat kedua belah tangan kesemua tahanan dan memuatkan mereka didalam trak tentera dengan kedudukan secara berlapislapis dan bertindih-tindih. Akibat kesesakan tersebut, ramai di kalangan tahanan terkorban akibat sesak nafas semasa dalam perjalanan ke kem tahanan Telaga Bakong, Patani yang lebih kurang 160 kilometer daripada daerah Tak Bai29. Tragedi seterusnya iaitu pada 8 Jun 2009 apabila wilayah Narathiwat digemparkan dengan serangan ke atas masjid di kampung Air Tempayang, daerah Pecah Airong. Penyerangan ini melibatkan sekumpulan pengganas yang memakai seragam hitam serta bertopeng dan bersenjata Raifel M16 dan Pump Gun melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak. Kejadian pada jam 8.30 malam ini telah mengorbankan 11 orang manakala yang cedera parah seramai 12 orang dan 2 orang lagi terselamat tidak terkena apa-apa tembakan30. Insiden-insiden seperti yang dibincangkan ini boleh saja berlaku pada bilabila masa kerana keadaan konflik masih belum dapat dikawal sepenuhnya. Walaupun kerajaan Thailand menghantar pasukan keselamatan dalam jumlah yang ramai namun insiden-insiden masih lagi berlaku saban hari yang melibatkan kematian dan kecederaan. Tiga wilayah ini masih belum reda dengan kejadian-kejadian seperti tembak curi dan pengeboman, pembakaran sekolah, pemenggalan kepala, penculikan, sabotaj, ugutan, demonstrasi, rogol dan lain-lain lagi. KERANGKA TEORITIKAL DAN PEMBOLEHUBAH Definisi Transformasi Konflik John Paul Lederach dalam bukunya menyatakan “Konflik transformation merupakan tindakan melihat-memahami-memasang impian untuk bertindak balas terhadap pasang surut konflik sosial melalui pemberian peluang dalam kehidupan untuk menghasilkan proses perubahan yang membina iaitu mengurangkan keganasan dan meningkatkan keadilan dalam perhubungan dan struktur sosial, dan bertindak balas terhadap permasalahan dalam perhubungan manusia”31. Manakala Hugh Miall pula berpendapat Transformasi merupakan proses tindakbalas dengan konflik dan membuat perubahan membina ke atas hubungan, kepentingan, perbualan dan yang paling mustahak adalah undang-undang atau sistem dalam masyarakat yang selama ini menyokong tindakan keganasan32. Beliau menghasilkan definisi ini berdasarkan kepada hujahannya untuk membezakan pendekatan penyelesaian konflik, pengurusan konflik dengan transformasi konflik. Berdasarkan penulisannya, beberapa pandangan dan pendapat ahli bidang konflik dan perdamaian yang diambil seperti David Bloomfield dan Ben Reilly yang menulis tentang perubahan-perubahan semulajadi yang berlaku dalam konflik dan pengurusan konflik. Begitu juga dengan pendapat Edward Azar dan John W. Burton yang menulis tentang penyelesaian konflik antarabangsa. 29 Zulkiflee, B. (2004) Penduduk dakwa 100 maut – Thailand akui 84 terbunuh dalam tragedi berdarah di selatan Thai [Online]. [Akses 27 Oktober 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my/ utusan/archive.asp?y=2004&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm 30 Rahim, A.F. (2009) Ditembak dalam masjid [Online].[Akses: 15 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0610&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_ Hadapan&y=2009 31 Lederach, J. P. (2003) The Little Book of Conflict Transformation. United States of Amerika, Good Book, Intercourse. H. 14. 32 Miall, H. (2001) Conflict Transformation: A Multy-Demensional Task. [Online].[Akses: 28 November 2009]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.inglewhite.net/pfp/pdfpapers/p2-miall_handbook.pdf. H. 4.
590
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Lima Elemen dalam Transformasi konflik Raimo Vayrynen menetapkan 5 elemen transformasi yang boleh digunakan untuk menstruktur semula sesuatu perhubungan yang berkonflik. Elemen-elemen ini terdiri daripada konteks, struktur, aktor, isu dan personal. Transformasi konteks merujuk kepada perubahan dalam konteks konflik sama ada di peringkat dalaman konflik mahupun luar konflik. Bagi dalaman konflik, Transformasi konteks merujuk kepada perubahan persepsi dan motivasi aktor-aktor dalam sesuatu situasi konflik. Aktor-aktor konflik yang mengubahsuai persepsi dan motivasi terhadap konflik akan menyebabkan persekitaran konflik akan berubah dan membuka peluang penyusunan kembali terhadap corak perhubungan di antara kedua belah pihak33. Sebagai contoh, konflik dalaman sesebuah negara yang melibatkan kelompok minoriti dengan kerajaan akan menyebabkan mereka diabaikan dari segi politik, budaya, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Situasi ini secara tidak langsung akan mengubah persepsi pemimpin kelompok tersebut dan mengurangkan motivasi untuk berkonflik dan lebih menumpukan kepada untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membangunkan kelompok mereka. Justeru, transformasi dalam kontek aktor akan dapat dibentuk khususnya dalam menyusun kembali corak hubungan ke arah yang positif antara kelompok minoriti dengan kerajaan. Manakala di peringkat luar konflik, ia merujuk kepada konteks antarabangsa yang mana konflik yang berlaku di peringkat tempatan boleh ditransformkan ke peringkat antarabangsa dan ini secara tidak langsung akan mengubah dan mempengaruhi persepsi dan motivasi setiap aktor-aktor konflik disamping membuka ruang-ruang untuk proses penyelesaian konflik34. Sebagai contoh, konflik dalaman sesebuah negara apabila dibawa ke peringkat antarabangsa akan mendapat perhatian negara-negara dan pertubuhanpertubuhan luar yang boleh membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi. Negaranegara luar khususnya negara jiran yang terkena tempias konflik dan juga pertubuhan antarabangsa akan memberi tekanan kepada kerajaan sesebuah negara yang mengalami konflik berbentuk asimetrik. Sekiranya kerajaan negara tersebut melakukan penindasan atau kezaliman yang membawa kepada pengcabulan hak asasi manusia terhadap golongan minoriti pastinya akan mengundang ancaman atau tekanan khususnya dari segi hubungan diplomatik dan pergantungan ekonomi negara tersebut dengan negara-negara luar yang lain. Transformasi struktur pula merujuk kepada perubahan yang berlaku dalam elemen-elemen seperti aktor-aktor, kedudukan, kepentingan, isu-isu, perhubungan, nilainilai dan keperluan dalam konflik. Ia juga melibatkan struktur sosial seperti ekonomi, politik, pendidikan, persempadanan geografi, mahkamah, jaringan komunikasi, kaedah membuat keputusan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, Hugh Miall menegaskan bahawa konflik yang berbentuk asimetrik sukar ditransform kerana ia melibatkan ketidakseimbangan kuasa di peringkat akar konflik. Namun, ia boleh dilakukan secara beransur-ansur mengikut perubahan persekitaran yang mungkin boleh dibantu oleh aktoraktor dalam dan luar wilayah konflik. Hugh Miall mengemukan cadangan ini berdasarkan kajian kes di Benua Afrika. Beliau mengemukakan contoh pergerakan Steve Biko’s ‘Black Consciousness’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk tempatan di bandarbandar tentang penindasan kulit putih ke atas kulit hitam. Begitu juga dengan pergerakan anti Apartheid yang mana berjaya menekan pelabur-pelabur dari luar keluar dari Afrika Selatan sebelum tamatnya regim Aparthied. Walaupun begitu, banyak demonstrasi dilakukan untuk menekan pihak kerajaan kulit putih tetapi tidak berjaya kerana kekuasaan dan kepentingan ekonomi dimiliki oleh orang kulit putih35. 33 Vayrynen, R. (1991) New Direction in Conflict Theory: Conflict Resolution and Conflict Transformation. London, SAGE Publication Ltd. H. 5. 34 Ibid,. H. 78. 35 Miall, H. (2001)., op.cit,. H.77.
591
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Transformasi aktor-aktor konflik yang mana salah satu kaedah yang membolehkan proses-proses penyelesaian konflik dilaksanakan. Banyak konflik akan senang diselesaikan apabila pemimpin kedua-dua pihak berkonflik bertukar. Pemimpin-pemimpin yang baru pastinya akan membawa pendekatan baru terutamanya dalam mengatur kembali saluran komunikasi, mengubahsuai matlamat dan mengubah perspektif terhadap perjuangan radikal. Selain daripada pemimpin untuk diubah, terdapat perkara lain yang boleh diubah seperti peraturan-peraturan pertubuhan, matlamat baru, nilai dan kepercayaan. Secara umumnya, perubahan terhadap persekitaran dan kepentingan yang terdapat dalam peraturan setiap parti juga mewakili kepada transformasi konflik walaupun ia berlaku secara beransur-ansur dan tidak menjadi tumpuan utama. Selalunya matlamat atau kepentingan pihak-pihak berkonflik sukar diubah tetapi ianya boleh berubah bergantung kepada perubahan persekitaran dalam masa yang panjang. Transformasi isu boleh berlaku bergantung kepada takrifan dibuat oleh aktor-aktor terhadap isu-isu yang dimainkan dalam konflik. Transformasi ini berlaku apabila mereka mengubah kedudukan dan keputusan sehingga isu-isu sebelum ini telah tenggelam serta meningkatkan isu-isu baru. Proses untuk mengubah kedudukan dan keputusan aktoraktor konflik adalah merujuk kepada isu-isu yang susah diselesaikan terutamanya yang melibatkan nilai-nilai hidup. Jika melibatkan isu agama, identiti, budaya dan sejarah maka ia boleh diubah kepada isu-isu yang boleh dirunding seperti tanah, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Perundingan yang dijalankan akan boleh melahirkan kompromi di antara kedua belah pihak khususnya perkara-perkara yang boleh dibahagikan sama rata. Selain itu, boleh juga melihat kepada isu-isu yang dikongsikan bersama yang mana kedua belah pihak akan dapat bersatu bersama-sama membangunkan isu-isu tersebut. Sebagai contoh, konflik Acheh selepas tsunami dapat ditransformkan isu konflik apabila mewujudkan isu bersama iaitu kerajaan Indonesia dan juga Gerakan Aceh Merdeka (GAM) bersama-sama membangunkan semula Acheh. Transformasi personal atau kumpulan merujuk kepada perubahan terhadap perasaan, hati dan emosi pihak-pihak yang berkonflik. Hati atau niat yang baik akan dapat membentuk suasana yang baik. Justeru, aktor-aktor konflik khususnya di kalangan pemimpin akan dapat diubah hatinya untuk ikhlas dan menerima perdamaian mengikut saluran yang positif. Apabila berlakunya perubahan hati maka ia akan memberi kesan positif kepada organisasi dan cara bertindak. Hasrat dan keinginan pihak yang berkonflik juga akan turut berubah. Transformasi ini boleh dibuat melalui pendedahan tentang nilainilai positif yang berteraskan ajaran agama yang sebenar bagi menyucikan hati setiap aktor konflik. Justeru, konflik yang wujud adalah berasal dari hati dan pemikiran setiap manusia. Sifat yang berkeinginan dan berkehendak terbitnya dari hati dan seterusnya dinilai oleh kemampuan akal untuk mendapatkannya. Keadaan ini boleh berlaku kepada semua orang termasuk diperingkat individu, kumpulan mahupun negara. Oleh itu, jika hati dapat diasuh dan diubah pastinya konflik yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah. Hati yang ikhlas dan pemikiran yang positif di kalangan aktor konflik akan dapat membantu kepada proses-proses perdamaian36. DASAR DAN PENDEKATAN KERAJAAN THAILAND Rathaniyom: Dasar Sosio-budaya Nasionalisme Siam dan Buddha Dasar Rathaniyom dilaksanakan pada tahun 1938 oleh Phibul Songkhram37. Melalui dasar ini hanya ciri-ciri kebudayaan Thai dan agama Buddha sahaja yang dibenarkan berkembang 36 Age, L. (2005) Tsunami and Conflict Transformation in Aceh in The SEACSN Bulletin. Research and Education for Peace Unit, USM. Penang. H. 8-10. 37 Phibul Songkhram merupakan seorang yang bersifat ultra-nasional dan mementingkan nasionalisme kesiaman dalam pemerintahannya. Beliau berpendapat bahawa semua warga negara Siam perlu menjadi satu bangsa untuk bersama-sama bekerja memajukan negara. Bagi mencapai hasrat ini, pada Jun 1939 beliau secara rasminya menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud tanah yang aman dan subur.
592
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
di Thailand. Semua rakyat Thai tidak kira kelompok yang mempunyai identiti dan budaya yang berbeza diwajibkan mematuhi dasar ini. Dasar ini bertujuan untuk menyatukan rakyat dalam memajukan kemajuan negara. Dari segi perlaksanaan, pada tahun 1940, Phibul menubuhkan Dewan Kebudayaan Thai atau Sepa Watana Tam bagi memperluaskankan fahaman ‘Nasionalism Kesiaman’ kepada rakyat di seluruh negara. Melalui institusi ini, Phibul mengumumkan tujuh dikri yang berbentuk arahan perundangan bagi memaksa rakyat mengikut akta-akta yang terdapat dalam dasar ini. Di Selatan Thailand, dikri yang diumumkan bertindak menghapuskan bahasa, bangsa dan budaya Melayu dan ditukar kepada budaya Thai, hukum perkahwinan dan faraid diketepikan dan diadili oleh mahkamah sivil, pakaian Melayu diharamkan, nama individu dan tempat ditukar ke nama Siam38.Dari segi pemakaian, mereka diwajibkan memakai pakaian potongan Barat seperti berseluar dan bertopi bagi lelaki dan bergaun serta ‘skirt’ bagi wanita. Manakala amalan harian, mereka diwajibkan makan dengan sudu dan menggunakan meja39. Phibul percaya bahawa kejayaan akan dapat dicapai melalui rancangan sosio-budaya yang berasaskan konsep nasionalisme, kebudayaan Siam dan agama Buddha. Rakyat pasti akan bekerjasama untuk memajukan negara setelah mempunyai satu pegangan satu bangsa dan satu negara dan saling bertoleransi untuk membangunkan sosio-budaya, ekonomi dan politik. Intergrasi nasional dan sekolah Pondok Dasar intergrasi nasional dimulakan oleh Sarit Thanarat pada 1957 setelah berjaya menggulingkan pemerintahan Phibul Songkhram. Beliau berpendapat program intergrasi yang dilakukan sebelum ini perlu dipertingkatkan lagi agar keamanan di selatan dapat dicapai sepenuhnya. Keamanan yang dimaksudkan merujuk kepada usaha menangkap ketua gerakan pemberontak dan mengintergrasikan budaya Thai dalam sekolah agama dan pondok. Lantaran itu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan 70 pemimpin Melayu Patani daripada pelbagai pertubuhan untuk membincangkan pembaharuan yang ingin dibawa di wilayah selatan. Hasil daripada pertemuan ini, beliau berjaya mendapat kerjasama daripada beberapa rakyat tempatan untuk mematahkan pertubuhan-pertubuhan gerakan pemisah40. Selain itu, bagi melemahkan pertubuhan gerakan pemisah, beliau menubuh pasukan risikan secara sulit untuk mendapatkan maklumat-maklumat disamping menimbulkan hasutan-hasutan yang boleh membawa perbalahan di kalangan ahli kumpulan gerakan pemisah. Strategi beliau berkesan apabila berjaya mengaitkan penangkapan Haji Muhamad Amin dan Haji Wan Salleh Abas selaku bekas wakil parlimen Yala atas tuduhan menderhaka kepada kerajaan dan bersubahat dengan komunis. Bagi memperkemaskan lagi intergrasi nasional ini, Sarit Thanarat telah mengarahkan sesiapa yang tidak menyokong dasar-dasar kerajaan walau dalam keadaan mana sekali pun akan dipisahkan daripada majoriti masyarakat Thai41. Dasar-dasar ini bertujuan untuk mengatasi pergolakan di Selatan Thailand melalui pembentukan masyarakat Thai yang mengamalkan satu budaya, satu bahasa, satu agama dan satu negara. Antara saluran yang digunakan adalah melalui sekolah agama dan pondok. Beliau melihat sekolah pondok merupakan nadi kepada pertumbuhan gerakan pemisah dan penghalang kepada dasar intergrasi yang ingin dibawa ke tiga wilayah ini. 38 Belitan sejarah (2000) [Online].[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://www. geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html 39 Al-Fatani, A.F. (1994),. Op.cit.H. 81. 40 Sekitar awal 60-an, telah wujud beberapa gerakan pemisah yang memperjuangakan kemerdekaan Patani. Antara, Barisan Revolusi Nasional Patani (BRN), Barisan Nasional Perjuangan Patani )BNPP) dan Pattani United Liberation Organisation (PULO). Tindakan yang dilakukan ialah melaksanakan kempen berdasarkan isu pendidikan agama Islam, isu bahasa dan keagungan Kesultanan Melayu Patani untuk mendapat sokongan daripada rakyat Melayu. Strategi yang digunakan dengan mengedar risalah-risalah dalam bahasa Melayu, Jawi, Thai dan Inggeris di seluruh wilayah selatan mahupun di sempadan luar. 41 Rahimmula, C.(2001) Peace Resolution : A Case Study of Separatism and Terrorist Movement in Southern Border Provinces of Thailand. [Online].[Akses: 2Ogos 2005]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http:// www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm
593
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Oleh itu, beliau memperbaharui sistem pendidikan di sekolah-sekolah pondok milik orang Melayu. Antaranya sekolah pondok diwajibkan menggunakan kurikulum selaras dengan sekolah-sekolah kerajaan. Mana-mana sekolah pondok yang tidak mengikut arahan tersebut tidak akan mendapat bantuan daripada kerajaan dan diancam penutupan. Guru-guru sekolah pondok juga turut dibawa melawat sekolah-sekolah agama di Bangkok untuk mendedahkan dengan sistem pengajaran yang selaras dengan sistem pendidikan kerajaan. Tujuan utama arahan dibuat adalah mengawal kegiatan sekolah-sekolah pondok yang dilihat mengancam kestabilan negara42. Peraturan 66/23; Akta Penghapusan Pengaruh Komunis dan Gerakan Pemisah Jeneral Prem Tinasulanond selaku Perdana Menteri Thailand pada tahun 1963. Beliau telah memperkenalkan “Peraturan 66/23” yang bertujuan untuk menamatkan revolusi komunis di Thailand sekaligus menghapuskan pengaruh gerakan pemisah. Beliau menjadikan Komunisme sebagai mekanisme untuk meningkat kerjasama antara orang Melayu dengan pasukan keselamatan dalam membentuk perdamaian dan menamatkan operasi gerakan pemisah. Beliau antara lainnya meminta agar perbezaan ideologi dilupakan seketika dan menumpukan kepada penghapusan pengaruh komunis di Thailand. Disamping itu, beliau menawarkan pengampunan kepada gerakan pemisah selain membaiki ketidakadilan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan. Dibawah “Peraturan 66/23”, kerajaan Thailand menubuhkan ‘43rd Civil-PoliceMilitary Joint Head’ (CPM 43) sebagai saluran kerjasama antara OMIP dengan pasukan keselamatan. Institusi ini berfungsi untuk memberi peluang kepada orang awam, gerakan pemisah dan kerajaan untuk berkerjasama membenteras pengaruh Komunis. Beserta dengan CPM 43 ini, kerajaan Thailand menubuhkan Administrative Center for the Administration of Southern Border Provinces (ACASBP) bertujuan untuk menyelesaikan jurang perbezaan dan stereotaip antara OMIP dengan pentadbir-pentadbir awam dan membentuk kerjasama untuk menghapuskan pengaruh gerakan pemisah. Perbezaan antara penjawat awam dengan OMIP telah lama wujud akibat daripada dasar Rathaniyom yang memisahkan antara orang Thai dengan orang Melayu. Keadaan ini menyebabkan timbul stereotaip antara dua kelompok ini dan menjadi punca utama kepada penindasan ke atas penduduk tempatan. Oleh itu, ACASBP bertindak menjadi saluran untuk OMIP meluahkan permasalahan ekonomi, pendidikan dan sebagai tempat untuk melaporkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai awam yang bertugas di tiga wilayah. Dasar ini telah mendapat kerjasama yang baik di kalangan OMIP dan berjaya mengekang pengaruh gerakan pemisah seterusnya membawa keamanan di tiga wilayah. Bagi pihak gerakan pemisah, keadaan ini memberi tekanan kepada mereka apabila penduduk tempatan mula menyokong kerajaan. Bekalan seperti makanan, pakaian, duit dan maklumat yang diterima daripada orang awam khususnya orang-orang kampung mula berkurangan. Malahan orang-orang awam telah menjadi agen pemberi maklumat mereka kepada kerajaan. Oleh itu, dilihat sekitar tahun 1980an, ramai anggota gerakan pemisah yang terdiri daripada BRN dan PULO menyerah diri. Justeru itu, dasar ini merupakan pencarian titik persamaan antara OMIP dengan kerajaan Thailand dan boleh dikatakan sebagai serampang dua mata. Disamping bekerjasama menentang Komunis CPM43, ia juga akan dapat menimbulkan kepercayaan penduduk tempatan dengan pihak berkuasa. Pendekatan Kekerasan Thaksin Shinawatra tahun 2004 – 2006 Thaksin Shinawatra yang memegang tampuk pemerintahan negara Thailand pada 2001 membawa perubahan yang besar dan drastik dalam menangani isu-isu dalaman negara. 42 Harish, S.P.(2006) Ethnic or Religious Cleavage? Investigating the Nature of the Conflict in Southern Thailand. Contemporary Southeast Asia. [Online]. Vol.28,Iss.1 : pg.48,22pgs. [Akses: 14 November 2006]. Boleh diperolehi melalui Laman Web:http://proquest.umi.com/ pqdweb?did=1075504961&sid=1&Fmt=3&clientId=27905&RQT=309&VName=PQD
594
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Di awal pemerintahan, beliau melaksanakan dasar memerangi penagihan dan pengedaran dadah di seluruh negara. Di Selatan Thailand, dasar ini sedikit sebanyak memberi tempias kepada kumpulan kongsi gelap43 yang selama ini menjalankan kegiatan pengedaran dadah, penyeludupan dan lain-lain lagi. Kewujudan kembali konflik pada 2004 dilihat oleh sebagai masalah dalaman negara dan perlu diuruskan berdasarkan undang-undang sivil. Oleh itu, Thaksin menggunakan akta-akta kekerasan seperti mengisytiharkan darurat kententeraan dengan menghantar lebih 12000 tentera dan polis bagi mengawal keselamatan orang awam dan mengesan pihak-pihak yang terlibat dalam menimbulkan huru-hara. Akta darurat yang disambung tiga bulan sekali ini dipinda bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas. Salah satu pindaan yang paling ketara apabila persidangan parlimen Bangkok bersetuju sebulat suara memberi kuasa mengurus konflik di Selatan Thailand adalah terletak di bawah Perdana Menteri tanpa gangguan mana-mana pihak. Dengan kuasa yang dimiliki, Thaksin menubuhkan Committee on Southern Thailand Provinces Peace-Building Policy (CSPPP) yang bertindak untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang terbaru ini. Dibawah badan ini, ditubuhkan pula Southern Provinces Administrative Committee (SPAC). Segala kajian dan kelulusan bagi program perdamaian di wilayah selatan Thailand adalah melalui badan-badan ini. Salah satu fungsinya ialah meminda Akta Darurat dan kelulusan penghantaran tentera dan polis. Badan ini pernah membuat pindaan dengan menambah jumlah bilangan tentera dan polis dari 12000 kepada 40000 orang. Kedua-dua badan yang berpusat di Bangkok in, turut dibantu oleh Southern Border Provinces Peacebuilding Command (SBPPC) bagi melaksanakan pindaanpindaan yang dibentuk. Antara pindaan lain yang dibuat ialah memberi kuasa kepada pihak keselamatan untuk menahan atau menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai militan. Mereka yang ditahan tidak memerlukan waran tangkap dari mahkamah dan jangka masa selama 30 hari tanpa bicara. Disamping itu juga, pihak berkuasa boleh merampas harta benda suspek tanpa waran. Pihak berkuasa juga boleh melaksanakan penapisan berita tentang sesuatu kejadian yang berlaku serta boleh mengharam penerbitan tertentu. Semua orang diwajibkan mendaftar talian telefon bimbit serta pihak berkuasa dibenarkan mencuri dengar perbualan telefon sesiapa sahaja. Pendekatan ketenteraan yang dibawa oleh Thaksin ini telah menimbulkan pelbagai insiden yang membawa kepada peningkatan intensiti konflik. Antara tindakan kerajaan yang ketara dan melampau ialah ketika Tragedi Tak Bai apabila melibat kematian orang awam yang tragis. Mereka diikat tangan, dipukul dan disusun secara berlapis-lapis dalam truk tentera sehingga menyebabkan sesak nafas dan kematian. Pengurusan Krisis Jeneral Surayud Chulanond Pendekatan Thaksin walau bagaimanapun tidak bertahan lama kerana pemerintahannya telah digulingkan melalui rampasan kuasa yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonrayatglink pada 19 September 2006. Sejurus selepas itu, Jeneral Surayud Chulanond telah dilantik sebagai Perdana Menteri sementara untuk menguruskan kekecohan politik negara dan juga konflik di tiga wilayah selatan Thailand. Surayud di awal perlantikannya menegaskan bahawa tugas utama kerajaan beliau ialah mengembalikan perpaduan masyarakat Thailand dan menyelesaikan konflik di Selatan Thailand44. Pendekatan beliau di selatan untuk 43 Keterlibatan kongsi gelap dalam konflik di tiga wilayah diperakui oleh Chalida Tajaroensuk, aktivii dari Forum Asia. Beliau ketika ditemubual pada 6 Januari 2007 yang menyatakan keadaan konflik semakin keliru dengan kehadiran pelbagai aktor yang berperanan menimbulkan konflik. Salah satunya adalah kongsi gelap atau mafia yang mana cuba menghuru-harakan keadaan supaya aktiviti yang dijalankan dapat mengelak daripada pihak berkuasa. Apabila berlakunya kejadian atau insiden, pihak berkuasa selalunya akan menuduh kejadian tersebut dilakukan oleh gerakan pemisah walaupun ia berlaku disebabkan urusan peribadi. Kelemahan pasukan berkuasa untuk mengenalpasti sesuatu kejadian menyebabkan kumpulan kongsi gelap megambil peluang untuk meneruskan aktiviti mereka. 44 Junta Tentera Thailand dan Nasib Bangsa Melayu Patani!. Artikel daripada laman Web Pattani United Liberation Organization (PULO). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web:
595
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
mententeramkan kembali keadaan di mana yang dihuru-harakan semasa pemerintahan Thaksin dan menggunakan dasar berbaik-baik dengan OMIP45. Dasar yang ingin berbaikbaik ini diterjemahkan melalui permohonan maaf secara terbuka kepada OMIP ekoran pendekatan Thaksin sebelum ini banyak memberi tekanan kepada masyarakat di tiga wilayah. Sebagai tanda keikhlasan beliau, melalui Pejabat Peguam Negara, kerajaan telah menggugurkan dakwaan ke atas 92 penduduk Islam yang terbabit dalam demontrasi antikerajaan di Tak Bai. Beliau kemudiaannya menghidupkan kembali SBPAC atau So O Bo To yang satu ketika dahulu berjaya mengurangkan keganasan pada 1970an tetapi badan ini dibubarkan oleh Thaksin pada 2002 kerana dianggap tidak memberi sebarang faedah46. Selain itu, Surayud turut meminta sokongan dan bekerjasama dengan Malaysia selaku jiran terdekat untuk menyelesaikan pergolakan yang berlaku..Usulan ini diterima oleh Malaysia dengan menubuhkan Task Force 2010 (Malaysia) dan Task Force 960 (Thailand). Penubuhan kedua institusi ini bertujuan untuk mengurus dan menyelaraskan program-program yang diberi oleh kerajaan Malaysia untuk membawa keamanan di tiga wilayah. Walau bagaimanapun respon daripada OMIP majoritinya menunjukkan masih berbelah bagi menerima hasrat kerajaan Thailand untuk membentuk perdamaian di tiga wilayah. Mereka kebanyakannya mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana kebiasaannya ucapan pemimpin atau dasar kerajaan Thailand adalah berbeza dengan apa yang dilaksanakan47. ISU-ISU KONFLIK DAN KEBANGKITAN GERAKAN PEMISAH; KEMERDEKAAN / POLITIK, SEJARAH, IDENTITI DAN BUDAYA Perkembangan politik di tiga wilayah Selatan Thailand dibelenggu oleh tindakan seperti penindasan, diskriminasi, pembunuhan dan rasuah. Anand Panyarachun bekas Perdana Menteri Thailand dan juga pengarah National Reconciliation Commission (NRC) ketika ditemubual menyatakan,“Masalah utama di Selatan Thailand adalah politik, manakala sosial, ekonomi, identiti adalah suatu yang kecil sahaja. Jadi, politik perlu ditukar dengan politik untuk menyelesaikan masalah”48. Isu politik dalam konflik ini adalah menjurus kepada politik pemisahan. OMIP melalui kumpulan gerakan pemisah berjuang menggunakan senjata untuk memerdekakan wilayah mereka daripada kerajaan Thailand dan membentuk pemerintahan sendiri yang berdaulat. Isu ini timbul sejak awal lagi di mana selepas penjajahan kerajaan Siam ke atas negeri Patani pada tahun 1786. Keadaan ini berterusan dari generasi ke satu generasi di kalangan OMIP untuk menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Thailand. Banyak buku yang memaparkan penulisan tentang pergolakan politik Patani dan kesusahan yang dihadapi oleh OMIP setelah kuasa politik mereka dirampas oleh kerajaan Thai49. Antaranya memaparkan perjuangan politik oleh OMIP melibatkan pelbagai adegan http://www.puloinfo.net/?Show=ReadArticles&ID=46 45 Perubahan dasar Surayud di selatan Thai tepat (2006). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my 46 Hasan, A.Z. (2006) Bersama mencari keamanan. [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my 47 Temubual dengan Tuan Suri Bin Tuan Wae, Pengarah Pentadbiran Kerajaan Tempatan, Bandaran Tanjung, pada 9 Ogos 2006. Bertempat di pejabat Pentadbir Kerajaan Tempatan, Bandaran Tanjung. Pattani, Thailand 48 Temubual dengan Anand Panyarachun, Ketua National Reconciliation Commission (NRC), pada 7 September 2006. Bertempat di Lobi hotel C.S Patani. Patani, Thailand. 49 Penulis-penulis yang melakarkan kesengsaraan perjuangan politik Patani ialah Nik Anuar Bin Nik Mahmud dalam bukunya yang berjudul Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954, Ibrahim Syukri dalam bukunya yang berjudul Sejarah Kerajaan Patani, Abddurahman Bin Daud dalam bukunya yang berjudul Patani dalam Kenangan Umat, Sejarah dan Politik untuk Warga Masyarakat Patani Darulsalam (Teks Jawi), Mohd Zamberi A. Malek dalam bukunya yang berjudul Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik, Ahmad Fathy Al-Fatani dalam bukunya yang berjudul Pengantar Sejarah Patani, A. Bangnara dalam bukunya yang berjudul Patani: Dahulu dan Sekarang (Teks Jawi) dan Wan Abdul Kadir Che Man dalam bukunya yang berjudul ‘Muslim Separatism: The Moros of Southern Philippine and The Malays of Southern Thailand’.
596
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
keganasan dengan jumlah kematian dan kemusnahan meningkat saban hari. Kes-kes orang hilang dan mati di kalangan pemimpin politik menjadi lumrah dalam konflik ini dan sering kali menimbulkan ketegangan yang memuncak melibatkan jumlah kematian yang ramai dalam satu-satu kejadian50. Perjuangan menuntut kemerdekaan ini adalah bermula dengan semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan OMIP. Kemerdekaan yang dimaksudkan bukan sahaja berkenaan dengan merebut kuasa politik ke atas tiga wilayah tetapi merangkumi kebebasan pengamalan identiti, budaya, sosial, ekonomi dan pendidikan sebagai kumpulan minoriti. Surin Pitsuwan dalam bukunya menyatakan dari segi budaya, Melayu muslim di Selatan Thailand adalah hak kepunyaan dunia Melayu, cuma dari segi politik, mereka sebahagian daripada bangsa Thai yang berteraskan kepada agama Buddha51.Tuntutan ini timbul akibat daripada keputusan kerajaan Thailand yang menafikan hak OMIP terhadap wilayah mereka. Penafian ini dibuat berasaskan kepada perlembagaan negara Thailand yang tidak membenarkan mana-mana wilayah di dalam kedualatan negara Thailand dibelah bahagikan. Jadi, penafian ini dijelmakan melalui dasar-dasar dan pendekatan-pendekatan yang bersifat menyekat tuntutan tersebut. Dasar-dasar ini secara tidak langsung membentuk satu halangan dan jurang antara rakyat dengan kerajaan. Akhirnya, jurang antara kedua kelompok ini telah membawa kepada konflik yang berpanjangan setelah pendekatan ketenteraan digunakan sebagai alat untuk menekan mencapai perdamaian yang negatif. Sejarah, identiti dan budaya OMIP mengalami proses asimilasi apabila kerajaan Thailand memperkenalkan dasar kebudayaan Thai-Buddha yang mewajibkan semua rakyatnya mengamalkannya. Dasar yang memaksa mengamal identiti dan budaya ThaiBuddha ini mendatangkan masalah besar kepada OMIP apabila ia secara jelas bertelagah dengan ajaran Islam dan budaya Melayu. Mereka tidak boleh berkompromi dalam hal ini kerana agama Islam telah menggariskan amalan-amalan untuk umatnya yang wajib dipatuhi. Tindakan kerajaan Thailand ini dilihat tidak menghormati nilai-nilai hidup kelompok mereka dan menyebabkan OMIP bangkit mempertahankan hak-hak mereka sebagai orang Melayu muslim. Dari sudut sejarah, asimilasi ini bermula semasa pemerintahan Phibul Songkhram apabila beliau memperkenalkan Rathaniyom dan diteruskan oleh pemimpinpemimpin selepasnya. Dalam dasar ini, bahasa dan budaya Melayu cuba dihapuskan, hukum perkahwinan dan faraid diketepikan, pakaian Melayu diharamkan manakala pakaian barat diwajibkan, nama individu dan tempat ditukar ke nama Siam52. Contohnya, Senggora kepada Songkhla, Ligor kepada Nakhorn Sri Thamarat, Becah Herong kepada Cho Ai Rong, Teluk Hala kepada TaLoHaLO, Bendang Setar kepada Ban Nang Sata, Binjai Lima kepada Yarang, Jambu kepada Yaring, Teluban kepada Saiburi dan banyak lagi. Justeru itu, dasar ini memberi kesan yang ketara sehingga ke hari ini apabila ramai anak-anak muda Melayu tidak lagi gemar bertutur dalam bahasa Melayu dan berasa bangga menggunakan bahasa Thai53. Walaupun begitu, pegangan OMIP terhadap budaya, agama dan bangsa masih lagi utuh. Contohnya dari sudut agama, walaupun semasa pemerintahan Phibul memberi tekanan yang cukup hebat kepada agama Islam seperti menukar undang-undang syariat kepada udang-undang sivil54 tetapi hingga ke hari ini didapati masih lagi kedengaran azan-azan dicorong-corong masjid dan surau. Begitu juga dengan anak-anak perempuan Melayu yang masih memakai tudung dan menutup aurat. 50 Temubual dengan Isamaili Alikkuntor, pelajar Hat Yai University, pada 22 Mac 2007. Bertempat di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Malaysia. Responden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan. 51 Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University. H. 28. 52 Belitan sejarah (2000) [Online],[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://www. geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html 53 Temubual dengan Salhi Awae, pegawai penyelidik Research Center for Peace Building, Mahidol University, pada 5 Disember 2006. Bertempat di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Responden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan. 54 Nik Mahmud, N. A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 [Online].[Akses 23 Januari 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://fanzalika.tripod.com/malay/patani/kepala_%20 sejarah.html.
597
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KONFLIK DI SELATAN THAILAND: SATU PENGANALISAAN TERHADAP ISUISU KONFLIK DAN DASAR-DASAR KERAJAAN THAILAND Konflik di Selatan Thailand mengalami pergolakan yang begitu lama. Dalam usia yang melebihi dua dekad, pastinya konflik ini mengalami pelbagai proses transformasi yang disebabkan oleh persekitaran konflik dan tekanan atau pengaruh dari dalam dan luar. Elemen-elemen transformasi yang melibatkan kontek, struktur, aktor dan isu dilihat wujud dalam konflik ini dan saling berkait antara satu sama lain. Justeru, penganalisaan ini akan menghuraikan elemen-elemen transformasi ini yang berlaku dalam konflik di Selatan Thailand. Dari segi transformasi kontek, konflik ini telah lama berlaku khususnya yang berkaitan dengan kontek dalaman konflik. Kontek dalaman ini merujuk kepada OMIP sendiri yang mengalami perubahan persepsi dan motivasi terhadap matlamat perjuangan dan isu konflik. Pada awalnya, OMIP berjuang atas dasar memerdekakan negeri Patani tetapi telah berubah kepada perjuangan untuk mempertahankan identiti dan budaya. Mereka merasakan identiti dan budaya merupakan nilai hidup yang amat penting untuk dipertahankan berbanding wilayah yang diduduki. Oleh itu, dasar Rathaniyom yang bertindak mengasimilasikan identiti dan budaya mereka ke dalam budaya Thai-Buddha telah menukar persepsi dan motivasi OMIP untuk lebih menumpukan perjuangan mereka kepada membebaskan pengamalan identiti dan budaya serta mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Thailand berbanding perjuangan kemerdekaan wilayah. Sebagai contoh, kejadian seperti pembakaran sekolah dan tembak guru di Selatan Thailand merupakan salah satu tindak balas OMIP melalui Runda Kumpulan Kecil (RKK) untuk menunjukkan bahawa sekolah dan guru merupakan agen kepada asimilasi budaya Thai-Buddha ke atas anak-anak orang Melayu di Selatan Thailand. Mereka bertindak sedemikian adalah kerana terpaksa dalam mempertahankan identiti dan budaya Melayu yang dilihat semakin pupus akibat asimilasi kerajaan Thailand55. Selain itu, konflik ini juga mengalami transformasi dari segi kontek luaran yang melibatkan peralihan dari peringkat tempatan kepada antarabangsa. Transformasi ini boleh dikatakan sebagai transformasi yang konstruktif kerana ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan intensiti konflik. Bermula daripada tragedi Masjid Kerisik dan Tak Bai, ramai pihak-pihak luar khususnya OIC dan negaranegara ahli anggota ASEAN mulai memberi perhatian kepada konflik ini. Kematian umat Islam dalam jumlah yang ramai dan bentuk kezaliman yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Thailand menjadi faktor kepada keperihatinan dan simpati pertubuhan ini untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul. OIC selaku pertubuhan antarabangsa melalui setiausahanya Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu bersama deligasi yang lain pernah melawat tiga wilayah dan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Thailand bagi meraih komitmen untuk bersama-sama mencari solusi konflik. Pertemuan antara OIC dengan kerajaan Thailand diadakan pada 1 Julai 2007 dan berjaya mendapat persetujuan daripada Panich Vikitsreth, Menteri Luar Thailand untuk bekerjasama dengan OIC untuk memperkuatkan kerja-kerja perdamaian dan pembangunan OMIP di tiga wilayah. Melihat kepada situasi ini, dapat dijelaskan bahawa konflik ini mengalami transformasi kontek ke peringkat antarabangsa dan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kerajaan Thailand yang selama ini melakukan penindasan terhadap OMIP apabila segala gerak geri mereka diperhatikan oleh pihak luar. Selain itu, tekanan yang diterima oleh pihak luar membuatkan kerajaan Thailand lebih serius dalam menyelesaikan permasalah di Selatan Thailand dengan kadar segera. Secara keseluruhannya, transformasi kontek ini turut melibatkan proses transformasi struktur khususnya elemen aktor konflik dan pendekatan hubungan. Transformasi struktur 55 Temubual dengan Abu Daud Alikontor, ahli Runda Kumpulan Kecil (RKK), pada 10 Julai 2006. bertempat di Patani, Thailand. Responden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan.
598
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang berlaku dalam konflik di Selatan Thailand memang banyak, namun perbincangan ini hanya menumpukan kepada dua elemen ini sahaja. Dari segi aktor, konflik ini mengalami penambahan bilangan aktor utama mahupun sampingan. Konflik dilihat semakin rumit untuk diselesaikan apabila kehadiran aktor-aktor baru seperti kongsi-kongsi gelap atau penjenayah yang mengambil peluang daripada konflik ini untuk menjayakan aktiviti mereka. Seperti yang dihuraikan sebelum ini yang mana kongsi gelap sengaja melakukan pembunuhan untuk memastikan intensiti konflik meningkat. Tujuan tindakan ini dibuat supaya tumpuan pasukan keselamatan kepada gerakan pemisah dan mengurangkan kepada aktiviti pencegahan jenayah yang dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana pasukan keselamatan tidak dapat membezakan antara kejadian jenayah dan serangan gerakan pemisah, malahan semua kejadian ini dirangkum sebagai perbuatan gerakan pemisah. Selain itu, peranan pihak luar seperti yang dibincangkan di atas turut mengubah struktur konflik dan juga mempengaruhi keputusan dan pendekatan pihak-pihak yang berkonflik. Hal ini dapat dilihat dalam struktur hubungan antara kerajaan Thailand dengan OMIP yang mana Surayud Chulanond mengubah pendekatan secara lembut. Pendekatan ini adalah sedikit sebanyak terpengaruh dengan tekanan pihak luar untuk kerajaan Thailand bertindak lebih adil dan menghormati hak asasi manusia. Surayud mengakui kesilapan pendekatan Thaksin dan secara terbuka memohon maaf kepada OMIP dan berjanji menggunakan pendekatan lembut untuk menyelesaikan masalah di Selatan Thailand. Pendekatan ini kemudiannya disambung oleh Abhisit Vijjajeva yang mahu konflik ini diselesaikan dengan baik. Abhisit juga turut mengundang mana-mana pemimpin negara luar untuk memberi pandangan dan bantuan dalam menyelesaikan konflik ini dan turut mengadakan program pembangunan ekonomi di tiga wilayah. Antara program yang dijalankan turut melibatkan kerajaan Malaysia khususnya dalam memberi kemahiran dan pendidikan kepada OMIP di tiga wilayah melalui penubuhan Task-Force 2010 (Malaysia) dan Task-Force 960 (Thailand). Justeru, hubungan antara kerajaan Thailand dengan OMIP mengalami transformasi yang konstruktif dan ini dapat dibuktikan apabila selepas tragedi Tak Bai, tiada lagi berlaku peristiwa-peristiwa besar yang menarik perhatian semua pihak. Tragedi Tak Bai juga boleh dikatakan sebagai satu proses tekanan dalaman untuk menghasilkan transformasi struktur perhubungan antara kerajaan Thailand dengan OMIP. Walaupun konflik ini berbentuk asimetrik namun setiap keputusan kerajaan Thailand tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya untuk memihak kepada mereka. Oleh itu, Demonstrasi yang berlaku sebelum tragedi Tak Bai dan demonstrasi-demonstrasi lain merupakan tekanan OMIP kepada kerajaan Thailand untuk mengubah pendekatan yang selama ini menekan, menakut-nakutkan, menindas dan menzalimi penduduk Melayu di tiga wilayah. Transformasi struktur dalam konflik ini turut melibatkan perubahan isu-isu konflik. Transformasi isu secara konstruktif seperti yang dibincangkan sebelum ini adalah mengubah isu-isu yang susah diselesaikan kepada isu-isu yang senang dirunding dan mencapai kompromi. Selain itu juga pemimpin negara boleh membentuk isu-isu yang boleh menyatukan aktor-aktor konflik dan menyelesaikan isu tersebut secara bersama. Secara umumnya, transformasi isu yang melibatkan pengubahan kepada isu-isu yang senang diselesaikan masih belum berlaku di Selatan Thailand. Malahan, perubahan isu ini berlaku sebaliknya iaitu isu yang senang diselesaikan telah berubah kepada isu yang susah diselesaikan. Sebagai contoh, kemerdekaan selaku isu utama dalam konflik ini adalah melibatkan wilayah yang mungkin senang mencapai diselesaikan kerana senang diagihkan. Namun, setelah Rathaniyom dilaksanakan maka timbul isu-isu seperti identiti dan budaya yang sememangnya sukar diselesaikan kerana ia melibatkan nilai-nilai hidup OMIP yang tidak mungkin mencapai kompromi. Oleh itu, transformasi isu di Selatan Thailand mengalami proses yang destruktif dan mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan konflik ini semakin rumit dan berpanjangan. Namun begitu, terdapat juga usaha kerajaan Thailand melalui Prem Tinasulanonde yang menjadikan pendekatan 599
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
transformasi isu sebagai langkah perdamaian di Selatan Thailand. Pendekatan yang digunakan ialah dengan membentuk isu bersama yang melibatkan OMIP dengan pasukan keselamatan dalam memerangi pengaruh komunis di tiga wilayah. Isu komunis ini merupakan isu bersama yang perlu diperangi oleh OMIP dan juga pasukan keselamatan. Penyatuan ini dibentuk melalui penubuhan CPM-43 dan ACASBP yang dikenali sebagai SBPAC pada hari ini. Sekitar tahun 80an, pendekatan ini mendapat maklumbalas yang positif di kalangan OMIP dan mereka mulai bekerjasama dengan kerajaan Thailand amnya dan mula mengurangkan komitmen untuk menyokong gerakan pemisah. Pengaruh gerakan pemisah semakin berkurang menyebabkan mereka kurang aktif sekitar tahun 80an hingga 90an, sehinggalah muncul kembali pada tahun 2004. Perubahan terhadap isu adalah disebabkan oleh perubahan dalam aktor-aktor konflik. Setiap keputusan yang dibuat oleh aktor-aktor konflik akan mempengaruhi situasi konflik. Oleh itu, aktor konflik di Selatan Thailand selepas tahun 2004 mengalami transformasi yang cukup ketara, sama ada dari segi pemimpin mahupun strategi yang digunakan. Tumpuan perbincangan adalah kepada PULO dan BRN yang dilihat aktif pada masa ini. PULO hari ini turut mengalami proses transformasi apabila mengalami perpecahan dalam pertubuhan. Perpecahan ini berlaku pada tahun 1995 akibat perbezaan ideologi, matlamat dan pendekatan yang membawa kepada kumpulan serpihan yang dikenali sebagai NewPULO. Walau bagaimanapun masih belum jelas peranan yang dimainkan oleh kedua kumpulan ini kerana mereka tidak menghebahkan organisasi dan aktiviti yang dijalankan. Kemungkinan ini merupakan salah satu transformasi dalam strategi mereka kerana penggunaan pendekatan sebelum ini tidak mendatangkan kesan dalam mencapai matlamat mereka. Begitu juga dengan BRN yang mana wujudnya RKK yang berperanan menyerang pasukan keselamatan dan tempat-tempat awam. Setiap serangan yang dilakukan dilihat menggunakan perancangan yang cukup rapi sehingga menyukarkan pasukan keselamatan mengesan mereka. Strategi yang digunakan juga mengalami transformasi apabila mereka tidak lagi tinggal di hutan atau bukit dan bersembunyi dalam masyarakat awam. Selain itu, setiap serangan yang dilakukan tidak disusuli dengan kenyataan pengakuan oleh pihak mereka. Dari segi sasaran pula, selain daripada pasukan keselamatan mereka juga menyerang orang awam yang terdiri daripada pegawai kerajaan, sami-sami Buddha, Ustaz atau Imam, orang perseorangan dan lainlain lagi. Perubahan ini kemungkinan disebabkan berlaku transformasi dalam kepimpinan setiap pertubuhan. Pemimpin pertubuhan telah bertukar tangan, maka pendekatan dan peraturan pertubuhan akan turut bertukar mengikut persepsi dan perspektif pemimpin yang baru. Bagi mengenalpasti perubahan pemimpin ini agak sukar kerana kedua-dua pertubuhan ini menggunakan pendekatan bersembunyi dan belum mengisytiharkan pergerakan mereka secara rasmi. Tambahan pula, kerajaan Thailand yang belum mengiktiraf pertubuhan ini sebagai pertubuhan gerakan pemisah. Transformasi aktor juga berlaku dalam kerajaan Thailand yang mana sekitar tahun 70an, kerajaan Thailand di bawah Prem Tinasulanond mengiktiraf pertubuhan gerakan pemisah ini dan pernah berlaku perundingan antara BRN dengan Tentera Bahagian Keempat di Selatan Thailand. Namun, pertukaran pemimpin kerajaan Thailand telah menyebabkan berlaku perubahan pendekatan khususnya semasa pemerintahan Thaksin Shinawatra yang tidak mengiktiraf pertubuhan gerakan pemisah dan menganggap pergolakan yang berlaku adalah masalah jenayah domestik dan merupakan masalah dalaman Thailand. Pendekatan ini masih diteruskan oleh Abhisit Vijjajeva sehingga ke hari ini, dan ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan konflik sukar diselesaikan kerana perundingan secara rasmi tidak dapat dijalankan. Justeru, elemen-elemen transformasi yang dibincangkan di atas merupakan perubahan yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Transformasi konflik di Selatan Thailand mengalami kedua-dua sifatnya iaitu konstruktif dan destruktif. Secara umumnya, konflik ini masih belum mencapai penyelesaian yang terbaik kerana transformasi konflik 600
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang berlaku tidak disokong oleh usaha-usaha pembinaan perdamaian. Walaupun begitu, dalam konflik yang bersifat asimetrik yang berlaku di Selatan Thailand ini, usaha pembinaan perdamaian ini turut bergantung kepada keputusan pihak kerajaan Thailand. Selagi mereka menyatakan ini konflik di Selatan Thailand sebagai masalah dalaman negara Thailand, selagi itulah usaha pembinaan perdamaian sukar dilaksanakan di wilayah konflik. Dengan ini, perlu ada mekanisme tertentu untuk mempengaruhi keputusan kerajaan Thailand untuk menjadikan konflik ini terbuka dan memberi ruang kepada pihak luar untuk campurtangan. KESIMPULAN Konflik di Selatan Thailand bukan perkara baru untuk diperkatakan, malahan usianya yang begitu lama menyebabkan pelbagai perubahan yang berlaku. Konflik yang bersifat dinamik telah membawa tiga wilayah ke kancah yang lebih rumit sehingga mengorbankan ribuan nyawa dan kemusnahan harta benda. Usia yang begitu lama menunjukkan konflik ini belum berjaya diselesaikan sepenuhnya walaupun sekitar tahun 80an konflik ini dilihat reda. Namun, menjelang tahun 2004 ia muncul kembali apabila berlaku perubahan pendekatan pemimpin kerajaan Thailand dalam mengurus konflik ini. Isu utama dalam konflik ini adalah kemerdekaan ke atas wilayah Patani yang dituntut oleh OMIP dan berkembang kepada isuisu identiti dan budaya. Perkembangan isu ini selain sifat konflik yang dinamik tetapi juga disebabkan kelemahan kerajaan Thailand yang berfikiran sempit terhadap pengamalan identiti dan budaya kelompok lain. Pemimpin yang berbangsa Thai melihat identiti dan budaya Melayu melalui kacamata budaya sendiri sehingga bertindak secara salah dengan menafikan hak orang lain. Kemungkinan pemimpin Thai menganggap identiti Thai merupakan yang terbaik dan sesuai untuk semua kelompok dalam negara Thailand. Buktinya, mereka mempunyai semangat nasionalisme identiti yang tinggi apabila bertindak membentuk ideologi ‘Dunia Thai’ yang merangkumi kelompok mereka sahaja. Justeru, timbul elemen ethnocentrisme terhadap kelompok mereka dan sanggup menghapuskan identiti dan budaya Melayu. Fahaman inilah yang membawa kepada permasalahan di Selatan Thailand apabila bahasa Melayu, tulisan jawi, agama Islam dan bangsa Melayu yang dimiliki oleh OMIP di Selatan Thailand telah disekat dan dipaksa mengamalkan budaya Thai-Buddha. Hari ini, permasalahan identiti dan budaya ini dilihat sudah menjadi penyebab utama kepada tuntutan kemerdekaan ke atas negeri Patani. Justeru, pada pandangan saya, bagi mencari penyelesaian konflik di Selatan Thailand adalah menumpukan kepada usaha-usaha pembinaan perdamaian yang bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan Thailand bagi mengiktirafkan identiti dan budaya Melayu-Islam di Selatan Thailand. Hal ini kerana kedua isu ini merupakan nilai-nilai hidup yang sukar untuk dibahagi-bahagikan. Tambahan pula, konflik yang berlaku adalah pertembungan antara dua kelompok berbeza yang mungkin berlaku pertelagahan pemahaman terhadap budaya antara satu sama lain. Justeru, usaha yang perlu dijalankan ialah meningkat keupayaan OMIP selaku kelompok minoriti untuk sama level dengan kerajaan Thailand bagi memudahkan perundingan. Peningkatan keupayaan ini termasuk sokongan pihak luar seperti pemimpin negara, pertubuhan antarabangsa ,NGOs dan institusi-institusi kerajaan seperti universiti, pusat-pusat penyelidikan, jaringan kerjasama dan lain-lain lagi. Setiap pihak perlu memainkan peranan mengikut level dan keupayaan masing-masing sama ada dari peringkat bawahan ( masyarakat lokal) sehinggalah atasan (pemimpin negara dan PBB, ASEAN dan OIC). Tekanan dan pengaruh merupakan elemen penting untuk melobi kerajaan Thailand bagi membuka konflik ini ke kontek antarabangsa bagi membolehkan pihak luar campurtangan. Dengan ini, usaha yang penting perlu dilakukan oleh semua pihak sama ada dari dalam mahupun luar adalah meningkatkan keupayaan OMIP dan ruang campurtangan pihak luar, kerana konflik ini berbentuk asimetrik yang mana kekuasaan dan keistimewaannya adalah memihak kepada kerajaan Thailand 601
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Buku Age, L. (2005) Tsunami and Conflict Transformation in Aceh in The SEACSN Bulletin. Research and Education for Peace Unit, USM. Penang. A. Malek, M,Z. (1993) Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam, Hizbi. Fathy, A. (1994) Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar, Pustaka Darussalam. Lederach, J. P. (2003) The Little Book of Conflict Transformation. United States of Amerika, Good Book, Intercourse. Mahmood, S.S. (1990) De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the MalayMuslim Movement in Southern Thailand, 1980 – 1994. Philippines, Quezon City 1101. Syukri, I. (2002) Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Mahmud, N.A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 – 1954. (Versi Jawi). Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Vayrynen, R. (1991) New Direction in Conflict Theory: Conflict Resolution and Conflict Transformation. London, SAGE Publication Ltd. Tesis Pitsuwan, S. Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the MalayMuslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University. Kaewtipayanate, B. (2008) Peace Journalism and the Tak Bai Incident: the case of the Bangkok Post and the Nation’s coverage on the Southern Conflict in Thailand. M. A Tesis, Orebro University. Yaacob, C, M, A. (2009) Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian. MA Tesis. Universiti Sains Malaysia Kertas Persidangan dan Seminar Danial, M. (2004) Konflik Selatan Thailand dan Transformasi Sosial. Pembentangan Kertas Kerja Sempena Minggu Perdamaian Universiti Sains Malaysia Ke-3. Pada 14 Disember 2004. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. Laman Web dengan Nama Penulis Ayub, T.S. (2004) Insiden Pembunuhan Umat Islam di Selatan Thailand. Dlm. Persidangan Parlimen Malaysia Kesebelas, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga. [Online].[Akses: 17 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/ DR23112004.pdf Bakar, Z. (2004) Rasa tidak tenang Tok Ayah terjawab selepas subuh- masjid bersejarah catat kisah sedih.[Online].[Akses: 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my Harish, S.P.(2006) Ethnic or Religious Cleavage? Investigating the Nature of the Conflict in Southern Thailand. Contemporary Southeast Asia. [Online]. Vol.28,Iss.1 : pg.48,22pgs. [Akses: 14 November 2006]. Boleh diperolehi melalui Laman Web:http://proquest.umi.com/ pqdweb?did=1075504961&sid=1&Fmt=3&clientId=27905&RQT=309&VName=PQD Hasan, A.Z. (2006) Bersama mencari keamanan. [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my Jitpiromsri, S. (2010) Sixth year of the Southern Five: Dynamics of Insurgency and Formation of the New Imagined Violence. [Online].[Akses: 2 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/node/730 Miall, H. (2001) Conflict Transformation: A Multy-Demensional Task. [Online].[Akses: 28 November 2009]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.inglewhite.net/pfp/ pdfpapers/p2-miall_handbook.pdf 602
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Nik Mahmud, N. A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 [Online].[Akses 23 Januari 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://fanzalika.tripod.com/malay/ patani/kepala_%20 sejarah.html. Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University. Rahim, A.F. (2009) Ditembak dalam masjid [Online].[Akses: 15 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my Rahimmula, C.(2001) Peace Resolution : A Case Study of Separatism and Terrorist Movement in Southern Border Provinces of Thailand. [Online].[Akses: 2 Ogos 2005]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm Zulkiflee, B. (2004) Penduduk dakwa 100 maut – Thailand akui 84 terbunuh dalam tragedi berdarah di selatan Thai [Online]. [Akses 27 Oktober 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=1027&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm Laman Web tanpa Nama Penulis An interview on the ongoing southern conflict with Abhisit & Thavorn.(2009).[Online].[Akses: 3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/ node/371 Belitan sejarah (2000) [Online],[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://www.geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html Junta Tentera Thailand dan Nasib Bangsa Melayu Patani!. Artikel daripada laman Web Pattani United Liberation Organization (PULO). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.puloinfo.net/?Show=ReadArticles&ID=46 Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO). [Online].[Akses: 3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman web: http://www.pmhro.net/?S=Geograph Penyerang bakar 18 sekolah, empat askar terbunuh (2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my Perubahan dasar Surayud di selatan Thai tepat (2006). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my Selatan Thai berdarah – 107 militan, 5 askar terbunuh dalam pertempuran di tiga wilayah (2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http:// www.utusan.com.my Thailand Human Development Report 2007: Sufficiency Economy and Human Development. (2007) [Online].[Akses: 6 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www. undp.or.th/download/NHDR2007bookENG.pdf
603
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENGARUH PENTADBIR TERHADAP TAHAP PENERIMAAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA DI SEKOLAH Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, Mahizer Hamzah & Wong Kung Teck Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Sultan Idris,35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pentadbir sekolah terhadap penerimaan pembelajaran maya di sekolah. Kajian ini melibatkan 228 orang guru sekolah menengah di negeri Selangor. Aspek penerimaan pembelajaran maya ditentukan menggunakan instrumen penerimaan teknologi manakala sokongan pentadbir ditentukan menggunakan Skala Galakan. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap galakan pentadbir terhadap aplikasi pembelajaran maya bagi tujuan penilaian, hebahan dan pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap sederhana. Tahap penerimaan pembelajaran maya di sekolah adalah rendah. Analisis lanjutan menunjukkan terdapat pengaruh sokongan pentadbir terhadap tahap penerimaan pembelajaran maya. Justeru, pentadbir perlu memainkan peranan sebagai agen penyebaran yang bertanggungjawab untuk membantu menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan inovasi teknologi, membantu guru cara menggunakannya serta sentiasa mempunyai strategi dalam meyakinkan guru lain untuk mengaplikasikan pembelajaran maya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci:
Pembelajaran Maya, Sokongan Pentadbir.
PENGENALAN Peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi kesan yang radikal kepada dunia pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang amat pesat ini juga telah memberi impak yang sangat ketara dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 (PPPM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meletakkan penggunaan ICT sebagai salah satu keutamaan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pemblajaran (PdP) di sekolah-sekolah. Hal ini telah memberi dimensi dan cabaran berbeza kepada guru-guru. Pembelajaran tidak lagi semata-mata di dalam bilik darjah tetapi berjalan di mana-mana sahaja dan sepanjang masa. Aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya di sekolah Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program tranformasi pendidikan antaranya pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya di sekolah. Di bawah projek 1Bestari Net, sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan satu platform berupaya mewujudkan satu persekitaran Pembelajaran maya yang dikenali sebagai Frog VLE. Pelaksanaan Frog VLE di sekolah adalah satu pendekatan yang diyakini dapat memenuhi keperluan mod pembelajaran pelajar pada masa kini, termasuk sumber dan persekitaran pembelajaran pelajar. Selain itu ia dikatakan akan memberi banyak faedah kepada sekolah kerana boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, meningkatkan motivasi, peluang pembelajaran kendiri dan pengintegrasian ICT dalam PdP dengan lebih baik (BECTA, 2004) serta kesan yang positif (Gill & Shaw, 2004). Namun begitu kajian awal menunjukkan tahap penggunaan Frog VLE dalam kalangan guru adalah rendah (Aman Shah 2014). Jika diteliti kepada dapatan kajian yang berkaitan dengan penggunaan teknologi, pelbagai aspek yang menunjukkan ada hubungan dengan tahap penggunaan ICT di sekolah. Menurut Mohd. 604
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Sani et al. (2008), pengetua atau pentadbir sekolah merupakan organisasi yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengintegrasian ICT dalam PdP guru. Sokongan yang diberikan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dalam mengaplikasikan ICT dalam pentadbiran sekolah. Sokongan serta keperihatinan pentadbir sekolah mengenai penggunaan ICT dalam PdP sedikit sebanyak membantu guru meningkatkan penggunaan ICT dalam kelas. Dapatan kajian mengenai perspektif pentadbir sekolah terhadap peranan mereka dalam integrasi teknologi yang telah dijalankan oleh Bleam (2006) mendapati pentadbir sekolah mahir dalam pengurusan sekolah tetapi lemah dalam penggunaan teknologi.Persoalanya adakah wujud hubungan antara sokongan pentadbir dengan amalan pembelajaran dalam persekitaran maya OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengetahui tahap penggunaan aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog dalam kalangan guru 2. Mengetahui tahap sokongan pentadbir dalam amalan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog 3. Menentukan samaada wujud hubungan antara pengaruh pentadbir dengan amalan penggunaan persekitaran pembelajaran maya Frog. METODOLOGI Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Reka bentuk ini, dipilih bagi mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai. Persampelan rawak mudah digunakan bagi memperoleh sampel kajian iaitu seramai 228 orang guru sekolah menengah dan rendah di negeri Selangor dan Perak. Dalam kajian ini pengumpulan data dilakukan menggunakan satu instrument soal selidik yang mengandungi konsruk iaitu sokongan pentadbir dan penggunaan Frog VLE.Bagi tujuan kesahan kandungan penyelidik telah menggunakan beberapa orang pakar. Antaranya dua orang guru pakar Bahasa Malaysia, dua orang guru pakar ICT, dua orang pakar dan tiga orang pengetua yang bertugas di sekolah. Oleh kerana data yang dipungut dalam kajian ini adalah data jenis selanjar maka pengkaji menggunakan kaedah “Cronbach alpha” untuk mengukur. Bagi menentukan kestabilan dan ketekalan dalaman instrumen dalam sesuatu konsep pengkaji menggunakan kaedah Cronbach alpha untuk melihat nilai koefisien bagi menentukan instrumen itu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Didapati nilai piawai bagi aspek sokongan pentadbir 0.830 dan Penggunaan Frog VLE0.950. Berdasarkan indeks yang disarankan oleh Pallant (2007) maka didapati item-item dalam soal selidik mempunyai indeks yang baik dan boleh diterima pakai DAPATAN Penggunaan persekitaran pembelajaran maya Frog Bahagian ini membentangkan hasil kajian berkaitan dengan tahap penggunaan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk membina laman pembelajaran, mengintegrasikan Frog VLE dalam PdP dan menggunakan Frog VLE sebagai platform untuk berkomunikasi semasa proses PdP guru dan murid. Secara keseluruhan tahap penggunaan Frog VLE adalah rendah (min = 2.32). Berikut adalah huraian mengikut aspek pembinaan laman, pengintergrasian dan perkongsian dalam PdP guru. a. Pembinaan Laman Pembelajaran Tahap pembinaan laman pembelajaran diukur mengikut min yang diperoleh bagi setiap guru berdasarkan intepretasi skor min pada jadual 3.21. Item mengukur amalan guru dalam membina laman pembelajaran yang melibatkan penggunaan video, audio, widgets, Google Drive dan konsep interaktif. Interpretasi min dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan 605
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
rendah. Jadual 4.6 menunjukkan min dan sisihan piawaian bagi setiap item yang mengukur tahap kebimbangan guru terhadap penerimaan dan penggunaan Frog VLE dalam kalangan guru. Berdasarkan analisis, data menunjukkan guru kurang membina laman pembelajaran sendiri, membina laman pembelajaran yang interaktif, serta kurang koleksi latihan untuk kegunaan murid. Selain itu guru juga kurang menggunakan widgets dan Google Drive sebagai storan. Didapati juga guru tidak menggunakan audio dan video dalam laman pembelajaran yang dibina. Secara keseluruhan min bagi pembinaan laman pembelajaran adalah sederhana ( min = 2.37). Jadual 1 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Membina Laman Pembelajaran Aspek
Min
SP
Interpretasi
Membina laman pembelajaran sendiri Membina laman pembelajaran interaktif Membina laman pembelajaran setiap minggu Sertakan elemen video dalam laman pembelajaran Sertakan elemen audio laman pembelajaran Membina laman mengikut langkah dalam PdP Menggunakan lebih daripada 4 widgets Menggunakan Google Drive sebagai storan Menyediakan koleksi latihan untuk kegunaan murid Pembinaan laman pembelajaran ( keseluruhan )
2.36 2.35 2.20 2.30 2.30 2.39 2.36 2.56 2.51 2.37
0.96 0.96 1.00 1.02 0.99 1.05 1.08 1.11 1.04 0.88
Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana
b. Pengintergrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Frog PdP Kajian ini mendapati tahap pengintergrasian Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran adalah rendah (min=2.19). Guru hampir tidak menggunakan Frog VLE di dalam bilik darjah. Guru tidak melakukan aktiviti yang menggunakan kelebihan yang ada dalam Frog VLE seperti menghantar tugasan kepada murid dan mengguna bahan-bahan dari Frog Store untuk mempelbagaikan aktiviti PdP. Tambahan pula guru kurang menggalakkan pelajar guna dalam bilik darjah Jadual 2 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Tahap Pengintergrasian dalam PdP Aspek Guna semasa PdP dalam bilik darjah Guna untuk menghantar tugasan kepada murid Log in sekurang-kurangnya sekali sehari Murid log in lebih 30 minit bagi satu sesi PdP Melibatkan murid menggunakan Frog VLE Sentiasa mengemaskini dashboard Murid menghantar tugasan mereka melalui Frog VLE Guna bahan-bahan dari Frog Store Pengintergrasian dalam PdP ( keseluruhan )
Min
SP
Interpretasi
2.27 2.16 2.27 2.14 2.28 2.30 2.06 2.08 2.19
1.03 1.02 1.03 1.06 1.09 1.01 1.03 1.01 0.945
Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah
c. Amalan Perkongsian Secara keseluruhan tahap guru menggunakan Frog VLE untuk perkongsian adalah rendah (min = 2.32). Ini menunjukkan guru hampir tidak berkongsi laman pembelajaran dengan murid, tidak menggunakan emel @yes.my sebagai emel rasmi dan mengguna bahan dalam Frog Store. Namun begitu didapati guru kadang-kadang menggunakan Frog VLE untuk berkongsi maklumat dengan guru lain termasuk untuk mendapatkan maklumat tambahan sama ada dari pentadbiran sekolah atau pun pautan ke laman pembelajaran lain. 606
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 3 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Tahap Perkongsian Aspek Min SP Guna emel @yes.my sebagai emel rasmi 2.20 1.11 2.20 1.09 Guna bahan dalam Frog Store Sentiasa merujuk dashboard sekolah 2.33 1.04 Selalu berkongsi laman PdP dengan guru lain 2.39 1.04 Selalu berkongsi laman PdP dengan murid 2.32 1.06 Berkongsi maklumat melalui aplikasi sosial 2.48 1.13 Menyelusuri pautan ke laman pentadbiran sekolah 2.47 1.11 Menyelusuri pautan ke laman PdP lain 2.39 1.10 Perkongsian ( keseluruhan )
2.32
0.965
Interpretasi Rendah Rendah Rendah Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Sederhana Rendah
Sungguhpun guru-guru mempunyai sikap yang positif dalam penerimaan inovasi Frog VLE, tetapi didapati tahap penggunaan Frog VLE dalam PdP mereka adalah pada tahap rendah. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Siti Salbiah et al. (2010) yang mendapati tahap pengintergrasian bahan-bahan video daripada EduwebTV dalam pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah adalah pada tahap yang rendah walaupun mereka mempunyai sikap yang positif terhadap Frog VLE. Kekerapan guru-guru menggunakan Frog VLE untuk PdP hanya kurang daripada 2 kali sebulan ini disebabkan oleh beberapa faktor-faktor yang menjadi halangan kesediaan guru-guru untuk menggunakan inovasi Frog VLE dalam PdP. Tahap Sokongan Pentadbir Sekolah Secara keseluruhan tahap sokongan pentadbir dalam menjayakan penggunaan ICT dalam PdP adalah tahap yang sederhana (min = 3.27 sp = 0.78). Ini menunjukkan pentadbir kurang menggalakkan warga sekolah menggunakan Frog VLE, kurang mengaplikasikan Frog VLE dalam pentadbiran seperti menggunakan untuk hebahan dan sebagai aspek penilaian prestasi. Dari aspek pemantauan juga didapati pentadbir kurang memantau penggunaan Frog VLE oleh guru dan murid. Mereka juga kurang meletakkan KPI yang tertentu untuk dicapai oleh guru sebagai salah satu KPI yang ingin di capai. Jadual 4.15 : Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Sokongan Pentadbir Sekolah Aspek Sangat menggalakkan warga sekolah guna Frog VLE Mengaplikasikan Frog VLE dalam pentadbiran Memantau penggunaan Frog VLE oleh guru dan murid Menjadikan Frog VLE sebagai aspek penilaian prestasi Meletakkan sasaran kerja yang tertentu untuk dicapai oleh guru Menggunakan hebahan di Frog VLE Kerap mengadakan kursus berkaitan Frog VLE Mewujudkan jawatankuasa khas tentang Frog VLE Sokongan pentadbir sekolah (keseluruhan)
Min
SP
Interpretasi
3.58 3.29 3.31 3.12 3.20
0.84 0.89 20.91 0.89 0.87
Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana
3.11 3.15 3.47 3.27
0.88 0.92 0.92 0.78
Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana
Hubungan Sokongan Pentadbir dengan Penggunaan Frog VLE dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Jadual di bawah menunjukkan analisis korelasi antara sokongan pentadbir dengan penggunaan Frog VLE.
607
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 4.27 : Korelasi Pearson (r) antara sokongan pentadbir dengan penggunaan Frog VLE Pemboleh ubah
Penggunaan Frog VLE Pekali Pearson (r)
sokongan pentadbir
Signifikan N
0.627** 0.000 228
** Signifikan pada aras 0.01
Berdasarkan Jadual 4.27 keputusan analisis korelasi ini menunjukkan wujudnya hubungan negatif dan tidak signifikan antara sokongan pentadbir dengan penggunaan Frog VLE. Nilai korelasi ini adalah r(228)= 0.180, p= 0.00 (p<0.01). Sehubungan itu, hipotesis nol Ho8 didapati tidak benar dan ditolak. PERBINCANGAN DAN RUMUSAN Secara keseluruhannya, tahap penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog adalah pada tahap rendah. Guru hampir tidak menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di dalam bilik darjah. Guru tidak melakukan aktiviti yang menggunakan kelebihan yang ada dalam Frog seperti menghantar tugasan kepada murid dan mengguna bahan-bahan dari Frog Store untuk mempelbagaikan aktiviti PdP. Guru kurang membina laman pembelajaran sendiri, membina laman pembelajaran yang interaktif, serta kurang koleksi latihan untuk kegunaan murid. Selain itu guru juga kurang menggunakan widgets dan Google Drive sebagai storan. Didapati juga guru tidak menggunakan audio dan video dalam laman pembelajaran yang dibina. Sungguhpun guru-guru mempunyai sikap yang positif dalam penerimaan inovasi Frog, tetapi didapati tahap penggunaan Frog dalam PdP mereka adalah pada tahap rendah. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Siti Salbiah et al. (2010) yang mendapati tahap pengintergrasian bahan-bahan video daripada EduwebTV dalam pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah adalah pada tahap yang rendah walaupun mereka mempunyai sikap yang positif terhadap Frog. Kekerapan guru-guru menggunakan Frog VLE untuk PdP hanya kurang daripada 2 kali sebulan ini disebabkan oleh beberapa faktor-faktor yang menjadi halangan kesediaan guru-guru untuk menggunakan inovasi Frog VLE dalam PdP. Dalam kajian ini, secara keseluruhannya tahap sokongan pentadbir terhadap penggunaan Frog VLE adalah sederhana. Guru-guru berpendapat, pihak pentadbir sekolah kurang prihatin dalam memastikan prasarana berfungsi dengan baik, kurang menyediakan sumber kewangan yang mencukupi serta kurangnya infrastruktur tambahan di sekolah. Selain itu, pihak pentadbir sekolah kurang menggalakkan penggunan ICT dalam PdP guru serta kurang menjadi model pengguna ICT di sekolah. RUMUSAN Kita sedar bawa pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di sekolah adalah satu pendekatan yang diyakini dapat memenuhi keperluan mod pembelajaran generasi pelajar pada masa kini, termasuk sumber dan persekitaran pembelajaran pelajar. Sokongan pentadbir sekolah antara aspek penting dalam menjayakan aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya dalam pdp melalui pendekatan pujukan, galakan serta pemantaun yang berkala. Sekiranya pentadbir tidak dapat memainkan peranan dalam penyebaran ini, sudah pastinya resapan penerimaan pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya di sekolah boleh terhenti (Noraini 2012). Justeru pentadbir pada masa kini perlu bukan sahaja mempunyai pengetahuan ICT untuk keperuan dirinya , sebaliknya perlu menjadi keratif dalam usaha penyebaran penggunaan teknologi di sekolah.
608
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN BECTA (2004), A review Of The Research Literature On Barriers To The Uptake of ICT by Teachers‟. British Educational Communications and Technology Agency Kementerian Pendidkan Malaysia (2013), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Noraini Mohamed Noh. 2012. Kesediaan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru Perpustakaan Media. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammed Sani Ibrahim, Mohd Izham Mohd Hamzah & Jainabee MD L.S. Kassim. 2008. Sekolah Berkesan Konsep dan Ciri Utama. Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pendidikan. Bangi. Pallant, J. 2007. SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS for Windows Version 15. Edisi ke-3. Berkshire: Open University Press. Siti Salbiah Ahmad, Rosnaini Mahmud, Fadzilah Abdul Rahman & Nurzatulshima. 2010. Kesediaan guru terhadap pengintegrasian EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran. Dlm. Mohd. Arif Ismail, Rohzan M. Idrus, Rosnaini Mahmud, Mohd. Shahandri Gani Hamzah (pynt.). Pendidikan Elektronik: Ke arah Persekitaran Pembelajaran Imersif, hlm. 61-69. Petaling Jaya. Pearson Malaysia
609
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SIMBOL KEKUATAN ORANG MELAYU DALAM NOVEL MALAISIE (NURANI TANAH MELAYU) KARYA HENRI FAUCONNIER Ani Binti Haji Omar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia Abstrak Sejak 84 tahun lalu, novel berteraskan rakaman sejarah mengenai citra kehidupan, budaya, adat resam, keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu daripada kaca mata lelaki Perancis, Henri Fauconnier sudah diterbitkan dalam bahasa Perancis. Novel Malaisie telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia termasuk bahasa Inggeris dengan tajuk The Soul of Malaya oleh penterjemahnya, Eric Sutton. Nurani Tanah Melayu tajuk novel Malaisie yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, menanggapi dimensi baharu kehidupan yang dilalui dua pengurus estet, Lescale dan Rolain di Kuala Sampah, Selangor yang secara perlahan-lahan menyesuaikan diri, sekali gus mempelajari adat budaya pelbagai kaum di Tanah Melayu. Kajian ini selanjutnya menampilkan bagaimana Fauconnier mencerminkan realiti sepanjang beliau berkelana ke Tanah Melayu bermula tahun 1905 untuk memulakan penanaman getah. Pelbagai kisah menarik merangkumi kehidupan pelbagai kaum dimuatkan dalam novel ini. Lebih menarik, banyak pantun Melayu yang menghiasi setiap bab, malah Fauconnier turut menulis bahawa beliau terpikat dengan bait indah dan kiasan dalam khazanah puisi tradisional Melayu yang menunjukkan kesantunan masyarakatnya dalam berbahasa. Keindahan sastera Melayu menerusi watak pembantu Lescale, iaitu Ngah dan Smail yang mengajaknya membaca buku dongeng lama seperti Cerita Kutu di Dalam Hutan dan Pak Belalang pula menunjukkan kebanggaan masyarakat dulu dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan. Secara keseluruhannya Nurani Tanah Melayu ialah simbolik kepada kekuatan Melayu yang selama ini sering dipandang rendah oleh masyarakatnya sendiri, sedangkan ia dihormati oleh orang asing yang mengambil peluang mendalami keunikan budaya dan keseniannya. Dapatan kajian ini berupaya membuatkan nurani dan minda masyarakat supaya teguh kepada akarnya, tegar dalam menjaga kedaulatan bangsa dan lebih patriotik seperti saratnya cinta Fauconnier kepada Tanah Melayu. Kata kunci: Simbolik, Kekuatan, Melayu.
PENGENALAN Nurani Tanah Melayu tajuk novel Malaisie karya Henri Fauconnier yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2015) menceritakan kehidupan dua orang pengurus estet, Lescale dan Rolain, di Kuala Sampah, Selangor. Di sana, mereka belajar memahami dan menyesuaikan diri dengan pekerja Tamil, Cina dan penduduk Melayu. Wajah Tanah Melayu dipersembahkan mengikut gaya kefahaman Fauconnier menyerlahkan kecintaannya terhadap sisi budaya masyarakat tempatan yang dihuraikan dalam empat bab utama iaitu “Penanaman Getah”, “Pondok Nibung”, “Kembara” dan “Amuk”. Dalam proses memahami, mereka menyelami ritual, adat dan budaya setiap kaum. Walaupun Fauconnier tidak menampilkan dirinya sebagai watak utama, kebanyakan kisah yang diadun dalam gaya fiksyen itu mencerminkan realiti sepanjang beliau berkelana ke Tanah Melayu bermula tahun 1905 untuk memulakan penanaman getah. Kebanyakan kisah menarik perhatian antaranya bagaimana Lescale dan Rolain bekerja 610
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dengan masyarakat tempatan di ladang getah yang majoritinya terdiri daripada bangsa India, sekali gus turut menampilkan kisah perbezaan kasta. Lebih menarik lagi banyak pantun Melayu yang menghiasi setiap bab, malah Fauconnier turut menulis bahawa beliau terpikat dengan bait indah dan kiasan dalam khazanah puisi tradisional Melayu yang menunjukkan kesantunan masyarakatnya dalam berbahasa. Keindahan sastera Melayu menerusi watak pembantu Lescale, iaitu Ngah dan Smail yang mengajaknya membaca buku dongeng lama seperti Cerita “Kutu di Dalam Hutan” dan “Pak Belalang” pula menunjukkan kebanggaan masyarakat dulu dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan. Kedua beradik ini juga turut memperkenalkan sudut pandang dunia, kepercayaan, istiadat serta gaya berhibur dan bercinta cara Melayu. Jarang terdapat usaha yang agak penuh begini untuk memahami budaya dan manusia yang sangat berlainan budaya daripada budaya penulisnya. Hasilnya bermutu tinggi, canggih dan berani. Karya ini memenangi Prix Goncourt, sebuah anugerah sastera Perancis tersohor tahun 1931. Buku itu adalah inisiatif ITBM dalam memulihara dan memperbanyakkan khazanah perpustakaan dan kesusasteraan negara khususnya buku mengenai Malaysia dari luar negara. Sidang Barbezieux buat julung kalinya menghimpunkan semua pengkaji dan komuniti pantun di Perancis diadakan khusus selepas 85 tahun penerbitan ‘Malaisie’ tulisan Henri Fauconnier. Karya Fauconnier ini menjadi pencetus kepada perkembangan pantun di Perancis kerana diselitkan beberapa kerat pantun bahasa Melayu walaupun seluruh teks yang lain ditulis dalam bahasa Perancis. Bagi orang Malaysia, ada beberapa perkara yang dapat dipelajari daripada pengarang bijaksana ini; antaranya ialah falsafah tradisional dan pandangan hidup orang Melayu. Penilaian Fauconnier terhadap pantun pula cukup tajam serta benar, dan dapat dihayati hingga hari ini. Beliau meneroka semua ini “untuk mendapatkan wawasan ke dalam nurani Malaya”. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa, Muhammad Haji Salleh, seorang penterjemah yang berpengalaman, akhirnya berjaya membawa kebijaksanaan dan kehalusan bahasa asalnya ke dalam bahasa Melayu yang sama halus dan canggih. OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenalpasti falsafah tradisional dan pandangan hidup orang Melayu dari kacamata orang Peranchis yang datang ke Tanah Melayu tahun 1905. ii. Memahami penilaian Henri Fauconnier terhadap pantun orang Melayu yang dikatakan cukup tajam serta benar. METODOLOGI Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu mengkaji teks dengan menelaah novel Nurani Tanah Melayu (Malaisie) karya Henri Fauconnier yang telah diterjemahkan oleh Sasterawan Negara Muhammad Haji Saleh dan telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara tahun 2015. DAPATAN Bahagian ini akan tertumpu kepada beberapa contoh yang mengambarkan falsafah tradisional dan pandangan hidup orang Melayu dari kacamata Henri Fauconnier yang datang ke Tanah Melayu tahun 1905. Di selitkan juga beberapa contoh pantun, mantera, mengikut penilaian Fauconnier yang mengatakan pantun orang Melayu cukup tajam serta benar. Sehubungan itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat Melayu yang digambarkan dalam novel ini berada pada tahap primitif, segala aktiviti kehidupan dijalankan secara lisan sepenuhnya apabila setiap ahli masyarakat berhubungan antara satu sama lain melalui komunikasi lisan. Sesuai dengan tingkat pemikiran yang sederhana ini, mereka menyesuaikan kehidupan dengan persekitaran alam sekeliling dalam meneruskan kelangsungan 611
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
hidup. Pada tahap ini lahirlah dalam kalangan masyarakat itu suatu fenomena ujaran kata-kata indah yang bersifat sederhana dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi yang diistilahkan sebagai sastera lisan. Fenomena inilah yang dialami oleh masyarakat Melayu ketika itu. Mohd Taib Osman (1982) membahagikan tradisi lisan kepada tiga komponen asas iaitu tradisi yang berbentuk perlakuan (behavioural). Tradisi berbentuk perlakuan ini ialah tradisi yang dilakukan atau diamalkan oleh pemiliknya seperti adat-resam, perbomohan, perayaan (ceremonies), teater tradisional, permainan rakyat, tarian dan segala bentuk pertukangan serta kemahiran dalam aktiviti harian mereka. Keduanya tradisi budaya benda ( material culture) yang merujuk kepada artifak-artifak warisan yang dihasilkan daripada aktiviti tradisi perlakuan seperti busana, alat muzik, seni bina, alatan hiasan diri, alat persenjataan, anyaman, tembikar, pertukangan perak dan tenunan. Seterusnya, komponen yang ketiga tradisi lisan ialah tradisi yang berbentuk pengujaran (verbalized). Tradisi lisan jenis ini meliputi segala bentuk tradisi yang diujarkan melalui perantaraan mulut dan dikenali juga sebagai sastera lisan atau sastera rakyat. Di dalam novel ini ada digambarkan ketigatiga bentuk tradisi lisan tersebut yang menjadi asas kepada bentuk perlakuan pemiliknya seperti aspek perbomohan untuk memulihkan penyakit, aspek hiburan seperti nyanyian dan tarian dengan busananya yang menawan serta yang berbentuk pengujaran iaitu pantun yang menjadi medium utama dalam berkomunikasi masyarakat Melayu pada awal abad ke-20 yang mengambarkan ketinggian keintelektualan orang Melayu dengan berpandukan keindahan dan kekayaan alam ciptaan Tuhan. Walaupun dalam masa yang sama mereka dikatakan daif dan primitif, tetapi bait-bait pantun orang Melayu cukup tajam dan benar, seperti yang diakui oleh Fauconnier. Perkara ini dapat dibuktikan dalam kisah kehidupan, falsafah dan bait-bait mantera, pantun, nyanyian yang diselit dalam novel kisah benar ini oleh Henri Fauconnier. Untuk huraian selanjutnya akan diperturunkan beberapa contoh bait-bait pantun yang terdapat dalam novel ini, umpamanya permulaan bab satu (Penanam Getah) terdapat serangkap pantun yang mengambarkan kegembiraan dan keterujaan Fouconnier buat permulaannya menjadi pengurus di sebuah ladang getah di Kuala Sampah, Selangor pada ketika itu. Seperti pantun berikut; Jikalau tidak kerana bintang, Masakan bulan terbit tinggi; Jikalau tidak kerana abang, Masakan datang adik ke mari (hlmn. 3) Gambaran masyarakat berbilang kaum yang hidup dengan harmoni juga digambarkan dalam kenyataannya seperti berikut; “beberapa orang yang rencam warna pakaiannya mengerumuni mereka; Melayu berkulit sawo matang, Tamil berkulit hitam, Cina, pula dengan wajah kekuningan limau di bawah terik Matahari khatulistiwa. Mereka kelihatan sedang matang seperti sebiji oren panas. (hlmn. 3) Seperti yang diperkatakannya lagi; “Di Bukit Sampah, saya menemukan Tanah Melayu yang baharu dan lebih terbuka hatinya. Saya telah melepasi tahap kegelisahan pada awalnya, serta mula merasai kegembiraan yang tenang, dan sepatutnya menemani perasaan kasih sayang dengan mata terbuka. (hlmn. 27)
612
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Dalam bab dua pula (Pokok Nibung) dimulai dengan pantun dua kerat, yang mengambarkan perbezaan kehidupan antara di Tanah Melayu dengan di Eropah. Namun semuanya dapat ditangani dengan bijaksana seperti maksud yang tersirat dalam pantun yang dipaparkan; Padang perahu di lautan, Padang hati di fikiran. (hlmn. 45) Seterusnya Fauconnier menurunkan falsafah tradisional dan pandangan hidup orang Melayu dari kacamatanya seperti berikut; “sudut pandangan kita bertentangan dengan sudut pandangan mereka. Mereka biasa mendapat keperluan beras dengan hanya bekerja selama seminggu dan mereka tidak menuntut lebih daripada itu. Semua keletihan dianggap sesuatu yang sia-sia sahaja dan juga berbahaya. Perjalanan hidup itu panjang – mengapakah perlu tergesa-gesa? Pada waktu pagi, mungkin mereka pergi melihat pukat di sepanjang sungai atau jerat di pinggir hutan, dan di sana mereka akan bertemu dengan makhluk hutan dan air, yang diizinkan Allah SWT untuk menangkapnya, supaya jasad mereka dapat menjadi jasad manusia, mankala roh mereka dapat memasuki roh manusia, mungkin mengenali-Nya dengan lebih baik. Jika Dia mengizinkan, sebabnya ialah Dia telah menjadikan sesikat pisang masak di suatu sudut kampung, ataupun rebung, iaitu sayur yang sedap dimakan tersedia untuk dipotong. Mereka percaya, tidak lama kemudian aka nada buah-buahan untuk dimakan bersama dengan nasi. Keesokan harinya, mungkin takdir akan lebih bermurah hati, dan akan ada lebih banyak lagi.” (hlmn. 47) Petikan di atas mengambarkan betapa orang Melayu dahulu kala digambarkan dengan perumpaaman “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”. Seterusnya dalam bab yang sama Fauconnier mengambarkan betapa orang Melayu mempercayai sesuatu benda yang hidup itu mempunyai semangatnya. Perhatikan perbualan antara Fauconnier dengan pemantunya Smail seperti berikut; “Smail, kamu tahu mengapa cicak berhenti sejenak sebelum melompat menangkap lalat? “untuk memberinya waktu berdoa kepada Allah,” dia menjawab tanpa ragu-ragu. “Haiwan juga berdoa kepada Allah?” Dia kelihatan terkejut mendengar kejahilan saya “Mengapa pula tidak?” “Beras yang kamu hendak tanak itu juga berdoa?” “Tuan mentertawakan saya.” “Tidak, Smail, saya ingin tahu kepercayaan orang Melayu. Tidakkah Tuan Rolain bertanyakan soalan begini?” “Orang putih,” kata Smail, “Bertanyaan soalan yang ditanya oleh anak-anak.” Dia menambah, “Kita makan nasi, tapi kita tidak makan semangatnya.” Bagi saya, ini tidak ada ertinya sama sekali. Saya patut bertanya sama ada roh lalat dimakan. Akan tetapi, perkataan yang saya gunakan untuk “roh” itu terasa canggung sedikit. Roh haiwan, roh tumbuhan, malah roh emas atau besi – bagaimanakah kita akan memahami konsepnya? Walaupun logic saya sudah tersasar, saya tidak berani menganggap bahawa Smail itu seorang yang bodoh. Apa yang dikatakannya mungkin menyimpan sebutir kebenaran, dan seharusnya mempunyai makna. Logik naluriah berkata demikian kepada saya. (hlmn. 48) 613
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pernyataan Fauconnier diperkukuhkan lagi seperti maksud pantun dua kerat dan empat kerat seperti berikut; Murai gila jadi tekukur Ajaib hairan hati tafakur (hlmn.58) Kepercayaan orang Melayu kepada semangat dan roh diperkuatkan lagi dengan petikan berikut; “Ada terlalu banyak semangat dan roh di dalam hutan,” kata Smail perlahan, “Lebih banyak semangat dan roh daripada nyamuk. Ada sesetengah semangat dan roh pada setiap pokok. Kalaulah dengan tuan yang lain saya takkan berani hidup di sini.” “Maafkan saya tuan, kalau saya minta tuan katakana kepada Tuan Rolain supaya jangan selalu ke hutan dan duduk di sana sampai lewat senja. Lihat, langit sedang menguning…” (hlmn 59) Walaupun sudah memeluk agama Islam, Fauconnier mempercayai bahawa orang Melayu ketika itu masih berpegang kepada tiga lapis kepercayaan iaitu animism, hinduisme dan Islam. Ini seperti kenyataannya seperti berikut: Sebagai penganut Islam orang Melayu sangat teguh, tetapi bukan sebagai pengikut yang ortodoks. Doa mereka yang bermula dan berakhir dengan nama Allah, sebenarnya ditujukan kepada ribuan hantu yang ditolak oleh Nabi mereka. Allah Maha Penyayang – dan merreka tidak lupa mengingati-Nya setiap hari. (hlmn. 61) Rumusannya Fauconnier menyatakan bahawa orang Melayu pada waktu itu mempercayai kepada semangat dan roh yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Perbualan antara Smail dengan tuannya Fauconnier dan Roland tidak pernah jemu didengar dan diikuti kerana ia diselang selikan dengan bait-bait pantun seperti yang diungkapkan. Perhatikan pantun berikut seperti mana yang difahami oleh Fauconnier mengenainya. Asam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rembunia; Nyawa menangis di pintu kubur, Hendak pulang ke dalam dunia. (hlmn. 63) Nyawa menangis di pintu kubur, Hendak pulang ke dalam dunia. (hlmn. 63) Nasi basi di atas para, Nasi masak dalam perahu; Pucat kasih badan sengsara, Hidup segan mati tak mahu. (hlmn. 63)
614
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Pantun yang pendek begini harus dibaca perlahan-lahan, seperti suatu lukisan benda tidak bernyawa, yang harus ditatap lama-lama. Demikian mengikut Fauconnier. Kerengga di dalam buluh, Serahi berisi air mawar; Sampai hasrat di dalam tubuh, Tuan seorang jadi penawar. (hlmn. 64) Akar keramat akar bertuah, Akar bertampak di gua batu; Nabi Muhammad kekasih Allah, Di manalah tuan masa itu? (hlmn. 64) Rumusannya mengikut Fauconnier puisi tidak mungkin diterjemahkan, tetapi dalam masalah terjemahan pantun, yang menjadi persoalan bukan sahaja rentak, rima dan asonansinya yang tercicir. Permainan bahasa, frasa yang bolak-balik dan alusi haruslah yang mempesonakan orang Melayu. Selanjutnya Fauconnier menyatakan; “kita harus lama tinggal bersama dengan orang Melayu untuk menangkap konotasi setiap kata, selain makna harfiahnya. Mereka menghafal rangkapnya dan selalu menggubah yang baharu. Percakapan merreka sarat dengan unsur puitis, tetapi mujarad. Ada satu permainan lompat katak antara yang konkrit dengan yang mujarad, apabila orang yangmengambil bahagian selalu berubah-ubah tempatnya. Kebimbangan kita adalah supaya dapat mengalihkannya secara jelas, iaitu dengan mencerakinkan naluri gagasannya… (hlmn. 64) Selanjutnya beliau menyatakan seperti berikut; “pantun pertama yang saya baca menghiburkan saya laksana sebuah lukisan “teka-teki” yang harus dikembalikan kepada seluruh nuansa dan ertinya untuk mencari raut garis yang terselindung di bawah objek yang tersurat.” (hlmn. 65). Mengikut Fauconnier falsafah hidup orang Melayu juga banyak dipengaruhi oleh percaya adanya hantu. Ini seperti yang didengarinya dari Smail dari cerita-cerita hantu yang disampaikannya. “malam itu saya diperkenalkan kepada banyak jenis hantu. Hantu Mati Anak, yang mati di dalam perut ibunya, Langsuir, mati semasa melahirkan, hantu Golek, yang keluar dari kubur dan melompat serta bergulung di atas tanah, yang dibalut dengan kain kapan… (hlmn. 68) Mengikut Fauconnier lagi; yang ditakuti orang Melayu ialah fikiran orang mati, semangat mereka, perbuatan mereka, yang akhirnya dibebaskan dan hidup secara berleluasa – segala-galanya yang diwariskan oleh takdir kepada suratan nasib. Puisi telah lama terlahir dalam sejarah peradaban manusia. Sebagaimana yang disebut oleh Dharmawijaya (1998:12), beliau mengatakan bahawa puisi telah diterima umum sebagai bentuk karya sastera yang paling tua. Karya-karya agung seperti Mahabrata, Ramayana, Oedipus, Hamlet dan Macbeth ditulis dalam bentuk puisi. Malah puisi membuka nuansa jauh yang lebih luas seperti yang dikatakan oleh Muhammad Haji Salleh (2009:9) bahawa puisi banyak menyimpan genius bangsa, cara, adat istiadat, kecenderungan, sudut pandangan dan konsepsi alam. Sesungguhnya puisi mempunyai kedudukan istimewa dalam tamadun dunia 615
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
malah mempunyai kedudukan yang amat rapat dengan orang Melayu. Puisi bukan sekadar warisan kebudayaan yang menggambarkan orang Melayu malah puisi merupakan khazanah orang Melayu yang memberikan citra kepada orang Melayu semenjak dahulu lagi. Didalam bab selanjutnya iaitu bab tiga (Kembara) puisi Melayu seperti pantun terus dirakamkan oleh Fauconnier seperti rangkap berikut; Kupu-kupu terbang melintang, Terbang di laut di ujung karang; Pasal apa berhati bimbang, Dari dahulu sampai sekarang? (hlmn. 74) Tujuh gunung Sembilan lautan, Kalau tak mati saya turutkan (hlmn. 87) Sebuah lagu Melayu diselitkan juga; Pergilah anak-anak pergi mandi, Sejukkan tubuh yang panas seperti kuih, Bersihkanlah tubuh yang ditepung abuk, Sembunyikan tubuhmu dalam air payau, Telanjang bulat seperti kerbau yang kehilangan gelang Di hidungnya, Telanjang seperti cicak dengan simpul di atas kepalanya, Jambulmu sudah lekat pada kepalamu – jaga-jaga, Jangan tenggelam, Malaikat Jibrail tidak tahu bagaimana hendak membawamu. (hlmn. 97) Sketsa juga diselitkan;
Tuan saya paling baik, hatinya hadir di hadapan saya Matanya melihat apa yang ada di luar kepala saya
Tuan saya paling baik, bijaksananya hadir di depan hati saya Hatinya melihat apa yang ada di sebalik mata saya (hlmn. 98) Seperti yang telah dimaklumi, pantun adalah puisi Melayu asli ,dicipta dalam masyarakat Melayu; iaitu bukan daripada puisi Jawa, India atau Cina.Bagi masyarakat Melayu pantun merupakan ciri penting dalam kesenian mereka. Dalam kehidupan orang Melayu pantun bukan sahaja digunakan dalam nyanyian, bahkan dipakai dalam percakapan atau ucapan, dalam perbualan, adat istiadat dan sebagainya. Betapa pun perubahan berlaku dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu, namun pantun mempunyai tempatnya yang khusus dan istimewa. Perubahan boleh terus berlaku dalam berbagai-bagai aspek budaya Melayu, namun pantun tetap wujud dalam bentuk aslinya. Ia tidak dapat ditokok tambah atau dikurangkan bentuk dan sifatnya tetapi dapat disesuaikan dengan perkembangan bahasa dan kemajuan kehidupan masyarakat Melayu. Pantun selalu dianggap sebagai alat komunikasi antara anggota-anggota masyarakat. Pantun-pantun yang bertemakan kasih sayang adalah hasil komunikasi daripada kegiatan 616
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
menggunakan pantun dalam suasana berkasih sayang, sama ada diucapkan secara langsung, melalui lambang atau tulisan, atau melalui perantaraan suatu suasana yang berkenaan. Laksana buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. (hlmn. 117) Terdengar air di jantung kelapa, Durian kuning menyimpan rahsia; Aku tahu kurinduimu sentiasa, Mengapakah kau rindukan bibirku pula? (hlmn. 129) Di mata gadis jejaka sebiji durian, Kasar dan berduri – bakal melukakan; Setelah jijik dan takut, tibalah keinginan, Selepas itu berahi tumbuh berkepanjangan. (hlmn. 129) Kupaslah buah baunya sekali, Tak seorang merasa jemu; Bijinya seakan telur, melepasi jari, Isinya bagai bawang dan susu (hlmn. 129) Mumbang kelapa tidak berair, Bulan di atas meneguknya; Nyiur semantan pun bukan, Nyiur sudah dimakan bulan. (hlmn. 130) Puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan nazam adalah pancaran nilai dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional. Bentuk dan isi pemikirannya bukan sahaja berguna dalam konteks zamannya malah relevan untuk setiap masa dan latar masyarakat Melayu dan keseluruhan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia hari ini. Dalam bab empat (Amuk) di bentangkan pula tentang kepercayaan kuasa ghaib bagi orang Melayu. Berikut digambarkan seperti pernyataan Fauconnier; “kuasa ghaib ini tidak dapat mengharungi perbendaharaan kita. Yang diperlukan hanyalah untuk mentafsirkan fikiran yang melayang-layang di udara di sekeliling kita. Itulah yang dilakukan oleh orang Melayu. Kuasa ghaib di Tanah Melayu itu bisu; tetapi mereka memahaminya.” (hlmn. 52) Terang bulan terang temaram, Hantu berjalan laki bini. (hlmn. 133) Mambang kuning mambang kelabu Pantat kuning disemburkan abu! (hlmn.148)
617
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Selain dapat meluahkan perasaan, puisi Melayu lama merupakan alat komunikasi yang berkesan. Ia lebih kerap dan menjadi satu kemestian dalam aspek ritual atau upacara-upacara. Menurut Harun Mat Piah (1989:4), aspek ritual atau upacara dapat dilihat hampir dalam kesemua fungsi dan peranan yang diambil oleh puisi ini, yang seluruhnya dapat digunakan dalam pelbagai kegiatan yang bersifat ritual, baik yang berupa magis, mahupun yang berunsur agama atau hiburan. Dalam bab ini mantera juga diselitkan seperti berikut; Aku tahu namamu dan asalmu Kau kotor tapi dibersihkan Terjadi daripada air mata Muhammad Apabila baginda berhijrah dari Makkah Dalam abu padang pasir Dipandu oleh seorang kafir Menutup mata butanya disebabkan tangismu… (hlmn. 151) Masuklah ke taman nikmat Semerbak dengan bau-bauan dan burung-burung Diciptakan Allah Dipersembahkan oleh adik saya Smail Terimalah taman nikmat ini Tunjukkanlah kepada saya penyakit adik saya ini. (hlmn. 151) O Badi ! O Badi ! O Badi! Masuklah dalam jambak daun Seraplah inti daun-daun itu Ketujuh-tujuh keracunan daripada daun-daun itu Kembalilah ke tempat asalmu Dalam air yang mengalir dan meresap Dalam tiupan angin yang sudah berhenti Dalam kurang mereh dari bumi Kepada tanah rata tanpa rumput Kepada laut tanpa pantai Kepada ruang yang tidak terbentang Demi kekuatan La-ilaha-illa-illah… (hlmn. 154) Hendak pucuk pucuklah jering, Jering tak biasa pucuk di dahan; Hendak kokok kokoklah biring, Biring tak biasa kalah di medan. (hlmn. 165) Kalau tuan mudik ke hulu, Carikan saya bunga kemboja; Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga. (hlmn. 175) 618
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Puisi sebagai karya kesusasteraan tidaklah sekadar untuk dibaca dan didengar. Puisi yang unsur-unsurnya kaya dengan nilai-nilai kerohanian itu perlu difahami atau dihayati. Bagi mencapai matlamat memahami ini, seseorang pembaca atau peneliti hendaklah terlebih dahulu membebaskan diri dari konsep bahawa puisi itu susah atau rumit. Cuma yang perlu ketika menghadapi puisi ialah membina sikap kesungguhan, perasaan yang peka, imaginasi yang kuat dan fikiran yang terbuka. Setiap jenis puisi lama terungkap melalui kemahiran penciptanya memilih dan menyusun kata-kata daripada suasana alam dan persekitarannya serta menjalinkannya dengan bunyi. Dalam pemilihan, penyusunan dan perjalinan itu tergambar pernyataan perasaan, pemikiran dan aktiviti-aktiviti masyarakat yang kebanyakannya secara halus. Melalui gambaran-gambaran seperti itulah dapat dikesani ‘nilai-nilai murni’ seperti kerjasama, kesetiaan, kejujuran, ketabahan dan seumpamanya sebagai ikhtibar kehidupan manusia. Demikianlah beberapa contoh yang sesuai membincangkan kedudukan puisi Melayu yang telah dirakamkan oleh Henri Fauconnier, sebagai cipta sastera yang unik untuk dijadikan pedoman dalam mengangkat paradigma generasi masa kini. Keunikannya akan terus diwarisi oleh jenerasi yang akan datang dan tidak mungkin akan terhapus di telan zaman, seperti yang tergambar dalam ungkapan ‘tidak akan Melayu hilang di dunia’. Namun kebimbangan tetap terasa kerana ciptaan puisi yang terus dipinggirkan di tengah ledakan siber internet masa kini. Langkah-langkah yang lebih wajar perlu diambil khasnya dikalangan para ilmuan dan pengkarya di bidang ini untuk terus berpuisi dan menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan dan sepatutnya ada bersama di laman internet supaya dikenali dan diminati oleh generasi masa kini dan akan datang, bukan sahaja dirantau ini malah di seluruh dunia. Setelah mengkaji novel ini apa yang boleh diperkatakan dari segi intrinsiknya didapati plot cerita yang tidak begitu tersusun, sedikit sebanyak agak mengelirukan pembaca, tetapi ia masih boleh difahami sekiranya fokus penuh diberikan sepanjang proses pembacaan. Perbezaan dimensi masa ketika Fauconnier mula menulis naskhah yang diterbiktan pada tahun 1931 itu dengan gaya penulisan hari ini dan perubahan cara hidup masyarakat mungkin antara perkara yang membataskan untuk pembaca menghayati Nurani Tanah Melayu. Terdapat lukisan atau ilustrasi menarik yang memaparkan gaya hidup masyarakat di Tanah Melayu ketika itu antaranya gaya rumah tradisional, pekerja ladang getah sedang bekerja dan wajah gadis Melayu. PERBINCANGAN Kini kebanyakan karya-karya lama yang berbentuk lisan, baik puisi mahupun prosa telah ditulis dan dibukukan. Dengan demikian orang ramai terutamanya pengkaji sastera Melayu bukan sahaja dapat mengkaji sastera Melayu baharu, mereka juga mendapat kemudahan yang luas mengkaji karya sastera lama.Selain daripad itu kajian mendapati novel ini sarat dengan puisi-puisi Melayu tradisional terutamanya pantun dan mantera. Pantun yang dirakamkan telah mengambarkan betapa geniusnya orang Melayu dalam berbahasa. Ini diakui oleh Fauconnier. Ani Haji Omar (2011:19) menyatakan puisi Melayu tradisional atau puisi rakyat adalah kesusasteraan rakyat yang sudah tertentu dan terikat bentuknya, biasanya terjadi dari beberapa deret kalimat, ada yang berasaskan mantera, ada yang berdasarkan panjang pendek suku kata, tekanan suara atau hanya berdasarkan pada irama. Puisi rakyat juga terdapat dalam bentuk sastera rakyat non-naratif seperti dalam ungkapan tradisional (peribahasa) yang dinamakan peribahasa berangkap yang wujud dalam teromba (puisi adat), dalam bentuk pertanyaan tradisional atau teka-teki iaitu puisi teka-teki, dalam bentuk cerita rakyat yang dinamakan puisi lirik dan dalam kepercayaan rakyat pula wujud sebagai mantera. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional beberapa jenis puisi telah dikenal pasti yang hidup dalam tradisi lisan sebagai hasil kesusasteraan rakyat. Puisi-puisi tersebut ada yang lahir sebagai hasil kreativiti masyarakat Melayu sendiri dan ada juga yang disadur daripada tradisi luar terutama tradisi Arab-Parsi yang telah dibawa oleh Islam dan ada juga yang disadur daripada tradisi Hindu sebagai serpihan tinggalan budaya tersebut, namun telah diiktiraf sebagai 619
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
hasil Melayu asli kerana telah berlaku perubahan dan penyesuaian sehingga berbeza daripada bentuk asalnya. Harun Mat Piah (1989) menyatakan terdapat 12 bentuk/jenis puisi Melayu tradisional iaitu pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, puisi teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun, prosa berirama/prosa lirik, mantera dan dikir/zikir. Kebanyakan puisi-puisi ini wujud dalam bentuk sastera lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut sebelum adanya alat percetakan dan kebanyakan rakyat pada ketika itu tidak tahu membaca dan menulis. Namun untuk ulasan dalam kertas kerja ini hanya beberapa contoh daripada puisi tradisional tersebut akan diketengahkan. Jines Reeves (1980:271) menyatakan sastera lisan berperanan sebagai medium imaginasi kreatif manusia. Oleh yang demikian tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sastera lisan berupa karya kolektif dari genius kolektif yang sebenarnya tidak kurang canggih pandangan hidup atau cara persembahannya. Inilah rupa sastera Melayu sebelum kemunculan medium percetakan. Sehubungan dengan itu Muhammad Haji Salleh (2012) berpendapat bahawa seharusnya kita tidak lupa bahawa kita telah didahului, dimatangkan oleh karya leluhur bangsa kita. Oleh itu kita harus mengkajinya. Puisi Melayu tradisional banyak mengandungi nasihat yang berguna, petua-petua yang berharga, pantang larang yang harus dielakkan, kiasan yang tepat, sindiran yang tajam, humor yang mengusik hati, undang-undang masyarakat yang perlu dipatuhi. Puisi Melayu tradisional juga dapat menyalurkan cita rasa, daya kreatif, bakat, idea serta ilham para seniman dan sasterawan dalam memperkembangkan budaya serta mempertingkat tamadun bangsa. Puisi juga dapat dilihat sebagai suatu sumber penglahiran jiwa yang mencerminkan identiti serta hati budi sesuatu bangsa tersebut. Di samping cintakan tanahair (patriotik) dan dapat memberi kesedaran serta keinsafan seseorang insan terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan. Selanjutnya dapat dijadikan pedoman hidup yang luhur dan tunjuk ajar yang berfaedah yang kesemuanya mengajar dan mengasuh manusia supaya hidup berbudi bahasa dan berakhlak mulia dan tidak keterlaluan jika dikatakan ia dapat menjana paradigma generasi yang mengamalkannya. Namun kini puisi Melayu tradisional seakan hilang kegemilangannya. Abdul Latiff Abu Bakar (2006:99) menyatakan bahawa peranan puisi Melayu tradisional kian terpinggir kerana masyarakat tidak lagi melihat kepentingan dan hikmah besar yang terkandung dalam puisi warisan orang tua-tua yang bukan sahaja menggambarkan akal budi orang Melayu yang hebat tetapi tersisip kemas pengajaran adat dengan menggunakan bahasa Melayu yang begitu indah dan komunikatif. Sehubungan dengan itu kertas kerja ini selanjutnya akan menganalisis puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, dan teromba dan kaitannya dengan akal budi dan pemikiran orang Melayu yang boleh menjana paradigma generasi alaf baharu menerusi maksudnya sama ada secara tersurat mahupun tersirat. KESIMPULAN Secara keseluruhannya Nurani Tanah Melayu ialah simbolik kepada kekuatan Melayu yang selama ini sering dipandang rendah oleh masyarakatnya sendiri, sedangkan ia dihormati oleh orang asing yang mengambil peluang mendalami keunikan budaya dan keseniannya. Membacanya berupaya membuka nurani dan minda masyarakat supaya teguh kepada akarnya, tegar dalam menjaga kedaulatan bangsa dan lebih patriotik seperti saratnya cinta Fauconnier kepada Tanah Melayu. Sesungguhnya bahasa dan kesusasteraan umumnya adalah pancaran citarasa dan corak kehidupan masyarakat. Yang lama adalah pancaran masyarakat dan seni kehidupan lama dan yang baharu merupakan gambaran yang terpancar dalam unsur-unsur seni kehidupan masyarakat baharu. Sebenarnya kedua-duanya itu merupakan budaya bahasa Melayu dan sekaligus memperlihatkan keseluruhan bentuk dan corak kebudayaan Malaysia. Sebagai rumusannya memang benarlah seperti kata Robert Scholes (1969), seorang pengkritik puisi menyatakan bahawa ‘orang yang menutup telinga terhadap puisi akan terpencil dari suatu wilayah yang penuh harta kekayaan berupa pengertian manusia, pandangan perseorangan, sensitiviti yang menonjol; oleh itu upaya yang dituntut untuk memahami serta menghayati 620
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
puisi menjadi sama pentingnya dengan upaya yang dituntut oleh setiap bentuk kehidupan manusiawi lainnya’. Matthew Arnold (1964) pula ketika mengemukakan tanggapannya menyebut, ‘puisi adalah satu-satunya cara yang paling indah, impresif dan yang paling efektif untuk mendendangkan sesuatu’. Dengan tanggapan-tanggapan ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa ketinggian nilai seni puisi terletak pada penciptanya yang mengandungi kekayaan pemikiran serta kehalusan perasaan yang terjalin dalam ukiran bahasa secara harmonis. Maka di sinilah terletaknya keistimewaan kedudukan puisi Melayu sebagai cipta sastera yang unggul. RUJUKAN Ani Hj Omar. (2011). Aspresiasi Teori Kesusasteraan Melayu.Tanjung Malim: Emeritus Publication. Asmad, (1990).Kuala Lumpur:Budaya Bahasa (1) Puisi: Associated Educational Distributors (M). Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Henri Fauconnier. (2015) Nurani Tanah Melayu (Malaisie). Penterjemah Muhammad Haji Saleh. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Mohd. Ali Bachik, (1989). Himpunan Puisi Klasik. Shah Alam: Marwilis Publisher And Distributors Sdn. Bhd. Mohd Affandi Hassan,(1994).Kuala Lumpur: Kesusasteraan Melayu: Mitos dan Realiti: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mana Sikana,(1986).Kuala Lumpur: Kritikan Sastera, Pendekatan Dan Kaedah: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Muhammad Haji Salleh, 2008. Permata di Rempat, Gilang Sastera sebagai Ruang Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Taib Osman,(1984).Kuala Lumpur Warisan Puisi Melayu: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sahlan Mohd Saman dan Shaiful Bahri Md. Radzi (pnyt.) (2012). Pengantar Pesuratan Melayu, Tradisional ke Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Reeves, J. (1980). Understanding Poetry. London: Pans Book Ltd. Schools, Robert. (1969). Elements of Poetry: London: oxford University Press. Winstedt, R.O. (1969). A.History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Za’ba, (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
621
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KESEDARAN DAN PENERIMAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA OLEH MAHASISWA IBAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Samsudin Suhaili dan Setiri Simba Universiti Pendidikan Sultan Idris
PENGENALAN Malaysia terbentuk dengan beridentitikan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai suku, kaum, bangsa dan etnik. Kepelbagaian ini telah mewujudkan pelbagai budaya dan adat resam yang menjadikan negara ini begitu istimewa lagi menarik untuk diteliti keharmonian masyarakatnya masa hadapan. Kepelbagaian budaya ini bukanlah fenomena asing di Malaysia tetapi telah lama wujud semenjak sebelum penjajahan Barat di Tanah Melayu. Pada era mencapai kemerdekaan, dalam masyarakat di Tanah Melayu sudah terdapat hubungan dan kesedaran antara kaum dengan terbentuknya parti politik yang berteraskan kaum masing-masing yang bernaung di bawah Parti Perikatan. Kesedaran secara umumnya dimaksudkan sebagai pemerolehan kebijaksanaan atau pemahaman baru yang mampu menjelaskan lagi tanggapan terhadap sesuatu perkara. Kesedaran seterusnya perlu disertai dengan penerimaan kerana tanpa penerimaan yang mencukupi kesedaran yang ada tidak membawa sebarang implikasi yang berkesan. Oleh itu, kesedaran yang sebenar ialah dengan adanya penerimaan yang bermaksud menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa adanya unsur paksaan dan disertai dengan tindakan positif yang mencerminkan ada berlakunya penerimaan. Kesedaran dan penerimaan seterusnya dibuktikan melalui tindakan yang positif. Contohnya dalam memiliki kesedaran akan kepentingan kebersihan diri, seseorang akan menerima peri pentingnya kebersihan dan diikuti dengan melakukan perkara-perkara yang menjurus kepada kebersihan diri seperti mencuci tangan sebelum makan. Begitu juga halnya dengan kesedaran dan penerimaan budaya, kesedaran terhadap budaya sesebuah kaum akan melahirkan sikap penerimaan yang seterusnya mendorong kepada tindakan yang positif seperti saling mengenali dan bertolak ansur. Kajian ini akan berfokus kepada kesedaran mahasiswa dari kaum Iban terhadap budaya kaum lain di Malaysia diikuti dengan tahap penerimaan mereka terhadap budaya kaumkaum tersebut. Dalam menumpukan fokus terhadap kesedaran dan penerimaan budaya oleh mahasiswa Iban terhadap kaum-kaum lain, aspek yang akan dilihat adalah dari segi budaya material dan budaya bukan material. Prosser (1978) dan Fred E. Jandt (1995) mendefinisikan budaya sebagai tradisi, adat resam, norma, kepercayaan, nila-nilai, serta gaya pemikiran yang diwarisi secara turun-temurun dari generasi ke generasi. Manakala Collier dan Thomas (1988) pula mendefinisikan budaya sebagai sistem penyebaran perkara bersejarah kepada simbol dan norma yang digunakan oleh sebarang sistem simbol yang terikat dan penting kepada seseorang individu. Budaya merujuk kepada perilaku dan gaya hidup komuniti yang cukup besar untuk berdikari. Pemikiran, pengalaman, corak perlakuan dan konsepnya, nilai-nilai, serta tanggapan tentang kehidupan akan menjadi panduan kepada tingkah laku ahli di dalam kelompok tersebut. Proses pemindahan sosial pemikiran dan tingkah laku ini akan berlangsung secara berterusan sepanjang generasi. (Fred E. Jandt, 1995: 8). Dalam pada itu, Richard Brislin (2000: 23) juga telah mendefiniskan budaya sebagai satu set unsur objektif dan subjektif yang dibuat oleh manusia yang pada masa lalu telah meningkatkan peluang untuk terus hidup, penglibatan di dalam bidang ekonomi yang memuaskan, dan dikongsi bersama dengan mereka yang berkomunikasi antara sesama kerana mereka memiliki persamaan bahasa dan tinggal bersama. Secara keseluruhannya, definisi yang diberikan telah membuktikan bahawa budaya merupakan keseluruhan cara hidup termasuklah aspek bahasa, pola interaksi, pemakanan, dan pakaian. 622
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kesedaran dan penerimaan semua kaum terhadap budaya kaum lain amat penting dalam proses ke arah membangunkan sebuah negara bangsa. Negara Malaysia memerlukan rakyatnya yang memiliki kesedaran terhadap budaya kaum lain dan menerima dengan baik segala yang positif mengenai budaya kaum lain. Kemakmuran dan pembangunan yang progresif bertitik tolak daripada adanya sikap kesedaran dan penerimaan terhadap satu sama lain walaupun terdapatnya perbezaan. Perbezaan yang wujud ini juga tidak seharunya menjadi penghalang kepada kemajuan tetapi harus dijadikan sebagai potensi besar untuk mencapai kemajuan dengan melihat kepada sudut yang positif yang membolehkan membangun semua pihak. Kaum Iban sebagaimana kaum lain, harus memiliki kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain di Malaysia. Hal ini adalah kerana kaum Iban turut memberikan impak dan menyumbang kepada pembangunan negara baik dalam bidang politik, ekonomi, mahupun sosial. Pada masa yang sama, kaum Iban pada hari ini sudah mula membangun sejajar dengan kemajuan pembangunan negara Malaysia. Sebagai kaum yang sedang aktif berkembang dan bergerak maju, mereka sebenarnya telah mempunyai jaringan interaksi sosial yang luas dan erat dengan kaum-kaum lain di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Bagi tujuan pembangunan dan proses interaksi sosial dalam masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan, kaum Iban memerlukan kesedaran dan penerimaan yang tinggi terhadap budaya kaum-kaum lain di negara ini. Jadual 1: Taburan Penduduk Sarawak Mengikut Kumpulan Etnik 2010 Kumpulan Etnik Jumlah Peratusan Iban
713,421
28.90
Cina Melayu Bidayuh Melanau
577,646 568,113 198,473 123,410
23.40 23.00 8.00 5.00
Bumiputera lain
156,436
6.30
Warga Asing
117.092
4.70
Lain-lain
16,549
0.70
Jumlah keseluruhan 2,471,140 100 Sumber: Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa kaum Iban meliputi satu pertiga daripada populasi keseluruhan di negeri Sarawak yang kebanyakannya menduduki kawasan di Bahagian Sri Aman dan Bahagian Sibu. Dalam kajian ini, pengkaji akan memberikan fokus kepada mahasiswa Iban yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan tumpuan penelitian terhadap aspek sosial iaitu kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain di negara ini. Institusi pengajian tinggi ternyata menjadi arena penting dalam menghimpunkan pelbagai golongan belia yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza sama ada dari segi etnik, bahasa dan agama malah sosioekonomi. Justeru itu, kesedaran terhadap kepelbagaian budaya amat dititikberatkan dalam kalangan mahasiswa sebagai kelompok belia di negara ini kerana mampu mewujudkan penerimaan terhadap kaum lain sekali gus melahirkan suasana yang harmoni antara kaum di institusi pengajian. PERMASALAHAN KAJIAN Kejayaan sebuah negara untuk membangun dan mencapai kemakmuran serta kemodenan terletak pada gaya hidup rakyatnya. Dengan adanya rakyat yang bertanggungjawab dan berhasrat untuk mencapai kemakmuran melalui perpaduan antara kaum, langkah pertama 623
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang perlu diambil adalah membina kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain. Dengan kewujudan kepelbagaian kaum dan budaya sejak sekian lama di negara ini, keutuhan dan keberterusan pembangunannya memerlukan semangat perpaduan yang berpaksi kepada kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain. Menghampiri 60 tahun kemerdekaan Malaysia, masih berbangkit isu-isu kaum dan agama serta ekonomi dalam masyarakat majmuk di negara ini. Timbul juga persoalan betapa Malaysia masih belum lagi benar-benar menjadi satu bangsa yang jitu dalam memiliki semangat kekitaan dan berkongsi impian yang sama untuk membangun maju pada masa depan. Isu yang membabitkan sensitiviti perkauman sudah lama berlaku dari dulu hingga sekarang malah membawa ke masa akan datang jika ditangani dengan rasional. Permasalahan ini tidak harus dipandang mudah terutamanya dalam suasana kepelbagaian budaya di Malaysia pada masa akan datang. Justeru, adalah diakui bahawa kepelbagaian budaya amat menuntut akan adanya komunikasi yang berkesan antara kaum-kaum yang berbeza latar belakang budaya. Hal ini adalah kerana budaya merupakan kod yang boleh dipelajari dan kongsi dalam proses komunikasi. Maka usaha untuk memahami dan bertolak ansur antara budaya satu sama lain begitu diperlukan bagi membina kesefahaman yang jitu antara ahli masyarakat . (Fred E. Jandt, 1995:22). Kaum Iban adalah kumpulan etnik peribumi terbesar dengan jumlah hampir 30 peratus daripada populasi penduduk di Sarawak. Kehidupan dan kedudukan tempat tinggal yang jauh terpisah di pedalaman menyebabkan pertemuan dan komunikasi dengan kaum lain pada dasarnya begitu terhad. Hanya pada sekitar tahun 1980an dan 1990 barulah berlakunya penghijrahan keluar secara besar-besaran dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar oleh kaum Iban. Atas faktor memajukan ekonomi terutamanya pembukaan penempatan baharu di bandar dan kecenderungan meneroka dunia luar untuk memperoleh pekerjaan dan merubah kehidupan kaum Iban begitu agresif berhijrah dari kawasan luar bandar (Anthony K Samuel, 2005). Penghijrahan keluar dari kawasan pedalaman menyebabkan berlakunya pertembungan dengan kaum-kaum lain sehingga timbul cabaran baharu untuk menyesuaikan diri dengan tempat dan ahli masyarakat yang lebih pelbagai latar budayanya. Namun pada dasarnya, di Sarawak kaum Iban begitu dekat dengan kaum-kaum lain terutamanya Melayu, Cina, Kayan malah termasuk bangsa Eropah semasa pemerintahan Rajah Brooke (Vinson and Joanne Sutlive, 2001:736). Dengan itu, kaum Iban secara bersama-sama dengan kaum-kaum lain sebenarnya telah sekian lama hidup secara harmoni dan saling bergantung dalam pelbagai segi kehidupan demi survival bersama. Kini, berlaku perubahan dalam gaya hidup kaum Iban dengan tahap keterbukaan yang lebih luas terutamanya menerusi penglibatan aktif dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik negara. Keinginan untuk membawa kehidupan ke tahap yang lebih tinggi menyebabkan ramai kaum Iban telah keluar dari tempat asal masing-masing menuju ke kota besar sehingga ke Semenanjung Malaysia bahkan ke luar negara. Dengan ini, mereka begitu terdedah dengan budaya kaum lain sehingga memerlukan tahap kesedaran serta sikap penerimaan yang tinggi terhadap kepelbagaian budaya dalam kehidupan moden pada hari ini. Kaum Iban juga perlu sekali membina sebuah hubungan yang kukuh dengan kaum lain dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu, kajian ini cuba meninjau sejauh mana kesedaran dan penerimaan belia Iban terhadap budaya kaum lain di Malaysia. Kesedaran Pelbagai budaya Kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat menjadikan kesedaran budaya sebagai sesuatu kebolehan yang wajib dimiliki oleh setiap anggota masyarakat di negara ini. Kepelbagaian merupakan perkara yang seharusnya menjadi kelebihan dan bukannya untuk dielak kerana kepelbagaian membawa banyak kelebihan apabila diteliti pada sudut yang positif. Dalam erti kata lain, disedari bahawa perpaduan antara kaum merupakan pemboleh ubah penting dalam menentukan perjalanan politik, ekonomi, dan sosial negara dalam keadaan yang stabil. Jelas kesedaran budaya merupakan perkara yang tidak lagi asing bagi negara ini. 624
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Sesebuah kaum patut mengetahui sensitiviti dan budaya kaum lain supaya lebih berhati-hati dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Manakalakesedaran budaya masih tidak memadai jika tidak disertai dengan penerimaan kerana boleh merencatkan kesedaran budaya yang terbaik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kajian etnografi. Dalam kajian ini, kesedaran dan penerimaan budaya oleh mahasiswa Iban terhadap budaya mahasiswa mahasiswi kaum lain akan dinilai. Responden akan diberi borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan pandangan mereka terhadap budaya kaum lain. Melalui soal selidik ini, responden akan diteliti berkaitan dengan kesedaran dan penerimaan mereka terhadap budaya kaum lain. Reka bentuk ini dipilih kerana dilihat sebagai paling sesuai untuk menilai pola tingkah laku mahasiswa Iban dalam sesuatu kumpulan yang berkongsi sesuatu budaya. Reka bentuk kajian ini juga membolehkan penghuraian terhadap kehidupan responden melalui pemerhatian sebagai peserta atau ahli dalam kumpulan yang dikaji. OBJEKTIF KAJIAN Jelas sekali bahawa kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum lain amat penting di dalam usaha untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan antara kaum. Dengan itu, objektif kajian ini secara khususnya adalah seperti berikut: i.) Meneliti kesedaran mahasiswa Iban terhadap kepelbagaian budaya masyarakat majmuk. ii.) Meneliti tahap penerimaan mahasiswa Iban terhadap budaya kaum-kaum lain. iii.) Mengetengahkan kepentingan mahasiswa Iban dalam memiliki kesedaran dan penerimaan terhadap budaya kaum-kaum lain. Dalam konteks kajian ini, pemahaman mahasiswa Iban terhadap kepelbagaian budaya masyarakat majmuk di Malaysia akan diteliti bagi melihat tahap kesedaran dan penerimaan mereka terhadap budaya kaum lain. Populasi dan sampel Kajian ini adalah kajian populasi yang melibatkan keseluruhanmahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris, daerah Tanjong Malim (UPSI), Perak. Sampel adalah suatu kumpulan subset peserta yang dipilih daripada satu populasi untuk menjalankan kajian. Sampel yang dipilih dalam kajian ini adalah terdiri daripada mahasiswa UPSI dari etnik Iban yang dipilih secara rawak merentasi aspek jantina, semester dan pengkhususan bidang di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Alat kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan data serta soalan atau kenyataan yang dibentuk khas untuk memperoleh maklumat penyelidikan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif menerusi borang soal selidik dan pemerhatian sebagai alat kajian. Responden yang terlibat dengan kajian ini terdiri daripada 44 orang responden, 22 atau 50% merupakan responden lelaki dan 22 atau 50% lagi merupakan responden perempuan. Responden ini dipilih secara rawak dan tidak dilakukan sebarang pemilihan jantina semasa mengedarkan borang soal selidik. Kesemua responden yang dari pelbagai daerah ini datang dari tiga kawasan iaitu kawasan bandar, luar bandar, dan pedalaman. Asal kawasan responden yang terbanyak ialah dari kawasan luar bandar iaitu seramai 31 orang atau 70.45% responden, diikuti oleh responden dari kawasan bandar iaitu seramai 10 orang atau 22.73%, dan akhir sekali dari kawasan pedalaman iaitu seramai tiga orang atau 6.82% sahaja. Hubungan Sosial Responden Majoriti responden menyatakan bahawa mereka tinggal di kediaman luar kampus iaitu melibatkan seramai 33 orang, dan selebihnya melaporkan diri mereka tinggal di kolej kediaman iaitu seramai 11 orang. Jumlah responden yang tinggal di luar kampus menunjukkan jumlah yang lebih banyak sangat signifikan dengan semester pengajian responden. Hanya dua orang responden berada pada Semester 2 dan wajib untuk tinggal di kolej kediaman. Responden 625
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
selebihnya dari Semester 3 sehingga 8 dan menjadikan jumlah yang tinggal di kediaman luar kampus lebih ramai. Dapatan menunjukkan hanya 14 daripada 44 orang responden yang serumah dengan pelajar etnik Melayu. Manakala hanya 8 orang daripada 44 orang responden yang serumah dengan etnik Cina, dan hanya 2 orang responden sahaja yang serumah dengan etnik India. Selebihnya iaitu seramai 20 orang responden serumah dengan etnik-etnik Sabah dan Sarawak. Terdapat 17 orang responden yang mempunyai kenalan rapat atau kawan baik dari satu etnik sahaja iaitu etnik Iban, Bidayuh, dan Dusun. Ketiga-tiga etnik merupakan etnik majoriti masing-masing di Sabah dan Sarawak. Seramai 10 orang responden mempunyai kawan baik daripada dua etnik iaitu Iban dan Murut, Iban dan Melanau, Iban dan Dusun, Iban dan Sungai, Iban dan Cina, Iban dan Kadazan, Iban dan Bidayuh, serta Dusun dan Melayu. 4 orang responden mempunyai kawan baik dari 3 etnik berbeza iaitu Iban, Bidayuh dan Melayu, Iban, Kadazandusun dan Melayu, Murut, Sungai dan Melayu, serta Iban, Dusun dan Bisaya. 3 orang responden mempunyai kawan baik dari 4 etnik iaitu Baju, Cina, Iban dan Melayu, Iban, Bidayuh, Melayu dan Cina serta Melayu, Dusun, Bidayuh, dan Cina. 3 orang responden mempunyai kawan baik dari 5 etnik iaitu Iban, Dusun, Sungai, Kenya dan Murut, serta Iban, Dusun, Bidayuh, Bisaya dan Melayu. Hanya seorang responden yang mempunyai kawan dari 6 etnik iaitu Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Cina, India dan Melayu. Seorang responden lagi mempunyai kawan baik dari 7 etnik iaitu Iban, Kadazandusun, Cina, Melayu, Kenyah, Bidayuh dan Murut. 4 orang responden lagi tidak menyatakan etnik kawan baik mereka. Daripada dapatan, hanya 11 daripada 44 orang responden yang dikenal pasti mempunyai kawan baik dari etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Selebihnya dari etnik-etnik di Sabah dan Sarawak. Kesedaran Pelbagai Budaya Responden Kesedaran budaya responden yang akan dikaji merangkumi budaya material dan bukan material. Dalam kategori budaya material, kesedaran responden akan dilihat dari segi makanan tradisional tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu,, Cina dan India. Dalam kategori material ini juga, kesedaran responden turut dinilai terhadap aspek pakaian tradisional kaum Melayu, Cina dan India. Bagi kategori bukan material, antara item yang dikemukakan kepada responden untuk menguji kesedaran mereka termasuklah aspek agama, perayaan dan sambutan, adat dan kepercayaan, serta tarian dan persembahan. Kesemua item ini turut berkaitan dengan budaya tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. a. Makanan Didapati seramai 21 orang responden sangat setuju dan setuju bahawa kuih bulan dimakan semasa sambutan Chap Goh Mei. Seramai 11 orang lagi tidak bersetuju manakala 12 orang tidak pasti. Kuih bulan tidak dimakan semasa sambutan Chap Goh Mei tetapi dimakan semasa perayaan Moon Cake Festival. Bermakna pengetahuan dan kesedaran responden tentang kuih bulan adalah rendah. Sebanyak 22 orang responden sangat setuju dan setuju bahawa kuih bakul paling selalu dimakan semasa menyambut Tahun Baru Cina. Hanya tujuh orang responden sangat tidak setuju dan tidak setuju. Manakala 15 responden lagi tidak pasti. Kesedaran responden tentang kuih bakul adalah baik kerana lebih ramai yang mengetahui bahawa kuih bakul paling laris dimakan semasa Tahun Baru Cina. Kesedaran responden tentang buah Melaka merupakan hidangan kuih muih kaum Melayu adalah tinggi kerana lebih ramai yang sangat setuju dan setuju iaitu 23 orang. Hanya 3 responden menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju. Namun begitu, terdapat seramai 17 responden yang tidak pasti dan seorang responden tidak memberikan jawapan. Kesedaran responden bagi soalan ini adalah sangat baik kerana 43 daripada 4 responden mengetahui bahawa nasi lemak hidangan yang beridentifikasi kepada kaum Melayu. Hanya seorang responden yang tidak pasti. Kesedaran responden tentang makanan tosai juga amat baik kerana majoriti memberikan jawapan yang tepat iaitu seramai 35 responden menjawab sangat setuju dan setuju. Seramai 626
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dua responden sangat tidak setuju dan tujuh orang responden lagi tidak pasti. Seramai 30 responden bersetuju bahawa manisan laddu dikenali sebagai onde-onde. Sementara tiga orangresponden tidak bersetuju manakala 10 responden tidak pasti. Seramai 41 responden tidak memiliki kesedaran terhadap makanan tradisional etnik India. Daripada jumlah 41 responden ini, 10 daripadanya tidak pasti, seorang tidak memberikan jawapan, dan 30 responden lagi menjawab dengan salah iaitu bersetuju bahawa manisan laddu juga dikenali sebagai onde-onde. Kesedaran responden tentang manisan laddu adalah lemah kerana ondeonde merupakan kuih tradisional kaum Melayu. b. Pakaian Seramai 29 responden memberikan jawapan yang betul iaitu bersetuju bahawa Sam Foo merupakan pakaian tradisional kaum Cina. Seramai dua orang responden tidak bersetuju, 11 responden lagi tidak pasti, manakala dua orang lagi responden tidak memberikan jawapan. Kesedaran responden tentang soalan ini adalah cetek kerana majoriti tidak pasti iaitu seramai 23 responden. Didapati seramai enam orang responden masing-masing bersetuju dan tidak bersetuju dan tiga orang lagi tidak memberikan jawapan. Baju kebaya merupakan pakaian tradisional kaum Melayu dan seramai 36 responden menjawab dengan betul kerana bersetuju. Didapati seramai empat orang responden tidak bersetuju, manakala tiga orang responden tidak pasti, manakala seorang responden tidak memberikan jawapan. Kesedaran responden terhadap baju kurung adalah sangat tinggi kerana 82% bersamaan dengan 36 daripada 44 orang responden tidak bersetuju bahawa baju kurung dipakai oleh lelaki juga. Walau bagaimanapun, terdapat seramai lima responden bersetuju bahawa baju kurung juga dipakai oleh lelaki. Hanya dua orang responden menyatakan ketidakpastian manakala seorang responden tidak memberikan jawapan. Sangat sedikit pengetahuan responden tentang sari kerana hanya enam orang responden yang tidak bersetuju sari dipakaikan bersama selendang. Seramai 34 responden bersetuju bahawa sari dipakai bersama selendang. Baki empat orang responden tidak pasti. Majoriti responden menjawab dengan salah iaitu seramai 38 daripada 44 orang responden. Penggunaan baju tradisional sari tidak melibatkan selendang. c. Agama Sebahagian besar responden menjawab dengan salah kerana majoriti iaitu 23 responden bersetuju bahawa pengasas agama Buddha ialah Confucius. Seramai 11 responden tidak bersetuju manakala lima lagi tidak pasti. Bagi soalan kedua, seramai 26 responden bersetuju bahawa bunga teratai melambangkan perkembangan rohani dalam agama Buddha. Hanya dua orang responden yang tidak bersetuju, manakala responden yang tidak bersetuju adalah seramai 16 orang. Sejumlah 42 orang responden daripada 44 atau 95% responden menjawab dengan betul iaitu bersetuju solat fardu dilaksanakan lima waktu sehari bagi orang Melayu/Islam. Hanya masing-masing seorang responden yang tidak pasti dan tidak memberikan jawapan. Bagi soalan kelima, kesemua jawapan yang diberikan hampir sama rata iaitu seramai 14 responden tidak bersetuju, 12 orang responden bersetuju, dan 16 orang responden lain tidak pasti. Manakala terdapat hanya dua orang responden yang tidak memberikan jawapan. Gudwara merupakan tempat beribadat bagi kaum Sikh. Tempat beribadat bagi kaum India ialah kuil. Seramai 30 daripada 44 responden menjawab dengan salah. Daripada 30 responden yang menjawab dengan salah ini, 16 responden menyatakan ketidakpastian, 12 responden bersetuju dan 2 orang responden lagi tidak memberikan jawapan. d. Perayaan Dan Sambutan Majoriti responden iaitu seramai 29 tidak bersetuju yang Hari Chap Goh Mei disambut sebelum menjelangnya Tahun Baru Cina. Seramai 10 orang responden bersetuju, manakala tujuh orang responden pula tidak pasti manakala seorang responden tidak memberikan 627
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
jawapan. Seramai 28 orang responden tidak bersetuju dengan soalan kedua, masing-masing 8 responden yang bersetuju bahawa perayaan Tahun Baru Cina disambut pada bulan Januari dan tidak pasti. Seramai 30 orang responden bersetuju bahawa Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Seramai sembilan orang responden lagi tidak bersetuju, manakala empat orang responden tidak pasti dan seorang responden tidak memberikan jawapan. Pengetahuan responden terhadap soalan keempat adalah baik kerana seramai 36 responden menjawab dengan betul dengan bersetuju bahawa Maulidur Rasul adalah hari untuk memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. hanya dua orang responden yang tidak bersetuju, dan enam orang responden tidak pasti. Seramai 27 responden bersetuju bahawa Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya manakala lima responden tidak bersetuju. Seramai 11 responden tidak pasti dan seorang responden tidak memberikan jawapan. Bagi soalan terakhir, kebanyakan responden iaitu seramai 21 responden tidak pasti. Hampir 50% daripada keseluruhan responden tidak pasti tentang soalan tersebut. Ramai responden yang menjawab dengan salah iaitu 18 responden. Hanya lima responden tidak bersetuju bahawa Vaishaki disambut oleh kaum India. Perayaan Vaishaki tidak disambut oleh kaum India tetapi diraikan oleh kaum Sikh. e. Adat Dan Kepercayaan Seramai 30 orang responden tidak bersetuju bahawa warna merah merupakan warna yang membawa tuah bagi kaum Cina. Terdapat masing-masing tujuh orang responden yang tidak pasti dan bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai 30 orang responden mengetahui bahawa naga merupakan hidupan yang membawa tuah pada kepercayaan kaum Cina. Sera,mai empat orang responden tidak bersetuju, manakala seramai 10 responden tidak pasti. Sejumlah 98% responden iaitu 43 orang bersetuju dengan soalan ketiga dan hanya seorang responden yang tidak pasti. Bagi soalan keempat, majoriti responden iaitu seramai 37 orang bersetuju bahawa bersunat/berkhatan wajib bagi golongan lelaki dan terpuji bagi wanita kaum Melayu. Hanya dua orang responden yang tidak bersetuju dan lima lagi tidak pasti. Seramai 37 orang responden mengetahui bahawa kaum India tidak menggunakan chopsticksemasa makan. Didapati seramai empat responden bersetuju manakala tiga orang lagi tidak pasti. Majoriti responden tidak mengetahui tentang bindi iaitu 25 responden tidak pasti manakala 14 bersetuju dan baki lima orang tidak bersetuju. Dalam soalan ini, seramai 30 orang responden menjawab dengan salah. Lebih daripada separuh responden tidak pasti iaitu seramai 25 orang responden manakala lima orang lagi tidak bersetuju. Bindi sepatutnya hanya boleh dipakai oleh wanita India yang telah berkahwin untuk menunjukkan komitmen dan kesetiaan mereka kepada suami. f. Tarian Dan Persembahan Kebanyakan responden bersetuju bahawa tarian payung merupakan tarian tradisional kaum Cina iaitu seramai 26 orang responden. Seramai11 orang responden tidak bersetuju manakala selebihnya tidak pasti. Didapati seramai 21 responden bersetuju bahawa tarian naga sama dengan tarian singa, manakala 15 orang responden tidak bersetuju dan lapan orang responden lagi tidak pasti. Seramai 40 responden menjawab dengan betul tentang tarian Dondang Sayang. Hanya seorang responden yang tidak bersetuju dan tiga orang lagi tidak pasti. Bagi soalan keempat, seramai 28 responden bersetuju bahawa tarian joget dipersembahkan dengan gerak-geri pantas, hanya empat orang responden yang tidak bersetuju manakala seramai 13 orang responden pula tidak pasti. Seramai 23 responden bersetuju bahawa tarian Bharatanatyam dipersembahkan semasa Deepavali manakala hanya tiga orang responden yang tidak bersetuju. Seramai 18 responden lagi tidak pasti. Paling ramai responden iaitu 25 orang mengatakan mereka tidak pasti jika tarian Bharatanaytam ditarikan oleh lelaki. Seramai 14 responden bersetuju dan lima yang lain lagi tidak bersetuju. Seramai 39 orang responden menjawab dengan salah bagi soalan ke-6. Tarian Bharatanatyam tidak dipersembahkan pada 628
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
perayaan Deepavali dan hanya dipersembahkan oleh penari perempuan sahaja. Penerimaan Pelbagai Budaya Bahagian berikutnya adalah bertujuan untuk mengukur tahap penerimaan mahasiswa Iban terhadap budaya kaum lain di UPSI. Bagi soalan pertama, seramai 42 responden mengatakan mereka bersetuju untuk mencuba makanan kaum lain. Hanya masing-masing seorang responden yang tidak bersetuju dan tidak pasti. Seramai 41 orang responden bersetuju bahawa mereka mudah untuk menjadi kawan kepada individu kaum lain. Hanya seorang responden yang tidak pasti manakala dua orang responden lagi tidak memberikan jawapan. Seramai 39 orang responden bersetuju bahawa mereka suka berdamping dan mengenali individu yang berlainan kaum. Seorang responden tidak bersetuju dan empat orang lagi tidak pasti. Seramai 39 orang responden bersetuju bahawa mereka tidak kekok bekerjasama dengan pelajar dari kaum lain. Manakala dua orang responden tidak bersetuju dan tiga orang lagi tidak pasti. Sejumlah 37 orang responden bersetuju bahawa kawan-kawan mereka terdiri daripada kaum yang berbeza. Didapati empat orang responden tidak bersetuju dan tiga responden lain pula tidak pasti. Seramai 25 orang responden bersetuju bahawa mereka akan mencari kaum yang sama kaum dengannya untuk tinggal serumah. Manakala 14 responden tidak bersetuju dan lima lagi tidak pasti. Seramai 36 orang responden bersetuju bahawa mereka suka bertanya atau mengambil tahu tentang apa-apa sahaja tentang kaum lain. Hanya dua orang responden yang tidak bersetuju dan enam lagi tidak pasti. Seramai 40 responden bersetuju bahawa mereka akan menyertai dan meraikan perayaan kaum lain jika diberi peluang. Hanya seorang responden yang tidak bersetuju dan tiga yang lain lagi tidak pasti. Terdapat 13 responden menyatakan bahawa mereka bersetuju yang mereka membuat kerja kumpulan yang terdiri daripada kaum yang berbeza. Seramai lima orang responden tidak bersetuju dan enam orang lagi tidak pasti. Seramai 30 orang responden bersetuju sekiranya rakan yang berlainan kaum mengajak untuk datang dan tinggal di rumahnya untuk beberapa ketika. Seramai lima orang responden tidak bersetuju dan tujuh responden tidak pasti. Terdapat seorang responden yang tidak memberikan jawapan sama ada untuk bersetuju, tidak bersetuju, atau tidak pasti. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan skor jawapan bagi setiap tiga etnik utama. Kesedaran responden terhadap satu-satu etnik adalah berbeza. Didapati kesedaran budaya responden adalah paling tinggi terhadap etnik Melayu. Secara keseluruhan, responden menunjukkan jawapan yang betul terhadap semua soalan tentang etnik Melayu bagi semua item budaya material dan budaya bukan material. Analisis kajian mendapati kesedaran responden yang paling rendah ialah terhadap budaya etnik India. Majoriti responden menjawab dengan salah bagi semua item dalam budaya material dan budaya bukan material untuk etnik India. Bagi perbandingan di antara kesedaran dan penerimaan, kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, kesedaran responden terhadap budaya kaum lain adalah lebih rendah daripada penerimaan responden terhadap budaya kaum lain. Ini bermaksud responden memiliki kesedaran pada tahap sederhana dan kurang kesedaran terhadap budaya kaum lain terutamanya terhadap kaum India. Namun begitu, tinjauan dari segi penerimaan mendapati bahawa pada secara keseluruhannya responden memiliki tahap penerimaan yang tinggi terhadap budaya kaum lain. Kesedaran responden terhadap budaya kaum India yang rendah ini disebabkan oleh faktor pendedahan yang rendah terhadap kaum India. Berdasarkan populasi kaum India di negeri-negeri di Malaysia pada 2010, jumlah penduduk kaum India yang berada di Sarawak adalah sangat rendah iaitu hanya 7,411 orang (Statistik Bancian Negara Malaysia tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia). Pendedahan yang kurang dari awal terhadap kaum India menyebabkan kesedaran belia Iban terhadap budaya kaum India adalah kurang berbanding kaum lain. Ini akan mempengaruhi penerimaan dari segi pola perhubungan belia Iban dengan kaum India. Daripada analisis kajian yang dilakukan, hanya sedikit responden yang memiliki 629
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kawan baik yang berbangsa India. Hanya seorang daripada 44 orang responden yang memiliki kawan baik dari kaum India. Pendedahan dan kesedaran ini akan mempengaruhi antara satu sama lain. Ini bermaksud, pendedahan yang rendah terhadap kaum lain akan mempengaruhi tahap kesedaran terhadap budaya kaum tersebut. Begitu juga sebaliknya apabila seseorang itu memiliki kesedaran yang rendah terhadap sesuatu kaum, maka kebarangkalian untuk penerimaan itu adalah rendah juga. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, responden menerima dengan baik budaya kaum lain bagi budaya material iaitu bagi item makanan dan pakaian. Bagi item makanan, penerimaan responden terhadap makanan kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding makanan Melayu dan India. Pemerhatian yang dilakukan di sekitar Taman Universiti menunjukkan bahawa responden paling ramai bertumpu di kedai makanan yang bercitarasakan masakan Cina iaitu di Restoran Garden Deli. Bagi item pakaian pula, responden lebih menerima budaya kaum Melayu iaitu pemakaian baju kurung atau baju kebaya. Pemerhatian di sekitar Taman Universiti dan di dalam kampus termasuklah di dalam bilik kuliah mendapati belia Iban banyak memakai baju kurung atau baju kebaya. Hanya sedikit yang mengenakan baju tradisional kaum Cina iaitu baju Shanghai. Manakala tiada langsung pejar Iban yang mengenakan baju tradisional kaum India. Daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa terdapatnya pengaruh daripada perhubungan terhadap kesedaran dan penerimaan budaya. Perhubungan yang rendah atau kurang sesama kaum akan turut mengurangkan kesedaran dan penerimaan terhadap budaya. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan analisis kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Dapatan mendapati tahap kesedaran responden terhadap budaya kaum India adalah rendah berbanding kesedaran terhadap budaya kaum lain. Ini dipengaruhi oleh pola perhubungan responden yang kurang berhubung dan bersosial dengan kaum India berbanding dengan kaum lain. Responden di dalam kajian ini merupakan mahasiswa Iban yang berasal dari negeri Sarawak. Pola populasi penduduk yang wujud di negeri Sarawak menyebabkan belia Iban kurang pendedahan terhadap budaya kaum India disebabkan oleh faktor pendudukan kaum India yang sangat kurang di negeri Sarawak. Kaum India lebih banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia yangmenyebabkan kebarangkalian untuk belia Iban mencipta hubungan dengan kaum India adalah sangat rendah. Inilah seterusnya yang akan mempengaruhi kesedaran dan penerimaan oleh belia Iban terhadap budaya kaum India. Perkara sebaliknya berlaku apabila belia Iban ini berhubung secara kerap dengan kaum lain iaitu Melayu dan Cina. Populasi negeri Sarawak menunjukkan bilangan kaum Melayu dan Cina yang ramai. Perhubungan yang wujud dengan kerap telah mewujudkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap budaya kedua-dua kaum ini oleh belia Iban. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui dapatan analisis kajian yang menunjukkan kesedaran budaya oleh belia Iban terhadap budaya kaum Melayu dan kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding terhadap budaya kaum India. PENUTUP Kesimpulannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang memiliki norma, nilai dan amalan masing-masing. Perkara ini adalah baik kerana semua kaum ini mampu mengekalkan keharmonian dalam perbezaan. Namun begitu, harus diperhalusi dengan mendalam dan serius lagi menyeluruh akan keharmonian yang wujud pada hari ini. Boleh dikatakan bahawa atas prinsip tolak ansur antara satu sama lain berserta kesedaran dan penerimaan budaya kaum masing-masing keharmonian yang bakal dicipta pada masa akan datang pastinya lebih bermakna dan berpanjangan. Jelas sekali bahawa kualiti keharmonian antara kaum yang lebih bermakna adalah menerusi kejayaan mewujudkan interaksi sosial yang sihat lagi mesra antara kaum di negara ini.
630
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Anthony K Samuel (2005). Contemporary Migration Among The Dayak Iban In Sarawak. Sarawak: Masgraphics Services. Bradford ‘J’ Hall (2002). Among Cultures: The Challenge of Communication. United States Of America: Wadsworth Group/ Thomson Learning. Chew Fong Peng (2008). Budaya Dan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Erik Jensen. (1974). The Iban And Their Religion. Oxford At The Clarendon Press. Farul Azri. Sejarah Melayu: Kisah Di Sebalik Nusantara. Diperoleh 3 Mei daripada http:// sejarahmelayu.wordpress.com. Fred E. Jandt (1995). Intercultural Communication. Thousand Oaks: Sage Publications, Inc. Hanina Halimatusaadiah Hamsan dan Mastura Mohamad (2010). Belia Berisiko, Profil, Faktor Penyebab dan Intervensi. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Pembangunan B e l i a Malaysia. Hedda Morrison (1982). SARAWAK. Singapore: Times Books International. Jayum A Jawan (1993). The Iban Factor In Sarawak Politics. Malaysia: Universiti Pertanian Malaysia Serdang. Richard Brislin (2000). Understanding Culture’s Influence On Behavior. Second Edition. Canada: Wadsworth Cengange Learning. Sana Reynolds and Deborah Valentine (2011). Guide To Cross Cultural Communication. Second Edition. New Jersey: Pearson Education. Vinson and Joanne Sutlive, General Editors (2001). The Encyclopaedia of Iban Studies: Iban History, Society, and Culture, Volume II. Tun Jugah Foundation In cooperation with The Borneo Research Council, Inc. Wan Abdul Kadir (1992). Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif Budaya Melayu. Petaling Jaya: Masfami Enterprise. Wan Ramli Wan Muhamad. Adat Resam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. Jontiri Blog’s. Segregasi Etnik dan Cabaran Integrasi Nasional. Diperoleh 29 April 2013 daripada http://jontirikoloiyo.blogspot.com/2008/10/segregasi-etnik-dan-cabaranintegrasi.html. Juriah Binti Kawi. Perayaan-perayaan yang Disambut oleh Kaum India. Diperoleh 6 Mei 2013 daripada http://1mbudaya.blogspot.com/2011/12/perayaan-perayaan-yang-disambutoleh_3972.html. Laman Web Rasmi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Masyarakat Cina. Diperoleh 6 Mei 2013 daripada http:// www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat Cina. Lee Yok Fee. Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia. Diperoleh 5 Mei 2013 daripada http://www.ukm.my/penerbit/sari22-11.pdf. Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010. Diperoleh 6 Mei 2013 daripada http://www.statistics.gov.my/ portal/ index.php?
631
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KAEDAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF MAHASISWA Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd. Mahadee Ismail, Lee Yok Fee, Arfah Ab Majid, Ratna Roshida Ab Razak Universiti Putra Malaysia Abstrak Sememangnya proses pemupukan semangat patriotisme melalui pendidikan secara rasmi dalam kalangan rakyat Malaysia telah berlaku semenjak di bangku sekolah tadika lagi. Hal ini berterusan sehingga ke peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Namun, fenomena keterhakisan semangat patriotisme yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan tentang kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek berelemenkan patriotisme yang telah dilalui oleh rakyat khususnya generasi muda selama ini. Contoh keterhakisan semangat patriotisme tersebut adalah seperti penghinaan terhadap institusi beraja, agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa kebangsaan, Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan. Justeru kajian ini akan meneliti dari peringkat akar-umbi tentang kaedah bersesuaian yang diinginkan oleh mahasiswa untuk memupuk semangat patriotisme mereka. Sehubungan itu, kaedah nominal group technique (NGT) telah digunakan untuk mendapat maklum balas secara langsung dan telus daripada informan yang terdiri daripada para mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang aspek tersebut. Dapatan kajian memaparkan kaedah pengajaran yang menarik seperti lawatan sambil belajar dan pembelajaran berorientasikan pelajar merupakan kaedah yang paling bersesuaian dan disukai pelajar untuk memupuk semangat patriotisme mereka. Kata kunci: patriotisme, pendidikan patriotisme, mahasiswa.
PENGENALAN Sememangnya pendidikan berteraskan patriotisme telah diterapkan ke dalam jiwa pelajar di negara ini secara formal dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi. Umpamanya melalui subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Pengajian Am, Pengajian Malaysia dan Hubungan Etnik. Selain itu pendidikan muzik turut menjadi medium dalam memperkasakan semangat patriotik melalui pengajaran rangkaian lagu-lagu rasmi iaitu Negaraku dan lagu negeri. Tidak terkecuali juga pihak sekolah secara rutin melaksanakan perhimpunan rasmi setiap hari Isnin, antara lain para pelajar dan guru turut bersama-sama menyanyikan lagu-lagu rasmi serta melafazkan ikrar Rukun Negara. Didikan secara latih tubi ini turut diperkasakan lagi melalui program sambutan bulan kemerdekaan yang diwajibkan pada setiap tahun mulai bulan Ogos sehingga bulan September dengan kemuncak sambutan hari Malaysia. Selain itu, penerapan semangat patriotisme secara berterusan turut direncana melalui sukatan pelajaran merentas kurikulum bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan berdaya saing sebagaimana terangkum dalam falsafah pendidikan negara. Jika di peringkat sekolah tadika, pendekatan patriotisme yang diguna pakai adalah memperkenalkan para pelajar dengan autoriti penting dalam negara seperti polis, tentera, simbol-simbol kebangsaan dan sebagainya lagi. Malah, elemen patriotisme turut diterapkan melalui kegiatan ko-kurikulum seperti Pengakap, Pandu Putri, Kadet Polis, Palapes, Suksis dan sebagainya lagi. Ini menunjukkan bahawa generasi muda Malaysia telah melalui proses penyemaian dan pemantapan semangat patriotisme telah 632
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
sekian lama. Justeru, semangat patriotisme mereka sepatutnya semakin kukuh dan bersemarak dari semasa ke semasa. Namun dapatan kajian Indeks Patriotisme Negara oleh Biro Tata Negara yang mendedahkan skor indeks patriotisme mahasiswa di institusi pengajian tinggi adalah rendah iaitu 3.8 (Tengku Khairi, 2015) telah membuktikan andaian tersebut kurang tepat. Situasi sebegini adalah sangat membimbangkan dan sepatutnya menjadi kegusaran seluruh rakyat dan juga para pemimpin kerana ia melibatkan generasi pelapis negara. Malah indikator hakisan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda juga dapat ditelusuri melalui isu penghinaan terhadap lagu kebangsaan oleh Namewee pada tahun 2007. Beliau telah memuat naik sebuah video bertajuk Negarakuku ke you tube yang boleh ditonton oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Situasi sebegini boleh memberi pengaruh negatif kepada golongan muda memandangkan pendekatan muzik yang digunakan adalah bertepatan dengan selera kebanyakan generasi muda ketika itu iaitu hip hop. Apabila leka dengan muzik rancak sebegitu, mereka akan turut serta menari tanpa mempedulikan lirik lagunya yang menghina negara. Sebenarnya video tersebut bukan sekadar menghina lagu kebangsaan sahaja, malah turut menghina agama Islam yang merupakan agama persekutuan. Walaupun ketika video tersebut dimuat naik, kadar penembusan internet dan penggunaan media sosial di Malaysia tidaklah sehebat seperti sekarang, namun ia telah tersebar dengan begitu cepat sekali dalam kalangan generasi muda. Sehingga kini video tersebut masih boleh diakses dan mendapat komen yang pelbagai daripada penonton. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, ramai juga golongan muda yang menyokong dan menyukai video tersebut. Siri penghinaan terhadap negara diteruskan oleh Alvin dan Vivian yang mempersendakan bulan Ramadhan iaitu bulan mulia bagi umat Islam dengan memuat naik gambar mereka sedang menikmati daging babi dengan catatan “Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut The… fragrant, delicious and appetizing)” (Utusan Online, 13 Julai 2013). Alvin meneruskan aktivitinya dengan mengalunkan azan sambil bermain piano (Utusan Malaysia, 26 April 2015), memuat naik gambar tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya dan mengeluarkan ungkapan menghina agama dan umat Islam di laman Facebook miliknya (Berita Harian, 6 September 2015). Dalam konteks ini, Islam adalah agama persekutuan yang merupakan salah satu elemen tradisi yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, penghinaan terhadap agama bagi persekutuan juga adalah penghinaan terhadap negara. Sebenarnya terdapat banyak lagi siri-siri penghinaan terhadap negara dan institusi dalam negara seperti sistem beraja dan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Ali Abdul Jalil, Adlin Abd Jalil dan Juli Jalaludin. Penghinaan tersebut dipaparkan secara terang-terangan di laman Facebook mereka (Farah dan Fernando, 2014 & Astro Awani, 25 Oktober 2014). Lebih menyedihkan sambutan hangat diberikan kepada mereka, umpamanya Ali mempunyai pengikut seramai 19,532 orang, pengikut Adlin Abd Jalil pula seramai 54,091 orang manakala pengikut Alvin Tan sejumlah 34,985 orang. Rata-rata pengikut mereka adalah terdiri daripada golongan muda. Sememangnya sukar untuk menyekat medium penyebaran maklumat yang bersifat maya sebegini. Pelbagai jenis maklumat akan terus tersebar tanpa sebarang batasan. Senario yang berlaku itu memperlihatkan seolaholah pendidikan patriotisme yang diterapkan semenjak dari sekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi adalah kurang berkesan untuk melahirkan rakyat yang patriotik. Hal ini disebabkan oleh proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang membosankan sekaligus menggagalkan penghayatan pelajar terhadap hasil pembelajaran subjek berteraskan patriotisme. Justeru kajian perlu dijalankan untuk meneliti kaedah yang sesuai dalam pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk semangat patriotisme dari perspektif generasi muda. KAJIAN LITERATUR Terdapat banyak kajian lepas yang membincangkan tentang kaedah pemantapan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Umpamanya melalui penguatkuasaan undang633
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
undang seperti yang berlaku di Oklahoma City. Sebuah rang undang-undang untuk mewajibkan setiap sekolah mengibarkan bendera kebangsaan Amerika Syarikat, membaca ikrar kesetiaan dan mengajar para pelajar sekolah tentang sejarah yang berkaitan dengan kegemilangan Amerika Syarikat pada zaman lampau telah digubal untuk memperkasakan semangat patriotisme mereka. Seorang penggubal undang-undang iaitu Graves berpendapat bahawa para pelajar di Oklahoma kemungkinan akan menjadi lebih patriotik apabila mereka mempelajari tentang prinsip-prinsip penubuhan negara mereka yang terkandung dalam subjek Sejarah. Beliau juga menegaskan bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah untuk menjadikan para pelajar lebih menyedari tentang kebebasan yang dinikmati oleh mereka di samping membantu para pelajar untuk menghargai kebebasan tersebut (Ku Hasnita, 2007). Situasi ini memaparkan betapa pentingnya semangat patriotisme bagi meneruskan kelangsungan sesebuah negara sehingga penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan oleh pihak pemerintah agar semangat patriotisme rakyat sentiasa memuncak. Selain itu, Saifuddin Abdullah (2005) menegaskan bahawa semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda boleh dipupuk melalui tiga pendekatan utama melalui saluran pendidikan. Pertama, pendidikan patriotisme yang menjurus kepada dua aspek iaitu program asas seperti dalam bentuk seminar dan kursus selain program sampingan seperti perkhemahan, larian, ekspedisi dan lain-lain lagi. Kedua, penerapan patriotisme yang diterapkan melalui program-program kerajaan seperti rakan muda dan ketiga, pembudayaan patriotisme yang disalurkan melalui media seperti penyiaran lagu-lagu patriotik oleh stesen-stesen radio dan televisyen. Hal ini sejajar dengan kajian Karlin (1975) yang menegaskan bahawa aktivitiaktiviti tertentu seperti menonton program televisyen yang berupaya menyemarakkan patriotisme, membaca ikrar kesetiaan, sambutan perayaan, menyediakan bahan bacaan yang dapat membangkitkan semangat patriotik dan pertandingan menulis esei boleh memupuk dan memperkasakan semangat cintakan negara. Sementara itu, hasil kajian Janowitz (1985) pula mendapati bahawa selepas Perang Dunia Kedua, pendidikan sivik adalah diperlukan bagi mempertingkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Amerika Syarikat. Kajian tersebut disokong oleh Manzo (2001) yang turut menyatakan kepentingan pembelajaran sivik dalam memupuk semangat patriotisme selepas tragedi serangan ke atas New York pada 11 September 2001. Pendidikan sivik yang dimaksudkan adalah merangkumi aspek yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab rakyat dan hal yang bersangkutan dengan sesuatu masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pendidikan sivik ini boleh menggerakkan semangat patriotisme rakyat. Sehubungan itu Koff et al. (1973) dan Thomas (1990) menegaskan bahawa instrumen paling penting yang digunakan untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan pelajar adalah melalui buku-buku teks yang berkaitan dengan pendidikan sivik, kewarganegaraan, sejarah negara dan pembangunan moral. Walau bagaimanapun, buku-buku teks tersebut perlu dinilai terlebih dahulu sebelum digunakan bagi memastikan keberkesanan subjek tersebut kepada pelajar. Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa program pendidikan patriotisme melalui buku teks tersebut mestilah memenuhi kriteria berikut seperti memperkenalkan dan menerangkan maksud kesetiaan; menjelaskan maksud patriotisme dengan menerangkan kewujudan konsep kesetiaan dalam patriotisme mempunyai persamaan dan perbezaan dengan konsep kesetiaan dalam aspek lain seperti kesetiaan kepada keluarga, sekolah, rakan, pasukan dan sebagainya lagi; menerangkan kepada pelajar-pelajar cara-cara untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara. Malah Thomas (1990) menjelaskan bahawa di Indonesia, para pelajar pendidikan tinggi tahun satu di seluruh negeri telah diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengambil subjek yang berkaitan dengan patriotisme, lima prinsip asas negara (pancasila) dan pendidikan agama. Selaras dengan kenyataan Thomas (1990) yang meletakkan subjek sejarah negara sebagai mata pelajaran yang berkaitan dengan patriotisme, maka perlu juga diteliti kajiankajian lepas yang berkaitan dengannya. Umpamanya Abdul Rahim (1989) menyatakan bahawa terdapat empat kepentingan pengajaran sejarah di sekolah-sekolah iaitu untuk memahami keadaan masa kini; pendidikan kewarganegaraan; perkembangan intelektual dan pendedahan 634
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
unsur-unsur kemanusiaan. Oleh yang demikian subjek sejarah boleh dijadikan sebagai medium yang dapat menghubungkan kehidupan manusia kini dengan manusia yang hidup pada masa lalu atau perkara yang telah berlaku pada masa lalu dengan apa yang sedang berlaku dalam keduadua kerangka masa itu iaitu masa lalu dan masa kini. Justeru itu, sememangnya guru sejarah sangat memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk unsur-unsur patriotisme. Hal ini disokong oleh Salbiah (1995) dan Avdela (2000) yang menegaskan bahawa subjek sejarah adalah penting dalam memupuk semangat kesetiaan kepada negara, cintakan tanah air dan membangkitkan keprihatinan tentang apa yang berlaku terhadap tanah air. Selain itu, menurut Jaizah et al. (2001) subjek Kajian Tempatan yang diajar di peringkat sekolah rendah di Malaysia juga merupakan salah satu daripada mekanisme utama dalam memupuk semangat patriotisme. Hal ini kerana subjek tersebut memperkenalkan para pelajar secara terperinci dengan aspekaspek kenegaraan seperti mengenal negara, sejarah negara, masyarakat Malaysia, sumber dan ekonomi negara, pembinaan bangsa dan negara dan kejayaan serta kebanggaan negara kita. Oleh yang demikian, para pelajar akan mendapat maklumat tentang negara dan secara tidak langsung dapat menyemai semangat cintakan dan banggakan tanah air. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui kaedah nominal group technique (NGT) dengan mengandaikan bahawa setiap individu (mahasiswa) berkemampuan untuk menginterpretasi senario semasa secara bebas. Justeru, teknik ini diaplikasi untuk memperoleh data tentang kaedah memupuk semangat patriotisme melalui proses pengajaran dan pembelajaran daripada para mahasiswa berdasarkan interpretasi mereka. Dalam konteks ini, NGT merupakan kaedah yang amat bersesuaian dalam menentukan peringkat keutamaan idea daripada informan dalam menginterpretasikan sesuatu keadaan. Para informan yang terlibat adalah terdiri daripada lapan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lapan mahasiswa daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kesemua informan adalah terdiri daripada mahasiswa yang telah mengambil kursus berteraskan patriotisme iaitu Kenegaraan Malaysia. Mereka dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Walaupun terdapat beberapa buah universiti awam (UA) lain yang turut menawarkan kursus Kenegaraan Malaysia seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang mengguna pakai nama kursus Pengantar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia, namun UPM telah dipilih sebagai lokasi kajian memandangkan tempoh penawaran kursus tersebut yang melebihi usia 30 tahun iaitu semenjak awal tahun 1980-an hingga kini (Zaid, Sri Rahayu & Ahmad Tarmizi 2010: 133). Elemen senioriti perlu diambil kira dalam penentuan lokasi kajian kerana aspek tersebut merupakan refleksi kepada pengalaman mendidik anak bangsa patriotik yang dicurahkan oleh para pensyarah kepada para mahasiswa. Manakala pemilihan UPSI pula adalah disebabkan institusi tersebut secara langsung berperanan dalam mendidik bakalbakal guru yang akan mencurahkan khidmat bakti dalam mendidik anak bangsa. Justeru, apabila mereka dilengkapi dengan ilmu patriotisme yang mantap melalui kursus Kenegaraan Malaysia, maka diharapkan ilmu tersebut akan disebar dan disemai ke dalam jiwa para pelajar mereka nanti dengan penuh penghayatan. Umumnya dalam aktiviti NGT, para informan diberi peluang untuk bersuara dan berkongsi pandangan dan idea mereka terhadap sesuatu perkara atau soalan. Idea dan cadangan mereka dikongsi dan dilihat oleh semua informan dengan cara menulis di atas kertas dan menerangkannya dalam bentuk round-robin atau bergilir-gilir. Kemudian, idea dan pandangan mereka akan dibincangkan agar lebih jelas. Dalam proses ini, idea yang sama akan digabungkan. Setiap pilihan akan ditentukan keutamaannya melalui proses ranking. Seterusnya idea-idea yang diberi ranking tertinggi akan dibincangkan semula untuk mendapatkan persetujuan setiap informan. Data kualitatif yang dikumpulkan melalui NGT akan dianalisis dengan gabungan cara analisis kandungan (content analysis) dan ranking. 635
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Melalui proses NGT, para informan daripada UPM telah menyarankan kaedah seperti berikut untuk memupuk semangat patriotisme melalui kursus berteraskan patriotisme: a. Sesi perkongsian dengan tokoh sejarah negara b. Kaedah pengajaran yang menarik c. Perbincangan dua hala antara pensyarah dan pelajar d. Sokongan moral kepada pelajar e. Lawatan f. Kaedah berorientasikan pelajar (SCL) g. Kaedah berorientasikan teknologi Idea-idea tersebut kemudiannya diundi oleh para informan mengikut keutamaan (proses ranking). Hasil undian menunjukkan keutamaan idea ditentukan seperti berikut: Jadual 1: Proses Meletakkan Kedudukan Idea bagi Informan UPM IDEA
KEDUDUKAN
a
Kaedah pengajaran yang menarik
1
b
Kaedah berorientasikan pelajar (SCL)
2
c
Perbincangan dua hala antara pensyarah dan pelajar
3
d
Kaedah berorientasikan teknologi
4
e
Sokongan moral kepada pelajar
5
f
Lawatan
6
g
Mewujudkan sesi perkongsian dengan tokoh sejarah negara
7
Jadual 1 memaparkan idea “kaedah pengajaran yang menarik” telah diletakkan pada kedudukan yang pertama bagi menarik minat para pelajar untuk memupuk semangat cintakan negara dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui kursus yang berelemenkan patriotisme. Para informan telah meletakkan ciri-ciri “kaedah pengajaran yang menarik” seperti berikut: a. Berunsurkan humor supaya pelajar tidak bosan b. Mengaitkan isu semasa negara dengan sejarah c. Memperbanyakkan aktiviti yang membantu pemupukan nilai patriotisme d. Memaparkan sebab dan akibat jika kurang patriotik e. Memberikan contoh yang bersesuaian dan boleh diterima pelajar Maksudnya, informan-informan mencadangkan agar para pendidik memasukkan ciri-ciri tersebut dalam proses P&P subjek berkenaan bagi mengelakkan kebosanan. “Kaedah berorientasikan pelajar (SCL)” telah diletakkan pada kedudukan kedua penting dalam menarik minat para pelajar untuk menghayati semangat patriotisme. Pelaksanaan kaedah ini dicadangkan seperti berikut: a. Perbincangan berkumpulan untuk mendapat idea patriotisme b. Pelajar mengambil bahagian dalam pembentangan supaya mereka dapat mendalami kandungan c. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengkaji dan menerangkan konsep patriotik di dalam kelas Dalam konteks ini para pendidik perlulah memastikan pelajar-pelajar mereka melakukan aktiviti tertentu secara berkumpulan seperti lakonan, simulasi, peta minda, analisis video dan sebagainya lagi untuk membantu pemahaman dan penghayatan mereka 636
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dalam subjek yang diajar. Hal ini sejajar dengan kenyataan Collins & O’Brien: 2003 yang menegaskan bahawa pelaksanaan kaedah SCL sememangnya dapat membantu memberi dorongan kepada para pelajar untuk menguasai dan mendalami ilmu serta bersikap positif terhadap subjek yang diajar. Idea “Perbincangan dua hala antara pensyarah dan pelajar” juga dilihat agak penting bagi informan daripada UPM ini kerana diletakkan pada kedudukan ke tiga. Sememangnya pelajar-pelajar akan berasa bosan jika para pendidik hanya bercakap seorang diri sahaja tanpa memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta memberikan pandangan mereka. Sememangnya teknologi terkini tidak dapat dipisahkan dengan golongan muda sekarang. Justeru bagi membantu pemupukan dan penghayatan kursus berteraskan patriotisme, para informan telah meletakkan “kaedah P&P berorientasikan teknologi” pada kedudukan ke empat. Bagi mereka, penggunaan aplikasi teknologi dalam pembelajaran seperti online flash card, iPidato, e-puzzle, e-crossword dan sebagainya lagi berupaya membantu untuk mencapai matlamat tersebut. Sebagai usaha untuk menarik minat pelajar, para pendidik mestilah sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada mereka. Oleh yang demikian idea “sokongan moral kepada pelajar” telah diletakkan pada kedudukan ke lima. Dalam mencapai tujuan tersebut, para informan telah memberi cadangan berikut: a. Memberi motivasi dalaman kepada pelajar untuk meminati dan mendalami ilmu kenegaraan b. Guru atau pensyarah memberi penghargaan kepada pelajar yang berpotensi Idea “lawatan” ke tempat bersejarah pula telah diletakkan pada kedudukan ke enam. Manakala idea “mewujudkan sesi perkongsian dengan tokoh sejarah negara” telah diletakkan pada kedudukan ke tujuh. Idea tersebut dicadangkan dengan kaedah berikut: a. Menjemput golongan veteran yang hidup pada zaman penjajahan untuk menceritakan pengalaman sebenar mereka b. Menemu bual negarawan dan pesara tentera tentang pengalaman mereka semasa zaman penjajahan Jika kaedah ini dapat direalisasikan dengan jayanya dalam proses P&P, sudah tentu para pelajar dapat maklumat secara langsung tentang sejarah tanah air daripada tokoh yang pernah melalui zaman tersebut sekali gus dapat memantapkan semangat patriotisme mereka. Seterusnya para informan daripada UPSI pula telah menyarankan kaedah berikut untuk memupuk semangat patriotisme melalui kursus berteraskan patriotisme dalam kalangan generasi muda: a. b. c. d.
Lawatan sambil belajar Kerja lapangan Perbincangan dan forum Debat
Idea-idea tersebut kemudiannya diundi oleh para informan mengikut keutamaan (proses ranking). Hasil undian menunjukkan keutamaan idea ditentukan seperti berikut:
637
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 2: Proses Meletakkan Kedudukan Idea bagi Informan UPSI IDEA
KEDUDUKAN
a
Lawatan sambil belajar
1
b
Kerja lapangan
2
c
Perbincangan dan forum
3
d
Penggunaan media
4
e
Debat
5
Berdasarkan Jadual 2, para informan daripada UPSI telah meletakkan idea “ lawatan sambil belajar” ke Muzium Negara, Parlimen dan tempat lain yang berkaitan sebagai cara untuk menarik minat pelajar terhadap kursus berpaksikan patriotisme pada kedudukan pertama. Kemudian diikuti dengan idea “ kerja lapangan” pada kedudukan ke dua yang memerlukan pelajar bekerja secara berkumpulan yang melibatkan pelbagai kaum. Idea tersebut difokuskan kepada aktiviti khidmat masyarakat yang boleh memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan mencintai negara. Dalam konteks ini, membantu masyarakat juga dikaitkan dengan membantu negara memandangkan masyarakat adalah antara unit terpenting dalam negara sekali gus dapat memperkukuhkan perpaduan. Idea “perbincangan dan forum” telah diletakkan pada kedudukan ke tiga. Para informan berpendapat agar pendidik memperbanyakkan perbincangan tentang hal ehwal semasa negara supaya pelajar cakna dengan segala peristiwa yang berlaku dalam negara. Dalam masa yang sama, pelajar perlu digalakkan untuk memberikan pendapat masingmasing. Situasi ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali serta memahami tanah air mereka dengan lebih akrab lagi. Seterusnya informan-informan telah meletakkan idea “penggunaan media” pada tempat ke empat. Mereka mencadangkan agar pendidik mewujudkan blog perbincangan hal ehwal kenegaraan serta menayangkan filem bercorak patriotik bagi menarik minat pelajar untuk menghayati semangat patriotisme. Idea “debat” pula telah diletakkan pada kedudukan ke lima. Para informan menyarankan agar isu-isu yang akan diperdebatkan itu adalah isu semasa negara. KESIMPULAN Secara keseluruhannya para pendidik memainkan peranan penting dalam memastikan proses P&P subjek berteraskan patriotisme diminati dan dihayati oleh pelajar. Dalam konteks ini, para pendidik perlu memiliki daya kreatif dan inovatif yang tinggi bagi menangkis persepsi kebosanan pelajar dalam subjek berkenaan. Justeru dapatan kajian ini memaparkan kaedahkaedah yang boleh digunakan oleh mereka dalam P&P bagi menarik minat para pelajar untuk mendalami hal ehwal negara sekali gus memupuk semangat patriotisme mereka. Walaupun kesemua idea yang diperolehi melalui teknik NGT disusun mengikut keutamaan, namun ia tidak bermaksud idea yang berada pada kedudukan terakhir tidak penting. Sebenarnya keseluruhan idea tersebut adalah penting mengikut kedudukan yang telah ditetapkan oleh informan. RUJUKAN Abdul Rahim Abdul Rashid. (1989). Strategi pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Alvin, Vivian persenda umat Islam dalam bulan Ramadan. (13 Julai 2013). Dimuat turun daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_12/AlvinVivian-persenda-umat-Islam-dalam-bulan-Ramadan 638
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Avdela, E. (2000). The teaching of history in Greece. Journal of Modern Greek Studies. Vol. 18. Collins, J. W. & O’Brien, N. P. (Eds.). (2003). Greenwood Dictionary of Education. Westport, CT: Greenwood. Farah Harith & Fernando Fong. (2014). Revisiting Adlin and Juli, the other ‘wanted’ duo. 14 Disember. Dimuat turun daripada http://www.therakyatpost.com/news/2014/12/14/revisiting-adlin-juli-wanted-duo Jaizah Mahamud, Muhammad Khairuddin Lim Abdullah, Ibrahim Md. Nor. (2001). Tinjauan terhadap penerapan unsur patriotisme melalui mata pelajaran Kajian Tempatan di kalangan guru pelatih semasa menjalani praktikum. Unit Kajian Tempatan Jabatan Kajian Sosial. Institut Perguruan Darulaman, Kedah. Janowitz, M. (1985). Toward a new patriotism: Educating for civic conciousness. Curriculum Review. March/April. 14-18. Karlin, M. S. (1975). Classroom activities desk book for fun and learning. New York: Parker Publication. Koff, D., Von der Muhl, G. & Prewitt, K. (1973). Political Socialization In Three East African Countries: A Comparative Analysis. Dalam Dennis, J. (ed.), Socialization to Politics. Canada: John Wiley & Sons, Inc. Ku Hasnita Ku Samsu. (2007). Patriotisme di kalangan generasi muda Malaysia : kajian kes ke atas mahasiswa bukan Melayu di institusi pengajian tinggi. Tesis PhD. Universiti Malaya Manzo, K.K. (2001). Education experts expect resurgence of patriotism in nation’s classroom. Education Week. Vol. 21. Iss. 4. m.s. 10. Saifuddin Abdullah. (2005), Patriotisme alaf baru. Dlm Hussain Mohamad (pnytg.). Belia dan patriotisme Malaysia, hlm. 70-93, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Salbiah Ismail. (1995). Peranan mata pelajaran Sejarah dalam membentuk masyarakat berwawasan. Kertas Kerja Konvensyen Guru Sejarah Peringkat Negeri Sarawak. Kuching, November. Tengku Khairi A Rahman. 2015. Indeks patriotisme pupuk keharmonian bermasyarakat. Berita Harian Online. 6 Februari.Dimuat turun daripadahttp://www.bharian.com.my/node/33539 Thomas, R.M. (1990). Applying a patriotism textbook-rating device: An Indonesian example. Educational Research Quaterly. Vol. 12. 46-52. Zaid, Sri Rahayu & Ahmad Tarmizi . 2010. Pengajian Umum: Pengalaman Universiti Putra Malaysia. Malim- SEA Journal of General Studies II. 130-145 dimuat turun daripada http:// www.myjurnal.my/filebank/published_article/23386/Artikel_10.PDF
639
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENILAIAN PROGRAM GURU PENYAYANG DI KALANGAN MURID ORANG ASLI BAGI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH TAPAH PERAK Hasniza Binti Othman, Eftah Binti Moh @ Hj. Abdullah Jabatan Pengajian Pendidikan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Abstrak Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk Menilai Pelaksanaan Program Guru Penyayang berasaskan ekspektasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Sekolah Menengah di Negeri Selangor. Rujukan daripada kajian ini adalah garis panduan yang diwartakan oleh KPM dalam pelaksanaan program ini. Penyelidik melaksanakan penilaian ke atas program ini dengan berasaskan kerangka konseptual kajian yang diterjemahkan melalui model penilaian CIPP (Stufflebeam, 1973) dalam menilai dan seterusnya mengenalpasti tahap pelaksanaan program yang melibatkan semua guru dan murid Orang Asli di sekolah. Kajian sebenar penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam Program Guru Penyayang dari aspek pentadbirannya di sekolah.
PENGENALAN Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pendidikan menjadi asas utama negara dalam proses pembangunan. Menurut Kemp (1995), strategi pembelajaran adalah suatu kegiatan pembelajaran yang harus dikerjakan guru dan murid agar tujuan pembelajaran dapat tercapai secara efektif dan efisien. Dalam dunia pendidikan, wujud konsep kepimpinan di mana menurut Thoha (2004), kepimpinan adalah kegiatan untuk mempengaruhi perilaku orang lain, atau seni mempengaruhi perilaku orang lain, atau seni mempengaruhi manusia baik perorangan mahupun kelompok. Justeru, guru berupaya bertindak sebagai penggerak dan pemudahcara dalam semua perkara untuk semua program yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Program Guru Penyayang yang berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang di semua sekolah bermula pada sesi persekolahan awal Januari 2012. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Abd. Ghafar Mahmud berharap suasana dan pendekatan tersebut berlaku di semua sekolah pada setiap hari persekolahan. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling menjadi penggerak kepada program sekaligus menjadi jurulatih kepada para guru untuk mengaplikasikan pendekatan humanistik semasa melaksanakan program guru penyayang kepada semua murid. Program Guru Penyayang merupakan Transformasi Pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang dapat menangani era globalisasi dan k-ekonomi di Malaysia hari ini. Teras Ketiga dalam Transformasi Pendidikan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia; 2013 - 2025) ditekankan agar melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. Termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Cabaran strategik ketujuh dalam Wawasan 2020 pula bertujuan untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan menyayangi. Malahan profesion perguruan turut berfokuskan kepada membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun, membina kekuatan sendiri serta menentukan masa depan yang bebas daripada krisis sosial dan moral. 640
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Justeru, Program Guru Penyayang dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan beberapa beberapa fasa iaitu Fasa Pertama (2012); pihak sekolah diminta melaksanakan amalan guru penyayang melalui Progran Mentor Mentee, memberi penghargaan kepada murid serta mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah dan Fasa Kedua (2014); berfokus kepada “Unlock Student Potential” ataupun menangani ketidakmenjadian murid. Berfokus kepada amalan penyayang di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, Program Guru Penyayang dapat berperanan seperti berikut: a. Peranan semua warga sekolah; melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai-nilai murni. b. Sikap kepedulian; melatih guru lebih peka pada setiap perkara yang berkaitan murid. c. Murid sebagai aset penting: guru menjiwai murid melalui perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. d. Profesional guru; membudayakan amalan penyayang melalui pelbagai peranan seperti idola, fasilitator, mentor dan pemudahcara kepada murid. e. Hubung dan kolaborasi; menghubungkan guru melalui jalinan kolaborasi dengan ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Guru diharapkan dapat memainkan peranan penting dalam pendidikan dan bersedia mempraktikkan amalan-amalan terbaik dan mengaplikasikan pembelajaran ‘fun learning’ di sekolah. Kaedah ini terbukti berkesan di kebanyakan negara maju dalam membantu perkembangan sosial, mental dan keyakinan diri kanak-kanak. Kini tugas dan tanggungjawab guru merangkumi aspek penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran, mendidik, membimbing dan membangunkan potensi murid mengikut lunas-lunas nilai masyarakat Malaysia. PENYATAAN MASALAH Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif melalui Program Guru Penyayang dalam membekalkan satu platform pembelajaran humanistik kepada semua sekolah di Malaysia. Inisiatif ini merupakan penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia yang banyak digunakan di negara maju. Melalui program ini, guru perlu memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters). Secara psikologinya guru perlu menerima kepelbagaian murid di sekolah dan menangani murid secara berhemah dan kasih sayang untuk menggalakkan murid hadir ke sekolah. Namun begitu, persoalannya di sini adakah semua pihak sudah bersedia untuk menyahut cabaran transformasi yang dirancangkan oleh pihak kementerian? Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud menyarankan agar semua sekolah di negara ini membudayakan Program Guru Penyayang bagi menyemai sifat semulajadi dalam kalangan para pendidik selain meningkatkan motivasi para pelajar untuk ke sekolah. Bagi memastikan kelangsungan perancangan yang dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, beberapa aspek utama perlu diberi perhatian secara terperinci. Isu pertama yang perlu diberi dalam memastikan Program Guru Penyayang berjaya mencapai objektifnya adalah melihat pelaksanannya di kalangan semua guru supaya pihak yang berwajib mampu membuat penambahbaikan dan dilaksanakan secara optimum untuk kebaikan semua pihak. Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran mendapati lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah berdasarkan kepada maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di seluruh negara. Melihat kepada usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu satu kajian khusus ke arah memastikan keprihatinan pelaksanaan Program Guru Penyayang di kalangan guru-guru terus dilaksanakan. 641
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Beberapa isu yang perlu diketengahkan dalam pelaksanaan Program Guru Penyayang di kalangan guru-guru ialah tahap keprihatinan guru terhadap pelaksanaan program ini. Apakah guru-guru menyahut transformasi pendidikan ini? Kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telah meningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa yang sama (Gan, 2000). Kajian-kajian lepas menunjukkan tahap keprihatinan dan tanggungjawab di kalangan guru tidak memuaskan. Kajian yang dilakukan oleh Ab.Halim Tamuri (2000, 2004) mendapati terdapat ramai pendidik hari ini tidak mampu menjadikan dirinya sebagai “role-model” terbaik kepada pelajar. Kegagalan guru dalam nilai murni dan sifat “mahmudah” dalam kehidupan menjadi faktor krisis akhlak dan disiplin yang semakin meruncing kini. Analisis kajian Ab. Halim Tamuri (2000, 2004) mendapati bahawa krisis akhlak murid yang berlaku kini ada kaitannya dengan profesionalisme guru yang sebenarnya mampu mempengaruhi pembentukan peribadi murid. Dapatan kajian ada menyatakan bahawa wujud perhubungan yang tidak baik dengan guru menjadi faktor utama murid menyatakan perasaan bosan dan hilang minat terhadap pembelajaran, pilihan-pilihan kursus di sekolah dan iklim sekolah. Rohaty dan T. Subahan (1993) menyatakan bahawa tingkahlaku guru yang negatif mempengaruhi tingkahlaku murid ke arah yang negatif juga. Sabitha Marican danMahmood Nazar Mohamed (1994) pula menyifatkan masalah disiplin berpunca dari pengaruh sekolah atau guru. Hall dan Hord (2001) menyatakan adalah wajar untuk mengetahui keprihatinan guru terhadap penerimaan mereka sebagai pelaksana perubahan, kerana kejayaan sesuatu perubahan bermula dan berakhir pada tahap individu yang menjadi pelaksananya. Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah kini. Pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah mengamalkan budaya penyayang supaya murid dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang dan akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995, Bahagian Sekolah, KPM KP8591/Jld.VIII (9) bertarikh 5 September 1995). Menurut laporan yang dikeluarkan “The Health Behaviour in School-Aged Children (HSBC), melibatkan kira-kira 6,000 anak muda yang berusia 11,13 dan 15 tahun di seluruh England mendedahkan mereka sanggup mencederakan diri mereka. Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria (KPM, 2013) melaporkan punca yang boleh menjuruskan murid mengalami kes histeria adalah seperti faktor keluarga, faktor sekolah, faktor sosial dan faktor individu. Isu-isu pendidikan juga menyentuh kreabiliti guru berdasarkan beberapa kes melibatkan tindakan guru yang bertindak secara tidak rasional serta sikap murid yang melampau dan menduga kesabaran guru. Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah tetapi ia turut memberi impak terhadap kreabiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkahlaku generasi muda (Azizi,et.al,2005). Dalam hal ini, adakah guru-guru pasif dan tidak inovatif dalam transformasi pendidikan yang baru diperkenalkan ini? Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan berjiwa murni, Program Guru Penyayang telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, perlunya satu kajian dilaksanakan tentang keprihatinan guru terhadap pelaksanaan Program Guru Penyayang di sekolah.
642
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
KERANGKA KONSEP TAJUK KAJIAN : PENILAIAN PROGRAM GURU PENYAYANG DI KALANGAN MURID ORANG ASLI BAGI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH TAPAH PERAK SELANGOR
OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat secara lebih mendalam tahap keprihatinan guru dalam melaksanakan Program Guru Penyayang di sekolah. Kajian ini telah menggariskan empat objektif sebagaimana berikut: 643
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
i. Mengenal pasti keperluan Program Guru Penyayang dalam kalangan murid Orang Asli sekolah menengah. ii. Mengenal pasti sumber yang digunakan dalam melaksanakan Program Guru Penyayang bagi murid Orang Asli sekolah menengah. iii. Mengenal pasti proses pelaksanaan Program Guru Penyayang bagi murid Orang Asli sekolah menengah. iv. Mengenal pasti hasil pelaksanaan Program Guru Penyayang terhadap murid Orang Asli sekolah menengah. v. Mengenal pasti hasil pelaksanaan Program Guru Penyayang terhadap guru sekolah menengah. PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan pernyataan masalah, persoalan kajian yang hendak diuji adalah seperti berikut: i. Apakah keperluan Program Guru Penyayang dalam kalangan murid Orang Asli sekolah menengah? ii. Apakah sumber-sumber yang digunakan dalam melaksanakan Program Guru Penyayang? iii. Bagaimanakah proses pelaksanaan Program Guru Penyayang bagi murid Orang Asli di sekolah menengah? iv. Apakah hasil pelaksanaan Program Guru Penyayang terhadap murid Orang Asli di sekolah menengah? v. Apakah hasil pelaksanaan Program Guru Penyayang terhadap guru sekolah menengah? DEFINISI PENILAIAN Menurut Bonnie Campbell Hill & Cynthia Ruptic (1994). “Assessment is the process of gathering evidence and documenting a child’s lerning and growth”. Penilaian merupakan proses mengumpulkan peristiwa dan mendokumentasikan pertumbuhan dan pembelajaran murid. Djemari Mardapi (1999: 8) penilaian adalah kegiatan menafsirkan atau mendeskripsikan hasil pengukuran. Menurut Cangelosi (1995: 21), penilaian adalah keputusan berkaitan dengan nilai. Dalam PP.19/2005 tentang Standard Nasional Pendidikan Bab I pasal 1 ayat 17 dinyatakan bahawa penilaian adalah proses pengumpulan dan pengolahan informasi untuk mengukur pencapaian hasil belajar murid. Ini kerana penilaian merangkumi proses mengamati, merakam dan mengumpulkan berbagai dokumentasi dari hasil karya yang telah dikerjakan oleh murid dan bagaimana cara mereka mengerjakannya (NAEYC & NAESC/ SDE, 1991). Manakala NSW Departement of Education (dikutip Arthur, 1996: 324) Assesment is the process of gathering evidence and making judgement about students’ needs, strenghts, abilities and achievement. Penilaian adalah proses mengumpulkan fakta-fakta dan membuat keputusan tentang keperluan murid, kekuatan, kemampuan, dan kemajuannya. Menurut James A. Poteet & Ronald C Eaves (1985) pula penilaian bererti proses pengumpulan informasi. Justeru, bagi guru tujuan penilaian dilaksanakan adalah untuk memutuskan keterampilan mengajar. Bob Kizlik (2009): “Assessment is a process by which information is obtained relative to some known objective or goal. Assessment is a broad term that includes testing. A test is a special form of assessment. Tests are assessments made under contrived circumstances especially so that they may be administered. In other words, all tests are assessments, but not all assessments are tests”. Penilaian adalah suatu proses dimana informasi diperoleh berkaitan dengan tujuan pembelajaran. Penilaian adalah istilah yang luas yang mencakup ujian (pengujian). ujian adalah bentuk khusus dari penilaian. Ujian adalah salah satu bentuk penilaian namun bukan semua penilaian adalah ujian. Terry Overton (2008): Assesment is a process of gathering information to monitor progress and make educational decisions if necessary. As noted in my definition of test, an assesment may include a test, but also include methods such as observations, interview, behavior 644
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
monitoring, etc. Penilaian adalah suatu proses pengumpulan maklumat untuk mengetuai kemajuan dan bila diperlukan pengambilan keputusan dalam bidang pendidikan. Sesuatu penilaian boleh terdiri daripada ujian dan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, temubual, memerhati perilaku dan sebagainya. Daripada beberapa definisi tersebut dapat disimpulkan bahawa penilaian adalah proses pengumpulan berbagai data yang bisa memberikan gambaran perkembangan belajar siswa, menjelaskan dan menafsirkan hasil pengukuran (kuantifikasi suatu objek, sifat, perlaku dll), menggambarkan informasi tentang sejauh mana hasil belajar siswa atau ketercapaian kompetensi (rangkaian kemampuan) siswa. Assessment memberikan informasi lebih konprehensif dan lengkap dari pada pengukuran, sebab tidak hanya mengunakan instrument tes saja, tetapi juga mengunakan tekhnik non tes lainya. Penilaian adalah kegiatan mengambil keputusan untuk menentukan sesuatu berdasarkan kriteria baik buruk dan bersifat kualitatif. Hasil penilaian sendiri walaupun bersifat kualitatif, dapat berupa nilai kualitatif (pernyataan naratif dalam kata-kata) dan nilai kuantitatif (berupa angka). PROGRAM GURU PENYAYANG Setiap sekolah akan menjalankan program dan aktiviti berkonsepkan amalan penyayang bagi membolehkan guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Melalui Program Guru Penyayang, tanggungjawab guru tidak lagi terbatas di dalam kelas. Kepakaran sedia ada guru serta profesionalisme guru akan digandingkan bersama untuk menjayakan program ini. Trevor (2004) berpendapat bahawa profesionalisme perguruan menuntut guruguru agar berusaha menjana pengetahuan kepakaran mereka sendiri. Dalam bukunya “School Without Failure”, Glasser (1969) memperkenalkan tujuh langkah untuk menyelesaikan masalah interpersonal. Terapi Kenyataanya (Reality Theraphy) didapati amat berguna untuk pengurusan bilik darjah. Beliau menyarankan sifat ramah dan kasih sayang sebagai satu langkah penting. Mengikut cadangannya guru perlu menyedarkan murid bahawa sebagai guru anda berasa gembira untuk mendapatnya sebagai murid. Dan sebagai guru anda memang prihatin terhadapnya. Armento (1991, Ms 189) menghuraikan sifat penyayang guru sebagai; …connected teaching or the ability to look into the eyes of student to inspire them to not only comprehend social issues but to relate to the issues and to understand them from a range of perspectives. Caring has to do with wanting to grapple with serious issues and with feeling a commitment to take social action… Keprihatinan adalah mewakili perasaan, keupayaan, pemikiran dan kemampuan yang ditunjukkan oleh guru terhadap tugasan perubahan yang diberi (Hall et al., 1977). TUJUAN/MATLAMAT Pelaksanaan Program Guru Penyayang bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih saying di sekolah. Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.
645
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Objektif Antara objektif Program Guru Penyayang ialah guru dapat : a. Menjiwai bahawa amalan penyayang merupakan budaya guru. b. Menginsafi bahawa kehadiran murid adalah satu rahmat kepada pihak sekolah. c. Menyedari bahawa asset penting sekolah adalah murid. d. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa dan masyarakat kepada sekolah. Secara keseluruhannya, program ini akan mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang. Berupaya menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah dengan membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid. Hal ini akan meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah. Sekaligus ia akan mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah. KONSEP Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu; 1. Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. 2. Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi. 3. Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ‘caring’ terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek. 4. Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah. 5. Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka. 6. Mampu melahirkan guru-guru yang “first in, last out” di sekolah-sekolah. AKTIVITI Antara aktiviti Program Guru Penyayang ialah: a. Guru mengalu-alukan kedatangan murid di pintu pagar sekolah secara sapaan, mesra, memberi bimbingan, tunjuk ajar secara berhemah dan membuat publisiti atau promosi. b. Program Mentor Mentee berkaitan pembangunan sahsiah diri murid, membina jati diri murid dan membantu menyelesaikan masalah murid. c. Aktiviti penghargaan murid semasa hari lahir murid, sambutan hari kanak-kanak dan perayaan-perayaan utama mengikut kaum. Program Guru Penyayang mensasarkan penglibatan semua warga pendidik di semua sekolah di Malaysia. Tujuan utama program ini dijalankan supaya golongan guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah dengan konsep menjiwai bahawa murid merupakan aset penting kepada sekolah. Secara keseluruhannya semua guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan Program Guru Penyayang di semua sekolah. Guru-guru telah diberikan pendedahan melalui taklimat atau bengkel yang dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah mahupun LADAP di sekolah. Perlaksanaan ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk memurnikan lagi profesion perguruan dan membentuk masyarakat yang harmoni.
646
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
TEORI PENILAIAN Teori Hierarki Keperluan Manusia (Abraham Maslow) Abraham Maslow merupakan antara pelopor aliran psikologi humanistik. Maslow percaya bahawa setiap manusia tergerak untuk menerima dan memahami keadaan dirinya. Beliau melihat kepada perkara yang perlu diutamakan dalam prinsip keperluan seperti keadaanmanusia akan memilih kepada haus berbanding lapar jika berada dalam keduadua situasi ini dalam masa serentak. Alasannya kerana manusia mampu bertahan beberapa minggun tanpa makanan berbanding tanpa minuman hanya beberapa hari sahaja. Justeru, keperluan minuman melebihi keperluan makanan bagi manusia. Cetusan daripada perkara seperti inilah yang mencetuskan Maslow menciptakan Teori Hierarki Keperluan Manusia (Hierarchy of Needs).
Rajah 1 : Hirarki Keperluan Manusia
Maslow menggunakan piramid (Rajah 1) sebagai hirarki keperluan manusia. Maslow berpandangan bahawa manusia akan dimotivasikan dengan keperluan-keperluan dirinya. Hirarki keperluan ini mempunyai tingkat berdasarkan kepada tahap keperluan asas kepada keperluan optimum manusia.Justeru itu, Maslow membahagikan keperluan manusia kepada 5 tahap keperluan iaitu: 1. Keperluan Fisiologi (The Physiological Needs) Keperluan fisiologi dikayakan keperluan yang paling penting dan menjadi asas (basic needs) kepada keperluan-keperluan lain manusia untuk hidup. Keperluan fisiologi merangkumi beberapa perkara seperti udara, air, makanan, tidur dan sebagainya. Keperluan ini amat diperlukan dan menjadi pemangkin kepada diri untuk meneruskan hidup. 2. Keperluan Keamanan dan Keselamatan (The Safety and Security Needs) Keperluan keamanan dan keselamatan berada dalam hirarki keperluan manusia yang kedua selepas keperluan fisiologi telah dipenuhi.Antara elemen keperluan ini adalah seperti physical security (keselamatan fizikal), security of employment (keselamatan kerja), security of revenues and resources (keselamatan sumber daya), moral and physiological security (keselamatanmoral dan psikologi), familial security (keselamatan keluarga), security of health (keselamatan kesihatan), dan security of personal property against crime (keselamatan kekayaan peribadi daripada kejahatan). Berasaskan kepada elemen-elemen keperluan inilah yang mewujudkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Seandainya keperluan ini tidak dipenuhi, manusia akan mewujudkan perilaku dan pandangannya cenderung ke arah negatif. 647
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
3. Keperluan Kepunyaan dan Kasih Sayang (The Love and Belonging Needs) Manusia lazimnya memerlukan keperluan kasih sayang, rasa dimiliki dan diterima baik dalam institusi kekeluargaan, persahabatan, pekerjaan mahupun kelompok sosial yang lain. Jika tidak dipenuhi akan menyebabkan manusia sentiasa berasa kesunyian, sendirian, gelisah dan kemurungan serta penyakit lain berkaitan hati (perasaan). 4. Keperluan Penghargaan Kendiri (The Esteem Needs) Setiap manusia memerlukan penghargaan, menghargai diri sendiri, status dan juga menghargai orang lain untuk membentuk nilai diri. Jika keperluan ini dipenuhi manusia akan mempunyai keyakinan diri, stabil diri, dan rasa dihormati berbanding dengan perasaan rendah diri, lemah, tidak berdaya dan tidak berharga seandainya keperluan ini tidak dipenuhi. 5. Keperluan Penerimaan Diri(Self Actualization Needs) Pada tahap ini, manusia perlu memanfaatkan kemampuan dan potensi diri yang unik dengan berusaha menjadi yang terbaik. Maslow turut menggambarkan keperluan penerimaan diri (aktualisasi diri) sebagai berikut: Self Actualization is the intrinsic growth of what is already in the organism, or more accurately, of what the organism is. (Psychological Review, 1949) Maslow juga mengidentifikasikan beberapa karakteristik kunci daripada penerimaan diri antaranya : • Acceptance and Realism Mempunyai persepsi realistik dari diri sendiri, orang lain dan lingkungan di sekitar mereka. • Problem-centering Prihatin dengan pemecahan masalah di luar diri mereka, termasuk membantu orang lain dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan di luar lingkungan mereka. Individu ini dimotivasikan oleh rasa tangggung jawab peribadi dan juga etika. • Spontaneity Spontan dalam pemikiran internal dan perilaku. Individu dapat menyesuaikan diri dengan aturan dan harapan sosial secara terbuka dan tidak konvensional. • Autonomy and Solitude Karakteristik lain dari keperluan penerimaan diri adalah keperluan akan kebebasan dan privasi. • Continued Freshness of Appreciation Melihat kelangsungan secara berterusan dunia dengan penghargaan dan kekaguman. Pengalaman yang sederhana menjadi sumber inspirasi dan kesenangan. • Peak Experiences Individu yang mencapai tahap penerimaan diri sering memiliki pengalaman puncak Maslow, atau saat suka cita. Setelah semua pengalaman ini orang merasa terinspirasi, diperkuat, diperbaharui atau ditransformasikan (growth motivation). MODEL PENILAIAN Model merupakan suatu gambaran konseptual tentang aktiviti yang dapat menunjukkan perkaitan antara berbagai elemen atau pemboleh ubah yang terlibat di dalam aktiviti tersebut. Dengan adanya model, penilaian ke atas program dapat dijalankan dengan lebih teratur dan bermakna. Di bawah ini terdapat beberapa perbandingan model penilaian yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Antara model yang di terangkan di bawah adalah Model Penilaian Kikpatrick, Model Penilaian Rasional, Model Penilaian Responsif dan Model CIPP.
648
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Model Penilaian Kirkpatrick (1976) Model penilaian ini adalah merupakan antara model penilaian terawal dan antara model yang sering digunakan oleh penyelidik lain dalam membuat penilaian. Penilaian yang telah menggunakan model penilaian ini telah memberi pelbagai sumbangan yang bernilai dalam penilaian program, model ini juga telah dibuktikan keberhasilannya secara empirikal dalam penilaian ke atas kesan latihan organisasi sejak dari tahun 1959 dan relevan hingga kini. Berdasarkan penyataan dari Alliger dan Janak (1989) model ini sering menjadi pilihan penyelidik kerana ia merupakan model yang mudah diaplikasikan dan membantu proses penilaian yang dilaksanakan oleh penyelidik terhasil dengan jayanya. Model ini telah menekankan empat (4) tahap penilaian yang digunakan sebagai pengkaedahan untuk menilai program latihan. Tahaptahap berikut adalah: i. Tahap I - Reaksi: adalah pengukuran yang menentukan dari sudut bagaimana pandangan pelatih(orang yang mengikuti kursus/latihan) terhadap latihan; ii. Tahap II - Pembelajaran: tahap ini akan menilai apa yang telah dipelajari sepanjang kursus/ latihan dijalankan dan menjadi pedoman daripada pengalaman pembelajaran; iii. Tahap III - Perubahan Kelakuan / Aplikasi: tahap ini akan menentukan sama ada peserta kursus dapat mengaplikasikan perkara yang dipelajari sepanjang latihan dilaksanakan di tempat kerja; iv. Tahap IV - Hasil: pada tahap ini penyelidik akan menilai kesan dari latihan yang membawa kepada perubahan budaya kerja yang lebih positif (Kirkpatrick, 1976). Model Penilaian Rasional Tyler (1950) Secara umumnya model ini lebih memberi penekanan terhadap produktiviti dalam sesuatu aktiviti dalam organisasi. Model ini juga selalu digunakan dalam bilik darjah bagi mengukur tahap pencapaian dan kemajuan seseorang pelajar. Model ini akan mengetepikan aspek proses dalam menjalankan penilaian. Model ini hanya menumpukan hasil akhir dari program latihan tersebut seperti dalam melaksanakan sesuatu kajian, model ini sering mengutarakan pertanyaan seperti adakah pelajar-pelajar berjaya mencapai objektif yang ditetapkan? Adakah guru berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya?. Bagi membentuk ujian pencapaian, Tyler menggariskan beberapa prosedur atau langkah yang perlu diikuti iaitu: i. Mengenal pasti objektif yang terdapat dalam program yang bercorak pendidikan yang hendak dijalankan kepada peserta. ii. Menjelaskan setiap objektif dalam bentuk sikap dan isi kandungan. iii. Mengenal pasti keadaan di mana sepatutnya objektif yang hendak digunakan. iv. Mewujudkan arah untuk mewakili situasi. v. Mewujudkan arah untuk mendapatkan rekod. Tyler telah mentakrifkan penilaian adalah merupakan kaedah yang digunakan dalam membandingkan di antara hasil yang dikehendaki dengan hasil yang sebenarnya berlaku. Dalam pendekatan Tyler lebih menumpukan ke arah pengukuran terhadap objektif yang telah ditetapkan dan juga menekankan hasil dari pembelajaran dalam latihan tersebut. Tyler juga telah melaksanakan beberapa perubahan dalam konsep mengenai penilaian program. Perubahan yang dilakukan oleh Tyler ini telah ditunjukkan dalam takrifan ini adalah penilaiannya ke atas program yang asal iaitu penilaian dalam program yang dicadangkan dibuat dengan membandingkan di antara konsep sesuatu program dengan sebarang maklumat yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi kualiti sesuatu program yang dirancang. Dalam model Penilaian Tyler (1950), penyelidik menilai tingkah laku pelajar kerana perubahan tingkah laku pada murid tersebut adalah aspek yang diperlukan dalam pendidikan. Dapatan kajian yang diperolehi akan digunakan bagi membandingkan 649
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dengan objektif program serta keputusan akan dibuat berkenaan tahap pencapaian yang diperoleh oleh program tersebut. Mengikut Tyler, sekiranya objektif tersebut tidak tercapai sepenuhnya, ini membawa maksud sama ada pelaksanaan program tersebut lemah atau ketetapan pada objektif yang tidak bersesuaian. Model Penilaian Responsif Robert Stake (1967) Stakes (1967) telah mendefinisikan bahawa penilaian adalah sebagai suatu nilai pemerhatian jika dibandingkan dengan beberapa piawaian (standard). Stakes(1967) telah menyenaraikan beberapa ciri dalam pendekatan responsif iaitu yang pertama pendekatan ini lebih fokus kepada aktiviti yang terdapat dalam program yang dilaksanakan berbanding tujuan program. Ciri kedua pula adalah penilai perlu mempunyai hubungan dengan ramai pihak untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan program. Dan ciri ketiga yang merupakan ciri terakhir adalah perbezaan antara pandangan dan perspektif nilai di kalangan orang ramai ini adalah sebagai ukuran dalam menentukan tahap kejayaan dan kegagalan sesuatu program. Pendekatan dari Stakes ini adalah satu sistem yang telah menolak beberapa fakta dalam pengukuran dengan hasrat dapat meningkatkan lagi hasil dapatan itu digunakan untuk individu atau program itu. Kebanyakan penyelidik lebih kepada menekankan kenyataan terhadap maklumat yang diperolehi, menggunakan ujian objektif dari soal selidik, temu bual, menentukan satu piawaian program dan laporan hasil penyelidikan. Penilaian ini kurang memberi kesan terhadap komunikasi formal jika dibandingkan dengan komunikasi biasa. Model lebih menumpukan kepada perkara yang individu biasa lakukan untuk menilai sesuatu perkara. Individu tersebut akan membuat pemerhatian dan kan melakukan tindak balas berdasarkan pemerhatian tersebut. Dalam penilaian ini juga penyelidik perlu membuat perancangan yang sistematik dalam memilih orang yang benar-benar boleh membantu untuk menjadi pemerhati bagi perjalanan program tersebut. Penyelidik akan menyediakan carta gantt, tujuan dapatan penilaian, dan membuat graf bagi menggambarkan tahap penilaian dilaksanakan. Terdapat empat fasa utama dalam model penilaian yang diperkenal oleh Stake ini iaitu bagi Fasa pertama adalah pada tahap permulaan dan penyusunan proses penilaian. Stake telah mencadangkan penyelidik dan responden membuat perbincangan dan rundingan berkaitan syarat-syarat dalam penilaian seperti menjelaskan objektif penilaian, memohon kebenaran melaksanakan penilaian dan jaminan kerahsiaan maklumat responden. Pihak yang berkepentingan dalam penilaian ini ialah individu yang terlibat secara langsung dalam penilaian tersebut dan mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai hak bagi mendapatkan keizinan mereka dan isu-isu yang berkaitan dengan proses penilaian. Manakala bagi Fasa kedua ialah proses untuk mengenal pasti wujudnya penerimaan antara penyelidik dan responden, isu dan nilai dari responden. Fakta-fakta dan maklumat yang diperolehi melalui temu bual dan soal selidik yang telah dilaksanakan. Fasa ketiga pula adalah proses dalam mengumpul maklumat yang mempunyai kaitan dengan keperluan, isu yang wujud serta nilai yang dikenal pasti oleh pihak yang berkepentingan. Penyelidik juga boleh mendapatkan data dalam bentuk deskriptif berkaitan perkara yang hendak dinilai dan piawaian yang digunakan bagi membuat pertimbangan atas penilaian tersebut. Maklumat yang diperlukan oleh penyelidik boleh dikumpulkan melalui beberapa cara iaitu secara naturalistik, pemerhatian, temu bual dan ujian piawaian. Fasa empat adalah fasa yang terakhir adalah fasa dalam penyediaan pelaporan berkenaan dengan cadangan penambahbaikan program dan keputusan hasil penilaian yang telah dilaksanakan. Model ini telah mencadangkan bahawa penyelidik perlu membuat rundingan dan perbincangan dengan pihak berkepentingan dalam membuat pertimbangan dan cadangan-cadangan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dalam usaha penambahbaikan terhadap program. 650
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Di antara tahun 1960 dan awal 1970, model yang telah diperkenalkan oleh Stake (1967) telah banyak membantu dan mempengaruhi dunia penilaian. Berdasarkan pendapat yang telah dikemukakan oleh Stake (1967), penilaian seharusnya untuk menumpukan kepada objektif akhir. Penilaian tidak seharusnya mempertimbangkan sifat pendidikan yang sangat kompleks dan dinamik. MODEL PENILAIAN PROGRAM GURU PENYAYANG Model Penilaian CIPP Stufflebeam (1973) Pendekatan CIPP pula dikemukakan oleh Stufflebeam pada tahun 1973 yang menggunakan asas Context-Input-Process-Product (Stufflebeam 1986). Bagi Eseryel (2002), CIPP ini merupakan pendekatan penilaian yang berasaskan sistem. Hal ini dapat dilihat daripada istilah-istilah yang digunakan iaitu konteks, input, proses dan produk. Model Model ini menekankan kepada empat (4) tahap penilaian yang digunakan sebagai pengkaedahan untuk menilai sesuatu program iaitu ; i. Tahap I - Penilaian konteks : memfokuskan syarat-syarat awal dan keperluan yang wujud bagi mengadakan program latihan. Peringkat ini amat sesuai bagi fasa penggubalan sesuatu program latihan (Reeves 1994). ii. Tahap II - Penilaian input : menyediakan maklumat tentang kekuatan dan kelemahan bagi pemilihan sesuatu strategi dan reka bentuk program latihan yang dilaksanakan. iii. Tahap III - Penilaian proses : akan membekalkan maklumat untuk memantau strategi atau prosedur yang dilaksanakan agar kekuatan dapat dikekalkan dan kelemahan program latihan dapat dikurangkan. iv. Tahap IV - Penilaian produk : akan membekalkan maklumat tentang tahap pencapaian objektif, kesesuaian strategi atau prosedur yang telah dilaksanakan. KESIMPULAN Penilaian terhadap pelaksanaan Program Guru Penyayang bertujuan untuk melihat kekangan yang wujud di peringkat sekolah sehingga menyebabkan pelaksanaan program ini dilihat begitu suram dan kurang berkesan dipraktikkan oleh guru dan murid di sekolah. Justeru, program ini wajar dilihat secara lebih teliti dan menyeluruh melibatkan semua guru dan murid di sekolah agar impaknya dapat diperolehi oleh semua pihak. RUJUKAN Aiken, LR, Psychological Testing and Assesment (Ninth Edition), Boston: Allyn and Bacon, 1997. Anita E. Woolfolk dan Larrai Eftah Hj Abdullah & Abd Aziz Abd Shukor (2014). Pentaksiran Prestasi & Pentaksiran Rujukan Standard Dalam Bilik Darjah : Apakah Yang Pendidik Perlu Tahu?. Ipoh : Syarikat Harkam Interprise. Daniel L. Stufflebeam, et.al., (1977), Educational Evaluation and Decision Making (Illino-is: F.E Peacock Publishers Inc.) Goebel, B. L.; Brown, D. R. (1981). “Age differences in motivation related to Maslow’s need hierarchy”. Developmental Psychology 17: 809–815. Hoffman, E. (1988). The right to be human: A biography of Abraham Maslow. Jeremy P. Tarcher, Inc. Mardapi, D. 1999. Pengukuran, Penilaian, dan Evaluasi. Makalah disajikan dalam Penataran Evaluasi Pembelajaran Matematika SLTP untuk Guru Inti Matematika di MGMP SLTP, PPPG Matematika Yogyakarta, Yogyakarta, 8-23 November. 651
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Maslow, A. H. (1943). A Theory of Human Motivation. Psychological Review, 50(4), 370-96. Maslow, A. H. (1970a). Motivation and Personality. New York: Harper & Row. McLeod, S. A. (2007). Maslow’s Hierarchy of Needs. Retrieved from http://www. simplypsychology.org/maslow.html Oriondo, L. L., dan Antonio, E. M. D. 1998. Evaluating Educational Outcomes (Test, Measurment, and Evaluation). Florentino St: Rex Printing Company. Popham, W, James. 1995 Classroom Assessment: What Teacher Need to Know. Massuchusett: Allyn & Bacon. Raka Joni, T, (1981), Penilaian Program Pendidikan (Jakarta: P3G Depdikbud). Wirawan. 2011.Evaluasi: teori, model, standar, aplikasi, dan profesi. PT. RajagrafindoPersada: Jakarta.
652
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PERSEPSI PRESTASI KERAJAAN MENJELANG PRU-14: ANALISIS SEGMEN B40 DI SELANGOR Muhammad Shamshinor Abd Azzis, 2Mansor Mohd Noor, 3Muhammad Asri Mohd Ali, 4Ahmad Rizal Mohd Yusof, 5Mohd Mahadee Hj. Ismail, 6Arvin Tajari, 7Najiha Zainuddin 1 Institut Kajian Sosial Selangor (IKSAS), Universiti Selangor 2,4 Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia 3 Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. 5 Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia 6 Jabatan Komunikasi dan Pengajian Umum, International Open College 7 Kolej Damansara Utama
1
Abstrak Kajian ini menganalisis persepsi pengundi berdaftar yang berpendapatan rendah (B40) terhadap prestasi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Persepsi dari segmen ini adalah signifikan dalam menilai tren pengundian menjelang PRU-14 kerana golongan B40 adalah segmen pengundi terbesar di Malaysia dari segi pecahan pendapatan isirumah. Dengan menggunakan rekabentuk sequential exploratory dalam metodologi campuran (mixed method), kajian ini memfokuskan kepada prestasi pemerintah persekutuan & negeri Selangor melalui analisis 10 domain polisi serta isu semasa. Dapatan kajian menghujahkan kelemahan prestasi kerajaan persekutuan berbanding kerajaan negeri serta elemen ekonomi sebagai pertimbangan dominan yang mendasari persepsi B40.
PENGENALAN Dalam perspektif politik nasional, penguasaan terhadap kepimpinan politik Selangor adalah signifikan. Selaras dengan itu, keputusan Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013 telah menunjukkan kelangsungan kuasa kerajaan pimpinan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan konsistensi kuasa kerajaan negeri kepada pimpinan parti PKR, PAS dan DAP yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Dalam konteks kajian ini, Selangor yang merupakan negeri termaju di Malaysia dan jumlah penduduk paling ramai serta mempunyai populasi yang menyerupai demografi Malaysia telah memperlihatkan kepelbagaian tren persepsi dalam kalangan pengundi berdaftar di Selangor. Kajian ini memfokuskan persepsi segmen masyarakat yang utama di Selangor berdasarkan pendapatan isi rumah iaitu segmen B40. Kajian ini mengutarakan pola persepsi pengundi berdaftar di Selangor berkaitan prestasi kerajaan, isu semasa serta jangkaan keputusan PRU 14 berdasarkan tren pengundi pada suku terakhir 2015. Kesemua informasi persepsi tersebut seperti keberkesanan program kerajaan dari kedua-dua peringkat kerajaan (persekutuan dan negeri) adalah elemen yang mendasari dan mempengaruhi pola pengundian di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Justeru, persepsi pengundi pendaftar di Selangor adalah signifikan untuk dianalisis bagi menilai penerimaan pengundi terhadap program serta isu yang berkaitan. Dari segi limitasi kajian, faktor etnik tidak menjadi fokus kajian ini sekalipun isu etnik sering menjadi ruang dan peluang parti politik di Malaysia untuk mempengaruhi pola pengundian. Tambahan pula,senario politik semasa yang menunjukkan bahawa faktor kepelbagaian etnik dalam pencalonan sesuatu parti mempunyai kecenderungan yang positif untuk menjadi penyebab kemenangan dalam pilihanraya. (Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar dan Mohd Azmir Mohd Nizah 2016:137). Justeru, yang menjadi prioriti pengundi adalah kemampuan calon dari segi implementasi manifesto. Selain itu, faktor karisma pemimpin, kawalan terhadap isu serta integriti adalah perkara yang perlu 653
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
diberi perhatian (Paimah Atoma et al 2013: 135). Justeru, kajian ini akan menganalisis persepsi terhadap prestasi kerajaan persekutuan dan negeri serta isu yang mendasari perkembangan politik semasa di peringkat nasional mahupun negeri Selangor. METODOLOGI Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif iaitu metodologi campuran (Creswell 2009:203). Metodologi jenis ini membolehkan pengkaji menggunakan pelbagai alat kajian dalam pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk memantau perkembangan yang berlaku dalam tempoh kajian ekonomi politik melalui penggunaan pendekatan kualitatif untuk meningkatkan kualiti data soal selidik (Bamberger 2000:7-19; Chung 2000:43-44). Rekabentuk kajian yang digunakan adalah sequential exploratory design; iaitu melaksanakan kaedah kualitatif terlebih dahulu; dan diikuti oleh kaedah kuantitatif selepas itu. Kajian ini turut menggunakan kaedah pengumpulan data yang kedua iaitu diskusi kumpulan fokus dan soal selidik untuk mendapatkan data primer. Pengumpulan data melalui kaedah temubual ini dilakukan dengan menemu bual dua kumpulan fokus iaitu pemimpin UMNO dan pemimpin PAS diperingkat negeri. Temu bual intensif dengan responden yang berkait rapat dengan aspirasi dan pelaksanaan gerak kerja parti politik di peringkat negeri Selangor adalah penting dalam mencapai objektif kajian ini. Kaedah temu bual dalam sesebuah kajian dijalankan dalam pelbagai cara seperti pertemuan secara langsung atau secara tidak langsung melalui media telekomunikasi seperti voice-over-internet-protocol (VOIP), mel elektronik dan telefon (Pierce 2008:118). Bentuk temu bual yang digunakan dalam kajian ini bagi mendapat maklumat dari tokoh yang ditemu bual adalah temu bual semi-struktur. Dalam sesebuah kajian politik yang melibatkan golongan elit, bentuk temu bual jenis ini adalah yang paling banyak digunakan (Pierce 2008:118). Soalan yang dikemukakan telah distruktur kepada topik yang berkaitan dengan kajian serta melibatkan penyediaan soalan tambahan. Kaedah temu bual yang melibatkan elit adalah penting kerana ia merupakan sumber maklumat utama dalam sesebuah kajian politik (Pierce 2008:85). Elit ini tergolong dalam kalangan individu yang mempunyai pengaruh besar kepada perkembangan dan strategi parti politik masing-masing; khususnya di Selangor. Menurut Pierce (2008:119), elit politik merangkumi menteri, ahli parlimen, ketua pegawai eksekutif, jurnalis atau kumpulan pemikir. Metodologi kuantitatif dijalankan melalui soal selidik yang melibatkan 438 orang responden (yang dipilih secara rawak) bagi menjadi sampel yang mewakili populasi penduduk yang menggunakan bekalan air di Selangor. Populasi dalam kajian ini difokuskan kepada pengundi berdaftar yang menetap di Selangor. Kaedah mendapatkan data melalui soal selidik bertujuan membuat generalisasi terhadap populasi dari segi latar belakang, sikap, pengetahuan dan pendapat berkaitan sesuatu isu (Carlson & Hyde 2003:223). Kaedah persampelan adalah penting dalam sesebuah kajian kuantitatif kerana adalah sukar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dari setiap unit kajian dalam populasi. Kaedah sampel rawak mudah yang berada dalam kategori probability sample digunakan supaya setiap elemen dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel, terutamanya jika melibatkan populasi kajian yang sangat besar (Carlson & Hyde 2003:198; Pierce 2008:93). Dari segi jumlah sampel, dengan menetapkan tahap keyakinan yang bersesuaian dengan kajian sains sosial iaitu 95%, maka 267 sampel dan ke atas adalah memadai (Carlson & Hyde:216). Rasional pemilihan jumlah sampel yang kecil ini dan kaedah sampel rawak mudah bagi mewakili populasi Selangor yang ramai adalah berasaskan kepada kaedah central limit theorem yang menunjukkan perkaitan di antara min populasi dan min sampel yang sekata dan normal. Kaedah central limit theorem ini menunjukkan catatan min sampel secara rawak yang lebih dari 30 dan diambil secara berulang kali dari populasi akan menghasilkan graf sebaran yang normal walaupun populasi tersebut tidak mempunyai sebaran yang normal (normal distribution) (Pierce 2008:199; Matthew & Sutton 2004). Bagi menganalisis hubungan antara pemboleh ubah, aras signifikan yang dipilih adalah berpadanan untuk kajian sains sosial iaitu 0.5. 654
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
ANALISIS PERSEPSI SEGMEN B40 DI SELANGOR Faktor pendapatan isirumah adalah kriteria utama pembahagian segmen B40 dalam kajian ini. Segmen B40 dalam kajian ini adalah merujuk kepada responden yang berpendapatan isirumah dibawah RM 3000 dan juga merupakan pengundi berdaftar. Persepsi responden dari segmen ini adalah penting kerana golongan ini merupakan kumpulan terbesar dalam kalangan pengundi berdaftar di Selangor. Justeru, persepsi dan penilaian B40 ini mampu mencorakkan tren pengundian dalam PRU 14 kelak. Jadual 1: Persepsi responden B40 di Selangor keadaan ekonomi pada 2015 dan jangkaan pada 2016 dan terhadap keluarga
Dapatan kajian menunjukkan majoriti komponen masyarakat dari segmen B40 mempunyai persepsi bahawa ekonomi makro Malaysia adalah dalam situasi ‘teruk’ pada tahun 2015. Namun, persepsi ini berkembang ke arah yang lebih positif bagi ekonomi negeri dan keluarga. Selain itu, responden turut menunjukkan persepsi yang positif dari segi harapan terhadap persepsi ‘baik’ prestasi ekonomi Malaysia untuk tahun hadapan iaitu dari 22.8% pada 2015 kepada 34.3% untuk tahun 2016; peningkatan sebanyak 11.5% dari responden. Tren persepsi yang positif untuk ekonomi tahun 2016 berbanding tahun 2015 turut dinyatakan oleh segmen masyarakat B40 untuk ekonomi diperingkat negeri dan keluarga. Senario ini menunjukkan harapan segmen B40 agar kepimpinan kerajaan; samada persekutuan atau negeri mengambil inisiatif dan melaksanakan strategi yang mampu membantu golongan berpendapatan rendah ini.Jsuteru, kepimpinan yang cekap yang menjadi faktor penting persepsi yang positif sekalipun sesebuah negara berhadapan dengan krisis ekonomi (Chiozza & Manzetti 2015:458). Selain itu, persepsi segmen B40 di Selangor terhadap prestasi kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional turut menjadi fokus kajian ini kerana penilaian prestasi kerajaan persekutuan adalah signifikan dalam mencorakkan tren pengundi pada PRU14. Umumnya, konsep kerajaan mempunyai beberapa pengertian asas, yang umumnya merujuk kepada kuasa dan pengawalan dalam sesebuah wilayah yang dikaitkan dengan negara. Sity (2003:18-19) pula mengklasifikasikan negara kepada tiga perspektif utama iaitu sebagai sebuah wilayah berkedaulatan, sistem kerajaanan dan sekumpulan elit yang berkuasa. Ini kerana kerajaan mempunyai kuasa kawalan untuk menentukan halatuju pembangunan, sama ada ke arah kemajuan atau kemunduran yang berorientasikan autoriti politik dalam wilayah tertentu 655
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
(Leicht & Jenkins 2010:43). Justeru, kerajaan persekutuan dalam kajian ini dirujuk sebagai elit kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa kawalan dalam pelaksanaan sesuatu polisi. Walaupun agenda globalisasi dan fahaman neoliberal telah melangkaui ke sempadan negara di seluruh dunia, namun campur tangan kerajaan adalah tetap signifikan. Jadual 2: Persepsi Responden B40 terhadap Prestasi Kerajaan Persekutuan
Berdasarkan kenyataan di atas, Jadual 2mengutarakan hujah bahawa majoriti (iaitu 60.5%) segmen B40 dalam masyarakat telah membuat penilaian bahawa prestasi Kerajaan Persekutun adalah ‘tidak berkesan’. Penilaian negatif ini didorong oleh beberapa isu yang signifikan dalam kalangan masyarakat seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga barang yang tidak terkawal dengan baik oleh Kerajaan Pusat. Bagi segmen masyarakat yang berpendapatan rendah seperti B40 khususnya, persepsiprestasi kerajaan pusat yang negatif ini didominasi oleh faktor yang bersifat ekonomi.Pola yang menunjukkan kelemahan kerajaan ini seharusnya diteliti oleh kerajaan pusat kerana ia merupakan penggerak utama kepada perancangan dan pelaksanaan sesuatu polisi untuk rakyat dalam wilayah kekuasaannya; khususnya ekonomi. Justeru, kerajaan pusat dilihat oleh segmen B40 sebagai organisasi sosial dan politik yang signifikan serta bertanggung jawab kepada pelaksanaan aspirasi pembangunan (Castells 1996:7; Weiss 2003:30) bagi membantu golongan B40 ini. Dalam kerangka pilihanraya, kuasa dan kawalan kerajaan pusat dalam menggubal dan melaksanakan sesuatu program pada 2016 pasti mempengaruhi pola pengundian kelak. Pengurusan isu yang efisien di pihak kerajaan berupaya mempengaruhi pola pengundian berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap keberkesanan sesuatu program yang dijalankan. Perkembangan persepsi ini akan membentuk kecenderungan masyarakat untuk mengundi parti yang berkemampuan menangani pelbagai isu dalam kehidupan seharian rakyat. Justeru, program yang dilaksanakan kerajaan berupaya membentuk dua senario yang bertentangan; peluang kepada kerajaan yang didasari gelombang sokongan dari pengundi atau menyebabkan arus penolakan pengundi akibat kelemahan dalam pelaksanaan program. Selaras dengan itu, tren ketidakpuasan hati yang dihujahkan dalam Jadual 3didahuluididahului oleh 3 isu dominan iaitu pelaksanaan GST (94.5%), harga barang (92.8%) serta kelemahan prestasi kerajaan pusat dalam menangani kejatuhan nilai RM iaitu 81.4%. Manakala 3 isu yang menunjukkan prestasi kerajaan pusat yang paling baik (berdasarkan peratusan terendah ketidakpuasan hati responden) adalah penyediaaan perumahan mampu milik (60.8%), mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan (57.8%) dan memperkukuhkan perpaduan kaum (55.1%). Justeru, dapatan ini perlu 656
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
diberi perhatian serius dengan merujuktren pengundi yang cenderung membentuk pola pengundian berdasarkan persepsi kemampuan pemimpin untuk menangani isu dominan dalam kehidupan seharian masyarakat (Muhammad Shamshinor et al. 2016).Jadual 3di bawah menunjukkan persepsi segmen B40 terhadap 10 isu semasa yang mengimpak kepada penilaian prestasi terhadap kerajaan persekutuan. Jadual 3: Persepsi Segmen B40 di Selangor terhadap isu-isu semasa
Dapatan di atas menunjukkan hubungkait yang jelas antara isu sosioekonomi dengan pola pengundian. Berdasarkan ulasan literatur, Ser Kuang Keng (2012) dan Junaidi et. al. (2011) yang menghujahkan faktor peralihan dan peningkatan undi majoriti kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada tahun 2011 adalah didorong oleh pelbagai bentuk janji ekonomi oleh kerajaan pusat. Strategi Barisan Nasional menjanjikan projek Perumahan Warga FELDA bagi Gugusan Sungai Dusun, bantuan RM 90,000 untuk Perkuburan Kwang Tung Ulu Yam selain pelbagai program pembangunan infrastuktur seperti kumbahan, perparitan, jalan dan tempat rekreasi telah mengimpak kepada pola pengundian yang cenderung terhadap Barisan Nasional. Manakala di pihak Pakatan Rakyat, strategi pemberian geran sebanyak RM 205,000 untuk 7 buah sekolah Tamil di Hulu Selangor dan RM 190,000 untuk sekolah Cina (Ser Kuang Keng 2012: 133) menunjukkan penawaran sesuatu program kerajaan turut dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya. Justeru, pertembungan strategi oleh kedua-dua parti ini menunjukkan bahawa aplikasi program ekonomi oleh kerajaan dalam mempengaruhi pola pengundian adalah signifikan. Sehubungan itu, Jadual 4 pula menunjukkan persepsi segmen B40 dalam masyarakat terhadap prestasi Kerajaan Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden iaitu 63.3% berpandangan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menjalankan peranan dengan berkesan. Senario ini didorong oleh peningkatan prestasi dan strategi kerajaan negeri dalam menambahbaik sekaligus mengurangkan kelemahan dalam beberapa isu yang mendominasi persepsi pengundi Selangor.
657
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Jadual 4: Persepsi responden B40 terhadap prestasi kerajaan negeri
Jadual 5 dibawah pula menunjukkan persepsi penilaian pengundi berdaftar di Selangor dari segmen B40 terhadap isu-isu diperingkat negeri. . Kepelbagaian isu ini telah meliputi berbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kewujudan isu-isu ini adalah sebahagian daripada proses pilihanraya dan ianya telah mendapat perhatian daripada parti-parti politik yang bertanding. Isu-isu pilihanraya ini adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi bagi menyokong sesebuah parti politik. Oleh itu parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Pakatan Rakyat dan PAS telah menggunapakai pelbagai isu piliharaya ini dengan strategi saling ‘serang & bertahan’ dalam kepelbagaian isu yang menyumbang ‘kredit politik’ dan sokongan dari pengundi semasa pilihanraya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu perumahan merupakan isu yang paling banyak menyumbang kepada ketidakpuasan hati pengundi iaitu 52.4%; diikuti oleh isu kesesakan lalu lintas (52.4%). Kedua-dua isu ini perlu diberi perhatian khusus oleh BN dan Pakatan Rakyat kerana penyelesaian isu ini mampu mendekatkan sokongan pengundi B40 yang mendambakan bantuan dari parti politik masing-masing. Secara umumnya pelbagai isu yang telah mewarnai perjalanan pra PRU 14 di peringkat negeri Selangor. Jadual 5: Persepsi Responden B40 tentang Penilaian terhadap isu-isu negeri
658
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Seterusnya, pengurusan air dan pengurusan sampah merupakan dua isu positif yang dominan yang memberikan kelebihan pada kerajaan negeri Selangor. Data menunjukkan bahawa hanya 32.9 % responden B40 yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan air Selangor. Isu air di negeri Selangor adalah merupakan isu dominan dalam PRU-13 yang lalu. Hal ini adalah berdasarkan kepada liputan media massa sama ada media cetak ataupun media alternatif yang meluas dan lontaran pendapat oleh tokoh politik terhadap isu ini. Pengurusan dan perkhidmatan air di negeri Selangor telah memberi kesan secara langsung kepada pengguna air dan juga kepada pengundi di Selangor. Sub-isu yang berkaitan dengan air seperti bekalan air terputus, air percuma, pengagihan air yang tidak sistematik, loji ‘Langat 2’, penstrukturan air, tarif air dan kualiti air adalah antara isu yang membelenggu pengundi di Selangor. Oleh itu isu-isu berkaitan air ini telah dipergunakan oleh ahli-ahli politik bagi mendapatkan sokongan pengundi baik oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan PR dan juga BN. Seterusnya, pengurusan sampah menjadi isu yang kedua terbaik dalam persepsi golongan B40 iaitu hanya sebanyak 35.2% responden beras ‘tidak puas hati’. Isu pengurusan sampah ini bermula dsri Pengambilalihan pengurusan sisa sampah oleh kerajaan negeri menerusi majlis-majlis tempatan daripada Alam Flora yang didakwa telah mengakibatkan pengurusan pengambilan sampah menjadi tidak teratur dan kesannya adalah berlaku persekitaran yang kotor dan busuk di kawasan-kawasan perumahan. Situasi ini juga telah mendapat liputan yang meluas oleh media massa arus perdana terutamanya melalui televisyen dan surat khabar. Kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) telah berusaha menyakinkan penduduk tentang permasalahan sampah ini adalah terkawal dan jadual pengutipan sampah telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ini. Justeru, persepsi terhadap isu semasa dalam perkembangan politik mutakhir di Selangor menuntut suatu kesungguhan yang padu oleh parti-parti politik yang bertanding untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya mendapat tampuk kekuasaan di negeri termaju di Malaysia ini. Oleh yang demikian, walau apapun pelaksanaan program kerajaan dan isu semasa di Selangor, adalah penting untuk kedua-dua parti menunjukkan sifat dan tahap kematangan yang tinggi dan produktif. Hal ini adalah signifikan agar setiap program pemerintah dan isu semasa yang mendasari politik dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya dan setiap isu mendapat fakta dan penjelasan yang sewajarnya. KESIMPULAN Pilihanraya merupakan satu amalan demokrasi yang penting dalam sesebuah negara. Persepsi segmen majoriti dalam masyarakat seperti B40 adalah signifikan dalam mencorakkan keputusan dalam PRU14. Prestasi selaku pemerintah (diperingkat persekutuan atau negeri) dan isu semasa yang bergelintar di peringkat nasional dan negeri menunjukkan faktor ekonomi adalah elemen dominan yang mendasari persepsi. Oleh itu perkembangan politik mutakhir ini di Selangor menuntut suatu kesungguhan yang padu oleh parti-parti politik yang bertanding untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya mendapat tampuk kekuasaan di negeri termaju di Malaysia ini. Oleh yang demikian, walau apapun pelaksanaan program kerajaan dan isu semasa di Selangor, adalah penting untuk kedua-dua parti menunjukkan sifat dan tahap kematangan yang tinggi dan produktif. Hal ini adalah signifikan agar setiap prestasi pemerintah dan isu semasa yang mendasari politik dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya dan setiap isu mendapat fakta dan penjelasan yang sewajarnya. RUJUKAN Bamberger, M. (pnyt.). 2000. Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development Projects. Washington: The International Bank for Reconstruction and Development.
659
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Chiozza, G. & Manzetti, L. 2015. Perception of Competence and the European Economic Crisis: A Micro Level Analysis. Political Research Quarterly. 68(3):457-473.DOI: 10.1177/1065912915595629 Castells, M. 1996. The Rise of the Network Society. Malden: Blackwell. Chung, K. 2000. Issues and Approaches in the Use of Integrated Methods. Dlm. Bamberger, M. (pnyt.). Integrating Quantitative and Qualitative Research in Development Projects, hlm. 37-46. Washington: The International Bank for Reconstruction and Development. Creswell, J. W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods. Edisi Ke-3. California: SAGE Publications Inc. Dewan, K. (2014). Kamus Dewan. Kamus Dewan. Retrieved January 08, 2015, from http:// prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=manifesto Junaidi, A. B., Mohd Fuad, M. J., & Mohd Faidz, M. Z. (2011). Kajian Budaya Politik Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Melayu, (8), 153–172. Leicht, K.T., Jenkins, J.C. (pnyt.). 2010. Handbook of Politics. State And Society in Global Perspectives. New York: Springer. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Farid Wajdi Mohd Nor, Afi Roshezry Abu Bakar, Mohd Azmir Mohd Nizah. 2016. Penerusan Kuasa Rakyat di Selangor. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). Pilihan Raya Umum ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Hlm. 121-140.Sintok:UUM Press. Mohd. Azmir Mohd. Nizah, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Mohd. Azri Ibrahim. 2016. Selangor Voters Perception Towards Issues in 13th Malaysian Election. Mediterranean Journal of Social Sciences.7(1):44-51.ISSN 2039-9340. http://dx.doi.org/10.5901/ mjss.2016.v7n1s1p44 Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman@Mohamad, Mohd Azmir Mohd Nizah, Khairulneezam Mohd Nor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2013. Persepsi Pengundi Terhadap Isu yang akan Mempengaruhi Keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan. Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.).PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?, hlm. 122-139.Bangi:Institut Kajian Etnik,UKM. Pierce, R. 2008. Research Methods in Politics – A Practical Guide. London: SAGE Robertson, D. (2004). The Routledge Dictionary of Politics (3rd ed.). London: Taylor & Francis e-Library. Ser Kuang Keng, Kuek 2012. P94 Hulu Selangor, Selangor (April 17-25, 2010). Dlm. Wong Chin Huat & Soon Li Tsin (pnyt.). Democracy at Stake? Examining 16 By-elections in Malaysia, 2008-2011. hlm. 125 – 140. Petaling Jaya: SIRD. Sity Daud. 2003. Negara pembangunan Malaysia: dari Dasar Ekonomi Baru kepada Dasar Pembangunan Nasional. Tesis Ph.D. University Kebangsaan Malaysia. Streb, M. J. (2008). Rethinking American Electoral Democracy. New York: Routledge. Weiss, L. (pnyt.). 2003. States in the Global Economy: Bringing Domestic Institutions Back In. Cambridge: Cambridge University Press.
660
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN SEJARAH DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA Norhayati Ishak, Fathilah Akmal Ismail, Fiqkha Akma Mohd Hussein, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada sudut pandangan ahli politik.Tumpuan khusus diberikan kepada pemimpin politik daripada parti pembangkang iaitu DAP dan PKR. Ia menggunakan kaedah kualitatif secara temubual melibatkan tiga orang pemimpin politik iaiatu dua orang Ahli dewan Undangan Negeri dan seorang ahli parlimen. Soalan temubual adalah berkisar kepada konsep patriotisme dan peranan pendidikan Sejarah. Hasil temubual di análisis secara deskriptif. Dua tema yang berkaitan dengan konsep patriotisme daripada kajian ini adalah “Patriotisme sebagai proses penjiwaan bukan sekadar simbolik” dan “”Patriotisme adalah menifestasi tingkah laku yang mengarah kepada unsur cintakan negara”. Kesemua ahli politik dalam kajian ini menyatakan kepentingan pendidikan Sejarah untuk memeupuk patriotisme. Kesimpulannya adalah pendidikan Sejarah dilihat sebagai satu mata pelajaran penting kepada pembentukan semangat patriotsime. Kata kunci: patriotisme, pendidikan sejarah, ahli politik, negara bangsa.
PENGENALAN Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, sejak kebelakangan ini, semangat patriotisme kelihatan agak longgar dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya. KONSEP PATRIOTISME Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan dan Oxford English Dictionary). Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya (New Webster’s Dictionary). Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni. 661
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat terhadap tingkahlaku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi: 2003).Bagi Doob (1964), beliau menjelaskan patriotisme itu ialah ‘as the more or less conscious conviction of a person that his own welfare and that of the significant groups to which he belongs are dependent upon the preservation or expansion (or both) of the power and culture of his society’. Patriotisme juga boleh diertikan sebagai semangat cinta kepada tanah air atau taat kepada negara, melepasi perasaan kepada negara. Negara mempunyai lambang-lambang atau institusi-institusi tertentu yang boleh digunakan untuk membentuk semangat patriotisme ini misalnya, bendera kebangsaan (Jalur Gemilang), lagu kebangsaan (Negaraku), konsep raja sebagai institusi atau lambang kedaulatan Negara (Raja Berpelembagaan), perlembagaan Negara dan sistem undang-undang Negara (Hassan,2001). Ukuran patriotisme pula cukup subjektif dan amat luas ertinya. Patriotisme bukan isu politik atau gimik dan tidak sekadar semangat. Ia lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan yang kekal dan tebal kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Pendek kata, patriotisme bukan hanya di bibir sahaja. Ia harus lahir secara semulajadi sebagai sesuatu yang dirasai dan ditafsir daripada degup jantung dan di jiwa setiap rakyat Malaysia. Walaupun patriotisme adakalanya diseiringkan dan disamakan dengan nasionalisme, tetapi kedua-duanya mempunyai kelainan (Saifuddin Abdullah: 2002). Haruslah dinyatakan secara jelas bahawa disebabkan ciri-ciri, sifat nasionalisme itu sendiri adalah berbagai-bagai, manakala fenomena nasionalisme pula boleh muncul dengan rupa bentuk yang sama sekali berlainan, atas sebab dan faktor yang juga berbeza, maka menyamakan konsep patriotisme dengan nasionalisme adalah satu langkah yang kurang tepat dari segi keilmuannya (Mohamed Mustafa Ishak: 2000). Menurut Doob (1964), perbezaan antara nasionalisme dan patriotisme, nasionalisme ialah ideologi tentang kelebihan bangsa sendiri dan berkait rapat dengan unsur-unsur ras, bahasa dan adat. Manakala patriotisme ialah sentimen cintakan negara dan berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Nilai-nilai semangat kenegaraan harus ditekankan terhadap golongan belia supaya kemajuan dan kemahiran di dalam bidang yang diceburi tidak terlepas ke negara luar. Semangat kenegaraan ini akan menyuburkan perasaan cintakan tanah air, secara tidak langsung akan mewujudkan kesanggupan golongan belia utuk berkorban jiwa dan raga. Golongan belia adalah pewaris negara seterusnya bakal menyambung teraju dan perjuangan pemimpin terdahulu. Apabila sampai masanya pemimpin yang ada pada hari ini akan berundur dan tibalah barisan muda mengambil alih. Sewajarnya bagi memastikan kesinambungan perjuangan diteruskan, pemimpin muda perlu mengisi dada dengan ilmu dan kemahiran kepimpinan serta menanam semangat cintakan negara (patriotisme) sebelum mengorak langkah memegang tampuk pemerintahan. PEMUPUKAN PATRIOTISME MENERUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA Setelah kajian literatur dijalankan terdapat banyak kajian tentang patriotisme telah dilakukan. Bagi artikel yang pertama iaitu sebuah jurnal yang bertajuk “Pemupukan Patriotisme Melalui Pendidikan Multikultural Dalam Pendidikan Sejarah di Malaysia” pengkaji telah membincangkan tentang pendekatan multikulturisma dalam pendidikan sejarah untuk memupuk patriotisme dalam kalangan pelajar yang merupakan pelapis Negara. Selain itu, pengkaji juga ada menyatakan tentang pendidikan multicultural ini dapat memupuk perasaan persamaan antara kaum yang berbeza dari segi agama, bangsa, etnik dan sebagainya. 662
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Kajian literatur seterusnya dilakukan menggunakan Jurnal yang bertajuk “Pemupukan Semangat Patriotisme Dalam Mata Pelajaran Sejarah”. Artikel ini membincangkan mengenai kurikulum sejarah yang merupakan pendidikan yang berperanan untuk membentuk dan membina semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Selain itu,Malah, artikel ini juga menekankan mengenai prinsip asas untuk memupuk patriotisme dalam kalangan pelajar dan seterusnya untuk membentuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Artikel seterusnya merupakan Artikal yang bertajuk “Pemupukan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu”. Yang dikaji oleh Haminah Binti Suhaibo. Bagi artikel tersebut, pengkaji telah meninjau peranan pendidikan Sejarah dalam memupuk semangat patriotism dalam kalangan pelajar tingkatan 1 yang menggunakan kurikulum baru yang telah disemak semula. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan didapati bahawa guru perlu memahami konsep patriotism bagi membolehkan proses pemupukan patriotism dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, hasil daripada kajian tersebut juga mendapati bahawa guru yang merupakan responden untuk kajian tersebut didapti tidak mampu mmemilih objektif patriotism yang sesuai dengan tajuk yang diajar serta menggunakan kaedah yang bersesuaian semasa merancag pengajaran. Dari segi aspek pelaksanaan pula, hanya objektif yang dipilih dari Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sahaja dipupuk. Hasil daripada kajian juga turut mendapati bahawa minat dan semangat guru terhadap pengajaran mata pelajaran Sejarah banyak menyokong usaha pemupukan patriotisme. Seterusnya ialah Jurnal yang bertajuk “Penghayatan dan Kesedaran Patriotisme Dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara” yang telah ditulis oleh Mohd Hairul Anuar Razak, Jayum A. Jawan, Adlina Abd. Halim, Mohd Mahadee Ismail dan Siti Aishah Misri. Kajian ini memfokuskan kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dapatan kajian menunjukkan, majoriti daripada responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap patriotisme (83.5%), manakala persepsi yang tinggi terhadap patriotisme (98.7%) serta pemahaman yang tinggi terhadap patriotisme (83.1%). Kajian juga mendapati wujud perbezaan pengetahuan, persepsi dan pemahaman bagi setiap bangsa Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak terhadap penghayatan patriotisme. Kajian juga mendapati tidakwujud perbezaan antara jantina iaitu lelaki dan perempuan terhadap penghayatan patriotism. Artikel jurnal seterusnya merupakan hasil penulisan daripada Hussein Haji Ahmad dan Haneza Ab. Hamid yang bertajuk “Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan Nasional di Malaysia”. Dalam artikel ini, pengkaji membincangkan tentang hal yang berkaitan factor yang menyumbangkan kepada kesedaran golongan muda terhadap nilai, perpaduan nasional dan semangat patriotism . Pengkaji mendapati bahawa nilai patriotisme dan perpaduan nasional sudah mula kendur. Oleh hal yang demikian, kajian ini mengaitkan masalah tersebut faktor tertentu seperti faktor ekonomi, pendidikan, tahap umur serta tahap keselamatan negara untuk mencari punca dan cara penyelesaian kepada masalah tersebut. Kajian pustaka yang seterusnya dilakukan terhadap jurnal yang bertajuk “Kepentingan Pendidikan Patriotisme Terhadap Warganegara Malaysia”. Jurnal ini membincangkan tentang kepentingan pendidikan patriotisme kepada warganegara Malaysia. Pendidikan patriotism bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada anggota masyarakat iaitu melalui pendidikan patriotisme semangat dan nilai patriotisme dapat dipupuk. Dalam artikel yang bertajuk “ Pemahaman dan Penghayatan Rukun Negara Dalam kalangan Belia Bandar di Semenanjung Malaysia” pegkaji membincangkan tentang keperluan belia untuk memahami serta menghayati rukun Negara yang merupakan garis panduan yang perlu dijadikan teras kepada masyarakat di Malaysia. Dalam Jurnal “Peranan dan Cabaran Mahasiswa Melestarikan Gagasan 1Malaysia”, pengkaji menjelaskan mengenai gagasan 1Malaysia berserta dengan tujuan 663
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
pelaksanaannya. Fokus utama kajian tersebut adalah membincangkan peranan mahasiswa untuk membantu kerajaan mencapai gagasan 1Malaysia.Mahasiswa menjadi utama di dalam artikel ini. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pemahaman, penghayatan, perasaan hormat menghormati serta interaksi golongangolongan mahasiswa ini di dalam bilik kuliah mahupun di luar daripada kawasan pengajian. Selain itu, artikel ini turut membincangkan tentang kelebihan yang ada dalam diri mahasiswa untuk melestarikan gagasan 1Malaysia. Akhir sekali, jurnal yang bertajuk “ Patriotisme: Konsep dan Pelaksanaannya Di Malaysia” yang telah ditulis oleh Nazri Muslim dan Jamsari Alias mengfokuskan kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam masyarakat mutakhir ini khususnya generasi muda. Selain itu, jurnal ini juga turut melibatkan nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni dijadikan sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali masyarakat majmuk. Dapatan kajian oleh Haminah Suhaibo (2010) menyatakan bahawa kebanyakkan guru sejarah juga kurang mampu memilih objektif patriotisme yang sesuai dengan tajuk yang diajar serta tidak menggunakan kaedah yang bersesuaian semasa merancang pengajaran. Anuar (2001) dalam kajian perlaksaanaan patriotisme dalam kalangan guru Sejarah di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan mendapati 76% guru tidak bersedia untuk melakukan penerapan unsur patriotisme semasa pengajaran walaupun menyedari kepentingannya. Mereka lebih suka memilih nilai-nilai murni yang lain berbanding unsur patriotisme kerana dikatakan senang untuk diaplikasikan. Oleh itu, kajian tentang sejauhmana penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah dirasakan perlu kerana Pendidikan Sejarah dianggap elemen utama dalam membina warganegara yang bersatu padu dan cintakan negara. Malah tanpa semangat patriotisme, jati diri masyarakat Malaysia akan lenyap ditelan arusglobalisasi. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meneroka konsep patriotism dan peranan pendidikan sejarah dalam pemupukan patriotism daripada perspektif ahliu politik. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kajian tinjauan yang ingin meninjau sejauh mana penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada sudut pandanganahli politik. Untuk mendapatkan data kajian, kaedah yang digunakan merupakan kaedah kualitatif iaitu dengan menjalankan temu bual.Persampelan secara purposif digunakan untuk memilih responden bagi kajian ini. Disebabkan objektif kajian ialah untuk mendapatkan pandangan ahli politik tentang penerapan semangat patriotisme melalui Pendidikan Sejarah daripada sudut pandangan ahli politik. Sampel kajian untuk ini ialah seramai 3 orang wakil daripada tiga pemimpin di peringkat Parlimen Seremban, Negeri Sembilan. Responden yang pertama ialah (R1) yang merupakan ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), responden yang kedua ialah (R2) yang merupakan ADUN Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan reponden yang ketiga (R3 ) Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP).Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kaedah kualitatif. Oleh hal yang demikian, hanya beberapa jenis instrumen sahaja yang digunakan untuk menjayakan kajian ini. Secara umum temu bual adalah perbualan yang terbimbing dan berfokus dan merupkan pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian, dengan penyelidik bertanyakan soalan yang relevan dengan fokus kajian (Ackroyd & Hughes 1992: 100). Data daripada kaedah temu bual, di mana temu bual digunakan untuk mendapatkan data diskriptif dari responden agar apa yang difahami, 664
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
difikirkan dan dirasakan oleh responden dapat dikembangkan. Dalam kajian ini, temu bual yang dijalankan adalah secara interaksi bersemuka dan formal menggunakan empat soalan temu bual separa berstruktur. Data temu bual dianalisis melalui analisis kandungan iaitu menggunakan pengekodan data dan tema. Kaset perakam akan digunakan untuk merakam perbualan. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian dibentangkan mengikut objektif utama: Konsep Patriotisme Dalam menghuraikan konsep patriotisme terdapat dua tema utama yang berkaitan dengan konsep patriotisme iaitu: Tema 1: Patriotisme adalah tingkah laku yang mengarah kepada unsur cintakan negara Kesemua responden mengatakan bahawa patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi dalam mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Dapatan temu bual juga mendapati bahawa para pemimpin sememangnya berhasrat mahukan rakyat yang berjiwa merdeka dan sayangkan negara dalam semua agenda pembangunan negara dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara yang tercinta. “Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan diwar-warkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme merupakan satu semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri. Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.”(R1) “Patriotisme ialah perasaan sayangkan negara dengan sepenuh hati tanpa mengira latar belakang, agama mahupun bangsa. Apabila kita bergelar sebagai rakyat Malaysia, maka sekaligus kita wajib menanam sifat cintakan negara sendiri dan berjuang demi mempertahankan negara ini dari serangan musuh luar.” (R2) “Jika sekiranya rakyat negara ini mengamalkan sikap egoistik dan saling bercakaran antara satu sama lain, tidak mustahil negara luar akan menyerang Malaysia tidak kiralah melalui serangan berbentuk fizikal, malahan mereka mampu melakukan serangan secara psikologikal.”(R3) Tema 2: Patriotisme adalah proses penjiwaan bukan sekadar simbolik Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden bersetuju menyatakan semangat patriotisme adalah berkaitan dengan penjiwaan dan bukannya satu perkara yang abstrak dan simbolik. “Semangat patriotisme perlu dijiwai, bukan sekadar simbolik semata-mata.”(R3) “Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik”(R1) Pemupukan Patriotisme menerusi Pendidikan Sejarah Kesemua responden berpendapat bahawa kepentingan mata pelajaran sejarah sebagai satu mekanisme utama dalam proses pembinaan semangat patriotisme dan nasionalisme. Pendidikan sejarah juga dianggap sebagai tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik untuk merealisasikannya ialah 665
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
melalui pendidikan sejarah. Lantaran itu, pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil satu inisiatif yang terbaru dalam sistem pendidikan Malaysia, iaitu pendidikan sejarah di mana subjek ini mula diperkenalkan sejak tahun empat di peringkat sekolah rendah. Walaupun terdapat mata pelajaran kajian tempatan diajar pada tahap dua sekolah rendah namun orientasi pembelajaran tidak memberi penekanan terhadap pemahaman sejarah yang sebenarnya. Pelajar seharusnya didedahkan dengan asas sejarah sejak di peringkat akar umbi walaupun pada tahap yang paling minima. Ibarat kata pepatah, melentur bulu biarlah dari rebungnya. “Pendidikan sejarah dianggap sebagai wahana utama membentuk perpaduan masyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan semangat patriotisme. Mata pelajaran ini sebenarnya bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkatan, pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah luar” (R1) “Pendidikan sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia untuk memahami, mempelajari dan mengambil iktibar dari kejadian masa lampau.”(R2) “Melalui pendidikan sejarah, membolehkan kita bersifat yakin pada diri sendiri serta berbangga terhadap bangsa dan negara.”(R3) Tuntasnya, pendidikan sejarah merupakan proses mendidik melalui kaedah dan proses pembinaan sejarah sebagai satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu. Seterusnya ilmu ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterpretasi dan seterusnya membina keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang berkatan dengan kehidupan manusia pada zaman lampau. PERBINCANGAN KAJIAN Patriotisme bukan sekadar semangat tetapi lebih dari itu dan ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal kesetiaan, kewarganegaraan, jati diri, keyakinan, keberanian, kemerdekaan dan kedaulatan (Raja Ruslan, 2008). Maka dengan itu perancangan kerajaan dengan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dengan acuan tersendiri untuk disesuaikan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kajian yang dijalankan telah meneroka tema utama yang diperoleh iaitu berkaitan dengan semangat patriotisme, pengertian patriotisme dari sudut pandangan politik, serta peranan Pendidikan Sejarah dalam usaha memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepentingan semangat patriotisme di kalangan masyarakat dalam membina negara dan bangsa. Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui penjelasan dari ketiga-tiga responden yang mengatakan bahawa tanpa wujudnya semangat patriotisme dalam diri warganegara, sukar bagi para pemimpin untuk meneruskan hasrat menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi satu perkara penting bagi seluruh warga Malaysia khusunya generasi baharu untuk menghayati erti kemerdekaan. Penghayatan kemerdekaan tidak hanya sekadar menyanjung pengorbanan wira-wira negara semasa menuntut kemerdekaan tetapi apa yang lebih utama ialah untuk mempertahankan kemerdekaan yang dinikmati selama ini. Justeru itu, salah satu usaha dalam proses mempertahankan kemerdekaan negara, soal pembentukan masyarakat perlu diutamakan agar wawasan negara untuk membentuk negara bangsa Malaysia akan wujud dan menjadi kenyataan dalam realiti kehidupan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana jaminan masa depan negara terletak di tangan generasi remaja hari ini. Lumpuh generasi remaja hari ini maka gelaplah masa depan negara dan begitulah sebaliknya. 666
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Lantaran itu, adalah wajar sekiranya pihak pemerintah meneruskan dan memantapkan lagi pelbagai program dan membaiki penyampaian maklumat serta menambahbaikan sistem pendidikan sejarah demi kesejahteraan dan masa depan negara dalam konteks membangunkan golongan remaja masa kini dengan nilai-nilai murni satu Malaysia sebagai persediaan di hari muka yang penuh mencabar. Oleh yang demikian secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa elemen asas yang perlu diberi perhatian dalam usaha membina negara bangsa ialah pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat tidak kira tua muda, kecil besar mahupun miskin atau kaya. Usaha ini memerlukan pendekatan menyeluruh supaya seluruh anggota masyarakat khususnya generasi baharu menghayati semangat ini dalam jiwa mereka dan membentuk jati diri yang utuh serta mantap. Semangat patriotisme ini umpama perisai bagi kedaulatan sesebuah negara. Begitu jua sejarah, tanpa mempelajarinya manusia akan hilang pedoman ibarat kapal tanpa nakhoda di tengah-tengah lautan maha luas. Justeru itu, kepentingan sejarah khususnya mata pelajaran sejarah merupakan mekanisme penting dalam proses pemupukan semangat patriotisme sekaligus pembinaan negara bangsa Malaysia. Penekanan pendidikan sejarah yang mana lebih tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan juga kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara. KESIMPULAN Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme dan tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata, manakala kepentingan negara juga hendaklah diambil kira bersama. Hal ini kerana kepentingan negara akan membawa kepada kebaikan yang lebih baik kepada diri sendiri. Sewajarnya nilai-nilai patriotisme perlu ditanam dalam jiwa pelajar ketika dalam usia remaja kerana pada peringkat remaja ini pelajar masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme dapat mengajar pelajar untuk mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Negara memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif kerana ia menjadi kemudi kepada pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh itu, berdasarkan pandangan dan pendapat ahli-ahli politik yang telah ditemubual, dapatlah dirumuskan bahawa mereka bersetuju dengan pernyataan bahawa pendidikan Sejarah berupaya untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Walau bagaimanapun, menurut mereka elemen asas yang perlu diberi perhatian dalam usaha membina negara bangsa ialah pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat tidak kira tua muda, kecil besar mahupun miskin atau kaya. Usaha ini memerlukan pendekatan menyeluruh supaya seluruh anggota masyarakat khususnya generasi baharu menghayati semangat ini dalam jiwa mereka dan membentuk jati diri yang utuh serta mantap. Kesimpulannya, agenda patriotisme perlu disemarakkan dalam kalangan rakyat Malaysia dan bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati.
667
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
RUJUKAN Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff Abu Bakar dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Affifuddin Omar. (2002). Dasar bahasa dan budaya Malaysia tidak konsisten. Berita Harian, 22 Ogos: 9. Ahmad Ahmad Rusdi. (2002). Permasalahan Pelaksanaan Unsur Patriotisme Dalam Mata pelajaran Kajian Tempatan: Punca Daripada Guru Sendiri. Alor Setar: Institut Penguruan Darulaman. Ahmad Fawzi Mohd. Basri. (2002). Patriotisme dan Ketahanan Nasional: Suatu Pandangan tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Patriotisme Negara, di Institut Latihan keselamatan Sosial KWSP, anjuran B i r o Tatanegara dan Universiti Utara malaysia, Bangi pada 22 - 28 Oktober 2002. Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. 2008. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Anuar Ahmad. (2010). Warganegara Patriotik, Masyarakat Sivil dan Pendidikan Sejarah. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: 8-12 Oktober. Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah.(2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah danHubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1) (2009): 53 – 66, Fakulti Pendidikan. UKM. Awang Had Salleh. (1995). Patriotisme dan Globalisme Alam Konteks Pergerakan Bahasa dan Sastera Kebangsaan. Kertas kerja yang dibentang di Persidangan Hari Sastera pada 26-28 May 1995.Melaka. Doob, Leonard.( 1964). Patriotism and Nationalism: Their Psychological Foundations. New Haven: Yale University Press. Fahda Nur A. Kamar. (1995). Semangat Patriotisme di Kalangan Remaja. Dewan Siswa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Haminah Binti Suhaibo. (2010). Pemupukan Patriotisme Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu.Jurnal Penyelidikan IPG KBL,Jilid 9,2010. Jamil Mukmin. (2005). Patriotisme dalam Konteks Pembinaan Bangsa Malaysia. Belia dan Patriotisme Malaysia dalam Hussain Mohamad. Melaka: IKSEP. Ku Hasnita dan Mohd Haizam Mohd Nor. (2011). Kepentingan Pendidikan Patriotisme Terhadap Warganegara Malaysia. Selangor. Maharom Mahmood. (2001). Kurikulum Sejarah ke Arah Memperkukuhkan Usaha Pendidikan Sejarahke arah pembentukan warganegara patriotik. 8-12 Oktober. Kuala Lumpur. Nathanson, Stephen. (1993). Patriotism, Morality and Peace. Lanham: Rowman and Littlefield. Nazrim Muslim dan Jamsari Alias.(2013). Patriotisme dan Pelaksanaannya di Malaysia. Jurnal Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nordin Kardi. (2003). Konsep patriotisme. http://www.btn.gov.my/kp. Siti Hawa Abdullah dan Aini Hassan.(2007). Empati Sejarah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22,61-74, 2007. Malaysia.
668
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PENDEKATAN EKLEKTIK DALAM MEMAHAMI KEPELBAGAIAN, ETNISITI DAN BUDAYA KORPORAT DI SYARIKAT AUTOMOTIF NASIONAL Azlina Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Eklektisme merupakan pendekatan konseptual yang tidak rigid kepada satu paradigma sahaja sebaliknya menggabungkan beberapa teori bagi mencapai tujuan saling melengkapi, atau menggunakan teori-teori yang berbeza mengikut kes. Analisis empirikal eklektik umumnya menganggap menganggap bahawa pelbagai perspektif teori adalah penting untuk menjelaskan apa yang ingin dijelaskan. Kajian yang mengkaji organisasi dan etnik di tempat kerja dengan tujuan meneroka pengalaman warga kerja dan memahami pelbagai persoalan di tempat kerja khususnya yang berkaitan dengan kepelbagaian, etnisiti dan budaya organisasi, aplikasi beberapa teori dianggap sesuai kerana ia tidak terikat kepada satu paradigma sahaja. Gabungan beberapa teori berguna bagi mencapai tujuan saling melengkapi, dan menggunakan teori-teori yang berbeza mengikut kes. Justeru itu, kajian ke atas organisasi automotif nasional Malaysia merupakan sebuah kajian organisasi yang menumpu kepada organisasi dan persekitarannya yang muncul dalam sebuah masyarakat yang sedang menjadi moden, dan pada masa yang sama merupakan kajian etnik yang meneliti kepelbagaian dalam konteks sub-etnik, serta penelitian ke atas pertembungan antara budaya tradisi dan moden. Teori Modenisasi digunakan untuk menghuraikan penubuhan syarikat yang merupakan salah satu daripada projek modenisasi negara, dan menerangkan tanggungjawabnya sebagai syarikat automotif nasional. Teori organisasi sistem terbuka digunakan bagi menghuraikan sifat organisasi yang mempunyai budaya organisasi tersendiri, dipengaruhi oleh faktor ekonomi-politik negara, dan tuntutan imperatif nasional dan imperatif komersil. Teori pengurusan kepelbagaian digunakan bagi menghuraikan ciri kepelbagaian yang wujud dalam organisasi, dan interaksi sosial yang berlaku di tempat kerja, serta pengaruhnya terhadap budaya kerja. Teori strukturasi pula digunakan untuk menghuraikan hubungan sosial, tindakan atau reaksi warga kerja dan organisasi dalam interaksi mereka dengan kepelbagaian yang wujud. Pendekatan eklektik tidak semestinya digunakan untuk kajian lain kerana kemungkinan konteksnya berbeza dan tidak sesuai untuk diaplikasikan.
PENGENALAN Penyelidikan tentang organisasi industri yang menumpu kepada organisasi dan para pekerjanya telah banyak dijalankan oleh ramai sarjana Barat, Asia mahupun Malaysia. Menurut Ouchi dan Wilkins (1985), kajian tentang organisasi mula mendapat perhatian apabila pertumbuhan firma Jepun pada akhir 70-an dan awal 80-an yang mempunyai ciri-ciri pengurusan yang superior. Namun kajian-kajian awal lebih menumpu kepada struktur formal organisasi, dan dikatakan gagal melihat sebarang perbezaan antara firma Jepun dan Barat. Kesannya sarjana mula meneliti kemungkinan perbezaan budaya nasional yang boleh diresapi oleh korporat moden. Kajian-kajian kontemporari tentang budaya organisasi banyak dipengaruhi oleh tradisi pandangan dan metod yang digunakan ahli antropologi seperti Radcliffe-Brown dan Malinowski yang melihat kumpulan atau masyarakat sebagai keseluruhan dan melihat bagaimana amalan, kepercayaan dan lain-lain elemen budaya berfungsi mengekalkan struktur sosial (Jaffe 2001). Dalam organisasi, sarjana organisasi cuba meneliti elemen budaya seperti kebiasaan atau budaya pekerja, budaya korporat, dan sejarah syarikat di bawah tema struktural669
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
fungsional. Selain itu, pola jawatan antara organisasi di samping elemen bahasa, ritual, dan struktur sosial. Kajian-kajian organisasi didapati bersifat inter-disiplin yang boleh melibatkan pendekatan psikologi, sosiologi, sains politik, ekonomi, geografi, pengurusan, sejarah dan juga biologi, dengan tumpuan kepada organisasi itu sendiri, memahami bagaimana dan mengapa organisasi berfungsi. Bagi perspektif sosiologi, organisasi dilihat mempengaruhi tingkah laku melalui peranan dan norma yang berkaitan dengan kedudukan berbeza individu yang berada dalam sesebuah organisasi. Daripada hasil kajian kepustakaan yang menyorot kajian-kajian empirikal yang pernah dijalankan oleh pengkaji tempatan dan luar negara didapati ada kelompangan dalam bidang kajian organisasi dan kajian etnik. Secara umum, kedua-dua bidang kajian ini adalah terpisah mengikut tumpuan kajian masing-masing. Bidang kajian organisasi menumpu kepada persoalan berkaitan organisasi secara ekslusif sama ada bersifat intra-organisasi atau interorganisasi. Manakala bidang kajian etnik pula menumpu kepada pelbagai persoalan dalam masyarakat khususnya yang berkaitan dengan hubungan inter-etnik dan intra-etnik. Justeru itu, kajian tentang kepelbagaian, etnisiti dan budaya di tempat kerja merupakan sebuah kajian yang menggabung jalin kajian organisasi dan etnik dalam satu kerangka. Kajian yang dijalankan ke atas warga kerja di Perusahaan Automobil Nasional Malaysia (PROTON) yang bercirikan kepelbagaian dan merupakan organisasi korporat yang mempunyai tuntutan nasional dan tuntutan komersil, maka sudah tentu memerlukan beberapa pendekatan dalam usaha memahami organisasi, warga kerja dan persekitarannya. Kajian penerokaan pengalaman warga kerja dan memahami pelbagai persoalan di tempat kerja khususnya yang berkaitan dengan kepelbagaian, etnisiti dan budaya organisasi, aplikasi beberapa teori dianggap sesuai kerana ia tidak terikat kepada satu paradigma sahaja. Umumnya, teori digubal untuk menerangkan, meramal, dan memahami fenomena, dan dalam banyak kes juga bertujuan mencabar dan memperluaskan pengetahuan sedia ada dalam andaian limits of critical bounding (Swanson 2007). Kerangka teori merupakan struktur yang boleh memegang atau menyokong teori kajian, seterusnya memperkenalkan dan menerangkan teori yang dapat menjelaskan mengapa permasalahan kajian wujud. Eklektisme merupakan pendekatan konseptual yang tidak rigid kepada satu paradigma sahaja sebaliknya menggabungkan beberapa teori bagi mencapai tujuan saling melengkapi, atau menggunakan teori-teori yang berbeza mengikut kes. Analisis empirikal eklektik umumnya menganggap menganggap bahawa pelbagai perspektif teori adalah penting untuk menjelaskan apa yang ingin dijelaskan. OBJEKTIF KAJIAN PROTON merupakan sebuah penciptaan modeniti negara yang bertujuan memenuhi agenda nasional dan pada masa yang sama moden dari segi teknologi dan produksinya serta mesti berdaya saing. Selain itu, ia wujud dalam wadah masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik dan rencam sosialnya, manakala budaya dan agama pula sangat berperanan penting dalam kehidupan masyarakatnya. Oleh kerana tuntutan peranan nasional, serantau dan juga global yang digalas PROTON, maka bagaimanakah pertembungan antara tradisi dan juga modeniti dapat ditangani oleh organisasi. Bagaimanakah organisasi menyulam pertembungan ini dalam konteks mengurus kepelbagaian di tempat kerja dan juga memenuhi matlamat organisasi sebagai global player. Objektif kajian yang digariskan adalah mengenal pasti pola kepelbagaian budaya dan etnisiti serta budaya korporat organisasi, menghuraikan dan menganalisis faktorfaktor utama daripada pola kepelbagaian warga kerja yang mempengaruhi pemupukan budaya korporat dan budaya kerja, dan menilai sikap dan pandangan warga kerja terhadap kepelbagaian di tempat kerja dan kemampuan organisasi sebagai global player.. PROTON merupakan entiti perniagaan, maka sudah tentu matlamat utamanya adalah memperoleh keuntungan dan memastikan syarikat berdaya saing. Namun bagi PROTON, di samping mencipta keuntungan dan menjadi global player dalam industri automotif, pada 670
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
masa yang sama syarikat membawa panji nasional dengan menonjolkan kepakaran profesional dan juga pekerja pengeluaran yang majoritinya Bumiputera Melayu. Selain itu, organisasi PROTON dari segi operasi dan perkembangan syarikat dipengaruhi oleh faktor persekitaran ekonomi dan politik domestik, serantau dan juga antarabangsa. Kewujudannya juga selaras dengan kepentingan industri automotif kepada negara yang merupakan industri penting dalam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Oleh kerana PROTON sebuah organisasi korporat dan juga entiti nasional yang mempunyai tuntutan peranan yang berlapis, syarikat wujud dalam wadah masyarakat yang pelbagai dan sedang menjadi moden, dan perniagaan dipengaruhi faktor persekitaran domestik, serantau dan global yang berubah-ubah, maka kajian ke atas organisasi PROTON dan warga kerjanya adalah sangat signifikan. Dalam kajian ini, teori modenisasi digunakan untuk menghuraikan penubuhan syarikat yang merupakan salah satu daripada projek modenisasi negara, dan menerangkan tanggungjawabnya sebagai syarikat automotif nasional. Teori organisasi sistem terbuka digunakan bagi menghuraikan sifat organisasi yang mempunyai budaya organisasi tersendiri, dipengaruhi oleh faktor ekonomi-politik negara, dan tuntutan imperatif nasional dan imperatif komersil. Teori pengurusan kepelbagaian digunakan bagi menghuraikan ciri kepelbagaian yang wujud dalam organisasi, dan interaksi sosial yang berlaku di tempat kerja, serta pengaruhnya terhadap budaya kerja. Teori strukturasi pula digunakan untuk menghuraikan hubungan sosial, tindakan atau reaksi warga kerja dan organisasi dalam interaksi mereka dengan kepelbagaian yang wujud. Pendekatan eklektik tidak semestinya digunakan untuk kajian lain kerana kemungkinan konteksnya berbeza dan tidak sesuai untuk diaplikasikan. METODOLOGI Kajian dijalankan ke atas 265 orang responden yang terdiri daripada warga kerja diperingkat eksekutif dan bukan eksekutif. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan memilih sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai responden kajian berdasarkan keperluan skop dan objektif kajian. Kajian menggunakan pendekatan kaedah campuran yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menjalankan tinjauan menggunakan soal selidik. Manakala temubual mendalam dijalankan bersama lima orang informan utama, pemerhatian tidak ikut serta di tempat kerja, dan perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion, FGD) yang melibatkan empat orang dalam satu siri FGD. Kerangka kajian kaedah campuran adalah satu prosedur yang melibatkan pengutipan dan analisis data serta mencampur aduk data kuantitatif dan kualitatif dalam sebuah kajian. Kerangka kaedah ini dikatakan sangat bagus digunakan sekiranya pengkaji mahu menghasilkan kajian dengan menggunakan kekuatan kedua-dua data kuantitatif dan juga kualitatif. Malah kaedah ini juga menawarkan maklumat yang berguna sekiranya kajian melibatkan jumlah responden yang besar (Creswell 2003: 510). Gabungan kedua-dua kaedah dalam mengutip data tidak hanya terhad kepada penggunaan soal selidik, temu bual dan pemerhatian tidak ikut serta, malah melibatkan sumber sekunder yang terdiri daripada data yang sudah sedia ada seperti statistik rasmi, laporan tahunan syarikat, laporan media, hasil kerja penyelidik lain, rekod sejarah dan kontemporari serta sumber-sumber lain yang berkaitan dengan kajian turut menyokong data daripada soal selidik. Justeru dengan kelebihan yang ada dalam kedua-dua kaedah ini, maka analisis mendalam terhadap realiti tempat kerja yang diletakkan dalam konteks sejarah perkembangan syarikat dapat dilakukan. DAPATAN Pembangunan dan pemodenan di Malaysia melalui pelbagai proses dan antaranya adalah pemodenan dalam aspek fizikal yang sangat berkait rapat dengan proses perindustrian, perbandaran dan usaha peningkatan kekayaan ekonomi negara sejak merdeka. Pembangunan 671
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang mahu dicapai adalah berlandaskan pemikiran falsafah mengenai pentingnya keseimbangan antara kaum dan perpaduan nasional dengan melaksanakan prinsip pertumbuhan dan pengagihan supaya dapat mewujudkan keharmonian dan kestabilan masyarakat (Abdul Rahman 2003: 30). Sejarah perkembangan dan transformasi masyarakat Malaysia menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh pihak pemerintah dalam merencana dan melaksana pelbagai projek pembangunan yang menghasilkan pertumbuhan pesat ekonomi khususnya melalui pengenalan pelbagai dasar negara lebih-lebih lagi sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970. Menerusi DEB dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (19711990); isu kemiskinan mula diberi perhatian serius oleh pihak pemerintah lebih-lebih lagi selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Pelbagai program dan projek pembangunan dilaksanakan secara berterusan dengan bermatlamat membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara kaum, wilayah dan kumpulan pendapatan, seterusnya matlamat akhir mencapai perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik, budaya dan bahasa. Strategi perindustrian negara yang diperhebat dari tahun 1981 hingga 1990 menerusi Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP) 1989 dan Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian (PTPTP) 1990 merangkumi gabungan dasar perindustrian bersumberkan eksport, memajukan industri penggantian import terpilih pusingan kedua dan industri berat tertentu, memajukan industri berasaskan sumber, meninggikan keupayaan teknologi, dan memudahkan pemindahan teknologi (Fatimah Said 1999: 255). Manakala Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan pada Februari 1982 dan serentak dengannya dilancarkan dasar perindustrian berat negara dengan tujuan menarik syarikat multinasional Jepun ke Malaysia bagi mempercepat dan memperluas pemindahan teknologi dari Jepun, seterusnya memastikan kelangsungan Malaysia dalam menghadapi persaingan ekonomi global. Galakan utama kepada usaha industrialisasi negara adalah menerusi pembinaan kerjasama antara syarikat-syarikat Jepun dengan firma Malaysia khususnya melalui kerjasama HICOM (dengan 70% daripada modal permulaan sebanyak RM150 bilion), MNC besar Jepun seperti Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dan Mitsubishi Corporation (dengan pegangan 15% setiap satu) yang sekali gus menandatangani perjanjian menerusi pelancaran kereta nasional PROTON. Kemudian, sebagai langkah mengurangkan kebergantungan teknologi PROTON terhadap Mitsubishi, pada Oktober 1996 PROTON mengambil alih 64% ekuiti dalam Lotus International Group British, pengeluar berprestasi tinggi sukan kereta yang bertujuan untuk membenarkan akses kepada teknologi PROTON kejuruteraan yang diperlukan dan kapasiti R & D. Berasaskan idea teori modenisasi, manusia berubah ke arah peningkatan, pemodenan membawa kesedaran tentang perubahan dan inovasi khususnya dalam teknologi pengeluaran. Seterusnya mendorong peralihan dari masyartakat pra-industri kepada masyarakat perindustrian, kemudian dari industri kepada pasca-industri. Pencapaian intelek manusia khususnya dalam sains yang terserlah dalam kawalan teknologi yang semakin meningkat ke atas mekanikal, kimia, elektronik, dan biologi merupakan faktor utama yang membawa perubahan dalam masyarakat.Kemudian perubahan-perubahan sosial yang dimulakan oleh perubahan teknologi ini membawa pelbagai kesan besar kepada masyarakat seperti pertumbuhan sumber manusia secara besar-besaran, kewujudan pelbagai pekerjaan, pembezaan organisasi, pertumbuhan kapasiti negeri dan aktiviti lanjutan negeri, penglibatan politik besar-besaran, dan rasionalisasi dan sekularisasi. Justeru itu, teori modenisasi khususnya modenisasi pelbagai (multiple modernities) adalah sesuai digunakan bagi menerangkan perubahan negara dan masyarakat Malaysia daripada bercirikan tradisional kepada moden, desa kepada bandar. Ini bermaksud proses modenisasi yang berlaku tidak bersifat seragam dan modenisasi tidak semestinya menghapuskan tradisi. Malah perubahan dan peningkatan yang berlaku bukan sahaja dalam aspek ekonomi bahkan pendidikan, sains dan teknologi sehingga telah melahirkan kumpulan kelas menengah merentas etnik. Penubuhan PROTON merupakan sebuah penciptaan modeniti negara yang selaras dengan 672
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
usaha kerajaan mewujudkan MPPB dan telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada ramai Bumiputera khususnya Melayu ke dalam sektor industri automotif. Peluang pendidikan dan latihan sama ada di peringkat pengajian tinggi mahupun sijil kemahiran telah mencipta ruang kepada anak muda menempatkan diri mereka dalam industri ini. Sehingga hari ini, PROTON masih menonjolkan kepakaran yang diperoleh dan dilaksanakan oleh profesional bumiputera sama ada di peringkat pengurusan atasan atau pertengahan, jurutera, dan kepakaran-kepakaran lain, termasuk pekerja pengeluaran yang terlatih. Bagi organisasi seperti PROTON yang mana ia disusun dalam cara yang paling sesuai dengan persekitaran di mana ia berada, dan terdapat persekitaran yang terdiri daripada organisasi lain yang mengenakan pelbagai kuasa yang bersifat ekonomi, politik, atau sosial, perkembangan dan kelangsungan syarikat jelas sangat bergantung pada hubungannya dengan persekitaran. Nilai-nilai masyarakat dan kepercayaan disulam dan dinyatakan dalam struktur organisasi, dan pada sudut lain, organisasi dilihat menyesuaikan diri dengan persekitaran seperti mana yang ditentukan oleh pembekal sumbernya. Keadaan ini bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh teori organisasi sistem terbuka - merupakan organisasi yang mengandungi banyak ketua yang wujud untuk menerima maklumat, membuat keputusan, dan melakukan tindakan langsung. Begitu juga adanya individu dan kumpulan kecil yang membentuk dan meninggalkan pakatan. Masalah muncul dalam perkara berkaitan penyelarasan dan kawalan. Selain itu, sempadan sistem dilihat sebagai amorphous (bentuk dan struktur yang tidak jelas) dan sementara; tindakan atau tugasan aktor sama ada kepada organisasi atau kepada persekitaran didapati berubah-ubah dan berbeza-beza bergantung kepada aspek fungsi sistemik yang sedang dipertimbangkan. Semua sistem dicirikan oleh satu himpunan atau kombinasi bahagian yang berhubungan antara satu sama lain dan menyebabkan mereka saling bergantung. Dalam soal hubungan antara agensi struktur dan agensi pula, Giddens (1997)menyatakan bahawa kehidupan sosial adalah selari dan bersilang urutan dengan agensi yang dikekang dan dibolehkan oleh keadaan sosial tertentu (struktur) yang mengandungi pelbagai kandungan dan kombinasi hubungan kuasa, norma dan makna. Ia seterusnya menarik agensi ke dalam konteks struktur mereka dalam menghasilkan tindakan yang secara kolektif bergabung untuk menghasilkan bentuk struktur seterusnya, dan sebagainya. Agensi memanfaatkan konteks ini melalui kemahiran dan pembawaan yang mereka peroleh daripadanya, dan melalui sumbersumber kuasa yang disediakan. Jelas di sini bahawa aktor manusia merupakan elemen yang mampu mencipta dan mengubah struktur dengan mencipta nilai dan norma, atau diperkuat melalui penerimaan sosial. Namun, pada masa yang sama aktor dibatasi oleh struktur sosial. Struktur adalah peraturan dan pada masa yang sama adalah sumber yang digunakan oleh aktor. Agensi manusia berada dalam struktur yang ditentukan untuk mereka, dan ia diterima dengan sukarela. Struktur dan agensi tidak dapat dipisahkan kerana mereka berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Dalam konteks organisasi PROTON, penelitian ke atas pembinaan budaya korporat dan budaya kerja PROTON jelas menunjukkan struktur dan agensi yakni warga kerja adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain. Organisasi PROTON merupakan satu sistem sosial yang dibina oleh aktornya. Budaya organisasi dan budaya kerja merupakan budaya rasmi yang dibina oleh struktur, namun ia hasil daripada perundingan dan disepakati bersama oleh setiap anggota. Setiap individu di PROTON mempunyai sumber yang merangkumi semua potensi yang mereka miliki seperti pengetahuan, keahlian, kecekapan dan pengalaman. Manakala organisasi pula memiliki sumber daya material dan bukan material seperti teknologi, peranti, bangunan, sistem, aturan, norma dan nilai. Justeru itu, kedua-duanya saling mempengaruhi dan menyumbang kepada kedua-duanya. Dalam hal ini, kualiti organisasi PROTON ditentukan oleh kualiti tindakan setiap individu warga kerjanya, sedangkan kualiti individu itu pula ditentukan oleh kualiti organisasi PROTON. Daripada temu bual yang dijalankan, informan menyatakan bahawa pihak pengurusan didapati memahami dan mengambil berat tentang nilai dan budaya masyarakat Melayu yang sangat kukuh ikatan kekeluargaan mereka. Selain itu, mengambil kira proses mengurus 673
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
perkara-perkara berkaitan perkahwinan, kelahiran dan kematian dalam menentukan jumlah cuti yang diberikan. Begitu juga faktor jarak rumah dan tempat kerja dengan kampung halaman. Bagi warga kerja PROTON, pertimbangan majikan dalam pemberian cuti ihsan ini adalah sangat relevan dan bertimbang rasa. Malah daripada pemerhatian tidak ikut serta di kilang pemasangan kereta Shah Alam mendapati wujud pemupukan amalan agama Islam secara rasmi dan tidak rasmi dalam kalangan warga. Begitu juga dapatan daripada temu bual dan FGD yang dijalankan turut mendapati bahawa pihak pengurusan ada menerapkan aspek-aspek berkaitan Islam dengan tanggungjawab kepada pekerjaan dan syarikat. Warga kerja dinasihatkan agar bekerja bukan sahaja untuk mendapatkan kepuasan ekonomi semata-mata terutama gaji, ganjaran dan insentif lain, tetapi bekerja kerana agama Allah. Setiap tindakan di tempat kerja seperti disiplin, kualiti dan komitmen kepada kerja dikaitkan dengan tuntutan agama Islam. Daripada pemerhatian pengkaji, terdapat beberapa petikan ayat al-Quran beserta terjemahannya seperti dari surah al-Baqarah, surah al-Mulk, dan surah Hud ditampal di dinding kilang, di samping kalimah Allah, Muhammad dan Bismillah. Kesemua ini bertujuan memberi ingatan kepada pekerja tentang kepentingan mempunyai integriti dalam bekerja yang juga merupakan tuntutan dalam Islam. Penelitian tentang kepelbagaian dalam organisasi pula, penemuan kajian mendapati kepelbagaian di tempat kerja PROTON dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu kepelbagaian warga kerja dari dalam yang dicirikan oleh pekerjaan, dan ciri kepelbagaian yang dibawa dari luar masuk ke tempat kerja. Kepelbagaian warga kerja PROTON dari segi pekerjaan ialah majoriti warga kerja PROTON sama ada di peringkat eksekutif atau bukan eksekutif adalah dalam kalangan etnik Melayu. Daripada jumlah keseluruhan 265 responden, 31% adalah berjawatan eksekutif dan 69% bukan eksekutif dengan sebahagian daripada mereka memiliki ijazah dan sebahagian lagi memiliki sijil. Kategori umur muda, 76% berumur 20 tahun hingga 40 tahun. Manakala warga kerja berpengalaman, 24% berumur 41 tahun ke atas. Pendapatan kasar yang diperolehi di PROTON mengikut kategori pekerjaan dan lama berkhidmat, dengan majoriti 80% memperoleh RM1000 hingga RM4000. Dari segi tempoh lama berkhidmat, sebahagian responden, 55% sudah berkhidmat lebih 10 tahun hingga lebih 25 tahun, manakala sebahagian lagi 45% bekerja kurang dari 10 tahun perkhidmatan. Manakala kepelbagaian warga kerja yang dibawa dari luar adalah dari segi kepelbagaian sub-etnik Melayu dan juga asal negeri. Warga kerja terdiri daripada lebih 30 sub-etnik seperti Banjar, Bugis, Jawa, Kerinchi, Mandailing, Peranakan dan pelbagai lagi,lahir dan dibesarkan di pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia hinggalah Sabah dan Sarawak. Mereka juga berasal dari pelbagai negeri di Malaysia dengan majoriti berasal daripada Perak, Selangor dan Kuala. Sepertimana takrifan autoriti terhadap Melayu yang diwarisi daripada pemahaman kuasa kolonial adalah merujuk kepada satu kumpulan etnik yang memiliki ciri-ciri yang hampir seragam dari segi bahasa, agama dan kebudayaan. Namun, menurut pemahaman harian masyarakat Melayu, mereka terdiri daripada pelbagai keturunan Melayu seperti Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar, Boyan, Peranakan dan banyak lagi yang dicirikan dengan kepelbagaian budaya masing-masing seperti dicirikan dengan perbezaan asal usul daerah dan wilayah, dialek bahasa, adat resam dan budaya tradisional yang tersendiri. Selain kepelbagaian sub-etnik Melayu itu, agama Islam juga sangat penting dan berpengaruh dalam kehidupan masyarakat Melayu. Di negara-negara pasca-kolonial seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, agama dan budaya, budaya tradisional telah tersulam dalam kehidupan harian termasuk di tempat kerja. Namun hakikat sesebuah organisasi, ia tidak mengenal etnik dan perbezaan budaya ahli-ahlinya kerana falsafahnya menggariskan nilai-nilai utama, misi dan visi serta prinsip-prinsip operasi bagi mencapai matlamat organisasi. Justeru itu, penelitian etnisiti di tempat kerja, pertembungan antara budaya tradisi dengan budaya moden, dan interaksi antara organisasi dengan warga kerja yang bercirikan kepelbagaian khususnya etnik Melayu dan sub-etniknya yang pelbagai dalam organisasi korporat seperti PROTON adalah sangat menarik untuk dikaji. 674
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Daripada kajian yang dianlankan, warga kerja PROTON sama ada eksekutif mahupun bukan eksekutif, kesemuanya bersetuju bahawa kepelbagaian yang wujud dalam kalangan warga kerja di PROTON perlu difahami supaya wujud rasa hormat antara satu sama lain. 92% eksekutif dan 81% bukan eksekutif positif dalam meraikan kepelbagaian di tempat kerja. Selain dapat mewujudkan rasa hormat di antara satu sama lain, meraikan kepelbagaian turut dianggap sebagai faktor penyumbang kepada kejayaan syarikat. Warga kerja PROTON juga didapati positif kepada tuntutan kepelbagaian dalam organisasi khususnya kepelbagaian etnik. Lebih 60% warga kerja eksekutif dan bukan eksekutif bersetuju bahawa kejayaan sesuatu perniagaan di Malaysia mesti melibatkan pelbagai etnik. Malah 82% eksekutif bersetuju mengatakan bahawa ‘PROTON bukan milik satu etnik’, dan 69% bukan eksekutif yang turut sependapat. Pola yang sama juga ditunjukkan pada kenyataan bahawa pihak pengurusan perlu belajar tentang perbezaan budaya di kalangan pekerja kerana ia merupakan salah satu cara bagaimana perniagaan dijalankan di negara ini. Dalam konteks kepelbagaian di tempat kerja ini, pengurus didapati memainkan peranan penting dalam mengenalpasti perbezaan yang wujud dalam kalangan warga kerja dan belajar memanfaatkannya, bukan menolak perbezaan atau membiarkan perbezaan menjadi penyebab kepada timbulnya masalah yang disebabkan oleh perbezaan. Lebih dari itu, pengurus harus berfikir bagaimana cara untuk menghormati perbezaan di tempat kerja, dan bagaimana mahu bekerja bersama-sama mereka, seterusnya dapat memaksimumkan sumbangan setiap pekerja. Sepertimana dalam pendekatan sinergi yang percaya dan menerima bahawa ‘cara kami dan cara mereka berperilaku dan mengurus adalah berbeza, dan tidak ada siapa lebih baik daripada yang lain’ boleh menjadi pendekatan yang sesuai untuk mengatur dan mengelola warga kerja yang bercirikan kepelbagaian. Masalah yang mungkin berlaku dalam mengurus kesan kepelbagaian budaya akan mampu dilaksanakan tanpa menggunakan pendekatan mengurangkan kepelbagaian. Pengurus akan mampu memaksimumkan potensi keuntungan tanpa mengabaikan kepelbagaian yang wujud, malah pengurus dan pekerja secara tidak langsung dilatih memastikan kewujudan perbezaan budaya dan pada masa yang sama menggunakan perbezaan untuk mencipta keuntungan kepada organisasi. KESIMPULAN Teori merupakan elemen penting dalam penyelidikan kerana teori memandu pemikiran dalam penyelidikan. Bagi kajian tentang kepelbagaian budaya dan etnisiti di tempat kerja, untuk memahami pengalaman warga kerja dan menerangkan pelbagai situasi di tempat kerja yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya tersebut, pendekatan eklektik sangat sesuai digunakan. Pendekatan eklektik dari segi pemilihan beberapa teori dianggap sesuai kerana ia tidak terikat kepada satu paradigma sahaja. Gabungan beberapa teori berguna bagi mencapai tujuan saling melengkapi, dan menggunakan teori-teori yang berbeza mengikut kes. Pendekatan seperti ini tidak semestinya digunakan untuk kajian lain kerana kemungkinan konteksnya berbeza dan tidak sesuai untuk diaplikasikan. RUJUKAN Abdul Rahman Embong. 2003. Pembangunan dan Kesejahteraan: Agenda Kemanusiaan Abad Ke-21. Bangi: Penerbit UKM. Alvin, Y. So. 1990. Social Change and Development: Modernization, Dependency, and Worldsystem Theories. Newbury Park: SAGE Publications. Asma Abdullah. 1996. Going Glocal: Cultural Dimensions in Malaysian Management. Kuala Lumpur: Malaysian Institute of Management. Creswell, J.W. 2003. Research Design Qualitatitative, Quantitative & Mixed Methods Approaches Edisi ke-2. Thousands Oaks: SAGE Publications. 675
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Eisenstadt, S. N. 2000. Multiple modernities. American Academy of Arts & Sciences. 129(1): 1-29. Harrison, D. 1997. The Sociology of Modernization and Dvelopment. London: Routledge Taylor & Francis Group. Jaffe, D. 2001. Organization Theory: Tension and Change. New York: McGraw Hill. Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall. Ouchi, W.G. &Wilkins, A. L. 1985. Organizational culture. Annual Review Sociology. 11: 457-485. Ritzer, G. & Ryan, J.M. 2011. The Concise Encyclopedia of Sociology. Chicester: WileyBlackwell. Swanson, R.A. 2007. Theory Building in Applied Disciplines. San Francisco, CA: BerrettKoehler Publisher.
676
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
PEMELIHARAAN DIGITAL BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: MEREALISASI IMPIAN MENJADI KENYATAAN Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan & Shamsul Amri Baharuddin Abstrak Usaha memelihara dokumen yang menjadi sumber utama bacaan dan rujukan oleh sesebuah institusi atau organisasi sentiasa dilakukan. Oleh kerana kebanyakkan dokumen dicetak di atas kertas, faktor keselamatan dokumen tersebut sering menjadi isu dan masalah ini memerlukan suatu kaedah saintifik bagi melindungi dokumen tersebut. Dengan menggunakan kelebihan yang ada dalam bidang teknologi maklumat, pemeliharaan digital merupakan suatu pendekatan terbaik bagi memastikan kelansungan akses dan capaian pengguna terhadap dokumen tersebut. Berbekalkan kepada kelebihan ini, Pemeliharaan Digital Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu merupakan suatu projek pembangunan pangkalan data yang bertujuan untuk mendaulatkan ilmu dalam dunia Melayu melalui Bahasa Melayu. Gabungan kefahaman terhadap bidang sains social dan teknologi maklumat menjadi asas utama bagi melaksanakan projek murni ini. Dengan menggunakan tiga komponen asas, iaitu membina kefahaman terhadap Bahasa Melayu, memahami sejarah pembinaan dan perkembangannya, dan mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi maklumat, projek ini telah dijalankan dan sehingga kini ia telah berjaya mencapai beberapa tahap penting yang disasarkan. Analisis terhadap kajian ini juga turut memberi peransang dan motivasi bagi meningkatkan lagi projek ini di masa hadapan. Melalui semangat dan iltizam yang tinggi, projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat dan pada masa yang sama, ia dapat memberikan suatu lagi sumbangan besar kepada UKM sebagai peneraju utama dalam pembinaan dan perkembangan ilmu dalam Bahasa Melayu.
PENGENALAN Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh kebanyakkan institusi awam dan swasta adalah pemeliharaan dokumen untuk bacaan dan rujukan di masa hadapan. Hal ini disebabkan kebanyakkan dokumen yang bersifat tekstual mudah terdedah kepada kerosakan dan memerlukan kaedah yang terbaik bagi memastikan kualitinya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Perpustakaan, muzium, arkib, galeri seni dan juga pusat sumber merupakan lokasi utama penyimpanan dokumen seperti fail, artikel, kertas kerja, laporan, buku, manuskrip, lukisan, rekod-rekod lama, dan sebagainya. Pelbagai kaedah telah diguna bagi melindungi bahan-bahan tersebut seperti membuat salinan kedua melalui fotostat dan mikrofilem, menggunakan ruang khas dengan dikawal suhunya, dan juga menggunakan bahan kimia yang bersesuaian untuk melindungi dokumen daripada serangan kulat dan parasit. Namun demikian, walaupun kaedah ini masih lagi relevan dan dapat membantu memudahkan proses pemeliharaan, ia sebenarnya mencipta pelbagai lagi masalah seperti yang dijelaskan oleh Harris & schur (2006) melalui kajian mereka. Salah satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah melalui pendekatan kepada pemeliharaan digital. Menurut Hirtle 2006, pemeliharaan digital merupakan suatu konsep yang dibangunkan di perpustakaan. Ia merupakan suatu alternatif bagi memelihara bahan-bahan atau dokumen untuk memudahkan akses dan capaian oleh pengguna. Biasanya pemeliharaan digital melibatkan suatu pembangunan aplikasi secara atas talian atau tanpa talian. Pembangunan aplikasi ini merujuk kepada pembangunan pangkalan data, iaitu ruang penyimpanan digital dokumen tersebut (Rizal 2013). Corrado & Moulaison (2014) pula menjelaskan pemeliharaan digital merangkumi beberapa proses lain seperti merancang, mengurus, mengimbas, menguji dan menyelenggara bahan-bahan yang berpotensi untuk didigitalkan. Proses peemeliharaan 677
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
digital ini sebenarnya lebih fleksibel, iaitu bergantung kepada matlamat dan keperluan sesuatu institusi untuk mengimplemen kaedah pemeliharaan yang bersesuaian terhadap bahan-bahan yang disimpan sama ada ia berbentuk tekstual, visual, oral, dan sebagainya. Pemeliharaan digital telah pun dimulakan seawal tahun 1960an lagi. Cox (2000) menjelaskan terdapat dua institusi yang telah melakukan proses pemeliharaan secara digital, iaitu di Arkib Nasional USA di Washington dan di Universiti Michigan. Kemudian pada tahun 1990, Perpustakaan Universiti Cornell menggunakan pendekatan secara pemeliharaan digital bagi melindungi bahan-bahan media analog yang disimpan di perpustakaan Universiti Cornell. Sehingga kini, pemeliharaan digital telah digunakan oleh sebilangan besar instiitusi seperti arkib, muzium, galeri seni dan sebagainya. Oleh kerana pemeliharaan digital ini melibatkan teknlogi maklumat terutamanya proses pembangunan aplikasi dan perisian, konsep ini turut ditransformasi kepada perpustakaan digital, arkib digital, muzium digital dan galeri seni digital. Di Malaysia, proses pemeliharaan digital telah dimulakan sekitar tahun 1990an oleh Perpustakaan Negara Malaysia, PNM. Pihak PNM turut menyediakan Dasar Pendigitalan Koleksi Perpustakaan bagi memudahkan proses pemeliharaan dilakukan seterusnya mematuhi garis panduan yang ditetapkan. PNM turut mewartakan dasar ini bagi memudahkan proses pendigitalan dilakukan di masa hadapan. Sebenarnya, usaha yang dilakukan oleh PNM ini adalah berasaskan kepada kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh institusi pengajian tinggi awam yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Di UKM sebagai contoh, proses pemeliharaan digital ini dapat dijelaskan sebagai pembangunan pangkalan data secara atas talian bagi memudahkan capaian dan akses kepada pengguna. Pembangunan pangkalan data ini menjadi asas kepada pembangunan portal, perpustakaan digital dan juga pembangunan aplikasi lain yang bermatlamatkan kepada akses dan capaian pengguna terhadap dokumen secara digital. Portal Malaycivilization.com, My Gemilang PTSL, Portal E-Warga dan sebagainya merupakan contoh aplikasi yang dibangunkan bertujuan untuk memelihara dokumen secara digital bagi memudahkan akses dan capaian oleh pengguna. Ketiga-tiga portal tersebut merupakan suatu bentuk pemeliharaan digital di UKM. Portal Malaycivilization.com dibangunkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) melalui pengarah kesembilannya. Portal ini dibangunkan bertujuan untuk memperluas dan mendalami Pengajian Alam Melayu. Di antara pangkalan data yang terkandung di dalamnya adalah Pangkalan Data Alam Melayu atau PADAT. Pangkalan data ini menyimpan artikel, kertas prosiding, kertas kerja, yang berkait dengan Alam Melayu. Terdapat juga pangkalan data lain yang menyimpan artikel sahaja seperti Jurnal Sari dan Pangkalan Data Koleksi N.A. Halim yang mengandungi imej-imej digital kawasan bersejarah di Malaysia. Selain itu pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang turut membangunkan pangkalan datanya yang dikenali sebagai My Gemilang. Pangkalan data ini menyimpan sejumlah besar koleksi buku, jurnal, artikel, tesis dan sebagainya, yang berkait dengan kajian dan penyelidikan di UKM. Portal E-Warga pula merupakan ruang utama para kakitangan universiti mendapatkan berita terkini mengenai universiti dan juga di dalam portal ini terkandung pelbagai pangkalan data lain seperti Sistem Maklumat Kakitangan atau SMK. Pangkalan data ini berfungsi untuk merekod segala hal yang berkait dengan maklumat peribadi kakitangan UKM seperti gaji, cukai, latar diri dan sebagainya. Selain itu terdapat banyak lagi pangkalan data yang terdapat di dalam Portal E-Warga ini dan portal ini dibangun dan diselenggara oleh Pusat Teknologi Maklumat, PTM. Ketiga-tiga portal yang dibangunkan di UKM merupakan suatu bentuk pemeiharaan digital. Usaha ini merupakan suatu inisiatif yang sangat baik demi melonjakkan nama UKM sebagai pendaulat amanah negara. Sejak penubuhan UKM pada tahun 1970 sehingga kini, Bahasa Melayu merupakan medium utama komunikasi dikalangan pelajar, kakitangan university, dan juga pihak luar. Penggunaan Bahasa Melayu yang meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kajian dan penyelidikan, seminar dan persidangan, penerbitan dan sebagainya memberi kelebihan kepada UKM untuk muncul sebagai satu-satunya university yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu. Bertitik tolak daripada keadaan ini, timbul satu motivasi dan iltizam yang tinggi untuk mengangkat dan memartabatkan Bahasa 678
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
Melayu sebagai Bahasa ilmu. Usaha ini sekaligus dapat memudahkan pemeliharaan digital dilakukan disamping memberi manfaat yang banyak kepada proses pembinaan dan perembangan ilmu pengetahuan melalui Bahasa Melayu. Bagi merealisasikan impian menjadi kenyataan, kajian ini untuk membangun sebuah pangkalan data yang dapat menyimpan sejumlah besar tesis yang telah ditulis di dalam Bahasa Melayu oleh pelajar sarjana dan PhD dalam pelbagai displin dan bidang pengajian di UKM. Pangkalan data ini akan berumah di PTM, UKM dan diselenggara dengan menggunakan kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh sarjana dan intelektual di UKM, iaitu sekumpulan penyelidik dari Insitut Kajian Etnik, KITA. Menyedari akan kepentingan Bahasa Melayu sebagai suatu alat komunikasi utama untuk kesepaduan social, tanggungjawab yang bakal digalas ini akan membantu meningkatkan lagi nama UKM sebagai pendaulat amanah negara. SEKILAS PANDANG Kajian ini mempunyai hasrat menggunung tinggi seluas lautan yang dalam sejauh mata memandang untuk melaksanakan impian menjadi kenyataan. Pemeliharaan digital Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu ini akan dibangunkan melalui pembangunan pangkalan data digital yang mampu memenuhi impian dan keperluan. Ringkasnya tiga matlamat telah diletakkan sebagai sendi utama kepada pembangunan pangkalan data ini. Pertama, pangkalan data ini berhasrat untuk mendaulatkan ilmu dalam dunia Melayu melalui Bahasa Melayu. Oleh kerana kandungan utama pangkalan data ini adalah tesis yang didokumenkan dalam Bahasa Melayu, proses pembinaan dan perkembangan ilmu pengetahuan akan menjadi lebih mudah. Ia sekaligus dapat memenuhi hasrat dan impian negara dalam memenuhi agenda kebangsaan melalui pendidikan. Kedua, memposisikan semula bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di peringkat global. Pangkalan data ini mampu membuka ruang dan peluang yang baru dalam memartabatkan semula peranan Bahasa Melayu sebagai komunikasi utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Ketiga, menjadikan UKM sebagai peneraju dalam Bahasa Melayu. UKM sejak ditubuhkan sehingga kini memiliki sejumlah besar tesis, buku dan artikel yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Dengan terbangunnya pangkalan data ini, peranan serta tanggungjawab UKM dapat dimantapkan sekaligus menjadi peneraju terhadap pembinaan dan penyampaian ilmu pengetahuan melalui Bahasa Melayu. Bagi memudahkan pembangunan dilakukan, suatu tinjauan telah dilakukan terhadap tiga kajian yang dijalankan oleh penyelidik di National Library of China (NLC), Centre ‘Traditio Litterarum Occidentalium’ (CTLO) dan Perpustakaan Alexandria di Mesir. Beixin (2002) telah menjelaskan tentang pembangunan pangkalan data di Perpustakaan Kebangsaan China. Sebagai timbalan presiden kepada perpustakaan berkenaan, beliau menjelaskan peranan perpustakaan sebagai tempat untuk menjalankan kajian, penyelidikan, merekod data penting dan sebagainya. Perpustakaan ini telah menjadi pusat utama untuk pengunjung terutamanya para penyelidik dalam dan luar negara yang menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkait dengan Alam China. Sehingga kini, terdapat 23 juta siri manuskrip yang disimpan di perpustakaan ini dan proses timbun tambah koleksi setiap tahun direkodkan sekitar 600,000 hingga 700,000. Untuk memenuhi tuntutan dan keperluan semasa disamping permintaan pengguna yang sangat tinggi, suatu pangkalan data bibliografi dibangunkan dan ia bertujuan untuk memudahkan capaian dan akses oleh pengguna. Selain itu, pangkalan data ini juga dapat memudahkan pencarian dilakukan terhadap manuskrip yang disimpan di dalam perpsutakaan tersebut. Kemudian Furui (2006) telah menghuraikan dengan terperinci proses pendigitasian manuskrip serta dokumen di dalam Bahasa Mandarin untuk memudahkan pengguna mengakses dokumen tersebut. Seterusnya pembangunan perpustakaan teks Latin oleh Centre ‘Traditio Litterarum Occidentalium’ di Belgium oleh Profesor Em. Paul Tombeur telah memudahkan akses dan capaian pengguna untuk mendapatkan pelbagai bahan dan manuskrip yang berkait dengan Bahasa Latin. Pangkalan data yang mengandungi dua bahagian utama iaitu LLT-A dan LLT-B melibatkan suatu proses pembangunan yang sangat kompleks kerana koleksi manuskrip 679
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
yang dikumpul melibatkan suatu jumlah yang sangat banyak. Pangkalan data ini beroperasi secara atas talian dan berhasrat untuk membantu memudahkan proses pengajaran, pembelajaran, kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap Bahasa Latin. Kemudian al-Said (2014) telah melaporkan tentang Perpustakaan Alexandria, sebuah perpustakaan tertua dan terulung di dunia yang menyimpan sejumlah besar teks khat, manuskrip arab dan sebagainya. Oleh kerana kebanyakkan manuskrip ditulis dalam Bahasa Arab, Persia, Hebrew dan Mesir Kuno, keperluan untuk memenuhi tuntutan semasa terutamanya dalam dunia digital amat mendorong pembangunan perpustakaan digital sebagai suatu kaedah memelihara koleksi asal daripada kerosakan. Sistem pangkalan data yang dibangunkan telah memudahkan akses dan capaian oleh pengguna terhadap koleksi yang disimpan di Perpustakaan Alexandria. Begitu juga dengan Begitu juga dengan pangkalan data yang menyimpan teks khat dan inskripsi dikenali sebagai The Digital Library of Inscriptions and Calligraphies. Sistem tersebut menyimpan rekod digital tulisan khat dan inskripsi dengan satu sinopsis maklumat, tulisan, gambar dan satu rekod. Maklumat berada dalam kedua-dua bahasa Arab dan Inggeris. Daripada ketiga-tiga kajian tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa pemeliharaan digital melalui pembangunan pangkalan data digital sangat relevan digunakan. Ia mampu memberikan manfaat yang penting terutamanya dalam menyokong proses pembinaan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Berkait dengan itu, pangkalan data Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu akan menggunakan pendekata-pendekatan melalui kajian yang dijelaskan tadi bagi memudahkan proses pendigitalan dilakukan. Untuk memudahkan pemahaman, bahagian seterusnya akan menerangkan secara terperinci komponen utama dalam proses pembangunan pangkalan data Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu atau ringkasnya Pangkalan data BMBI. MENGGENGAM BARA BIAR SAMPAI MENJADI ABU Untuk memudahkan proses pembangunan dilakukan, terdapat tiga komponen utama yang akan dijadikan sebagai kerangka pembangunan dalam merealisasikan matlamat kajian ini. Rajah 3.1 berikut menunjukkan ketiga-tiga komponen utama dalam kajian yang dijalankan.
Rajah 3.1 Kerangka Pembangunan Pangkalan Data BMBI
Komponen yang paling utama dalam kajian ini adalah komponen UKM. Dalam komponen ini, kajian secara terperinci akan dilakukan terhadap UKM berdasarkan 680
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kepada sejarah penubuhan dan perkembangannya sehingga kini. UKM sudah berusia 45 tahun dan dalam waktu yang panjang ini, pelbagai sumbangan telah diberikan oleh sarjana, intelektual, pelajar mahupun kakitangan pentadbiran terhadap pembinaan dan perkembangan melalui Bahasa Melayu. Kalau ditinjau dengan lebih dekat terhadap sejarah UKM, ianya bermula melalui perkembangan pendidikan Melayu dan dasar pelajaran kebangsaan yang banyak menyumbang kepada tuntutan dan keperluan terhadap perlunya sebuah university yang dapat memenuhi agenda pendidikan negara pada ketika itu. Melalui dasar pelajaran juga, permintaan untuk sebuah institusi pengajian tinggi bagi mengumpul sarjana dan melahirkan graduan yang memenuhi aspirasi negara akhirnya terlaksana. Hal ini banyak dibincangkan oleh Mohd Ali (2006) melalui tulisan beliau tentang sejarah penubuhan UKM. Analisis terhadap sejarah UKM melalui kajian yang dijalankan oleh Mohd Ali (2006) juga turut akan dilakukan. Usaha ini akan memudahkan lagi penjelasan mengenai proses pembinaan dan perkembangan ilmu melalui Bahasa Melayu yang menjadi bahagian kedua dalam komponen ini. Seterusnya komponen kedua pula akan mengkhusus kepada pengisian dan kandungan pangkalan data ini iaitu tesis sarjana dan Phd untuk semua displin akademik. Dalam hal ini, kajian ringkas terhadap tesis yang dikeluarkan oleh 12 fakulti (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Farmasi, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Pergigian, Fakulti Pendidikan, Fakulti Perubatan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan UKM-GSB Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan) dan 12 institut penyelidikan (Institut Sel Fuel (SELFUEL), Institut Informatik Visual (IVI), Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Institut Perubahan Iklim (IPI), Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Institut Islam Hadhari (HADHARI), Institut Kajian Etnik (KITA), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Institut Perubahan Molekul UKM (UMBI)) akan diperincikan sebagai sumber utama bagi pengisian terhadap pangkalan data yang akan dibangunkan nanti. Komponen teknikal merupakan tiang sari utama dalam kajian yang dijalankan ini. Dalam komponen ini, terdapat tiga bahagian yang terkandung di dalamnya iaitu pengurusan data, pembangunan web dan pembangunan pangkalan data. Bahagian pengurusan data akan melibatkan empat lagi proses utama yang akan dilaksanakan bagi memastikan kandungan pangkalan data dapat diintegrasi ke dalam pangkalan data yang dibangunkan. Rajah 3.2 berikut menunjukkan proses yang terlibat.
Rajah 3.2 Proses Pengurusan Data
Proses pertama melibatkan pengumpulan data. Data pula terdiri daripada senarai tesis sarjana dan Phd yang telah dikeluarkan oleh fakulti dan institut. Dalam sebuah tesis, hanya abstrak dan maklumat seperti nama penulis, bidang kajian, tahun dikeluarkan, tajuk tesis dan fakulti atau institut sahaja yang akan dipaparkan. Untuk permulaan hanya tesis sarjana dan phd dari tahun 2010 hingga 2014 sahaja yang akan dikumpul. Seterusnya proses pengimbasan akan dijalankan terhadap abstrak tesis. Pengimbasan akan menggunakan pengimbas dengan resolusi yang tinggi serta menggunakan format pdf. Seterusnya proses kemasukan data ke dalam pangkalan data akan dilakukan secara 681
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
berperingkat. Akhir sekali pengujian kebolehtahanan data akan dilakukan terhadap sistem pangkalan data yang telah dibangunkan. Seterusnya bahagian pembangunan web merupakan platform utama yang akan mengoperasikan pangkalan data secara atas talian. Suatu pendekatan baru akan digunakan untuk pembangunan web yang lebih sistematik dan efisyen. Penggunaan konsep Interaksi Manusia-Komputer atau human computer interaction, HCI akan digunakan. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Card, Moran & Newell (1983). HCI merupakan suatu bidang yang berkait dengan perancangan dan rekabentuk interaksi di antara manusia dan computer. Ia sentiasa dianggap sebagai suatu gabungan di antara bidang sains computer, sains kelakuan, linguistic, sosiologi, etnografi, psikologi, kejuruteraan, rekabentuk, semiotik dan penjenamaan. Konsep HCI merupakan suatu pendekatan terbaik kerana ia melibatkan pelbagai faktor dan pertimbangan untuk membangunkan laman web yang dapat memenuhi permintaan pengguna. Rajah 3.3 berikut menunjukkan rajah hubungan entiti atau ERD pembangunan web (Tokranova 2013).
Rajah 3.3 ERD HCI (Sumber: Tokranova 2013)
Berdasarkan kepada Rajah 3.3, terdapat lima faktor utama yang dijelaskan oleh Tokranova (2013) sebagai asas dalam HCI iaitu kekangan, hubungan, paparan, model konsepsual dan pemetaan. Kelima-lima faktor ini berhubung antara satu dengan yang lain dan setiap satunya dipecahkan lagi kepada beberapa sub-bahagian, iaitu pertimbangan yang dapat memudahkan proses pembangunan web dijalankan. Dengan menggunakan pendekatan ini, pembangunan web untuk Pangkalan Data BMBI akan menjadi lebih mudah. Akhir sekali bahagian pembangunan pangkalan data merupakan peringkat terakhir dalam komponen teknikal. Proses pembangunan pangkalan data akan menggunakan lima tahap dalam prinsip pembangunan perisian iaitu analisis keperluan, rekabentuk, implementasi, pengujian dan penyelenggaraan. Analisis keperluan akan menjelaskan keperluan utama pembangunan pangkalan data berasaskan kepada matlamat utama kajian. Rekabentuk akan dibangunkan berdasarkan kepada analisis keperluan tersebut. Rekabentuk terdiri daripada dua bahagian, rekabentuk sistem pangkalan data dan rekabentuk rajah hubungan entiti ataupun entity relationship diagram, ERD. ERD ini akan menentukan hubungan di antara entiti yang dikenalpasti dalam pangkalan data yang 682
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
dibangunkan. Implementasi pula melibatkan proses pengekodan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang sesuai. Seterusnya proses pengujian terhadap system yang dibangunkan perlu dijalankan bagi menjamin ia dapat berfungsi dengan baik. Akhir sekali adalah penyelenggaraan iaitu pemantauan dan penyeliaan sistem yang telah dibangunkan. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci, Rajah 3.4 berikut akan menunjukkan rekabentuk ERD pangkalan data yang dibangunkan.
Rajah 3.4 Rekabentuk ERD pangkalan data
Rekabentuk ERD untuk pangkalan data yang dibangunkan terdiri daripada tujuh entiti, iaitu pengguna, admin, tesis, simpan tesis, rekod tesis, hapus tesis dan edit tesis. Kesemua entiti ini mengandungi attribut iaitu ciri-ciri yang mewakili entity. Attribut yang mewakili entity pengguna dan admin berbeza dengan attribut yang mewakili tesis serta proses-proses yang terlibat dalam pangkalan data. Dalam system ini, admin merupakan pentadbir system utama kerana admin berkuasa penuh untuk mengawal pengguna, melakukan proses penyimpanan, perekodan, penghapusan dan pengeditan tesis. Admin juga boleh mencapai dan mengakses tesis dalam pelbagai keadaan.
683
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
SEMANIS KATA SEINDAH BICARA Daripada penjelasan yang telah dilakukan terhadap proses pembangunan Pangkalan Data BMBI, suatu analisis menyeluruh telah dilakukan melalui perbincangan secara konstruktif. Analisis ini mengambil kira isu, cabaran dan jangkaan di masa hadapan terhadap pangkalan data BMBI. Pertama, bagi memastikan projek ini berjaya mencapai matlamatnya, kepakaran dan kemahiran yang tinggi terhadap teknologi maklumat terutamnya yang berkait dengan bidang kejuruteraan perisian, pembangunan perisian, pengurusan maklumat, keselamatan aplikasi, rangkaian dan sebagainya sangat diperlukan. Suatu strategi dan gerak kerja khusus diperlukan bagi menyokong kerja-kerja teknikal yang dijangkakan mengambil masa yang panjang. Dalam masa yang sama, aspek sumber manusia juga perlu diwujudkan bagi memudahkan kerja-kerja teknikal dijalankan. Sokongan dari pihak UKM melalui Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Pusat Teknologi Maklumat sangat diperlukan. Ini disebabkan pangkalan data yang dibangunkan akan berumah di UKM dan pada masa yang sama, bantuan dari kedua-dua pihak terlibat sangat diperlukan. Aspek teknikal juga perlu mengmbil kira polisi dan peraturan sedia ada yang dapat melindungi bahan-bahan yang akan didigitasi. Selain itu, sistem yang dibangunakan nanti perlu juga dipatenkan. Ini bagi menjamin keselamatan daripada sebarang masalah yang tidak diundang. Seterusnya kajian ini sedang berjalan dan akan siap dalam tempoh yang terdekat. Dalam melalui perjalanan yang berliku ini, pelbagai masalah dan cabaran telah dihadapi, iaitu dari aspek birokrasi dan pengurusan. Aspek birokrasi ini lebih terfokus dalam proses mengutip data, iaitu mendapatkan tesis dari fakulti dan institut. Memang ia merupakan suatu kerja yang mudah tetapi sangat remeh kerana melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai kerenah. Untuk menangani masalah ini, bantuan dan sokongan daripada pihak pengurusasn tertinggi UKM sangat diperlukan. Ini bagi memudahkan proses pengumpulan tesis dilakukan sekaligus ia dapat menjimatkan masa dan memastikan pengisian untuk pangkalan data sentiasa dilakukan. Dalam aspek pengurusan pula, projek ini sebenarnya memerlukan bantuan daripada pembantu penyelidik beserta dengan peruntukan kewangan yang kukuh bagi meneruskan lagi proses timbun tambah serta pemantapan aspek teknikal pangkalan data. Untuk menangani hal ini, bantuan daripada pengurusan tertinggi UKM sangat diperlukan. Bantuan melalui pengurusan tertinggi UKM dijangkakan dapat memudahkan proses pelantikan pembantu penyelidik dan penyaluran dana untuk meningkatkan lagi tahap pembangunan pangkalan data BMBI. Akhir sekali projek pangkalan data BMBI ini berpotensi besar untuk mengangkat dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu. Ia bukan sahaja dapat memberikan ruang dan peluang kepada para penyelidik, ahli akademik, sarjana dan intelektual, malah ia dapat memberikan manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat dunia amnya. Selain itu, projek ini juga bakal melonjak nama UKM di persada akademik local dan global. Dengan berbekalkan kepada semangat dan iltizam yang tinggi, projek ini sebenarnya memerlukan suatu strategi menyeluruh untuk memastikan ia sentiasa dilestari dari masa ke semasa. Strategi ini perlu dirangka dan dibincang dengan pihak UKM. Ini penting bagi memastikan kelansungan projek ini dapat diteruskan walaupun kepemimpinan tertinggi UKM bertukar. Pemerhatian terhadap beberapa kajian dan penyelidikan di UKM dapat memberi motivasi terhadap jatuh bangunnya sesuatu projek kajian dan penyelidikan yang telah membawa nama UKM ke tahap yang tertinggi. Oleh itu dengan merangka dan merancang suatu strategi baru bersama-sama dengan pihak tertinggi UKM, pangkalan data BMBI ini akan terus segar mekar di persada akademik local dan global. KESIMPULAN Pembangunan pangkalan data Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu menjadi suatu bukti usaha bersungguh untuk memelihara bahan-bahan akademik yang memiliki nilai yang sangat tinggi. Melalui kajian ini, proses pemeliharaan digital melibatkan tiga usaha besar, iaitu membina 684
PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CITRA KENEGARAAN 4 (COSNA 4) ISBN 978-967-2084-17-4
kefahaman terhadap Bahasa Melayu, memahami sejarah pembinaan dan perkembangannya, dan mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi maklumat. Berbekalkan kepada ketiga-tiga elemen asas ini, maka pembangunan pangkalan data Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu dapat direalisasikan. Gabungan ketiga-tiga elemen ini juga sebenarnya memberi suatu bukti kukuh bahawa perlunya sinergi di antara ilmu sains social dan tekologi maklumat dalam membangun sesuatu aplikasi. Ini sebenarnya dapat mencapai matlamat kerencaman bidang dalam displin akademik secara umum dan perlu dilakukan bagi memberikan hasil yang sangat membanggakan. Pangkalan data BMBI ini juga bukan sahaja dapat memberikan kelebihan kepada UKM sebagai peneraju dalam penjanaan ilmu, malah ia dapat meletakkan UKM sebaris dengan universiti terkemuka di dunia yang telah mencapai kejayaan yang tertinggi dalam usaha mengangkat dan memartabatkan peradaban dan tamadun masing-masing. Semoga pangkalan data BMBI ini menjadi nadi utama dalam melestarikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu secara global sekaligus membuktikan kepada masyrakat dunia peranan UKM sebagai pendaulat amanah negara. RUJUKAN Ahmad Rizal Mohd Yusof. 2013. Dunia Digital Pengajian Alam Melayu. Kuala Lumpur: UM Press. Al-Said, I. (2014, April 6). Library of Alexandria enters digital age. Al-Monitor: pp 12. Beixin, S. (2002). The Development of Authority Database in National Library of China. Workshop on Authority Control among Chinese, Korean and Japanese Languages. Card, S.K., Moran, T.P. & Newell, A. (1983). The Psychology of Human-Computer Interaction. New Jersey: CRC Press. Corrado, E.M. & Moulaison, L.H. (2014). Digital Preservation for Libraries, Archives and Museums. Plymouth: Rowan & Littlefield. Cox, R.J. (2000). The Failure or Future of American Archival History: A Somewhat Unorthodox View. Library History Research in America, pp. 141-154. Furui, Z. (2006). The National Library Of China In Prospect. Journal of East Asian Libraries, pp. 1-6. Harris, K.E. & Schur, S.E. (2006). A Brief History of Preservation And Conservation At The Library Of Congress. Washington: Library of Congress. Hirtle, P.B. (2006). The History and Current State of Digital Preservation in the United States. Turner, T.P. Metadata and Digital Collections, hlm. 121-140. Cornell: Cornell University Press. Library of Latin Texts. 2009. Centre ‘Traditio Litterarum Occidentalium’. Brepolis Publisher. Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (2010). Dasar Pendigitalan Koleksi Perpustakaan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia Mohd Ali Kamaruddin. 2006. Universiti Kebangsaan Malaysa: Sejarah Penubuhan. Bangi: UKM Press. Tokranova, D. 2013. Foundations of Human-Computer Interaction. C-Map 1. https://darjaimke. wordpress.com/2013/02/08/foundations-of-human-computer- interaction-c-map-1/
685