Program Nilam

  • Uploaded by: Raden Ardean
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Nilam as PDF for free.

More details

  • Words: 538
  • Pages: 4
PROGRAM NILAM Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.

Program NILAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

Matlamat Membina tabiat membaca yang berkekalan di kangan murid. Objektif a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program Nilam i. Rekod Membaca : Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod membaca NILAM ii. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid. iii. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca. .

Pelaksanaan Program NILAM mempunyai dua tahap Tahap I : Jauhari Tahap II: Rakan Pembaca

Tahap JAUHARI ♦ Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat. ♦ Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah ♦ Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber. ♦ Mula dinilai dati Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah.

Tahap RAKAN PEMBACA (RP) ♦ Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca. ♦ Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca. ♦ Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara. ♦ Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain. ♦ Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca. .

Contoh Aktiviti Rakan Pembaca (RP) a. Bercerita b. Membaca Bersama c. Bicara Buku d. Meminjam buku e. Pidato f. Ulasan buku g. dan lain-lain .

Sistem Ganjaran dan Pengiktirafan Tahunan ♦ Buku Rekod Kemajuan ♦ Kad Kumulatif Keseluruhan Selepas 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. ♦ Sijil Berhenti Sekolah ♦ Surat Akuan Sekolah

1. Tahap JAUHARI Sekolah Rendah Jumlah Bacaan 90 – 179 180 – 269 270 – 359 360 ke atas

Pengiktirafan Gangsa Perak Emas NILAM

Sekolah Menengah Jumlah Bacaan 72 - 143 144 - 215 216 – 287 288 ke atas

Pengiktirafan Gangsa Perak Emas NILAM

2. RAKAN PEMBACA (RP) Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut: MARKAH 100 - 199 200 - 299 300 - 399 400 ke atas

PENGIKTIRAFAN Gangsa Perak Emas NILAM

Masa Yang Disarankan Program NILAM ♦ Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa. ♦ Masa Khas - SEMAI (Sepuluh minit Asas Ilmu) ♦ Waktu untuk aktiviti Pusat Sumber Sekolah. ♦ Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan. ♦ Menggunakan waktu senggang untuk membaca. ♦ Dalam pelbagai aktiviti membaca.

Cadangan Aktiviti Program NILAM ♦ SEMAI ♦ Program IQRA ♦ Membaca Bersama ♦ Ceramah Buku (Book Talk) ♦ Khemah Membaca ♦ Bacalah Sayang ♦ Kuiz Pengetahuan ♦ Pertandingan Bercerita ♦ Radio Sekolah ♦ Pameran Buku ♦ Pidato ♦ Akhbar Dalam Darjah ♦ Reading Is Fun ♦ Klinik Membaca ♦ Buku Skrap ♦ Membaca Waktu Senggang

Related Documents

Program Nilam
June 2020 7
Program Nilam
April 2020 28

More Documents from ""

Pusat Sumber
April 2020 40
Maklumat Staf Pkg Johol
April 2020 39
Senarai Sek Ahli Johol2
April 2020 34
Profil Sekolah Pkg Johol
April 2020 36
Berita Johol1
April 2020 25
Guru Ict Dan Gpm
April 2020 27