Peranan Program Nilam

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Program Nilam as PDF for free.

More details

  • Words: 892
  • Pages: 6
PERANAN JAWATANKUASA NILAM SEKOLAH MENENGAH Setiap staf sekolah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program NILAM. Setiap individu mempunyai peranan tertentu. Program yang dimainkan adalah seperti berikut : PENASIHAT – PENGETUA / GURU BESAR Pengetua sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini. PENGERUSI – PENOLONG KANAN 1 a. mempengerusikan setiap mesyuarat jawatankuasa program NILAM. b. Memahami dasar dan matlamat program. c. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa. d. Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan dengan lancar melalui : - Penyeliaan - Perjumpaan dengan guru - Temu bual murid dan ibu bapa secara informal - Laporan pelaksanaan e. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM f. Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan program. g. Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya. h. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid i. Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan j. Mengesahkan laporan yang berkaitan Program NILAM TIMBALAN PENGERUSI – PK HEM / PK KO-KURIKILUM /

PENYELIA PETANG a. Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau. b. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Progran NILAM c. Membantu Pengerusi untuk menjayakan Program NILAM d. Membantu Pengerusi mengenal pasti kelemahan Program NILAM dan mengambil tindakan. e. Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program Nilam f. Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan. g. Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM h. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid. PENYELARAS PROGRAM – GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA. a. Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun. b. Menentukan program dan menyedia kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan c. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM d. Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah. e. Memastikan program NILAM berjalan lancar. f. Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah. g. Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri. h. Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua / Guru Besar. i. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG j. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

SETIAUSAHA – GURU NILAM a. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyuarat. b. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal lain yang berkaitan. c. Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM. d. Mempamerkan data dan maklumat ( kertas kerja, laporan, bahan, data) dan menyerahkan kepada penyelaras program. e. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi. f. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.

PENOLONG SETIAUSAHA – GURU DATA NILAM a. Mengumpul data rekod membaca dab Rakan Pembaca daripada Guru Tingkatan/ kelas setiap bulan. b. Memasukkan data ke pengkalan data. c. Menganalisis data rekod membaca dan rekod aktiviti Rakan Pembaca. d. Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM. e. Mengemas kini data NILAM. f. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.

KETUA BIDANG / KETUA PANITIA a. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid. b. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti. c. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama-sama Penyelaras Program. d. Memantau pelaksanaan Program NILAM. e. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.

GURU KELAS / GURU TINGKATAN a. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing. b. Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada PSS / koperasi dan mengedarkan kepada murid. c. Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara aktif. d. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid. e. Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM. f. Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan. g. Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM setiap hujung bulan. h. Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.

GURU PERPUSTAKAAN

a. Membuat penggredan buku. b. Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan Program NILAM. c. Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek Pukal) d. Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM e. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.

PENGAWAS PUSAT SUMBER Pengawas PSS sama-sama terlibat menjayakan program Nilam ini. Mereka bukan sahaja dapat membantu guru PSS malahan merupakan agen penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti berikut: a. Membantu murid untuk meminjam buku di PSS. b. Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam. c. Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid. d. Mempamerkan graf-graf bacaan murid.

WAKIL PIBG a. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM . b. Menjadi pengantara untuk menyampaikan maklumat program NILAM. c. PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan institusiinstitusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat nasihat, sumbangan buku dan kewangan.

IBU BAPA Peranan ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan asas untuk anak-anak , malahan mereka turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Matlamat program lebih mudah tercapai sekiranya mereka: a. menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa. b. Menyediakan bahan bacaan di rumah ( jika berkemampuan) c. Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain (Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya) d. Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan menandatangani rekod bacaan anak-anak (sekiranya ditentukan oleh pihak sekolah)

MURID Secara langsung program ini melibatkan murid-murid secara aktif. Mereka merupakan kumpulan sasaran yang akan menentukan kejayaan program Nilam atau sebaliknya. Peranan murid-murid adalah seperti berikut: a. Membaca buku sebanyak yang mungkin. b. Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod. c. Menentukan sentiasa mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana sahaja. d. Mendapatkan bahan bacaan daripada pelbagai sumber. e. Memastikan mereka mencapai tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan. f. Menjadi rakan pembaca bagi mereka yang layak dan berkeyakinan.

Related Documents

Program Nilam
June 2020 7
Program Nilam
April 2020 28