Profesional Keguruan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Profesional Keguruan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,382
  • Pages: 6
PROFESIONALISME KEGURUAN

Di bawah konteks profesionalisme keguruan, seorang guru harus menguasai kemahiran-kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Belajar secara formal bermula di sekolah iaitu mempelajari kemahiran mendengar, membaca, menulis dan mengira (3M). Kita juga belajar kemahiran sosial seperti bekerjasama,berkomunikasi, berinteraksi dengan orang lain dan orang dewasa yang lain. Proses ini

berterusan, mulai dari masa kita lahir

sehinggalah kita sampai tua. Manusia menggunakan organ deria mereka untuk memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai.Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Kemahiran belajar melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa Proses pemikiran melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkaraperkara yang tersembunyi, membuatkan kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru. Pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan. Tedapat 3 peringkat pemikiran iaitu Pemikiran kreatif, Pemikiran abstrak dan Pemikiran konkrit . Huraian konsep pemikiran diatas, kita boleh rumuskan kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Pada masa kini, peranannya telah ditukar menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. MASRIANI/KPLI_MT_09

1

PROFESIONALISME KEGURUAN

Untuk meningkatkan kemahiran berfikir, teknik menyoal harus sering digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru digalakkan pula menggunakan soalan bercapah untuk membimbing pelajar berfikir secara analitik, kritik dan rasional Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.Kejayaan setiap aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategik dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran serta menyediakan dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada saranan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Pemilihan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan, iaitu menggunakan pendekatan , strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Antara ciri-ciri kemahiran mengajar ialah pengajaran secara ansur-maju ,di dalam

peringkat

permulaan

guru

berjaya

memotivasikan

murid-murid,

aktiviti

pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, isi pelajaran disampaikan langkah demi langkah, suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakan. Seterusnya, murid-murid diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka, murid dapat mendisiplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan dan strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai. Akhir sekali, aktivit peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan murid-murid kepada mereka. MASRIANI/KPLI_MT_09

2

PROFESIONALISME KEGURUAN

Sebagai pemudahcara, tugas utama seorang guru ialah melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi Kemahiran Pemudahcara terbahagi kepada dua iaitu Berpusatkan Murid dan Berpusatkan Bahan Pelajaran. Dalam strategi berpusatkan murid, guru membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guru mementingkan pengelolaan kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberi perhatian, Seterusnya, strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting. Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Kemahiran menilai merupakan kemahiran yang amat penting bagi seorang guru. Takrif Penilaian ialah proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Proses ini meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti p&p, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya. Antara ciri-ciri Kemahiran Menilai ialah aktiviti soal-jawab sering digunakan untuk membuat penilaian, menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta merta dan hasil penilaian dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru. Tujuan komunikasi ialah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau

maklumat

kepada

pendengar.

Guru

dikehendaki

menguasai

kemahiran

berkomunikasi lisan dan bukan lisan untuk menjalankan P&P dan menyampaikan maklumat atau ilmu dengan berkesan . Kemahiran berkomunikasi yang berkesan membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran dengan tepat dan berkesan dan muridmurid tidak akan keliru atau salah faham apa yang disampaikan oleh guru.

MASRIANI/KPLI_MT_09

3

PROFESIONALISME KEGURUAN

Ciri-ciri Kemahiran Berkomunikasi yang berkesan ialah bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif dan bebas daripada disisip dengan bukan perkataan seperti ”umm”, ”ahh”, ”er” dan ”ok”, dan menulis dengan penggunaan saiz tulisan yang mudah dibaca, perkataan yang tepat dan mudah difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang teratur serta jarak di antara barisan ayat yang berpatutan. Kemahiran mengurus merupakan aspek kemahiran yang sangat bagi seorang guru. Tujuan kemahiran ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran, keberkesanan bergantung kepada kemahiran mengajar, aktiviti pengajaran untuk meransang murid belajar dan Objektif-bawa hasil pembelajaran dengan bentuk perubahan tingkah laku. Guru sebagai pengurus bertanggungjawab untuk mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun mena-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi terbahagi kepada 4 iaitu Komputer membantu pendidikan ( computer aided education CAE ), Komputer membantu pengajaran ( computer assisted instruction, CAI ),Komputer mengurus pengajaran ( computer manage instruction, CMI ) dan Komputer membantu pengujian ( computer assisted testing, CAT ). Komputer digunakan untuk mengumpul data, membuat analisis daripada keputusan peperiksaan kebangsaan. Digunakan dalam pelbagai bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan, baik di peringkat sekolah dan negeri, mahupun di peringkat kebangsaan.

MASRIANI/KPLI_MT_09

4

PROFESIONALISME KEGURUAN

Peningkatan taraf profesionalisme bermaksud menaikkan atau meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita.

Martabat yang tinggi akan

menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi. Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan.

Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada

pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Langkah

yang

boleh

guru

lakukan

untuk

mempertingkatkan

tahap

profesionalisme perguruan ialah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu

guru

menyampaikan

pengajaran

kepada

para

pelajar.

Bagi

memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan.

Kursus-kursus tersebut termasuklah

juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. Seterunya guru boleh membuat penyelidikan dan penulisan. Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. Guru

perlu

meningkatkan

perkembangan

kendiri

masing-masing.

Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru. MASRIANI/KPLI_MT_09

5

PROFESIONALISME KEGURUAN

Guru yang berketrampilan haruslah peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini. Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar.

Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar

terhadap seseorang guru.

MASRIANI/KPLI_MT_09

6

Related Documents