Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,752
  • Pages: 22
Bab 11: Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan 11.1

Kemahiran Profesional Guru

Kemahiran-kemahiran professional yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri daripada: 11.1.1 Kemahiran Belajar •

Kemahiran membaca, memerhati, menulis, menghafal, mengingati, berfikir, menganalisis, mensintesis dan menilai.



Cara-cara guru menerima dan memahami isyarat serta merancang strategi-strategi belajar.



Kemahiran belajar yang penting yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri daripada:

(a) cara-cara bagaimana guru menganalisis pelbagai jenis maklumat daripada sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran. (b) cara bagaimana guru membuat penilaian terhadap pelbagai sumber pembelajaran dan pengajaran. (c) cara-cara

guru

mengoptimumkan

sumber-sumber

pengajaran

dan

pembelajaran tersebut. 11.1.2 •

Kemahiran Berfikir Interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen iaitu:

(a) pengetahuan (b) kemahiran kognitif (c) sikap dan nilai

1



Empat cabang utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir.



Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah secara logik dan munasabah. Justeru itu, kemahiran berfikir ini mungkin berbeza daripada seorang guru dengan guru yang lain.



Dalam kemahiran berfikir secara kritis, guru perlu memiliki kemahirankemahiran yang berikut: -- menganalisis sesuatu masalah secara terperinci. -- menyenaraikan ciri-ciri untuk mendapat gambaran yang lebih

menyeluruh mengenai sesuatu konsep. -- kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza. -- menyusun isi dalam bentuk menaik ataupun menurun. -- membuat keputusan rasional. -- membuat penilaian secara menyeluruh. •

Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut: -- menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah. -- membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana

guru perlu memutuskan satu tindakan wajar. -- membuat hubungkait antara konsep-konsep yang berbeza. -- meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat membayangkan apa yang akan berlaku dalam satu situasi bermasalah. -- membuat hipotesis iaitu membuat penyataan masalah yang boleh diuji kesahannya. -- mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan untuk mengahsilkan satu gambaran yang menyeluruh.

2

-- mengitlak iaitu untuk membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataan-pernyataan umum. -- menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara konsep-konsep yang berlainan. -- membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang abstrak di dalam pemikirannya. -- merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. •

Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru perlu membuat pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi, analisis, sintesis dan penilaian untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya.



Guru harus mengaplikasikan kemahiran berfikir menaakul kerana ia dapat membantu guru untuk membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya.



Guru juga harus menggunakan strategi berfikir iaitu proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang melibatkan

beberapa

kemahiran

berfikir

kritis

dan

kreatif

untuk

mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 11.1.3 •

Kemahiran Merancang Guru perlu membuat penelitian dan pentafsiran sukatan pelajaran di mana beliau perlu membuat rancangan kerja (tahunan, semester, mingguan dan harian).



Guru perlu ada kemahiran merancang persediaan mengajar yang terdiri daripada isi kandungan dan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh 3

murid dalam pengajarannya. Persediaan mengajar membolehkan guru bersedia untuk mengajar murid-muridnya dengan terancang dan teratur. •

Seorang guru mesti juga pandai merancang cara-cara untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.



Kemahiran-kemahiran lain yang termaktub dalam kemahiran merancang persediaan mengajar ialah:

(a) memilih isi pengajaran (b) memilih strategi dan kaedah (c) merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (d) menyediakan bahan pengajaran •

Guru juga perlu ada kemahiran merancang seperti berikut:

(a) set induksi yang dapat menarik perhatian murid. (b) objektif eksplisit yang realistik berdasarkan kebolehan murid dan perbezaan individu. (c) alat bantuan mengajar yang pelbagai dalam pengajarannya. (d) aktiviti pengukuhan dan penutup yang sesuai. (e) penggunaan pemeringkatan isi daripada yang senang kepada yang susah dan daripada konkrit kepada abstrak. •

Selain daripada itu, guru juga mesti ada kemahiran merancang untuk mencapai yang berikut:

(a) Interaksi dan komunikasi yang berlaku di dalam bilik darjah pada kadar yang tinggi. (b) Disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja di kalangan murid dapat diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran. (c) Aktiviti peneguhan untuk memotivasikan murid-murid. (d) Aktiviti pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang lemah manakala aktiviti pengayaaan dijalankan untuk murid-murid yang pandai. 11.1.4 Kemahiran Pemudahcaraan •

Guru

sebagai

fasilitator

yang

membmbing,

memotivasikan

serta

menggerakkan murid. 4



Guru membekalkan bahan pengajaran dan alat tulis, menujukan soalansoalan untuk menggalakkan murid berfikir dan mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif.



Guru mengawal disiplin dan memastikan kerja kumpulan dijalankan dengan sistematik.

11.1.5 Kemahiran Berkomunikasi •

Guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan sistematik serta bertutur dan menulis dengan jelas.



Guru bertutur dengan pelbagai nada, suara yang lancar dan tatabahasa yang betul.

11.1.6 Kemahiran Mengurus •

Guru meransangkan suasana pembelajaran dalam kelas dan mewujudkan situasi-situasi pembelajaran yang berkesan.



Guru perlu mengurus keadaan fizikal dan disiplin bilik darjah.



Guru mengurus sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

5

11.2.1 a)

Peningkatan Profesional Kendiri

Peningkatan Kendiri •

Guru profesional akan sentiasa cuba untuk mempertingkatkan imej, status dan pengetahuan kendirinya.



Boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:

(a) Penyelidikan tindakan - satu bidang kajian berbentik refleksi kendiri yang perlu diamalkan oleh setiap guru. - untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan amalan-amalan pendidikan atau amalan-amalan sosial. - melibatkan proses merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi: (i) Merancang – menganalisis masalah dan membuat perancangan yang strategik. (ii)Memerhati – membuat penilaian terhadap tingkah laku yang diperhatikan dengan kaedah-kaedah yang sesuai. (iii)Membuat refleksi – untuk menganalisis dan mengintepretasi dapatan penyelidikan tindakan secara keseluruhan. - ciri-ciri penyelidikan tindakan: (i) lebih kepada proses renuangan kendiri. (ii)mengaitkan teori-teori dan amalan-amalan pedidikan. (iii)penggunaan dan penyimpanan data dibuat secara sistematik. (iv) tertumpu kepada penyelesaian masalah-masalah yang wujud dalam bilik darjah. (v) para penyelidik tidak perlu membuktikan sesuatu hipotesis. - tujuan penyelidikan tindakan: (i) untuk menyelesaikan masalah-masalah spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (ii) untuk mencuba kaedah pengajaran yang baru. - prinsip prinsip dalam penyelidikan: 6

(i) Prinsip reflektif – menggunakan banyak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah kajian. (ii) Prinsip kolaboratif – para penyelidik mesti cuba mencari jalan penyelesaian secara kolaboratif. (iii) Unsur kerjasama dan perkongsian serta perbincangan intelektual yang berlaku dalam penyelidikan tindakan juga adalah tinggi. - Kaedah-kaedah penyelidikan tindakan: •

Kajian Kes dan Pemerhatian: - kaedah yang paling sesuai dalam penyelidikan tindakan. - dijalankan secara saintifik dengan mengambil langkah-langkah berikut: (i) Pernyataan masalah (ii) Cadangan hipotesis (iii)Rancangan pengumpulan data (iv) Menganalisis dan mengintepretasi data (v) Membuat refleksi dan penilaian

(b) Muhasabah Diri / Refleksi •

Refleksi : - satu proses yang penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. - satu proses di mana guru mengingati dan merenung kembali

serta memikirkan cara-cara untuk meningkatka strategi pengajaran supaya ia lebih berkesan pada masa hadapan. •

Proses refleksi terdiri daripada enam peringkat: (i)

Kefahaman – mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi.

(ii) Transformasi – merancang tindakan-tindakan pedagogi. (iii)Pelaksanaan – melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakantindakan pedagogi yang dirancang. (iv) Penilaian – menilai tindakan-tindakan yang telah diputuskan. (v) Refleksi – membuat refleksi terhadap tindakan-tindakan yang diambil. 7



Guru boleh membuat semua catatan refleksi mengenai pengajarannya dalam sebuah jurnal reflektif.



Catatan-catatan ini membolehkan guru membuat muhasabah kendiri, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan.

(c) Budaya Ilmu o Budaya

ilmu

ilmu

ialah

segala

aktiviti

ilmu

pengetahuan

yang

dilaksanakan oleh setiap anggota dalam masyarakat dan yang diterima sebagai nilai tara utama dalam amalan hidup.

Budaya Bermusyarah

Budaya Membaca

Komponenkomponen budaya ilmu

Budaya Berkarya

Budaya Berfikir

Budaya Belajar

Rajah 1: Komponen budaya ilmu o Guru mesti menjadi “role model” (mengamalkan segala aspek nilai budaya ilmu dahulu) kepada murid-murid supaya mereka dapat mengikutinya dalam amalan budaya ini. o Kewujudan budaya ilmu di kalangan guru dan murid adalah sejajar dengan salah satu cita-citanya yang terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan generasi yang mencinta ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

8

o Budaya ilmu boleh beroperasi di bawah enam bidang utama seperti berikut: 1) Budaya membaca: sentiasa menyemai minat dan suka membaca dengan matlamat untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan mengembangkan kebolehan berfikir sendiri. 2) Budaya berfikir: sentiasa cuba meningkatkan dan memperkayakan amalan berfikir sendiri melalui proses analisis, sintesis dan penilaian. 3) Budaya belajar: sentiasa cuba meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai proses pembelajaran. 4) Budaya

kreatif:

sentiasa

cuba

berkongsi

ilmu

pengetahuan/kemahiran secara lisan/bertulis sebagai sumbangan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat. 5) Budaya bermuafakat: pengurusan dan proses membuat keputusan mengenai hal-hal pendidikan yang boleh dilaksanakan secara persetujuan bersama/semangat berpasukan yang kolaboratif. 6) Budaya

refleksi:

proses

penilaian

kendiri

yang

berterusan

berdasarkan dapatan kajian kes pendidikan dengan tujuan untuk sedar dan memahami kekuatan dan kelemahan, dan seterusnya cuba nencari strategi yang sesuai untuk mengatasi kesemua kelemahan melalui tindakan susulan. (d) E-Pembelajaran  Satu cara guru boleh membuat peningkatan kendiri.  Ia didefinisikan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang dapat meningkatkan mutu P&P guru.  Gabungan

internet

dan

pembelajaran

menghasilkan

pembelajaran

keupayaan-internet.  Ia harus boleh merentasi segala sempadan fizikal dan kekangan untuk sampai kepada murid. 9

 Penyampaian isi pembelajaran yang dinamik, menyeluruh dan secara individu pada masa sebenar membantu pembentukan komuniti yang berilmu serta menjalinkan murid dan pengamal dengan pakar.  kelebihan-kelebihan pembelajaran berasaskan web ditunjukkan seperti di bawah: a) boleh digunakan untuk menyampaikan pembelajaran pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja b) memberi peluang kepda pelajar untuk bekerja secara kolaboratif dari jauh c) guru dan murid mengajar dan belajar secara kolaboratif d) sumber yang kaya daripada jurnal, on-line, e-perpustakaan, kedai e-buku dan laman web yang berkaitan e) menggunakan banyak elemen pembelajaran berasaskan CD-ROM f) bahan pembelajaran secara relatifnya mudah dikemaskini g) boleh meningkatkan bilangan interaksi di antara murid dengan fasilitator aktiviti h) membolehkan

pelajar

membentuk

komponen

pembelajaran

berasaskan web formal dan informal i) membolehkan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah /tugasan j) boleh menggunakan sumber yang sedia ada dalam internet k) boleh memaparkan kandungan masa sebenar menggunakan konferens video, pemilihan video/ruang perbincangan l) boleh menyertakan pelbagai media seperti teks, grafik, audia, video dan animasi dalam bahan pembelajaran.  Berikut

merupakan

sebahagian daripada

sebab-sebab

kita harus

melibatkan diri dengan e-pembelajaran: a) meningkatkan produktiviti dan kecekapan b) melibatkan bilangan murid yang lebih ramai c) bertindak

sebagai

kaedah

pengajaran/alat

pendidikan

yang

alternatif

10

d) satu kaedah yang diperoleh oleh ‘pekerja berpengetahuan’ (knowledge worker) umtuk mempertingkatkan pengethuan dan kemhiran melalui pembelajaran sepanjang hayat e) alat untuk menggalakkan murid dalam pembelajaran interaktif dan kritis.  E-pembelajaran memperkenalkan beberapa jenis pendidikan: a) Internet ♦ sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna komputer berkomunikasi secara global dengan penggunapengguna

lain,

membekal

dan

pertukaran

maklumat,

membekalkan gambar/filem dan sebagainya. ♦ Melaui Perkhidmatan Pembekal Internet , sebuah organisasi yang membekalkan jaringan perantaraan untuk penggunapengguna internet, orang-orang yang terlibat akan dapat berkomunikasi

secara

global

melalui

e-mail/mencari

maklumat melalui www. ♦ Kegunaan internet adalah dikenal pasti dalam empat kategori yang utama, sebagaimana yang dihuraikan secara ringkas dalam jadual berikut: Jadual 1: Kegunaan internet dalam Pendidikan Kegunaan Am

-

Carian

Kegunaan Pendidikan dan

penerimaan

maklumat

-

Menerbit

-Urusan maklumat pendidikan, penyelidikan,pembelajaran interaktif.

dan

membekal

maklumat

- Menerbit hasil kajian, berkongsi dapatan

- Menulis dan menjawab

penyelidikan - Mengemukakan soalan, menjawab soal

- Kolaboratif

selidik. - Pembelajaran kelaboratif, penyelesaian masalah pendidikan secara usahasama.

b) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

11

♦ PJJ juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan Komunikasi/Pendidikan Melalui Siaran. ♦ PJJ ini biasanya dikendalikan dengan dua cara: i.

Dengan

penggunaan

penghantaran

pelbagai

seperti

tempatan/televisyan

satelit,

jenis

radio,

alat

televisyen guru

dapat

menyampaikan pelajaran tanpa bersemuka dengan pelajar-pelajar. ii.

Pengedaran bahan-bahan pelajaran dalam bentuk bercetak, rakaman pita, rakaman video/menyediakan program dalam disket komputer ke pusat-pusat sumber untuk dipinjam oleh pelajar-pelajar. Dengan perkembangan kegunaan komputer yang semakin canggih, pelajar pun boleh dilatih melalui program CAL (Computer Assisted Learning) di rumah.

c) Pendidikan Terbuka ♦ Pendidikan Terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat/aktiviti pendidikan di luar sekolah. ♦ Pendidikan jenis ini tidak perlu sebarang kelayakan dan segala aktiviti dijalankan di tempat-tempat bekerja/di rumah. ♦ Antara Pendidikan Terbuka yang dikelolakan termasuklah PJJ, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka. d) Pendidikan Radio dan Televisyen ♦ Radio dan televisyan merupakan alat Bantu mengajar yang berkesan untuk aktiviti P&P, khususnya dalam bidang penguasaan kemahiran bahasa.

12

♦ Program

ini

dikendalikan

oleh

Bahagian

Teknologi

Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini disediakan mengikut Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM. e) Penggunaan Komputer dalam Pendidikan ♦ Penggunaan

komputer

dalam

pendidikan

membawa

reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknoogi pendidikan, teori pendidikan,

teori

P&P,

pengurusan

sekolah,

sistem

pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru. ♦ Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bidang, seperti: i.

Komputer Membantu Pendidikan – menggunakan teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan tugas mengajar serta mencapai objektif pelajarannya.

ii.

Komputer Membantu Pengajaran – penggunaan teknologi

dan

sistem

komputer

dalam

proses

pengajaran. Pelajar mengikut pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. iii.

Komputer

Mengurus

Pengajaran



teknologi

digunakan untuk mengumpul data dan membuat analisis

serta

nilai

keberkesanan

pengajaran,

penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi P&P dan interaksi murid-murid dalam bilik darjah. iv.

Komputer Membantu Pengujian – pengujian ini biasanya dikendalikan dengan dua cara, iaitu:  Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer.

13

 Komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari item bank dan menayangkan soalan dalam skrin monitor komputer. Murid jawab soalan, kemudin

diperiksa

dan

diberi

markah

oleh

komputer. 11.3.1 Latihan Dalam Perkhidmatan - Guru boleh membuat peningkatan kendiri dengan menghadiri latihan dalam perkhidmatan. - Kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan yang boleh diikuti ialah kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan.

11.3.2 Kolaborasi •

Guru harus membuat kerja secara kolaboratif dan koperatif untuk mejayakan projek,seminar atau rancangan-rancangan dengan sekolah yang lain.



Sikap kesejawatan penting untuk menggalakkan sikap bekerjasama yang positif dan semangat kekitaan.



Contoh kolaborasi professional yang bolehdijalankan oleh guru ialah : (a) Lembaga Disiplin (b) Panitia Mata Pelajaran (c) Penilaian Sebaya (d) Penggubalan dan moderasi soalan-soalan peperiksaan (e) Menjalankan penyelidikan tindakan (f) Mengikuti latihan dalaman (g) Mengendalikan program latihan dalaman (h) Membuat kolaborasi dengan sekolah-sekolah lain (i) Membuat kolaborasi dengan guru-guru daripada negara lain melalui internet dan e-mel. 14

11.4.1

Cabaran Profesion Keguruan

11.4.2 Sekolah berkualiti 1. Setiap sekolah mempunyai visi dan misi. 2. Visi sekolah berkualiti adalah memastikan setiap murid mendapat tempat belajar dan menerima pendidikan seimbang daripada guru yang cekap, berketrampilan dan penyayang pada setiap masa. 3. Misi sebuah sekolah berkualiti menentukan bahawa setiap murid mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan-kegiatan kurikulum, ko-kurikulum, program-program

kebajikan

dan

khidmat

sokongan

sepanjang

masa

persekolahan mereka. 4. Misi sekolah berkualiti adalah menjaga kebajikan serta meningkatkan profesionalisme guru pada setiap masa. 5. Peranan sebuah sekolah yang berkualiti ialah mempertingkatkan budaya ilmu murid ke arah kecermerlangan. 6. Sekolah yang berkualiti harus meningkatkan kecemerlangan etika kerja kakitangan sekolahnya dan mencapai matlamat mengurangkan kes displin dan salah laku dan memperluaskan khidmat kaunseling kerjaya dan bimbingan untuk murid-murid bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid. 7. Langkah-langkah pihak sekolah untuk menjamin sebuah sekolah berkualiti: a) meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah. b) meningkatkan tahap kebajikan guru-guru. c) meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dean pembelajaran yang kondusif. 15

d) menyediakan garis panduan serta kerjaya mewujudkan sekolah berkualiti masa hadapan selaras dengan matlamat wawasan 2020. 8. Reformasi pendidikan penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar. 9. Di antara intisari-intisari Wawasan Pendidikan ini ialah: a) Pepaduan b) Pengurusan dan kepimpinan c) Perkhidmatan penyayang d) Empowerment e) Budaya ilmu f) Skolah penyayang g) Budaya cemerlang 10. Instisari Wawasan pendidikan yang dinyatakan di atas merupakan panduan bagi pihak sekolah untuk merancang program pendidikan ke arah mencapai matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada masalah displin, tiada masalah pengurusan dan kepimpinan, tiada masalah keceriaan dan sebagainya. 11. Untuk mencapai Wawasan 2020, pengajaran yang efektif adalah amat penting. 12. Definisi pengajaran efektif adalah: a) J. M. Cooper : hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. b) David Ryans : guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifatsifat adil, demokratik, responsive, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. 13. Ahli perspektif fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Sehubungan ini, sekolah adalah sebuah institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat.

16

14. Budaya sekolah atau iklim sekolah mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek social, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. 15. Ciri-ciri sekolah berkualiti: a) perhubungan yang saling hormat-menghormati b) kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbir sekolah. c) memupuk perasaan kekitaan di sekolah d) Mewujudkan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan

keilmuan

dalam

setiap

kesempatan,

termasuk

usaha

menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. e) kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur, dan tenteram f) Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan.

11.4.3 Pengurusan perubahan 1. Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlu menghasilkan muridmurid seperti berikut: a) cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik b) bernilai di pasaran kerja tempatan dan antarabangsa c) peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara d) serba boleh, berdaya maju, kreatif dan cekap berkomunikasi 2. Dalam pengurusan perubahan terkini, sekolah juga harus mengamalkan strategi pengajaran dan pembentukan kurikulum berasaskan Pembelajaran Berasakan Masalah (PBM).

17

3. Dalam PBM, masalah dalam kehidupan sebenar mendorong murid-murid untuk mengenal pasti dan mengkaji konsep dan prinsip yang mereka perlu ketahui dalam proses penyelesaian masalah. 4. Kaedah pembelajaran PBM menggabungkan teknik-teknik pembelajaran aktif, pembelajaran

kerjasama,

pembelajaran

berasakan

pengalaman,

pembelajaran berasakan konteks, pembelajaran konstruktif dan pembelajaran inkuiri. 5. Dalam pengurusan perubahan, aspek-aspek yang harus ditekankan oleh guru ialah penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan bukannya berpusatkan guru, berasakan perkembangan teknologi, berpandukan

hasil

penyelidikan

terkini

dan

berlandaskan

psikologi

pertumbuhan dan perkembangan murid.

11.4.4 Perubahan dalam pendidikan 1. Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru harus memahami fenomena ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti kea rah melahirkan satu corak penyampaian pengajaran yang berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah. 2. Perubahan dalam pendidikan terdiri daripada konsep pembestarian dan globalisasi pendidikan. 3. Terdapat sembilan cabaran Wawasan 2020 ialah a) membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu b) melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya akan dirinya tersendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala yakin sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. c) membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokrasi

18

d) membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika e) membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat liberal lagi toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia. f) membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka. g) membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. h) menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. i) membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai daya ketahanan. (a) Pembestarian pendidikan 1. Asas utama pembesarian pendidikan di Negara kita adalah untuk menubuhkan sistem persekolahan yang berubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini. 2. Konsep pembestarian pendidikan ialah senario baru dalam sistem pendidikan di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. 3. Dalam

proses

pembestarian

pendidikan,

sekolah-sekolah

diharap

mencapai matlamat yang berikut: a. penerapan budaya berfikir b. pengajaran yang bercorak pemusatan murid. c. penggunaan pelbagai jenis media secara efektif d. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. e. pengurusan persekolahan yang efektif 4. Matlamat-matlamat lain yang penting dalam pembestarian pendidikan ialah: a. guru menyediakan rancangan mengajar yang berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran bestari.

19

b. guru membina sumber bahan-bahan yang diperlukan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran. c. guru membina pakej pengajaran dan pembelajaran bestari d. murid-murid belajar secara akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri/pasukan terarah kendiri. e. guru perlu memgemukakan soalan-soalan yang mengkehendaki murid-murid untuk banyak mengaplikasikan kemahiran berfikir. f. guru mesti dapat menjanakan minda murid serta menggunakan banyak bahan daripada sumber-sumber hasil perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan pembelajaran. 5. Pengajaran guru adalah bersifat “pembimbing di sisi” dan berciri seperti berikut: a. berfokuskan

pelbagai

domain

untuk

membolehkan

murid

berkembang secara menyeluruhn dan seimbang. b. mengintegrasikan

ilmu

pengetahuan,

kemahiran,

nilai

dan

penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum. c. pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit bagi membolehkan murid memperolehi akses kepada pembelajaran berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi kurikulum sekolah. d. teknologi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era teknologi maklumat. 6.

Hala

tuju

yang

utama

dalam

sekolah

bestari

ialah

ke

arah

mengoptimumkan potensi murid dalam proses mencari ilmu yang lebih bersifat:  Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)  Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)  Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)

20

(b) Globalisasi pendidikan 1. Pembestarian pendidikan membekalkan peluang kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan inovasi bagi mencapai piawaian tertinggi dalam pendidikan dan menjadi pemimpin global dalam bidang pendidikan. 2. Kedatangan era digital dalam globalisasi pendidikan mengubah akspek pengumpulan dan penyebaran ilmu daripada seorang kepada suatu tempat yang boleh dikunjungi ramai melalui pendidikan jarak jauh dan sistem pendidikan terbuka. 3. Teknologi binari membolehkan maklumat fizikal diubah ke bentuk elektronik dan dihantar/disebar ke tempat tujuan dengan pantas dan meluas. 4. Dengan

adanya

pengembaraan

penciptaan

maklumat

internet,

mengelilingi

murid dunia

dapat

untuk

membuat

mencari

dan

mengumpul bahan. Murid-murid juga dapat mencari bahan sumber tempatan, kebangsaan dan global melalui internet. 5. Internet juga membolehkan interaksi murid dengan guru dan orang ramai dari seluruh pelusuk dunia. Ia membenarkan perbincangan berterusan antara murid dan guru atau di antara guru-guru di luar waktu persekolahan. 6. Oleh itu, murid-murid perlu mempelajari strategi-strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. 7. Murid-murid perlu membuat keputusan dengan berkesan, menilai kebaikan dan keburukan teknologi serta memahami perkembangan teknologi semasa supaya mereka dapat menandingi secara global. 8. Selain itu, murid juga harus diajar memanfaatkan penggunaan alatan teknologi untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan menbuat kolaborasi secara global. 9. Tindakan inisiatif kaum guru dengan melengkapkan diri mereka dalam pelaksanaan Misi Kementerian Pendidkan adalah amat penting. 10. Tindakan dan langkah perkembangan kaum guru adalah seperti berikut: a) Peka terhadap persekitaran sekolah

21

b) Meningkatkan pengetahuan kerja/ ntugas c) Meningkatkan hubungan interpersonal d) Membuat refeksi melalui penyelidikan tindakan e) Merebut peluang pendidikan terbuka (Open Education)

(c) Pekerja Ilmu 1.

Sistem pendidikan kea arah kecemerlangan telah membawa kepada

penubuhan sekolah bestari menjelang tahun 2020 bagi semua skolah di Malaysia.

2.

Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu menginterasikan teknologi

maklumat ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Menginterasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam sistem pendidikan untuk meningkatkan penggunaan TMK d kalangan murid-murid sekolah

dan

seterusnya

menghasilkan

pekerja

ilmu

bagi

menjamin

perkembangan negara maju.

22

Related Documents