_____________________________________________________________________ DILEMA GURU DENGAN BEBANAN TUGAS 1.0 Pendahuluan Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik. Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menyediakan warga Malaysia yang bersedia dengan cabaran masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara.Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana warga Malaysia di masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-matanya, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dalam segi moral dan etika yang murni. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) terdapat pelbagai tahap kesedaran di kalangan penjawatan awam mengenai etika kerja. TAHAP 1. Kesedaran tentang Pekeliling • Pernah baca : 17 – 20% • Tidak pernah baca Arahan No. 1 Tahun 1988 : 81.7% • Tidak pernah baca Arahan Siri 2, No. 1 Tahun 2000: 78.3% 2. Kefahaman dan kesedaran amalan nilai dalam organisasi Sederhana – 66.7% 3. Kesedaran mengenai aktiviti ceramah nilai dijalankan Tinggi – 41.7%
1
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ 4. Tahap kepatuhan kepada arahan dan peraturan, pegangan prinsip kebenaran serta ketulusan Baik – 49.2% 5. Tahap amalan nila-nilai teras dalam organisasi Tinggi – 72.5%
1.2 Definasi delima etika Menurut Kamus Dewan (2002) ‘dilema’ ialah suatu
keadaan yang menyebabkan
sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif (benda, orang, situasi dan lain-lain) atau lebih; keadaan serba salah. Manakala “etika” pula ialah, ilmu berkaitan prinsip-prinsip akhlak atau moral; atau. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dan lain-lain) Menurut Dale Lugenbehl (2000) pula teori asal etika berasal daripada teori keperibadian mulia. Aristotle mengatakan bahawa adalah suatu keperluan insan untuk mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam segala urusan demi melancarkan urusan sehariannya. Teori ini juga menekankan konsep 'the golden mean' iaitu mencari kebaikan dalam keadaan keseimbangan di antara keinginan ini agar tidak melampau dalam setiap perilaku. Dalam setiap kerjaya kebanyakkannya akan menghadapi dilema etika, keadaan di mana perlunya membuat pilihan di antara dua atau lebih alternatif yang tidak diingini. Oleh itu Dalam situasi dunia pendidikan hari ini terlalu banyak perkara yang boleh dikatakan guru berada dalam dilema.
2
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ 1. Menghuraikan mengenai suatu delima etika yang pernah dihadapi di tempat kerja 2.0
Apakah dilema yang dihadapi ?
Bebanan tugas guru hari ini yang semakin bertambah. Guru hari ini sering ditugaskan dengan begitu banyak
dalam satu masa. Ini termasuklah tugas-tugas pengkeranian,
tugas-tugas di luar waktu persekolahan dan kadangkala ianya menganggu tugas hakiki sebagai seorang guru. Seorang guru sepatutnya menghabiskan masa terluang (free period) dengan penyediaan pengajaran dan pembelajaran, menyemak hasil kerja murid , membimbing murid secara individu bagi yang masih kurang memahami tajuk yang sedang dipelajari. Malangnya masa terluang seorang guru sering dihabiskan denga pelbagai data yang perlu diisi dan kadangkala dengan kadar segera sehingga guru tersebut terpaksa membuat kerja lebih masa (overtime) di rumah sendiri dengan percuma.Inilah dilema yang pernah saya lalui sepanjang tempoh saya dalam dunia pendidikan. Berikut adalah kajian kes berkaitan dengan seorang guru (Cikgu Y) yang di dalam delima: ”Situasi itu berlaku lebih kurang empat tahun yang lalu. Pihak pentadbir sekolah selalunya menyerahkan sesuatu tugasan kepada guru yang dipercayainya boleh melakukannya. Memandangkan saya merupakan salah seorang daripadanya, saya telah dbebankan dengan tugasan yang banyak pada tahun tersebut. Saya merupakan guru kelas tahun enam yang diarahkan untuk mengajar subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu Sains, Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Dalam tempoh yang sama juga saya telah ditugaskan sebagai guru data , guru penyelaras makmal komputer, setiausaha peperiksaan dan setiausaha kecemerlangan UPSR.
3
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ Tugas-tugas tersebut tidak termasuk tugas sebagai guru ko-kurikulum, dan juga guru disiplin. Pihak pentadbir menetapkan target iaitu seramai 20 orang pelajar untuk mendapat 5A dalam UPSR nanti, sedangkan sekolah tersebut hanya pernah mempunyai rekod seramai empat orang pelajar sahaja yang mendapat 5A, walaupun telah sepuluh tahun beroperasi. Bagi saya tahun tersebut merupakan tahun yang amat sukar dalam kehidupan saya sebagai warga pendidik. Cabarannya begitu hebat. Terdapat juga desas –desus di kalangan guru lain kononnya ,saya yang hendakkan semua jawatan dan tugas tersebut. Dalam masa yang sama saya juga perlu memberi tumpuan kepada keluarga terutamanya anak saya yang baru berusia lima bulan ketika itu. kadang-kala saya terpaksa meninggalkan keluarga kerana berkursus di luar kawasan. Saya sering menghadapi delima etika antara kepentingan tugasan hakiki, keperluan menyiapkan tugasan sampingan dan pembahagian masa yang secukupnya keluarga tersayang.
.
4 OUM3203 ETIKA PROFESIONAL 2. Terangkan bagaimana anda menyelesaikan masalah etika tersebut.
_____________________________________________________________________
3.0 Bagaimana menyelesaikan dilema tersebut Secara umumnya, apa jua dilema yang dihadapi sudah pasti ada jalan penyelesaian dengan menggunakan pelbagai alternatif yang dipilih mengikut situasi dilema tersebut. Walaubagaimana sukarnya sesuatu dilema, setiap individu perlu bijak mengatasi dilema yang dihadapi. Pertamanya,untuk mengatasi dilema yang hadapi tentang bebanan tugas yang banyak tadi, Cikgu Y mulakan dengan niat yang murni dan keikhlasan serta menganggap ianya adalah ibadah. Sekurang-kurang ringanlah sedikit bebanan yang ditanggung . Ini sesuai sebagaimana yang disarankan melalui artikel etika kerja Islam oleh Tn Hj Nik Mustapha Bin Nik Hassan ,Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(2005) Dengan mengganggap kerja adalah ibadah . “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku” [ Adz Dzaariyat (51):56] Seterusnya, untuk mengurangkan beban tugas tersebut, Cikgu Y telah pun berbincang dengan
pihak
pentadbir
tentang
beban
tugas
yang
diamanahkan
Bagaimanapun setelah berbincang dengan pihak pentadbir,mereka
kepadanya. tetap mahu
melakukan seperti yang telah dipersetujui oleh semua guru . Cikgu Y telah mendapat kata-kata semangat daripada Guru Kanan Pentadbiran “ Saya yakin cikgu boleh lakukan yang terbaik” . Akhirnya Cikgu Y mengalah dan cuba lakukan sebaik mungkin amanah tersebut. Langkah seterusnya, Cikgu Y mula banyak membuat rujukan daripada guru-guru senior dan membaca bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan kerjaya pendidik seperti
5
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ Majalah Pendidik. Di situ saya dapat rasakan masih banyak perkara yang saya tidak tahu dan boleh lakukan seperti yang disarankan oleh Cikgu Rosnah melalui Didik 14-20 Mei 2007. Beliau menyeru warga pendidik sepertinya ‘mendidik anak murid seperti mengajar anak sendiri’.Beliau begitu tabah mendidik anak bangsa yang terdiri daripada murid Orang Kurang Upaya (OKU), sedangkan dalam masa yang sama beliau juga menghadapi pelbagai masalah keluarga. Selain itu untuk mengatasi dilema yang dihadapi Cikgu Y juga menggunakan pelbagai pendekatan seperti ‘pendekatan kasih sayang’ sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom melalui ucapannya semasa sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007 yang lalu.Ucapannya dtulis oleh Syuhada Choo Abdullah menerusi ruangan DIDIK 14-20 Mei 2007. Cikgu Y juga sentiasa percaya kepada etika kerja Islam “ kerja merupakan ibadah dan mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga serta tanggunggan kita adalah suatu kewajipan”.Oleh itu bagi orang Islam terdapat balasan daripada Allah sekiranya kita berpegang kepada konsep tersebut. Antara balasan yang dapat dilihat ialah balasan dalam bentuk material seperti digandakan rezeki keluarga dan kenikmatan kesihatan. Kedua , balasan dalam bentuk kepuasan kerana telah menyelesaikan kejanya. Ketiga, mendapat pahala untuk hari akhirat kelak. Dengan itu Cikgu Y lebih dirangsang untuk kuat bekerja, menjadi lebih proaktif, bertambah disiplin kerja dan pengurusan masa lebih sistematik. Banyak perkara pula perlu dilakukan dengan menggunakan pelbagai model pembuat pilihan untuk menganalisa dilema etika dan menilai altenatif yang boleh digunakan dalam menyelesaikan dilema itu. Sebagai seorang warga pendidikan Cikgu Y rasakan sepanjang kerjayanya sebagai guru, dilema bebanan tugas yang diamanahkan untuk dilakukan
6
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ sebaik mungkin . Berkat kesabaran, bimbingan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan guru yang lain masalah ini dapat dikurangkan. Natijah pengorbanan yang tidak berbelah bahagi terhadap amanah yang dipikul, akhirnya Cikgu Y mendapat kepuasan hasil dari usaha yang bersungguh-sungguh.Target yang telah dibuat pada tahun tersebut menepati sasaran. Sebanyak 20 orang pelajar 5A pada tahun tersebut. Alhamdullah! Itulah hadiah sebuah keikhlasan kerja terhadap anak bangsa.
3. Kemudian dengan menggunakan teori-teori etika seperti utilitarian, hak , 7 OUM3203 ETIKA PROFESIONAL keadilan atau lain-lain teori etika, terangkan teori manakah yang paling sesuai menghuraikan bagaimana anda menyelesaikan delima tersebut.
_____________________________________________________________________
4.0. Teori etika yang sesuai untuk mengatasi dilema yang dihadapi. Etika dan moral adalah suatu perilaku yang dianggap perlu dan dianggap sebagai 'common knowledge' bagi manusia sejak pra sejarah sehingga kini. Mana-mana negara bangsa yang bertamadun serta yang ”kurang” peradaban sekalipun seperti Amerika Syarikat, tetap menerima teori ini sebagai pendasaran aplikasi kerja, pengurusan, pentadbiran dan penerapan di dalam kualiti kekeluargaan. 4.1 Teori hak asasi. Teori ini adalah teori umum bagi setiap insan. setiap manusia inginkan kebebasan dan kemakmuran sendiri. Hal ini mengajar manusia agar mempertimbangkan hak orang lain dalam tugasan kerja kita. Dilema boleh terjadi apabila bertembung dengan kepentingan hak individu tertentu dengan matlamat utilitarian kita yang inginkan kebaikan secara umumnya kepada masyarakat. Di dalam Islam hak dan nilai keperluan peribadi adalah dijamin oleh Islam. Hal ini dunyatakan dalam Maqasid syariah (tujuan syariah) iaitu Islam datang untuk menjaga agama, nyawa manusia, akal manusia, harta manusia dan maruahnya agar tidak dicemari. Hari ini kita melihat manusia sendiri yang memusnahkan nyawanya dengan peperangan, akalnya dengan minum arak serta mencabul maruahnya sendiri apabila mendedahkan auratnya untuk menjadi tontonan orang lain. Di dalam Islam hak asasi kita tidak akan diiktiraf sehingga kita boleh menganggu hak orang lain. Hak kita adalah hak yang dibataskan kepada hak kita semata-mata tanpa memudaratkan orang lain. Teori kesederhanaan Islam meneutralkan nilai kapitalis yang melebarkan perniagaan, pemasaran sehingga boleh menindas orang lain, menekan manusia secara 'halal' tanpa
8
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ boleh dinafikan (konsep pasaran bebas). Bagi Islam kesemuanya perlu sederhana dan berhemah. 4.2
Etika di dalam Islam Menurut Dwight M. Donaldson (1963) terdapat beberapa konsep umum tentang
etika dan moral yang digariskan oleh Allah s.w.t. melalui Al Quran iaitu : 4.2.1 Duty to Allah : iaitu tanggungjawab dan rasa kehambaan kita kepada Allah. hal ini dijelaskan dalam surah Az Zalzalah ayat 58.
“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini” 4.2.2 Moderation : iaitu konsep wasatiyyah atau kesederhanaan. sikap melampau (ghullu) dalam takalluf (memberat-beratkan) serta taa'suf (bermudah-mudahkan) kerja kita adalah dilarang. Kita perlu sederhana dan istiqamah (berterusan) dalam beretika dan menjalankan kerja dengan baik. Islam bukannya agama yang memaksa dan menekan. Sifat 'sawwabit' ( pillar atau teras) adalah disertakan juga sifat 'mutaghaiyyirat' (akomondatif atau anjal) dalam pelaksanaan syariat. Jadi contohilah syariat dalam budaya kerja kita. 4.2.3 Forgiveness : Segala kesalahan di dalam Islam ada pengampunannya. Seperti juga kesalahan dalam berorganisasi, juga perlu mengikuti prosedur syarikat untuk mendapat kemaafan. Allah Maha pengampun dan Maha mendengar rintihan hambanya. Begitu juga sikap yang perlu ada pada setiap pengurus manusia yang juga terlibat dalam hal permasalahan sikap dan etika pekerjanya. Walaubagaimanapun bukan semua kesalahan mudah untuk dimaafkan dan diberi keampunan seperti dosa syirik. Dalam syarikat kesalahan membocor rahsia organisasi adalah kesalahan terbesar dan boleh dibuang pekerja berkenaan.
9
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ 4.2.4 Retaliation : Iaitu konsep pembalasan. Bezanya Islam dan sekular adalah kepercayaan kepada hari kebangkitan. Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat dan natijah segala perilaku kita menyebabkan kita akan selalu berjaga-jaga dalam segala urusan. Sekular mengajar manusia melihat dunia dan kemewahan sebagai matlamat. Sekiranya hilang matlamat pembalasan, manusia mula menjadi rakus dan tidak peka dengan nilai moral. 4.2.5 Limited Liability : Ini adalah konsep had pertanggungjawaban. Setiap manusia adalah dipertanggungjawabkan kesalahannya sahaja. Manusia tidak mewarisi kesalahan nenek moyang. Mereka tidak akan ditanya tentang kesilapan orang lain. hal ini menfikan sikap sesetengah manusia yangs ering mengaitkan kepincangan individu terhadap latar belakang sosialnya yang mungkin buruk. 4.2.6 Rewards : Iaitu pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil atom yang halus. Hal ini diceritakan dalam surah Al Zalzalah (kegoncangan). Nilai anugerah dan pengiktirafan terhadap jasa dan kebaikan individu perlu ada pada setiap pengurus sumber manusia. Inilah yang mengharmoniskan hubungan majikan dan pekerja.
Cikgu Y menggunakan ‘Teori Keperibadian Mulia” dan pendekatan etika menurut Al Quran dan sunnah dalam menyelesaikan dilema yang dihadapi. Sehingga kini, Cikgu Y begitu gembira dan berpuas hati dengan tugas yang telah diamanahkan. Masalah bebanan tugas dan beberapa isu dilema tidak lagi menjadi masalah buatnya Ini bersesuaian sebagaimana yang ditulis oleh Saudara Muhammad Nasuruddin Bashah melalui blog ‘http://munawwarah.blogdrive.com/’
”Sebagai penganut Islam yang menceburkan diri dalam bidang profesional atau bekerja dalam apa-apa lapangan sekalipun, jangan lah kita melupakan nilai vertikal yang
10
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ menjadi sumber motivasi primer iaitu wahyu dan ketuhanan. Inilah nilai yang membezakan generasi rabbani yang progressif dengan generasi yang sekular progressif. Islam tidak mengenepikan elemen hadhari (pembangunan) serta progressif (berpenghasilan) dalam tindakan. Tetapi Islam mengikat golongan ilmuan dengan nilai kekuatanNya hanya kerana kedangkalan akal dan pemikiran kita yang terbatas.” Hal ini dijelaskan dalam Surah Al Fatir ( ayat 27-28). "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;" (27) "Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun".(28).
4.3 4.3.1
Pendekatan nilai murni Ikhlas dan Amanah
Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapatkan keredaan Allah. Bersyukur dengan kerja yang kita lakukan kerana sekurang-kurangnya kita juga adalah penyumbang tenaga untuk pembangunan agama dan negara.
11
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ 4.3.2
Cekap dan ketekunan
Antara cirri-ciri pekerja yang baik adalah cekap mengendalikan kerja disamping miliki pula sifat ketekunan. Sabda Rasulullah yng bermaksud ” sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun” Riwayat Al-Baihaqi 4.3.3
Bantu-membantu dan Bekerjasama
Bak kata pepatah Ibarat Aur dengan Tebing..saling memerlukan. Begitulah juga kita manusia. kita tidak mungkin dapat melakukan kerja sendirian, sebaliknya kita juga perlukan insan lain untuk melancarkan kerja kita. “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan”….Suratul Maidah:2 4.3.4
Mengabdikan diri kepada Allah
Amat penting untuk kita tanamkan dalam hati bahawa apa jua kerjaya kita itu adalah amanah Allah kerana kerja itu juga adalah sebahagian daripada ibadah kita kepadaNYA. Jadi, jangan tanamkan niat bekerja itu semata-mata untuk naik gaji, naik pangkat dan naik segala-galanya. Semua itu akan datang kepada kita sekiranya kerja yang dilakukan penuh dengan istiqamah dan penuh rasa keabdian kepada Allah.
12
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ 4. Adakah terdapat sumber/peralatan dalam organisasi tersebut yang membantu anda dalam menyelesaikan dilema etika tersebut? Senaraikan semua sumber yang ada. Jika organisasi tersebut tidak mempunyai sumber/peralatan, berikan cadangan sumber-sumber yang boleh dilaksanakan oleh organisasi tersebut. 5.0 Sumber/ peralatan yang dapat membantu menyelesaikan dilema etika 5.1 Penggunaan Kelas Di Waktu Luar Sessi Persekolahan Memandangkan begitu banyak tugas yang terpaksa dipikul, Cikgu Y memaksimakan penggunaan apa jua kemudahan peralatan yang terdapat di sekolah. Antaranya penggunaan kelas pada waktu petang dan cuti persekolahan untuk mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar Tahun Enam. Kelas Tambahan untuk murid-murid yang bakal menghadapi UPSR. Ini amat penting sebagai persediaan tambahan menghadapi peperiksaan tersebut. 5.2 Penggunaan Makmal Komputer secara maksimum Pengguna makmal komputer amat penting untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memberi input tambahan kepada pelajar. Pelajar boleh menambah pelbagai maklumat dengan mengakses internet. Selain dari itu, penggunaan Cakera Padat (CD) yang dibekalkan oleh kerajaan digunakan dengan efisyen. Aktiviti yang berbentuk latihan interaktif amat berkesan untuk menarik minat pelajar. 5.3 Bahan Edaran Selain itu bahan-bahan edaran untuk aktiviti pelajar turut saya sediakan dengan bantuan pihak kerani dan pembantu tadbir sekolah. Banyak bahan fotostat telah disediakan dapat membantu Cikgu Y menjalan sessi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara lebih berkesan dan lancar.
13
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ 5.4 Penggunaan Bahan Teknologi Cikgu Y juga menggunakan komputer dan ’laptop’ yang dibekalkan oleh pihak sekolah secara maksimum. Bahan-bahan bantu mengajar dapat saya sediakan lebih awal dan banyak kerja dapat dilaksanakan dengan tersusun.Semasa di dalam kelas pula, Cikgu Y banyak menggunakan Projektor (LCD) untuk menayangkan bahan pengajaran yang telah disediakan. Ini dapat mengelakkan pembaziran masa, menulis berulangkali di papan hitam. Pelajar juga dapat memahami konsep pengajaran dengan lebih jelas. 5.5 Peranan Pusat Sumber Sekolah Pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) amat baik untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Dengan pembacaan yang meluas, kosa kata pelajar akan bertambah.Ini amat penting untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan karangan yang bermutu. Cikgu Y menggunakan segala kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Selain dari kemudahan kepelbagaian bahan bacaan, PSS juga menyediakan Pusat Akses Kendiri (PAK) Ini dapat dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Bilik ini menyediakan pelbagai bahan bacaan dan latihan yang boleh membantu pelajar melakukan tugasan secara kendiri dengan bantuan minima dari guru. 5.6 Surau dan Kantin Memandangkan faktor kesuntukan masa, kemudahan seperti surau dan kantin yang disediakan di dalam kawasan sekolah sekolah juga turut menyumbang kepada penyelesaian dilema yang dihadapi. Cikgu Y tidak perlu keluar dari kawasan sekolah untuk bersolat dan menjamu selera.
14
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ 5.7 Kerjasama daripada rakan sekerja dan ibu bapa Tidak dapat dinafikan kerjasama daripada kedua pihak ini membantu menjayakan matlamat sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menjayakan pelbagai program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
5.8 Memahami tugas sebagai kakitangan awam Sebagai penjawat Awam Cikgu Y sedar yang dia terikat dengan Akujanji Perintah Am Bab D 4 (1) - Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan”. “Perintah Am Bab D 4 (2) - Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya”. 5.9 Memahami Nilai Teras Penjawat Awam 1. Nilai teras – nilai induk yang menjadi nilai sepunya Enam nilai: • amanah, • benar, • bijaksana, • adil, • telus dan • bersyukur
15
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
5. Kesimpulan bagi keseluruhan tugasan 6.0 Rumusan Bagi seorang guru yang kebanyakkannya kakitangan awam perlu selalu merujuk kepada Perintah Am dan Pekeliling yang diedarkan dari masa ke semasa untuk memastikan setiap individu guru memahami hasrat dan cita-cita kerajaan. Guru sebagai barisan hadapan amat penting untuk menjana masyarakat Hadhari di masa hadapan. Guru perlu meletakkan tugas dan amanah sebagai pendidik merupakan satu cabaran yang dipikul dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Hakikat bahawa status profesion perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap profesion itu adalah unsur terpenting menentukan keupayaan untuk merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan. Kerjasama semua pihak amat penting demi merealisasikan “Falsafah Pendidikan Kebangsaan” iaitu:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat
Malaysia
yang
berilmu
pengetahuan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
16
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________ BIBLIOGRAFI
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi. Tanggungjawab Pekerja kepada Organisasi/Jabatan Dari Perspektif Islam http://www.ikim.gov.my/ Bernama.com.
Kaji
Nisbah
.http://www.bernama.com/ Marzita Abdullah. Tugas
Guru
Dan
Pelajar
Guru:NUTP
Untuk
Gariskan
Kurangkan Beban
Beban
Guru
Tanggungan.
http://www.tutor.com.my/ Cikgu Komando. Beban Tugas Guru Dan Motivasi Kerja Guru Sebagai satu Isu. http:// marhaen.ngepeng.com/ Muhammad Nuruddin Bashah. Perbandingan Teori Etika dan Moral Diantara Pandangan Aliran Barat dan Islam. http:munawwarah.blogdrive.com Rosniza Mohd Taha. (2007, Mei 14-20). Mengajar Seperti Anak Sendiri. Didik, p.D19. Shuhada Choo Abdullah. (2007, Mei 14-20). Guru Digesa Guna Pendekatan Kasih Sayang. Didik, p.D2 Dwight M. Donaldson, Studies in Muslim Ethics (London: S.P.C.K., 1963)
The Golden Mean*
by Dale Lugenbehl
https://teach.lanecc.edu/lugenbehld/rel_202_religions_of_china_and_japan/files/Golden_Mean.htm
17
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
.
18
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL