OUMM3203 Professional Ethics
KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Latar Belakang 3 Definasi Etika 4. Isu Yang Dikemukakan 5. Etika Perguruan 5.1 Kod Etika Perguruan 5.2 Prinsip-prinsip Etika Perguruan 5.3 Kepentingan Etika Perguruan 6. Memupuk Etika Kerja 7. Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah 7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah 8. Kesimpulan 9. Cadangan Appendix Bibliografi
2 3 4-5 6 7 8-9 10 11-12 13-18 19 21-22 23 25 26 27
1. Pengenalan Professional Ethics adalah salah satu bidang yang ditawarkan oleh pihak Open University Malaysia dalam Program SMP dibawah kelolaan penuh Fakulti Pengurusan Peniagaan. Bidang ini membincangkan persoalan-persoalan etika yang di hadapi dalam setiap profesion pekerjaan hari ini dan masa akan datang. Bidang kerja hari ini mempunyai masalah yang kritikal berkenaan dengan klien dan masyarakat terutamanya. Masyarakat kini telah menukar peranan golongan profesional dalam segala aspek dan bidang. Oleh yang demikian, kebanyakan
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
1
OUMM3203 Professional Ethics
masalah yang melibatkan etika ditanggani dengan professional oleh golongan profesional dan masyarakat dengan baik. Objektif dalam pembelajaran tentang Professional Ethics ialah pertama dapat mengetahui kepelbagaian isu berkenaan dengan etika dalam bidang perniagaan dan kerjaya yang profesional. Kedua ianya bertujuan untuk mengetahui perbezaan antara etika dan teori perspektif atau pandang. Ketiga ialah untuk mengetahui perundangan tentang penilaian moral. Seterusnya bertujuan untuk pengurusan yang baik perkerja yang bagus dan dapat memeprkembangan ekonomi berhubung kait dengan kepentingan pekerja. Tajuk ini membincangkan berkenaan dengan Profesional Etika, Moral dan Tanggungjawab Sosial, Kegunaan Etika dan Era Bisnes Moden, Pengurusan Etika dan perlaksanan undang-undang serta Corak Dalam Organisasi dan yang terakhir membincangkan tentang Aspek-aspek Moral dalam Sistem Ekonomi. Tajuk-tajuk berkenaan membincangkan sepenuhnya tentang perihal definasi dan
teori-teori yang berkaitan dengan etika. Ianya juga menjurus
kepada pelbagai persoalan berkenaan dengan aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam pengurusan etika tidak kira dalam perniagaan malahan dalam aspek-aspek kemasyarakatan. Dapatlah dirumuskan pengetahuan dan pembelajaran berkenaan dengan etika ini dapat membentuk individu dan masyarakat yang lebih berprinsip dan berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu perkara dalam setiap bidang yang diceburinya. 2. Latar belakang Tugasan ini akan menyentuh tentang perihal etika dan masalah rasuah yang dihadapi pada masa kini. Perihal yang hendak ditekankan dalam tugasan ini ialah kepentingan pencegahan rasuah dari peringkat awal pendidikan di sekolah. Tugasan ini akan dibahagikan kepada topik-topik kecik yang akan diperkatakan secara mendalam dan terperinci tentang peranan etika dalam profesion perguruan.
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
2
OUMM3203 Professional Ethics
Topik-topik yang akan diperbincangkan dalam tugasan ini adalah berkenaan dengan definasi etika profesional dan mengetahui berkenaan tentang etika perguruan.Topik seterusnya menyentuh tentang kepentingan etika perguruan di sekolah termasuk juga di intitusi pengajian tinggi. Seterusnya tugasan ini akan membincangkan tentang etika individu sebelum menempuh alam perkerjaan. Akhir sekali, tugasan ini membincangankan dan mengenalpasti hubungan dan kepentingan antara pembelajaran dan penbelajaran di sekolah dengan gejala rasuah yang berlaku masa kini. Kesimpulan tugasan ini pula berkenaan dengan pengajaran etika di sekolah mampu menangani gejala rasuah.
3. Definasi Etika Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
3
OUMM3203 Professional Ethics
keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak. Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya. Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan
meningkatkan
tahap
kualiti,
produktiviti
dan
disiplin
dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
4
OUMM3203 Professional Ethics
tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.
4. Isu yang dikemukakan “ Recent news coverage of corruption scandal at some of the nation’s corporate giants has placed the spotlight on the importance of ethical teaching and training in order to counter this form of unhealthy practices. One of the social scientist had even proposed that the initial stage teaching and learning of ethics should
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
5
OUMM3203 Professional Ethics
start from primary schools until tertiary levels. The other stage should start from the time when he/she joined the workforce” Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau elektronik berkenaan dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius dengan tentang permasalah rasuah kerana sedikit sebanyak
akan
menjejaskan
ekonomi
negara.
Menurut
badan
yang
bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah Badan Pencegah Rasuah (BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan antaranya menerima wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang berharga atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan sebagainya. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.” Tidak dinafikan rasuah banyak mempengaruhi budaya dan mencemar adat masyakat pada masa kini. Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang rasuah dan pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa individu berada di alam persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah memasuki alam perkerjaan.
5. Etika Perguruan. Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut :
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
6
OUMM3203 Professional Ethics
“Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.” Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara. Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu sendiri. Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
7
OUMM3203 Professional Ethics
profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru. Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar. 5.1 Kod Etika Profesion Perguruan 1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam
semua
hubungan
dan
tugas
seseorang
guru
hendaklah
menjalankannya dengan jujur. 4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti
kepentingan-kepentingan
masyarakat,
persatuan
atau
persendirian. 5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. 6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
8
OUMM3203 Professional Ethics
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. 8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. 9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan muridmuridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. 10. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara. 13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. 14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. 15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid. 16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. 17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya. Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
9
OUMM3203 Professional Ethics
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. 20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. 21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan). 22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk
mendapatkan
sesuatu
pangkat
dalam
profesion
perguruan. 5.2 Prinsip-prinsip Etika Perguruan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:1. Niat yang betul 2. Perlakuan yang baik 3. Pengerak ke arah kebaikan 4. Memperkotakan apa yang dikatakan 5. Berdisiplin dan beradab 6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
5.3 Kepentingan Etika Perguruan Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri.
Takrif yang diberikan oleh KPM
tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
10
OUMM3203 Professional Ethics
yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia. Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana : 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan
melihat keunikan etika
yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. (INTAN, 1991).
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
11
OUMM3203 Professional Ethics
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsipprinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –model kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang positif.
6. Memupuk Etika Kerja Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada alam pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan mungkin menjadi pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami etika kerja profesion yang diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
12
OUMM3203 Professional Ethics
pekerjaan perlulah memupuk nilai murni, disiplin dan etika kerja yang baik. Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja profesional. Antara teras dan ciri-ciri yang perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan antaranya : 1.Cemerlang Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan. 2. Sikap Berinisitif Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah
boleh
dimaafkan tetapi
jika dilakukan
berulang kali
akan
menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru. 3. Berniat Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
13
OUMM3203 Professional Ethics
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan hanya untuk menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi pelbagai niat dan tujuan supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan tidak seperti menunjuk-nunjuk. Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat yang lelah diazamkan. 4. Bertanggungjawab dengan masyarakat Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan bidang apa sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana profesonalima adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir. Contohnya dalam kerjaya seorang doktor , sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam menjalankan tugas, masyarakat akan beranggapan kerjaya seorang doktor itu adalah antara kerjaya yang tidak bermoral. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
5. Amanah Dalam Kerja Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
14
OUMM3203 Professional Ethics
berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut. Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketuaketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini. 6. Komited Terhadap Kerjaya. Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja.
Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa
yang dibuat mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang. 7. Akhlak Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan dan pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang mulia dan berkedudukan. 8. Jujur
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
15
OUMM3203 Professional Ethics
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam setiap individu yang memasuki alam pekerjaan. 9. Bersyukur Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allahdalam firman-Nya yang bermaksud : "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Surah Ibrahim Ayat 7) Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dikurniakankepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
16
OUMM3203 Professional Ethics
cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah. Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar. 10. Pengurusan Masa Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja. Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbualbual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa.
11. Menilai Diri (Muhasabah) Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
17
OUMM3203 Professional Ethics
sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun. Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.
7.Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah Pendidikan
adalah
salah
satu
medium
perantaaran
yang
dapat
mendedahkan tentang kepentingan dalam menangani gejala rasuah dalam masyarakat. Intititusi pendidikan menjadi wadah penyampaian kepada pelajarAhmad Faiz Bin Omar_791103145629002
18
OUMM3203 Professional Ethics
pelajar berkenaan dengan gejala rasuah ini. Pelajar-pelajar mungkin mempunyai gambaran dan pengetahuan tentang isu rasuah, ianya boleh didalami lagi dengan adanya pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau melalui pencari mereka untuk menyiapkan sesuatu kerja kursus yang diberikan Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang kepentingan pendidikan rasuah ini. Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat Pekeliling Iktisas Bil 17/1998 Memasukkan Elemen Pencegahann Rasuah Dalam Pendidikan Sekolah Dan Intitusi Pengajian Tinggi bertarikh 14 Ogos 2008. Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan agar setiap sekolah dan intitusi pengajian tinggi perlu memasukan elemen rasuah dalam kurikulum seperti mana yang telah dipersetujui dalam MesyuaratJawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98. Dalam perkara dua yang dinyatakan dalam pekeliling iktisas ini ialah untuk meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar bagi mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut: i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran; ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral; iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut: a. Definisi dan tafsiran rasuah; b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah; c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara; d. Cara-cara menangani gejala rasuah; e. Kesalahan dan hukuman rasuah. Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
19
OUMM3203 Professional Ethics
iv. Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salah laku melalui kegiatan kokurikulum; v. Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi amalan dan tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar. Kini elemen rasuah telah diserapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4. Dalam matapelajaran ini pelajar-pelajar lebih ditekankan dengan lebih terpeinci lagi berkenaan dengan etika dan elemen rasuah. Topik yang membincangankan hal-hal ini ialah topik Cabaran Masa Depan. Ianya merangkumi sub-sub topik yang menekankan tentang membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara dari segi etika kerja dan rasuah sifar. Guru-guru akan mengadakan aktiviti yang sesuai berkenaan dengan sub topik yang diberikan dan aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui lebih lanjut tentang gejala rasuah dan etika kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Badan Pencegahan Rasuah saling berkerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah memahami tentang bahaya jenayah rasuah. Menurut Ahmad Khusairi Bin Yahya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat BPR
dalam artikalnya bertajuk Melahirkan Generasi Muda Benci
Rasuah menyatakan Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Ini bermakna KPM bersungguh-sungguh dan serius dalam melaksanakan penerapan elemen pencegahan rasuah ini di dalam bidang pendidikan. Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar dan bengkel yang dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi penerapan elemen rasuah ini. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
20
OUMM3203 Professional Ethics
Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di Peringkat Sekolah. Bukan sahaja guru kaunselor didedahkan dengan elemen pencegahan rasuah ini , malahan pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua dan guru besar turut mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua telah dipilih mengikuti seminar yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti program yang sama. Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat Perkembangan Kukurikulum, Kementerian Pelajaran. Seramai 382 guru yang terdiri daripada jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan Moral, telah mengikutinya. Pelajar sekolah juga mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KPM dan BPR antara aktiviti yang dianjurkan antaranya mengarang esei bagi pelajar sekolah menengah dan pertandingan pidato dan perbahasan berkenaan dengan pencegahan gejala rasuah. 7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan dapatan yang dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai elemen pencegahan rasuah diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara faedah-faedah yang dinyatakan antaranya:1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung kesalahan rasuah dari segi teori dan praktikal. 2. Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam kurikulum pendidikan. 3. Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan berhubung kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada pegawai BPR.
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
21
OUMM3203 Professional Ethics
4. Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan pegawai BPR serta saling bertukar maklumat. 5. Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat berhubung kesalahan rasuah kepada pelajar. 6. Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat tambahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Faedah-faedah yang dinyatakan tadi, sedikit sebanyak ianya memberi gambaran yang menyeluruh kepada guru-guru berkenaan dengan gejala rasuah. Guru-guru jugu dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan betul dengan adanya pengetahuan tentang permasalahan gejala rasuah ini. Guru-guru juga menegtahui betapa peripentingnya menyampaikan pendidikan tentang rasuah kepada pelajar-pelajar kerana ianya merosakkan identiti masyarakat itu sendiri. .
8. Kesimpulan
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
22
OUMM3203 Professional Ethics
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun. Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya membantu setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk akautebiliti dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam. Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini perlu mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya. Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di rumah, di sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan pendekatan yang digunakan dapat mempengaruhi individu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Pendidikan perlulah menjadi satu wadah pembentukan modal insan bagi melahirkan generasi yang bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya antara tunjang utama pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral. Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam organisasi bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya saing antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang dan hindakan bagi menjaga nama baik organisasi dan Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
23
OUMM3203 Professional Ethics
masyarakat amnya. Pelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak merebak kepada generasi akan datang. Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. “Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk dada tanyalah iman” ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan ianya tidak diperakui oleh setiap individu. Bertepatanlah dengan Firman Allah “ Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu, sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri”. Ini bermakna setiap individu perlu mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang beretika, bermoral, berilmu dan beramal.
9. Cadangan Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
24
OUMM3203 Professional Ethics
Cadangan berkenaan dengan etika ini dapat dihuraikan kepada dua bentuk iaitu alam pengajian dan alam pekerjaan. Di dalam alam pengajian cadangan supaya diadakan penekanan yang lebih kepada isu-isu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Contohnya di sekolah disiplin yang dirangka di sekolah mampu mengelak pelajar-pelajar ini daripada berlakuan yang tidak bermoral. Sekolah kini tak menyelaraskan disiplin dan undang di sekolah. Ada kadang kalanya ianya hanya sebuah buku disiplin sahaja dan perlaksaannya masih tidak mencukupi. Cadangan agar penetapan disiplin ini perlu diperbincangankan dan diselaraskan dahulu di semua sekolah Penyelarasan
disiplin
dianjurkan
olen
Jabatan
Pengajaran
Negeri
dan
digunapakai oleh negeri berkenaan serta dikawal selia oleh KPM. Dengan cara ini membentukan disiplin dan prinsip etika itu dapat dipupuk
dengan baik
dengan pelarasan yang dibuat itu tadi. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga berjaya memasukkan elemen–elemen yang berkenaan dengan etika dan rasuah di dalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, namun ianya hanya melibatkan satu bab sahaja dan aktiviti yang dicadangkan berkenaan dengan rasuah hanyalah gunting dan tampal gejala-gejala rasuah. Cadangan agar PPK lebih merangka satu aktiviti yang lebih mencabar contohnya membuat soal selidik ataupun kerja kursus yang melibatkan etika dan gejala rasuah. Walaubagaimanapun, penghargaan perlu diberikan kepada KPM dan PPK dalam mengenal pasti dan penerapan nilai-nilai etika dalam kurikulum sekolah kini. Dalam konteks alam perkerjaan pula, pendedahan tentang etika kerja kepada pekerja baru harus ditekankan. Penekanan yang lebih berkenaan dengan konsep intergriti dan akauntebiliti perlulah dititik beratkan oleh pihak majikan dan organisasi . Pengenalan tentang perkara ini dapat membantu dalam pembentukan satu pekerja yang beretika dan bertanggungjawab.
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
25
OUMM3203 Professional Ethics
Appendix
Bibliografi
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
26
OUMM3203 Professional Ethics
1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN. 2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur 3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics 4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4 5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM. 6. www.bpr.gov.my (14.11.2008)
Ahmad Faiz Bin Omar_791103145629002
27