M
TEMA Oleh Anis Syazwani bt. Mohamad Tigkatan 6 Atas Adil SMK Batu Kikir (Model Khas)
Dato' Ibrahim Hussein dilahirkan pada 13 Mac 1936 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Yan. Selepas daripada itu, Dato' Ibrahim Hussein menyambung pelajarannya di Nanyang Academy of Art di Singapura. Dalam masa yang sama, beliau menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran di England dan memasuki Byam Shaw School of Drawing and Printing, London dari tahun 1959 hingga tahun 1963. Pada 1963, beliau meneruskan pengajiannya di Royal Academy Schools, London selama 3 tahun. Pada sekitar tahun 1973 memulakan kerjayanya sebagai residen artis di Universiti Malaya.
Beliau memulakan pengajiannya di bidang lukisan di Nanyang Academy of Arts di Singapura pada 1956 sebelum meneruskan pengajian di Byam Shaw School of Drawing and Painting, London, selama empat tahun pada 1959 dan kemudian ke London's Royal Academy Schools untuk tiga tahun seterusnya. Sekalipun lahir dalam keluarga miskin dari Sungai Limau, Yan, Kedah, 72 tahun lepas, Ibrahim yang lebih biasa dipanggil Ib, bekerja keras untuk mencapai impian menjadi seorang pelukis profesional, terutama di London di mana beliau bekerja sebagai seorang posmen, pelakon tambahan, dan apa jua kerja yang dapat beliau gapai untuk menentukan kelangsungan hidup.
Bernama melaporkan semasa belajar di London, beliau diberikan biasiswa pengembara, "award of Merit" yang membolehkan beliau mengembara ke Perancis dan Itali, dan pada 1964 beliau memenangi Hadiah Griffin. Beliau juga dianugerah Japan Foundation Award (1988), Order of Andres Bello dari Kerajaan Venezuela (1993), Hugo Boss Hall of Distinction (1994) dan anugerah tertinggi Chile bagi orang asing, Comendador of the "Order de Benardo O'Higgins (1996), dan Crystal Award Forum Ekonomi Dunia (1997).
Ibrahim turut dianugerahi "Tokoh Melayu Terbilang" bersempena ulangtahun ke 61 Umno pada 2007, mengadakan pameran solonya yang pertama di John Whibley Gallery di London, 1963 ketika berusia 27 tahun; dan dua tahun kemudian di the Gallerie Internationale, New York dan dari sana ke Kuwait (1977), Jerman (1983), Jepun (1989), Chile (1991), dan Switzerland (1994). Terkenal di peringkat antarabangsa, karya Ib banyak dipengaruhi alam di sekelilingnya. Sejak beliau membuka Muzium dan Yayasan Budaya Ibrahim Hussein di Langkawi, beliau mula menghasilkan karya berasaskan kayu dan batu "oleh kerana ini adalah persekitaran asli yang paling hampir dengan saya".
Pelukis tersohor negara, Datuk Ibrahim Hussein, 72, meninggal dunia pukul 4.30 pagi Khamis di Hospital Pantai, Bangsar, selepas mengalami masalah jantung. Antara yang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.
Allahyarham merupakan adik kepada Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein dan Tan Sri Ismail Hussein yang merupakan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Sepanjang pembabitannya dalam seni, Allahyarham pernah mempamerkan hasil karyanya secara solo di Galeri John Wibley, London pada 1962, Gallerie Internationale New York, Amerika Syarikat (1965), Newsweek Gallery, New York, Amerika Syarikat (1968), Dhait Abdullah Al Salam Galley, Kuwait (1977), Daruma Art Centre Copenhagen dan Galerie Bortier, Brussels (1983).
‘Ale-Ale’
‘Together’
176cm x 176cm
176cm x 176cm
‘Cambodia’
‘Farewell Jaipur1’
176cm x 176cm
176cm x 176cm
‘Kamasari’
‘Galaxy’
176cm x 176cm
244cm x 244cm
‘Newkickontheblock’
‘Tibeta’
244cm x 244cm
176cm x 176cm
Teknik kering atas basah
Teknik Tindanan Warna
Teknik Legap
Teknik Kering atas Kering
Artist
Ibrahim Hussein
Title
Fighting Cockerel
Medium
oil on canvas
Size
139.5 x 127 cm
Year
1971
Anda di sini:Dewan Kegemilangan > Anak-Anak KedahDato' Ibrahim Hussein Dato' Ibrahim Hussein dilahirkan pada 13 Mac 1936 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Yan. Selepas daripada itu, Dato' Ibrahim Hussein menyambung pelajarannya di Nanyang Academy of Art di Singapura. Dalam masa yang sama, beliau menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran di England dan memasuki Byam Shaw School of Drawing and Printing, London dari tahun 1959 hingga tahun 1963. Pada 1963, beliau meneruskan pengajiannya di Royal Academy Schools, London selama 3 tahun. Pada sekitar tahun 1973 memulakan kerjayanya sebagai residen artis di Universiti Malaya. Nama Dato' Ibrahim Hussein sudah sinonim dengan senilukis moden Malaysia. Beliau tidak merasakan pembabitan dua saudaranya di dalam bidang seni (penulisan) iaitu Dato' Abdullah Hussein dan Tan Sri Ismail Hussien mempengaruhinya. Beliau telah mengabdikan diri hampir 40 tahun di dalam bidang ini. Pameran : Pameran solo yang pertama di John Whibley Gallery, London (1963)
Pameran kedua di Gallerie Internationale, New York (1965) Pameran di Galeri Seni Takashima, Tokyo (1989) Pameran di Galeri Seni Takashima, Osaka (1989) Pameran di Museo National de Bellas Artes, Santiago, Chile (1991) Pameran di Forum Ekonomi Sedunia di Switzerland (1994) Beliau sering mengadakan pameran solo di serata dunia seperti di Switzerland, Chile dan Jepun. Kini, Dato' Ibrahim Hussein mempunyai galeri sendiri yang dinamakan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein (IHMCF) terletak di Pulau Langkawi. Galeri ini telah berjaya menganjurkan Festival Seni Antarabangsa Langkawi. Bagi mengiktirafkan kecemerlangan beliau di peringkat negara dan antarabangsa, Dato' Ibrahim Hussein telah dianugerahkan 'Crystal Award World Economic Forum', Switzerland pada 1997, Darjah Kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1996 yang membawa gelaran Dato' , 'Order of Bernado O' Hinggings, Chile' pada tahun 1995, Darjah Dato'