Seni Folio

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seni Folio as PDF for free.

More details

  • Words: 864
  • Pages: 10
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LA SALLE,KLANG

TAJUK: CATAN

NAMA: KISNAN A/L RAMAYA TINGKATAN: 2L GURU: PN.ROKIAH

KAJIAN

Guru telah memberi tajuk ‘Catan’. Kajian telah dilakukan bersama guru dalam sesi pembelajaran di kelas. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk,rupa ruang serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada zaman Yunani Purba.Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek , fresco dan tempera. Pada abad ke-20,muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan karya seni abstrak dan semi abstrak. Di Malaysia,catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Teknik Basah Atas Kering CIRI-CIRI: 1. Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untukmenghasilkan kesan legap. 2. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. 3. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar. CAMPURAN WARNA: 1. Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. 2. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan. CARA: 1. Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yang nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. 2. Untuk mendapatkan kesan transparens,basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair,sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

SENI REKA YANG AKAN DIHASILKAN:

Teknik Basah Atas Basah CIRI-CIRI: 1. Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. 2. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. 3. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. 4. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampaknya kotor. CAMPURAN WARNA: 1. Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. 2. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. 3. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan. CARA: 1. Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. 2. Jika menggunakan lakaran pensel,elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya,ia akan meninggalkan kesan yang kurang menarik apabila warna disapu. 3. Mulakan catan dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkatperingkat dengan ton yang semakin gelap. 4. Bahagian terang dibiarkan tidak diwarna. 5. Berus yang bersih digunakan untuk menyerap air yang berlebihan. Hasil catan diletakkan secara rata sehingga kering.

SENI REKA YANG AKAN DIHASILKAN :

Teknik Berus Kering CIRI-CIRI: 1. Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. 2. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. CAMPURAN WARNA: 1. Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. 2. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya,asingkan warna yang telah dibancuh. CARA: 1. Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. 2. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. 3. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus.Jika ingin menimbulkan kesan tindihan,biarkan warna kering dahulu. Kemudian,sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

SENI REKA YANG AKAN DIHASILKAN:

Teknik Kecatan CIRI-CIRI: 1. 2. 3. 4.

Melibatkan sapuan warna dari tiub Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini,catan kelihatan bebas, semula jadi,dan spontan.

CAMPURAN WARNA: 1. Warna yang pekat dari tiub digunakan. 2. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. 3. Jika hendak menggunakan air hanya sedikit sahaja digunakan. CARA: 1. Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. 2. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. 3. Kertas hendaklah sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

SENI REKA YANG AKAN DIHASILKAN:

PENGHARGAAN Saya mengucapkan ribuan terima

kasih kepada guru seni saya, Pn.Rokiah yang tidak jemu mendidik dan membimbing saya. Saya juga mengucapkan ingin terima kasih kepada ibu bapa saya yang selalu mendorong serta memberi kata-kata nasihat kepada saya. Akhir sekali, kepada rakan-rakan saya, Arwind dan yang lain-lain yang membantu saya, juga diucapkan terima kasih. Sekian,terima kasih.

Rujukan

ISI KANDUNGAN 1. Isi kandungan ….. 2. Kajian….. 3. Teknik catan….. 4. Teknik basah atas kering….. 5. Teknik basah atas basah….. 6. Teknik berus kering….. 7. Teknik kecatan….. 8. Anggaran kos….. 9. Penghargaan….. 10. Rujukan…..

Anggaran Kos

Bil 1 2 3

Item Kertas A4 Kertas lukisan Kos Mencetak Jumlah

Seunit RM0.10 RMO.20 RM0.10

Kos Guna RM1.40 RM0.80 RM1.00 RM3.20

Bahan-bahan yang lain yang digunakan ialah:

• • • • • • •

Bekas air Warna air Pelbagai jenis berus Bekas mewarna Surat khabar Gunting Pembaris

• • • •

Pensel Pen Marker Pen Pewarna Pensel

Related Documents

Seni Folio
June 2020 17
Folio
June 2020 24
Folio
November 2019 47
Folio
May 2020 37