Nama: _____________________________ Tarikh: __________ Men.1______ Latihan 2 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.
ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak berhakim kepada beruk busut juga ditimbuni anai-anai melepaskan batuk di tangga ringan tulang, berat perut seperti labah-labah cinta kepada telurnya garam jatuh di air sebab buah dikenal pohonnya melepaskan anjing tersepit bukannya diam penggali berkarat
1. Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya.
2. Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
3. Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-dua pihak akan mengalami kerugian.
4. Menolong orang yang tidak tahu membalas budi, melainkan kadang-kadang membalas dengan perbuatan jahat.
5. Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikannya.
6. Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia.
7. Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki.
8. Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika berlaku sesuatu kejahatan. 9. Daripada tingkah laku seseorang itu, kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang.
10. Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.