Soalan 1 – 7 Lengkapkan ayat – ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1.
Nenek sedang ________________ ibu sebidang tikar mengkuang untuk dibawa pulang ke ibu kota. A menganyamkan B menyulamkan C menekatkan D mengaitkan
2.
Wanita itu menangis _______________ apabila mendapat tahu bahawa lima orang anaknya mati lemas di sungai itu. A terjerit-jerit B terkedu-kedu C teresak-esak D terguling-guling
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3.
Cikgu Rais ___________ pergaduhan antara dua orang pelajar di kantin sekolah sambil diperhatikan oleh pelajar – pelajar lain. A meleraikan B memulihkan C menghentikan D menasihatkan
4.
Tukang masak di restoran itu sentiasa membersihkan tangannya______________ mengendalikan makanan untuk para pelanggan. A Sewaktu B sebelum C semasa D selepas
5.
Air perigi di rumah Hafiz sangat ___________ sehingga keluarganya sering membeli air minuman mineral di kedai runcit yang berhampiran dengan rumahnya. A kelat B masin C payau D masam
6.
Najma telah diumumkan sebagai ___________ harapan semasa Temasya Sukan Malaysia baru – baru ini. A mahasiswi B peragawati C olahragawati D olahragawan
7.
Dalam masa kemelesetan ekonomi, banyak keluarga sentiasa ____________ wang terutama untuk melangsaikan yuran persekolahan anak-anak. A kesempitan B ketandusan C kekeringan D kepayahan
Soalan 8 – 14 Ayat – ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. 8.
Tarian kebudayaan Melayu dipertunjuk oleh wakil – wakil kebudayaan seluruh negara. A B C Tiada kesalahan. D
9.
Pondok kecil itu kami duduki selama setahun tanpa gangguan mana-mana pihak. A B C Tiada kesalahan. D
10.
11.
Kawasan di perkarangan rumahnya sentiasa sewangi dengan bau bunga – bungaan. A B C Tiada kesalahan. D Meskipun menanti musim tengkujuh berlalu, Pak Lambak menguruskan kerja – kerja A B C membaiki jala. Tiada kesalahan. D
12.
Kami dipersilakan masuk di dewan pameran itu oleh penyambut tetamu yang bertugas pada A B C petang petang itu. Tiada kesalahan. D
13.
Tempoh pembayaran balik pinjaman bermula daripada tarikh mahasiswa melaporkan untuk A B C bekerja. Tiada kesalahan. D
14.
Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga A B C manusia dan keperluan kemudahan. Tiada kesalahan. D
Soalan 15 – 17 Pilih ayat – ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15.
I
IV
Kebolehan pesilat muda bersilat lebih daripada dahulu dan semangatnya untuk berlatih lebih nekad sekarang. Rompakan bank yang nekad itu dilakukan oleh penjenayah yang sangat – sangat dikehendaki oleh pihak polis. Karim sudah nekad tidak akan berpindah walaupun menerima surat arahan untuk berbuat demikian. Kalau kita belajar dengan nekad tentu kita akan meraih kejayaan yang cemerlang.
A B C D
I dan III sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja
I
Tirai itu membatasi tempat kaum lelaki dan kaum perempuan dalam program ceramah agama di surau itu. Kadang-kadang kita kena membatasi hubungan kita dengan pihak yang kita tidak kenal. Tanah yang belum membatasi itu tidak dapat ditanami anak pokok padi. Keindahan kawasan itu kerana sungai itu membatasi taman.
II III
16.
II III IV
17.
A B
I dan IV sahaja II dan III sahaja
I II
Jalan yang kabur pada waktu pagi menyukarkan pemanduan kenderaan. Usia ibu yang semakin lanjut menyebabkan matanya semakin kabur dan sukar bagi ibu untuk bergerak. Nasib ahli korporat itu mulai kabur apabila banyak projek yang dilaksanakan terbengkalai tanpa dapat disiapkan. Menurut Sasterawan Negara Shanon Ahmad dalam karyanya “Kembara Seorang Hamba” dalam usianya yang semakin lanjut semua kenangan yang indah itu menjadi kabur.
III IV
A B C D
C D
I, II dan III sahaja II, III dan IV
I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja
Soalan 18 – 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat – ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18.
Encik Rais menjadi ketua guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Jaafar menggantikan Encik Suhaimi yang telah berpindah ke sekolah lain. A menjadikan ketua guru disiplin B menjadi sebagai ketua guru disiplin C menjadikan guru disiplin D menjadi ketua guru disiplin
19.
Ketua Kampung Bayan Pulai telah mengagih-agihkan bantuan makanan dan pakaian pada mangsa banjir. A pada sebahagian mangsa banjir B kepada bahagian mangsa banjir C kepada mangsa banjir D pada mangsa banjir
20.
Perlu ada jarak yang sesuai di antara calon dan penemu duga agar sesi temu duga dapat dilaksanakan dengan jayanya. A antara calon dengan penemu duga B di antara calon dengan penemuduga C antara calon dan penemu duga D di antara calon dan penemu duga
21.
Setengah koperasi yang dikendalikan oleh pihak sekolah mengalami kerugian kerana kelemahan pihak pengurusan koperasi tersebut. A Sesetengah – sesetengah koperasi yang B Sesetengah koperasi yang C Setengah koperasi – koperasi yang D Setengah koperasi yang
Soalan 22- 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22.
Faktor perdana yang menyebabkan subjek Sejarah dititikberatkan ialah bagi membentuk keperibadian masyarakat cintakan negara. A Subjek Sejarah dititikberatkan ialah sebagai pembentukan masyarakat yang berperibadi dan cintakan negara sebagai tunjang utama. B Membentuk keperibadian masyarakat yang cintakan negara menjadi sebab utama subjek Sejarah dititikberatkan. C Faktor utama subjek Sejarah dititikberatkan ialah masyarakat membentuk keperibadian cintakan negara. D Pembentukan keperibadian masyarakat dititikberatkan sebagai factor perdana subjek Sejarah cintakan negara.
23.
Perkembangan teknologi penyelidikan dan pembangunan telah membawa manusia lebih jauh daripada apa yang dijangkakan. A Manusia semakin maju lebih daripada apa yang dijangkakan adalah disebabkan perkembangan teknologi penyelidikan dan pembangunan. B Manusia mampu bergerak lebih jauh daripada apa yang dijangkakan ialah dibawa oleh perkembangan teknologi penyelidikan dan pembangunan. C Telah membawa manusia kepada perkembangan teknologi penyelidikan dan pembangunan lebih jauh daripada apa yang dijangkakan. D Lebih jauh daripada apa yang dijangkakan perkembangan teknologi penyelidikan telah membawa pembangunan manusia.
24.
Rumah terbuka pada dasarnya merupakan aktiviti masyarakat bandar dan kini telah menular ke desa hingga menjadi adat masyarakat kini. A Rumah terbuka telah menjadi adat masyarakat bandar dan pada dasarnya aktiviti ini telah menular dalam kalangan masyarakat bandar dan masyarakat desa. B Hari ini rumah terbuka telah menjadi adat masyarakat bandar dan masyarakat desa yang pada dasarnya menjadikan ini suatu aktiviti masyarakat. C Amalan masyarakat Bandar iaitu rumah terbuka sekarang telah menular dalam kalangan masyarakat desa hingga menjadi adat masyarakat hari ini. D Rumah terbuka yang menjadi adat masyarakat hari ini asalnya merupakan aktiviti masyarakat Bandar yang berkembang maju dalam kalangan masyarakat desa.
Soalan 25 – 27 Pilih ayat – ayat yang betul. 25.
I II III IV
26.
27.
Kegiatan perli – memperli boleh mengakibatkan pergaduhan, Masakan peniaga itu dikatakan lazat kerana dia menggunakan serbuk perasa dalam masakannya. Semua batang sungai di Malaysia Timur menjadi pengangkutan penting kepada penduduk yang tinggal di pedalaman. Seorang wanita Melayu pemenang hadiah itu telah terampil ke hadapan menerima hadiah yang disampaikan oleh Pegawai Daerah.
I II III IV
I dan II sahaja III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II dan III sahaja
I II III IV
Negara kita akan menjadi pengeksport barang-barang keluaran kilang. Baginda menganugerahi pegawai tentera itu bintang kehormatan. Berita itu menyebut semua pelajar – pelajar di Mesir terselamat. Rakyat harus berusaha untuk kejayaan masa depan negara.
A B C D
I dan III sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja I, II dan IV sahaja
I II III IV
Encik Khir akan boleh tahu hal itu. Anaknya menghidangi kami sedulang kuih. Kumpulan pelajar Malaysia itu bertolak esok pagi di Mesir. Kami terasa sungguh letih walaupun telah lama berehat.
A B C D
I dan III sahaja III dan IV sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja
Soalan 28 – 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. 28.
Aminah sangat amanah dalam menyimpan rahsia rakan-rakannya. Hal ini menyebabkan rakan-rakannya suka meluahkan perasaan mereka kepadaAminah. Sikap yang diamalkan oleh Aminah digambarkan seperti dalam peribahasa A biar pecah perut, bumi merekah. B biar mati anak, jangan mati adat. C biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
D
biarlah tersalah kain, jangan tersalah cakap.
29.
Semenjak menjadi yatim piatu, Karim dan Kamariah saling bergantungan kerana saudara – mara sudah tidak menghiraukan mereka berdua. Karim dan Kamariah diibaratkan A bagai aur dengan tebing B sayang bunga layu di pohon C seperti durian menunjukkan pangsa D sebab kasih akan berbunga setangkai, dibuang bunga seceper
30.
Peribahasa kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga membawa maksud A melakukan sesuatu pekerjaan perlukan modal yang mencukupi B jangan mencabar orang yang lebih kuat daripada kita C buat sesuatu ukur kemampuan diri sendiri D jangan lakukan apa yang tidak termampu
Soalan 31 – 35 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.
Sudah tiga tahun Manis berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Manis anak yang bijak. Sejak Manis menjadi warga sementara di Kuala Lumpur, Manis jarang – jarang sekali pulang ke kampong. Aku merestui niat Manis untuk berjaya dalam pengajiannya, namun aku tidak merestui rasa rindu yang selalu mengganggu emosiku. Manis, kenapa sudah lama kau tidak menjengah abah ? Kau tidak rindu akan bunyi gunting abah ? Kau tidak rindu akan minyak rambut Zam – zam abah ? Kau tak rindu akan pisau cukur yang pernah tergores di leher jenjangmu? Manis, sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu. Betulkah alas an yang selalu kau berikan waktu kita berbual di telefon ? “ Manis betul-betul tak dapat balik. Manis sibuk sebab sekarang akhir tahun. Abah janganlah risau, rambut Manis sentiasa pendek dan kemas. Manis gunting di salun rambut Cina. Manis, adakah kau faham ? Abah terlalu rindu akan kau. Jari-jemari abah ni seperti menari-nari sendiri setiap kali teringat akan rambut hitammu itu. Manis, kau tak perlukan tenaga abah lagi? ( Dipetik daripada cerpen ‘Anak Penggunting Rambut’ Antologi Gema Sepi Gadis Genius, Dewan Bahasa dan Pustaka )
A
31.
Persoalan yang terdapat dalam petikan ini ialah A Keinginan seorang bapa untuk membelai anaknya B Kerinduan hati seorang ayah terhadap anak kesayangannya C hasrat seorang bapa supaya anaknya pulang ke kampong D kasih seorang bapa kepada rambut anaknya
32.
Perkara yang ingin dilakukan oleh abah kepada Manis adalah A melumur minyak rambut Manis B menggunting rambut Manis C mencuci rambut Manis D menyisir rambut Manis
33.
Manis tidak dapat pulang menemui ayahnya kerana A beliau lebih suka ke salun rambut B beliau tidak lagi merindui bapanya C beliau tidak memahami perasaan bapanya D beliau sibuk dengan pengajian tahun akhirnya di university
34.
‘Abah’ ialah seorang bapa yang mempunyai sifat A pemaaf B penyayang C perengus D pemurung
35.
Cerpen ini berakhir dengan peristiwa A Manis pulang menemui abah dan hidup bahagia B Manis meneruskan kerjaya di bandar dan jarang berhubung dengan abah lagi C Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia yang dihidapinya D abah meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia
Soalan 36 – 40 Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. WARKAH KEPADA GENERASI Generasiku tercinta Kalian adalah kelompok bertuah Yang sempat berteduh di langit alaf baru Dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah Di tanah merdeka milik abadi kita. Generasiku yang bijak bestari Ini bumi suci perjuangan nenek moyang Yang bersumpah setia memartabatkan bangsa Mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan Membina istana merdeka yang kalian diami.
36.
Penutup warkah ini ingin kuingatkan : jangan biarkan akar sejarah tercabut dari bumi bertuah ini.
Amiruddin Md. Ali Hanafiah ( dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, DBP )
Mengapakah penyajak menganggap bahawa generasi kini adalah golongan yang bertuah ? A kerana mereka hidup pada zaman serba moden B Kerana mereka dilahirkan pada zaman selepas merdeka C kerana mereka tinggal di negara yang sudah maju
D
kerana hasil keberanian bangsa yang bermaruah, mereka dapat tinggal di negara yang merdeka.
37.
Peranan yang perlu dimainkan oleh generasi kini berdasarkan rangkap kedua sajak ini ialah A mempertahankan kemerdekaan negara B melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan negara C meningkatkan ekonomi negara D meningkatkan martabat bangsa
38.
“ Ingin kuingatkan : jangan biarkan akar sejarah” Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas ialah A hiperbola B metafora C epifora D anafora
39.
Yang berikut merupakan nilai yang tergambar dalam sajak ini, kecuali A bersyukur B kesabaran C Keberanian D Patriotisme
40.
Apakah persoalan yang ingin dikemukakan dalam sajak ini ? A Pembangunan negara harus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat B Pentingnya mempertahankan maruah bangsa C Usaha yang gigih untuk menikmati kehidupan yang senang D Pentingnya menghayati sejarah negara
**** Kertas Soalan Tamat ****
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
…………………………… [ Pn. Junainah Jane Harun ] - Guru Mata pelajaran
………………………….. [ Pn. Hamidah Bt. Yusof ] - Ketua Panitia
Disahkan Oleh,
…………………...................... [ Pn. Siti Saifurah Baharuddin ] - GPK Pentadbiran