Plasenta Previa Apakah Plasenta previa ? Semua masalah pendarahan melalui faraj adalah merbahaya kepada ibu mengandung dan ia memerlukan rawatan segera. Sebab-sebab paling utama pendarahan yang serius di akhir pertengahan kehamilan ialah abrupsi plasenta dan plasenta previa yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi dalam kandungannya. Penjagaan yang baik adalah sangat mustahak, seperti memasukkan pesakit ke hospital, menstabilkan keadaan ibu jika perlu dan merawat uri menggunakan ultrasound. Di samping itu, melakukan penilaian ke atas kedudukan janin dalam kandungan melalui penggunaan pemantauan elektronik, juga perlu untuk memantau denyutan jantung janin.Semua ini penting untuk menjamin keselamatan ibu dan bayi dalam kandungannya. Plasenta previa dikatakan terjadi apabila plasenta atau uri berada di bahagian bawah rahim menyebabkan bukaan pangkal rahim/servik tersekat. Apakah jenis-jenis plasenta previa? Salah satu penyebab pendarahan yang paling biasa berlaku ketika hamil ialah plasenta previa. Plasenta previa boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir, atau mendatar. •
Previa lengkap (sepenuhnya) bermaksud uri menghalang keseluruhan bukaan pangkal rahim
•
Previa separa bermaksud hanya sebahagian uri menghalang bukaan pangkal rahim.
•
Previa pinggir bermaksud uri berada sedikit sahaja di bahagian bukaan pangkal rahim dan tidak menghalang bukaan tersebut.
•
Previa mendatar ialah keadaan di mana uri berada berhampiran dengan bukaan pangkal rahim.
Previa lengkap boleh mengancam nyawa, kerana itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean bagi mengelakkan pendarahan yang banyak jika cuba dilahirkan melalui saluran faraj biasa.
1
Apakah yang sebenarnya berlaku ketika terjadinya plasenta previa? Plasenta ialah organ vaskular yang menempelkan janin pada dinding rahim dan menghubungkannya dengan ibu melalui tali pusat. Hubungan ini adalah penting kerana ia membolehkan oksigen dan nutrien daripada ibu sampai kepada janin. Plasenta biasanya terletak di satu bahagian dinding rahim berjauhan dari pangkal rahim. Sebarang gangguan ke atas uri akibat ditarik atau diregang akan menyebabkan saluran darah yang menghubungnya dengan dinding rahim akan pecah dan menyebabkan pendarahan. Oleh yang demikian, jika uri terletak berhampiran atau di atas bukaan pangkal rahim, saluran darah ini akan terpecah atau terputus menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak melalui faraj. Apakah penyebab plasenta previa? Punca sebenar plasenta previa tidak diketahui, tetapi ia lazimnya dikaitkan dengan beberapa faktor yang meletakkan wanita dalam keadaan berisiko tinggi (akan dibincangkan dalam bahagian faktor-faktor risiko). Apakah faktor-faktor risiko plasenta previa? Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko plasenta previa ialah: •
Wanita berumur 35 tahun ke atas.
•
Kehamilan kembar.
•
Pernah didiagnos mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu.
•
Pernah melalui pembedahan rahim termasuk D & C(pendilatan dan pengkuretan).
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, punca sebenar plasenta previa tidak diketahui. Walau bagaimanapun, risikonya meningkat jika wanita berkenaan berumur melebihi 35 tahun, hamil kembar, pernah mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu, pernah melalui pembedahan Caesarean dan merokok. Kesemua faktor ini mengundang bahaya terhadap bayi anda seperti kelahiran pramatang, tumbesaran dalam kandungan terbantut dan meningkatkan risiko kematian janin sebelum atau selepas kelahiran. Bagaimanakah insidens plasenta previa di kalangan penduduk? Insidens atau kejadian plasenta previa ialah satu bagi setiap 250 kehamilan. Insidens ini berganda bagi kehamilan kembar seperti kembar dua dan tiga. Wanita berumur lebih dari 30 tahun lebih cenderung mendapat plasenta previa.
2
Apakah tanda-tanda dan gejala plasenta previa? Gejala yang lazimnya berlaku ialah: •
Pendarahan faraj yang tidak sakit.
•
Renjatan (peluh dingin, kulit lembab, pernafasan cepat, kadar denyutan nadi yang cepat, rasa mengantuk dan tidak sedar diri).
•
Bersalin pramatang (sakit di bahagian abdomen dan pengecutan rahim).
Mujurlah, plasenta previa boleh dikesan sewaktu menjalani pemeriksaan rutin ultrasound. Anda mungkin mengalami plasenta previa buat pertama kalinya jika anda merasai satu atau kesemua gejala berikut: •
Pendarahan faraj secara tiba-tiba dan banyak tetapi tidak sakit.
•
Faraj berdarah merah terang yang mungkin disebabkan oleh pengecutan rahim.
•
Pendarahan berbentuk gumpalan darah beku berwarna merah keperangan atau gumpalan darah beku berwarna merah terang keluar dari faraj. Lazimnya terjadi di antara minggu ke 30 - 34 kehamilan.
•
Pendarahan selepas persetubuhan atau selepas pemeriksaan pelvis.
Apakah komplikasi plasenta previa? Bayi akan menghadapi risiko yang lebih besar, oleh itu doktor anda akan melakukan kelahiran lebih awal (selalunya pada minggu ke 38). Beberapa komplikasi plasenta previa termasuklah: •
Pendarahan yang berlebihan selepas kelahiran
Turisan Caesarean akan dibuat pada tempat yang sama dengan kedudukan plasenta previa dalam rahim untuk melahirkan bayi. Ini bermakna, uri atau plasenta tersebut dipotong pada waktu yang sama dengan kelahiran menyebabkan pendarahan bagi kedua-dua ibu dan bayinya. Doktor biasanya akan cuba mengelak dari memotong uri.
Pendarahan berlebihan selepas kelahiran bayi dan uri
Keadaan ini dipanggil pendarahan postpartum. Ini disebabkan kesukaran ibu yang menghidap plasenta previa mengecutkan bahagian bawah rahimnya. Bila ini terjadi pembuluh darah akan terbuka dan berdarah.
3
Plasenta yang melekat secara abnormal - akreta
Selalunya, uri jenis ini boleh berfungsi secara normal semasa hamil. Walau bagaimanapun, apabila tiba masanya untuk dipisahkan dari dinding uri, selepas kelahiran, ianya tidak dapat dilakukan. Biasanya, pembedahan histerektomi akan dilakukan kerana kesukaran untuk mengeluarkan uri yang boleh menyebabkan pendarahan.
Apakah ujian yang dilakukan untuk mengesan keadaan ini? Ujian-ujian yang mungkin dijalankan termasuklah: Pengimbasan ultrasound Plasenta previa boleh dikesan melalui penggunaan peralatan ultrasound. Kebanyakan kes dapat dikesan menggunakan teknik ini walaupun di peringkat kehamilan yang lebih awal. Jika uri menutup bahagian bawah rahim semasa 7 bulan mengandung, diagnosis plasenta previa akan dibuat. Apa yang perlu saya lakukan jika saya disyaki mendapat plasenta previa Jika anda mengalami apa-apa bentuk pendarahan, laporkan kepada doktor secepat mungkin. Jika didiagnoskan mengalami plasenta previa, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital, kerana pada saat itu pendarahan boleh berlaku secara spontan. Rawatan terbaik untuk anda ialah berehat atau berbaring di tempat tidur untuk mengelak pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan. Cuba elakkan dari melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan. Bagaimanakah plasenta previa dirawat? Rawatan Pertolongan Cemas Pertolongan cemas hanya diperlukan jika pesakit mengalami pendarahan yang teruk dan akan mendapat renjatan. Apa yang anda perlu lakukan ialah: •
Dapatkan khidmat kecemasan. Letakkan pesakit dalam keadaan yang selesa.
•
Tenangkan pesakit. Ia mungkin dalam keadaan cemas dan risau.
•
Memeriksa gejala renjatan pada pesakit (lihat di bawah - ia mungkin menghadapi pendarahan dalaman).
•
Jika pesakit menunjukkan gejala-gejala berikut, ia mungkin menghadapi renjatan: 4
o
Keresahan atau kegelisahan.
o
Nadi berdenyut lemah dan pantas.
o
Kulit sejuk, lembap dan pucat.
o
Menggigil.
o
pernafasan singkat dan pantas.
o
pening dan terasa letih.
o
loya atau muntah.
o
tidak sedarkan diri.
Jika anda tidak dilatih untuk mengendali pertolongan cemas, bawa pesakit segera ke hospital.
Jika anda mempunyai kemahiran melakukan pertolongan cemas, periksa saluran udara, pernafasan dan edaran darah. Lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) jika pesakit tidak bernafas atau nadi dan denyutan jantungnya tidak dapat dirasai.
Rawatan Farmakologi Apakah jenis ubat-ubatan yang diberi bagi merawat plasenta previa? Dadah yang digunakan untuk rawatan plasenta previa merangkumi 3: •
Kortikosteroid
•
Tokolitik
Jika pesakit tidak berada di sekitar pelahiran dan janinnya berumur kurang dari 34 minggu, kortikosteroid seperti betametason mungkin diberi untuk mempercepatkan kematangan paru-paru janin. Kadangkala ubat tokolitik seperti magnesium sulfat atau terbutalin disyorkan untuk mengurangkan pengecutan rahim. Doktor akan menasihati anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang rawatan.
5
Rawatan bukan farmakologi Apakah bentuk rawatan am yang diberi untuk plasenta previa? Rawatan bergantung pada peringkat kehamilan dan jumlah pendarahan yang berlaku2. •
Jika kehamilan anda berusia 35 minggu atau lebih, doktor mungkin melakukan pembedahan Caesarean. Walau bagaimanapun, jika pendarahan berlaku sebelum tempoh ini, anda mungkin diminta untuk berehat di hospital dan diberi rawatan konservatif.
•
Berbaring dan berehat di tempat tidur adalah rawatan yang terbaik untuk mengelakkan pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan.
•
Jika kehamilan anda berada dalam minggu ke 28 atau lebih dan anda mengalami plasenta previa, tetapi tidak berdarah, doktor mungkin menasihat anda supaya berehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja berat. Jika pendarahan berlaku, anda mungkin dimasukkan ke hospital untuk dipantau dan diberi rawatan lanjutan, jika perlu.
•
Anda mungkin diperiksa untuk mengesan anemia dan kesesuaian kumpulan darah sekiranya timbul keperluan untuk pemindahan darah.
•
Jika anda mengalami pendarahan, doktor mungkin terpaksa memasukkan cecair melalui vena (IV) di lengan anda.
•
Kadar denyutan jantung bayi anda akan dipantau dan kiraan sel darah anda akan diawasi dari masa ke semasa.
Apakah prognosis bagi plasenta previa? Bagi kebanyakan kes, plasenta previa boleh dikesan dengan tepat menggunakan teknik seperti ultrasound sebelum janin berada dalam keadaan bahaya. Kematian bayi dan ibu boleh dikurangkan jika mereka yang berisiko ini dimasukkan ke hospital dan pembedahan Caesarean dilakukan, jika perlu. Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil untuk masalah ini? Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak berlakunya plasenta previa ialah: •
Mengubah gaya hidup o
Berhenti merokok.
6
o
Elak dari mengambil alkohol semasa mengandung.
Jika anda mempunyai sejarah plasenta previa, jagaan kehamilan yang lebih awal untuk kehamilan yang akan datang adalah langkah yang terbaik. Ini kerana jika plasenta previa ini berlaku semula ianya dapat dikesan lebih awal dan pemantauan rapi boleh dilakukan. Dengan ini pengurusan yang baik dapat diberi kepada ibu tersebut.
7