Pl

  • Uploaded by: Rohaizi binti Rusli
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pl as PDF for free.

More details

  • Words: 855
  • Pages: 6
PERUTUSAN HARI GURU KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2009 “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik yang dihormati sekalian,

1.

Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan

izin dan limpah kurniaNya, sekali lagi kita dapat menyambut perayaan Hari Guru pada 16 Mei 2009.

Pada hari ini, kita akan bersama-sama

merayakan hari yang amat istimewa bagi setiap warga pendidik. Semenjak tahun 1972, sambutan Hari Guru merupakan hari yang sangat bermakna buat kita bagi menghargai sumbangan, komitmen dan pengorbanan warga guru dalam pembinaan perpaduan dan integrasi, pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat untuk membentuk anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

2.

Sehubungan itu suka saya nyatakan di sini, tema sambutan Hari

Guru pada tahun ini iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa” amat sesuai dan bertepatan dengan tuntutan persekitaran yang menuntut pembangunan



1


warganegara sejak awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya juga kesenian bangsa. Dalam masa yang sama, anak-anak didik juga perlu dipersiapkan agar bersedia menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi serta liberalisasi.

Justeru,

para guru perlu melaksanakan tugas dan

tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik pada setiap masa bagi memenuhi keperluan dan harapan negara ke arah membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika serta memupuk dan menanamkan sifat toleransi dalam kalangan pelajar bagi melahirkan masyarakat bersatu padu yang harmoni dan bertolak ansur.

3.

Saya percaya peranan guru sebagai jurutera sosial dan agen

perubahan adalah sangat dituntut demi mencapai matlamat yang diingini oleh negara. Sebagaimana yang kita maklum, peranan guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran yang ditugaskan tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru hari ini. Menyedari hakikat tersebut, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah menetapkan ‘Membina Negara Bangsa’ sebagai satu daripada enam teras utama bagi negara



2


mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Di bahu gurulah terletaknya tanggungjawab dan harapan untuk membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju.

Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian,

4.

Saya ingin menegaskan bahawa guru sebagai pendidik telah terbukti

memainkan peranan utama dalam membina negara bangsa. Para guru perlulah berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan bidang keguruan sebagai wadah untuk membentuk warganegara dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Adalah menjadi harapan masyarakat, para guru memainkan peranan membentuk

jati diri murid

yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, seterusnya menjadikan anak didik sebagai

warganegara glokal yang mampu bersaing seiring dengan

kepesatan dunia. Justeru, negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para guru tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.



3


5.

Dalam usaha meningkatkan perpaduan berbilang kaum, di peringkat

awal persekolahan lagi kita telah memupuk jati diri murid melalui kurikulum, program ko-kurikulum dan sukan. Sehubungan itu, guru sebagai pendidik perlu memastikan diri mereka bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini tentunya menuntut perancangan dan pelaksanaan yang cekap daripada para guru agar pendidikan mampu menjadi wahana perpaduan yang berkesan.

6.

Di samping itu, kecekapan dan keberkesanan guru juga dituntut

menerusi aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Pelaksanaan program-program ini menuntut kerjasama dan komitmen guru untuk menerapkan elemen perpaduan dan ini membuktikan bahawa sekolah adalah tapak semaian yang terbaik untuk menyuburkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan selama ini. Saya percaya para guru akan sentiasa berusaha



4


dan beriltizam untuk melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan agar ianya mampu melahirkan negara bangsa mengikut acuan kita.

7.

Seterusnya dalam dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar

ini, negara amat memerlukan modal insan berkualiti yang boleh menggalas aspirasi serta misi nasional ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam konteks ini, sebagai pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, guru adalah pemangkin kepada transformasi yang diperkenal dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian,

8.

Akhir kata sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya

berharap agar warga guru hendaklah sentiasa mempunyai sifat dedikasi dan komited semasa menjalankan tugas masing-masing. Segala yang tuan-tuan dan puan-puan lakukan adalah demi kepentingan pendidikan



5


anak-anak kita, demi melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berketerampilan. Ketepikan kepentingan diri, berkhidmatlah dengan penuh jujur dan ikhlas serta sentiasa menjaga integriti dan nama baik. Sekiranya warga guru tidak mempunyai integriti dan keikhlasan yang tinggi, bagaimana kita mengharapkan generasi yang baik dan berkualiti hasil daripada acuan didikan kita akan dapat dikeluarkan.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat Hari Guru.

DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



6


Related Documents

Pl
May 2020 41
Pl
June 2020 27
Pl
May 2020 33
Pl
May 2020 59
331ebook Pl
October 2019 14
Pl Vyrobky08
October 2019 11

More Documents from ""