Petua Mencantikkan Rambut

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Petua Mencantikkan Rambut as PDF for free.

More details

  • Words: 282
  • Pages: 2
Petua Mencantikkan Rambut 1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurangkurangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersihbersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

Related Documents

Petua Mencantikkan Rambut
November 2019 29
Petua
May 2020 31
Petua
November 2019 22
Petua
October 2019 54
Petua
May 2020 24

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31