Petua Kesihatan 1 . SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA * Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau * Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianya mempercepatkan lena. 2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI * Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau * Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau * Makanlah biji buah Peria atau * Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau * Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau * Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau * Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau * Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau * Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang. 3 . DEMAM BIASA * Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau * Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau * Minumlah air rebusan bunga melor. 4 . SAKIT KEPALA * Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau * Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau * Rebus daun Kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau * Makanlah daun pokok Peria atau * Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk. 5 . SENGAL SENDI Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja, sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau * Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau * Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau * Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau * Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu. 6 . SELSEMA Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau * Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi * Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis, dibelah, diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
7 . SUARA SERAK * Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau * Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau * Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang. 8 . BATUK/LELAH/SEMPUT * Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau * Ambil daun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau * minumlah rebusan akar pokok melor atau * Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir * Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak * Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum. 9 . SAKIT GIGI *Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau * Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau * Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau * Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat. 10 . BENGKAK GUSI * Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau * Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering. 11 . GUSI BERDARAH 1. Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau 2. Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau 3. Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya, ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu. 12 . DEMAM CAMPAK
* Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar atau * Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu, minum air kelapa gading setiap hari. 13 . BATUK BERLARUTAN Ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam . -apabila semua dah sebati dengan air suam tadi ,bolehlah diminum. -hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak yang pekat itu akan keluar dengan mudah 14 . SAKIT MATA Merawat sakit mata disamping ia juga dapat mencantikkan mata... mata akan kelihatan jernih..... sediakan madu.... ambil madu tersebut dan tuangkan sedikit di sudu.... jangan terlalu banyak... cuma setitik madu sahaja... titik kan madu tersebut di mata yang sakit... anda akan merasa pedih sedikit dan dalam beberapa minit mata anda akan sembuh.... *insyaallah.... 15 . MATA BERSELAPUT Masaalah berselaput dalam mata. Bahannya : - Madu lebah asli. - pucuk sirih. Caranya: -Masukan setitik atau dua titik madu lebah kedalam daun sirih (pucuk sirih), -kemudian gentel campuran daun sirih dan madu lebah hingga sebati. -Lepas tu... titiskan kedalam mata yang menghadapi masaalah berselaput. -Amalkan dua atau tiga kali . Insyaallah , selaput akan hilang dan tak berselaput lagi. 16 . GELUNG HITAM PADA KELOPAK MATA Bila anda tidak cukup tidur , pada mata anda pasti ada gelung hitam. Untuk menghilangkannya mudah saja. Setiap kali bangun tidur , sediakan semangkuk air dari peti sejuk , cuci di bahagian mata dulu dengan menggunakan hujung jari dari pangkal hingga hujung mata sambul membaca selawat 3 kali . Lakukan setiap pagi insyaallah 17 . BIBIR PECAH Ubati bibir yang pecah Bagi mengatasinya, minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa. -Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari. -Dengan izin ALLAH, bibir yang pecah akan segera sembuh. 18 . MEMUTIH GIGI Ambil sedikit arang dari kayu yang dibakar - jumlahnya ialah ikut keperluan..... kalau nak guna lama so taruk la byk sikit arang tu..... -kemudian tumbuk arang tersebut dgn sedikit garam.... garam tu lebih kurang 1 sudu teh ker... tumbuk hingga betul-betul hancur then -buat cuci gigi.... gosok ngan jari pun boleh.... Insyaallah gigi anda akan menjadi putih berseri..... 19 . KUKU BERSERI
Dapatkan kuku yang sentiasa berkilat... ambil sedikit ubat gigi (sebaiknya colgate merah) dan gosokkan dengan jari beberapa minit. Buatlah pada semua kuku, insyaAllah ia akan berkilat dan tahan lama... 20 . RAMBUT GUGUR Rambut gugur ambil putih telur dan campurkan dengan limau nipis -kemudian sapukan ke rambut sehingga keseluruhnya -setelah selesai menyapu ke rambut balutkan rambut dengan kain tuala dan biarkan ia semalaman -basuh pada keesokan harinya -amalkan seminggu dua kali Insyallah -akar rambut akan menjadi kuat dan rambut akan lebih kelihatan sihat -campuran berlebihan jangan dibuang.. simpan didalam peti sejuk.. kerana campuran tadi akan lebih sebati jika disimpan... 21 . PENYAKIT KAYAP Menghilangkan Penyakit kayap ambil sebiji cempedak muda(putik buah cempedak) dan asah bersama sedikit air pada belakang lesung batu. -Kemudian ambil airnya, campurkan dengan bdak sejuk dan sapu sekitar kayap itu seberapa kerap yang anda mahu. -Insya-Allah kayap akan hilang dalam masa dua tiga hari. -insyaalah ia mujarab. 22 . MERAWAT BIBIR Mencantik serta merawat bibir ambil mentega dan disapukan pada bibir... biarkan selama 10 min.. inyallah... -3 kali seminggu.. mesti bibir elok... 23 . KAKI MELECET Petua untuk kaki melecet sapukan sedikit minyak masak pada kaki yang melecet sebelum memakai kasut.... Insyaallah kaki tidak akan melecet lagi dan kita akan merasa selesa memakai kasut yang baru tu... Saya sudah amalkan dan memang berkesan... 24 . PARUT HITAM Menghilangkan Parut Hitam ambil beberapa biji kentang kemudian tumbuk hingga lumat -tempekkan pada parut tersebut. Lakukan setiap hari dan mudah-mudahan usaha anda akan berhasil dengan Insya - Allah. 25 . MERAWAT TUMIT PECAH Ambil lemak ayam dan panaskan lemak ayam hingga cair dan sapukan pada tumit kaki yg pecah -jika anda rajin amalkan... anda akan mendapat kesannya yg baik. 26 . HILANGKAN KUTU DI KEPALA . Ambil beberapa ketul ubat gegat dan tumbuk hingga halus/lumat -campurkan ubat gegat itu dgn setengah cawan minyak kelapa. sapu di seluruh kepala dan bungkus dgn kain. -selepas 15 minit, cuci rambut dgn air bersih Insya-Allah, kutu akan hilang.. selamat mencuba.... 27 . LEGAKAN BATUK Petua Ibu Kunyit Legakan Batuk ambil ibu kunyit sebesar ibu jari. -
parut dan ambil airnya. - campurkan air ibu kunyit tadi dengan dua cawan air tebu tulen. - Tapis dan didihkan sebentar. - biarkan ia agak suam-suam sikit, dan minumlah 3x sehari Amalkan setiap hari... Insyaallah.. batuk anda akan hilang!!! 28 . MEMUTIHKAN SIKU Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kesan-kesan hitam di bahagian siku. Bagi anda yang ingin mengatasinya -cubalah campurkan setitik air limau nipis ke dalam satu sudu besar tepung gandum. -sapukan campuran itu pada bahagian siku anda dan biarkan kering. -Kemudian cucilah dengan air suam. Bilas dan lapkan sehingga kering. -Amalkan beberapa kali dalam sebulan. Insyallah akan membuahkan hasil. 29 . MEMERAHKAN KULIT MUKA Sekiranya anda ingin kelihatan sentiasa berseri-seri dan kemerah-merahan di seluruh muka anda, -setiap pagi mencuci muka dengan daun teh yang telah di rendam. -Sapukan daun teh perlahan-lahan ke muka dan biarkan seketika. -Kemudian basuh dengan air bersih tanpa menggunakan sabun. Insyallah muka anda akan kelihatan berseri-seri. 30 . MATA BERSINAR Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini. -Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk, -kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika. -Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa segar dan bersinar. 31 . CAGU (MAKAN CEKAM) Makan cekam atau cagu yg selalunya terjadi kat kuku kaki atau tangan -ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah) -inai tersebut letakkan di kuku yg makan cekam @ cagu tersebut -insyaallah.... jika selalu diamalkan makan cekam @ cagu tersebut akan kering dan beransur hilang dan tidak akan berasa sakit lagi 32 . MASALAH BAU BADAN 1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi. 2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut. 3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi. 4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.
33 . MASALAH SAKIT KEPALA 1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari. 2. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala. 34 . HIDUNG BERDARAH Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang. 35 . PENING Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang. 36 . KESIHATAN RAMBUT 1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu. 2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya. 3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu. 4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting,
seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang) 37 . MERAWAT PENYAKIT BUASIR Ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning. Bakar atau panaskan hujungnya, kemudian letakkan kepada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali sehingga sembuh. Insyallah baik. Tetapi jangan lupa untuk berdoa. Petua Nenek Moyang Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh) Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Penawar Resdung Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan. Melicin dan Memerahkan Kulit Muka Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali. Menegangkan Kulit Muka Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar... Menghilangkan Cagu Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih. Menyerikan Wajah Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba. Menghaluskan Kulit Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit. Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari. Melembutkan Rambut Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu. Merawat Kulit Berkedut Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan. Melentikkan Bulu Mata Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut. Melebatkan Rambut Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu. Awet Muda Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang. Kulit Cerah dan Licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. Rambut Lebat Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut Mengurangkan Dengkur Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan Ketuat Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri. Mengempiskan Perut (1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam. Mengekalkan Kecantikan Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan Kulit Cantik Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan . Mengatasi Senggugut Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah . 1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya. 2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. Cengkih Penawar Sakit Gigi Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang. Gambir Penawar Gatal Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba. Hilangkan Daki dan Bau Badan Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang. Hilangkan Parut Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang. Ikan Tidak Hanyir
Asam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya. Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang. Keputihan Pada Mulut Bayi Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi. Khasiat Oat Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang. Membuang Lemak Badan Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemak, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba. Mengatasi Gatal Keladi Supaya sayur keladi tidak terasa gatal, ketika memasaknya anda hanya perlu memasukkan tiga atau empat keping hirisan pinang ke daalam masakan. Dan untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan tangan anda dengan minyak masak. Insya-Allah, gatal akan beransur kurang. Melangsingkan Tubuh Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun. Sengal Tulang Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan. Selamat mencuba!. RAHSIA PETUA MELAYU LAMA (Istimewa Untuk Wanita) Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah
mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan. 1. Bangkit Bersambut Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. 2. Wajah Suci Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang. 3. Menyegarkan Payudara Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh 4. Taman Semerbak Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau. 5. Lubang Jarum Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari. 6. Suara Perindu Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu. 7. Mengurut Pangkal Bunting Padi Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti. 8. Payudara Montok Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda. Petua Tradisional Dipetik dari laman http://members.tripod.com/~shamns/petua4.htm Petua Majalah 1. BAWANG PUTIH CEGAH ULAT . Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan
air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba CEPAT DAN RINGKAS Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyang perlu disejukkan di dalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya. Pasti hasilnya mat memuaskan. 2. KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap, lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya. 3. AYAM TIDAK HANYIR LAGI Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. 4. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR Untuk mengelak kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah menggunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya: Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Pakaian itu pasti tidak akan luntur lagi. 5. TOMATO DAN EPAL LICINKAN KULIT Bagi anda yang kulit berminyak dan berjerawat serta berparut pada muka, cubalah petua mudah ini: Parut epal atai tomato yang cukup masak untuk dijadikan pembersih kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut yang baru dan muda. Biarkan 20 minit. Selepas itu, cuci dengan air suam. Lakukan berulang kali dan anda akan dapati hasilnya memuaskan. 6. RAMPING TANPA SEBARANG BELANJA Bagaimana hendak kurus tanpa sebarang belanja, senaman dan ubat-ubatan? Cara paling senang, melalui displin. Displinkan diri ketika makan jangan makan terlampau laju. Pastikan setiap suapan 40 kali kunyahan. Juga diingatkan: jangan sekali-kali makan berulam air. Selain mengelakkan perut daripada buncit, ia juga dapat menghindarkan sakit pinggang. 7. MEWANGIKAN RAMBUT Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban. 8. MENGHALAU LIPAS Masukkan beberapa helai daun limau purut kedalam almari maju atau almari pinggan mangkuk.. insya Allah lipas akan lari dan daun limau purut menghasilkan aroma yg wangi...... selamat mencuba... 9. MENGHILANG KESAN KARAT PADA BESI Untuk menghilangkan kesan karat pada besi... yelah... kalau ada benda-benda cam sudu antik ker, aper-aper jerlah benda yang diperbuat
dari besi dan dah karat tapi sayang nak buang.... camnie caranya... -Ambil sedikit cuka dan dicampurkan dengan garam. -Larutkan kedua-dua bahan ini ke dalam sebekas air. -Kemudian rendamkanlah barang yang telah karat itu ke dalam larutan air tadi. -Biarkan semalaman. InsyaAllah kesan karat pada besi akan beransur-ansur hilang. Selamatlah barang-barang yang dah berkarat itu daripada dibuang begitu sahaja. Selamat mencuba.... Hilangkan bau 10. NASI HANGIT kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang... membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie... -Pertama : -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai... jangan dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut... biarkan seketika, -InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut... tak rasa pedas nyer nasi tu.. sebab tak dipotong) -Kedua... -kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu... -Ketiga kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi... biarkan sejenak.... InsyaAllah 11. HILANG KESAN PARUT JEWAWAT Caranya... ambil kayu manis... dengan menggunakan sedikit air.. asahkannya di permukaan kasar (Contoh: permukaan belakang pasu/ batu tumbuk). -Selepas itu, sapukannya di parut-parut jerawat. Amalkan setiap malam, InsyaAllah kesannya akan hilang. 12. TANGGALKAN KESAN COKLAT GETAH PADA KAIN baju atau seluar yang terkena coklat getah panaskan dengan iron dengan suhu yang paling tinggi. -alih-alihkan kertas itu insyaallah kesan coklat getah akan tertanggal. jadi anda tidak perlu buang baju yang terkena coklat getah. selamat mencuba 13. SENANG MENGANTUK caranya .... makan madu lebah dengan minum air kopi .Dalam masa 16 minit sahaja anda akan merasa kesan ngantuknya. Memang sukar dipercaya tapi cubalah... 14. MENGHILANGKAN BAU DURIAN cara nak hilangkan bau durian pada tangan tu senang aje.. kite ambik kulit durian, yang bahagian belakang kulit (bahagian yang berduri) tu diletak di bawah paip air. -basuhkan tangan dengan air yang mengalir melalui kulit tadi. Maka hilanglah bau durian yang melekat pada tangan tadi 15. MENGHALUSKAN KULIT MUKA : T entu anda tidak puas hati jika kulit muka kelihatan kasar. Jangan susah hati. Apa yang anda perlu lakukan ialah -panaskan susu segar (atau susu tepung yang dibancuh) hingga mendidih -Kemudian angkat dan sejukkannya. -sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia kering. -Selepas itu barulah bersihkan muka dengan air suam. -Amalkan terutamanya pada sebelah malam sebelum tidur. Insya-Allah kulit muka anda menjadi lebih halus dan lembut. ****************************************** Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan 1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai
bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. 2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. 3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. 4. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. 5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan. 6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. 7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. 8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. 9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik. 10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda. 11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. 12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain. Petua Jerawat Petua 1 Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam
gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih. Petua 2 Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi. Petua 3 Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang . Petua 4 Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi . Petua 5 Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan . Petua 6 Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus . Petua 7 Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya . Petua 8 Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .
Petua 9 Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut . Petua 10 Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan . Petua 11 Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah . Petua 12 Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus . Petua 13 Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) . Petua 14 Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi. Petua 15
Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu. -Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah.... Petua Mengelakkan Rambut Gugur Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi. Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat. Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut. 10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua 1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?. 2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. 3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan??? 4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. 5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai
sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih. 6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata. 7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan. 8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. 9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! 10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari! Khasiat peria Spt yg kita sedia maklum, peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya. Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium. Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk. Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dlm segelas susu & minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir. Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yg menyebabkan bisul, kudis buta & rasa gatal. Yg perlu dilakukan, campur segelas perahan peria & secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dgn meminum air daun peria. Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan. Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera makan.
Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dlm air garak sebelum dimasak.