Balada Seorang Pendosa. Aku, manusia munafik, terbuang dipukul ombak dosa, Laghaku mengusir redhaNya, Mencabut barakahNya dari usiaku Dunia yang kuinjak semakin menjauh, Rumah berteduh mengusirku pergi, Yang setia menunggu bumi menanti, Saat berakhir di tanah kembali. Ikrarku pada ibumu adalah sumpah, Janji ku ikat dengan kalimah allah, Taatku gagal membina iman, Lebur di caing laknatullah, Hanyut dikisar nafsu serakah. Jangan.., kau jejaki aku, anak, Bainati bukan Jannati, aku bukan orang suci, bukan nabi-nabi, bukan rasul, bukan maksum dewa dewi, Dosaku dengan tuhan, Sebanyak buih di lautan, Neraka itu layak buatku, Syurga tak akan memanggilku. Aku tak mampu mengajar kau iman, Akhlakku jangan kau jadikan sandaran , Jejaki langkah para anbia, Ikutanmu seharusnya ulama, matlamatmu seharus syuhada’, Jangan terkesan dengan makhluk, Kerana Allah itu Khaliq, Kenamaan semulianya di bibir malaikat, Malah terjelma di alam rindu Tertanam luhur pada mimpi mimpi Biduan syurga dan bidadari suci.