Personaliti Guru Mempengaruhi P& P

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Personaliti Guru Mempengaruhi P& P as PDF for free.

More details

  • Words: 3,179
  • Pages: 14
1

Personaliti guru : Pengaruh ke atas pengajaran dan pembelajaran Oleh : Azhani bt Adnan M20081000262 Pengajian Sarjana (Kepimpinan Pedagogi) UPSI 2008

Abstrak Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.

2

Pendahuluan Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain. Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”. Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya. Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

3

Latar belakang Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral. Aspek peribadi guru yang bersikap tidak sesuai dan tidak mencerminkan seorang guru yang sejati dengan tingkah laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan pelajar membuat kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan peribadi guru itu perlu diubah. Aspek peribadi yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku), pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat, mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan sejawat dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi perlu ada pada diri setiap individu yang bergelar pendidik. Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif, hitam atau putih; buruk atau baik, cemerlang atau kecundang, begitu juga sikap kita sebagai guru-guru bukan sahaja professional malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang professional dengan guru yang tidak professional ,merujuk kepada gambarajah di bawah.

4

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8

Guru yang profesional Mula kerja awal pagi

Guru yang tidak profesional Memulakan kerja setelah loceng berbunyi Sedia bergerak awal pagi Sudah pun letih di awal pagi Mengurus dengan merancang Mengurus dengan krisis Ada perancangan & matlamat Ada berbagai alasan Berpakaian secara’ professional’ Berpakaian selekeh Guna waktu luang sebagai Guna waktu luang dengan waktu ‘kerja’ mengumpat dan mengeji Cari perkara-perkara untuk Cari perkara-perkara untuk dipuji dikomplen Sedia membuat keputusan dan Bertanya “Apa patut saya menyelesaikan masalah buat?”

Kajian LiteraturTerdapat beberapa sorotan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pakar berkaitan dengan personaliti guru mempengaruhi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan oleh tokoh-tokoh pendidikan semenjak dahulu lagi, semua kajian ini bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dan strategi untuk mempertingkatkan mutu pengajaran guru. Flanders(1960) telah mengkaji tentang jenis dan cara pengaruh guru, sikap pelajar dan kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik dan sains sosial. Beliau melaporkan bahawa terdapat empat ciri positif guru yang dianggap sangat kuat pengaruhnya terhadap motivasi, sikap dan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah. a)

Guru yang boleh memain peranan yang spontan dalam pelbagai situasi yang berbeza, iaitu daripada yang aktif kepada yang agak pasif, sama ada peranannya sebagai pengawas atau pembantu dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

b)

Guru yang boleh menukar peranannya dengan serta merta menurut kehendak situasi, dan tidak terikat hanya kepada satu cara berinteraksi tanpa memikirkan cara-cara lain yang lebih sesuai.

5

c)

Guru yang cepat membuat diagnosis mengenai situasi, dan cepat membuat keputusan mengenai sesuatu tindakan yang seharusnya dijalankan.

d)

Guru yang mempunyai kesedaran yang sensitif dan kritis sebagai pengawas dan pemerhati di dalam bilik darjah.

Thorndike, Hull dan B.F.Skinner(1971) telah membuat kajian yang menunjukkan bahawa pembelajaran dapat dicapai dengan berkesannya apabila usaha seorang pelajar diikuti oleh satu perasaan pencapaian (pengukuhan). Cara untuk mendapatkan pelajar membuat sesuatu dengan cepat dan menyukai kerja sekolah ialah dengan memberi perhatian kepada kerja-kerja yang baik yang dibuat oleh mereka. Semasa memenuhi keperluan untuk pencapaian ini, yang ada pada semua pelajar, guru seharusnya mengendalikan aktiviti bilik darjah pada ras pencapaian semasa bagi setiap orang pelajar. J.S.Kounin dan P.V.Gump juga telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya. Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan dengan ‘perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah’. Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan itu buruk. Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda “menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.

6

Kajian yang telah dilakukan oleh Hart (1934) menunjukkan empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling disukai oleh 3725 orang pelajar di sekolah menengah di Amerika Syarikat iaitu Bil

Alasan pelajar menyukai personaliti guru

Peratus

1

Sedia menolong dalam kerja-kerja sekolah, pengajarannya jelas dan menggunakan contoh-contoh dalam pengajaran Periang dan peramah, suka berlawak dan pelajar pun boleh berlawak dengannya Berperikemanusiaan, baik dan menganggap pelajar sebagai ‘sahabat’ Mempunyai minat dalam hal-hal pelajar dan memahami pelajar

51

2 3 4

40 30 26

Empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling tidak disukai oleh 3725 orang pelajar sekolah menengah. Bil

1 2 3 4

Alasan pelajar tidak menyukai personaliti guru

Terlampau kasar, keras, cerewet, tidak pernah senyum, suka penyindir dan pembengis Tidak membantu kerja-kerja sekolah, pengajaran tidak jelas dan tidak teratur Menyayangi sebahagian pelajar dan tidak menyayangi pelajar yang lain Sombong, besar diri, tidak kenal nama pelajar dan tidak mempunyai minat terhadap pelajar

Peratus

50 30 20 20

Kajian ini jelas menunjukkan bahawa selain teknik mengajar yang boleh mempengaruhi pelajar, terdapat berbagai-bagai personaliti guru yang boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

7

Kemahiran ini merupakan aspek penting kerana ianya menggambarkan sifat interaksi guru-guru yang berjaya. Ini merupakan sifat-sifat yang positif, selain pengetahuannya mengenai isi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Beliau juga mengatakan guru-guru yang kurang berjaya kerana mereka terikat kepada sesuatu prosedur pengajaran dan cara berinteraksi yang ketat. Mereka ini sangat ketat dalam pengawasan di dalam bilik darjah dan tidak memberi kebebasan kepada pelajar berinteraksi sesama mereka dan guru ini juga kurang sensitif kepada keperluan pelajar sebagai individu. Manakala menurut Sue Leach (2006) personaliti dan cara pengendalian kelas boleh mencerminkan keperibadian seseorang guru. Seseorang guru perlu belajar dari pengalaman sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru itu perlu memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Seseorang yang bergelar perlu mempunyai sikap menjadi seorang pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar,pengetahuan pembendaharaan kata bagi memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berpengetahuan untuk daya memujuk pelajar dengan tidak terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan untuk menyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan. Persoalan i-

Adakah personaliti guru mempengaruhi minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan ?

8

Dapatan dan perbincangan Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang guru semasa proses interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajarpelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan mendengar kritikan dan teguran. Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut. Cara duduk guru turut dalam pemerhatian pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru berada dalam posisi duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.

9

Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar. Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara kemajuan pemikiran dan perasaan; dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang memainkan peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah. Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar. J.S.Kounin dan P.V.Gump telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan bagaimana tingkahlaku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya.Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan dengan ‘perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah’. Setiap

10 orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan itu buruk. Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda “menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal. Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan kondusif. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontak atau hubungan mata yang sesuai. Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa lisan seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta suara separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspekaspek komunikasi dan tingkah laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang.

11

Manakala pergerakan yang mengangkat bahu membawa maksud ragu-ragu dan tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang apa yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini menunjukkan pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam masa seminit atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika mengajar. Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat. Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan maklumat yang diterimanya.

12

Rumusan dan cadangan Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat. Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya. Pengalaman saya sendiri yang sering dialami sewaktu ke kedai atau sesuatu tempat baru, walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak memperkenalkan diri sebagai seorang guru tetapi peniaga terus memanggil saya dengan panggilan “cikgu”. Ketika disoal kepada peniaga tersebut, terus peniaga itu mengatakan perwatakan saya mencerminkan personaliti seorang guru. Katanya dari cara pertuturan, cara pemakaian, cara berjalan dan sebagainya. Walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak mengiakan tetapi peniaga tersebut berkeyakinan memanggil dengan panggilan “cikgu” kerana katanya pada pengamatannya personaliti guru memang mudah dikenali dalam pengalamannya berurusniaga dengan guru. Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai pendidik membentuk personaliti guru sebenarnya. Situasi ini bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya, malah rakan-rakan sekerja dan saya yakin sudah pasti Dr. Rajendran sendiri pernah mengalaminya.

13

Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik. Cadangan saya ialah seseorang yang bergelar pendidik perlu menjaga personaliti ini untuk menjadikan profesion perguruan terus dihormati oleh masyarakat umum. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.

14

Rujukan i-

Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan Mengajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

ii-

Ainon Mohd, Abdulah Hasan (2002), Guru sebagai pendorong dalam darjah, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd,Bentong, Pahang.

iii-

Johns West–Burnham & Fergus O’Sullivan,penterjemah : Hamidah Baba(2004), Mengembangkan Profesionalisme di Sekolah, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB), Kuala Lumpur.

iv-

_____________(1993), Cabaran,falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul. Kumpulan Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9, Universiti Kebangsaan Malaysia,Selangor.

v-

Lihat Winfred F.Hil(1971), A Survey Of Psychological Interpretations, Edisi Semula, San Fransisco, Chandler Publishing Co.

vi-

http://www.angelfire.com/journal2/fakir zamani/ceramah8.htm

vii-

Glenn Myers Blair etl.al, penterjemah: Noran Fauziah Yaakub (1991), Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

viii- Sue Leach(2006),How to be a successful Secondary Teacher, Continuum, London,New York. ix-

Mel Silberman(2004),Active Learning :101 Strategies To Teach Any Subjec,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur

Related Documents

Memperkasakan P & P Guru
October 2019 52
Renungan P&p Guru
October 2019 49
P
December 2019 28