Persediaan Untuk Pentarafan Pengakap Raja 1. Sediakan dan lengkapkan kesemua buku log .Senarai buku log:i) Buku Log Peribadi Dan Rekod Keahlian. ii) Buku Log Pengembaraan. iii) Buku Log Rekod Perkhidmatan 24 jam iv) Buku Log Lencana Usaha. v) Buku Log Lencana Maju vi) Buku Log Lencana Jaya vii) Buku Log Lencana Kegemaran viii) Buku Log Lencana Pengetahuan ix) Buku Log Lencana Perkhidmatan x) Buku Log Lencana Jayadiri xi) Buku Log Lencana Kemahiran xii) Buku Log Lencana Kegiatan xiii) Buku Log Lencana Ekspedisi xiv) Buku Log Lencana Perkhidmatan 2.Penyediaan semua sijil lencana ( termasuk sijil Pertolongan Cemas ) 2. Sediakan perkara2 tersebut:i) Model Projek Perintis. ii) Peti Pertolongan Cemas. iii) Jadual semua ikatan ( knot chart ) iv) Dua poster (one copy) berwarna mengenai persetiaan dan undang2 pengakap. 3. Kemahiran yang diperlukan:i) Membuat Gajet..( dapur rak, pintu gerbang, meja makan, pagar, rak barang2, papan kenyataan, tiang bendera, penyidai kain, rak kasut, rak alatan dll) * gunakan tali yang sesuai. ii) Bersedia dgn tarian atau lakonan.. iii) Membuat penganggaran/ estimation ( tinggi,lebar sungai dan jauh) iv) Pemetaan ( mmbaca peta topo, teknik menggunakan kompas dan bearing tiga segi… v) Tahu masak nasi goreng ( brg bwk sendiri tp nasi disediakan) vi) Tahu membuat bivouac..(pondok pisang sesikat.) dengan betul & kemas
vii) Membuat pelantar tempat tidur mggunakan kanvas. viii) Masakan secara ‘’ Backwoods’’ ( masakan hutan ) & menghidupkan api. ix) Mahir istiadat berpengakap ( bendera,perasmian dan penutupan ) x) Semua jenis ikatan yg berikut:Buku Sila Simpul Pulih Simpul Bunga Geti Ganda Lilit Balak Lilit Dua Simpul Tindih Kasih Berganda Belit Lucut Simpul Kepala Lalat Simpul Kerusi Simpul Abah2 ( manharness ) Lilit Tindih Kejap Simpul Ngah Lilit Tong Ikatan Seraya Ikatan Serong Ikatan Silang Gunting Lilit Pemati Biasa Simpul Himpit Lilit Pasdul Lilit Pemati Selit Sambat Balik Ikatan Pengail Silang Tungku Simpul Tapak Kucing Simpul Raga Simpul Buaian dan Berkas Tingkat Takat Tali Genggam Monyet Ikat Seraya Jepun Ikat Serong Filipina
Rambu Pengakap RAJA. ** Belajar kegunaan setiap ikatan dan fungsinya 4. Mahir dalam kawad kaki dan kawad tongkat.Disamping boleh memberi arahan berkawad dengan baik..( termasuk cara melapor diri dan pmeriksaan pakaian, suara yg jelas;kuat dan lantang, bahasa hukuman yang betul, teori berkawad).. 5. Pertolongan Cemas:Sijil PC mesti ada.. Bidang tugas pertolongan cemas dan cara2 penyelenggaraan kemalangan. Istilah AM struktur tubuh badan dan fungsinya. Jenis luka dan bahaya melarat .
Peraturan am ( luka, patah tulang dan racun2 ) Memulihkan nafas…( shafer, holger Nielsen) Pengetahuan pemulihan denyutan jantung. Menahan Darah. Menyelesaikan kes2 terkejut dan termakan racun. Perkara2 tersebut:iKegunaan pembalut tiga segi. iiPemakaian pembalut bergulung pada semua tubuh badan iiiDua dan Empat * duduk atas tangan * ivMembuat dan menggunakan kayu tuap bagi kes patah vMembuat dan menggunakan usungan viMenolong satu kemalangan di bahu, berdarah di hidung dan terbakar atau melecur. Fahami teori bagi keseluruhan aspek pertolongan cemas.. Membuat peti pertolongan cemas ( rujuk buku panduan ) Tahu membuat wogel dan membuat satu kraftangan.. Memahirkan diri dgn projek perintis. Persiapkan diri dgn teknik berkomunikasi yg betul, peka dengan isu semasa, tahu perkembagan semasa pergerakan pengakap, pakaian seragam yg kemas,aturan dan pandangan am dan banyak mengetahui selok belok berpengakap melalui rujukan2 yg sedia ada. Mempunyai peralatan yg secukupnya seperti buluh dan kayu, tali yang sesuai, kanvas, gergaji, kapak, parang, pisau pengakap, tukul dll… Yg paling penting,banyakkan membaca mengenai kepengakapan sebab byk teori yg akan disoal dan duji. Log Book mesti mematuhi standard ( rujuk buku panduan ) Mesti READY lebih awal dan banyakkan latihan.. Jaga disiplin & mulakan dengan mematuhi 10 undang2 pengakap. Jadi org yang bertanggungjawab,berdikari,disiplin dan mematuhi masa.. Semak buku log dan sijil samada sudah bertandatangan atau belum
Buat sendiri pra-pentarafan ( akan dirancang) Latihan dan Ujian Segala Aspek..