Persaraan Pn Hjh Aini 1.2.2019.docx

  • Uploaded by: suraiya hani haim
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Persaraan Pn Hjh Aini 1.2.2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,470
  • Pages: 9
Majlis Persaraan Pn Hjh Aini Bt Abdul Karim Pengetua SMK Simpang ( 1/2/2019 )

AGENDA 1

TEKS Diumumkan ketibaan

Ketibaan tetamu jemputan

Yang Diraikan Pn Hjh Aini binti Abdul Karim, Pengetua SMK Simpang

Diiringi oleh tetamu-tetamu kehormat Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku . Para hadirin diminta berdiri.

Para hadirin dipersilakan duduk. 2 Bacaan doa oleh Ustaz Hairul Hisham

Tangan ditadah restu diminta Pada yang Esa mohon segala Inayah dan taufiq hajat termetra Agar majlis diberkati jua.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al- fadhil Ustaz Hairul Hisham bin Ismail. Majlis mempersilakan.



Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3 Ucapan Alu aluan Pengerusi Majlis

Awal Bismillah pembuka bicara, Ucapan alu aluan pemula acara, Selamat datang kata disua,

J/A

Persaraan Pengetua majlis bernama.

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera . Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengucapkan selamat datang serta mengalu alukan kehadiran :

Yang Diraikan Pn Hjh Aini binti Abdul Karim, Pengetua SMK Simpang

Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Nor, AMP PPT, Pegawai Pendidikkan Daerah Larut Matang

dan

Selama

En Khairol Anuar bin Khalid Timbalan Pegawai Pendidikkan Daerah Larut Matang dan Selama

En Yang Sharkawi bin Shaharom Pegawai KGSK Penghulu Sekolah

Pegawai-pegawai SIPARTNERS dan SISC+

Pengetua-pengetua dan Guru Besar-Guru Besar Daerah Larut Matang dan Selama

Pn. Nor Azni binti Abdul Aziz YDP PIBG SMK Simpang

Barisan ahli jawatankuasa PIBG SMK Simpang

Tetamu-tetamu jemputan

Barisan guru-guru penolong kanan dan guru-guru kanan bidang, guru-guru seterusnya para pelajar sekalian.

Jejaran mengkudu berbias kesuma Di celah angsana di Tanah Jawa Ucapan aluan pembuka bicara Di Dewan al Fasal kita bersua.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan al- Fasal pada pagi ini untuk sama-sama meraikan dan menciptakan kenangan sempena Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Persaraan untuk Yang Diraikan Pn Hjh Aini binti Abdul Karim, Pengetua SMK Simpang .

4

Para hadirin sekelian, Ucapan Wakil Pelajar ( Ketua Pengawas )

Negeri Perak aman sentosa, Pendidikkan Berkualiti misi utama, Dengan tiada melengahkan masa Kita mulakan aturcara pertama

Dengan ini, majlis menjemput saudara Mohd Iqbal Arif daripada tingkatan 6ASB selaku wakil pelajar menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.



Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

5 Ucapan PIBG Simpang

YDP SMK

Songket tenunan dahulu kala Gemersik indah tenunan mata Setulus hati YDP dipersila Berucap sepatah dua kata

Kini, majlis mempersilakan Yang Dihormati Pn Norazni bt Aziz, YDP PIBG SMK Simpang untuk menyampaikan ucapan mewakili ibubapa . Majlis mempersilakan.



Majlis mengucapkan ribuan Norazni sebentar tadi.

terima kasih atas ucapan Pn

6 Ucapan PK Pentadbiran En Zaharom Shah bin Haji Salih

Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dihormati En. Zahrom Shah bin Haji Salih, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili barisan guru-guru dan kakitangan SMK Simpang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.



Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Zahrom Shah atas ucapan sebentar tadi.

7 Ucapan

Hadirin yang dihormati sekalian,

Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Nor PPT Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

Masak ranum si buah rambutan, dimakan sebiji menjadi rinduan,聽 hadir tuan dengan jemputan, mohon diungkap kata aluan,

Majlis seterusnya ingin menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Nor, AMP PPT, Pegawai Pendidikkan Daerah Larut Matang dan Selama menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.



Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

8 Persembahan

Awan bersua citra berkisah,

Pelajar 1 Tarian Puteri

Ukiran sukma kilauan kelisa, Dikir

Ucapan tetamu selesai sudah, Persembahan pelajar menyusul pula.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan Tarian Dikir Puteri di bawah bimbingan jurulatih utama Cik Ameerah, Pn Latha dan Pn Yang Rafida . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

>>>>>> Persembahan

Demikianlah tadi persembahan pelajar-pelajar tingkatan enam.

Tarian

Dikir

Puteri

oleh

9 Persembahan Pelajar 2 Nyanyian Berduet dan Persembahan khas 5VT2

Majlis diserikan lagi dengan Persembahan Khas Berduet yang cukup istimewa dengan lagu Moment In Time ” oleh Lydia Jayanthi dari dan …Nurul Halimatun Shahirah dari 6ASB. sukacitanya mempersilakan.

iaitu Nyanyian bertajuk “ One tingkatan 6AEK Majlis dengan

>>>>> Persembahan 1 >>>>> Persembahan 2

Demikianlah tadi persembahan nyanyian yang sungguh syahdu Dan persembahan khas daripada pelajar tingkatan 5VT2 yang merupakan bekas anak didik Pn Hjh Aini binti Abdul Karim.

10 Persembahan guru

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian dua buah lagu daripada guru-guru SMK Simpang khas untuk Yang Diraikan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

>>>>>> persembahan guru

Untuk makluman para hadirin sekelian, Lagu BERMULANYA DI SINI merupakan lagu khusus kepada Pn Hjh Aini bagi menggambarkan pengalaman kita bersama dalam suka duka menjadikan SMK

Simpang The Best. Jasamu pasti kami abadikan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada para guru atas persembahan itu tadi.

11

Persembahan pelajar 3

Para hadirin sekelian,

Persembahan pelajar diakhiri dengan sebuah Tarian Bollywood di bawah bimbingan Cik Ameerah, Pn Latha dan Pn Yang Rafida. Dengan ini majlis mempersilakan.

>>>>>> persembahan pelajar

Untuk makluman hadirin , “Shava” bermaksud menikmati persaraan dalam suasana sentiasa ceria dan tenang.

12

Tayangan Video dan

Dari Melaka ke Tanjung Tuan, Singgah bermalam di rumah Cik Siti, Bila kunampak muka puan, Rasa besar di dalam hati.

Bak kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap majlis tanpa mengenal empunya diri. Maka , tayangan video pada pagi ini akan mempersembahkan memori perjalanan kehidupan Pn Hjh Aini .Marilah sama-sama kita menghayati tayangan video ini.

>>>>> TAYANGAN VIDEO

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan tayangan video yang disediakan oleh En Murugan, En Ramesh dan Pn. Norzie. Mudah-mudahan tayangan video ini menjadi inspirasi buat kita semua.

13

Bacaan Biodata

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan biodata Yang Diraikan, Pn Hjh Aini binti Abdul Karim oleh Pn Siti Norlela binti Abd Manap . Sebelum majlis diteruskan, djemput Yag Diraikan Pn Hjh Aini duduk di atas singgah sana yang sediakan diiringi oleh Cik Norhayati , Pen. Kanan Petang SMK Simpang. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

>>>>> Bacaan Biodata

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan biodata itu tadi.

14

Ucapan pengetua

Para hadirin sekelian,

Sampailah masa kita nantikan bagi mendengar bingkisan kata dan amanat daripada Yang Diraikan . Kami dengan penuh bangga mempersilakan Yang Diraikan Pn Hjh Aini binti Abdul Karim meneruskan ucapan dan amanat , salam perpisahan buat kenang-kenangan insan yang bakal ditinggalkan. Majlis mempersilakan.

>>>>> Ucapan pengetua

Demikianlah ucapan yang membawa mesej dan makna yang kudus dari Yang Diraikan Pn Pengetua. Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh Aini.

14

Pemotongan kek dan Nyanyian lagu Selamat Hari Lahir

Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan hari ulang tahun kelahiran Yang Diraikan Pn Hjh Aini, dipersilakan Yang Dihormati Cik Norhayati bt Mohamed, Yang Berusaha Tn Hj Aminuddin serta seluruh ahli keluarga Pn Hjh Aini untuk bersama-sama acara pemotongan kek hari lahir. Marilah sama-sama kita nyanyikanlagu Selamat Hari Jadi untuk yang diraikan.

Kek hari jadi ini telah dihadiahkan oleh ahli Lorong Toiyyibah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli Lorong Toyyibah yang telah sudi menghadiahkan kek sempena hari kelahiran Yang Diraikan Pn Hjh Aini dan para tetamu yang sudi turut serta dalam acara itu tadi.

15

Penyampaian Watikah Persaraan

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ATAS PERKHIDMATAN YANG DIRAIKAN PN HJH AINI BINTI ABDUL KARIM DALAM BIDANG PENDIDIKAN ,MAJLIS MEMPERSILAKAN Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Nor, PPT, Pegawai Pendidikkan Daerah Larut Matang dan Selama UNTUK MENYAMPAIKAN WATIKAH PERSARAAN.MAJLIS PERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Nor, PPT, di atas penyampaian watikah persaraan itu tadi. 16

Penyampaian Hadiah dan cenderamata

Para hadiri yang dihormati sekelian,

Seterusnya ialah penyampaian cenderamata tanda kasih tidak bertepi, agar ingatan tak luput di hati kepada Yang Diraikan Pn Hjh Aini diiringi oleh Yang Dihormati, Cik Norhayati bt Mohamed. Dipersilakan.

>>>>> Rujuk senarai penyampai hadiah

Begitulah tadi upacara pemyampaian cenderamatakenang-kenangan khusus untuk yang diraikan Pn Hjh Aini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh Aini binti Abdul Karim atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Semoga majlis persaraan puan pada hari ini menjadi memori indah dalam kenangan.

Beli cendawan di Pekan Ara Mari diisi kelapa di tangan Meski puan akan bersara Kami di SMKS dilupa jangan.

Bagi pihak majlis, kami mengucapkan Selamat Bersara buat Yang Diraikan Pn Hjh Aini.

17 Penutup

Dengan itu,maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan sekali lagi kepada Yang Diraikan Pn Hjh Aini bt Abdul Karim dan semua para tetamu jemputan atas kesudian untuk meluangkan masa menghadiri majlis kita pada hari ini. Dikesempatan ini juga kami ingin memohon maaf andai ada salah silap sepanjang masa mengacarakan majlis ini.

Sebelum menutup tirai majlis, dengan segala hormatnya majlis menjemput tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan ringan di Bilik Gerakan sekolah, dipersilakan.

Salam hormat dari kami, Wabillahi Taufiq Walhidayah Assalamu’alaikum Warahmutallahi Wabarakatuh.

Related Documents

Pn
August 2019 41
Pn
July 2020 17
Hjh Salma
August 2019 37
Pn
June 2020 16
Pn
April 2020 26

More Documents from ""