Perpustakaan Keluarga Suntik Minat Membaca

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perpustakaan Keluarga Suntik Minat Membaca as PDF for free.

More details

  • Words: 663
  • Pages: 2
Perpustakaan keluarga Suntik minat membaca Date: 06-05-2005 Author: Daliza Ariffin CAPTION: 1. Wan Nor Sharmilawati rajin melayan anak-anaknya ketika membaca. Bermula tahun 1998, Wan Nor Sharmilawati Wan Osman, 33 dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena Kedah mengumpulkan semula pelbagai koleksi buku ketika melanjutkan pelajarannya sebagai pelajar luar kampus dalam bidang ekonomi di Universiti Sains Malaysia (USM). Kini perkara itu bukan setakat menjadi minatnya tetapi telah menjadi kenyataan apabila beliau berjaya menubuhkan sebuah perpustakaan keluarga di rumahnya. Perpustakaan menarik ini bukan setakat menyimpan buku-buku tempatan tetapi juga pelbagai buku yang dibeli Wan Nor Sharmilawati ketika mengikuti satu lawatan sambil belajar ke Jepun selama lebih kurang sebulan. "Semasa di Jepun, saya lihat penduduknya suka membaca dan saya kagum dengan sikap mereka. Ini menyuntik semangat untuk menerapkan sikap ini dalam diri saya dan juga kepada anak-anak kampung bila balik ke tanah air,'' katanya. Meskipun harga buku di Jepun agak mahal tetapi Wan Nor telah mengumpulnya sedikit demi sedikit ketika melawat beberapa daerah di negara matahari terbit itu. Sekembalinya ke tanah air, rancangan untuk menambah koleksi perpustakaan keluarganya yang pada awalnya hanya terdapat 50 bahan sahaja kini semakin berhasil kerana minatnya itu mendapat sokongan daripada keluarga. Suaminya, Roslan Saad, 32, guru di Sekolah Menengah Teknik, Alor Star turut mengumpul buku-buku pelajarannya semasa menyambung pelajaran di sebuah maktab perguruan selain mengumpul majalah langganannya. Anak sulungnya pula, Mohd. Mirza Hafey meminati pelbagai buku dan majalah mengenai bidang sukan, anak keduanya, Norliyana Husna, 7, memiliki kegemaran melukis manakala Luqmanul Hakim mengumpul buku kartun kegemarannya yang sering dibacakan oleh Wan Noor sebelum masuk tidur setiap malam. Koleksi buku Wan Sharmilawati kini berjumlah 983 buah yang mana daripada jumlah tersebut terdiri daripada buku pelajaran 267 buah, majalah sebanyak 293 buah dan fiksyen 105 buah. Antara buku yang ada di perpustakaan keluarga itu ialah daripada bidang pendidikan seni, kamus ensaiklopedia, tafsir al-Quran, buku origami, politik, sosiologi, kaunseling, dunia herba, masakan dan teknologi maklumat. Bangga "Saya tidak mahu bercerita mengenai wang yang saya habiskan untuk membeli pelbagai jenis buku dan majalah tetapi saya berasa bangga kerana

usaha saya selama ini telah berjaya memupuk sikap rajin membaca di kalangan anak-anak saya termasuk yang bongsu berusia empat tahun,'' tambahnya. Bagi menambah minat, mereka sekeluarga kerap menghabiskan waktu lapang di perpustakaan mini itu yang dihiasi pelbagai poster pendidikan, lukisan hasil tangan anak-anaknya serta rak buku yang disusun rapi serta kemas. Dekorasi perpustakaan itu diilhamkan Wan Sharmilawati dan anak sulungnya. Bagi memudahkan pembacaan, setiap rak buku dilekatkan dengan senarai kategori buku seperti buku cerita, fiksyen, masakan atau ekonomi. Selain rak buku yang sarat dengan pelbagai jenis buku dan majalah, bilik berkenaan memiliki meja tulis, komputer dan ruang membaca. Lebih menarik lagi, usahanya dipromosikan di dalam satu risalah yang diedarkan kepada para penduduk kampung tersebut bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai projek perpustakaan keluarganya termasuk perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi juga kepada jiranjiran di kampungnya. Sebuah kelab yang dikenali sebagai Gerbang Ilmu telah dibuka kepada penduduk kampung bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan di perpustakaan mininya itu. Setakat ini terdapat 19 orang anak jirannya telah mendaftar. Wan Nor juga sering membawa anak-anaknya ke perpustakaan awam di Alor Setar ketika cuti hujung minggu atau cuti sekolah kerana di situ terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama anak-anaknya. "Ramai yang tidak tahu betapa manfaatnya masa kita diluangkan bersama anak-anak di perpustakaan awam kerana mereka akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik serta dapat meningkatkan lagi minat membaca mereka. "Di situ juga saya berharap mereka dapat mengisi masa cuti mereka dengan kegiatan berfaedah dan ia dapat dipraktikkan ketika mereka besar nanti,'' jelasnya yang berharap ibu-ibu lain turut mengambil peluang membawa anak-anak ke perpustakaan keluarga untuk menarik minat mereka mencintai buku. Usaha yang dimulakan secara kecil-kecilan itu telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan perpustakaan keluarga peringkat negeri Kedah tahun 2005 manakala menjadi johan dalam kategori perpustakaan keluarga di dalam rumah kampung sekali gus melayakkan keluarga ini mewakili Kedah dalam pertandingan perpustakaan keluarga di dalam rumah kampung untuk bertanding ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi. (Source : Utusan Malaysia)

Related Documents