Perpaduan Asas Kemakmuran Negara.docx

  • Uploaded by: Sheela Gopal
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perpaduan Asas Kemakmuran Negara.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,643
  • Pages: 8
PERPADUAN ASAS KEMAKMURAN NEGARA Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik kaum serta budaya yang menjadikannya sebagai sebuah negara yang unik di Asia Tenggara. kepelbagaian ini menjadi kekuatan yang mencorak negara masyarakat berbilang kaum di negara ini. Justeru itu tidak hairan jika Malaysia diangkat menjadi contoh sebuah masyarakat majmuk diseluruh dunia. Inilah rahsia kejayaan hasil dari perpaduan dan intergrasi nasional yang merupakan asas kukuh bagi menjamin negara dan rakyatnya hidup dalam suasana aman damai. Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza. Penyatuan Sabah dan Sarawak dengan tanah Semenanjung merupakan bukti kepada perpaduan nasional dalam negara. Usaha kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira latarbelakang kaum dan etnik juga boleh dianggap sebagai suatu bentuk ke arah meningkatkan integrasi nasional secara menyeluruh. Apabila jurang kemiskinan antara kaum berkurang maka dengan sendirinya perpaduan kaum dapat terjalin erat. Integrasi nasional merupakan satu konsep yang luas pengertiannya. Ia merupakan proses abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses bagi menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan kepada usaha dan strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional. Secara amnya perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Konsep perpaduan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi, politik dalam jangka masa panjang. Bagi memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi melalui pendekatan ekonomi, politik dan pendidikan untuk mencapai matlamat-matlamat perpaduan. Belajar dari rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan telah menjadikannya satu anjakan ke arah pemikiran semula dasar-dasar negara dan proses menyusun semula masyarakat dilakukan dengan komprehensif meliputi semua bidang iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan telah melancarkan usaha-usaha tertentu dalam menangani halangan-halangan. Antaranya ialah usaha politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Langkah ini dijalankan secara serentak dan saling bertindan. Ia bertujuan merapatkan semula jurang antara kaum yang selama ini wujud dalam hubungan sosial mereka. Porses perpaduan politik di Malaysia bermula pada tahun 1950-an. Sistem ‘kerajaan campuran’ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui sistem politik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti ‘Perikatan’ yang merupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional. Sistem ini juga tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaa ncampuran

pada peringkat pusat di Kuala Lumpur. Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan yang wujud. Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat Manakala perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan telah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasardasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara. Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Strategi ini dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang mesra dan harmoni. Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklah programprogram sukan, kebudayaan dan perayaan-peayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang kita telah tentukan sebagai matlamat terulung negara.

Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan

PERANAN MASYARAKAT DAN KERAJAAN DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA

Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.Misalnya masyarakat orang asli lebih bersaing dalam bidang pendidikan agar mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain.Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.Malah, contoh lain yang boleh dilihat dalam fenomena masyarakat kini lebih terarah kepada bangsa Melayu.Bangsa Melayu tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara - perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama. Sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Sebagai contoh, mengadakan majlis rumah terbuka bagi setiap perayaan utama seperti Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Penerimaan kaum amat penting dalam membentuk perpaduan negara. Konsep segregasi wajar dilupuskan dalam setiap kaum. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Justeru, sekiranya pandangan yang diutarakan oleh kaum lain diutarakan, maka perbincangan 1Malaysia perlu dilaksanakan. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan

kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada negara sememangnya penting. Pemahaman kepada konsep Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara telah lama mendasari kehidupan kita sebagai warga Malaysia. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat - menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengSemua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Secara tuntasnya, apa yang dinikmati kini adalah hasil nikmat bersama dan seharusnya keamanan ini diusahakan sepenuh daya dan tenaga iaitu dengan memainkan peranan sebaik mungkin menerusi sifat – sifat dan ciri – ciri rakyat 1Malaysia yang berkualiti. Peranan kerajaan dalam membentuk perpaduan negara juga sebenarnya bukan hanya terletak di bahu pemimpin semata – mata tetapi juga kepada dasar – dasar dan program – program yang direncanakan. Sebagai contoh, Program Trasformasi Kerajaan yang menggariskan Pelan Hala Tuju Negara yang turut menyentuh konsep perpaduan nasional dan semangat integriti. Malah, Model Ekonomi Baru dan Petunjuk Keberhasilan Utama (KPI) dilihat sebagai wahana terbaik bagi mengukuhkan perpaduan nasional yang mantap ekoran beberapa penekanan yang diambil bagi merealisasikan impian 1Malaysia. Selain itu, program Sahabat 1Malaysia yang dijalankan dengan kerjasama syarikat – syarikat swasta seperti Eon Bank Group dan England Opticals Group di bawah kelolaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah salah satu peranan atau usaha kerajaan dalam menggalakkan gagasan 1Malaysia.

VIDEO 1 MALAYSIA



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BM)



Klinik Bergerak 1Malaysia (BM)





Baucar Buku 1Malaysia (BM)

1Malaysia Pasar Malam

KESIMPULAN

Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan hormatmenghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

• Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

• Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud

perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

• Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

• Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.

Related Documents

Perpaduan
June 2020 22
Badan Kemakmuran
October 2019 48
Perpaduan Negara
April 2020 16
Kepentingan Perpaduan
May 2020 23

More Documents from ""

Home Food.pdf
May 2020 26
Project File New.docx
April 2020 20
Siteques25mar.docx
December 2019 32
Flight Search.pdf
December 2019 29