Perpaduan Negara

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perpaduan Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 404
  • Pages: 3
PERPADUAN NEGARA Konsep Perpaduan 1. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. 2. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama, iaitu integrasi dan asimilasi. 3. Integrasi merupakan ‘satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.’ 4. Terdapat beberapa unsur integrasi yang terdiri daripada: a. Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial di antara wilayah-wilayah yang maju dengan yang mundur. b. Integrasi Ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kumpulan-kumpulan etnik. c. Integrasi Kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan. d. Integrasi Sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial serperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. e. Integrasi Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani. f. Integrasi Politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik. 5. Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Masalah Perpaduan 1. Perbezaan agama dan kebudayaan 2. Dasar pecah dan perintah British 3. Sistem pendidikan yang berasingan 4. Aktiviti ekonomi yang berlainan 5. Persatuan-persatuan etnik

6. Pendudukan Jepun Peristiwa 13 Mei 1969 1. Sistem kerajaan berparlimen telah digantung akibat peletusan rusuhan kaum dan semua kuasa pentadbiran dipusatkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). 2. Fungsi-fungsi utama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ialah: a. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara b. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna c. Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. 3. Majlis Perundingan Negara, terdiri daripada wakil-wakil: a. Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN b. Kerajaan-kerajaan Negeri c. Parti-parti politik d. Sabah dan Sarawak e. Kumpulan-kumpulan agama f. Badan-badan profesional g. Perkhidmatan Awam h. Kesatuan sekerja dan persatuan majikan i. Wartawan j. Persatuan guru-guru k. Kumpulan minoriti 4. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara dan mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat berbilang kaum serta bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengan perhubungan kaum. Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan Nasional 1. Rukun Negara (ideologi kebangsaan) 2. Dasar Ekonomi Baru 3. Dasar Pendidikan Kebangsaan 4. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 5. Bahasa Kebangsaan (BM) 6. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

7. Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional 8. Integrasi antara wilayah

Related Documents

Perpaduan Negara
April 2020 16
Perpaduan
June 2020 22
Kepentingan Perpaduan
May 2020 23
Negara
May 2020 35
Negara
June 2020 37