Peratuan Perniagaan dalam Islam Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk berniaga supaya ia menjadi rezeki yang halal dan diberkati. Antara perkara-perkara yang wajib dijauhi ialah seperti terlibat dalam rasuah (sama ada memberi atau menerima,) berbohong, mengurangkan timbangan, berniaga dalam perkara yang dilarang (seperti arak,) terlibat dengan riba, mengumpul barang agar naik harga, sumpah palsu dan sebagainya. Penipuan dan kesalahan banyak berlaku dikalangan orang yang berniaga tanpa disedari yang mana ia adalah haram dari segi hukum dan ini menghalang keberkatan untuk turun, antara lain: 1. Peniaga yang menjual barang tiruan, tetapi ditulis barang asli terutamanya barang yang diimport dari China dan Thailand. 2. Menyembunyikan kecacatan produk yang dijual. 3. Mencampur adukkan barang baik dan yang telah rosak supaya tidak dapat dikenali. 4. Menjual barang yang haram contohnya menjual rokok (merokok difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan) 5. Menipu dalam timbangan dan lain-lain Terdapat pelbagai hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan perkaraperkara di atas. Antaranya: Hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya para peniaga itu adalah orangorang yang berdosa,” mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual-beli?” Jawab Baginda: “Ya, akan tetapi apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa, dan apabila berkata-kata, mereka berbohong.” (H.R Ahmad dan al-Hakim.) Terdapat pelbagai contoh orang yang berjaya dalam perniagaan didalam buku ini, yang mana anda boleh ambil iktibar. Bacalah, “Rahsia Rezeki: Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah dan Diberkati.” Di http://rahsiarezeki.com