Etika Dalam Perniagaan Update.docx

  • Uploaded by: Monstrous Aeriz
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Etika Dalam Perniagaan Update.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,419
  • Pages: 16
TUGASAN 1 - ETIKA DALAM PERNIAGAAN

KOD KURSUS NAMA KURSUS

BPK20802 ENTREPRENEURSHIP

FAKULTI

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM 1. MOHAMMAD AZRI BIN ANNUAR (DN160001) 2. HAIKAL AKMAL BIN JASNI (AN160055)

NAMA PELAJAR SEKSYEN

32

NAMA PENSYARAH

PROF. DATO’ DR. RAZAK BIN OMAR

TARIKH HANTAR

30/3/18

MARKAH TUGASAN

ISI KANDUNGAN 1.

PROFIL AHLI

2.

PENGENALAN

3.

DEFINISI ETIKA

4.

KEPENTINGAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN

5.

IMPAK PERNIAGAAN YANG TIDAK BERETIKA KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA 5.1 Kesan Terhadap Masyarakat 5.2 Kesan Terhadap Negara

6.

CONTOH-CONTOH PERNIAGAAN TIDAK BERETIKA 6.1 Budayakan perniagaan beretika

7.

KESIMPULAN

8.

RUJUKAN

1.0

PROFIL AHLI

PROFIL

NAMA

: MOHAMMAD AZRI BIN ANNUAR

NO. MATRIK

: DN160001

SEKSYEN

: 32

FAKULTI

: TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM (FTK)

ALAMAT TETAP : NO.12, JALAN 2/12C, KAMPUNG BATU MUDA, KUALA LUMPUR EMEL

: [email protected]

NO. TELEFON

: 0162601414

ID FACEBOOK

: MOHAMMAD AZRI FRCLE

GOALS

: GET MY DEGREE AND BECOME A KNOWLEDGEABLE AND WELL RESPECTED ENGINEER

EXPECTATION

: LEARN HOW TO SURVIVE AND MINIMIZE THE COST OF LIVING AS A STUDENT

OUTCOMES

: UNMANAGEABLE TIME TABLE AND UNSTABLE SAVING ACCOUNT

PROFIL

NAMA

: HAIKAL AKMAL BIN JASNI

NO. MATRIK

: AN160055

SEKSYEN

: 32

FAKULTI

: FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

ALAMAT TETAP

: NO.6 JALAN SAHIH 25/55, TAMAN SRI MUDA, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR

EMEL

: [email protected]

NO. TELEFON

: 0164604904

ID FACEBOOK

: HAIKAL AKMAL

GOALS

: EARN A LOT OF MONEY TO FULFILL MY DEEPEST DREAM, TRAVEL AROUND THE WORLD

EXPECTATION

: BEING ABLE TO BE A SUCCESSFUL PERSON AND CONTRIBUTES SOMETHING TO OTHERS

OUTCOMES

: MASTERS IN VARIOUS SKILLS INCLUDING ENTREPENUERSHIP AND BE ABLE TO MANAGE MONEY WISELY

2.0

PENGENALAN

SETIAP hari, kita boleh lihat situasi orang yang tidak beretika. Paling tidak pun ketika memandu kenderaan. Semasa kesesakan lalu lintas, terdapat pemandu tanpa segan silu, memotong kenderaan lain melalui lorong kecemasan. Pemanduan tidak beretika yang hanya mementingkan diri sendiri amat berbahaya untuk pengguna kenderaan lain. Kerakusan" pemandu-pemandu Malaysia dengan memandu secara berbahaya “diiktiraf" oleh warga asing yang menetap di sini. Berbeza dengan negara-negara maju seperti England, Australia dan New Zealand, pengguna kenderaan cukup berhemah dan beretika di jalan raya. Mereka mematuhi undang-undang tanpa ragu-ragu. Paling penting mereka tidak mementingkan diri sendiri.

Selain bukti di atas, contoh terbaru yang paling mengejutkan dunia seni tanah air ialah sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik filem KL Gengster 2 di laman sosial, YouTube walhal belum lagi ditayangkan di pawagam. Mengikut perancangan, filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula 3 Oktober ini. Saya tidak dapat bayangkan betapa kecewanya penerbit dan pembuat filem tersebut yang bertungkus lumus selama dua tahun untuk menyiapkan filem itu tetapi akhirnya telah dimuat naik dalam YouTube sebelum sampai masanya. Sikap tidak beretika juga berlaku ke atas penulis-penulis tempatan apabila terdapat pihak dengan mudah mencedok hasil penulisan orang lain tanpa memberi sebarang penghargaan kepada penulis asal. Mereka ini tidak langsung mempedulikan etika penulisan. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Sebagai seorang pendidik di menara gading dalam pengkhususan pengauditan, elemen etika adalah antara yang diajar kepada para pelajar. Kebetulan pula, para pelajar Universiti Utara Malaysia sentiasa diasuh supaya sentiasa beretika. Umpamanya, etika berpakaian para pelajar supaya sentiasa kemas dan sopan. Ini bermaksud penerapan budaya etika cukup penting untuk mengubah masyarakat kita agar lebih baik. Dengan kombinasi penguatkuasaan undang-undang dan menerapkan budaya beretika, kehidupan masyarakat kita akan lebih baik. Sebagai contoh, dalam bidang pengauditan, Lembaga Pengawasan Pengauditan (AOB) berperanan besar untuk memastikan juruaudit-juruaudit luar bertingkah laku mengikut etika pengauditan.Sebarang pelanggaran etika akan dikenakan tindakan. Ini kerana juruaudit luar bertanggungjawab ke atas pelaporan pengauditan syarikat.

Etika bukan sahaja dalam profesion pengauditan semata-mata tetapi dalam semua aspek kehidupan kita. Sebagai contoh dalam isu kenaikan harga makanan ekoran pengumuman kerajaan ke atas rasionalisasi subsidi minyak, tidak keterlaluan dikatakan terdapat peniaga-peniaga di Malaysia yang tidak beretika dalam menjalankan perniagaan. Minyak naik 20 sen, sekeping roti canai juga naik 20 sen! Alasan minyak naik! Saya tidak dapat bayangkan betapa tamaknya peniaga-peniaga sebegini. Budak kecil pun tahu berfikir secara logik untuk menolak alasan tersebut. Jika peniaga-peniaga sebegini beragama Islam, adakah mereka tidak memahami konsep keberkatan? Menindas pembeli dan pengguna dengan cara sebegini? Malangnya perkara ini tetap berlaku setiap kali pengumuman rasionalisasi subsidi minyak. Jadi apa yang perlu dibuat untuk mengubah sikap peniaga sebegini? Setakat memberi amaran tiada gunanya kerana ia tidak menggerunkan mereka. Bahkan, penguat kuasa seolah-olah dipermainkan apabila terdapat peniaga dengan beraninya menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati mereka. Apakah langkah jangka masa panjang untuk memastikan perkara ini tidak berulang? Salah satu cara yang boleh dilaksanakan adalah dengan memupuk budaya etika di kalangan peniaga. Bagaimana modus operandinya? Dengan cara memperkenalkan modul etika perniagaan di kalangan peniaga. Perkara ini sewajarnya dipertimbangkan oleh pihak kerajaan kerana hanya dengan mendidik elemen etika kepada mereka di samping bertegas dalam menguatkuasakan undang-undang, insya-Allah, tingkah laku para peniaga yang tidak beretika boleh diubah menjadi lebih beretika. Jika boleh, wujudkan kod etika peniaga dan usahawan agar mereka sentiasa menyedari kepentingan beretika. Sejak akhir-akhir ini pun, syarikat senaraian awam Malaysia amat mementingkan etika. Malahan, tadbir urus korporat yang diuar-uarkan cukup baik untuk syarikat senaraian awam juga telah mula dipertikaikan kerana tiadanya elemen etika dalam memastikan budaya sihat, adil dan tidak menindas mana-mana pihak. Tadbir urus korporat hanya sekadar menanda kotak (boxticking) berdasarkan kod tadbir urus korporat. Ia tidak menggambarkan elemen terpenting dalam berniaga iaitu amanah dan jujur. Kepentingan etika ini bukan setakat di kalangan usahawan dan tokoh korporat bagi syarikat senaraian awam sahaja tetapi juga buat seluruh peniaga di Malaysia. Jika boleh, diinstitusikan budaya etika di kalangan peniaga. Walaupun nampak mudah di atas kertas dan sukar untuk dilaksanakan, namun jika ia dilaksanakan secara menyeluruh, nescaya akan berlaku perubahan sikap di kalangan peniaga. Tidak mustahil, dalam tempoh jangka masa panjang, peniaga-peniaga kita akan lebih memikirkan hak pengguna berbanding mengaut keuntungan untuk diri sendiri sahaja. Budaya tidak baik seperti menindas pengguna dan pembeli perlu diubah secara berhemah. Ini kerana ia sudah sebati dalam dunia perniagaan. Kalau tidak, mana mungkin berlakunya pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah. Ketamakan manusia mengatasi sikap kebertanggungjawaban ke atas masyarakat. Dengan bertingkah laku secara beretika, masyarakat kita akan hidup dengan lebih baik kerana masing-masing mengetahui hak orang lain. Ingatlah, keberkatan dalam berniaga mengatasi kepentingan mengejar kekayaan materialistik.

3.0

DEFINISI ETIKA

Etika (melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno ἠθική [φιλοσοφία] "falsafah moral") merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya. Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya. Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.

4.0

KEPENTINGAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN

Antara ciri-ciri etika perniagaan yang baik ialah: Jujur

Seorang peniaga atau sebuah perniagaan tidak akan menipu para pelanggan mereka. Mereka bercakap apa yang benar dan menyatakan kekurangan barangan jika ada, sebaliknya tidak menyembunyikannya. Peniaga yang jujur juga menjual barangan yang baik-baik sahaja dan tidak menjual sesuatu yang sudah rosak atau sudah tidak boleh dipakai lagi tanpa pengetahuan pembeli. Umpama menjual buah, mereka sama-sekali tidak mencampur-adukkan dengan buah-buah yang buruk bersama dengan yang baik.

Tiada unsur judi, riba, meragukan atau perkara merugikan sebelah pihak Sebuah perniagaan yang mempunyai etika yang baik ialah tidak mengenakan apa-apa faedah (bunga/riba) kepada para pelanggannya, bahkan memberikan kemudahan yang bersesuaian. Dalam aspek yang lain pula contohnya seperti harga. Seorang peniaga yang baik sama-sekali tidak cuba meletakkan harga yang tidak masuk akal atau dalam bahasa yang lain, harga yang mencekik darah.

Tidak mementingkan diri sendiri

Sebuah perniagaan yang baik bukan hanya mahu keuntungan semata-mata. Hakikatnya berniaga adalah salah satu cabang usaha yang mulia kerana ia memenuhi kehendak dan keperluan manusia. Dari asas kefahaman itulah, usahawan atau peniaga yang beretika lebih mementingkan kesenangan orang lain. Tidaklah bermakna tidak perlu untung jika beretika, tetapi selain mendapat keuntungan, para pelanggan juga mendapat manfaat yang baik daripada barang yang dijual tersebut.

Menjual barang yang halal sahaja

Di dalam Islam, salah satu aspek yang diutamakan ialah barangan yang bermanfaat, bersih atau dalam bahasa yang mudah, bukan sesuatu yang membahayakan. Halal ini bukan hanya untuk orang Islam semata-mata, tetapi ia amat sesuai untuk semua manusia di dunia ini kerana ia menjaga manusia daripada kemelaratan diri dan jiwa. Maka, para peniaga yang beretika perlulah menjual atau meniagakan sesuatu yang bermanfaat sahaja dan jangan sesekali melibatkan diri dengan perniagaan yang haram di sisi Agama. Contohnya menjual dadah, barangan curi, makanan yang jelas diharamkan oleh Agama dan apa sahaja yang membahayakan para pembeli.

Tidak memonopoli

Perkara ini amat ditegah di dalam Islam. Jika mengikut etika perniagaan yang baik, seorang peniaga tidak harus memonopoli sesuatu barangan. Sebaliknya Islam menggalakkan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Contoh monopoli di sini ialah seperti sebuah perniagaan menggunakan segala kuasa yang ada pada mereka untuk menaikkan harga, atau menyalahgunakan kekuatan yang mereka ada untuk menyekat orang lain melakukan sesuatu yang sama seperti mereka. Akhirnya, hanya mereka sahaja yang untung dan orang lain hanya dieksploitasi sewenangnya. Di dalam perniagaan, hubungan yang wujud bukan hanya peniaga dan pembeli, malah peniaga dengan peniaga yang lain juga perlu menjalinkan satu hubungan yang baik. Bersaing secara baik dan saling membantu jika peniaga yang lain menghadapi masalah.

5.0

IMPAK PERNIAGAAN YANG TIDAK BERETIKA KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

5.1 Kesan Terhadap Masyarakat a) Masyarakat hilang keyakinan Antara kesan amalan perniagaan yang tidak beretika dan tidak bermoral dalam perniagaan adalah kehilangan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap perniagaan, Syarikat bergantung kepada kebolehan mereka untuk mengekalkan kepercayaan dengan orang berkepentingan dalam usaha untuk menambah keupayaan syarikat untuk mendapat keuntungan dari semasa ke semasa Kehilangan kepercayaan menyebabkan sesebuah perniagaan tersebut hilang kesetiaan pelanggan dan mendorong mereka untuk berpaling kepada pesaing. Amalan tidak beretika dalam perniagaan menghakis kesetiaan pelanggan melibatkan aktiviti berkaitan dengan tanggungjawab social korporat (CSR). Pelanggaran dalam jangkaan CSR mampu mengurangkan kesetiaan pelanggan dengan cepat. b) Kehilangan sumber Selain itu, amalan perniagaan yang tidak beretika menyebabkan syarikat kehilangan sumber. Keuntungan yang tidak wujud dan kejatuhan harga saham menyebabkan pemegang saham menanggung kerugian. Penipuan korporat merisikokan pekerjaan pekerja-pekerja mereka dan juga pekerjaan dalam industri yang lain. c) Wujud Undang-undang Baru Seterusnya, kesan daripada perniagaan yang tidak beretika adalah wujudnya undang-undang baru yang dikenakan ke atas semua syarikat. Contohnya, Amerika Syarikat menubuhkan Akta “SarbanesOxley” sebagai tindak balas kepada skandal perakaunan dalam syarikat seperti Enron, Tyco dan Adelphia. Akta ini mengenakan syarat yang ketat ke atas semua syarikat awam dan membuatkan eksekutif bertanggungjawab terhadap rekod perakaunan awam. Jika syarikat gagal mengikuti undangundang tersebut, denda yang banyak akan dikenakan. Walaubagaimanapun, syarikat yang besar kadangkala membuat keputusan untuk melanggar undang-undang tersebut dan membayar denda kerana jumlah denda itu dianggap kecil jika dibandingkan dengan keuntungan mereka yang besar. Namun, jika eksekutif syarikat yang melanggar undang-undang dan terlibat dalam aktiviti yang menjurus kepada praktis yang salah kepada pekerja dan pelanggan, mereka akan menghadapi tuduhan jenayah. d) Prestasi Pekerja Amalan perniagaan yang tidak beretika menjurus kepada esan negative kepada prestasi pekerja. Dalam beberapa kes, pekerja mengabaikan prokol dan prosedur demi mendapatkan duit. Ini akan menyebabkan pertambahan kertas kerja dan kecuaian serta menyebabkan sesuatu tugas perlu diselesaikan semula. Tambahan pula, pekerja yang beretika dan mengikuti peraturan pula susah untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan, menyebabkan mereka merasa kurang motivasi, dan akhirnya menjurus kepada pengurangan prestasi mereka. e) Hubungan pekerja Apabila pengurus perniagaan mempamerkan kelakukan etika yang kurang baik, pekerja akan rasa hilang hormat. Amat susah untuk mempunyai bisnes yang berjaya tanpa ketua yang dihormati. Kekurangan etika juga menyebabkan tekanan kepada pekerja. Amalan tidak beretika di tempat kerja berpotensi untuk menghakis kepercayaan antara pekerja. f) Kredibiliti syarikat Jika aktivit yang tidak beretika menjadi perbualan ramai, perniagaan tersebut hilang kredibiliti. Meskipun sesetengah perniagaan mampu bertahan walaupun menjadi perbualan hangat melalui pengiklanan dan kempen untuk mengembalikan imej mereka, mereka akan tetap kehilangan pelanggan

sedikit demi sedikit. Walaupun perniagaan pulih daripada berita tentang aktiviti tidak beretika tersebut, ia akan mengambil masa dan wang yang banyak untuk memulihkan imej dan keyakinan pengguna.

5.2 Kesan Terhadap Negara a) Kehilangan pelabur luar Pelaburan adalah amat penting untuk mengembangkan sesuatu perniagaan. Amalan perakaunan tidak beretika mungkin lebih mudah untuk disembunyikan dan lebih berleluasa berbanding perlanggaran jangkaan CSR. Pelanggan mungkin tidak tahu jika amalan perakaunan tidak beretika diamalkan dalam sesebuah syarikat. Walaubagaimanapun, jika mereka tahu, mereka tidak ambil peduli. Tetapi pelabur amat tegas terhadap aktiviti ini. Sudah semestinya pelabur menimpikan keuntungan yang besar dan hanya melabur kepada syarikat yang stabil. Sudah banyak saksi tampil selepas kes demi kes amalan penipuan tersebut. Pencatatan keuntungan yang tidak wujud adalah untuk meningkatkan ekuiti syarikat dan harga saham telah banyak terbongkar b) Kejatuhan mata wang Disebabkan pelabur tidak berani untuk mengambil risiko untuk melabur jika banyak kes penyelewengan berlaku dalam banyak syarikat di negara ini, negara kita akan kehilangan banyak pendapatan dari segi ekonomi. Kesan daripada itu, nilai mata wang Ringgit Malaysia akan jatuh dan memberi kesan kepada rakyat. Kos sara diri juga akan meningkat.

6.0

CONTOH-CONTOH PERNIAGAAN TIDAK BERETIKA a) Peingklanan yang mengelirukan Pengiklanan yang mengelirukan adalah salah dan merupakan tindakan yang tidak beretika. Contohnya, iklan yang diwarwarkan menyatakan bahawa produk tersebut adalah selamat digunakan tetapi hakikatnya tidak sebegitu. Pengiklanan yang mengelirukan mungkin tidak dikira sebagai iklan palsu, tetapi ia merupakan tindakan yang tidak beretika dan mampu merosakkan reputasi perniagaan di mata awam. Begitu juga jika iklan tersebut menyatakan sesuatu produk jauh lebih baik daripada yang sebenarnya, kepercayaan pelanggan akan terhakis. Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berhatihati dengan mengelakkan pengiklanan yang tidak jujur dan melebih-lebih untuk menarik pelanggan. b) Eksploitasi Memanipulasi orang awam dengan menggunakan ketakutan mereka adalah tidak beretika. Contohnya, membesar-besarkan risiko dan bahaya kepada orang awam untuk menjual insurans adalah salah satu bentuk manipluasi, sama seperti menipu pelanggan membeli barangan yang terlalu mahal daripada harga sebenar. Selain itu, contoh lain adalah dengan menipu pelanggan yang bependapatan rendah untuk membeli insuran yang tidak perlu. c) Spam Menyebarkan mesej jualan kepada pelanggan merupakan pekerjaan bahagian promosi, tetapi ia boleh menjadi tidak beretika jika pelanggan dibanjiri dengan iklan yang banyak dan berterusan lebihlebih lagi apabila mereka tidak memberi persetujuan untuk menerima iklan-iklan tersebut. Contohnya, penggunaan bot untuk emel atau panggilan automatic. Tambahan pula, cara ini cuma menambah kemarahan pelanggan dan bukannya menarik minat mereka kepada perniagaan anda. d) Agresif Menjadi seorang jurujual hendaklah meyakinkan pelanngan untuk membeli produk, tetapi terlalu agresif adalah tidak beretika. Contohnya, pelanggan tersebut menunjukkan minat untuk membeli produk tersebut tetapi memerlukan masa untuk pertimbangan. Jurujual yang tidak beretika akan mendesak pelanggan tersebut untuk membuat keputusan dengan cepat melalui pelbagai cara seperti menipu dengan menyatakan promosi tersebut akan berakhir tidak lama lagi atau menipu tentang bagimana pelanggan lain berminat ke atas barang yang sama. e) Menyebabkan kerosakan alam Sesetengah produk dihasilkan melalui uji kaji terhadap haiwan seperti produk kosmetik. Banyak video tersebar di dalam internet bagaimana keadaan haiwan tersebut dijadikan sebagai uji kaji serta didera atau menyebabkan kematian lalu mengundang kemarahan orang ramai untuk menolak syarikat yang menjadikan haiwan sebagai bahan uji kaji makmal. Selain itu, adalah tidak beretika untuk menghasilkan produk tetapi tidak mempedulikan tentang kerosakan alam sekitar seperti menyebabkan pencemaran sungai dan udara. f) Menjual produk tiruan Produk yang mendapat permintaan yang banyak berpotensi untuk mempunyai keluaran tiruan. Taktik ini adalah amat tidak beretika kerana produk yang dihasilkan bukanlah daripada titik peluh sendiri, malah ada yang mengaku produk tersebut adalah asli dan dijual dengan harga yang tidak setanding kualiti. Sama juga seperti meniru jenama atau logo untuk mendapatkan. g) Menipu timbangan atau harga Sesetengan peniaga suka menipu harga dengan meletakkan harga yang berlainan kepada pelanggan. Contohnya, harga yang dikenakan kepada pelancong adalah lebih tinggi berbanding orang tempatan. Selain itu, bagi barang yang memerlukan sukatan, kadangkala peniaga mengurangkan sukatan untuk mendapat keuntungan yang lebih

6.1

Budayakan perniagaan beretika

PENURUNAN harga petrol telah menuntut para peniaga membuat penilai-an drastik terhadap harga jualan barangan serta caj perkhidmatan yang dikenakan. Ramai yang tidak menduga bahawa dalam keadaan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran ketidaktentuan ekonomi global, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah menurunkan harga petrol. Rakyat negara jiran juga amat terkejut dengan tindak-an berani kerajaan Malaysia dalam keputusan tersebut. Langkah itu turut melegakan banyak pihak terutama penduduk yang terlibat dalam musibah banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia serta Sarawak. Para peniaga yang kerap menggunakan alasan kenaikan harga petrol serta pengurangan subsidi bahan api untuk menaikkan harga barangan kini telah dituntut untuk membuat imbangan semula tentang harga dan kadar perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini. Kita sedar bahawa sehingga hari ini kempen menurunkan harga di kebanyakan premis perniagaan tidak begitu rancak. Ternyata bahawa peniaga masih sepi dan berdiam diri dalam membuat congak terhadap penurunan harga. Permainan kesan berantai (chain effect) dilihat lebih cepat terhadap kenaikan dan bukannya penurunan. Malah ada suara-suara yang mula melihat permainan kesan berantai sebagai satu strategi untuk mening-katkan keuntungan perniagaan. Hakikatnya penurunan harga adalah satu tanggungjawab sosial peniaga yang berpaksikan kepada nilai dan etika pengusaha dan peniaga. Seandainya perniagaan dijalankan dengan penuh etika, tuntutan untuk menurunkan harga pastinya tidak menjadi kebimbangan orang awam. Hal ini kerana penghayatan terhadap perniagaan sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial telah sebati dengan jiwa seseorang peniaga yang beretika. Apatah lagi bagi peng-usaha dan peniaga Muslim yang menitikberatkan konsep adil, iman dan ihsan dalam perniagaan. Namun, sejauhmanakah etika dalam perniagaan menjadi budaya dalam masyarakat pelbagai etnik di negara kita? Nampaknya, suara-suara yang menggesa kepada pemantauan harga dilihat lebih rancak berban-ding dengan kempen kesedaran terhadap etika dalam perniagaan. Jus-teru, sekali lagi pihak berkuasa dalam kawalan harga menjadi sasaran sesetengah pihak yang gemar kepada pendekatan mengawal (control).

Kumpulan ini lebih gemar untuk meletakkan gesaan penurunan harga barangan ekoran daripada penurunan harga petrol semata-mata kepada pihak berkuasa. Seolah-olah tanpa pemantauan, maka harga tidak akan turun. Kita tidak menolak bahawa pemantauan terhadap kawalan harga itu penting, namun pada masa yang sama, para peniaga hendaklah menghayati nilai dan etika sebagai ahli kepada masyarakat. Tambahan pula dalam dunia global hari ini, kemasukan barangan dari pelbagai negara adalah rencam. Sebenarnya, pengiraan kos dalam perniagaan telah mengalami perubahan yang mendadak selepas adanya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi. Perniagaan dalam talian telah memberi ruang yang cukup kepada para peniaga untuk mengurangkan kos pengiklanan, sewaan kedai, serta promosi. Pada masa yang sama, pasaran kepada perniagaan turut melebar dengan sendirinya. Hakikatnya, kesemua kemudahan ini pastinya menjadi sukar sekiranya projek mega teknologi maklumat dan komunikasi tidak dilakukan oleh kerajaan. Perbelanjaan dan pelaburan yang besar dilakukan oleh kerajaan telah memberi banyak peluang kepada peniaga. Ini adalah satu bentuk tanggungjawab pemerintah yang melihat ke-perluan untuk melestarikan pemba-ngunan sosioekonomi masyarakat. Pembudayaan perniagaan secara beretika bukan sahaja terhad kepada turun-naik harga ekoran pelbagai faktor domestik dan global, tetapi merangkumi tanggungjawab menyeluruh termasuklah mengiklan dan menjual barangan yang betul. Tambahan pula, dengan permintaan yang tinggi kepada barangan menerusi perniagaan dalam talian, para peniaga hendaklah dibudayakan dengan urusan perniagaan yang beretika dan profesional. Kita mengetahui bahawa jualan barangan dalam talian adalah berdasarkan keyakinan pe-langgan terhadap penjual. Menjual barangan palsu, barang-an yang tidak sepertimana diiklankan serta mengambil deposit secara tidak sah adalah beberapa perilaku yang tidak beretika. Sekiranya majoriti peniaga dalam talian berope-rasi secara tidak beretika di Malaysia, yang pasarannya adalah global, maka keyakinan pembeli di peringkat global akan musnah. Untuk mengatasi perkara ini, ke-semua pihak yang terlibat dalam perniagaan perlu menjadikan kehidupan beretika sebagai satu budaya. Kita akui bahawa kerajaan memainkan tanggungjawab untuk memantau tetapi percayalah setiap sistem pemantauan yang dilakukan tentu ada kelemahan. Maka, cara terbaik adalah kembali kepada sikap dan etika setiap warga yang bertanggungjawab. Malang sekali selepas berbelas tahun kita ditarbiyah dalam sistem pendidikan yang menekankan kepada nilai dan etika, namun masih wujud individu yang tidak beretika dalam segala tindak-tanduk mereka. Yakinlah, negara ini terbina dan maju kerana kualiti yang ada pada setiap warganya. PENULIS ialah Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

7.0

KESIMPULAN

Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang terus mendapat pujian daripada orang awam dan diketuai oleh sesorang yang bertanggungjawab dan beretika selain mendapat keuntungan yang selayaknya. Dalam menceburi bidang perniagaan, adalah amat penting untuk mempertimbangkan jualan dalam jangka masa yang panjang. Adalah sangat berisiko dan tidak patut jika sesorang itu mengambil jalan mudah dengan melanggar etika dalam perniagaan demi keuntungan yang banyak. Kepercayaan dan kesetiaan orang awam merupakan tunjang utama untuk membantu sesebuah perniagaan terus teguh berdiri. Etika dalam perniagaan boleh dipupuk melalui seminar-seminar yang menerangkan tentang teknik menjalankan perniagaan secara berhemah. Impak sekiranya etika dalam perniagaan diabaikan amatlah bruruk dan mampu memundurkan ekonomi negara.

Related Documents


More Documents from "Jefri Prastyo"