Perkembangan Ekonomi Asas

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perkembangan Ekonomi Asas as PDF for free.

More details

  • Words: 3,016
  • Pages: 12
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

“ Kemelesetan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan Jepun pada suku tahun terakhir 2008 telah menandakan bermulanya era kemelesetan ekonomi dunia. Kebanyakan kerajaan di seluruh dunia telah membuat persiapan untuk menghadapiu krisis ekonomi global ini dengan mengenalkan beberapa pakej penyelamat bagi memastikan kemelesetan ekonomi yang terburuk pada dekad ini tidak menular dan seterusnya memburukkan lagi keadaan ekonomi dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dalam memastikan pakej penyelamat dilaksanakan dengan berkesan.” Ketika membaca tugasan ini pastinya kita sama – sama mengetahui keadaan sekarang yang mana keadaan ekonomi Negara kita semakin meruncing dan merudum akibat kemelesatan ekonomi yang di alami oleh seluruh dunia dan selaras dengan kenyataan di atas. Rentetan masalah ini, telah kita ketahui bagaimana dan betapa kerajaan Malaysia begitu mengambil berat terhadap masalah yang sedang kita hadapi ini dan lantas dengan segera menawarkan pakej – pakej penyelamat berupa ransangan – ransangan kewangan bagi membantu rakyat terutama pengusaha kecil untuk terus hidup dan menyaingi keadaan semasa. Ini adalah dasar tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat daripada terus jatuh terutama bagi peniaga – peniaga kecil serta sektor industri pengilangan. Sebelum saya teruskan lagi, mari sama – sama kita lihat cirri – ciri ekonomi yang di amalkan oleh Negara Malaysia. Menurut Modul OUM HBSS2203 ‘Perkembangan Ekonomi Asas’, ada menyatakan bahawa ekonomi Malaysia merupakan sebuah ekonomi campuran di mana kerajaan dan mekanisme harga bersama – sama menyelesaikan masalah asa ekonomi. Dalam kata lain, sebahagian aktiviti ekonomi Malaysia ditentukan oleh pihak pengguna dan pengeluar, manakala sebahagian aktiviti ekonomi lagi ditentukan oleh kerajaan. Maka dapat kita simpulkan disini bahawa ekonomi Malaysia dicirikan kepada lima faktor iaitu: •

Peranan Kerajaan yang mana paling memainkan peranan penting terutama di dalam peranan memastikan system ekonomi berjalan dengan cekap, mengagihkan semula pendapatan dengan lebih adil dan memastikan kestabilan ekonomi dengan mengelakkan wujudnya inflasi, pengangguran dan melesetnya ekonomi.



Persaingan yang sihat antara industri perniagaan sesama mereka. Dengan cara ini, maka rakyat dapat menerima faedah dengan mendapat barangan yang lebih berkualiti dan harga yang lebih berpatutan hasil daripada persaingan yang sihat ini.

AZMAN BIN SALLEH 750312025163

1

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS



Pemilikan harta oleh individu yang mana setiap harta tersebut perlu dibayar cukai dan hasil cukai tersebut adalah salah satu sumber kewangan bagi kerajaan untuk menyalurkan semula kepada rakyat dan projek – projek membangunkan rakyat.



Sistem pasaran bebas atau lebih dikenali sebagai sistem Kapitalis di mana setiap individu mempunyai kebebasan untuk menjalankan aktiviti – aktiviti ekonomi asalkan ianya tidak menyalahi undang – undang. Maka , pengguna akan cuba membeli barangan yang dapat memberikan kepuasan maksimum kepada mereka dan pihak pengeluar pula akan cuba mengeluarkan output dengan lebih baik dan memaksimumkan pulangan keuntungan mereka dengan berlipat ganda.



Ciri yang terakhir ialah ekonomi Malaysia didorong oleh intensif keuntungan. Lebih tepat lagi, rakyat digalakkan mencari keuntungan dengan menjalankan kegiatan ekonomi tanpa menyalahi undang – undang atau peraturan yanag telah ditentukan oleh kerajaan. Dengan cara ini, rakyat lebih bebas dan mampu menjalankan aktiviti ekonomi mereka selagi tidah menyalahi undang – undang.

Seterusnya, mari kita bincangkan peranan kerjaan untuk memastikan masalah global ini dapat diatasi dengan bijak tidak dengan secara drastik tetapi biarlah perlahan – lahan tetapi berkesan. Setelah kita ketahui antara ciri – ciri ekonomi Malaysia ialah peranan kerajaan, maka, campurtangan kerajaan adalah amat penting seperti memastikan sistem ekonomi berjalan dengan cekap. Merujuk fakta yang telah dinyatakan di atas, sistem ekonomi Malaysia adalah berdasarkan pasaran bebas ataupun Kapitalis, maka pasaran di Malaysia agak bebas dan mampu menyebabkan kegagalan pasaran jika tidak ada campurtangan kerjaan di dalam mengawal mekanisma harga. Jika mekanisma harga tidak terkawal maka akan berlaku ketidaklancaran sistem dalam ekonomi dan ini tidak baik untuk sebuah negara. Oleh yang demikian, kerajaan perlulah mengawal situasi atau keadaan tersebut dengan cara pertamanya, menyediakan barangan awam seperti perkhidmatan kerajaan, sektor pertahanan, perubatan dan pendidikan. Ini amat penting bagi memudahkan dan memastikan semua rakyat dapat menerima perkhidmatan tersebut dan menikmati keselesaan yang disediakan. Dengan cara ini, rakyat yang tidak mampu akan terbela dan kemudahan juga kepada semua rakyat. Walaupun ianya tidak menguntungkan namun itu adalah satu tanggungjawab sebuah kerajaan yang telah dipilih AZMAN BIN SALLEH 750312025163

2

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dan diberi tanggungjawab oleh rakyat ketika pilihanraya. Namun tidak semuanya dapatng percuma kerana rakyat pula perlu membayar cukai untuk menampung belanjawan kerajaan. Peranan kerajaan yang kedua ialah dengan bersikap dan mengamalkan keadilan di dalam mengagihkan semula pendapatan yang diterima terutama dari golongan kaya kepada golongan miskin. Ini dapat dilakukan melalui cukai – cukai yang dikenakan kepada golongan tertentu atau lebih mudah disebut sebagai golongan orang kaya. Setiap keuntungan hasil dan harta kekayaan individu dikenakan cukai agar wang tersebut dapat disalurgunakan oleh kerajaan bagi membantu golongan miskin bukan masuk ke kocek mereka. Selain itu, dasar sokongan pendapatan amat diperlukan oleh golongan bawahan bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi mereka. Antara contoh dasar sokongan pendapatan ialah di mana kerajaan memberikan bantuan subsidi dan modal kepada pengusaha – pengusaha kecil yang ingin memulakan perniagaan mereka. Peranan ketiga kerajaan ialah dengan memastikan kestabilan ekonomi negara. Telah kita ketahui masa ini, kemelesatan ekonomi global telah banyak mempengaruhi ekonomi negara kita dan rata – rata kita dengar berlakunya pembuangan pekerja terutama di sektor perindustrian. Maka peranan penting bagi kerjaan untuk menangani masalah ini agar di sediakan sesuatu perancangan atau program bagi membantu golongan penganggur ini. Telah kita ketahui, apabila terdapat banyak pengangguran, masalah – masalah lain akan timbul seperti masalah kemiskinan yang melarat, masalah sosial seperti wujudnya pencuri, perompak, peragut dan sebagainya. Maka apabila masalah – masalah seperti ini berleluasa di Malaysia, pelabur – pelabur luar lebih berhati – hati untuk melabur di sini kerana kekuatiran mereka dengan kestabilan sama ada dari ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kerajaan perlu peka agar semua ini dapat ditangani segera dan antara dasar – dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah Dasar Kewangan dan Dasar Fiskal. Dasar Fiskal merujuk kepada perbelanjaan dan sistem cukai kerajaan manakala Dasar Kewangan pula melibat kepada mengawal jumlah penawaran wang dalam ekonomi. Antara contoh dasar Kewanagan yang dilakukan pada masa sekarang ini ialah langkah kerajaan melancarkan suntikan pakej ransangan kewangan untuk mengimbangi masalah ekonomi global yang melanda kini agar pengusaha – pengusaha perniagaan tempatan dapat bersaing. AZMAN BIN SALLEH 750312025163

3

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Setelah kita berbincang tentang peranan kerajaan di dalam ekonomi negara, sekarang mari sama – sama kita kupas mengapakah perlunya kerajaan campurtangan dan sebab – sebab campurtangan kerajaan di dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi dan memastikan ekonomi negara lebih stabil. Kenapa kerajaan perlu campurtangan? Ini biasanya berlaku apabila makanisma harga tidak dapat menjalankan fungsinya dengan cekap dan efisyen maka, tanggungjawab kerjaan perlu campurtangan di dalam aktiviti – aktiviti ekonomi agar tidak menjadi lebih buruk. Antara campurtangan kerajaan dalam ekonomi Malaysia adalah seperti berikut: •

Peraturan dan Undang – undang



Menjalankan ekonomi secara langsung



Mempengaruhi tingkat harga dan tahap pengeluaran



Mempengaruhi aktiviti – aktiviti ekonomi melalui alat – alat polisi

Menurut

Modul

OUM

HBSS

2203



Perkembangan

Ekonomi Asas’,

ada

menyatakanperaturan dan undang – undang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan mekanisma harga berfungsi dengan lebih cekap lagi bagi membolehkan kegiatan ekonomi dijalankan secara teratur seperti melindungi kepentingan dan hak pengguna supaya tidak dieksploitasikan oleh pengeluar. Contohnya seperti harga kawalan atau siling pada barangan tertentu. Menurut modul itu juga, kerajaan akan campur tangan dalam menyediakan barang – barang dan perkhidmatan yang penting kepada rakyat bagi meningkatkan kualiti hidup seperti pembekalan air, tenaga elektrik, telefon dan perkhidmatan pos yang telah diumumkan sebagai hak milik negara dan dikelolakan oleh perbadanan kerajaan. Selain itu, kerajaan juga mengenakan cukai dan pemberian subsidi agar dapat mengawal harga barangan. Melalui cara ini, pengawalan pengeluaran barang dapat dibendung berikutan dikenakan cukai dan melalui subsidi, harga barangan akan menjadi lebih murah dan rakyat dapat menikmati pengurangan harga barangan tersebut. Antara contoh subsidi yang paling diketahui umum ialah subsidi baja, padi dan petrol. Manalaka, kerajaan juga menggunakan polisi – polisi untuk mempengaruhi penawaran dan permintaan wang dalam ekonomi serta mengawal tingkat impot dan sekspot serta perbelajaan dan pelaburan. Antara polisi yang kita ketahui ialah Dasar Kewangan dan Dasar Belanjawan Negara. AZMAN BIN SALLEH 750312025163

4

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Kesimpulannya, dalam keadaan ekonomi global yang muram dan lembap sekarang, tiada negara yang terlepas daripada kesannya sehingga menyebabkan penurunan pertumbuhan serta penguncupan ekonomi, pengangguran serta pemberhentian kerja serta mengalami defisit bajet. Maka, kebanyakkan negara telah mengambil tindakan dengan menyediakan pakej- pakej ransangan untuk memastikan ekonomi mereka tidak terus merudum jatuh. Antara contohnya, Amerika Syarikat yang dengan persetujuan senatnya telah memperkenalkan pelan penyelamat yang bernilai AS$838 bilion untuk negaranya, Australia pula melancarkan pakej ransangan berjumlah A$42 bilion dan di China, negara tersebut telah menawarkan pakej ransangan bernilai RM2.1 trilion untuk memacu ekonomi mereka agar lebih stabil. Justeru, Malaysia yang juga tidak dapat lari dari kemelesetan ekonomi ini turut sama mengumumkan pakej ransangan pertama yang bernilai RM 7 bilion pada November tahun lalu oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Langkah – langkah Kerajaan ini dilihat sebagai satu tindakan yang perlu untuk menyelamatkan pengusaha – pengusaha dan peniaga – peniaga tempatan. Campurtangan kerajaan amatlah dialu – alukan dengan penawaran pakej ransangan ini dapat menyelamatkan ekonomi negara dan untuk pakej yang pertama, ianya lebih membantu di sektor pembuatan dan pertanian yang mengalami kemelesetan yang teruk. Ini berikutan perangkaan yang menunjukkan sehingga 1 November 2008 hingga 3 Februari lalu, seramai 11,595 pekerja telah dibuang dan kira – kira 45,000 pemberhentian kerja sementara untuk tempoh beberapa bulan. Namun begitu, keadaan ekonomi dunia masih dihimpit kemelesetan. Maka, kerajaan sekali lagi mengumumkan untuk menawarkan pakej ransangan kedua bernilai hampir RM 10 bilion disertai denganbajet mini yang bakal dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac ini. Apa yang dijanjikan bahawa bajet mini kali ini lebvih menyeluruh dan memperuntukan tambahan terutama pada sektor pengeksportan yang sekarang ini gaka terjejas teruk. Ia juga bertujuan untuk merancakkan aktiviti import dan eksport agar pelabur kembali melabur dalam negara seterusnya memberi peluang kepada rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan. Jamiah Shukri dalam Akhbar Berita Harian bertarikh 20 Februari 2009, ‘Program sistematik pulih Ekonomi’ ada menyatakan pendapat beliau untuk tempoh jangka pendek AZMAN BIN SALLEH 750312025163

5

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dan panjang, EPU mempunyai peranan dengan menyediakan laporan strategi bagi mengatasi masalah ekonomi di samping memberi input termasuk kajian mana – mana projek yang perlu dipercepatkan. Beberapa program penerangan diadakan supaya semua maklumat yang disalurkan itu adalah sejajar dengan situasi ekonomi sekarang. Apa yang nyata, krisis ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika dibandingkan pada sepuluh tahun yang lalu. Namun hakikatnya, situasi ekonomi kali ini masih mampu ditangani dengan perancangan dan program yang berkesan dan sistematik serta dasar – dasar kerajaan yang bertepatan yang dilancarkan untuk membantu keadaan gawat sekarang ini. Selain itu, amatlah diperlukan dilakukan kajian yang terperinci terhadap keperluan dan kepentingan yang terjejas teruk. Amatlah diharapkan juga agar semua pihak sama – sama bertindak pantas serta menjalanikan tanggungjawab masing masing dengan sikap yang lebih komited, optimis dengan memberikan maklum balas yang bijak dan tepat agar segala masalah negara ini dapat diatasi dan ditempuhi dengan jayanya.

2.

Insustri yang paling terjejas teruk ketika ini adalah industri elektrik dan elektrikal (E&E). Import dan eksport bagi barangan ini telah menjunam semenjak

3 tahun yang lalu. Anda sebagai penasihat ekonomi kepada

negara perlu memastikan pertumbuhan bagi sektor ini tidak menymbang kepada peningkatan pengangguran negara. Cadangkan dasar – dasar awam yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menjamin pekerjaan mereka yang terlibat di dalam industri ini. Sebelum membincangkan tugasan ini secara lebih lanjut, mari sama – sama kita lihat apkah yang dimaksudkan dengan dasar – dasar awam kerajaan. Menurut Modul OUM HBSS2203, ‘ Perkembangan Ekonomi Asas’, ada menyatakan bahawa dasar awam adalah arah awam yang ingin dicapai oleh kerajaan. Dalam kata lain, ia merupakan matlamat bagi program – program kerajaan yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah negara. AZMAN BIN SALLEH 750312025163

6

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Salah satu contoh dasar awam kerajaan ialah Dasar Ekonomi. Antara dasar ekonomi kerajaan yang diketahui umum ialah: •

Dasar Ekonomi Baru



Dasar Pertanian Negara



Dasar Perindustrian Berat



Pelan Induk Perindustrian



Dasar Penswastaan



Dasar Persyarikatan Malaysia



Dasar Kependudukan

Rajah 1: Dasar Pembangunan Kerajaan.

Sumber : UPE, http://www.epu.gov.my Gambarajah di atas menunjukkan bahawa perancangan yang telah dibina oleh kerajaan untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang konsisten menjelang 2020 nanti. Maka dasar dasar awam telah diwujudkan untuk membantu rakyat untuk menikmatinya. Namun, ianya tidaklah semudah yang disangka. Rentetan dengan kenaikan harga minyak yang AZMAN BIN SALLEH 750312025163

7

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

melambung pada tahun lepas, dunia sekali lagi dikejutkan dengan kemelesetan ekonomi yang teruk malah lebih teruk lagi daripada sepuluh tahun yang lalu. Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi di barat telah tunduk dengan kemelesetan kali ini malah Jepun juga mengalami nasib yang serupa terutama dari segi sektor pembuatan. Malaysia tentunya tidak terkecuali dengan masalah yang menimpa akibat kilang – kilang pembuatan yang ditutup menyebabkan rakyat terpaksa menganggur. Apabila pengangguran meningkat maka ia mampu mendatangkan pelbagai masalah dari segi kehidupan, ekonomi dan sosial.

Seterusnya, untuk menjawab soalan tugasan, saya cuba mencadangkan bebarapa perkara yang mungkin dapat membantu mengurangkan pengangguran dan beban yang dihadapi oleh rakyat berikutan krisis kemelesetan global masa kini. Pertama, adalah bertepatan sekali langkah kerajaan menyuntik ransangan kewangan kepada para peniaga tempatan agar mereka tidak terus gulung tikar atau menutup perniagaan mereka. Ini dapat membantu golongan yang bekerja di bawah mereka. Namun agak malang bagi mereka yang bekerja dengan syarikat luar yang kini agak perit dan meruncing lalu terpaksa memberhentikan pekerja mereka. Pada pendapat saya, kerajaan perlu menyalurkan sejumlah modal untuk mengadakan latihan – latihan kemahiran yang lain atau kemahiran yang dapat membantu pekerja yang dibuang ini. Melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, program – program bimbingan dapat disalurkan bagi membantu golongan ini. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan TEKUN Nasional (YTN) dapat memberikan kursus – kursus jangka pendek atau panjang mengenai kemahiran – kemahiran yang sesuai. Imbuhan dan elaun patut diberikan kepada mereka yang mengikuti program ini agar ekonomi mereka akan terjamin. Kepada mereka yang berminat untuk berniaga, disediakan dana – dana yang dapat membantu mereka selain daripada kemahiran yang ditawarkan. Malaysia mempunyai banyak tabung – tabung khas untuk menjana ekonomi. Kerajaan seharusnya memberi peluang kepada golongan ini untuk berusaha sambil dipantau sentiasa.

AZMAN BIN SALLEH 750312025163

8

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

AZMAN BIN SALLEH 750312025163

9

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Gambarajah 2: Tabung – tabung Khas Sumber: Sumber : UPE, http://www.epu.gov.my Seperti yang kita lihat pada gambarajah 2, terdapat banyak tabung – tabung khas yang mampu digunakan dan membantu memberi modal kepada golongan yang menganggur ini untuk mencebur di bidang peniagaan. Maka peluang – peluang ini seharusnya digunakan dan dimaklumkan kepada mereka yang terlibat agar masalah pengangguran yang menanti tiba dapat dikurangkan. Pihak kerajaan juga perlu meminta bank – bank di Malaysia melonggarkan syarat pinjaman agar golongan yang ingin mengusahakan industri kecil dan sederhana tidak mempunyai masalah dari segi pinjaman. Sekarang kitalihat, jika proses atau program ini berjalan, maka akan wujudnya perniagaan – perniagaan tempatan dan ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk dipenuhi. Cadangan saya yang kedua ialah menghantar pulang pendatang – pendatang asing yang kini jumlahnya semakin meningkat di negara kita. Kerajaan sepatutnya mewujudkan saru dasar menghalang mereka untuk datang ke Malaysia melainkan dengan syarat – syarat tertentu. Kedatangan mereka ini telah menutup peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencari pekerjaan malah perlu bersaing dengan mereka. Hukuman dan denda yang berat perlu dikenakan kepada mereka agar mereka serik untuk datang semula ke sini. Selain itu, kerajaan juga perlu menetapkan gaji minimun yang tinggi terutama pada sektor swasta agar dapat menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja. Kita dapat lihat sekarang ini, pekerjaan golongan rendah kini lebih dimonopoli oleh kaum pendatang asing. Bukan bermakna rakyat Malaysia memilih kerja namun gaji pokok yang rendah tidak sesuai untuk menhadapi keadaan masa kini. Promosi – promosi serta ganjaran gaji yang lumayan perlu sentiasa dihebahkan agar bekerja di sektor – sektor yang ditawarkan. Malaysia juga terkenal di sektor pertanian, maka, adalah digalakkan pihak kerajaan menggunakan dasar Pertanian Negara membantu mereka yang berminat untuk mencebur di bidang ini. Pemberian modal, subsidi baja, benih serta teknologi mampu menggalakkan serta memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba serta menceburi sesuatu bidang yang baru. Cadangan saya yang ketiga ialah pihak kerajaan harus peka dan mengambil langkah mengatasi kemelut politik yang melanda di negara kita ini. Kemelut politik yang saban hari semakin kecoh kita dengar sedikit sebanyak mengganggu pelabur untuk masuk semula ke pasaran Malaysia. Kerajaan seharusnya bijka untuk menangani masalah ini agar ekonomi dapat AZMAN BIN SALLEH 750312025163

10

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

distabilkan. Hari ini, pemimpin lebih tertumpu kepada kemelut politik berbanding dengan masalah ekonomi yang semakin parah yang dihadapi oleh kita. Sepatutnya kerajaan harus menyelesaikan masalah politik ini dengan segera agar dapat menumpukan perhatian kepada masalah ekonomi negara.

Kesimpulannya, cukuplah tiga cadangan yang dapat saya utarakan. Apa yang penting sekarang ini, semua pihak seharusnya bersatu berganding tenaga, kewangan dan usaha untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi ini. Semua pihak harus bertanggungjawab baik di pihak kerajaan, swasta mahunpun rakyat menggembleng usaha untuk menangani krisis ini. Langkah – langkah kerajaan yang positif amatlah dialu –alukan. Selain itu, kepada golongan yang dibuang kerja, janganlah selepas itu terlalu memilih kerja, kita perlu membuat perancangan dan mencongak masa hadapan. Kita seharusnya bersyukur kerana penguncupan ekonomi ini tidak berlaku pantas sebaliknya secara perlahan. Maka, perancangan harus segara dibuat. Unit Perancangan Ekonomi (EPU) haruslah memainkan peranan penting untuk merancangan dan membuat kaji selidik secepat mungkin agar keruncingan ekonomi serta masalah pengangguran di negara kita dapat dikurangkan dan kalau boleh dihapuskan. Maka, dapat dirumuskan di sini, melalui tugasan kali ini, saya dapat berpeluang membuka mata dan minda melihat kepada masalah yang sedang dihadapi oleh negara akibat kemelesetan ekonomi global kini. Selain itu, dapatlah saya ketahui usaha – usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutama kepada golongan penganggur dan mereka yang telah dibuang kerja. Marilah sama – sama kita berdoa agar kemelesetan ekonomi ini segera berakhir dan kita sebagai rakyat Malaysia dapat hidup aman, damai dan harmoni.

AZMAN BIN SALLEH 750312025163

11

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

BIBLIOGRAFI

Jamiah Shukri, (2009), Akhbar Berita Harian, Program Sistematik Pulih Ekonomi, Jumaat, 20hb Februari 2009. Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 2203 Perkembangan Ekonomi Asas, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Unit Perancangan ekonomi (UPE)(2009), Ekonomi Malaysia, Fakta dan Maklumat,(atas talian), http://www.epu.gov.my (25 Feb 2009).

AZMAN BIN SALLEH 750312025163

12

Related Documents