Soalan 1 Meskipun terdapat kesan krisis minyak kepada perdagangan antarabangsa dan keadaan inflasi yang tinggi (dalam linkungan 10 peratus setahun), ekonomi negara telah mencatatkan kadar pertumbuhan sebenar sebanyak 8 peratus setahun dan lebihan terus menerus dalam imbangan pembayaran disebabkan oleh adanya pengeluaran minyak, harga-harga barangan yang tinggi dan ekspot buatan yang kukuh. Namun demikian, sejak 2 tahun kebelajangan ini, pertumbuhan ekonomi negara menjadi semakin lemah disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dunia yang berpanjangan di samping kelemahan-kelemahan struktur ekonomi negara yang telah wujud setakat ini. Berdasarkan hakikatnya inilah, campur tangan kerajaan adalah amat diperlukan bagi mengatasi situasi ekonomi negara yang semakin gawat. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara juga berlaku secara global. Oleh yang demikian, situasi ini tidak dapat diselesaikan dengan kadar yang segera dan secara bersendirian. Oleh yang demikian, langkah-langkah jangkah pendek seperti mengawal kenaikan harga barang merupakan satu contoh langkah campur tangan kerajaan. Kepentingan campur tangan kerajaan 1. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang ini adalah bersifat global. Tidak seperti masalah ekonomi sekitar tahun 1997 dan 1998 dahulu yang hanya berlaku hanya di benua Asia. Maksudnya di sini adalah, masalah ekonomi yang berlaku di mana-mana negara mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain. Oleh yang demikian, penyelesaiannya seharusnya merupakan penyelesaian bersama. Berbalik kepada isu ekonomi di negara kita, kerajaan boleh campur tangan dengan cara mengawal harga barangan dan perkhidmatan. Apakah yang akan berlaku jika kerajaan tidak campur tangan? Pastinya negara akan mengalami keadaan inflasi. Kadar inflasi negara kita pada tahun 2006 adalah 3.6% dan turun kepada 2.0% pada tahun 2007.
Rajah : Kadar Inflasi Berbanding Dengan Beberapa Negara ASEAN Kadar inflasi negara telah mengalami penurunan pada tahun 2007, akibat campur tangan kerajaan. Salah satu campur tangan kerajaan yang paling ketara adalah dalam isu harga minyak. Tanpa kawalan daripada kerajaan, termasuklah membenteras penyeludupan minyak ke negara jiran, sudah tentu harga minyak akan lebih tinggi berbanding dengan harga baru yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu RM1.58 (diesel), RM1.92 (Petrol RON 97) dan RM1.88 bagi (Petrol RON 92) pada Februari 2008. Pengawalan harga runcit minyak ini dapat mengelakkan berlakunya inflasi. Walaupun harga minyak meningkat, namun barang-barang keperluan harian tidak melambung naik harganya. Di sinilah pentingnya campur tangan kerajaan dalam mengawal situasi ekonomi pada masa kini. 2.
Satu lagi campur tangan kerajaan dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi
adalah dengan meningkatkan keluaran makanan bagi mempastikan bekalan makanan mencukupi. Ini dapat diterangkan melalui rajah berikut:
Rajah : Indeks Harga Makanan Seperti mana yang kita tahu dalam hukum ekonomi, apabila permintaan melebih penawaran, maka harga akan meningkat. Oleh itu, bagi mengelakkan harga makanan meningkat, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) telah memfokuskan strategi menngkatkan hasil keluaran makanan sebagai intipati utama. Berdasarkan rajah di atas, beberapa jenis makanan mengalami kenaikan harga. Ini termasuklah, beras, roti dan bijirin lain, susu, keju dan telur, sayur-sayuran dan sebagainya. Pendekata, campur tangan kerajaan dalam menguatkuasakan polisi seperti RMT9 mampu membantu mengatsai masalah kemelesetan ekonomi. 3. Langkah seterusnya yang di ambil oleh kerajaan adalah dengan penubuhan Majlis Harga Negara. Majlis ini mempunyai beberapa peranan seperti memantau paras harga dan merangka dasar bersesuaian bagi menjamin kestabilan harga, kecekapan system bekalan dan pengedaran. Selain itu majlis ini juga meneliti harga barang di seberang sempadan Malaysia dan memperaku dasar dan program bersesuaian. Penubuhan majlis ini mampu membantu negara mengatasi krisis ekonomi. 4. Bagi menstabilkan harga barangan, kerajaan telah menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan. Tujuan penubuhan Stok Penimbal Kerajaan ini adalah bagi untuk menyimpan barangan jika stok terlalu banyak, dan mengeluarkan barangan jika ia mengalami kekeurangan di dalam pasaran.
5. Penyenaraian beberapa barangan sebagai barangan kawalan juga boleh membantu mengawal kemelesetan ekonomi. Untuk itu kerajaan telah membahagikan
Senarai
Barang Terkawal kepada kategori kawalan berjadual, kawalan secara pentadbiran dan kawalan barangan musim perayaan. Bagi kategori kawalan berjadual, terdapat 12 jenis barangan yang disenaraikan seperti tepung gandum, minyak tanah, gula, baja kimia dan sebagainya. Petrol, Diesel, Gas Petroleum Cecair, besi kelui, simen pula merupakan antara 11 barangan yang kawalannya secara pentadbiran. Barangan kawalan musim perayaan pula terdiri daripada 25 jenis barangan. Antaranya mentega, keju, majerin, minuman kotak dan botol halal dan sebagainya. Rasional daripada campur tangan kerajaan ialah, harga barang-barang ini bukan dikawal oleh para pekedai atau pemborong, tetapi berdasarkan harga seragam yang telah ditetapkan kerajaan. Sebagai kesimpulannya, campur tangan kerajaan adalah relevan dan sangat penting khususnya dalam usaha menangani masalah kemelesetan dan memastikan ekonomi lebih stabil. Tanpa campur tangan kerajaan, ekonomi negara akan bertambah gawat. Contohcontoh campur tangan kerajaan di atas merupakan antara langkah-langkah yang boleh membantu mengatasi kemelesetan ekonomi dan seterusnya memastikan ekonomi negara lebih stabil. Soalan 2 Dasar awam menurut Profesor Bauer dalam majalah “Public Administration Review, Vol XXX No.4, Julay / August 1970 “ adalah
“kenyataan yang dibuat oleh kerajaan
berkenaan negara dan cara melaksankannya oleh pentadbir atau pengurus ”. Dasar awam ini sebenarnya adalah hasil terjemahan politik kepada program dan tindakan untuk mencapai hasil yang diinginkan. Dalam konteks Negara Malaysia, dasar awam yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah bertujuan menjadikan Malaysia makmur dan bersatu padu
berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan aman untuk
kesejahteraan rakyat. Lazimnya dasar awam yang digubal itu memenuhi kriteria-kriteria seperti keadaan negara Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan, pelbagai fahaman dan agama serta kebudayaan.
Pada 9 Februari 1986, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Induk Perindustrian (PIP). Dasar ini mempunyai 3 tujuan yang utama iaitu sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian, mengalakkan penggunaan sepenuh sumber asli negara dan meningkatkan tahap R&D teknologi tempatan. Antara sektor yang turut menjadi tumpuan adalah sektor elektrik dan elektrikal.
Rajah 1 : 12 jenis industri yang menjadi tumpuan dalam PIP Namun demikian, sector elektrik dan elektrikal yang pada peringkat permulaan pelaksanaan dasar menjadi penjana utama dalam eksport negara telah mengalami penurunan yang mendadak khususnya 3 tahun kebelakangan ini. Antara faktor utama yang menjadi penyebab kepada penurunan nilai dari segi eksport ini adalah Dasar Perlindungan Perdagangan Negara-Negara Maju & Newly Industrilised Countries (NIC). Ini dilakukan oleh blok perdagangan seperti Eroupe Union (EU) dan NAFTA. Keadaan diburukkan lagi dengan persaingan dengan Negara-negara yang sudah maju iaitu NIC dan WTO. Namun demikian, keadaan kemelestan ekonomi global yang menjadi beban negara di seluruh dunia telah menyebabkan sektor elektrik & elektrikal ini telah bertambah tenat Krisis kewangan global ini juga menyebabkan jumlah pekerja yang diberhentikan mengikut oleh data Bank Negara Malaysia adalah 11,560 orang pada suku tahun ketiga 2008. Berdasarkan ramalan Persatuan Majikan Malaysia (MEF), kira-kira 200 000 pekerja bekal diberhentikan. Angka ini lebih besar berbanding 85 000 orang semasa krisis ekonomi pada tahun 1998 dahulu. Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan sektor
elektrik dan elektrikal turut mengalami nasib seperti sektor lain, dasar-dasar yang bersesuaian perlu diperkenalkan. Untuk itu, sesuatu perlu dibuat bagi mengelakkan sektor ini mengalami kejatuhan yang lebih teruk. Dalam hal ini, kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam merangka strategi bagi mengatasi masalah sector elektrik & elektrikal, dan yang paling penting pekerjapekerja dalam sektor ini tidak kehilangan pekerjaan dan seterusnya menganggur. Untuk itu, suatu dasar awam perlu diperkenalkan. Pada hemat penulis, strategi yang mampan perlu dilaksanakan bagi mengatasi kemelut sebagaimana dinyatakan di atas. Dalam konteks kedudukan ekonomi yang meruncing, dasar awam sewajarnya ditumpukan kepada mengukuhkan asas-asas ekonomi di samping mengawal kadar inflasi dan memperbaiki kedudukan imbangan pembayaran negara. Dasar awam yang dicadangkan ini bertujuan : Untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan selaras dengan sumber-sumber yang ada; Untuk mengurangkan defisit belanjawan Kerajaan ke tahap yang selaras dengan pengurusan ekonomi yang berhati-hati
Untuk mengawal pertumbuhan hutang awam supaya tidak menjejaskan kedudukan imbangan pembayaran negara dan kadar pertukaran asing.
Dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi ini khususnya dalam sektor elektrik dan elektrikal, antara langkah popluar yang dilakukan oleh syarikat-syarikat atau firma-firma adalah dasar pengurangan pekerja. Dengan pengurangan pekerja ini, kos upah yang ditanggung oleh syarikat-syarikat ataupun firma dapat diminimakan. Namun, hakikatnya tindakan seumpama ini merupakan suatu tindakan yang tidak mesra pekerja dan mengabaikan kebajikan pekerja. Bagaimana para pekerja ini meneruskan kehidupan mereka. Adakah duit simpanan mereka mencukupi untuk tempoh masa yang lama ,
sehingga mereka di ambil bekerja semula atau mendapat pekerjaan ?
Oleh yang
demikian, pada hemat penulis, tindakan seperti ini tidak sesuai. Penulis berpendapat adalah lebih baik jika kos upah yang ditanggung oleh syarikat-syarikat atau firma ditutup dengan wang caruman pekerja (KWSP atau PERKESO). Katakanlah, dasar ini kita panggil “Dasar Pengecualian KWSP dan PERKESO” . Maksudnya, kurangkan potongan ataupun tiadakan potongan KWSP atau PERKESO untuk tempoh masa sehingga keadaan ekonomi pulih. Dalam hal ini, keprihatinan kerajaan amat diperlukan. Ini kerana potongan KWSP dan PERKESO ini telah menjadi kemestian. Kerajaan boleh mengecualikannya untuk tempoh masa yang tertentu. Jika ini dilakukan, pengurangan gaji pekerja tdak dirasai oleh pekerja kerana beban tersebut
ditanggung melalui
pengecualian KWSP atau PERKESO itu tadi. Contohnya gaji pekerja adalah RM1000. Setelah ditolak KWSP atau PERKESO, katakanlah berbaki RM850. Ini sebelum kemelesetan ekonomi. Pada situasi sekarang, syarikat-syarikat atau firma bercadang berjimat dengan mengurangkan gaji pekerja sebanyak 10% hingga 15%. Jika ini dicampur dengan KWSP dan PERKESO, jumlah yang diterima pekerja sekitar RM700. Jumlah ini tidak mencukupi apatah lagi inflasi menguasai pasaran. Bagaimanapun, jika menggunakan kaedah yang dibincangkan di atas tadi, masalah seperti ini tidak begitu membebankan pekerja. Ini kerana pendapatan pekerja tetap RM850. Pengurangan gaji antara 10% hingga 15% ini telah ditutup dengan pengecualian KWSP dan PERKESO. Selain daripada “Dasar Pengecualian KWSP dan PERKESO”, dasar kedua yang dicadangkan oleh penulis ialah dasar “Mewajibkan Penggunaan Barangan Elektrik dan Elektrikal Negara”. Menurut mitos ekonomi yang seringkali kita dengar adalah, cara untuk mengatasi masalah ekonomi adalah berjimat – jangan berbelanja. Walaupun teori ini ada kebenaranya, tetapi tidaklah efektif. Ini kerana, jika ini berlaku perjalanan ekonomi akan menjadi pasif. Maksudnya ekonomi tidak akan bertumbuh. Misalanya dalam sebuah desa, semua penduduknya yang seramai 10 orang (katakanlah), masing-masing tidak mahu berbelanja. Simpan duit di bawah bantal. Kedai tidak lagi
dikunjungi. Tidak ada membeli ikan dan sayur. Penawaran sangat banyak tetapi permintaan langsung tidak ada. Apakah yang berlaku dengam ekonomi di desa itu tadi. Pertumbuhanya adalah 0%. Maka dengan itu, dicadangkan agar bagi mempastikan kilang-kilang elektrik dan elektrikal tidak ditutup, kerajaan mempastikan setiap isi rumah menggunakan barangan elektrikal buatan negara. Kawasan-kawasan yang baru menerima bekalan elektrik, kontraktor-kontraktor yang terlibat wajib menggunakan barangan buatan negara dalam pendawaian rumah. Jika selama ini kita menggunakan barangan luar negara seperti “Philips”, “National” ataupun “Toshiba”, apa salah kita gunakan barangan tempatan. Dengan ini, permintaan terhadap barangan elektrikal buatan tempatan dapat ditingkatkan. Biarlah barangan tempatan kita, dipasarkan secara tempatan juga. Walaupun kaedah ekonomi tertutup ini, biasanya diamalkan oleh negara-negara yang berpenduduk besar seperti China dan Amerika Syarikat, tetapi peniaga tradisonal Cina mengatakan, “lebih baik mendapat keuntungan 1 sen, daripada langsung tidak ada”. Masalah pengangguran juga sudah tentu dapat dikurangkan. Seterusnya dasar yang boleh dicadangkan adalah “Pemberian Subsidi Tenaga”. Bagi mempastikan syarikat-syarikat atau firma-firma elektrik dan elektrikal tidak menanggung kos pengendalian syarikat terlalu tinggi, kerajaan boleh memberikan insenstif dengan mengurangkan kos operasi tenaga syarikat atau firma. Seperti yang kita ketahui ketika ini, harga minyak di pasaran dunia kini telah menurun. Oleh yang demikian, kos operasi syarikat-syarikat pengendali tenaga negara seperti Tenaga Nasional, turut berkurangan. Oleh yang demikian, Tenaga Nasional boleh memberikan “sedekah” kepada syarikat atau firma elektrik dan elektrikal melalui dasar yang disebutkan tadi. Apabila operasi syarikat dan firma telah berkurangan, maka tindakan untuk memberhentikan pekerja bagi maksud mengurangkan kos operasi dapat dielakkan. Dasar seterusnya yang boleh dilakukan adalah “Dasar Pengabungan Syarikat”. Melalui dasar ini, syarikat dan firma yang mempunyai operasi yang hampir sama akan digabungkan. Contohnya syarikat A terlibat dalam pemasangan komponen barangan
elektrik jenama XYZ. Manakala syarikat B terlibat dalam pengedaran barangan elektrik jenama yang sama, iaitu XYZ. Oleh yang demikian, adalah lebih elok kedua-dua syarikat ini bergabung
bagi
mengukuhkan nilai modal syarikat atau firma. Pengabungan ini akan akan mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi. Di samping itu, beberapa kos yang serupa yang mana ditanggung oleh syarikat atau firma sebelum ini, dapat ditanggung bersama dan kos bertindih dapat dikurangkan. Ini akan memberikan faedah kepada syarikat atau firma yang bergabung. Ini juga akan menyelamatkan syarikat atau firma yang menerima “tsunami” ekonomi. Maksudnya, syarikat atau firma yang kuat dapat menyelamatkan syarikat atau firma yang telah “nazak”. Konsepnya ini pernah diamalkan oleh agensi perbankan ketika krisis ekonomi lewat tahun 1997 dan 1998 lalu. Langkah memberikan “Pakej Rangsangan Fisikal” juga boleh dilakukan bagi tujuan membantu
mempertingkatkan
Kadar
Dalam Negara
Kasar
(KDNK).
Dengan
meningkatnya KDNK ini, dapat membantu syarikat atau firma, khususnya dalam sektor elektrik dan elektrikal menjana ekonomi. Ini boleh dilakukan dengan menyalurkan Pakej Rangsangan Fisikal ini kepada sektor-sektor utama negara, seperti sektor pengeluaran dan sektor perkilangan.
Selain daripada itu, syarikat-syarikat atau firma yang terpaksa mengurangkan kos operasinya, tidak perlu memberhentikan pekerjanya. Sebaliknya mereka diberikan program latihan semula (retraining). Ini kerana jika mereka diberhentikan, kos pengambilan pekerja baru termasuk latihan adalah tinggi. Oleh yang demikian, apabila keadaan ekonomi pulih, syarikat-syarikat atau firma tidak perlu bersusah payah mengambil pekerja baru, kerananya pekerja sedia ada yang telah diberikan latihan bersedia untuk bekerja semula. Sebagai kesimpulannya, dasar-dasar yang diperkenalkan adalah bersifat jangka pendek. Dasar-dasar ini boleh dihapuskan atau diperbaiki bergantung kepada sumbangan dasar-
dasar ini terhadap usaha pemulihan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang ini boleh dikatakan sebagai gelombang kedua. Gelombang pertama telah berlaku pada tahun 1997 dan 1998. Namun apa yang dikesalkan adalah, kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun tersebut, tidak di ambil peluang oleh kerajaan untuk memperbaiki struktur ekonomi, bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi. Kesanya, selepas 10 tahun, perkara yang sama berlaku. Diharapkan, kemelesetan ekonomi yang berlaku ketika ini memberikan musibah diri kepada kita semua. Jika sekiranya berlaku krisis ekonomi dalam tempoh masa 10 – 20 tahun daripada sekarang, kita sudah bersedia sepenuhnya. Rujukan 1. Berita Bernama . Program Latihan Semula Tangani Pemberhentian Pekerja. 29 Januari 2009 2. Berita Bernama. Perkeso Kaji Tabung Berhenti Kerja. 14 Februari 2009. 3. Ekonomi Malaysia : Fakta dan Maklumat. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. 2008. Kuala Lumpur.