Perkahwinan Campur 2

  • Uploaded by: Khing Mun
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perkahwinan Campur 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 357
  • Pages: 1
Apa yang Kitab Injil kata tentang perkahwinan antara bangsa? Soalan: Apa yang Kitab Injil kata tentang perkahwinan antara bangsa? Jawapan: Perjanjian Lama menyuruh orang Israel jangan terlibat dalam perkahwinan antara bangsa (Ulangan 7:3-4). Alasannya ialah orang Israel akan terpesong daripada jalan Tuhan jika meraka mengahwini orang yang menyembah patung, orang yang tidak percaya kepada Tuhan atau orang yang percaya kepada agama yang bercanggih dengan ajaran Tuhan Yehowah. Prinsipal yang sama dipamerkan juga di Perjanjian Baru, tetapi pada konteks yang berlainan. “Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap?” (2 Korintus 6:14). Sama juga dengan orang Israel (percaya kepada satu Tuhan yang unggul) diarah supaya tidak mengahwini orang yang tidak percaya kepada Tuhan, oleh itu Kristian (yang juga percaya kepada satu Tuhan yang unggul) diarah supaya tidak mengahwini orang yang tidak percaya. Untuk menjawap soalan ini dengan spesifik, Tidak, Kitab Injil tidak kata perkahwinan antara bangsa adalah salah! Satu orang patut diadilkan berasaskan kelakuannya, bukan warna kulitnya. Kita patut berhati-hati supaya tidak menunjukkan pilih kasih kepada sesetengah orang, tidak bersikap prejudis dan perkauman kepada orang lain (Yakobus 2:1-10, perhatikan ayat-ayat 1 dan 9). Seorang Kristian lelaki atau perempuan digalakkan memilih isteri atau suami berasaskan samada orang itu adalah Kristian dan mempunyai kepercayaan yang sama (2Korintus 6:14), adakah dia seorang yang dilahirkan semula melalui iman di dalam Kristus Yesus (Yohanes 3:3-5). Iman di dalam Kristus, bukan warna kulit, adalah standard Kitab Injil untuk memilih jodoh. Perkahwinan antara bangsa bukan satu perkara betul atau salah, tetapi perkara kebijaksanaan, kewarasan dan doa. Satu masalah dengan perkahwinan antara bangsa ialah suami isteri yang berlainan bangsa akan mengalami kesusahan diterima oleh orang lain. Banyak suami-isteri berlainan kaum mengalami diskriminasi dan kelucuan, kadang kala daripada keluarga sendiri. Satu lagi masalah ialah bila anak mereka mempunyai warna yang berbeza, ada yang ikut bapa, ada yang ikut emak. Oleh itu, jodoh berlainan kaum harus mengambilkira masalah tersebut dan bersedia menghadapinya, jika mereka hendak berkahwin. Akhirnya, prinsip Kitab Injil mengenai perkahwinan ialah kita digalakkan memastikan jodoh kita mempunyai kepercayaan yang sama, merupakan seorang ahli keluarga Tuhan Yesus. http://www.elhijodedios.com/Melayu/perkahwinan-antara-bangsa.html

Related Documents

Perkahwinan Campur 2
May 2020 13
Perkahwinan Campur
May 2020 22
Perkahwinan Campur 1
May 2020 12
Pembubaran Perkahwinan
June 2020 17
Kisah Air Batu Campur
November 2019 21
Perkahwinan Iban
December 2019 23

More Documents from ""