Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
1
Intisari Kandungan Penghargaan 2 Pengenalan 3 Sebab Pemilihan Tajuk 3 Umat Islam Sekali Imbas.... 4 Politik 1)Pentadbiran (i) Sistem Khilafah Dan Sistem Birokrasi Barat 7 (ii) Sistem Ulama’ Dan Umara’ 9 2) Perundangan (i) Hukum Fiqh, Hudud Dan Ta’zir Vs Hukuman Barat 11 (ii) Poligami 13 3) Pertahanan (i) Taqwa Vs Quwwah 15 (ii) Militan Islam ? 17 Ekonomi 1) Sistem Ekonomi (i) Sistem Manusia Vs Sistem Wahyu 20 (ii) Peranan Tuhan (Allah) Dalam Ekonomi Islam 26
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
2
Sosial 1)Sistem Sosial (i)Konsep Islam Sebagai Cara Hidup 29 (ii) Hiburan ? Dulu Dan Sekarang.... 33 2)Pendidikan (i)
35
Sistem Pendidikan Rasulullah
3) Dakwah Islamiyah (i)
Dakwah Moden Vs Dakwah Tradisional
37 Kesimpulan 39 Rujukan 41 Penghargaan Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan buat sidang pembaca, terutama Cik Norain Binti Ismail, Pensyarah bagi kursus DACW 1312 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS), dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama dan usaha kami bersama, akhirnya siaplah kertas kerja bagi kursus ini yang bertajuk “Revolusi Masyarakat Islam, Dahulu...Kini : Satu Analisa”, yang mana tajuk ini adalah hasil ilham dan bimbingan Cik Norain sendiri. Sebenarnya, kami amat merasakan ketidakmampuan kami dalam menyiapkan kertas kerja ini, apatah lagi berbagai topik yang hangat diperbincangkan, menyebabkan
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
3
segalanya tidak boleh dianggap main-main dan diabai, serta tidak dititikberatkan. Oleh itu, bersyukur kami ke hadrat Ilahi yang dengan izin dan kurnia-Nya, dapat juga kami selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih Tuhan(
), atas rahmat dan
bantuan-Mu yang kami sangat-sangat rasakan dalam kami mebuat tugasan ini. Tanpa pimpinan dan pertolongan-Mu, mustahil kami dapat menyatukan hati, berkasih sayang dan dapat pula membahagikan masa antara kerja-kerja lain yang ditugaskan. Begitu juga dengan kasih-sayang-Mu dalam mempermudahkan kami menyusun kata, membahagi tugas, dan mencari bahan-bahan rujukan. Hakikatnya, Engkaulah pengatur dan pengurus kehidupan kami semua. Terima kasih sekali lagi pada Tuhan yang Maha Segala-galanya. Tidak dilupakan kepada para guru, ibubapa dan rakan sekalian yang sentiasa saling doa-mendoakan. Juga, tinggilah harapan kami agar kertas kerja ini tidak menjadi omong kosong, sebaliknya, para pembaca dapat merasakan semangat dan kemudiannya merubah dan membaiki diri, keluaraga, rakan taulan dan masyarakat kearah taqwa kepada Allah swt (
). Moga, ada kebaikan dari hasil usaha kami ini. Sekian, wassalam.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu…Kini : Satu Analisa Pengenalan Kertas kerja ini akan melihat perbezaan diantara masyarakat Islam dahulu kala iaitu semenjak zaman Rasulullah saw, zaman kegemilangan Islam hingga kepada keruntuhan tamadun Islam, dan keadaan masyarakatnya sekarang. Analisa ini dijalankan untuk melihat adakah masyarakat Islam kini sama dengan masyarakat Islam dahulu? Jika ya, dari sudut mana? dan jika, tidak dari aspek apa?. Maknanya, analisa ini akan meninjau perubahan – perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam, punca – punca
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
4
perubahan, kelemahan dan kekuatan Islam dan selanjutnya, perbandingan diantara masyarakat dahulu dan sekarang. Tidak ketinggalan untuk meninjau pandangan Islam Hadhari didalam setiap aspek yang diperbincangkan, untuk panduan dan sokongan. Seterusnya, apakah yang bakal dihadapi oleh ummat dan dunia Islam diakhir zaman ini, serta hala tuju masyarakat Islam dimasa hadapan.
Sebab Pemilihan Tajuk Kami memilih tajuk ini iaitu Revolusi Masyarakat Islam Dahulu…Kini : Satu Analisa Sebagai kertas kerja subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara 1 dibawah kelolaan Cik Norain Binti Ismail, kerana merasakan tanggungjawab untuk menyelongkar rahsia yang menyebulungi Tamadun Islam, serta tidak ingin melepaskan peluang keemasan untuk menonjolkan kehebatan dan tamadun, serta agama Islam. Kami merasakan bahawa umat Islam sebenarnya sudah jauh tersesat dari kehidupan beragama yang dituntut oleh agama Islam. Ini kerana didalam mengejar duniawi, masyarakat Islam sudah berubah secara tidak disedari sehingga sanggup meninggalkan cara hidup, cara pemikiran dan bahkan cara bertindak kepada cara yang dilarang syarak, iaitu cara barat. Oleh itu, kami akan meneliti nas – nas al-Quran dan Hadis Rasulullah saw mengenai keadaan umat akhir zaman, serta mengenai golongan Ikhwan diakhir zaman yang sangat dicintai dan dirindui oleh Baginda, malahan dicemburui oleh para sahabat Baginda.
Umat Islam Sekali Imbas.... Umat Islam pernah berada di era kegemilangan. Ianya telah menjadi bukti sejarah. Kegemilangan umat ketika itu bukan sahaja berjaya menguasai ¾ dunia, tetapi juga turut melalui tempoh yang panjang, iaitu 700 tahun atau tujuh abad. Zaman
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
5
kegemilangan umat itu adalah di atas kehendak dan pertolongan Allah swt, kerana mereka memiliki ciri-ciri peribadi agung. Peribadi-peribadi agung itu sangat dipandang oleh Allah swt(
), hingga layak memperolehi naungan Allah swt, hingga bangsa-bangsa
lain seronok bernaung di bawah mereka. Martabat dan maruah umat itu diangkat oleh Allah swt bukan tanpa sebab, atau secara tidak sengaja, melainkan kerana mereka amat berpegang dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba. Sifat dan rasa kehambaan mereka amat kuat, sehingga memusnahkan segala sifat mazmumah dan sifat keji. Mereka juga benar-benar menghayati rasa berTuhan. Mereka benar-benar merasai mereka di dalam kekuasaan Allah swt. Taqwa mereka sangat tinggi. Syariat sangat dijaga dalam semua aspek. Sangat takut dan cemas berhadapan dengan akhirat, lantaran itu mereka takut untuk berbuat dosa. Mereka juga memiliki sifat-sifat kekhalifahan yang sangat menonjol. Mereka begitu bersungguhsungguh melaksanakan ajaran Islam dalam aspek hablumminnannas atau urusan hidup berpandukan syariat Islam. Ertinya mereka yang habluminallah dan hablumminnannas sama kuat dan sama naik. Memimpin dan ibadah berjalan serentak Mereka inilah yang ditujukan oleh Rasulullah saw daripada sabdanya yang bermaksud :“Sesungguhnya Allah(
), dengan kitab ini (Al Quran) meninggikan darjat satu kaum dan
menjatuhkan kaum-kaum yang lain”. (Riwayat Muslim). Kini apabila umat Islam melupai Allah swt, mengabaikan sunnah Rasulullah saw, maka umat Islam menjadi hina dina di mana-mana. Ini jelas apabila umat islam sendiri dilanda berbagai krisis. Dunia Islam porak peranda, pertelingkahan, permusuhan, malah peperangan berlaku di manamana. Saling tindas menindas, zalim menzalimi, berhasad dengki, jatuh menjatuh, fitnah menfitnah, kutuk mengutuk, tamak haloba, rakus dan berbagai gejala negatif. Hingga ke
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
6
peringkat seolah-olah menjadi juara gejala negatif dalam beberapa aspek tertentu, umpama dadah. Boleh juga dianggap seperti haiwan, kerana kehidupan mereka atau kecenderungan mereka hanya kepada makan minum, hiburan dan seks. Persoalan tuhan dan akhirat sudah padam dari fikiran dan hati mereka. Bahkan, tidak terfikir pun dikalangan mereka untuk menegakkan kembali empayar Islamiah Jiwa mereka juga kosong. Hilang kebahagiaan, putus asa, kecewa, menderita. Tidak boleh disentuh oleh ujian atau musibah, mereka akan menjadi resah, merana dan rusuh. Sikap membazir, berpoya-poya adalah resam dan budaya hidup mereka, sedang gejala negatif tidak dibendung, malah turut memberi laluan dan sumbangan kepada membiak dan merebaknya gejala negatif. Dan tenggelam punca, serta tidak mampu pula untuk menyelesaikannya. Malahan, agama dan akhlak dianggap persoalan individu, hingga dianggap penghalang kemajuan. Agama Islam hanya sekadar upaya sekali sekala. Itupun hanya label dan tempelan yang sangat bersifat kulit. Kadang-kadang agama bukan untuk penghayatan, tetapi sekadar propaganda untuk meraih sokongan. Umat Islam akan kembali gemilang, kerana telah disabdakan oleh Rasulullah saw bahawa Islam akan kembali gemilang di akhir zaman berdasarkan sabdanya yang popular di seluruh Dunia Islam "Islam akan bangkit dari timur". Timur mana lagi yang hendak di harapkan? Adakah China, Hong Kong, Jepun dan Vietnam….tidak sama sekali. Malaysia dan Indonesialah yang menjadi harapan umat Islam seluruh Dunia Islam untuk menegakkan kembali zaman kegemilangan Islam semula di akhir zaman ini. Telah terbukti bahawa, selama 450 tahun dijajah oleh bangsa Eropah, impian mereka untuk menghapuskan Islam dan menyebar Kristian tidak begitu berjaya. Ini adalah tanda dari Tuhan, bahwa Allahlah yang memelihara bara Islam di Tanah Nusantara ini, untuk kebangkitan Islam dari timur
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
7
di akhir zaman seperti pernah disabdakan Rasulullah saw. Marilah kita berusaha memperbaiki diri dengan muhasabah diri, dan mujahadah ke atas nafsu kita yang selama ini meruntuhkan fitrah dan kemanusiaan kita. Berjuanglah terhadap nafsu dan syaitan, untuk mengelakkan perjuangan kita ditipu nafsu dan dipermainkan syaitan. Sebenarnya musuh pejuang bukan manusia, tetapi manusia untuk di Islamkan dan yang Islam untuk ditingkatkan keislaman mereka, agar selamat didunia dan akhirat Nafsu dan syaitan bekerja untuk menjadikan manusia dan pejuang derhaka kepada Allah, agar Allah murka dan kita masuk neraka bersama-samanya. Tegakkanlah Islam secara menyeluruh (syumul) bermula dengan diri sendiri, kemudian perkembangkanlah keatas keluarga, rakan, seterusnya masyarakat. Moga-moga kita berpeluang melihat kembali zaman kegemilangan Islam seperti yang telah disabdakan oleh Sayyidul Mursalin.
Politik 1) Pentadbiran (i) Sistem Khilafah Dan Sistem Birokrasi Barat Selepas kejayaan Rasulullah mengasaskan negara @ daulah pertama Islam di Madinah, kepimpinannya disambung oleh para sahabatnya yang terpilih. Selang 40 tahun selepas kewafatan Baginda, berlaku perombakan sistem pentadbiran yang dilakukan oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan, dengan menukar sistem pelantikan khalifah dari keputusan syura kepada sistem warisan. Berlanjutanlah sistem itu terhadap masyarakat Islam, hingga kejatuhan sistem khalifah terakhir Daulah Islamiah Bani Uthmaniyah ditangan Mustafa Kamal Atarturk. Dikala itu juga, penjajahan Barat melata banyaknya, hingga
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
8
tiada wilayah Islam yang tidak terkesan akan kezalimannya. Ada wilayah Islam yang terus dihancurkan sama sekali kepimpinannya seperti Kesultanan Melaka, namun ada juga yang melalui muslihat dan penipuan seperti Khilafah Uthmaniyah. Semenjak itu, Barat mengambil alih segala perkara didalam wilayah tersebut, dari aspek pentadbran, ekonomi dan cukai, bahkan termasuk bab zakat dan agama Islam. Sistem Birokrasi Barat diperkenalkan dengan Gabenor Jeneral sebagai ketua menggantikan Sultan atau ketua agama Islam. Demikian ia berlangsung sehinggalah, wujud kesedaran para pejuang tanah air yang menginginkan kemerdekaan dan kebebasan untuk mentadbir tanah air sendiri. Para pejuang kemerdekaan itu, akhirnya mendapat kemenangan dan seterusnya memperjuangkan sistem Birokrasi Barat yang telah terkesan didalam hati mereka, melalui sistem pendidikan Barat yang menjadi sumber rujukan mereka. Lalu, berterusanlah sistem ini mewarnai dan mencorak wilayah tersebut, dengan corak kepimpinan Barat, sebagai idola para pemimpin mereka. Ini berbexa dengan Islam, kerana sistem pemerintahan Islam sangat jauh berbeza dengan sistem ideologi-ideologi manusia, hasil terbitan akal manusia itu sendiri. Islam mempunyai tafsiran yang lebih khusus dan istimewa tentang pemerintahan, bahkan lebih bijak dan adil. Sistem pemerintahan Islam mengambil al-Quran dan as-Sunnah, sebagai rujukan dan dasar undang-undangnya. Para pemimpinnya adalah orang-orang baik, bertanggungjawab, jujur, amanah, adil, faham Islam, berakhlak mulia dan bertaqwa. Dasar pendidikannya ialah Dasar Pendidikan Rasulullah. Yang dapat melahirkan orang dunia dan akhirat, berwatak abid dan singa, sekaligus bertugas sebagai hamba dan khalifah Allah. Perlantikan ketuanya pula ada cara yang tersendiri, cara yang adil dan tepat. Berbeza dengan cara demokrasi, revolusi dan diktator. Sistem syura juga tersendiri, unik dan
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
9
harmoni. Segala-galanya berbeza dengan sistem sekular. Contoh yang dapat dilihat ialah, di Pakistan yang digelar sebagai “Islamic Country” yang mengambil al-Quran dan Sunnnah sebagai dasar perlembagaan, perundangan dan pemerintahan negaranya. Bukankah negaranya itu merupakan negara yang rendah martabat kedudukannya dimata dunia? Mengapa? Ini adalah kerana Islam cuma pada nama dan slogan, tetapi tidak dalam praktisnya.
Pendidikannya sekular, politik demokrasi, dan sosialnya ala Barat yang
semuanya dilabel Islam. Hasilnya, yang miskin terlalu miskin, dan yang kaya terlalu kaya. Jadilah Pakistan negara yang sangat memalukan untuk dikatakan sebagai Negara Islam. Begitu juga negara Islam lain yang tidak mengisi pemerintahannya dengan pentadbiran Islam. Hasilnya, bukan sahaja tidak cantik dan indah, tetapi menyedihkan untuk diakui sebagai Negara al-Quran dan Sunnah serta Negara Allah dan Rasul. Bukannya mudah untuk membangunkan Negara Islam seperti yang Allah mahu, tidak semudah yang difikirkan oleh pejuang-pejuang Islam hari ini. Berbezanya sistem politik Islam dengan yang bukan Islam, ialah ia bertunjang kepada Tauhid. Roh tauhid pada manusia itu seolah-olah akar tunjang kepada pokok. Segala ranting dan daun bergantung kepada akar tunjang itu. Bermakna, politik Islam bukan berdiri sendiri, ia berlaku kerana manusia yang mengamalkan ketauhidan (rasa berTuhan), itu amat menebal. Hancurnya sistem pemerintahan komunis dan raja-raja yang lain, adalah kerana akar tunjangnya tidak kuat dan lemah, bahkan tiada. Puak-puak kapitalis dan nasionalis juga sedang dirundung malang, akibat menolak Tuhan dari sistem politik mereka. Mereka seolah-olah anak kecil yang tidak mahu terikat dengan ibu bapa mereka didalam urusan hidup mereka sendiri. Bayangkanlah.... (ii) Sistem Ulama’ Dan Umara’
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
10
Perkataan ulama’ adalah satu istilah dalam bahasa arab, iaitu jamak (plural) yang berasal dari perkataan “alimun”, bermakna seorang alim dan pandai. Bermakna ulama’ adalah orang yang berilmu, sama ada ilmu akhirat mahupun ilmu duniawi, tetapi alQuran dan Sunnah, telah menyimpulkan bahawa ulama’ dalam pandangan Islam, ialah orang alim yang beriman, yang takutkan Allah dan beramal dengan ilmunya. Instisusi Ulama’ telah ulama wujud didalam sejarah Islam, bahkan, ketika zaman kegemilangan Islam, ulama’-ulama’ adalah orang yang paling memainkan peranan didalam masyarakat, kearah melahirkan masyarakat yang bertaqwa dan berguna kepada agama dan negara. Sejarah telah menunjukkan betapa berkesannya dan berperanannya ulama’ didalam mendidik dan memantau, bukan saja pergerakan masyarakat, bahkan dengan umara’ iaitu golongan pemerintah. Lihat saja bagaimana rapatnya khalifah-khalifah terdahulu dengan ulama’ seperti khulafa’ ar-Rasyidin, Khalifah Harun ar-Rasyid, Khalifah al-Makmun dan juga Sultan Muhammad al-Fateh serta Sultan Salahuddin al-Ayubi. Ulama’ dizaman itu, bukan setakat ulama’ yang bertaraf biasa, tetapi ulama’ yang bertaraf ulama’ akhirat dan para mujaddid (orang yang membaharui agama Islam). Ini bersandarkan kepada Hadis Rasulullah saw bersabda bahawa “Allah (
) akan utus pada umat ini (umat
Muhammad) diawal setiap 100 tahun, seorang yang membaharui urusan agamanya.” Umat Islam dewasa ini perlu sekali kenal ulama’ supaya mereka mencintai dan mendapat didikan, serta pimpinan yang wajib mereka perolehi dalam hidup didunia ini. Di zaman tidak ada nabi dan rasul ini, hanya ulama’ yang boleh mendidik umat dengan iman dan Islam. Iaitu ulama’ pewaris nabi (warisatul anbiya’), yang dengan didikannya umat akan bertemu jalan hidup yang sebenarnya seperti yang ditunjuk oleh al-Quran dan Sunnah, satu-satunya jalan yang menjamin kebahagiaan dunia akhirat.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
11
Malangnya, kini terdapat golongan ulama’ sendiri yang telah terlibat sama dengan gejala masyarakat, dengan mengutamakan kepentingan diri sendiri, dengan menyembunyikan kebenaran, demi periuk nasi mereka. Mereka bergelanggang didalam pejabat-pejabat mereka, sedang masyarakat terumbang ambing menahan arus yang amat dahsyat. Mereka sebagai dahan tempat bertahan pula mematahkan diri, dan membiarkan sahaja diri mereka turut hanyut bersama-sama manusia lain. Para ulama’ hari ini bukan sahaja tidak berperanan terhadap umara’, bahkan mereka tidak berpengaruh dikalangan masyarakat. Mereka adalah golongan yang tewas berdepan dengan sains dan teknologi sekular ini, kerana takut disisihkan, mereka menjelma dengan wajah yang baru seolah-olah bukan ulama’ lagi. Ceramah mereka bukan berisi Islam yang sebenar, nak dikata sains pun tidak. Dengan itu masyarakat berasa selamat, padahal mereka sudah hampir-hampir maut dikerjakan oleh nafsu, syaitan, Yahudi dan Nasrani. Tak ada sesiapa yang tahan dengan seksa Neraka Allah, tetapi semuanya berbondong-bondong menuju ke pintu neraka. Hingga begitu pun, tidak ada lagi orang yang menangis kerana pewaris-pewaris nabi sudah hampir pupus dari dunia ini. Moga- moga diharapkan ulama’ akan kembali pada kemuliaan yang sebenar, kemuliaan yang dinikmati oleh salafussoleh dizaman kegemilangan Islam, ketika umat Islam menjadi tempat rujuk dan sandaran dunia. Hingga umat Islam dipuja dan digeruni mausia sedunia, bukannya jadi kuli yang murah harganya, tidak dipeduli, terbuang dan terhina. 2) Perundangan (i) Hukum Fiqh, Hudud Dan Ta’zir Vs Hukuman Barat Selepas Islam diterima oleh masyarakat Madinah, Nabi Muhammad saw telah menjalankan sistem hukuman Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah Baginda,
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
12
yang lebih popular dengan nama Hukum Hudud. Hukum Hudud adalah sebagai sistem perundangan Tamadun Islam secara rasmi semenjak zaman Rasulullah saw hinggalah zaman khalifah Bani Uthmaniyah. Semua wilayah Islam, termasuk Kesultanan Melaka juga menggunakannya sebagai cara perlaksanaan hukuman keatas penjenayah atau penjahat. Contoh Hukum Hudud ialah potong tangan keatas pencuri, hukum pancung keatas orang yang meninggalkan solat selepas 3 kali berturut-turut selepas dinasihat, hukuman sebat keatas pembuat fitnah, hukuman 80 kali rotan kerana meminum arak, dan hukuman rejam keatas penzina yang sudah berkahwin serta 100 kali rotan keatas penzina yang belum berkahwin. Sementara Hukum Ta’zir adalah seperti diarak keliling bandar dengan dicontengkan mukanya, dipenjarakan, diikat di tiang dan dipamerkan, serta denda duit dan disuruh buat kerja berat. Sejarah telah membuktikan bahawa hukum hudud adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kejahatan dan memberi jalan keluar kepada masalah manusia. Dizaman kgemilangan Islam yang lampau, orang kafir turut menerima dan terasa keadilannya. Tetapi, selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah di Turki, dan kejatuhan wilayah-wilayah Islam yang lain ketangan Barat, sistem Perlaksanaan Barat dijalankan dengan penjara, dan gantung, serta sebat sebagai cara perlaksanaan hukuman. Selepas berundurnya Barat dari wilayah-wilayah Islam, kita dapat pula lihat masyarakat
menerimapakai sistem ini tanpa penggubalan langsung
keatasnya, seolah-olah ia amat sesuai dan adil. Hinggalah suatu saat, timbul semangat untuk memperjuangkan Hukum Allah ditengah masyarakat oleh parti-parti dan jemaah Islam, sebagai tanda kesyumulan Islam. Tetapi masalah timbul apabila masyarakat menolak dan mempertikaikan Hukum Hudud dengan mengatakan bahawa ia zalim dan kejam, bahkan ketinggalan zaman. Soalnya, mengapa Islam menurunkan hukuman
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
13
Hudud yang nampaknya begitu memalukan, mengerikan, menakutkan dan menyeksakan? Padahal telah berulang kali disebut bahawa Islam itu agama keselamatan. Sebenarnya, disebalik Hukum Hudud itu ada falsafah dan hikmah yang maha indah dan agung, yang dapat mempertemukan antara kepahitan dan kemanisan Islam. Terselit pula didalamnya nilai kebaikan dan kasih sayang yang cukup menginsafkan. Umpama melihat laut yang bergelora dan sangat menakutkan, tetapi didalamnyalah terdapat rezeki yang menakjubkan seperti ikan, mutiara, minyak, dan kehidupan yang penting bagi kita. Sesiapa yang melihat gelombang lautan secara lahiriah saja, nescaya akan benci dengan laut, tetapi hari ini membuktikan ramai yang mencintainya, kerana diketahui disebalik gelora itu ada kenikmatan yang menguntungkan. Sebenarnya Hudud ialah langkah yang paling akhir yang dikenakan keatas penjahat, setelah berbagai cara tidak lagi boleh mendidiknya, bahkan Hudud ini perlulah dilaksanakan apabila masanya telah cukup, iaitu semua orang bukan didalam keadaan jahil dan baik, serta faham akan keadilan Hudud itu sendiri.. Maknanya, Hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yang sudah baik-baik, demi mengawal kebaikan daripada dirosakkan oleh orang jahat yang sudah tidak makan diajar. (ii) Poligami Poligami adalah salah satu warisan Tamadun Islam ketika era kegemilangannya, hampir semua golongan mengamalkannya, sama ada pemimpin, ulama’ dan rakyat biasa demi menghidupkan dan meninggikan syiar Islam dan sunnah Nabi Muhammad saw. Tetapi, poligami diakhir zaman ini, walaupun wujud dalam Islam tetapi ia merupakan satu perkara yang sangat terasing dan terpinggir. Seolah-olah ia tidak wujud dalam ajaran Islam. Siapa yang mengamalkannya dianggap satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, dipandang serong dan dimusuhi. Bahkan dianggap lebih jahat daripada orang yang berbuat maksiat dengan wanita atau suami yang bukan muhrimnya. Akhirnya , umat
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
14
Islam menentang poligami, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bukan saja dikalangan wanita yang menentang, bahkan sebahagian ulama juga ikut dalam barisan penentangan poligami. Ada juga ulama yang membolehkan poligami sebagai jalan keluar seorang lelaki, tetapi dengan syarat yang sangat berat, seolah-olah poligami hanyalah diperuntukkan kepada Rasulullah saw dan para Sahabat saja. Kalaulah poligami dalam Islam tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakan manusia terutama orientalis dan orang Islam yang tidak faham, akan menganggap bahawa poligami ini tidak lain tidak bukan, hanya satu cara lelaki memuaskan nafsu terhadap kaum perempuan. Maka, timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang berpoligami. Poligami jadi bertambah “buruk” kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut cara yang sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan Islam ini. Lalu, bagi orang yang tidak faham dan orientalis, inilah kesempatan mereka untuk menekan, mencemuh dan menghinanya. Diakhir zaman ini, kita tidak berpeluang untuk bertemu dengan Rasulullah saw dan tidak pernah hidup bersama Baginda, tetapi kita diberi peluang untuk mengamalkan Sunnahnya, termasuk poligami. Bahkan, ganjaran bagi mereka yang menghidupkan satu sunnah yang sudah dilupakan orang, ialah 100 pahala mati syahid. Malah, Rasulullah pernah menggambarkan di kala kemerosotan iman berlaku di akhir zaman, wujud sekelompok manusia bergelar Ikhwan. Mereka inilah kumpulan yang menghidupkan sunnah Rasul walaupun mereka tidak pernah melihat Baginda. Sebenarnya, amalan poligami adalah salah satu senjata umat Islam yang mampu untuk melahirkan generasi kegemilangan Islam, seperti yang dicapai oleh umat terdahulu, kerana di dalamnya terdapat berbagai kaedah yang terbukti berkesan dalam menyelesaikan permasalahan ummah seperti, gejala sosial dan zina. Islam tidak
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
15
memandang poligami hanya sekadar jalan keluar bagi seorang lelaki atau jalan menyelamatkan wanita, tetapi ia adalah satu cara untuk mendidik para perjuang, para pemimpin, para wanita dalam perjalanannya menuju taqwa, sekaligus merupakan asas untuk membangun empayar Islam. Poligami sebenarnya merupakan satu proses tarbiyah dan didikan yang cukup hebat. Dari poligamilah, lahir dan timbul kekuatan-kekuatan lain, tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang dapat menguatkan kita. Contohnya berani, iaitu berani berhadapan dengan isteri bila hendak kahwain lagi, berani berhadapan dengan keluarga dan masyarakat, kerana ramai lelaki yang tidak sanggup berpoligami kerana takut dengan isteri dan keluarga. Antara sifat lain, poligami menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam perilaku dan perasaan isteri. Suami akan terlatih bagaimana hendak berpsikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang dapat membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spiritual. Seolah-olah poligami adalah riadhah (latihan) bagi akal, fizikal, hati, dan nafsu kita. Poligami juga merupakan gelanggang ujian kepimpinan, kesabaran, mujahadah, keadilan, serta kejayaannya berteraskan kemantapan keyakinan, minda, ibadah, dan pinya tujuan yang jelas dan tepat, yang menjurus kepada mendapatkan redha Tuhan. Ujian kepimpinan sebenarnya bermula dirumah. Seorang suami yang dikira berjaya, apabila dapat mendidik serta memimpin para isteri dan anak-anaknya dirumah untuk dibawa menuju Allah. Bukan saja bagi suami, bahkan isteri juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujukmujuk hati, terpaksa berkorban perasaan, mereka juga akan mendapat berbagai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami. Diwaktu mereka tidak bersama suami, itulah kesempatan bagi mereka untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, sehingga para isteri
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
16
lebih terdidik untuk mencintai Allah lebih dari mencintai suaminya sendiri. Bila kita mendapat cinta dan kasih sayang Allah, dapatkah kita bandingkannya dengan cinta dan kasih sayang suami yang sementara? Tentu saja tidak dapat dibandingkan cinta Khalik (Tuhan) dengan cinta makhluk. Sedang, sesetengah perkahwinan secara monogami memperlihatkan nafsu wanita itu dibela, dan sifat nafsu yang mementingkan diri amat jelas didalam keluarga tersebut. Hasilnya, keluarga berpoligami itu akan melahirkan satu generasi bertaqwa, yang sentiasa menentang nafsunya dan bermunajat, mengadu dan berserah hanya kepada Allah, sekali gus menjadikan Allah sebagai Kawan terAgungnya. 3) Pertahanan (i) Taqwa Vs Quwwah Jika kita lihat di zaman kebangkitan Islam dan ilmu dahulu kala, umat Islam menjadi juara dalam segala bidang, ilmu, pertanian, perdagangan mahupun pertahanan dan ketenteraan. Bahkan, umat Islam mampu mencipta senjata-senjata yang baru dan moden di zaman itu, seperti kaedah manjenik dan berbagai-bagai lagi persenjataan yang telah ditiru oleh Barat. Namun, hari ini umat Islam lemah-selemahnya kerana di segala aspek mereka gagal untuk menandingi musuh, bahkan banyak di kalangan negara Islam hari ini yang mengimport dan menggunapakai sistem dan jentera-jentera ketenteraan yang di aplikasikan dari Barat. Yang peliknya, dengan senjata dari Barat itulah yang dikatakan hendak memerangi Barat, sedang penciptanya adalah dari orang Barat yang sudah pasti amat maklum akan kebolehan dan kekuatan serta kelemahan senjata itu. Sebenarnya, setelah sekian lama dijajah, umat Islam lupa dan hilang punca dengan senjata rahsia mereka yang telah diguna pakai oleh salafussoleh dizaman dahulu, yang terbukti bukan sahaja berkesan, tetapi mampu menerobos sempadan dan wilayah, malahan hati-hati orang kafir gerun dan cair tatkala diberitakan kedatangan Islam.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
17
Senjata itu ialah taqwa kepada Allah, yang amat ditakuti oleh para kuffar, disebabkan dengan asbab itu, Bantuan Allah turun tanpa dihijab. Ini terbukti dimana perang salafussoleh dahulu seperti Perang Tabuk, yang mana 3000 tentera Islam mengalahkan 200,000 orang Rom. Mana ada sejarah lain yang menyebutkan sedemikian, ini tidak lain tidak bukan ialah Bantuan dari Allah. Ini kerana, dengan mendapat taqwa, Allah mejamin keselamatan kita, seperti didalam ayat “Allah adalah wali (penyelamat) kepada orang yang bertaqwa” dan "Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa." (Al Baqarah: 197). Sebenarnya dalam sejarah Islam, tidak pernah umat Islam mendapat kemenangan, mempengaruhi dan menguasai dunia, kerana jumlah yang banyak, mahupun kelengkapan perang yang hebat, tetapi mereka mendapat kemenangan kerana Bantuan Tuhan. Walaupun jumlah mereka tidak banyak, kekuatan fizik dan ekonomi mereka jauh lebih lemah dibanding musuhmusuh mereka. Ketika penjajah Barat menjajah negara-negara didunia, mereka membawa kekuatan tentera dan persenjataan. Rakyat jajahan terpaksa taat dengan kehendak penjajah. Tetapi, untuk menguasai sebuah negara, pemimpin Islam tidak mengirimkan jumlah tentera yang banyak dan persenjataan lahiriah yang canggih. Umpamanya, Syed Abdul Aziz yang bertaqwa, dapat mengIslamkan seluruh Melaka selepas bertemu dengan Parameswara, begitu juga dengan Khalifah Umar al-Khattab yang menghantar wakil-wakilnya ke Syam, Palestin, Iraq, dan Mesir yang pergi bersendirian, tetapi dengan ketaqwaan mereka, orang-orang Majusi, Nasrani dan Yahudi dapat menerima mereka dan belaku taat terhadap mereka. Oleh itu, dapat dilihat kalau mereka tidak Tuhan jaga, sudah tentu mereka akan ditangkap, dibunuh dan dibuang ke Sungai Melaka. Dalam keghairahan ingin berjuang, umat Islam perlu beri perhatian
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
18
kepada soal taqwa, kerana Tuhan menolong bukan atas dasar jumlah yang ramai, tetapi atas dasar taqwa. Bila umat Islam sudah menjadi Ahlillah (orang Allah), maka Allah swt pasti akan membela kita. Contoh kekuatan taqwa yang lain ialah didalam Perang Badar, musuh punyai 700 ekor kuda, sedang umat Islam hanya mempunyai 2 ekor kuda, tetapi hasilnya umat Islam yang menang. Hebatnya Allah. Malangnya, kebanyakan ulama dan pejuang-pejuang Islam tidak ambil peduli soal taqwa, mereka berjuang, berdemonstrasi dengan bersandarkan jumlah yang banyak, bukan kualiti taqwa yang tinggi. Hasilnya, umat Islam terus terhina dan kalah di mana-mana, kerana dari segala segi, batin dan lahiriah mereka lemah. (ii) Militan Islam ? Sekarang ini dunia heboh tentang soal militan, terutamanya Amerika Syarikat. Siapa sahaja yang mengganas atau menggunakan kekerasan terhadap negaranya atau negara sekutunya, dianggap militan. Agama Islam dan umatnya yang disalahkan, hingga Islam dan seluruh umatnya dianggap militan. Tetapi kalau Amerika atau sekutunya menggunakan kekerasan terhadap pihak lain, itu tidak pula dianggap militan. Istilah militan sepatutnya tidak digunakan terhadap individu, walaupun individu itu bersikap ganas atau militan. Ia lebih ditujukan kepada kelompok yang bertindak terhadap musuhnya secara ganas yang boleh menyebabkan kecederaan, kematian dan kemusnahan harta benda dan yang menimbulkan kebimbangan dan ketakutan di kalangan musuhnya. Sesuatu kelompok yang dikatakan militan itu ialah, yang membawa sesuatu ajaran, sama ada yang berdasarkan agama atau ideologi, yang mana pemimpin dan yang dasar perjuangannya, ialah untuk mengajak atau menyuruh pengikut-pengikutnya bertindak terhadap musuh-musuh atau lawannya, bila ada peluang sama ada secara fizikal atau
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
19
dengan senjata. Biasanya orang atau kelompok yang jadi militan ialah yang ada cita-cita, yang ada ideologi, yang ada pimpinan, ajaran, keyakinan dan pegangan sama ada ianya berdasarkan agama, ideologi atau rasa sakit hati kepada sesuatu golongan yang lain. Kelompok yang tidak ada pimpinan, yang hanya dididik oleh suasana dan alam sekitar, biasanya tidak akan menjadi militan. Mereka hanya akan menjadi kasar dan keras hati. Kalau berlaku pun, bukan secara jemaah atau kelompok tetapi secara individu Dunia hari ini sibuk memperkatakan tentang militan. Di sesetengah negara, pemimpinpemimpin mereka sampai pening-pening kepala memikirkan tentang militan ini. Lebihlebih lagi setelah berlakunya peristiwa 11 September yang lalu, soal militan ini tambah dipandang serius oleh dunia, tidak kira dunia Islam mahupun dunia bukan Islam. Hingga Pertubuhan
Bangsa-Bangsa
Bersatu
(PBB)
pun
membincangkannya.
Tambahan pada itu, masalah militan ini membawa satu dimensi baru yang sangat mencabar para pemimpin dunia. Disamping ianya bahaya dan menakutkan, ianya juga rumit dan berat untuk diselesaikan. Kerana para militan ini ialah orang-orang yang berani mati. Orang-orang yang memang hendak mati. Mereka ini rela membunuh diri. Kalau diri
sendiri
pun
sanggup
dibunuh,
membunuh
orang
lain
senang
sahaja.
Kalau para militan ini tak berani mati, lebih-lebih lagi kalau mereka takut mati, tak apa juga. Banyak perkara boleh diusahakan untuk mencegah kegiatan mereka, untuk menghalang, mengancam dan menakutkan mereka. Tapi kalau matipun mereka sudah tidak takut, apa benda lagi dalam dunia ini yang boleh menakutkan mereka? Bukankah mati itu perkara yang paling dibenci dan ditakuti oleh manusia. Oleh itu para militan ini tidak makan saman, tidak takut diugut malahan, tidak takut diancam dan tidak takut dihukum, serta tidak takut dibunuh dan tidak makan suap. Dalam ertikata yang lain,
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
20
mereka ini tidak mudah hendak dibendung. Bagaimana hendak menghadapi manusia yang berani mati ini? Inilah perkara yang merisaukan dan memeningkan kepala para pemimpin dunia. Jalan ahli fikir dan ahli filasuf yang digunakan selama ini pula sudah menemui jalan buntu. Ia jelas tidak mampu lagi untuk menangani masalah ini. Malahan bukan sahaja ia tidak mampu, bahkan semakin lama ia semakin memburukkan keadaan dan membuatkan masalah ini bertambah serius dan rumit. Tidak ada jalan lain, melainkan kembali kepada jalan dan cara yang telah ditunjukkan oleh para Rasul, iaitu manusia perlu diajak mengenali Tuhan. Bukan sekadar percaya sahaja tetapi mengenali Tuhan. Ramai manusia tidak kira apa bangsa, percaya Tuhan itu ada tetapi mereka tidak merasakan begitu. Mereka tidak rasa dan tidak perasan bahawa Tuhan itu ada. Mereka tidak merasakan bahawa Tuhan itu ada peranan dalam hidup mereka. Mereka hanya tahu dan percaya. Manusia sudah tidak pedulikan Tuhan lagi. Mereka rasakan Tuhan sudah tidak relevan lagi dalam hidup mereka. Mereka sudah lupa Tuhan. Hakikatnya, ada atau tidak Tuhan itu, sama sahaja kesannya pada mereka. Kalau manusia sudah cinta dan takutkan Tuhan, manusia tidak akan berani lagi melakukan perkara-perkara yang negatif dan menyusahkan. Orang yang berani mati yang sudah tidak takut lagi dengan ancaman dunia pun akan berubah, bila berhadapan dengan rasa takut dengan Tuhan dan ancaman akhirat. Undang-undang dan peraturan bukan tidak perlu. Itu jalan terakhir yang sesuai untuk mengawal manusia yang sudah rosak fitrah mereka dan sudah terlalu jahat, hingga tidak terkesan lagi dengan Tuhan.
Ekonomi 1) Sistem Ekonomi (i) Sistem Manusia Vs Sistem Wahyu
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
21
Kita tinjau pula mengenai perbezaan asas antara sistem ekonomi Islam (wahyu) dan sistem ekonomi konvensional (ciptaan manusia) terutamanya dari segi sumber, matlamat dan aktiviti. Perbezaan asas ini telah membawa implikasi yang besar terhadap sesebuah masyarakat dan negara. Di dalam sejarah dunia, terdapat beberapa sistem ekonomi konvensional yang begitu berpengaruh
diseluruh dunia, antaranya:
Kapitalisme Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Di bawah sistem ini seseorang individu berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya. Mencegah orang lain dari menggunakan barang-barang itu dan memutuskan bagaimana barang-barang itu diuruskan setelah dia mati. Dalam hal ini individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain Persaingan pula dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi yang cekap. Pada umumnya, persaingan dalam sistem kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan dibenarkan berjalan lebih bebas berbanding dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah: 1.Ia menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia 2.Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan (bank dan industri kredit) yang mengenakan riba (faedah) 3.Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus atau dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
22
4.Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas aktivitiaktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem kapitalisme dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal 5.Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah sistem kapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi juga dengan bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan 6.Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi hasrat setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan dengannya.
Sosialisme Perbezaan diantara kapitalisme dan sosialisme dapat dilihat melalui kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu, menghasilkan kezaliman ke atas masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat. Kelahiran ekonomi sosialisme menekan perkara yang di sebut “Prinsip sosialisme” adalah: 1.Mengembalikan kuasa ekonomi daripada golongan Borjuis (kapitalis) kepada golongan proliter (petani dan buruh)
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
23
2.Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi kepada negara untuk diagihkan sama rata kepada rakyat Di bawah sistem sosialisme, hakmilik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah dan modal yang digunakan secara besar-besaran. Industri-industri besar dimiliki dan dikawal oleh negara manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oelh individu. Secara umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan menguasai lebih banyak harta berbanding dengan individu di bawah sistem komunisme tetapi sangat kurang berbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme. Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki dan dijalankan oleh negara, maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerja-kerja yang dijalankan oleh persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun begitu peluang untuk menjadi ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil berbanding dengan sistem kapitalisme. Komunisme Sosialisme pula berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada golongan proliter (petani dan buruh) secara demokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun sehingga menjelang perang Dunia Ke-2 (1940-1945), ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan baharu menggunakan kekerasan dicadangkan iaitu dikenali sebagai komunisme. Ianya mendapat sambutan di Barat sesudah kegagalan sosialisme dalam revolusi Perancis. Sistem komunis merupakan satu sistem ekonomi sosialis yang radikal dan satu doktrin politik yang diasaskan oleh Karl Marx. Menerusi sistem ini,
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
24
semua tanah dan modal sama ada yang asli atau buatan manusia, berada di tangan negara sepenuhnya. Rakyat akan menerima pendapatan menurut keperluan mereka, bukan mengikut kebolehan mereka. Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman sosialis dengan komunisme. Guru bagi kedua fahaman tersebut adalah Karl Marx. Tujuan utama penganjur sosialisme ialah untuk menegakkan kerajaan diktator sosialisiaitu Karl Marx yang mengarahkan agar semua komunis mestilah bekerja untuk mengasaskan fahaman sosialisme. Untuk itu merealisasikan cita-cita tersebut, tiga perkara diperlukan: 1.Menghapuskan semua hak milik persendirian 2.Menghapuskan unit keluarga 3.Menghapuskan segala agama
Hakikat Ekonomi Islam Dalam Islam hakikat ekonomi adalah untuk dapat kita merasakan bahawa segala harta benda termasuk segala hal lain yang ada hubungannya dengan ekonomi adalah kepunyaan Allah semata-mata, bukan kepunyaan kita. Kita hanya diamanahkan oleh Allah supaya kita dapat mengendalikan dengan sebaik-baiknya. Itulah hakikat ekonomi Islam yang sebenarnya, menepati fitrah keseluruhan manusia. Dengan demikian ekonomi yang diwujukan di dunia ini adalah ekonomi akhirat dengan tujuan untuk membina iman dalam diri kita. Ekonomi untuk menginsafkan kita sebagai hamba Allah.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
25
Kalau kita berekonomi bukan untuk Allah, bukan untuk Akhirat maka akan terjadilah krisis, akan terjadilah kekacauan, perpecahan dan permusuhan. Akan berlakulah berbagai-bagai bencana dalam kehidupan manusia akibat daripada berekonomi sermatamata untuk membangunkan dunia. Oleh kerana itu kalau kita beroleh banyak keuntungan hendaklah banyak pula kita berkorban. Semakin banyak untung semakin banyak pula pengorbanan maka akan bertambahlah pula pahala dan semakin hampir diri kita dengan Tuhan yang Maha Pemurah. Kerana Tuhan yang Maha Pemurah itulah sebenarnya yang memberi kita keuntungan dalam berekonomi. Sekalipun ekonomi kita rugi, yang penting dapat tingkatkan iman dan semakin hampir dengan Allah kerana hakikatnya yang mengizinkan kita mengalami kerugian adalah Allah jua. Maka peranan ekonomi sebenarnya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Walaupun rugi, pada pandangan Allah tidak rugi, sebaliknaya Allah akan memberi pahala yang besar. Itulah yang dikatakan perniagaan Akhirat. Tujuan Ekonomi Islam Tujuan ekonomi Islam sangat jauh berbeza dengan sistem ekonomi lain. Islam memandang ekonomi sebagai salah satu aspek perjuangan untuk menegakkan agama Tuhan. Tujuan-tujuan ekonomi Islam adalah seperti berikut : 1. Melahirkan kehidupan Islam dalam bidang ekonomi. 2. Menjadikan kita memiliki harta yang dengannya dapat menjalankan ibadah seperti zakat. 3. Memberikan khidmat kepada masyarakat.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
26
4. Untuk menghindarkan dosa bersama, sebab sebahagian daripada ekonomi itu adalah fardhu Kifayah. Ekonomi fardhu kifayah kalau tidak dibangunkan maka semua umat Islam ditempat tersebut akan jatuh berdosa. 5. Untuk dapat berdikari sehingga tidak bergantung kepada pihak lain. Dengan demikian dapat hidup merdeka dengan tidak diatur oleh pihak lain. 6. Untuk memanafaatkan sumber semulajadi dan hasil bumi supaya tidak membazir dan berlaku pemborosan. 7. Menghidarkan supaya bahan-bahan mentah tidak terjatuh ketangan orang yang derhaka kepada Tuhan yang pada akhirnya akan menyalahgunakan nikmat-nikmat itu. 8. Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan mengatasi masalah pengganguran. 9. Untuk mensyukuri nikmat Tuhan. 10. Untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya kepada manusia melalui ekonomi. Inilah tujuan ekonomi Islam. Kesepuluh perkara ini hendaklah ditanam betul-betul dalam dalam fikiran dan hati barulah boleh ekonomi Islam dilaksanakan. Tanpa kesepuluh tujuan ini maka kita akan berhadapan dengan satu perkara yang amat merbahaya. Kita akan berhadapan dengan jurang kehancuran dan jurang api neraka. Tetapi kalau kesepuluh perkara ini benar-benar kita hayati dapatlah kita terus melangkah membina perjungan Islam melalui ekonomi. Allah akan pimpin kita sampai kepada tujuan murni kita dan mendapat keredhoan Tuhan. (ii) Peranan Tuhan (
)Dalam Ekonomi Islam
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
27
Sistem ekonomi Islam tidak sama dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Ia berbeza dengan sistem ekonomi yang lain. Ia bukan dari hasil ciptaan akal manusia seperti sistem kapitalis dan komunis. Ia adalah berpandukan wahyu dari Allah SWT. Sistem ciptaan akal manusia ini hanya mengambil kira perkara-perkara lahiriah sematamata, tanpa menitikberatkan soal hati, roh dan jiwa manusia. Hasilnya, matlamat lahiriah itu sendiri tidak tercapai dan manusia menderita dan tersiksa kerananya. Berlaku penindasan, tekanan dan ketidakadilan. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ekonomi Islam pula.sangat berbeza. Di antara ciri-ciri ekonomi Islam ialah: 1. Ekonomi Islam Melibatkan Tuhan (
)
Orang Islam berekonomi dengan niat kerana Allah dan mengikut peraturan dan hukum-hakam Allah Taala. Matlamatnya ialah untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah. Syariat lahir dan batin ditegakkan dan hati tidak lalai dari mengingati Tuhan. Aktiviti berniaga dianggap zikir dan ibadah kepada Allah SWT. Ia adalah jihad fisabilillah dan menjadi satu perjuangan untuk menegakkan Islam dan mengajak manusia kepada Tuhan. Sesibuk manapun berniaga, Allah SWT tidak dilupakan. Berekonomi dan berniaga secara Islam adalah di antara jalan untuk menambah bekalan taqwa. 2. Ekonomi Islam Berlandaskan Taqwa Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk mencapai taqwa dan melahirkan akhlak yang mulia. Ini adalah tuntutan Tuhan. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis, modalnya duit untuk mendapatkan duit, tetapi dalam ekonomi Islam modalnya taqwa untuk mendapatkan taqwa. Dalam Islam, berekonomi adalah untuk memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan syariat Tuhan. Ekonomi itu jihad dan ibadah. Oleh
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
28
itu tidak boleh terkeluar dari konsep dan syarat-syarat ibadah. Niatnya, perlaksanaannya dan natijahnya kena betul. Kegiatan ekonomi atau perniagaan yang dibuat itu tidak haram dan tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya tidak boleh ditinggalkan. Kalau solat ditinggalkan, ibadah berekonomi sepertimana juga ibadah-ibadah yang lain akan dengan sendirinya tertolak. Hasil dari ekonomi yang berlandaskan taqwa, akan lahir ukhuwah dan kasih sayang, kemesraan, bertolong bantu, bersopan santun, mendahulukan kepentingan orang lain dan berbagaibagai lagi sifat-sifat yang luhur. Premis perniagaan berasaskan taqwa adalah pusat bina insan yang cukup praktikal dan menguntungkan. Ekonomi Islam lebih mementingkan sifat taqwa daripada modal kewangan yang besar. Ilmu, pengalaman, kemahiran, kekayaan alam semulajadi dan sebagainya. Orang bertaqwa itu dibantu Tuhan seperti dalam
firman-Nya
maksudnya:“Allah
( ) itu pembela bagi orang-orang
bertaqwa”(Al Jasiyah: 19). Orang yang bertaqwa itu, usahanya sedikit tetapi hasilnya banyak. Apatah lagi kalau usahanya banyak. Kalau orang yang bertaqwa menghadapi masalah, Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan dia diberi rezeki oleh Allah dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka. 3. Ekonomi Islam – penuh suasana kekeluargaan Dalam premis perniagaan Islam di mana ada tuan punya atau pengurus dan pekerja, terjalin kemesraan dan kasih sayang seperti dalam satu keluarga. Pengurus seperti ayah. Penyelia-penyelia seperti kakak dan abang. Para pekerja seperti anak. Ayah menjaga keperluan lahir batin anak-anak. Ini termasuk didikan agama, makan minum, keselamatan, kesihatan, pakaian, tempat tinggal, kebajikan dan sebagainya.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
29
4. Ekonomi Islam penuh kasih sayang Islam menganggap berekonomi itu ibadah. Iaitu ibadah menerusi khidmat kita kepada sesama manusia. Manusialah yang Tuhan tuntut supaya kita berkasih sayang dengan mereka. Justeru itu, pelanggan dan ahli-ahli masyarakat tidak dilihat seperti orang lain bahkan saudara-mara. Pelanggan yang datang kepada premis perniagaan dilayan sebaik mungkin seperti tetamu. Mereka datang membawa rahmat dan kembalinya menghapuskan dosa. Pelangganlah tempat mereka mencurah bakti dan khidmat. Pelanggan jugalah orang yang membantu mereka memperbaiki dan mendidik hati. Oleh itu, pelanggan sungguh mahal dan sungguh istimewa.. Inilah ekonomi taqwa dan kasih sayang. Dalam ekonomi kapitalis, tidak ada kasih sayang. Mereka hanya mahukan duit para pelanggan. Jangankan hendak membantu manusia, bahkan mereka sanggup menyusahkan, menindas dan menipu manusia demi untuk mengejar keuntungan. 5.
Ekonomi
Islam
–
Keuntungan
Perniagaan
Untuk
Masyarakat
Dalam ekonomi Islam, keuntungan ada dua bentuk. Satu adalah keuntungan maknawi dan satu lagi keuntungan maddi (material). Islam mengajar ahli ekonomi dan peniaganya untuk mengutamakan untung maknawi daripada untung material. Kalaupun ada keuntungan material, ia perlu dihalakan semula dan diperguna untuk kepentingan masyarakat. Islam tidak menganjurkan keuntungan material ditumpu kepada diri sendiri, keluarga, kelompok atau golongan. Keuntungan boleh diambil sekadar perlu tetapi selebihnya mesti dikembalikan kepada Tuhan melalui bantuan kepada fakir miskin dan masyarakat. Inilah apa yang dikatakan bersyukur. Ekonomi Islam lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat daripada mengumpulkan keuntungan material yang besar. Keuntungan
material
kalaupun
ada,
perlu
disalurkan
semula
kepada
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
30
masyarakat. Begitulah pula selanjutnya, Islam adalah agama yang tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya yang benar-benar dan bersungguh melaksanakan fardhu kifayah di tengah-tengah masyarakat, jauh berbeza dengan sistem kuffar yang menolak dan mengenepikan Tuhan, menyebabkan berbagai kerosakan dan penyakit mazmumah subur di dalam jiwa manusia.. Sosial 3) Sistem Sosial (i) Konsep Islam Sebagai Cara Hidup Islam menekankan tentang konsep Islam sebagai cara hidup dan ad-Deen yang berfungsi di dalam setiap tingkah laku dan peribadi masyarakatnya. Islam itu adalah berlainan sekali dan tidak akan sama, walaupun ada keserasian antara Islam dan agamaagama lain di dunia, ia tidak sama kerana Islam berkait dengan penganutnya dalam berbagai aspek kehidupan disebabkan Islam itu syumul, maka segalanya lengkap, sama ada dari sudut lahiriah seperti, politik, ekonomi, dan sosial masyarakat, mahupun dari asperk kerohanian seperti iman, taqwa dan perkara-perkara ghaib. Ini menjadikan ada satu kekuatan yang tersembunyi apabila mengamalkan Islam secara keseluruhannya, bukan menerima yang separuh, yang difikirkan elok untuk dirinya, sedang dibuang lagi separuh yang dirasakannya membebankannya. Sikap ini dilarang keras Allah swt. Ummat Islam 700 tahun selepas Rasulullah adalah umat Islam yang terbaik, kerana mereka disamping dapat menguasai dunia, ilmu dan hikmah serta Bantuan Allah dapat dilahirkan secara fizikal. Ini kerana mereka mengamalkan Islam sebagai cara hidup, bukan sekadar slogan dan cakap-cakap di warung. Semangat Jihad mereka begitu tinggi, begitu juga kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Perbualan mereka adalah tentang
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
31
kebesaran, keagungan dan kemuliaan Allah, dan Allah benar-benar dijadikan sandaran hidup mereka. Pergantungan dan harap mereka sangat tinggi, hingga Allah sangat memberi perhatian terhadap mereka, lalu dibela-Nya dengan pembelaan yang sebenarbenarnya. Amalan Islam mereka meriah, pakaian dan peribadi mereka dapat membezakan antara yang Islam dan kafir, sunnah Rasulullah saw diterima walaupun orang Islam Ajam (bukan Arab), tanpa sebarang penolakan. Masjid-masjid dihidupkan dengan berbagai amalan yang memberi kesan terhadap orang luar, amalan tasawuf diamalkan dengan pimpinan orang-orang soleh dengan pegangan yang kukuh, melahirkan satu masyarakat yang amat bertaqwa dan sangat berkasih sayang diantara mereka, serta keras terhadap kuffar, malahan di pandang tinggi oleh Allah swt. Tetapi, masyarakat dunia Islam hari ini sudah hilang segala taring mereka, yang sebenarnya banyak perkara-perkara yang telah hilang daripada umat Islam. Sebahagian daripadanya wajib kita mendapatkannya semula. Kerana ia perkara yang amat berharga. Demi keselamatan kita di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat, apa-apa yang telah hilang daripada umat Islam itu, ia boleh dibahagi kepada dua kategori: Pertama:Kehilangan secara khusus Kedua: Kehilangan secara umum PERTAMA: Perkara-perkara yang hilang dari kaum muslimin atau umat Islam secara khusus Di antaranya ialah:
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 1. Hilangnya keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih sayangnya. 2. Hilangnya sifat berani daripada para alim ulama juga kasih sayang dan nasihatnasihatnya serta sifat zuhudnya. 3. Hilangnya sifat malu daripada kaum wanita. 4. Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin. 5. Hilangnya sifat pemurah daripada orang kaya. 6. Hilangnya sifat tawadhuk daripada golongan atasan. 7. Hilangnya ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah. 8. Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada para pejuang Islam. 9. Hilangnya sifat bijaksana dan lemah lembut daripada para pendakwah. 10. Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang. 11. Hilangnya sifat amanah daripada orang yang diberi tanggungjawab. KEDUA: Perkara-perkara yang hilang daripada kaum muslimin atau umat Islam secara umum. Di antaranya ialah: 1. Hilangnya ilmu pengetahuan. 2. Hilangnya kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat. 3. Hilangnya akhlak dan budi pekerti yang mulia. 4. Hilangnya ukhuwah dan kasih sayang 5. Hilangnya rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap kaum wanitanya. 6. Hilangnya perpaduan dan kesatuan umat Islam.
32
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
33
7. Hilangnya rasa bertuhan atau rasa tauhid. 8. Hilangnya rasa cinta kepada Akhirat. 9. Hilangnya rasa takut dengan Tuhan atau dengan dosa. 10. Hilangnya rasa tawakal. 11. Hilangnya rasa qanaah. 12. Hilangnya sifat redha. 13. Hilangnya sifat sabar. 14. Hilangnya sifat bertolak ansur. 15. Hilangnya persahabatan di kalangan kaum muslimin. 16. Hilangnya sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin. 17. Kehilangan tamadun Islam. 18. Kehilangan undang-undang dan perlembagaan Islam. Inilah dia secara rambang apa yang telah hilang daripada umat Islam sama ada yang bersifat khusus mahupun bersifat umum. Kalau begitu keadaannya, ertinya umat Islam itu secara umum telah menjadi miskin di dalam semua hal. Miskin di segi material, miskin dari segi moral, miskin bersifat dunia mahupun miskin bersifat akhirat. Miskin yang bersifat maddi mahupun yang bersifat maknawi dan rohani. Kalau begitu, cuba gambarkan betapa sulitnya kita hendak mengembalikan sesuatu yang hilang selain daripada ilmu pengetahuan. Kerana umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak merugikan. Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa-apa. Begitulah rosaknya jiwa dan cara berfikir umat Islam pada hari ini. Pada hal kekuatan umat
Islam,
keselamatannya,
kemerdekaannya,
kedaulatannya,
kemajuannya,
kejayaannya, kebahagiaannya, dan keharmoniannya, bukan ditentukan oleh faktor ilmu
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
34
semata-mata. Tapi ditentukan oleh semua faktor tadi. Oleh yang demikian, kita umat Islam wajib berusaha dan berjuang untuk mengembalikan semua yang hilang itu agar menjadi milik kita semula. Di sanalah semuanya kemuliaan kita. (ii) Hiburan ? Dulu Dan Sekarang.... Hiburan adalah sesuatu yang fitrah bagi seorang manusia, semua manusia memerlukan satu mekanisme yang dianggap sebagai hiburan untuk menghiburkan hati dan perasaan kita.Jika sejarah dahulu menyatakan, khalifah berhibur dengan pujian dari syair-syair legenda seperti nukilan Farazdaq, serta hiburan istana. Sedang, rakyat biasa seperti al-Farabi yang pandai memainkan gambus sehingga boleh menjadikan seseorang yang mendengar itu tertawa atau menangis. Tetapi, hari ini berbagai bentuk hiburan disajikan kepada kita, sama ada yang melalaikan, mahupun yang mengingatkan kita kepada Allah. Terpulanglah pada kita sama ada mahu memilih, ada berbagai genre lagu sekarang seperti rock, balada, jiwang, bahkan pengaruh black metal dan JIT (Jangan Ikut Tuhan) juga berkembang melalui muzik-muzik yang diperjuangkannya, seperti memuja syaitan dan menghina Tuhan. Bagaimana manusia yang waras dan berkeyakinan kepada Tuhan, sanggup meluahkan dan menyanyikan lagu sedemikian. Ini tidak lain tidak bukan adalah kerana, Tuhan sudah tidak lagi dikenali, malahan peranan Tuhan dalam kehidupan sudah tidak lagi dirasakan.
Perumpamaan yang dapat dibuat bagi menggambarkan
keadaan muzik semasa sekarang ialah dengan menganggap segala bentuk hiburan yang melalai dan merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik tetapi, tidak mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan, malah dipenuhi racun berbisa yang menular dan membunuh secara senyap tanpa disedari. Pada masa yang sama ia juga merupakan pil
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
35
penyubur kepada nafsu yang tidak pernah rehat merosakkan manusia. Tidak membawa manusia kepada fitrah kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan. Malah Tuhan langsung diketepikan. Tidak ada unsur didikan dan panduan. Hasilnya manusia makin liar lalu terbentuklah peribadi yang rosak lagi merosakkan. Ia hanya memberi kelegaan dan kepuasan yang bersifat sementara. Tidak kekal dan tidak selamat, malah ramai yang tertipu dengan hiburan sementara ini. Mereka akhirnya terperangkap dan menjerat diri, hingga menyebabkan sukar untuk melepaskan diri dari cengkamannya. Contoh yang jelas dan nyata ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah, arak, seks dengan alasan sekadar untuk 'release tension' tapi akhirnya apabila sudah terjebak, ia mula memakan diri dan mengakibat kerosakan yang cukup besar dan kronik. Hiburan sebenar adalah hiburan yang mendidik manusia dan membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya selamat lagi menyelamatkan, serta kesannya berkekalan. Merupakan makanan yang berkhasiat dan berzat, cukup dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan pembangunan jiwa, mental dan fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh nafsu yang merosakkan. Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya, tinggi akhlaknya, tajam mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya, serta mampu mencorak dan melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Ini kerana, keindahan yang hakiki berada didalam hati dan jiwa manusia yang berTuhan, kalau kita lihat dari pengalaman kita sendiri, kita hanya berasa tenang apabila kita dalam keadaan tidak berdosa, dan hubungan habluminallah yang sangat kuat antara kita dengan Allah. Sebab itu, hiburan orang beragama terlalu sedikit dari diluar dirinya. InsyaAllah.. 4) Pendidikan
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa (i)
36
Sistem Pendidikan Rasulullah
Kadang kala kita berasa pelik, kenapa sistem pendidikan kita hanya mampu melahirkan orang-orang yang gila kuasa, hasad dengki, gila dunia, dan orang yang menggunakan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat dan tujuannya, tanpa mengira panduan yang telah disediakan syarak dan perikemanusiaannya. Seolah-olah sistem pendidikan kita telah menghaiwan manusia, bukannya mengembalikan manusia kepada fitrahnya sendiri. Lihatlah hari ini, dunia hari ini yang pesat membangun, tetapi dipenuhi dengan huru-hara dan kacau-bilau, disebabkan manusia, apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Dunia hilang kasih sayang, keharmonian, negara dipenuhi cerita yang menakutkan seperti pembunuhan, rogol, sumbang mahram dan sebagainya, menyebabkan kita sesat, malahan jauh sekali dari keampunan Tuhan. Peliknya, semakin kita mahu membaiki masyarakat pula, semakin teruk gejala masyarakat seperti arak, dadah dan zina berleluasa. Dasar pendidikan kita juga sudah berubah, penekanan bukan pada perubahan insan, tetapi pada perpidahan ilmu dan kepakaran yang dibuktikan dengan sekeping ijazah atau diploma yang begitu diagung-agungkan dan dijadikan sandaran sebagai jawatan dan gaji seseorang.
Sebenarnya, Tuhanlah yang mendidik manusia, kerana
Tuhanlah yang mencipta manusia, jadi Dia yang mengetahui bagaimana hendak menguruskan akal, hati dan nafsu manusia, jadi untuk itu, diutuskan-Nya para Nabi dan Rasul sebagai perantaraan. Tetapi, kita hari ini sudah mengambil alih kuasa Tuhan dengan menggunakan akal dan kaedah ciptaan mereka untuk mendidik manusia. Maka, datanglah kemurkaan Allah, lalu Tuhan berlepas diri dan tidak membantu mereka dalam mendidik manusia. Sebab itu, semakin banyak sekolah dan universiti dibina, semakin ramai manusia yang memasuki dan terlibat dalam sistem tersebut, semakin banyak
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
37
kejhatan dan masalah dalam masyarakat. Oleh itu, marilah kita lihat bagaimana sistem pendidikan Rasulullah saw dalam mendidik dan membina masyarakat yang terbaik dalam seluruh sejarah dan kehidupan manusia. Ini kerana Rasulullah mendidik manusia bukan dengan ilmunya, sebaliknya dengan wahyu dari Allah. Sebab itu, dalam masa 23 tahun sahaja, pendidikan Rasulullah saw mampu mengubah manusia–manusia gurun liar, menjadi malaikat-malaikat berupa manusia, yang mampu menguasai ¾ dunia denagn iman dan kasih sayang. Al-Quran dan Sunnah membahagi pendidikan dua tahap, tahap Makkah dan Madinah. Di Makkah, Rasulullah saw membangunkan insan, sedang di Madinah membangunkan fizikal, akal dan mental. Maksud sistem Pendidikan Rasulullah saw ini kelihatan hendak melahirkan manusia yang mengamalkan ilmunya, tidak kira banyak atau sikit, tetapi pengamalannya. Hasil daripada sistem pendidikan rasulullah akan lahirlah manusia-manusia yang berakhlak dan bersikap sebagai seorang hamba yang benar-benar rasa hina dan tidak memiliki apa-apa..Disamping itu, lahir juga sifat keKhalifahan pada masyarakat tersebut, yang pandai mentadbir serta dapat dizahirkan secara praktikal, meraka jugalah yang melaksanakan peranan mentadbir dunia, mengatur dunia, mengimarahkan dunia, memajukan dunia dan menyelamatkan dunia dengan bersandarkan cinta dan takutkan Tuhan yang Maha Agung.. (iii) Dakwah Islamiyah (i) Dakwah Moden Vs Dakwah Tradisional Dakwah adalah salah satu daripada cabang dari perkara penting dalam Islam. Dakwh adalah mengajak manusia sama ada yang kafir kepada Islam, atau orang Islam agar lebih Islam dan bertaqwa. Dakwah adalah kerja yang dikhususkan kepada Para
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
38
Rasul, tetapi selepas zaman Nabi Muhammad, kerja dakwah telah di”umum”kan keatas bahu umat-umat Muhammad, sebagai tanda kehebatan dan keagungan Rasulullah dan keistimewaan umatnya. Dakwah telah berkembang pesat dengan sepesat-pesatnya ketika zaman Rasulullah, dan para Khalifah yang empat serta Tamadun Islam yang bersifat empayar seperti Umayyah, Abbasiah dan Othmaniyah. Kesinambungan politik antara empayar-empayar ini mempengaruhi organisasi dan method (cara) berdakwah, ini kerana kerajaan yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan tugas dakwah, seperti menghantar mubaligh dan pendakwah ke negara bukan Islam, melancarkan jihad dalam bentuk peperangan terhadap negara kafir Harbi (yang menentang Islam secara lahir dan batin), serta melaksanakan perkahwinan politik atau siasah, bagi menjamin kedamaian dan tanda penyatuan antara kerajaan dan rakyat. Namun begitu, rakyat juga tidak terhalang atau disekat untuk berdakwah kepada masyarakat, ini kerana semangat mencari ilmu dan berjihad dalam setiap bidang amat membara, dan meluap di dalam diri setiap orang Islam yang komited terhadap tuntutan agamanya. Ini kerana, walaupun Rasulullah saw
dan para sahabat r.a telah wafat, tetapi tabi’in dan tabi’ut tabi’in sangat
bertanggungjawab dalam menjalankan peranan mereka sebagai khalifah terhadap agama, bangsa dan negara, sekalipun mereka hanya rakyat biasa. Ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah saw, bahawa “ Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian selepasnya, kemudian selepasnya” yang menyatakan dan membuktikan, 3 kurun selepas zaman Rasulullah saw adalah umat yang terbaik, sama ada diukur secara lahiriah, apatah lagi secara rohaniah dan kemantapan iman serta ketinggian akhlak dan peribadi mereka. Walaupun terdapat para pemimpin yang sudah jauh menyimpang dan lari dari tuntutan syarak, tetapi secara umumnya, rakyatnya masih baik dan soleh-soleh belaka. Maknanya,
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
39
kita yang sudah jauh dari Rasulullah saw iaitu 1427 tahun, bertambah buruk dan teruklah kita daripada pedoman, seperti yang dikehendaki oleh Baginda. Oleh itu, jika kita lihat perkembangan dakwah Islamiyah di seluruh dunia hari ini, berbagai teknologi dan kepakaran sudah diaplikasikan dalam pembangunan dakwah, sama ada di peringkat negara, mahupun negeri. Tetapi, sering kali kita mendengar tentang kes-kes murtad yang dilaporkan begitu banyak dan ketara, terutama pada golongan belia dibandar-bandar. Ini satu alamat yang menakutkan, pewaris dan tonggak negara kita telah terpengaruh dan meresap dalam pergerakan agama kaum kuffar yang sangat memusuhi dan membenci dengan Islam. Badan-badan agama juga dilihat tidak berkemampuan dalam mengendalikan dan menyelesaikan masaalah gejala sosial, bahkan kadang-kadang bertindak melebihi dari orang yang tidak pernah belajar agama, seperti menubuhkan skuad skodeng untuk membasmi maksiat, serta memutuskan ikatan perkahwinan (fasakh) pasangan yang telah sah berkahwin di persempadan Thailand. Sepatutnya, tidaklah perlu di”fasakh”kan, kerana perkahwinan itu sudah sah disaksikan oleh wali di sana, bermacam-macam perkara telah menjatuh dan merendahkan martabat jabatan-jabatn agama, tidak dikira lagi kes logo halal keatas barang yang syubhat dan haram. Begitulah kita dizaman ini, segala segi sudah rosak,. Bahkan sistem yang kita perjuangkan ini pun sudah nampak kecacatan dan ketidakadilannya (demokrasi dan ekonomi berasakan riba), sedang ia juga merosakkan kita secara tersirat yang sudah sedia rosak, natijah pendidikan yang diterima, hasil terjemahan dan pertimbangan akal manusia yang terbatas. Hasilnya, wujudlah kita di satu zaman yang saling rosak dan merosakkan antara satu sama lain. Mudah-mudahan Allah melindungi dan memberi kita peluang untuk menebus kembali kejatuhan Tamadun Islamiyah dan rohaniah kita, yang telah dirobek oleh hawa nafsu kita.
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
40
Kesimpulan Kesimpulannya, daripada perkara-perkara yang telah dibentang dan dihuraikan tadi, dapatlah kita muhasabah dan mengenal pasti betapa jauhnya perbezaan kita antara umat terdahulu, yang berjaya meletakkan Islam sebagai agama teragung dengan menguasai dunia melalui kasih sayang dan ketaqwaan yang sangat tinggi. Natijah dari sifat mereka yang sangat cintakan dan takutkan Tuhan, serta solat mereka yang khusyuk menjadikan mereka mampu menzahirkan peribadi agung sebagai budaya mereka. Begitu juga dengan hati mereka yang suci dan bersih, hasil mujahadah mereka keatas nafsu dan tuntutan syaitan lahir dan batin. Sekarang, di bahu kitalah terletak kembali satu tugas untuk kembali membawa Islam ke pundak kecemerlangan, sebagai mana yang pernah dikecapi suatu masa dahulu. Ambillah kesempatan disaat dunia sedang dilanda krisis politik, krisis ekonomi, krisis budaya, krisis agama bahkan krisis moral dan krisis jati diri. Marilah kita kembali kepada Tuhan dengan harapan yang menggunung. Tuhan telah menunjukkan di dalam al-Quran cara penyelesaian krisis disaat manusia sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Kembalilah kepada-Nya, Rujuklah Dia, kebanyakan manusia sudah lupa bahawa Tuhanlah penyelesai segala masalah, kerana Dialah pengatur dan pengurus kehidupan kita dunia dan akhirat. Janganlah kita alpa dan lalai dengan mengatakan semua masalah ini mampu diselesaikan dengan akal sahaja, yang menyedihkan lagi umat Islam sendiri tidak menyedari bahawa sebenarnya semua masalah ini bersumberkan kerana manusia telah meninggalkan Tuhan. Tuhan seolah-olah tidak berperanan didalam kehidupan mereka., padahal Dialah pengurus dan pemberi rezeki kepada kita. Maha suci Allah dari tidak berperanan kepada kita. Marilah kita kembali
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa
41
muhasabah diri, rasakanlah kembali keAgungan, keHebatan dan peranan-Nya sebagai pemberi segala-galanya kepada kita.
Rujukan Kitab Al-Quran Kitabullah As-Sunnah dan Hadis Rasulullah saw Buku 1.
Abdul Rahman Haji Abdullah.1998.”Pemikiran Islam Di Malaysia” : Dewan Bahasa Dan Pustaka & Pusat PJJ USM 2. Dr. Ing Abdurrahman R Effendi & Dr. Ing. Gina Puspita.2003.”Ilmu Dan Hikmah, Jilid 2” : Penerbitan Minda Ikhwan 3. Dr. Said bin Musfir Al-Qahthani.2003.”Buku Putih Syaikh Abdul Qadir AlJailani”: Darul Falah, Indonesia 4. Mejar (B) Abu Dzar & Ustaz Mohd.Rasidi .2004.“Ekonomi Islam Menurut Kehendak Tuhan” : Penerbitan Minda Ikhwan
Revolusi Masyarakat Islam Dahulu....Kini : Satu Analisa 5.
Murshidah Mustaffa & Maryam Shafie.2004. “Menangani Gejala Sosial Menurut Islam” : Penerbitan Minda Ikhwan
Internet 1. http://id.wikipedia.org 2. http://www.dikti.net 3. http://www.ekonomirakyat.org 4. http://www.uitmppl.edu.my 5. http://www.familyplace.com.my
42