PERISTIWA YANG DISAKSIKAN RASULULLAH SEMASA DALAM ISRA' & MIKRAJ 1. Bertemu dengan jin Ifrit 2. Menyaksikan sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan menuai pada hari yang sama. Ini adalah contoh bagi mereka yang taat mengerjakan amal soleh. 3. Semsa melintasi kubur Masyitah baginda tercium satu bauan yang sungguh harum. masyitah seperti yang dikenali adalah seorang pelayan kepada isteri Firaun 4. Menyaksikan sekelompok manusia yang memakai cawat, memakan buah-buahan yang berduri dan ada pula yang memakan bara api. Ini adalah contoh bagi mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat. 5. Menyaksikan sekelompok manusia yang menghempaskan kepalanya sendiri ke batu. Ini adalah contoh bagi mereka yang malas untuk mengerjakan solat. 6. Menyaksikan sekelompok manusia yang memakan daging mentah lagi busuk sedangkan daging yang masak dan enak ada di sisinya. Ini adalah contoh bagi mereka yang memiliki isteri yang sah tetapi suka berzina dengan perempuan lacur. 7. Menyaksikan sekelompok manusia yang berenang di dalam sungai yang penuh dengan darah sedang orang- orang yang duduk di tebingnya melemparkan batu ke arahnya. Ini adalah contoh bagi mereka yang suka memakan riba dan duit haram 8. Menyaksikan sekelompok manusia yang memikul kayu, walaupun beban yang ditanggung olehnya tekah berat namun ia tetap menambah beban kayu itu atas bahunya. Ini adalah contoh bagi mereka yang suka mengambil amanah tetapi tidak pernah menunaikannya. 9. Menyaksikan sekelompok manusia yang menggunting lidahnya sendiri. Ini adalah contoh bagi mereka yang pandai bercakap tetapi ia sendiri tidak pernah melakukannya. 10. Menyaksikan sekelompok wanita yang digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga mendidih otak di kepalanya. Ini adalah balasan bagi mereka yang tidak mahu menutup aurat ari pandangan lelaki yang bukan mahramnya. 11. Menyaksikan sekelompok wanita yang digantungkan dengan lidahnya di atas api nerakalau dituangkan air panas ke dalam mulutnya. Ini adalah contoh balasan bagi mereka yang sering menyakiti hati suaminya dan bercakap dengan suara kasar serta tinggi.