Prosedur Cloze Cerpen Perempuan Kerudung Hitam Arahan: Lengkapkann tempat-tempat kosong di bawah ini dengan sepatah perkataan.
Aku memandang pencopet (1)_______________ berwajah ayu itu. Dia kelihatan begitu sedih (2)_______________ lesu. Hatiku jatuh belas kepadanya. Sekarang jemaah (3)_______________ tidak sabar-sabar semuanya aku lihat. Mereka mula menolak-nolak hendak keluar (4)________________ suasana sudah kian bertambah panas. Isteriku bergerak. Aku bergerak dan si pencopet (5)_______________ terpaksa bergerak sama. Akan tetapi tanganku (6)_______________ terus memegang tangannya. Sekarang kami begerak membelok (7)_______________ tangga dan turun ke arah yang sama. Jemaah dari arah sebelah kiri yang (8)_______________ dapat melihat wajah si pencopet itu, sekarang bertolak-tolak (9)_______________ melihat wajahnya dari dekat. Segera aku (10)_______________ kerudungnya. Kami bergerak perlahan-lahan menuju pintu Babul Badar tempat polis dan penjaga masjid berada. Hatiku (11)_______________ yakin mahu melepaskan perempuan itu supaya terlepas daripada dipotong tangannya. Akan tetapi fikiranku belari sebentar. Loceng berbunyi bertalu-talu. Di sebelah pintu Babul MalikAbdul Aziz, tidak jauh dari tempat meletak kereta, (12)_______________ ramai orang berkumpul. Jemaah-jemaah yang keluar dari Masjidil Haram selepas salat Jumaat berebut-rebut berjalan menuju ke tempat orang-orang yang berkumpul itu. Kami bergerak perlahan-lahan menuju ke arah kumpulan manusia yang sudah mengelilingi orang yang membunyikan loceng. Isteriku menarik kain ihramku (13)_______________ mengisyaratkan bahawa dia tidak berlalu pergi dari situ. Aku membantah dan dia menuruti saja aku yang bergerak mendekati tempat itu. Dengan menyelit-nyelit, (14)_______________ dapat melihat seorang lelaki, barangkali penduduk tempatan. Kulitnya (15)_______________ gelap. Tangan kanannya (16)_______________ disuntik oleh seorang lelaki bergamis labuh, serban putih kotak-kotak yang lengkap dengan igal (17)_______________ atas kepalanya membaca satu kenyataan. Barangkali pegawai itu (18)_______________ kesalahan yang dilakukan oleh bantuan itu. Suasana (19)_______________ hingar-bingar sebentar, barangkali masing-masing sedang menterjemahkan (20)_______________ mentafsir kenyataan yang dibacakan dalam bagasa Arab itu.