2.0
ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU
Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:
2.1
Fizikal
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan perbezaan individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.
Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat bersukan. Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran.
2.2
Kognitif / Mental
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian muridmurid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan.
2.3
Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi,
ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan.
Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.
2.4
Tingkah laku
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan kebudayaan.
2.5
Sosial
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.
Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
2.6
Rohani / Agama
Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani dalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa. Murid-murid dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.
Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu, maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan sebagainya.
Namun begitu, menurut Weil (1980), para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gayapembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.
3.0
KEPELBAGAIAN KECERDASAN
Kecerdasan merupakan keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Menurut Alfred Binet (1904), ujian kecerdesan (skala 1950) untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk hingga keupayaan menakrif konsep yang abstraks. Teori Vygotsky menekankan konsep kecerdasan meliputi keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding.
3.1
Teori Pelbagaian Kecerdasan : Howard Gardner
Howard Gardner, profesor di universiti Harvard, beliau menyatakan terdapatnya lapan kecerdasan yang mempunyai kuantiti yang berbeza-beza diwujudkan di kalang individu. Garner (1993), potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam dirinya iaitu :
3.1.1 Kecerdasan Linguistik Kecerdasan ini secara dominan dan mahir dalam proses membaca, menulis, bertutur danberbicar. Murid-murid ini sensitif kepada makna dan susunan perkataan iaitu mempunyai kemahiran berbahasa. Jenis murid-murid ini gemar memberikan pendapat, suka menulis dan mereka minat dan banyak membaca.
3.1.2
Kecerdasan Logikal-Matematikal
Kecerdasan ini merangkumi mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik dengan mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Murid ini lebih dalam kepandaian Matematik dan sistem logik serta berkeupayaan berfikir secara logik dan dapat mengenal geomatrik serta nombor-nombor pengiraan dengan mudah. Justeru, mereka suka mencari sebab musabab bagi sesuatu yang tidak jelas dan suka menyoal tentang berbagai-bagai fenomena.
3.1.3
Kecerdasan Visual-Spatial
Kecerdasan ini berupaya untuk menggambar sesuatu dengan tepat. Kecerdasan ini menepati ruang, melukis, membentuk corka, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual. Murid-murid ini berkeupayaan membuat persepsi tentang dunia sebenar, menggambar secara grafik di dalam fikiran mereka apa yang mereka alami.
3.1.4
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan mencipta muzik. Kecerdasan ini mengenai pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma, melodi muzik dan main alat-alat muzik. Murid ini gemar belajar dengan diiringi muzik di latar belakang.
3.1.5
Kecerdasan Tubuh Kinestetik
Kecerdasa ini berupaya menggunakan tubuh badan dengan mahir. Kecerdasan ini merangkumi gerak badan gimnastik, kawalan fizikal badan, kawalan anggota dan mereka suka dalam bidang sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari. Murid-murid ini suka bermain permainan dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
3.1.6
Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan berhubung dengan orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini suka berinteraksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. Murid ini sering suka terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah, mereka mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, bersifat kasihan serta berpotensi tinggi menjadi pemimpin sebab mereka mudah mempengaruhi orang lain.
3.1.7
Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal ini berkeupayaan memahami emosi dan perlakuan sendiri. Mereka mempunyai kecerdasan dalaman diri yang tinggi dengan berkeupayaan mengenali dalaman diri sendiri. Murid-murid ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan menunjukkan kemahiran kepimpinan serta mempunyai ciri-ciri berdikari, set nilai-nilai dan prinsip-prinsip tersendiri. Mereka suka memencilkan diri dan tidak dapat bertemu dengan individu yang mempunyai minat yang sama.
3.1.8
Kecerdasan Alam Sekitar
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sensitif kepada isu-isu alam persekitaran, minat belajar tentang pelbagai flora dan fauna. Mereka mempunyai keupayaan mengenali dan mengategori alam flora dan fauna. Murid-murid ini berkemahiran yang tajam dalam mengkaji pelbagai corak-
corak dan pola-pola persekitaran, mereka mempertahankan sesuatu isu persekitaran.
sanggup
berjuang
habis-habisan
untuk
Guru seharusnya membenarkan murid-murid meneroka sendiri dalam suasana yang selamat supaya mereka boleh mengarah pembelajaran kendiri. Guru dapat memberikan bantuan muridmurid menghargai kekuatan kendiri dengan melibatkan diri mereka dalam penyelesaian masalah harian. Haward Garner berpendapat melalui P&P melalui beberapa mata pelajaran, murid-murid akan lebih berminat dan terangsang untuk meneroka idea-idea baru. Namun, pendekatan P&P guru dapat dirancangkan mengikut kecerdasan yang sedia ada pada murid supaya pembelajaran murid dapat mengembangkan dan meningkatkan tahap emosi mereka supaya seimbang (kecerdasan emosi).
4.0
KECERDASAN EMOSI
Emosi adalah sesuatu perasaan jiwa yang kuat. Daniel Goleman (1997) menyatakan dalam buku Emotional Intelligence emosi adalah sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri dan beliau telah memperkenalkan konsep kecerdasan emosi serta menggunakan cara atau kaedah untuk menyukat kecerdasan dan potensi seseorang. Kecerdasan emosi adalah pengukur kecerdasan perasaan dan emosi dengan berdasarkan kepada kesedaran bahawa perasaan dan emosi adalah berasingan daripada tindakan seseorang. Kecerdasan emosi ini berhubungkait dengan pengenalan kendiri dan kerohanian serta pengawalan emosi orang lain serta ia juga berkait rapat dengan teori pelbagai kecerdasan.
Kecerdasan emosi ini merangkumi tiga komponen iaitu pertama, kognitif dengan merujukkan pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar dan aspek penilaian. Kedua, fisiologikal menekankan rangsangan dan kebangkitan badan fizikal. Akhirnya, tingkah laku yang menunjukkan ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka. Kecerdasan emosi adalah integrasi emosi denagn struktur kognitif dalam personaliti individu. J.D.Mayer dan P.Salovey (1990), Kecerdasan emosi adalah kognitif masyarakat dan ia merangkumi tiga kategori yang utama iaitu kebolehan membezakan emosi diri dengan orang yang lain, kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain serta kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.
Guru berperanan menyelitkan pelbagai aktiviti untuk membantu murid-murid supaya dapat mempertingkatkan serta mengembangkan kecerdasan emosi mereka. Menurut McCown (1998), terdapatnya enam bidang kecerdasan emosi perlu dikembang secara berurutan oleh seseorang guru untuk mempertingkatkan kecerdasan emosi murid-murid iaitu pertama, perkembangan kesedaran kendiri berlaku dengan memerhati tindakan dan gerak balas kendiri, termasuk pemikiran dan pertuturan seseorang. Kesedaran ini dapat dicapai melalui mengimbas kembali melalui proses-proses refleksi dan introspeksi.
Kedua, guru berperanan mengawal emosi murid-murid. Guru juga bertugas sebagai kaunselor kepada murid-murid supaya dapat membantu mereka menangani dan mengatasi perasaan ketakutan, kemarahan, kesedihan atau kecurigaan. Guru perlu sentiasa membantu murid-murid mengawal daripada wujudnya emosi-emosi negatif. Ketiga, guru boleh mengajar murid-murid memahami perasaan orang lain. Murid akan dididik untuk melahirkan perasaan belas kasihan untuk orang lain dan menghargai perbezaan pandangan serta memahami perasaan antara individu tentang isu yang sensitif.
Keempat, guru berperanan meningkatkan kemahiran sosial di kalangan murid-murid dengan melahirkan hubungan berinteraksi dan komunikasi yang berkesan. Peningkatan kemahiran sosial akan mempengaruhi tahap kualiti persahabatan meningkat. Contohnya, guru mengajar murid-murid menyuarakan pendapat mereka tanpa beremosi. Kelima, guru mengajar murid-murid bekerjasama antara satu sama lain. Melalui kerjasama ini, murid-murid dapat memupuk nilai bertanggungjawab atas tindakan mereka. Akhirnya, guru mengajar murid-murid menyelesaikan konflik. Penyelesaian konflik melibatkan kemahiran-kemahiran mengawal emosi yang spesifik. Ringkasannya, kawalan emosi penting bagi murid-murid supaya dapat bermesra secara harmoni dengan rakan-rakan sekelas dan turut mempertingkatkan tahap persahabatan mereka.
7.0 IMPLIKASI PEMBELAJARAN
PERBEZAAN
INDIVIDU
TERHADAP
PENGAJARAN
DAN
Kewujudan perbezaan individu juga turut membawa kesan kepada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru yang merancang pendekatan P&P perlulah mengambil kira perkara kewujudan perbezaan individu. Guru perlu mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi P&P. Di samping itu, guru juga perlu mengetahui tahap kebolehan setiap murid-murid dan menyediakan tugasan selaras dengan setiap tahap kebolehan yang ada pada murid-murid.
Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal, ini adalah membawa kesan positif dengan guru boleh membahagikan tugas mengikut saiz murid. Tugasan yang diberikan adalah berpadan dengan saiz fizikal. Sebaliknya perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di dalam kelas iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang bersaiz badan kecil. Hal ini kemungkinan menyebabkan murid-murid yang kena buli itu mempunyai harga diri rendah dan kurang keyakinan diri sendiri. Namun, guru perlu memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam perbezaan fizikal. Contohnya, guru perlu mengajar murid sentiasa mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif ataupun tahap kebijaksanaan, murid-murid dalam satu kelas dapat mewujudkan persaingan yang sihat, ini bukan sekadar persaingan dari segi akedemik tetapi juga aktiviti permainan dan sukan. Murid yang cerdik dapat membantu guru
untuk membimbing rakan-rakan yang lemah. Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka yang cerdik boleh berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan. Namun begitu, murid yang lemah akan diberikan aktiviti pemulihan. Manakala keburukan wujudnya perbezaan kognitif dalam satu kelas ialah perbandingan gred pencapaian akan menyebabkan wujudnya sikap sosial yang kurang sihat. Contohnya, ibu bapa akan memberikan tekanan kepada murid yang lemah untuk bersaing. Kadang-kala guru turut menfokuskan kepada pencapaian akedemik sahaja dan mengabaikan masalah sosial yang wujud dalam kelas, seperti murid yang cerdik dan sombong akan pandang rendah terhadap murid yang lemah. Sementara itu, guru tidak memberikan bantuan kepada murid-murid yang lemah akan menyebabkan mereka ketinggalan pembelajaran mereka.
Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial dan sosialisasi, guru akan sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya terhadap murid-murid pendiam. Guru akan memberikan motivasi dan bimbingan untuk meningkatkan keyakinan murid-murid ini. Biasanya murid jenis ini adalah berada di kelas sosial sederhana seperti keluarga berada pada status ekonomi yang serdehana ataupun rendah. Murid-murid ini akan dididikkan untuk mengambil berat terhadap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Guru perlu mengadakan aktiviti interaksi dan komunikasi untuk mempertingkatkan tahap keyakinan murid-murid ini. Sebaliknya wujudnya perbezaan kelas sosial ini akan menyebabkan murid-murid kelas sederhana menjauhkan diri. Salah satu punca adalah wujudnya status ekonomi yang berbeza bagi setiap murid. muridmurid akan kurang berkeyakinan kerana semasa aktiviti pemulihan dijalankan, guru bertugas akan memantau mereka secara berasingan. Manakala bagi murid-murid yang tidak berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar seperti murid biasa telah menerima pendidikan pra sekolah selama dua tahun.
Implikasi yang keempat dari segi perbezaan budaya, rohani dan agama, murid-murid berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan. Kesan negatif wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi. Kemungkinan dari segi pertuturan dan pandangan yang berbeza akan menyebabkan kewujudan salah faham antara satu sama lain.
Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi, guru akan menangani murid-murid yang pendiam dan introvert dengan memberikan kasih sayang dan penuh perhatian. Murid-murid akan mematuhi arahan guru supaya dapat mengatasi masalah emosi yang dihadapi. Kewujudan perbezaan emosi juga akan mendatangkan kesan negatif terhadap P&P iaitu bagi muridmurid yang pasif tidak akan memberikan sebarang tindak balas. Murid-murid yang lemah tidak dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat. Selain itu, guru perlu menjadi kaunselor dan perlu mengambil masa yang banyak untuk berjumpa dengan ibu bapa bagi murid yang bermasalah emosi.
Ringkasan, perbezaan individu yang diwujudkan di dalam kelas bukan membawa kesan positif malah juga mendatangkan kesan negatif. Namun, sebagai seorang pendidik haruslah berperanan sentiasa mengambil berat dan mengambil kira tentang kewujudan konsep perbezaan
individu. Guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut perbezaan potensi individu. Sementara itu, guru juga perlu menggunakan strategi atau pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan dan pengayaan dengan mengikut tahap kebolehan murid-murid.
Selain itu, guru boleh menggunakan kreativiti dan inovasi untuk meningkatkan proses P&P. Contohnya bagi murid yang lemah, guru boleh menggunakan program pemulihan dalam pelbagai bentuk pengajaran seperti menyanyi, bermain atau bercerita untuk membantu mereka supaya P&P dijalankan dengan berkesan. Guru sentiasa memberikan perhatian dan bimbingan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam P&P. Di samping itu, guru memberikan motivasi kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan keyakinan mereka. Guru juga berperanan menggalakkan ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka yang mentah pada peringkat awal. Contohnya galakan ibu bapa yang bergolongan miskin menghantar anak ke pra sekolah supaya dapat mengelakkan ketinggalan sukatan pembelajaran berlaku pada masa depan.
8.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan. Peranan guru sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan wujudnya perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk setiap muridmurid yang berbeza. Namun, guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan murid. guru juga menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi murid yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Sebagai pendidik yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Semua aspek yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.