Mengimbangi Peranan Wanita: Isteri, Ibu dan Pekerja Nor Hernamawarni Bt Abdul Majid 803347
Abstrak: Peranan wanita kini telah bertambah bukan sekadar menjadi isteri dan ibu tetapi berperanan juga untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap pembangunan Negara. Penglibatan wanita dalam pekerjaan formal tidak membebaskan mereka daripda tanggungjawab terhadap keluarga. Betapa tinggi pun pangkat mereka, wanita perlu menjalankan tugas tradisi iaitu berperanan sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya. Senario ini menunjukkan bahawa wanita memegang 3 peranan sekaligus. Wanita perlu pandai mengimbangi peranan dengan bijak dan berkualiti. Oleh hal demikian, kertas kerja ini akan membincangkan peranan-peranan wanita yang bekerja dan langkah-langkah untuk mengimbangi peranan mereka.
Pengenalan Jika diimbas kembali wanita pada suatu ketika dahulu wanita merupakan suri rumah yang memainkan peranan tradisi sebagai ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga. Dengan perubahan masa dan arus pemodenan, wanita telah menceburi
dunia
kerjaya,
bersama-sama
kaum
lelaki
berjuang
untuk
membangunkan negara. Semenjak 40 tahun yang lalu, wanita telah mencapai satu kemajuan mengagumkan dalam sektor pekerjaan di Malaysia. Bilangan wanita menyertai dunia pekerjaan meningkat dari tahun ke tahun. Menurut
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2004), peratusan tenaga kerja wanita meningkat dari 37 peratus pada tahun 1970 ke 43.5 peratus pada tahun 1995, dan 47.7 peratus pada tahun 2003. Petikan kata-kata Allahyarham Tun Abdul Razak semasa upacara pembukaan rasmi Muktamar Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Islam yang pertama pada 7 Mac 1975 berkata; “….kalaulah kaum wanita tidak bersama-sama mengambil bahagian dalam usaha-usaha pembangunan, maka bermaknalah kita mengabaikan satu sumber tenaga yang penting. Kalau kita perhatikan negara-negara yang telah maju, kita tentu dapat melihat bagaimana kaum wanitanya menjadi tenaga besar bagi membawa negara-negara tersebut ke mercu kejayaan. Kita mahu wanita kita cergas dalam sebarang bidang yang boleh memberikan kebajikan kepada negara, bangsa dan agama. Akan tetapi kita berharap segala langkah dan tindakan serta usaha-usaha yang dilakukan itu tidak akan menjejas nilai-nilai kewanitaan yang ada pada mereka yang memang terpuji dan disanjung tinggi…” Petikan kata-kata dari Allahyarham Tun Tunku Abdul Rahman ini diambil dari penulisan Shamsiah Hj. Mahli dalam Mengimbangi Peranan Wanita: Bakal Ibu & Teknorat Negara (2005). huraikan Wanita yang bekerja boleh diterjemahkan sebagai wanita yang melaksanakan tugas, mempunyai matlamat untuk maju ke hadapan dan memikul tanggungjawab untuk dirinya dan keluarganya (Prof. Dr. Mohamad Sadli, 1997). Mereka dikenali sebagai “feminisme buruh” dimana ia bermaksud wanita bekerja dalam industri kilang yang berteraskan eksport, buruh intensif dan memerlukan
kemahiran rendah, wanita bekerja dalam sektor yang dikuasai lelaki, wanita terus bekerja dalam sektor pekerjaan yang pada tradisinya adalah bidang wanita dan wanita bekerja di luar negara. Menurut Dr Nasarudi Omar (2004), wanita mempunyai hak untuk bekerja dalam pelbagai bidang seperti bidang politik, kerajaan atau swasta selagi pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan sopan, memelihara agamanya, tidak melanggar peraturan dan menghindari kesankesan negatif terhadap diri dan persekitarannya. Peranan wanita yang bekerja mempunyai bebanan kerja yang banyak sehingga
mereka
tidak
terdaya
lagi
untuk
menggalas
kewajipan
dan
tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah. Menurut Rahmah Ismail (1996), penglibatan wanita dalam pekerjaan formal tidak membebaskan mereka daripada tanggungjawab kepada keluarga. Ini menunjukkan wanita bekerjaya mempunyai 3 peranan serentak iaitu sebagai ibu kepada anak, isteri kepada suami dan pekerja kepada Negara. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah. Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Dalam melaksanakan tuntutan ini, memerlukan keupayaan wanita mengimbangi peranan mereka sebagai seorang ibu, isteri dan pekerja kerana setiap tindakan mereka bakal memberikan impak yang cukup mendalam kepada negara dan sistem keluarga. Keadaan semasa secara tidak langsung memaksa wanita memainkan peranan seimbang di antara alam rumah tangga dan dunia masyarakat luar. Hal ini sebenarnya cabaran besar kepada wanita dan meletakkan wanita di
persimpangan. Menurut Zaini Mahbar (1996), selain berperanan membentuk generasi akan dating, wanita juga berperanan dalam pembangunan ekonomi keluarga sebagai rakan kongsi untuk menambah pendapatan suami. Menurut beliau lagi, penglibatan wanita dalam dunia pekerjaan adalah sebagai usaha untuk mengeluarkan keluarga dalam belenggu kemiskinan bukanlah satu pengorbanan yang kecil. Islam memberi kaum wanita kebebasan untuk bekerja selagi mereka memenuhi syarat dan mereka mempunyai hak untuk bekerja dalam apa-apa bidang yang halal. Bagi wanita yang menghadapi kesempitan hidup, syariat Islam memang membolehkan mereka bekerja di luar rumah untuk membantu suami dan keluarga.
Peranan wanita sebagai pekerja Kekayaan dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada kekuatan ekonomi Negara itu. Untuk menjadikan ekonomi Negara kuat dan kukuh, peranan tenaga kerja samaada lelaki dan wanita adalah besar. Wanita juga adalah sebahagian daripada tenaga kerja. Oleh itu, wanita juga berperanan yang besar dalam aktiviti ekonomi dunia dan sesebuah negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif. Banyak faktor yang menyebabkan
wanita
terlibat
dalam
bidang
pekerjaan
seperti
untuk
meningkatkan kualiti hidup, untuk meringankan beban kedua ibu bapa, membayar hutang pinjaman pengajian, mengurangkan kebertangungan terhadap suami dan menaikkan identiti sosial.
Penglibatan wanita dalam menyumbang ke arah ekonomi bukannya hanya melalui pekerjaan formal tetapi juga melalui pekerjaan tidak formal. Kadar penglibatan wanita di sektor pekerjaan pada tahun 1970 adalah 37.2 peratus, dan 79.3 peratus bagi lelaki. Sehingga tahun 2004, kadar penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan telah meningkat kepada 47.3 peratus disebabkan melebarnya peluang pekerjaan dan pencapaian pelajaran wanita yang bertambah baik Dari segi taburan wanita Malaysia yang bekerja mengikut had umur, paling ramai wanita bekerja (63.8%) adalah kumpulan umur antara 25 hingga 29 tahun. Apabila dikaji mengikut status perkahwinan, daripada 3.7 juta wanita bekerja, 58.1 (2.2 juta wanita) peratus adalah wanita yang berkahwin. Data mengenai pekerjaan wanita mengikut jenis pekerjaan menunjukkan pekerja wanita kebanyakan berada di tiga kategori pekerjaan, perkhidmatan dan pekerja jualan (18.4%), pekerja perkeranian dan juga sebagai juruteknik (17.5%) dan profesional bersekutu (13%) daripada keseluruhan pekerjaan. Banyak jawatan pekerjaan diwujudkan yang memerlukan tenaga wanita terutama dalam tugas-tugas yang tidak sesuai dengan jiwa lelaki seperti tugas yang memerlukan penumpuan dan penelitian yang tinggi. Kini terdapat wanita memegang jawatan tinggi dalam organisasi. Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita memegang tugas pengurusan pertengahan. Perumpamaan yang menyatakan "tangan wanita yang membuai buaian boleh menggegarkan dunia" adalah landasan yang menggambarkan betapa besarnya peranan kaum wanita
dalam pembangunan Negara. Selain daripada itu juga, tugas-tugas yang memerlukan penglibatan kaum wanita sepenuhnya seperti bidang kejururawatan, doktor sakit puan dan sebagainya menambahkan lagi keperluan dan peranan kaum wanita dalam bidang ekonomi. Satu ketika dahulu, wanita hanyalah sebagai pengurus rumah tangga semata-mata. Malah, peranan wanita semakin meluas bukan sekadar melahir dan mendidik generasi muda mendatang, malah telah diberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk berpatisipasi dalam bidang politik, sains dan teknologi, ekonomi, sosial dan bidang keilmuwan. Ternyata golongan wanita hari ini telah meratai peranan mereka sebagai pendokong dan penggerak kepada kemajuan negara tanpa melupakan peranan tradisi mereka sebagai isteri dan ibu (Shamsiah BT Hj Mahli, 2005).
Peranan sebagai isteri dan ibu Secara traditional peranan isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumahtangga dan keluarga. Namun pada masa kini, peranan wanita sebagai isteri dan ibu dimudahkan dengan perubahan persekitaran. Peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka. Tugas sebagai ibu dan jentera penambah zuriat juga telah mengalami perubahan. Peranan wanita sebagai isteri mempunyai tanggungjawab yang lebih besar
terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu. Mereka tidak lagi memegang peranan hanya sebagai tukang masak dan pengasuh kanak-kanak sahaja, malah mereka harus pada waktu yang sama menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang tegas dan menteri yang berkalibar dan sebagainya. Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang bertemakan "Wanita Alaf Baru Abad ke 21", wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggugjawab sosial yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman. Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga. Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka. Bagi kaum wanita tugas pertama dan utama, yang tidak ada pertikaian mengenainya ialah mengasuh dan mendidik generasi (anak) sesuai dengan fitrah yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata’ala secara fizikal dan spiritual. Tugas dan tanggungjawab yang besar dan mulia ini perlu diutamakan dan tidak wajar dinafikan dengan kerjakerja kebendaan. Dalam mengendalikan tugas tersebut tidak seorang lelaki pun yang dapat mengambil alih tempat seorang wanita seperti tugas menyusukan anak. Peranan ini juga menggambarkan bahawa masa depan sesuatu ummah itu lebih banyak bergantung kepada corak asuhan dan didikan awal kaum wanita terutama dalam melahirkan manusia yang berguna. Dalam sesebuah rumah
tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk G Palanivel) Kesan negatif wanita bekerja Wanita sebagai pengurus rumahtangga memainkan peranan utama dalam mengukuh dan mengembang potensi ahli-ahli keluarga di samping dirinya sendiri. Dengan itu, wanita secara langsung terlibat dalam memutuskan perkaraperkara berkaitan dengan pengurusan rumahtangga, pendidikan anak-anak dan masa depan keluarga. Isu-isu yang terpancar dari ketiga-tiga aspek peranan yang disebut tadi melibatkan terlalu banyak tekanan keatas kehidupan wanita. Apabila wanita bekerja, peranan mereka semakin berkembang dan meluas. Banyak masalah dan dilema yang dihadapi oleh wanita bekerja. Jika diimbas kembali wanita pada suatu ketika dahulu merupakan suri rumah yang memainkan peranan tradisi sebagai ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga. Dengan perubahan masa dan arus pemodenan, wanita telah menceburi dunia kerjaya, bersama-sama kaum lelaki berjuang untuk membangunkan negara. Pergolakan dunia kerjaya memberi imej dan penampilan positif bagi wanita, tetapi pada masa yang sama mereka mengalami cabaran dan masalah yang begitu hebat. Wanita yang bekerja terpaksa memikul beban yang berat dan
melaksanakan tugas-tugas kekeluargaan serentak dengan tugas kerjaya. Ini menyebabkan sesetengahnya daripada mereka berada dalam konflik yang menyulitkan sehingga menimbulkan simptom stres yang tinggi. Wanita terpaksa mematuhi berbagai arahan pejabat sama ada dari segi kedatangan mengikut waktu atau mematuhi arahan di dalam pejabat atau di luar pejabat. Situasi seumpama ini kadangkala mempengaruhi emosi dan tekanan perasaan yang kadang-kala terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangga dan keluarga. Ada masanya suami atau anak-anak jatuh sakit, sedangkan isteri atau ibu terpaksa bekerja. Dalam situasi begini, wanita akan menjalan tugasnya dengan
perasaan
yang
berbelahbagi
dan
gelisah.
Keadaan
ini
akan
mengganggu konsentrasinya terhadap pekerjaan. Masalah akan menjadi lebih gawat lagi apabila di rumah tidak ada pembantu yang sesuai atau tidak ada tempat asuhan kanak-kanak yang terjamin dan sempurna untuk menjaga anakanak mereka. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah. Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak. Kegagalan sesebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada anakanak lantaran kesibukan mereka di luar rumah sering dikaitkan dengan salah satu punca gejala sosial. Disamping itu isu-isu kewangan, persekolahan anak, hubungan kekeluargaan, keselamatan, kesihatan dan akhlak anak-anak, juga
yang lain-lain lagi menjadi tumpuan para wanita saban masa. Unsur gejala sosial yang negatif yang melanda masyarakat turut menjadi kebimbangan wanita. Tekanan hidup yang mengasak ekoran dari keperluan mencari nafkah, ketegangan yang terbit dari tuntutan kerja luar rumah serta tuntutan sara hidup yang tinggi turut memberi kesan negatif kepada kewibaan institusi keluarga sebagai tempat tinggal, pelindungan dan perkembangan bagi para ahli-ahlinya. Dalam era di mana dwi-kerjaya sudah menjadi budaya kehidupan banyak keluarga, ketiadaan atau kekurangan sistem sokongan kepada wanita berdwi kerjaya tentu sekali akan meninggalkan kesan jangka panjang yang mendalam. Wanita yang bekerja sangat menekankan aspek kerja yang cemerlang untuk melambangkan
imej
mereka
sebagai
“super
woman”,
namun
mereka
manghadapi tekanan untuk melaksanakannya. Naib Yang Dipertua II, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Prof. Datin Dr. Rohaty Mohd. Majzub berkata, antara tekanan yang dihadapi oleh wanita ini ialah mendapatkan kualiti masa untuk keluarga, kerja dan diri sendiri. Malah katanya, ada ahli sosiologi yang mengaitkan penglibatan wanita dalam kerjaya sebagai faktor dominan tergugatnya rumah tangga, lemahnya sistem keluarga dan meningkatnya masalah sosial. Selain itu, wanita-wanita yang bekerja di luar rumah juga cenderung menimbulkan fitnah kepada kaum laki-laki. Ini kerana mereka akan memakai pakaian yang akan menaikkan syahwat lelaki, memaki wangi-wangian yang tercium hingga 10 meter, berbicara dengan manja, dan sebagainya. Oleh itu, masalah akan timbul dalam struktur keluarga mereka. Wanita yang bekerja juga
akan hilang rasa kebergantungan kepada suaminya dan ia menjadi ancaman yang besar kepada hubungan perkahwinan mereka. Ini mengakibatkan kecelaruan hubungan di antara lelaki dan perempuan serta hilangnya ketenangan dan kesejahteraan. Keretakan hubungan kekeluargaan berkembang menjadi krisis di dalam masyarakat. Ibu bapa yang baik tidak dapat mewariskan sifat-sifat mereka yang baik kepada anak-anak bahkan hubungan kasih sayang juga terjejas.
Hukum wanita bekerja dalam Islam Tugas utama seorang wanita itu ialah mengurus rumahtangganya. Walau bagaimanapun, tidaklah ia bermaksud atau memberi pengertian bahawa wanita yang berkerja di luar rumah itu haram hukumnya menurut syara’ secara mutlak kerana tidak ada nas syara’ yang mengenainya. Pada dasarnya wanita diharuskan bekerja di luar rumah. Bahkan ada kalanya tuntutan bekerja itu perlu, kalau pun tidak wajib jika keadaan mengkehendakinya, seperti mencari nafkah bagi janda atau perempuan yang ditalak dalam keadaan tidak ada sumber nafkah atau kekayaan dan keluarga yang boleh menampung keperluan mereka. Dalam keadaan sedemikian bekerja di luar rumah itu adalah lebih baik baginya daripada hidup merempat meminta-minta dan mengharapkan belas kasihan orang, selama mana kerja tersebut tidak mencemarkan kemuliaan diri dan agama. Ada kalanya juga keluarga seseorang perempuan itu memerlukannya bekerja kerana tidak ada tempat lain untuk berharap seperti membantu suaminya
yang uzur untuk memenuhi keperluan ahli keluarganya yang masih kecil atau membantu bapanya yang sudah tua. Sebenarnya keharusan kaum wanita menjawat sesuatu pekerjaan itu adalah tertakluk kepada bentuk tugas yang akan dilakukan. Terdapat beberapa syarat yang mesti diambil kira dalam menilai kesesuaian kerjaya seorang wanita menurut hukum syara’. Antaranya ialah: •
Perkerjaan itu tidak menjurus kepada perlanggaran hukum syara’. Sebagai contoh kerjanya itu menghendaki wanita itu melakukannya bersama-sama dengan kaum lelaki di tempat yang sunyi lagi terasing daripada orang lain umpamanya kerja itu dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan dalam satu bilik.
•
Pekerjaan itu tidak menghendakinya belayar keluar negara bersendirian tanpa ditemani oleh suaminya, mahramnya atau sekumpulan perempuan yang diyakini amanah dan dapat mengawal kesejahteraannya serta mengelakkannya daripada perkara-perkara mungkar,
•
Pekerjaan itu tidak akan menyebabkan seorang wanita itu mendedahkan auratnya. Menurut Islam apabila wanita itu keluar rumah hendaklah menutup aurat serta memenuhi adab-adab Islam bagi mengelakkan kejadian seperti dikriminasi seksual
•
Pekerjaan itu mestilah sesuai dengan kemampuan fizikal kewanitaannya. Tugas-tugas yang lasak adalah tidak sesuai dengan wanita kerana fitrah semula jadi mereka adalah lemah lembut.
•
Bagi wanita yang bersuami pula pekerjaan itu hendaklah mendapat restu dan izin daripada suaminya iaitu apabila tugas tersebut menghendakinya keluar rumah. Suami berhak menghalangnya daripada bekerja sekiranya kerja itu boleh menyebabkan seorang isteri itu cuai pada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Suami lebih berhak menegah isterinya bekerja sekiranya pekerjaan itu mengundang kepada fitnah atau boleh berlaku fitnah, seperti pekerjaan yang tiada batasan agama atau adab sopan di dalam bentuk campur gaul yang bebas di antara lelaki dan perempuan, sama ada ianya berlaku di daratan, lautan atau di manamana saja (Fatwa Mufti Kerajaan siri 21/2001)
Mengimbangi peranan wanita secara bijaksana Aspirasi kerajaan membuktikan bahawa wanita memainkan peranan yang penting
dalam
membangunkan
negara.
Mereka
juga
mengurus
kerja
rumahtangga dan mendidik anak-anak. Tugas ini secara tidak langsung adalah saham yang besar dalam usaha untuk membekalkan sumber manusia yang berkualiti untuk pembangunan negara. Peranan-peranan sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja perlu ditangani dengan baik supaya seorang wanita itu dapat menyeimbangkan peranan beliau.Peranan sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja perlu ditangani dengan baik supaya seorang wanita itu dapat menyeimbangkan peranan beliau. Sebagai seorang wanita yang bekerja harus mengambil berat mengenai kualiti masa bukan kuantiti masa. Contohnya, pada hujung minggu wanita dapat menumpukan lebih masa terhadap keluarga dan
disinilah yang perlu seseorang wanita menikmati peranan beliau sebagai seorang isteri dan ibu yang disayangi. Disinilah seorang wanita itu perlu pandai mengambil hati suami dan anak-anak dengan memasak makanan yang digemari mereka serta melayan suami dan anak-anak denga penuh kemesraan dan kasih saying supaya kehidupan rumahtangga penuh dengan keharmonian. Ini amat bermakna
kerana
dengan
adanya
keharmonian
rumahtangga
akan
membolehkan seseorang itu bertugas dengan baik di pejabat, sesuai dengan kenyataan "Keluarga bahagia, Organisasi berjaya". Selain itu, untuk mengimbangi kedua-dua peranan ini, seorang wanita haruslah memiliki pasangan yang saling memahami, memberikan sokongan dan dorongan untuk menjadi peneguh kepada kejayaan seorang wanita sebagai isteri, ibu dan pekerja. Peranan wanita sebagai pembentuk acuan didikan anakanak disempurnakan dengan adanya peranan lelaki sebagai suami demi mengukuhkan sendi kepada kebahagian sesebuah institusi rumah tangga. Selain itu, wanita juga seharusnya menceburi bidang kerjaya yang memberikan ruang dan masa yang lebih untuk berdamping dengan suami dan anak-anak. Pastikan masa yang terluang digunakan sebaik-baik mungkin, supaya ia dapat memberi kesan yang positif dan bermanfaat. Wanita yang bekerja seharusnya insaf dan melihat bahawa fugsi pemupukan "Keluarga Bahagia" itu jauh lebih penting daripada fungsi di luar, terutama dalam persaingannya dengan lelaki dalam bidang-bidang yang memaksa seseorang itu mengorbankan fungsi asas mereka yang sepatutnya diberikan untuk kesejahteraan keluarga. Mereka juga haruslah mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat. Dalam hal ini
wanita seharusnya sedar bahawa tugas mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anak adalah tugas yang amat penting untuk mewujudkan keharmonian rumahtangga dan membina insan yang berakhlak mulia, jujur, rajin berusaha, tabah serta amanah. Kerajaan juga haruslah membantu golongan wanita yang bekerja bagi mewujudkan dan menyediakan lebih banyak skim dan kemudahan terutama dari aspek kesihatan dan kebajikan untuk mengimbangi peranan wanita di negara ini. Kemudahan bertujuan membolehkan wanita bekerja dengan lebih selesa itu termasuk skim bersalin, kesihatan, cuti, penyediaan pusat asuhan kanak-kanak dan lain-lain bertujuan sebagai suatu langkah prihatin kerajaan terhadap golongan pekerja wanita. Selain itu, pelbagai pertubuhan yang ditubuh dengan matlamat 'menjaga hak-hak wanita'. Kerajaan juga mewujudkan Hari Wanita untuk menghargai pengorbanan, peranan dan menengakkan hak-hak wanita. Petikan ucapan dari Ketua Menteri Sabah, Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman semasa sambutan Hari Wanita di Sabah berkata: “Hari Wanita merupakan detik bersejarah bagi kemajuan wanita dan peristiwa penting terutamanya dalam konteks perjuangan kaum wanita di seluruh dunia dalam usaha mendapatkan persamaan hak, kesaksamaan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi bersama dengan kaum lelaki. Kini, Hari Wanita yang disambut setiap tahun merupakan perayaan simbolik yang perlu
dihayati
dan
disyukuri
sebagai
lambang
pengiktirafan
dan
penghargaan terhadap perjuangan dan sumbangan wanita zaman lampau dan masa kini untuk generasi masa depan. Sambutan Hari Wanita di
negara ini merupakan petanda betapa pentingnya peranan kaum wanita sebagai rakan kongsi kepada kaum lelaki dalam memberikan sumbangan ke arah pembangunan negeri dan Negara”.
Kesimpulan
Apa yang membanggakan wanita hari ini tetap dengan semangat gigih memikul tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan ibu. Mahmud Rahimahullah di dalam fatwanya berkaitan wanita bekerja di luar rumah, antara lain beliau berkata: “Mana-mana wanita tidak ditegah bekerja di luar rumahnya apabila dia terpaksa berbuat demikian. Akan tetapi apabila wanita berkenaan telah mendapat limpah kurnia rezeki yang cukup daripada Allah, maka rumah, mengasuh anak-anak dan berusaha memberikan kebahagiaan kepada keluarga adalah lebih baik untuk sepanjang mas.” Wanita yang bekerja haruslah mengingatkan diri mereka walaupun mempunyai pekerjaan, namun tugas dan tanggunggjawab utama sebagai seorang suri rumahtangga jangan sekali-kali diabaikan.
Jika pada satu ketika dahulu, dinyatakan bahawa tempat wanita adalah di rumah dan bertanggungjawab hanya untuk memelihara dan menjaga keluarga, akan tetapi keadaan ini sudahpun mengalami perubahan. Wanita ingin berganding bahu dengan kaum lelaki dalam sama-sama menghadapi liku-liku hidup dan bersama memikul beban yang lebih berat dalam memainkan peranan mereka untuk keluarga dan juga masyarakat.
Kesimpulan, amatlah penting bagi seseorang wanita itu mengimbangi peranan beliau sebagai seorang isteri, seorang ibu s erta sebagai seorang pekerja. Sekiranya ini dapat dicapai, dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik untuk kita semua. Kaum wanita sendiri terutamanya yang telah berumahtangga mestilah bijak menguruskan masa dan sentiasa menghormati tuntutan agama. Kaum lelaki pula seharusnya bertimbangrasa dan sama-sama bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana bahagia dalam rumahtangga kerana keluarga bahagia negara sejahtera. Tanpa kehalusan budi bahasa dan kasih-sayang seorang wanita sama ada sebagai ibu atau isteri, mana mungkin kebahagiaan sesebuah keluarga itu dapat diraih.Kejayaan sesebuah rumah tangga memerlukan sumbangan besar malahan pengorbanan yang suci dan tulus daripada golongan wanita serta dilengkapi oleh peranan suami. Usaha ini memerlukan wanita menyiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam aspek kesihatan, pemakanan, mendidik anak, ilmu ekonomi rumah tangga, pendidikan pengguna dan pengurusan masa.
Rujukan
Ainon Muhammad (1879). Modenisasi dan Implikasinya Terhadap Peranan Serta Fungsi Kaum Wanita. Dewan Masyarakat, pp. 6-8. Arkib (20/2/09).Bukan senang bergelar ibu. Utusan online Bil 2 (2003). Jabatan mufti kerajaan, jabatan perdana menteri Dr Noor Aini Raimi (2002). Kerjaya wanita Islam saluran dakwah kepada masyarakat. Faridah Idris. (1994). Wanita dalam Arus Pembangunan: Menyusun Strategi "Pandang Ke Depan". Dewan Masyarakat, pp. 50-51. Fauziah saleh (2008). Parliamentary Gender Caucus Meeting. Pembangunan Keluarga Hamsiah Abdul Hamid. (1975). Satu Tinjauan: Perjuangan Wanita Dunia. Dewan Masyarakat, pp. 3-5. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2004. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2004).Laporan kepada Komiti PPB tentang Konvensyen bagi Menghapus Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Laporan Pertama dan Kedua]. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kuala Lumpur.
Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (2004). Kursus keluarga @kerja (2008). Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Makmor Tumin. (1997). Wanita, NGO, dan Dasar Wanita Negara. MASSA, pp. 57-52. Mohamad Haji Ikhsan. (1994). Dilema Wanita Bekerja. Dewan Masyarakat, pp. 32-33. Noor Hasliza Nusi (2009). Isteri, ibu dan pekerja: Wanita bekerjaya perlu pandai menyeimbangkan masa antara kerjaya dan keluarga. Boleh diperolehi di:
[email protected] Rahmah Ismail (1996). Wanita dan Pekerjaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Shamsiah Bt Hj Mahli (2005). Mengimbangi Peranan Wanita: Bakal Ibu & Teknokrat Negara. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia - "Hidup Biar Berjasa"